Tuesday, May 31, 2005

AF3 - Let the game begins

Aku baru lepas tengok Diary hari pertama slot 8.30 pm and I like what I saw…

Pertama yang aku suka ialah the easy going atmosphere dalam Akademi…mungkin suasana atau rekabentuk dalaman yang lebih macam di rumah memberi homely feelings pada pelajar…

Kedua yang aku suka ialah kesederhanaan Pengetua baru , M.Nasir, semasa memberi songs/assignments to the students…walaupun nampak tegas tetapi sangat sederhana…tetapi aku menunggu reaksi pengetua bila pelajar beliau dikritik masa konsert, pelajar menunjuk sikap protes bila lagu/assignment tak diminati, below par performance masa konsert dari pelajar dan pressure dari production team ke atas diri , tenaga pelajar dan pelajar beliau bagi meningkatkan rating AF3...

Ketiga yang aku suka pada peringkat awal ini ialah choice of songs..walaupun tiada lagu yang senang tetapi lagu itu agak familiar untuk pelajar dan penonton….walaupun konsert pertama adalah lebih kepada warm-up session tetapi kita semua tahu pentingnya ‘1st impression” untuk memancing afundi penonton… judging from the songs selected, the 1st concert will be worth watching.....tetapi ingat tahun lepas, Nurul outstanding masa 1st concert but never really live up to that 1st concert expectation...

Keempat yang aku suka ialah character development dalam student…so far tak nampak lagi student yang overwhelming lawa, bagus or kerek lagi, tak ada student yang cuba dominant dan I like what I saw masa students explained lagu yang mereka terima…Reza was quite funny and Amy tiru aznil tu pun funny jugak…bagi seminggu dua lagi bila pelajar dah tak larat nak control/cover diri depan camera, barulah terserlah peribadi mereka yang sebenar...

Kelima yang aku observe dan aku suka ialah ada students yang dah berfikir untuk ‘improvise’ atau lari dari nyanyian penyanyi asal....that’s sheer confidence!!! tapi jangan 'improvisation' setakat menambah folsetto ajer or improvise sampai menghilangkan keaslian lagu asal...

Keenam yang aku nampak positive ialah camera focusing on students….equal camera focus untuk semua pelajar diberikan dalam waktu yang singkat....aku harap astro teruskan impartiality terhadap semua pelajar masa diary ini...character development dalam diary adalah amat penting dan tidak dapat tidak, editing dan camera selection develop sesuatu character tersebut...

Ketujuh yang aku suka ialah character development para pelajar….ada beberapa pelajar sudah ‘send a clear message’ bagaimana mereka ingin the perceive olah penonton…Akma dengan “Koniciwa”, Yasser dengan imej rock yer, Eliza nampak agak manja , Amelya nampak macam rasa rendah diri sikit dan Ekin masih trying to adjust…. well, bagi 1 or 2 minggu lagi...sekarang nei budak budak student tu masih excited lagi dan belum lagi ada envy feelings towards others..tunggu lar bila depa rasa pengetua ada lebihkan seseorang ker..masa tu tak boleh control dah...

Kelapan yang aku suka ialah editing diary….except for the rather unnecessary capturing Fuad sakit badan, the diary was able to introduce the students very well indeed… again aku repeat supaya astro/production team bagi equal air time untuk semua pelajar masa diary..aku mintak editing lagi smooth dan capture the human relation part more often...

Kesembilan yang aku suka ialah the emphasize on English by Cik gu fatimah dan Cik gu marlia memberi nasihat supaya pelajar jangan complacent… aku miss cikgu fauziah nawi though..walaupun garang dan temperamental tapi cikgu macam nei perlu untuk kursus singkat ala AF nei... hopefully marlia musa will add value to AF3....

Kesepuluh yang aku suka ialah the much improved sound system dalam academy..at least dari pendengaran telinga aku….

Well, AF is a marathon , those leading for the 1st 5 km may not finish the race altogether and slow runner at beginning could change their stride and finishing as the top 5…momentum pelajar adalah penting untuk survival dalam AF …..still a long way to go and after the rather boring Tirai Akademi 2 , I am quite happy that things seems to back to normal..

BTW, sekiranya ada pengunjung blog Ilham ingin mengikuti perkembangan diary, singgah singgah lah blog sumie dekat http://sumie.blogspot.com ...

Diary 30/05/05

Assalamualikum,

Strange weekend indeed with ups and lows but a weekend is a weekend, you get good ones and the bad ones from time to time…tapi yang rasa janggal tu ialah malam sabtu dengan bola kat TV tak ada , memang rasa ada kekosongan dalam hati….but my Sunday was something else….

Farah AF2

Sunday morning after a good night sleep ( no football live telecast) can be a good way to appreciate life….I was up early and after doing my own soul searching I was out to the nearest car wash with a few newspapers in my hand….

….beberapa perkara berkaitan Farah yang sangat menyeronokkan hati aku berlaku pada waktu aku menunggu giliran kereta aku dicuci….mula mula , Farah menjadi cover girl untuk Pancaindera Utusan Malaysia dengan 2 pages coverage of her strory….I was so proud to see Farah penetrating the mainstream newspaper…..she looks extremely gorgeous and sexy!!!… then whilst reading the newspaper, aku overheard kat radio that Farah’s new single “ Antara Dua “was included in the Best 104 radio station “ Carta Lagu’, this is another milestone because it shows that Farah has gone beyond Radio Era/Astro in her popularity and masses acceptance…..I also read another good news that Farah’s “ tangisan Dalam kerinduan” top the chart in TV3’s Muzik Lagu….

…Farah juga sekarang ini dilaporkan berada di Gold Coast Australia as part of her being the ambassador for “ Ali CafĂ©” product…..words can’t describe how I proud I am with Farah’s development in establishing herself as the ‘A’ grade entertainer…well done girl!! Breep breep …..Farahmania is a reality after all….

Hoki Piala Azlan Shah..

Lepas cuci kereta ajer hujan selebat lebatnya macam tak nak berhenti….paper aku dah abis baca, Tv dah boring nak tengok dah, so aku melilau lar nak menggisikan kekosongan hati yang tak puas tak boleh menjerit sebab bolasepak tak ada ‘live’ on TV…

..lepas tu aku realize ada hoki antarabangsa kat Bukit Jalil…tapi by pukul 2.30pm masih lagi hujan lebat tapi aku decided nak pergi jugak , so by 3.30pm aku redah hujan lebat tapi memandangkan ahad , jalan tak sibuk dan 10 minit after 4pm aku masuk stadium..game dah start dalam 5 / 6 minit dan baru saja aku duduk Malaysia score….aku kira tak nak nampak betul process goal itu berlaku yang aku nampak bola dah cecah net goal….lepas tu India score plak…juga dari pukulan sudut penalty…after that it was all India until the half-time whistle blew…penonton adalah lebih kurang 2 ribu orang tapi bila 2nd half bermula Malaysia nampak very positive, they closed down the space, harassed the Indian to release the ball under prerssure and the Malaysian forward did a lot off the ball movement that created space for the midfielders to exploit….

..tak lama lepas tu Malaysia scored dari open play, a beautiful solo run finished by a great shot just inside the D line….masa tu atmosphere betul betul electrifying…Pakistan Pakistan yg duduk kat malaysai pun sokong Malaysia!!!!hehehe….tak lama lepas tu Malaysia scored again from the penalty corner and the Indian were completely destroyed…lepas tu Malaysia score satu lagi dari penalty corner menjadikan kedudukan 4-1…..marvelous result and a fantastic scoreline…it is not every day Malaysian hockey team could score 4 against the Indian powerhouse..though Indian hockey team of today may not be as formidable as before, still a win over them must be considered as a major achievement….ticket pun murah beb!! RM 5 for the non-Grandstand area and imagine yesterday ada 3 games played and all for RM 5!!!!!….if not for the heavy downpour around klang valley, I am quite sure the crowd will be bigger….today Malaysia playing south korea and I am expectecting a bigger crowd…see, penonton kat Malaysia nei dia nak sokong bila Malaysia menang, waimah main gasing sekali pun , kalau Malaysia menang, satu stadium bukit jalil tu boleh penuh!!!!

Meninggal

Belum sempat pun aku seronok celebrate kemenangan Malaysia, aku dari telephone dari mak aku kata saudara aku meninggal dan mak aku suruh aku balik terus….sedara aku nei agak rapat dengan aku sebab berjiran dengan family aku jugak…only recently dia ikut duduk rumah anak dia dan kami pun jarang jumpa except for hari raya or kenduri kahwin…apa apa pun Al-Fatihah untuk arwah…

Tirai Akademi

Balik rumah dari ziarah sedara aku yang meninggal , aku pun sempat tengok Tirai Akademi 2… ….

….samada aku yang sorang rasa atau semua orang pun rasa yang sama jugak , aku pun tak tau…tapi excitement menunggu Tirai Akademi itu hilang dengan format tahun ini sampai aku boleh switch channel tengok Mentor dan F1 highlights….

..aku rasa TA2 a bit dragging dan editing tak berapa menarik especially bahagian pertama yang banyak tunjuk dengan the technical aspect of AF…..

..,perhaps perhaps, aku dah pernah tengok budak budak nei penyanyi yang menggurangkan elements ingin tahu terhadap pelajar2 ini….tapi aku rasa macam tak puas atau tak syok betul..tak macam tengok TA season 1 dan 2…

…hanya bila TA2 concentrate terhadap pelajar baru ada excitement sikit….segment setiap pelajar di couple kan untuk shopping tu agak menarik especially involving Fuad dan idayu…...still early days….budak budak nei akan berubah dan macam macam ada…

Well, that’s my weekend ..from a high point of celebrating Malaysian hockey team victory to a low point of losing somebody yang aku kenal dari kecik dulu lagi….itulah pengajaran dan perjalanan hidup…susah dan senang, suka dan duka…..regardless, enjoy life tapi jangan lupa yang menunggu di hadapan kita…

Saturday, May 28, 2005

Analisa AF1 and AF2- cara merancang untuk semua fan club AF3

assalamualaikum,

..memandangkan aku minat sangat dengan strategic planning maka aku selalu melihat cause and effect sesuatu perkara, perkara yang tersirat dan historical data sesuatu perkara sebagai bahan rujukan penting untuk membuat perancangan sesuatu...cara inilah yang aku lakukan semasa merancang survival favourite student aku tahun lepas ( definitely dengan izin Allah swt)...so ,entry aku kali ini akan mengumpas perkara perkara yang berlaku yang agak sama/identical dalam AF1 dan AF2 yang aku teringat...mungkin ianya satu kebetulan, tetapi dalam analytical study untuk strategic planning, segala perkara berulang harus diambil kira kerana perkara yang berlaku adalah berdasar tiga ciri ini;

1) accidental
2) coincidental
3) enemy action

so, bila boyfriend or girlfriend korang buat sesuatu perkara yang di luar dugaan atau perkara yang berulang or identical/sama, korang kaji lah tindakan mereka berdasarkan ciri yang tersebut di atas....berasaskan ciri tersebut , insyallah, korang boleh anticipate apa aweks/balaks korang punyer perancangan...

similarly, AF adalah sebuah rancangan hiburan oleh sebuah stesyen TV swasta yang bermotifkan memaksimakan keuntungan samada dari segi meningkat jumlah subcribers atau pengiklanan mahupun dari sms.. AF penyebab utama semua rumah yang waimah bekalan elektrik pakai generator sekalipun ada astro decorder tersangkut dekat sisi atap rumah..inilah cara astro menjual decorder mereka dan seterusnya meningkatkan revenue mereka...

..atas penganalisaan ini , aku telah menggunakan historical data dari perkara perkara yang berlaku di AF1 dan guna perjalanan Nija ke final sebagai model/sample untuk merancang kedudukan Farah ( dengan izin Allah ), aku berfikir sebagai mana Astro berfikir untuk mendapatkan keuntungan melalui survival pelajar dan apakah ciri pelajar yang diperlukan untuk menentukan kesinambungan sms kepada astro tidak berhenti......ini dapat dilihat dengan kegagalan saari pada semi-final kerana orang melaka tak byk ada astro pada masa itu ( analisa aku sendiri) dan bila undi pecah lima, saari gagal kerana kuasa meng' sms ' penyokong saari tak kuat ....

.....similarly, dalam kes Mas, kekuatan kuasa meng'sms' Mas amat tinggi tetapi Mas perlu dikeluarkan oleh astro ( dari analisis aku) untuk menentukan kualiti final ( bear in mind , malaysian idol masa tu sudah mendapat tempat ) tetapi astro cannot afford not to have another sabahan in the final , maka diadakan AFMASUK bagi mengembalikan Linda untuk menggekalkan revenue sms dari negeri sabah.....so, faham tak macam mana yang aku maksudkan dalam entry aku sebelum ini bahawa walaupun AF nei tak scripted tetapi ia masih lagi ada unsur kawalan hala tuju bagi menentukan keuntungan astro....

....itulah sebabnya concentration camera semasa diary, lagu yang diberi, kezutan malam konsert, tele-novel, character pelajar diambilkira oleh astro untuk menentukan demam penonton/penyokong tak kebah kebah...harus ditekankan di sini bahawa astro juga menggunakan orang mereka or perhaps orang upahan dalam c@15 dan blog blog tertentu untuk menyampaikan mesej negatif or positif bagi memanaskan lagi keadaan, aku akan refer blog SM untuk melihat apakah hala tuju penulis upahan astro ini dan gunakan info ini bersama dengan info dari penulis upahan di c@15, forum.cari, forum kat official blog akademi fantasia untuk melihat hala tuju asto untuk minggu itu bagi penyingkiran pelajar, begitu juga kritikan pengkritik tetap iaitu pengkritik upahan astro perlu diambil kira untuk survival pelajar......actually strategi begini juga boleh dilakukan dalam kerja harian dan juga perniagaan...

...maka apa yang aku nampak kat c@15 di mana penyokong eliza cuba menyatakan eliza nyanyi lagu 'Mengapa' lebih baik dari farah adalah strategi yang salah kerana fan club farah yang sudah berdaftar dan kuat sekarang ini akan menentukan eliza tidak mencabar kedudukan farah maka mereka tidak akan menggundi Eliza...penyokong eliza should promote eliza as student yang minat pada farah untuk mendapatkan sokongan farah fc...bergaduh dengan FFC di c@15 hanya akan menyusahkan eliza .....so, peminat eliza , especially Birdie, tolong perbetulkan kedudukan ini....keadaan yang sama juga berlaku dengan kedudukan zarina yang tahun lepas yang dipinggirkan oleh peminat rosma yang tidak suka zarina dikaitkan dengan khai...

..tetapi semua perancangan manusia adalah tertakluk pada kehendak Allah, strategi aku untuk farah pada minggu ke 9 untuk masuk final ialah untuk semua penyokong Farah akan mengundi terus selepas 5 peserta akhir diumumkan untuk menjauhkan peratusan Farah di awal minggu sebelum final, anjakan peratusan ini akan membentuk satu momentum yang agak sukar untuk dikejar oleh peserta lain ( startegy aku ini berdasarkan kedudukan khai dan vince yang tidak dapat ditarik peratusan mereka turun kerana terlalu jauh by the final nite)....tetapi dengan kehendak Allah, AFMASUK diadakan maka semua undian kepada finalist telah ditolak sebagai undi rosak ( undi rosak aku yang dapat balik untuk tempoh AFMASUK berlangsung ialah sebanyak 150 undi atau RM 97.50).....itu lar pasal aku berbulu dengan AFMASUK ini.....ahaks ahaks ahaks....nothing personal beb!!!!...huhuhuhu....

.....tapi aku yakin peminat Farah akan ingat blog voting, voting berkala, jangan kutuk pelajar lain di forum dan c15, slogan Farahmania..semua itu adalah perancangan strategi aku untuk menentukan astro melihat Farah releven dalam meraihkan keuntungan sms dari peminat farah..... so, jangan lah berfikir aku nei angau ker gan Farah tetapi aku mendapat kepuasan dari kejayaan Farah ker final , dengan izin Allah....itu saja!!ahask ahask ahask...

BTW, strategi pengundian or merraih undi ini hanya perlu untuk pelajar yang macam nyawa nyawa ikan macam Farah, kalau pelajar macam mas, vince, khai, kaer or linda,tak payah strategi dah sebab mereka mempunyai pengundi yang ramai dan berkuasa menggafundi yang besar dan undian mereka melibatkan kasih dan sayang pada pelajar melebihi kepada kekuatan vokal atau performance..

..so untuk analisa permualaan, korang tengok persamaan perkara yang berlaku di AF 1 dan AF2 untuk membuat perancangan untuk pelajar kelian dan melihat siapa yang akan masuk final atau akan tersingkir....but at the end of the day, Allah swt yang menentukan segalanya..

(1)minggu pertama AF1 azizi terkebelakang dan aznil terpaksa promote sikit dan liza terkeluar untuk seketika dan kedua duanya kemudian masuk final....

Persamaan di AF2 - Farah nampak nak kena singkir pada minggu penyingkiran pertama ( 3rd concert) sebab tidak disenangi kerna kononnya gedik masa dapat ikan pada minggui sebelumnya...tetapi diberi kejutan Aisyah dan terus masuk final...

(2) Nija/Liza asyik duduk tempat 2 terakhir dan akhirnya masuk final....

Persamaan AF 2 - Farah asyik duduk bawah carta sebelum konsert tapi masuk final

(3) vince top almost every week except final week before final dan diminati oleh pengkritik tetap dan terus jadi juara ..

Persamaan AF2 - kaer diminati oleh pengkritik tetap dan terus masuk final...

(4) khai tenggelam dek Adi dan bila Adi keluar terus menjadi idola remaja...

Persamaan : zahid mula mula tenggelam dek anding dan fitri tetapi bila anding/fitri keluar, terus menjadi idola

(5)Vince ada telenovel dengan Liza dan kedua dua masuk final...

persamaan AF2- Adam dan farah ada tele-novel dan terus masuk final

(6) nana kena marah dengan cik gu siti lalu di boo semasa penyingkiran,

Persamaan AF 2 - Mas kena marah dengan cikgu ramli, juga kena boo masa terkeluar

(7) nija kena suap makan di diary dan masuk final...

Persamaan AF 2 - Farah kena suap makan dan masuk final jugak

(8)rosma ada affair dengan pin-up boy ( khai) terus terkeluar....

Persamaan AF 2 - Edlin ada suka dengan pin-up boy ( anding) dan terus tersingkir

(9) Atie budak UiTM performance arts menjadi pelajar ketiga tersingkir...

persamaan AF2 - Anding budak Uitm performance arts, pelajar ketiga tersingkir

(10)Adi graduate tersingkir minggu kedua penyingkiran ...

persamaan AF2 - Fitri graduate , tersingkir minggu kedua

(11) Nija sebut " Are you ready to rock" masa final terus dapat tempat ke 4...

Persamaan AF2 - Farah sebut " are you ready to rock" masa final terus dapat tempat ke 4..

(12)nija makan atas stage masuk final...

Persamaan AF2 -Zahid makan atas stage , terus masuk final

( 13) rosma nyanyi lagu noraniza idris, lepas tu terkeluar

persamaan Af2 - zarina nyanyi lagu noraniza idris pun terkeluar..

perhaps banyak lagi persamaan tetapi ini yang aku nampak masa menulis entry nei...kelian cari persamaan yang lain untuk planning kelian, okke....

....dan letakkan personaliti pelajar favourite korang dalam ciri ciri/characteristic pelajar ( previous entry aku) yang aku tafsirkan dan lihat progres pelajar sebelum ini yang dalam character list yang sama...selamat mencuba

Friday, May 27, 2005

Malam segala final !!

Assalamualikum,

..it was such an emotional draining night for me last night...mula mula tinjau American Idol tapi lepas 2 lagu aku tak angkat port dah sebab rasa kurang peminat dengan kedua dua finalist...tapi kalau ikut reaksi pengkritik especially simon, macam si Bo yang akan menang...

...lepas tu 10.00pm, layan The Contenders pulak....aku minat pada Peter Manfredo Jr sebab anak kecik dia tu cute dan bijak sangat dan gaya boxing si Peter nei tetapi aku suka dengan yang kalah dengan Jesse masa top 8 ari tu ( nama aku lupa)......sadly though, Manfredo Jr was outplayed by sergio mora and was defeated on points.....it was an anti-climax final sebab not much boxing involved but more of street fight, toe-to-toe kind of boxing...the earlier recorded match for bronze medal berween Jesse and Alfonso was a better match....still rancangan The Contenders nei aku minat dan aku rank 2nd kepada The Mole yang dah tak dah after the 2nd season...

..pukul 12 tgh malam aku tidur dan bangun balik dekat pukul 3.00am for the European Cup Final between AC Milan dan Liverpool...by the time aku bukak tv ropernya AC Milan dah score pada the very 1st minute.....lepas tu scored another 2 goals untuk menjadikan kedudukan 3-0 at half-time....aku pun dah terkifir nak tidur ker nak tengok lagi memandangkan Liverpool nampak out of sort , seolah olah sebuah team dari 3rd division melawan team dari Premier League...

...tapi knowing football ia a game of two halves, aku pun layan jugak dan to my pleasant surprise, Liverpool did the impossible , by the 60th minutes Liverpool dah scored 3 goals to level the score and AC Milan yang nampak invicible in the 1st half were completely destroyed and the game went to overtime...masa OT nei, Milan seize control of the game tapi could not find the winning goal with Dudek superb at goal for Liverpool.....penalty shoot-out , lagi nerves cracking tapi Liverpool triumph with Dudek outstanding at goal again.....sebagai peminat EPL w'pun bukan peminat Liverpool, I was delighted with the victory and congratulation to all Liverpool fans in Malaysia... yang aku tergelak tu, masa half-time talk, football experts dah written off liverpool dan siap kutuk Benitez ( the liverpool manager) lagi....lepas to kena swallow balik apa depa kutuk at the end of the match..ahaks ahaks ahaks...

okke lah, tu saja dulu...

Thursday, May 26, 2005

AF season dan Football Season

Assalamualaikum,

...malam ini adalah ibarat penutup tirai bolasepak eropah yang menjadi ikutan peminat sukan di malaysia...Liverpool vs AC Milan untuk gelaran European Champion....as an EPL followers, I will definitely rooting for Liverpool...though it is not the same Liverpool of the yesteryears, I still believe that Liverpool may sneak a late goal for a famous victory...

....so apa kaitan dengan title entry aku hari ini???..well, nampak tak di mana datangnya sokongan kepada AF tanpa menggira peringkat umur , bangsa atau agama....setiap sabtu untuk 8/9 bulan yang lepas, setiap sabtu dipenuhi dengan jeritan dan sumpahan peminat bola yang menonton live football on saturday....saturday is a competitive nights for many , the way many of us/them release our tension at work and so forth by supporting our team and cursing other's...

..so, bila season bola tamat, akan berlaku satu vacuum dalam diri peminat bola yang harus di sini...so escapism mereka ialah kepada AF !!! yeap babeh !!! banyak ciri ciri bolasepak yang ada dalam AF.....fan club adalah ibarat pasukan bola, pelajar adalah ibarat pemain bola yang kita minati, pengkritik adalah macam referee yang ada yang adil dan ada yang bias, menunggu keputusan adalah ibarat menonton penalty shoot-out....hanya di AF ajer aku dengar orang bertepuk dan berpeluk bila penyanyi tak terkeluar dan menangis dan menggamuk bila penyanyi terkeluar.....sama gak macam bola, kalau selangor kalah final malaysia cup, 2/3 hari tak lalu makan tetapi aku masih tak merasai apa erti kesedihan akibat penyingkiran pelajar favourite kita sebab aku pernah menggalami yer !!!!hehehehe...

..so, the competitive nature AF dan berlaku pada hari sabtu iaitu malam bola yang menyebabkan peminat AF jadi emotional dan tension....

..selalu yer game bola akan lebih menarik dalam peringkat kalah mati dan begitu juga konsep penyingkiran dalam AF, kalah dan keluar....ibarat pepatah dalam bola iaitu bola itu bulat maka tiada yang certain dalam bola sebagaimana Rangers memintas Celtic sebagai juara liga Scotland minggu lepas di saat saat terakhir although Celtic look destine to clinch the title...macam tu jugak AF, tiada yang terjamin kekal dalam AF sebagaimana nasib saari, rosma dan zarina...

..sebagaimana Malaysia Cup, peminat AF akan cendurung memihak kepada penyanyi kelahiran negeri masing masing dan ini yang menjadi AF unik....peminat bolasepak juga suka menonton latihan pasukan bolasepak mereka dan latihan dalam AF ialah diary harian yang tak boleh mesti tonton oleh semua peminat....dalam bolasepak, newspaper akan reveal siapa yang cedera atau siapa yang digugurkan dalam midweek dan melalui dairy kita akan dapat lihat siapa yang struggle dengan lagu diberi dan siapa yang nampak sesuai dengan lagu mereka....

.....itu lar pasal AF ini menjadi satu kegilaan yang amat sinonim dengan orang gila/kaki bola....sanggup tidur dalam bas untuk mengikuti pasukan kesayangan, perabih duit beli jersey, mafla , tiket dan sebagainya.....

..kalau peminat Man Utd ikut rambut Becham, peminat Anding ikut rambut Anding...kalau peminat Liverpool suka warna merah, peminat zahid suka warna orange....

....so malam ini Liverpool akan menentang AC Milan, sebagaimana peminat AF masa final, peminat liverpool ini akan berkumpul dan beramai ramai menyaksikan game pukul 3.30am...inilah jugak nanti yang akan menyokong pelajar favourite mereka dalam AF dan unik yer tak semesti yer penyokong liverpool akan penyokong the same pelajar....so imagine the level of craze dalam AF!!!....

....salah satu kekuatan AF ialah AF berjaya mencuri peminat bolasepak untuk menjadi pengikut AF....

Katakan TAK NAK pada SMS

Wednesday, May 25, 2005

Kejutan di Tirai!!!!

Assalumualikum,

..aku memang excited nak tengok Tirai nei sebab nak tengok bagaimana astro kejutkan mereka yang terpilih untuk masuk AF dan untuk kali ini kejutan melibatkan 20 orang untuk diuji buat kali terakhir melalui Konsert Prelude...

..tapi aku agak terperanjat cara yang dilakukan sehingga peringkat boleh menjatuhkan airmuka keluarga dan peserta....ambil contoh peserta Isa Kumar, beliau diserbu hingga ke bilik air!!!!..aku rasa ini kurang sesuai dan tidak kelakar.....Mawi dan Kefli semasa sedang/bangun tidur dan memakai seluar pendek!!! again , i personally tak rasa benda nei kelakar....

..tiada yang menggejutkan untuk Fuad, Shiha dan Felix yang disergah tepi jalan ajer...

....tiada yang kejutan kreatif bagi reza, ekin, akma, diana, aidil, martha,haider yang dikejutkan di rumah mereka...ada sikit perbezaan untuk yazer, amylea, azlif dan idayu yang dikejutkan di tempat kerja mereka..

sedikit kejutan yang kreatif untuk rina, eliza dan amy yang betul betul tak menyangka akan ketibaan kejutan ke atas mereka , otherwise, it was quite obvious astro sudah kehilangan idea yang menarik ala ala kejutan untuk Khai masa AF1 atau zarina masa Af2....namun aku rasa kejutan untuk amy dan eliza amat menghiburkan.....

....aku juga terasa sedih apabila semasa Mawi menyanyikan lagu ala nasyid semasa bakal pelajar diperagakan kepada wartawan, terdengar suara orang terbahak bahak gelak ...perhaps elok juga mawi nei tak terpilih...

..adakah AF3 akan mencapai tahap kegilaan penonton seperti AF1 dan AF2??..aku yakin jawapannya ialah YES!!!....walaupun penojolan mereka di Konsert Prelude melenyapkan sedikit misteri para pelajar namun bila the competitive nature of show take centre stage, the mysterious craziness will prevail to a new height....

..walaupun aku kempen Tak Nak SMS tapi aku yakin sms revenues for Astro akan bertambah lagi tahun ini.....fenomena ini adalah ibarat nak masuk bulan puasa, semua akan kata tak nak membazir masa buka puasa, tapi masuk saja pasar ramadhan, habis semua bentuk makanan di beli hinggalah akhir ramadhan!!......

Katakan TAK NAK pada SMS

AF3 Konsert Prelude dan Pelajar Terpilih

AF 3 – Pengambilan Pelajar dan Konsert Prelude – pandangan Ilham


Assalamualaikum,

Wow!! Dah demam ??!!!…well I guess siapa yang mengikuti Konsert Prelude and Tirai Akademi 1 mungkin sudah mula merasakan panas panas suam di badan !!ahaks ahaks ahaks…so entry aku hari ini akan menganalisa pengambilan 12 finalist dari sudut strategy stesyen TV untuk retain high viewing rating dan revenues dari sms/pengikhlanan…

( 1) Premis penganalisaan aku yang pertama tetap sama iaitu “ never fix anything which is ain’t broken” dan “ never changed a winning formula” ….

( 2) Premise kedua ialah juri professional terdiri dari 3 astro’s representative ( khudsia , Freddie dan Rozina ) dan dua tenaga pelajar ( m.nasir dan siti hajar )….maksud saya walaupun nampak konsert prelude macam ‘real’, tapi komposisi juri professional memberi aku different indication…..BTW I am not so sure how Khudsia and Rozina can be categorized as professional jury ?!!!…

( 3 ) …Premis ketiga ialah “profit and Loss” dan “ viewership/rating” for astro…

Mula mula biar aku beri penganalisaan aku tentang persembahan Top 20 masa Konsert Predule…

1: Isa Kumar ( Aku Cinta Pada Mu )

….very unfortunate Isa menjadi bakal pelajar pertama yang membuat persembahan….maksud aku syndrome peserta pertama ialah sebagaimana bagus nyanyian, pendengar aku reserve comments until dengar peserta lain dan by the time kita dengar peserta ke 16, kita dah lupa dengan Isa….

Ilham view: Isa mempunyai tone suara yang sedap dan pemilihan lagu juga bagus tetapi nampak agak gementar dan membuat beberapa kesalahan kecil dalam nyanyian..kurang menunujukkan keyakinan diri dalam persembahan….perhaps lagu dari REM mungkin lebih sesuai untuk Isa untuk explore his “ rich” voice….

Mengapa gagal : actually Isa, Kefli dan Fuad fighting for the same spot in terms of package and unfortunately isa failed to live to astro’s expectation walaupun suara ternyata lebih bagus.

2: Ekin ( Dialah di Hati )

….pemilihan lagu yang baik dan berjaya membawa lagu ini dengan tidak terbau CT nurhaliza langsung…walaupun ada satu part lagu itu dia terlari pitching tapi overcome that problem with ease

Ilham comment : package yang baik , suara yang mantap dan mewakili interest orang Brunei, a must criteria for Astro ….

Ilham’s prediction : Ekin akan kekal lama dalam AF3 dan sekiranya dia Diary’ friendly ( perwatakan yang menyenangkan dalam diary) , beliau boleh diconsider favourite by the 3rd concert jika membawa perwatakan yang disenangi…

3: Aidil ( Kau Lupa Janji )

…menunjukkan persembahan yang berani tetapi banyak membuat kesilapan yang boleh di ‘consider’ basic ….gagal mengawal high pitch dan tone suara agak biasa…

Ilham’s prediction : …Astro memerlukan character yang controversy dan pin-up boy…he fits the bill to perfection ….he will not last long though but will stay long enough to create a kind of love hate relationship with the fans that will help to increase the sms revenues for astro…..dijangkakan tidak akan dikeluarkan pada minggu pertama penyikiran tetapi pada minggu kedua atau ketiga kemudiannya…

4 : Amylea ( I ain’t Got You )

…very polish performance but nothing spectacular….nampak highly confidence but not really a big surprise since she has been singing at nite clubs/ coffee house/pubs….

Ilham’s prediction : ..her character development will determine her survival …a good bet for final place provided she could convince the purist ( those only vote on Saturday based on performance ) to vote her…..how would she cope with irama Malaysia kind of songs ???….a dark house candidate….

5 : Yazer ( Rela Ku Pujuk )

….good choice of song and a brave one too considering m.nasir was sitting down below….a good powerful voice in addition to fantastic on stage attitude…yazer, haider and azlif were actually fighting for that one spot reserve by astro for ‘rockers”….

Ilham’s prediction : ..another strong potential but how would he plan to play his diary character would be crucial ??…Yazer and Felix will be fighting for the sabahan vote and since both appear to be staying alive until the advance stage of the show, the sabahan should decide whether to carry both or sacrifice one and concentrate on the other….that’s the only available option for sabahan to ensure one of them to be champion….

6: Shiha ( Gonna get you good )

…..a good singer, nice tone, sweet girl but never really hit that song to the fullest of her potential…a real waste of talent…..a simple malay ballard song could have swayed the audience perception….a good natural singer though

7 : Azlif ( Isabella)
….sang very well, unique and powerful voice, good stage presence and highly confident…

Sebab kegagalan : ..fighting against yazer and haider for that exclusive spot for ‘rockers”…I can’t really figure out why he failed because he was indeed one of the best performers for the nite…mungkin tak rezeki dia….well done azlif…

8: Amy ( Saving all my love)

…..pretty assured rendition of this whitney Houston song but nothing special…very pretty indeed and that ‘package’ rather seal her place for the top 12…

ilham’s prediction : she needs to develop an outstanding diary character to stay alive..i could smell Liza AF1 in this girl… being the only sarawakian , she will have the full support of the state and should go quite far this season…make no mistake, I think this girl can really sing …

9: Reza ( Ku Harap Cinta )

….one needs a lot of soul to get to the top of this song, Reza didn’t has enough of that but he representing the sophisicated character required by astro and so he was selected…

Ilham’s prediction : his jovial character and his rather cute look will see him upsetting a few better student…I would not be surprised to see reza and ekin to strike a beautiful tele-novel to help each other survival….if reza able to improve his singing ability, he could be the Khai/Kaer for this season…

10 : Diana ( Ku harap cinta )

..what a voice !! Indonesian flavour all over though never really nailed the song…..

sebab kalah : it’s either Diana/Shiha/ Eliza for the young and young thing character or Dian and Ekin for the prom queen title….on both situation, Diana fell a bit short..what a pity ….tapi aku sense dari cara Diana menyanyi yang dia terlalu confident yang beliau akan terpilih..terlalu bersahaja dan tidak really menjiwai lagu tersebut semacam seorang yang dalam pertandingan

11: Fuad ( She’s A lady )

…right choice of song and good stage presence bit certainly lacking in the vocal department..

ilham’s prediction : He will enter the academy with a game plan and his shrewd tactics may see him survive…..he needs a lot of kejutan and others’ misfortune to go far though..but never bet against this shrewd looking guy…I could smell Rob ( survival and amazing race) in this young lad…

12: Marsha

…… very unfortunate …..looks like a sure bet for the final 12….remember article aku sebelum ini yang mengatakan aku merasakan ada sesuatu yang luar dugaan manusia dalam AF3 nei, this is could be one of those occasions…

13: Mawi ( Intifada)

…..at this point of writing aku masih tak sure whether it was the right song for the occasion…superb vocal prowess though…lacking dalam keyakinan diri dan timing/tempo lari pada satu tempat..

sebab gagal : kalau aku menganalisa dari sudut astro…aku merasakan penolakan mawi adalah bukan berasaskan kemampuan tetapi lebih kepada polisi….aku melihat pengambilan mawi akan membuka satu kemugkinan di tahun tahun akan datang untuk mengambil pelajar perempuan yang bertudung pulak…Mawi carry himself as God fearing person and slotting him in could be viewed as an attempt by Astro to create a controversy that could be very dangerous later stage of the show….tapi dari sudut strategy, aku melihat mawi’s rejection as a miss opportunity for the AF to show how the tenaga pelajar could develop a nasyid singer into a contemporary singer…on 2nd thought though….no tudung therefore no ‘ustaz’ singer…

14 : Eliza ( Mengapa )

…very brave choice of song and she sang superbly…tapi kalau Farah hit the bridge dengan higher note , eliza hit it with a lower note….regardless well done Eliza

ilham’s prediction : budak nei lepas laku ala ala nija dan farah….nampak quite an intelligent girl dan strong minded….she will definitely improve tremendously under the guidance of cikgu siti and adnan and therefore could be a strong candidate too…she needs a lot of help from Perakian in the early weeks though…may not win the show but could be the a good bet for final or perhaps early exit….

15 : Kefli ( Dir )

..sang the song without any hiccups but that’s about it….nothing wrong about his singing style or tone of voice but just nothing special….

Ilham’s prediction : a good candidate for the 1st week penyingkiran …..whilst people concentrating on removing aidil, kefli could be the odd one out and forgotten ala ala edlin and azza…he needs to create something big in the early weeks to leave significant impact to the people….

16 : Akma ( I will Always love you )

….a good polish voice and very experience indeed….I thought a malay song could have been a better choice since her diction wasn’t really good…

ilham’s prediction : being a finalist for Who Will Win , people will have high expectation on this girl…..may blossom in her character development dalam dairy and could be a good ‘umpan’ for Astro untuk penyingkiran ala Rosma and zarina….otherwise, could be a strong candidate for final too…

17 : Haider ( It’s My life )

….aku could sense something not right in his singing…good powerful voice tapi tak ada ommppp!!!..he was fighting against felix and yaser and it was very clear that nite that he could not compete…aku rasa pity with this guy betul…genuinely raw talent yang will definitely develop dalam AF…again a more recognizable malay song could actually seal his place in AF….

18 : Rina ( Mama Ku Ingin Pulang )

…nice tone, nice song , very pretty but nothing special that could put her above the other selected female top 6 ……furthermore, that could be very brave of Astro to take a married lady into the show….pity her but I can’t agree more with astro to avoid unnecessary controversy…imagine the cikgu cikgu lelaki dan pengetua menggatal dengan minah nei..that would be interesting to watch tapi tak fair to the husband…

19 : Felix ( Cinta Seorang teman)

…fantastic and brave choice of song…he nailed the song fantastically and I thought he was superb…

Ilham’s prediction : after his konsert prelude ‘s performance, expectation will be high amongst viewers and this could be his downfall….he has to change his character to suit the diary requirement ….dia dan yazer harus memenangi hati peminat semenanjung untuk bergelar juara…

20 : Idayu : ( I have Nothing )

…this girl is a real powerhouse….fantastic voice and good stage presence

Ilham’s prediction : she appears to me to be the Saari/Bob of this season…strong fantastic voice but lack the ‘package’ thing….tapi macam Felix, expectation orangramai akan terlalu tinggi dan sikit silap akan merubah pandangan orang….

Ilham’s Ranking for Konsert prelude

Ranking 1 dan 2
Felix dan Idayu – tidak banyak yang membezakan kedua dua peserta dan bolehlah letak siapa satu atau kedua tanpa banyak dispute…

Ranking 3 ke 7
Ekin, Eliza, Azlif, Yazer, Amylea – keempat empat pelajar tiada banyak perbezaan dari kualiti vokal dan letaklah siapa ke 3 dan ke 7 tanpa ragu ragu…

Ranking 8 ke 10

Akma, Amy, Mawi, - ketiga tiga pelajar menyampaikan lagu dengan baik dan dapat menonjolkan kekuatan vokal maing masing…

Ranking 11 hingga 15

Diana, Shiha, Rina, Reza dan Fuad - keempat empat mereka memberi persembahan yang baik tapi terlalu bermain selamat ( play safe )…a more demanding songs would probably change my view on their ranking

Ranking 15 ke 18

Isa, Haider dan Kefli – ada suara tetapi tidak menggunakan keupayaan mereka sepenuhnya….

Ranking 19

Aidil – pilihan lagu yang bertujuan menonjolkan versatility beliau!! Tetapi persembahan vokal terlalu lemah untuk kita perasaan versatility yang belaiu ingin tonjolkan..

BTW, ini pandangan peribadi sahaja…

....dalam saat dan ketika ini aku tak nampak lagi siapa kah antara pelajar wanita yang murah rezeki mereka untuk memegang gelaran “ Aweks Angkat Ilham “ menggantikan tempat Nija dan Farah !!!!…ahaks ahaks ahaks…tapi aku yakin, insyaallah, aweks angkat aku tahun ini akan menjadi Juara !!!!…I probably need to see these students character dalam diary dan persembahan di konsert awal untuk membuat pilihan kuda aku tahun ini…

Apa yang menarik dari konsert prelude ialah sound system dan stage yang menarik dan sound engineering yang baik bisa menyerlahkan suara pelajar….

aduh!! Penat aku tulis dah nei….aku stop dulu lah untuk entry nei….tapi korang perasan tak, si cikgu adnan dengan elly suriati rapat betul yerk!!! Hehehe…controversy awal pra-kelas bermula….

Saturday, May 21, 2005

Betul kah anda pernah DEMAM AF ??!!!

assalamualaikum ...

Kuiz sebelum AF3 bermula....sekiranya anda pernah demam, semua soalan soalan berikut pasti dapat dijawab dengan mudah...tapi dengan syarat...jangan guna reference untuk menjawab...jawab semua soalan dalam masa tidak lebih dari 5 minit... lama tuuu!!! okke...set timer dulu..okke dah set dah...4,3,2,1 ..GOooooooo..jawab semua soalan...

1) Lagu yang dinyanyikan oleh Azza semasa dia terkeluar ?

2) Namakan tempat/kawasan penginapan AF1 ??

3) Venue Konsert Mingguan AF 1 ??

4) Pelajar yang sudah lama tidak berhubung dengan bapa beliau ( AF1)??

5) Guru tari jemputan yang datang ke akademi semasa AF1 ??

6) Artis jemputan mengiringi Burn masa Konsert ??

7) Namakan salah satu Pengkritik di Konsert pertama AF1 ??

8) Lagu artis mana dinyanyikan oleh Nana semasa beliau terkeluar ??

9) nama pengetua AF1 ??

10) Pelajar Af1 ini dilahirkan Bentong Pahang ??

11) Siapakah idola Azizi AF1 yang datang ke Akademi ??

12) lagu yang Adi nyanyikan semasa Final Concert ??

13) Liza adalah bekas penari kebudayaan negeri mana ??

14) Se belum Liza, siapakah wanita buruan Vince ??

15) Berapa ramai pengarah filem menjadi pengkritik di AF 2 ??

16 ) namakan nama salah satu ikan yang diberikan pada Farah ??

17) Siapa lebih tinggi atau sebalik yer, Edlin atau Atie??

18) namakan alat alat muzik yang boleh dimain oleh Linda ??

19) Siapakah pelajar AF2 yang pernah bertugas dengan baitulmal ??

20 ) Pelajar Af2 ini pernah masuk Teen Search di RTM ??

21 ) Pelajar AF1 ini pernah bekerja dengan Mayban Finance ??

22) Pelajar AF1 ini mempunyai anak buah kembar ??

23) Tenaga Pelajar ini adalah lulusan Berkley( spell ??) ??

24) Namakan Lagu dinyanyikan oleh Kaer dalam Konsert pertama (AF 2 )

25) Siapkah nama asal penyanyi lagu yang dinyanyikan oleh Kaer , " Epolog Cinta dari ..."??

26) sambungkan latihan sebutan oleh cikgu fauziah nawi " kukukaki..........."??

27) Pelajar yang terkeluar setelah dinamakan pelajar contoh untuk minggu sebelumnya ??

28 ) Negeri kelahiran pengetua Ramlee MS ??

29 ) Siapakah pelajar yang mendapat kejutan pengambilan masuk ke AF di Zoo ??

30) Pelajar yang sakit perut semasa menyanyikan lagu Menuju Puncak ??

31) Namakan Residence Officer untuk AF 1 dan AF 2 ??

32) Namakan artis yang pernah menjadi tetamu Akademi dan Pengkritik masa Konsert ??

33) Lirik lagu siapakah yang menimbulkan polemik antara Khudsia dan Farah ??

34) apakah nama panggilan Vince dalam Akademi ???

35) Pencipta lagu untuk Azizi masa Final, " umpan ku habis " ??

36) Artis kejutan untuk Saari ??

37) apakah makanan yang di bawa oleh Misha untuk Zahid ??

38) Pelajar manakah mendapat kejutan kemasukan ke AF di court badminton ??

39 ) Kakak beliau mendapat tempat ketiga Bintang HMI semasa CT Nurhaliza jadi juara ??

40 ) venue final AF 1 ??

41 ) Pelajar ini pernah kerja di karoake joint ??

42) namakan pelajar yang pernah berada tempat terakhir di carta sebelum konsert dan terus ke kemuncak carta selepas konsert ??

43) Pelajar ini pernah berlakon filem sebelum masa AF ??

44) Namakan kekasih pelajar yang mendapat tempat ke 4 untuk final konsert AF1 dan AF 2??? !!!

45) Bapa pelajar ini seorang pegawai penjara ??

46) Berapa haribulan kah konsert akhir AF 2 diadakan ??

47 ) Pelajar ini mendapat kejutan kemasukan di kedai Astro ??

48 ) Pengkritik ini adalah artis yang lagunya pernah dinyanyikan oleh Azizi ??

49 ) Beliau ini adalah graduate dari UM ??

50 ) Ada berapa persamaan antara Khai danKaer ??

wokay babeh !! since aku tulis soalan secara spontanouos , maka korang jawab pun secara spontan gak lah ...

( a) sekiranya anda menjawab betul semua soalan, anda Demam Denggi Berdarah yang membawa gelaran Tun
( b) sekiranya anda betul 40 hingga 49 , anda Demam Kepialu yang membawa gelaran Tan Sri
( c) sekiranya ada betul 35 hingga 39, anda demam panas yang membawa gelaran Datuk
(d) sekiranya jawapan betul anda 34 ke bawah, anda belum dalam kategori demam lagi ....

..korang boleh YM aku kat YM Id "rusdiklatino" untuk memberi jawapan sekiranya tidak nak orang lain tau dan aku akan beri tahu tahap demam dan title kat tag board or jawab dekat comment tapi semua orang tau jawapan korang...

apa apa pun , katakan TAK NAK pada SMS, selagi harga sms tidak dikurangkan 50% or more...

AF3 fever !!!! here we go.....

Assalamualaikum,

....AF2 was concluded by the time I had the courage to build my own blog...so i was not able to pen down my thoughts on AF2...through blog Y , I learned about blogging , YM and so forth..therefore I am very grateful to Y, Emy, Screw, Uncute, X-men, Watie, Sumie, Sinchan for exposing me to a new and interesting world of blogging/YM....those names mentioned and together we a group of other bloggers later on created a bond of friendship under the flagship of AMTY that blossom until today and very well known indeed among local bloggers....well done lads, brilliant!!!.... special thanks too to SM for the fact that through his blog that eventually led me to Y.....

....my memory of AF2 and AF1 actually centered around the survival of my favourite student Farah and Nija....., never met them in person but the sheer magic of the show made me addicted to every single thing about my favourite students and the AF show...

....the thought of your favourite student being booted out was a real nightmare and thus one will fork out large sum of hard earned money to try to help the survical of your favourite student....how funny it is now when can I look back at those crazy things that I did to ensure my favourite student's survival...sembahyang hajat, handphone kena bar sebab over the limit, sorok handphone takut ada yang curi sms, masuk channel@15 untuk support favourite student, masuk YG fan club...yeap!! crazy as is sound, it has got to be done when one "dah demam"!!!!....... it was fun for yang "dah demam" and rather silly pada yang "tak demam".....

..this year, however, i have decided to be a non-partisan "dah demam" society but remain to be an active bystander( not really sure how it can be done though!!!!ahaks ahaks).....

...there's something mystical about the show that make people do crazy stuff.....probably, the competitive nature of the show, the characters of the student, the chance to make one ordinary person's dream comes true, the antics and profesionalisme of the cikgus, the drama evolve around the student's life, the comments of the pengkritik and not to mention the sarcastic and at times rather bias remarks from the Pengkritik tetap, celoteh aznil...

( BTW, i hope aznil will not try to overplay is role in AF, he should remain aznil ....I notice that in few recent occasions notably the Konsert reunion, the Anugerah Planet Muzik and Konsert terakhir tour AF, di mana aku terperasan aznil terlalu cuba menonjolkan diri yang dia versatile and the best compere/host ever ........tak payah lar nyanyi nyanyi sebab bakat menyanyi beliau yang bagi aku terlalu limited...you are interesting because you play your part in AF to perfection and not because of anything else....AF is interesting because of Aznil and Aznil is considered as the number one TV host because of AF...so aznil , don't fix it when it ain't broken).....

......yeap!! so many common joy and sorrow shared among AF fans that one can relate to another without actually knowing the other person....you can stop at any coffee shop and strike a conversation about AF and many others will join in ...similarly dekat office, sekolah, kenduri kahwin and so forth..it is so amazingly beautiful to see people from all walks of life could actually sit down together to talk about common issue and able to forget any differences between them...though you may not see that happening at channel 15....

....aku pernah tulis dulu bagaimana kawan aku phone aku tergelak gelak sebab masa dia pergi pharmacy dia overheard serious conversation between an old Indian pak cik dengan an ageing chinese mak cik talking about who's actually the real talent between Bob and Zahid and how a friend a mine overhead a phone call of another Indian man shouting angrily presumably to astro to get his problematic astro decoder fix since the night after will be the konsert 9(AF2)....

..satu kejutan yang aku pernah buat kat officemate aku ialah Friday before the konsert 8 sebelum final ( AF1)...aku hantar a very long and serious formal e-mail memo kat 3 of them telling them that the MD was very upset with constant MIA of these three executives ( actually depa tengah busy arranging for company's extramural activities) and reprimending them for their so called act of misconduct ..lepas tu aku tulis , please refer to the file attached for the copy of memo sent by the MD to me .....bila depa bukak file attchement yang tertulis ialah " AFUNDI NIJA"!!!!!.....hehehe.....depa punya muka dah merah merah masa jumpa aku terkejut dengan memo tu and they weren't sure whether aku joking ker atau tersalah attached file!!!!!!!....huhuhuhuhu.....sampai sekarang depa tak suka Nija!!!!!!BTW, aku miss Nija lar .....

well, tomorrow is the Konsert Prelude.....expectation high among AF die hard fans that this year's student's selection process would be able to select genuinely talented student thus creating a point of discussion of "who should stay" instead of" who should go" ( get my drift).....no doubt the lawa tak lawa factor, the orang kampong aku factor, the telenovel factor, the perangai factor, the kejutan factor will remain the determining factor of ensuring the survival of the student but through proper selection of student , the previous season total madness i.e.booing when student voted out could be avoided ....

..aku juga terfikir bahawa Konsert Prelude ini diadakan sebab sponsor bag tu kata " you cannot relate losers with this bag lar, must show this bag is also meant for winners"!!!ahask ahaks ahsk...so malam besok, 12 yang terpilih akan dapat bag untuk masuk akademi....

....rasa hati aku juga merasakan bahawa Astro akan cuba untuk mendapat eventual winner adalah kalangan pelajar perempuan or pelajar lelaki/perempuan yang berasal dari Malaysia Timur......

....aku juga tidak menolak sixth-sense aku yang merasakan bahawa Akademi Fantasia tahun ini akan melalui beberapa perkara yang diluar dugaan fikiran manusia...

...as at this point of writing , aku masih tak demam lagi....ahaks ahaks...hopefully aku remain sihat walafiat sehingga tamat season.......

however, as we prepare ourselves for an emotionally crueling 3 months of sheer magic of AF3, lest not forget the suffering of the victims of tsunami, the struggle of our muslims brothers and sisters dekat selatan Thai and most importantly our responsibility to Allah subhanahuwataala...

KATAKAN " TAK NAK SMS".....selagi Astro tak turun kan harga...

Friday, May 20, 2005

AF haram !!!!

Assalamualaikum,

...aku terbaca satu tulisan seseorang di FGR yang menyatakan reality tv show yang melibatkan pergaulan bebas telah difatwakan sebagai haram oleh ulamak ulamak di Arab Saudi....walaubagaimanapun fatwa tersebut tidak di 'detail'kan untuk dapat aku paparkan di blog ini....tak lama dulu ulamak di negara kita telah mengharamkan pertandingan sms dan juga Konsert Sure Heboh....

...kalau diteliti ketiga tiga pengharaman tersebut maka AF ada ciri ciri apa yang telah diharamkan....pergaulan bebas antara peserta dan penonton yang menghadiri konsert, menyebabkan taksub pada segelintir manusia, pembaziran wang, ketagihan dan juga mengkhayalkan...

...adakah AF akan difatwakan sebagai haram sebagaimana konsert sure heboh??!!!..biarlah mereka yang dalam bidang tersebut yang menentukan...

...aku sekadar mengingatkan diri aku supaya lebih berhati hati untuk tahun ini!!!!....

...aku tidak menafikan magic yang ada pada AF dan aku adalah peminat rancangan ini...tapi kalau difatwakan haram, maka aku kena akur dengan fatwa tersebut.....although aku personally feels this show is harmless dan tidak mengganggu sembahyang dan aqidah aku tetapi fatwa/hukuman berasaskan hukum Allah bukan untuk individu tetapi untuk kebaikan semua... furthermore aku main muzik untuk satu jangkamasa yang lama untuk aku tiba tiba menyatakan semua itu adalah satu kesilapan.....tapi , at the end of the day, hukum tetap hukum...

...maybe aku akan terus menganalisa AF dari sudut entertainment strategy dan cara astro influence voters untuk buang sesuatu pelajar atau mengekalkan sesuatu pelajar...bagaimana pendekatan physoclogy digunakan oleh astro to 'buy' the heart and soul of the voters...

..last year , aku predicted correctly siapa yang akan terkeluar hingga minggu ketujuh, aku tak percaya Linda akan terkeluar dan sesungguhnya dia dimasukkan kembali....so aku akan gunakan di same method of analyzing untuk predict siapa yang terkeluar every week....untuk konsert prelude , aku dah predicted pelajar dari negeri mana yang akan terkeluar and that could be the first indication on how astro intend to play the sentiments factor to 'buy' people's votes.....

.....yang baik itu dari Allah yang kurang baik tu dari Ilham ......

Thursday, May 19, 2005

Countdown AF3

assalamualaikum,

...apparently the top 20 students shortlisted for the final stage of selection were announced yesterday........after reviewing the list of the top 20 , I am pretty convinced that my conspiracy theory pertaining to the Konsert Prelude may not be that far off the mark.....bila aku tengok pecahan negeri asal student aku dan boleh rasa dari mana yang akan kena buang untuk saturday ini...

a) satu dari Perak
b) satu dari Johor
c) tiga dari KL
d) dua dari sabah
e) maybe that kelantanese girl or another candidate from sabah/KL/sarawak

.....remember aku punyer entry tentang " never change the winning formula" and " why fix it when it ain't broken" about students characteristic....well, I thought I saw the pin-up boy dah, the lembut, the vogue, the pretty face and the not so handsome but probably very talented dah!!!!....and and, khudsia is back and why not because her cynical remarks worth a few million sms....ahask ahaks ahaks ....

..I hate to think that my conspiracy theory could be spot-on but I don't blame astro because it is part of show business startegy.....

..this year's prizes apparently improve by leaps and bounds and that's one piece of improvement that I appreciate alot.....

...I will wait and see before commenting on M.Nasir's management style but somehow I have this funny feeling that he would struggle under immense pressure and being constantly under the spotlight....I hope Astro production will exploit this plot to make the diary more interesting...perhaps marlia showing a bit of jealousy to m.nasir rather personal interest to one of the girls would perhaps create an interesting tele-novel....

....BTW, I also could sense that the new batch of students will be quite polish in terms of vocal but probably struggling in the dancing department....personally , I would prefer a good vocal than a dancing queen/king....

..... if Astro want to repeat last two years' revenue generated from sms , please create sensational and interesting diary from the very beginning....again, please allow the students to make mistake and give them challengeng songs but songs that a more familiar to them and the viewers....

..last but not least..I believe it is going to be another interesting season and I am just hoping that my 2005 new year resolution not to sms will be achieved!!!!....

Wednesday, May 18, 2005

AF3 Countdown - Konsert Prelude...sensasi???!!!

..kalau ikut berita Malay Mail yang aku cut and paste in an earlier entry, ada satu pra -pembukaan academy concert ( maksud kau sebelum budak register masuk akademi)yang di namakan Konsert Prelude di mana supposedly 20 shorlisted candidates akan bertanding dan the final 12 akan dipilih oleh juri.....aku sangat setuju dengan format nei dan aku pun memang dah suggested dalam entry aku back in aug last year...

...aku tak der terfikir apa apa tersirat dalam format ini sehingga aku dapat tau secara exclusive( actually secara tak sengaja) ...hehehe...ada satu student yang dalam reserve list AF3 tapi nama tak senarai dalam 20 of those yang akan terlibat dalam konsert Prelude ( atau 20 yang announced as top 20 shortlisted)......aiseyman , tak akan reserve list for final 12 tapi tak der dalam the shorlisted 20 kan kan kan ??!!!!!.....this piece of information really make aku wonder what is actually astro's gimmick dalam hal ini.....lepas aku fikir fikir dan inilah conclusion aku...

1) the top 12 actually dah di "determine" by astro dan the other 8 "potential students"adalah sandiwara ( pelakon upahan sahaja) sahaja....tujuannya ialah untuk menunjukkan bahawa the 12 finalist are really the best of the lots dan melalui proses pemilihan yang stringent.......

.....aku conclude sebegitu juga kerana pelajar yang dalam reserve list itu pun diberitakan sudah sign contract dengan astro dan maestro( sekiranya eventually selected) dan telah menerima kezutan di rumah dia dan diberi tahu sekiranya ada top 12 yang reject , maka dia akan dipanggil masuk....so, mana datangnya the rest of the 8 yang pergi for this one week orientation??.....therefore, ada kemungkinan that the 8 tu sekadar wayang astro ala ala pak cik MMA masa konsert tahun lepas...

....satu lagi sebab mengapa diambil sampai 20 untuk awal ini ialah untuk menentukan cukup wakil untuk tiap tiap negeri kerana di radio kedah ada complaint mengapa tak der student AF1 dan Af2 dari kedah dan perlis...perhaps orang dari kelantan dan terengganu singing the same tune....maka dengan itu di upah student upahan dari negeri negeri ini untuk menunjukkan setiap lokasi pemilihan ada wakil wakil tersendiri....hehehehe...so boleh lar korang check nanti cukup tak komposisi bangsa, negeri, agama , cantik/ kurenng dan sebagainya ....

...satu lagi, it will be silly untuk seseorang bakal student untuk berhenti keje or belajar just to be involved knowing that it could be a week engagement only.....tak kan nak ambik cuti seminggu lepas tu ambik cuti plak 3 bulan or resign 24 hours.....so tak nampak logik format AF3 ini......kalau depa buat konsert prelude nei ( ala ala final exam) untuk 20 orang dan lepas tu baru buat kejutan pemilihan, maybe aku percaya tapi bila dah buat kejutan awal, aku kurang percaya kesahihan Konsert Prelude ini sebagai Konsert pemilihan terakhir untuk pelajar AF3....itu lar pasal Astro cakap pemilihan terakhir ini tidak melibatkan SMS!!!! ahaks ahaks ahaks.....

... controversy awal awal nei selalunya memberi impak maksima untuk yang baru sakit sendi supaya cepat demam!!!!!..... apa apa pun ini telahan aku saja berdasarkan berita yang aku dengar tentang student yang dapat jadi reserve list untuk final 12... kalau berita yang aku dapat nei tak benar maka semacam berbohong lar aku ....aku mintak maaf lar dulu awal awal because I will lokk damn stupid kalau berita yang aku dapat tu tak benar...

apa apa pun , " Kata kan Tak Nak Pada SMS" selagi Astro tak kurang kan kos sms 50% dari rate sebelum ini....

AF3 Countdown - this is for you Watie!!!!!

Akademi Fantasia 3:

Astro mum on show’s new format JOE LEE KUALA LUMPUR, May 16
Astro is still not telling the format for the third season of Akademi Fantasia, which is scheduled to begin in five days.

Even ‘reliable sources’ could not provide accurate information on the exact structure of the competition, nor even the confirmed location of the weekly concerts.To keep the element of surprise — all decisions will only be made at the last minute - with options available for a change.

The Akademi Fantasia 3 hopefuls after a briefing by Astro and Maestro Talent & Management yesterday.The Malay Mail on Saturday paid a visit to the Holiday Villa Subang Jaya, where 20 of the contestants selected checked in with members of their family and friends.The programme for the day centred around briefings by not only Astro but also from representatives of Maestro Talent & Management, the outfit which manages the Akademi Fantasia talents.As the briefing took place, hotel security was placed on guard at the entrance to the function rooms to prevent anyone from snooping and listening in.

The Malay Mail, however, managed to get a first look at the 20 Akademi Fantasia hopefuls before they are officially unveiled to the media tomorrow.The increased intake of the number of students, does not mean an immediate change to the format of the show, with the Konsert Prelude Akademi Fantasia, to be aired live over Astro's Ria channel at 8.30pm this coming Saturday ensuring the enrolment is reduced in size.Tirai Akademi Fantasia, the introduction to the new season, will go on air on May 28 and 29 over Ria at 8.30pm. The first daily broadcast of Diari AF3, which provides updates, will begin over Ria on May 30 at noon and 8.30pm, and will continue daily from Monday to Friday.

source : malaymail online

note : do care to refer to my Aug 26 ,2004 entry on AF3 kat Archive

Diary 17/5/05

Assalamualaikum,

EPL finale

...what a way to end the season!!!!..it was a marvellous end of the season battle to avoid relegation and West Brom against all odds, survived the fight to remain in the premeir league...what a fantastic achievement indeed, brilliant!!!!....

...Bolton beat Everton and Robbie Fowler missed an injury time penalty that denied them a last spot in Euro for next season...somehowe, the press was quite forgiving to Fowler and I dread to think what would happen had the missed penalty taken by a coloured player ....

....meanwhile , Man Utd going through a period of uncertainty after American millionare, malcolm glazier acquired Man UTd plc and threatened to bring changes into the club.....me personally believe that strong resentment against this takeover is probably due to the current anti-america sentiments amongst British especially after the invasion of Iraq....therefore, the takeover has been seen as American intrusion into british passion and life, football......I could see Alex Ferguson going and the introduction of ADU, american teenage sensation......I could also see some senior players being shipped out from old trafford but I am quite optimistic with Glaziers handling of the club especially he can get rid of ferguson earliest......

...this weekend will witness a titanic battle between old adversary in man utd and arsenal for the coveted FA cup title....and finally on the 25th, Liverpool playing AC Milan in the Euro cup final that promises to be a superb game....

Mentor

...aku tengok Mentor tapi rasa ada kekurangan garam dan rencah dalam persembahan minggu ini.....JFK cakap omputih semasa interviewing tu aku rasa awkward sikit...i mean it is fine for you to converse in English whilst explaning the rules of the show or the sms voting systems, but it is better to speak common languange with the judges and contestant....I was a disappointed that Hattan protege was given a low mark by the judges because i thought as the 1st contestant, she did pretty well .......well, it is too early to conclude the impact of this show but I am quite sure that CT nurhaliza;s fan club will sms in abundance to ensure Fahmi remain in the competition.....tapi yang obvious, quality contestant adalah amat baik sekali....begitu juga dengan contestant quarter -final Bintang RTM, aku tengok last friday and was very impressed with the vocal quality of the contestants and I sincerely hope that AF3 students will be better in order to ensure AF relevance to be the premier reality tv show to produce new breed of singers/entertainers....

The Contender

...aku pun dah terjebak dengan siri the Contenders tapi missed last night episode .....yang aku tau Peter manfredo Jr. through to the final......very interesting show indeed...love it!!!!


so, EPL dah tamat dan for the next 3 months , weekend akan dipenuhi dengan AF3 pulak....that's a certain magic about AF that makes young and old glued to the TV watching a group of hopefuls trying to make big in the entertainment world....I have seen Audition, Who will win, Malaysia idol , Bintang rtm new format and noe mentor, But I couldn't help comparing those shows against AF which means that AF is the benchmark.....I sincerely hope that the quality of AF3 students would be of much higher standard to ensure the 'dah demam' fenomena berterusan.....still , katakana " Tak Nak pada SMS" selagi astro tak menurunkan kadar chages sms......tanpa sms, tiadalah demam AF itu....

Tuesday, May 17, 2005

Hari Guru

Assalamualaikum,

..Hari Guru jatuh pada 16hb Mei setiap tahun dan aku memang suka hari guru sebab sekolah tak ada kelas sebab ada special concert untuk guru guru....so hari macam ini sungguh bermakna kerana aku akan memontengkan diri aku dari sekolah!!!!....

..emak aku akan selalu bawak hadiah balik pada Hari Guru dan seingat aku , aku tak pernah bagi hadiah pada cik gu pada Hari Guru....

...perempuan pertama yang aku jumpa sebelum aku kenal ex-aweks aku adalah seorang guru...hehehe....aku jumpa aweks nei masa kelas main organ....memandangkan mak aku tak kasi aku keje kilang masa tunggu SPM, aku mintak mak aku permission nak belajar music secara proper iaitu boleh baca note dan sebagainya...so seminggu sekali aku akan pergi kelas main organ naik bas sorang sorang....dalam kelas aku tu ramainya budak budak dan kebanyakan bangsa asing.....tak lama lepas tu ada satu aweks ala ala muka macam serani duduk depan aku...aku tak tau malay ker tak tapi aku pun tak angkat pot sebab aku memang masa masa nei kureng sikit dengan aweks nei....tapi aku tak dapat lari dari naluri jantan aku dan jeling jeling gak kat aweks nei...tapi sebab dia depan dan aku kat belakang, maka dia pun tak perasan gak....

....pada peringkat nei aku sebenarnya dah nak berhenti belajar sebab aku boring main lagu lagu budak budak sebab aku kena lalui dari level 1 dulu....tetapi dengan adanya classmate baru nei semangat aku berkobar semula....tapi aweks nei akan balik awal sedangkan aku akan stay back sebab aku tak der organ yang ada paddle bass kat belah kaki kat rumah, so aku kena practise lebih sikit lepas kelas..

..maka nak dijadikan cerita , satu hari tu, lepas aku dah habis practise aku pun pergi bus stop nak balik...sedang aku tunggu bas, aweks yang cun tu pun datang dari seberang jalan ke bus stop jugak...aku pun buat tak perasan ajer lar , tapi aweks nei terus pergi kat aku...

" nak balik ker ?" aweks tu tegur aku....ermmm aku terfikir , kalau macam nei punyer lurus cakap, sah sah malay lar nei...

" tunggu bas nak balik" aku jawab balik

" you dah lama belajar ker ?" aweks tu tanya dengan aku dengan confidential yer

" dah masuk 3 bulan " aku jawab macam menjawab soalan polis...

" I dah lama nak tegur you, tapi I segan " dia terus berkata kata.." you belajar lagi ker, kalau you belajar tak kan you ambik kelas pagi...so you tunggu result ker?"

" result dah keluar dah , aku cakap" aku jawab

" so macam mana " dia tanya

" boleh lar " aku jawab

" so, you tengah tunggu offer lar nei" dia tanya lagi

" dah apply dah, tunggu ajer lar sekarang " aku jawab

lepas tu aku tanya " result you macam mana ?" memandangkan cara dia dan pemakaian dia aku anggap dia nei baya aku jugak..

" result I teruk " dia jawab

" bohong lar tu, 1st grade kan ?" aku terus tanya..

dia gelak , pas tu gelak lagi .....aku pun hairan gak....

" macam nei lar, I nei cikgu dan umur I dah 22 dah"....tiba tiba dia cakap kat aku..

aku tergamam " tak percaya lah"..aku cakap nak cover malu kot..

" betul...I memang problem sebab I nampak muda macam nei, problem kat sekolah sebab budak budak rasa macam kawan kawan"..dia jawab..." I study kat UPM lepas tu buat Dip Ed " sambung dia lagi...."so sekarang I dah menggajar dekat 6 bulan dah"...

....borak punya borak sampai banyak bas lalu pun aku tak naik until dia kena excuse kan diri dia sebab dia menggajar petang... hehehe..kantao wa beb!! wa cakap lu.......

..satu lagi peristiwa berkaitan dengan guru yang sungguh memalukan aku ialah berkaitan dengan seorang tutor ( for all intent and purposes, depa nei guru juga).....selepas freshie tamat minggu suai kenal, maka senior senior mulalah proses 'ragging' dan aku juga masuk lar jugak aktiviti2 nei tapi tak der lar brutal....so, ada satu mamat nei muka baru dan nampak relax ajer lalu depan senior , so aku tegur dan start lar buat soalan soalan bodoh dan menyakit hati, mamat nei cool se cool cool yer....

....the next opening class statstics ker apa tah, tiba tiba mamat nei muncul di hadapan kelas dan roper roper yer Tutor baru Beb!!!....ahaks ahask ahaks....aku punyer muka dah macam tak tau nak cakap macam apa dah, ala ala muka so Rob masa nampak pasangan Berkahwin dapat masuk airplane lepas pilot tu agree to let them in dalam the Amazing race finale).....aku tunduk ajer dalam kelas tu, lepas habis kelas aku dan kawan 2 kawan pakat jumpa dia dan mintak maaf, dia pun cool lagi dan kata tak der hal dan alhamdullilah aku pass subject dia...hehehe..he's probably atleast an associate professors dah sekarang nei......

Regardless, Selamat Hari Guru kepada semua insan istimewa yang bergelar Cikgu......

Saturday, May 14, 2005

Kasih Sayang Yang Tak Berpenghujung

ini ada satu kisah yang aku cut and paste untuk santapan pengunjung blog ini...sebuah kisah yang sungguh menghayat hati dan bermakna dan aku yakin bukan cerpen tetapi kisah benar....source cerita dari Laman Tranung kite on-line .....


lancerwrx40 menulis - "Cube hayatinye........

Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.

Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua. Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding. Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.

"Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!"

Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut:

"Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.

Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.

Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata,"Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!"

Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.

Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang...!" aku terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu. "Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.

Panggggg....sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni?Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan...biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat.....

"Kak...untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa: "Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak."

Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak....Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.

Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi...aku menangis seperti selalu.

Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya...."katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria

Friday, May 13, 2005

Kes Ahmad Hafizal...

Assalamualaikum,

....salah satu doa yang diajar Rasullulah salaulahhialaihiwasaalam ialah supaya kita dijauhi hutang dan kemiskinan....ini adalah kerana hutang dan kemiskinan akan membawa kepada kezaliman dan penghinaan.......

inilah yang berlaku kepada adik Ahmad hafizal dari perlis yang dikenakan penjara 14 hari kerana gagal melaporkan diri ke kem National Service , beliau merupakan rakyat pertama di malaysia dipenjarakan kerna tak melaporkan diri ke National Service.....aku setuju dengan hukuman ini sebab aku yakin dengan konsep National Service ini tapi aku agak sedih dengan perlaksanaan hukuman ke atas Hafizal ini....

...aku tak tau apa yang berlaku dalam mahkamah iaitu samada hafizal diberi bantuan dari biro guaman dalam kes beliau ini tetapi circumstances beliau tidak melaporkan diri ke kem National Service ini amat memilukan.....beliau terpaksa menolong ibu ke sawah untuk menyara kehidupan mereka yang miskin dan atas sebab tersebut beliau terpaksa tidak menyertai National Service dan juga larangan ibunya sendiri....kesalahan tetap kesalahan dan dalam hal ini hafizal telah menerima hukuman penjara itu kerana tidak dapat membayar denda RM600...

...tetapi apa yang aku nak kupaskan ialah mengapa anak orang kaya tidak dihukum sebegini??...dalam kes pukul di asrama, ramai anak orang berada dilaporkan terlibat tetapi banyak kes ditutup rapi....dalam kes JAWi dan moral policing, anak anak orang berada dilindung sehebat hebatnya, dalam kes gaduh di disko dan nite clubs, anak orang kaya yang terlibat dilindung , dan dalam kes national Service, aku yakin anak orang kaya di beri exemption atas dasar status mereka dalam masyarakat....inilah capitalism, yang kaya bertambah kaya dan berkuasa, yang miskin akan terus papa dan dihina dan inilah yang harus dibenteras....

..aku tidak nak mempertahankan Hafizal kerana kesalahan itu adalah tetap kesalahan tetapi yang aku kesalkan ialah ada semacam selective prosecution..ini adalah salah....tapi inilah dinamakan undang undang buatan manusia , ianya open to abuse dan tidak sebagaimana undang undang Allah subhanahuwataala...undang undang manusia boleh dijual beli dan boleh dipinda pinda untuk kepentingan manusia...

..aku juga tertarik dengan pendapat di forum internet yang menyatakan kes Hafizal ini digembar gemburkan untuk mengalihkan pandangan rakyat dari kemelut kenaikan harga petrol dan diesel dan juga kemungkinan inflasi dalam ekonomi...pendapat ini adalah amat baik sekali dan really not far from the truth.....satu lagi yang aku perasaan, jika sesuatu undang undang hendak dipraktikkan, selalunya orang malay yang manjadi contoh yer...errrmmm..mungkin aku emotional dalam hal ini dan salah dalam generalise isu ini....tapi kalau lar ada Along yang berbangsa Malay, aku rasa Along Malay nei lah dulu yang akan kena masuk jail bila isu Along menjadi sensasi tak lama dulu, itu lah maksud aku....

....menggenakan tindakan keatas yang miskin dan lemah adalah senjata pengzalim yang paling tajam semenjak dari zaman purba lagi....survival of the fittest adalah asas law of the jungle....sehingga kini yang fittest ( kaya dan berkuasa) adalah yang untouchable....di sinilah hukum Allah menekankan supaya umatnya berbayar zakat supaya the fittest tidak lupa pada those not so fit....kita diwajibkan berpuasa supaya merasa kesengsaraan mereka yang susah mendapat makan dan itulah Hukum Allah yang tepat tanpa menggira zaman...

..apakah yang harus dilakukan supaya tidak berlaku lagi kes kes Ahmad Hafizal...

1)mahkamah menjatuhkan suspended sentencing iaitu jatuh hukuman hanya selepas si pesalah gagal menyertai di next available National Service program selepas hukuman mahkamah.
2) Pihak Natrional Service Center mengenalpasti sebab sebab school dropout yang tidak mahu masuk national service ..adakah sebab kewangan, masalah keluarga, mereka malu kerana mungkin tidak pandai membaca dan menulis dan sebagainya....
3) Hukuman boleh berbentuk community service, pesalah boleh dijatuhkan hukuman 100 hari bekerja di rumah rumah orang tua, rumah rumah orang cacat dan sebagainya...
4)Mengenalpasti ramai remaja dikalangan ummur 17/18 yang ingin menyertai national Service tetapi tidak dipanggil...ini berlaku pada ramai mereka yang pangkat nak buah aku sendiri...
5) memulakan program perkhemahan dari peringkat sekolah rendah bagi semua murid untuk persediaan mereka menyertai national Service supaya mereka tidak mempunyai negative thots about this program

..apa apa National Service pada pendapat aku harus diteruskan dan diperbaiki aktiviti aktivit yang terlibat dan hukuman pada mereka yang gagal adalah patut diteruskan tetapi dengan tujuan penggajaran dan bukan sebagai penderaan...

Thursday, May 12, 2005

Amazingly Amazing!!!!

Assalamualaikum,

..that's how I would describe the grand finale of Amazing Race shown on tv last night..really amazingly amazing....

...I have to confess i have not seen any of the earlier episode to establish the favourite among the three couples but being an underdogs lover, I decided to support the coloured couple .....still, I only realized that there was grand finale on tv at 8.30pm and by then all teams were already competing to build the raft....and when the coloured couple's van tyre punctuate, I was kind of conceded that it was all over for them...luckily, there was no elimination and the coloured couple remain in the final minus all their belonging and monies....it appeared a two horse race now between the other two couples.... however realized that there's another 1 hour of the show to go and thought there could be more twist and turn in this grand finale....

..as the early morning task began with the coloured couple ( I just can't remember their names) were struggling to find donors for them to get a taxi....it was so damn sad to see them begging for money but the husband was really a special man, he was able to calm the wife and pursuaded some kind hearted people to give them some monies and later managed to convince a nice van driver to feery them to the " union shack" some 40 or 50km away from the airport....by then, the other two couple were already finishing their tasks to peel and cut 50 onions to small pieces.....I could only recall on couple to be engaged ( so I will refer them to " bertunang team ") the other couple having some kind of on and off relationship ( so I will refer as " bercerai team ").......both couple were off to the next point of task at one grand old club house and both couple decided to tee-off at the driving range to hit the 140 yards downhill hole....I thought it was a pretty easy task as long as one has a basic golfing knowledge ....one just needs to take a pitching wedge or a 9 iron to hit the target....however, it was apparent that both couples have no knowledge whatsoever in golf and that really hurt them both....

..meanwhile , probably some 3 hours behind was the coloured couple ( let me refer them as the " berkahwin team") getting started with their onion cutting task...it was really painful to see them struggling to complete such a simple task....

...the Bertunang team completed the golfing task sligtly earlier and when straight to the airport for Puerto Rico....They managed to catch the earliest flight and followed by the Bercerai team.... a small miracle happened to the Berkahwin team as their completed their onion task and the kind hearted van driver was willing to take them to the Golf Course....the husband did so well to hit the target on the 2nd or 3rd attempt and off the the airport.......meanwhile, Bertunang team was already in the state of Puerto Rico with an hour or more ahead of the Bercerai and seeminly cruising towards victory but the Bertunang team was jolted by the fact that the next destination was closed for the day and will be reopen at 7.30am the next day...later the Bercerai team arrived at the middle of the night feeling relief with the outcome....the best part was when the Berkahwin arrived in early morning , they were delighted to know that they were now back in the game ( wow!!! this is no small miracle for them , earlier we were shown how they managed to collect donation at the airport terminal enroute to Puerto Rico).....this is getting interesting...the clock on wall showing another 25 minutes ( minus iklan) to go in the race and I was quite sure plenty left to offer to all three teams...

...next morning, the task at the abondoned mines and all three of them back to square one in terms of their chances to win the coveted USD 1 million.....The Berkahwin and the Bercerai urge ahead since the Bertunang made a silly mistake and wasted precious little time but somehow recovered on the road to the airport....this was the crucial moment that eventually determine the outcome of the game....the Bercerai made a costly left turn that eventually moved them out of the running...the Bertunang made a fantastic startegy and we able to board a flight at the very last minute whilst the Bercerai were initially contented with having a flight ticket to the next destination , Miami.....at firts the Berkahwin did not realise that the Berkahwin managed to get into the delayed 9.50am flight.....again another miracle happened, as the door of the airplane began to shut with the Bertunang team in jovial mood thinking they have outsmart the Berkahwin and indeed if they have done that, victory will be surely theirs...to their horror and sorrow,the Berkahwin came into the plane and I could sense that this is already meant to be for the Berkahwin...meanwhile the Bercerai moved out of contention being some 3 hours behind....

.....now towards the final destination, the Bertunang urge ahead with the the Berkahwin seemed rather slow......next the 3rd miracle...the final task was to look for King Havana Cigar House however the shop is written in spanish...the bertunang were already around the area but the Berkahwin were lucky when the cab driver could speak spanish and able to understand the riddle in the task....

...Berkahwin urge ahead and able to find the cigar shop without big fuss unlike the bertunang.....suddenly the berkahwin realized that they have not enough money to pay for the cab fares....the cab driver was quite upset but the finishing line was only a minute away...but being a good man he is, the husband was not willing to let the cab driver dry and started to look for good samaritans to hand them some cash....I was yelling to them to just forget and run to finishing line....

...but the husband was really a man with principle, he managed to get the required cash and started running to the finishing line , the rest was history....

...lesson to be learned.....it if it meant for you, it is yours regardless.....2nd, Murphy's Laws and most importantly, last night twist and turn reinforced my belief in the oneness of Allah subbhanahuwataala...

Wednesday, May 11, 2005

Cover Album Sulung Farah

Image hosted by Photobucket.com

source : Farah Yahoo Group

....nei lah cover album Farah yang nak keluar pertengahan atau hujung bulan ini...walaubagaimanapun, kesahihan gambar ini adalah cover album Farah tu tak dapat aku ascertain tetapi memandangkan ianya telah di war war di Farah fan club , so aku assume ianya adalah sahih...

....aduh!! cun yer aweks angkat aku kat cover nei and I am really hoping and praying that the selection of songs will be as pretty as the album cover....

..after unexpectedly winning the Anugerah AIM, Artis Harapan Award, expectation among local fan will be higher and I just hope that this album will not be a major disappointment....furthermore, with AF3 just around the corner, the quality of her album will be crucial to determine her longterm survival in the local entertainment industry.....I can't help comparing the timing of the lauching of this Farah's album with Azizi's ....Azizi's album was launched after AF2 season began and it did not capture the fan interest and therefore I am hoping that Farah's album will be launched before the Tirai Akademi fantasia 3 being shown on TV....In fact it is crucial that this album to be launched well before the Af3 demam creeps through the masses...

..apa apa pun, I must say that I am probably the happiest person on earth with the birth of farah's first album after what had happened to Nija previously....I hope and pray that Farah's album will be accepted by the local fan thus cementing her presence as the up and coming new artiste.....

...well done Farah, though it is too early to comment on the quality of the album, judging by the album's cover, I am optimistic it will be a marvellous album....

Breep Breep!! Aktifkan Farahmania....

Tuesday, May 10, 2005

Hari Ibu

Assalamualaikum,

...Hari Ibu Se Dunia jatuh pada 8 hb May lepas......hari Ibu untuk mengiktiraf kepentingan ibu dalam kehidupan dunia dan dari sudut agama , Ibu adalah pusat ketamadunan kemanusian dan darjat seorang ibu dalam Islam adalah teramat tinggi sehingga di berikan perumpamaan bahawa Syurga itu di bawah telapak kaki Ibu.....

..tetapi kisah ibu yang aku nak sampaikan ini adalah sebuah kisah yang aku baca dalam satu buku berkenaan dengan leadership dulu dan aku masih ingat sampai hari ini dan aku translate kan untuk bacaan semua bagi memahami tingginya budi dan hati seorang yang bernama Ibu...

GUNUNG AIRMATA IBU

...pada satu masa yang lampau di negara Jepun adalah sebuah gunung yang dinamakan Gunung Airmata Ibu.....ianya dinamakan sedemikian kerana ancient folklore menyatakan gunung ini adalah tempat ibu ibu tua yang sudah tidak memanafaatkan anak anak mereka akan dihantar ke gunung ini untuk menamatkan sisa sisa umur dan kehidupan si ibu tadi....

...maka padi satu pagi yang indah di masa yang lampau , si anak lelaki yang sihat dan kuat ini mendukung si ibu yang dah tua menaiki gunung yang tinggi dengan satu tujuan tidak lain tidak bukan untuk menghantar si ibu yang dah tua ini untuk menamatkan riwayat hidupnya di sana...si ibu tahu tujuan si anak tadi dan tidak membantah atau bertanya mengapa dan kenapa kepada si anak tadi si ibu patuh dengan niat si anak dan patuh dengan resam setempat.....

....maka didukunglah si anak lelaki tadi si ibu yang sudah tidak upaya itu ke puncak Gunung Airmata Ibu, dalam perjalanan yang merentah lerang dan lurah, si ibu tadi mematah matahkan ranting ranting kayu dan pohon pohon yang berjuntai menghalang perjalanan si anak tadi......setelah lama dalam perjalanan dan hampir kepuncak yang dituju si anak terperasaan perlakuan si ibu tadi lalu bertanya

" ibu, mengapa aku perhatikan ibu asyik memotong ranting dan daun daun yang menjalar nei ibu ?"...tanya si anak

si ibu menjawab " oh anak ku, jalan di sini berliku liku dan aku potong ranting dan daun daun menjalar sebagai petanda jalan supaya kau tak sesat bila kau turun dari puncak gunung nei nanti , mak takut kau tak jumpa jalan pulang , oh anak ku"......

.....tuan tuan dan puan puan...begitulah cinta seorang ibu kepada anak....dalam si ibu tadi tahu maksud anaknya menghantar beliau ke puncak Gunung Airmata Ibu, namun si ibu tidak tersisih dari naluri seorang ibu yang mahukan kebaikan dan kesenangan untuk si anak tadi....tiada si ibu merengek, merintih dan membantah akan niat si anak tadi malah si ibu menentukan kesenangan si anak bila turun meninggalkan si ibu untuk mati keseorangan di Gunung Airmata...

...di Hari IBu ini, aku tak bermaksud nak komen akan sifat kebinatangan si anak tadi tetapi lebih mengingati betapa suci dan murni hati seorang IBU di puncak Gunung Airmata Ibu ini.....walau disisih dan dipersiakan di penghujung hidupnya oleh anak yang disayanginya, namun si Ibu masih tetap si ibu, memikirkan nasib anak dari memikirkan nasib diri sendiri...

.....aku hendak kelian yang membaca kisah ini bayangkan betapa bersih dan suci hati si ibu dan kita sebagai anak terlalu taking for granted kasih seorang ibu sehingga kita lupa mengucapkan terima kasih atau melafazkan kata cinta kita pada si ibu.....hanya bila si ibu sudah tiada barulah kita meronta menangis kehilangan kasih sayang si ibu yang kita cintai.....

...jangan kita jadi si anak tadi yang lupa dari mana asal dirinya di dunia ini, jangan kita jadi si anak tadi yang lupa susah si ibu mengandung dirinya 9 bulan 10 hari dan si anak lupa bahwa syurga itu di bawah telapak kaki ibu......aku harap kelian jangan lupa jasa ibu, jangan lupa wajah ibu yang girang masa menghantar kita mula mula masuk sekolah dulu, jangan lupa wajah ibu yang sedih bila tau kita bersedih sebab sesuatu, jangan lupa wajah ibu yang menangis kerana perangai kita dulu, jangan lupa wajah tua si ibu yang menunggu kedatangan kita walaupun untuk sekadar waktu.....

..pada kelian yang jauh diperantauan, jangan di buat ibu merindui mu, pada yang dekat, jangan ingat ibu tak appreciate ada kita setiap waktu, dan pada yang sudah tiada ibu lagi, jangan lepaskan doa kamu kepada mereka yang sudah tiada kerena Syurga itu di bawah telapak kaki ibu...

...Ya Allah, kami memohon Kau ampunkan dosa ibu kami, jadilah ibu kami golongan umat Mu yang dimasukkan ke dalam syurgaMu....Ya Allah, sekiranya ibu kami sakit, Kau pulihkan lah sakit mereka, sekiranya ibu kami tenat, Kau mudahkan pemergian mereka, sekiranya Ibu kami resah, kau tenangkan hati mereka...Ya Allah , tunjukkanlah jalan yang lurus kepada ibu kami sebagaimana kau menunjukkan jalan yang lurus kepada ibu ibu orang yang terlebih dulu daripada kami....

Mak, walaupun saya tak menyatakan secara lahiriah, tapi tiada siapa yang saya cinta dan hormat di dunia melainkan emak....amin

Diary Diri 09/05/05

Assalamualaikum,

EPL

..mixed feeling of sorrow and happiness...sad because it is now confirmed that Everton captured the 4th placing and next season European Champions League place thus denying my this season's beloved team, Bolton......happy because it has been confirmed that Bolton qualified for next season UEFA cup place....this is the 1st time in Bolton's history that they will be playing european football..no small achievement for such a small club....congratulations to Bolton

..Chelsea finally confirmed as the EPL chanpion for the 1st time in 55 years...the game against Charlton was an emotional event and the fact that Makelele scored in the injury time made the occasion a beautiful moment....

...Frank Lampard was named Footballer of the Year as I oredicted back in August 2004, I have also predicted correctly on the winner for the EPL Championship ( Chelsea ) , FA CUP ( both teams that i predicted are in the final, Man U and Arsenal ), missed on the League cup ( one of the teams that I predicted, Liverpool, lost in the final and finally I also wrongly predicted the winner of the champions league since both Real Madrid and Chelsea lost at the quarter-final and semi-final stage......still I got it right more than 50% of my prediction....

..so let me start early on my prediction for next season....

1) EPL Champion - Chelsea ( 2nd choice Man Utd)
2) European Champions League - Chelsea ( 2nd choice- Barcelona)
3) FA Cup - Chelsea ( 2nd choice - Tottenham Hotspur)
4) UEFA - Bolton
5) League Cup - Liverpool ( 2nd choice - Middlesbrough)
6) Footballer of the Year - Wayne Rooney
7) Player's Player of the Year - Claude Makelele

Water level dekat Dam

.....apparently water level dekat banyak dam dah sampai tahap yang kritikal....errmmmm...aku rasa kawasan kat rumah aku asyik hujan ajer, tapi dam level turun.....nei kes nak naikkan tariff air lar nei...create dulu problem , lepas tu naik kan harga air!!!!!....siuutt betul...

selain daripada tu tak ada apa yang menarik, pasal Mother's Day aku buat separate entry...