Assalamualaikum,
..aku actually ter'miss' cerita nei tapi semenjak dua menjak nei aku baca kat paper dan internet forum banyak mempersoalkan tindakan JAWI menyerbu disko dan menahan 100 muda mudi Islam atas dasar mencegah perbuatan berkaitan maksiat....
...mereka yang berfikiran liberal menyatakan tindakan itu keterlaluan dan yang fundamental berkata it is an action overdue on JAWI's part.....infact, yang tidak beragama Islam pun joint sekali kutuk JAWI dan ada pembesar politik pun buat komen pasal raid ini....
....persoalan aku , mengapa raid yang kali ini dapat liputan meluas??
a) adakah anak anak VVIP terlibat sekali kena tahan???....yup..dulu anak Raja kena tangkap yang jadi isu, sekarang nei anak Raja dah tak glamour dah...anak anak orang politik dan tokoh corporate yang lebih glamour....
b) adakah premise disco itu kepunyaan VVIP???.....
..sebab kalau nak ikutkan JAWI ker JAIS ker selalu jugak buat raid kan kan kan tetapi tak dapat plak liputan meluas......se tahu aku ada jugak surau yang pro pembangkang yang kena tutup or runtuh tapi tak ada plak hebuh sampai macam nei!!!!hehehehe....
......ada yang mempersoalkan hak JAWI serbu tempat yang tertutup( read ,berlesen) begini...ada kata it is the rights of the patron to enjoy the way they deem fit ( read, consumer rights)...ada kata JAWI keterlaluan( read, Taliban is not welcome!!!)....ada kata it is not the way to eradicate maksiat among muslim youth( read,we need youth buying/purchasing power) ....ada yang kata that's not the way to treat juvenile delinquent( read, don't touch my children)...... actually, apa beza yer dengan raid dekat disco ini dengan raid pesta seks kat flat kat Kedah dulu...beza yer, kat Kedah budak Kilang, kat KL nei anak anak elite Malay kot!!!!..ahaks ahaks..tu ajer beza yer....
...entah lar, kadang kadang aku confuse dengan apa yang berlaku kat Malaysia nei....apa badan badan berlatarbelakangkan Islam buat ajer salah ...tapi nak pening buat aper, itulah akhir zaman namanya, yang mungkar dipertahan dan yang maaruf di tutup.....errrmmmmm, nampak yer petunjuk Allah melalui tsunami ari tu belum lagi menyedarkan kita semua.....
...bagi aku lah kan kan kan.....peranan badan agama hari ini di Malaysia tidak perlu cenderung kearah membasmi perbuatan/aktiviti berbau maksiat untuk membetulkan masyarakat tetapi kearah mencari jalan memajukan mentality orang Islam....maksud aku di sini, kerja raiding tempat maksiat or kerja menangkap orang khalwat nei tidak akan memberi markah/faedah yang banyak untuk JAWI/JAIS dan yang lain lain kerna ianya tidak akan membantu ke arah pembangunan mentality, pengetahuan dan pengamalan ilmu Allah yang banyak...tetapi aku tidak bermaksud tiada penguatkuasaan pencegahan maksiat , tetapi bukan priority dalam kerja JAWI dan yang berkaitan.....prevention is better than cure......
kalau muda mudi ada ilmu dan beramal berasaskan ilmu, maksiat akan berkurangan dengan sendiri dan dengan kadar segera...
......adakah khalwat berkurangan selepas penguatkuasaan pegawai pencegah maksiat ditubuhkan ???...apakah lottery itu bukan haram tetapi mengapa tak pernah kena raid...bukan kah pelacuran itu kerja zina, mengapa tiada pernah JAWI atau yang lain mempersoalkan lesen sarang pelacuran samada yang high class or yang jalang class....mengapa JAWI tak pernah bawa mahkamah syariah mempersoalkan kedudukan casino di Genting..bukan kah judi itu sah sah haram walaupun ada signboard kata orang Islam tak boleh masuk casino..... so badan authority agama tak boleh buat apa apa kerna Hukum Allah hari ini duduk di bawah Perlembagaan Malaysia..tak percaya....cuba tengok ini.....orang Islam yang pilih untuk murtad selepas umur 21 tahun ( stand to be corrected) adalah dilindung di bawah Perlembagaan Malaysia yang memberi kebebesan beragama!!!!!ahaks ahaks ahaks....so macam mana JAWI nak dipandang tinggi dalam hal hal tangkap orang tengah beromen kat bawah pokok kat Tasek Titiwangs, sedangkan orang lain boleh berzina di hotel hotel 5 bintang tanpa JAWI boleh berbuat apa apa....ini tak masuk cerita pegawai pencegah maksiat yang boleh lepaskan orang kena tangkap khalwat dengan certain bayaran ( read rasuah).....
..so dalam keadaan negara yang berceramuk dengan kehendak secularism yang bertembung dengan konsep Islamization, maka eloklah badan badan authority dalam agama concentrate dalam soal pembangunan Islam dari cuba mengubah darah sekular yang telah menular dalam masyarakat....bukan maksud aku bahawa penguatkuasaan terhadap kerja mencegah maksiat ini tidak perlu tetapi ianya bukan sebagai priority kepada badan badan authority agama ini....mana lebih baik, membayar 100 orang pegawai pencegah maksiat untuk berkeliaran di taman taman bunga atau membayar 100 pegawai agama untuk meningkat ilmu pemahaman tentang kandungan al-quran di sebuah daerah/kampong/taman/flat di wilayah persekutuan...sebab maksiat akan berkurangan apabila masyarkat Islam faham isi kandungan Al-Quran.....lebih lebih lagi di KL, aktiviti berbau maksiat adalah sebahgian dari attraction pelancongan....
..harus diingat , pusat zakat selangor dan wilayah persekutuan mengutip zakat dalam lingungan 100 ke 200 juta setahun dan dengan that amount, kerja kerja pembangunan ilmu dan pemahaman Islam boleh dilakukan dengan lebih aggresif.....menentukan setiap orang Islamcukup makan dan minum adalah penting , menentukan semua anak anak orang Islam adalah penting, menentukan masjid dan surau aktif sebagai pusat ilmu dan peradaban Islam adalah sangat penting.......
...harus diingatkan di sini, aku yakin banyak muda mudi yang kena tangkap tersebut yang terdiri dari golongan yang libur once a week or once a month....just to let loose dan perhaps ada yang kena tangkap tu pun kaki sembahyang dan puasa jugak sebab mereka dilahirkan dalam suasana Islam yang dibendung oleh sekular.......cuba bayangkan anda pergi Planet Hollywood tengok VE dengan Ning nyanyi...tiba tiba kena raid dengan JAWI sebab ada orang islam yang tonggang air setan on the rock!!!..mesti ko pun rasa , damn it, aku nak tengok nyanyi ajer, aku tak minum dan aku bayar tiket....kan kan kan....but you look from theological point of view...kita sebenarnya berada dalam kawasan yang boleh menimbulkan syak kerana bercampur lelaki dan perempuan, ada hidangan beverage yang haram, majlis yang tidak pernah dianjurkan oleh Rasullullah mahupun sahabat sahabat selepas Rasul, ada elemen suhabat dalam perbuatan kita....so , kalau kena raid memang dan cukup sebab untuk dikaitkan kesalahan....ini tak termasuk puak puak yang memakai baju yang menjolok mata, perbuatan segelintir yang berjoget macam kena estacy dan muda mudi yang berpeluk pelukan bila dengan lagu Ayu dendangan VE.....hehehe....but will that stop you from going to the next concert lepas tak dikena tindakan sebab ada pembesar politik campur tangan....
....aku nak cadang pada badan authority agama supaya memperkuatkan aktiviti yang akan memperkukuhkan aqidah agama anak bangsa....kukuhkan institusi masjid, kukuhkan kedudukan mahkamah syariah, masukkan golongan professional dalam Lembaga Pengarah untuk memberi idea dan persepsi berbeza dalam merangka agenda/mission...pegawai dalam JAWI dan yang seangkatan hendaklah bebas dari tekanan politik supaya boleh menjalankan Hukum Allah tanpa ragu....
...personally, aku setuju dengan raid di Disko tersebut because I believe JAWI mempunyai hak untuk menahan kumpulan remaja yang berpeleseran dalam disko sebagaimana hak JAWI mengankap depa depa yang disyaki mengikuti ajaran ajaran sesat yang menyesatkan....
....ini adalah kerana aku salah seorang muda mudi yang patronise nite spots kat KL dan aku tau apa yang berlaku dalam sana....walaupun aku tak terjebak tetapi aku tetap subahat dan aku lihat bagaimana anak malay islam hanyut dalam lautan kemaksiatan dan tak ramai yang dapat keluar clean macam aku....aku kesana bukan untuk libur tapi kerna curiosity tetapi tak sikit sikit tu , bahang maksiat itu tetap terlekat.....orang pergi nite spots kerna beberapa perkara..
1) minum
2) pompuan/jantan
3) drugs
4) socialize
5) ronggeng
6) relax( kononnya)
7) business contact/entertain client ( alasan yer)
8)meleseh/menggesel
9) to be spotted/ macam kira ikut trend lar
10) curious/ ingin mencuba/ikut ikut
11) lepas tension
12) MMA
so, dari kriteria diatas, adalah sukar untuk melihat dimana positive yer membiarkan youth berpeleseran di nite spots ini....pernah dengar cerita air minuman budak pompuan yang yang tak tau aper aper pasal nite life kena "spike" dan tau tau kena rogol bergilir, lepas kena rogol, alang alang yang ternoda, biarlah menggoda plak....walaupun tak semua yang ergi disko or nite club itu bertujuan untuk maksiat, tapi lebih ramai yang ke arah maksiat dari yang tidak....macam tu jugak tak semua yang masuk penjara betul2 bersalah, tapi ramai yang bersalah dari yang tidak bersalah.....bayangkan, disko dengan yang kaki ronggeng, karaoke yang dah berumur sikit, mat rempit dengan bohsia, pun/lounge yang kaki minum, lottery dengan cassino untuk yang kaki jusi, spa untuk yang berduit ......patut lar malam masjid tak penuh pernuh kat Klang Valley nei...aduh!!!...
so, aku nak reiterate that Badan badan berautoriti dalam Agama mengubah hala tuju dari bersifat curing kepada preventing.....buatkan 10 year plan untuk membentuk generasi yang sekolah rendah sekarang ini sedar keburukan menghampiri perkara mungkar dengan pendidikan agama secara didikan..apa salah yer , duit yang banyak dalam baitulmal dan pusat zakat or amanahraya ( yang bukan hak fakir dan anak yatim) digabungkan untuk membuat
a) station TV sendiri yang berasaskan agama ( baru buat rancangan ala ala reality TV show)
b) buat pusat ala ala "summer school" untuk menghimpun anak anak untuk persiapan menghadapi alam dewasa
c) membuka cyber cafe
d) kelas kelas pengajian agama secara percuma disemua daerah dan kampong
e) memelih sukan sukan yang tidak membelakangkan kehendak agama dan sponsor sukan tersebut untuk mencapai tahap dunia ( memanah/menembak/pingpong)
f) membentuk bandan ala ala Mercy untuk persiapan search and recue masa bencana
G) buat buat filem/drama yang berasaskan akhlak untuk menggajar muda mudi pasal roh Islam
.....aku pernah tulis dulu bahawa syaitan mempengaruhi kita melalui pancaindera dan maka melalui pancaindera jugalah kita membentuk kekuatan iman dan aqidah generasi akan datang, insyaallah....