Friday, September 30, 2005

Nostalgia Part 4 - kisah kisah di bulan Ramadan

Assalamualaikum,

....untuk mendapat mood mood awal Ramadan, maka aku mengambil cadangan Kak Ri untuk nostalgia bulan Ramadan dari kisah kisah kita diawal kehidupan.....yang funny, yang sedih, yang seronok dan yang memberi pengajaran dapat kita kongsi bersama dan menjadi iktibar pada kita semua dalam persiapan untuk Ramadan kali ini... BTW,PC Kak Ri ada masalah sikit so Kak Ri ada pesan dekat Hanim untuk kirim salam dekat kita semua maka waalaikumsalam untuk Kak Ri....

...still, aku masih lagi belum dapat keluar dari mental block yang aku alami dan di sini aku mengharapkan input dan experience kelian untuk menjadikan topik ini lebih bermakna..selalunya bila berlaku mental blockage macam ini kita selalu membuat kesilapan kerana hati dan minda tidak berjalan seiring.so, kalau ada kata kata aku yang tidak indah atau kena pada tempat, harap maafkan lah yer...mental blockage selalunya dikaitkan dengan kesihatan , anxiety, pressure dan stresss dan dalam keadaan begini manusia mudah membuat kesilapan...now , inilah serba sedikit apa yang ingat aku lalui masa zaman permulaan kehidupan aku dulu di bulan Ramadan ...

...aku masa mula mula belajar puasa yang aku takut sekali ialah tertelan air liur, so, kejap kejap meludah, kejap kejap meludah ..kalau dalam kelas , siapa ada towel sapu air liur...ini gara gara takut batal puasa...lepas tu aku tak faham mengapa kakak aku slumberland tak puasa!!!hehehehe..so aku akan tanya mak dan abah aku pasal aper depa tak kena marah..so untuk mengurangkan pertanyaan aku, kakak kakak aku diwajibkan juga bangun sahur walaupun tak puasa....huhuhuhu....darjah tiga aku dah start tak tinggal puasa dan kerana latihan dari kecik ini, maka bila dah besar, walaubagaimana perit sekalipun, nama nak batal puasa itu tak mungkin melainkan aku tak puasa 3 hari pertama ramadan sebab operate lutut aku yang cedera pasal main bola...so kalau kelian nak kenal aku, bukak lah lutut lelaki yang kelian jumper, tengok kalau ada parut kena operation kat lutut kiri tu..maka besar kemungkinan aku lah tu....hehehehe....

....perhaps, aku tidak ada kisah menarik yang boleh menjadi satu kisah yang classic untuk dipaparkan....Ramadan aku masa kecik sama jugak macam anak anak lain iaitu berpuasa, berbuka, ke masjid dan surau pada malam yer, main bunga api/mercun/meriam buluh dan sebagainya...however, i could not find one particular incident that stand out from the rest...aku pun quite lucky Ramadan aku di rumah sebab for four years kat college, Ramadan coincide dengan semester break....

.perhaps yang aku paling suka ialah sembahyang Tarawih....unlike other children , aku akan balik masa morei ( spell!! makan lepas tarawih tuuu) sebab aku tak boleh makan kongsi talam...hehehehe...tah mengapa tah, aku rasa geli skit ...so, lepas tarawih aku akan balik dulu...aku start tak miss tarawih di surau/masjid dari umur 13 sampai grade..start keje, aku masih tak miss except for one year aku operation lutut tapi tak semua kat surau dan majid dan banyak yang aku lakukan di rumah.....yang aku rasa kelakar ialah imam kat surau adalah pak cik aku dan dia juga jadi imam di masjid besar, so dia akan bertukar seminggu di surau dan seminggu dimasjid, aku suka dia jadi imam sebab dia baca lancar dan laju and he knows that too...so everytime dia tukar shift ajer, pak cik aku akan call aku " okke, malam nei kita pergi surau/masjid"hehehehe..so aku pun tukar lah based aku sembahyang terawih....almost every year dia kan call aku sampailah dia jadi imam penuh masjid tersebut...

..tapi yang seronok ialah berkawan kawan sampai malam...lepas tarawih karang pergi main meriam buluh kat tepi lombong and so forth...

..mungkin ramadan yang paling tension ialah bila aku start merokok tapi masih bersekolah dan macam mana nak hisap rokok lepas buka dengan sahur....hehehehe...so, selalunya aku akan masuk toilet lepas bapak aku masuk toilet so boleh cover bau rokok...i think arwah nei tau, tapi dia buat tatau ajer...

..bukak puasa yang aku paling tension ialah bila aweks aku masa tu non-muslim...bukan special tapi close lar...cindia , cina campur india , so muka macam malay cun gilos ....hehehe...masalah yer, bila azan ajer dia pun telefon rumah aku tanya makan aper, lauk aper, best ker tak....apa lagi kena 3 hari berturut , parents aku nei hangin to the seven sky lah!!!!......dah lar tu, telefon dekat meja makan...hehehehe....so pada aweks aweks sekelian, kalau nak tunjuk concern dan care pun, carilah masa yang sesuai yerk untuk cik abang tuuuu...

Ramadan juga masa aku dapat beli baju...family saya sederhana saja tetapi macam family yang lain, membeli sesuatu yang baru hanya bila ada occasion, so baju baru selalunya dikaitkan dengan hari raya...so, bulan ramadan adalah saat aku pergi shopping dengan family...selalunya aku akan dibawa kehulu ke hilir oleh mak aku dan di sini jugak saat dapat buka puasa dekat luar rumah....

....Ramadan yang paling tension bila tunggu keputusan nak masuk U....masa tu aku gan ex-aweks aku tengah tension, so aku pun konon nak tunjuk lar kat dia aku pun boleh masuk U, so aku diam tak bercakap masa buka ker sahur ker sampai arwah bapak aku hangin lagi dengan aku...hehehehe...so, bila lepas tarawih aku akan lepak dan lepas tu dah pukul 2 aku balik, aku akan sembahyang hajat setiap malam dengan berkeyakinan salah satu malam tu Allah akan kabulkan doa aku...3 days before hari raya, aku dapat offer masuk U....

....Syawal aku biasa ajer tetapi syawal yang aku paling sedih bila pangkat kakak sedara aku meninggal pada 1 syawal, so basically no Raya for that year.....i syawal aku paling berbulu ialah kakak aku pergi oversea untuk further study betul betul satu syawal...raya kat airport lar langsung....syawal yang paling aku ingati bila ex-aweks aku first datang rumah aku...huhuhu...mak aku layan baik beb!!!!....arwah ayah aku macam biasa lar tanya soalan buat ati aku sakit ajer...hehehehe...

..minta maaf lar kerana kupasan yang kurang ommmmphhh..so mintak korang ceriakan haloscan dengan kisah kisah kelian yang memboleh menceriakan hari ini dan menjadi teladan untuk kita semua....insyaallah, sehari dua nanti ,i think aku punya mind boleh okke balik kot......

wassalam

Thursday, September 29, 2005

Mencari Cinta ....ada makna ker ??!!!...

MENCARI CINTA


Assalamualiakum

….aku tengah melalui satu period of mental blockage di mana lagi aku fikir nak tulis apa lagi aku jadi buntu sedangkan aku still owe Kak Ri satu entry nostalgia lagi…so aku pilih tajuk ini sebab aku baru lepas tengok the 2nd final episode rancangan Mencari Cinta…hehehe…actually tajuk rancangan ini sepatutnya Mencari Menantu!!!!……mana tidaknya , cara family si Elly tu tanya kat si Zul dengan si Danial tu sungguh sesuatuh!!!…aku tengok camera focusing dan editing nak memberi kesan kepada penonton yang Zul akan menang sedangkan aku rasa Danial yang actually akan menang…tapi aku rasa masih ada twist ala ala For Money or Love dan mungkin these two guys will be offered cash or Elly…hehehehe…aku ambik cash lar, !!!!..since this is a game, so I will play to the fullest…apa apa pun , Joe Labi tetap di hati ku…huhuhu…

…now seriously, boleh kah seseorang manusia itu Mencari Cinta ???

…setiap orang mungkin mempunyai pendapat yang berbeza dalam menjawab persoalan ini dan aku juga merasa tiada satu jawapan yang mutlak untuk satu persoalan yang agak menyentuh tentang perasan manusia…tetapi bila cinta dicari bermakna balasan yang diharap sedangkan cinta sejati memerlukan pengorbanan tanpa mengetahui balasan….bagi pendapat saya , yang mungkin mencari cinta ialah professional love seekers seperti gigolo, GRO, mistress, prostitute yang mencari cinta pelanggan supaya mendapat balasan dapat bentuk selalu dilanggan atau terus dibela kerana jualan cinta tersebut….tetapi, sekiranya orang biasa mencari cinta sebenarnya mereka tersalah tafsir dengan mencari pasangan, mencari kawan, mencari hubungan atau mencari jodoh…ramai golongan gay yang mengatakan mereka menjadi begitu kerana mencari cinta???!!! Kepala hotak mencari cinta sampai suntut genre sendiri..ini adalah golongan yang mahu lari dari kebiasaan dengan menggunakan alasan mencari cinta sejati…tunggulah kelian balasannya nanti…

..aku merasakan cinta tak boleh dicari kerana perasaan cinta itu seharusnya datang dengan bersahaja tanpa dipaksa atau dibuat buat…tetapi aku tak menyangkalkan ada mereka yang memburu cinta ini menjumpai cinta sejati selepas itu dan ada pula yang conservative yang menunggu cinta tetapi tidak pernah menjumpai atau mencapai rasa cinta yang sebenarnya…

..tetapi dalam kita mahukan cinta yang sejati , kita mengenepikan prinsip, pegangan, adat dan hukum atas sebab mahukan cinta sejati….si lelaki tahu trick ini dan janji cinta sejati yang menyebabkan si perempuan sanggup menyerahkan segalanya demi cinta sejati tersebut…ingatlah kaum perempuan, cinta sejati itu tidak memerlukan pengorbanan sehingga segalanya patut diserahkan kerana sex is not love although making love is a nice word to say…..itu lar pasal so many men yang setia pada pasangan tetapi masih having sex with other women whenever possible and aku tengah tengok Desperate Hosuewives dan di sini bukan saja men tetapi women pun mencari sex diluar rumah walaupun penuh kecintaan pada suami dan anak anak mereka…

..cinta adalah perkataan yang setiap individu mempunyai tafsiran yang tersendiri dan sehingga kini belum ada manusia biasa macam kita yang boleh menyatakan cinta dia adalah cinta yang paling sejati kerana keindahan cinta itu sendiri adalah sungguh berlainan antara satu sama lain…actually aku pun tak tahu apa yang aku cakap…hehehehe…

so, adakah perkahwinan itu memerlukan cinta sejati untuk berjaya ??? I dunno , although an undivided love is definitely a a big factor, I seriously believe that you don’t need cinta sejati to make the marriage successful because marriage is a contract of relationship and not a contract of love….tapi kaum perempuan susah menerima pandangan ini maka poligami dianggap sebagai enemy number one kepada true love sedangkan aku merasakan juga marriage is a license to sex ( halal)…..perhaps aku nei tidak percaya kepada true love sebab true love antara manusia dan manusia itu adalah terlalu susah untuk dicapai kerana adanya pengaruh syaitan itu dalam hubungan manusia….novel after novel, movies after movies about true love but how many of us yang actually menjumpai cinta sejati ini….adakah tempoh perkahwinan yang lama itu tanda cinta yang sejati atau anak yang ramai sebagai petanda cinta sejati??..perhaps it is a good indication of true but not really true sebab length of relationship make the couple more forgiving for each other weaknesses but necessarily loving each other more during those period of sharing the same roof…

….what I am trying to insist is that kalau kita mahu mencari cinta, carilah cinta terhadap yang Esa..itulah saja cinta yang harus dicari dengan bersungguh sungguh….inilah cinta yang patut dicari kerana ianya memberi kejayaan dunia dan akhirat…dengan kedatangan Ramadan ini carilah kecintaan terhadap Allah dan jangan cari pahala sahaja..tidak salah memikirkan pahala yang dikaitkan dengan amalan di bulan Ramadan kerana ianya sebagai motivasi tetapi carilah keredaan Allah dalam beramal kerana itulah yang akan mendatangkan keikhlasan kita dalam menyerahkan diri kita pada Allah swt…

…Rasulullah beramal kepada Yang Esa bukan kerana pahala kerana Rasulullah telah dijaminkan syurga tetapi baginda terus beramal kerana rasullulah mencari kecintaan yang sejati dalam bentuk keredaan dari yang Esa…kita masih lagi mencari pahala dalam amalan hingga kita sibuk mencari apakah bentuk pahala bagi setiap malam kita beramal….maka, kita harus bertanya pada diri kita samada kita beramal kerana pahala atau kerana Allah swt..adakah kerana balasan atau kerana keredaan ????….

..namun , malam lailatulqadar itu disuruh cari pada bulan Ramadan kerana janji Allah swt kepada umatnya tetapi kerana ianya perlu dicari, maka kita lebih mengharap dari mencari…

baiklah, untuk parlimen haloscan hari ini, kelian nyatakan apakah mencari cinta itu ada makna dan apakah cinta itu penentu segalanya…



Wassalam

Wednesday, September 28, 2005

Adat dan Kebiasaan dalam menyambut Hari Raya...

Assalamualaikum..

entry ini telah dicadang oleh kadiaku dan disokong oleh papaadlis..

...Hari Raya ini merujuk kepada Hari Raya Puasa/Aidilfitri dan perhaps Hari Raya Haji/Aidiladha dan persamaan dan perbezaan antara suku kaum dan negeri dalam menyambut Hari Raya ini...

..soalan pertama saya ialah 'samada' persediaan menyambut hari raya itu yang seronok atau 'menyambut' hari raya itu yang seronok???!!!...maksud saya persediaan memasak,menghias rumah, pergi shopping, tunggu pengumuman raya, berkumpul adik beradik dan saudara mara di kampong yang best atau the actual day of hari raya....masa saya kanak kanak, persediaan itu tidak berapa menyusahkan kerana saya not expected to help out dengan memasak kueh dan hidangan istimewa dan masa tertumpu pada main bunga api dan berkumpul mengikut orang dewasa bertakbir dari rumah ke rumah pada malam raya...as i get older, persiapan itu menjadi 'beban' yang terpaksa ditanggung dan sesunguhnya persiapan itu sebenarnya hari raya yang sebenarnya...hehehehe...adik beradik bergaduh pasal siapa kerja lebih dan kurang, berlumba lumba nak masuk toilet, tidur lewat pasal merendang adalah keseronakan yang amat sangat kemudiannya..maka hari raya itu menjadi anti-climax selalunya kerna hari raya menjadi hari untuk berehat melepaskan penat mejalankan persiapan...

..persoalannya sekarang, mengapakah kita beraya sebulan di malaysia ini ???!!!...people talk about bidaah tetapi tak siapa berani mentioned apakah menyambut hari raya sepenuh syawal tu ada hadis hadis yang menyokong??....personally, adat yang sebenarnya menyebabkan kita beraya selama sebulan sedangkan pada hukum hanya satu syawal itu hari yang diharamkan berpuasa dan hari bergembira menyambut kejayaan melawan hawa nafsu semasa di bulan Ramadan...tetapi di malaysia ini, pakat malay saja , tak kira yang athies, yang tak pernah sembahyang ,yang anti-hadia, bila tiba raya, semuanya beraya dengan penuh gembira selama sebulan....apakah dengan keadaan hari ini beraya selama sebulan itu masih relevan???..adakah raya sebulan itu boleh diibaratkan sebagai membalas dendam kerana berpuasa sebulan ??....nyata, inilah adat yang aku katakan yang dikuatkan dengan reasoning agama tetapi apa yang nyata beraya sebulan di bulan ramadan ini banyak tidak baik yer kerana...

1) ramai yang tidak berpuasa enam yang digalakkan dilakukan dalam bulan syawal kerana masa tak der sebab beraya...bila nak start puasa ajer datang kotor pulak bagi yang wanita..lama lama puasa enam ditunggu untuk tahun depan...satu lagi, puasa ganti dilakukan pada bulan syawal mendapat sunat puasa enam ?? adakah ini benar sebab puasa ganti adalah wajib...

2) melibatkan kos yang tinggi kerana pakaian raya bukan saja untuk satu syawal tetapi sampai 30 syawal...begitu juga adat baru 'open house' yang menyebabkan bebanan pada mereka yang tidak mampu tetapi kerna buat untuk mengelakkan di cop sebagai kedekut atau tidak berduit oleh rakan dan jiran..

3)create perasaan berlumba lumba antara sesama Islam/malay bila datang musin beraya dan di sini akan berlaku tunjuk menunjuk perabot, kereta, barang kemas dan sebagainya...Raya adalah digunakan untuk melihat anak siapa di kampong yang balik naik kereta, motorsikal atau bas...

4) menyebabkan produktiviti kerja dan pengeluaran jatuh pada musim raya kerana semua orang malay masih dalam mood bergembira masa raya...

however, much as i don't agree dengan beraya sebulan ini, saya juga termasuk dalam golongan mereka yang beraya sebulan kerana ingin menjadi sebahagian daripada masyarakat....i would suggest that sambutan Raya di bulan syawal dipecahkan kepada dua segment...Raya kerana i syawal dan raya kerana tamat puasa enam...perhaps 7 syawal diwartakan oleh semua majlis agama negeri sebagai permulaan puasa sunat enam syawal dan ini akan mengurangkan raya berlarutan...maka 13 syawal hari bagi semua yang menantkan puasa enam....i guess if we do that, orang yang tak puasa ramadan, akan stop bergumbira skit waktu orang lain berpuasa enam...

...baik lah balik kepada topik di atas apakah adat, kebiasaan dan cara menyambut hari raya di kampong aku ...

1) kebiasaannya ialah semua benda rumah termasuk nak tukar atap bocor, toilet bowl rosak atau nak beli dapur gas baru pun selalunya di beli menjelang hari raya??!!!!..ini sudah menjadi kebiasaan dan perabut adalah wajib dibeli masa nak menjelang raya kerana adat menyatakan hari raya mesti ada perubahan dan perubahan tersebut hendaklah nyata pada orang datang....riak??..bukan actually riak tetapi kebiasaan yang telah menjadi ikutan turun temurun...bukan aper, nak beli bra baru pun tunggu nak raya kan kan kan...hehehehe...

2) Beraya dari rumah ke rumah untuk bertakbir selalunya diadakan malam raya dan untuk ziarah selalunya diadakan selepas sembahyang Jumaat..

3) kebiasaannya, kubur diziarahi sebelum sembahyang raya atau selepas sembahyang raya...masa nei lah dulu kau menegok aweks aweks sexy pakai baju kurung dengan tudung tapi nampak jambul dengan spec hitam kat kubur...huhuhu..love it..

4) bersalam salaman dengan ahli keluarga...i hate this part because i hate keadaan yang sedih dan aku rasa lebih kepada kebiasaan hari Raua instead keiklasan membuang keruh dan mengambil yang jernih....dan kemudiannya bertukar tular angpau dan sebagainya sudah menjadi amalan pulak dikalangan orang malay ....

5) ziarah dan diziarahi mengikut status/pangkat dalam keluarga iaitu yang muda mengunjung runah yang tua dan sebagainya...

6) masakan seperti biasa iaitu wajib ada ketupat/nasi impit, rendang yang dibuat sendiri dan kueh muih yang dibeli sendiri....kebiasaan meletak kek untuk perhiasan tidak berlaku dalam keluarga aku tetapi menjadi trend dikalangan saudara mara dan jiran..kek ini akan menjadi persiapan tetapi tidak boleh dimakan...hehehe..

7) gantung kad hari raya, ini pun dah tak der sangat tetapi masa aku kecik inilah persiapan yang aku paling boring teramat sangat....pernah aku pergi rumah 2 or 3 pupu yang ada kad hariraya dari artis lagik!!!huhuhuhu...

8) memakai baju malay dan sebagainya sudah menjadi adat tersendiri masa raya tetapi aku agak kurang sikit tentang nei...i think bila aku dah kerja baru aku buat baju malay ini sebab ada office raya function , otherwise aku pakai baju biasa ajer atau jubah orang bagi bila depa balik dari Mekah..

9)open house ??!! no such thing as open house kat rumah mak aku sebab sebagai anak perempuan sulung dan bekas cikgu, enough visitors dah for the 1st week of raya...

10)Duit Raya??...personally aku tak ada masalah dengan adat bagi duit raya and in my case ,saya bagi duit raya pada yang kecik dan yang dah tua....perhaps, budak budak yang pergi dari rumah ke rumah tu akan faham erti mencari duit dari umur kecik lagi....

perhaps kelian boleh share apa yang berlaku dalam kelompok kelian untuk pengetahuan bersama..

..satu adat baru yang berlaku untuk 10 tahun kebelankangan ini ialah sembahyang mayat selepas sembahyang raya...yeap...dengan kadar kemalangan yang tinggi semasa musim balik kampong, banyak masjid terpaksa menjalankan sembahyang mayat selepas sembahyang raya...aku harap sangat perkara ini tidak berkepanjangan....

..mungkin aku terlalu critical dengan cara kita menyambut kedatanagan syawal tetapi banyak juga positif beraya yang dilakukan oleh orang malay ini tetapi aku merasakan sesuatu budaya itu boleh diubah untuk ianya menjadi lebih bermakna dunia dan akhirat....having said that, i dah tempah dah baju malay untuk tahun ini kerana tailor aku dah warning booking almost UP!!!!tu lar pasal...

so, saya harap kelian akan share kelian punya cara persediaan dan menyambut Hari Raya untuk kita buat comparison dan perhaps perbezaan yang menarik boleh dijadikan perubahan untuk persediaan raya kita tahun ini pula....

BTW, goodluck to Darlinglara...ahaks ahaks ahaks..


wassalam..

...

Tuesday, September 27, 2005

Diary Diri 26/09/05

Diary Diri 26/09/05

Assalamualaikum,

Selangor menang FA Cup Final!!!

…alloooo Bok D!!, apa yang ko rasa ??? oreennnnn!!! Ahaks ahaks ahaks …alloooo Jane !!apa yang ko rasakan??!! Epal …huhuhuhu…

..seriously, aku rasa the 4-2 scoreline was a bit flattering to Selangor because the game was much more balance than what the scoreline suggested…when it was still 1-2, Perak had a few opportunities squandered by their forwards especially those imports who seemed to miss when it was easier to score?!!!….

…memorable moment untuk FA cup final bila Bambang punyer seluar terkoyak yang mengikut aku pada kisah terlarang si Hanim dan bila Bambang tukar seluar yang menampakkan dalamannya berwarna hitam mengingatkan aku pada si eisya….huhuhuhu…sesuatuh sungguh si Bambang nei!!!…

..sekarang Selangor bersedia untuk menjadi Mawi dalam bolasepak jika berjaya memenangi 3 kejuaraan dalam semusim…so pada penyokong penyokong Selangor seperti Ling, Zach, SC..huhuhu..aku ucapkan tahniah dan pada mereka yang telah menyokong Selangor,aku ucapkan terima kasih dan semoga kelian panjang umur dan murah rezeki….

EPL

Bolton played very well indeed to win 1-0 over Portsmouth and thus elevate them to 3rd placing !!! huhuhuhu….yeap, 3rd place on the table and Japanese midfielder Nakata was named Man of the Match for his fantastic full debut for Bolton…

…kepada penyokong penyokong The Gunners, The Reds and the Red Devils, aku suggest kelian prepare for next season ajer lah !!!ahaks ahaks ahaks…upsets all over the country led by the demoralizing defeat for Man Utd to Blackburn and both Liverpool and Arsenal could not register a win against a rather mediocre opponents…

Malaysian Idol Grand Finale

…aku kena confess yang aku hardly tengok this season’s MI tetapi aku jenguk jenguk jugak final nei dan aku rasa tak ada contest sangat sebab budak perempuan yang nama Nita tu nampak outstanding …..alih alih budak lelaki yang nama Daniel tu yang menang??!!!! Huhuhuhu….habis lar credibility MI…..

Konsert Gemilang

…Dalam tengok bola final tu, aku sempat jugak tengok tengok konsert Gemilang yang diadakan sebagai tribute kepada pemenang AE05 tetapi yang aku nampak ialah persembahan konsert budak AF3 melainkan Azarina ( spell!!) dan Zahid yang membuat persembahan sebagai pemenang…..

..I thought Akma was outstanding and Felix gave a good account of himself whilst Mawi did well dengan lagu lagu yang bukan lagu Aduh saliha….tetapi group yang nyanyi lagu Terhangat di Pasaran tu memang hancus ambis lar….

DSAI vs MaMaK

..aku banyak terbaca kat internet dengan desas desus yang mengtakan Anwar sedang bersedia untuk membawa MaMaK ke mahkamah sekiranya MaMaK tidak meminta maaf secara terbuka terhadap tuduhan beliau dulu yang Anwar seorang sodomist/kaki suntut….permintaan maaf tersebut juga dikatakan agak mahal kerana ada gantirugi yang berjumalah RM 100 million!!!….errmmm..kalau desas desus ini benar, maka sudah agak jelas arah tuju politik Anwar selepas ini kerana aku yakin Anwar tak buat benda ini kalau tidak ada strong political back-up or a good payback for his action….

…tindakan yang diambil Anwar ini aku lihat sebagai tanda terima kasih Anwar pada Pak Lah dan seterusnya tamparan hebat pada so called ‘proxy’ MaMaK dalam cabinet yang dikaitkan dengan Najib dan Hishamuddin….so, kalau perkara ini berlaku dan Anwar menang bermakna legacy MaMak akan lenyap berserta dengan proxy beliau yang membuka jalan kepada kepulangan Anwar ke dalam um-no untuk menerajui kepimpinan um-no with Keadilan probably coming in en bloc kepada um-no dan sebagai balasan kepada Pak Lah , Anwar akan mendidik Khairy to be the next generation’s of Prime Minsiter candidate….

…yang aku kurang happy ialah why only RM100m???!!! he should go for RM 1 billion….

Bahang Ramadan

..bahang kedatangan bulan Ramadan sudah terasa bila mana aku saksikan surau surau dan masjid sudah menjalankan gotong royong membersih dan mancantikkan surau dan masjid bagi menanti kedatangan Ramadan…aku juga menerima beberapa undangan ke majlis kenduri doa selamat yang dikaitkan dengan kedatangan bulan Ramadan yang terpaksa aku tidak hadiri sebab nak tengok bola final!!!huhuhuhu….

..pada hari Ahad, aku dan keluarga pergi menziarahi pusara arwah daddy ku dan aku telah diberi tanggungjawab untuk mengetuai membawa bacaan Yassin, tahlil dan doa arwah ( tujuan aku cakap nei bukan nak tunjuk bagus kat The Orchard Girl yer…hehehe, tetapi sekadar menyatakan betapa I have come a long way from those days aku di cop oleh abang dan akak akak aku sebagai the hopeless, useless, overly pampered and stubborn little brother in the family)…..huhuhuhu…so, kalau kelian ada adik bongsu yang manja tak menentu dan lepas tu nak ikut ajer kehendak dia, maka kelian sabo ajerlah sebab insyaallah, bila dah berakal /besar nanti mungkin dorang aku berubah jugak…dalam bahasa artis yer, adik kelian tu mungkin akan jadi the next Ilham !!!!ahaks ahaks ahaks…

Pusara

…aku pergi kubur 2 kali semalam dan trip pertama itu aku berkesemapatan itu duduk dan memikirkan erti pusara pada manusia yang tinggal….apa yang aku lihat ialah batu nisan dan batu kubur yang disusun kemas dan rapi dan ada kubur yang masih merah lagi..aku berkata dalam hati,” siapa mereka ini dan siapa yang ingat pada mereka ini?”….mungkin generasi pertama waris si mati akan masih menziarah kubur dari masa ke semasa tetapi bagi yang sudah generasi kedua dan ketiga tidak lagi mengingati si mati yang berada dalam kubur ini….

..berapa ramai cucu yang actually pergi kubur datuk nenek mereka setelah ibu dan bapa pulak meninggal ??…berapa ramai juran yang pergi melawat kubur jiran mereka ??..berapa ramai kawan baik sekolah atau office yang menziarahi kubur dan teman mereka yang pergi dulu selepas 10 tahun kematian teman tersebut….

..ketika itu aku realize betapa pentingnya zuriat dalam kontek kehidupan selepas mati dalam Islam kerana dalam tempoh 20 tahun selepas kematian kita , tiada yang mungkin ingat pada kita melainkan anak anak sahaja sedangkan yang membantu kita dalam kubur ialah doa mereka, amalan kita dan amal jariah kita ….bukan kawan , bukan jiran dan definitely bukan harta dan wang ringgit yang bertimbun timbun…

..di saat itu aku sedar bahawa pusara adalah petanda sahaja dan putus hubungan si mati dengan dunia bila mana roh tersebut diambil semula oleh Allah swt….tetapi sayang, pusara dan tanah perkuburan sinonim dengan jin dan hantu dan ini adalah pendekatan yang patut diubah jika kita mahu generasi akan datang sepaya mesra tanah perkuburan…ramai yang takut nak ke kubur selalu sebab takut kena sampuk dan sebagainya dan lama lama kubur jadi dipinggirkan sedangkan roh si mati mengharapkan kedatangan anak anak untuk mendoakan kesejahteraan di alam barzah tersebut…

..tak payah orang lain, aku tidak ada rasa connection pada pusara datuk dan nenek aku selepas pemergian mereka melainkan apabila mengikut emak dan bapak dulu dan bila bapak sudah tiada maka connection tersebut menjadi lebih jauh kerana concentration akn lebih kepada pusara bapa sendiri….

Justeru itu aku ingin mengingatkan diri sendiri bahawa pusara itu adalah lambang permulaan hidup sebenar dan kematian itu sebenarnya adalah terlalu hampir dengan kita.

Welcome back!!!

….rasanya tidak lengkap entry hari ini kalau aku tisak menyatakan rasa terharu aku dan kawan kawan dengan kepulangan kerahmatullah..eekkkkk silap silap….kepulangan semula vaart bersama kita di sini…..kepulangan vaart aku lihat bagaikan Hang Tuah untuk me’neutral’kan si Bok D aka Jebat yang bermaharajalela dengan semua wanita wanita bila Hang Tuah disorok di dalam hutan…so , kita saksikan pencak silat malay antara Hang Vaart dengan Hang Bok D seterusnya….

..tapi masalahnya, aku tengok kat entry yang sebelum ini…sampai aweks Yang Mulia Tungku Tuan Rumah Blog pun dia usha jugak….hehehehe…tak per, aku yakin dengan kesetian The Orchard Girl….

Lagi satu perkara, aku missed finale Kunci Khazanah dan siapa yang tau siapa yang jadi juara dan macam mana dengan Adib…please citer kat haloscan yer….



wassalam

Saturday, September 24, 2005

Nostalgia Part 3 - Kisah Lucu dan The Most Embarassing Moment

Assalamualaikum,

…salam pagi Jumaat dan entry hari ini adalah sambungan kepada episode Nostalgia zaman awal kehidupan untuk dijadikan teladan, pengajaran, luahan, seloroh dan motivasi untuk semua yang membaca…sesungguhnya yang pahit itu ubat dan yang manis itu perisa kepada kehidupan yang kita lalui dan berkongsi pengalaman hanya akan menambah pengetahuan untuk kita semua.Dugaan dalam hidup adalah menunjukkan kita dekat dengan Yang Esa kerana setahu aku Allah swt hanya menduga mereka yang tidak dilaknat oleh Nya..

..Tetapi entry hari ini agak susah untuk aku sebab aku semacam kehilangan punca untuk dijadikan bahan cerita….dah setengah jam aku memegang pensil untuk merangka berita tetapi kertas putih masih tanpa tinta….Oh!! inilah kisah hidupku , dikala mereka bercengkerama di malam Jumaat, aku mencengkang mata mencari semangat meng’update blog’ yang ku anggap sahabat….huhuhuhu…senyum papaadlis yerk!!!!hehehehe...BTW entry hari ini adalah cadangan bersama Hanim dan Darlinglara...

errmmm kisah lucu??!!!..kalaulah kisah lucah , aku rasa dah siap dah entry aku tak sampai setengah jam pun!!!ahaks ahaks ahaks…tapi kisah lucu aku tak ada yang classic untuk dijadikan santapan…kisah aku lemas kat lombong tu sebenarnya kelakar kalau ikut flashback dari kawan kawan tapi aku yang menyabung nyawa untuk hidup tak boleh melihat benda itu sebagai kelakar!!!hehehehe…

…kalau embarrassing moment tu aku rasa aku boleh gagah jugak lar dan kes aku kantoi dengan conductor bus tu actually very embarrassing tetapi perhaps as a 10 year old, itu lebih merupakan kisah pahit dari kisah yang paling embarassing…

..actually kan kan kan …aku nei tengah contemplating samada nak citer ker tidak aku punyer most embarrassing moment yang aku alami!!!….hehehehe…sebab benda ini berlaku bukan 10 tahun dulu atau 1 tahun dahulu tetapi 1 minggu yang lalu….kisahnya berkait dengan KADAku!!!!…malu lar beb!!!

..satu hari sebelum KADAku dibenarkan keluar klinik aku dikejutkan dengan bunyi hon motor di depan rumah aku…upon checking rupanya Doktor Pakar klinik di mana KADAku dirawat datang untuk menjemput aku melawat KADAku untuk pemeriksaan terakhir sebelum KADAku boleh discharge…..aku yang masa itu separa bogel dirumah…hehehehe..terus pakai apa yang boleh dicapai untuk bergegas berjumpa KADAku…so aku pun pakai t-shirt dan seluar track yang getah cerutnya dah agak loose dan tali cerut dan hilang sebelah untuk aku ketatkan…aku masuk kereta dan terus ke Klinik untuk melawat KADAku….seluar tu melondeh sikit tapi aku tarik tarik keatas sambil tangan kiri aku memegang rokok dan lighter…

…dipendekkan cerita….banggalah aku bukan kepalang bila aku lihat si KADAku menjadi perhatian orangramai di klinik yang depannya adalah jalan utama untuk lalu lalang kenderaan…aku terus buat inspection sambil menerima pujian dari orangramai yang terpegun dengan KADAku…aku terus berbincang dengan doctor akan proses proses terakhir sebelum KADAku boleh diisytiharkan sihat walafiat….aku tak nafikan yang punggung aku kembang kuncup dek dipuji orang akan KADAku itu…hehehehe…

..so, bila aku merapati KADAku maka spectators tadi pun ketepilah untuk memberi ruang kepada abang macho untuk belai aweks yer…. sedang sedang aku membelek belek KADAku ….tiba tiba sesuatu berlaku!!!!cisssssssss….sedang aku tunduk dan tegak membelai KADAku tiba tiba seluar track aku terlucut sampai ke buku lali!!!!!kuang kuang kuang kuang ……huhuhuhu…..aku terasa ada benda tersangkut kat kaki aku dan bila aku tengok ke bawah baru aku perasan trackbottom aku baik punyer landing kat selipar aku!!!!!huhuhuhuhu…….dengan spontan aku try to save the situation dan menarik seluar track aku keatas tetapi by that time it was a bit too late, semua yang ada kat situ dah pecah perut ketawa guling guling sambil nak keluar airmata….aduh saliha betul beb!!!! Aku cuba control macho tapi Allah sajalah yang tahu betapa malunya aku masa tuuu…doctor si KADAku sempat kata “ aiya boss, motor boleh repair, seluar tak boleh beli ker ???!!!”…huhuhuhu…..yang lebih menyedihkan ada dua nyonya tua diseberang jalan yang tunjuk tunjuk kat aku lepas tu gelak….tunjuk tunjuk kat aku lepas tu gelak…..untuk defuse the situation, aku pun joint depa gelak gelak sambil pegang seluar track kuat kuat tapi Allah saja yang tahu betapa malu yer aku pada masa itu…..siuuttt betul….

okke lah ..enough is enough …., untuk menghilangkan rasa berahi NHK dan Darlinglara …hehehehe.. aku harus menamatkan spekulasi otak oren metallic kelian sekarang yang tertanya tanya mengapa nyonya nyonya tu tunjuk tunjuk kat aku pas tu gelak sakan !!!….or apakah kunci khazanah telah terlerai pada masa itu!!! Hehehehe..

.. sesungguhnya nasib aku baik seribu kali baik….tanpa aku sedari aku memakai seluar Bermuda /Beach Short kat dalam seluar track aku….huhuhuhu…..aku pun tak perasan aku pakai short kat dalam!!!!hehehehe…kalau tidak akan terserlah ikan tongkol** masak goreng belada di khalayak ramai pada saat dan ketika itu!!!!!…aku pun tak tunggu lama dah…aku pun angkut kaki belah masuk kereta pecut entah kemana lepas tu berhenti tepi jalan hisap rokok lepas tension malu tadi!!!!!huhuhuhu…malu beb!!!…bayangkan kalau aku tak pakai Bermuda kat dalam trackbottom …,alamat mati terkejut lah si nyonya dua orang seberang jalan tadi!!!…bayanglah tajuk berita esoknya “ two elderly women died of shock after witnessing ikan tongkol** dancing by the roadside”…hehehehehehehehe..gelak korang yerk…

….I guess that was my most embarrassing moment to date and even at this point of writing aku masih lagi merasa kemaluan aku….ehhhhhhhh….masih lagi merasa betapa malunya aku pada masa itu……..

so, sekarang giliran kelian pulak share kisah lucu/most embarrassing moment kelian dalam hidup untuk aku gelak guling guling pulak lepas nei….

** ikan tongkol ialah sejenis ikan yang kenali juga dengan panggilan ikan air/ayor, ikan kurik dan ikan kayu...hehehe

moral of the story : kalau beli ikan tongkol, bungkuslah dalam seluar bermuda untuk mengekalkan kesegaran.....


Wassalam,

Friday, September 23, 2005

Nostalgia Part Two - Peristiwa Dulu Yang Membentuk Laku

Assalamualaikum,

..ada satu perkara yang berlaku pada aku masa aku balik kerja semalam yang membuat aku menulis entry hari ini yang aku rasa relevan dengan siri Nostalgia ini…

..apa yang berlaku semalam ialah semasa aku memandu dalam suasan yang dah agak senja, tiba tiba aku bertembung dengan ada dua ekor lembu ditengah jalan yang cuba melintas dengan perlahan…aku telah diajar dari kecil lagi kalau keadaan yang sama berlaku , selalu mengambil bahagian belakang/buntut lembu sebab very unlikely that lembu akan reverse movement depa dan banyak occasion aku cuba nasihat ini dan memang itulah jalan yang terselamat…

...so aku pun perlahankan kereta ke arah rear lembu bila tiba tiba kedua dua ekor lembu tersebut berundur/berpusing kebelakang seakan akan orang mengundur bila merasakan tidak selamat melintas??!!…..adakah perkara ini biasa , atau petanda dari Allah swt atau mungkin lembu ini mendapat pendidikan awal di asrama penuh???!!!..regardless , apa yang aku saksikan semalam adalah the opposite yang aku diajar diawal kehidupan aku lagi…adakah kejadian itu sebagai signal dari Yang Esa untuk menyatakan apa yang kita percayai/amal dari dulu tak semestinya kekal dan berubah mengikut suasana??, aku really tak tahu tetapi sesungguhnya ianya menakjubkan bagi aku memang telah di ‘imbude’ dengan keyakinan bahawa lembu tidak akan reverse….

..maka dari kejadian itu aku nak mengemukakan tajuk perbincangan hari ini iaitu peristiwa semasa kita di dalam kanak kanak/remaja/awal kehidupan yang memberi impak kepada personality kita seperti keyakinan diri, phobia pada sesuatu benda , malu, takut dan sebagainya…..kita semua telah sedar bahawa melentur buluh biar dari rebung dan the first cut is the deepest , maka peristiwa peristiwa tertentu pada awal kehidupan kita samada yang indah atau pahit membentuk personality dan thinking process kita…

..aku akan lakarkan beberapa perkara yang memberi impak kepada personality ,keyakina diri, cara berfikir an sebagainya….

Kisah Pertama

Semasa aku berumur 7 tahun sedangkan aku makan tengahari bersama sepupu sepupu aku maka ada seorang sepupu aku ( dalam lingkungan 10 tahun) ini telah bermain main dengan seekor anak kucing yang comel…tiba tiba anak kucing tersebut telah mengigit jari sepupu aku sehingga tidak hendak lepas!!!…akibatnya jari sepupu aku yang duduk sebelah aku ini seakan berlubang dengan darah mencurah curah keluar dan beliau macam nak pengsan…..kesan dari peristiwa ini aku jadi phobia dengan kucing sampai lah ke hari ini …..kalau aku makan kat restoran tiba tiba datang kucing, memang aku berhenti makan dulu tu protect myself walaupun aku pernah bergelut dengan buaya tembaga!!!!hehehehehe…kesannya ialah hingga hari ini aku merasakan binatang jinak boleh memberhayakan walaupun ada yang menggajar aku bahawa kucing adalah pembawa rezeki...waulahhuaqlam...

Kisah Kedua

Pada aku berumur 11 tahun dan sudah mula kenal erti kehidupan , aku dikejutkan dengan kematian sepupu aku akibat sakit jantung….beliau yang dalam lingkungan umur awal 20an sudah seperti akak pada diri aku sendiri dan suka melayan aku dan pemergian beliau yang sungguh tidak disangka itu memberi impak dari segi approach aku kepada kehidupan sehingga hari ini….kematian beiau adalah kematian keluarga rapat yang pertama aku lalui dalam usia tersebut dan memberi impak kepada cara mana aku approach perkara hidup dan mati bila aku menempuh peringkat dewasa…melihatkan kesengsaraan pak cik dan mak cik aku semasa sepupu aku meninggal mengajar aku erti pentingnya kehidupan sebelum kematian ini dan betapa penting menyediakan diri untuk kesudahan yang pasti…lalu, aku akan mengingatkan mati bila sesuatu yang terlalu mengembirakan berlaku dan aku juga mengingatkan mati bila berlaku kesusahan dalam hidup kerana bila aku mengingat kematian sepupu aku , aku meraskan betapa sedihnya ibu bapa akau kalau aku mati dahulu dari mereka…oleh itu aku mengelakakkan dari berlumba motor, mengelakkan dari bergaduh secara berkumpulan dan mengelakkan dari aktiviti aktiviti yang mengancam nyawa…dengan lain perkataan, kematian sepupu aku itu telah mematangkan aku lebih awal dari umur aku sebenar…

Kisah Ketiga

..aku pergi sekolah naik bas dan ditemani oleh kakak aku dan selalunya kakak aku akan bayar tambang..so selalunya bila conductor bas mintak tambang , aku akan tunjuk ke arah dalam bas untuk memberi signal somebody else paying for me..so conductor bus pun faham dah cara ini….

..satu hari, aku ada latihan bolasepak dan aku balik sendiri bila tiba tiba aku realize duit tambang aku hilang…tiada kawan dari kawasan rumah aku yang ada bersama sebab at the age of 10, I was the only player from standard four selected for the school team…so , aku tersanggup nak jalan dalam 8 miles untuk sampai ke rumah so aku took the risk of taking the next available bus dengan menggunakan tactic tunjuk kat dalam bila conductor mintak tambang…so conductor pun faham….tak berapa minit kemudian conductor tu approach aku “ mana ada dalam??”…..aku diam “ kalau tak da wang , jangan tipu lar “..masa itu bus penuh dengan orang balik kerja dan aku diam dan malu kena marah dalam bus…..lepas tu conductor tu ulang ulang benda yang sama berberapa kali ….aku diam tak cakap sampai aku turun kat bus stop…..that 10 minutes dalam bus adalah yang sungguh memalukan dan memberi impak positive pada diri aku selepas itu…kesan yang paling nyata ialah aku tak berani nak menipu especially berkaitan dengan duit…aku akan menjadi lurus tak menentu selepas tu dan aku sampai sekarang takut bila nampak conductor bus!!!!! Episode ini mengajar aku betapa perlu bercakap benar dalam apa keadaan dan walaupun kadang kadang telling the truth ini bukan cara yang paling disukai ramai especially dalam dunia pekerjaan.

Kisah Keempat

…bila aku tingkatan 4, aku dah merasakan betapa perlu aku belajar selepas kaki aku injured yang membantut cita cita asal aku nak jadi footballer…walaupun aku tak pernah minat belajar tetapi sebab emak aku cikgu, so aku kena gak lar tunjuk minat belajar nei kat emak aku dan aku merasakan ambik SPM as the license untuk aku bekerja dan start my career…tak pernah terlintas aku nak belajar masuk universiti ker aper ker??…satu hari aku balik sekolah bersama my group of friends dan semasa berjalan tu ada satu pak cik macam sakit kaki memanggil ke arah kami meminta pertolongan untuk beliau melangkah satu longkang…secara tak sengaja, aku terus pergi kat pak cik yang dalam lingkungan awal 50an nei dan membantu beliau melangkah longkang tersebut…lepas tu dia macam berdoa dan kata “ terima kasih anak, pak cik doakan kau pass periksa “..dia cakap kuat sampai semua member dan orang berdekatan dengar dan kami semua joke giler bila dengar doa pak cik tuuu…bayanglah aku gan geng aku mana ada angkat port pasal periksa ker apa bala ker !!…true enough….aku tak pernah failed exam lepas doa tersebut or repeat paper kat university dan apa saja periksa aku ambil lepas tu i.e professional paper ker aku tak pernah fail!!!!…setiap kali aku pass periksa yang aku fikir aku akan fail, aku akan teringat doa pak cik tersebut….mungkin coincident tetapi apa yang aku belajar dari peristiwa tersebut ialah kata kata itu ibarat doa bilanya dimakbulkan Allah…itulah sebab aku elakkan menggunakan perkataan meLAYU dalam penulisan aku sebab aku merasakan ianya boleh menjadi doa melemahkan bangsa kita…episode itu juga menyakinkan aku betapa pentingnya doa dan usaha berjalan seiring usaha kita mencapai kejayaan…waulahhuaqlam

Kisah Lima

Semasa aku awal belasan tahun , aktiviti yang selalu oleh geng sebaya ialah mandi lombong tetapi aku akan menolak sebarang ajakan ke lombong sebab aku takut lemas dan kalau aku pergi pun akau akan duduk jaga basikal dan pakaian kawan kawan….tapi pada satu occasion tu aku setelah diperli dan diejek ,aku pun tanggal baju dan seluar ( hehehehe..jane ko jangan oren yer, spender crocodile masih ada tau!!!huhuhu) aku pun terus melompat tanpa menyedari tempat yang aku lompat adalah bahagian dalam lombong…for a good 15 to 20 seconds aku was actually gasping for air dan dah nak lemas bila geng geng aku berjaya selamtakan aku dan bawak aku ke tebing….it was so funny for my friends sebab depa kata aku tumbuk dan tolak depa in my attempt to save my life!!!!….kesannya ialah aku takut pada air dalam dan aku juga menjadi takut mencuba sesuatu yang aku tidak mahir dan menyebabkan aku jadi terlalu berhati hati dalam mencuba perkara baru dan benda ini adalah menjejaskan kreativiti aku …

Kisah Enam

Aku memang close dengan mak aku sebab aku anak bongsu dan pandai pandai memanjakan diri sendiri...memang kami sekeluarga memang close dan joking dengan parents tu memang biasa..so satu hari aku tengok mak aku macam menangis masa basuh pinggan dan aku approcah mak aku dan tanya mengapa...maka kau pun cerita dia dengan arwah bapak aku ada gaduh sikit tadi...so saat aku melihat emak aku menangis itu sungguh memberi kesan kepada aku kerana selalunya aku take for granted emak aku nei superwoman yang boleh handle apa suasana sekalipun...aku adore emak aku kerana sikap tenang mak aku dalam apa suasana , maka melihat emak aku menangis itu sungguh memberi kesan kepada cara aku handle manusia sekeliling aku....peristiwa itu membuat aku jadi rapat dengan emak aku dan aku akan rujuk apa hala sekalipun termasuklah kisah aweks aku sekali....pada umur aku 15 tahun , aku rasa terpinggir sebab aku seorang saja yang tak hisap rokok antara kawan kawan, so aku pun approach mak aku for permission to start smoking...instead of kena marah , mak aku nasihatkan aku dan berkata kalau nak jugal merokok aku kena janji untuk tidak menyentuh ganja dan dadah...so aku pun accept that condition dan alhamdullilah aku tak pernah rasa ganja dan dadah sebab aku berpegang pada janji tersebut....dan trust given by mother telah menunjukkna betapa 'trust'/kepercayaan yang diberi kepada kita adalah penyuntik semangat yang paling besar dalam hidup ini...

Kisah Tujuh

Masa aku umur 7 tahun aku dah start belajar berpuasa tetapi umur aku 9 tahun baru aku try nak puasa penuh...bila dan puasa yang 27/28 aku dah seronok sebab aku akan puasa penuh tahun itu...tetapi pada puasa yang 28 hari, aku letih bagaikan nak gila sampaikan aku dah lemah ...bila dalam setangah jam nak buka, aku dah tak bermaya dan semua yang disekeliling aku termasuklah jiran jiran suruh mak aku bukakkan puasa aku....tapi aku refuse sebab aku nak tinggal puasa...aku berjaya jugak sampai ke azan maghrib dan that semangat melawan adversity itu sebenarnya tekah membentuk semangat tak mau give-up dalam diri aku sebab bila aku rasa tak boleh ajer, aku ingatkan macam mana aku lawan kelemahan badan untuk berpuasa sampai azan maghrib....

So, aku harap kelian akan share kelian punyer early days experience yang memberi kesan pada personality, cara dan pemikiran kelian seterusnya sebagai pengajaran untuk kita membimbing anak anak kita nanti, yang dah ada anak, untuk masa sekarang...

wassalam

Selatan Thai bergolak lagi....

Assalamualaikum

Muka Hadapan

2 askar tembak mati penduduk dibunuh, selatan Thai tegang

Daripada: YULPISMAN ASLI

PENDUDUK wanita Kampung Tanjung Lima menghalang jalan raya utama ke kampung mereka selepas menjadikan dua askar Thailand sebagai tebusan di Narathiwat, semalam. - AFP.

NARATHIWAT 21 Sept. - Pergolakan di selatan Thailand semakin meruncing apabila dua anggota tentera mati ditikam di Kampung Tanjung Lima di sini hari ini ketika dalam `tahanan' penduduk kampung, setelah mereka dipercayai menembak mati tiga penduduk kampung.
Kedua-dua tentera itu mati setelah 18 jam berada dalam `tahanan' akibat ditikam bertubi-tubi oleh empat lelaki yang menceroboh ke dalam masjid - tempat mereka ditahan.
Mayat kedua-dua pegawai terbabit, Sub-Leftenan Vinai Nabut dan Pegawai Rendah Khamthon Thongeiat dengan tangan masih diikat serta kesan tikaman pada dada dan kepala dibawa ke hospital wilayah.

Satu sumber dari Narathiwat memberitahu Utusan Malaysia, kejadian penahanan dua tentera itu bermula apabila dua lelaki yang memakai topeng dan menunggang motosikal melepaskan tembakan ke arah sekumpulan enam penduduk kampung yang sedang minum di sebuah kedai kopi di kampung berkenaan.

Akibat tembakan itu, tiga daripada mereka terbunuh manakala tiga lagi cedera, menyebabkan penduduk mengejar kedua-dua lelaki terlibat dan berjaya menahan mereka.
``Apabila kami menanggalkan topeng muka mereka, kami mendapati mereka adalah kedua-dua anggota tentera berkenaan,'' kata sumber itu.

Sebaik sahaja ditangkap, mereka dikurung di Masjid Kampung Tanjung Lima dengan dikawal ketat oleh hampir 2,000 penduduk kampung yang membentuk `perisai manusia'.
Bagaimanapun tentera Thailand melalui jurucakapnya, Mejar Jeneral Pongsak Tntharasuangsak berkata, kedua-dua mereka ditahan oleh penduduk kampung selepas kereta yang mereka naiki rosak ketika mengejar sekumpulan lelaki yang disyaki melepaskan tembakan berkenaan.
``Penduduk kampung kemudian mengepung kereta itu dan menahan kedua-dua anggota tentera terlibat,'' katanya kepada wartawan.

Menurut Pongsak, sebelum itu, usaha membebaskan kedua-dua anggota tentera gagal kerana penduduk kampung tidak mahu berunding dengan mereka, sebaliknya menuntut supaya kejadian itu diberi liputan oleh media Malaysia.

Penduduk berkenaan membuat tuntutan tersebut kerana selain tidak percaya dengan kredibiliti media Thailand, ia juga bertujuan untuk mendedahkan kepada masyarakat antarabangsa bahawa segala masalah yang berlaku di wilayah itu berpunca daripada mereka dianaktirikan.
Berikutan desakan tersebut, pihak tentera Thailand membawa enam wartawan Malaysia termasuk Utusan Malaysia ke kawasan terlibat kira-kira pukul 2.26 petang (3.26 petang waktu Malaysia) dengan menaiki helikopter dari Sungai Golok.

Bagaimanapun, ketika wartawan Malaysia tiba di tempat kejadian, kedua-dua anggota tentera itu telah dibunuh beberapa minit sebelum itu.

Peristiwa terbaru itu dijangka akan mencetuskan ketegangan yang tidak terkawal di selatan Thailand dan dijangka akan menegangkan lagi hubungan antara penduduk dan pihak tentera.
Ia juga dikhuatiri akan menyebabkan peristiwa Tak Bai dan Masjid Krisek yang menyaksikan lebih 200 penduduk Islam mati ditembak oleh pihak tentera berulang.

Sementara itu, Timbalan Komander Tentera Thailand Ke-4, Leftenan Jeneral Kwanshrat Klaharn berkata, kedua-dua tentera itu ditikam di bahagian dada dan meninggal dunia di tempat kejadian kira-kira pukul 2 petang (pukul 3 petang waktu Malaysia) ketika rundingan sedang dijalankan bagi membebaskan mereka.

``Empat lelaki bertopeng menceroboh ke dalam masjid dan menikam kedua-dua anggota itu. Ketika ini kita telah mengepung kampung tersebut bagi mengesan mereka,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap Keamanan Sempadan Wilayah Selatan Thailand, Kolonel Sonkuan Saeng ketika dihubungi di Narathiwat berkata, setakat ini pihak tentera belum mengetahui siapakah sebenarnya yang membunuh kedua-dua tentera itu.

``Kita masih menyiasat sama ada keempat-empat lelaki bertopeng tersebut mempunyai kaitan dengan puak pemisah dan gerakan memburu mereka sedangkan dijalankan,'' katanya.
Mengenai keadaan di Kampung Tanjung Lima, Sonkuan berkata, suasana di kampung itu sudah kembali aman di mana semua penduduk sudah dibenarkan kembali ke rumah masing-masing.
``Sebelum ini ketika rundingan untuk membebaskan kedua-dua tentera itu dijalankan mulai pukul 12 tengah malam tadi, wanita dan kanak-kanak tidak dibenarkan berada di situ,'' katanya. - Utusan

source : Utusan Malaysia online

Ilham's comment:

.....Tak Bai berlaku dalam bulan puasa dan adakah satu lagi Tak Bai selepas ini??!!!.....siapakalh lelaki bertopeng yang menyerbu masuk masjid dan menikam askar askar pengganas Taksin tersebut???!!!....bagaimana media Thailand boleh mengembar gemburkan bahawa hanya segelintir sahaja yang mahukan keadilan di selatan Thai bila semua umat Islam dikampong tersebut bermuafakat untuk membela nasib mereka yang kena bunuh...

...betapa besar ertinya sokongan kita pada mereka bilamana mereka mahukan wakil media dari malaysia yang membuat liputan dan ini sungguh membuat aku terharu...

..dalam kita hidup makmur, ada sedara seagama dan sebngasa kita memerlukan pertolongan kita...jangan lupakan doa doa kita kepada sedara mara kita yang memerlukan perlindungan dan doa kita ini..

wassalam

Thursday, September 22, 2005

Nastolgia Part One - Cinta Monyet

Assalamualaikum,

..apparently , the original entry untuk hari ini ada error bila nak publish , so aku advance dulu entry nei untuk hari ini...

...minta izin kadiaku dan papaadlis untuk beri masa untuk kupas topik sambutan hari Raya dan adata dan kebiasaan tu yer...

..so , aku nak bukak topik yang lebih ringan dulu iaitu yang dicadangkan oleh T-rexxx iaitu kisah zaman persekolahan dan zaman budak budak masuk remaja....dalam segment ini akn meninjau kisah kisah suka dan duka zaman yang indah lagi penuh dengan memori yang segar...

..tak semua bernasib baik mempunyai zaman persekolahan yang indah belaka kerana ada yang diantara kita melalui kepahitan hidup terlalu awal dalam kehidupan ....kematian, kesusahan hidup, kesalahan ,keretakan rumahtangga , kegagalan dalam peperiksaan adalah rencah rencah kehidupan yang kemudian membentuk peribadi anak tersebut...namun , sebagai kanak kanak, keseronokan hidup itu sungguh menarik sekali dan paling sukar dilupakan....wajah wajah girang teman dan taulan masih segar diingatan dan kisah dan peristiwa yang dilalui seakan akan timbul diingatan bagaikan menonton wayang di cinemax.....itulah nastolgia yang datang pada kit especially bia ada sesuatu peristiwa....

....tidak dapat dinafikan juga, kecendurangan mengingat kepada zaman awal kehidupan ini adalah dorongan dari perasaan ingin lari/escapism dari realiti kehidupan semasa...meningkatnya umur mengingatkan kita pada zaman kita muda , permasalahan diri menyebabkan kita lari ke alam awal kehidupan untuk mendapatkan ketenangan dan sebagainya...semua ini dilalui oleh semua peringkat umur sehingga keluar terminology mid-life crisis, life begins at forty ans so forth...tiada yang lebih memudakan kita melihat semula gambar gambar dulu disekolah dan di kampong...itu adalah escapsim yang sungguh murah dan mudah yang tiada memerlukan facelift atau pergi aerobic session...

....banyak segmen yang menarik dari episode nastolgia ini dan perhaps kita mulakan dengan kisah cinta monyet!!!!huhuhuhuhu...puppy love kata nenek aku....

..sebenarnya cinta monyet adalah cinta yang berlangsung pada mana pengorbanan dan kesetiaan cinta itu tidak menjadi priority tetapi lebih kepada infactuition(spell??).....ada cinta monyet degan cikgu sendiri, ada yang cinya monyet dengan kawan satu bas dan semuanya berlaku atas rasa ingin tahu dan terikut ikut persekitaran....cinta monyet adalah indah keran darjat dan kedudukan dan begitu juag sosial status dan financial standing tidak menjadi ukuran....ianya lebih kepada rasa ingin mengenali erti perhubungan dua gender yang berbeza....

..bagi aku sendiri, aku tidak ada serious case of cinta monyet kerana aku anak bongsu dan masih lagi terlalu manja pada period awal kehidupan itu...bila masuk sekolah menengah aku terlalu terlibat dalam bolasepak hinggakan aku tidak macam kawan kawan lain yang sudah ada pacaran masing masing.....walaupun aku minat dengan aweks aweks sekeliling aku, tapi aku telah focuskan diri aku untuk menjadi footballer dan aku merasakan mempunyai aweks adalah obstacles kepada perancangan aku nei....asa a footballer, definitely aku ada juga aku punyer group of admirers!!!! ahaks ahaka ahaks....biasa lar kan, sportsmen kat sekolah tetapi aku hanya terpikat dengan satu aweks dari sekolah lain yang tak silap namanya zarina....walaupun aku tak pernah bercakap denga dia, tapi mainan mata masa berselisih sudah cukup memberitahu bahawa ada sesuatuh!!!!....however, never did aku tegur or sapa si aweks 'sharifah' zarina ini but suffice to say she was the first aweks yang try to gain her attention....

..bila aku injured my knee seriously, aku terpaksa re-adjust cita cita aku dan aku berada dalam period of uncertainty bila lutut aku failed me over and over again yang menyebabkan it was impossible for me to become a footballer.....so aweks was again never crossed my mind dalam tempoh aku injured ini tetapi keadaan berubah bila aku tukar minat ke dalam muzik...actually jadi musician lagi senang petik aweks dari jadi sportsmen.... kalau jadi sportmen, aweks jiwang mari, masa jadi musicain , aweks rewang selalu tenggek!!!...hehehe

..walaubagaimanapun aku nei selalu tersyok masa budak budak dulu gan aweks yang tua dari aku, masa aku form 1, orang kenen aku dengan aweks form 2 kat kampong aku, bila aku form 4, aweks yang menjadi mainan mata aku ialah kawan kakak aku yang merupakan jiran aku sendiri...punyer lar cun nak mampus beb!!! masa kecik dia suka sakat aku tetapi bila badan aku dah tumbuh bulu, aku pulak sakat dia!!!!hehehehe...it was a mutual admiration without any word uttered...she was a real knockout will host of suitors but somehow she has always given me that special attention without others realizing except for my best friend....kawan baik aku nei tension sebab ratu kampong sudah main mata sama gua!!!!ahaks ahaks ahaks..

..so really , the first perempuan yang aku pernah keluar ialah seorang cikgu yang 5 tahun tua dari aku!!! ( aku dah pernah tulis dalam entry sebelum ini) dan aweks aku yang pertama ialah masa aku form 6 ( pun aku dah buat samarinda kat entry sebelum nei)....

so, basically, aku punyer early life berkaitan dengan cinta monyet adalah tidak colourful kerana minat aku berbeza sekali dari kawan kawan aku yang lain...so, obviously aku menjadi posmen dan muhrim dalam episode cinta monyet kawan kawan aku tersebut....

..tapi funny, macam mana pasangan cinta monyet kawan kawan aku nei dah tak kenal lagi bila jumper or dah langsung tak der macam zaman budak budak dulu character mereka...

..so, aku harap kita raikan haloscan dengan cerita cinta monyet untuk seloroh hari rabu ini and perhaps we will understand each other better through this exercise.....

Mawi Goes to HollyKelantanWood!!!!......

Assalamualaikum,

...masa nak tulis nei aku terbayang betapa si Kadiaku tersenyum membaca perkataan Kelantan disebut di tajuk entry ku ini....hehehehe...

actually this article was written yesterday tetapi aku nak include comment Mawi di TV3 pasal political stand beliau yang amat menarik " saya sokong Pak Lah and bla bla bla..."...so mawi nei budak smart jugak roper yer..well done, bro...

okke lah, Mawi dijemput oleh kerajaan Kelantan yang tadbir oleh parti PAS telah menjadi isu berita hangat di akbar akhbar arus perdana dan menjadi perdebatan juga dalam parti PAS sendiri mahupun komen komen sinis dari parti um-no....

..belum pernah dalam sejarah politik malaya ini yang aku kenali ada satu umat manusia yang disenangi oleh Pas mahupun um-no....Anwar Ibrahim di benci Pas bila beliau dalam um-no dan disayangi Pas bila beliau dipecat oleh um-no...tapi Mawi nei, um-no suka dan Pas suka dan bila Pas suka mawi, mawi tak kena kutuk, tapi Pas yang kena kutuk oleh um-no pasal suka mawi...

..ada kata mawi memang incline towards Pas dan ada kata ada gambar nik aziz kat rumah mawi...tapi mawi kata his political inclination is his business....kat Baling di Kedah, Mawi pakai baju Putera Um-no...hehehehe...

..so, adakah mawi akan menjadi jambatan penyatuan politik antara um-no dan Pas ala ala orang Indonesia kata " Ganyang malaysia, selamatkan Siti".....huhuhuhu....

..tetapi dalam entry ini aku tidak akan melihat mawi sebagai isu tetapi perubahan yang berlaku dalam kepimpinan Pas.....jemputan kerajaan kelantan led by Pas adalah indication bahawa telah bermula perubahan dalam kepimpinan baru Pas yang dipimpin oleh kumpulan professional yang bukan dalam kategori ulama walaupun mereka mempunyai foundation agama yang kuat...perubahan ini dambil selepas kekalahan teruk Pas pada pilihanraya lepas especially dengan bungkusnya Terengganu dari tangan Pas....

..apa yang aku dapat lihat arah kepimpinan baru Pas ini ialah mereka sudah menerima bahawa perubahan memerlukan kuasa dan kuasa di malaya ini hanya boleh diperolehi melalui proses pilihanraya...pilihanraya pula melibatkan penggundi dan tak silap aku statistik penggundi yang baru telah menunjukkan peningkatan golongan remaja( 20an) yang boleh menggundi pada pilihanraya akan datang....maka arah tuju pas pada pilihanraya akan datang ialah untuk mendapatkan sokongan penggundi muda sebagaimana um-no menubuhkan putera um-no untuk menawan golongan muda ini jugak ( after puteri um-no)..... GE akan datang akan lebih menumpukan kepada mendapat undian dari penggundi remaja yang bakal menjadi penentu kuasa pemerintahan akan datang....

..maka bagi aku, Pas melihat kedatangan Mawi ke Kelantan sebagai simbolik perubahan yang ingin mereka bawa iaitu mendapatkan kuasa untuk membawa perubahan dalam negara...generally, semua orang dah faham aspirasi dan ideologi Pas dalam politik dan consistency Pas dalam macapai aspirasi tersebut dan kesungguhan mempertahankan ideologi tersebut adalah kekuatan Pas sebenarnya....dari sudut geografi, Pas hanya mampu ( on paper) bertanding di negeri negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis untuk menubuhkan kerajaan negeri disamping menggurangkan majoriti BN di parlimen....dengan pemecahan kawasan pilihanraya lepas, kubu kuat Pas telah dipecah perintah dan memerlukan Pas membina kubu baru yang boleh mereka bertapak...tanpa isu seperti kes Anwar Ibrahim, adalah sukar untuk Pas mendapatkan undi baru melainkan Pas sendiri berubah dari sudut penampilan dan penjenamaan ( pinjam pemerhati punyer idea)....

..Mawi adalah produk yang sesuai untuk diekploitasi oleh Pas dalam proses perubahan ini kerana Mawi ada asas agama dan mawi juga seorang yang berwibawa disamping seorang yang popular dan mempunyai meminat yang ramai....walaupun tidak dinyatakan secara terang terangan, Pas mungkin sudah tahu bahawa Mawi incline towards Pas dalam politik dan tidak perlu pas membesar besarkan perkara ini tetapi sekadar cukup untuk kita faham bahawa kesudian mawi ke Kelantan adalah pentanda nyata...

..tidak banyak tidak, perkara ini menggusarkan um-no tetapi mereka tidak boleh attack mawi sebab mawi pun menerima undangan um-no di johor dan kedah....tetapi um-no melihat mawi sebagai produk untuk Pas merubah pandangan anak muda kearah menjadi muslim yang versatile yang memboleh menpengaruhi anak muda jika um-no tidak memputerakan Mawi dengan segera.....

..akhir sekali , yang benar benar untung ialah Mawi!!!!...bukan saja disenangi oleh Pas tetapi disanjung oleh um-no!!!!..fenomena ini tidak pernah berlaku.....suami isteri bercerai pasal parti, sudah berlaku...sembahyang dua imam pasal fahaman politik sudah berlaku....tapi both parti politik suka satu manusia equally belum pernah berlaku except for case mawi ini....

..sebagai orang malay muslim, aku menyeru kepada kepimpinan Pas dan Um-no ini mengambil hadiah daripada Allah swt ini pada bangsa kita dalam bentuk manusia bernama Mawi ini untuk mengukuhkan kedudukan politik orang malay muslims....bahwa kita boleh berlainan fahaman politik dan pendekatan agama tetapi bila datang kepada survival bangsa dan agama tersebut, kita boleh bersatu.....Mawi sebagai produk menunjukkan bahawa orang malay yang berlainan ikutan politik boleh disatukan dengan common interest dan tidak perlu produk tersebut dipecah bahagi melainkan dikongsi.....

...parlimen kita sudah susut dengan orang malay muslim dan banyak wakil bukan malay muslim menang diatas kawasan kawasan pilihanraya yang majoriti orang malay kerana orang malay memangkah parti dan bukan calon....sudah tiba kita mengikut cara orang non-muslims yang memangkah calon dahulu dan baru parti,iaitu bagi mereka survival bangsa adalah lebih utama dari kejayaan parti.....

..sekiranya aku ada kelapangan, aku hendak pergi ke konsert mawi di kelantan ini sebagai sokongan aku pada perubahan yang hendak di bawa oleh kepimpinan baru Pas ini sebagai langkah memertabatkan politik bangsa kita sendiri....

..however i wish to note bahawa Bintang AF1 dulu yang pertama datang ke Kelantan bial mereka buat show dekat Jeli ( under um-no's constitution, and i stand to be corrected on this fact)...

....sesungguh kuat aura mawi hinggakan ulamak pun terlibat membincangkan fenomena ini...harap harap Mawi tidak akan menggecewakan nanti....

..kepada mawi, kepercayaan yang diberikan oleh kepimpinan malay muslims samada melalui um-no mahupun Pas hendaklah jangan dipersiakan....mawi pernah melaungkan " Tak kan Malay hilang di dunia" dan bersalawat dalam satu sama dan ini menunjukkan bahawa Mawi berhati malay dengan roh Islam yang kuat....

..so , sebelum Badan Ulamak Pas melenting atau ulamak Um-no perli perli, beri peluang kepada konsert ini berjalan untuk melihat kesan dan impak sebenar perubahan yang hendak dibawa oleh aura mawi ini....

..apa apa pun, ini adalah pandangan peribadi aku saja...

wassalam

Wednesday, September 21, 2005

Diary Diri 20/09/05

Assalamualaikum,

..segement diary diri yang kebiasaannya di publish hari Isnin di anjak ke hari selasa untuk minggu ini...

Ribut Vicente

...Ribut Vicente ini telah melanda Tanjung Aru di Sabah dan menyebabkan kerosakan harta benda dan alhamdullilah tiada kehilangan jiwa dilaporkan...kesan ribut ini juga dirasai di pantai timur semenanjung dan hujan lebat di pantai barat semalam juga boleh dikaitkan dengan kesan ribut vicente ini rasanya....positif impact dari ribut ini ialah jerebu di kalimantan telah ditiup keluar dari kepualaun borneo...adakah ribut ini sebahagian dari fenomena alam atau adakah ianya satu lagi petanda untuk kita bersedia untuk the eventuality??....walauhuaqlam...

Katrina Hurricane aftermath

...aku tertarik membaca the casualties report yang dikeluarkan oleh pentadbiran bush yang meletakkan angka kematian kurang dari 1,000 orang!!! could it be possible ??...i really dunno...the mayor indicated very early that fatalities could be in thousand and early report recorded up to 2,000 death even before the evacuation started....my own calculattion put the number up to 100,000 death cases when assessing the damaged done tot he city, the fact the the water did not subside until a week after and the failure of the CNN/CBC to even show the image of the death as to me indicates that the casualty level must be very high to be made known to the world.....tapi tak hairan sangat, kalau depa boleh 'tipu' depa punyer askar casualties kat Iraq dan Afghan, apalah susah yer nak 'tipu' civilians casualties yang probably negros dan homeless.....hopefully, the more sensible american akan belajar dari petanda besar dari Allah swt...

Tilawah Al-Quran

...dalam tak berapa sedar, rupanya Tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa telah dilangsungkan minnggu lepas dan qari dimenangi oleh Indonesia dan qariah dari Malaysia....kalau masa kau budak dulu, Tilawah ini dilangsungkan dalam bulan puasa dan menjadi alasan untuk ramai yang dewasa untuk tak bertarawih atas alasan nak mengikuti tilawah....dengan perubahan baru ini, alasan tersebut sudah tidak boleh digunapakai....

..apa yang nak aku sampaikan ialah betapa Tilawah ini tidak langsung memberi kesan kepada masyarakat dan ini dapat dilihat pada malam sabtu lepas bila mungkin 70% tv rumah orang Islam dan restoran orang Islam concentrate dekat AE05 termasuklah TV dekat rumah aku sendiri....walaupun dalam rasa bersalah aku tukar AStro Ria ke RTM 1, tetapi hakikatnya perlakuan itu adalah satu tindakan hipokrit sahaja....

..ini membawa persoalan samada kita membelakangkan majlis yang memuliakan Al-Quran??...atau mungkin perlu dilakukan sesuatu supaya Tilawah yang disiarkan secara langsung ini tidak 'clash' dengan acara lain yang boleh menyebabkan umat muslim seolah olah menghina majlis yang memuliakan Al-Quran.....adakah mungkin Mawi berzanji di Tilawah akan membawa minat muslim kepada Tilawah Al-Quran ini ??....

...aku berpendapat, sekiranya perkara seperti memandangkan rendah majlis memuliakan Al-Quran ini tidak dapat dihindarkan, maka adalah lebih baik majlis ini tidak disiarkan secara langsung demi menjaga kebesaran ayat ayat suci Al-Quran yang disiarkan ini unless drastic and innovative action taken to secure the viewership duringt he period of Tilawah...

Majlis Meraikan Persaraan Bernilai RM 5 juta

......adakah ini menghairankan ??...untuk aku personally ianya tidak menghairankan dalam dunia pentadbiran hari ini...dan aku percaya 90% dari nilai tersebut adalah sponsored....sekiranya kita ambil purata bahawa ada 15,000 kakitangan Kastam seluruh negara maka kos sekepala ialah RM 333 sahaja dan adalah amount yang logik apabila dikaitkan majlis tersebut involved family members...

..apa yang berlaku ialah majlis persaraan itu sebagai alasan untuk staff mengadakan kutipan dari 'well-wishers' dan selalunya besar atau kecil majlis adalah berdasarkan dari jumlah kutipan yang dibuat...personally, i have no problem dengan majlis yang melibatkan semua pekerja dan keluarga sebab ianya tidak melibatkan seorang individu sahaja...

..adakah ini satu rasuah ??..aku tak sure tapi apabila 'well-wishers' tadi expect balasan/consideration dari donation itu, maka sudah ada elemen rasuah di situ ....tetapi yang aku curious , adakah kes ini ada kaitan dengan rampasan kereta mewah rentetan isu AP sebelum ini ??....

Nisfu Saaban

...15 saaban bersamaan September 19 adalah Nisfu Saaban dan eve of Nisfu Saaban adalah malam yang digalakkan umat Islam untuk memohon kebaikan dari Allah swt dan digalakaan bacaan Yassin sebanyak 3 kali selepas maghrib dengan doa doa tertentu.....inilah malam dimana segala catatan performance seseorang insan itu untuk setahun yang lalu dikutip untuk rekod di akhirat nanti......

..persoalan aku ialah mengapa solat sunat Witir tidak digalakan pada malam tersebut sedangkan solat Witir adalah solat sunat yang dikaitkan dengan solat menutup amalan ??? hopefully kelian boleh bagi pendapat atas persoalan aku ini...

Kemalangan Maut di Pulau Pinang

..agak sedih bila membaca kes kes kemalangan jalanraya yang melibatkan kematian dan apa yang berlaku di Penang 2 hari lepas yang melibatkan kehilangan 7 nyawa termasuk pegawai polis adalah sangat menyedihkan....

...walaupun negara kita tak ada perang tetapi kematian akibat kemalangan jalanraya di negara ini melebehi kematian di negara negara yang berperang...

..adakah jalan penyelesaian kepada masalah ini???..mengapakah kisah kisah membawa kereta dan motor secara membahaya dibenarkan menjadi filem sebagai contoh filem Samseng dan KL Menjerit??...adakah membawa siri Formula One di negara ini sebagai galakan kepada masyarakat emulate apa yang dilakukan oleh Alonso dan Schumaecher ??...

..jumlah kematian jalanraya di negara ini adalah pada tahap yang tidak boleh diterima akal...jalan di antara Kuantan-Kemaman, Kemaman-Dungun dan Dungun -Kuala terengganu banyak melibatkan kemalangan maut dan sesuatu harus dilakukan dalam hal ini....kita kehilangan tenaga muda kerana dadah dan kemalagan jalanraya dan akibatnya ialah kita terpaksa import tenaga asing untuk cover kehilangan tenaga kerja dari bangsa kita ini akibat dadah dan kemalangan jalanraya....

EPL

..sesungguhnya kemenangan Bolton ke atas Man City adalah highlight of the week untuk aku personally in relation to EPL...mungkin nasib menyelebahi Bolton tapi in a game of winning is everything, aku kira happy giler babun !!! hehehehe...

..Liverpool and Man Utd drew 0-0 in a boring match dan Chelsea did not impress me either bila menang 2-0 over Charlton.....Newcastle nampak impressive mengalahkan Blackburn 3-0 dan West Ham really taken the premiership with a storm....Arsenal beating Everton by 2-0 scoreline.....

..tapi aku rasa EPL tahun ini belum panas lagi dan aku rasa macam boring bila MU vs Liverpool pun dah tak der bisa...hopefully, season akan panas tak lama lagi...

Malaysia Cup

...aku layan jugak bola Malaysia Cup malam tadi bila Selangor lwn Terengganu tapi aku sedih dengan kualiti of football by both teams...apa yang aku nampak ialah a very emotional 22 players playing the tense atmosphere created by the rather aggresive crowds with no pattern of play...why was the penalty re-taken ???...what happened to that burly Terengganu's import yang konon injured sampai kena strecher ??...first touch players teruk, passing horrible, refereeing standard menyakitkan !!!....

..perhaps the FA should look at themselves , kalau last nigth game was the semi-final of malaysia Cup, then, something drastic has got to be done woth the local football...

wassalam..

Tuesday, September 20, 2005

Anugerah ERA 2005 ...mana KK ??!!!...

Assalamualaikum,

Mana KK ???!!
...habis ajer AE05...itulah soalan yang terlintas di kepala otak , yeap!! KK bukan Kota Kinabalu, bukan Kunci Khazanah..no no no...tetapi khudsia kahar!!!!...walaupun aku tak suka pada KK yang jadi pengkritik AF, tetapi aku peminat KK yang jadi Deejay dan KK yang berjaya fenomena 'radiotainment' fi negara kita...so bila aku tak nampak KK masa AE05, aku mula terfikir adakah krisis?? KK sakit ker?? KK dan nak pindah ker ??...apa apa pun AE sinonim dengan KK....BTW, aku tengok AE tukar tukar channel tengok Tilawah dan EPL, sp probably aku miss certain segment yang features KK...

Carpet merah..

...siutttt, Hani wachaa sexy beb!!!hehehe...funky aperjadah yer si Nana datang macam badut circus!!!...i thought mawi nampak charming, Felix dah nak jadi adnan abu hassan dengan rambut oren....zahid macam budak terencat akal!!Farah kira okke lar...i thought ummi aida nampak elegant, anita sarawak nampak vogue dan Amy/marsha/Akma AF3 nampak macam perempuan cabaret??!!! hehehehe....


AE the performance...

...banyak memorable performance yang melibatkan Jamal Abdillah, Nash walaupun ada technical problem ( tak abih abih Astro nei, lousy technical team!!), Mawi nampak polish walaupun udah udah lar lagu tuuuu...terlalu predictable yang menyebabkan aku dah tak rasa sensasi persembahan tersebut...Aidil!!!! fullamak aidil main piano back-up untuk aweks cun sharifah zarina....okke lar persembahan tu....Jac nyanyi cheeky tapi yang aku paling teruja ialah duet Too Phat dengan CT Nurhaliza..aku rasa lagu nei unik dan sedap arrangement muzik yer...

AE the result...

..aku disappointed Farah tak menang tetapi rasanya okke gak lar zahid menang...mawi terus memecah rekod demi rekod bila menerima anugerah lepas 2 bulan graduated dari AF3!!!!...Jayjay dan Nirwana adalah kemenangan yang aku nantikan, Adam dan KRU juga menang dan aku rasa okke belaka lar result AE..tak der lar nasser wahab menang macam last year yang aku rasa agak memeranjatkan...

AE speech acceptance..

..aku suka cara azarina memberi ucapan yang penuh dengan keindahan bahasa dan perasaan, mawi nampak selamba tetapi kelakar dan aku pun appreciate M.Nasir acknowledge anak anak dia dan juga perihal jualan album yang merudum...sweet and short kebanyakan ucapan yang diberi...

Saiful Apek,
..segment Apek memang menghiburkan lantas menjadikan AE05 tahun ini ada kelainan sedikit...well done Apek!!!

Konti di AE
...syok jugak tengok penyampai ERA at work dan quote Felix " Farazatulakma" sungguh menghiburkan ...Felix masih sempoiiiiiiiiiii.....

Farah..
..cara Farah bercakap masa jadi penyampai award, aku rasa Farah nei sedap kalau jadi pembaca berita atau host rancangan TV!!!.....jelas bijik butir perkataan yang disebutkan oleh beliau...breep breep...

Compere
Aku rasa boleh tahan gandingan Aznil dan Linda Onn dan Aznil pun kira tak cuba nak take the limelight away from Linda...bila depa kata pasal Ina tunangan Mawi, aku pun tergelak gak..

..okke lah, may not be the best of all AEs tapi aku rasa okke lah dengan show yang ditampilkan oleh AE05....well done Radio ERA

now , kalau kelian baca kat haloscan entry sebelum ini , kawan kita vaart mengumumkan pemergian beliau dari blog ini untuk 'hijrah' ke alam baru iaitu dalam perternakan ayam secara industri...

..walaupun sedih dengan kehilangan kawan ini namun aku bangga dengan tekad vaart dan berdoa akan kejayaan beliau kelak...

..so aku memohon pengunjung blog ini save a little prayer untuk kejayaan vaart...take care, vaart...

..lepas tu hanim ada cadangkan semua kelian buat pilihan persembahan terbaik dan terburuk AE05..perhaps pakaian terbaik dan terburuk gak dan apa apa lah hari ini..

wassalam...

Saturday, September 17, 2005

Kekasih Awal Dan Akhir ku....

Assalamualaikum,

..biarlah aku luahkan apa yang terpendam dan biarlah aku muntahkan apa yang tersirat demi kisah ku ini menjadi teladan pada yang sudi menjamah coretan pagi Jumaat ku ini...erti cinta sudah luas sehingga cinta itu dianggap suci murni mahupun buta tuli ...sebagai manusia biasa yang berperasaan, aku tidak lepas dari keinginan mencintai dan dicintai , aku mahu rasakan apa erti makan tak kenyang dan mandi tak basah dan aku merindui dan dirindui...Oh,sungguh jiwang aku di pagi ini tetapi bila rasa gundah itu tiba, tiada malu dan segan dalam rasa dan jiwa...
...memang aku agak busy untuk satu setengah bulan ini dan kesibukan ini ditambah dengan berputiknya semula cinta ku pada kekasih ku di dunia ini yang aku namakan Kekasih Awal Dan Akhir ( KADA)....kepada kelian yang selalu curious dengan aku maka kini kelian tahu aku juga telah mempunyai KADAku sendiri......

..kisah ku ini bermula pada tanggal Ogos 21 2005 lalu bila aku cuba start kereta aku di pagi hari tapi setelah berhempas pulas masih juga tidak boleh dihidupkan sehinggakan aku terpaksa berbasikal untuk mencari foreman untuk membaiki kereta ku iu...dalam episode aku mencurah keringat menggajuh basikal ini, aku terkenangkan KADAku yang telah lama aku abaikan....aku mengaku bahawa aku bukan kekasih yang baik kerana aku rakus melakukan apa saja tentang KADAku ini seolah olah bila dapat madu, maka sepah ku buang.....kadang kadang aku biarkan KADAku merana makan hati berulam jantung sehingga pernah aku tendang dan terajang bila kehendak ku tidak dapat dicapai oleh KADAku...

...namun , tak lama dulu, pernah aku mandikan KADAku sambil aku raba raba dan korek seluruh tubuhnya seolah tiada yang lain di dunia ini untuk ku ketika ku...dasar jantan...ku perkudakan sepuas hati aku walaupun dia meronta ronta pinta dibelai disayangi sedangkan oleh lebih suka menghambakan KADAku ini..... huhuhuhu....censored tuh!!!

Tanggal Ogos 21, aku kini sedar betapa aku telah lupa kepada KADAku yang merupakan satu satunya jambatan yang merapatkan aku dengan arwah bapa ku dulu....terdetik dihatiku untuk rujuk dengan KADAku demi memori terhadap arwah bapa ku dan ketika hatiku terdetik rasa sedih yang amat sangat melihatkan tubuh KADAku yang sudah tidak solid lagi mahupun kulitnya yang satu masa dulu pernah putih gebu kini karat ke tulang.....

...lalu, ku gagahkan diriku dan aku berjanji pada diriku untuk tidak membuat kesilapan yang lampau dan menebus dosa yang silap terhadap KADAku..... maka tanpa aku sedari, kaki aku terus bergegas membawa KADAku ke klinik swasta untuk diperiksa dan diubati dan di kala ini kos perubatan tidak langsung menjadi halangan di fikiran ku yang nyata penuh dengan perasaan bersalah dek dosa yang bertebus lagi...

.....gambar dibawah adalah 'the pretty version of my KADA", somehow aku terlupa mengambil gambar gambar KADA masa nazak tempoh hari.....actually, conditon KADAku sungguh menyedihkan yang memungkin kedai besi buruk pun tak ingin menerima KADAku...

Image hosted by Photobucket.com

..sampai di klinik swasta, doktor menolak kehadiran KADAku seolah olah KADAku itu tidak ada hati dan perasan, tersentap hatiku dengan ejekan Doktor akan KADAku sehingga aku bertanya apakah kos perubatan yang aku perlu keluarkan untuk aku mendapat semula KADA ku...bila disebut harganya, aku longlai dan rasa terkejut yang amat sangat....namun demi cinta dan maruah diri , aku lecehkan hal duit ini kerana tiba satu peringkat bila duit bukan segala galannya dalam hidup dan dengan rasa geram dan mungkin juga ego ku , aku iyer kan kata doktor tersebut.... puas ku cari doktor sebangsa dengan ku namun tiada mereka yang sanggup merawat KADAku....maka ku lupa prinsip ku dan ku gagahkan berjumpa doktor yang bukan sebangsa dan agama dengan ku...adakah aku 'cakap tak serupa bikin'?? perhaps.... tapi aku dalam keadaan aku yang longlai dalam cinta dan perasaan, maka aku lawankan perasan ku ini...

...lantas, KADAku dimasukkan ke dalam wad ICU dan hari berganti hari maka aku pun melawat KADAku dengan penuh rasa kasih sayang di klinik swasta yang penuh misteri ini.....walau kusta sekalipun, aku tetap membelai KADAku dengan penuh rasa sayang walaupun tersirat rasa bersalah yang amat sangat....

...inilah gambar KADA ditelanjangkan untuk operation yang sungguh tinggi risikonya... tak tau mengapa bila dinaikkan 'butt' KADAku ini telah mengingatkan aku pada Nana AF1 !!!hehehehe....

Image hosted by Photobucket.com

..kemudian aku diberitahu bahawa banyak ubat dan peralatan perubatan tidak lagi ada dalam pasaran kerana KADAku sudah tidak penting lagi dalam kehidupan generasi moden hari ini....ada sedikit rasa hampa dalam hati ku namun aku bukan jenis menyerah kalah dan aku bertekad untuk usahakan juga untuk mencari ubat dan peralatan walaupun menyeberang seberang Lautan Andaman....

...maka aku terus diberitahu bahawa ada sebahagian dari rakan KADA`masih lagi hidup aktif di utara semenanjung...maka aku bergegas ke utara negara tetapi sebelum itu aku mencabar doktor KADA untuk megubat KADA ku dengan sebaiknya sekiranya aku temui segala ubat yang diperlukan..... pada saat ini, doktor yang mencemuh KADAku dulu sudah mula menunjukkan rasa kagum dengan semangat ketalku dan keikhlasan cinta ku pada KADAku....

....pengembaraan aku membawa aku ke Pulau Langkawi, Padang Besar, Kangar dan Alor Setar dan dalam tempoh itu aku telah menjumpai ubat ubatan KADA ku di corok corok kampong di klinik klinik usang yang sudah dimakan zaman....setiap kali ku jumpa ubat KADAku, setiap kali juga air mata ku menitis kepuasan.......walaupun ada doktor doktor tua yang mengertawakan aku setiap kali aku menanyakan ubat ubatan dan peralatan untuk KADA ku, namun setiap kali juga di lorong Allah swt jalan penyelesaian untuk aku mengubati KADAku...

..aku pulang dari perantauan dengan hati yang gumbira tetapi masih sedih melihat KADAku masih terbogel bagaikan tiada penjaga....aku usup usup tulang belulang yang ada pada KADAku dan aku tunjuk tunjuk ubat ubatan yang ada seolah olah menyatakan padanya supaya bersabar...

...hari berganti hari maka dapat kulihat progress kesihatan KADAku...


Image hosted by Photobucket.com

namun, aku dikejutkan juga dengan organ organ penting KADAku yang masih tidak sesuai....lalu aku bergegas ke Tg.Karang dan Kuala Selangor untuk mencari ubat ubatan lama yang masih dipraktiskan dan akhirnya aku ke Sentul untuk mencari ubatan moden yang boleh di'modify'kan...

...minggu berganti minggu, namun KADAku masih belum sembuh......wang usah disebut lagi, masa apatah lagi, sehingga aku menjadi keciwa dan tidak melawat KADAku untuk seminggu kerana marah dengan doktor yang aku rasa agak sambil lewa dalam mengubati KADAku....

....satu petang sedang aku duduk dalam bilik mesyuarat di office, aku menerima panggilan telefon dari klinik yang merawat KADAku, aku menantikan berita buruk dari doktor tersebut dan aku disuruh datang ke klinik.....lepas meeting, aku bergegas ke klinik dan belum sempat aku berhenti kereta , aku ternampak KADAku melambai lambai kepada ku dengan dikerumuni oleh ramai jejaka tua dan muda .....aku nyaris jatuh keluar dari pintu kereta kerana tergamam dengan lambaian KADAku itu...aku tolak tolak jantan jantan yang cuba meleseh dengan KADAku...

inilah KADAku selepas operation walaupun masih belum sembuh sepenuhnya.....

Image hosted by Photobucket.com

..aku diminta membuat pembayaran tambahan kerana kos operasi lebih dari dijangkakan dan masih ada ubat dan peralatan perubatan penting yang mesti aku bayar.....demi cinta ku pada KADAku, aku terus bergegas ke bank berdekatan dan tiada ku fikirkan hal wang dikala itu... "KADAKu perlu sihat" , itu saja yang aku ungkap dihati ku kala itu..

..3 hari kemudian...inilah KADAku...

Image hosted by Photobucket.com

Image hosted by Photobucket.com

...mungkin tidak sejelita Miss World atau sexy macam madonna, namun inilah KADAku yang akan aku jaga, pelihara dan cintai dari saat dan ketika ini...tidak akan aku lakukan kesalahan dulu terhadap KADAku ini.... ..kini aku boleh tidur malam lena kerana tahu KADAku pasti menantiku dikalau azan subuh berkumandang....

inilah serba sedikit kisah cinta ku yang menyaksikan aku lupa daratan sehingga menganiaya kekasih yang setia menunggu terhadapku...aku kini sedar siapa diri ku dan siapa KADAku dalam hidup ku

moral of the story - kalau tak dapat Kadiaku , dapat KADAku pun jadilah......hehehehehe...

...so , satu lagi, Anugerah ERA sabtu ini akan menyaksikan aweks angkatku si Farah bertanding untuk 4 category....maka di pagi Jumaat yang indah ini, aku memohon ke hadrat Illahi agar dilorongkan rezeki untuk Farah dimertabatkan di AE ini....

...my prediction ialah sekiranya Farah kalah , di akan kalah semua kategori tetapi kalau dia menang , maka aku rasa Farah akan menang dua awards, insyaallah...

..akhir kata,

wassalam....

Friday, September 16, 2005

Hari Kelahiran Malaysia - 16th september 1963

Assalamualaikum,

..sebelum aku terlupa, aku nak mengucapkan Selamat Harijadi pada aweks angkat aku untuk AF3 iaitu Ekin yang jatuh pada 14 september ,dengan harapan selamat berjaya, selamat panjang umur dan murah rezeki...

..selepas 31 Ogos 1957, tarikh 16 September 1963 adalah tarikh penting dalam sejarah negara tetapi tidak disambut dengan meriah....mengapakah hari terbentuknya Malaysia itu tidak diperluaskan maknanya ??.....

..apa proses kemasukan Sarawak dan Sabah dalam gagasan Malaysia dan keluarnya Singapura dari gagasan tersebut merupakan isu sensitif sehingga tarikh 16 september tersebut tidak diberi penekanan ???....

...personally, aku tak berapa clear dengan proses pembentukan malaysia iaitu cara, bagaimana dan mengapa Sarawak dan Sabah mengambil gagasan Malaysia sebagai arah tuju mereka dan mengapa Singapura dibebaskan keluar dari Malaysia...apakah hari kemerdekaan singapura bersamaan hari mereka keluar dari gagasan Malaysia???......insyaallah , i will do my thorough research on this subject kemudian nanti....

..apa yang ingin saya tekankan ialah perlunya sejarah pembentukan malaysia itu di war war kan untuk intergrasi nasional dan sejarah keluarnya singapura hendaklah ditekankan sebagai satu sejarah hitam negara ...samada malaysia will be better off with or without singapore is there to be debated tetapi apa yang ingin tahu ialah process atau sebab dilepaskan singapura...

...mungkin 400 ratus tahun dahulu bila Laksaman Cheng Ho berborak borak dengan panglima Hang Tuah , mungkin Cheng Ho ada kata bahawa Temasik itu satu hari nanti akan jadi milik orang sebangsa dengan beliau...mungkin Hang Tuah tertawakan Cheng Ho dan berkata " Tak kan Malay hilang di dunia".....begitu juga Malaysia ini boleh dimiliki oleh bangsa pendatang jika malay hari ini melupakan sejarah bermulanya gagasan Malaysia tersebut...

..personally aku lebih suka kalau nama negara ini dikekalkan kepada Malaya instead of Malaysia...mengapa ?? aku sendiri pun tak berapa tau tetapi mungkin Malaya itu lebih berhubung kait dengan perjuangan merdeka oleh orang malay zaman menuntut kemerdekaan....

....aku mempunyai teori yang satu hari nanti singapura akan bergabung dengan malaysia semula selepas berlaku ledakan politik generasi tersebut yang mahukan ikatan persaudaraan singapura dan malaysia tersebut bergabung....kemungkinanya kepadatan penduduk di singapura yang terlalu tinggi atau masalah natural resources for human survival yang akan menyebabkan berlaku penghijrahan rakyat singapura ke malaysia yang membuka semual kisah permulaan gagasan malaysia yang memungkinkan bangkit semangat inginkan penyatuan dikalangan rakyat singapura....

..aku juga tidak menolak kemungkinan kepulauan Borneo iaitu sarawak , sabah, kalimantan dan brunei bergabung menjadi satu negara dalam tempoh 100 ke 200 tahun lagi ataupun berlaku satu keadaan di mana berlaku satu gagasan ala ala soviet union yang mengabungkan borneo, semanajung tanah malay, singapura selatan thai ,Riau dan sumatera dibawah naungan Negara Malay Bersekutu di mana setiap province mempunyai autonomy power menguruskan wilayah masing masing di bawah satu kerajaan federal yang boleh juga dikaitkan dengan cara BRitish yang consist of Nortehrn Ireland, wales, Scotland and England yang mempunyai pentadibiran dan parlimen meeka sendiri...Negara Malay Bersekutu (NMB) ini mempunyai hasil bumi yang sungguh tinggi dengan population yang mebolehkan NMB ini menjadi main player dalam world economy di samping menjadi pusat pertamadunan Islam di timur....

...perubahan landscape politik dunia tidak boleh ditidakkan kerana politik berubah mengikut kepentingan manusia pada zaman tersebut....

..regradless, dari blog Ilham, marilah kita menyatakan dengan penuh bangga dengan Hari kelahiran Malaysia ini bersamaan 16 September 1963....

BTW, ini ada satu tulisan yang aku jumpa sebagai contoh jawapan untuk soalan peperiksaan yang boleh dijadikan rujukan:


Analisakan faktor-faktor dan langkah-langkah ke arah penubuhan Malaysia.

Pengenalan
Selepas Perang Dunia Kedua, pihak Inggeris, Ketua Menteri Singapura dan tokoh-tokoh politik Semenanjung Tanah Melayu telah mencadangkan gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Singapura dan Brunei. Walaupun ada beberapa cadangan, penubuhan Malaysia menjadi realiti apabila Tunku Abdul Rahman Putera al-Haj dalam upacaranya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Singapura pada 27 Mei 1961 mencadangkan supaya Persekutuan Tanah Melayu, Brunei, Sabah dan Sarawak disekutukan menjadi sebuah persekutuan. Cadangan ini menjadi titik permulaan penting bagi penubuhan Malaysia. Malaysia telah dibentuk pada 16 September 1963.

Faktor-faktor
Ada beberapa faktor yang menyebabkan penubuhan Malaysia. Antaranya ialah:

Perkembangan Polisi di Singapura
· Pembentukan Malaysia bertujuan menentang kegiatan Komunis.
· Komunis telah merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat yang menguasai Singapura sejak tahun 1959.
· Perkembangan pengaruh Komunis di Singapura membimbangkan Tunku Abdul Rahman. Beliau bimbang pengaruh Komunis akan merebak ke Tanah Melayu dan Singapura dan akhirnya dikuasai oleh Komunis.

Perkembangan Politik di Sarawak
· Pengaruh Komunis berkembang di Sarawak.
· Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan Komunis ditubuhkan.
· Pertubuhan Komunis Sulit – Persatuan Belia Maju Sarawak bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani.

Keseimbangan Kaum
· Penggabungan Tanah Melayu dan Singapura akan menimbulkan masalah.
· Ketidakseimbangan kaum kerana 75% penduduknya terdiri daripada kaum Cina.
· Perkembangan ini akan menggugat kedudukan dan keistimewaan orang Melayu di Tanah Melayu.
· Tunku Abdul Rahman mencadangkan kemasukan wilayah-wilayah Borneo yang mempunyai kaum Bumiputera yang ramai untuk mengimbangi kadar kaum di Malaysia.

Kemajuan Ekonomi Bersama
· Perkembangan ekonomi tidak seimbang di wilayah-wilayah Borneo, Tanah Melayu dan Singapura.
· Penubuhan Malaysia yang meliputi wilayah-wilayah tersebut akan mewujudkan kerjasama dalam bidang ekonomi.

Mempercepatkan Kemerdekaan
· Wilayah-wilayah Borneo dan Singapura belum mencapai kemerdekaan ketika cadangan penubuhan Malaysia.
· British berjanji akan memberi kemerdekaan awal sekiranya wilayah-wilayah Borneo dan Singapura bercantum dengan Tanah Melayu membentuk Semenanjung Malaysia.

Reaksi Sinagpura, Sabah dan Sarawak
· Pungutan suara menunjukkan 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia.
· Pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak menentang Gagasan Malaysia.
· Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel telah diadakan untuk memberi peluang kepada wakil-wakil Sabah dan Sarawak berbincang tentang Gagasan Malaysia dengan wakil Tanah Melayu dan Singapura.
· Persidangan ini telah melahirkan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia untuk memberi penerangan dan mengumpul maklumat mengenai penubuhan Malaysia.

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
· Ditubuhkan pada 23 Julai 1961.
· Tujuan JPPM ialah
a. Memberitahu orang ramai tentang penubuhan Malaysia.
b. Mengumpul maklumat mengenai sambutan orang ramai terhadap penubuhan Malaysia.
c. Menyediakan dan mengemukakan satu memorandum mengenai pembentukan Malaysia.
d. JPPM meyakinkan pemimpin-pemimpin Sabah dan Sarawak tentang kebaikan Malaysia.
e. Memorandum JPPM mendapat sokongan padu daripada penduduk Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.

Suruhanjaya Cobbold
· Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke London pada bulan Oktober 1961 untuk mendapatkan sokongan Kerajaan British.
· British bersetuju dengan penubuha Malaysia tetapi hendak mengumpulkan pendapat dan sambutan penduduk Sabah dan Sarawak terhadap Malaysia.
· Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan oleh British untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor-syor perlembagaan setelah mendapat pandangan rakyat.
· Laporan Suruhanjaya Cobbold telah disiapkan dan mengesahkan bahawa 80% daripada rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia.
· Jawatankuasa Cobbold telah mengesyorkan penubuhan Jawatankuasa Antara Kerajaan untuk merangka Perlembagaan Malaysia.

Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
· JAK mengeluarkan laporan pada 27 Februari 1963 dan dibentangkan di Majlis Sarawak dan Sabah.
· Kedua-dua Majlis menerima dan meluluskan laporan JAK dan seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963.
· Mengikut laporan PBB, lebih 70% daripada rakyat Sabah dan Sarawak menyokong penubuhan Malaysia.

Penutup
· Pengisytiharaan Malaysia dibuat secara rasminya pada 16 September 1963.
· Hasil gabungan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura.
· Walau bagaimanapun, pada 9 Ogos 1965, Tunku Abdul Rahman telah mengumumkan penarikan Singapura dari Malaysia.
· Akhirnya Malaysia hanya terdiri daripada Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

oleh SP Star
14/10/2002 17:09:16
geovisit();


wassalam..

Thursday, September 15, 2005

Amalan/Petua dan Biadaah - mari kita dicuss...

Assalamualikum,

...prompted by jane's amalan and hanim's petua and definitely Fin's comment on Bidaah, aku merasakan perlu isu ini diperluaskan untuk perbincangan kerana amalan dan petua berkaitan dengan agama dan adat orang kita yang kadang kala bersifat khurafat dan Biadaah adalah perkara yang dikatakan merosak akidah sedangkan ianya sudah menjadi amalan harian...

..Petua dan amalan adalah perkara perkara yang dilakukan oleh semua bangsa mengikut kepercayaan dan kebiasaan sesuatu kaum tersebut....Petua dan amalan ini selalunya diturunkan dari satu generasi kepada satu generasi yang lain....ada kala petua dan amalan menjadi sebati sehingganya menjadi adat sesuatu bangsa, puak atau rumpun bangsa tersebut....

..dalam konteks perbincangan hari ini, apakah amalan amalan yang berasaskan ayat Al-Quran itu berupa Bidaah dan adakah amalan dan petua yang berasaskan ayat al-quran tetapi mengikut serasi dan suasana itu semesti khurafat..???

so, apakah Bidaah itu ??.....sebelum semenjak dua menjak ini, kefahaman aku tentang penggunaan perkataan Bidaah itu hanyalah untuk menyatakan sesuatu perkara/perkataan itu merupakan satu bentuk penipuan seperti " itu bidaah semata " tetapi isu bidaah menjadi besar lately nei, Bidaah yang aku faham ialah bentuk amalan yang tidak bermula dari sunnah Rasullullah saw tetapi merupakan tokok tambah dan di sini dinyatakan bahawa perkara yang tidak ada asas amalan dari Rasullulah/sunnah Rasullulah adalah perkara yang Bidaah yang terlarang yang boleh merosakkan akidah ..( dalam perbincangan di haloscan , diharap definisi Bidaah ini boleh di panjangkan oleh kelian )....

..now, aku tak nak ambik contoh lain selain dari apa yang aku lakukan...

1) aku mengamalkan Yassin Fadhilat iaitu pembacaan surah Yassin yang diselitkan doa doa tertentu pada sesuatu ayat seperti contoh ayat 9 ....perkatan Yassin diawal surah diulang sebanyak 7 kali dan begitu juga ayat ayat tertentu seterusnya ...amalan ini ditauliahkan kepada aku untuk amalan perjagaan diri, memakbulkan doa dan di samping mendapat pahala amalan membaca ayat Al-Quran.....selepas sekian lama mengamalkan Yassin Fadhilat ini aku dikejutkan dengan isu Bidaah dan aku yakin amalan Yassin Fadhilat ini adalah amalan selepas Rasullulah kerana tiada hadis yang menyatakan ada amalan bentuk ini.....aku tersentak dan stop amalan ini dan hanya meneruskan amalan membaca Yassin sebagai amalan harian....lalu aku berjumpa guru yang mentauliahkan amalan ini kepada aku ( aku menggunakan perkataan tauliah kerana pernah diberitakan kepada aku awal dulu lagi bahawa sesautu amalan hendaklah diturunkan secara tertib seperti dari guru kepada anak murid yang dikenali sebagai tauliah ) dan guru tersebut menerangkan kepada aku bahawa Bidaah adalah beberapa peringkat dan tak semua amalan yang tidak berakar umbi dari sunnah Rasul itu adalah Bidaah ( siapa yang tahu akan jenis/pecahan Bidaah ...please eloberate)...contoh sambutan maulidur rasul yang tiada pada zaman rasullulah....guru tersebut menyatakan bahawa doa doa tertentu diselitkan pada ayat ayat tertentu dalam yassin untuk mendapatkan kelebihan kerana ada ada ayat ayat Al_Quran itu berbentuk doa pada yang memahaminya...

2) adakah Bidaah sesuatu perkara itu bila ianya merupakan amalan untuk kebaikan dan bersesuaian dengan suasana semasa dan tidak merubah makna dan hukum sunnah asal...seperti sembahyang tarawikh yang di buat hingga 20 rakaat sedangkan the popular belief is that Rasulullah saw amalkan 8 rakaat sahaja...

3) begitu juga sekiranya aku sembahyang sunat taubat instead of sembahyang sunat "bakdiaytan atau kobliyatan" sebelum sembahyang fardhu yang dibolehkan , adakah itu satu Bidaah sedangkan aku merasakan adalah perlu aku bertaubat bial aku ada kelampangan kerana selalunya aku jarang mengadakan sembahyang sunat sebelum atau selepas sembahyang fardhu yang dibolehkan melainkan bila berjemaah di masjid/surau ( which i have to confess very seldom indeed )...

4) apabila menambah sunnah rasullulah atau melakukan sesuatu yang bukan dilahirkan dari sunnah rasullulah adalah Bidaah maka adakah berkenderaan selain unta dan kuda atau duduk hotel bila menunaikan umrah dan haji itu juga bidaah ??...

..saya harap isu ini boleh dibincangkan secara terbuka untuk melihat Bidaah ini dari persepsi yang lebih dekat dengan diri kita....ada mazhab ( tak silap aku pengikut Mazhab Hambali)yang sungguh particular tentang consistency amalan dengan sunnah Rasul sehingga berlaku pertumpahan darah pada awal awal dulu....maka, sejauh manakah kita boleh menambah amalan yang dibuat sekarang untuk tidak lari akidah kita sebagai ahli sunnah waljamaah ??.....aku diceritakan oleh mereka yang sudah sampai ke Mekah bahawa tiada bacaan doa selepas sembahyang Fardhu seperti yang dilakukan di sini...begitu juga tiada bacaan talqin di kubur untuk orang meninggal dan bacaan tahlil 3 malam untuk orang meninggal adalah amalan yang manjadi adat orang kita sahaja....so, adakah ini bidaah yang dimaksudkan sedangkan talqin mengingatkan si hidup pada mati dan tahlil merupakan tanda hormat keluarga dan saudara mara dan kenalan untuk menghormati si mati....harus diingatkan bahawa dalam AlQuran disebut putus hubungan simati dengan dunia melainkan 3 perkara iaitu amal jariah yang ditinggalkan, amalan waktu hidup dulu dan doa anak yang soleh ( stand to be corrected on the accuracy of my quotes).....

...begitu juga amalan dan petua, memang ada amalan yang berbentuk Khuraat yang diamalkan kerana 'adat' dan ianya menjadi khurafat kerana sekiranya tidak dilakukan dipercayai akan membawa bencana tidak baik.....adakah adat/amalan 'melenggang perut" untuk ibu mengandung itu satu amalan atau adat yang khurafat ???...

adakah amalan memagar rumah dengan penggunaan pembacaan ayat Al-Quran dan ditanam 'tahi besi' disetiap penjuru rumah itu khurafat juga ker ?? adakah berjumpa ustaz ustaz untuk mendapat air selusuh dan air penerang hati itu khurafat juga ker ???...

..apakah yang membezakan amalan dan petua yang khurafat atau tidak dan jikalau tidak khurafat adakah bidaah pula amalan tersebut ???....

..adakah pakai make-up itu bidaah , adakah pakai tudung ala ala Waheeda itu bidaah ....adakah amalan memakai shampoo itu bidaah ???

...actually i raised banyak question dari answer....but aku merasakan secara personal ( stand to be corrected ) bahawa amalan amalan yang menggunakan ayat Al-Quran sebagai landasan adalah tidak khurafat kerana aku berpendapat bahawa Al-Quran itu adalah mukjizat Allah pada Rasullulah untuk bekalan umat akhir zaman...tetapi yang mengurangkan kita ialah kita membaca Al_Quran sebagai amalan dan ibadat dan kurang menggunakan Al-Quran untuk ilmu ( memahami maksud apatah lagi maksud yang tersirat )...

aku juga berpendapat dari ilmu aku yang cetek ini bahawa tidak semua amalan yang ditokok tambah dari sunnah Rasulllulah itu adalah bidaah kerana banyak amalan yang tidak bermula dari rasullulah adalah berakar umbi dari zaman khulafa -al-rasyidin dan dari ulamak ulamak masyur sedangkan ulamak ulamak adalah juga ditakfrifkan sebagai sebagai 'pewaris' rasululah saw..

..aku harap kita boleh berbincang perkara ini kerana aku dapati ramai yang cerdik dan bijak yang tiba tiba senyap bila membincangkan hal Hukum Allah dan sunnah Rasullulah saw kerana takut salah...aku tidak setuju perkara ini kerana apakah bezanya kita dengan yang kafir yang dilahirkan kafir kalau kita tidak mahu berbincang tentang agama kita sendiri kerana kita akan berada dalam pencarian semata ......

...kita harus berani berbincang kerana syaitan akan lebih takut kepada komuniti yang duduk berbincang hal agama kerana aku yakin setiap perbincangan yang baik akan dapat restu Allah dan insyaalah perlindungan malaikat...tetapi kita selalu takut dengan dugaan syaitan tanpa memikirkan lindungan malaikat sebagaimana Malaikat melindungi Nabi Lut seperti yang tertulis dalam Al-Quran yang merupakan the ultimate source of reference....

so, aku harap kita boleh mebincangkan isu ini dengan suasana bersahaja yang kita telah create di blog ini bahawa tiada yang salah atau betul melainkan pandangan yang berbeza...insyaallah, kita akan mendapat pentunjuk dari yang Esa ....waulahhuaqlam...

world world jugak, akhirat dilupa jangan...

wassalam...