Wednesday, August 31, 2005

At last !!! aku nampak Farah !!! ahaks ahaks

Assalamualaikum,

..jam di dinding menunjukkan pukul 2.53 am tapi aku gagahkan badan ku yang longlai dan mata ku yang kuyu ini untuk merakam saat saat indah aku di KLCC tadi menyaksikan concert di ambang merdeka di samping menjadi saksi kepada kedatangan hari kemerdekaan ke 48 negara malaysia ini...

...lepas maghrib aku berada di kedai tom yam untuk dinner aku bila aku melihat berita TV3 yang menyiarkan segmen sambutan hari merdeka...datang gatal aku untuk menyaksikan sambutan ini secara 'live' dan aku teringatkan laman KLCC yang ada Farah ...yeap!!! macam mana kelian teringatkan mawi , macam tu lah aku teringatkan farah...hehehehe....lantas bergesa gesa aku menghabiskan nasi gorang ikan masin yang aku order dan aku terus merendah hutan batu kuala lumpur kampong ku ini untuk mencari KLCC....huhuhuhu...alhamdullilah , by 9.20pm aku sudah berada di KLCC dan kawasan parking exxonmobil ini sudah mula penuh dan aku hanya mampu duduk lebih kurang 100 meter dari stage ...namun aku rasa puas sebab aku sampai jua untuk menyampaikan hajat aku nak bertemu dengan the only aweks angkat aku yang aku tak pernah nampak secara live....

..namun aku masih gusar kerana 2 atau 3 attempt aku nak jumpa Farah sebelum ini tidak kesampaian sehingga aku memikirkan mungkin aku hanya akan bertemu farah ketika aku akad nikah dengan gadis pilihan ibu ku yang tidak kukenali siapa gadis tu , tup tup...masa akad nikah ropernya pilihan ibu ku itu ialah farah....hehehehehe...berangan tu free beb!!!...

Rosyam Nor memecah kebuntuan malam dan concert bermula sudah ...aku pun excited adjust duduk aku untuk dapat melihat stage dengan lebih jelas....manusia semakin ramai dan sudah mula terasa bahang manusia yang berhinpit himpit dan aku sempat menjeling kat aweks aweks di sekeliling ku yang memang dress to kill dan muka cun gilos...hehehehe...

..dalam aku tengah survey aweks aweks disekeliling aku, tiba tiba aku dikejutkan dengan kemunculan awal Mawi untuk membuat persembahan....Mawi nampak hensem malam ini tetapi agak sayang kerana beliau tampak jelas tidak bertenaga atau letih....mawi sudah tidak ada vocal energy sehingga lagu Aduh Saliha tidak mencapai prestasi yang biasa kita dengar dan suara serak ke arah nak pecahdan pitching yang agak berterabur ....obviously he was struggling to gain full control of the song and there was a sense of disappointment for a good 40 seconds among mawi's fan around my sitting area but perhaps thesseroja song perhaps saved the nite for mawi....

..apa yang aku nampak ialah mawi in berada dalam suasana keletihan yang amat sangat dan mental yang tertekan kerana attention yang beliau terima....unless a serious and immediate action taken to rest him from his hectic schedule, I would predict that mawi will collapse on stage sooner rather than later......daripada pengamatan aku, mawi has nothing left physically to offer and of he continues trying to please everybody , he will be in total exhaustion soon and his body will no longer react that will result in him collapsing on stage...mintak dilindung Allah swt tetapi aku dah warned yerk...

...BTW, aku suka lagu seroja yang also featuring zahid dan bob.....barulah aku dengar kemerduan suara zahid semula dan bob nampak bulat dan comel......

....tiba tiba Rosyam nor cakap " beliau bukan tempat pertama,kedua atau ketiga...bla bla bla...Farah AF2 dan Roy menyanyikan lagu "prayer"......aku terexcited yang tak terhingga hingga aku lupa aku dikeliling aweks aweks cun yang aku tengah main mata ....hehehehee...

...maka sejarah dicatatkan dalam hidup aku bila aku berjaya melihat Farah secara zahir dan bukan melalui kaca tv atau majalah majalah hiburan....walaupun sayup sayup saja aku dapat melihat kelibat farah di atas stage tetapi itu sudah cukup untuk mengundang rasa sebak dihati ku ini...oh!!! idola ku di depan mata ku, berbaju serba hitam dengan rambut tersusun rapi....tapi aku terperasan yang si farah yang aku sayangi ini jalan dia bersepah sikit....huhuhuhu....tapi beb!! suara power giler , teknik vocal terserlah, tone sederhana merdu, diction jelas dan penhayatan secukup rasa...personally, that was the highlight of the concert performance untuk aku , aku tersenyum from ear to ear melihatkan farah bernyanyi dan juga memikirkan " at last, impian aku menjadi kenyataan"...ahaks ahaks ahaks.....

..inilah hari kemerdekaan yang tak akan aku lupakan...perhaps 30/35 years from now , aku could tell my granchildren that i saw farah menyanyi secara live ....huhuhu...

..the nite was almost done after farah's performance and the rather rowdy and aggresive crowd did help me to decide to move away from the concert arena....the FRU came marching in and it was a bitter sweet memory of the heyday of reformasi to see the FRU in action again....

..i began to move away from the concert arena but was there long enough to see the firework on show...it was a marvellous sight indeed and despite my reservation on the true meaning of merdeka, i was very emotional during the singing of the national anthem although i was probably 500 meters away from the concert arena....

..however, the true excitement for me was the moment i saw Farah 'in-person' and all those hours of anxiety and frustration literally gone with wind the moment i saw her on stage....this girl is really special to me....i didn't know that until that moment of truth kat KLCC tadi ....Roy was probably on stage with farah but i would not even recognize anything even of you put godzilla beside her on stage that very moment!!!! ahaks ahaks ahaks....

merdeka !! merdeka !! merdeka !!!!..breep breep....

....nasihat aku ialah rehatkan mawi sebelum sesuatu yang serious berlaku pada mawi ini....i hope people around him are aware the consequence of mental depression and extreme physical exhaustion to a person....bear in mind, mawi is not a superman yer....

wassalam..

Tuesday, August 30, 2005

Di Ambang Kemerdekaan Mutlak....sudah bersedia??!!!

Macam Macam Ada !!!!

Assalamualaikum,

Kini baru aku sedari macam macam perkara berlaku dalam tempoh AF3 berlangsung yang aku ignore atau tidak beratkan langsung….

a) Ayah Pin dan Skykingdom
b) Pergolakan Mahathir vs Rafidah berkenaan AP
c) Dasar Ekonomi Baru nak diaktifkan
d) Harga Minyak naik lagi
e) King Fahd meninggal dunia
f) Perhimpunan umno
g) Helikopter terhempas lagi di Sarawak


Harga Minyak Naik lagi

Tanpa ku sedari rupa rupanya harga minyak dah naik lagi iaitu 10sen untuk petrol dan 20sen untuk diesel….dalam kita khayal dengan Mahal Na Mahal Kita , roper roper slogan sebenar ialah “ Mahal Minyak Mati Kita” ahaks ahaks ahaks…

…kesan kenaikan minyak ini akan hanya terasa bila ‘inflasi’ terbentuk bila harga barang dan perkhidmatan mula melambung dalam tempoh 6 ke 12 bulan…..harga tambang perkhidmatan awam naik yang menyebabkan harga barang naik dan dengan tingginya kadar pengganguran dan pengganguran paksa ( retrenchment dan VSS), maka inflasi juga akan menyebabkan masalah social……

…mungkin Bank Negara akan kata inflasi boleh dibendung dan ada kata review of pegging RM dgn USD akan boost new investment and reduce production cost immediately….

..apa yang aku terubat dengan kenaikan minyak ini or potongan subsidy kerajaan pada minyak inilah ialah kesannya kena pada semua orang…satu masa dulu, bila nak reduce government expenditure, yang kena dulu ialah subsidi baja atau subsidi bidang pertanian dan yang kena impact ialah orang kita tetapi bila minyak naik nei semua orang kena kesannya across the board….

Mahal Na Mahal Kita
Taj Mahal Tanda Cinta
Minyak Mahal Mati Kita
Akma dan Felix padan sekata

Perhimpunan Umno

Tak ikut sangat perhimpunan umno nei tapi bukan sebab AF3 tetapi sudah rasa jelek dengan rhetoric orang umno yang kononnya pembela bangsa dan agama….tapi ada isu yang baik tu aku kena ikut jugak….

Bagi aku isu AP, pergolakan rafidah dan mahathir, DEB adalah lebih kepada isu yang dibangkitkan untuk menutup kes Politik Wang….segala bentuk permasalahn orang malay tak kira parti boleh dibendung sekiranya kepimpinan adalah tulus dan bukan naik atas tiket politik wang…..kes pergantungan Tan Sri Isa Samad tidak mendapat liputan meluas sedangkan itulah patut dibincangkan iaitu bagaimana seorang naib presiden parti boleh memang dengan menggunakan wang , bagaimana dengan jawatan jawatan lain yang dipertandingkan?..adakah politik wang tamat dengan pergantungan Isa Samad??….inilah isu yang patut dibincangkan dan pautukah pemilihan lepas di consider sebagai null and void since sudah ada bukti penggunaan wang untuk pendapat kuasa politik….

DEB

DEB nak diaktifkan adalah satu usul yang baik tetapi sebelum diaktifkan haruslah dikenal pasti mengapa kegagalan DEB yang pertama….patutkah dikembalikan semula ekonomi orang malay kepada arah tuju asal melalui pertanian seperti penerokaan hutan untuk tujuan pertanian seperti Felda semula….

AYAH PIN

Frankly, aku tak ikut sangat kisah Ayah Pin sebab yang aku nampak ialah kelemahan system pendidikan agama kita yang melahirkan manusia manusia macam Ayah Pin ini….sedangkan badan agama kita sibuk dengan pencegahan maksiat, orang macam ayah pin mencucuk hati pengikut beliau dengan input rohaniah dan dengan itu mudah orang mengikutnya especially yang mencari mencari jalan kearah kepuasan kebatinan atau tauhid….

….ramai orang Islam alaf baru ini cenderung ke arah tarikat dan santapan rohaniah sebab mereka sudah membaca tafsir Al-Quran dan inginkan lebih dari halal dan haram tetapi pendekatan secara sufi tetapi walaupun masih kurang asas agama tersebut….bila ustaz ustaz atau guru agama masih ditakuk lama bercerita pasal halal haram , maka golongan ini akan mencari orang ketiga seperti Ayah Pin yang bisa memberi mereka satu pandangan lain selain dari halal dan haram sahaja….

..di sinilah peranan system pendidikan agama harus dirombak iaitu instead of penghafalan Al-Quran , bab bab pemahaman isi kandungan al-quran jugak harus ditingkatkan…..pandangan aku ini boleh aku support bila aku lihat ramai budak sekolah agama yang keluar jadi syaitan dari yang tak pergi sekolah agama….mengapa ini berlaku ??


Helikopter terhempas kat Sarawak lagi !!!

…sedih jugak asyik baca helicopter terhempas di Sarawak yet again ….helikopet Amerika pun tak sebanyak nei terhempas kat Iraq ??..apakah agaknya masalah ini…manusia atau machine ??? atau adakah keadaan geografi kawasan tersebut atau benarkah kawasan pendalaman hutan sempadan Malaysia –Indonesia itu adalah ibarat ‘Bermuda Triagle “ ???…..

…apa apa pun, satu kajian menyeluruh harus dilakukan untuk menggesan ‘route’ perjalanan yang sesuai untuk helicopter helicopter ini supaya proses search and recue dapat dijalankan dengan kadar segera….

King Fahd meninggal dunia

Kematian King Fahd telah dikaitkan dengan kemunculan Imam Mahadi setelah kita membaca e-mail sebelumnya yang mengkaitkan kejadian gempa bumi yang berlarutan dan bencana alam dengan peristiwa gerhana matahari dan gerhana bulan berlaku dalam bulan Ramadan, ada pula bunyi pekikan yang kuat yang tidak pernah didengari oleh telinga manusia sebelum yang berkesudahan dengan Musim haji berdarah…wallauhuaqlam…

..tetapi bila berita kematian King fahd ini sampai, maka aku terfikir juga dengan ramalan kedatangan Imam Mahadi yang conincide dengan kedatangan Dajjal…dan dikatakan juga untuk bersedia dengan bekalan makanan setahun bila perkara perkara ini berlaku…wallauhuaqlam..

..apa yang aku nak nyatakan ialah kita mesti bersedia untuk menerima segala bentuk dugaan ini kerana walaupun Dajjal yang sebenar tak muncul tetapi anak Dajjal yang bernama Taksin, Bush, Blair, Putin, Sharon sudah mula menjahanamkan orang Islam…

oleh itu dalam kita seronok dengan fenomena Mawi dan kemeriahan ambang merdeka, kita kena balik semula dengan asal usul kita berada sementara di bumi Allah swt ini…mungkin kelian ada peristiwa peristiwa penting yang ingin kelian kongsi bersama setelah kita tenggelam dengan keseronokan duniawi yang sebenarnya susah untuk dilepaskan walaupun kita sedar ianya menyusahkan kita untuk pulang nanti...

Kemerdekaan mutlak ialah Kiamat…adakah kita sudah bersedia untuk merdeka yang mutlak …aku masih belum bersedia lagi ……

Monday, August 29, 2005

Merdeka!!! Merdeka !!! Merdeka!!!...

MERDEKA!!!MERDEKA!!!MERDEKA!!!

Assalamualaikum,

..lain orang mempunyai berlainan pandangan tentang sambutan bulan merdeka untuk tahun ini….saya berada di utara negara semalam dan saya kagum dengan semangat merdeka anak muda di Perlis dan kedah yang melakukan konvoi jalur gemilang dengan motorsikal dengan penuh bangga walaupun dalam keadaan hujan lebat…

…personally, semangat aku berkobar kobar di ambang merdeka dengan adanya persembahan Mawi dalam concert ambang merdeka ??!!!! ahaks ahaks ahaks….habis tu kalau bukan factor mawi, mengapa nama mawi disebut pertama dari list of all artistes yang nak buat persembahan malam tersebut??!!!…

…seriously, aku agak bertuah kerana dibesarkan oleh kedua orang ibubapa yang menyaksikan dengan secara ‘live’ upacara penurunan ‘Union Jack’ dan seterusnya upacara menaikkan jalur gemilang dan oleh itu setiap hari kemerdekaan adalah kemestian untuk kami dibawa ke bangunan sultan abdul samad untuk menyaksikan merdeka parade ataupun dikejutkan untuk menyaksikan upacara lintas lalu di TV ….

..apabila aku di sekolah menengah penglibatan aku dengan hari kemerdekaan menjadi lebih jelas kerana almost every year terlibat dalam perarakan hari kemerdekaan dan ini seterusnya menebalkan semangat menyambut hari kemerdekaan ini….adalah menjadi satu ritual untuk parents aku akan menceritakan proses kemerdekaan itu tercapai dan betapa pentingnya proses kemerdekaan itu untuk negara ini….

..walaubagaimanapun setelah aku mula mempelajari dan mendalami sejarah kemerdekaan tercapai, proses bargaining yang berlaku dan kesan tolak ansur orang malay dalam perlembagaan negara demi melepaskan diri dari penjajah, aku mula sedih setiap kali tanggal 31 Ogos tiba…..sedih kerana tarikh ini adalah tarikh pengsahihan hilangnya kedaulatan mutlak orang malay ke atas semenanjung tanah malay…walaupun penaklukan portugis di tahun 1511 adalah sejaraha utama penggikisan kedaulatan mutlak malay di tanah malay ini namun selama 446 selepas itu tanah malay ini adalah masih hak orang malay dan insitusi raja, adat istiadat dan agama orang malay tidak pernah dijadikan isu oleh pihak kolonial….

..namun selepas merdeka, perlembagaan asal Malaya mengsahihkan bahawa tanah malay ini adalah bukan hak mutlak orang malay tetapi negara yang dikongsi bersama pendatang pendatang asing yang di bawah oleh penjajah untuk membantu industri bijih timah dan getah dulunya….mungkin orang malay atau pemimpin di zaman proses mencapai kemerdekaan tidak terfikir provision provision tertentu dalam perlembagaan yang dipaksa masuk sebagai asas british melepaskan penjajahan ke atas tanah akan perlahan lahan menjadikan bangsa malay salah satu bangsa yang menggemis di tanahair sendiri….

..hari ini apa saja yang diberikan kepada orang malay dalam perlembagaan tersebut seperti hak keistimewaan orang malay, tanah rezab malay dan agama orang malay di ‘challenge’ atas nama undang undang dan orang Islam boleh murtad atas dasar perlembagaan memberi hak memilih agama selepas mencapai umur 18 tahun dan back in 1957, orang malay mungkin tak terfikir perkara ini boleh berlaku sebagaimana orang di 2005 mungkin tak terfikir that in 2057 orang malay mungkin bukan PM lagi di negara ini kerana perlembagaan 1957 juga lupa hal ini….

..hari ini orang malay kena menggemis untuk mengaktifkan semula DEB, tanah rezab malay dan tanah wakaf cuba dirampas atas nam pembangunan, agama Islam dibincangkan oleh mereka yang bukan beragama Islam dan habis malang sejarah kedaulatan mutlak orang malay atas tanah malay ini dipersoalkan oleh mereka yang diberi kerakyatan semasa perlembagaan ditulis dan dipersetujui….

..memang aku melihat hari kemedekaan sebagai hari yang sungguh menyedihkan kerana ianya merupakan hari yang menamatkan kedaulatan mutlak orang malay secara bertulis keatas tanah malay ini…....walaubagaimanapun, ini sekadar pandangan aku sahaja sebagai anak bangsa malay yang mempelajari sejarah paresmawara, kesultanan melaka, Hikayat Sejara malay, bangga dengan mat kilau, datuk maharaja lela, hang tuah dan sebagainya dan bukan maksud aku mempersoalkan hak bangsa lain dalam perlembagaan tersebut…..

Balik kepada fakotr sambutan hari kemerdekaan, adalah sukar untuk generasi baru untuk appreciate erti kemerdekaan tersebut kerana proses kemerdekaan itu tidak berkaitan secara total dengan Malaysia hari ini…semasa Malaya merdeka, Sabah dan Sarawak belum lagi dalam gagasan Malaya tersebut dan semestinya warga Sabah dan Sarawak kurang merasakan significance kemerdekaan tersebut pada mereka sepatutnya untuk konteks hari ini, hari tertubuhnya Malaysia yang patut diraikan..tetapi meraikan hari tertubuhnya Malaysia bukan tidak ‘politically correct’ kerana ianya akan melihatkan kelemahan pentadbiran kerajaan yang melepaskan singapura dan juga akan menimbulkan rasa kurang senang negara negara jiran tertentu yang masih ‘claim’ territorial rights’ atas negeri negeri tertentu….

..walaubagaimanapun bagi pendapat aku, to ignore the fact that hari kelahiran Malaysia adalah lebih relevan untuk suasana hari ini berbanding dengan hari merdeka adalah sesuatu yang akan merugikan proses integrasi nasional dan menyebabkan significant hari merdeka itu akan hilang begitu sahaja jika perkara ini tidak diambil kira`langsung….

..salah satu sebab mengapa kerajaan hari ini ghairah untuk mengingat hari kemerdekaan ialah kerana relation pertubuhan malayan union hinggalah merdeka yang berkaitan dengan umno dan barisan nasional/perikatan dan selagi hal ini di war war kan bermakna masih relevan umno dan BN dengan sejarah negara…I will not deny this fact of history tetapi umno juga mesti dipertanggungjawabkan dengan keadaan orang malay hari ini hasil kemerdekaan atau perlembagaan yang dilahirkan akibat proses mendapatkan kemerdekaan ini….

..aku yakin masih ada cara dan masa untuk generasi baru atau generasi yang lahir selepas zaman kemerdekaan untuk appreciate sejarah dan kepentingan hari merdeka yang actually hambar bertitik tolak dengan kebangkitan generasi Reformis yang terbit semasa zaman reformasi……sejarah politik negara akan mengiktiraf bahawa proses reformasi telah merubah pemikiran ordinary malay terhadap politik negara , sejarah dan struktur lanskap politik orang malay tersebut…..

regardless apa yang aku nyatakan, aku masih lagi berpegang dengan semangat kemerdekaan yang dipupuk oleh kedua orang kita aku dan maka itu sebagaimana aku mempunyai persepsi berbeza tentang hari merdeka tersebut tetapi aku akan masih bangun pagi awal di hari merdeka untuk menyaksikan merdeka parade dan aku akan bangun bila saja lagu negaraku dinyanyikan/dimainkan selepas ketibaan DYMM seri padula yang dipertuan agong….apa yang berlaku pada aku adalah berkaitan dengan pepatah malay iaitu ‘henduk melentur buluh biar dari rebungnya’…..

merdeka !! merdeka !! merdeka !!! selagi nyawa dikandung badan selagi itulah laungan keramat ini akan aku sambut bersama dengan laungan daulat tuanku!!….

wassalam

Friday, August 26, 2005

Jom kita cerita kahwin!!!!!..alah emak, kahwin kan aku...huhuhu

Assalamualaikum,

...minggu ini aku rasa macam minggu kahwin sedunia bermula dengan statement Nik Aziz kata isteri isteri di kelantan supaya meredhakan suami kahwin lagi kerna populasi wanita yang masih single and available tinggi di negeri itu , kemudian perkahwinan sensasi Sultan Brunei dengan bekas pengacara TV3 dan kemudiannya Datuk Azmi Khalid pula berkahwin/akan berkahwin dengan Normala Shamsuddin.....

....sekarang nei aku banyak dapat jemputan kahwin memandangkan coincide dengan cuti sekolah...kepada pasangan Raja Sehari, tahniah dan semoga bahgia ke akhir hayat...( hehehe!!..sampai ke anak cucu kang marah lak si uncute!!!!)..

..okke, aku ada problem bila citer poligami sebab ianya di anggap sensitive subject oleh kaum wanita...mungkin janelabu okke kot sebab dia suka baca kes mahkamah syariah!!!! hehehehe...sesuatuh sungguh ko nei jane!!!!!...tapi aku pernah hilang kawan bila aku mengutarakan isu poligami ini...still, aku yakinkan diri aku bahawa sesuatu yang pahit itu bila ditelan , hilang juga pahit yer tetapi kalau dikulum, mahu muntah hijau yang keluar.....tiada makna yang tersirat yer kadiaku!!!!!

..aku terpanggil mengusik topik ini kerna saranan Nik Aziz selaku Menteri Besar Kelantan yang berkemungkinan saranan itu dilihat sebagai menggalakkan poligami oleh sesetangah pihak tetapi aku melihat sebagai saranan untuk mengurangkan peratusan wanita tidak berkahwin, atau saranan untuk menambahkan bilangan penduduk kelantan atau saranan untuk mengelakakan jenayah sex yang melibatkan lelaki separuh baya, wanita tidak berpunya atau jenayah sex sumbang mahram...terpulanglah dimana kita ingin berada untuk melihat mesej tersirat dari saranan tersebut.....

..aku yakin pengunjung blog Ilham peka pada hukum dan kerna itu tindakan menghina masjid di FTA dikutuk habis habisan, tindakan mengambil kesempatan terhadap rumah anak yatim diratapi dan sikap kurang sensitif ibu bapa pada perlakuan anak menjadi tajuk bahasan yang sungguh menarik dan berfaedah sekali....

..atas dasar keyakinan aku ini, aku merasakan saranan dari Nik Aziz itu adalah berasas sekali sebagai ketua tertinggi pentadbiran negeri kelantan dan boleh dibincangkan di blog ini....mungkin kelian berkata mudah aku membincangkan isu ini kerana aku berada dipihak yang beruntung dalam isu poligami dan dalam aspek tersebut mungkin aku setuju dengan kelian...

tetapi aku hanya nak bertanya beberapa isu ini...

1) adakah adat yang menyebabkan poligami di pandang serong di bumi malaya ini sedangkan hukum Allah jelas dan nyata pada perkara ini ??...

2) mengapa lelaki yang kahwin dua dikatakan gatal tetapi yang kahwin empat dikatakan 'terror'??!!!!

3) mengapakah ada isteri yang lebih rela suami melakukan maksiat dari menginzinkan suami bernikah lagi ???...

4) mengapakah wanita yang sudah mencapai tahap 'menopause'(spell ??) masih tidak mengizinkan suami bernikah lagi sedangkan suami masih subur ???

5) mengapa si isteri yang mengikat suami dari kahwin lain menginzinkan si anak kahwin dengan laki orang ??!!!!

6) mengapa lelaki sukar menjadi adil bila berpoligami ??!!!...

7) mengapa lebih rela si isteri minta cerai dari bermadu sedangkan bercerai adalah perkara yang dihalalkan yang paling dikutuk Allah swt ???...

8) mengapa title datin/puan sri/ toh puan hanya untuk isteri pertama dan bukan isteri yang lain dan bukan kah ini satu amalan yang tidak adil ???

9) benarkah isteri isteri yang bermadu cenderung simpan anak ikan emas, perak atau gangsa ??!!!huhuhuhu

10) mengapa si suami selalu pilih isteri isteri tambahan yang wajah saling tak tumpah dengan bini pertama ??!!!

.....sebagai pembuka tirai, aku maafkan semua maki hamun kelian kat aku tetapi sila berbincang dengan ilmiah agar isu yang nampak sensitif ini dapat dikupas menjadi isu yang membawa pahala untuk kita dunia dan akhirat....

.....untuk soalan yang bertanya mengapa aku gatal bukak isu nei sebab aku ada cita cita nak kahwin ramai ker hah ??!!! hehehehe.. jawapnya ialah aku memikirkan nasib awels aweks angkat aku si Nija, farah dan Airkeen...

seriously, enjoy the discussion yer...

wassalam...

Thursday, August 25, 2005

Bolton oh Bolton!!!!!!...citer bola sikit eekkk

Assalamaualaikum,

...apa apa pun, Blog Ilham ingin menggucapkan Selamat Hari Lahir pada Mawi semoga panjang umur, murah rezeki dan perteguh iman....enjoy your birthday Mawi because once the bubble burst ( i doakan tidak berlaku) , the thoughts and celebration would never be the same again....

TO MAWI :

HAPPY BIRTHDAY TO YOU
THEN,MENARI MACAM KAYU
NOW, LENGGOK DAH LAJU
SO,WA CAYA SAMA LU

"HAPPY BIRTHDAY MAWI"

...now citer bola....demam EPL pun dah bermula maka tidur malam weekend aku dah start lambat sebut tengok bola....ini adalah season ke 3 aku ikut Bolton!!!ahaks ahaks ahaks...yeap..since Jay Jay Ocacha moved to the Reebok Stadium, aku telah menjadi penyokong Bolton dan aku bertambah happy sekarang kerna ada El-hadji dan new recruit Nakata di dalam pasukan Bolton..

..last season was a wonderful journey for Bolton when they finished sixth in the league and qualified for the UEFA spot....many will argue that Bolton play the game a bit too straight forward without much movement on the ground, I tend to agree with this statement because i do believe if Bolton start to play a lot more football instead of the long ball, Bolton would be challenging the championship.....with so many quality players at his disposal, I would love to see Big Sam to vary the game plan and method of play in order for Bolton to be less predictable...

..unfortunately, it has not been a good start for Bolton this season, drew with Aston Villa 2-2 and last weel lost to Everton 0-1 at home.....this is not the kind of start for a championship material!!!...

....strangely though, the new EPL season is not a typical EPL game, low scoring game, very defensive and even this early of the season , teams are actually closing down the game to collect points....the much touted chelsea vs Asrsenal game was a big let down and the Euro champion , Liverpool, playing as if it is still pre-season friendlies.....I love the technical aspect of the game brought by the continental coach i.e Mourinhi, Wenger, Benitez, but I would still love to see the typical English hard running , goalmouth action and fullblooded tackle the we have accustomed to this English football....

..that could be the reason why i love watching Bolton, i could still see the technical naviety, the dirty old tackle and body flying around winning the ball of a typical english team with players mostly from abroad.....I used to love watching newcastle under kevin keegan because you could predict what they will do on the pitch...they could be a world beater on their days and a non-league team on their off-days....that's what english football is all about....

..if this early season games trend continue, we will see the lowest goal scoring season ever since a couple of games already ended scoreless??!!!!.....if really I want to watch a technical game, I will switch to Bundesliga or Serie A, but english football is more than just technicality or game plan, it is about work rate, fighting spirit ,scoring goals ,hard tackle, wide players dribbling by the byline and cross the ball of a big number 9 to head home!!!!....

....divert sikit, aku kurang puas hati ESPN commentator Steve Darby still commenting sedangkan dia telah mengaku salah of racist/religious tounting towards a rival coach( a muslim) in S-league right after the London bombing...i think ESPN tak sensitif the fact that many muslims viewers in Asia following ESPN Asia dan aku protest yang steve darby masih lagi dalam panel of commentators...

okke lah, aku harap kelian declare the team kelian support dan aku support Bolton all the way...

so, hopefully by June next year kita boleh concentrate on world cup final !!!!...huhuhuhu...

wassalam....

Wednesday, August 24, 2005

Kempen Selamatkan Mawi dari Meastro !!!

Assalamualaikum,

( apa yang aku tulis dibawah ini berdasarkan info bahawa album kompilasi mawi adalah merupakan nyanyian asal mawi di konsert tanpa ada recording semula certain lagu atau nyanyian yang boleh aku categorykan sebagai not album worthy, sekiranya ada error in information or aku isunderstood info yang diberi, maka please ignore ranting aku nei)..


..aku masih lagi tak dapat menerima hakikat yang compilation album Mawi itu adalah basically nyanyian asal mawi di konsert dan bukan direkodkan semula bermakna apa bentuk kesalahan nyanyian Mawi direkodkan semula dan dijual....mungkin ini maksud asal album ini dikeluarkan dan aku yang tersalah anggap....

..sekiranya ini adalah tujuan asal maka aku rasakan ianya seperti 'daylight robbery' meastro terhadap peminat mawi dan peminat muzik yang dahagakan cenderahati dari mawi...perhaps I can live with the fact kesalahan itu dirakamkan untuk VCD konsert mingguan kerana nyanyian mawi adalah sebahagian dari konsert, tetapi menghidangkan semula lagu yang dikonsert tanpa pembetulan adalah satu perkara yang aku rasakan tidak munasabah ??!!!!..

..it probably needs only a couple of days for mawi to record the whole 12 songs and probably a couple of days more for re-arrangement of music or whatnot dan rasanya perkara ini tidak susah untuk dilakukan....apa yang kini berlaku menunjukkan mission meastro sekadar mengaut keuntungan dengan apa cara sekalipun terhadap pelajar AF dan dalam hal ini melalui fenomena mawi ini yang tengah kemuncak ini....selepas 3 season/3 tahun , aku merasakan tiada peningkatan dari segi pengurusan meastro maka aku nak mulakan kempen " Selamatkan Mawi ".....mungkin kempen aku nei tak kemana tetapi at least i know i have done something to highlight this issue...

(1) aku hendak mencadangkan satu protest secara tertib terhadap pengeluaran album compilation mawi ini dengan menghantar memorundum kepada CAP dari MFC dan individu untuk menyatakan ada elements of exploitation terhadap penyanyi dan juga pembeli.

(2) MFC membuat sidang akhbar menyatakan rasa tidak puas hati terhadap 'method' yang digunakan untuk mengumpul lagu lagu tersebut dalam album ini yang boleh menjejaskan kredibility industry music dan masa depan penyanyi tersebut.

(3) Memohon kepada stesyen TV dan Radio yang bukan Astro untuk tidak memainkan lagu lagu dari compilation album ini kerana ada unsur unsur exploitation terhadap penyanyi dan pembeli.

(4) Meminta Kementerian Penerangan or kementerian yang berkuasa untuk menarik lesen pengeluaran album dari meastro kerana mengekploitasi penyanyi dan pembeli.

(5) Adakan satu badan khas melalui MFC untuk memboikot pembelian album kompilasi ini tetapi sebaliknya membuat pungutan duit berasaskan harga album tersebut untuk membebaskan kontrak mawi dari astro untuk rekod label yang lain dapat membeli mawi tanpa membayar pampasan yang tinggi kepada meastro...

(6) alternatively, MFc dan peminat Mawi especially Puteri Suktan Johor membuat 'drive' untuk menggumpul dana yang boleh digelar " Dana Rakyat " untuk mengumpul dana untuk menghasilkan album pertama yang dilahirkan oleh rakyat malaysia....cara ini boleh dibuat dengan penjualan sijil dana yang berharga RM 10 atau RM 20 atau RM 50 dan keuntungan dari album akan diagihkan mengikut saham yang dibeli dan pemegang dana boleh ambil keuntungan tersebut atau disalurkan kepada rumah kebajikan, rumah anak yatim pilihan mereka...

perhaps apa yang aku saran diatas ada risiko kepada mawi tetapi aku rasa apa yang aku cadangkan lebih kepada 'calculated risk' dan risiko untuk mawi adalah lebih tinggi kalau beliau terus diekploitasi oleh meastro....bayangkan rehat pun tak dapat si mawi ini...apa nama pengurusan yang ingin melihat artis mereka pengsan or sakit???!!!!....

....selepas apa yang terjadi pada sahri, nija, bob dan album zahid..aku merasakan kemungkinan yang sama akan berlaku lebih lebih selepas kita baru dua hari lepas berbincang tentang kemana penggundi menghilag bila album menjelang dan banyak comment comment yang diberikan telah menggupas mengapa perkara tersebut berlaku dan cadangan bernas untuk menentukan kesalahan yang sama tidak berlaku...

...aku rasa ini saja yang aku boleh lakukan untuk menyelamatkan career mawi yang aku rasakan dalam bahaya sekiranya tiada perubahan dari kepimpinan pengurusan Meastro atau strategy untuk memasarkan pelajar Af ini untuk menjadi artis sebenar...

..mungkin 'fear' aku ini tidak berasas tetapi sekurang kurangnya biarlah aku lafazkan apa yang aku takutkan ini....sebab , kadang kadang a bad start is a good omen indeed...Allah yang lebih mengetahui...tapi kalau diambil prestasi album album pelajar sebelum ini dan cara album kompilasi ini dikeluarkan...aku rasa 'fear' aku bukan dibuat buat....aku harap pihak media akan membantu kempan ini sekurang kurangnya mengingatkan pihak meastro lebih berjaga jaga dalam hal ini....waulahuaqlam...

..aku hargai kalu kelian kritik pedas aku atas usul aku nei, aku terima kalau kelian kata aku emo dan aku rela kelian kata aku membahayakan career mawi , tetapi lakukan dengan harapan supaya apa yang kelian utarakan adalah membawa positive impact pada Mawi dan pelajar lain yang masih dibawah maestro....

wassalam...

Mungkinkah fanatismboleh membawa kepada kekufuran ??!!! - case study -Mawi

Mungkinkah fanatism boleh membawa kepada kekufuran ??!!!

Assalamualaikum,

Tajuk diatas telah dicadangkan oleh ‘Hanim’ bertitik tolak dari sikap kurang prihatin segelintir peminat Mawi yang tidak menghormati masjid semasa menyambut kepulangan Mawi ke kampong beliau di Felda Taib Andak…..saya juga membaca di Pancaindera hari Ahad bagaimana Mawi meluahkan rasa kurang senang dan terkejut beruk beliau dengan kejadian tersebut…

Pertama tama aku ingat mengingatkan semua pengunjung blog Ilham bahawa sikap/action menghina Masjid sudah menjadi trend alaf baru di mana masjid di Krisek , selatan Thailand telah diserbu oleh penggans pengganas Taksin yang menyebab 34 anak muda muslim yang berselindung di dalam masjid tersebut telah disembelih/ ‘ a cold blooded murder’…Masjid masjid di Iraq telah dibom oleh askar penceroboh Amerika yang menyatakan ada bom disimpan di masjid… berdiri tegaknya masjid masjid di Aceh selepas tsunami dikaitkan dengan ‘engineering ingenuity’ dan bukan sebab dan pegajaran Allah swt untuk menghormati masjid… penduduk Islam yang berlindung di masjid di maluku disembelih semasa perang jihad di kepulauan tersebut…begitu juga tak lama dulu dan masjid masjid diserbu dengan baton dan disimbah dengan air asid oleh FRU semasa kemuncak reformasi dulu… masjid Al-Aqsa menjadi target golongan Zionist untuk dirobohkan bagi membina “ Solomon temple’ mereka, dan masjid masjid di Malaysia menjadi medan berpolitik dan masih banyak masjid diraikan hanya pada hari hari kebesaran tertentu sahaja dan jangan lupa masjid di KLCC telah menjumpai sejumlah kodom dalam masjid /perkarangan masjid selepas malam menyambut Hari kemerdekaan tahun lepas…..maka dalam kita mendiskusi topik di atas , jangan kita lupa bahawa masjid masjid atau rumah Allah diseluruh dunia sedang diceroboh, dihina di perkecilkan kepentingan oleh pihak yang membenci Islam …

.....Berbalik kisah masjid di FTA yang di ‘ceroboh’, aku ada terbaca kisah seorang peminat yang menulis “ kerana mawi , aku dan suami tidak sembahyang maghrib hari itu’ dan statement ini telah menjadi topik panas di haloscan box di blog ini….sekarang, adakah ini satu statement yang jujur atau satu statement musuh mawi mahupun musuh Islam….penulis itu dikatakan datang dari luar mukim dan tak silapnya dari KL, kalau betul KL , mengapa harus tertinggal maghrib kerana boleh dilakukan Sembahyang Jamak !!! kedua mengapa terlalu jujur hingga menyatakan tertinggal sembahyang kerana Mawi???…oleh itu saya berpendapat tulisan penulis tersebut ialah ‘palsu’ yang ditulis untuk menjatuhkan Mawi di dalam beliau melambung lambung memuji kemasuran mawi dengan menceritakan betapa ramai umat manusia datang ke majlis tersebut…inilah serangan halus musuh “Islam” yang mungkin melihat Mawi sebagai satu ‘threat’ kepada mereka yang mau menjatuhkan kebnagkitan Islam di negara ini…harus kita ingat jumlah murtad di negara kita dalam lingkunagn bahaya dan ini tidak termasuk dengan pengikut pengikut ajaran ajaran sesat yang masih tebal ikutan mereka di negara ini dan kumpulan kumpulan inilah pengasas kepada tajuk perbincangan kita hari ini yang melihat fanatism menggundang kekufuran…

....Persoalan sekarang , adakah sikap segelintir penyokong mawi tersebut boleh dikategorikan sebagai ‘fanatism’ atau mereka sekadar overzealous enthusiast yang tak mesra masjid??!!!…tetapi yang anehnya mengapa wajah wajah anak dara yang hampir pengsan bila melihat wajah idola boys group macam WestLife or Blue bila datang ke Malaysia dulu tidak dianggap sebagai Fanatics tetapi di katakana sebagai “ Die Hard fan” ??!!!….

...Selalunya fanatism dikaitkan dengan ‘belief’ seseorang atau kumpulan dan fanatism selelaunya berkait dengan ‘spiritual matters ‘ yang menghubungkan kepada ‘spiritual leaders’….fanatism juga selalunya dikaitkan dengan sifat taksub yang tidak berbelah bagi pada manusia yang dilarang kerana boleh membawa kekufuran bilanya tidak terkawal….

..Tetapi apa yang banyak berlaku sekarang ini ialah perkataan “fanatik” ini diguna pakai untuk menjatuhkan seseorang atau kumpulan orang yang berlainan haluan dari the main stream or establishment….adakah mungkin genre nasyid dan imej warak yang dibawa oleh mawi diawal kemunculan beliau yang lari dari kebiasaan industry ini yang menyebabkan pengikutnya di cop sebagai ‘fanatik’ sebagai cara menyatakan kelian kuno kerna menyokong orang yang tidak minum di modesto atau berjingkit di hardrock café???!!!!

….Label yang sama diberi kepada reformis yang berani menyatakan sokongan mereka kepada DSAI tak lama dulu dengan tuduhan taksub, fanatik dan lupa sejarah kerna berani menegakkan yang maaruf dan menolak yang mungkar…..

….tetapi bila di phrase kat perkataan tersebut kepada “ fanatical support’ ianya berbunyi positif iaitu sokongan yang tidak berbelah bagi walaupun perkataan dasarnya ‘fanatic’ jugak….dalam hal ‘fanatism’ini ianya selalunya ditujukan kepada kumpulan kecil yang berlaku atau berkelakuan lari dari kebiasaan tetapi yang anehnya dalam AF3 , penyokong mawi yang merupakan 50% dari jumlah penggundi keseluruhan ( based on 2nd concert and final concert’s percentage) dianggap sebagai fanatik ??!!! ini bermakna ada definisi baru untuk ‘fanatik’ dengan kemunculan Mawi ini !!! ahaks ahaks ahaks….

..saya secara peribadi merasakan kejadian di masjid FTA itu bukan berunsur ‘fanatism’ tetapi lebih kepada sikap kurang ajar segelintir manusia yang tidak faham erti sopan dan tertib berada di rumah Allah dan persoalan ramai yang tidak menghormati solat dengan berada di luar masjid semasa solat berlangsung adalah perkara biasa sangat di mata saya ini…..ambil contoh perlawanan bola final Piala Malaysia yang menyaksikan 80,000 orang penonton yang 90% adalah orang Islam, berapa yang sembahyang maghrib atau sembahyang jamak ???!!!…ini tidak termasuk dengan carnival sure heboh, konsert konsert AF, perayaan perayaan kemeriahan ???!!!….malah bila ada kenduri kahwin , ramai yang dah tertinggal sembahyang…..jadi tidaklah menghairankan saya bila ramai yang menunggu mawi diluar masjid tidak solat kerana mawi adalah alasan saja tetapi sebabnya sebenarnya masih ramai muslim di negara in tidak memberatkan solat….

Apakah bentuk fanatism dan taksub kepada duniawi atau pada seseorang manusia itu adalah salah dan memang membawa kepada kekufuran??…kalau dari sudut sufi, melambatkan waktu sembahyang kerana nak melihat tamatnya rancangan TV juga dikatakan syirik kecil kerana mendulukan sesuatu dari kewajipan pada Allah swt….maka semestinya sebarang tendency ke arah fanatism atau taksub akan membawa kekufuran samada secara sengaja atau tidak sengaja….teringat saya pada seorang caller yang menalifon mawi masa segment di muzik @ ria yang menyatakan aweks dia tak boleh tidur malam teringatkan mawi ??!!! adakah ini lambang fanatism sehinggakan si balks dah tak kisah si aweks bermimpikan jantan lain???..atau ianya sekadar seloroh untuk menghidupkan wawancara ???….adakah sekadar tidak puas untuk mengetahui tentang mawi lalu dilayari internet atau dijamah segala majalah yang ada wajah mawi itu fanatism atau sekadar minat yang tidak berbbelah bagi???….adakah aku yang booking album compilation Mawi dengan bagi deposit itu satu bentuk fanatism atau sekadar minat yang ikhlas ???….rasanya sikap dan reaksi ini adalah spontan dan bersifat sementara dan bukan ciri fanatism…

…walaupun sebagai tindakan berwaspada, saya merasakan bahawa adalah perlu apa bentuk sambutan terhadap mawi ini dijauhkan dari masjid atau tempat beribadat sekiranya perkara yang tidak manis ingin dihindarkan…. Masukkan elemen keagamaan dalam persembahan itu adalah digalakkan tetapi venue itu kena sesuai dan dilakukan perlahan lahan supaya kejutan itu tidak membosankan…

..mungkin juga sekiranya pihak media tidak terlalu membesarkan ‘kewarakan’ mawi yang belum tentu hujung panggalnya lagi dan memebri ruang untuk mawi establish imej, arah tuju beliau sebagai public figure/celebrity dalam tempoh yang terdekat ini…..aku yakin kewarakan Mawi adalah ‘semulajadi’ dan bukan created by image consultant dan ini adalah kekuatan Mawi tetapi penonjolan ini harus dilakukan perlahan lahan untuk mendapatkan hasil jangkapanjang….

…dijauhkan sifat mendewa dewa manusia bernama mawi ini sehingga beliau dilihat sebagai manusia luar biasa sedangkan beliau adalah popular kerana kejayaan beliau yang sebenarnya dicipta oleh manusia sendiri ( dengan izin Allah swt)….

..direhatkan mawi dari tontonan umum terlebih dahulu samada dari segi show, berita media cetak mahupun di TV…bawa mawi keluar dari negara dahulu untuk ada cooling period untuk mawi dan peminat…

Mawi sendiri menolak sikap ‘mendewakan’ beliau ini dan meminta agar tidak meletak beliau di tempat yang bukan hak beliau lagi…..

Terminology fanatism atau terrorist, freedom fighters selalunya diletakkan mengikut kehendak semasa dan selalunya lebih kepada labeling instead of defining the very word or action….

Namun tidak dapat dinafikan sekiranya overzealous support terhadap mawi boleh mengarah kepada fanatism sekiranya tidak bendung dan ini boleh membawa kepada kekufuran….

..wassalam….

Tuesday, August 23, 2005

Kemana menghilang bila album menjelang...wahai penggundi!!!..

Assalamualaikum,

.....ini adalah topik pertama yang telah dicadangkan oleh NHK ( tiada kena menggena dengan NHK 1 or NHK 2 di channel 15!!!ahaks ahaks) pasca Af3 ini di blog ini...adalah diharapakan kupasan topik ini akan memberi sedikit ruang untuk melihat kekuatan pelajar dari Reality Tv show untuk selepas rancangan tersebut tamat....

.....setakat ini bekas pelajar AF yang telah menerbitkan album solo ialah Vince, Khai, Azizi dari AF1, Zahid dan Farah dari AF2 dan album bersama melalui evo album, single khas Adam bersam KRU dan nana dengan group Radio Era...setakat ini belum ada satu album yang boleh dikategorikan sebagai meletup gunung berapi melainkan single Adam yang disajikan setiap hari kerna video clip yang sungguh menarik....boleh dikatakan juga album zahid yang paling mengecewakan baik dari segi kualiti album mahupun dari sudut jualan memandangkan beliau touted as the next real thing in the entertainment industry selepas kejayaan beliau di AF2.....

...apakah punca kepada sambutan dingin album keluaran pelajar pelajar AF ini ??..kemanakah perginya penggundi penggundi pelajar ini yang sanggup afundi beratus ratus ringgit untuk kejayaan pelajar kesayangan mereka tetapi tidak sanggup berbelanja barang Rm 20 untuk membeli album pelajar yang mereka lahirkan sebagai bintang/artis ini???....

.. keadaan ini adalah sebaliknya dengan pemenang Bintang RTM yang berjaya dalam transition dari contestant kepada stardom dengan lahirnya produk Bintang RTM seperti Ramlah Ram, Jamal Abdillah.Misha Omar , Rohana Jalil, Sarah Raisuddin dan allahyarham Sudirman mahupun rancangan talent time keluaran RTM seperti Teen Search yang melahirkan Liza Hanim, Bintang MHI yang melahirkan Nora dan Siti Nurhaliza dan Adibah Noor juga adalah kelahiran rancangan RTM....

..adakah ini berkaitan kualiti penyanyi atau kualiti album yang dikeluarkan ??? adakah in berkaitan dengan zaman keagungan rancangan tersebut dengan keadaan semasa ekonomi negara??? atau adakah ini berkaitan dengan nasib belaka ?? or perhaps orang minat rancangan tersebut instead of the students or dalm erti kat lain rancangan yang berkualiti dan bukan pelajar???!!!!...

....balik kepada persoalan kemana menghilangnya penggundi pelajar AF bila album penyanyi kesayangan mereka melahirkan album ???....kita boleh juga tanya kemana pergi peminat AF bila pelajar pelajar ini berlakon dalam filem ???....

..sebenarnya penggundi atau peminat AF menggundi berdasarkan beberapa kriteria yang tiada kena menggena dengan seni sama sekali....ada yang menggundi kerana ;

1) sentimen ( org kampong, bangsa, agama dan politik )
2) personality ( likeable character, handsome or gorgeous, tele-novel,sympathy)
3) Fan club members
4) survival instinct iaitu kita menggundi kerana kita tak suka kalah
5) excitement of the show or manner of the game being played

...berdasarkan kriteria di atas, ramai pelajar yang tersingkir atau berjaya adalah tiada kena menggena dengan bakat seni yang merupakan asas utama untuk pelajar tersebut berjaya dalam kerjaya seni mereka selepas musim Af berakhir...

..dalam kes Zahid dan Linda, mereka dilaporkan berjaya menjadi juara dan naib juara atas involvement party politics yang menggundi atas dasar ego dan showing off of power/wealth.....bila hal hal ini berlaku maka bila excitement rancangan itu tamat atau bila demam dah kebah, begitu juga dengan sokongan terhadap pelajar tersebut...

...senario yang sama juga boleh kita 'witness' di mana fan fan club yang ditubuhkan untuk pelajar tertentu terkubur bila bermula musim baru AF bermula dan ini menunjukkan kepanasan rancangan adalah juga merupakan dasar afundi dilakukan...

....Penggundi juga lari dari membeli album atas dasar kualiti album yang dilahirkan yang menjadi penentu kepada jualan album dan dalam hal ini,bila kita dengar album zahid dan farah , nyata album tersebut kurang kualiti dari segi lagu, concept dan juga arrangement muzik dan bila ini berlaku maka penggundi yang menggundi mereka tidak membeli album yang dlahirkan....masalah ini timbul kerana kita melihat dan mendengar pelajar ini menyanyikan lagu lagu yang menarik semasa concert mingguan dengan showmanship yang menarik tetapi bila album keluar, genre muzik yang dilahirkan tidak mencermin gaya dan persembahan pelajar tersebut semasa dalam AF....ini lebih lebih lagi dengan concept album zahid yang langsung tidak melihatkan ciri ciri versatility beliau semasa dalam AF.....dalam hal zahid, negative report tentang personality beliau telah membunuh minat penggundi untuk support career beliau dan ini adalah fact of reality tv show.....

..satu perkara lagi yang tidak membantu jualan album pelajar AF ini ialah 'timing' album dikeluarkan iaitu semasa demam musim baru telah bermula dan pembeli lebih suka tunggu dan lihat dulu pelajar baru untuk musim baru dan ini menggangu jualan album pelajar baru... dalam dunia muzik dan especially Reality TV show, semua perkara adalah dibincangkan dalam " present tense" dan apa yang dibincangkan dalam "past tenses" tidak akan mendatangkan keuntungan....di sini kesalahan tidak terletak dibahu pelajar tetapi pengurusan mereka yang menggunakan pelajar musim semasa untuk promote datangnya musim baru rancangan tersebut...

..satu lagi perkara yang menggangu jualan album ialah masalah download lagu, mp3 dan cetak rompak...walaupun kagu popular tetapi jualan album tampak lembab kerana masalah di atas...penggundi lebih senang mendangar lagu lagu tersebut melalui kaedah yang disebut diatas dari membeli album yang original....tetapi sekiranya album tersebut bermutu dengan VC yang menarik, kemungkinana penggundi akan menjadi pembeli sahih....

..mungkinkah juga masalah over exposure yang membuat penggundi kurang mengendahkan album penyanyi/pengundi yang mereka afundi dulu....maksud saya di sini ialah kerana mereka terlalu banyak keluar radio, TV dan roadshow menyebabkan penggundi kurang merasakan mereka itu artis tetapi lebih kepada personality/celebrity???.....aku pernahbuat nasihat dalam entry sebelum sebelum ini pada Farah supaya jarak kan diri dari menjadi terlalu expose kepada peminat kerana bila terlalu expose akan menghilangkan 'larger than life' punyer ciri ciri yang ada pada artis termasyur.....bila 'mystery' seseorang artis itu bukan lagi tersembunyi, maka hilang teka teki peminat muzik terhadap mereka dan bila 'mystical appeal' itu hilang, maka hilanglah glamour penyanyi tersebut....

..tidak dapat tidak,bila membincangkan isu ini, aku terpaksa melihat bagaimanakah agaknya penggundi penggundi mawi akan 'react' dengan album mawi nanti...the sign looks good when his compilation album has been a hot topic of discussion amongst mawi's fan that one needs to make early booking toet hold of the compilation album....tetapi ini haruskan ditekankan merupakan 'false indication' kerana kompilasi lagu lagu konsert bukan 'a real album'....

...persoalannya sekarang adakah album mawi nanti hanya tertumpu pada 'world music' dan/atau muzik nusantara ???...mungkin aku tak minat nak beli...adakah muzik nasyid ?? mungkin ramai yang tak minat nak beli ??? adakah konsep ballard ?? mungkin ramai orang kampong tak minat.....tetapi kalau ada mixture of apa yang aku sebut tadi mungkin ramai yang akan beli lebih lebih lagu kalau lagu lagu album tersebut penuh kualiti...there's no doubt about mawi' ability but to sell an album , the album needs to satisfy the 'music taste' of the many potential buyers...... maksud asaya di sini ada yang meminati mawi selepas mendengar beliau menyanyikan lagu Pupus atau memori Cinta luka, ada yang mula respect beliau setelah mendengar beliau menyanyikan lagu nasyid dan aku yang terpegun dengar beliau menyanyikan lagu Beautiful Maria.....maka di sini, penerbit album mawi harus lari dari kebiasaan dengan menjadikan album mawi lebih unik dan perhaps menambahkan bilangan lagu ke 14 instead ofthe normal 10 or 12 songs per album....

..therefore, apa yang boleh dipelajari dari tindakan penggundi sepi bila album pelajar AF keluar ialah penggundi tidak buta seni untuk main beli saja walaupun lagu lagu dalam album main tangkap muat.... bahawa penggundi membeli mengikut tahap demam mereka dan penggundi membeli kerana personality yang dibawa oleh pelajar selepas tamatnya musim AF tersebut...

..dari sini juga boleh dirumuskan bahawa apa yang boleh maestro boleh lakukan untuk meningkat jualan album Bintang AF ialah dengan menentukan kualiti album yang tinggi, menentukan genre lagu memenuhi minat penggundi/masses dan reflect lagu dan persembahan pelajar semasa dalam AF, menentukan 'timing' keluar album juga penting dan juga video clip yang menarik untuk menjual album tersebut dan berpada pada dalam menjaja pelajar pelajar ini yang masih dalam proses belajar....kita semua mesti ambil iktibar dengan keselipan maestro menghantar pelajar ke Indonesia untuk membuat persembahan dengan pelajar Akademi Fantasi Indonesia semasa AF1 dulu dan kualiti persembahan budak AF1 sungguh teruk sehinggakan tiada siapa yang mahu beli album mereka or associate bakat dan seni dengan pelajar pelajar ini....inilah berlaku bila maestro menjaja or overexpose pelajar pelajar yang baru bertapak ini dan harus diingatkan 2 finalist Nija dan Liza diketepikan oelh maestro dalam rombingan ke Indonesia ini atas sebab sebab yang mereka ketahui tetapi yang aku takrifkan sebagai pilih bulu...

..walaubagimanapun, farah's album has recorded a commendable sales yang mencecah 10,000 units some 2 months ago dan jualan yang agak baik ini mungkin dibantu oleh kemenangan beliau menjadi penyanyi harapan di AIM and I am very proud of her achivement....

..dan dengan asas yang sama saya personally merasakan any sales below 100,ooo for mawi's 1st album would be viewed as a major failure....however, i have this strange feeling that if the album could be released during the raya period, a quality mawi's album will create many new records, insyaalah...

wassalam

Saturday, August 20, 2005

Setiap Yang Bermula Akan Berakhir....

Assalamualaikum,

....setiap yang bermula akan berakhir , setiap yang baru adalah sementara sifatnya dan sesungguhnya kehidupan itu adalah diantara dua titik kematian ...

...sudah tiba masanya untuk Blog Ilham menutup tirai AF3 ini walaupun secara peribadi masih mahu membincangkannya.....namun, kehidupan harus diteruskan dan apa yang berasaskan fantasia itu adalah sementara berlaka...

..dari may 17 2005 , blog ini telah 'publish' lebih kurang 85 entries berkaitan dengan AF3 and that's quite a prolific writing, i would say....seronok juga bila ada article article yang tertentu memberi direct or indirect impact kepada AF3 .....entry yang berbentuk analisis, tribute, konsert review, weekly imbasan, predictions and special article telah dilakarkan di sini dalam tempoh AF3 ini...

.....sekiranya ada tulisan Ilham tentang AF3 yang agak keterlaluan dalam commenting maka dengan itu saya menyusun jari untuk memohon ampun dan maaf kepada semua pihak dari semua pelajar , keluarga mereka, penyokong mereka, pihak production dan lebih lebih tenaga pengajar AF3....mungkin dalam keseronakan dan ketekunan mengikuti rancangan ini, ada bahasa yang tidak sesuai digunakan, ada komen yang tidak berasas dinyatakan dan ada lawak yang tak tak kena tempat dilakarkan.....

....sebelum AF3,selalunya blog ini akan menulis anything or everything under the sun dan saya juga akan appreciate sekiranya kelian boleh mencadangkan topik atau jenis topik yang sesuai untuk diperbincangkan yang ada common interest untuk semua.....

..selalunya juga pengunjung regular akan meminta saya mengupas sesuatu topik semasa seperti kes aedes, harga minyak naik, penindasan terhadap orang Islam dan saya akan kupas mengikut cara saya untuk diperbincangkan semula....sekiranya kelian ada sesuatu topik yang kelian nak melihat dari sudut pandangan Ilham, sila nyatakan untuk saya attempt memberi kupasan mengikut cara dan pandangan saya....you would be surprised to know that I could write on any subject of your interest, try me ????

..sebolehnya, saya berharap apa yang dibincangkan dalam blog ini boleh dijadikan rujukan untuk kehidupan harian, rujukan untuk project paper, idea untuk perbincangan dalam kelas/lecture dan sebagainya....saya amat mengalu alukan participation kelian untuk menjadikan blog ini kedai kopi untuk juadah mental dan spiritual di samping menjadi gymnasium untuk melepaskan tension dengan gelak tawa dan gurau senda...insyaallah...

...orang kita selalu melihat pokok dan menyatakan ianya pokok...tetapi saya mengharapkan orang kita melihat pokok dan bertanya apakah jenis pokok ini? apa nama saintifik pokok ini??, apa khasiat pokok ini ???, mengapa pokok ini ada di sini ??? betul ker ini pokok ???....bila orang kita melihat sesuatu benda atau perkara dan berfikir sejenak, insyaallah, orang kita akan menjadi bangsa yang tidak mudah diperkotak katikkan atau membuang sifat menerima saja apa yang dihidangkan...

..sudut pandangan inilah saya hidangkan walaupun menggunakan asas hiburan iaitu AF, tetapi sebenarnya saya cuba 'challenge' the establishment ( astreo) dengan hypothesis, analysis, prediction, comments and porposal to let my visitors aware of the things behind the scene...

..similarly bila kita membaca harga minyak naik jangan kita sekadar calculate budget naik tetapi kesan kenaikan kepada struktur ekonomi dan sosial, mengapa kita sebagai oil producer tidak dapat membendung kenaikan harga minyak sendiri, apakah nilai subsidi dalam petrol yang kita beli, mengapa ada direct relation kenaikan minyak dengan harga barang, apakah inflasi itu direct impact kepada kenaikan minyak atau fikirkan apakah isu sebenarnya cuba diselindung dengan kenaikan minyak ini.....inilah cara Ilham ingin mengupas sesuatu isu supaya kita berfikir dalam menangani sesuatu perkara yang berlaku supaya kita bersedia dengan apa yang bakal berlaku...

saya berharap pengunjung blog ini akan membantu dalam proses perbincangan supaya bila akhirkan sesuatu entry, kita dapat melihat sesuatu isu itu dari berbagai sudut...sekarang bayangkan 4 orang duduk di sebuah meja empat segi membincangkan satu pemasalahan...anggapkan masalah itu sebagai satu kotak rokok...kita tegakkan kotak rokok tersebut, setiap orang akan dapat melihat setiap segi kotak/masalah tersebut dan bila diterbalikkan kotak tersebut maka keempat empat tadi dapat melihat masalah yang tersirat dibawah kotak tadi....maksudnya, berbincang adalah jalan yang baik untuk melihat sesuatu permasalahan atau sesuatu isu....

...dengan ini , saya berharap, berganjaknya blog ilham dari memberi komentar kepada AF3 tidak akan menjadikan ianya blog yang tidak exciting..kerjasama kelian adalah sangat dihargai untuk propose tajuk tajuk untuk menjadi asas penulisan saya dan perbincangan kita ..

... tidak semestinya mawi dan yang lainnya tidak boleh dibincangkan kerana iainya adalah juga isu semasa yang memberi kesan pada kehidupan harian kita... walaupun mawi kita bincang soal apakah significance bertunang sebelum berkahwin??...maka mawi boleh pertunangan mawi dan ina boleh jadi subject of reference...atau subject berkenaan apakh itu aura dan charisma, so mungkin fenomena mawi sekarang ini boleh dijadikan sunject of reference...

..harus saya tekankan penghujahan ilham adalah lebih kepada common sense dan lateral thinking.....maka dalam perbincangan di haloscan boleh dijadikan platform untuk experts setiap bidang memberi fakta sokongan atau bangkangan untuk hujan atau pendapat asal yang ilham hidangkan....

sekali lagi saya memohon maaf sekiranya dalam tempoh penulisan secara total tentang AF3 selama 3 1/2 bulan sebelum ini telah ada menyinggung perasaan orang lain ( definitely ada)....apa yang baik tu dari Allah maka jadikan iktibar dan teladan ,dan apa yang tak baik itu dari Ilham maka jadikan sempadan...

wassalam

Friday, August 19, 2005

Haloscan Rosak !!!!

Assalamualaikum,

..selamat pagi...selepas 4 failed attempt untuk menghantar komen melalui haloscan untuk entry sebelum nei, so aku tulis entry untuk nyatakan apa yang aku nak nyatakan...

pertama tama, terima kasih kepada semua well wishers yang hadir ke kenduri semalam dan pada scov, saujana dan uncute , terima kasih kerna datang juga dan mintak maaf kerana tak dapat nak menghidangkan apa apa untuk kelian...semoga tahun depan kita masih bersama dan maka dengan itu " terima kasih daun keladi, tahun depan celebrate lagi"....

kedua , saya ingin menjawab pertanyaan saujana tentang pandangan saya denga persembahan mawi malam tadi...

..secara peribadi, saya terhibur dengan persembahan mawi yang saya anggap sungguh prefoessional walaupun dalam keadaan beberapa kekurangan seperti kesesuaian abang duet untuk lagu Ghazal untuk Rabiah, sound system, music back-up dan back-up singer yang rasanya kurang baik di TV bukan baik di lokasi...tetapi yang penting Mawi tidak nampak awkward bila berduet dengan CT dan connection dengan penonton pun agak baik memandangkan ini public appearance yang pertama beliau...alhamdullilah...

..Mawi bukan lagi hak AF3 enthusiast macam kita lagi, Mawi sudah menjadi bintang semua rakyat malaysia samada yang ada decoder astro ataupun tidak....mungkin viewing rating TV2 melonjak malam tadi dengan kehadiran Mawi dan ini mungkin memberi signal untuk Mawi digunakan oleh RTM untuk rancangan atau aktiviti mereka akan datang...bila Mawi diterima oleh RTM bermaksud Mawi sudah penetrate channel nasional yang utama yang memungkin beliau menjadi megastar pertama dari Reality TV show, insyaallah...

....ketiga, dalam kita menyokong , jangan pula kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi sehingga kita melihat mawi lebih dari penyanyi lain....nasihat aku ialah beri ruang untuk beliau terus belajar dalam menghadapi hari hari akan datang....apa apa pun, aku merasakan mawi lulus cemerlang dalam ujian pertama beliau membuat public performance yang tidak berlatarbelakangkan AF...alhamdullilah...

ek eeleh!!! wa macam spokesman mawi plak!!!! ahaks ahaks ahaks

so ini kira entry untuk hari ini, entry original hari ini aku publish esok yerk!!!...

salaam...

Thursday, August 18, 2005

Ilham's Blog 1st Anniversary - 17/08

Assalamualaikum,

..hari ini adalah hari ulangtahun blog Ilham yang pertama...bak kata Fuad " gimme me some claps" hehehehe....

Emy ( emy kemudian telah menolong aku upgrade design blog dan dengan itulah baru ada haloscan, tagboard , gambar farah dan sebagainya)adalah orang pertama yang terjumpa blog ini dan blog ini hanya mempunyai average visitors seramai 4 orang sehari untuk 2 bulan pertama..yang lagi tiga tu ialah Nadia dari brunei( peminat farah), Bok D dan shark ( peminat farah), Tragedi Tak Bai dan Tragedi Tsunami telah meningkat visitors ke blog ini menambah average visitors kepada 15 orang sehari dari Oct ke January termasuk kedatangan geng AMTY terutamanya xmen,screw,watie dan uncute telah memeriahkan suasana di blog dari Feb hingga April dengan average visitors dalam lingkungan 25/30 orang sehari....bahang AF3 dari May ke August telah melonjakkan record pengunjung sehingga averaging 400 visitors sehari untuk 2 bulan yang lepas( walaupun volume yang kecil tetapi amat besar untuk blog ini iaitu peningkatan melebihi 1000%!!!ahaks ahaks ahaks)..alhamdullilah, dengan blog ini aku telah bertambah kawan dan aku hargai kedatangan kelian semua ke blog Ilham....

...sehingga malam tadi seramai 29200 visitors telah singgah di sini dengan total pageload sebanyak 41,900 .....termasuk entry hari ini, aku telah published 391 entries sepanjang setahun ini yang merangkumi entry yang merupakan forwarded e-mail yang menarik issuenya, kisah teladan yang aku jumper atau terima dari source lain yang aku jadikan satu entry, articles aku sendiri, newspaper cutting tentang issue yang menarik yang aku beri komen dan kisah kisah yang berkaitan dengan politik, sosial dan ekonomi....sudi sudi lah membelek archieve aku sebelum ini untuk memahami 'thinking process' aku....agak terlalu ramai untuk aku sebutkan semua kawan kawan yang pernah masuk ke blog ini dan juga memberi komen but suffice to say i remember each nick by heart....thank you very much.. there were times when i would continue writing for weeks without a single comment in my haloscan and that is why, NHK, I appreciate every single comment made to my entry....

....sebagai menyambut Ilham's blog 1st anniversay, aku akan rakamkan perjalanan Mawi di AF3 melalui apa yang tulis di blog ini..i hope kelian will like it......

Tribute to Mawi - perjalanan Mawi di AF3 dari kacamata Ilham

Konsert Prelude

..inilah komen aku masa persembahan Mawi di Konsert Prelude dan note that I 've already mentioned the timing/tempo issue even during this performance...entry in bertarikh 24/05/05

13: Mawi ( Intifada)…..at this point of writing aku masih tak sure whether it was the right song for the occasion…superb vocal prowess though…lacking dalam keyakinan diri dan timing/tempo lari pada satu tempat..

sebab gagal : kalau aku menganalisa dari sudut astro…aku merasakan penolakan mawi adalah bukan berasaskan kemampuan tetapi lebih kepada polisi….aku melihat pengambilan mawi akan membuka satu kemugkinan di tahun tahun akan datang untuk mengambil pelajar perempuan yang bertudung pulak…Mawi carry himself as God fearing person and slotting him in could be viewed as an attempt by Astro to create a controversy that could be very dangerous later stage of the show….tapi dari sudut strategy, aku melihat mawi’s rejection as a miss opportunity for the AF to show how the tenaga pelajar could develop a nasyid singer into a contemporary singer…on 2nd thought though….no tudung therefore no ‘ustaz’ singer…

Imbasan Minggu ke 2 untuk konsert ke 2

..inilah yang aku tulis berkenaan tentang Mawi dalam entry bertarikh 13/06/05 dan note that I did mention 'world music' in this entry/comment

MAWI..

aku rasa rumusan untuk minggu kedua tidak lengkap tanpa membincangkan dengan pelajar bernama MAWI....

...dari inclusion beliau ke dalam akademi hingga ke persembahan concert dan komen M.nasir, nama mawi dominated Channel 15!!!! adakah mawi ini indah khabar dari rupa?? adakah mawi ini rentetan kepada Mas AF2 ?? adakah Mawi ini mendapat undi simpati?? adakah Mawi ini lupa diri??!!...semua yang berkenaan dengan Mawi menjadi isu yang sensasi......bagi aku yang belum lagi meminati sepenuhnya si Mawi ini melihat Mawi sebagai genuine talent with charisma....dari latarbelakang kehidupan, wajah yang agak handsome, suara jantan yang powerful, naviety dalam sikap beliau, kecendurangan ke arah lagu nasyid , sikap kelakar yang natural, aku melihat seorang manusia yang " born to be a star" ala ala siti nurhaliza/jamal abdillah.....

....walaubagaimanapun, seramai ramai yang meminati Mawi , ramai juga yang mencemuh beliau dan kononnya persembahan hari sabtu lepas adalah bukti si mawi adalah a failure!!!!..sebagaimana orang bekerja di office ada off-day atau pemain bolasepak ada off-form , ....mungkin konsert sabtu lepas mawi mengalami off-form beliau walaupun aku msih merasakan persembahan itu dalam kategory baik.......aku melihat Mawi lebih genuine talent dari Vince dan lebih charismatic dari Zahid dan aku merasakan mawi bakal menjadi Juara AF pertama yang betul betul dapat mencecah taraf superstar selepas ini, insyaallah, walaupun dia mengambil bidang nasyid or 'world music' sebagai cabang seni beliau.....bagi aku, fenomena Tsumawi ini adalah 'for real' dan dengan kekuatan saturday voters yang ada, mawi mampu menaikkan AF3 kepada taraf reality tv yang paling premier....

....aku teringat kata Adlin " mawi should lift himself to the next level" yang aku tafsirkan bahawa mawi tidak akan di nilai persembahan dengan lain lain pelajar tetapi agansit the established stars..begitulah tingginya expectation orangramai terhadap mawi....namun kerana daif kehidupan, ramai yang mungkin sudah ada perasaan dengki mengapa si budak kampong pak alim nei boleh jadi TOP...okke lah, itu dulu till next week punyer weekly imbasan....maafnya kalau yang kena kritik diatas singgah kat umah aku nei!!!


Entry Imbasan untuk Konsert ke 3 entry untuk 20/06/05

MAWI's WORLD!!

...world!!world!!!....caya lah beb!!!...kemampuan mawi menggembalikan maruah mawi fc adalah amat membanggakan...nyanyian yang mantap, aksi lakonan yang baik atas pentas dan menjawab soalan aznil dengan baik sekali....gadis bertudung, sporting dan pandai urut adalah ciri gadis malay idaman mawi....yeapp gadis malay yer, jangan plak ada abang abang aawww pakai tudung plak tengok concert!!!hehehehe....tarian mawi pun dah mencapai tahap yang membanggakan dan sikap mawi dalam diary perlu aku beri kredit....

....mawi ini adalah seorang yang pemurah perasaan..di saat amylea dikecam hebat dan menggelami masalah rasa terpinggir, mawi telah memilih amylea sebagai calon "gadis malay" beliau dan masa dalam kelas english, beliau " high-5" dengan amylea...mungkin mawi mahu amylea tidak rasa dipinggirkan........anak muda memerlukan" role model"....kalau adik Nooramalina adalah role model perempuan remaja, diharapkan mawi boleh menjadi 'role model' anak muda lelaki...tapi harus diingatkan..mawi bukanlah 'qari' pertama yang menjadi artis sebelum sebelum ini keran ada 'qariah 'yang menjadi artis tetapi tenggelam dalam alam artis ini hingga ke hari ini masih hanyut keluar masuk mahkamah...so , untuk ahli keluarga, fan club dan orang yang bertanggungjawab ke atas Mawi, belajar lah dari apa yang dilalui oleh 'qariah' tersebut supaya mawi boleh dijadikan role model yang baik....dugaan kepada Mawi lepas ini lebih besar lagi dan beliau memerlukan guidance supya tidak tenggelam......


Imbasan minggu ke 4 untuk entry bertarikh 27/06/05

MAWI vs TAN SRI ISA SAMAD

.....Under normal circumstances, berita tan sri isa samad digantung keahlian dan melepaskan jawatan naib presiden bakal menjadi perbualan hangat untuk seminggu dua tetapi dengan adanya Mr.World, cerita tan sri isa menjadi topik kedua perbualan......aku keluar makan dengan kawan kawan pada malam jumaat dan perbualan tertumpu kepada mawi dan AF dan attempt to change the topic to tan sri isa's situation prove to be a failure!!!!.....

.....so kalau hari ini dibuat referendum apa lebih penting samada Mawi menjadi juara AF atau tan sri Isa dikekal kan jawatan sebagai menteri wilayah persekutuan , maka keputusannya ialah semestinya meletakkan mawi sebagai juara AF3!!!!ahaks ahaks ahaks.....mungkin ada pula yang mencadangkan Mawi dilantik sebagai Menteri wilayah persekutuan selepas ini!!!!!!......inilah namanya fenomena, inilah yang afdlin shauki dan shafinaz cuba menafikan bahwa fenemona mawi ini bukan sahaja berkaitan dengan teknik vocal, buka pasal diction tetapi kerna 'charisma' Mawi tersebut.....aku diberitahu bahawa mawi diminati oleh semua bangsa dan agama dan diberitakan di sabah, sarawak dan brunei, mawi adalah juga pelajar yang paling disenangi.......

.....fenomena ini pernah berlaku dalam tahun 1986 bila maradona menjadi wira argentina dan seluruh dunia jatuh cinta dengan maradona dan di pertengahan 90'an bila Jonah Lomu menjadi wira ALL BLACKS ( New zealand rugger team) dalam piala dunia ragbi di south africa....kini ianya berlaku di malaysia dengan budak kampong ala ala pak lebai yang bernama MAWI.......kemasyuran Mawi saat ini setanding dengan beckham atau brad pitt dan kalau buat engine search untuk word/name yang paling banyak di cari di search engine, aku yakin nama mawi paling top di dunai untuk 2 minggu kebelakangan ini.........aku bukan peminat mawi tetapi aku tak suka bila minat orangramai diperkecil kecilkan oleh mereka yang merasakan terlalu amat bagus sehinggakan shafinaz sanggup memperkecilkan orangramai sebagai tidak tahu menilai sebagaimana sekumpulan music scolar macam dia...perlissssssssssssss.....AF bisa membuat kita suka dan benci dengan seseorang itu dalam hal ini, aku yang 3 hari dulu minat giler dengan shafinaz , sekarang ini tak hingin nak aku minat lagi kerana sikap/personality yang aku rasa teramat 'bongkak'.....bagi aku menghina keputusan orangramai or ramai rakyat malaysia just because you think that you right adalah satu tindakan sombong tak bertempat.....

.....walaupun mungkin mawi tidak mahir teknikalnya tidak bermakna dia tidak bagus..mike tyson dianggap sebagai boxer yang tidak ada teknik boxing, carl lewis dikatakan berlari tidak mengikut buku teknik yang berlari yang sebenar dan maradona dipersoalkan keupayaannya kerana tak pernah menendang dengan kaki kanan.....tetapi mereka ini berjaya kerana meraka adalah teramat special dalam apa yang mereka lakukan...bukan maksud aku meletakkan mawi setanding dengan nama nama besar ini tetapi untuk membuktikan bahawa teknik adalah 'tools' tetapi teknik bukan 'solution'...it is good to have good techniques but it is not mandotary to be a winner......shafinaz is a living proof of a singer with a good singing techniques but got nobody to buy her album.....

Imbasan Minggu ke 5 bertarikh 04/07/05

MAWI

...minggu nei aku tak nak cerita pasal mawi in detail sebab aku nak Mawi FC cool sikit...aku ada strange feeling minggu ke 6 ini adalah minggu mawi untuk meletup......selalunya bila aku rasa begini , accuracy rate yer ialah dalam 83.345% hehehe...insyaallah.......so , enough of mr.world dulu dan saksikan sesuatu yang menakjubkan dari mawi minggu ini....

Imbasan Minggu ke 6 bertarikh 11/07/05

MAWI

….walaupun Mawi memberi persembahan yang agak baik tetapi ianya tidak meletup sebagai mana yang aku harapkan…..tetapi apa yang positif ialah Mawi mungkin berada dalam keadaan 70% dari full potential beliau dan sekiranya beliau boleh improve 5 % every week maka beliau akan berada dalam keadaan 85% of his full potential masa final…sekiranya ini berlaku maka Mawi mampu memberi performance yang lebih baik dalam minggu minggu yang akan datang dan bisa meletupkan gunung berapi bila final tiba nanti…..mawi berjaya membawa lagu Memori Cinta Luka dengan baik dan membuktikan beliau adalah penyanyi pelapis yang dinanti nantikan untuk menjadi penyanyi lelaki dalam ‘mould’ Jamal Abdillah….

....tetapi nyanyian beliau pada concert ke 6 masih menampak yang beliau belum lagu relax dalam nyanyian, masih rushing , kawalan pentas yang belum polish lagi….tetapi kekuatan tone suara yang ‘jantan’ memberi kita kelainan yang memyebabkan nyanyian beliau dirasakan sungguh bertenaga dan sedap didengar….adakah mawi sudah berhak menerima kereta dan apartment??!!!…nasihat aku kepada peminat mawi supaya jangan leka dan jangan ingat pelajar lain tak boleh membuat kejutan saat akhir, ingat AF ialah marathon, mendahului di pertengahan larian tidak bermakna akan menang di 100 meter terakhir….Mawi FC harus cuba meraih undi dari Aidil FC atau mana mana pelajar yang akan tersingkir selepas ini untuk mengukuhkan kedudukan peratusan beliau….

....performance Mawi di minggu ke 6 mungkin telah membuang segala ‘doubt’ peminat terhadap kualiti Mawi sebagai penyanyi dan ini memberi rasa ‘complacent’ yang Mawi akan terus berada diatas carta peratusan…nasihat aku jangan leka…apa apa pun tahniah kepada Mawi kerana membanggakan peminat peminat beliau dengan nyanyian yang boleh dikategorikan sebagai persembahan terbaik dari pelajar untuk konsert ke 6 dari pandangan Ilham……

Imbasan Minggu ke 7 bertarikh 18/07/05

MAWI

….performance di konsert sederhana tetapi competent…harus diingat Mawi set the benchmark , maka mawi akan dinilai lebih sikit dari pelajar lain…yang penting mawi sudah menunjukkan improvement dari minggu lepas dan mungkin pressure dah mula dirasai oleh mawi….expectation beliau mungkin rendah tetapi expectation penyokong dan masyarakat adalah amat tinggi……maaf aku kalau aku katakana character development mawi menurun…dari seorang yang nampak ‘cool’ dan ‘collective’, mawi sekarang ini nampak menggelabah dan serabut…adakah jawatan ketua pelajar itu menganggu mawi??? Adakah mawi dah boring dalam penjara emas AF ??!!

....tetapi yang nyata selepas felix gagal menyanyikan lagu dengan baik dalam 2 minggu berturut turut memberi laverage kepada mawi dari segi kualiti nyanyian….tetapi mawi harus diberi peluang untuk back-up nyanyian penyanyi lain untuk memberi peluang beliau menunjukkan kebolehan dia berduet pula…..apa apa pun , selepas 7 minggu, mawi tidak akan lagi dilihat /dinilai sebagai budak felda yang , naïve, bekas qari, seorang pemalu yang ada raw talent tetapi akan dilihat/nilai sebagai kemungkinan beliau boleh dijadikan role model untuk nak muda, dapatkah beliau menyesuaikan diri dengan dugaan hidup sebagai artis, kekuatan pengetahuan/general knowledge dan character development

…...pemilihan pelajar pelajar tersingkir di konsert yang langsung tidak menyebut nama mawi sebagai bakal student yang akan berjaya adalah tikaman dari belakang dari 'kawan kawan ini' dan harus mawi sedar , jalan mencapai kejayaan itu akan penuh dengan kawan kawan seperti ini nanti....kepada mereka yang boleh memberi signal pada mawi, katakan kepada beliau supaya membawa character tenang/cool yang kita kenal dan minat masa dia mula mula muncul di kaca TV dulu...…dalam bahasa singkatnya …"Mawi!! The honeymoon period is over"….good luck to you…..

Imbasan Minggu ke 8 bertarikh 25/07/05 lebih kepada perkembangan IPC mawi sahaja..

Pada dasarnya perlucutan jawatan mawi sepatutnya menjatuhkan ‘character development’ mawi tetapi apa yang nyata , character mawi lebih terserlah selepas tidak dibebankan dengan jawatan ketua pelajar….beliau nampak lebih ceria lebih lebih lagi dengan kedatangan Hamid Gurkha dan Yusni Jaafar…..persembahan beliau di concert 8 menyebabkan aku mengekalkan beliau di atas singgahsana berkongsi tempat dengan Felix dan chart topper yang baru iaitu Yazer….

Imbasan Minggu ke 9 bertarikh 2/8/2005 menobatkan Mawi sebagai Mr.Personality

Ilham's Personality Chart ( IPC )

inilah conclusion kepada IPC untuk AF3 ini
1) Mawi
2) Felix
3) Yazer dan Aidil
5) Amy
6) Akma dan Kefli
8) Ekin
9) Marsha dan Amylea
11) Elliza
12) Idayu
13) Fuad
14) Reza

..Mawi ditingkat keatas dari Felix kerana perkembangan character Felix lebih terserlah selepas kehadiran Mawi dan sesungguhnya Diary harian hanya menjadi menarik selepas kehadiran Mawi...



Final - entry bertarikh 8/08/05


(4) MAWI

Tajuk lagu : Seroja dan Aduh Saleha

Ilham's comment :..lagu pertama adalah agak competent dan dibantu oleh penghayatan lagu yang baik...tiada masalah pitching atau tempo dan yang amat menakjubkan ialah suara Mawi tidak tenggelam dengan kehadiran kumpulan koir porfessional ini.....walaupu lagu ini mencabar tetapi mawi ada advantage kerana sudah mendengarkan Jamal Abdillah mendendangkan lagu ini secara live sebelum ini.....mawi berjaya menandingi jamal abdillah dalam menyanyikan lagu ini tanpa actually imitate jamal...well done indeed.....lagu kedua ini yang rasa sungguh menakjubkan....dari chest tone hingga ke head voice, mawi implemented all the singing techniques to the fullest dengan kawalan pernafasan yang baik dan kawalan tempo yang baik walaupun dikatakan oleh shafinaz agak rushing.....lagu ini amat susah dan memerlukan flow nyanyian yang consistent untuk menentukan beat beat yang berbeza...part chorus yang macam 'rapping' tu sungguh menghiburkan dan kita rasa connected dengan nyanyian mawi dalam lagu ini.....brilliant!!!!
Performance Rating;

Lagu pertama : B+
Lagu Kedua : A-
Overall : B++

dan akhir sekali di malam konsert aku buat entry kesyukuran atas termakbulnya doa menjadikan Mawi Juara AF3..entry bertarikh 6/8/2005

MAWI JUARA AF3 !!!!!

Assalamualaikum,..

aku tak intend nak buat review tetapi sekadar untuk merakamkan rasa kesyukuran aku kehadrat Allah swt kerana anugerah Yang Esa kepada Mawi.....Tahniah Mawi.....alhamdullilah..alhamdullilah.... Allah hu Akhbar...Allah Maha Besar...tahniah juga pada Felix, Amylea dan Marsha...Mawi save the best for last...brilliant!!!!............

wassalam...

....flashback di atas sebagai mengimbau saat saat manis blog Ilham memberi sokongan pada mawi especially di saat saat beliau memerlukan sokongan..

..satu perkara lagi yang motivate aku menghidupkan blog aku ini ialah kerana aku nak menceritakan perkembangan aweks aweks angkat aku ini nija, farah and now ekin....

...yeap , dah setahun dah and more to come..insyaallah...

wassalam...

Wednesday, August 17, 2005

Tribute to Amylea and Marsha

Tribute to Amylea and Marsha

Assalamualaikum

Sebelum itu aku nak sentuh sikit kisah Mawi yang digambarkan sebagai ‘melatah’ dalam Berita Astro yang telah menimbulkan bermacam macam reaksi terhadap apa yang dipaparkan….unfortunately, aku tak tengok apa yang dipaparkan sekadar membaca komen kelian di haloscan blog ini…

..apa yang aku harapkan ialah peminat dan penyokong Mawi jangan cepat membuat kesimpulan atas insiden tersebut dan menjatuhkan hukum….jangan isu rights dan royalty menjadikan satu medan peperangan antara media dan mawi dan jangan biarkan mereka yang menunggu sahaja kejatuhan Mawi, ketawa dengan apa yang berlaku ketika ini…

..bila aku suka Nija, Farah dan Ekin , aku suka berpada dan aku terima kekurangan mereka seadanya….tetapi doa dan sokongan aku tidak pernah lekang pada mereka akan ditunjukkan jalan yang lurus dalam mereka mengharungi dunia seni yang penuh dugaan dan cabaran…begitu juga sokongan aku pada mawi secukup rasa dan menaruh harapan tak setingggi mana tapi melakukan sekadar yang mampu dengan dari blog ini….

...bukan aku tidak memberi amaran terlebih dahulu akan label label yang akan diberi pada mawi nanti , maka ianya adalah ‘anticipation’ aku akan dugaan yang akan melanda mawi sebagaimana yang berlaku pada lain artis baru dan lama…kawan ketawa ramai tapi kawan menangis ada tapi boleh dikira….maka dengan itu aku menyarankan bentuk tindakan untuk peminat mawi tunjukkan sebagai menyatakan rasa bersatu dengan mawi dalam apa keadaan sekalipun ialah dengan menyapu bersih semua Album Kompilasi yang akan keluar ini….saya adalah salah seorang yang diminta untuk buat ‘booking’ oleh Tower Records bila bertanyakan album mawi dan saya adalah orang yang 300 ++ sebelum maghrib semalam…..ini adalah satu sejarah dalam dunia hiburan yang tak pernah berlaku dan ini adalah menunjukkan bahawa Mawi tidak perlu gossip atau kontroversi untuk survive tetapi memerlukan bimbingan dan nasihat dari pihak yang menguruskan mawi….

…maka dengan itu, saya memohon agar penyokong dan peminat Mawi jangan ‘melatah’ apabila dikejutkan oleh berita yang nampak negatif tetapi yang kita tak berapa tau asal usul kisah tersebut….jika dulu aku katakana kekuatan mawi adalah pada kekurangannya maka sekarang ini kelemahan Mawi adalah pada kekuatannya i.e. Juara AF3, fan club yang sudah memcecah 25 ribu ahli, popularity yang terlalu besar, ikhlas dan jujur and etc…

maka oleh itu, semua pihak termasuk fan dan media harus memberi ruang untuk anak muda ini melakukan kesilapan dalam proses pembelajaran beliau menjadi seorang penghibur, idola dan role model….bertahun tahun kita mencari seseorang macam Mawi ini dan bila kita dah jumpa, jangan pula kita yang menjatuhkannya…Mawi sekadar pemuda yang berbakat tetapi bukan pemimpin masyarakat….


TRIBUTE TO AMYLEA - primadona!!!

..kepada regulars blog Ilham ini mungkin sudah familiar dengan terminology ‘aweks angkat Ilham’ yang membawa maksud pelajar wanita yang menjadi pilihan Ilham dalam setiap musim AF iaitu bermula dengan Nija untuk AF1 , diikuti oleh Farah untuk AF2 maka Amylea telah menjadi pilihan utama Ilham untuk AF3 dan sekiranya ciri ciri Nija dan Farah diambilkira dalam pemilihan untuk AF3 ini, aku tidak boleh tidak untuk memilih Amylea sebagai pilihan aweks angkat aku. Memandangkan aku telah melancarkan kempen Tak Nak SMS yang bermakna aku tak nak menggundi tahun ini dan atas dasar kempen Tak Nak SMS ini aku telah memilih pelajar wanita yang aku yakin akan ke final iaitu Ekin sebagai aweks angkat aku untuk AF3….benefit of hindsight, I guess I was right of my selection after all….

…..Amylea dari Langkawi yang mahu dikenali sebagai Alicia Keys Langkawi adalah satu ‘talent’ yang besar dalam AF3 ini….berbekalkan grassroot background dalam muzik yang kuat, beliau adalah the ultimate ‘primadona’ dalam sejarah AF ini…very talented, fantastic performer but strangely demanding, temperamental and self-centered and with this mixture of talent and personality, one would either love her or hate her !!!….

Jika Mawi ialah Juara AF3, Felix sebagai Mr.Likeable maka Amylea telah aku nobatkan sebagai Juara “Saturday Voters”….week after week hinggalah ke final , penggundi yang menggundi hanya pada hari sabtu atau “ Saturday Voters” telah mengambil beliau sebagai ‘darling’ mereka dan dengan itu peratusan Amylea akan melonjak setiap kali selepas undian ditutup diakhir konsert mingguan….Amazing Amylea kata AFC dan memang truly amazing gadis ‘petite’ dari Langkawi ini……

Namun, apa yang agak sedih ialah despite segala bentuk amazing performance dari Amylea, namun ianya telah di ‘overshadow’ by the negative development dalam character beliau dalam kehidupan harian pelajar….dari kes beliau menolak Aidil semasa penyingkiran Elliza, Episode Amylea vs Akma , kisah hidup papa kedana yang cuba beliau ketengahkan dan komen beliau dengan kehadiran Farah pada minggu ke 9 akan menjadi ingatan ramai peminat AF3 apabila berceritakan pasal Amylea ini bila demam sudah reda kelak…..itulah sebabnya blog Ilham selalu menenkan betapa pentingnya ‘balance’ diantara ‘character development’ dengan ‘concert performance’ dalam menentukan survival pelajar…dalam kes Amylea, kekuatan concert performance beliau mengekalkan beliau dalam AF3 tetapi aku predict that her character development akan menghantui beliau dalam permulaan career beliau sebagai penghibur….namun, aku tidak akan lupa insiden insiden yang melibatkan beliau menggajar Mawi menari, beliau menggajar Akma bergelek dan beliau membetulkan Marsha menyanyi untuk lagu bonus minggu ke 9….

…mungkin aku akan lebih memaafkan beliau kerana mengambilkira ‘tender age’ beliau, mungkin aku memaafkan beliau kerana melihat berlatarbelakangkan budaya kehidupan beliau yang berbeza dari ordinary Malaysian, mungkin aku akan lebih memaafkan beliau kerana aku akan menggangap segala hipokrasi beliau sebagai ‘game plan’ untuk survive dalam AF3 ini…so nasihat aku pada Amylea, sekiranya ianya ‘game plan’ untuk survive, maka you played the game very well tapi sekiranya sikap hipokret ini ingin diteruskan juga dalam ‘real world’, you may not survive….

..namun tidak dapat tidak, Amylea aku anggapkan sebagai ‘the ultimate performer’….beliau berjaya menutup segala kelemahan vokal beliau seperti diction yang tak jelas kerana sebutan ‘r’ yang kedalam, atau suara yang tidak berlenggok walaupun pun penuh dengan ‘dynamic’ , hitting the note dengan folsetto walaupun mempunyai ‘crying sensation’ yang sama dengan Mawi tetapi yang yang nyata ialah beliau boleh recover dengan persembahan yang sungguh mengasyikkan…beliau adalah macam Anita Sarawak iaitu kita kena dengar mereka nyanyi secara ‘live’ untuk merasakan ‘sensation’ dalam nyanyian mereka….

…persembahan Amylea di konsert mingguan bukan saja consistent tetapi outstanding kerana beliau akan dapat mencari sesuatu kelainan dalam persembahan yang membezakan beliau dari persembahan persembahan pelajar lain….kalau kita mencari pengganti arwah Sudirman ( al-fatihah ) atau Anita Sarawak iaitu ‘entertainer’ yang boleh membuat kita terhibur dalam masa 1 setengah jam seperti annual dinner show, maka Amylea lah orangnya yang boleh mengisi kekosangan ini….

…walaupun aku boleh menafikan kekuatan vokal Amylea, namun aku tidak boleh menidakkan ‘versatility’ Amylea sehinggakan aku merasakan Amylea adalah lebih baik sebagai penari dari penyanyi, sehingga aku merasakan lagu irama Malaysia adalah sesuai untuk amylea dari lagu soul or R&B yang beliau minati dan aku merasakan lakonan adalah bidang yang lebih sesuai untuk Amylea….tetapi masalah menjadi ‘jack of all trade’ ini ialah beliau akan dikategorikan sebagai ‘elite’ singer yang mungkin orang kampong yang merupakan pembeli terbesar cd atau cassette tidak dapat ‘relate’ dengan amylea dan beliau akan end-up macam Yusni Hamid, Salimah Mahmod, Liza Aziz yang akan menjadi penghibur kepada golongan elite di show show yang mungkin tidak tercapai oleh ordinary malaysia …still, it will be a great achievement for her kalau prediction aku ini berlaku…

….it is going to be an uphill battle for amylea tetapi aku rasa dia akan berjaya walaupun lambat sikit dari finalist AF3 yang lain kerana beliau adalah ‘genuine’ talent dan a fantastic performer…tetapi Amylea harus sedar bahawa di Malaysia ini bahawa pihak media adalah the ‘star maker’ dan sekiranya Amylea merasakan cara snobbish, self-centered dan temperamental beliau akan membawa kejayaan pada beliau, maka beliau should learn apa yang berlaku pada Aisyah tak lama dulu….nasihat aku pada Amylea, berhati hati dalam pembawakan diri sekiranya betul betul ikhlas untuk menjadi penyanyi berjaya untuk membantu keluarga dan mencapai cita cita…

kepada Amylea, keluarga dan FC, tahniah kerana membawa Amazing Amylea ke tempat ke 3 dalam AF3 …well done indeed….


TRIBUTE TO MARSHA- pokok klapak!!!!!

….Kejayaan Marsha masuk ke final dan menduduki tempat ke 4 secara keseluruhan adalah nothing short of a miracle…..perhaps, ada yang mahu melihat kejayaan Marsha sebagai a classic case of unfairness ( kalau ada such a word) dalam dunia hiburan…...gagal menyanyi masa konsert prelude maka disqualified dan tidak masuk dalam list of 19 yang dihakimi pada malam konsert prelude, gagal menunjukkan persembahan yang baik masa konsert Afmasuk di malam concert pertama mingguan…Marsha telah diserapkan masuk bersama Mawi lalu mengsahihkan teori aku bahawa AF adalah semi-scripted Reality TV show….inilah AF dan inilah kexutan dalam AF….

..aku suka pada Marsah kerana tone suara beliau yang sungguh soothing ….suara Marsha mengingatkan aku pada suara megastar Filipina iaitu Lea Salonga ( spell ??) iaitu heroine dalam teater Miss Saigon…..’angelic voice ‘ kata orang dan suara sebegini memang menarik sekali dan sungguh mempersonakan….

….hari hari permulaan Marsha dalam diary tidak berapa berpihak kepada beliau dengan perkembangan character beliau agak terbantut dengan sikap ‘demanding’ beliau dalam akademi….aksi aksi menangis dan melentuk kepala beliau itu telah mengundang kecaman dalam Channel 15 dan cara seksi beliau dalam konsert juga telah disalah anggapkan oleh kawan dan mush….

…..Marsha tidak konsisten dalam persembahan beliau kerana ada minggu yang beliau agak outstanding tetapi banyak minggu yang beliau nampak ‘mediocre’…..persembahan lagu Bossanova adalah sungguh menarik sekali dan nyanyian sambil bermain piano adalah ‘attempt’ yang sungguh berani sekali….tetapi marsha ada advantage kerana pengkritik pengkritik nampak menyelebahi beliau dan ini telah memberi beliau satu sokongan ‘Saturday voters’ kepada beliau….

…lagu Pokok Klapak Marsha adalah salah satu highlights dalam AF3 dan perkataan ‘getek’ yang beliau sebut itu pasti akan sinonim dengan marsha ….namun aku masih tak sure samada sebutannya “ Tak der makner yer’itu adalah originated dari beliau atau Ekin kerana tak silap aku Ekin yang mula mula mengungkap kata kata tersebut ( stand to be corrected ‘…..

..Marsha dikategorikan sebagai wanita jelita , bergaya dan mempersonakan dalam AF3 ini dan boleh dikatakan ciri ciri ini telah menutup ‘genuine’ talent yang beliau….mungkin ramai yang akan lebih ingat aksi Marsha menggoda Mawi dari mengingati lagu persembahan marsha di final AF3 selepas demam Af3 ini reda nanti….perkembangan personality Marsah telah menyebabkan beliau berjaya mengenepikan Yazer di konsert ke 9 atau konsert semi-final lepas….

..personally, lagu ‘Lelaki Idaman ‘ dari original Melly Gaslow adalah lagu yang paling aku ingati bila mengingatkan nyanyian marsah di konser mingguan dan imej Marsha dengan gaun merah bermain piano atas stage adalah a picture of perfection apabila melihat seorang wanita yang elegant dan vogue….

..apakah Marsha akan survive dalam dunia luar selepas AF3 ini ???!!!aku yakin ada ruang untuk suara yang menarik dengan personality yang menarik untuk Marsha dan beliau ini boleh juga diketengahkan sebagai pelakon yang baik jika watak watak sesuai diberikan pada beliau…

kepada Marsha, keluarga dan FC , tahniah dari Ilham blog kerana berjaya membawa Marsha ke final justeru mendapat tempat ke 4 keseluruhan untuk AF3…fantastic !!!!!

wassalam

Tuesday, August 16, 2005

Tribute to FELIX .....susah susah ajaaaa!!!!!!

Tribute to Felix AF3


Assalamualaikum,

..sebagai berlaku adil kepada penyokong penyokong Felix , Amylea dan Marsha yang taat melayari blog Ilham ini dari mula lagi , maka aku akan lakarkan sedikit ‘tribute’ kepada 3 finalist ini sebelum entry AF3 ditutup dengan satu entry khas perjalanan Mawi dari apa yang aku tuliskan dalam blog Ilham ….

..sebagai permulaan aku akan mengimbau perjalanan Felix di dalam AF3 sebagai satu “Tribute kepada Felix “…

Felix adalah Ilham’s original favourite bila Konsert Prelude bermula dengan berbekalkan lagu “Cinta Seorang Teman “,, Felix telah menampakkan kekuatan vokal yang sungguh menakjubkan dan persembahan beliau juga memberi ‘indication’ bahaw beliau ini bukan baru dalam bidang seni suara ini….komen Aznil tiada kerut di muka Felix semasa menyanyikan lagu ini dilihat sebagai sesuatu yang sungguh luar biasa…

…Tidak salah jika saya nyatakan bahawa tanpa penyerapan semula Mawi, memang sahih Felix akan dinobatkan sebagai juara AF3 ini dan ini dapat dilihat dengan kedudukan peratusan pelajar di konsert pertama dengan Felix mendahului dengan agak selesa dan bila di final bilamana hanya Felix sahaja yang dapat memberi saingan kepada Mawi…apa yang menarik dengan Felix ini ialah disamping kekuatan vokal yang menakjubkan , beliau juga mempunyai personality yang amat menarik sekali…sikap ‘sempoi’ beliau dengan jenaka jenaka yang original dan bersahaja membuatkan beliau boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat…

…kekuatan persembahan beliau di awal awal konsert dengan lagu ‘Tiada lagi Kidungmu’ meletakkan beliau diatas tahta peratusan pelajar dengan selesa …sekiranya kita merasakan kehadiran Mawi akan merubah sikap Felix maka kita telah dikejutkan dengan sikap keterbukaan Felix terhadap Mawi dan seterusnya membentuk satu kisah persahabatan ikhlas dan luhur antara dua manusia yang berlainan agama dan latarbelakang budaya….malangnya persahabatan yang sepatutnya menjadi landasan integrasi nasional telah berubah menjadi persengketaan antara penyokong penyokong kedua dua pelajar….namun, aku akan mengingatkan persahabatan Felix dan Mawi sebagai ‘the real highlight of AF3 ‘ dan sesungguhnya dalam pergolakan antara pelajar di dalam AF3, persahabatan Felix dan Mawi yang diringkaskan sebagai Malix adalah contoh dua sahabat yang sehidup dan semati dalam perjuangankan mereka sehinggakan mereka di anggap sebagi kembar…

…perjalanan Felix dalam Konsert adalah ‘mixture’ of greatness and failure’ bila nyanyian beliau di minggu 1 hingga ke 4 mengundang kita mengatakan ‘ a star is born’ sehinggalah persembahan yang sungguh menyedihkan dari minggu ke 8 hingga ke malam Final….sebagai peminat Felix, aku sungguh marah dan sedih dengan pemilihan lagu untuk Felix di final dan kegagalan beliau memberi persembahan yang terbaik di final adalah satu tragedi dalam sejarah AF ini….aku harap pihak astro akan menjadikan episode Felix ini sebagai pengajaran dalam pemilihan lagu untuk pelajar….

…namun , terlalu banyak ‘plus factor’ dalam perjalanan AF3 untuk Felix yang sungguh bermakna terutama kisah tele-novel Felix dengan Akma…berputiknya kisah tele-novela ini telah membuatkan diary harian sesuatu yang sungguh menarik …editing diary telah dilakukan dengan baik sehingga kita menjadi tertarik dengan kisah cinta ini yang sampai di kemuncaknya semasa nyanyian lagu Akma “ Bertahta di hati “ di mana felix menjadi pasangan duet Akma dan nyanyian dan aksi mereka memberi kita ‘rasa’ bahawa ada sesuatu yang lebih mendalam diantara mereka berdua….namun, tanpa kita duga, cinta berlainan agama dan adat budaya ini terbantut dengan kadar segera bila Akma terpaksa meninggalkan Felix kerana tersinggir di minggu ke 8….

..samada satu kebetulan atau suratan, Felix was never the same person selepas Akma tersinggir….adakah ini cinta atau sekadar lakonan ??? hanya empunya diri yang bisa menjawabnya….

Felix adalah seorang anak muda yang istimewa peribadinya, cara beliau ‘handle’ Aznil masa kes ‘orangutan’ adalah sungguh menakjubkan , cara beliau menerima Pak Wahid Satay semasa kejutan untuk beliau adalah satu contoh betapa tingginya budi pekerti anak muda bernama felix ini….tahniah Felix!! Tahniah kerana telah menunjukkan sikap dan pekerti yang tinggi di dalam menghadapi tekanan dalam Akademi tersebut….

Felix bersama mawi telah mewarnakan AF3 menjadikan musim AF tahun ini sebagai yang terbaik takat ini…persoalan sekarang boleh kah Felix mencipta nama beliau dalam entertainment industry ini dengan adanya gelombang Mawi yang terlalu kuat kencangannnya….aku merasakan bahawa terlalu banyak ‘natural talent’ dalam diri Felix untuk aku merasakan bahawa Felix akan pergi jauh dalam dunia senia ini….

..selain dari album Felix, aku juga menantikan satu rancangan untuk dikendalikan oleh felix, aku juga menantikan lakonan beliau, aku juga menantikan beliau bersama Apek dan Wahid Senario dan juga Mawi memecahkan perut kita dengan jenaka mereka dan yang paling aku nantikan ialah satu kisah cinta sejati antara Felix dan Akma berkembang sehingga ke jinjang pelamin!!!!! That will be the ultimate love story of the decade!!!..

..kepada Felix , keluarga dan FFC, aku ucapkan tahniah kepada kelian kerana membawa Felix ke tempat kedua AF3 ….there will be only one “ Felix the Cat” and thanks Felix for filling our days for the last 4 months with joy and laughter….brilliant !!!!

wassalam…