Sunday, July 31, 2005

Konsert 9 AF3 - Tension !!

Konsert ke 9 AF3 – Semi-final concert..tension tension!!!!!

Pengenalan Pelajar yang agak menggendurkan tekanan …well done..best!!!!

Pengkritik 1 : Vince ( too young beb!!!!!)
Pengkritik 2 : Suraya Al-Attas ( this is interesting)
Pengkritik Tetap :Khudsia Kahar

Tribute to M.Nasir !!! I thought so…hehehe

..well done indeed..i thought mawi was outstanding !!! brilliant performance dan latihan vocal untuk pelajar lelaki sebelum persembahan individu….love it!!!…


PESERTA 1 – YAZER – This Love

Komen Ilham : Bravo !!!! what a showmanship…better than lagu Rock Steady… I thought his pitching improved…sebutan yang clear dan bertenaga..yang penting ialah Yazer gave everything into the song…lagu inidinyayikan tiada langsung macam original song…well done

Overall Performance : B
Carta Selamat : I really dunno…mungkin selamat pasal peserta pertama


PESERTA 2 – MARSHA – Ku Pendam sebuah Duka

Komen Ilham : Pity her…she just blew it….maybe the pressure was too much….lupa lyric, timing out, melody lari, 1st chorus tak masuk….recovered sikit at the end…it was sad to see her struggling…

Overall Performance : C -
Carta Selamat : I dunno –especially after yazer’s tremendous performance tapi mungkin selamat kot!!!!

PESERTA 3 – FELIX – ANAK ( versi Malay)

Komen Ilham : Yoo!!! Kak ri punyer dream jadi kenyataan!!!! TQ TQ kamu , kamu dan kamu…microphone jauh sangat dari mulut dan guitar a bit loud pada fisrt verse…otherwise a competent performance but feel tak cukup….mungkin lagu juga not helping…..tapi satu persembahan yang akan dikenang lama kerana unplugged version….aku rasa bila felix nyanyi dalam tagalog lagi sedap……well done felix dan all boys band…..

Overall Performance : B-
Carta Selamat : Selamat

PESERTA 4 – KEFLI – Tak Tahu

Komen Ilham : again sign of nerves!!! Sedih tengok kefli struggle…lupa lirik tak ngapa, tapi pitching lari sangat dan bila lagu jenis hip hop nei pitching lari senang sangat nak dikesan …tapi aku betul felt for kefli tonight…..actually mawi yang stole the limelight from kefli!!!! ….regardless, aku suka the overall performance featuring yazer dan mawi rapping….

Overall Performance : C-
Carta Selamat : Tak selamat kot!!

PESERTA 5 – AMYLEA - Gemilang

Komen Ilham : again a disappointing performance for tonite’s performance…aku kena compare dia dengan Jac of MI dan aku rasa she was a pale shadow for this song…..not that Jac was better singer tapi for this song I have to say that Jac was a mile better…kurang high pada high tone, suara crack, tak consistent…..

Overall Performance : B-
Carta Selamat : I dunno..tapi since kefli and marsha falter , amylea through kot!!!

PESERTA 6 – MAWI – Pergi Tak Kembali

Komen Ilham : Competent performance….a bit mendatar bila part start tapi bila masuk chorus memang power giler….ada sesuatu yang kurang mungkin sebab back-up voice tak cukup colour untuk challenge suara mawi to the next level…probably the best performance bersama dengan Yazer….yang nyata suara mawi ini memang outstanding…

Overall Performance : B
Carta Selamat :Yeap, selamat giler

..ada segment meraih afundi dari para pelajar….okke lah but a bit too late.

Lagu Bonus ; “ tribute to Adnan Abu Hassan”..told you so….one-on-one and I thought Amylea sang better than Marsha….than was until Farah naik pentas !!!!!! huhuhu..Farah Farah Breep Breep!!!!!


Memorable Moment : Aznil memang outstanding malam nei, Mawi rapping best giler, the boys main gitar, pengenalan diri yang menarik, persembahan bonus yang baik, Ekin tak pakai tindik kan hidung….Actually concert nei concert mawi….memang dari mula hingga akhir semuanya berkaitan dengan mawi…

Overall Concert Performance : B-

Penyingkiran : Yazer and Kefli

Lepas tu ada pertandingan menjerit !!!! hehehe…AFVOKAL ??!!!



wassalam

Saturday, July 30, 2005

Semi-final concert.. enjoy!!!....

Assalamualaikum,

...AF3 dah nak sampai ke penghujungnya dan personally aku dah rasa exhausted and the fact that aku tak tengok banyak dairy this week menunjukkan darjah memfokus kepada AF3 dah mencapai tahap maksima dan sekarang ini mula menuju kearah anti-climax...

...2 benda yang aku agak ghairah ialah menunggu AFMASUK sebab nak tengok aweks angkat aku dan keduanya yang tengok Mawi menang AF3 nei...kalau ada AFMASUK Konsert lagi best...

...walaupun banyak diperkatakan pasal 'deserve' atau 'tak deserve' yer Mawi untuk menjadi juara AF3, namun hakikatnya ialah AF3 ini sinonim dengan Mawi ...bila kita membincangkan AF3 selepas ini, Mawi adalah 'centre of discussion'....

..kita akan argue that idayu or Amylea the better singer or Reza the better dancer or Felix the better character tetapi Mawi yang mewarnakan AF3 dengan segala bentuk cerita, kontroversi dan telatah yang menarik....apalah AF3 nei tanpa Mawi sebagaimana aku merasakan apalah diary tanpa Ekin...huhuhuhu...

...Kelebihan Mawi adalah kepada kekurangannya....anak orang miskin, budak kampong, nyanyi lagu nasyid, cakap dan aksi kasar, nyanyi tak ikut teknik dan tak pandai menari....tetapi kekurangan inilah yang membuatkan kawan dan lawan bercakap pasal Mawi sehinggakan Perhimpunan Umno, rancangan Tanya Linda, DJ, majalah , suratkhabar, wartwan dan professor bercerita pasal Mawi....inilah namanya fenomena dan Mawi adalah isunya..

..Maka concert ke 9 ini yang mana sejarah pertama concert mingguan AF akan mendengarkan lagu nasyid atau world music ini akan bakal menobat Mawi sebagai Penghibur baru di tanahair kita....harap harap ada kexutan menarik untuk mawi esok hari....

....semi-final night selalunya agak tension dan dengan pengumuman ada penyingkiran berganda memberi tekanan yang lebih kepada peminat AF especially FC FC pelajar yang masih survive...

..nasihat aku kepada pengundi dan FC FC pelajar pelajar yang beraksi esok, undilah awal awal dan jangan tunggu concert bermula baru undi sebab kalau ada AFMASUK, undi yang melimpah selepas undian ditutup tidak akan dikira (walaupun duit tak dipulangkan)...ini berlaku semasa aku menggundi beratus ratus afundi untuk Farah masa semi-final tahun lepas....lebih kurang 100 undi dihantar semula sebagai 'invalid'....

....bagi penggundi AFMASUk pulak ( kalau ada ), yang penting ialah create early momentum kerna mana pelajar yang mendahului bila di awal pagi ahad yang akan mendapat sambutan orangramai yang tidak terlibat dengan FC FC pelajar tersebut untuk menolak laju momentum tersebut.........untuk Ekin FC dan penyokong Ekin, jangan harap bola akan bergoleh sendiri jika tidak ditendang atau ditolak, maka momentum itu adalah sangat penting sekali...Let's Get Loud babeh!!...

....personally, aku mengharapakan concert ke 9 ini sebaik atau lebih baik dari konsert ke 8 dengan kexutan kexutan yang kreatif lagi especially VT yang ditunjukkan....bagi aku, inilah final yang sebenarnya kerana Final minggu depan lebih kepada kemeriahan pada kemuncak AF3 lebih dari pentingnya persembahan Finalist....Vince hancus masa final dan begitu juga Zahid tidak terserlah masa final , maka semi-final actually penentu Juara AF3 ini.....

....okke lah, sebagaimana biasa, review konsert on-the-spot dari aku akan diterbitkan 5 minit selepas penyingkiran unless ada AFMASUK....

Friday, July 29, 2005

4 orang Finalist dan AFMASUK ??!!!

Assalamualaikum,

..mungkin ramai yang masih lagi memikirkan diary malam tadi dengan pengumuman Pak Pengetua yang tentunya tergamam macam pelajar yang enam orang yang masih survive....apa rasional penyingkiran berganda ini, apakah strategi untuk AFMASUK dan siapakah dua orang yang favourite untuk tersingkir....

...mula mula aku nak share betapa bangganya aku melihat ADAM AF2 datang ke akademi dengan penuh keyakinan dan pembawakan diri yang sungguh menarik dan ada aura 'star' gitu...sungguh menakjubkan melihatka perkembangan diri Adam yang pernah dulu di labelkan sebagai "Raja Lupa Lirik"....tapi apa yang aku lihat malam tadi ialah seorang 'star' yang tinggi keyakinan diri walaupun masih mengekalkan sifat merendah diri beliau....tahniah Adam!!! ish ish...macam mana aku boleh puji rival aku sendiri!!!!!ahaks ahaks ahaks....

..apa yang aku appreciate dengan pengumuman Pak Pengetua ialah sikap pihak production menghormati pelajar dan penonton iaitu mengumumkan dahulu penyingkiran berganda ini supaya semua pihak boleh bersedia dari segi mental, strategi dan emotion....since i was very critical about the 1st double elimination in the 5th concert, so i need to compliment kamu, kamu dan kamu kerana berlaku tulus this time around...

..impact awal dari pengumuman tersebut ialah FC FC akan mula menambahkan afundi kepada pelajar mereka ( astro untung ), adanya AFMASUK ( astro untung ), students jadi lebih gigih dalam persediaan ( penonton untung) dan eventually ada 5 finalist ( semua finalist untung sebab hadiah sampai nombor 5 sahaja )

....keadaan mula menjadi getir semula selepas 6 students nampak relax saja selepas mereka dan kita yang menonton sudah exhausted kerana berada dalam state of tense or feeling of triumph and defeat untuk 11 minggu termasuk minggu konsert prelude.......frankly, aku dah siapkan article hari ini even before Pak Pengetua umumkan malam tadi, so aku letakkan article tiu untuk kelian nampak kemana arah tuju aku dalam penyingkiran dan Afmasuk ini sebelum pengumuman Pak Pengetua....

okke ini dia article original untuk hari ini....

Siapakah Yang Tersingkir Minggu ke 9 dan AFMASUK…

…sebenarnya mana mana pelajar berhak sudah untuk masuk ke final kerna semua pelajar mempunyai sokongan yang kuat dari penyokong mereka…kalau ikut grouping kedudukan sekarang ialah seperti berikut.

1) Mawi and Felix – sure finalist
2) Marsha dan Ekin – Marsha menang = finalist
3) Amylea dan Akma – Amylea menang = finalist
4) Yazer dan Kefli – salah satu akan tersingkir

Based on the above grouping, minggu ini adalah straight fight between Kefli dan Yazer…Yazer ada advantage iaitu ketua pelajar di semi-final memang masuk final dan Kefli ada advantage kerana pelajar yang dipandang paling ‘weak’ masa semi-final selalunya masuk final seperti Liza AF1 dan Adam AF2…

..apakah mungkin ada kexutan tahun ini….pada AF1 , Sahri terkeluar walaupun dianggap a sure finalist dan di AF2 , Mas terkeluar walaupun mendapat sokongan padu penyokong beliau….adakah pelajar di tangga ke 3 sebelum konsert akan kecundang lagi atau mungkinkah pelajar tercorot sebelum konsert akan buat pertama kali tersingkir diakhir konsert…..

..adakah mungkin Mawi FC dan Felix FC menggunakan strategi bunuh kawan dan naikkan lawan untuk persediaan awal ke minggu final ??….kalau strategi ini digunakan maka akan dilihat kexutan dalam penyingkiran ini….

..tetapi aku akan ketepikan sejarah dan norms ‘Saturday voters’ dan aku akan predict ;

KEFLI

….aku suka kefli tapi kalau aku buat pilihan , I will go foe Kefli….still, kalau dia masuk final, I don’t mind dan memang itu rezeki dia…

AFMASUK

….aku mengharapkan AFMASUK akan diaktifkan walaupun aku prefer Konsert AFMASUK diadakan sebelum undian dibuka….

..sejarah memasukkan semula pelajar tersingkir ini bukan benda baru dalam sejarah AF bila ianya berlaku di minggu pertama AF1 bilamana Liza telah diserapkan setelah diumukan tersingkir minggu itu…

..di AF2, kita menjadi saksi bila Linda diserap semula melalui AFMASUK dan seterusnya mendapat naib johan…

..tradisi menyerapa semula pelajar yang tersingkir diteruskan dalam AF3 bila Mawi dan Marsha diserapakan selepas gagal dalam Konser Prelude….dalam kes Marsha ianya lebih extreme lagi kerana beliau not even listed as candidate pada konsert prelude bila Aznil mengumumkan pemilihan berdasarkan 19 pelajar setelah Marsha disqualified herself for failing to perform masa konsert prelude…

..maka , AFMASUK yang mungkin berlaku pada minggu ke 9 ini bukanlah perkara baru dan tiada masalah adil atau tak adil lagi….persoalannya siapakah yang akan menjadi contender untuk ke final melalui AFMASUK…

pertama, aku merasakan AFMASUK tidak akan melibatkan 6 pelajar yang tersingkir masa konsert prelude iaitu Diana, Shiha, Haider, Azlif, Isa dan Rina…oleh itu, pelajar yang qualify to be voted ialah 9 pelajar termasuk yang tersingkir pada minggu ke 9 ….

Dari segi strategic planning, adalah tidak logic untuk penyokong pelajar yang ke final untuk menggundi Idayu ke final kerana beliau bisa membuat kejutan di final dan mengambil undi dari semenanjung dari amylea dan mawi ( assuming amylea dan mawi sahaja yang masuk final dari semenanjung)….

..similarly ( sekiranya Yazer, Marsha dan Felix ke final) , penyokong mereka mungkin tidak akan menggundi Ekin kerana akan memecahkan undi Sabah kepada 4 dan memudahkan Mawi dan Amylea untuk mendapat tempat di pertandingan akhir….

..perhitungan ini akan terus diambilkira dan sekiranya kita mengambil concept penyingkiran dalam survivor, mereka akan menyingkir contestant yang paling terserlah kekuatan dan sokongannya dan dalam hal ini pelajar yang tersingkir di minggu ke 8 dan 9 adalah pelajar yang mempunyai sokongan yang kuat yang harus diketepikan…

..tetapi sekiranya ada konsert prelude dan diadakan konsep 70% afundi dan 30% juri, keadaan diatas mungkin berubah kerana performance akan diambilkira dan 30% juri boleh merubah kedudukan pelajar selepas kedua dua undian dijumlahkan….

..aku ingin mencadangkan konsert AFMASUK diadakan pada malam ahad di dalam studio 1 dan undian dibuka dari lepas konsert semi-final hingga konsert tamat so pelajar yang diserapakn boleh masuk akademi pagi Isnin….


wassalam


itu saja pandangan aku untuk konsert minggu ke 9 ini sebelum penyingkiran berganda diumumkan...now , aku merasakan selain dari Mawi dan Felix, keempat empat pelajar yang lain adalah dalam bahaya dan aku rasa grouping baru seperti berikut..

a) Marsha dan Yazer- salah seorang pelajar Sabah ini akan tersingkir
b) Amylea dan Kefli - salah seorang pelajar Semenanjung ini akan tersingkir...

...aku predict marsha dalam group pertama kerana belum ada ketua pelajar di minggu semi-final yang terkeluar dan aku pilih Kefli dari group kedua untuk tersingkir.....

.....penyingkiran Marsha juga akan menjadikan AFMASUK yang lebih menguntungkan pada astro walaupun aku rasa Ekin akan menjadi sukar untuk masuk final AFMASUK walaupun loan yang apply dari World Bank dah approved??!!! ahaks ahaks ahaks....

..selepas 2 pelajar teringkir di minngu ke 9 ini, aku masih meraskan lebih dari seorang pelajar akan diserakpan kembali dan aku sekiranya dalam artikel original aku 3 pelajar tetapi sekarang aku rasa 2 pelajar yang akan diserap semula....

..aku masih lagi ingin promote Konsert AFMASUK kerana ada pelajar yang dah terkeluar lama sangat dan kita dah lupa bakat dan kelebihan mereka dan aku juga masih mencadangkan 70-30 pecahan peratusan afundi dan juri...

...secara ikhlas dan jujur, blog Ilham akan menyokong EKIN dalam AFMASUK nanti atas dasar minat, bakat dan aweks angkat Ilham untuk AF3 tetapi atas dasar janji aku akan undi Idayu sedikit berdasarkan entry aku " Idayu- penyingkiran persepsi"........so Ekin, tolong pakai baju yang menarik dan sesuai dan pilih lagu yang sesuai untuk pertandingan okke...good luck dan insyaallah, kalau ada rezeki, adalah nanti cara dan jalannya....

..apa apa pun rezeki ditangan Allah swt, mana pelajar yang di AFMASUK akan dialu alukan kehadiran mereka di final nanti....

Lets Get Loud .....Go EKIN GO.....Something about Airkeen...... EKIN FC lets jom!!!!

Thursday, July 28, 2005

AF4 vs World Cup Final ???!!! siapa menang ??!!

Mengapa AF4 perlu direhatkan tahun depan ??

…..actually kak ri ada mentioned awal awal lagi supaya AF season ini dijalankan 2 tahun sekali dan ini untuk menentukan kehangatan ‘demam’ berpanjangan dan perhaps to allow career students yang season sebelumnya berkembang dahulu….

....dan a ku juga pernah mentioned dalam entry aku sebelum ini bahawa salahsatu sebab AF berjaya kerana ianya diadakan during off-season bolasepak di europe dan ada similarity antara cara penyokong pelajar kesayangan anda dalam AF dengan menyokong pasukan kesayangan anda dalam EPL.....semacam transferring the same set of people to a different environment sahaja...

..dan aku personally setuju supaya ada interval setahun sebelum bermula season yang baru supaya:

1) production quality dapat ditingkatkan,
2) kexutan tak nampak sangat diulang ulang,
3) kualiti student dapat dikumpulkan kerana dua batch of new candidates akan mencapai umur 17/18 tahun dalam tempoh dua tahun
4) kuasa afundi lebih besar
5) kesan yang lebih kepada kejayaan pelajar AF
6) memberi peluang rancangan lain mendapat center stage dan ini akan memberi kesan yang positif pada AF kerana personally aku rasa konsep AF yang paling sesuai utuk masyarakat Malaysia.
7) menggelakkan penonton rasa penat sebab mengikuti AF adalah sangat exhausting
8) immediate comparison tak akan dilakukan dengan season lepas sebab factor memory yang mudah lupa
9) student tidak terlalu anxious giler kan glamour sebab tahu populariti hanya setahun sahaja
10) proses pemilihan pelajar yang lebih ‘comprehensive’ boleh dilakukan

..tetapi faktor utama yang aku merasakan AF4 perlu direhatkan tahun depan lebih kepada sebab World Cup Final di Germany akan berlangsung sewaktu dengan musim AF…..bila clash of the titans ini berlaku, aku personally merasakan World Cup akan menang kerana World Cup dijalankan 4 tahun sekali dan semestinya kalau ada game England or Brazil pada sabtu malam, maka perlawanan ini akan diberi tumpuan….selalunya World Cup akan berlangsung dari pertengahan bulan June hingga pertengahan bulan July dan promotion untuk world cup selalunya bermula dari awal tahun….susah aku rasa untuk the like of mawis, felixs or farahs to rival the popularity of the beckams, ronaldos or rauls.....

..aku telah nyatakan sebelum ini bahawa AF berjaya kerana ia diadakan pada off season European football dan energy yang disalurkan pada bolasepak disalurkan pula pada AF yang mempunyai ciri ciri sokongan bolasepak dengan FC FC tersendiri dan live concert yang macam menonton live football coverage….

So, aku berpendapat bila AF diadakan semasa World Cup Final season, AF akan tenggelam dari sudut followers kerana World Cup supporters mempunyai asal usul sejarah yang lebih lama, mendalam dari AF……kalau sekarang peminat AF yang tak ada astro akan pergi ke restaurant restaurant untuk menonton, tetapi dalam waktu World Cup, restaurant restaurant akan buka World Cup dan ini akan memberi kesan pada AF…world cup mempunyai magic yang tersendiri yang susah nak dikalahkan dan telah berakar umbi dari semenjak TV ada di malaysia ini..

..even bila malam sabtu lepas bila Bolton lwn Thailand untuk satu friendly match yang tak der makna yer, tapi aku dah start tukar channel in between break untuk iklan…kalau world cup final, memang sah aku tak tengok dah concert …..dah selalunya masa world cup season, peminat bolasepak akan buat ‘pool’ , yeap walaupun benda ini haram dan salah, tapi ‘pool’ world cup memang ada dan ramai peminat bolasepak betting masa world cup final dan bila ini berlaku kuasa afundi mereka akan kurang atau diketepikan kerana ‘pool’ world cup hanya berlaku 4 tahun sekali…

..dengan 36 countries involved dalam world cup sekarang ini, maka ada 3 game dalam satu hari yang akan bermula pukul 8 /9 pm, 12pm/1 midnight dan 2/3 am…..dan selalunya peminat bolasepak akan take a nap between games dan bila ini berlaku mungkin diary tidak akan diikuti dan kita semua tahu kekuatan AF ialah kepada character development yang ditonjolkan dalam dairy….

….therefore, dari pengalaman aku mengikuti world cup final, susah untuk benda lain menggangu concentration dan intensity world cup ini dan sekiranya AF berlangsung waktu ini, maka AF akan sekadar dilihat sebagai menggangu world cup final….

..dari sudut Tv rivalry, aku merasakan concept MI atau Mentor yang merupakan pertandingan mingguan atau 2 kali seminggu tidak akan terjejas kerana ianya tidak memerlukan interaksi penonton berkepanjangan dan tiada personality or character development yang attach dengan penonton…still, it will be a good test of popularity sekiranya MI or Mentor boleh lawan intensity AF bila AF berehat….

..tetapi it will be fun, masa musim World Cup final, budak budak AF 1,2 dan 3 diberi peluang untuk mengandalikan rancangan bolasepak world cup dan ianya akan menarik penonton baru untuk menonton bolasepak melalui channel astro….

..bagi aku personally, I akan concentrate on World Cup Final kerana bagi aku sekiranya aku harus memilih antara sukan dan hiburan, maka sukan will always comes first….

..mungkin ada alternative seperti meletakkan waktu diary diantara dua perlawanan world cup, atau ada satu channel khas diary yang memboleh penonton tengok diary ikut keselesaan mereka, atau diadakan konsert pada petang sabtu instead of pada malamnya atau period AF4 di 'adjust' supaya tidak melibatkan period world cup final ....tetapi apabila ini dilakukan , secara indirect menyatakan AF adalah 2nd kepada World Cup Final dan bila ini berlaku akan menjejas credibility AF yang tak pernah tercalar lagi semenjak bermula, apabila AF4 kena adjust masa kerana World Cup maka samalah dengan Mentor atau MI yang terpaksa adjust masa mereka untuk tidak clash dengan AF, bila mereka lakukan itu, bermakna mereka akan sentiasa berada di tempat kedua atau ketiga selepas AF...

...personally, aku ingin suggest supaya AF4 direhatkan terlebih dahulu supaya ada tempoh selesa untuk pelajar establish diri mereka dalam dunia seni, peluang untuk production mendapat idea dan semangat baru dan peluang untuk penonton untuk bernafas selepas memberi sokongan dan keuntungan yang besar pada Astro untuk 3 tahun berturut turut...

..aku bercakap ini atas dasar nak memertabatkan AF dan menjadikan AF sebagai satu rancangan yang akan bertahan lama dan bukan sekadar 3 atau 4 season sahaja...tapi bila kita merujuk pada soal keuntungan, mungkin astro lebih suka mengambil pendekatan kaut dulu selagi masih panas dan abandone AF bila sudah tiada support dan create show baru....

..aku merasakan apabila sesuatu show itu mengambil masa yang lama seperti AF, perlu ada interval period yang sesuai bagi kesan repetition itu tidak terasa sangat....salah satu sebab mengapa aku dah tak layan survivor ialah kerana ianya sudah menjadi terlalu predictable dan character adalah similar walaupun nama dan muka berbeza....

so for the sake of AF continuity, aku cadangkan AF4 direhatkan untuk tahun hadapan...


wassalam

Wednesday, July 27, 2005

Tribute to AKMA......

Assalamualaikum,

....tersingkirnya Akma menamatkan perjalanan seorang pelajar yang paling unik dalam sejarah AF.....mostly ignored, strangely mysterious, attractive in her own quite way, tallest girl in AF history in addition to the beautiful and honest tele-novel with Felix...but Akma will be remembered most for the X-Factor, or the lack of it...aku tak akan cerita lagi pasal x-factor ini sebab satu entry khas telah ditulis sebelum konsert ke 7....

...mula mula bila aku dengar Akma nei dapat Top 20 , aku tak berapa suka dan berharap dia tak dapat masuk AF3.....aku nei kira sangat concern dengan standard AF iaitu ianya mesti yang terbaik dari yang lain. ....so, knowing that Akma was a finalist for Who Will Win , i did not appreciate her inclusion into AF3, even at one stage aku berpendapat bahawa contestant from rival talentime show should not be considered for AF....similarly, I was quite happy when Dyna , an AF2 ujibakat reject ( stand to be corrected ) made it to the MI final since it sort of confirming the level of quality between AF and MI......bilamana aku tengok Akma masa segement ujibakat dengan attire all white dan nyanyi kira relax giler babun tapi dapat kad hijau plak....tak puas betul lar hati ku pada masa tu... ahaks ahaks ahaks...

..However, Akma sang beautifully during Konsert Prelude and made it to the final 12 on merit...still aku tak minat dengan akma nei....tapi bila aku tau yang dia kawan baik dengan Farah, hati aku lentur sikit tapi tak minat gak lagi..... I miss you Farah!!! really do...

...Strangely, persembahan Akma di konsert selalunya competent tetapi tidak menyerlah hingga isu X-Factor timbul untuk mencari apa kurangnya Akma....setiap kali concert bermula, nama Akma akan always menjadi candidate untuk penyingkiran dan pengkritik akan selalunya komen panjang lebar lepas dia nyanyi....trademark 'koniciwa' juga menggundang jelek dari aku pada mulanya tetapi aku yakin aku akan sebut perkataan itu sekiranya aku jumpa Akma in person... namun Akma terus survive against all odds dan mempunyai penyokong yang menyokong beliau beyond the x-factor yang kononnya beliau tidak miliki...

..tetapi apa yang menarik aku pada Akma ialah 'character' beliau dalam diary....sifat bersahaja, low profile dan nampak friendly membuat aku mula memberi perhatian pada Akma....walau bagaimanapun, aku masih menganggap Akma sebagai the least possible candidate to the final stage demi mempertahankan pegangan aku bahawa status AF akan jatuh jika peserta dari rival talentime show dapat masuk final AF...tetapi gaya Akma atas stage yang ala ala model, riak muka yang sederhana walaupun di puji atau dikritik oleh pengkritik sungguh menarik minat aku walaupun aku tak mahu menganggu hakikat ini....sebagaimana Aidil, kekuatan Akma sebenarnya ialah pada 'character' beliau yang sungguh attractive !!!... Akma mula lebih terserlah selepas Idayu keluar dan watak watak 'Sumarni' beliau sungguh menakjubkan dan sekiranya Akma diberi peluang berlakon, aku yakin Akma boleh menjadi pelakon yang sensasi .....

..episode yang mendekatkan aku pada Akma ialah bila isu Amylea timbul dan Akma telah dilihat sebagai 'scapegoat' dalam kes ini selepas cikgu CT Hajar buat statement yang implicate Akma dalam sessi perbincangan ( read,umpat mengumpat) Tenaga Pelajar.....walaupun Amylea, bekas tunangan aku, tapi dalam hal ini aku merasakan Akma tidak bersalah keatas apa yang berlaku pada Amylea....Akma merely expressing her discontentment terhadap perlakuan Amylea yang juga dikongsi oleh semua pelajar lain.....therefore, bila camera/diary kemudiannya focus sepenuhnya pada kes Amylea menangis, instead of sedih melihatkan keadaan Amylea, aku jadi kesian pada Akma kerana aku merasakan beliau terperangkap dalam kes ini.....datang perasan bersalah dalam hati aku kerana ignoring akma selama ini atas dasar pegangan aku pasal isu status AF yang aku sebut diatas....

....selepas dari episode Akma vsAmylea , aku banyak menumpukan perhatian pada Akma especially selepas tele-novel beliau dengan Felix mula berputik...bilamana isu ketiadaan X-Factor beliau terus disebut oleh Iman Wan, aku rasa terpanggil untuk mencari X-Factor Akma tersebut...dalam aku mencari , baru aku realize yang X-Factor Akma ialah factor factor quality dalam diri seseorang yang tidak terserlah secara physical dan membuat kita tercari cari apa yang ada pada Akma dari sudut luaran....

Akma mula terserlah dengan persembahan yang amat baik bila berduet dengan Felix menyanyikan Lagu Farahdhiya , " Bertahta di Hati" dan seterusnya melihat peratusan beliau melonjak secara mendadak yang memberi gambaran bahawa beliau sudah menjadi favourite peminat AF3 walaupun pada hakikatnya beliau sekadar survive saja bila undian ditutup dihujung konsert....

...keberanian Akma bergelek menyanyikan lagu dangdut sungguh dihargai oleh pengkritik pada malam konsert ke 8 tetapi rupanya itulah malam yang amat malang bagi Akma bila beliau tersingkir...Akma merupakan pelajar ketiga yang peratusannya naik hingga ke tangga ke tiga sebelum concert yang akhirnya kecundang di hujung konsert selepas Fuad dan Idayu...

...Penyingkiran Yang Bermaruah kata Aznil dan aku pula berkata penyingkiran yang aku harapkan bukan kerana aku tidak suka Akma tetapi kerana aku tak mau contestant dari rancangan talentime yang lain masuk final AF kerana ianya bagi aku menjatuhkan darjat AF itu sendiri....maaf Akma kerna aku berfikiran begini tetapi inilah Ilham.....

....kalau dulu aku tak pernah nak tengok akma dalam diary, tetapi for the last 3 weeks , aku suka tengok Akma kerana akhlak dan keperibadiannya dan aku tak nafikan bahawa Akma juga sangat menarik bila aku tengok dia secara dekat masa rehearsal konsert ke 5 di putrajaya...

....penyingkiran Akma menamatkan satu lagi tele-novel yang sudah mekar sebagaimana hancurnya kisah cinta amy-aidil dan arkeen-yazer ...........adakah felix dan akma sekadar memancing undi atau benar benar bercinta memang sukar nak ditentukan walaupun jelas dalam sessi pembacaan wasiat Akma telah menunjukkan betapa ada sesuatu yang lebih dari permainan camera yang berlaku antara Felix dengan Akma.....

....satu yang tidak boleh dinafikan bila berbincang pasal Akma ialah beliau seorang penyanyi yang berkualiti dan versatile walaupun bukan dalam category outstanding.....tetapi apa yang outstanding tentang Akma ialah budi pekerti dan pembawakan diri Akma yang sungguh menarik...bak kata orang tua.." sejuk perut emak dia".....Akma mempunyai personaliti yang boleh dijadikan role model untuk anak muda remaja.....kesederhanaan, kegigihan, berani mencuba, tulus dalam mencari impian dan cita cita boleh dijadikan contoh untuk anka remaja yang ingin berjaya dalam apa yang mereka lakukan....

..tahniah Akma atas kejayaan berada di AF3 selama 8 minggu dan sesungguhnya akan ada tempat dalam dunia seni untuk insan yang segigih, seberani dan berbakat seperti anak muda yang bernama Akma ini.....tahnuah juga pada keluarga, supporters dan Akma FC kerana berjuang bersama Akma.....kepada Emy , Hapuskanlah Airmata Mu kerna Akma telah mencapai kejayaan beyond expectation....

..dari Ilham blog, kami ucapkan selamat maju jaya dan dah bersedia ker nak jadi orang Kota Belud???!!!!!ahaks ahaks ahaks....well done Akma, brilliant!!!!!....ingat X-Factor, ingat Akma...

Tuesday, July 26, 2005

Imbasan Minggu ke 8

Imbasan Minggu ke 8

..aku merasakan minggu ke 8 akan menjadi minggu tak bermakna untuk aku secara peribadi kerana ketiadaan Airkeen…instead, aku merasakan Minggu ke 8 adalah minggu dimana all the bits and pieces assembled together to create a nice picture of AF3….

CONCERT ke 8

…by far the best concert dalam perhitungan aku, walaupun aku merasakan dari sudut technical persembahan dan nyanyian Condert ke 7 adalah lebih menonjol tetapi aku lebih terhibur dengan Konsert ke 8 secara keseluruhan…mengapa aku merasakan konsert 8 lebih baik secara keseluruhan walaupun aku ‘doubt’ level of quality concert 8??!!…jawapannya ialah Pak Pengetua iaitu M.NASIR…

..bila aku saksikan sessi one-to-one antara Pak Pengetua dengan pelajar ( cikgu CT Hajar sekadar pegang remote control saja dalam sessi ini) dalam diary hari jumaat, aku sungguh impressed dan excited kerana aku yakin beberapa perkara yang aku saksikan berlaku dalam latihan pelajar dalam kelas vokal technical akan diperbetulkan oleh M.Nasir kerana M.Nasir adalah lebih kepada seorang performer dari seorang yang technically orientated…pada hari selasa dan rabu ( stand to be corrected) aku perhatikan bagaimana cikgu CTHajar memasukkan elements technical vocal dalam nyanyian pelajar especially Mawi dan Yazer dan aku nampak jelas bahawa students struggle to get the’ feel’ atau’ Rasa’ lagu tersebut…..pada masa itu aku merasakan yang students will struggle if they tried to move away from their original style of singing…kena faham maksud aku di sininya…

….aku akan buat bandingkan technical aspect vocal dengan technical aspect dalam permainan golf…golf is a very technical game and every movement/swing is calculated to get it technically right…still some technically sound golfer couldn’t hit the ball further than less technical golfer and some technically good player couldn’t hit the bunker shot better than some less technicious golfer…ini adalah kerana , golf is a sport and not all technically good golfers are sportsmen and sportsmen seem to be able to get the grasp of the game without actually mastering the technical aspect of the game…dan dalam any game , ada elements lain yang mempengaruhi permainan golf seperti angin, body stability during the day, mood dalam diri, cuaca, jenis rumput untuk putting green dan sebagainya…..seperti menyanyi, golf ialah game where you don’t physically fight against your opponents but of how your control your own game…..Jack Niclous adalah legend yang play by heart compared to Tiger Woods and both of them are equally successful…

..maksud aku di sini, kalau mawi terus menyanyi dengan cara yang disuruh oleh cikgu CT Hajar, aku yakin Mawi tak dapat menyampaikan lagu sebagaimana beliau menyanyi malam concert ke 8….dalam konsert ke 8 , suara mawi masih lagi ditekak, vibrato still tak der control, diction tak perfect, high note agak menyerit dan tak forward tetapi apa yang mawi lack malam itu di ‘cover’ dengan nyanyian yang betul betul ada ‘Rasa”, nyanyian yang ikhlas , nyanyian yang penuh dengan penghayatan dan ini membuat mengapa lalu Pupus lebuh sedap didengar dari lagu Oh Fatimah walaupun lagu Oh fatimah mawi mungki lebih polish nyanyiannya dari sudut technical menyanyi……begitu juga si Felix yang dari sudut technical memang hancur dengan pitching lari, timing out, hit note bergetar tetapi mendapat tepukan kerana ada ‘rasa’ dalam nyanyian beliau….ini bukan pertandingan koir atau nyanyian opera di mana technical aspect itu wajib…..jadi bila aku tengok cara M.Nasir tegur mawi masa dalam diary, aku yakin sesuatu yang lain akan berlaku pada malam konsert, true enough…students nyanyi dengan lebih selesa untuk menghibur dari menyanyi takut buat salah…lihatlah mawi duduk depan stage diakhir persembahan yang nampak spontan atau amylea hit the high note guna folsetto yang paling tak disuka oleh cikgu adnan, felix menyanyi dengan bersemangat tanpa memikirkan maka letak chest tone or head tone suara, inilah yang membuatkan konsert 8 lively kerana kita melihat raw talent trying their best to give the best to audience…oleh itu, aku ucapkan tahniah pada M.NASIR kerana berani mengambil keputusan mengutamakan kepuasan performing lebih dari technical efficiency….bukan aku nak kata ketepikan technical aspect of singing tetapi aku nak lihat a balance of original performing act dengan vocal technicality …well done Pak Pengetua, well done indeed….memang tak dinafikan bahawa student tampak lebih aggressive dan ada touch of M.Nasir dalam character persembahan mereka…

..overall, concert yang menghiburkan walaupun ada wardrobe department masih lagi tak bertamadun dan siapa tengok TV ada beberapa technical hiccup dalam live coverage…babak Aznil minta maaf adalah sangat dihargai walaupun isu orangutan itu bukan directly aznil’s fault dan aku akan lebih appreciate kalau aznil juga minta maaf pada budak perempuan nama “Fatimah” yang dipersendakan oleh aznil dalam konsert 7…remember aznil, ko nampak lebih besar bila ko merendah diri….

..kexutan juga menarik dan lebih terasa dihati….pengkritik juga nampak bersemangat dan berilmu especially Yasmin Sepet dan Shafinaz dan Khudsia Kahar juga memberi comment yang membina…..Kak Ri juga ada buat komen yang secara kebetulan atau suratan, UiTM students terkeluar bila shafinaz jadi pengkritik!!!!!ahaks ahaks ahaks…thanks Kak Ri for that spot-on observation….

Penyingkiran Akma juga amat menyedihkan dan aku harap sekiranya akhirnya kefli tersingkir minggu ke 9, janganlah di boo atau ditepuk penyingkiran beliau kerana bukan salah beliau yang beliau masih lagi dalam akademi….

BTW, aku dengar jeritan tetapi aku tak sure hingga sekarang ini siapa yang menjerit dan siapa bagi mic kan yang menjerit ini semasa Yasmin Sepet nak memulakan comment terhadap Felix…..ramai yang menyatakan terdengar suara yang mirip beberapa ex-student/pelajar tersingkir yang menjerit tersebut yang memberi kata kata semangat kepada felix yang diintepratasi sebagai sindiran kepada mawi….aku tak boleh komen lebih sebab tak jelas apa yang berlaku tetapi aku nak kata kepada pelajar yang dah tersingkir supaya lebih sensitive dengan perasan kawan kawan diatas….janganlah cium tangan lepas itu tikam belakang….tidak salah memberi semangat pada Felix tetapi jangan sampai pelajar pelajar lain terasa pulak okke…..

SATURDAY VOTERS

Saturday Voters masih meneruskan tradisi membantu pelajar tercorot dan dalam hal ini kefli terselamat lagi….tetapi selepas undian ditutup, jelas amylea menjadi tumpuan Saturday voters dan kritikan pengkritik juga telah memberi kesan kepada undian Marsha yang nyaris tersingkir dengan berkongsi peratusan yang sama dengan Akma selepas memberi persembahan yang agak below par….ketiadaan Saturday Voters’vote untuk Akma berlanjutan untuk 3 minggu yang akhirnya menyingkirkan Akma dari AF3….minggu depan pilihan Saturday Voters akan lebih crucial lagi memandangkan minggu depan adalah semi-final concert….kemanakah arah Saturday voters menjadi sesuatu yang excite aku sendiri….

Ilham’s Personality Chart ( IPC )

1) Mawi, Felix dan Yazer
4) Marsha, Amylea
5) Kefli


Pada dasarnya perlucutan jawatan mawi sepatutnya menjatuhkan ‘character development’ mawi tetapi apa yang nyata , character mawi lebih terserlah selepas tidak dibebankan dengan jawatan ketua pelajar….beliau nampak lebih ceria lebih lebih lagi dengan kedatangan Hamid Gurkha dan Yusni Jaafar…..persembahan beliau di concert 8 menyebabkan aku mengekalkan beliau di atas singgahsana berkongsi tempat dengan Felix dan chart topper yang baru iaitu Yazer….

..Felix tidak mencacatkan ‘character development’ beliau dalam diary dan ‘maturity’ beliau dalam episode aznil minta maaf di concert 8 adalah sungguh menakjubkan dan beliau oleh itu berhak duduk diatas carta…perlantikan Yazer sebagai ketua pelajar sudah cukup untuk menaikkan ‘character development’ beliau dalam IPC…..tahniah Yazer!!!.( tension aku beb!!!ahaks ahaks)

…aku nak meletakkan Amylea tinggi sedikit pada marsha pada mulanya kerana aku nampak development character yang memberangsangkan dari amylea….ketekunan beliau belajar menari dan menyanyi lagu bonus, sakit tekak beliau, hubungan beliau dengan akma yang dapat dilihat dengan beliau menggajar akma gelek dan kedatangan Adlin shauki sungguh memberi kelebihan pada amylea…..tetapi isu ‘anak orang susah’ yang terus dimainkan di VT concert telah mencalarkan sedikit character development beliau dan the fact that akma tidak memasukkan nama amylea sebagai pembaca wasiat beliau juga dari segi character development memberi kesan yang kurang menarik….tetapi banyak yang positif berbanding dengan yang negatif yang meletakkan amylea dikedudukan sama dengan marsha…..camera banyak memberi focus pada marsha dan banyak perkara yang menarik ditujukan pada Marsha sehinggakan beliau diberi keluar dari Akademi untuk pergi ke SPCA di Ampang atas dasar Marsha sukakan kucing….tetapi masalahnya bila camera memberi focus yang berlebihan tak bermakna ‘character’ seseorang pelajar itu akan berkembang dengan positive sahaja…dalam hal marsha, aksi dengan tipah2 dan tuan besar sudah menjadi terlalu predictable dan tidak memberi kesan yang diharapkan…

Kefli tidak nampak development character beliau walaupun beliau tidak pula merosakkan development character beliau…tidak ada salahnya kalau aku letak kefli sebaris dengan marsha dan amylea tetapi aku merasakan beliau terlalu low profile untuk memberi kesan positive dalam IPC….tetapi kefli membawa character pelakon tambahan yang baik dalam diary dan aksi beliau berlakon macam Hamid Gurkha dan main baling bantal sungguh memberi keseronokan pada pengikut diary / peminat AF3…

..akan juga nak mention yang segment diary dalam minggu ini sungguh menarik dan kedatangan bintang bintang besar termasuk Jamal Abdillah adalah sangat menarik dan exclusive...focus camera pada isu isu positif berkenaan students juga amat dihargai....

Peminat Felix

…Dalam entry Minggu Imbasan ke 7 yang lepas aku menegur overzealous support peminat Mawi kepada Mawi dan minggu ini aku nak lakukan yang sama pada peminat Felix…aku perasan yang darjah kerakusan peminat Felix di channel 15 telah melampui batas berdebat dan menyokong kerana ada tulisan tulisan yang berbau penghinaan, perkauman dan kenegerian yang amat sangat….sebagaimana aku menegur Astro kerana kurang sensitive pada pelajar sabah pada minggu ke 7, aku juga ingin menegur peminat Felix yang bermain dengan sentimen yang memungkin Felix yang akan hilang credibility…..aku juga percaya tak semua tulisan2 itu dari peminat felix kerana ada kemungkinan agent provocateur yang punyer angkara tetapi adalah tanggungjawab peminat felix untuk clarify certain issues yang ditulis...

...aku berharap supaya Felix FC memantau tulisan tulisan yang berbau provokasi yang tidak akan mendatangkan apa apa faedah sekiranya ianya berterusan….jangan felix dipinggirkan oleh kerana perbuatan peminat yang kononnya setia menyokong tetapi lebih kepada merosakkan kedudukan felix sebagai pelajar yang menonjol character beliau dan berbakat ….sebagai peminat felix juga , aku mengharapakan kutukan berbau perkauman dan kenegerian ini di hentikan dengan kadar segera sebelum kesannya timpa pada felix secara langsung….terpulang pada peminat Felix nak memertabatkan Felix sebagai jaguh Sabah sahaja atau Juara seluruh Malaysia yang bakal bergelar superstar…kelian fikir fikirkan lah….

Teguran Untuk Airkeen ( Ekin)

Aku ada terima beberapa komen yang kurang senang dengan fashion bertindik di hidung yang diketengahkan oleh Airkeen ku ini….walaupun personally aku tak kisah dengan fashion statement Airkeen ini tetapi aku juga sedar akan penting penerimaan masyarakat dalam perkembangan career seorang artis or pelajar AF…..ini adalah kerana persepsi kita pada sesuatu perkara itu berbeza….

Atas dasar menghormati teguran ikhlas pengunjung blog Ilham…aku nak mengambil kesempatan ini untuk menegur Airkeen supaya lebih berhati hati dalam penampilan diri supaya tidak mendatangkan perasaan kurang senang masyarakat….Airkeen kena faham, orangramai tegur cara Airkeen kerana ramai yang mahu Airkeen berjaya dan sebab itu orang tegur, bila orang dah tak tegur, maka masa itu sudah tiba untuk Airkeen lupakan cita cita Airkeen untuk berjaya dalam bidang seni untuk membantu meningkatkan taraf hidup Airkeen dan keluarga Airkeen…

..dengan ini , saya berharap Airkeen mengambil teguran saya ini secara positif dan bina penampilan diri yang tidak mengundang kontroversi yang tiada kena menggena dengan bakat Airkeen…Ilham berharap Airkeen berfikir sejenak samada fesyen bertindik di hidung itu akan membantu permulaan career Airkeen dalam bidang ini…kalau Airkeen rasakan ianya tidak akan mengganggu pembinaan career Airkeen, teruslah bersubang di hidung tetapi sekiranya Airkeen rasa ianya tidak sesuai untuk pelajar AF3 yang baru tersingkir, maka Airkeen ambil tindakan yang paling bijak….

..sekiranya ada Ekin FC , keluarga , kawan yang membaca teguran ini, tolong sampaikan teguran ikhlas ini pada Ekin atas dasar rasa tanggungjawab kita pada Ekin dan masa depan Ekin….tak der makne yer berfesyen jika orang tak faham concept fesyen yang kita nak ketengahkan…

..Airkeen ( nei kira nama timangan aku kat ekin lar tau!!hehehe), harap Airkeen tak ambik hati teguran saya okke….

Harapan aku dalam minggu ke 9

1) diary yang menarik
2) lagu pelajar dari lagu yang ada dalam wish list mereka
3) lagu Bonus yang menarik
4) Pak Pengetua tegur performance tenaga pengajar pula
5) lebih ramai celebrities muncul di Akademi, especially artis veteran
6) Concert yang menarik dengan kexutan yang menarik
7) AFMASUK diaktifkan


last but not least, aku layan Mentor dan MI, dan aku bangga dari segi kualiti persembahan students, production presentation dan sokongan penonton, nyata Akademi Fantasia unggul..tahniah !!!!


wassalam

Sunday, July 24, 2005

Ulasan Konsert Ke 8 AF3....!!! the best concert thus far!!

Konsert ke 8- Stadium Melawati

Pengenalan diri yang menarik sekali..wow!! amylea rambut lurus beb!!pengenalan diri yang a bit creative except for mawi yang a bit stiff ….well done indeed…

Pengkritik 1 : Shafinaz ( surprise surprise!!! Harap dah learn her lesson..hehehe)
Pengkritik 2 : Yasmin Ahmad
Pengkritik Tetap : Khudsia Kahar

Lagu Bonus :Ladki Bandhi Anjanee Hee( spell ??)….I think depa miming ???!!!!otherwise, that was quite incredible singing and dancing performance….chereograph yang amat baik dan Mawi dapat leading role jadi hero Hindustan…shafinaz confirmed my curiosity ada suara lain yang back-up….apa apa , stilla commendable performance….brilliant!!!! baju pun okke except that skirt akma pendek sikit….

PESERTA 1 – MARSHA – Cobalah Untuk Setia

Komen Ilham : good start with a difficult tempo to handle …..but then faded with lack of dynamic, pernafasan terputus, tiada consistency, high note tak strongly captured dan folsetto yang sengau…brave attempt dan tone sedap tapi technically poor singing…..kawalan nyanyian yang quite poor...

Overall Performance : C ( remember this is week 8)
Carta Selamat : Selamat


PESERTA 2 – KEFLI- Hati Emas

Komen Ilham : a bit mendatar pada permulaan..tempo dan timing tak konsisten…I can’t feel the dynamic of his voice, shouting ,yes….no obvious mistake though….good stage control but nothing spectacular….for week 8 performance, I feel a bit disappointed…this song should be his lifesaver but I doubt he did anything spectacular though…

…BTW, shafinaz vs aznil showdown???!!! Lantak kelian lar !!!…..and barulah aku nampak airkeen pakai snowcap..love it…

Overall Performance : C+
Carta Selamat : not so sure…


PESERTA 3 – YAZER – Mengapa Harus Cinta

Komen Ilham : low tone tak clear dan sebutan tak jelas pada awal lagu but but..recovered very well indeed…penghayatan yang baik dan lontaran suara yang baik…I never liked this song tapi I believe yazer presented the song in his own style and l like it….what I don’t like ialah airkeen senyum lebih !!! hehehehehe…well done Yazer …rock steady indeed!!!…tapi aku tak perkenan betul seluar si yazer though!!!…

Overall Performance : B-
Carta Selamat : not so sure tapi mungkin selamat kot….


PESERTA 4 – MAWI - PUPUS

Komen Ilham : good start to the song, although ada pitching dan timing issue, tapi kekuatan suara yang sungguh menonjol… a good crowd and stage control … I am in love with this guy!!!…well done indeed…good back-up support from the boys…well done indeed mawi, inilah performance meletup yang aku tunggu tunggu…aku exhausted tengok mawi!!!...brilliant..

Overall Performance : B++
Carta Selamat : Selamat

PESERTA 5 – AKMA – Selamat Jalan Romeo

Komen Ilham :….struggling to maintain the tempo of the song…stamina problem dan juga problem pada sebutan yang terputus putus …otherwise a competent performance…. A very long song and she stayed focus and that was indeed an achievement by itself…..ada masalah timing tapi covered by a wonderful gelek!!!!!huhuhuhuhu….talk about versatility!!! Wow!!!

Overall Performance : B
Carta Selamat : Selamat kot…not so sure….( amboi shafinaz !! former student tak comment langsung)….aku tak berapa suka kexutan untuk akma hanya selepas dia nyanyi….apakah nak membezakan nyanyian akma dengan Ramlah Ram ???!!!!…lah ada plak bagi bunga…sedih aku beb masa akma , marsha dan amylea cuba family member…..well done indeed kamu, kamu dan kamu…..appreciate that a lot…based on perjumpaan ini, maka aku consider peserta lelaki akan terkeluar malam ini….wow!! jamban akma best oiiiii!!!!!….jamban felix plak tak pergi sekolah !!!!ahaks ahaks ahaks…

PESERTA 6 – AMYLEA – Dua Insan Bercinta

Komen Ilham :different interpretation of the song and I thought that was wonderful…maybe not as powerful as I hope for but a good singing though…wonderful performance again!!! And kexutan dengan mak beliau tu sungguh menarik dan sedih dan menggejutkan…siapa lah yang kata mak si amylea si Zur Eda ????!!!!!

Overall Performance : B
Carta Selamat : not so sure tapi kexutan mungkin menyelamatkan amylea…



PESERTA 7 – FELIX – Hati Karma

Komen Ilham : WOW!!!! Ada pitching problem here and there tapi who cares!!!!that was a brave performance from felix!!! Nothing more to say but applause!!!!!brilliant…mungkin tekak felix dah baik…

Overall Performance : B++
Carta Selamat : well done!!!…selamat

Lagu Bonus – Seri Langkat

…nice music arrangement, good singing and dancing…tapi pakain potong steam betul untuk lagu ini!!!!!….otherwise an anti-climax after Felix performance !!!!

Menuju Puncak pun best gak..the best so far.....

Memorable Moment : Pengenalan Diri students,rambut Amylea, Lagu bonus Hindustan,Airkeen pakai snowcap, performance Mawi,Akma,Yaser,Amylea dan Felix…kexutan untuk Akma , Amylea dan Marsha, emak Amylea menyanyi, Felix pakai rambut palsu,Felix cover for Aznil, VT Akma dan peganag tangan dengan Akma, rambut amylea dan marsha bersimpul..

Overall Concert Performance : B+ ( the best so far…and I think I know why…I will write dalam Imbasan )….I like the pengkritiks too, especially Yasmin Sepet!!!…..

Penyingkiran : Akma !!!! wow!!....this is really kexutan beb!!!....


wassalam

Saturday, July 23, 2005

Hari Hari ku Tanpa Airkeen ( Ekin )

Assalamualaikum,

..dalam sejarah aku mengikut AF nei, aku tidak pernah kenal apa rasanya pelajar kesayangan tersingkir kerna dua aweks angkat aku sebelum ini iaitu Nija dan Farah berjaya ke final walaupun melalui ranjau yang berduri....

...maka bila si Airkeen tersingkir sabtu lepas, hidupku jadi serambut dan kelam kabut, entah kan marah , tah kan sedih, entah kan sayu, tah kan rindu.....nak kata tidurke lena, keruh sabung menyabung...katakan mandi tak basah, bil air tetap bertambah...yang nyata aku kehilangan sesuatu...mungkin ego ku tercalar, mungkin malu ku dicabar, mungkin aku rindu kan si dia bernama Airkeen...inilah hari hari yang ku lalui tanpa Airkeen...

Ahad

...menulis di blog mencari sebab dan musabab airkeen ku tersingkir...ku tonton ulangan konsert, ku maki semua yang aku tak puas hati!!!ku tonton ulangan imbasan, ku tangisi setiapa waktu yang perit dihati....airkeen oh airkeen...huhuhuhu

Isnin

...ku ikuti webradio ERA wawancara Farah fauzana dengan airkeen....rasa rindu terubat kini, setiap patah perkataan aku dengari, setiap komen , aku halusi....bila airkeen kata " saya tak bertunang lagi", aku pun senyum senyum kambing walaupun senyum ku sumbing !!!!hehehehe...bila airkeen kata " saya kawan biasa dengan yazer"..aku pun sapu wajah ku ala ala lepas baca doa kesyukuran!!!!hehehehe....bila airkeen kata " tak der makne yer", aku pun tersipu sipu senyum yang mengundang pandangan sinis yang diluar bilik pejabat aku...arrgggg persetan kelian yang tidak mengerti apa yang aku lalui !!!! huhuhuhu....bila airkeen nyanyi lagu jawa, aku terkilan mengapa tiada darah jawa mengalir dalam badan ku ini!!!!ahaks ahaks ahaks...

...malamnya ku tonton diary yang ada bacaan wasiat dan aku terharu melihat kembali VT hari hari airkeen di akademi....ku baca setiap chatting peminat dengan airkeen di channel 15!!!

Selasa

......aku tonton muzik@ ria , maka seronok tak terhingga aku melihat wajah jelita si Puteri Labuan.....setiap rekahan senyuman menjadi igauan dan setiap pertanyaan Hani bisa membuat aku menggigit jari dalam debaran.....airkeen cantik berbaju merah dan menyanyikan lagu jepun dan lagu jawa...gumbira aku tidak terhingga...terserlah sudah akan muncul bintang dari Labuan...

Rabu dan Khamis..

...hidupku kembali suram dan aku mula merasa seram seram di badan, aku demam !!!!huhuhu...aku gagahi diriku menjalani hidup tanpa airkeen ku...huhuhu....apa apa pun, tiada beza sayangku pada airkeen dengan nija dan farah ....heheheh...cover line beb!!!....aku MC untuk hari khamis...walaupun demam ku tiada kena menggena dengan airkeen, namun aku gumbira aku demam!!!!huhuhuhu...tiada kisah airkeen

Jumaat,

..aku tonton diary ada segment airkeen bertalipon dan aku seronok kembali walaupun lagu " mengapa harus cinta" terhadap yazer menyebabkan temperature badan ku naik kembali???!!!!ahaks ahaks ahaks....

...lepas maghrib aku ikuti wawancara airkeen dengan nila kurnia di radio era dan seronok aku mendengar airkeen lebih yakin dengan dirinya...airkeen sebut " what the blur" dan aku suka sesangat...huhuhu...airkeen pun ada nyanyi gak....

...tapi yang hampir pasti aku seronok dengan trekselebriti dengan Jimmy Shankley....yezzzerrrr...airkeen nampak ceria dalam trekselebriti dan dia ada sebut " kadiaku"...hehehehe...mesti tu dia nak bagi recognition pada kadiaku yang merupakan peminat airkeen nombor satu......it was fun to watch jimmy suka kat airkeen dan main main air katy desa waterpark....ekin pun pergi ke menara KL dan juga Festival film.......airkeen juga menyanyikan semua lagu yang beliau nyanyikan dari konsert prelude ke konsert ke 7...that's was fun indeed...

hari ini semestinya aku akan mencari cari airkeen di bawah stage, tapi yang pentingnya ialah kalau ada afmasuk, aku harap airkeen akan menjadi strong contender untuk ke final.....

....aku yakin demam aku akan kebah tiba ahad nei, dan ahad adalah hari baru dengan semangat baru....

apasal aku tulis benda nei semua ???!!!..actually aku dah boring dah duduk rumah makan ubat nei....aduh !!! tak sanggup aku hidup macam nei, nak tidur pun tak mengantuk plak!!...okke lah pantun aku untuk Airkeen..

Puteri Gunung Ledang, puteri khayalan
Puteri Labuan, cantik rupawan
Bakatmu Airkeen, disiakan jangan
Berusaha dan berdoa , formula kejayaan


wassalam....

Friday, July 22, 2005

Siapa yang tersingkir minggu ke 8 ???

Assalamualaikum,

.....minggu ke 8 AF1 merupakan minggu semi-final kerana dalam AF1 ada 9 minggu pertandingan dan 7 minggu penyingkiran apabila ditolak minggu pertama dan minggu final AF1...dalam AF2 ada 10 minggu pertandingan dan 7 minggu penyingkiran apabila ditolak minggu 1 dan minggu 2 yang tiada penyingkiran dan juga minggu final...

..dalam AF3 ada 10 minggu pertandingan dan hanya satu minggu tanpa penyingkiran dan minggu final maka ada 8 minggu penyingkiran.....so untuk Af1 dan Af2, minggu penyingkiran ke 7 ( minggu pertandingan ke 8 dan 9 respectively) ada merupakan semi-final dan dalam minggu ini Sahri terkeluar untuk AF1 dan Mas terkeluar untuk AF2.....dan dalam hal ini, minggu ke 7 penyingkiran dalam Af3 ini masih minggu penyingkiran biasa dan hanya minggu depan merupakan minggu penyingkiran semi-final.....maka dengan ini bermaksud ada 2 minggu lagi sebelum malam konsert final selepas konsert ke 8 yang akan berlangsung esok.....

..aku merasakan AF3 akan hilang 'sex appeal' yer sekiranya ia terus dalam keadaan sekarang ini...memandangkan Af3 bermula dengan konsert prelude maka sebenarnya AF3 sudah berjalan lebih kurang 10 minggu dari tempoh konsert prelude.....ini adalah satu tempoh yang agak lama dan untuk maintain the 'AF craze' for another 2 weeks , aku merasakan bahawa akan berlaku kexutan minggu ini untuk maintain minat semua pada AF3.....atas dasar ini aku merasakan ada kexutan yang lain dari yang lain dalam konsert esok....

so. sebelum aku beritahu apa bentuk kexutan yang aku rasa patut atau akan berlaku , biar dulu kita tengok kepada kedudukan pelajar minggu ini.....

..selepas penyingkiran Ekin minggu lepas, maka Marsha sudah tiada pencabar lagu maka marsha masuk ke dalam group 1...so grouping minggu ini...

1) mawi, felix dan marsha - sure finalist
2) amylea dan akma - still fighting for one place for female student from semenanjung
3) Yazer dan kefli - fighting for one mores lot for male student...

.....dari sudut prediction, maka aku merasakan minggu ini student lelaki tersingkir maka aku rasa this week is a straight fight between yazer and kefli.....so sebelum aku cerita pasal pertandingan satu lawan satu antara kefli dan yazer ini dan kexutan....marilah dengar citer kelakar aku nei dulu....hehehehe...

..kalau minggu lepas joke aku berkisar 'cuci kain' , maka minggu ini berkenaan dengan pengantin baru.....memandang Ekin baru nyanyi lagu jawa kat radio era dan muzik @ria, maka lagu latar cerita nei mesti dibayangkan lagu jawa nyanyian ekin dan kisah ini adalah cerita melibatkan orang jawa sebagai gesture of respect to mawi yang menjadi anak jawa paling popular di dunia sekarang nei.....huhuhu....

..kisah yer begini.....selepas populariti mawi berjaya memertabatkan keturunan jawa di malaysia, mak ramailah yang anak lelaki yang dulu yer menggutuk perempuan jawa sebagai jawa totok dan sebagainya, teringin memiliki gadis jawa sebagai isteri....

..maka satu hari adalah mamat yang bernama razali dari melaka yang berjalan jalan ke parit sulong di Johor dan semasa itu berjumpalah beliau dengan si gadis jawa yang bernama maryati bte paijan....setelah berkenalan maka tiba bertemu jodoh mereka 6 bulan kemudian....memang sama padan dan sama darjat maka mudahlah si razali diterima oleh wak paijan.....wak paijan bukanlah kaya sangat tetapi bukan pulak daif pula, sederhana segalanya majlis perkahwinan...

..maka setelah malam tiba, berdebarlah hati pengantin baru ini...setelah di sindir sindir , akhirnya kedua dua mempelai pun masuk ke bilik peraduan pengantin....sebagaimana adat atau kebiasaan, tapi semua pengantin baru macam wajib mesti 'projek' gak malam pertama tu waimah yang kahwin kena tangkap basah....

..selepas berborak borak malu pasal persandingan dan sebagainya, maka bermula episode cinta sebenar ( marriage is a license to sex , bak kata kawan aku dulu).....maka dalam malu, bermula kedua suami isteri baru ini menjalankan tanggungjawab batin yang pertama....

..tengah tengah belajar dilautan dalam, si maryati terperasan ada orang tengah skodeng diantara lubang lubang penemu papan bilik ini....maka berkata dalam telo jawa si maryati pada razali bahawa ada orang mengintai.....dalam suara keluar tak keluar maryati berkata " urenggg, urenggg"....mendengar rintihan si isteri, maka razali bertambah bersemangat mendayung...si maryati berkata lagi, " bang, urengg, urengg ".....si razali makin naik shiekh lepas tu.....si maryati tak faham juga mengapa abang yer macam dirasuk hantu, lalu dikuatkannya suara dia lagi " bang!! ureng ureng!!"...lalu si razali pun berhenti dan berkata seolah olah keciwa " kurangg, kurangg...apa yer yang kurang , tolo pun dah masuk!!!!!"......ahaks ahaks ahaks...( original joke aku baca kat website gelihati , tak silap aku).....

moral fo the story : reapir lar rumah sebelum kenduri kahwin!!!!.....

okke now back to the prediction for penyingkiran.....kalau dilihat dari segi performance, maka yazer ada edge ke atas kefli ...yazer lebih konsisten dan dengan jawatan ketua pelajar mungkin memberi kelebihan pada yazer......kefli telah gagal memberi persembahan yang diharapkan dalam 3 concert yang melibatkan lagu M.Shariff, lagu SM Salim dan lagu Inggeris minggu lepas...sekiranya ada Piala Sumbangsih , maka Kefli adalah clear winner dan hujan lebat di klang valley seminggu ini adalah juga dikaitkan dengan nyanyian kefli di AF!!!!!!!...tetapi adakah 'saturday voters' masih mau menyelamatkan pelajar tercorot..kalau ini berlaku, maka kefli akan terselamat lagi!!!???....

..tetapi mengikut KADIAKU, pengunjung blog ini dan juga peminat kuat Ekin, bahawa ada seakan akan colloboration diantara penyokong Felix dan Marsha untuk mengenepikan Yazer sebagaimana mereka mengetepikan Ekin last week ( semuanya kehendak Allah jua)....tujuan penyokong felix dan marsha ini ialah untuk mengelakan undi dari sabah tidak pecah banyak untuk membolehkan felix dan marsha berjaya di final....sekira ini berlaku, maka Yazer dalam bahaya....tetapi aku personally merasakan Yazer mendapat afundi bukan dari sabah sahaja malah dari luar sabah yang memungkin beliau bisa selamat minggu ini...

okke sebelum aku buat prediction aku, maka aku nak cerita apakah kemungkina kexutan di konsert minggu depan ......

..aku merasakan ada Penyingkiran Berganda esok yang membolehkan minggu depan iaitu minggu ke 9 minggu rehat kepada 5 pelajar yang confirm ke final ( semester break), so dalam minggu ke 9 akan diadakan Konsert AFMASUK /Wildcard concert untuk pelajar pelajar yang tersingkir termasuk lah yang tersingkir dari konsert prelude..samada mereka ini akan masuk akademi untuk seminggu atau tidak, aku tak sure.....tapi aku rasa mereka masuk akademi untuk afundi diaktifkan dan keputusan mungkin berasaskan 70% afundi dan 30% juri.....dalam tempoh ini, lima original finalist akan berpeluang untuk merasakan hidup diluar dan juga pergi ke muzik@ria dan trek selebriti.....perhaps, break ini akan memberi pelaung untuk mereka release tension.....aku juga merasakan 3 orang akan dimasukkan dari konsert afmasuk....

..sekiranya kexutan ini tiada, maka untuk minggu ke 8 aku predict ,

KEFLI

apa harapan aku konsert 8 ini ...

1) kexutan untuk Akma
2) kexutan untuk mawi
3) Rosyam Nor dan Siti Nurhaliza jadi pengkritik
4) aznil/astro buat ucapan maaf secara terbuka
5) Pak Lah dan endon datang tgk concert
6) performance student bagus
7) lagu bonus best
8) tiada masalah technical lagi
9) attire cantik dan sesuai dgn lagu ( kak ri !!)
10) aznil tak menjatuhkan airmuka penonton lagi..

...okke tu ajer lah ......ulasan secara on-the-spot untuk Konsert ke 8 dari Ilham boleh anda baca 5 minute selepas penyingkiran diumumkan ( unless ada kexutan,lambat sikit)...

Diary tengahari Hari Khamis -21/07/05

Assaalamualaikum,

..hari ini aku tak kerja sebab demam angau rindukan si Ekin...doktor cakap aku kena rehat sebab selsema dan batuk kuat sangat....masa doktor cakap tu aku buat lar muka sedih...pas tu doktor bagi MC 2 hari beb!!!!....huhuhuhu...aduh aduh...batuk balik aduh !!!...

so, hari ini aku boleh tengok diary dan alhamdullilah diary pun sungguh menarik...

..diary dimulakan dengan kelas vocal cikgu Adnan dan featuring marsha dan akma....sedap marsha nyanyi lagu KD nei walaupun pernafasan tak sempurna dan high tone hanya menggunakan folsetto dan cikgu kata sengau sikit pada part part tertentu..cara cikgu adnan mengajuk sengau tu memang kelakar!!!...

..lepas tu akma nyanyi lagu dangdut dan nampak dia quite comfortable dengan lagu nei tapi cikgu adnan suruh tambah lenggok supaya hujung lagu tak mendatar...

..lepas tu jeng jeng jeng...mascot maybank2u.com datang nak sungguh cute sekali perlakuan 'tiger' ini....sambil menari nari dan diusik oleh semua pelajar dan amylea menyorok belakang piano sebelah cikgu adnan sebab takut dengan 'tiger'...

..kemudian wakil maybank2u.com, azlina ( cun beb!!) beri penerangan pasal kebaikan pembankan internet dan bagi hadiah pada semua student...lepas tu aksi menarik 'tiger' yang menarikan tarian samazau ( spell!!) ala ala marsha, lagu menuju puncak, lagu Oh Fatimah dan sergah amylea sampai amylea cabut...memang best sangat part 'tiger' nei...

..lepas tu ditunjukkan cikgu linda mengeluh kat tipah2 pasal lagu hindustan yang selama 7 minit dan sungguh nak choreograph....lepas tu tunjuk plak budak budak berlatih sendiri lagu hindustan dan nampak bergaya si amylea menari ala ala seniwati bollywood....lepas tu ada main baling bantal..iaitu siapa kena bantal maka batal or mati...menarik sekali permainan nei dan nampak mereka enjoy ......

...kemudian ditunjukkan cikgu linda cara mereka menari lagu hindustan dan nampak dah ada bentuk tarain mereka..this is looking great indeed...

...lepas tu, three....hehehehe....ada segment makan makan dan yazer jadi abang long...tengah makan datang mak bapak angkat keluarga nei iaitu seniman dan seniwati veteran Hamid Gurkha dan Yusni Hamid...segment nei memang sesuai dalam suasana budak budak nei rindukan belaian ibu dan bapa...

..Yusni Hamid ada sessi dengan pelajar perempuan dan hamid Gurkha dengan pelajar lelaki...

..banyak scene scene yang menarik yang aku nak rahsiakan supaya kelian tengok ulangan malam nei...memang ada touch yang berbeza yang tak dapat dilafazkan dengan kata kata , so menyaksikannya lebih bermakna....

...bagi aku, ini adalah salah satu diary yang aku minati dan akan ingati untuk AF3 ini....semua masa padat dengan action dan lain dari yang lain....

...walaupun aku masih mengharapkan tiba tiba muncul ekin dari dapur, namun ianya sekadar mimpi kosong belaka!!! huhuhuhu.... aku ada problem , aku sebut nama Ekin nei " airkeen"..siutt betul.."airkeen"!!!!...

..okke lah, aku tak larat nak tulis lagi dah, demam angau aku dah datang balik...nak makan ubat dan beradu seketika...

..esok aku publish entry prediction penyingkiran minggu ini...aku rasa ada kexutan minggu ini...so tunggu esok yer....

Thursday, July 21, 2005

AP vs AF ??!!!!! mana isu hebat Perhimpunan Umno!!!

Assalamualaikum,

..Pagi nei memang hujan lebat sampai aku lapar sangat nak sampai office, aku berhenti kejap makan roti canai kat kedai mamak..tengok paper NST dan Star gambar Kak Pidah nangis giler...sedih dan kelakar gak aku tengok sebab ala ala pelajar tersingkir...heheheh...so inilah nampak mata hati ku dari gambar Kak Pidah nangis tuuuu....

....Approved Permits ( AP) vs Akademi Fantasia ( AF)...manakah isu yang kan menjadi topik hangat perhimpunan um-no yang akan bermula esok....

....isu AP telah menampakkan ciri ciri AF bila Datuk Seri Rafidah Aziz menangis dan merintih ala ala pelajar tersingkir apabila isu AP dibincangkan dalam satu sidang akhbar!!!!ahaks ahaks ahaks....ada juga ciri ciri AF dan kes AP bila 'penyokong fanatik' yang taksub dengan seorang bekas pemimpin umno meminta Rafidah Aziz meletak jawatan!!!!!huhuhuhu...

..agaknya kalau diberi dedicated channel macam C@15 khas untuk bincang isu AP nei, macam mana lah agak yer bahasa depa orang orang politik ini yer???!!!!ahaks ahaks ahaks...

..maka adakah penyingkiran di perhimpunan um-no kerana AP ala ala penyingkiran pelajar dalam AF ??!!!!!huhuhuhu...this is getting interesting....

....kalau AP dibincangkan atas stage oleh pemimpin umno, maka AF menjadi topik bualan perwakilan umno di bawah stage ???!!!!...

..,Pak Lah or Pak Pengetua?? Mawi or Mahathir!!!, Amylea or Azalina,Marsha or Isa ?? akan menjadi topik topik yang berbeza di atas dan di bawah stage nanti....

..mungkin um-no Sabah nak bangkitkan isu intregrasi nasional terbantut pasal gurauan terlebih astro yang depicting marsha dan felix macam orangutan???!!!!..adakah character aznil atas pentas AF yang dikatakan tidak menjadi contoh yang baik akan dibawa oleh um-no Kedah ???!!! atau um-no Johor nak berpantun pasal Mawi ???!!!!.....ahaks ahaks ahaks

..dalam tempoh AF 1 , AF2 dan hingga setakat ini dalam AF 3, secara kebetulan, belum ada isu isu lain yang berjaya overshadow AF dalam tempoh siaran late May to early August....adakah isu AP ini akan menjadi lebih hangat dari AF ??!!!!....tungguuuuuuuuuuuuuu....

....apa apa pun, aku harap janganlah ada rehat khas untuk tengok diary pukul 12 tengah hari ????!!!!!...........adakah rafidah akan tersingkir kerna AP ala ala 'character assasination' seperti apa berlaku terhadap Ekin dalam AF ??, adakah Pak Lah akan menengur rafidah secara terbuka di atas stage ala ala Pak Pengetua menegur Mawi di atas stage Imbasan Konsert ke 2 ???.....

..tapi sekiranya orang umno yang dilihat sebagai pendokong kedaulatan orang malay ingin membincangkan soal AF di samping soal AP, bincangkan lah perkara perkara yang lebih releven seperti;

1) harga afundi/sms yang mahal yang membebankan rakyat especially orang malay....
2) mengapa pengurusan tertinggi Maestro bukan orang malay sedangkan artis yang dilahirkan dari AF nei 99% orang malay menyanyikana lagi malay dan cater untuk malay entertainment market...sedangkan AF diterbitkan melalui rangkaian astro ria iaitu satu satunya channel malay dalam original astro production...
3) Maestro mendapat untung atas kelibat Bintang AF tetapi dari segi kualiti album, video clip menunjukkan tiada kesungguhan untuk memertabatkan Bintang AF....
4) mengapa Pengetua AF untuk dua musim ini dari Malay kelahiran Singapura, tidak kah ada malay asal usul malaysia yang cukup kaliber nak menjadi pengetua AF ??
5) Penggunaan bahasa kesat dan sensitif di Channel @ 15 boleh menjatuhkan maruah bangsa malay dan bumiputera sejagat.

dan mungkin banyak isu yang ada 'weight/merit' untuk diketengahkan tentang AF selain kisah AP dipersindangan um-no ini....

okke lah , itu saja....apa apa pun.....reformasi tetap reformasi....wassalam...

Wednesday, July 20, 2005

Warkah untuk EKIN.........

Kehadapan aweknda ku Ekin,

..mungkin kedatangan warkah yang tidak dijemput ini menggangu hari mu jua namun aku mengharapkan kau dapat meluangkan masa yang untuk menjamah nukilan 'Warkah untuk Ekin" ini.....walaupun warkah ini berbentuk 'special tribute', namun Ekin masih aku yakini akan berjaya ke final , insyaallah...

Ekin,

...warkah ini akan meninjau sejarahmu di AF3 dan juga harapanku dan nasihatku untuk bekalan mu di masa yang terdekat ini...sekiranya ada yang ku coretkan tidak senang dihatimu, maaf kupinta dari hujang kaki hingga ke hujung rambut dan sekiranya ada yang baik dari kata kata ku, jadikan teladan dan kalau ada yang kurang molek, jadikan sempadan...

Ekin, inilah perjalanan hidupmu di AF3 dari santapan hati Ilham...

..dilahirkan pada 11hb September, 1984 di W.P Labuan, Norashikin binti Abd Rahman adalah anak bongsu dari empat orang adik beradik yang kesemuanya perempuan....untuk pengetahuan Ekin, Ilham pun anak bongsu dan dilahirkan di Wilayah Persekutuan jugak...kalau Ekin W.P Labuan, saya W.P Kuala Lumpur.....dan jika Ekin berketurunan Malay Brunei , saya juga ada cabang darah Malay Bugis....kira dekat juga lar bunyi Brunei dengan Bugis tu kan sayang!!!....hehehehe...( syok yer ada blog sendiri, cakap apa pun tak payah minta izin!!)

Image hosted by Photobucket.com

...sebelum menyertai Akademi Fantasia, Ekin adalah penyanyi bagi Kebudayan dan Kesenian W.P Labuan ...kedatangan Ekin ke AF3 telah disambut meriah oleh masyarakat setempat sehinggakan upacara menghantar Ekin ke airport telah diiringi polis ronda dan juga cuti di negeri Labuan ( iyer lar, hari ahad kan!!!)....semangat dan harapan orang Labuan terhadap Puteri Labuan menjadi bekalan untuk beliau mencuba nasib di konsert Perlude...

Ekin

... di konsert prelude, persembahan ekin menyanyikan lagu Dia Di Hati memang baik sekali dan tidak menghairankan Ekin berjaya masuk ke AF3 sebagai pelajar pertama dari Pulau Labuan...yang nyata di mata ku, kau mempunyai suara yang jelas dan tone yang sedap di samping mempunyai wajah dan personaliti yang menarik....namun aku tidak langsung ada rasa minat mendalam terhadapmu waktu itu lagi mungkin kerna kau cantik sangat kot!!....

Image hosted by Photobucket.com

..persembahanmu di konsert pertama membawa lagu Maya Karin cukup baik dan kekuatan low tone Ekin terserlah ( kalau ikut terminology 'wali' dari syam kamikaze, maka Ekin ini aku ibaratkan sebagai "Wali Low Tone"....ahaks ahaks ahaks)....cara pembawakan diri Ekin di atas stage sungguh menawan hati yang memandang dan tidak hairan mengapa ramai pengkritik yang memberi perhatian awal pada Ekin....

..persembahan Ekin di konsert kedua dengan membawa lagu Anita Sarawak iaitu " Joget Sayang di Sayang" seolah olah menunjukkan versatility Ekin dalam bidang nyanyian...namun di diary, character development Ekin terbantut kerna comment Cikgu Ee yang seakan akan menyatakan Ekin tidak memberi keseluruhan diri Ekin dalam memainkan watak menggoda bersama Felix untuk lagu ini....di saat ini juga aku melihat satu insiden yang terus membuat aku jatuh cinta padamu iaitu bila Ekin berduet dengan Yazer di bilik Aktifkan menyanyikan lagu "Dua Insan"...merdu dan gemersik suara Ekin terserlah sungguh dan aku terpesona dan terus memberi title 'aweks angkat Ilham ' yang meletakkan Ekin sebaris dengan Nija dan Farah!!!.....huhuhu

Image hosted by Photobucket.com

....minggu minggu berikutnya melihatkan Ekin mempersembahkan lagu Mimpi Sedih dan Antara Dua....walaupun persembahan Ekin tidak terserlah namun tidak pula tenggelam..untuk pengetahuan Ekin, Farah dan Nija datang untuk beri semangat pada madu angkat mereka untuk lagu Antara Dua...Ilham nangis malam tu!!!!ahaks ahaks ahaks....pepatah baru " Kerna Mulut, Badan Berbaloi !!"......tetapi kisah Ekin ditegur oleh M.Nasir masa bersandar di piano menjadi perbincangan semasa dan di sini jugalah episode tel-novel Ekin dan Yazer diketengahkan....

Image hosted by Photobucket.com

..sejarah kemudian dicatat bila Konsert AF di buat secara terbuka dan abang pergi tengok reherasal tu tau ( eh, terlepas plak abang!!!)....sejarah juga akan mencatat bahawa persembahan Ekin menyanyikan lagu "Let's Get Loud" adalah salah satu persembahan lagu Inggeris yang terbaik dalam sejarah AF...tahniah sayangku.....huhuhuh!!!!!

....episode Amylea/Akma menenggelamkan character Ekin dalam diary dan persembahan yang kurang mantap untuk lagu Warna memberi impact pada peratusan Ekin....by the time minggu ke 7 bermula, Ekin telah menjadi sasaran utama untuk penyingkiran minggu ke 7.....kes Ekin dan Mawi telah menyebabkan character Ekin dipersoalkan dan sebagaimana ditakdirkan Ekin tersingkir di minggu ke 7 dengan lagu " Maafkan KepergianKu".....penyingkiran Ekin selepas persembahan yang mantap untuk sebuah lagu yang amat susah adalah dipandang sebagai penyingkiran bermaruah.....

Image hosted by Photobucket.com

..walaupun aku sedih namun aku redha dan dalam kesabaran aku mengharapakan Ekin akan menjadi strong contender untuk AFMASUK( jika ada)...abang sekarang tengah apply loan dari World Bank untuk persediaan awal AFMASUK...hehehehe!!!!!!

Ekin,

..sekarang ini, dugaan sebenar telah tiba, AF adalah Fantasy world dan apa yang Ekin akan lalui selepas ini adalah kenyataan hidup untuk Ekin mencapai cita cita...

Image hosted by Photobucket.comImage hosted by Photobucket.com


Ekin,

..gambar madu angkat Ekin saya letakkan untuk Ekin belajar beberapa perkara yang Nija dan Farah buat yang Ekin harus jadikan teladan.....untuk pengetahuan Ekin, Nija dan Farah ;

1) tidak pernah melupakan peminat/pengundi mereka, mereka bersalam dengan ikhlas dan tidak memilih milih peminat.....Farah pergi memberi sokongan di sukan untuk golongan istimewa untuk menyokong ahli FFC yang bertanding...Farah pergi menonton theater yang di mana Cikgu Fauziah Nawi berlakon....begitu juga Nija, tidak pernah lekang mulut beliau mengucapkan terima kasih pada mereka yang menyokong beliau..

2) Farah dan Nija hormat pada wartawan dan menepati masa....mereka sangat berdisplin walaupun quite outspoken....mereka jaga penampilan diri , lebih lebih lagi dari segi pakaian..

3) Farah dan Nija tidak lari dari peminat, tidak takut pada peminat dan tidak berpura pura depan peminat...

Ekin, belajarlah dari madu angkatmu itu bahawa tanpa peminat dan sokongan wartawan, anda tak akan kemana di dunia hiburan ini...

Ekin, inilah guideline abang untuk Ekin.

1) Hormat peminat sentiasa, jaga hati peminat samada yang undi 1 atau yang undi 1000..
2) Jaga pakaian, jangan pakai baju yang sama, jangan pakai seksi dan jangan pakai gaya yang sama ajer....kalau boleh jangan suka pakai tube, ...abang jeles tau!!!!huhuhuhu
3) betulkan cara bercakap, biar perkataan yang dikatakan jelas dan nyata..Ekin suka mengunyah perkataan...fikirkan apa yang nak dicakap dan susun perkataan...apa yang dikata mencermin keperibadian kita....cakap dengan jelas yer....
4) dekati dan kenali wartawan....jaga ketepatan masa, salam semua orang yang berjumpa Ekin, jangan bezakan wartawan senior atau junior, sebab yang junior akan jadi senior jugak nanti..ingat, anggap setiap interview sebagai interview kerja, buat homework dan ambil nombor telefon wartawan dan jangan kedekut senyuman...selalu bawak pen dan buku nota masa interview dengan wartawan...
5) bila ada persembahan , pilih lagu yang sesuai dengan Ekin, beri yang terbaik walaupun persembhan dekat shopping complex, ingat...penonton yang datang tu mengharapakan meraka dihargai kedatangan mereka......
6) sekiranya ada masalah, jangan ditunjuk masa persembahan, itulah namanya professionalism...jangan putus asa dan jangan meminta minta....
7) dengar cakap brother Aman "world" dan mintak nasihat dari beliau...dia tau ekin aweks angkat Ilham...
8) jangan lupa diri, jangan lupa ibu bapa dan keluarga, jangan lupa asal usul, jangan lupa perbaiki bahasa inggeris, jangan lupa terus belajar teknik nyanyian dan persembahan...
9) berpada pada dalam semua perkara, bila kita berpada pada, selalunya ianya sesedap rasa...namun sekiranya ada jodoh kita, di malam pertama janganlah berpada pada yer, belasah ajer lar beb!!!hehehehe.....power ayat ayatan aku siuttttttt!!!!huhuhu
10) Usaha dan doa kena seiring, berusahalah dan jangan lupa sembahyang walau dalam mana keadaan sekalipun....buat jamak dan kalau tak leh gak, qada sembahyang.....tapi jangan lupa pada Allah swt...

Ekin,

....malam ini kat muzik@ria, boleh tak Ekin nyanyikan lagu Jawa yang Ekin nyanyikan semalan kat radio era dan hadiahkan untuk semua orang jawa kat malaysia nei yerk.....kalau tiada AFMASUK, maka masa final nanti iaitu segment pelajar tersingkir, bawak lagu Let's get loud yer or lagu anita sarawak tu...jangan pilih lagu yang ekin minat tapi orang tak tau okke....sekiranya ada AFMASUK KONSERT, Ekin cuba bawa lagu " Kau pergi Jua" atau lagu yang ada range yang besar....jangan ambil lagu senang tau...

akhir kata, teruskan usaha dan perjuangan Ekin dan jadikan kekecewaan dan airmata malam pemyingkiran sebagai semangat untuk terus berjaya dalam mencapai cita cita Ekin....I love you Ekin!!!!huhuhuhu...syok yer ada blog sendiri!!!!

Image hosted by Photobucket.com

source pictures : Akademifantasia, Farah YG, NijaFan Club

kepada keluarga ekin, penduduk labuan, Ekin FC dan semua penyokong Ekin , ilham blog ingin ucapkan tahniah kerna menyokong ekin dan jangan berhenti menyokong...nasihat saya, simpan kredit yang ada untuk AFMASUK dan jangan kalau nak menggundi pelajar yang lain undi ala kadar dulu setakat hari sabtu...sekiranya ada AFMASUK, kita perlu bersama sama membawa Ekin ke final , insyaallah......Iklan tetap Iklan....

Yang menghormati bakat dan diri Ekin,

ILHAM

Tuesday, July 19, 2005

Imbasan Minggu ke 7

Imbasan Minggu Ke 7
Entry ini adalah meninjau scene scene yang worth a mentioning dalam minggu ke 7…walaupun aku masih lagi dalam tempoh ‘mourning’ atas penyingkiran ala ala “selective prosecution’ dengan menggunakan pendekatan “character assasination’ terhadap aweks angkat aku..hehehe..namun aku teruskan usaha aku untuk memertabatkan AF sebagai the premier reality tv show and/or talent search show this region….

CONCERT

….aku suka konsert 7 dari segi kualiti persembahan pelajar except for one or two students performing below par….aku tertanya tanya mengapa kefli tak boleh hafal satu lagu punyer lyrics bila Felix kena hafal almost 2 and the half songs ( fantasia bulan madu, part of lagu Akma, back-up for marsha dan lagu bonus )..….

…..VT depicting marsha dan felix dari species orangutan adalah sedikit below the belt…perhaps, konsert production team dah tiada creativity yang membina hingga stoop to the level of humiliating the students…kudos to felix for maintaining his composure although it was obvious he was stunned with the so called kexutan stunt by the production team…. tapi, aku appreciate yang astro beri lebih pendedahan pada pelajar Sabah sebelum menyinggirkan Ekin...not bad at all...

Persembahan yang menarik jatuh kepada Akma ,featuring Felix…..adakah ini persembahan terbaik Akma or adakah lagi ‘hidden strength’ Akma yang kita tak ketahui lagi??…..Amylea juga berjaya menunjukkan versatility beliau whilst yazer cementing his position as the next generation of rockers to rock the country…..Ekin was marvelous in her own quite way ... marsha and mawi performed quite steady but nothing spectacular …but felix was quite disappointing for two straight weeks dan kefli was really a total failure….

,,pengkritik agak berlapik dalam kritikan mereka except for zainal alam terhadap ekin!! ( masih lar aku tak puas ati…hehehehee)…maksud aku , kalu nak comment vocal pelajar, komen semua , jangan pilih pilih…..regardless, pemilihan pengkritik amat tepat…. bagi aku tak mengapa bagi komen yang pedas , tetapi komen biar berasas dan menumpukan kepada nyanyian dan persembahan...biar komen agak panas, tapi tidak menjatuhkan mertabat dan airmuka pelajar, keluarga dan penyokong mereka, komen tak apa kontroversi tetapi biar across the board iaitu jangan meilih milih pelajar untuk memberi kritikan kontroversi...pengkritik harus datang dengan hati yang kosong bahawa mereka tidak ada favourite student sendiri atau anak bini...bagaimana baik sekali persembahan, mesti ada room for improvement, di sini kepentingan pengkritik itu muncul....pengkritik juga tidak harus takut dikritik selagi pengkritik itu ikhlas dan berilmu dalam mengkritik....

Selepas itu ada segment pelajar tersingkir menyatakan pelajar yang belum tersingkir yang mereka yang sokong??!!..dari analisa aku, segement ini sebagai signal kepada FC pelajar tersingkir siapa penyokong mereka patut menggundi!!!…

.. agak pelik juga bila nama mawi dan ekin langsung tidak disebut dan mengapa setiap pelajar tersingkir hanya diberikan peluang untuk menyebut dua pelajar sahaja….adakah segment ini bertujuan untuk FC FC semua pelajar tersingkir untuk bersatu menjatuhkan ???!!!…lagi satu, kata kata Fuad terhadap Mawi agak offensive!!……

....bagi aku, segment ini akan memecah belah pelajar pelajar AF3 dan sekiranya AFMASUK ada, maka penyokong Mawi akan retaliate dengan tidak memberi vote untuk pelajar pelajar ini nanti kerana kalau diamati betul betul, seolah olah nama Mawi sengaja diketepikan??!!!..… segment ini seolah olah pelajar pelajar tersingkir menikam Mawi dari belakang...apa jenis berkawan budak budak AF3 nei pun aku tak faham.......

DIARY

..aku kena confess yang tengok diary sebab aku tengok tapi bukan aku tengok sebab aku seronok tengok.......aku missed 3 segment diary last week sebab aku tak boleh nak tengok muka cikgu marlia, cikgu CT hajar dan cikgu adnan….sessi cikgu cikgu mengumpat pelajar sendiri itu sungguh memalukan profession perguruan atau guru guru professional.....satu masa dulu, aku pernah cakap kat mak( mak aku bekas guru) bahawa sepatutnya ada guru guru dalam AF2 nei patut dicalonkan sebagai Tokoh Guru kerana peranan mereka memertabat profession perguruan dengan semangat, dedikasi, skill menggajar dan sikap toleransi terhadap pelajar yang mereka tunjukkan....tapi sayang seribu kali sayang, pernyataan yang sama tidak boleh diberi untuk tenaga pengajar untuk AF3 ini.....bayangkan, setiap pelajar menyatakan betapa tense hidup dalam akademi!!!!..so Pak Pengetua, lakukan sesuatu sebelum anda digelar sebagaio Pengetua yang menjahanamka kredibiliti perguruan dalam AF....

......aku juga merasakan babak babak askar yang aku lihat seolah olah memperbudak budakkan pelajar lelaki…it was funny pada mulanya, tapi sampai satu peringkat agak memualkan…tapi apa yang mereka produce masa pengenalan diri di konsert memungkinkan apa yang aku katakan adalah tidak tepat..

menonton diary raise more questions than answer..adakah tujuan astro untuk suruh orang tengok Afextra??!!!..macam nei lah, why not buat satu channel ala ala showcase channel iaitu siapa nak tengok entended diary bayar RM10 sebulan dalam satu dedicated channel..…ini sebab tak semua orang ada broadband dan streamyx ..so kalau nak buat duit jugak, bukak satu channel diary berbayar..i don’t mind paying….. sebab dairy suppose to be the segment kita melihat development pelajar dari segi nyanyian dan juga personaliti....

SATURDAY VOTERS

...kemana menghilangnya saturday voters minggu ini bila persembahan gilang gemilang oleh Akma tidak di reward oleh 'saturday voters'....akma berkedudukan 8% sama dengan Ekin selepas undian ditutup dan yang membezakan kedua pelajar ialah kiraan undi yang mungkin kurang dari 100 undi ( ini aku tambah lar nak sedap kan hati!!!...huhuhuh)...

....aku juga kecewa 'Saturday Voters' meneruskan tradisi menyelamatkan pelajar tercorot walaupun jelas pelajar tercorot musim ini tidak sama dengan kualiti pelajar tercorot musim AF2 iaitu Farah dan Nija pada AF1....

..walaubagaimanapun, Amylea masih mendapat undi 'Saturday Voters" dan semestinya Mawi, ada rumours kata peratusan Mawi sebenarnya jauh lebaih tinggi dari apa yang dipaparkan???...aku rasa ada logiknya kerana bila pelajar masih ada 14 orang, peratus mawi pernah mencecah 56% dan untuk peratusan itu tiba tiba turun adalah agak kurang mudah diterima akal...sebab dari trend trend afundi yang aku kenali, penyokong tidak berhenti afundi selagi pelajar itu berjaya dan selalunya afundi ditambah dari minggu ke minggu dan bukan dikurangkan....so, peratusan mawi yang tidak bergerak ini memungkinkan ada tangan tangan ajaib yang cuba bermain teka teki dengan peminat AF3 untuk memberi kesan saingan dalam peratusan pelajar...

..aku still maintain theory aku bahawa astro/production team ada budget mereka sendiri untuk setiap minggu ( aku katakan dalam 20,000 undian seminggu) untuk membantu pelajar pelajar yang mereka mahu kekalkan dan dengan itu memberi kesan kepada pelajar yang mereka mahu keluarkan.....dari analisa aku juga , dua penyingkiran sebelum ini melibatkan aidil dan ekin juga boleh dikaitkan dengan strategi orang dalam...kedua dua pelajar ini diletakkan menyanyi sebelum Mawi yang menyebabkan receiving counter untuk dua pelajar tersingkir ini jammed oleh kerana undian masuk untuk mawi.....tapi yang hairan, peratusan mawi masih tak naik naik jugak???!!!...ermmmm....

ILHAM’s Personality Chart ( IPC )

1) Felix dan Mawi
3) Yazer i
4) Akma
5) Marsha and Amylea
7) Kefli

…..actually bukan Felix atau Yazer berkembang ‘character ‘ mereka tetapi rasanya ‘character development ‘ Mawi yang agak menurun…

.......walaupun mawi remain diatas carta tetapi 'character development" Mawi akan mula dijadikan isu untuk menjatuhkan Mawi selepas ini.... persoalan Pak Pengetua tentang kesesuaian Mawi sebagai ketua pelajar, mimik wajah budak cacat yang pasti mengundang rasa kecil hati bagi ibubapa yang mempunyai anak yang cacat bakal di 'scrutinize' selepas ini…adakah mawi sudah mencapai tahap ‘kaduk naik junjung’ dengan jawatan ketua pelajar yang beliau sandang?? ataukah ini Mawi juga sudah sampai tahap tertekan dengan kehidupan dalam diary ??..kata kata " apa lagu pun saya belasah ajer" mungkin menunjukkan keberanian bila pertama kali di dengar tetapi bila asyik diulang menunjukkan seolah olah tidak mawi tidak serious dalam usaha beliau untuk menjadi penghibur yang berjaya...harus diingatkan juga kepada peminat mawi, kata kata yang boleh ditakrifkan sebagai bongkak dan riak dalam Channel @ 15 memberi kesan kepada perkembangan personality Mawi..kalau kelian sayang mawi, kelian bertanggungjawab memertabatkan Mawi dan bukan contribute kepada kejatuhan mawi...3 minggu is a long way to go dan dalam marathon, 3 kilometer terakhir adalah amat crucial sebelum dan 500 meter dash....

Felix naik ke singgahsana kerana sikap sporting beliau masa VT orangutan, ketibaan tetamu awie dan amy yang memberi penempuan kepada Felix ….Yaser maintain sebagai Mr.Cool dan segment kexutan dengan bapanya adalah sangat memberi markah kepada perkembangan character kepada Yazer…

Akma naik ke tempat ke 4 atas dasar recovery beliau dari kejatuhan charcter beliau dalam episode akma/amylea….nasihat aku pada akma, sekiranya ada desakan “Mat Enterframe” untuk kenen dengan Felix, play to their games..jangan lari dari permainan astro ini, amy disingkirkan kerana tidak memainkan watak tele-novel dengan aidil to the fullest…tele-novel yazer dan ekin juga menyebabkan menyebabkan ekin tersingkir bila yazer back-off….

..marsha agak menonjol minggu lepas tetapi lebih kepada mencari ‘camera’….satu scene beliau melihat dulu ke arah tipahtipah bila mengajar kefli menyanyi…..amylea bisa naik atas lagi dalam character development dengan scene menggajar mawi menari tetapi scene scene beliau tidur masa amydan awie datang agak tidak appopriate….mengapa amylea menggantuk teruk sangat ???….

kefli cuba memulakan tele-novel ‘fake’ dengan marsha dan ini adalah sungguh tidak menyakinkan….tapi kefli humble and that’s a good point..

PENYINGKIRAN EKIN

….apa yang FC FC lain boleh belajar dari penyingkiran Ekin ialah bila production team astro attack your favourite student, FC kena react dengan menaikkan peratusan pelajar kesayangan anda…bila amylea dan akma kena attack, peratusan mereka naik dan ini memberi signal kepada astro untuk kekalkan mereka….tapi bila ekin kena attack, peratusan ekin tidak menampakkan ‘retaliation’ dari FC Ekin…ini memberi signal kepada astro bahawa Ekin tidak mempunyai support base yang kuat dan boleh di ‘sacrifice’kan….after all, penyingkiran Ekin tidak akan menggurang revenue astro sebab keuntungan yang dijangka dari Brunei tidak menjadi tahun ini….

..so nasihat aku ialah bila ada negative impact terhadap pelajar anda, react dengan afundi dan pelajar anda akan diselamatkan oleh astro….so, FC Akma,FC Yazer dan FC Kefli bersiap sedia, minggu ini mungkin ada attack atas pelajar kelian dan react bila kena attack..react dalam C@15 , react secara afundi dan react dalam forum forum resmi astro…you just might save your student for another week….

MAWI

….performance di konsert sederhana tetapi competent…harus diingat Mawi set the benchmark , maka mawi akan dinilai lebih sikit dari pelajar lain…yang penting mawi sudah menunjukkan improvement dari minggu lepas dan mungkin pressure dah mula dirasai oleh mawi….expectation beliau mungkin rendah tetapi expectation penyokong dan masyarakat adalah amat tinggi…

…maaf aku kalau aku katakana character development mawi menurun…dari seorang yang nampak ‘cool’ dan ‘collective’, mawi sekarang ini nampak menggelabah dan serabut…adakah jawatan ketua pelajar itu menganggu mawi??? Adakah mawi dah boring dalam penjara emas AF ??!!..

..tetapi yang nyata selepas felix gagal menyanyikan lagu dengan baik dalam 2 minggu berturut turut memberi laverage kepada mawi dari segi kualiti nyanyian….tetapi mawi harus diberi peluang untuk back-up nyanyian penyanyi lain untuk memberi peluang beliau menunjukkan kebolehan dia berduet pula…

..apa apa pun , selepas 7 minggu, mawi tidak akan lagi dilihat /dinilai sebagai budak felda yang , naïve, bekas qari, seorang pemalu yang ada raw talent tetapi akan dilihat/nilai sebagai kemungkinan beliau boleh dijadikan role model untuk nak muda, dapatkah beliau menyesuaikan diri dengan dugaan hidup sebagai artis, kekuatan pengetahuan/general knowledge dan character development….

..pemilihan pelajar pelajar tersingkir di konsert yang langsung tidak menyebut nama mawi sebagai bakal student yang akan berjaya adalah tikaman dari belakang dari 'kawan kawan ini' dan harus mawi sedar , jalan mencapai kejayaan itu akan penuh dengan kawan kawan seperti ini nanti....kepada mereka yang boleh memberi signal pada mawi, katakan kepada beliau supaya membawa character tenang/cool yang kita kenal dan minat masa dia mula mula muncul di kaca TV dulu...

…dalam bahasa singkatnya …"Mawi!! The honeymoon period is over"….good luck to you…..

ilhamnyanyian

Sunday, July 17, 2005

Analisa Konsert Ke 7

Konsert Ke 7

..baiklah malam ini juga aku akan buat analisa/ulasan secara sponton/on-the-spot commentary….

well, pengenalan diri ala ala askar agak menarik…ada kelainan yang memberi suasana meriah untuk konsert 7 ( cikgu marlia patut diberi credit untuk penegnalan diri yang menarik ini)…kalau ikut kedudukan peratusan sebelum concert,akma ,yazer dan amylea yang dalam bahaya..sejarah AF belum lagi melihat pelajar tercorot terkeluar…

Pengkritik 1 : Zainal Alam Kadir (known AF enthusiast )
Pengkritik 2 : S.Atan ( aku pernah tgk dia jadi jury di Rentak Juara, cakap berlapik)
Pengkritik Tetap : Khudsia Kahar – akan di compare dengan adlin malam ini…

PESERTA 1 – KEFLI – You To Me Are Everything..

Komen Ilham : the best thing about his performance ialah kefli cover performance towards the end…tapi dari segi nyanyian memang agak disappointing….kesian pun ada jugak tengok dia struggle…tempo/timing out, lupa lyrics dan suara agak flat..growling tak kena tempat…..( aku tak perkenan cara aznil sergah kefli masa interview)

Overall Performance : C-
Carta Selamat :mungkin selamat kerana peserta pertama…otherwise mungkin terkeluar


PESERTA 2 – AKMA – Bertahta di hati..

Komen Ilham :…fantastic!!!! Well done indeed akma…tapi ini adalah juga performance yang aku consider sebagai duet,so Felix kena diberi credit juga…tapi tak boleh dispute yang akma was totally a different person, in full control of her perfromance…aku tepuk tangan lepas dia nyanyi…that was really a fabulous performance..who needs x-factor when you are The AKMA !!!!!!!!!konicewa beb!!!aku rasa akma dengan felix tak berlakon!!!?? Ahaks ahaks ahaks..too real to be mere acting !!!…

Overall Performance : B+
Carta Selamat : selamat tapi next week crucial…cencaru makan petang….

PESERTA 3 – AMYLEA – Penawar Rindu

Komen Ilham : well!! what more can I say…amylea is the ultimate performer!!! Bagi dia microphone and dia transform….mungkin sebutan,lenggok dan pernafasan dia mungkin boleh dipersoalkan..tapi aku tak nak comment sangat sebab it takes years to master traditional/ghazal song and she did that in one week..well done…. Another great performance for tonite’s concert..

Overall Performance : B
Carta Selamat : Selamat tetapi Akma jadi strong contender dari sekarang…

PESERTA 4 – YAZER – Nazra Ku

…kexutan MAS AF2!!!!!…aku ingat Ella nak keluar!! Huhuhuhu….

Komen Ilham :…competent performance but not great…sebutan tak jelas dan pitching questionable…pernafasan dan stamina problem…as a self-confessed rockers, he should nail this song without much fuss…namun, persembahan bertenaga dan perhaps menghiburkan…tapi aku rasa kurang puas…still a commendable performance…well done…

..well kexutan yang menarik!!!..sedih juga tengok pertemuan bapa dan anak..inilah keunikan AF, well done indeed kamu, kamu dan kamu!!!

Overall Performance : B-
Carta Selamat : Selamat kot….

PESERTA 5 – EKIN – Maafkan KepergianKu…

Komen Ilham :..beautiful low tone, high tone yang tebal…pitching tak konsisten though…tapi overall, in full control of her performance…I like her singing tapi Ekin too tense….lagu susah though…..tapi ekin cute giler….dari sudut vocal technique, ekin telah menunjukkan kebolehan vocal technique yang tinggi…well done indeed…

Overall Performance : B-
Carta Selamat : tak sure. Insyallah selamat…

PESERTA 6 – MAWI – Oh Fatimah

Komen Ilham : …commendable performace..a bit flat dalam nyanyian tetapi persembahan yang baik….perhaps persembahan yang agak selamat….tapi satu attempt yang baik terhadap lagu 60an …see, aku rasa lagu nei one note lower yang menggurangkan dynamic dalam suara….walaupun nyanyian baik tetapi terlalu selamat….still ada improvement..well done…tapi menari jangan kangkang sangat!!!hehehehe…

Overall Performance : B-
Carta Selamat : Finalist on merit after tonite’s performance


PESERTA 7 – FELIX –Fantasia Bulan Madu

Komen Ilham : again Felix struggle …aku hairan mengapa felix tak boleh sampai masa tarik lagu ini….tak boleh ker turun kan key sikit supaya dia boleh sampai!!! I mean it was obvious that he was not attempting to hit the high note….the re-arrangement of the song was quite terrible…ini bukan forte Felix dan aku tak nak salah kan Felix…folsetto Felix tak menjadi dan ini adalah vocal technique yang belum cukup kuat…tapi Felix outstanding masa nyanyi dengan akma and that’s more than enough for me

Overall Performance : C +
Carta Selamat : Finalist…

PESERTA 8 – MARSHA – Jambatan Tamparuli

Komen Ilham :baju tak sesuai dengan lagu, otherwise okke, tapi ada terkucil at one or two parts dalam nyanyian….tone marsha memang sedap tapi lagu ini tak mencabar vocal marsha…tapi not marsha’s fault…well done indeed…

Overall Performance : B
Carta Selamat : Selamat

Memorable Moment: kexutan untuk yazer, performance Akma, Lagu bonus yang menarik tapi tak polish sangat, touch of sabah dalam konsert ini!!!! terima kasih…..good komen dari pengkritik dan khudsia nampak lawa malam nei!!!!..lagu menuju puncak lebih bertenaga….

Overall Concert Performance : B-

Penyingkiran : EKIN..well , a great journey and penyingkiran yang bermaruah...

Imbasan Minggu ke 7 selepas entry ini…