Saturday, October 29, 2005

Ramadan 24......

Assalamualaikum,

...memandangkan hari ini adalah hari Jumaat terakhir Ramadan ini dan juga probably the only productive day left before the festive season begins, aku rasa aku nak ambil peluang ini meluangkan blog untuk ucapan Selamat hari Raya....obviously dari minggu depan, ramai diantara kita akan bercuti panjang sempena Hari Raya Aidil Fitri dan pulang ke kampong untuk meraikan hari yang mulia.....

..dikesempatan yang ada ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua pengunjung blog Ilham dan lebih lebih lagi kepada regulars di haloscan yang menceriakan hari hari di blog ini....sama sama bertukar pendapat dan berseloroh dalam majlis ilmu yang simple dan without sempadan darjat ...alhamdullilah...

..sebagai tuan rumah , aku tidak terkecuali dalam membuat kesalahan sebagai manusia di dalam memberi pendapat mahupun dalam lawak dan jenaka....lagi banyak bercakap maka lagi prone seseorang itu membuat kesilapan samada secara sengaja atau tidak sengaja...sesungguhnya bila seseorang itu ingin mengenegahkan idea atau pendapat melalui pemikiran yang tidak conventional, bermakna seseorang itu akan selalu menceroboh unchatered territory yang memungkin polemik dan perselisihan pendapat...ini adalah risiko yang seseorang yang mahu lari dari kebiasaan harus tempuhi dalam mencapai objektif penulisan....

...kelian yang aku hormati dan sanjungi....mohonkan aku menyusun jari sepuluh untuk memohin maaf dari zahir hingga ke dalm batinnya jua sekiranya aku ada tersilap kata, terlepas bahasa, terlebih jenaka, terkurang keadilan dan juga sekiranya tersinggung perasaan kelian..sesungguhnya aku terlalu banyak membuat judgment yang tidak semesti tepat dan selalu jua ingin merubah suasana the thinking process yang memungkin aku tersasar dari pandangan normal....

..ku pohon jua kemaafan kepada individu atau group of indiviuals yang menjadi sasaran komentar aku samada dari sudut ilmiah mahupun dari sudut informal dalam aku ingin menenegahkan pendapat....

..kemaafan kelian keatas pinta aku ini hanya Allah swt sahaja yang bisa membalasnya dan ku panjatkan doa agar kelian tergolong dalam golongan mereka yang diredhai Allah swt sentiasa..

..salam hormat dan persahabatan aku hulurkan kepada kelian semua dan semoga pengakhiran Ramadan dan ketibaan Syawal nanti akn memberi satu sinar baru dalam kehidupan kelian semua.....aku memohon supaya kelian melebihkan doa dan kasih sayang kepada kedua ibubapa kelian dan raikan kehadiran syawal dengan penuh rasa keinsafan di dalam keseronokan...adat kita beraya terkadang merentas kehendak hukum dan pengertian syawal tersebut tetapi itulah jua yang menguatkan semangat dan roh Islam dalam jiwa orang kita...biarlah terkadang adat terserlah demi menegakkan hukum yang ada tetapi tidak lari dari hukum yang ditetapkan..walauhuaqlam...

...kawan yang diredhai Allah,

....mungkin kita merasa puas dengan pencapaian Ramadan kita kali ini dan sekiranya kita berasa puas bermakna kita sudah berusaha kearah mencari ketaqwaan tersebut di dalam kita mengharungi kehidupan harian yang pernah secular....ini adalah cabaran untuk kita yang ditakdirkan lahir dan hidup di zaman percanggahan diantara kehendak naluri berbau Islam dan kehidupan harian berencah secularism.....apa yang penting ialah aqidah kita terjaga dan hukum hakam dibela dan sesunggunya bila generasi yang ada sudah memulakan kekuatan aqidah ini, generasi akan datang akan merasa hasil titik peluh generasi hari ini....tetapi setiap perjalanan untuk berubah akan selalunya melalui ranjau ranjau tajam yang bisa melukakan hati dan perasaan....

...akhir kata , sekiranya kelian ingin bersedekah kepada yang memerlukan di bulan Ramadan ini, regulars blog Ilham ada menganjurkan program menderma untuk keluarga yang memerlukan di Perak yang merupakan jiran sekampong rakan kita, janelabu, sebagai pilot project dalam usaha memuliakan majlis ilmu kita ini...usaha ini juga memungkinkan satu titik tolak baru dalam mood persahabatan cyber ini berubah menjadi lebih close and personal and probably physical juga...insyaallah...sekiranya kelian teringin bersama program kecil awalan bersama ini, silalah e-mail saya di rusdiklatino@yahoo.com atau YM id: rusdiklatino untuk mendapatkan nombor acc untuk disalurkan sumbangan ikhlas...acc khas yang ditaja oleh DS NHK ini hanya akan dibuka sehingga hari sabtu sahaja.....

....terlalu banyak nama untuk aku luahkan satu persatu maka suffice to say that I am very fortunate indeed to have every single of you to be my cyber friends dan semoga ikatan ikhlas ini akan terus berkekalan memeriahkan majlis ilmu yang kita adakan, insyaallah...

...selamat menyambut hari lebaran , berhati hati dijalanraya, berpada pada dalam perbuatan, gunakan cuti panjang ini untuk merehatkan minda, reflect apa yang kita dah capai setahun yang lepas, rancang apa yang hendak dilakukan tahun depan dan balik semula dengan satu perasaan yang penuh keyakinan.....50% kejayaan adalah berakar umbi dengan keyakinan dan keyakinan datang dengan ada usaha dan tawakkal....

..mungkin tidak juga keterlaluan jika digunakan kesempatan ini untuk mengucapakan selamat hari deepavali kepada pengunjung blog Ilham yang beragama hindu dan berasaskan spirit muhibbah dan manusia sejagat, diharap kelian bergembira di hari besar kelian itu...

..so , kita 'munjung' jugak hari ini dan aku akan bawa ke haloscan hari ini speciality aku iaitu Air Bandung campur dengan 7-up....fuyyooooo..nagis wa cakap lu beb!!!!.....

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN

Perhaps aku pun nak ucapkan Selamat Hari Raya ini kepada aweks aweks angkat aku iaitu Nija, Farah dan Airkeen...i love u all so much babeh!!!...huhuhuhuhu....dan sesungguhnya juga untuk idola lelaki abad ini , abang Mawi kita....


wassalam

Friday, October 28, 2005

Ramadan ke 23...

Assalamualaikum,


...masih ada 6 enam hari Ramadan nak kita raikan sepenuhnya dengan amal ibadat dan mencari ketaqwaan Allah swt...memandangkan mulai Isnin, ramai sudah muala berangkat pulang ke kampong masing masing, maka besok adalah hari bermaaf maafan kita semua di blog ini...

..satu perkara yang digalakan di bulan puasa ialah bersedekah...dan selalunya bersedekah kita kaitkan dengan pemberian wang ringgit atau in-kind untuk mereka yang memerlukan...tetapi ada bentuk sedekah yang kurang diketengahkan iaitu sedekah doa pada sesama manusia...berdoa untuk roh mereka yang kita kenali yang sudah tiada , mendoakan untuk sedara seIslam kita yang dalam kesengsaraan di dunia ini hari ini...mendoakan rakan taulan, jiran tetangga akan sejahteraan adalah juga sedekah apatah lagi doa untuk ibu bapa dan ahli keluarga sekelian...

..kadang kadang bentuk sedekah yang paling berharga ialah kasih sayang yang kita berikan pada yang memerlukan….menziarah mereka yang tua , menziarah mereka yang sakit , menziarah mereka yang dah lama terpisah, menziarah rumah anak yatim dan rumah orang tua sekadar sharing of feeling adalah juga bentuk sedekah yang amat bermakna…

…sedekah juga dalam bentuk menolong bertanya khabar jiran jiran yang kita tau susah sikit dari kebiasaan, sedara mara rapat yang mungkin tak meminta tetapi memerlukan jua pertolongan jika diberi dan sekadar memberi sedekah mereka yang meminta dijalanraya sebagai niat sedekah….

…kadang kadang kita pergi ke pasar Ramadan atau ke bazaar hari raya, adakalanya kita ternampak ada satu dua kedai yang langsung tak ada orang dan kelihatan wajah mengharap si penjual tersebut agar kita berhenti di gerai mereka….mungkin jualan mereka tak sedap atau tidak menepati selera semasa tetapi adalah baik kiranya kita beli jua dengan niat sedekah itu agar ianya mendorong si peniaga tadi untuk terus berusaha meningkatkan businessnya tahun depan pula…

..tahun ini diblog Ilham ini kita dapat lihat guru guru kita bersedekah ilmu dalam bentuk pengajaran kelas bahsa Brunei, Jepun , Arab dan Tagalog yang merupakan sedekah yang paling berpanjangan…terima kasih banyak banyak dari Ilham kepada tenaga pengajar cigu kadiaku, papaasesei, titser kak ri dan ustazah hanim kerana sedekah ilmu untuk kami di sini.

..atas dasar sedekah ini, aku akan ketengahkan jiran Janelabu yang dikatakan akan terhibur dengan apa bentuk sedekah sekalipun untuk mereka ini. Dalam keadaan penghujung Ramadan ini, maka sedekah untuk Raya mungkin sudah agak terlewat maka kalau boleh , sedekah lah untuk mereka untuk belanja persekolan term baru tahun depan :

Abdul Rashid b.Muhammad Yusuf
N0 23, Kampong Simpang Temin
311000 Sungai Siput Utara
Perak.

Kalau ada diantara kita yang sanggup organize kutipan melalui acc personal mereka , so bolehlah dilakukan kutipan Ilham regulars sekadar yang ikhlas dan diserahkan kepada mereka dan lebih afdal jua pergi secara group kecil atau individually supaya kesan sedekah itu akn lebih personal rather than becomes too mechanical.

..okke lah esok kita raya di Blog ini yer…kira ‘munjung’ sekali dengan bertukar tukar resepi yer…


wassalam

Kelas Bahasa Brunai part 10- 27/10/05

Assalamualaikum,

Mai Tah Bakurapak Brunei

Contoh-contoh ayat seterusnya (sembang-sembang raya):-

No Bahasa Melayu Brunei - Bahasa Malaysia

71: Wang, bila kian meliat anak bulan, tau kau? - Awang, awak tau tak bila agaknya tengok anak bulan?

72 : Antah pulang ngah, tunggu saja tah pengumumannya - Entahlah pakcik, tunggu sajalah pengumumannya

73: Saanku ari tiga plang ngah - Saya rasa hari rabulah pakcik

74: Mun miatu, ari ampat atu raya pakah ih - Kalau begitu, boleh jadi raya jatuh pada hari khamis.

75: Mana-mana saja tah, mun raya ari ampat , beraya tah kitani, mun alum, puasa tah lagi seari- Mana-mana sajalah, kalau khamis ni raya, berayalah kita, kalau belum lagi, puasa lagilah sehari

76: Di mana biskita beraya taun ani ngah? - Pakcik beraya di mana tahun ini?

77 : Kakampung babumu dulu pakah, raya ka tiga baru tah mulih kemari - Mungkin pergi kampung makcikmu dulu, raya ketiga barulah balik sini.

78: Dimana kian kampung babu atu ngah? - Kampung makcik di mana pakcik?

79: Kampung babumu di Bongawan bah - Kampung makcikmu di Bongawan

80: Ramai juakah raya di sana ngah? - Raya di sana meriah tak pakcik?

81: Ramai ih, kampung Brunei plang tu, biasa tah kan - Meriah, itukan perkampungan masyarakat Brunei, biasalah

82 : Bah, sampaikan tah saja salamku arah bisidia ah - Ok, sampaikan salam saya pada mereka ya

83: Insyaallah, mun baumur diaku sampaikan - Insyaallah, kalau umur panjang saya sampaikan

84: Karang mun udah biskita mulih kemari jan tah pulang lupa datang ka rumah ih -Nanti bila dah balik sini, jangan lupa datang rumah tau

85 : Insyaallah. Kadikau jan tah jua lupa datang. Bawa peradianmu atu datang ah -Insyaallah. Awak pun jangan lupa datang pulak. Bawalah adik-beradik awak datang sama ok.


Terima kasih.

wassalam

Thursday, October 27, 2005

Ramadan ke 22....

Assalamualaikum,

...apa abarnya biskita ???...bisai jua harapnya biskita semua di bulan Ramadan yang indah ani...kita sudah menuju ke penghujung Ramadan dan sudah ada rasa sedih dihati kecil ku ini akan pengakhiran Ramadan yang indah ini.....namun dek adat dan kebiasaan, agak janggal menyatakan perasaan yang kita sedih dan bukan gembira dengan tibanya penghujung Ramadan...

..i guess masa kecil dulu, the last 6 or 7 days before raya adalah hari hari indah dalam kehidupan kanak kanak kita....asyik 'try' baju raya and kasut raya sampai kena marah dengan mak!!! ahaks ahaks ahaks...tolong kemas rumah, tolongkan menemankan emak dan kakak2 buat kueh sampai tengah malam, main bunga api dan juga mula melihat muka muka lama yang sudah menghilang start muncul di kawasan kampong/rumah....malam tujuh likor disambut dengan penuh kemeriahan dengan pelita dan mainan bunga api dan jua saat saat ini masjid mula agak jarang saf saf yang disusun.....

..perhaps setelah melalui liku liku kehidupan, kini melihat pengakhiran Ramadan itu amat sedih jua kerana aku tahu susah nak menggulangkan perbuatan baik kita dalam bulan Ramadan selepas tamat Ramadan nanti....di Ramadan ini, kalau tergerak nak sembahyang, terus bangun tiada rasa sakit lutut or penat, nak menggaji terus capai Al-Quran tanpa memkikrkan apa rancangan TV tengah showing dan inilah nikmat Ramadan tersebut disamping seronok melihat orang malay berpusus pusu ke surau dan masjid melakukan ibadat tawakih dan tadarus..

sebagai semangat untuk yang mencari keredhaaan Allah, aku paste kan satu kisah mencari lailatulqadar yang aku terima dari e-mail untuk jadikan rujukan and perhaps to motivate malam malam akhir yang penuh dugaan ini....

Subject: Lailatul Qadar

SILA SEBARKAN

PESAN JUNJUNGAN BESAR NABI MUHAMMAD (SELAWAT DAN SALAM KEATAS BAGINDA) ADALAH MALAM QADAR BERLAKU PADA SATU MALAM DARIPADA 10 MALAM TERAKHIR (HARI GANJIL) BULAN RAMADHAN .

PETUA OLEH IMAM GHAZALI DAN LAIN-LAIN ULAMA? UNTUK MENCARI CARI MALAM LAILATUL QADAR

JIKA AWAL RAMADHAN JATUH PADA HARI:

AHAD ATAU RABU ? MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 29 RAMADHAN

ISNIN - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 21 RAMADHAN;

SELASA ATAU JUMAAT - MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 27 RAMADHAN;

KHAMIS- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 25 RAMADHAN;

SABTU- MALAM QADAR DIJANGKA BERLAKU PADA MALAM 23 RAMADHAN

Kata Sheikh Abu Hassan bahawa mula dia baligh, dia sentiasa dapat menghidupkan lailatul qadar pada malam yang tepat mengikut petua diatas.

Berdasar petua di atas, insyaAllah malam qadar akan jatuh pada malam ke 29 Ramadhan bersamaan dengan malam selepas siang 1 hb November 2005.
Walau bagaimanapun, janganlah ibadat pada malam ini sahaja, carilah malam qadar pada malam-malam ganjil yang lain juga!!!!


Tanda malam Qadar ialah :

malam itu tenang, tidak dingin dan tidak panas;
siangnya cahaya matahari warnanya pucat;
pada malam itu malaikat Jibril akan menyalami orang yang beribadat pada malam itu dan tandanya ialah kita tiba-tiba rasa sangat sayu dan kemudiannya menangis teresak-esak secara tiba-tiba.


MARILAH KITA BERAMAI-RAMAI MEMERIAHKAN SUASANA 10 MALAM TERAKHIR RAMADHAN DENGAN BERIBADAT KEPADA ALLAH SWT DENGAN IKHLAS DAN PENUH KEIMANAN, MUDAH-MUDAHAN KITA DAPAT KURNIAAN ALLAH YANG KELEBIHANNYA PAHALANYA MELEBIHI - 1000 BULAN ATAU 83 TAHUN UMUR KITA.





wassalam

Kelas Bahasa Brunai part 9- 26/10/05

Assalmualaikum


Mai Tah Bakurapak Brunei

Contoh-contoh ayat seterusnya (sambungan dari bahagian lepas):-

No Bahasa Melayu Brunei - Bahasa Malaysia

36 .Hampir udahkan raya ni, membali udah kita baju raju raya? - Sudah dekat nak raya ni, awak dah beli baju raya?

37 . Inda tah ku membali baju raya pakah - Mungkin saya tidak beli baju rayalah

38 . Ada udah bajuku - Saya sudah ada baju

39. Bisai banar bajumu ani - Cantik betul baju awak ni

40. Baju siapa kian tu? - Baju siapa tu?

41. Kan kemana kita / kan kemana biskita? - Awak nak pergi mana?

42. Darimana kita / darimana biskita? - Awak dari mana?

43. Kan ke kadai - Nak pergi kedai

44. Dari mengaga urang kawin - Dari majlis kenduri kahwin

45. Bila kita sampai / bila biskita sampai? - Bila awak sampai?

46. Baru jua kelamari malamari - Baju saja petang semalam

47. Baru jua sekajap ani - Baru saja sekejap tadi

48. Dimana biskita tinggal? - Kamu tinggal di mana?

49. Di rumah babuku - Di rumah makcik saya

50. Di mana jua kian rumah babumu atu? - Rumah makcik awak tu di mana?

51. Taman perumahan di dapan ani bah - Taman perumahan di depan ni

52. Diaku pun inda tau, alum juaku parnah ke sana - Saya pun tidak tau, saya belum pernah ke sana pun


Contoh ayat berikut mungkin digemari oleh Bok D, vaart, Ilham dan KPD hehehe…. jangan marah, nanti lekas tua hahaha. Untuk NHK, Darlinglara dan Zack, ada contoh ayat yang sesuai untuk anda juga.

No : Bahasa Melayu Brunei - Bahasa Malaysia

53. Dang, siapa namamu? - Nama awak siapa?

54. Namaku si Darlinglara - Nama saya Darlinglara

55. Di mana rumahmu? - Rumah awak di mana?

56. Rumahku di Kelang bah - Rumah saya di Kelang

57. Bulihku mengantat dikau mulih - Boleh saya hantar awak balik?

58. Bulih jua bah - Boleh juga

59. Mun kau bakarih, bulih jua bah - Kalau awak rajin, boleh jugalah

60. Inda payah tah, terima kasih - Tidak perlulah, terima kasih.

61. Inda apa tah, turut si NHK saja ku - Tidak mengapa, saya ikut NHK je

62. Bisai banar bini-bini atu ih - Cantiknya perempuan tu

63. Adikku bah tu - Itu adik sayalah

64. Si Zack jua tu - Itu Zack la

65. Tapakai ku kadikau ani ih / suka ku kadikau ani ih - Saya suka pada awak

66. Suka kau kadiaku? - Awak suka saya?

67. Indaku suka kadikau - Saya tak suka awak

68. Bisai banar usulmu ari ani - Awak kelihatan cantik hari ini

69. Tapakai banar ku meliat kadikau ani - Saya suka sangat tengok awak

70. Indaku tapakai meliat usulmu ani - Saya tak suka tengok gaya awak ni

Semoga ianya memberi manfaat kepada anda.

Terima kasih.
wassalam

Tuesday, October 25, 2005

Ramadan 21....

Assalamualaikum


..kini kita sudah masuk ke hari 21 Ramadan dan peningkatan usaha ke arah mendapatkan ketaqwaan Allah swt di penghujung Ramadan harus ditingkatkan dengan harapan segala bentuk amalan dan usaha kita ini yang kita lakukan dengan niat yang baik dan penuh keikhlasan ini akan kita terbawa bawa selepas Ramadan dengan kita lebih mudah bertahajud, lebih mudah untuk berpuasa sunat, lebih mudah untuk memaafkan orang lain, lebih mudah untuk kita bersedekah dan lebih mudah untuk kita mencari ilmu ilmu akhirat, insyaallah…

beberapa perkara yang menyentuh diri aku yang hendak aku khabarkan sepanjang seminggu lepas…

Kematian Allayarhamah Endon – Al-Fatihah…

Walaupun rata rata tahu aku adalah tidak begitu incline dengan parti yang memerintah hari ini atas dasar kelemahan perjuangan parti tersebut memperjuangkan hak orang Islam dan Malay, atas dasar kelemahan parti tersebut lebih kepada rhetoric rather than action dan atas dasar kelemahan parti tersebut menyatukan orang malay senegara tetapi perasaan ini adalah bersudutkan politik sahaja dan bukan atas dasar personal…maka kematian Endon juga mendapat perhatian aku walaupun aku mungkin tidak sedih tetapi aku berasa simpati dengan keluarga terdekat iaitu Perdana Menteri dan keluarga..ucapan takziah kepada PM dan family indeed…

..aku amat terharu dengan sifat kebapaan PM dalam mengendali suasana sedih yang melanda beliau dan ketengangan beliau semasa upacara pengebumian hari itu sungguh menarik perhatian aku….aku juga amat tertarik dengan sikap keeterbukaan Presiden Filipina yang turut hadir dalam upacara pengebumian tersebut dalam beliau mengetahui sejarah hubungan dua negara ini yang baik dalam dingin, belum ada Presiden Filipina dari zaman Marcos lagi tak silap aku yang membuat lawatan resmi ke Malaysia ( stand to be corrected) dan ini ada hubungkait dengan isu Sabah tersebut….tetapi bila dua pemimpin tersebut duduk bersebelahan dengan semangat setiakawan, aku yakin sebarang prasangka antara dua pemimpin boleh diselesaikan atas dasar persahabatan ikhlas dua insan tersebut.....namun kini si petite Arroyo sudah dipangkor di negaranya sendiri...

Persoalamnya sekarang adakah PM akan terus menjadi eligible bachelor untuk jangkamasa yang lama ???...DS NHK, what say you, sis ??!!!!....ahaks ahaks ahaks

Guru guru yang bertugas di luar Bandar

..aku ada private session dengan Nini ari atu dan dari situ aku mengetahui bagaimana Nini amat fasih bakurapak Brunei malay dan bermastautin di Labuan…coincidentally , aku juga terbaca kisah kisah menarik guru guru yang ditugaskan di luar Bandar yang diraikan oleh Menteri Pelajaran sebagai pengiktirafan kepada jasa dan semangat mereka yang sanggup pergi ke luar Bandar demi pembangunan akademi negara…kisah kisah yang dipaparkan amat memberi motivasi kepada diaku yang menbaca dan aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada kumpulan guru guru yang special ini yang sanggup pergi ke ceruk ampong untuk mendidik anak Malaysia…

..aku juga merasa terharu dengan kenyataan Menteri Pelajaran yang mahu memberi peluang kepada golongan guru ini insentif untuk menyambung pelajaran secara jarak jauh dengan skim yuran percuma kepada kumpulan guru guru….tahniah kementerian dan menteri tersebut kerana keprihatinan mereka…di harap juga mereka yang dalam bidang perubatan seperti doktoe dan nurses, ketenteraan dan uniform yang lain yang sanggup keluar dari kebiasaan untuk bertugas demi bangsa dan negara juga diberikan insentif istimewa atas dasar semangat perjuangan yang mereka tunjukkan…

..maka aku teringat kisah seorang CEO yang terkenal yang juga bekas seorang Ketua Setiausaha Kementerian yang pernah menceritakan detik bagaimana beliau mula berkecimpung dalam dunia pentadbiran dimana beliau telah menawarkan diri untuk pergi ke Sarawak bilamana semua yang layak menolak transfer tersebut atas dasar beliau merasa malu dengan sikap senior senior beliau….kata beliau lagi , benefit of hindsight, beliau merasakan semangat yang beliau tunjukkan itu sebenarnya adalah kemungkinan yang menyebabkan beliau naik lebih cepat dari yang lain….mungkinkah ini semangat Hijrah yang dilaungkan dalam islam itu sendiri…hari ini aku melihat ramai anak lepasan agama yang lebih selesa menjadi imam di masjid atau pengawai di jabatan agama dari lari dari kebiasaan dan masuk ke kawasan kawasan yang belum diterokai oleh jabatan agama negeri untuk tujuan berdakwah…..sekiranya golongan ini lebih adventurorus, maka aku yakin syiar Islam itu akan lebih menyinar dan persoalan yang diketengahkan oleh kadiaku tentang peningkatan manuisa memilih agama kristian tidak akan timbul di negara ini….tetapi apa yang kita lihat ada semangat dakwah itu dalam bentuk tabligh tetapi pendekatan mereka lebih kearah menjalankan sunnah rasul dan concentrating terhadap mereka yang sudah Islam dan sekiranya kumpulan ini diberi insentif untuk berdakwah di kawasan orang asli dan sebagainya atau mengambil giliran standby di hospital hospital untuk mendekati mereka yang sudah hampir nazak, maka syiar dan usaha mereka tersebut akan lebih berkesan dalam konteks pergoalakan yang kita lalui sekarang….sayang yer kumpulan tabligh ini lebih dilihat sebagai nuisance oleh masyarakat….waallahhuaqlam….


EPL

I was a bit relief bila Bolton eventually stopped the losing streak bila menang 2-0 keatas WBA although aku rasa persembahan mereka tidak berapa menarik…tapi kejayaan Everton seri 1-1 dengan Chelsea actually caught my attention….i saw that game and was indeed surprised with the organization and shape of the everton team yang actually sitiing at the bottom of the table….

Spurs played well indeed to hold Man Utd dan Newcastle were marvelous in their victory over local rival , Sunderland….however , I was a bit impressed with Charlton during their victory over Portsmouth with danny Murphy looking sharp and impressive…

..obviously, the season has gotten hotter each week and I was delighted with Andy Cole’s two goals performance a week earlier…Chelsea looking ever impressive will definitely going through a bad spell sooner or later and it is up the chasing pack to take advantage of Chelsea’s slip of or when it happens…

..well, probably many of Ilham blog’s regulars will be going off balik kampong this coming weekend and perhaps Friday ini kita buat sebagai hari ‘munjung’ di blog ini untuk kita menyampaikan salam aidil fitri kita sambil,bertukar tukar recipe masakan….okke..

last but not least, yesterday haloscan buat hal dan kita merasakn bagaimana technology mengawal hidup kita sehingga aku menjadi panic bila haloscan tidak function….inilah sebahagian the side effects of technologyu advancement….hopefully, everything is going to be fine today, insyallah…


wassalam

Ramadan ke 20...

Assalamualaikum,


Alhamdullilah, kita sudah berjaya menempuh 2/3 Ramadan dan kini kita memasuki 1/3 terakhir Ramadan yang bermakna kita sedang berada 10 Ramadan terakhir dan malam malam dimana kita digalakan mencari malam Lailatulqadar yang istimewa….

…’mencari’ di sini bukan bermakna untuk melihat secara zahir kejadian malam lailatulqadar tersebut tetapi ‘mencari’ dengan harapan salah satu malam dari 10 malam terakhir ini bermakna malam lailatulqadar tersebut….dulu masa kecikecik, aku selalu memikirkan berjumpa malam lailatulqadar tersebut ialah seseorang itu akan nampak pokok tunduk tau binatang bercakap dan sebagainya…dan seseorang itu akan hanya dianggap berjumpa dengan malam lailatulqadar hanya bila mereka bertemu dengan tanda tanda ajaib ini…

..now, as we get older, than aku realize cerita cerita tersebut sebagai pemberi semangat untuk diri kita supaya berjaga malam dan sekiranya kita berjumpa tanda ajaib itu seolah olah kita adalah manusia istimewa kerana diberi pentunjuk terus akan kekausaan Allah swt secara personal….aku tidak akan menafikan bahawa perkara perkara ini berlaku kerana kuasa Allah Taala tiada sempadannya tetapi bila kita terlalu ingin mencari keajaiban ini dan kita akan selalu terkeciwa sehingga kita merasakan malam lailatulqadar hanya untuk mereka yang terpilih sahaja …lalu kita pun menjadi tidak kisah mencari lailatulqadar dan lebih suka mengharap dari berusaha…

…lebih lebih di negara kita di mana kita lebih suka mencampurkan adat dan hokum dan maka itu malam malam ke 10 terakhir ini adalah malam malam meriah dengan pasang pelita, menghias rumah, buat kueh, baju raya dan sebagainya sehingga 10 keajaiban malam Ramadan terakhir ini menjadi carian segolongan orang sahaja dan selebihnya lebih kepada persediaan terakhir untuk syawal…even TV dan Radio sudah mula membawa semangat raya dengan lagu raya dan sebagainya dan dengan itu secara resmi negara kita memandang 10 ramdan terakhir sebagai persediaan raya dan bukan persediaan untuk mencari kelebihan Ramadan….

…lagi satu perkara, memandangkan dikatakan malam lailatulqadar maka menekankan amalan malam tetapi janganlah kita kerana sibuk menanti malam maka terus hilang masa untuk beramal…..suka tak suka, sebagai anak atau suami atau ibu dan bapa, kita tak dapat lari dari budaya persiapan raya untuk 10 malam terakhir ini dan selalunya malam kita penuh dengan keseronokan especially bermula malam tujuh likor….so aku nak cadangkan kita jangan menunggu malam baru beribadata kerana selaluny kita akan kepenatan dan akhirnya kita tertidur dalam menanti tengah malam untuk beramal ….dalam konteks ini aku berpendapat bahawa usaha untuk mencari malam Lailatulqadar ini adalah satu bentuk usaha yang mesti konsisten iaitu aku berpendapat bahawa sekiranya kita beramala secara konsisten untuk 10 malam Ramadan terakhir selama 10 tahun or more maka very likely that salah satu malam dari 100 malam tersebut ialah malam lailatulqadar dan sekiranya kita dapat beramal soleh pada malam tersebut maka inya adalah lebih baik dari 1000 bulan maka secara kasarnya, persediaan kita ke akhirat nanti adalah agak baik sekali…insyallah dan waullahhuaqlam…
so, sekiranya kelian nak kan konsintensi maka boleh lar aku shara apa yang aku lakukan sebagai contoh sahaja bukannya sebagai cara yang terbaik tetapi sekadar rujukan..

1) membanyak membaca ayat ayat amalan semasa dalam kereta atau dalam perjalanan pergi dan pulang kerja…cth..surah Al-Iklas, baca Lailahhaillaulah sebanyak yang mungkin…
2) baca Yassin selepas zohor dan sembahyang sunat taubat dan sunat Hajat
3) baca surah surah alquran selepas asar atau semasa menunggu buka puasa..
4) ulang amalan tersebut pada malam ari bersama sunat tarawikh dan tahajud..
5) waktu sebelum sahur itu jua baik untuk melakukan ibadat yang kita tertinggal diawal malam tersebut

so sekiranya kita tak dapat buat malam atleast kita dah cover pada siang dan Allah lebih mengetahui niat kita dan keikhlasan kita ….after all siang di Malaysia adalah malam di eropah…so, malam lailatulqadar itu mungkin tengah berlaku di malam di eropah sedang kita berada dalam waktu siang kita…tapi ini sebagai contoh sahaja yer..

okkelah, marilah memohonkan kita semua berusaha mencari kelebihan lailatulqadar seolah olah kita ini pesakit kepada penyakit yang tiada ubatnya lagi dan ini adalah Ramadan terakhir untuk kita kalau mengingkut pandangan perubatan…so kalau ini adalah Ramadan terakhir kita, adakah kita akan bersedia untuk raya atau berusaha untuk mencari lailatulqadar….fikirkan lah…

walaupun ada beberapa isu menarik nak dibincangkan, tetapi diaku berhenti sini dulu yer dan bersambung untuk esok..insyaallah..



wassalam

Saturday, October 22, 2005

Ramadan 17...Nuzul Quran

Assalamualaikum,

...last night was indeed a very special night, malam Nuzul Quran, malam Jumaat dan kalau tengok cuaca pagi ani, ada ciri ciri kelemakan pagi selepas Lailatulqadar....waulahuaqlam....

....semalam aku teringat kembali kejadian pembunuhan sistematik keatas orang Islam selatan thai yang berlaku dalam Ramadan lepas di Tak Bai.....apaabila perkara pemyembilahn orang Islam berlaku di Bosnia, mungkin kita rasa terharu tapi tidak mampu merubah suasana tetapi bila ianya berlaku pada jiran rapat kita yang sama rumpun bangsa, kesan kejadian atu memang sungguh hebat kepada kita......satu perhimpunan aman untuk meminta penjelasan tentang penangkapan sekumpulan ahli "Rela" kampong yang ditangkap kerana dituduh memberi senjata api kepada pejuang Islam, telah merubah menjadi tragedi berdarah yang amat menghina tamadun kemanusiaan dan menghina orang Islam di bulan Ramadan.....every action ada reaction dan setiap cause ada effect, kita menunggu balasan ke atas Thaksin kerana kezaliman ke atas orang Islam selatan Thai di Tak Bai Ramadan lepas...

...aku rasa bangga dengan konsisten kerajaan Malaysia dalam menanggani kes pelarian selatan Thai yang meminta perlindungan di malaysia selepas imam masjid kampong mereka telah dibunuh pengganas Thaksin, imam tersebut nazak selama 4 jam dan dengan izin Allah telah berjaya menceritakan cara dan siapa yang membuhuh beliau...

..ari ani, kuasa pemerintahn darurat di selatan Thai ditambah selama 3 bulan lagi dan dengan ini melihar kemungkinan penekanan yang lebih kejam lagi terhadap orang Islam selatan Thai...marilah sama sama kita berdoa di bulan yang mulia ini untuk keselamatan umat Islam di selatan Thai ini dan juga umat Islam di seluruh dunia....semalam sempat aku menonton Jejak Rasul yang membawa kisah syiar Islam di Ethopia.....dulunya Habsyah, Etophia adalah sebuah negara yang amat indah sekali pemandangannya merupakan negara pertama hijrah sahabat sebelum Madinah..keadilan Raja Nasyirah ( spell ??) yang menganuti ajaran Nabi Isa telah samapai kependengaran rasullulah saw dan bila sahabat sahabat sampai, maka Raja tersebut juga telah memeluk agama Islam....ada makam sahabat dan Raja yang adil tersebut di sana dan memang menakjubkan melihat negara Ethopia ini selepas hanya membaca kisah peperangan saudara dan masalah kebuluran di sini dulu....kemudian Jejak Rasul pergi ke negara jiran Ethopia yang bernama Eistrial ( spell!! and stand to be corrected) yang merupakan tanah bumi Afrika yang mula mula dijejak oleh sahabat masa Hijrah pertama ani....juga mat indah sekali suasana negara ani yang ada penganut Islam dan Kristian yang sama ramai....kisah kisah begini yang menjadikan kita merasa seronok dengan perjalanan sejarah dan membaca tafsir Al-Quran untuk menggaitkan hukum dengan sejarah dan dengan keadaan semasa hari ini...

now , saya nak ketengah sebuah article pedoman utnuk semua...still, kesahihan kisah ini sebagai Hadis Rasullulah saw aku tak jamin tapi it is a good story untuk rujukan..


Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30pagi) oleh Ustazah Noorbayah Mahmood

Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannyadisorokkan ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anakgadis ini sedang menanggung kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya. "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedangkesakitan dan apa yang kamu sorokkan di tanganmu?"


Lalu gadis malang inipun menceritakan hal yang berlakupadanya, "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu.Malam tadi aku telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan ini." Balas gadis tadi.
"Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku." Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut.


"Aku bermimpi berjumpa ibuku di dalam neraka.Keadaannyaamat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amatdahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar kerana kekeringan sekelip mata."

Gadis itu berhenti seketika menahan sebak. "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju danditangan kanannya ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskankedua-dua benda tersebut untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku, kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat kepada suaminya? Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amatbakhil. Hanya dua benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.

Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada disyurga dan sedang menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga nabi. Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.

Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di dunia kulihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.


Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghunisyurga telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik airkepada isterinya kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yangdilakukan ketika didunia.

Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku,aku lantas menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku laludibawa ke neraka. Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar tanganku sehingga melecur. Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk. Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau yaRasulullah."

Panjang lebar gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir dipipi. Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar kepada beliau dan semua umat islam. Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.

Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah. Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

"WAR-WARKANLAH KPD SELURUH UMAT MUHAMMAD UNTUK SECEBIS PEDOMAN AGAR TIDAK MENGAMAL SIKAP KEBAKHILAN TERHADAP SESAMA MANUSIA..."


wassalam

Friday, October 21, 2005

Ramadan 16...DS Endon meningal dunia..al-fatihah

Assalamualaikum,

..hari ini aku nak paparkan satu tulisan yang agak menarik yang aku baca di FGR tetapi tidak dapat ditentukan kesahihan isi kandungan yang berkaitan dengan kisah 13 tahun lampau yang dinyatakan tetapi dipaparkan semula di sini sebagai renungan ...

bagi sesiapa yang mempunyai info tentang kisah 13 tahun lampau ini , maka luangkan masa untuk memberi sedikit info lagi di haloscan untuk perbincangan...

..well, inilah dia tulisan tersebut...dengan izin penulis untuk tujuan ilmiah dan renungan
bersama..

BTW, DS Endon meninggal dunia pagi ani selepas bertarung dengan kanser payudara...

PETIKAN

Anonymous

Petunjuk dari Allah SWT...

Mon Oct 17, 2005 8:04pm
218.111.8.110

Petunjuk dari Allah SWT...Oleh d'rajulun

Assalamualaikum saudara-saudaraku dan saudara-saudara seislam ku... Alhamdulilah...syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izinNya , akhirnya dapat saya menulis di internet setelah sekian lama mencuba... Saudara-saudaraku yang dikasihi...

Mutakhir ini , terlalu banyak peristiwa-peristiwa pelik yang diluar kawalan batasan manusia berlaku dan yang terakhir adalah lapuran atau berita tentang hilangnya kalimah-kalimah suci yang difirmankan oleh Allah SWT dari kitab suci sekalian umat islam iaitu Al-Quran.(lapuran dalam Harian Metro...)Tidak salah kita membuat berbagai andaian dan kesimpulan tetapi tidak wajar kita ketepikan ia begitu saja dengan mengatakan bahawa ia adalah kesilapan semasa percetakan...jangan begitu mudah kita membuat kesimpulan...kelak celaka kita di Padang Masyar nanti.

Dalam menempuh segala kepelikan yang terjadi pada hari ini baik dari secara nyata atau tidak nyata , tidak wajar kita lupa kepada kekuasaan Allah SWT... Saudara-saudara ku yang dirahmati Allah SWT... Sejak peristiwa 911, kita begitu dihantui oleh berbagai-bagai cerita tentang akan berakhirnya dunia ini...yang kebenarannya tidak dapat kita buktikan....dan betapa kita semua cuba mencari satu jawapan benar dan nyata terhadap segala cerita yang kita dengar dan sampai kepada kita melalui berbagai cara , email adalah antara cara utama... dan kisah lahirnya Imam Mahadi begitu mendapat tempat walaupun ia tidak dibicarakan secara nyata dan jelas apatah lagi untuk mendapat tempat di media arus perdana baik cetak atau eletronik...

Peristiwa gempa bumi yang melenyapkan Bandar Aceh untuk seketika lagi menambah keyakinan bagi sesetengah pihak yang begitu prihatin tentang keimanan hari esok.. Dalam menilai apa yang telah berlaku beberapa tahun kebelakangan ini dan dalam meneka apakah yang akan berlaku di hari mendatang...

izinkan saya mengajak saudara semua melihat serta menilai satu peristiwa penting yang telah berlaku 13 tahun lampau.. Peristiwa itu ialah "terlihatnya beberapa objek dilangit oleh sekumpulan pelajar di kawasan kelang , Selangor " seperti yang dilampirkan... Apakah ini satu petunjuk dari Allah SWT tentang apa yang akan berlaku pada hari ini?


... Marilah kita sama-sama nilai dan perhati disamping terusan bermunajat dengan Allah SWT agar kita semua tetap dan kemas dijalan Nya untuk menerima petunjuk-petunjuk yang lain agar dapat kita persiapkan diri kita menempuh hari esok yang begitu mencabar keimanan kita semua. Saya tidak berhajat untuk mengajak saudara menilai kesemua 26 objek yang dilihat oleh pelajar tersebut kerana tidak semua objek yang dilihat itu dapat saya simpulkan secara nyata kepada saudara melainkan berdasarkan kepada keimanan sendiri untuk menilainya.. tetapi dengan mengambil kira beberapa objek untuk sama-sama kita fikirkan , saya percaya ia sudah mencukupi untuk kita melangkah , berkata-kata , memerintah dan memacu masyarakat dengan lebih berhati-hati dan lebih bersungguh dalam menegakkan syariat Allah SWT..

1- antara peristiwa besar yang mengemparkan dunia pada akhir tahun 2004 ialah gempa bumi yang membawa Tsunami melanda bumi aceh... tentu tidak kita lupa beberapa hari sebelum kejadian , para nelayan di sekitar pantai kedah - pantai kota kuala muda kedah telah mendapat durian runtuh dengan hasil tangkapan ikan yang begitu lumayan sekali.... dan ikan adalah salah satu objek yang telah diperlihatkan oleh Allah SWT kira-kira 13 tahun yang lampau... Apakah ikan yang telah diperlihatkan oleh Allah SWT itu sebagai petunjuk awal dari Allah SWT tentang "gempa bumi yang membawa kepada Tsunami" akan berlaku dengan perintah Nya dan akhirnya menggemparkan kita semua manusia di bumi yang satu ini?.... dan saya percaya banyak lagi peristiwa "ikan berkelakuan pelik" ini berlaku tetapi tidak sampai kepada umum secara nyata sebelum tsunami berlaku... dan pada hari ini , ikan juga begitu sukar untuk didapati di lautan dan bilangannya telah jatuh begitu mendadak sekali....... Apakah ia adalah petunjuk dari Allah SWT tentang "rezeki" yang bakal ditarik Nya dari bumi ini?....

2 - Dunia pada hari amat gempar dan begitu berwaspada tentang sejenis penyakit yang telah diketahui oleh umum iaitu "bird flu"... Beberapa langkah keselamatan telah diambil oleh semua pihak berkuasa kesihatan dunia untuk menanganinya sebaik mungkin......kerana jika tidak diawasi sebaik mungkin , berjuta nyawa akan "hilang" akibat penyakit ini...... dan "bird flu" ini telah mengakibatkan berpuluh ribu ekor ayam dimusnah secara nyata seperti yang telah berlaku di Thailand sebaik ia mula merebak...... Apakah penyakit "bird flu " telah dipetunjuk oleh Allah SWT akan berlaku melalui objek "ayam dan burung " yang telah diperllihatkan Nya kepada sekumpulan pelajar yang bertuah 13 tahun yang lampau?.... Atau apakah "ayam" pada hari ini begitu memusuhi umat islam pada hari ini..? seperti yang telah tersebar di dalam email beberapa tahun yang lepas bahawa satu kajian telah mendapati wujubnya "DNA BABI" didalam daging ayam. Apakah hadirnya "DNA BABI" dalam ayam tersebut adalah akibat dari makanan ayam (palet ) yang dicampur dengan sisa-sisa babi lantas membawa kepada wujudnya penyakit "bird flu" pada hari ini seperti penyakit lembu gila yang akhirnya diketahui berpunca dari lembu-lembu itu di beri makan makanan yang diproses bercampur dengan sisa-sisa binatang...betul-betul menukar kejadian Allah SWT yang menetapkan lembu itu hanya makan tumbuhan secara fitrahnya... Jika benar makanan ayam ini bercampur dengan sisa-sisa babi , apakah hukum memakan daging ayam tersebut?...akhirnya , satu dunia umat kena tipu......mohon para ulama dapat duduk berbincang tentang dimana letaknya di sisi islam daging ayam yang diberi makan sisa babi sejak menetas ini dan hukum memakannya....

3- Dunia islam telah digemparkan oleh peristiwa perempuan menjadi imam solat jumaat..yang terang-terangan bertentangan dengan ajaran islam....... Amima Wadud ( kalau ingatan saya masih baik...) itulah namanya...dan dialah perempuan yang benar-benar telah membelakangi secara nyata ajaran islam ini...Apakah beliau sebenarnya perempuan yang bersolat membelakangkan kiblat seperti dalam objek yang telah diperlihatkan oleh Alllah SWT 13 tahun lampau...... Adakah beliau keseorangan atau ada lagi perempuan lain yang begitu patuh pada perintah Allah SWT pada zahirnya tetapi telah mengeluarkan fatwa tidak nyata tentang hukum yang amat bertentangan dengan apa yang telah diperintahkan oleh Allah SWT?...yang begitu mempengaruhi masyarakat tanpa kita sedari atas apa jua kepentingan atau alasan????..... Sama-samalah kita fikirkan.........

4- kehadiran Imam Mahadi begitu menjadi sebutan secara diam pada hari ini dan menjadi antara topik hangat perbincangan di internet..... Antara hadis tentang hadirnya Imam Mahadi ini adalah terkeluarnya tangan dari langit..tak dapat saya ketengahkan hadis tersebut pada masa ini, mohon kepada saudara semua agar ketengahkan hadis tersebut...( saya tak punya masa untuk membelek semua hadis tetang Imam Mahadi ini.. Tidakkah ia amat bertepatan sekali dengan petunjuk objek terakhir yang dilihat oleh para pelajar tersebut?...... Apakah kelahiran Imam Mahadi begitu hampir seperti yang dibincangkan secara diam oleh segenap lapisan masyarakat berdasarkan petunjuk objek ini????....... fikir-fikirkan..... dan saya mohon kepada semua agar jangan mudah menepis segala kepelikan dan keajaiban yang telah berlaku dan pasti akan berlaku esok atau lusa dengan kata-kata yang begitu mudah dan dalam diam , ia menghina islam........jangan..... Jika seorang manusia yang telah hampir ajalnya, diberi petunjuk oleh Allah SWT dalam tempoh 100 hari sebelum hari kematian , apakah mustahil bagi Allah SWT memberi petunjuk awal kepada kita semua tentang akan berlakunya hari kiamat???

Ingat..kiamat adalah hari kemusnahan alam ini...bukan mainan , bukan mainan...kalau hari kematian diberi petunjuk oleh Allah SWT , apatah lagi hari tamatnya dunia alam semesta ini. Mengapa tidak kita terima segala kepelikan yang berlaku sebagai tanda jelas kasih sayang dari Allah SWT yang Maha pengasih dan Penyayang kepada hamba ciptaan Nya , supaya hamba manusia ciptaan Nya ini segera menginsafi diri dan bertaubat serta kembali kejalan Nya yang lurus dan bukan terusan mencipta kemungkaran melalui berbagai cara dan gaya di muka bumi ini....... Terimalah segala petunjuk baik yang nyata dan tidak nyata itu adalah bukti kasih sayang Allah SWT yang Maha pengasih dan Penyayang yang tidak terbatas.....begitu juga dengan kehadiran Imam Mahadi dan Nabi Isa...... untuk kembali memimpin manusia di bumi ini agar dapat berpisah dengan sesungguh pisahan dari musuh manusia yang nyata , yang begitu dilaknat oleh Allah SWT....agar manusia ini dapat menetap kekal selama-lamanya di tempat yang diciptakan oleh Allah SWT untuk manusia iaitu Syurga...

Kepada semua umat islam , saya mohon agar anda semua berhati-hati dan tetapkemaskan amalan hidup ini berdasarkan kepada satu aturan yang telah dicipta susun atur oleh Pencipta Agung iaitu Allah SWT melalui satu cara yang telah disampaikan kepada manusia melalui Rasulullah SAW kira-kira 1400 tahun yang lampau dan aturan itulah yang diberi nama "ISLAM". tiada dua atau tiga aturan yang akan meletakkan manusia didalam syurga selepas diangkat oleh Allah SWT seorang manusia menjadi Rasul Akhir Zaman iaitu Muhamad ...tiada aturan lain selepas kerasulan Nabi Muhamad SAW melainkan "ISLAM".... Kepada semua pemimpin umat islam di bumi yang satu ini , mohon saya pada kamu semua agar berhati-hati dalam pemerintahan kamu.....jangan mudah perlekehkan islam , jangan mudah menghina islam secara nyata atau tidak.......kerana segalanya telah dipertunjukkan oleh Allah SWT , samada ada kita faham atau tidak saja....kembali tegakkan segala yang telah diperintah oleh Allah SWT...... Jangan mudah kamu mengempur "Rumah Allah" itu jika kamu benar beriman kepada Allah SWT...kerana celaka pasti menimpa kamu , jika tidak di dunia ini , pasti di Akhirat kelak... jika benar kamu beriman kepada Allah SWT....

Kepada semua , sekali lagi saya mohon , berhati-hatilah dalam membuat kesimpulan terhadap segala kepelikan yang berlaku kerana ia mengandungi petunjuk dari Allah SWT....dan perhatikan baik-baik petunjuk objek yang telah diperlihatkan oleh Allah SWT itu....ia bukan sekadar satu objek yang kosong dan tiada makna...yang tinggal sama ada kita faham atau tidak , sama ada kita mengerti atau tidak sahaja. JANGAN DIHINA ISLAM ITU BAIK SECARA TIDAK NYATA APATAH LAGI SECARA NYATA. Wassalam. d'rajulun

Kelas Bahasa Brunai part 8- 19/10/05

Assalamualaikum,

Mai Tah Bakurapak Brunei

Berikut merupakan contoh-contoh ayat yang biasa digunakan dalam perbualan harian:-

No Bahasa Melayu Brunei - Bahasa Malaysia

1 Apa abarmu? - Awak apa khabar?
2 Apa abarnya biskita? - Anda semua apa khabar?
3 Diaku ani baik-baik aja deh - Saya ni baik-baik saja
4 Dikami ani baik-baik aja - Kami ni baik-baik saja
5 Baik rasamu? - Awak sihat?
6 Inda baik rasaku ih - Saya tidak sihatlah
7 Apa sakitmu? - Awak sakit apa?
8 Sakit kepalaku - Saya sakit kepala
9 Damam panas pakah - Mungkin demam panas / demam panas agaknya

10 Makan udah kau? / kadikau udah makan? / biskita udah makan? -Awak sudah makan
11 Makan udahku antadi - Saya sudah makan tadi
12 Karang tah ku makan - Nantilah saya makan
13 Kanyang ku lakat - Saya masih kenyang
14 Kanyang udah ku - Saya sudah kenyang
15 Inda banapsu ku kan makan / indada napsu ku kan makan - Saya tiada selera nak makan
16 Indaku bakarih kan makan - Saya malas nak makan
17 Makanan atu inda nyaman - Makanan itu tidak sedap
18 Nyaman banar makanan atu - Sedap betul makanan tu

19Indaku bakarih kan menjarang -Malaslah nak masak
20 Karang tah ku menjarang - Nantilah saya masak
21 Jarangkan tah ku nah - Awak masaklah untuk saya
22 Diaku puasa bah - Saya puasalah
23 Sama-sama kitani sungkai karang ah - Nanti kita sama-sama berbuka ok

24 Biskita ani urang mana kian? -Anda sebenarnya orang mana?
25 Darimana jua kan asal biskita ani? - Anda sebenarnya berasal dari mana?
26 Diaku ani urang Sabah bah - Saya ni orang Sabah
27 Asalku ani dari Sabah plang - Saya berasal dari Sabah
28 Batah udah kau tinggal di KL ani? - Sudah lama awak menetap di KL?
29 Baru jua lagi - Baru saja
30 Batah udah ih, ada 10 tahun pakah - Lama juga, adalah dalam 10 tahun

31 Aga tah solat - Pergilah solat
32 Solat udahku antadi - Saya sudah solat tadi
33 Solat udah kau? - Awak sudah solat?
34 Sekajap lagi tah, ngalih lakat ku - Sekejap lagilah, saya masih penat
35 Baik plang kitani solat sama-sama ih - Lebih baik kita solat sama-sama

Terima kasih.

wassalam

Thursday, October 20, 2005

Ramadan ke 15.....

Assalamualaikum,

Ramadan ke 15…

..wokay guys,…we have completed 15 days of Ramadan and lets us evaluate our achievement thus far…now id the time to ask question whether are we better off than last years or are we doing exactly what we wanted to do at the beginning of Ramadan ?, or are we spending a lot more for our sungkai than expected ?,……nevertheless, we must be critical with our assestment in order for us to ensure that the next 14 days will be better than the last 15, insyaallah…

..apparently, since beginning of Ramadan, I hardly touched on any other subjects in life such as sports and music apart from women!!!!!ahaks ahaks ahaks…tak der lah…

..so hari ini allow diaku karupak pasal muzik and sukan sikit….perhaps the drubbing of Bolton by Chelsea was a bit hard to swallow but after watching the full match I would say that the scoreline was a bit misleading and Chelsea was a bit fortunate to get the 1st goal and the Ricardo Gardner sending off did not help the matter at all for Bolton….still early days and I would expect my beloved Bolton will recover soon and get to the winning habit…puas ati kelian NHK and Bok D!!!!ahaks ahaks ahaks

..Alonso crowning as the new F1 champion is indeed a welcome change and it is sweeter since I have never rated Micheal Schumacher not after his blunt tactics against Damion Hill some years ago….I have been following Jason Burton career and probably quite disappointed with his overall result after a very good season last year….I like the no tyre change during the race and I like the same fuel level for qualifying and race day , this rather helps other teams to compete against the giants of Ferrari, Mercedes or BMW…

I hardly follow any of the motor GP anymore but it is quite amazing that Rossi continues his domination from his tender age for 125cc….I was a hardcore follower for Motor GP when Tetsyui Harada was the main rider for 250cc….he was the ultimate rider and his victory over Loris Capirrossi in the last lap in the final league remains the best moment of greatness in motor GP….however, in the course of my years of following the GP, I regret to note that I saw no less than 3 death cases of riders live on TV and this rather was a little bit difficult to swallow…

…..i was also happy that England eventually qualified for the World Cup Finals despite series of horrible performance especially against Northern Ireland and Austria. However, time is on Erikkson side to create a wonder team capable of winning the cup…I thought that the new countries qualified from African continent will make next year’s world cup a colourful event indeed…still, I will put my money on Germany to win on own soil…it could be repeat of 2002 final between brazil and germany…

now, lama gak tak citer pasal budak budak AF…ermmmm aku rindu banar dengan si Nija , Farah dan Airkeen iaitu aweks angkat aku….apa pun sekali, my support and adulation to these three fantastic talent will remain intact forever and ever insyallah…aku pun dengar citer yang lagu Airkeen ciptaan Ajai merupakan lagu yang bisa ngetop tak lama lagi…hopefully airkeen , insyallah…

…ermmmm..aku baru lepas tengok Mawi di muzik@ ria dan aku rasa mawi nampak professional betul..love it….mawi nak sponsor pelita untuk kampong dia….well done, bro….andangnya bisai banar si mawi tah ih….huhuhuhu….aura superstar sudah nampak nyata pada mamat nei…tapi frust lagu raya tu bukan live tapi miming ajer, mungkin minus one tak der lagi kot….this guy memang special lar….anugerah Allah jika berlaku hanya dengan “kunfayakun” dan inilah yang aku nampak apa yang berlaku pada mawi….extraordinary achievement and it is just the beginning…..

nasihat aku pada mawi ialah bersedia untuk the 1st real dugaan sebagai artis…perkara ini pasti datang jua…so, peminat mawi kena bersedia untuk supoort mawi bila ini berlaku…kita harus terima hakikat that press build up seseorang itu untuk dijatuhkan, maka mawi is no exception to the rule tetapi kalau mawi dan penyokong mawi bersedia dari sekarang, impak atau kesan serangan itu dapat dikurangkan….

..dengan mejadi duta untuk Canon dan The Boh, I would reckon that mawi sudah mencecah 1 million pertama dalam pendapatan beliau dan let ilahm blog to be the first to say “ tahniah jutawan baru” dan jangan lupa zakat dan sedekah yer…

BTW, Mercy 's Dr.jemilah dilantuk sebagai head of relief effort di Pakistan untuk earthquake atu dan mereka memerlukan RM1 million untuk kemudah perubatan dan bekalan asas....so kalau ada rezeki yang ingin disumbangkan..please do so directly to Mercy's account di maybank , acct number : 56217 - 9504126.....

okkelah…salamm





wassalam

Kelas Bahasa Jepun Part 6 - 19/10/05

Assalamualaikum

saya rasa sebelum pergi lebih detail kepada penyusunan ayat saya note di sini (nanti update lah ye, ilham) utk perbuatan

pergi - iku
balik - kaeru
makan - taberu
minum - nomu
tulis - kaku
cakap - shaberu
sepak - keru
ketuk - tataku
inoru - berdoa/sembahyang
buat - suru ( ni banyak guna nih)

contoh :
sanpoo wo suru - berjalan-jalan
denwa wo suru - menelefon
shigoto wo suru - bekerja

saya akan tunjuk kemudian perubahan perkataan untuk past, present, past present...

perubahan untuk perbuatan.

~ masu - akan
~ masen - tidak
~ mashita - sudah
~ masen deshita - sudah tidak
~ tai - hendak
~ shoo - mari lakukan

contoh: lihat nota asal

suru - buat/lakukan
shimasu - akan buat
shimasen - tidak buat
shimashita - sudah buat
shimasen deshita - sudah tidak buat
shitai - hendak buat
shimashoo - mari lakukan

iku - pergi

ikimasu - akan pergi
ikimasen - tidak pergi
ikimashita - sudah pergi
ikimasen deshita - sudah tidak pergi
ikitai - hendak pergi
ikimashoo - mari pergi

he he he.... terpaksa tulis sikit-sikit takut ilang lagi...

untuk master language ni saya pun tak pasti tapi saya cuba ajar asas yang mudah untuk catch-up dan bukan sekadar ayat-ayat semata-mata.saya belajar asas di UM selama hampir 2 tahun sampai kat Jepun pun masih nganga sebab dialect dan intonation. setelah berada 5 tahun ditambah dgn pergaulan (kerana ada gak yg duduk sana tapi hampeh gak kerana tiada pergaulan. setakat asas) balik malaysia masih terus mengamalkan/menggunakan bahasa tersebut sampai sekarang (dah masuk 15 tahun) compare dgn rakan (even org rumah) yg tidak guna, vocab mmg out lah... sib baik ada NHK kat ASTRO walaupun rugi kena amik Dynasty tapi okaylah utk org rumah polish back... camtu lah...

okke , now proceed to haloscan for online class....




wassalam

Wednesday, October 19, 2005

Ramadan ke 14 ..doa qunut kan masa witir malam ani...

Assalamualaikum,


Ramadan hari ke 14…aku tak silap aku malam ini kita dah start baca doa kunut dalam sunat witir terakhir sebab malam ini adalah malam ke 15 ramadan….dari segi perjalanan bermaksud tempoh pendakian sudah sampai kemuncak dan selepas ini adalah lebih kepada proses penurunan….kita akan merasakan 15 ramadan hingga 25 ramadan sepantas kilat berlalu …..dan tak silap aku malam tadi adalah sepatutnya malam gerhana bulan ( stand to be corrected)..

..dari sudut amalan dan mencari ketaqwaan, proses pengabdian ini sudah bermula untuk kita mempertingkatkan usaha mencari keredaan Allah swt……darjah ketaqwaan dan juga darjah amalan yang dilakukan dari seorang ke seorang yang lain adalah berbeza dan untuk yang macam aku, menambahkan waktu membaca ayat al-quran dan perhaps sembahyang tahajud sebelum tidur sudah aku harus banyak sangat sedangkan ramai yang lain yang akan berada di masjid untuk tempoh 10 hari terakhir untuk mendapatkan keredaan Allah swt…..yang penting ialah kita melakukan perubahan untuk mencari Lailatulqadar yang di suruh cari untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat…

…selalunya sesuatu amalan tidak dapat dilakukan kerna factor ‘masa’ seperti mahukan lakukan waktu malam sahaja sedanglan malam kita terkadang di kunjungi kawan dan sedara mara dan maka terlepas peluang , so aku, selalu menggunakan waktu lepas zohor untuk melakukan sembahyang sembahyang sunat tobat dan hajat especially after Friday prayer dan lepas asar untuk membaca ayat suci al-quran…dan proses ini aku ulang diwaktu malam sekira tiada ada halangan seperti tertidur sebab terlalu penat, terlupa, ada hal dan sebagainya….

..ramai orang kita especially around aku punya fraternity masih lagi merasakan menyatakan perkataan sembahyang atau menzahirkan perbuatan amalan yang kita lakukan adalah jalan kepada riak, aku adalah the opposite, aku akan menyatakan perkataan sembahyang dengan jelas di office supaya masyarakat office aku tidak malu untuk membuat aturcara majlis, meeting, AGM untuk memasukkan program atau break untuk sembahyang…kadang kadang aku merasakan susah nak sembahyang lagi bila meetings involved semua malay dengan meetings yang involved non-muslims….tidak ada apa yang patut dibanggakan kalau seseorang itu bersembahyan atau taat sembahyang kerana sembahyang adalah santapan roh seperti makan adalah santapan tubuh….sebenarnya, aku berpendapat bahawa kalau setakat sembahyang 5 waktu , kita hanya sekadar tak mendapat dosa sahaja kerana sembahyang adalah tiang agama yang membezakan kita dari orang bukan Islam…maksud aku ialah seseorang itu tak patut dapat hadiah kalau dia berhenti ketika lampu merah menyala di traffic lights kerana itu adalah undang undang tetapi orang yang melanggar lampu merah memang sahih kena saman….so kita tak perlu malu cerita kat orang kita mematuhu undang2 supaya perkara baik itu menjadi music to the ears….dan selalunya perlakuan sesuatu community itu adalah akibat cara dan pendekatan orang sekeliling mereka…so kalau sembahyaang disebut, akan sembahyang lah yang sekelilingnya, kalau duit yang disebut sebutkan, maka materislitik lah sekelilingnya dan kalau dangdut yang disebut, maka dangdutlah dari security guard sampailah yang atas atas..

..similarly ,please bear in mind yer, ada ramai lagi mereka yang bukan Islam yang pekerti dan sifat mereka lebih indah dari orang Islam tetapi tidak akan menjejakan kaki ke syurga kerana mereka tidak beriman pada Allah swt…konsep atau belief ini telah diprotes oleh pihak kafir ini tetapi harus diingat dalam Islam akidah itu adalah yang utama dan pengucapan syahadah itu adalah rukun agama…

..kadang kadang otak tubal aku juga terfikir bagaimana orang kafir yang sanggup melakukan apa sahaja untuk menyelamatkan orang Islam ( contoh : tsunami di mana sukarelawan dari Taiwan sudah sampai 1 hari lebih awal dari smart team Malaysia di Aceh dan pasukan Taiwan ini membuka jalan untuk bantuan antarabangsa lain yang tiba kemudian bertapak di Aceh) akan tidak menjejak syurga sedangkan kaki dadah yang menghina ibu bapa , bangsa dan agama akan masuk syurga jua akhirnya selagi tidak lari akidah mereka…..sebenarnya hal syurga dan neraka adalah kerja Allah swt tetapi bila aku katakana sebelum ini bahawa Al-Quran itu adalah juga himpunan kisah dan sejarah yang menjadi hokum dan tekadan maka di sini penting kisah Abu Talib , bapa saudara Rasullulah, yang mati tanpa beriman kepada agama Allah adalah sebenarnya petunjuk bahawa manusia yang sekadar baik tetapi tidak beriman kepada Islam adalah tidak mendapat tempat istimewa di akhirat nanti…..

..ada berkata tidak Allah swt itu maha adil…..yeap kerana maha Adil Allah swt itulah maka Allah membenarkan syaitan hak mutlak untuk memesongkan umat Adam sehinggalah hari kiamat tiba….itulah pasal dinytakan anak kecil yang belum baligh tanpa mengira agama adalah bersih dari dosa dan kalau mati akan dimasukkan ke dalam syurga….di sini aku teringat kisah sedih seorang paderi kristian yang masuk Islam kemudiannya menyatakan betapa beliau merasa sedih ibu dan bapa beliau tidak mendapat hidayah yang beliau dapati dan beliau berkata adalah tanggungjawab setiap orag islam untuk melihat orang bukan Islam memeluk agama Islam demi persediaan di akhirat nanti…di sinilah syaitan itu merbahaya pengaruhnya dan ingatlah kita beruntung sekarang ini beragama Islam tetapi jangan biarkan syaitan datang menggangu keimanan kita……

wassalam….






wassalam

Kelas Bahasa Jepun part 5 - 18/10/05

Assalamualaikum,

Penyambung ayat

.wo - untuk perbuatan contoh gohan wo tabemasu (makan nasi) ~ gohan = nasi

no - punya. Contoh watashi no kuruma - kereta saya (saya punya kereta)

de - dengan/guna : jitensha de kimashita (datang dengan basikal)

e - ke : SOGO e ikimasu. Pergi ke SOGO

to - dengan/sama : ilham wa zack to kimashita = ilham datang bersama(dengan) zack.

wa - saya tidak pasti penyambung yg setara dengan BM tetapi lebih kepada 'is' dalam English.

contoh : Kare wa Bok D desu - Dia adalah Bok D.Hanim wa mizu wo nondeimasu - Hanim sedang minum air (Hanim is drinking water



wassalam

Tuesday, October 18, 2005

Ramadan ke 13

Assalamualaikum,

Ramadan hari ke 13…

…bless to Allah, we are indeed approaching the half-way line of Ramadan …for many of us, it is 13 days too slow towards Syawal and for some other, it is 13 days too fast towards the end of Ramadan…

..aku tertarik dengan komen Bok D yang menyatakan bahawa ekonomi atau perniagaan orang malay melambung semasa Ramadan adalah petunjuk kepada betapa ‘lavish’ perbelanjaan orang malay/muslim dalam bulan Ramadan or persiapan awal…ini adalah pengamatan yang baik yang membuat kita berfikir iaitu sekiranya orang Islam berbelanja kepada perniagaan orang seperti yang berlaku dalam bulan Ramadan bermakna orang muslim akan berjaya dalam perniagaan dan mencapai lebih dari 30% expectation DEB dan kedua membawa kita kepada isu orang Islam berpuasa tetapi lebih berbelanja yang menimbulkan pertanyaan samada inikah puasa yang diharapkan dalam bulan Ramadan…

…..isu ini menjadi lebih menarik diperbincangkan bila kita mengambilkira isu penjualan lot Bazaar Ramadan yang mencapai harga RM30 k di Jalan Masjid India/Jln Tunku Abdul Rahman sehingga melibatkan penahan anak seorang prominent Tan Sri yang dikatakan holding a powerful position in the ‘government’. Lot lot yang sebesar kangkang kera ini dijual sebegitu tinggi tetapi masih mendapat pembelinya ??!!!!..ini menunjukkan betapa untungnya menjualnya di bazaar ini dan probably business transaction within this small area could be in billions by the end of Ramadan….then, the issue of ‘orang seberang’ yang ramai meniaga di Bazzar ini ??!!!….konsep pajak atas pajak ini yang kemudiannya membawa kepada orangseberang dominating the raya business in KL……regardless, aku akan make a point to cari local dulu baru revert ke ‘orang seberang’ dan similarly aku juga lebih rela beli dari ‘orang seberang’ daripada membeli dari yang bukan sedara se Islam aku untuk persiapaan Ramadan dan syawal ….di sini aku teringat kisah benar yang berlaku depan mata aku yang membuktikan keutamaan betapa formula buy from your very own first yang dipraktikkan oleh non-malays di Malaysia ….

..kisah ini berlaku dalam satu cawangan bank yang nama bank sudah cukup menyatakan ianya bank kaum tersebut….bank ini pada masa kisah ini berlaku sedang melalui proses meMalaysiakan bank tersebut supaya boleh diterima oleh semua bangsa…maka bank tersebut telah mula recruit teller bank yang berbangsa malay untuk branch branch mereka…

..maka satu hari ini memang kena beratur agak panjang jugak dan I was probably the only malay dalam barisan tersebut…so bila sampai kat line depan tu aku ternampak seorang teller malay , budak perempuan yang agak sweet dan tidak bertudung…dan 2 dihadapan aku adalah seorang lelaki berseluar pendek dan sudah tiba giliran beliau untuk masuk kemana mana kaunter yang ‘available’ selepas ini….bila kaunter budak malay tersebut available, this Chinese guy refused to go to that malay girl’s counter and showing his obvious intention that he will not be entertained by a malay….at least two guys behind him were allowed to move ahead in order for him to hold his position as the person at pole position but refused to go until the teller manned by the other tellers were available….ini adalah contoh bagaimana orang lain memandang orang kita bila berkaitan dengan duit dan matematik and apatah lagi dalam bidang perniagaan….yeap, many will argue it was an isolated case but I will always belief that when Allah swt showed me some strange incidents, it is up to me to think the reason behind the scene…..

..now balik kepada kes berbelanja lebih di bulan puasa yang menggaitkan kepada isu harga berbuka puasa di hotel hotel di Klang Valley telah mencecah dan melebihi RM 100 sekepala !!!!!!….this is what I term as opportunist at work,banyakkan hotel hotel besar yang tak bother untuk menjaga kehalalan makanan di bulan biasa, mengambil kesempatan untuk menggaut keuntungan di bulan Ramadan dari orang Islam….i hate this type of hipocracy dalam perniagaan ini sebagaimana aku benci peniaga bukan Islam yang mencemuh orang Islam yang memakai purdah tapi conveniently mempamerkan tulisan arab untuk promote barang mereka bagi menarik minat pelacong yang datang dari middle east country yang tengah hot melancung ke Malaysia…

….bila harga buffet dah sampai RM 100 sekepala maka ini akan memulakan konsep rasuah berbuka puasa di hotel , ini kerana bila sudah terlalu mahal maka terpaksalah mintak supplier belanja dan selalunya ialah proses supplier belanja client berbuka puasa sebagai peluang untuk socialize dan perhaps memdapatkan ‘favour’ dalam kontrak….saya buka pernyataan ini untuk diskusi sekiranya ada yang tak setuju bila saya nyatakan bahawa proses berbuka puasa di hotel hotel mewah ada elements of ‘rasuah’….

…tetapi apa yang positif dalam isu hotel dan sungkai ini ialah sekurang kurangnya menjawab soalan favourite pembenci orang Islam/malays yang selalu berkata orang kita tak mampu nak makan kat hotel!!!….tapi sekarang ini , tidak keterlaluan kalau saya katakan berbuka di hotel atau restoran restoran tersohor sudah menjadi budaya orang Islam di Klang Valley dan baiknya pula ialah pihak hotel terpaksa meningkatkan amenities untuk orang Islam seperti surau yang selesa dan tempat berwudhuk yang proper….still , for RM100 per head, I will not pay eventhough Farah agrees to berbuka puasa dengan aku….ahaks ahaks ahaks…siapa kenal Farah tolong kirim salam yer….kalau setakat makan tom yam special untuk sungkai tu aku sanggup lar bawa Farah, perhaps a special treat will cost me RM 75 for two dan probably I spend another RM 100 untuk beli present untuk dia..still aku save RM 25 kalau aku pergi hotel……I love you , Farah…sungguh tau, bulan pose mana boleh tipu……hehehehe…

…regardless, perniagaan di bulan Ramadan telah diikitiraf sebagai bulan menguntungkan bagi semua perniagaan dan sekiranya anda tidak boleh memanfaatkan Ramadan untuk membuat keuntungan maka it is easy to say that you should stop your business…mungkin dulu CNY season dan Krismas dianggap money spinning season tetapi untuk the last 10 years, I would presume that the length of Ramadan and the length of celebration during syawal has put the Raya season as the most income making festive season in business…

…perhaps, it is time for muslims to support muslims businesses and DEB will be achieved in record time, insyaallah….


wassalam

Saturday, October 15, 2005

Ramadan ke 10......

Assalamualaikum,

..hari ini kelas bahasa kita cuti dan saya sekali lagi ingin merakamkan rasa terharu dengan komitmen guru guru dan juga para pelajar sehingga tahap ini....ada bahasa yang mungkin mustahil di 'master' dalam tempoh yang singkat dan ada bahasa yang tampak lebih mudah akibat ciri ciri serumpun nusantara dalam penggunaan perkataan itu.... maka kini sudah 1/3 dari Ramadan kita ulitilize bermakna juga hanya 2/3 lagi saja Ramadan untuk kita kejarkan...justeru, marilah kita sama sama berlumba mencari kelebihan Ramadan agar diredhai Allah swt dunia dan akhirat..

...Berkaiatan dengan kelas bakurapak brunai, si Nini parnah memadahkan anu diaku kan bulih bakurapak brunai pada 10 ramadan!!!!....banar jua karupak si nini,alhamdullilah...mun inda fasih jua diaku ani tapi kira bulih bah,asal kan inda binasa bahasa brunai atu, ...( so nini, thanks yer and definitley thanks tu cigu kadiaku yang kitani sayangi...heheheheeh)...

....Ramadan juga mencatat sejarah beberapa peperangan besar Islam dalam menegakkan syiar Islam dan peperangan peperangan ini berlaku dalam bulan Ramadan sebagai indication bahawa bulan Ramadan bukan bulan beribadat sahaja...ianya juga bulan berhijad dan bulan untuk kita mencari syahid....aku berasa bangga dengan bangsa aku yang sanggup berhempas pulas di bulan Ramadan mencari rezeki yang halal dalam bidang perniagaan...kalau dulu menurut emak aku, pasar pasar dikuasai oleh orang bukan Islam sehingga harga dan bahan dikawal oleh mereka dan juga menyebabkan kos meningkat....ari ini dengan adanya pasar tani dan semangat perniaagan yang dipupuk dari Arqam telah menyebabkan kita boleh dapat supply makanan waimah CNY sekalipun.....alhamdullilah, ari ini kita dapat menyaksikan orang jual ayam dan lembu daro bangsa kita sendiri, kita sudah boleh beli togay, mee dan tahu dari bangsa kita sendiri dan ini menembahkan keyakinan kita tentang halal dan haram dan bersih dan kotor produk tersebut...indahnya Ramadan bila petangnya kita melihat orang seagama menjual beli barangan juadah berbuka ( dalam konteks ini aku tidak mahu melihat kesan penjualan pada penjual yang berkiatan dengan ramadan sebagai bulan beribadat ) dan hingga ke sahur masih ada kedia kedai khas untuk menjuala makanan bagi yang memerlukan dan semuanya melibatkan orang Islam sendiri...

....maka , dapat aku kritikal dengan penggunaan Ramadan sebagai ekonomi event sahaja dari sudut rohaniah, tetapi aku juga ingin merakamkan rasa bangga aku dengan orang Islam yang tidak tidur malam untuk menjahit baju raya, membuat jualan kuih raya , menjual buluh untuk lemang dan segalal bentuk akitviti ekonomi yang sungguh memberangsangkan....inilah satu kemajuan umat Islam yang boleh dibanggakan walaupun sceptic mungkin kata ramai orang Islam itu jua sebenarnya menutupkan isu bahawa ramai diantara mereka adalah dari tanah seberang.....regardless, ini adalah permulaan yang baik bagi umat Islam walaupun asas asal usul mungkin menjadi sedikit kepincangan jika dihalusi....

...hari ini teman kita kak ri , janelabu , papaadlis dan probably vaart sudah aktif untuk menggunakan booming business market dalam Ramadan untuk perniaagaan mereka dan aku hanya mampu berkata yang aku hormat akan kawan kawan kita yang lari dari kebiaasan ini dan aku doakan kejayaan sepenuhnya untuk mereka .....diaku anjung banar usaha biskita...

..baiklah, 10 hari Ramadan yang akan datang akan melihat kedatangan Nuzul Quran dan semestinya kelas bahasa kita juga akan kita teruskan untuk kejayaan kita bersama dunia dan akhirat...

okke lah, sebab dah lambat nei, i shorten this entry yerkkk...salam...nice weekend and from Ilham with love...

Friday, October 14, 2005

Kelas Bahasa Arab part 3 -13/10/05

Assalamualaikum,


Warna Dalam Bahasa Arab –al-Launu fil lughatul al-‘arabiyyah

Warna : Laun


Putih : Abyadh
Hitam : Aswad
Merah : Ahmar
Kuning : Asfar
Biru : Azraq
Hijau : Akhdar
Coklat : Asmar
Oren : Laun al-Burtuqal

Di Rumah - Fil Bait/Manzil

Bilik : Al-ghurfah
Ruang/Bilik Tamu:Al-falatul Duyuf/ al-ghurfatul duyuf
Tandas/Bilik air:Al-Hamam
Dapur :Al-matbakh
Tungku masakan :Al-Mawqad
Meja : Al-Qaaimah/at-Towiilah
Kerusi : Al-Kursi
Sofa : Ad-Dariqah
Almari : Al-Khazanah
Katil : As-sarir
Cawan : Al-Qub
Piring : Al-Finjin
Buah-buahan : Al-Fakihah(s)/Al- Fawakih (j)
Nasi : Al-Ruz
Hidangan : Al-Ma’idah
Sup : Al-Shurbah/al-Burmah
Epal : At-tufahah
Pisang : Al-Mawzah
Limau : Al-Burtuqal
Anggur : Al-‘Inab
Air : Al-ma
’Teh : Al-shay
Kopi : Al-Qahwah
Susu : Al-Laban
Ayam : ad-Dajaj
Ikan : As-Samaq

Keluarga -Usrah

Datuk : Jad
Nenek : Jaddah
Ayah : ‘Ab
Mak : ‘Um
Abang/adik lelaki : Akh
Kakak/adik perempuan : Ukh
Pakcik sebelah ayah :‘Am
Pakcik sebelah mak :Khaali
Makcik sebelah ayah :‘Amah
Makcik sebelah mak :Khalati
Anak lelaki :Ibn/Bin
Anak perempuan :Ibnati/Bint

wassalam

Kelas Bahasa Jepun part 4 - 13/10/05

Assalamualaikum,

epal - ringo
oren - mikan (ni oren mandarin)
tembikai - suika (hampir jika bakurapak brunei)
peach - momo
kentang - jagaimo
ubi - imo

ikan - sakana
kembong - aji / maaji
cencaru - oni aji
makarel - saba
merah - madai
gelama - ishi mochi
sebelah - hirame / karei (yang ini kena tengok mata ngadap kiri atau kanan)
kerang - kai
ketam - kani
udang - ebi
belut - unagi
tuna - maguro
tongkol - katsuo
salmon - sake / shake (sha ke)

Kelapa - yashi
Timun - kiuri
Peria -nigauri (nigai - pahit)
Terung - nasu
Bayam - hoorensoo
periuk nasi letrik - suihanki
peti ais - reizoko
mesin basuh - sentakuki

cara bunyi dan sebutan bahasa jepun.

bunyi tepat iaitu

a - seperti api
i - seperti ikan
u - seperti udang
e - seperti ekor
o - seperti otak

ka - seperti kaki
ki - seperti kaki
ku - seperti kuku
ke - seperti kelong (bukan kerang)
ko - seperti koyak

bagi ejaan yang saya tulis berganda seperti soo bermakna bunyi panjang.

bahasa Jepun pada asas ada tiga main karakter
1 - hiragana (asas bacaan yang saya tulis diatas merupakan dari sini dan kalau nak belajar intensif kena mahir ini.... macam tadika lah jugak)
2 - katakana (merupakan perkataan yang digunakan apabila menulis perkataan asing contoh Malaysia atau perkataan asal dari perkataan asing seperti tomato}
3 - kanji (Chinese karaktor)

Asas perkataan lima a-i-u-e-o dan di ikuti oleh:

ka-ki-ku-ke-ko
sa-shi-su-se-so
ta-chi-tsu-te-to
na-ni-nu-ne-no
ha-hi-fu-he-ho
ma-mi-mu-me-mo
ra-ri-ru-re-ro
ya-(i)-yu-(e)-yowa dan n tambahan untuk

ga-gi-gu-ge-go
za-zi-zu-ze-zo
da-di-du-de-do
pa-pi-pu-pe-po

あ-い-う-え-お - hiragana
a-i-u-e-o
ア-イ-ウ-エ-オ - katakana

contoh negaraJepun - Nippon - にほん 日本

makan-taberu-たべる-食べる (asas perkataan)


Wassalam

Kelas Bahasa Brunai part 7- 12/10/05

Assalamualaikum,

Mai Tah Bakurapak Brunei

Sebelum ini kita telah pun berkenalan dengan perbendaharaan kata Bahasa Melayu Brunei dan saya yakin anda telah pun mengenali dan memahami perkataan-perkataan tersebut.
(Sebalum ani kitani udah bakanalan dangan perbendaharaan kata Bahasa Melayu Brunei dan diaku yakin biskita udah kanal dan paham perkataan-perkataan atu)

Sekarang, marilah kita tengok pula adakah kita benar-benar memahami bagaimana perkataan-perkataan itu digunakan.
(Karang ani, mai tah kitani liat pulang apakah kitani banar-banar paham macamana perkataan-perkataan atu digunakan)

Pada hari ini kita akan mengenali dan sama-sama mempelajari penggunaan gantinama-gantinama
(Ari ani kitani kan bakanalan dan sama-sama mengaji guna gantinama-gantinama)

1. aku, kau, dikau, kadikau – (awak)
2. kita, biskita, abiskita – (awak / kamu)
3. kami, kadikami - (kami)
4. kamu, kadikamu – (kamu)
5. kitani – (kita)
6. Bisidia – (mereka)

Masyarakat Melayu Brunei sememangnya agak peka dengan kesopanan. Atas alasan yang sama, penggunaan gantinama yang kurang sesuai akan membuatkan kita kelihatan kurang sopan dimata mereka.
(Urang Melayu Brunei ani andangnya peka dangan kesopanan. Atu tah membari, penggunaan gantinama anu inda sesuai karang menyababkan kitani keliatan inda sopan arah bisidia)

1. aku, kau, dikau, kadikau
Gantinama ini hanya sesuai digunakan untuk perbualan dengan rakan sebaya, kawan-kawan rapat atau mereka yang lebih muda usianya berbanding kita.

2. kita, biskita, abiskita
Gantinama ini biasanya digunakan untuk perbualan dengan mereka yang usianya lebih tua berbanding kita ataupun sebagai menunjukkan rasa hormat kepada teman berbual tersebut.

3. kami, kadikami
Gantinama ini boleh digunakan dalam perbualan dengan sesiapa sahaja

4. kamu, kadikamu
Atas alasan kesopanan, gantinama ini biasanya tidak digunakan untuk perbualan dengan orang yang lebih tua usianya berbanding kita maupun orang-orang yang kita hormati.

5. Kitani
Gantinama ini boleh digunakan dengan sesiapa sahaja

6. Bisidia
Gantinama ini juga boleh digunakan dengan sesiapa sahaja


Semoga kita sama-sama dapat menggunakan gantinama yang sesuai pada masa yang sesuai juga.

Mun ada urang anu tau bakurapak Brunei taliat ada inda ngam dalam nota ani, padah-padahkan saja di ‘haloscan’ ha, paham-paham jua biskita bah, andang juanya diaku ani inda berapa campin.

Terima kasih.


wassalam

Thursday, October 13, 2005

Ramadan hari ke 8..tinggal 21 lagi untuk beramal soleh..

Assalamualaikum,


….ada tinggal 21 hari lagi untuk kita mengambil peluang daripada bulan Ramadan ini untuk mencari ketaqwaan dan keredaan Allah swt….inilah keindahan Islam, kita beramal dengan penuh pengetahuan bahawa apa sahaja yang kita lakukan akan mendapat balasan setimpal samada di dunai ataupun di akhirat nanti…jangan kita takut dengan doa yang tidak dimakbul di dunia kerana apa yang tidak dikecapi di dunia haruslah kita yakin akan mendapat balasannya di akhirat nanti dan sekiranya kita berfikiran jauh…doa yang tidak termakbul di dunia adalah ibarat ‘investment’ di akhirat yang merupakan kehidupan mutlak…maka janganlah kita berputus asa berdoa kehadarat Illahi kerana keindahan beriman pada yang ghaib itu adalah merupakan stage keimanan yang paling susah dan indah….

..BTW, disamping kita mendoakan diri kita dan keluarga terdekat kita, jangan lupa mendoakan orang yang pernah membantu kita masa kita susah mahupun senang, jiran tetangga , saudara se agama kita dan juga pada mereka yang sudah tiada kerana doa itu jua adalah ibarat sedekah kerana bersedekah itu adalah amalan yang dituntut di bulan ramadan yang mulia…..

..kita hidup diakhir zaman di mana keimanan kita adalah berasaskan sejarah lalu kerana Al-Quran itu adalah pernyataan kisah kisah lalu yang kita pegang sebagai asas keimanan kita dan asas hokum dalam Al-Quran adalah berlandaskan peristiwa yang sudah berlalu di zaman rasulullah saw….kalau di zaman awal Islam, setiap pernyataan dalam Al-Quran nyata asal usulnya, tetapi kita diakhir zaman memerlukan keimanan yang amat kuat untuk memegang kepada hokum dan penceritaan sejarah dalam Al-Quran kerana sudah tiada rujukan lain melainkan keimanan yang kukuh belaka…hari ini kita melihat ‘Jejak Rasul’ dan ‘Discovery Channel” untuk mendapatkan bukti physical kisah kisah dalam al-Quran tersebut…

..maka di sinilah ujian kepada keimanan berlaku sehingga ada yang menggangap Al_Quran sudah tidak releven dengan keadaan semasa, Al-Quran adalah ciptaan Nabi Muhammad belaka, penolakan sebahagian daripada isi kandung Al_Quran atas dasar akal dan percubaan mentafsir Al-Quran lari dari maksud asal ianya difirman oleh Allah swt…inilah dugaan umat Islam akhir zaman yang harus kita tempohi dengan penuh rasa khusyuk dan jelas keyakinan kita…..keadaan akhir zaman ini juga tidak membantu bila Al-Quran dibaca sebagai amalan dan tidak sebagai sumber rujukan ilmu dan hokum….maka kita memikirkan tajwid bacaan dari maksud isi kandung Al-Quran itu sendiri….maka disebut juga bahawa Al-Quran itu akan hilang di akhir zaman yang boleh bermaksud ialah Al-Quran tidak berfungsi sebagaimana maksud Al-Quran itu diturunkan…di sinilah kejayaan orientalis meng’secular’kan fikiran orang Islam dan menyebabkan kita merujuk kepad Socrates dan Marxist instead of concentrating purely to the words of Allah….

..aku pernah membaca buku Nastradomous dan aku merasakan bahawa Nastradomous berkemungkinan menggunakan asas kitab Allah kerana banyak prediction beliau adalah menjurus kepada kisah kisah yang tersebut akan berlaku dalam kitab suci Allah swt….kita harus ingat bahawa pendita Nasrani yang mula mula perasan akan kerasulan Nabi Muhammad saw apabila beliau ternampak setompok awan mengikuti Rasullah semasa Rasullah berjalan di padang pasir yang panas jadi tidak salah jika aku katakan Nastradamous merujuk kepada kita kitab zabur, taurat, injil dan al-Quran dalam membuat prediction belia….

Di kala ini umat Islam berpecah atas dasar pegangan serpihan seperti mazhab mazhab dan pendekatan sufi , maka sudah tiba masanya kita umat Islam balik kepada asas Al-Quran dan hadis hadis sahih rasullulah saw…jika kekuatan umat Islam zaman awal adalah kepada kesatuan iman dan persaudaraan maka perpecahan umat islam sekarang ini mungkin atas terlalu banyak serpihan serpihan kefahaman itu sendiri…mungkin aku salah dalam hal ini dan aku memohon keampunan dari Allah swt sekiranya pendekatan aku ini tersasar….tetapi apakah jalan lain untuk penyatuan jika syiah dan suni di Iraq dan Pakistan saling bermusuhan, ahli sufi dan ahli syarak berlainan pendapat sedangkan kita berserah pada yang Esa dan berkiblat pada Baitullah yang sama …..

..hari ini kita seronok kerana kita ahli sunnah wal jamaah tetapi bagi yang bukan ahli sunnah akan melihat kita ini pulak tersimpang dan keadaan ini berterusan selepas wakatnya Rasullullah saw…..maka, dimana akhirnya serpihan kefahaman dalam umat Islam mencari ‘jalan yang lurus ‘ itu….memang benar pernyataan bahawa kita berselisih bukan pada perkara yang pokok/asas dan hanya berbeza dari sudut praktikal….tetapi aku merasakan dalam keadaan dunia yang sudah semakin kecil akibat teknologi, maka selisih ini sudah boleh dicarikan formula penyatuan dan bukan alasan perbezaan….aju sudah muak dengan orang balik haji menceritakan bagaimana mereka yang berlainan mazahab mengerjakan sembahyang ( I have repeated this many times indeed) dan ini tidak trmasuk fahaman wahabi yang dikatakan mendapat tempat di Arab saudi kala ini…

…aku yakin jua, selagi kita bertanya demi untuk memertabatkan agama Allah, aku yakin kita tidak salah selagi kita bukan mencari salah tetapi sekadar mencari penyelesaian kepada kemelut perbezaan amalan dan pendekatan untuk mendapatkan’jalan yang lurus’ ini….aku merasakan bahawa sekiranya ‘grey’ area ini tidak dihilangkan, maka setiap dekad itu akan menyaksikan Ayah Pin yang berbeza yang mengambil kesempatan dari hadirnya ‘ grey area’ tersebut….

Lantas aku merasakan negara seperti Malaysia ini boleh menjadi ‘badan’ untuk memulakan satu langkah penyatuan ummah sejagat supaya Al-Quran menjadi asas segala bentuk amalan dan pengabdian diri pada Illahi dan permulaan kepada ummah berasaskan perlakuan original rasullualh yang diaktakan sebagai ‘sunnah’ , maka tiadalah sunni atau syiah lagi tetapi semunya kita adalah umat Rasullah era akhir zaman ini…..

..sedangakn sudah nyata bahawa jalan yang lurus diakhir zaman ini adalah jalan yang berasaskan Al-Quran dan Hadis or Sunnah rasullulah saw…

ini adalah pendapat peribadi dari pengetahuan yang cetek dan sekiranya ada yang tak kena tempat, sila tegurkan saya….

Wassalam….



Wassalam

Kelas Bahasa Brunai part 6- 12/10/05

Assalamualaikum

Mai Tah Bakurapak Brunei

Dalam tercari-cari apakah perkataan baru yang boleh diperkenalkan pada hari ini, saya jadi kehilangan punca…. ternyata perbendaharaan kata Bahasa Melayu Brunei saya agak terhad rupanya.

Memandangkan saya sudah kehabisan perbendaharaan kata untuk diperkenalkan maka, pada hari ini kita berkenalan dengan:-

Buah-buahan dan sayur-sayuran dalam Bahasa Melayu Brunei dan
Nama-nama benda yang dipengaruhi oleh sebutan Bahasa Inggeris pula
.

Ini mungkin merupakan senarai perkataan baru yang terakhir daripada saya dan jika ada perkataan-perkataan lain yang ingin diketahui dan belum pernah dinyatakan dalam senarai perkataan sebelum ini, maka anda bolehlah bertanyakannya di ‘haloscan’ untuk dibincangkan.

1. Buah-buahan dan sayur-sayuran

Bahasa Malaysia - Bahasa Melayu Brunai


Betik - Kepayas

Tembikai - Sikui

Kelapa - Piasau

Timun - Antimun

Petola - Picula

Terung - Tarung

Cili / lada - Lada

Kobis - Kubis


2. Nama-nama benda yang dipengaruhi oleh sebutan Bahasa Inggeris

Bahasa Malaysia - Bahasa Melayu Brunai

Peti Sejuk - Ais Buk

Buku - Buk

Pen - Bulpin

Cermin Mata - Spek


Wassalam..

Wednesday, October 12, 2005

Ramadan hari ke 7

Assalamualaikum,

.....hari ini kesan gempa bumi di Pakistan, India dan Afghanistan telah melihat kan kesan yang sungguh menyedihkan dengan jumlah kematian dianggarkan telah melebihi 20,00 orang mangsa semuanya...

...kawasan pergunungan ini amat unik kedudukannya dan juga menyulitkan kerja kerja mencari dan menyelemat dijalankan....apa yang aku menarik ialah kesan kawalan berita oleh pihak zionist ( read CNN ), kalau di New Orleans , actually detah menurun dari 10,000 anggaran ke 1000 actual, CNN dengan cepat menaikkan jumlah mangsa tanpa ragu ragu...inilah mainan media terhadap minda pendengar yang harus kita fahami politik dan strateginya...

..kita semua by now should know that gambar dome kuning yang dikatakan masjid al-aqsa oleh propaganda zionist itu bukan masjid al-aqsa sebenarnya tetapi masjid yang dibina oleh Khalifah Ummar tetapi dinyatakan sebagai masjid al-aqsa dengan tujuan untuk menghancurkan masjid sebenar bagi membina Solomon Temple mereka itu..

..BTW ,hari ini aku agak gembira sebab aku akhirnya dapat melihat keempat empat kelas bahasa berjalan lancar untuk pertama kalinya di bulan Ramadan ini...bila sesuatu harapan kita itu menjadi kenyataan di bulan Ramadan ini, maka bertanya kita adaklah malam tadi malam lailatulqadar bila semua yang kita harapkan seakan menjadi kenyataan...

..terima kasih tidak terhingga aku pada cigu, sensei, titser dan ustazah dan insyaallah, dengan prose pengajaran dan pembelajaran ini akan membuka jalan untuk blog personal papaa, kak ri dan hanim( later kadiaku yer) akan menjadi blog blog terbaik di malaysia ini nanti....tapi jangan lupa pada ilham okke....

....sesungguhnya perjalanan sesuatu kehidupan itu melalui liku liku yang tidak boleh dirancangkan dan inilah keindahan kehidupan sebenarnya...bangkit dari kegagalan, berjaya against adversity, menang against all odds adalah rencah kehidupan yang mesti kita idamkan...jangan kita berselindung dibelakang adat, sopan dan kebiasaan ...carilah kelainan supaya kita menjadi manusia yang bisa memberi kebahgian pada sekeliling kita...Allah swt memberi kita akal dan melalui akal kita dibedakan dengan binatang dan akal ini adalah senjata terkuat manusia dan dengan penggunaan akal yang baik melalui ilmu akan menjadikan kita manusia yang puas dengan apa yang kita ada...

..kaya dan miskin bukan ukuran kejayaan tetapi keberkesanan kita menggunakan limitation yang kita ada untuk mencapai kejayaan adalah pembentuk legende dalam masyarakat dankehidupan sejagat...

salammm

Kelas Tagalog Part 1 - 11/10/05

Assalamualaikim,

...alhamdullilah, akhirnya diberkati jua doa kita dengan kelapangan yang sedikit ada pada kak ri akan memberi kelas tagalog untuk kita semua...



ilham...here's the note...nak mula dgn apa ya? sorry tak dapat nak buat kelas sepenuhnya masa puasa ni sebab
1. pc buat hal...
2. streamyx buat hal...
3.memang sibuk sebab berjual...

...tagalog is not that hard...banyak persamaan dgn malay dan sebutan banyak ikut sebutan bahasa baku. Cuma sebutan diakhir perkataan banyak ditekankan....but then kalau u tau spanish it would be a plus sebab banyak perkataan dipinjam dari spanish...cuma ejaan seperti malay (phonetically spelled)

GREETINGS..

magandang umaga = selamat pagi
magandang tanghali (tang-ha-lik)= slmt tengahari
magandang hapon = selamat petang
magandang gabi = selamat malam
mabuhay (ma-bu-hai)= hidup!!
kumusta = apa khabar

GANTINAMA

AKO = aku, saya
IKAW = awak
KITA = awak(you)...digunakan diakhir ayat.... e.g mahal kita, gusto kita
KAYO = awak semua
TAYO = kita (we)
SA'IYO = kepada awak
SAINYO = kepada awak semua
SILA = mereka
SAKANILA = kepada mereka

ATE (a-teh)= kakak
KUYA = abang
TITA = aunty
TITO = uncle
LOLA/LOLO = nenek/datuk
APO = cucu
KAPATID = adik beradik (saudara)
MANANG = makcik
MANONG = pakcikALE (a-leh)= a woman
MAMA' (ma-mak)= a man
BABAE (ba-ba-eh)= perempuan
LALAKI = lelaki
BAKLA (bak-lak)= bapuk


sambungan

HOW TO TELL TIMES/DATES

LUNES = isnin
MARTES = selasa
MIYERKOLES = rabu
HUEBES = khamis
BIYERNES = jumaat
SABADO = sabtu
LINGO = ahad

araw= hari
lingo = minggu
buwan = bulan
taon = tahun

isa = satu
dalawa = dua
tatlo (tat-loh)= tiga
apat = empat
lima = lima
anim = enam
pito = tujuh
walo = lapan
siyam = sembilan
sampu (sam-puk)= sepulus
labing isa = sebelas
labing dalawa...etc..etcbila nombor sudah sampai ke 20 biasanya sebutan ditukar kepada spanish sepert

ibente =20
trese = 30
kuarenta = 40
sinkuenta = 50
sesenta = 60
setenta = 70
ochenta - 80
nobenta = 90(ejaan sekali lagi mengikut cara Melayu)

daan(da-an)= ratus
milyon = ribu

a la una nang madaling araw = pukul satu pagi

a las dos nang hapon= pukul dua petang

QUESTIONS

ano = apa (what)
bakit = kenapa (why)
saan = dimana (where)
paano = bagaimana (how)
sino = siapa (who)
kailan = bila (when)
alin = mana satu (which)
gaano = betapa, bagaimana (how- must show the degree)
kanino = siapa punya (whose)
mangkano = how much
elan = berapa banyak


please proceed to class yer dengan cikgu kak ri...btw 1 st question, cikgu in tagalog apa ,kak ri ??

wassalam

Kelas BahasaArab part 3 - 11/10/05

Assalamualaikum

memandangkan agak bz sket hari ni, di sini saya postkan entry utk kelas arab.Kita tambah vocab sket hari ni:

makan=akala

minum=shariba

nasi=ar-ruz

hidangan=al-maidah

ayam=ad-dajaj

kopi=al-qahwah

ikan=as-sama'

teh=as-syai

susu=al-laban

epal=at-tufahah

pisang=al-mauzah

anggur=al-'inab

berkelah=ar-rehlah

perpustakaan=al-maktabah

sekolah=al-madrasah

tandas=al-hamam

kedai=ad-dukkan

pelajar lelaki=at-thalib/al-tilmiz

pelajar perempuan=at-thalibah/al-tilmizah

rehat=ar-rahah

penyakit=al-marid

wassalam

Kelas Bahasa Brunai part 5- 11/10/05

Assalamualaikum,

Mai Tah Bakurapak Brunei

Daripada maklumbalas yang diterima (terima kasih buat watever, KPD dan nini), sebutan bagi warna dalam Bahasa Melayu Brunei ialah seperti berikut:-

Bahasa Malaysia - Bahasa Melayu Brunai

ungu - Taruk ubi
Hijau - Gadung / gadong
Merah jambu - Kalas
Oren - Pacahtalur
Merah - Mirah
Biru - Biru
Kuning - Kuning
Cokelat - Coklat / cuklat
Putih - Putih
Hitam- Itam

Perkataan baru hari ini:-

Bahasa Malaysia - Bahasa Melayu Brunai

Kerusi - Kursi
Meja - Mija
Rokok - Sigup
Merokok - Ba sigup
Paip tembakau- Sigupan
Basikal- Biskal
Motosikal -Motosikal
Kereta- Kereta / kurita
Mercun - Badil
Garam - Sira’
Beras - Baras
Menyala -Marak
Topi - Siraung
Tebuan - Penyangat
Panas- Angat / hangat
Lembut - Licak
Kemek - Picak
Cicak- Cacak
Mendapat - Balurih / belurih
Ungun api -Parunan

Contoh ayat:-

Bahasa Malaysia - Bahasa Melayu Brunai

Kerusi itu sudah rosak - Binasa udah kursi atu

Wanita kurang gemar dengan bau rokok - Bini-bini inda berapa suka bau sigup

Merokok boleh merosakkan paru-paru Ba - sigup bulih membinasakan paru-paru

Makanan tanpa garam tidak sedap rasanya - Makanan inda ba sira’ inda nyaman rasanya

Obor-obor lebut seperti agar-agar - Obor-obor licak macam agar-agar

Tolong nyalakan ungun api tu - Tulung jua marakkan parunan atu

Memandangkan saya bukanlah pakar bahasa dan tidak pernah mendapat pendidikan formal dalam Bahasa Melayu Brunei, maka saya berharap agar kalian sudi memperbetulkan kesilapan yang mungkin saya lakukan dalam penyediaan nota ini. Terima kasih

wassalam

Kelas Bahasa Jepun part 3

Assalamualaikum,

jidoosha / kuruma - kereta

otobai - motosikal

jitensha - basikal

baasu - bas

densha - keretapi letrik (LRT, Komuter)

kisha - keretapi disel

kuruma wo norimasu - naik kereta

kuruma de kimashita - datang dengan keretaa

isatsu - ucapan selamat

oyasuminasai - selamat malam (good night - untuk tidur)

pada yang balik (tiba) - tadaima

pada yang menyambut (di rumah) - okaerinasai

sayonara - selamat tinggal

jishin - gempa bumi

taifuu - taufan

kaminari - kilatuzumaki / tatsumaki - puting beliun

game - hujan

kaze - angin

yuki - salji


wassalam

Tuesday, October 11, 2005

Hari ke 6 Ramadan...

Assalamualaikum,

...alhamdullilah sudah sampai kita ke hari ke 6 Ramadan bermakna tinggal lebih kurang 23 hari saja lagi bulan Ramadan yang istimewa untuk kita utilize to our advantage untuk kebaikan dunia dan akhirat...perhaps by now, badan kita sudah tune dengan kehendak physical Ramadan dan hanya kita memerlukan kekuatan mental untuk mengambil kesempatan kelebihan Ramadan..

...kita berada dalam suasana di mana kita boleh beramal dengan aman, berbuka dengan mewah, beraya dengan gembira dan berpolitik dengan terbuka tidak sebagaimana saudara saudara Islam kita yang lain....aku tersentuh dengan kisah orang Islam di Dili di Timor Leste yang ditayangkan di TV3 yang menunjukkan betapa daifnya kehidupan dan prasarana pendidikan dan untuk amalan keagamaan setelah bebas nay timor timur dari Indonesia....ada juga dipaparkan Yayasan Yakin yang dulunya merupakan pusat sumber dan pertamadunan ilmiah Islamiah di Dili yang kini tinggal rangka saja dan memerlukan jutaan dollar untuk di baik pulih...mengapa harus USD dijadikan matawang dagangan tidak jua kufahami ketiak ini....bagaimanapun Timor Leste yang rata rata penduduknya beragama Islam mempunyai Perdana Menteri yang beragama Islam walaupun muslim adalah minoriti di sana....

...about 3 months ago ada satu rencana berkenaan bercanggahan diantara Australia dan Timor Leste mengenai hak mencari gali minyak di kawasan laut yang lebih kedalam jajahan Timor Leste berbanding dari Australia tetapi dicuba rampas secara 'buli' oleh kerajaan Australia....memandangkan Timor leste tidak ada kemampuan membiyai kerja carigali, maka Australia mengganggap keupayaan mereka itu sebagai senjata untuk membuli Timor Leste...

..namun kini kedua belah pihak telah mencapai kata sepakat yang mana kemungkinan Timor Leste akan mendapat hak pampasan/royalti yang besar dari petroleum dan gas ini yang membolehkan negara ini maju dan pesat sebagaimana Brunei satu masa dulu.....

..tetapi saat dan ketika itu mungkin menjangkau masa 5 ke 10 tahun lagi dan jika penduduk Islam di sana tidak dibantu, maka akan lebih ketinggalan mereka 10 tahun akan datang kerana semestinya keutamaan akan diberi oleh presidennya kepada pembangunan agama kristian terlebih dahulu.....amat menakjubkan melihat anak anak muda mereka berjihad untuk menegak syiar Allah di bumi Timor Leste ini dan bayangkan sekiranya berpeperangan ala ala di maluku, maka mudah lah lenyapnya umat Islam di situ..waulahhuaqlam...

....dalam konteks kesedaran ini, aku saat kagum usaha TV3 melalui Jejak Rasul, Majalh 3 dan sebaginya menjejak kepentingan umat Islam sejagat sehinggakan impaknya ialah wartawan Malaysia di panggil dalam kes tebusan asakar siam pengganas thaksin about 3 weeks ago....agaknya tinggi sangat dilihat umat Islam serantau ini terhadap orang malaysia tetapi yang nyata kita masih lagi merasakan kita kebelankang di bumi sendiri....lihat lah wajah wajah anak Aceh yang tiba dilapangan terbang KLIA, seolah olah mimpi jadi kenyataan bagi mereka tetapi kita yang ada di bumu bertuah ini masih lagi tidak bersyukur, masih lagi mencari jalan untuk murka Illahi supaya didatangi bala, masih kita lagi meminta minta kekayaan dunia sedangkan kekayaan yang ada oleh umat Islam di negara ini sudah boleh diagihkan bagi mereka yang perlu di serantau Asian ini...

.., gempa bumi di Pakistan, Afghan dan India telah menyebabakan lebih 15,00 nyawa terkorban yang meliputi kawasan kawasan padat penduduk Islam......dari tsunami hinggalah gempabumi di Indian sub-continent ini, mungkin masih boleh menyedarkan umat Islam di negara kita ini betapa bertuahnya kita hari ini berpuasa dengan penuh seronok sehinggakan kita merasakan apa yang berlaku disekeliling kita ibarat bala pada yang kena timpa dan tak mungkin boleh jua berlaku pada kita....jangan lah kita riak saudara suadar ku kerana masa kita akan tiba jua nanti..

alhamdullilah, kita dalam suasana selesa Ramadan ini tetapi jangan leka kerana dugaan yang datang entah bagaimana agaknya....maka marilah kita sama sama memohon pada Allah swt di Ramadan ini supaya dijauhkan kita dari bala dugaan Nya dan memohonkan kita di negara ini dan jiran jirannnya supaya diredhai Allah sentiasa...

wassalam...