Monday, December 03, 2012

Happy yer

Salam
Salam,

…..cemana nak jadik happy ?

..pertama tama kena  taat
..kedua kena sihat
.. ketiganya kena bermanafaat
..keempatnya kena ligat
..kelimanya jangan suka sentap

Kehkehkeh..now elaboration

…kita akan happy bila kena taat iaitu taat kepada Allah swt , kena ajaran Rasullulah, kena taat pada kedua ibu bapa , kena taat pada suami dan isteri, kena taat kepada undang undang yang betul, taat pada guru dan ketua……apabila kita taat maka happiness itu akan datang dengan naturally kerana keredhaan Allah swt , syufaat Rasullulah saw dan redha ibu bapa itu adalah sumber happiness yang amat penting….happiness datang dari dalam diri yang berlaku kerana hati kita clear dan roh kita jernih…happiness dari luar adalah material, tangible dan kadang kadang cosmetic tetapi ianya lebih kepada kepuasan luaran more than anything else…

…sihat ….sihat adalah sumber happiness yang perlu ada sebab tiada yang boleh mengembirakan kalau kita tak sihat…jangan kan kita tak sihat, kalau kita sihat tapi orang sekeliling kita tak sihat juga boleh menyebabkan kita tak happy…so sihat atau kesihatan adalah punyer happiness yang penting juga…tetapi jangan kita terlalu melihat sihat itu sekadar luaran tetapi juga kesihatan dalaman seperti tiada hasad dengki yang teramat sangat, tiada nafsu yang mengila gila, tiada sifat berdendam dendam….( wa cakap pandai, tapi wa pong hampah bab nei ….hehehe)

..bermanafaat or ikut cakap orang kampong aku ialah ‘reason for being ‘….reason for being or purpose in life ini memberi kita satu objecktif menjalani kehidupan untuk ada makna….kita tau mengapa kita melakukan sesuatu dan kita tau mengapa kita bersama orang disekeliling kita….kita tau mana hala tuju kita dan kita redha dengan apa yang kita lalui……kita akan lebih gembira bila kita tau kerja kerja kita dihargai, kita akan menjadi gembira bila hati dan cinta kita diterima orang yang kita mahu mengasihi or mencintai….ini semua adalah purpose of being yang menyebabkan kita menjadi lebih gembira dengan diri kita…ini adalah kerana apabila kita tidak tahu ‘our reason for being’ kita akan menjadi miserable dan di sinilah punca stress akan berlaku…

Yes!! Yes !! kita kena ligat …ligat means mobile, active, involve, flexible …iaitu kita aktif dan pemikiran dan perbuatan kita selalunya mencanak giler….always happy….projek mega pun berjalan lancar…kehkehkeh…bayangkan kalau kita pasif dan mengalami kemurungan , tiada apa perkara yang boleh menjadikan kita happy beb….apabila kita ligat, bukan gedik yer…orang disekeliling kita akan menjadi hidup dan bernyawa , or cakap moyang aku ‘alive and kicking ‘.......dan yang paling penting kita hanya boleh ligat bila kita taat, sihat dan bermanafaat…..maka happiness itu adalah combination of action ….

Kelima yer kita jangan sentap….sentap adalah pembunuh kegembiraan …sentap akan membunuh positif dalam diri kita dan sentap akan menjadikan kita selalu defensive….you can’t win by being defensive…..sentap boleh dikaitkan dengan emotional intelligence, kita boleh kaitkan dengan panas baran or hot temper, throwing tantrums and whatever not dan ini adalh semua characteristic yang membunuh happiness…
 
Wokeh….sampai sini dulu….
 
Wassalam

Tuesday, November 20, 2012

Salam Tahun Baru Hijrah 1434

Salam


Salam,
 
Salam Tahun Baru Hijrah 1434 semoga tahun baru ini akan menjanjikan keredhaan Allah swt kepada kita semua.
 
Tahun Baru Hijrah tahun ini dibuka dengan serangan pengganas Zionist terhadap rakyat Palestin di Gaza. Malam tadi aku menonton documentary peperangan Israel dengan Mesir , Jordan dan Syria di TV Hijrah dan dari pengamatan aku perang Sinai ( dengan Mesir ), Golan ( dengan Syria ) dan Baitulmuqadis ( dengan Jordan ) adalah peperangan terancang dan aku dapat terbau ada mainan talibarut  dalaman.
 
Bila aku lihat bagaimana Mesir jatuh dengan cara yang terlalu mudah di Sinai aku dapat melihat bahawa 15 ribu tentera Mesir yang terbunuh telah di sabatoj oleh ketua ketua mereka sendiri, bayangkan Golan jatuh dalam masa 12 jam dan Baitulmuqaddis jatuh dalam masa 10 jam ?!!....ini semua adalah sandiwara yang akhir ditamatkan dengan Golan diserahkan pada Syria semua dan Sinai  kepada Mesir tapi Baitulmuqaddis dan Tebing Barat tetap dalam tangan Israel.
 
Semua ini adalah mainan mainan Israel dengan kuncu kuncu mereka yang telah dijajah oleh amerika…..tapi alhamdullilah, di Gaza sekarang ini peperangan adalah amat sengit dan tentera yahudi tidak sewenag wenangnya menhentam Palestin dan walaupun kita sedih mendengar berita kematian orang awam tapi inilah pulangan peperenagn yang harus kita terima….kita harus terus berdoa untuk mereka semua dilindungi dan diberi kemenangan dan juga kita hendaklah terus berdoa kepada umat Islam yang ditindas di Myanmar, orang Syria yang kejami oleh pemimpin mereka sendiri dan semua orang Islam di seluruh dunia agar tahun baru ini adalah tahun yang akan membawa kejayaan…
 
…..aku juga mengharapkan hijrah juga berlaku untuk diri ku ini sama ada secara physical atau spiritual…..rasanya sudah tiba masa untuk merubah cara hidup untuk menjadi lebih bersedia menghadapi the ultimate destination in life…kematian sudah semakin hamper tetapi nampaknya persediaan ke sana semakin longgar…hidup masih dibuai dengan cita cita dan keinginan….dunia masih menjadi objektif kehidupan harian dan hati masih belum suci……hijrah sudah menjadi hampir wajib untuk diri ini…….
 
Wokeh….cuti sekolah sudah bermula dan berdoa agar Aya sihat walafiat …..

Wassalam

Friday, November 02, 2012

Salam Jumaat

Salam,

Salam jumaat dan maaf zahir dan batin ....

.....ari nei wa kire macam time- off giler sebab laptop wa kena upgrade....sib baik ada ipad untuk melepak lepak....

..apparently tengah bulan nei ada dua public holiday in the same week ....so kalau wa ambik 3 hari annula leave , boleh dapat 9 straight days of leaves....fuyooooo....syiokk giler beb....i dont think i will go anywhere for vacation but just to get a lenghty quality rest...bila dah remaja nei kan....recovery ambik masa lama sikit....

...angan angan aku nak pergi Brunei masih belum capa lagik....kehkehkeh...kalau wa ada duit kan, next year neh wa nak gei umrah , pastu gei London tgk graduation my housemate and pastu nak gei Brunei nak tgk adik adik wa...tapi at the current rate, nampak yer angan angan belaka lar ekk....kehkehkeh....ingat ingat ujung ujng tahun nei nak gei umrah...macam tak der aja nampak yer....hehehehe...

...tapi wa tamau putus asa, wa akan tetap nak cuba ,enjadikan khayalan wa sebagai realiti......wa dapat satu cheque from my sister's estate tapi i bagi semua tu my mother....

....tak per rezeki lain akan datang bila Allah izinkan....jangan takut pada rezeki sebab rezeki akan datang hanya dengan izin Allah swt maka banyak berdoa untuk dimurahkan rezeki....

..everything goes well, my other housemate akan gei Australia pulak, insyaallah.....mamat nei dah excited giler dah siuttt....tension wa dibuat yer....tapi pk pk balik, by the time mamat nei australia, my housemate yang ka london pun dah balik kot....so even steven balik lar kot.....housemate yang lagi satu tu pulak dah ada ura ura nak belah gaks.....tgk rezeki dia ujung tahun nei lah......siuttt...tinggal wa gan roomate wa aja beb....boleh bikin business, sewa bilik tuh.....kehkehkeh..

Wokeh...wa nak jenjalan before gei sembahyang jumaat kot...

Eva, jumpa kat Pantai Lido ekk..

Wassalam

Monday, October 29, 2012

Entry lepas Raya Haji...

Salam,

Selamat Hari Raya Haji dan maaf zahir dan batin pada semua...dua kali khutbah ialah untuk sembahyang sunat aidil adha dan sembahyang jumaat....

....2012 sudah melangkah ke penghujungnya dan walaupun masih ada about 90 or more days to go , it is a very quiet year after all the hype about 2012 being a year that something big is going to happen....ini membuktikan kita jangan terlalu membuat andaian kerana at the end of the day percaturan Allah swt sahaja yang matters..

.....alhamdullilah, aku rasa dapat berehat masa cuti raya haji lepas dan ada rasa sikit energetic hari ini...mmg rasa penat giler for the last 3 or 4 monthsdan baru dapat recover sikit aku yang punyer penat....akumpun sempat tengok cerita 29 February , cerita yang combine Forest Gump dengab Benjamin button untuk menghasilkan cerita yang agak menarik....walaupun tiada originality dalam olahan cerita tetapi penyampainnya adalah amat menarik sekali....

....malam tadi tengok bola dan rasa macam tengok bola zaman muda remaja dulu with games penuh dengan passion and commitment....the merseyside local darby was indeed a passionate one as indeed the MU vs Chelsea game....not much of tactical but sheer passion and physical presence...

...about 2 weeks ago aku ubah penampilan ala ala makeover tuh and until today i still friends could not even recognize me though standing side by side in the lift....kehkehkeh....kelakar giler tuh....perubahan ini adalah simbolik yang aku ingin lebih santai dan bersahaja dalam menghadapi liku liku hidup ini...sebagai simbolik menyatakan minda aku tidak terpenjara dan sebagai satu statement that aku tidak mengikut arus....

...samada perubahan ini akan kekal lama atapun sekadar sementara, still aku tak boleh decide tapi aku rasa senang dengan image baru aku ini.....

...aku tak mampu menjadi normal or beralah kepada norms tetapi kehidupan aku dikelilingi adat dan tatacara.....aku harus menjadi aku yang berlain dari kebiasaan samada dengan sudut jasmani mahupun pemikiran.....bila individuality ini hilang atau terpaksa dihilangkan, maka aku hanya menjadi separuh dari diri aku sebenarnya...tetapi kehidupan memang sebenarnya about adaptability dan kegagalan aku adapt pada perubahan yang datang dalam 'stages of life' menyebabkan aku menjadi terasing..

....wokeh, i am expecting a rather subdued week this week and perhaps this week i would do more of planning for next year....

..again Selamat Hari Raya kengkawan dan maaf zahir dan batin..

Wassalam

Monday, October 22, 2012

Dah lama tak hapdet....

It has been awhile and many things happened over the last couple of months. I was hardly in the office since I had to conduct so many workshop/training sessions outside and today is basically the 1st time in over 40 days that I come to the office to work. Strange feeling to come to the office in the morning and life is back to normal I guess…

…the day after my sister died , my brother pulak was diagnosed to have cancer and started his treatment last week …..the best story though was my arwah sister excluded me from her Will except for some unwarranted estate……yang best yer , it was clearly stated that her bounty –like- cash- balance will not be given to me even a single cent !! ……hehehe….she forgot that I have never been motivated by money and probably thinking that punishing with money will rattle me ?!! owh please…..dalam hidup she humiliated me and even dalam mati pun she still wanting to hina me …..nasib baik wasiat dibuka among keluarga sahaja walaupun earlier it was suggested that a few close relatives to be present as witness….kalau tidak kire malu besar wa dibuat yer……sure heboh giler kalau tidak beb….ekceli kan , I was in the position to be naughty and contested the Will or insisted for Faraid distribution but I was not interested at all……I just want to continue with  my life and enjoy whatever left in me before my time comes………

…..I have had no weekends for the last 2 months and the fatigue and stressed really getting to me when everything ended ..alhamdulillah, whatever I did for the last 3 or 4 monhs berbaloi baloi when I passed the so called ‘test’ with flying colours…Alhamdulillah…I want to take a break now , meaning just to be doing my work , before I start to look into other projects….teruk kerja semenjak masuk corpoaret office dari operation neh….kalau wa kaya lah dah lama wa benti dah…hehehehe…

…setelah berbulan bulan tak tengok TV dengan kusyuk yer sebab asyik masuk hotel , keluar hotel aja…..weekend lepas aku dapat tegok citer “untuk 3 Hari ‘…..fuhh, I thought that movie was fantastic….really love it so much….i like the presentation of ideas, the storyline and the dialogue….i like the acting of adlin , vanida….give me afdlin and Vanida to me anytime…..love their on screen chemistry…I want to watch this movie again..and perhaps again and again…ahaks ahaks ahaks….love it…kudos to afdlin shauki…..

..i wanted to watch the 28 February pulak because I am a big fan of Remy Ishak…I think this guy is an amazing talent….really act from the heart….

….bola pun banyak missed giler…..asyik tengok highlights aja lah lately neh tapi very impressed dengan Chelsea on the bit that I saw…..i was watching the Malaysia Cup final but stopped watching after the 1st goal scored by Kelantan…..i don’t like what I saw and thought that the goal was too soft to be true for a Cup final….but then again I could be wrong….

….Ok lah, I hope I can be actively writing/updating my blog lepas nei…I missed ngintu so much..i really do…

Wokeh….GTG

Wassalam…

Thursday, October 04, 2012

Semoga rohnya dicucri rahmat

Salam,

...my sister eventually succumbed to her cancer ailment and passed away last sunday and burial was done the next day....

..sadly though my relationship with her deteriorated and we parted ways not in good terms...my last moment with her a week before her depature was a heated one ended in some unwarranted exchanges.....al- fatihah untuk arwah.....i don't hold grudge against her but even when she was nazak and people calling me to come to see her i refused to do so ....no regrets though, i have to do what i believe is right at that moment of time...hopefully she forgive me as i have forgiven her....

.....my only regrets that my mother must be very sad to see her children could not reconcile even when death is inevitable....

..perhaps, i the eyes of many, i was being unreasonable but i believe i have done my best to defuse the situation ....i have no regrets and i went for her funeral....

...i have to accept the fact i am no longer respected among the family and relatives for what had happened but i am willing to take the flak no matter what...i will have to live by my action and trust that i did the right thing, though not the best of action to many....

..sedih...because my dad died not really liking me and now my sister died hating me....this is the prize of trying to be different than the norms......i just hope that my mother will continue loving me because she is the only person that i will not want to lose her love ....the day my mother begins to ignore me will be the day that i will die as a person because i cant live without the care and love of my mom...she is eveRything to me....others can do anything to hurt me but will never succeed because only my mother matters to me....

....thanks bokd, embun , seri and the rest for your kind words and condolences and sorry too for not updating for quite awhike sebab too many thigs happening requiring my requirement....insyaallah, by end october, my life would return to normal , insyaallah

Wassalam



Monday, September 03, 2012

Haloland Hari Raya Open House

Bismillah

horay horay..hip hip  horay…hari raya..raya raya..
 
…..wokey, aku assume yang ramai dah habis atau sedang melakukan puasa sunat  Syawal dan semoga kita semua  mendapat manfaat dari amalan yang sangat sangat diminta…..cemana pong, aku masih belum start start lagik dan kalau ikut trend tahun tahun sebelum yer, aku tatau lah aku termampu untuk melakukan sunat puasa enam ini….hoping that kalau aku tak dapat 6 hari, aku cuba lah puasa sekurang kurangnya 2 hari….
 
…wokeh….seperti yang dicadangkan. Lets have our Hari Raya Haloland Open Day …but instead of a day, we will have it a week, so siapa yang singgah minggu ini dan entry ini masih hidup, maka dia menghadiri minggu terbuka hari raya haloland….
 
..walaupun aku bukan pencinta konsep rumah terbuka ini tapi tak semestinya aku tak menghormati tradisi beraya alaf baru ini……sincerely, aku suker dengan konsep ini dan aku percaya lama kelamaan ianya akan menjadi sesuatu yang amat indah yang membentuk banyak memori memori indah untuk semua…
 
….memanjangkan ini rumah terbuka alam maya, so kita kenalah lebih kreatif untuk menentukan kita seronok beraya….
 
….so ,  makanaan rumah terbuka kite neh…….
 
-          Ketupat and nasi impit
-          Rendang hitam ala ala rendang tok ( nei style orang minang lar neh )
-          Kuah kacang
-          Pecal
-          Mee / mehon sup
-          Ayam goreng ala ala KFC
-          Nasi goreng
-          Kueh mueh
-          Kek birthday untuk depa depa yang birthday this week
-          air buah and the tarik
-          laksa  
-          pizza  untuk siapa yang bawak anak dan yang diet tamau makan nasi based delicacies..
 
lagu tema tahun nei ialah
 
Berbaju merah jambu
Berkain songket biru
 
 

Wednesday, August 22, 2012

Maaf zahir dan batin yer smua....

Bismillah..

Raya tiba dan sesunnguhnya tangisan permergian Ramadhan hilang begitu saja bila Raya bermula…betapa mudah kita lupa akan saat kita kelaparan bila perut kita kenyang….benar mengapa Ramadan itu rukun Islam kerana dengan berpuasa kita sedar betapa kita perlu merasakan apa yang dirasakan oleg mereka yang kelaparan…
 
….i could be wrong but I heard so little about road accident and this is very encouraging……btw, aku dah ada kat office nei , not sure nak work until hujung minggu or perhaps esok cuti balik….i really do need a good break from work and alhamdullilah the Raya period gave me the much needed away days from office..
 
….Raya has not been a day for me to enjoy for many years and this year’s is no exception….i wait for the day that Raya is one day that I cherish the most…the day that I could be myself and enjoy the festivity…unfortunately , it is not the case for me for the past years due to complexity in the family relationship….
 
…but yesterday was fun though, main bunga api sampai tengah malam, mengunjungi sanak saudara dan meeting friends….at least now I don’t’ merely sleep to kill of time during raya….when I was growing up, I have this notion that hari raya all these minta maaf and kunjung mengunjung are all act of hypocrites…I don’t believe the minta maaf session was sincere and the rumah terbuka were showing off your wealth event….that was how I felt and therefore I kept myself to myself so not to be part what I called as a corrupted culture…..aku nei memang pathetic…hehehe…….
 
..i have been telling myself that I need to change…I need to be part of the culture not on the fringe….i have been thinking that I would want a different kind of raya for next year, insyaallah kalau dipanjangkan umur…..lesson that can be learnt from my saga is that always try to go with the flow and be part of the ummah because islation is a formula towards destruction…
 
Wokeh..kengkawan, appreciate your Raya because Raya is great….
 
Wassalam

Saturday, August 18, 2012

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin

Bismillah...

..di dingin subuh penghujung Ramadan, aku menrangkap 10 jari memohon kemaafan Allah swt dan keredhaanNya .....aku jua memohon maaf kepada rakan rakan halo dan semua yang mengenali diriku ini akan kemaafan atas segala kesalahan kata dan bahasa sepanjang blg ini lahir...

...sedih akan meninggalkan Ramadan , sedih kerana takut ini Ramdan terakhir , sedih memikirkan i have done enough during this Ramadan untuk mendapatkan syufaat Lailatulqadar itu...

...adat akan menyebabkan kita akan bergembira sakan untuk berhari raya, adat telah memaksa kita untuk bermaaf maafan dan adat akan menyebabkan kita kunjung mengunjung semasa berhari raya ini...

...kepada rakan rakan halo, terima kasih atas ucapan haooy birthday dan raya dan semoga kelian jua aku doakan akan senantiasa dibawah lindungan Illahi dunia dan akhirat...

..persiapan Raya aku kali ini ala ala aja...it has been awhile that aku look forward to Hari Raya....aku adalah segelintir manusia yang mungkin tidak berapa selesa dengan Hari Raya atau festivity....tetapi kerana adat, aku dapat menyesuaikan diri...

..sampai bila aku boleh hidup secara isolation inipun aku tatau...mungkin jiran tetangga aku pening melihat telatah aku ini...aku tak nyombong atau melarikan diri tetapi aku mengelak ngelak dan mengenepikan diri....ramai jiran jiran tak kenal aku lagi ....funny tapi benar...ini adalah penyakit aku dan aku selalu berdoa agar oenyakit aku ini akan bisa sembuh...recluse , kalau cakap omputih...

...kepada rakan halo....sambut lah raya dengan bahagia....opppsss....surau berdekatan mengumumkan ada orang meninggal malam tadi...innalillahiwainnalilhairojiun...

..kepada rakan halo....berhari raya dengan hemah dan kenang daku dalam doa kelian...selamat berhari raya untuk

Embun
Bokd
Eva
Seri
Fudhla
Jazz
Aya
Papaa
Jane
Sekinchan
Zack
Misa
Mamabat
H
Dan semua halolanders sekelian..

Aku tak apply cuti pun untuk hari raya ini, kalau aku rasa nak cuti, aku cuti lah nanti...

..semoga keseronokan beribadat di Ramadan akan terus bersambung hingga ke Ramadan yang akan datang dan semoga amalan kita di redhai Allah swt..

Wassalam




Friday, August 10, 2012

Pandaleela bagi wa hadiah birthday tuh!!!

Bismillah...

Bismillah…
 
Roper roper yer birthday aku ari nei…kehkehkeh…..tak sangka wa dah masuk  17 ¾ tahun…uhhh…rasa macam 14 aja lagik tau…..
 
…Alhamdulillah, dikurniakan Allah swt kesihatan, keimanan dan rezeki hingga ke saat ini….bersyukur aku pada Allah swt kerana dilahirkan dalam  Islam dan dimatikan dalam Islam jugak, insyallah….
 
..well nothing much to talk about birthdays nowadays , perhaps birthday is the reminder of the inevitable rather than celebration of birth to this world…….namun bersyukur kerana diberi peluang oleh Allah swt menumpang hidup di bumi Allah swt ini…
 
…any regrets ?....sincerely none, perhaps some reservations of certain things but no regrets…..regrets adalah penafian ke atas qada dan qadar sedangkan kita beriman dengan qada dan qadar….namun sebagai manusia , memang kita akan ada merasa mengapa itu berlaku dan mengapa itu tidak berlaku dalam hidup kita….
 
Mungkin . mungkin  kalau nak merengut tentang nasib aku, aku mungkin berkata bahawa walaupun aku bersyukur dengan apa yang aku lalui dan kareer aku tapi aku never really liked what I am doing…I may be very good in my profession but I never really like what I have to do a earn a decent living…….tapi aku redha dan bersyukur kerena  setiap yang berlaku itu ada hikmah yer…..sometimes I thought to myself, I should have accepted the first college offer that I received and probably I would be doing something that I really love doing  …or I should have stuck with the first real job that I got and probably now I could be doing something that may not be too daunting than the one I have right now….but but, no regrets …I have a wonderful childhood with great parents and sibling, I have great friends that will die for me, I have a great loved ones that I would die for them and some fantastic achievement of my own over the years….well, my halolanders are another reason why I have no regrets about my life …..
 
..there will always be the bittersweet feelings, unsavory moments , setbacks and downfall but those were moments that we will have to go through and accept them as part and parcel or bits and pieces of life….
 
..no regrets , thanks Ya Allah Ya Rahman ..for this great fantastic life thus far and I pray that the rest of my life will be better and better for the best of my life hereafter….. so what’s my birthday present ? .Pandalela bronze medal !! ahaks ahaks ahaks ……
 
Wokeh guys , thanks for being my friends …thank you so much….
 



 



 


Wassalam

Wednesday, August 08, 2012

Not meant to be...well done chong wei and azizul

Bismillah

..memang frust terduduk bila du harapan emas negara kecundang...frust sebab harapan terlalu tinggi menggunung.....kita mengharapkan kepada dua atlit yang baru kembali dari serious injury....dua ahli sukan yang bertanding dengan legend bidang masing masing iaitu lin dan untuk badminton dan chris hoy untuk basikal...dua atlit negara yang sebenarnya sudah cukup bersedia untuk menang tapi rezeki memisahkan mereka..

....tiada salah silap azizul or chong wei tapi hanya 'not meant to be '....infact azizul yang akunikuti setiap race yang beliau lalui memang sudah bersedia tetapi tactical error menyebabkan beliau kecundang....beliau yang suka berada dihadapan telah dihalang menyebabkan tektik beliau terpaksa diubah disaat pertandingan berjalan dan beliau nampak anxious untuk kehadapan sedangkan sepatutnya beliau adjust strategy beliau dari belakang....untuk a good satu setengah lap beliau berada dalam kedudukan boleh menang atau menang pingat tetapi beliau seolah olah tidak bersedi untuk 50 meters terakhir dan semacam give up bila beliau sepatutnya terus balun....mungkin sudah kehilangan tenaga kerana pecut terlalu awal atau terlalu memikirkan emas hingga lupa untuk untuk memikirkan bahawa any medals is a good medal....tapi i think he is ready for brazil 2016, insyaallah..mark my word....beliau ada natural speed dan apa yang perlu ialah a compose mind dan hanya kematangan yang akan memberi beliau taht winning mental edge...

..as for chong wei, i think he is good enough for brazil 2016 tetapi beliau kena pilih tournament yag beliau hendak sertai...tak boleh main semua tournamen tapi pilih yang akan memberi beliaunkelebihan ranking...i think chong wei is one of the fittest sportsmen in the world dan umur hanyabakan mematangkan permainan beliau...

..masa lawan lin dan, chong wei tidak dapat menghabiskan mission in the second set dan ini memberi lin dan keyakinan semula kerana sebenarnya lin dan menang lebih kepada level keyakinan diri yang tinggi yang trading to extreme arrogance....beliau banyak menggunakan pyscological warfare untuk membuat musuh rattled.....lin dan was never going to win the match based on ability alone tetapi beliau asyik mengganggu keyakinan chong wei dengan memenangi important points at critical points....bagi aku lin dan adalah muhammad ali untuk badminton....skilfull dan arrogance...a formula that creates legend....kalau muhammad ali terkenal dengan classic bout xegan joe frazier, lin dan pula akan dikenang kerana classic match agains chig wei..unlike ali thiugh, lin dan is not loved by many and nlike frazier, chong wei is the most loved opponents of legend ever.....chong wei akan lebih diingati dari lin dari sudut budi pekerti dan sporting or sportmanship..

...dari sudut olimpik, kejayaan azizul untuk masuk final keirin adalah lebih besar impactnya kerana cycling adalah sukan tradisi olimpik sedangkan badminton adalah sukan setempat or regional sport yang diserap kedalam olimpik...

....okey....insyaallah, 4 tahun lagi korang baca balik entry ini sebab aku yakin brazil adalah tempat kita akan banyak menang pingat emas kerana olimpik bukan dalam bulan puasa...

Salam





Friday, August 03, 2012

Ramadan nak masuk 15 days dah

Bismillah

Salam Jumaat dan maaf zahir dan batin….
 
Diam tak diam, malam  ini tarawih dah ada doa qunut dah masa sunat witir, so we are already Malam 15 and 2 malam lagi dah Malam Nuzul Al-Quran…..wow best giler…
 
..seperti Ramadan sebelum ini, mudah rasa yer melakukan amalan amalan yang agak susah nak dilakukan bila bukan dalam bulan Ramadan…kalau rasa nak berwird , bertasbih, bertahmid…..cepat dan mudah saja untuk melakukan yer…nak sembahyang malam sikit sikit , tapi at times jadil banyak dan panjang……inilah lebih yer Ramadan dari sudut pandangan aku….rahmat Allah swt berikan untuk memudahkan kita mendekati Nya ……..tetapi terlalu banyak kelebihan yang Allah swt berikan dalam bulan Ramadan ini…badan menjadi lebih sihat, fikiran waras, lebih mudah memaafkan, beramal tanpa halangan , rezeki untuk orang berniaga dan sebagainya…alhamdulillah….
 
Wokeh, last entry aku dok meroyan about wanting to see halolanders back in numbers tapi lepas baca komen BokD , Fudhla and Embun, I realized that I am still living in pre-Facebook/twitter era …..maya socializing through haloscan is perhaps primitive in today’s era and I guess I have to accept the fact that numbers is not important but thoughts counts….I believe that many halolanders still do ‘singgah’ to catch the glimpse of halolanders or just to say Hei and whatever not, and I guess that is already a great achievement that this friendship could be proud of, all of us…..thank you guys….
 
….sekarang nei aku tengah kemaruk tengok Olimpik….huhuhu…abis semua game aku tengok dan aku rasa syok lar sebab viewing time kire sesuai dengan waktu kita and ada satu malam tuh, wa tengok dari sahur sampai subuh sampai ke waktu dhuha !! ahaks ahaks ahaks…semua pasal volleyball Brazil lawan Turkiye and aweks aweks cun giler and it was a classic 5 sets thriller……lepas tu, wa turu sampai cemas tak sembahyang zohor…hehehehe….
 
….our badminton hope is still alive, eager to see our cyclist to perform, our archery hope pinning to the last contestant standing , our divers were a bit unlucky in the 10m jump …..still hoping that we will get our first gold medal in this Olympic , that would be ironic indeed to win at the land of our former master !! …..
 
…lupa nak citer…housemate wa jadik Olympic volunteers so dia melepak lar kat London….….so housemate wa ada lar jugak hantar gambar gambar dari Olympic Stadium , stadium hoki and so forth…best giler beb….dapat pergi dinner dengan all Malaysian athletes’ and masa badminton double preliminary last game pun dia tengok badminton pun through players punyer complimentary pass….ari tuh sebelum Olimpik all volunteers dapat masuk Wembley stadium ….so memang happening giler beb…
 
..wokeh…..minggu nei cuti panjang sikit sampai Isnin, ikut hati wa , wa nak tambah cuti lagik tapi apa kan daya, cuti pun ciput kan…..nanti nak kawin lagi kena cuti gaks….kehkehkeh…..wa ingat cuti nei wa nak lepak rumah tengok Olimpik aja lar…..shopping shopping tak main lar kan…kan wa bujang trang tang tang kan….ahaks ahaks ahaks…
 
Wokeh….selamat berpuasa, selamat basungkai ….
 
wassalam
 

 



 




Wassalam

Wednesday, August 01, 2012

Entry meroyan masa puasa

 
Bismillah,
 
Salam Ramadan dan semoga Ramdana kelian adalah mantap dan terbaik diantara yang terbaik sesebelum ini …wa kat dalam opis tapi jiwa wa tak der kat dalam opis at all….so a bit of escapism and strartt to write…
 
Sometimes I wonder whether I can still write or coming up with entry that readable if not thought provoking….i guess I have lost much of my passion or desire to write my entry at all cost…but trust, never I walk through  my blog without thinking how could I write with the passion and ease of the yesteryears…how could I get that feeling of laughter or sadness whilst writing….how could I write articles that question the fundamental of issues ….can I be that prolific again or perhaps those were gift from Allah swt that has been taken away for good, waulahhuaqlam…
 
I have this one dream , dream that one day, at least one day if not for a longer period , that haloland will buzzing with activities that reminiscent the good old days…the funfare, carefree and laugh , load of love and the occasional banter exchange……
 
I know that one way for halolanders to ever come back will be out of ‘rindu’ , out of ‘guilt’ , out of ‘love’ …but I reckon that those are actions of emotions that could not be the same for everybody and therefore I was alos looking for other options that could lure my dear friends back to the land of dreams without boundaries or borders ….perhaps , a consistently good entry may pursue halolanders to come in and give their fair share of thoughts and opinion and that will perhaps trigger a ‘balik kampong’ kind of response……
 
But what could I write that  have not written before, what new could I bring into my writing and what subject could be of interest that I have not attempted….
 
Should Ilham revealing the real him in his writing would trigger interest….would knowing the real Ilham discredit all the previous writings/entries…
 
But it has crossed my mind a dozen times to start anew with subject that will reflect the current issue that close to my heart….
 
Wokeh…penat dah wa meroyan….citer lain nantik…so teruskan  perjuangan dalam Ramadan ini dengan ketaqwaan dan keikhlasan berkepanjangan..
 
 
 Wassalam
 



 

Monday, July 23, 2012

3rd Ramadan

Bismillah,

...sudah masuk 3 Ramadan dan a bit too early to say how this Ramadan will shape me but i like the starting 2 days....nothing spectacular but kind of a good start and hoping things will pick up soon...demam aku pun dah macam recover dah tapi ada sedikit rasa macam darah tinggi sebab dizzy berkepanjangan and i hope this is just a one off kind of situation since aku demam dan tension dengan peragai kereta aku....hari ini atau esok aku nak pergi test BP aku balik...hopefully, elok lar nak yer, insyaallah..

..i can't hide my joy seeing halolanders coming back to kampong before Ramadan ....seeing Jazz, Misa , Sekinchan, janelabu , papaa and zack before that was like a really amazing feeling...i am sure my geng that frequent this place day in and out would agree right, my embun, eva, seri, aya, fudhla, bokd would concur with me...

...they are still a few of them that i wish will one day come back to say Hei to us...i know that to reignite haloland would seems rather impossible task but to the adik beradik to come back and exchanging pleasanteries kind of interesting indeed...

Perhaps some of those very dear to me may have decided that enough is enough with me and this blog , but i still harbour that tiny tinge of hope that they will come back and to forgive and forget and build the bridge for the sake of friendship....There's no better time to do it than during the Ramadan...

...i feel strong and rather relax this morning, a feeling that i have not had the privelege to feel for quite awhile due to work and other things...but this morning i feel really relax and in control of my emotion....perhaps it is still early days of Ramadan, but if i can maintain this emotional stability, I think I am breaking new frontier in managing my emotion...wow this is great if I could do it...insyaallah i can...


..Ok kengkawan...go find new frontiers of success within ourselves this Ramadan..things that we thought we could never achieve or we would not even attempt....lets challenge ourselves to go to the next level, to go beyond the bounderies that we created and to go for that little bit of risk that we kind of avoid all this while....

...success is not only when it is seen by others but most importantly when we manage to fight the inner obstacles within oneself....

Ok guys....keep exploring and keep thinking because the meaning of success may just be around the corner....

..selamat berpuasa sayang sayang sekelian and let us enjoy this Ramadan like never before with the the most honest submission to Allah swt....

Wassalam



Monday, July 16, 2012

Entry biasa biasa aje

Bismillah...

..the last three or four days had been a tough ones....kereta wa wat perangai benti tepi, masuk kuar workshop dan menghabiskan wang ringgit...

...wa tatau dah nak wat cemana dengan kete wa nei...ditelan mati mummy, di buang dadday dead....terpk gaks nak beli kete kecik tuk gei kerja..cam mni cooper ker...hehehe....tapi tatau lah cemana...

...puasa dah dekat dah..hopefully semua yer best giler kali neh...wokeh gtg....penat gil 4 hari tak rehat rehat...

...salam

Monday, July 09, 2012

Ramadan coming soon...

Bismillah...

...Ramadan hampir tiba membawa pelbagai harapan....keampunan, keredhaan dan pertolongan Allah....mengharap Ramadan untuk memulakan sesuatu yang positif dengan doa yang dimakbulkan dan dosa terampun...mencari cari Malam Lailatulqadar dan sebagainya...inilah namanya Tawakal kepada Allah swt....dari banyak pengalaman hidup aku, doa kita pada Allah swt selalu termakbul dengan kadar segera bila kita menyerah segara total kepada Allah.....bila nyata kita tiada lagi mencuba secara kudrat manusia dan harapan kepada manusia dan terus saja menyerahkan kepada Allah, maka termakbulnya doa itu adalah dengan kadar segera..

....walaupun ada yang berpendapat mengapa harus hanya beramal lebih lebihan di bulan puasa sedangkan ketaqwaan dan keimanan harus berpanjangan tetapi rasanya tiada salah untuk melebihkan amalan di bulan Ramadan asalkan jangan kita meng-adat-kan perlakuan kita itu...namun sebaiknya kita beramal banyak sepanjang tahun....

....wokeh...nanti sambung lagi..

Tuesday, July 03, 2012

Wa layan lagu neh

Bismillah,

...dengan ipad aku nei aku boleh layan banyak lagu lagu sezaman aku macam lagu lagu najwa latif, mojo, azlan & the type writer dan yang seangkatan....

..depa depa tanya cemana aku boleh layan lagu lagu ala ala relax and santai nei....tapi masalah yer i have composing this type of genre masa aku tengah ranggi dulu....so banyak lagu lagu awie rafail and hujan semua nei telah ada dalam kotak composition aku neh...so aku rasa sekarang nei aku berada dalam paradise of music world every time aku bukak radio....

...aku perhaps telah buang at least 10 lagu lagu yang berbau indon nei sebab bila aku suruh housemate aku dengar depa kata lain sangat...hehehe...so now aku giler enjoy dengar lagu bebudak indie neh..

...wokeh nqk mating dah neh...

Friday, June 29, 2012

Italy for the title....hehehe

Bismillah,

..kehkehkeh...team aku Italy masuk final....so far kat haloland nei..aku gan noey aja yang die hard italian fan...ahaks ahaks ahaks...

...what a game it was between Germany and Italy and again Pirlo was outstanding and balotelli really crazy good...

....spain against Italy for the final is about right .....can't wait indeed...

...wokeh....

Wednesday, June 27, 2012

Merapu...portugal forever...hehehe

Bismillah,

....so much to say and so much to share but at times simple things can become so bloody difficult....life is simple but how come it can be so complicated.....why small things can become so big and why a simple word becomes a sentence...

....i do wish that i could treat life with simplicity.....

.....i have reached the stage when , rather than if, i die, itnwill not be mourned or considered as untimely....

Wassalam

Wednesday, June 20, 2012

England through to QF

Bsimillah...

..England yang main tah hapa hapa top the group....huhuhuhu..wa suker.....hilang ngantuk sikit pepagi neh....England to go all the way ? You never know beb....

....playing aginst Italy in QF is not going to be easy but i fancy Italy more than Spain at this stage....i believe England will get better as they progress...

....they need to be disipline and belief in their ability...i think Italy is steady but not outstanding....an early goalmfrom England will rattle them and make them open the game more....

Wokeh....wa blogging tepi jalan neh...hehehe...

Wassalam