Sunday, January 30, 2005

The True Furqan- kitab palsu, baik2 beb!!

Assalamualaikum,

Edisi Nasional: Kitab sesat AS
Oleh Manan Samad dan Zaitie Satibiam@hmetro.com.myKUALA LUMPUR: Sebuah kitab bertajuk ‘The True Furqan’ yang diterbitkan di Amerika Syarikat (AS) dikesan cuba menyaingi kitab suci al-Quran bagi memperdaya umat Islam.

Antara surah yang dipaparkan dalam kitab itu ialah Al-Fateha (The Opening), Al-Mahabbah (Love), Al-Maseeh (The Messiah), Al-Salb (The Crucifixion), Al-Thalooth (The Triune God), An-Nissa (Women) dan Al-Injil (Gospel).

Bacaan ayat permulaannya pada setiap surah berbunyi: ‘In the Name of the Father, the Word, the Holy Spirit, the One and only True God’ sedangkan umat Islam memulakan bacaan ‘Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang’.

harianmetro on-line : 27/01/05

Ilham's comment:

..actually, usaha usaha menggubah isi kandung al-quran bagi merubah aqidah yang membacanya bukan sesuatu yang baru....in fact hadis pun dipercayai banyak yang diubah isinya untuk menjatuhkan kredibiliti Nabi Muhammad saw ....infact kitab injil diubah yang langsung membentuk 2 mazhab iaitu katholik dan protestant....

.....bagi aku, usaha menulis ayat ayat quran palsu nei adalah rancangan licik kapir untuk menunjukkan kepada manusia sekarang bahawa Al-Quran itu bukan wahyu dari Allah yang diturunkan kepada nabi Muhammad melalui Jibrail tetapi lebih kepada pandai pandai nabi muhammad saw sahaja...kaum kapir tahu sekiranya mereka dapat merubah pandangan bahawa Al-Quran itu adalah ciptaan manusia sahaja , maka ia akan berjaya berkata bahawa Nabi Muhammad itu penipu dan islam itu adalah ciptaan Rasullulah sahaja....so bila dibuat ayat ayat baru yang dalam bentuk tulisan al-quran dengan lengkok ayat al-quran akan menunjukkan bahawa ayat ayat al-quran itu juga boleh dibuat oleh manusia..walaupun usaha ini mungkin tak dimakan dek akal oleh orang yang sudah Islam tetapi ianya boleh merubah pendirian depa depa yang baru masuk islam atau berkeinginan masuk Islam atau yang sedang diusah nak masuk kapir....

...harus ditegaskan di sini bahawa agama yang paling berkembang di US ialah Islam dan 10 nama bayi baru lahir yang paling banyak digunakan di Britain untuk 2004 ialah Muhammad.....so , pihak gereja/temple sudah semestinya menggunakan tektik baru untuk menggurangkan kepesatan agama islam dirantau kristian dan si yahudi akan menggunakan kesempatan ini untuk menjatuhkan kedudukan Rasullullah kerana yahudi percaya depa adalah bangsa terpilih maka Nabi Muhmmad yang dari keturunan bukan Yahudi ini adalah bukan prophet messenger yang sebenarnya..

....dalam suasana bencana alam yang turun yang lebih kepada umat Islam di kala ini memberi kapir kapir ini masa yang baik untuk menggugat keimanan orang Islam atas dasar bencana yang turun itu menunjukkan Islam itu tak betul sebab itu bencana turun.....sama macam orang Islam salahkan orang Aceh sebagai penyebab tsunami sebab kononnya orang Aceh dah menyeleweng maka diturunkan bala!!...... so, tolonglah , jangan dihina orang Aceh lagi, okay...

..macam macam kapir nei buat nak ganggu iman orang Islam..tapi depa ada skill.....sebagai contoh, ini pendapat aku lar kan kan ....UFO di besar besarkan untuk menunjukkan bahawa ada makhluk lain yang lebih bijak dan sempurna dari manusia, UFO dikatakan berasal dari planet lain ......dari segi maklumat biasa yer ianya nampak tak bahaya tapi bila kita kaji dari segi sudut theology/keagamaan statement ada makhluk lebih bijak dari manusia menafikan ayat Al-Quran yang menyatakan bahawa manusia adalah kejadian Allah yang paling sempurna dan seterusnya menafikan bahawa Al-Quran itu kitab untuk manusia selepas Nabi Muhammad kerana ada makhluk lain dari planet lain yang tak termasuk dalam sebutan makhluk dalam Al-Quran....bagi yang berpegang pada Rukun Iman, maka tidak susah nak categories UFO nei kerana samada depa nei syaitan pakai spacesuit...hehehe..ataupun golongan jin yang berkongsi dunia dengan manusia.....so kita balik kepada ayat al-quran" tak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk menyembah Aku " ( or something to that effect) maka dengan ini telah jelas bahawa UFO itu adalah makhluk Allah jua....so, the next persoalan, macam mana plak jin lagi advance technology depa dari manusia......aper susah susah sangat nak fikir.....memang tak dinafikan lagi sebab dalam kisah Nabi Sulaiman, ahli sihir menggunakan jin dalam sihir mereka hingga keluar lah watak jeannie dalam kisah Alladin!!!.....lar zaman sekarang nei pun kalau ko tengok david copperfield and the gang, depa dalam silap mata tu pun pakai jin gak , wa cakap lu....

......itu lar sebab aku selalu cakap dalam entry aku, zaman baca Quran untuk betulkan bunyi dan tajwid sudah patut ditambah dengan melebihkan makna/maksud ayat tanpa mengenepikan kepentingan tajwid dalam pembacaan....so, umat Islam kat malaysia ini boleh faham maksud ayat yang diturunkan dan therefore lebih mudah untuk memahami kehendak Allah seperti yang tertulis dalam Al-Quran itu.....

....usaha usaha pihak kapir nak memurtadkan orang Islam atau merubah iman orang Islam itu bukan rahsia lagi....aku pernah baca bahawa mubaligh kristian yang berjaya memurtadkan orang Islam di malaysia mendapat gajaran wang yang lumayan!!!!kita pun dah tau iblis dah buat agreement dari awal lagi dengan Allah swt bahawa depa akan menyesatkan umat manusia hingga hari kiamat...so nak heran aper sangat kitab palsu nei.....lihat saja pada pancaindera manusia kita ini.....syaitan ganggu pandangan/mata kita dengan maksiat, simbol kapir, pembacaan palsu, syaitan ganggu kesucian kita dengan rasa/mulut dengan mencampur benda benda haram dalam makanan yang kita suka, pendengaran/telinga kita dengan bunyi bunyian yang mengkhayalkan, bisikan bisikan yang menggoda dan inilah yang digunakan oleh musuh Islam hari ini untuk menggangu gugat iman orang Islam.... so , jaga pancaindera kita maka terjagalah iman kita dari gangguan setan...

..tapi nasihat aku ialah jangan ambik pol port sangat kapir kapir punya trick lama nei...yang penting jaga sembahyang, jaga rukun iman dan Islam, ikut/baca Al-Quran dan hadis, guna akal dan naqal, jangan makan dari sumber yang haram, jangan ambik yang makruh ( rokok tu aku dengar makruh gak tapi aku masih merokok beb!!), banyak membaca, banyak berjalan luas pandangan, kurangkan mengumpat, bayar zakat...insyallah, syaitan boleh kacau ajer tapi tak boleh buat lebih sebab semua tiang agama kita bina dengan foundation yang kuat....dalam mencari ilmu lebih baik berguru, tapi kalau rasa pendapat guru kita tu tak ngam gan kita, cuba cari 2nd opinion jangan ikut buta ajer...tapi apa apa pun, sembahyang jangan tinggal walaupun ko meeting dengan Agong sekalipun!!!hehehe....

...ada orang kata iman manusia nei macam kulit bawang, nipis sangat......tapi tak kisah, kita salut nipis kulit bawang tersebut dengan susuk ketaqwaan dan niat yang baik/ikhlas, insyaallah, kekal iman kita sebab Allah melihat niat kita dulu baru tengok perbuatan kita...so niat dalam perbuatan kita kena cun giler dulu beb!!!! ......

..maksud aku di sini, Allah bagi kita akal untuk berfikir, so kelebihan kita manusia dari binatang ialah akal, kalau takat perasaan , binatang pun ada....so, dalam akhir zaman di mana 99 jurusan kejalan Allah telah disabdakan oleh Rasullulah saw tetapi yang berpandu kepada Al-Quran dan hadis sahaja yang diteruima , maka akal dan ilmu yang akan membawa kita ke jalan yang lurus, insyaallah.....jangan dengar cakap syaitan yang jeles dengan manusia yang suka berfikir seperti kata kata " belajar tanpa guru maksudnya berguru dengan syaitan"....bagi aku pernyataan ini adalah datang dari syaitan itu sendiri sebab syaitan sekarang dah advance kot, depa lebih suka masuk melalui ustaz ustaz yang banyak ilmu dan kurengg dari segi peribadi.... tapi masih ramai ustaz ustaz yang ada sekarang nei masih mengekalkan peribadi yang tinggi maka carilah ustaz ustaz yang macam ini....because all ustazs should have a strong Islamic understanding tapi tanpa peribadi yang murni, ustaz itu bukan source yang baik untuk kita buat rujukan..mintak maaf cakap tapi itulah pendapat aku....ibarat kita pergi saloon nak potong rambut..semesti yer kita cari amoi yang rambut dia nampak berjaga dan bersih pemakainnya dan peralatannya ( bukan alat tu lah...alat gunting menggunting rambut lar tau!!!)...

..tapi dalam kita risau dengan serangan akidah dari agen agen syaitan....aku ada diberitahu dan juga terbaca dua perkara yang menarik iaitu ( tapi kesahihan aku tak dapat beri) di singapore, average 30 orang se hari memeluk agama Islam semenjak 911...di Perkim, average 50 orang sehari memeluk agama Islam selepas tsunami.....

...so kalau terbaca kitab palsu atau surah palsu, bagi tau diri kita ini betapa cantik yer jalan Islam dan Hukum Allah yang menyebabkan agen agen syaitan cuba nak merubah keindahannya....sebab bila anda mula membaca dan mengkaji , anda akan membaca berbagai lagi tuduhan seperti Nabi Muhammad yang menggigil bila menerima wahyu Allah melalui malaikat Jibrail sebenarnya kena sawan...Nabi Muhammad saw ini adalah sex maniac kerana kahwin dengan saidinatul Aisyah dalam umur yang muda....syaitan yang mempengaruhi nabi Muhammad dalam merubah kandungan firman Allah...Allah tu adalah creation syaitan sahaja dan sebenarnya tak der pun Allah tu.....inilah benda benda yang anda akan baca yang membuat iman anda tercabar....bila jumper benda macam nei, jangan picnic...I mean panic, sebab kapir dah mula memesongkan akidah orang Islam semenjak Rasullulah masih hidup lagi dan dengan itulah timbulnya kumpulan 'munafik' tersebut...so, apa yang dilakukan oleh kaum kapir sekarang ialah repetition kepada apa yang telah dilakukan oleh kapir kapir dari semenjak bermulanya tahun Hijrah....namun Islam masih kuat dan berkembang....formula mereka sama saja, " keep repeating the same lie over and over again, many will start thinking it is the truth"....itulah sebabnya penting bila nak melakukan sesuatu waimah nak tengok TV sekalipun, mulakan dengan bacaan "auzubillahhiminasyaitonirojim" ,...sebagai dinding pertahanan iman kita dari bisikan syaitan ini.....

walaupun mungkin ramai berpendapat tak baik aku selang seli joke dengan perkara berkenaan agama ..tapi aku yakin kalau siapa yang baca tulisan aku lebih dari sekadar membaca sahaja akan faham bahawa joke aku itu bukan sekadar gurau senda ......


Friday, January 28, 2005

Surau BandaAceh

Assalamualaikum,

...aku baru dapat gambar nei melalui e-mail iaitu gambar surau yang masih berdiri bersama dengan tempat mengambil wudhuk dan pondok menggaji.....walaupun kali pertama aku tengok gambar nei aku sungguh terpegun, kedua kali aku tengok aku rasa macam ada superimpose or camera trick.....kedudukan tempat wudhuk tu aku rasa jauh begitu juga pondok menggaji dan mengapa pondok menggaji masih usang sedangkan tempat wudhuk nampak moden dan lebih mirip kepada tandas....mengapa tiada gambar yang lebih close-up diambil sebagai gambar sampingan...

..tujuan aku menyiarkan kesangsian aku ini ialah untuk menggelakkan startegi musuh Islam yang ingin discredit kisah Masjid masjid yang berdiri megah walaupun di landa tsunami dengan membuat sesuatu yang lebih sensasi dan alih alih tau gambar tu bukan gambar yang authentic ....maka akan disebarkan cerita bahawa gambar gambar yang lain pun tak betul jugak...maka semua kisah masjid yang menarik ini hilang significantnya disebabkan satu gambar ini....

..walaubagaimanapun , sekiranya gambar ini benar kesahihannya, amatlah sungguh menginsafkan diri ini....apa apa pun, lihat gambar surau BandaAceh ini dan tepuk dada tanya selera...hopefully, siapa yang ada gambar berkaitan yang lebih terang dan jelas , maka tolonglah bagaitau saya kan mana nak tengok...


Thursday, January 27, 2005

Sajak tak berseni??!!!ahaks ahaks ahaks

Oh Tsunami

Kala kami bersantai berteman keindahan pantai
Kau menjelma tanpa dibelai
Tiada petir , tiada guruh
Lalu kau hadir bagai halilintar


Kau tampak gagah, jelas anggun nun ditengah lautan
Kami terpegun ,memuji lalu melambai lambai
Namun , tanpa salam dan tegur sapa
Kau ludah kami tanpa belas kasihan

Bukan terima kasih kau ucapkan atas puji pujian
Bukan juga salam persahabatan kau hulurkan
Malah, kau humban, kau terajang dan kau hentak
Tak kau peduli si tua, yang sakit mahupun si kecil dalam kendungan

Gerun sungguh kau dipandangan mata
Gagah sungguh nama kau dibibir manusia
Sebut saja nama mu bisa bikin orang jadi gila
Lihat saja wajahmu mana mungkin boleh lupa

Kau datang tak berjemput , Kau balik tak berturut
Kau tinggalkan cenderahati, namun tiada yang berbesar hati
Tapi kau tak segagah mana, rumah NYA masih bernyawa
Kerna kau juga makhluk, kejadian yang Esa

Namun tiada siapa yang mampu marahkan kau
Orang tahu bukan niat kau
Kau pun makhluk jua
Kau pun bersifat baru jua

Namun, kau bisa menyedarkan yang belum sedar
Kau sentuh hati yang belum tersentuh
Kau sinarkan yang belum mendapat cahaya
Kau sekadar petanda kebesaran Nya

Jangan datang sini lagi
Jangan ganggu kami lagi
Namun apa kau boleh buat
Kau tak punya kuasa menahan kehendak Yang Esa

Tak kenal maka tak cinta
Dah kenal rasa sengsara
Tsunami, kau ibarat si dia yang dipuja
Bila mengharap merana dihati, bila dilupa bencana di dada

...inilah kesan bila sajak ditulis oleh orang tak reti bahasa!!! ( cakap kampong aku, lack of vocabulary) ahaks ahak ...so, pakar pakar bahasa macam antukarma jangan betulkan screen anda!!!!..hehehe

..apa apa pun, dah blog aku, hantam saja lar rokilabu!!!....hehehehehe........




Wednesday, January 26, 2005

Sebulan Genap Tragedi Tsunami

Assalamualaikum,

..sebulan genap Tragedi Tsunami berlaku dan walaupun ianya masih muda dalam memori kita tetapi masih ramai dah mula lupa.....Ilham blog dengan ini menjemput semua pengunjung untuk sedekah Al_fatihah kepada semua mangsa tsunami yang beragama Islam....harus ditekankan masih ada 132,000 lagi rakyat Aceh yang direkodkan sebagai hilang!!!......

..dalam entry aku pada Januari 8, 2005 dibawah tajuk " Bila Kita Lupa Pada Tsunami" aku ada tulis kesan selepas tsunami mula dilupai iaitu salahsatunya " mereka yang sekarang dipandang sebagai mangsa tsunami akan dipandang pulak sebagai penyebab kepada bencana...."...

..tak lama lepas tu aku dapat e-mail yang mengkaitkan tsunami sebagai bala kepada perubahan sikap orang Aceh kepada agama Islam, aku baca paper kata bala dikaitkan dengan pesta maksiat yang dilakukan dekat makam seorang wali dan seminggu kebelangkangan ini banyak article yang mengkaitkan sikap dan cara orang Aceh dalam cara dan pengamalan mereka yang membawa bala dijatuhkan kepada mereka.....

.....inilah sikap manusia dari dulu sampai sekarang, suka menuding jari dari mempelajari dari apa yang dilalui, mencari orang untuk dipersalahkan lebih lebih bila orang itu dalam keadaan lemah dan memerlukan bantuan dan tidak bisa melawan atas segala pertuduhan....

.....aku tak tau mengapa bala yang paling teruk dari tsunami ini jatuh kepada negeri Aceh yang diberi gelaran "Serambi Mekah"....aku tak tau mengapa singapore tak kena ??!!..aku tak tau mengapa pulau pulau orang Islam di Phuket teruk kena, aku tak tau mengapa tsunami attack Penang, orang Islam jugak yang ramai mati, aku tak tau mengapa kawasan orang Islam/Malay di sri lanka yang paling teruk kena, aku tak tau mengapa maldive yang kepimpinan negara itu adalah orang Islam/malay yang dasyat pukulan tusnami yer...tapi yang aku tau ialah semua yang berlaku adalah kehendak Allah swt dan ada hikmahnya.....

..ada seorang kawan aku kata kat aku dia melihat tsunami ini adalah cara Allah menggurangkan orang malay di dunia ini....tak der salahnya pendapat ini ...

..bala atas bala jatuh kepada orang Islam hari ini dan inilah yang harus kita fikirkan....dari bencana alam hinggalah kepada peperangan, kebuluran, penyakit dan kemunduran dikaitkan dengan orang Islam.....sampai ada yang dibisikkan syaitan di telinga kalau betul sangat Islam nei, tak kan teruk sangat bala yang menimpa ???

..bagi aku lar kan....aku nak lihat pada hadis Rasullullah saw yang mengatakan diakhir zaman ada 99 jurusan kearah ketaqwaan tetapi hanya sesiapa yang berlandaskan Al-Quran dan Hadis saja adalah jalan yang sebenarnya....so , atas dasar ini, sudah jelas mengapa bala jatuh kepada orang Islam......terlalu banyak penyelewangan dari segi akidah yang menyebabkan apa yang diamalkan hari ini adalah 97 jurusan yang tidak diterima Allah swt....

..aku berpendapat akhir zaman bermula dengan wafatnya Rasulullah saw dan selepas itu bermula peringkat peringkat tanda kiamat itu hampir dan hari ini adalah probably peringkat akhir untuk akhir zaman tersebut.....Al-Quran diturunkan untuk umat manusia selepas Rasullulah tetapi Al-Quran dipinggirkan atau dipilih pilih kandungannya dalam pentadbiran, kehidupan sosio ekonomi manusia sejagat....

...cara yang harus orang Islam lakukan ialah untuk bersatu padu dibawah hukum Allah dengan disokong oleh hadis Rasullulah...itulah formula yer tapi itulah yang tidak akan dilakukan oleh orang Islam hari ini bukan kerana tak mau tetapi itulah bentuk cara orang Islam diakhir zaman yang akan jauh dari Al-Quran, yang akan berbalah balah dan lemah sebelum datangnya pertolongan Allah melalui turunnya Imam Mahadi dan Nabi Isa a.s...for consolation, destruction of muslims di akhir zaman ini semuanya telah dinyatakan jelas dalam Al-Quran dan Hadis....kita inilah umat akhir zaman yang dikatakan sebagai umat yang ramai tetapi lemah, meninggalkan ajaran Allah, tidak menghormati orang tua, perempuan berlagak lelaki dan lelaki berlagak macam perempuan...ini lah zaman yer beb!!!....

...atas dasar ini, orang Islam dan ajaran Islam akan terus ditindas dan dizalimi sehinggakan akan sampai peringkat orang Islam sudah bersekongkol dengan orang kafir demi kesenangan dan hanya yang kuat iman dan yakin ini adalah kejadian yang sudah termaktub dalam Al-Quran dan Hadis yang akan terus berpegang dengan keimanan yang akan kekal mati dalam iman...

..so bagi yang sibuk mencari kebenaran Al-Quran, terimalah hakikat kejatuhan orang Islam hari ini adalah bukti kebenaran Al-Quran yang diturunkan kepada Rasullulah saw 1400 tahun dahulu..so relax lar, jangan nak salah salahkan orang Aceh sebab bala itu bukan untuk orang Islam Aceh saja tetapi untuk umat Islam akhir zaman.....

.....sekarang yang kita perlu buat ialah berpegang kepada Al-Quran dan Hadis , tu lar sebab aku cakap dalam entry aku dulu zaman Rasullulah tak ada mazhab mazhab, so kena balik kepada basic .......tapi tak boleh punyer sebab semua yang bermazhab yakin cara depa cara yang paling betul......aku rasa umat akhir zaman ini paling mudah nak masuk syurga kerana hanya siapa yang berpegang pada Al-Quran dan Hadis saja yang di terima berada di jalan yang betul......tapi sedih yer, mana ada yang ikut Al-Quran sebiji sebiji...Anwar Ibrahim pun buat statement lepas keluar penjara that the creation of an Islamic state is not his agenda.....habis cam mano.....

...so, akhir zaman ini, balik pada basic iaitu jaga Rukun Islam dan Rukun Iman....bila tak sure, rujuk Al-Quran dan Hadis , insyaallah kita diatas landasan 2 jurusan yang benar dan lurus diakhir zaman ini.... jangan berjudi, berzina, rasuah, riba dan semua dosa besar yang lain, maka kita dilandasan yang betul....nampak senang tetapi susah dilakukan diakhir zaman ini....jangan menggutuk hukum Allah ( tak nak buat tu dah lar satu hal), jangan diperkecilkan hadis Rasullulah, jangan hina orang seagama kita dan jauhi kemungkaran dan khurafat, jangan terlibat dalam syirik kecik atau besar dan jaga keimanan dan adab tata susila.....

...aku sedih mendengar hujah orang Aceh sebab kepada bencana alam tsunami, walaupun ada banyak yang aku baca dan dengar mungkin ada kebenarannya tetapi menyalahkan orang Aceh seperti menyatakan kita nei tak pernah buat kesalahan.....tapi jangan lupa Allah swt meninggalkan kesan besar di Aceh dengan berdiri tegaknya masjid masjid di Aceh walaupun di landa bencana alam paling dasyat dalam sejarah manusia era moden ini....itu yang patut kita insafkan dari kesan tsunami di Aceh bahawa tegakkan tiang agama dan balik kepada asas beragama tersebut....

...bukan tujuan aku nak menggajar penggunjung tentang asas dan hukum Allah dan hadis Rasullulah saw tetapi sekadar memberi pandangan dari sudut yang berbeza sikit sebagai pembuka minda sahaja....

Tuesday, January 25, 2005

Happy Birthday To You Farah AF2

Assalamualaikum,

Kalau aku tak silap , January 25 ialah birthdate Farah AF2, kalau betul aku nak ambil kesempatan ini menggucapkan Selamat Hari Ulang Tahun ke 20 kepada aweks angkat aku nei!!!!…ahaks ahaks ahaks…

Opportunity ini jugak aku nak ucapkan Happy Birthday to my dear friend yang menyambut harijadi pada January 27….Happy Birthday MNQ……

…..bagi Farah, inilah kali pertama beliau menyambut harijadi sebagai seorang Bintang….kali pertama beliau menerima ucapan dari mereka yang beliau hanya kenali sebagai peminat…kali pertama Farah akan menyambut harijadi dengan hadiah hadiah yang beliau sendiri tidak akan beli untuk diri beliau sebelum ini….

….namun Farah aku rasa menghadapi harijadi ini dengan rasa gembira dan cautious…dengan season reality tv show dah nak bermula especially AF3, Farah mesti rasa masa tidak bersama beliau untuk establish dirinya dalam local entertainment industry….walaupun sejarah reality Tv di negara kita masih muda tapi nampak jelas bahawa popularity pemenang/peserta tidak menjamin tempat /kesinumbangan mereka dalam dunia seni ini….mereka popular dan mereka ada peminat tetapi ianya kekal untuk jangkamasa demam siri tersebut masih panas dan arah career mereka tidak semestinya apa yang mereka idamkan semasa mereka memasuki tv reality show ini…lihat saja nana , burn dan adi sebagai DJ, liza dan azza sebagai co-host TV show…..atie nampak bertuah kerana memasuki bidang lakonan yang beliau nampak selesa dan vince dan khai bersaing untuk menentukan dunia nyayian sebagai bidang mereka…..nasib belum lagi menyelebahi azizi, shaari, rosma dan nija…..tetapi kalau dibandingkan dengan pemenang siri lain seperti audition, who will win, bintang rtm..bebudak Af nei masih dikira masih relevan lahi….

..so Farah ada filem Man Laksa yang menjudikan masa depan beliau dalam dunia entertainment walaupun Farah mungkin lebih gembira sekiranya survival beliau diukur dari sudut album beliau sendiri…tapi, belum ada lagi tampak cara beliau nak menggeluarkan album lagi….inilah yang merungsingkan aku dan semua peminat Farah yang lain….adakah Farah akan end-up macam Nija or shaari atau perhaps jadi penyanyi latar secara professional atau menyanyi di kelab kelab malam untuk menyambung minat dalam dunia nyanyian….aku harap aku salah di sini dan mungkin aku yang tak tau bahawa farah sudah masuk studio untuk buat album….

..actually aku dah ada idea/perancangan aku sendiri untuk menentukan Farah ada album sekiranya pihak maestro tidak interested untuk buat album untuk Farah….tapi aku dah serik nak share idea/strategi aku secara terbuka nei Beb!!…cukuplah masa AF2 dulu menjadi pengajaran untuk aku dalam aku merangka strategi perjalanan farah ke final ( definitely dengan izin Allah swt) …..sekiranya Farah nak share idea dengan aku, pandai pandailah cuba cari jalan nak contact aku( i am sure your parents and some of the kepimpinan FFC tau!!! )….….dan juga tak semestinya perancangan aku itu akan menentukan kejayaan Farah menerbitkan album tetapi sekiranya Farah dan tak nampak punca, tak salah cuba cara aku…..perhaps ianya akan menjadi hadiah aku pada Farah untuk harijadi beliau nanti…..hehehe

…aku akan amat sedih sekiranya farah terpaksa tukar personality dan tukar jalan career just to maintain to be in this entertainment industry ….that will be sad indeed…

..apa apa pun, aku yakin farah mempunyai exceptional singing talent dan sekiranya beliau dapat the big break, beliau boleh merubah suasana muzik/nyanyian tempatan….

..happy birthday Farah…..semoga dipanjangkan umur, dikuat iman, dimurahkan rezeki untuk kebaikan kau dunia dan akhirat, insyaallah….amin 3x…..

BTW , hari ini thaipusam dan aku harap tak ramai pengganut agama Hindu akan kena heat stroke sebab cuaca panas masih belum reda..hopefully bomba to be on standby to shower the batu caves area with water just in case the heat gets overly unbearable....

one more...aku baru lepas tengok bola live subuh nei..hehehe...just nak bagi tau Bolton menang lagi , kali nei beating Blackburn 1-0...hehehe....el-hadji scored the score from the rebounded ball off a penalty save....penalty tu pun diberikan controversially bila hadji appeared to dive !!!ahaks ahaks ahaks.....aku suka bukan aper, sebelum nei banyal foul atas el-hadji tak diberi free kicks/penalty just because of his reputation.....

last but not least, aku baru tau bapak emy dari dailyemy blogspot masuk hospital sebab high blood pressure, so to emy and family and especially the father, get well soon and kami dari Ilham blog mendoakan speedy recovery untuk your father.....


Saturday, January 22, 2005

hot hot hot !!!!! panas giler beb!!

assalamulaikum,

..i don't know about other places.....but raya korban kat KL ari nei really really panas....rasa yer dah lama tak rasa panas sampai ke tulang tapi ari nei betul betul panas..i thought i was the only one harping mad ( figure of speech though, how could me be mad to Allah's creation), but apparently the heat was really getting to everyone that I came to meet....

..someone recorded the heat at 50 degree celcius just 2 days ago but today's it was even hotter!!!!..mak oiiii!! even mak aku cakap dah lama tak rasa panas lagu nei...

..somebody commented that bila raya haji jatuh hari jumaat memang ari tu panas sebab dua khutbah dalam sehari dan ada kata plak pasal thaipusam dah dekat !!!apa apa pun kepanasan yang dilalui memang luarbiasa...kulit rasa terbakar, tekak kering dan energy badan macam kena soaked...

....tapi hati aku kecil aku berasa berlain tentang panas yang menggila ini....aku rasa kan panas ini bukan panas yang biasa kita lalui...bukan panas sebab musim panas tetapi panas seakan petanda sesuatu akan berlaku...kalau guruh petanda nak hujan , aku merasakn panas ini ada petanda kepada sesuatu yang amat dasyat...aper dia aku tak tau....aku juga terfikir panas ini mungkin boleh berterusan sebagai satu bentuk bala jugak kerana manusia cuna menafikan hak Allah menurunkan tsunami kerana ada pihak yang hendak menggaitkan tsunami dengan buatan manusia!!!....

..apa apa pun , aku rasa cuaca yang hot hot hot ini bukan perkara biasa, bukan perubahan cuaca dek kerana ozone dah nipis, bukan kesan berlawanan musim sejuk luarbiasa di kutub utara..tetapi adalah petanda bala kepada umat manusia di sini...

....mungkin aku berkhayal dalam perasaan yang aku alami tapi aku luahkan di sini untuk memohon keredhaan Allah ......

btw, selamat hari raya korban pada semua.....

Friday, January 21, 2005

Anniversary!!!

assalamualaikum,

...anniversary ialah bahasa inggeris yang dah diterima pakai sebagai perkataan universal untuk menggenangkan ulangtahun sesuatu event/peristiwa/sejarah dalam hidup pasangan pasangan yang masih berpasangan!!!!...selalunya anniversary ini berkaitan dengan ulangtahun perkahwinan......belum pernah lagi aku dengar ada orang buat anniversary perceraian!!!!...kalau menggenangkan yang sedih plak macam bencana alam ker disebut pulak in memory/memorial.......

..apa apa pun yang selalu ingat anniversary nei ialah orang pompuan, anniversary 1st date, anniversary kena proposed kahwin, anniversary kena 1st time cium, anniversary dapat present dan macam macam anniversary orang pompuan dengan tujuan nak dapat attention husband!!!!...orang lelaki yang ingat anniversary ini digelar sebagai mamat romantik atau dalam bahasa aku, mamat nei sah sah tak ramai aweks masa muda dulu!!!!ahaks ahaks ahaks...kalau tidak , aperkejadah nak ingat semua bende bende tu kan kan kan....

.....actually, it is a good practise to remember the significnace dates dalam hidup berpasanagan especaially suami isteri atau tunangan..ahaks ahaks ahaks...bukan aper, melihat kepada zaman itu memberi satu ingatan kepada asal usul kontrak persahabatan tersebut....

...tetapi kalau life is so good now, why need to think about the past??!!!..errmmmm betul gak, kalau lar suami isteri or couple tu happy dengan apa yang ada sekarang, mengapa harus dilihat yang telah berlaku....adakah anniversary itu diingat ingatkan kerana yang present ini dah tak menarik or romantik??!!!!.....huhuhuhu...

.....orang hanya suka tengok gambar dia kurus dulu sebab badan dia sekarang dah berkembang.....orang yang suka tengok rambut dia masa zaman sekolah berkumungkinan sekarang nei dah ada botak kat tengah ala ala zidene zidenne!!!!!hehehe...orang yang suka tengok gambar awek zaman sekolah bermakna awek lar nei memang lar kureengg se kurenggg kurenggg yer....so adakah atas dasar yang sama, orang yang kaki anniversay nei sebenarnya berselindung dengan kesengsaraan yang dilalui hari ini.....

.....mungkin pendapat aku salah kerna salah satu sebab perlakuan dalam menunaikan fardhu haji ialah mengikut kembali perjalanan Siti Hajar dalam beliau bertawakkal kepada Allah swt dalam mendapatkan air untuk menyambung kehidupan.....peristiwa ini dilakukan balik oleh umat Islam masa menunaikan fardhu haji untuk mengingatkan kembali keberkesanan tawakkal dan ketaqwaan Siti Hajar kepada Allah swt.....

..so, menggenangkan kembali saat saat penting dalam hidup itu adalah sebenarnya proses evaluate diri atau perhubungan/persahabatan.....supaya kita jangan lupa asal usul kita dan jangan lupa saat saat suka dan suka mencapai apa yang kita capai dulu.....dalam bergaduh dengan pasangan kita, kita lupa saat saat penting dimana kita sanggup sehidup semati dengan pasangan kita , kita lupa janji manis kita semasa melamar dulu....kita jangan jadi macam MaMaK yang mudah lupa, lupa siapa yang menaikkan beliau dulu, lupa tapak asal untuk beliau menjadi apa yang beliau kecapi sekarang, lupa kuasa itu diberi oleh siapa ( ek eleh..macam mana boleh pergi ke MaMaK plak!!!!hehehhe).....

.....anniversary ini adalah adat baru dalam zaman moden ini, diraikan selalunya secara berdua duaan dan lagi surprise lagi cantikkkkkk.....selalunya si isteri yang sensitif dan pendiam akan memendam hati seminggu dua kalau hubby terlupa anniversary depa dan isteri yang becok macam minah yang jadi co-host AJL 19 hari tu, akan make sure hubby dia tahu 2 minggu setengah sebelum tarikh anniversary tersebut!!!!!.....tetapi objektif yer sama demi untuk memantapkan hubungan suami isteri tadi....so, bayangkan bini empat, berapa banyak date mau ingat daaaaaa!!!!!.......so lepas itu ingat ajer tak cukup, mesti ada present sebagai tanda kasih sayang.....walaupun tak suka laki merokok, tapi bagi lighter tu memang dah seharusnya wajib dalam list hadiah si bini...hehehehe.....habih tu kalo tak, nak bagi aper......

.....sebaik baik yer menyambut anniversary hendaklah juga dilakukan sebagai hari kesyukuran....suami isteri buat sembahyang taubat dan buat sujud syukur kerna dengan berkat Illahi, perhubungan masih kekal sejati......buat pulut kuning hantor kat masjid/surau dan sedekah tak banyak sikit pada mereka yang memerlukan.....pas tu baru lar pergi caddle lights dinner dan kalau everything goes well, malam tu dapat round-up ala ala power root!!!hehehehe...

....aku rasa lar kan ..perkataan wajib masa annniversary ialah " you ingat tak".....soalan yang tak boleh tanya ialah " apa agak yer jadi dengan balak I yangg awak kalahkan kan tu yerk??!!!"...

..okke lah...anniversary aku nei yang buat aku teringat dengan anniversary anniverary nei ialah anniversary aku bersunat!!!!hehehe....

Wednesday, January 19, 2005

Drama Akademi - aku tunggu Farah AF2 keluar!!ahaks ahaks

Assalamualaikum ,

.....ada satu drama yang membariskan ramai dari pelajar AF2 sedang ditayangkan di channel 4 Astro from monday to friday dari pukul 8.30 pm hingga 9.00pm..dah seminggu citer di tayangkan tapi aku belum kesempatan tengok penuh satu episode pun sebab kadang kadang tak sampai umah lagi dan kadang kadang berkejar nak solat.....tapi dalam intai intai tu ,dapat gak sikit idea drama bersiri ini...

..so far cerita berkisar tentang cinta melissa ( pond's advertisment fame) dengan Farid ( boy group yg nyanyi lagi Veda tu) dengan kaer sebagai mamat yang minat kat melissa nei, Anding sebagai kawan baik Farid dan ada lar Bob , Zahid ( exchange student) dan ramailah....apparently Farah dan Adam tak muncul lagi sebab setau aku ada nanti cerita pasal cinta Adam dan Farah...

..so for now, aku tak angkat pol pot sangat drama nei sebab Farah tak jadi regular lagi.....cerita berkisar tentang group of performing art student dalam kehidupan harian dalam suasan typical college life style ...

...tetapi plot cerita terlalu predictable dan nampak sangat shooting/production dibuat dengan cara terburu buru......w'pun aku bukan learned student dalam film production tetapi obviously the artistic aspect of film production was not given priority.....drama ini lebih kepada mengekploitasi kepopularan budak budak AF2 dan juga pelakon2 remaja yang terkenal masa kini...

..tapi tapi drama nei is really a joy to watch, simple dialague , familiar characters, famliar background dan simple plot ....tak payah nak pening pening kepala tengok citer...tapi kadang kadang tension gak bila tengok depa tak kisah langsung pasal editing dan juga character building...aku takut yang rugi nanti budak budak AF2 nei jugak sebab berlakon dalam sun-standard TV series that may harm their reputation as the next possible megastar on the silver screen....

....aku harap cerita pasal Farah nanti akan lebih interesting dari cerita kaer mengidap cinta melissa nei...hopefully.....

Kempen Bersopan Santun (1) - masjid

Assalamualikum,

...aku tengok banyak iklan kat TV tentang kempen bersopan santun dan aku pun agak terperanjat dengan perkembangan terbaru ini hinggalah aku buat research dan roper roper yer ianya adalah kempen dari Pak Lah......apparently Pak Lah lauched satu kempen untuk rakyat balik kepada basic iaitu adat bersopan santun untuk meningkatkan mentality rakyat ke grade 1...

...alhamdullilah, kempen ini consistent dengan apa yang aku percaya bahawa material development kita membangun lagi cepat dari mental development yang menyebabkan kita perlu take a breather dari segi material development untuk mental development to catch up dengan material development.....

...kempen ini bertujuan untuk membentuk sikap positif ketimuran kita dan dengan itu akan membolehkan kita mempunyai masyarakat yang appreciate untuk menjaga Tandas Awam, Taman taman rekreasi, tempat tempat awam yang kemudiannya akan menbentuk masyarakat yang perihatin kepada hak orang lain so tak ada lar yang suka potong Q, beratur masa naik bas, tak bunag sampah ikut suka ajer dan sebagainya.....

...bagi aku, ini satu kempen yang agak dah overdue dan patut kita beri sokongan .....yang boss boss kat office untuk menekankan sikap sopan santun nei, mak bapak kat rumah, ketua kampong kat mukim dia, kepimpinan pelajar kat universiti dan college, guru guru di sekolah dan Along Along kat mafia mafia depa!!!....

..tak rugi negara kalau mempunyai rakyat yang sopan santun dan berbudi bahasa dan tak rugi bangsa bila semua menghormati each other...

....aku particular sekali dengan kebersihan masjid......pernah tak korang jumpa pampers kat tempat ambil wudhuk???..yeap, tempat wuduhuk dijadikan tempat cuci najis anak kecil dan pampers dibiarkan di situ jugak??!!!.....masjid penuh dengan sawang dan taik cicak atas carpet dan masjid yang tandas tak berfungsi......ini belum cerita najis kat tandas dan pad pompuan campak kat lantai!!!???.....

....semua kampong dan daerah nak ada masjid tetapi tak ramai yang nak jaga berbakti pada masjid.....masjid mesti dimuliakan dan cara paling mudah untuk memuliakan masjid selain dari meramaikan jemaah , berjemaah setiap solat waktu ialah menjaga kebersihan masjid.....di selangor, maintenance masjid di outsource , so ada pekerja tetap yang menjaga masjid masjid daerah di selangor dan dengan ini kebersihan masjid agak terjaga....

...adakah budget penyelenggaran yang kurang yang menyebabkan masjid kotor??!!..ada kemungkinan, tetapi kalau ahli qariah cinta masjid, duit bukan masalah untuk menjadikan masjid bersih...yang perlu ianya kerjasama qariah untuk menjaga masjid sepanjang masa dan bukan masa nak ramadan atau nak sembahyang raya.....

...bagi pendapat aku, selagi masjid tak bersih selagi itu masjid itu tak dimuliakan....so tak salah kalau aku katakan untuk kita boleh menilai sikap dan ketaqwaan sesuatu qariah itu, lihat lar pada masjidnya.....perhaps surau pun termasuk dalam kategori pernilaian ini......

..aku nak cadang Pusat Islam buat rancangan TV dari masjid ke masjid untuk melihat asal usul/sejarah masjid tersebut juga menilai signifikan masjid masjid tersebut disamping untuk membuat penilaian dari segi kebersihan masjid tersebut.....sedih kita bila kuil lagi bersih pada masjid, kepala patung buddha lagi berkilat dari dome masjid, tandas kat church lagi bersih dari tandas masjid....ini kita kena diperbetulkan....

.....aku ada habit suka singgah masjid masjid bila aku berjalan outstation dan dari pengalaman aku ada perbezaan dari satu masjid ke satu masjid...perbezaan dari segi sejuk dan panas berada dalam masjid, tenang dan khusuk sembahyang antara satu masjid dari masjid yang lain, rasa welcome tak welcome bila musafir antara satu masjid ke satu masjid yang lain dan definitely kebersihan masjid masjid tersebut......pepatah orang kampong aku " don't judge the book from it's cover" adalah amat tepat sekali dari segi menilai keberkesanan atau kemulian sesuatu masjid tersebut.....

.....apatah lagi selepas tsunami di Aceh, kita melihat bagaimana Allah swt menjaga rumahNYA dari malapetaka dan kita harus kaji masjid masjid yang tak runtuh ini apakah yang menyebabkan ianya berdiri tegak walaupun ditimpa tsunami yang dasyat....

...adakah masjid terjamin suci dari najis ???...bagaimanakah menjaga najis seperti tahi anjing tidak terkena kat masjid??...selipar boleh sampai tangga masjid dan sebab masjid kotor, perhi ketempat wudhuk pun kadang kadang pakai selipar.....kereta dan motor yang kerbersihan tayar tak terjamin juga sampai ke tepi masjid.....ini juga harus difikir fikirkan....carpet juga kadang kadang yang 15 tahun masih diguna pakai dan kadang kadang kencing bayi pun ada kesan melekat kat carpet.....telekong atau kain pelekat macam tak basuh bertahun tahun masih ada kat masjid dan jam grandfather clock tak berfungsi semua ini memberi maksud tertentu kepada kemuliaan sesuatu masjid tersebut....

...kita kena jaga kebersihan masjid demi menjaga kesucian ibadat kita.......




Tuesday, January 18, 2005

...DIARY DIRI -januari 17, 2005

.....when winning is everything!!!!!....that's probably the new lesson that i learned last weekend....

EPL

my team for this season, bolton , won against all odds against the reigning champion arsenal by 1-0, this is the 2nd victory in the premiership after 6 consecutive straight defeat.....after the game, the football experts were raving about bolton recovery and especially the performance of el-hadji diouf...

..winning change people's perception, bolton did not perform any better than any of the six straight games that they lost but people were talking about bolton's revival and a possible candidate for europe, hardly 2 weeks ago they were talked about being a candidate for relegation...that's what winning can do for you...similarly, just because bolton is back on winning track, el-hadji diouf, treated like criminal just 2/3 weeks`ago now being seen as a possible world beater just because he is in a winning team....

TIGER CUP

..singapore won the championship..deservedly too??!! I really don't know but since they won, everybody was talking about beginning of a new dynasty in this region!!....the singaporean goalkeeper was even awarded MVP of the tournament??!!!..ermmm, I guess you must find a MVP from a winning team and probably a the most decent player in the team was the goalkeeper.....

Ilham of Indonesia won the golden boot award and should he play for a championship winning team, he would have won the MVP, simple as that..that's why winning is everything....

..singapore played well to their game plan, making no silly mistake and the early goal helped to ease the nerve.....Indonesia were never really threatening and the hype of an Indonesian comeback ala the one against malaysia never happened because the singaporean packed the midfield area and only move forward on counter attack....the best tactical play in this circumstances and very well executed by the singaporean.....but if you take away the 3 'imported' singaporeans in Bennett, Dickson and Casmir, you don't expect them to go this far....seriously, this imported citizen is not good for the youth development in football in this region...I hope malaysia will never emulate singapore by giving 'imported' citizen to play for the national team.....but since singapore won with 3 'imported' citizens, you make expect the other nation to follow suit since every nation wants to be a winner!!!!....

Thomas Graveasan

Graveasan , a Danish international with a body of a bulldozer with a look that is more suitable for a mafia hatchmen character than a footballer,a strong midfield player with a never say die attitude ,technically good player with the tough guy reputation on the field....I have always been his admirer because of his ability to mix good tactical play into his robust style but not until this season that he was recognized for his ability..reason being he is playing in a winning Everton team. Winning team will get more live matches and more newspaper coverage and due this exposure, people come to realize what a good player he really is!! ......as a reward , he was bought by the mother of all winners in club football in Real Madrid...this will never be possible last season when Everton were struggling.....so, you need to be a winner to be recognised , okay!!!!

Juara lagu ke 19

.....everybody thought that Misha Omar's Pulangkan will win the prestigious overall winner by virtue that the song is the theme song for award winning movie, Pontianak Harum Sundal Malam....and when Misha was annouced as the best vocal performance for the night, the eventuality was even greater until Tam from the rock group "Spider" was annouced the overall winner.....Tam greeted the annoucement gracefully and looking shock rather than happy and later gave a simple impromtu speech .....since I wasn't really a big fan of Spider , I could not relate to the song or to Spider that much, but after their down- to- earth mannerism when receiving the award plus the simple but touching speech , I found myself admiring "Spider" instantly!!!!...yes babeh, that is what winning could do to one career.....

Dayang Nurfaizah

..I was delighted for dayang nurfaizah...not only she sang well , she even looked like an identical twin sister to Nija!!!!ek eleh...betul wa cakap lu beb!!!!ahaks ahaks ahaks....

..I was and still a big fan of Dayang..I remember back in 2000/01, when dayang was really a nobody in the show business, I proposed that dayang to be one of the guest singers for our Annual Dinner, so the committee members were scrathing their head thinking who the hell is this Dayang!!! ( apparently I heard her 1st album and immediately became a fan)....but still they went ahead( as not to upset yours truly, hehehee) to invite Dayang to Kuantan for the dinner and after the show the committee member came to me and thanked me for proposing Dayang...she was superb but still a very raw talent then...but now, she is a mega star and a very accomplish singer indeed..well done Dayang for the Irama Malaysia category win....she may not be the prettiest of singers around but as long as she keeps rendering award winning song, she will be a factor in this higly demanding local entertainment industry....

so kawan kawan, if you want to be successful, be a Winner or atleast present yourself as a winner......work for award winning company, dress like award winning employee, drive a award winning car and surely you will be attended like a winner......tak percaya??!!, cuba try test tengok!!!!

Saturday, January 15, 2005

Pentingnya Didikan Seks Dalam Keluarga Malays...sharing ideas

Assalamualaikum...

Bila ada cases of incest/sumbang muhram kat paper thestar, selalunya nama orang malay yang terpampang tapi bila incest melibatkan non-malays, langsung tak sebut nama….macam tu jugak kes mengzalimi pembantu rumah Indon, dah 2 or 3 hari, barulah tau siapa yang buat kerja tu, cuba kalau malays, on the spot tulis nama pertuduh….tapi itu bukan tujuan aku tulis hari ini, aku nak tekankan pentingnya pendidikan seks dikalangan keluarga malay untuk mengurangkan incest, insyaalah…

Sex adalah satu perkara penting dalam kehidupan yang kita tau/belajar sendiri, jarang mak bapak duduk sebelah anak anak dan citer/terang pasal sex …..kata kata seperti “yang bapak punyer masuk kat mak ko punyer tu yang kakak ko keluar dari perut mak ko tuu” adalah dianggap sebagai taboo untuk diperkatakan…sampaikan anak dah masuk darjah 3 masih ingat emak dia ada baby dalam perut sebab bapa dia hembus kat mulut mak dia!!….ada anak dah masuk asrama tapi tak faham apa panggilan biasa bagi kemaluan wanita sebab mak duk panggil wee wee lah, shoen lah, anu anu lah dan sebagainya….

..so, anak anak akan faham tentang sex dari TV, kawan kawan dan pembacaan…bila dah masuk pelajaran sains kat sekolah baru tau apa guna peralatan diri yang sebelum nei duk guna untuk buang air kecik manjang..hehehe…..belum sempat habis kelas sains masuk plak kelas agama dan ustaz citer zina itu salah satu dosa besar, anak luar nikah dan sebagainya…panic dan confuse tapi tak sanggup nak tanya emak sebab emak akan jawab nanti besar nanti faham lar korang , kamu budak lagi tak perlu ambik tau!!….ini adalah kerana emak tadi pun tak diajar oleh mak bapak dia…

Lepas tu anak anak tadi start tengok wayang, tengok cd, semuanya ada adegan cium dan pegang pegang dan bila dah baligh ada pulak terasa rangsangan bila melihat babak babak ini…bagi yang perempuan, bila datang kotor first time ada yang menjerit memikirkan luka pasal main galah panjang kat sekolah tadi!!!hehehe….sampailah kelas agama ajar nifas, hadas besar dan cara penyucian, barulah sedar apa yang sebenarnya berlaku…..lepas tu start pandai cakap joke pasal anu anu tu dan kemudian barulah proses meng’try’ ilmu yang dapat sendiri atas hasil usaha dan penyelidikan sendiri..di sinilah bahaya bermula…

..kawan kawan atau senior akan cerita benda benda basic pasal sex dan kemudian yang mendengar akan buat ekperimen….syaitan pun seperti biasa join semangkuk maka jadilah benda benda berkaitan sex itu kebiasaan tanpa ada perasaan salah atau berdosa….

..sampailah keperingkat remaja di mana kalau tak dengar, atau tak tengok benda yang berkaitan dengan sex , mata tak boleh lelap dan mulalah proses ingin dan mengingini…mulalah keluar kata kata kawan setakat ringan ringan tarak hal punyer atau tak rock lar ada virgin!!….saat remaja dan di alam percintaan menyebabkan ramai merasakan perlu menggunakan lidah selain dari untuk bercakap!!ahaks ahaks…. betoi wa cakap lu beb!!!

..yang terselamat itu elok lah kesudahan cerita sampai kahwin tetapi ramai yang tak selamat sebab tak faham bila dan keperluan sex tadi sebab tak dididik dari kecik maka terlibatlah dalam penzinaan….maka ramailah yang sudah menjalankan hubungan sex sebelum kahwin dan malam pertama sebenarnya tak bermakna tetapi hanya sekadar untuk mengikut metos malam pertama seperti yang di war war …

..sex adalah perkara penting dalam kehidupan manusia yang tidak diberi penekanan yang cukup oleh mereka yang patut membimbing….ibu bapa sepatutnya menjadi pembimbing utama dalam mengajar anak tentang sex demi menjaga kepentingan diri anak anak tersebut…tersebutlah kisah anak anak jiran yang dalam lingkungan umur tadika , melakonkan kembali adegan blue film yang mana tape tape dibiarkan bersepah kat rumah!! Terdengar jugak kisah mengintai mak bapak tengah project sebab nak mengesahkan cakap cikgu sains kat sekolah pagi tadi!!....masih ada remaja lelaki yang tak tau membezakan air mani dan air mazi dan masih ada yang kahwin malam pertama tak tau mana lubang golf nak dibuat sebagai target practice!!!! ahaks ahaks ahaks....

….masalah mula tiba bila sex menjadi keperluan asas dalam hidup anak anak yang sudah membesar tersebut..kerna kurang bimbingan dan tunjuk ajar dari yang patut mengajar, maka jadilah perkara seperti sumbang mahram, rogol, molest dan sex sesama jenis….

…yang rugi ialah bangsa kita sendiri kerna mengenepikan kepentingan pengetahuan sex untuk anak anak….barulah kita salahkan anak anak yang jadi bohsia, melahirkan anak luar nikah dan yang kena aids pasal hubungan rambang….anak luar nikah dibunuh dan kanak kanak di jual beli untuk dagangan sexs….

..masa telah tiba untuk ibu bapa lebih terbuka dalam mengajar anak tentang sex….sex is probably the most beautiful thing that a mankind could do to himself selain melepaskan sesak nak terberak!!!…yeap, bila urge tu datang, makan pizza pun can take a back seat!!!!sex melibatkan moral, melibatkan kasih sayang, melibatkan kekuatan physical, tactic dan technics dan juga adab dan tata susila…sex juga boleh dijadikan alat menzalimi, benda yang diperniagakan, membunuh dan sebagainya ......banyak betul cabang sex ini tapi siapa yang ajar kat anak anak ini tentang sex??!!.....jawapannya ialah Majalah, Movies dan kawan kawan. Mana peranan mak bapak??!!..peranan mak bapak upah mak andam tengok menantu tu dara ker tidak, sumpah anak bila anak mengandung sebelum kahwin, kutuk anak bila lambat mengandung, perli anak bila tiap tiap tahun mengandung menggalahkan cikgu sekolah!!…

..so, sebaiknya bangsa kita mula mendedahkan anak anak akan perkara berkenaan sex bila anak anak sudah mula bertanya, atau bila anak anak mula tengok citer TV yang involving orang dewasa or bila saat mereka mencapai baligh…mungkin pihak bapak kurang sikit nak cakap tapi pihak ibu perlu cerita sikit sikit kat anak anak nei….

…bayangkan kalau kita tak ajar anak cara menggira dan menggunakan duit…maka akan bangkraplah satu keluarga sebab benda 10 sen dia bayar seringgit…pengetahuna seks adalah sama atau lebih penting dengan pengetahuan menggunakan duit tapi menggapa kita tak sanggup ajar anak anak tentang seks sebagaimana kita ajar anak cara penggiraan wang ringgit….

..semasa proses anak dah mula bertanya kita kena beri perhatian dan nasihat , mengapa orang lelaki suka perempuan, mengapa tak boleh jalan bogel bogel bukak gate rumah, mengapa tak boleh main cium cium dengan kawan sekolah hendaklah diajar dengan penuh kasih sayang….jangan di marah atau di herdik anak anak yang bertanya kerana ini akan menambah curiousity mereka untuk tahu …..

proses proses mendidik anak tentang seks dari pandangan aku lar kan kan..

1) peringkat menerangkan physical badan yang berubah..

- masa anak perempuan dah ketumbuhan di dada dan adik lelaki dia dok gelak gelak kan si kakak tadi…maka ini adalah peluang untuk menerangkan proses perkembangan badan dan mengapa ianya terjadi. Jangan sekali kali dilempang anak boy tadi bila dia mencubut cubit ketumbuhan di dada kakak tadi!!!
- Pertumbuhan bulu bulu ajaib di kawasan kawasan penting dan kawasan kawasan kawasan yang sewaktu denganya….di sini pendidikan harus diterangkan kepada anak anak yang mula buat comparison diantara apa yang dia tak ada dengan apa yang kawan kawan dia ada dan perlu diterangkan proses perubahan ini…
- Menerangkan mengapa perempuan orang perempuan yang membusung kerana buatan orang!!!hehehe…..saat ini juga perlu digunakan untuk menerangkan proses buatan orang yang membusungkan orang lain…kata kata seperti, “ mak, kawan adik cakap perut mak dia ada baby sebab bapak dia kiss mak dia…mak kiss lar abah, adik nak baby lar”….masa ini adalah masa yang baik untuk menerangkan proses buatan orang tersebut…mungkin anak tak faham immediately, tapi bila dia meningkat remaja, dia akan appreciate effort kita menerangkan kepada mereka..

2) peringkat anak mula dah menunujukkan minat pada opposite sex

- masa ini anak anak dan masuk form 2 or 3 dan mula dah rebellious, tapi tak per, ambik masa yang sesuai untuk terangkan mengapa mak bapak jadi tiba tiba protective dengan pergaulan anak….terangkan mengapa dan apa yang menyebabkan dua opposite sex needing each other and the good and bad of going through the motion at an early age. Terangkan pasal hokum dari sudut agama, undang undang manusia yang berkaitan dan adat dan tata susila yang berhubung dengan hubungan dua jantina yang berbeza.
- Bila anak dah tak baca enid blyton tetapi dan start baca novel “ Ernie gersang kerna tsunami”, maka kenalah di terangkan mengapa sesuatu perkara dalam seks itu tak boleh dilakukan…aku pernah dengar cerita si suami dok tarbi wife dia walaupun wife tengah period!!!tak faham langsung ker or memang maniac ker tak tau lah..tapi ini kisah benar…mungkin sedikit didikan masa kecil boleh membantu memahami kesakitan dan keperihatan kaum hawa masa datang haid….
- Bila tengok TV kita kena terangkan mengapa pakain dedah aurat tak boleh, mengapa pergaulan bebas sambil party all night long tu tak baik, mengapa tak elok ajak kawan masuk bilik study, mengapa rakan sejantina pun tak boleh terlalu open sangat….semua tu kena terangkan dengan kasih sayang……jangan dok sibuk suruh anak pakai tudung tapi tak sedar anak tutup kepala tapi londeh kain!!!!….

3) peringkat anak dah faham asas seks

- peringkat nei anak dah pandai malu kat mak bapak, anak dah tutup towel kat dada bila keluar toilet bila abah, abang dan adik lelaki ada kat rumah….masa nei kena terangkan bahaya sex before marriage, oral sex , masturbation ( yg aku define sebagai making love out of nothing at all ( air supply)) dan perlakuan ringan ringan antara lelaki dan perempuan.
- Hokum yang lebih mendalam dari segi agama, undang undang manusia dan adat perlu ditekankan dengan lebih serious.
- Pakain dan cara berpakaian hendaklah diberi penekanan…ajar anak supaya trendy tetapi tak menjolok mata, ajar anak tutup aurat tapi dengan cara yang bergaya, ajar anak berpakaian semasa tapi kemas dan rapi, after all, pakaian melambangkan peribadi, apa yang terbuku di dalam selalunya terserlah di luar….
- Tanya kat anak anak apa yang dia faham tentang sex dan apa yang dia tak faham.
- Tanyakan kat anak adakah dia pernah tengok porno movies or mengintai orang lain atas curiousity….pertanyaan ini perlu untuk melihat degree of curiousity mereka tentang sexs.

4) peringkat anak anak dah nak kahwin

- masa ini kenalah mak bapak turun kan sikit sikit ilmu ilmu di dada untuk kebaikan anak anak kita sendiri, hehehehe….kalau malu nak cakap apa yang kita buat yang memuaskan spouse kita maka tuliskan atas kertas dan suruh anak anak baca sorok srok…iyer lar kan, tak kan bapak nak cakap kat anak macam nei…” mak korang, dia punyer blow job, memang 1st class”…itu dah lebih lar kan kan…maksud di sini ialah mulakan dengan bismillah dan doa doa tertentu, berpakain yang menarik , bau badan kena jaga, jangan memaksa, jangan biarkan pasangan hidup kita terkapai kapai!!!!hehehe….
- tolerance dalam hubungan seksual perlu ditegaskan supaya anak anak faham give and take dalam sexual performance
- perkara yang boleh dan tak boleh , the do’s and don’ts kena diberi kefahaman
- jangan biarkan ustaz ustaz kat kursus perkahwinan yang ajar anak kita, kita kena ajar anak kita macam kita ajar mereka tentang pelajaran sekolah, bidi bahasa, sejarah keluarga dan sebagainya.

Mungkin tak cukup apa yang tulis tetapi yang aku nak tekankan kita perlu meruangkan masa untuk menerangkan kepada anak anak tentang ilmu seks ini seperti aku tekankan sudah sampai masa anak anak belajar Al-Quran dengan makna sekali…jangan dok pentingkan sebutan, tajwid dan lagu tapi makna tak tau….dengan memahami makna barulah generasi akan datang benar benar celik Al-Quran….

Kita kena sedar salah satu sebab incest berleluasa kat bangsa kita adalah kerna kita tak berterus terang tentang seks dengan anak anak maka si bapak yang sial melihat anak perempuan sebagai objek instead of menjaga anak anak tersebut….masa dah tiba satu revolusi tentang pendidikan seks di dalam bangsa ku yang tercinta ini..



sembahyang Jumaat kat Putrajaya

Assalamualaikum,

...pertama kali aku teringat nak sembahyang kat Masjid Putra di Putrajaya ( kalau ada jodoh, masjid nei lah nanti tempat aku angkat nikah dengan Farah AF2 nanti!!!ahaks ahaks ahaks)..entah mengapa tapi aku terus pergi putrajaya.....tapi sebab aku tak biasa dengan township nei, aku sesat kuhulu dan kehilir sampai lah aku nampak kereta penuh dengan lelaki pakai songkok dan ketayap dan aku assume depa nei nak pergi sembahyang Jumaat( tak kan nak pergi karaoke kot siang siang buta kan kan).....masa sesat sesat jalan tu aku nampak Istana Sultan Selangor, rumah Najib dan masa balik nampak rumah pak lah ....impressive betul aku tengok putrajaya nei...siang lain lar pemandagannya..aku malam ada sampai sebelum nei...

..ermmmm, cari parking pun satu hal tapi last last dapat lar park kat atas bukit sikit....so berjalan lah aku dengan jemaah jemaah yang lain yang rata rata pegawai pegawai kerajaan ke arah masjid.....masjid memang tersergam indah dan menarik hati siapa yang memandang ( BTW, aku pergi sorang sorang).......sampai kat pintu gerbang masjid aku pun nak bukak kasut tapi aku tengok semua slumberland ajer pakai seliper or kasut masuk dalam....rupanya ada plak taman berpadangkan tiles tiles yang indah barulah ke depan masjid ( pada pendapat aku lar, bila sampai pintu gerbang tu, dah patut bukak lar kasut or selipar dibukak..sebab taman tiles nei boleh dijadikan tempat sembahyang bila perlu nanti...iyer lar 10 tahun lagi populasi di putrajaya mesti triple punyer ( aku dengan farah ajer dah 10 anak !!), so tempat ini patut dijaga kesucian dari najis yang dibawa secara sedar atau tak disedari.....

..okke , tempat wudhuk ko jangan tanya aku sebab aku dah wudhuk sebelum masuk kereta sebab aku nak beramal dalam kereta sebelum sampai masjid ( orang dosa banyak kena lar ambik masa dalam kereta nak bersihkan dosa dosa dulu, kini dan akan datang!!hehehe)..so aku terus masuk masjid...wow!! magnificient!!!ID dalam masjid memang cun giler, tapi tak cukup ventilation terasa panas sikit ( mungkin designed untuk fully airconditioned tapi buka pintu sebab ramai orang), so bahang sikit lar....tak lama lepas tu azan, sedap bilal nei bang dan mulalah khutbah dan sembahyang dan sebagainya...lepas doa ???!!!!

..jeng jeng jeeeeennnggggggg.....lepas doa aku pun ingat terus nak belah tapi dua saf belakang aku orang berkumpul.....aku yang nak cepat berangkut nei pun terpaksa mengesot esot kan diri nak dapatkan ruang untuk berjalan until aku ternampak ??!!!!!....phewiiittttttt..nope nope bukan Farah...no no noooo bukan jugak Farah Fawcett tetapi MaMaK!!!..yeap MaMaK, orang yang aku kutuk selalu kat blog aku ada dibelakang aku roper roper yer...for a good 30 second i thought of going to him dan mintak maaf indirectly, tapi aku back off just I was about to be about sebahu dengan dia...BTW Najib pun kat belakang aku jugak dan dia pun pegi salam MaMaK.....

......for someone yang umur 80 dah, MaMaK nampak sihat walaupun nampak melelong sikit bila berjalan , kalau kena angin belum ombak tsunami lagi, memang terbang melayang punyer, wa cakap lu...hehehe....aku yang nak balik cepat nei pun jadi curious dan aku tunggu depan pintu gerbang masjid..mak datuk....semua kereta kereta menteri, timbalan menteri, setiausaha politik..i mean the who's who of the malaysian government were there for the Friday prayer!!!!...tapi Pak Lah aku tak nampak tapi yang lain yang level level setiausaha politik semua tu wa tak angkat pol pot lar kan.........

...lepas tu aku tengok orang pakat jalan arah satu tangga escalator , so aku pun ikut ..roper roper yer ada food court yang berdepan dengan tasik...cun gak kedudukan dia....aku pun memandang lah sekeliling kot kot ada si Farah...tapi harapan tinggal harapan sajer ....aku pun makan dan lepas tu balik....

..best gak lar sembahyang kat putrajaya tu ..at least aku dah try lar....kalau tidak bila dengar orang cerita , aku melopong macam katak bawah tempurung ( walaupun aku pernah pergi sebelum nei , tapi pergi macam tourist masuk shopping complex gitu gitu lar )....tapi tak se best sembahyang kat masjid terapung kat Kuala Terengganu....korang try lar, ada rasa lain sikit lar sembahyang kat masjid terapung Kuala Terengganu nei...maybe tepi laut betul agak yer....

..okke sebelum aku stop..aku nak clarify dulu that before I became MaMaK stern critics, I was his number one fan for a good 10 years..whatever new policies , political moves or controversial statement, I will back him up within my capacity because i truly believed then that he did those action for the development of the malays and Islams....

...people change and indeed MaMaK too, it was obvious, in my opinion, that MaMaK deviated from his original plan to develop the malays and Islam , and turned into a "monster" more interested in building his legacy instead of building the Malays and Muslims in Malaysia to the next level of competency....lest us not forget he has done some good things for the nation but when he began to be more interested into building monuments for his remembrance, making mega projects for the sake of his cronies , practising nepotism and started to ridicule Islam and sunnah Rasullulah and peaking with the Anwar's issue, I have had enough of MaMaK.....bila kita sayang dan suka sangat seseorang tu, the next thing kita boleh buat ialah benci ( once you reach the top for the mountain, the next thing to do is go down) ..itulah yang berlaku antara aku dan MaMaK, the moment aku hilang aku punya trust in him, I could no longer accept him as my leader and could no longer relate to his vision or style of management.....tapi, for the 1 st 10 years of his premeirship , he was really outstanding, Policy pandang ke timur, industralization of the country, good strong economic growth, Proton dan sebagainya.....that's how MaMaK should be remembered, the 1st 10 years of his tenure but sadly though, history will remember his last 10 years of his premiership rather than the opposite....

..okke lah Tun, sorry lah okke kalau ada kutukan or kritikan yang agak terlebih or ter "personal"....apa apa pun thank you lah apa yang baik yang dah dilakukan pada negara...putrajaya tu bukan tak baik tapi timing buat mahligai tu tak kena, tak kena...timing kalau tak kena, smashing bulu tangkis mesti masuk jaring punyer.....bye...

Mangsa Tsunami saudara Islam kita di Thailand

...nei aku cut and paste dari website Terasmelayu at http://www.terasmelayu.org untuk santapan semua......dengan izin yer pengendali webmaster dan terima kasih....


KEADAAN MANGSA TSUNAMI UMAT ISLAM DI THAILAND SANGAT MENYAYAT HATI


TERAS yang diketuai Presidennya Hj.Mohd Azmi Abdul Hamid bersama 4 orang anggota Misi Kemanusiaan TERAS iaitu Hj.Ismail Che Ku, Ahmad Tarmizi Sulaiman, Kamaruddin Kassim dan Hj Amin Menjamin telah meninjau 3 wilayah Thailand yang dilanda ombak tsunami pada 31 Disember 2004 hingga 2 Januari 2005 sekaligus untuk menghulur bantuan.Tinjauan itu khususnya adalah untuk meninjau keadaan 3 perkampungan umat Islam di wilayah Phuket, Phang-nga dan Krabi yang telah hancur samasekali oleh ombak tsunami. Dijumlahkan bersama beberapa kampung orang Islam di wilayah Ranong, dijangka sekitar 2000 mayat orang Islam telah ditemui.

TERAS telah dimaklumkan dalam misi tersebut bahawa mungkin umat Islam yang terkorban mencecah angka 5,000 orang.Dalam tinjauan itu TERAS telah dapat melihat kehancuran yang luar biasa di kawasan pelancongan terutama di Phuket dan di Phang-nga. Sementera itu TERAS juga dapat menyaksikan betapa peranan NGO dikalangan orang Islam sangat cergas menyusun segala jenis bantuan. Sistem penyelarasan dan terkebukaan untuk semua pihak membantu nampak sangat luas di Thailand.

TERAS bercadang untuk menghantar misi kedua pada hujung minggu ini agar dapat menghantar bantuan kepada kampung-kampung orang Islam di wilayah Ranong.Kelmarin Pejabat Agama Islam Daerah Kuala Muda, Kedah telah menyalurkan bantuan melalui TERAS kepada umat Islam di Thailand wang berjumlah RM15,000 oleh Pegawai Agamanya Tuan Syeikh Muhammad Suhaimi Hj. Salleh dari kutipan masjid-masjid pada Jumaat yang lalu dan sejumlah pakaian juga telah selamat dihantar ke Dannok, Thailand pada hari berikutnya.

Ilham's comment:

....ramai jugak saudara seagama kita yang meninggal dunia di Phuket dan pulau pulau sekeliling dan mereka yang survive memerlukan bantuan kita juga...harap selepas lawatan TERAS ini akan ada bantuan yang lebih besar dari masyarakat Islam dunia especially Islamic based NGO kat negara kita..

Missionaries Relocate 300 Orphans

Va. Group Says Muslim Tsunami Victims Will Be Raised in Christian HomeBy Alan CoopermanWashington Post Staff WriterA Virginia-based missionary group said this week that it has airlifted 300 "tsunami orphans" from the Muslim province of Banda Aceh to Jakarta, the Indonesian capital, where it plans to raise them in a Christian children's home.

..ini adalah sebahagian dari news article yang aku baca dari malaysia today...untuk korang baca sepenuhnya sila layari .. http://www.malaysia-today.net/index.html

..aku nak komen pun dah tak bermakna sebab dah airlifted tapi harap harap dilindungilah anak anak yatim yang tak tahu menahu ini....harap kerajaan Islam Indonesia akan ambil tindakan segera, itu saja yang aku nampak jalan penyelesaian...orang Islam sibuk buat jawatankuasa, orang kristian dah ambik dulu.....aku hairan mengapa orang kristian sibuk nak memurtadkan orang Islam??...harap harap apa yang dilaporkan terjadi kat anak anak Islam Bosnia dulu tak berlaku di Aceh.....aku nei bukan lar suka curiga niat baik orang tapi aku tengok ada NGO dari Malaysia yang nak pergi Aceh tu aku rasa gusar tujuan mereka...mintak maaf cakap, tapi aku gusar.... mungkin aku bersalah berfikiran demikian tapi itulah yang aku rasa...

Teladan / Renungan untuk hari Jumaat

...aku baca paper thestar pagi nei dah terbaca satu menteri negara jiran di selatan semenanjung yang menekankan supaya orangramai jangan lupa dengan terrorism ( orang Islam lar , siapa lagi) kerna concentrate dengan tsunami....bayangkan orang membantu mangsa tusnami masih ada agen agen kepada syaitan yang bertopengkan manusia cuba menimbulkan masalah...atas sebab itu aku publish cerita teladan untuk pedoman kita semua.....

..ini ada satu kisah yang menarik yang aku cut and paste dari laman web Marangdaily at http://www.marangdaily.net/berita/ saya mintak izin yer messr webmaster...


RANCANGAN JAHAT YAHUDI UTK MENCURI JASAD RASULULLAH S.A.W.Kiriman pada Tuesday, January 11 @ 22:50:26 SGT Dilulus oleh JunDullah
OLEH:WebMaster
"Perang diantara orang Islam dengan org kafir Kristian di kenali sebagai Perang Salib. Ianya berlangsung begitu lama, kemenangan dan kekalahan berlaku silih berganti pada kedua belah pihak. Umat Islam berjuang berhabis-habisan menentang pihak musuh. Segala kekuatan dikerahkan kerana pada waktu itulah kesempatan yang paling baik utk memperolehi syahid di medan perang. Raja-raja dari semua kerajaan Islam memberikan sokongan padu kepada setiap panglima perang yang tampil memimpin para pahlawan Islam menentang kafir kristian yg datang dari Eropah.

Salah seorang yang banyak berjasa dalam perang Salib ini adalah sultan Nuruddin Zangki (Zenggi) berketurunan bangsa Kurdi dan berkedudukan di Mosul. Beliau diputerakan dalam tahun 118 masehi dan meninggal dunia pada tahun 1174 masehi. Seorang raja yang terkenal dengan takwa,warak dan adil. Disebabkan keadilannya itu dia digelar Malikul Adil (Raja yang adil). Pada waktu malam, beliau bangun untuk solat Tahajjud dan berdoa agar rakyatnya hidup bahagia dalam keredaan Allah dan terselamat di akhirat nanti.Pada siang hari beliau banyak berpuasa dan selepas solat, wiridnya sentiasa panjang. Seluruh kekuatan yg di milikinya adalah utk menentang serangan tentera Salib agar tidak dapat menjajah negara islam. Beliaulah yg membentangkan jalan kepada Salahuddin Al-Ayyubi, panglima perang Salib di pihak Islam yg telah berjaya membebaskan bumi Palestin dari cengkaman kaum Salib. Beliau sentiasa tenang dan gembira melayan semua rakyat dan menteri -menterinya, sekali pun negara dalam keadaan darurat perang kerana beliau sudah bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W. pada suatu malam.Dalam mimpi itu Sultan Nuruddin melihat Rasulullah dalam keadaan gembira, menandakan perjuangan kaum muslimin yang di pimpinnya dalam berjihad berhasil. Suatu hari Malikul Adil kelihatan tidak seperti biasanya, kali ini baginda nampak risau seolah-olah ada yang tidak kena dirinya.

Menteri-menteri menyedari hal itu, namun mereka tidak berani bertanya. Kerisauan dan kegelisahan tersebut berpunca daripada mimpinya pada beberapa hari yang lalu. Mimpi itu sangat mengerikan dan sukar ditafsirkan. Dalam mimpinya itu, baginda memakai baju yang cantik bergemerlapan dan berada di hadapan Rasulullah.Rasulullah memegang tangan Nuruddin dan menunjukan dua orang lelaki yang berada di hadapannya dan bersabda;"Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu!" Nurrudin terbangun, namun wajah Rasulullah dan dua orang lelaki itu kelihatan jelas di hadapan seperti bukan mimpi. Wajah kedua lelaki itu kelihatan kemerah-merahan. Tidak seorang pun diberitahu tentang mimpi itu dan beliau yakin bahawa yang datang itu benar-benar Rasulullah S.A.W. Baginda Rasulullah sendiri telah bersabda; "Siapa yang melihat aku dalam mimpi, sama ertinya melihat aku di waktu bangun kerana syaitan tidak akan datang menyerupai aku." Keyakinan Raja Nuruddin akan kesahihan mimpinya itu dikuatkan lagi oleh mimpinya yang dahulu berhubung dengan peperangan. Ketika itu Rasulullah kelihatan sangat gembira sekali. Tetapi mengapa kali ini beliau kelihatan sedih? Dan siapakah gerangan dua lelaki yang ditunjukkan oleh Rasulullah itu?

Nuruddin tidak habis-habis merenung dan berfikir; "Ah..ini tentu ada yang tidak kena pada keperibadian baginda yang mulia atau akan ada sesuatu yang mengancam maruah umat islam." Dalam seminggu lamanya dia memikirkan hal itu dengan risau. Tiba-tiba mimpi itu berulang lagi, peristiwa seperti mimpi yang dahulu dan Rasulullah memanggil-manggil Nuruddin lagi:"Kenalilah aku dan bebaskan aku dari dua orang itu."Baginda terkejut dan bangun kemudian langsung berwudhuk terus bersolat tahajjud dan berzikir sebanyak-banyaknya di malam yang sunyi itu. Kerana terlalu lama berzikir, baginda tertidur dalam duduk dan wajah Rasulullah menjelma lagi.Dalam masa yang tidak seberapa lama sudah tiga kali beliau berjumpa dengan Rasulullah dalam keadaan yang muram. "Perkara ini benar-benar serius agaknya dan tidak boleh aku simpan seorang sahaja." Kata Nurruddin di dalam hatinya. Apabila beliau tergerak hati untuk memanggil orang kepercayaannya, beliau teringat akan sabda Rasulullah."Apabila seseorang bermimpi buruk, janganlah diceritakan kepada sesiapa pun. Insyallah tidak akan terjadi apa-apa." Nuruddin berfikir sekejap, sanggupkah beliau menyimpan mimpi itu seorang diri? Tidak, mimpi itu sudah tiga kali datang, dan yang datang adalah manusia yang termulia.

Selepas solat subuh, Raja Nuruddin memanggil seorang menteri kepercayaannya, Jamaluddin Al-Mushly. Lelaki itu sangat warak, takwa dan amanah seperti rajanya juga. Oleh kerana itu, dialah satu-satunya orang yang dipanggil oleh Nuruddin berhubung dengan mimpinya. Raja Nuruddin yakin, menterinya itu tidak akan membocorkan rahsia negara dan raja. Hari masih terlalu pagi, suasana masih gelap, disana kedengaran kokok ayam silih berganti dan waktu kerja pun masih lama lagi akan bermula. Namun menteri Jamaluddin sudah berangkat ke istana negara kerana menjunjungi titah. "Engkau adalanh orang yang paling kupercayai untuk menyimpan rahsia negara selama ini. Oleh kerana itu aku tidak merasa ragu lagi menceritakan mimpiku ini kepadamu.Jamaluddin mendengar dengan serius. Dia sendiri turut merasa gerun mendengarkan cerita rajanya. Kemudian Jamaluddin berkata." Ini memang betul-betul mimpi yang benar wahai tuanku, kerana syaitan tidak akan dapat menyerupai Rasulullah." "Betul tu, aku pun merasa demikian." kata Raja Nuruddin menyokong pendapat Jamaluddin." Raja Nuruddin bertanya,"Jadi, agaknya apakah pendapat mu tentang mimpiku itu?" Jamaluddin menjawab."Menurut pendapat saya, ada rancangan jahat orang tertentu yang ditujukan kepada Rasulullah dan Rasulullah tidak menyenanginya. Tuanku diberi tugas untuk mengagalkan rancangan jahat itu." Nuruddin seolah-olah dikeluarkan dari kebuntuan setelah mendengar tafsiran daripada Jamaluddin itu. Beliau percaya bahawa pendapat menterinya itu benar.

Raja Nuruddin berkata:"Pendapatmu betul, sekarang kemana dan bagaimana kita mesti mencari dua lelaki yang ditunjukan oleh Rasulullah itu?" Jamaluddin mengajukan usul: "Bagaimana kalau tuanku pergi ke Madinah terlebih dahulu. Di sana tuanku dapat berdoa dimakam Rasulullah yang mulia, memohon petunjuk daripada Allah di sisi kubur kekasihnya. Mudah-mudahan di sana tersingkap rahsia mimpi tuanku." Semua persediaan dan bekalan segera disiapkan. Maka pada hari yang telah ditetapkan, beribu-ribu rakyat berpusu-pusu di hadapan istana untuk mengucapkan selamat jalan kepada raja mereka yang dihormati. Raja Nuruddin berangkat bersama-sama beberapa orang pegawai tinggi menuju ke Madinah. Di setiap kampung yang di laluinya, beliau disambut mesra oleh rakyatnya. Beliau merasa puas dapat berjumpa dengan berbagai rakyat, begitu juga rakyat merasa gembira bertemu dengan raja yang berjiwa rakyat dan sentiasa tersenyum kepada semua rakyat.

Namun disebalik senyumannya ada perasaan risau dan ngeri yang sentiasa menghantui beliau, Tidak sesaat pun wajah kedua lelaki di dalam mimpinya itu hilang dari pandangan beliau. Beliau juga dapat mengambarkan dengan jelas perawakan kedua lelaki itu baik dari bentuk wajah,mata,susunan gigi,mulut, janggut bahkan kesemua seluruh tubuh kedua mereka. Kalau kedua lelaki itu melintas dihadapan baginda sudah pasti akan di tangkapnya. Disebabkan beliau asyik memikirkan tentang kedua lelaki tersebut, kadang-kadang beliau terpisah dari rombongannya. Beliau tidak putus asa untuk mencari kedua lelaki itu, secara bersendirian, beliau mengembara di antara bukit-bukit. Para pegawai tidak berani menegur apa-apa sebaliknya memerhatikan sahaja raja mereka dari jauh. Hanya menteri Jamaluddin sahaja yang sesekali mengingatkan beliau apabila beliau terpisah jauh dari rombongan. Setelah beberapa hari perjalanan, rombongan beliau sampai di sempadan Madinah. Jamaluddin memberitahu beliau: "Tuanku, sekejap lagi kita kan memasuki kota Rasulullah S.A.W., oleh itu bersiap sedialah Tuanku." Raja berkata:"Apakah cara yang harus aku lakukan untuk memasuki kota yang mulia itu?" Jamaluddin berkata: "Pertama hendaklah tuanku mandi dan bersuci, kemudian masuklah ke masjid Quba' dan bersolat tahiyatul masjid, ini adalah unutk menghormati masjid yang dibina dengan tangan Rasulullah S.A.W. sendiri." Raja dan rombongannya mengikut arahan Jamaluddin, setelah selesai mengerjakan solat di masjid Quba' rombongan raja menuju ke taman Raudhah. Di taman yang mulia itu lah jenazah Rasulullah S.A.W. bersemadi. Perasaan mereka yang berada dihadapan tempat jenazah baginda Rasulullah S.A.W. disemadikan adalah amat berlainan sekali. Mereka berasa seolah-olah berada di satu alam yang lain.

Lalu raja mengangkat tangannya tinggi-tinggi dan memohon kepada Allah S.W.T. supaya rahsia disebalik mimpinya itu di perlihatkan kepadanya sebelum kedua manusia jahat melaksanakan niat jahat mereka. Detikkan hati Raja Nuruddin yang begitu kyusyuk dalam doanya menyebabkan air matanya mengalir tanpa disedarinya. Memang disinilah salah satu tempat diperkenankan doa. Wajah Rasulullah S.A.W. semakin jelas di mata raja Nuruddin seolah-olah Rasulullah menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan raja Nuruddin. Beliau terdengar suara dekat telinganya yang berbunyi:" Kenalilah aku, dan bebaskan aku dari kedua lelaki ini." Setelah baginda berdoa dengan penuh kyusyuk di taman Raudhah, kemudian datang petunjuk dari Allah seolah-olah beliau dapat menyingkap tafsir mimpinya itu di kota mulai tempat bersemadinya Rasulullah S.A.W.

Oleh kerana raja Nuruddin ingin segera mengetahui makna mimpinya yang menakutkan itu, lalu beliau memanggil gabenor Madinah dan berkata: "Beta mahu kamu kumpulkan kesemua penduduk Madinah, beta ingin bersalaman dengan mereka." Gabenor Madinah itu berkata:"Baik tuanku, segala titah tuanku akan patik laksanakan." Gabenor Madinah pun segera menyampaikan pesanan raja kepada penduduk Madinah dan penduduk yang berhampiran kota Madinah. Setelah berita itu disebarkan maka orang ramai bersama seisi keluarga pergi ke dewan orang ramai dengan perasaan gembira. Tidak seorang pun yang tertinggal.Mereka yang tua dan uzur diusung sehingga banyak sekali usungan yang kelihatan dalam perjalanan menuju ke dewan orang ramai itu.

Setelah Raja Nuruddin sampai di dewan orang ramai, maka beliau pun memendang kepada rakyat sebagai penghormatan. Mata raja Nuruddin mencari-cari wajah yang menjadi buruannya tetapi tidak juga kelihatan. Raja Nuruddin semakin risau, beliau duduk sekejap dan berbincang dengan pegawai-pegawai dari Madinah. Raja Nuruddin berkata:"Apakah masih ada rakyat yang melepaskan peluang untuk bertemu dengan beta? Cuba siasat sekali lagi." Kemudian para pengawai dari kota Madinah berbincang sesama mereka, mereka cuba mengingati wajah-wajah yang hadir. Tiba-tiba seorang pegawai berkata dengan serius dan bersemangat:"Betul tuanku, saya ingat masih ada dua orang kenamaan di Madinah yang tidak hadir di sini, mungkin kedua mereka tidak mendengar tentang ketibaan baginda tuanku ke sini." Raja Nuruddin berkata:"Di manakah mereka berada dan siapakah mereka itu?" Denyutan jantung Raja Nayuddin semakin cepat tetapi beliau menahan perasaannya. Orang yang mengenali kedua lelaki itu berkata:"Mereka berdua adalah ahli tasauf dan ahli hikmah, sangat warak dan sangat banyak ibadahnya, sesiapa sahaja yang pergi kepada mereka akan menerima fatwa-fatwa yang menyejukkan dan menerima sedekah.

Kedua mereka juga adalah dermawan dan telah banyak sekali membantu orang miskin dan fakir." Raja Nuruddin sangat tertarik dengan huraian pegawai tersebut, dan beliau berkata:"Beta ingin sangat bertemu dengan kedua mereka, jemputlah mereka sekarang juga." Tidak berapa lama kemudian kedua mereka itu pun datang ke dewan orang ramai setelah diundang. Kedua mereka berjalan dengan tunduk dan tawadhuk, sementara mulut mereka tidak terhenti-henti berzikir kepada Allah S.W.T. Apabila kedua mereka berdiri di hadapan raja Nuruddin, beliau terperanjat kerana kedua mereka itulah yang muncul di dalam mimpinya. Ternyata sekali beliau tidak bermimpi, beliau kini berada betul-betul dihadapan orang yang menjadi buruannya. Raja Nuruddin yakin bahawa itu lelaki yang muncul dalam mimpinya. Kalau ikut kan hati, hendak sahaja dia bertanya:"Siapakah kamu berdua ini." Raja Nuruddin bertambah hairan, ini adalah kerana mereka berdua itu begitu kyusyuk dan tawadhuk, gerak geri mereka tidak sedikit pun mencurigakan. Dari segi rambut, serban mengikut sunnah Rasulullah. Sewaktu bersalaman menunjukan adab seorang alim dan ahli tasauf, tutur kata nya penuh hikmah dan selalu berasaskan Al-Quran dan hadis,tetapi mengapa Rasulullah minta dibebaskan dari kedua orang itu? Apakah dosa yang dilakukan mereka? Raja Nuruddin serba salah kerana mereka berdua dikenali sebagai orang alim dikalangan penduduk dan sentiasa menunjukkan sifat yang penuh tasauf, beliau juga menghormati kealiman dan ketasaufan mereka.

Selepas majlis selesai, orang ramai pun bersurai. Raja Nuruddin masih tidak puas hati kerna teka-teki yang menghantui nya belum terjawab. Selepas menunaikan solat Raja Nuruddin beristighfardan berzikir, kemudian beliau berdoa panjang, dalam doanya beliau meminta yang lebih jelas dari Allah S.A.W. Ketika Raja Nuruddin duduk bersendirian, lalu datang menterinya Jamaluddin dan berkata:"Wahai tuanku, sudahkah tuanku jumpa dengan dua lelaki yang tuanku cari itu?" "Ya..sudah." "yang mana satu tuanku?" "Jemputan yang terakhir sekali, beta pasti itu lah orang yang ditunjukan Rasulullah S.A.W. dalam mimpi ku." Raja Nuruddin berkata:"Tetapi yang peliknya beta tidak dapat sesuatu yang mencurigakan pada diri mereka itu, akhlaknya gerak-gerinya dan tutur katanya semuanya mengambarkan keperibadian Rasulullah S.A.W. Setelah Jamaluddin mendengar kata-kata rajanya, maka dia pun berkata:" Tuanku, ketahuilah bahawa seseorang yang pada zahirnya menunjukkan baik dan mengikut cara Rasulullah, belum tentu hatinya baik. Boleh jadi mereka hanya berpura-pura supaya orang ramai tidak mencurigainya. Padahal dia adalah musuh yang jahat. Raja Nurudin memang tahu tentang tipu helah orang-orang kafir yang sentiasa hendak merosakkan Islam dengan berbagai cara. Raja Nuruddin berkata lagi:"Apakah yang harus kita lakukan?" Jamaluddin berkata:"Tuanku mestilah mengadakan perisikan ke rumah orang itu secara sulit." Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin mengadakan perbincangan secara rahsia tentang cara yang terbaik untuk mendapatkan maklumat tentang pergerakan kedua lelaki yang disyaki. Setelah sekian lama mereka berbincang akhirnya mereka mendapat satu cadangan yang baik, yakni orang ramai di jemput untuk menghadiri rumah terbuka atas arahan Raja Nuruddin.

Kedua orang yang disyaki juga di jemput sebagai tetamu kehormat. Rahsia ini tetap menjadi rahsia antara Raja Nuruddin dan menterinya Jamaluddin. Gabenor Madinah di beri tugas menjayakan majlis tersebut. Kesemua bahagian di dalam rumah itu diperiksa oleh Raja Nuruddin, malangnya tidak ada satu pun benda yang mencurigakan.Sebaliknya dalam rumah tersebut dipenuhi ayat-ayat Al-Quran yang digantung juga hadis nabi. Didalam almarinya dipenuhi dengan kitab-kitab agama, fekah dan tasauf. Keadaan rumah itu mengambarkan seolah-olah pewaris nabi S.A.W. Hati kecil Raja Nuruddin bertanya dalam hati, apakah lagi yang harus aku syaki? Kenapa baginda Rasulullah S.A.W. meminta pertolongan dariku supaya di bebaskan dari kedua lelaki itu? Setelah merasa puas menyelidik rumah tersebut, Raja Nuruddin mengambil keputusan untuk meninggalkan rumah tersebut. Apabila beliau hendak melangkahkan kaki, datang ilham yang membuat beliau teringin hendak melihat permaidani yang sangat indah terbentang di sudut rumah Raja Nuruddin merasa sangat kagum dengan keindahan dan kehalusan permaidani yang dianggap cukup mahal itu.

Raja Nuruddin tidak puas hati dengan melihat sahaja permaidani itu tetapi baginda ingin membelek-belek permaidani itu. Sewaktu Raja Nuruddin membelek permaidani itu, beliau ternampak di bawah permaidani itu ada papan, Raja Nuruddin mulai curiga tentang papan itu, lalu beliau mengangkat papan tersebut perlahan-lahan, ternyata dibawah papan itu terdapat sebuah terowong yang bertangga. Raja Nuruddin meneliti arah perginya terowong itu, akhirnya beliau terkejut dan berkata:" MasyaAllah, terowong ini menuju ke arah makam Rasulullah S.A.W. Kemudian Raja Nuruddin mengarahkan supaya kedua lelaki itu di tangkap.Dengan terbongkarnya rahsia tersebut, yakinlah Raja Nuruddin terhadap makna mimpinya itu, kedua lelaki yang menyamar alim itu adalah musuh yang hendak mencuri jasad Rasulullah S.A.W Orang ramai datang menyaksikan keadaan di rumah orang alim itu. Beberapa orang telah turun kedalam terowong yang sangat jauh itu dan akhirnya mereka mendapati terowong itu sudah terlalu hampir dengan jasad Rasulullah S.A.W. Setelah mendapat kepastian tentang terowong tersebut, orang ramai memukul kedua lelaki tersebut dan terus di bawa ke muka pengadilan. Di mahkamah, keduanya menggaku sebagai agen Yahudi. Orang-orang Yahudi memberi perbelanjaan yang cukup banyak kepada mereka untuk mencuri jasad Rasulullah S.A.W. dari makamnya. Apabila jasad Rasulullah berada di tangan pihak Yahudi, maka mudahlah mereka merendahkan martabat kekasih Allah dan menghina umat Islam. Umat Islam di Madinah merasa tertipu dan akhirnya kedua mereka dijatuhi hukuman mati.

Raja Nuruddin telah memerintahkan supaya keempat penjuru (sekeliling) makam Rasulullah di pagar dengan konkrit sampai ke bawah tanah untuk mengelakkan perkara sebegini terjadi lagi. Sebelum Raja Nuruddin berlepas dari Madinah sekali lagi beliau bermimpi bertemu dengan Rasulullah S.A.W., kali ini Rasulullah S.A.W. merangkul dan memeluk beliau. Sebelum Raja Nuruddin berangkat meninggalkan Madinah beliau memberi taklimat terakhir kepada penduduk Madinah akan kejahatan dan dendam orang Yahudi terhadap Islam, dendam mereka terhadap Islam akan berterusan. Raja Nuruddin pun kembali ke Mosul dengan diiringi doa dan airmata oleh sekelian rakyat uang menyintainya. Ketahuilah bahawa hari ini orang Yahudi sudah berjaya menghancurkan perpaduan Islam. Mereka telah berjaya melagakan umat Islam sesama sendiri. Semoga kita segera bersatu untuk menegakkan kembali Islam yang Agung. SEKIAN WASSALAM..

Ilham's comments:

mungkin tahun Raja Nuruddin memerintah bukannya dari 118 Masehi tetapi 1118 masehi hingga ke 1174 masehi iaitu 56 tahun....

...kisah ini menunjukkan contoh musuh dalam selimut atau syaitan bertopengkan manusia yang akan terus mengganggu gugat keamanan dan keimanan orang Islam sejagat..

..kisah ini menunjukkan kafir tidak akan membiarkan Islam berkembang atau lebih itu lagi untuk menentukan kejatuhan Islam...

..kisah ini juga menunjukkan betapa perlu institusi raja raja Islam kembali kepada ke zaman Raja yang adil Raja dijunjung.....

..kisah ini jugak menunjukkan peranan berfikir dalam melihat sesuatu permasalahan...

..semoga kita dapat pengajaran yang mendalam dari kisah yang amat menarik ini....

Friday, January 14, 2005

Blackout kat KL sat tadi!!!!

Assalamualaikum,

..dalam dalm pukul 12 tgh hari tadi aku rasa almost the whole of KL if not the west coast of the peninsular blackout!!!.....tapi dalam pukul 2.20pm ada api balik....

...yang aku nak citer ialah betapa kesulitan tak der api tadi telah mengkelam kabutkan suasana di sekitar KL....traffic lights tak berfungsi, office on standby lights, shopping complex nampak kelam dan orangramai tak tahan panas skit dah kat office.....

...maka datanglah yang maha cerdik berjumpa dengan aku kat office nei nak tanya boleh ker allow depa balik sebab tak der elektrik...memang wrong time and at the wrong place punyer soalan ?!!!!hehehe..

...maka aku pun bagi syarahan sampai semua yang datang tu kalau aku kasi balik pun memang sure tak balik punya!!!!hehehe.....

....serba sedikit ringkasan syarahan aku yang menyebabkan yang maha cerdik langsung tak jadi nak makan lunch let alone balik awal ialah seperti berikut...heheheh " inilah orang malaysia, betapa sedikit kesusahan dah jadi resah dan gelisah macam mati bini....cuba tengok mangsa mangsa tusnami kat Aceh tu.... bukan ajer tak ada api elektrik dan bekalan air bersih, tapi hidup berlantaikan becah, berbumbungkan langit, mati laki, mati anak, sehelai sepinggang, baju pakai baju orang kasi, makan sekadar tak nak mati, masa depan tak tentu...itu baru susah nama yer.....korang cukup makan, cukup pakai, ada keluarga , ada masa depan, ada kesenangan , ada kemewahan, baru diduga sikit dah resah dah complaint".....hehehe..walaupun hakikat yer aku pun seriau gak tak der api tadi tapi kena maintain macho lar sikit!!!!heheehee..

....tapi dari pengalaman aku, biar tak der air dari tak der api....tak der air nei memang menyusahkan betul, nak masak susah, nak membasuh susah, nak sembahyang susah, nak mandi wajib susah!!!!hehehe.....kalau tak der api nei boleh gak lepak kat luar dan baca buku kalau siang....kalau malam boleh gak pasang lilin dan bukak tingkap masa tidur....kalu tak ada air, alamat ker sungai or lombong lar jawab yer....actually kan kan, aweks malays pakai kemban kan kan lagi sexy dari mat salleh pakai bikini kan....nei yang aku tengok sendiri lar ....bukannya aku nei pervert!!!!!tapi bila ada tu aku tengok gak lar kan kan....ehhh..sorry terpencong kejap!!!

.....satu lagi blackout tadi jelas menunjukkan negara kita nei vulnerable dari segi keselamatan negara...bayangkan kalau kena attack masa tak der api tadi, memang gone with the wind punyer lah kesudahannya....

...mengapa selalu blackout kat malaysia nei samada major or minor cases.....kat rumah aku, lat lat 3 minggu ada blackout, ada yang sampai 3 jam ada yang 3 minit tapi dah macam jadi kebiasaan plak....yang aku perasan tak der blackout masa saturday night sebab semua konsert AF1 and AF2 aku dapat tengok...hehehe...

.....adakah TNB tak effisyen ?? adakah privatisation power generating plant tu merupakan satu punca masalah?? adakah banyak berlaku lintar pintas kerana curi eletrik atau perhaps sabotaj???adakah kerna demand lebih dari supply??? adakah backup system TNB not functioning????....pelik yer harga elektrik bertambah mahal tapi dari service langsung hancus gilos......

......apa apa pun, blackout tadi memberi peringatan bahawa it is not all well and fine kat malaysia nei walaupun kita hidup kat malaysia yang nyata nampak makmur dan aman damai.....hari ini mungkin lektrik besok lusa air pulak, maybe internet system plak kena hack yang menyebabkan tak boleh nak access..huhuhu....lepas tu penyakit denggi plak nak datang dah yang dikhuatiri boleh jadi epidemic di klang valley kalu tak bendung cepat, dulu ada JE, birds flu dan lepas nei kita tak tau aper plak.....

..ek eleh...api tak der 2 jam pun dah macam natural disaster...ermmmm mewah yer lah hidup kat malaysia nei...alhamdullilah , syukur ke hadrat Allah swt..



Tsunami's victims dismissed by Employers

Putrajaya: Twenty workers in Penang and Kedah have been dismissed by their employers for not runing up for work after they were affected by the tsunami on Dec 26....

TheStar: January 13 2005

Ilham's comments :

This particular news really sound so damn shocking and finger immediately pointed towards the employers for being such a heartless animals victimizing the grief stricken tsunami's victims!!!...well I am not so sure whether there was really a case of victimization....bukan aku nak belah kat employer tapi aku rasa victimization is a bit of a serious word to use for this particular case.....

..the Employment Act 1955 , 15(2) clearly stated that any worker failed to report for duty for 48 hours without prior approval or attempting to inform their employers deemed to self-terminate his/her contract of employment.....nah, kalau tak datang kerja dua hari berturut turut tanpa cuba inform or dengan kelulusan, pekerja itu sendiri yang frustrate dia punya contract of employment...ini adalah asas master and servant relationship dan sesuatu contract adalah maksudnya perjanjian yang dipersetujui oleh kedua belah pihak.....

...dalam hal ini aku rasa, mangsa tusnami assume employer dia faham dan tahu masalah dia...ermmm, masalahnya, assume assume tak mainlah masa dalam kontrak perkhidmatan, bak kata a learned friend of mine, " trust in Allah but must follow procedure lar".....kita kena faham bahawa employer ada production target to meet, kalau orang tak cukup production affected especially bila orang tak datang tanpa informing terlebih dahulu....

...aku jugak nak tau victims macam mana yang kedua buang kerja ini, adakah victims yang di hospital, victim yang ada saudara mara meninggal, victims yang sekarang menumpang kat sekolah sekolah or victims yang sekadar berada di kawasan yang dilanda tsunami.....kalau setakat victims yang masih cergas dan hanya sekadar rumah terjejas dan bukan ketua rumah , aku rasa patut datang kerja kerana syarikat selalunya akan menyediakan asrama dan uniform untuk datang kerja.....sekurang kurangnya datang office dan terangkan kedudukan dan at least mintak cuti tanpa rekod or cuti tanpa gaji, tapi jangan fikir employer faham, sebab dalam banyak keadaan, employer tak faham or buat slumberland especially kalau pekerja yang terlibat adalah pekerja bermasaalah.....

...tetapi sekiranya yang kena buang itu adalah bapa , ibu dalam keluarga yang manjadi mangsa atau anak yang kehilangan saudara mara atau mereka yang masih tidak tentu arah kehidupan, maka adalah zalim membuang kerja depa ini...tapi aku yakin, orang yang dalam lingkungan yang aku sebut tadi tak akan buat giler membabi tuli untuk tidak melaporkan kepada majikan mereka....kalau betul employer membuang mereka yang betul betul masih dalam kesusahan dan trauma kerna tsunami, maka aku protes dengan serious dan expect mereka yang ada authority untuk mengambil jalan penyelesaian dalam hal ini....

.....apa yang patut kita faham dalam kita menghadapai bencana ini ialah compassionate leaves/ cuti ikhsan tidak diperuntukkan dalam Employment Act tetapi lebih merupakan budi bicara majikan...so kalau dalam kes bencana alam, rumah terbakar atau banjir, jangan assume ajer yang orang tau sebab adalah tanggungjawab kita memberitahu....

...so , adalah penting kalau kita on MC, emergency leave sebab sedara rapat meninggal atau kena masuk lokap untuk memberitahu majikan atau immediate superior secara terus atau melalui waris kita akan kedudukan/sebab kita tak datang kerja, otherwise you are considered by the law or any stipulated rules and regulations of the company of self-terminating your own contract....

.....especially untuk orang malay, jangan ambil remeh pasal kontrak perkhidmatan ini dan jangan asyik biar bangsa lain jadi union leader, ini tak, semua lepaskan kat bangsa asing lepas itu bila ada problem depa buat tak tau sebab depa dah ada arrangement dengan management or masalah itu tak kena menggena dengan depa .....

....orang kita kenalah aktif secara positif dalam union supaya menentukan waktu untuk bersolat ( especially sembahyang jumaat) di patuhi, makanan kat cafetaria bersih dan halal , waktu sahur dan buka puasa masa ramadan ditentukan, uniform tidak mendedahkan aurat.....kalau exco union dikuasai oleh buka orang malay, depa peduli apa, apa yang mereka nak jadi union leader ialah masa collective bargainning pergi Genting or Phuket ( dulu) untuk negotiations dan bila dah sampai sana memang jadi lauk management lar, kasi minum, kasi ronggeng, kasi pompuan, last last increment naik 3 or4% , alih alih masa rehat kena tarik, nak sembahyang pun dah tak der masa.....bila CNY cuti seminggu dengan shutdown kilang sekali tapi bila cuti Hari raya puasa 2 hari pas tu cukup suruh buat OT masa malam raya....

....inilah penindasan secara halus terhadap orang malay di sektor swasta yang ramai tak nak cakap sebab takut hilang kerja or perhaps tak ada siapa nak perjuangkan sebab union leader semua perut buncit dan jaga periuk nasi sendiri....heran aku, ahli union ramai yang malays tapi bila sampai union leaders bukan malays....pasalnya ialah malays tak boleh cakap mat salleh so management nak yang boleh cakap orang putih...bullshit!! ini excuse management ajer tau...sepatutnya management or investors must learn the local language.....tu lar aku cakap, bahasa inggeris macam mana pun kena beri keutamaan sebab nak jadi waitress kat hotel pun nak boleh bertutur bahasa Inggeris inikan pulak nak jadi union leaders....menteri menteri dan elit malays hantar anak sekolah private atau overseas dari kecik sebab nak anak mereka mahir dalam Inggeris tapi berkobar kobar suruh daulatkan bahasa ibunda!!!!.....tak boleh lar macam ini, kalau pemimpin akui dan sedar the importance of english language , make sure bukan anak depa saya yang mahir english, tapi semua malays tak kira anak nelayan, anak petani orang anak orang kerja gomen pun mahir dalam english macam anak anak depa....

..hello orang malays!!!, ko cakap english berterabur pun tak per, ko ingat yang non-malays tu betul sangat ker english depa....ek eleh...hancus wa cakap lu....tapi depa cakap jugak macam rakan kita kat estate estate.....ko cuba dengar amoi yang jual perfume kat supermarket cakap orang putih, hancus se hancus hancusnya, tapi muka depa slumberland ajer!!!aku pernah dengar ada amoi cakap kat prospective customer dia " free and charge" bila sebenarnya dia nak cakap " free of charge"!!!!!!hehehe.....

.....aku demand orang kita di dalam sektor swasta untuk aktif secara positif dalam union untuk membela hak orang kita dalam sektor swasta...bukan jadi union leader untuk mogok atau untuk kahwin 3, tapi untuk menegakkan hak bangsa dan agama dalam mencari rezeki yang halal...ini tak, awek malays kat kilang kilang or tapak tapak projek dijadikan penyedap untuk expatriates sampai jadi mistress pun ada....aku rasa ahli ahli Pas,um-no dan Keadlian yang kerja kilang dan projek menjadi aktif dalam union.....jangan asyik nak menghentam sesama bangsa dan jangan bagak sesama sendiri ajer....pergi hentam, jepun , korea dan mat salleh yang banyak yang datang sini jadi kaya raya tapi kutuk dan tindas pulak bangsa dan agama kita kat kilang dan projek mereka...