Wednesday, November 30, 2005

Open House !!!! enjoy yer!!!!!....

assalamualaikum,

..the fact remain that aku agak sceptical dengan beraya sebulan yang kita amalkan dan juga kecendurangan kepada open house yang aku perhatikan terkadang agak lari dari konsep kunjung dan mengunjung itu sendiri ....

..perhaps aku kurenggg dengan raya sebulan ini adalah kerana ianya mengenepikan significance ramadan itu bila segala usaha baik dan amalan ikhlas tenggelam dek syawal dan aku agak kritikal dengan konsep open house kerana aku merasakan ianya dijadikan orang kita lebih menjadi materialistic....

..everything been said, i have to concede bahawa raya sebulan dan open house sudah menjadi budaya kita yang mungkin tidak akan dapat dipisahkan dengan orang malay....perhaps tidak semuanya negatif dalam kita beraya sebulan kerana ianya memberi peluang untuk kita masa menggenal jiran, berjumpa saudara dan kawan lama, menziarah pusara dan untuk anak anak bergembira sebab ramai kanak kanak sekarang puasa penuh sebulan...begitu juga tak semua open house itu tak baik kerana open house allows kita menjemput ramai orang untuk meraikan raya bersama kita, meraikan mereka yang kurang bernasib baik atau kurang upaya dan menyerikan lagi suasana syawal itu sendiri...

..tahun ini aku banyak juga pergi open house dan banyak juga miss tetapi tahun ini lebih terbuka untuk menerima jemputan open house ini kerana aku mahu melihat pembaharuan dalam konsep open house ini.....apa yang menarik ialah aku nampak open house sudah lebih menjadi kenduri dikalangan family aku dengan ada majlis tahlil dan doa selamat dimasukkan sekali....di kalangan kawan pun aku sudah lihat ada kecendurangan menggurangkan kos perbelanjaan open house dengan ada yang membuat konsep makanan ala ala kampong dengan ikan masin, gulai terung and so forth ....bagi aku konsep open house yang dulu ala ala party akan berubah ke arah kenduri yang berlandaskan amalan agama kita and this is a positive development indeed...

...di sini aku ingin menjemput kelian semua ke majlis 'open house' blog ini di haloscan dan untuk regulars , sila rujuk halo entry sebelum ini untuk tugas kelian masing masingnya...ahaks ahaks ahaks....ajak lah kawan kawan yang lain dan kalu nak jemput jeff timmons ker jeff terungs ker, please refer to darlinglara yerk....huhuhuhu...

..the last time blog ini ada kenduri ialah pada ulangtahun pertama blog ini pada bulan August lepas dan rasanya dah lama tak jemput kawan kawan ke rumah ini....

..aku harap rakan kita yang menghilang diri akan datang ke majlis ini yer...meriah meriahkan lah majlis kita ini yer...kawan kawan dari brunei , labuan, sabah, perlis hinggalah ke johor silalah ke rumah terbuka diaku ani...mereka yang silent reader yang regular dari france, jepun, hongkong,england, thailand , german,USA,,Singapore dan sarawak ( kelian tahu siapa kelian kan), sudilah kelian ke open house kami ini yer....

..maka dengan kesempatan ini aku ingin mengucapakan Selamat Hari Raya dan maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung Blog Ilham ani......

wassalam

Tuesday, November 29, 2005

Pengkalan Pasir(PP) dan maksud tersirat??!!!..

Assalamuaalaikum,

Pengkalan Pasir dengan kelebihan kaum Cina berpolitik– pandangan Ilham

..dalam peminat dan pemerhati politik tanahair melihat pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir sebagai penentu hala tuju teraju politik di Kelantan, aku pula melihat isu isu sampingan yang menunjukkan betapa licik dan bersatu kaum cina di Malaysia ini dalam perjuangkan hak mereka tanpa mengira dalam parti mana sekali pun mereka berada…

….orang Umno menyatakan bahawa jika mereka menang di PP, maka kerajaan Pas harus membubarkan Dewan Undangan Negeri kerana bagi mereka majority satu kerusi adalah bukan mandat yang kukuh bagi Pas terus memimpin kerajaan Negeri Kelantan…..frankly, simple majority atau 2/3 majority sama sahaja hak untuk mendirikan kerajaan maka soal moral atau mandat tidak perlu ditimbulkan dalam pembentukan kerajaan…aku masih merasakan bahawa pembangkang dari kalangan parti orang malay/muslim adalah perlu di negara ini untuk menentukan adanya check and balance dalam kepimpinan orang malay di negara ini dan berdasarkan asas ini aku merasakan perlu ada satu negeri yang di pimpin oleh PAS sebagaimana Umno melepaskan Penang untuk Gerakan walaupun Umno sudah boleh membentuk kerajaan sendiri di Penang…

tetapi tajuk entry aku hari ini tidak akan melihat siapa yang akan menang by-election ini tetapi lebih kepada bagaimana pengamatan peribadi aku melihat perkaitan by-election ini dengan licik permainan politik orang Cina yang melibatkan beberapa isu yang nampak berasingan tetapi bagi pandangan aku adalah berkaitan dengan PP by-election…

…aku mula mula terperanjat dengan statement terbuka Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga disebut sebut sebagai bakal Presiden Parti Gerakan yang baru yang secara tiba tiba mengeluarkan isu penggunaan Bahasa Inggeris dalam pelajaran Matematik dan Sains….BTW, aku sendiri adalah juga pembangkang kepada polisi pembelajaran Matematik dan Sains ini diajar dalam Bahasa Inggeris atas dasar ianya membebankan anak malay especially di luar Bandar yang sememangnya sudah nyata lemah dalam pelajaran Maths dan Science dan dibebankan pula dengan bahasa pengantar di dalam BI yang sememangnya anak malay begitu lemah….aku juga tidak setuju ianya dilaksanakan atas dasar tenaga pengajar sendiri belum mahir berbahasa Inggeris dan ketiga mengapa ianya harus dilakukan secara terburu buru…dalam hujah bangkangan peribadi aku, aku juga menyatakan adalah perlu untuk guru guru dan lebih lebih lagi maktab2 perguruan dilengkapkan dengan guru guru yang mahir BI dahulu sebelum ianya di laksanakan di sekolah2…dan aku juga menyatakan betapa perlunya kredit/jam pembelajaran BI ditambah dahulu sebelum pelajaran matematik dan sains diajar dalam BI…

..atas dasar ini aku pun agak tertarik dengan gesaan Koh Tsu Koon supaya dasar ini dikaji sehinggalah aku baru tau yang akan ada by-election di PP….apa pula kaitan BI dalam bahasa Inggeris dengan pilihanraya kecil di PP…baiklah, apa yang aku nampak ialah undi cina dikatakan undi penentu dalam pilihanraya kecil ini dan ada lebih kurang seribu penggundi berbangsa cina yang tak silap aku majority mereka dari cabang MCA….maka Gerakan menggunakan timing ini untuk menunjukkan mereka champion dalam menegakkan hak orang cina bilamana MCA tersepit untuk menyatakan hal ini kerana mereka tidak boleh dilihat sebagai membelakangkan Umno dalam by-election ini(get my drift)…Gerakan menggunakan by-election ini untuk menyebut isu pendidikan ini kerana umno desperate memerlukan undi orang cina di PP dan sekiranya orang cina di PP menyokong pendirian Tan sri Koh dan tidak menyokong umno sebagai bantahan kepada dasar pendidikan tersebut, bermakna yang akan merasa bahangnya ialah MCA`kerana majority penggundi cina di PP adalah dibawah payung MCA ( stand to be corrected)…tetapi atas dasar survival mereka, MCA hanya diam tanpa membangkang pendirian Gerakan dalam hal ini dan di sinilah aku melihat berbezanya orang cina berpolitik berbanding dengan orang malay berpolitik..

..kemudian timbul pula isu Teresa Kok dari DAP yang menunjukkan gambar pelancung perempuan dari cina disuruh berbogel dan ketuk ketapi dalam lokap….isu ini telah menjadi tajuk utama akhbar The Stars ( milik parti politik cina ) seolah olah orang cina jangan diusik memandangkan anggota beruniform sinonim dengan orang malay…ini aku lihat sebagai satu tekanan yang ada kaitan dengan isu BI dan juga PP…timing Teresa Kok bukan untuk memberi leverage pada PAS sebab PAS tidak disenangi oleh DAP tetapi lebih kepada tekanan kepada Umno untuk mengkaji isu yang dibangkitkan oleh Gerakan berkenaan dengan BI tadi….

..aku yakin kisah kononnya police brutality ini dihebohkan masa pilihanraya ini untuk menaikkan semangat berpuak puak bagi 1000 penggundi di PP supaya memberi tekanan supaya BI dalam sains dan matematik tidak diguna pakai bagi sekolah sekolah cina di negara ini dan kalau tidak 1000 pengundi ini akan tidak menyokong calon umno ini…. inilah kelebihan bangsa cina berpolitik berbanding dengan orang kita...

..inilah namanya politik dan di sinilah cara orang cina berpolitik untuk mengekalkan cengkaman politik mereka ke atas umno …..kita mungkin melihat pemimpin MCA,Gerakan dan DAP bercakaran tetapi pada hakikatnya aku merasakan mereka bukan pemegang kuasa sebenar politik orang cina kerana mereka juga accountable kepada ketua ketua pemimpin social cina yang bertopengkan badan badan commerce dan social mereka….

….isu ini juga mungkin akan menyebabkan PAS mendapat undi cina di PP disamping percakaran dalaman umno kelantan yang memungkinkan ada camp camp yang berlainan haluan dalam umno mahu melihat umno kalah bagi menjatuhkan kredibiliti kepimpinan umno negeri yang ada sekarang!!!…yeap, that’s politic…

satu lagi aspek politik yang aku nantikan di PP ini ialah sejauh mana DSAI akan menyerang umno dalam by-election di PP ini...maksud aku ialah sekiranya DSAI tidak lantang dalam menyerang umno maka aku merasakan desas desus kembalinya DSAI ke umno atau keadilan menyertai BN adalah lebih nyata lagi !!!...

....tetapi , aku merasakan walaupun pertandingan sengit , PAS`akan menang dengan kelebihan majoriti yang lebih baik dari GE dahulu...

apa apa pun, ini sekadar pandangan aku sahaja dan mungkin betul dan mungkin tidak betul langsung….tetapi aku mahu menyedarkan orang malay supaya pandai berpolitik dalam mengekalkan kuasa politik orang malay di negara ini…

..jangan sekali kali orang kita menyatakan yang dirinya tak minat dengan politik sebab bangsa lain menunggu saat dan ketika bila orang malay complecent dengan kuasa yang ada atau leka dengan dadah, rasuah dan ajaran sesat sehingga lupa bahawa kuasa politik sahaja yang mempertahankan mertabat orang malay di tanahair tercinta ani di kala ini....

BTW zack, hadiah u untuk yesterday i dah bagi kat halo entry lepas..tahniah dan enjoy yourself and hopefully ianya menjadi kenyataan..amin 3x....heheheh!!!.....cakpung cakpung....

wassalam....

Monday, November 28, 2005

George Best ...

Assalamualaikum

Hari ini aku nak cerita pasal bola dalam entry hari ini dan ini juga berkaitan dengan kematian salah seorang pemain bolasepak dunia yang terbaik and probably the most celebrated if not controversial footballer in the hsitory of football iaitu George Best…

Tribute to George Best – 1946 – 2005

Aku rasa siapa yang mengikuti kisah kematian George Best melalui Sportscenter dan other football programmes over the weekend akan kenal Georgie ini dan mengapa kematian beliau cukup menyentuh hati peminat bolasepak dunia especially di Britain.

Inilah pula George Best yang aku kenali…

....bila aku mula berjinak jinak dengan Englaish Football, era Georgie sudah lama berakhir tetapi aku tidak tau mengapa teramat fascinated dengan George Best ini….siapa dia ?? club mana dia main? Apa yang membuat beliau istimewa sekali di mata peminat English Football…dengan berbekal majalah majalah Shoot lama aku akan membaca kisah kisah berkenaan George Best walaupun aku tak pernah melihat beliau bermain bola secara ‘live’…hanya footage lama yang ditunjukkan yang menjadi bahan rujukan aku pada Best ini…

…George Best muncul secara terpaksa apabila pasukan Man Utd mengalami tragedi apa yang dikenali sebagai Munich Disaster apabila kapalterbang yang dinaiki oleh squad MU terhempas di hujung tahun 50an ( 57’ kalau aku tak silap) yang menyebab almost the entire 1st team players mati dalam kemalangan udara tersebut…akibat kemalangan itu, Man Utd yang sedang melalui zaman kegemilangan di era tersebut terpaksa membina pasukan baru dengan anak anak muda yang kemudiannya dikenali sebagai Busby Babes semperna jurulatih Man Utd iaitu Sir Matt Busby…

..George Best baru berumur 16 tahun bila beliau diberi ‘debut’ beliau untuk Man Utd…dengan berbekalkan anak anak muda ini, Man Utd melalui zaman kegemilangan mereka yang kemuncak dengan kemenangan Man Utd memenangi European Cup final di tahun 1967….setahun sebelum itu England memenangi World Cup dan ini bermakna era English Footbal tengah melalui zaman emas mereka yang coincide dengan pemain yang bernama George Best ini…..

..George Best adalah anak kelahiran Belfast , Northern Ireland yang menakjubkan…ramai yang tak ketahui beliau yang bermain di bahagian sayap kiri adalah seorang pemain yang right footed tetapi trained his left leg to be as good as his right sehingga ramai yang menyangka beliau ini kidal…arguably the most handsome footballer to grace the English football dan merupakan pemain bolasepak yang lebih dilihat sebagai rock star….beliau muncul bersama dengan kemunculan The Beatles dan zaman rock n’roll ini sinonim dengan sifat carefree George Best…

..namun ‘fame’ adalah punca kejatuhan beliau bila beliau lebih banyak dikenali dengan social life beliau dari pencapaian beliau di atas padang…kisah beliau mabuk , kisah ranjang beliau menjadi buruan akbar akbar dan tabloid dan beliau menjadu teramat tertekan dan akhirnya meninggalkan dunia bolasepak atau ‘retired’ dari bolasepak at the tender age of 27…..Best kemudian tenggelam timbul dalam dunia bolasepak hingga beliau bermain di USA league dan akhirnya pernah bermain untuk kelab divisin 2 dan division e English league…tetapi 10 tahun beliau di Man Utd sudah cukup untuk meletakkan nama beliau setanding dengan Pele, Maradona, Platini, Eusebio, Johan Cruyff dan legenda legenda bola yang lain dan salah satu sebab beliau tidak dikenali di luar Europe adalah kerana beliau tidak pernah menjejak kaki di tahap World Cup kerana Northern Ireland tidak pernah layak ke World Cup dalam zaman beliau…

..tetapi fascination masyarakat British terhadap Best tidak pernah runtuh dan di akhir akhir hayat beliau di mana Best sudah menjadi alcoholic dengan kisah kisah memalukan beliau dipaparkan,namun popularitu beliau tetap utuh…mungkin, kalau beliau mati lebih awal legacy beliau akan lebih menjadi igauan peminat sebagaimana kematian awal James Dean, Marilyn Monroe , Lady Di dan P.Ramlee menjadikan mereka lebih famous dalam kematian daripada hayat mereka….

…bagi aku sendiri, George Best tetap menjadi idola bolasepak diaku sendiri lebih kepada kisah kisah yang berkisar tentang karier dan diri beliau daripada kebolehan sebenar beliau di atas padang sebab aku tidak berkesempatan menyaksikan beliau main one full game atau secara live…ramai pemain kemudian cuba dikaitkan sebagai pengganti George Best especially di MU seperti Lee Sharpe, Ryan Giggs tetapi ramai pemerhati berpendapat Gordon Hill was the nearest thing to George Best.....

Last but not least ,Thanks Georgie for those wonderful moment of magic that I witnessed over the years through clips and footages shown on TV….

SoccaStar…

..last Friday untuk pertama kalinya aku dapat menonton rancangan bolasepak ala ala AF ini dan untuk minggu pertama ini semestinya aku merasakan banyak pincangnya rancangan ini…mungkin aku masih tak faham format pemilihan dan apa yang ingin dicari yang menyebabkan aku merasakan ianya agak bercelaru dan tidak capture my imagination as a good show….tetapi, aku juga merasa begitu bila mula mula menyaksikan AF1 dulu, maka mungkin masih ada harapan rancangan ini menjadi rancangan yang berjaya mendapat followers nya sendiri dan mencapai matlamat asalnya…

..konsep rancangan ini aku mula dengar hendak diadakan di Britain oleh pasukan Chelsea tetapi aku tak berapa sure samada rancangan itu actually take-off…alih alih aku dengar Datuk Azalina buat statement satu rancangan untuk mencari talent bolasepak secara format reality TV perlu diakakan…apparently, Astro took the initiative that lahirlah SoccaStar ini ….

…dari pandangan kasar untuk pertama kali, aku kurang impress dengan apprentice yang 26 orang, aku pun tidak berapa kenal dengan nama nama jurulatih yang diutarakan dan aku kurang senang dengan Serbegeth Singh menjadi Head of Panel…ada beberapa sebab mengapa aku menyatakan perkara perkara ini tetapi aku harus memberi peluang untuk rancangan ini bertapak dulu sebelum memberi sebab mengapa aku berkata demikian…

perhaps adanya Azura menjadi co-host boleh menarik minat aku untuk terus ikut rancangan ini sehingga aku betul betul convinced rancangan ini dilakukan lebih kepada poltical action of astro…

Bolton

...disappointed that Bolton could not maintain their winning streak bila kalah 1-2 to Fulham...I thought Bolton played badly and obviously they looked rather fatigue from the midweek european game....I would expect them to bounce back to their winning way...I am predicting a top four placing for Bolton with a cup competition victory probably in UEFA..

..I have not been watching EPL as much as I would like for the last 6 to 8 weeks probably due to ramadan and syawal and it would probably take me another 2 weeks before I could really watch EPL regularly...regardless, aku selalu rasakan season yang coincide dengan world cup adalah season yang forgettable because by march, people will start talking about the world cup and not many people actually recall who won the FA Cup during world cup year...

Mawi kat RTM..

...well aku tertengok mawi nyanyi live kat TV2 dalam rancangan kelolaan RTM dan mawi makin lama nampak makin jambu pulak sekarang nei...nyanyian nampak cool dan sorakan penonton memang hangat!!!....i just hope that mawi's album will hit record sales by next week....really hoping and insyaallah it is possible...

wassalam

Friday, November 25, 2005

Kemelut dalam MFC - CSI in Ilham's blog

Assalamualaikum,

Kemelut MFC – CSI in Ilham’s Blog

..ini adalah 3rd attempt aku menulis tajuk dengan harapan ianya mempunyai impact positive pada FC FC yang lain disamping memberi ruang yang saksama pada pihak yang terlibat tanpa mengenepikan fakta dan rasa hati aku dalam hal ini…

..kemelut MFC ini boleh dibau dari bulan Ramadan lepas bila sudah ada suara suara sumbang berkenaan dengan Mawi dan suara suara ini pulak dikaitkan dengan mereka yang berpengaruh dalam hala tuju MFC yang akhirnya mencapai kemuncak dengan berita sensasi ‘pembubaran’ MFC ‘ yang diumumkan semasa pelancaran album terbaru mawi….regardless, aku akan cuba membuat analisa akan sebab sebab kemelut ini dengan harapan ianya boleh memberi sedikit insight dari pendapat seorang yang merupakan hardcore supporter tetapi bukan ahli kelab yang menyokong Mawi…the fact that aku bukan ahli MFC memberi aku lebih ruang untuk membuat analisa kerana aku tidak terikat dengan sentimen dalaman dalam memberi pendapat tetapi sekadar mengupas isu supaya boleh dijadikan bahan rujukan di masa hadapan…

…kisah fan club yang paling tragis di dunia berlaku dalam tahun 90an bila Presiden kepada Kelab Penyokong penyanyi Latin iaitu Selena telah menembak mati penyanyi tersebut setelah berlaku perselisihan faham berkenaan dengan tabung kewangan Kelab penyokong Selena tersebut…Selena ketika itu seorang penyanyi Latin yang berbangsa Amerika yang tidak boleh bercakap dalam bahasa Spanish dengan baik semasa mula menyanyi lagu lagu Latin tetapi kemudiannya memenangi beberapa Grammy Awards dalam kategori Latin songs sebelum ditembak mati oleh Presiden Kelab Penyokong tersebut !!!…

….. sekiranya kematian Serena itu lebih pada kategori manslaughter atau tanpa niat , cubaan ‘bunuh’ karier Mawi melalui method yang bermula character assassination dan pengumuman pembubaran MFC’ yang kemudian di clarify sebagai perletakan jawatan Presiden dan beberapa AJK MFC yang diumumkan sewaktu dengan pelancaran album terbaru Mawi boleh dikategorikan 1st degree murder kerana semua perlakuan adalah dirancang untuk memberi impak maksima kepada cubaan ‘pembunuhan’ tersebut…ini adalah pendapat aku berdasarkan cause and effect , action and reaction and motif/ perlakuan yang terlibat…pada peringkat ini, ujian DNA masih belum dilakukan tetapi sekadar cuba establish logic pada perbuatan…..sekiranya pembunuhan Selena oleh presiden kelab penyokong beliau boleh dilihat sebagai ‘tragic’ , apa yang dilakukan oleh Presiden MFC boleh dianggap sebagai langkah kurang bijak bagi seorang yang memegang tampuk kepimpinan penyanyi itu sendiri…..walaupun apa pun sekali sebab tindakan tersebut diambil, ianya mengundang lebih banyak soalan di fikiran aku dari jawapan seperti :

1) Mengapa timing perletakan jawatan di lakukan sama waktu dan tempat dengan majlis pelancaran album mawi ?
2) Adakah Penaung MFC yang merupakan kerabat di raja dan penyokong nombor satu Mawi dimaklumkan terlebih atau dakah nasihat Tuanku Penaung diminta terlebih dahulu..jika tidak, ianya boleh dilihat sebagai satu tindakan tidak hormat pada Tuanku Penaung MFC tersebut ?
3) Mengapa perlu ada “press conference” sedangkan jawatankuasa yang ada aku yakin masih diperingkat jawatankuasa sementara ?
4) Adakah hasrat perletakan jawatan itu dibincangkan dahulu pada peringkat ahli jawatankuasa tertinggi atau ianya dilakukan semasa press conference tersebut ?
5) Benarkah orang besar MFC ada melafazkan kata kata “ kami yang menaikkan Mawi dan kami juga akan menjatuhkan Mawi “ sebelum press conference tersebut ?
6) Mengapa tuduhan tuduhan melulu seperti mawi dan keluarga tak puasa, mawi bermalam di rumah tunang dengan tujuan membunuh kredibiliti mawi tidak ada press conference dari pihak kepimpinan menerangkan kedudukan MFC diatas tuduhan tuduhan tersebut?
7) Adakah dalang dibelakang Presiden yang menyebabkan press conference dapat mengumpulkan press dengan kadar segera ?
8) Adakah politik dalaman MFC yang menyebabkan kemelut ini di sebarkan meluas untuk menunjukkan pihak mana yang lebih berpengaruh dalam dunia hiburan negara ?
9) Mengapakah ada isu rampas kuasa selepas pengumuman perletakan jawatan ?
10) Adakah sifat hasad dengki Malay yang menyebabkan kemelut ini menjadi besar sedankan isunya sebenarnya ciput aja ?

Walaupun apa jawapan pada persoalan di atas tetapi apa yang nyata ialah perlakuan itu bukan sahaja boleh ditafsirkan cubaan khianat pada keutuhan MFC atau karier mawi tetapi boleh juga ditafsirkan tindakan yang memalukan orang malay…hanya bangsa malay ini sahaja yang sanggup melakukan keatas bangsa sendiri sebagaimana yang berlaku dalam kemulut MFC ini…

..sebelum itu aku akan cuba menyiasat samada kemelut dalam MFC ini adalah isolated case ataupun satu perbuatan bersiri…sebagai peminat keras Farah AF2 dan pemerhati /aktivitis di belakang tabir semasa Farah di dalam AF, aku akan mengambil perjalanan FFC sebagai asas penyiasatan untuk melihat persamaan perlakuan / aktiviti yang berlaku dalam pembentukan FFC untuk menjadi asas kepada CSI kemelut MFC…

…FFC secara tidak resminya ditubuhkan dalam Forum AF di website resmi Astro untuk AF2 dan secara consensus aktivitis Farah telah melantik ‘arifnabilah’ sebagai presiden Farah FC dengan tujuan untuk menjadikan sokongan terhadap lebih mantap untuk survival Farah dalam AF2….tetapi ini tidak menghalang penubuhan satu lagi FFFC atau Farah Fanatik Fan Club di Forum AF di cari.com….tujuan FFFC juga sama untuk memantapkan sokongan terhadap Farah untuk survival Farah…kemudian muncul pula FFC di channel@15 yang bertukar tukar presiden ikut siapa yang banyak bercakap dengan berkesudahan presiden Zarina FC yang menggunakan nick’ Accountant ‘telah melantik diri beliau sebagai presiden FFC selepas tersingkirnya Zarina dari AF2 !!…kemudian bila timbul pula FFC dalam yagoo.group yang kemudiannya telah menjadi asas resmi perjalanan survival Farah yang diterajui oleh Jejaka 9 tanpa melantik diri beliau sebagai presiden of FFC untuk yahoo.group…..keadaan menjadi runcing bila popularity Farah meningkat dan kemungkinan Farah masuk final nampak lebih daripada angan angan, maka berlaku satu ledakan kemasukan penyokong yang probably joining the bandwagon setelah melihat potensi farah ketika itu….ledakan kemasukan penyokong baru ini probably membantu membawa Farah ke final dengan commitment yang amat tinggi tetapi menjadi asas kepada konflik kepimpinan selepas itu….

..berlaku satu bentuk konflik diantara FFC forum di AF website dengan FFC yahoo.group dengan berkesudahan dengan kompromi bila arifnabilah menarik diri dari menjadi aktif leader dan ini membuka ruang untuk pengabungan FFC di bawah yahoo.group( whether arifnabilah and jejaka 9/ brain on fire itu orang yang sama ,aku tak tau lah kan ) …dalam masa ini juga FFC di channel@15 dan di cari.com berjalan tanpa sebarang affiliation dengan FFC di yahoo.group…..
..apabila jawatankuasa sementara ditubuhkan maka majority dari yahoo.group menduduki kerusi penting dan presiden dipilih dengan consent oleh keluarga Farah sendiri…tetapi kemudian berlaku satu period di mana berlaku sedikit tension yang diketuai oleh seorang ahli yang menggunakan nick “Mahmud July’….dari pengamatan aku, Mahmud July adalah seorang yang dekat dengan Farah yang kurang senang dengan cengkaman FFC pada Farah pada masa itu…kemelut ini berkesudahan dengan selesai secara dalaman tanpa ada pihak yang menggunakan press conference untuk meluahkan ketidakpuasan hati!!!…akhirnya FFC didaftarkan secara resmi dan mempunyai website sendiri dan menjalankan aktiviti menyokong Farah sehingga hari ini….

..apa yang ingin aku cari dari episode sejarah awal penubuhan FFC untuk menunjukkan bahawa kemelut kepimpinan dalam FC FC bukan lah perkara yang hanya melibatkan MFC sahaja tetapi FC FC lain jua dan semestinya semua organisasi organisasi yang mempunyai kaedah demokrasi dalam memilih pemimpin…

..dikesempatan ini aku ingin mengucapkan tahniah di atas sustainability FFC dan semoga FFC akan terus menjadi asas kejayaan Farah akan datang..kepada arifnabilah, anda lah yang telah menjadi asas sokongan pada Farah bila Farah masih lagi terkial kila mencari tapak dalam AF2..dari pandangan Ilham, arifnabilah ialah seorang legend yang berkorban diri untuk menentukan kejayaan Farah untuk jangkapanjang…

..aku yakin ramai lagi arifnabilah arifnabilah dalam FC FC yang lain yang berkorban diri untuk menyinar penyanyi yang mereka sokong dan kepada semua arifnabilah arifnabilah ini, aku ucapkan tahniah…

berbalik kepada CSI untuk kemelut MFC ini, aku ingin bertanya samada tiada arifnabilah arifnabilah ini dalam MFC ???….apa apa pun yang pentingnya ialah satu perkara kita telah establish bahawa pergolakan kepimpinan dalam hari hari awal penubuhan FC FC adalah perkara yang bukan hanya isolated kepada MFC sahaja….tetapi yang berlainannya ialah sekiranya pergolakan di FFC tertumpu kepada ahli kelab dan diselesaikan secara dalaman, kemulut kepimpinan di MFC melibatkan penyanyi yang disokong dan di selesaikan secara ‘press conference’ iaitu seolah olah membuka pekung di dada….

Aku merasakan kemelut dalaman MFC dapat dielakkan sekiranya pihak yang menjadi kepimpinan faham apa asas asas sesuatu FC…dari pandangan aku ini, peranan FC ialah seperti berikut :

1) menyatukan peminat peminat seseorang penyanyi untuk membentuk satu komuniti khas yang mempunyai common interest iaitu meminati penyanyi tersebut.
2) Ianya mesti bersifat non-profit organization dengan lebih kepada riadah dan community services…sekiranya aktiviti aktiviti mencari keuntungan dijalankan ianya mesti bersifat sebagai modal untuk memberi perkhidmatan kepada ahli.
3) Ianya mesti berfungsi sebagai jambatan kepada peminat dengan penyanyi tersebut dalam peminat ingin mendapatkan sesuatu keistimewaan seperti memorablia yang berkait dengan penyanyi tersebut.
4) Ianya juga sepatutnya berfungsi sebagai frontliners dalam memberi sokongan kepada karier penyanyi tersebut.
5) Membantu penyanyi dalam promosi diri, penerangan kepada ahli kelab tentang aktiviti karier penyanyi iaitu sebagai Information centre kepada segala bentuk aktiviti penyanyi.
6) Menjalankan aktiviti aktiviti kelab untuk mengeratkan hubungan siratulrahim atas dasar common interest iaitu menjadi ahli kelab yang menyokong seseorang penyanyi tersebut.

Itu saja yang aku dapat gariskan semasa menulis ini tetapi aku yakin peranan FC lebih luas dari itu dan semestinya menjatuhkan penyanyi tersebut bukan tujuan penubuhan sesuatu FC itu!!….
Adalah baik juga untuk MFC melihat atau mencari model FC yang telah established seperti FC Siti/Ning/KRU dan sebagainya sebagai asas untuk melakar hala tuju MFC dan mungkin juga MFC dengan ahli terkumpul yang mencecah 40,000 ahli boleh memulakan langkah untuk membentuk satu Liaison committee untuk semua FC FC yang ada dalam muzik industri supaya boleh meminta agar perjalanan FC FC dalam dunia muzik tanahair diberi pengiktirafan oleh Kementerian Penerangan supaya ada ‘funding’ khas untuk FC FC ini sebagai organisasi yang memperjuangankan kesinumbangan industri muzik tanahair…

MFC harus cuba lihat kepada FC FC yang kecil ahlinya seperti Kefli FC yang menentukan setiap ahlinya yang mengambil peperiksaan PMR dan SPM mendapat panggilan telefon secara peribadi dari Kefli untuk memberi semangat kepada ahli tersebut untuk mengambil peperiksaan….Adam FC dengan program amal mereka yang sungguh baik dan menjadi ikutan FC FC yang lain, Farah FC yang melibatkan anggota keluarga Farah dalam semua aktiviti aktiviti mereka dan mungkin banyak lagi kisah kisah mearik dari FC FC pelajar AF lain yang tidak sampai ke telinga aku ini….

..tetapi aku juga merasakan FC FC yang ada bukan dan tidak sepatutnya dijadikan medan berpolitik, medan untuk mencapai personal dreams, medan untuk mengaut keuntungan, medan mencengkam penyanyi tersebut dan bukan medan untuk mencari popularity….FC FC yang baik adalah FC FC yang boleh meletakkan penyanyi mereka di tempat yang sukar dengan sokongan yang tidak berbelah bagi seperti kejayaan Farah FC, Adam FC meraih undi sms terbanyak dalam kategori balada dan pop rock dalam AJL…dalam hal ini , MFC membuktikan mereka tidak perlu kepimpinan untuk menaikkan Mawi kerana dalam mana serangan peribadi ke atas mawi memuncak , lagu Aduh Saliha mendapat undian sms tertinggi untuk kategori Etnik Kreatif dan album baru mawi dijual lebih dari 80, 000 ribu dalam tempoh 3 atau 4 hari walaupun presiden dan beberapa ahli jawatankuasa meletakkan jawatan semasa pelancaran album…bayangkan aku diberitahu peniaga kaset bangsa Cina kat Jalan Pasar pun jual CD original Mawi!!!!!….

..memandangkan keahlian Mawi sudah menjadi terlalu besar dan meluas, maka boleh juga ditubuhkan MFC MFC mewakili negeri negeri supaya aktiviti kecil untuk peminat mawi boleh dijalankan oleh badan kepimpinan negeri instead terpaksa mencari kos perbelanjaan yang tinggi setiap kali ingin melakukan aktiviti dibawah payung MFC sekarang ini….

setiap yang berlaku mesti ada hikmahnya dan aku yakin MFC akan terus berkembang dan menjadi FC terbesar dan teraktif di rantau ini sekiranya mereka dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi hari ini….buang yang keruh dan ambil yang jernih, bertatih dahulu sebelum berlari dan ihlas dalam menyokong manusia bernama Mawi ini..

perhaps apa yang boleh ahli ahli MFC lakukan sebagai tanda kebanggaan mereka dengan kelahiran album sulung penyanyi kesayangan mereka ialah dengan membuat satu kempen satu ahli + lima album…iaitu setiap ahli mesti menjalankan kempen dikalangan keluarga, sahabat andai, college or office mate untuk membeli album mawi dan setiap ahli mesti menentukan beliau telah contribute untuk 5 album mawi dibeli oleh mereka yang mungkin tidak terdedah kepada mawi….well kalau ada 40, 000 ahli MFC melakukan kempen 1 + 5 ini, maka 200,000 units boleh dijual excluding mereka yang membeli album mawi tanpa perlu provokasi atau promosi…just a thought…

merujuk semula kepada CSI keatas kemelut di MFC ini aku conclude

(1) bahawa apa yang berlaku adalah perkara yang berlaku dalam FC FC lain dan juga mana mana pertubuhan baru yang lain.
(2) Kemelut juga hanya melibatkan beberapa individu dan bukan MFC sebagai satu organisasi
(3) Perubahan dalam kepimpinan organisasi adalah perkara lumrah



wassalam

wassalam

Wednesday, November 23, 2005

Review Album Mawi dan kemelut MFC....

Sebagaimana yang dijanjikan, aku gagahkan jari jemari ku ini untuk berkongsi gembira dan pendapat dengan kehadiran album terbaru Mawi ini…inilah tempoh paling lama aku tidak meng’update’ blog semenjak blog ini dilahirkan kurang lebih 15 purnama yang lalu…anggaplah this special entry untuk semua teman di blog dari aizha,airport,Bat,Bok D,cik zam,cik nor,darlinglara,eisya,fin,fudla,eda,Guardian X,jane, kadiaku,KPD,Kak Ri,min superhero,mamafiqah,NHK,nini, nadia,orang jauh,papaadlis,seri,saujana,sinar,SC,teesh,t-rexxx, vaart, xmen,whatever,zach dan those yang mungkin aku tertinggal dalam senarai ini, A Friend in Need is a Friend indeed ( thanks Teesh))…baiklah kelian tersayang, terimalah entry aku dalam reviewing album pertama mawi ini…

Album Mawi – Yang Tercinta

….Verdict!!, Disappointing !!!!!….ermmmm…jangan marahnya, aku disappointed sebab hanya ada 8 fantastic songs instead of 12 or 10…sebenarnya, aku hanya memerlukan 2 or 3 listening to like this album very much….brilliant!!!

… album ini patut di ‘review’ berasaskan 3 faktor ini

1) Sebagai ‘debut’ album
2) Sebagai album yang mencari tapak/concept sesuai untuk Mawi
3) Sebagai album yang diterbit dari sudut commercial

…kalau album ini di’ review’ sebagai ‘debut’ album penyanyi baru, maka album ini boleh dianggap album penyanyi baru yang terbaik yang pernah diterbitkan…walaupun ada tercacat sedikit sana dan sini especially dari ‘cover album ‘ yang menunjukkan gambar Mawi tengah buat aksi tangan ala ala Buaya Tengah Nak Makan Mangsa atau latar belakang cover album yang seakan akan langsir rumah , namun pada keseluruhannya, dari sudut production album, ini adalah album yang boleh dianggap setaraf dengan mana mana album ‘debut’ lain yang pernah diterbitkan di dunia …

..pemilihan lagu yang baik dan seimbang, susunan muzik yang kreatif dan sederhana, kekuatan suara Mawi diserlahkan secukup rasa dan tiada unsur tangkap muat dalam album ini….

..tidak dapat tidak ,album ini dinanti untuk dijatuhkan , dinantikan untuk melihat kekurangan si mawi dan dinanti untuk memecahkan segala rekod rekod yang ada dalam industri muzik….tetapi yang nyata, album ini telah membuktikan anak muda bernama Mawi adalah genuine talent and a sensational prospect indeed…

..kalau aku menilai album dari sudut kedua iaitu sebagai album yang mencari tapak/concept sesuai untuk Mawi, aku masih belum mendapat jawapannya…mungkin kalau ada 2 lagi lagu Balada dalam album dan ada juga lagu ala ala sentimental rock, mungkin aku boleh menyatakan apakah concept terbaik untuk Mawi…..mungkin Mawi boleh dikategorikan sebagai penyanyi yang versatile yang boleh membawa berbagai genre lagu yang memungkinkan beliau excel dalam semua genre yang ada.…

…secara peribadi, concept ‘world music’ atau muzik ala ala nusantara or padang pasir/arab ini bukan aku punya personal preference..sebagai contoh aku tak berapa berminat dengan genre muzik M.Nasir tonjolkan dalam album album solo beliau, tetapi aku mungkin membeli compilation album of M.Nasir’s greatest hits sebab ada beberapa lagu yang betul betul outstanding dalam album album yang M.Nasir keluarkan walaupun lagu tersebut bukan ‘taste’ aku….maka dari sudut album Mawi ini, aku mungkin tak akan beli album ini sekiranya yang tak kenal siapa manusia istimewa ini berdasarkan concept album ini yang cuba ditonjolkan tetapi aku mungkin beli atas dasar satu lagu iaitu lagu pertama album yang bertajuk “Kian” yang aku rasakan concept atau lagu yang paling sesuai untuk mawi yang mempunyai suara yang lantang, jelas, lunak dan that crying sensation yang mendayu dayu yang boleh menyebabkan kita terlena dalam melodi dan senikata lagu tersebut…

…mungkin versalility jua adalah kekuatan tersembunyi yang ada pada Mawi, bayangkan beliau boleh mengeluarkan beberapa album dalam setahun dengan genre yang berbeza seperti satu album yang berkonsepkan Balada, kemudian album yang berkonsepkan ‘world music’ dan album yang berbentuk ‘nasyid’ dan Mawi boleh berdiri sendiri tanpa takut dengan stereotype penyampaian dalam ketiga tiga album tersebut…so, kalau album yang pertama ini laris di pasaran, tak salah kiranya Mawi menggeluarkan satu album yang lebih spesifik kepada lagu remaja yang mempunyai ciri ciri lagu lagu Peter Pan, Dewa, Sheila On 7 to name a few…atau terus terbitkan sebuah album pure nasyid or contemporary nasyid yang untuk cater kepada market malay muslim or rural market….

Okke, berbalik kepada review album mawi….. sekiranya album Mawi dilihat dari sudut commercial value, jelas pilihan lagu lagu dalam album mawi ialah lebih untuk menyediakan Mawi untuk show show yang berbentul live performance kerana lagu lagu yang ditonjolkan dalam album mawi aku yakin lebih seronok bila dinyanyikan dalam bentuk ‘live’….memandangkan mawi adalah penyanyi yang paling panas dalam pasaran dengan jemputan show/nyanyian yang menggalahkan ceramah PAS, maka lagu lagu yang dimuatkan dalam album lebih untuk memenuhi keperluan mawi itu sendiri….dan dari sudut pertandingan, lagu lagu yang dimuatkan dalam album mawi bisa melihat Mawi bertanding dalam semua kategori iaitu kategori balada, etnik kreatif mahupun pop rock dalam pertandingan Juara Lagu untuk musim 2006/2007…

..sekarang, ikutilah review Ilham untuk setiap lagu dalam album mawi

1) Kian – Fauzi Marzuki / Lukhman S

- ini adalah lagu yang banyak sentuhan 80an dalam melodi dan susunan muzik, melodinya agak simple tetapi mempunyai kekuatan dari sudut lenggok balada malay yang amat tebal dengan typical chorus yang memerlukan tekanan suara yang tinggi…lagu sebegini memerlukan penyanyi yang mempunyai kemampuan hitting the high notes dengan selesa dan tone suara yang jantan…dalam hal ini, Mawi mempunyai kedua dua criteria yang diperlukan…lagu in adalah jenis lagu yang sesuai dengan jiwa sentimental orang malay especially the kampong folks…maka, lagu ini boleh meletakkan Mawi sebagai penyanyi malay lelaki yang tersohor untuk dekad ini..aku dapat merasakan lagu ini masih akan berkemundang hingga ke generasi anak dan cucu aku nanti.

- Verdict Ilham
· Originality - 7/10
· Lirik - 7.5/10
· Vokal - 8/10
· Susunan muzik – 7/10
· Song’s sustainability – evergreen and award winning song

2) Lagu Jiwa Lagu Cinta –duet bersama M.Nasir – M.Nasir/Loloq

- ini adalah sebuah lagu yang catchy yang berbau pop yeh yeh or the 60’s yang mengundang kaki kita bergerak mengikut irama yang agak rancak tetapi memadai kerancakannnya…pertama kali dengar ada rasa M.nasir overshadow Mawi dalam lagu ini tetapi selepas beberapa kali mendengar aku dapat merasakan vocal balance and compatibility kedua penyanyi menyanyikan lagu ini…sudah agak lama tidak mendengar lagu sebegini rupa yang mengundang rasa janggal pada permulaannya tetapi menjadi menarik kemudiannya…
- versatility Mawi terserlah lagi dalam lagu ini dengan keupayaan beliau conquer lagu yang berirama 60an…secara personal, aku rasa lagu ini lebih impact yer jikalau duet ini ialah diantara Mawi dengan penyanyi wanita yang mempunyai range suara yang berbeza dari Mawi seperti Adibah Noor atau Deja Moss…aku merasakan suara M.Nasir dan Mawi agak senada dan tidak memberi impak gaulan dua suara tersebut….
-
Ilham’s verdict
· Originality - 6.5/10
· Lirik - 7/10
· Vokal - 7/10
· Susunan muzik – 7/10
· Song’s sustainability – short term impact

(3) Kurnia Tuhan – Ajai/Loloq

- mungkin ramai yang merasakan ini lagu terbaik dalam album ini kerana melodi yang agak unik dan susunan muzik yang sungguh bertepatan….lagu ala ala nasyid contemporary ini sungguh catchy dan mempunyai lirik yang sungguh sedap …personally aku merasakan chorus lagu ini agak ‘weak’ bila di dengar permulaan lagu yang sungguh mendebarkan adunan muzik dan vokalnya….kelainan lagu ini sungguh memberi variety pada album Mawi ini dan lagu ini bisa menjadi siulan si kecil mahupun dewasa..
- adakah ini genre lagu yang paling sesuai untuk Mawi ? terpulang untuk kelian menilaikan…tetapi lirik lagu yang kuat membantu lagu Ajai ini dan hopefully Ajai akan sedar keutaman professionalism melebihi hubungan rumahtangga di dalam mencari kepuasan dalam kreativiti…

Ilham’s verdict

· Originality - 7.5/10
· Lirik - 7 /10
· Vokal - 7/10
· Susunan muzik – 7.5/10
· Song’s sustainability – longterm and trend setter

(4) Di Pintu – M.Nasir/loloq

- irama pandang pasir ini dirasakan sebagai experimental project M.Nasir untuk mempelbagaikan genre lagu Mawi dalam album ini…ini adalah jenis lagu yang memerlukan kita mendengar lagu untuk beberapa kali untuk appreciate kekuatan lagu ini memandangkan lagu lagu yang ada dalam album ini sungguh tinggi kualitinya…ada part part dalam lagu ini yang mengingatkan aku pada golden era kumpulan Ukays dulu…lagu ini amat sesuai dengan vokal mawi yang jelas dan lantang…
-
Ilham’s verdict

· Originality - 6/10
· Lirik - 7 /10
· Vokal - 7/10
· Susunan muzik – 7.5/10
· Song’s sustainability – easily forgotten



(5) Perempuan- M.Nasir/Loloq

- lagu ini pada pendapat aku ialah ‘a typical M.Nasir composition’ yang membuat pendengar merasakan lagu ini mungkin dirakam semula dari koleksi album album M.Nasir terdahulu…tetapi susunan muzik dalam lagu ini sungguh powerful dan sebuah lagu yang akan menjadi amat menarik bila dinyanyikan secara ‘live’…it is a good song indeed tetapi tidak capture my imagination as the type of song yang sebenarnya mencerminkan kemampuan Mawi…


Ilham’s verdict

· Originality - 6/10
· Lirik - 6 /10
· Vokal - 7/10
· Susunan muzik – 7.5/10
· Song’s sustainability – short term popularity



(6) Cinta Hakiki – Yasin/Yasin

- sebuah lagu yang sungguh catchy dengan susunan muzik yang diadunkan dengan irama padang pasir dengan big band ….kekuatan vokal Mawi terserlah sungguh dalam album dan sebuah lagu yang amat menarik sekali…personally , inilah lagu yang paling aku minati dalam album ini….
- tidak dapat tidak bau Yasin dalam lagu ini sungguh tebal dan kita tidak perlu diberikan hadiah jika meneka siapakah pencipta lagu ini bila terdengar lagu ini untuk pertama kali, tetapi susunan muzik yang sungguh kreatif dan kekuatan vokal Mawi mewarnakan lagu yang sebenarnya kalau dibuang muzik arrangement dalam lagu tersebut adalah merupakan sebuah lagu yang agak straight forward..still, a fantastic song indeed…

Ilham’s verdict

· Originality - 7/10
· Lirik - 7 /10
· Vokal - 8/10
· Susunan muzik – 8.5/10
· Song’s sustainability – longterm popularity/award winning song


(7) Aduh Saliha – M.Nasir/Loloq

- without the slightest of doubt, the song of the decade….walaupun sudah agak biasa dengan lagu ini tetapi mendengar studio version ini masih menaikkan bulu ketiak aku…sebuah lagu yang sungguh berlainan yang mempunyai gabungan irama pandang pasir, irama nusantara dan sedikit adunan black music yang memberi keunikan pada lagu ini..sebuah lagu yang mencabar kekuatan vokal Mawi dan sesunggunya lagu Aduh Saliha ini ialah Mawi….
- apa yang menarik ialah mendengar lagu ini membayangkan saat saat istimewa di malam final AF3 di mana Mawi yang dikhuatiri akan struggle menyanyikan lagu ini telah memberi persembahan di final yang boleh dikategorikan sebagai salah satu persembahan final concert AF yang terbaik yang sebaris dengan persembahan Nija dengan lagu “Kenangan Pahit” di AF1 dan Bob dengan lagu “ Cinta Seorang Teman “ pada AF2….walaupun ramai merasakan kemunculan Nana semasa segmen pelajar tersingkir membuat persembahan pada AF1 dengan lagu “ I Will Survive” sebagai persembahan live yang sungguh tinggi impaknya namun bila diambilkira bahawa mawi menyanyikan lagu baru dan melalui tekanan pertandingan, maka aku merasakan persembahan Aduh Saliha oleh Mawi pada final sebagai persembahan terbaik pelajar dalam sejarah AF thus far..


Ilham’s verdict


· Originality - 8/10
· Lirik - 8 /10
· Vokal - 8.5/10
· Susunan muzik – 8.5/10
· Song’s sustainability – masterpiece, evergreen and award winning song


(8) Yang Tercinta – M.Nasir/Loloq

- sebagai lagu yang menjadi tajuk album, aku mempunyai high expectation dengan lagu ini tetapi aku merasakan lagu ini sebagai lagu biasa sahaja ..mengapa lagu ini dijadikan sebagai tajuk album aku pun kurang pasti…probably the weakest song in this album in comparison walaupun tidak dinafikan lagu ini tiada cacat celanya…


Ilham’s verdict


· Originality - 6/10
· Lirik - 6 /10
· Vokal - 7/10
· Susunan muzik – 6.5/10
· Song’s sustainability – easily forgotten

Again, apa yang Ilham review adalah dari pandangan peribadi sahaja dan harus dilihat sebagai pandangan sahaja tetapi bukan sebagai hukuman atau penghargaan/recognition…

..tetapi apa yang menarik dari pandangan aku ialah album ini bisa meletakan Mawi bukan sahaja sebagai penyanyi terbaik yang dilahirkan oleh rancangan Realiti TV tetapi dengan kekuatan album ini dan jualan yang dijangkakan memecah semua rekod rekod yang ada, maka Mawi boleh dimasukkan dalam kategori penyanyi lelaki Malaya yang grade 1 bersama sama dalam kumpulan P.Ramlee, R.Azmi, Ahmad Jais,Ahmad daud, SM Salim, Jamal Abdillah, M.Nasir, Amy Search, Awie Wings, Zain Azman, JayJay, Ramli Sarip , M.Daud Kilau dan perhaps Anuar Zain…..inilah yang aku rasa kesan paling penting dengan kejayaan album mawi ini..

…diharapkan juga kejayaan jualan album mawi akan menjadi platform untuk kenaikan industri muzik negara . Minggu ini rakyat Malaysia akan mula dapat gaji selepas berbelanja besar masa Hari Raya, maka aku merasakan jualan album mawi akan melonjak hujung minggu ini membawa ke minggu depan dan tidak aku terperanjat sekirannya album Mawi mencapai target 300,000 units dalam tempoh 3 minggu, insyaallah…

..walaupun aku agak kritikal dengan Maestro sebelum ini, tetapi aku harus memberi pujian kepada Meastro dengan kelahiran sebuah album yang sungguh berkualiti tinggi dan diproduce dengan teliti…tahniah dari blog Ilham indeed…harap, ada sedikit promotion bagi labum mawi ini untuk penetrate non-malays market dan juga market Indonesia…aku ingin mencadangkan mungkin Maestro/Mawi boleh bekerjasama dengan sponsors Mawi seperti EON untuk memberi album Mawi sebagai hadiah kepada pembeli kereta Proton untuk tempoh sebulan ini atau pembeli Mamee mungkin akan mendapat hadiah istimewa dalam bentuk cd mawi jika membeli 5 pack sekali atau membeli Ten Boh akan dapat cd mawi kalau ternama perkataan M pada bungkusan ker ??!!!…mungkin cara ini dapat memberi kekuatan penjualan album secara bulk selling walaupun profit margin agak kurang untuk berbentuk promotion ini…sekadar meng’explore’ segala sudut jualan yang ada untuk menaikkan jualan album Mawi sebagai yang terbaik di dunia untuk Bulan November 2005 ini…why not ??!!…

memadangkan entry ini terlalu panjang, maka santapanhati.blogspot hanya akan menggupas isu MFC dalam entry yang akan datang….

.untuk kelian di halo atu, diaku harap bana tah entry ani bulih jua mengubat dandam ….mun indada dandam , anggap aja bah diaku ani perasan tah!!!...tapi kan…lakat jua diaku inda bulih berhalo .. malamari pakah…..still , I love u all so much…



Wednesday, November 16, 2005

Diary diri 15/11/05 - part 2

Assalamualaikum,

...nak cerita sikit beberapa perkara yang saya lalui over the weekend...

Argentina 2 -3 England

.. the game was supposed to be a friendly tetapi disebabkan sejarah kedua negara menyebabkan perlawanan ini dimainkan dengan penuh perasaan sekali...

..ini adalah salah satu perlawanan persahabatan yang paling competitive yang pernah aku saksikan dan juga salah satu perlawanan bolasepak international level yang paling menarik...the fact that the game was played at a neutral ground yang menjadikan occasion ini lebih menarik sekali..

..England won although Argentina played the better football....apparently Argentina slowed down a bit for the last 10 minutes and when the playmaker Riquelme was substituted , i thought Argentina was pretty assured of winning until that 2 late goals from Owen... the Owen goals might not be possible if Ayala was still playing...

...again , because the play was played so close to the World Cup, the result was seen as an indicator of how the team will shape up during this summer's WC Finals.....personally, I thought Argentina was the more formidable team able to mix the south american flair with the european discipline...England in the other hand was pretty solid and hardworking and in Wayne Rooney, they have probably the best player in the world.....Rooney showed in the game that he is the best player on the field with some fantastic touches and beautiful craftmanship to score a goal and hitting the post once...he was so outstanding that the argentine gave to much respect to him that allowed him so much room to dictate the game....

...Argentina could go far with this team and i thought Riquelme was outstanding in the midfield general position..he was so natural that he seemed to have that extra time on the ball that made him look so elegant on the ball... lest not forget that Lionel Messi, the teenage sensation, and Gabriel heinze , the MU defender' were not playing ...very interesting fact about the Argentine team is that they did not retaliate to the the some tough tackling by the English and this should serve them well in the WC finals...

..the result may count nothing to the seeding tapi dari segi pride, memang argentina akan merasa sedikit tercalar dikalahkan oleh musuh tradisi mereka...dan England harus melihat kemungkinan meletakkan Gerard terus di bahagian kanan dan memberi ruang untuk Lampard control the middle of the park and Rooney looks lively bila dia mula bergerak behind Crouch dan owen...Joe Cole nampak selesa di belah kira dan hopefully Asley Cole recover for the weak left-back position...aku prefer Becham out of the team sebab he's trying too much without achieving anything and the 1st goal conceded was resulted when he refused to allow rooney to take over the possession of the ball willingly that resulted in confusion and rooney loosing the ball...

Drama Raya..

...aku telah berpeluang menyaksikan dua drama Raya yang menarik walaupun tidak secara keseluruhan ...2 drama tersebut ialah Langit Maghrib dan Tikar Buruk dan kedua dua drama ini telah memberi aku satu keyakinan bahawa industri perfileman negara diarah yang betul..

.....kedua dua filem mengambil latar belakang Hari Raya untuk menyampaikan mesej yang amat besar tetapi dengan penuh simplicity....dialog yang mudah, lakonan yang berkesan dan teknik teknik penggembaraan yang tidak membebankan....selepas haloscan bising dengan soap dari Korea, aku meninjau ninjau drama Korea ini dan aku dapati apa yang menarik cerita Korea ini adalah simplicity dalam penyampain cerita....penonton tidak dipaksa untuk gelak atau sedih tetapi secukup rasa apa yang dipersembahkan untuk memberi 'keseronokan' dari sudut entertainment.....

...di sini juga kekuatan kisah Langit Magrib dan Tikar Buruk yang aku tonton....Langit Maghrib berkisar dengan kisah ibu dan isteri yang kehilangan suami dan anak anak dalam kemalangan jalanraya semasa pulang ke kampong untuk beraya dan beliau melalui perjalanan hidup yang sungguh traumatic yang menyebabkan penonton dapat merasakan betapa perlu berhati hati di jalanraya....begitu juga kisah dalam Tikar Buruk yang memaparkan kisah yang agak lari dari kebiasaan masyarakat tetapi sungguh 'real' sekali dipaparkan.....

..sayang, kedua dua drama tidak dijadikan filem untuk layar perak sebab mesej yang cuba disampaikan lebih kuat dari apa yang ada dalam filem Sepet dan sesungguhnya ini lah bentuk cerita yang bisa menawan hati penonton keluar negara kerana originality cerita dan latarbelakang kisah yang mungkin asing bagi yang bukan malay dari malaysia...

..lakonan Ida Nerina , Nasir Bilal Khan, Rosnani, Norlia Ramli, Wan maimunah, Ismail Din dan lain lain sungguh menakjubkan dan setanding dengan lakonan lakonan pelakon lama yang pernah aku tonton dalam filem P. Ramlee dulu dulu....

..aku merasakan jika ada satu plot cerita yang menarik yang tiada masalah 'budget', menggumpulkan semua pelakon yang talented ini dan diarah oleh pengarah yang bertanggungjawab, aku rasa kita mampu menjual filem malay dan mendapat penganugerahan di Academy Award Festival.....

Pulang ke rahmatullah..

...melalui tontonan drama Langit Maghrib, aku baru tahu pelakon Ismail Din meninggal dunia di Mekah dalam bulan Ramadan dan melalui Mingguan Malaysia, aku juga mendapat berita kematian pelawak Moon dari sitcom Jangan Ketawa meninggal dunia baru ini..

...sedekahkah Al-fatihah kepada kedua anak seni kita seni...Al-Fatihah..

..bukan mudah menjalani hidup di dunia sebagai anak seni dan mereka ini telah membakar diri sendiri untuk menerangi yang lain...semoga roh mereka dimasukkan dalam golongan orang beriman...


Juara Lagu semi-final..

..aku try nak buat prediction on the possible finalist untuk Juara Lagu 2005 ini tetapi setelah aku tengok list of songs yang masuk semi-finalist especially those yang dalam category pop dan etnik, bahawa banyak lagu yang aku tak pernah dengar untuk memberi satu review or prediction yang adil dan saksama....perhaps yang category Balada tu agak familiar lagu lagu yang dipertandingkan...mungkin, kalau ada rezeki, aku akan review yang category balada untuk entry besok...insyaallah...

..apa yang menarik perhatian aku ialah banyak budak AF yang berjaya masuk semi-final dan aku rasa dengan adanya konsep menggundi sms, bermakna peluang budak AF agak cerah untuk ke final....

..tetapi jika aku orang TV3, semestinya aku nak menjaga kredibiliti Juara Lagu sebagai pertandingan ciptaan lagu dan bukan pertandingan antara penyanyi, maka aku meramalkan akan ada TV station strategy untuk menentukan bahawa kerdibilti weekly chart Muzik Musik dikekalkan...bermaksud, ada lagu lagu yang tidak berapa dikenali tetapi lama dalam carta akan dimenangkan untuk masuk final dan ada juga lagu yang dinyanyikan oleh rancangan realiti tv keluaran bersama Tv3 akan dimasukkan untuk mengimbang dominasi budak AF..

..aku interested nak tengok semi-final ini sebab aku merasakan atas sebab bentuk pertandingan dalam AF, budak budak AF akan memberi persembahan 'live' yang akan upstage the other contestant....aku merasakan ada tempat untuk Mawi, Zahid dan Farah dalam final nanti dan aku rasa Saari dan Bob juga akan meletup persembahan mereka dalam semi-final ini...tak silap aku Adam pun ada kot....

.....TV3 menunjukkan sikap pro-active mereka dengan memasukkan Mawi dalam semi-final dan aku sure rating untuk Juara Lagu ini akan melambung dengan adanya mawi di final nanti..well done indeed TV3...

Album Mawi...

...kalau ikut info yang diterima, ari ani ialah hari album Mawi keluar di pasaran dan sebagaimana yang lain, aku juga excited untuk mendengar lagu lagu mawi yang baru ini....aku stand by aku punya statement dalam entry sebelum ini berkenaan mawi bahawa album ini kalau kena caranya akan mencecah 300,000 unit dalam tempoh 3 minggu dan total sales will cross the 500,000 units jika ianya dipasarkan dengan betul untuk market Indonesia....

..tetapi apa apa pun, yang penting ialah quality lagu lagu yang ada dalam album tersebut..kalau ada 5 buah lagu yang betul betul worth listening, aku rasa this album will break many more records in the process...sebaliknya, kalau album ini jenis album tangkap muat sebagaimana album album solo keluaran meastro sebelum ini, maka kerdibiliti mawi akan tercalar walaupun album ini boleh menjual lebih dari 100,000 unit tak kira best or tak best....

okke lah itu dulu....


wassalam

Tuesday, November 15, 2005

Diary diri 15/11/05

Assalamualaikum

...selain dari open house over the weekend, perkara yang paling menyentuh hati aku ialah kisah terbunuhnya Dr.Azhari di Indonesia....aku tau citer nei agak lambat iaitu petang Jumaat dan tak tau mengapa ada rasa sayu di hati aku nei...over the weekend banyak lah kisah kisah Dr.Azhari dipaparkan yang membolehkan aku membuat kesimpulan aku sendiri perihal Dr.Azhari ini...

..adakah beliau pengganas ??...adakah beliau yang supply bom untuk semua bentuk pengeboman di Indonesia ??...adakah beliau yang mati ditembak tersebut ??....

..semua persoalan ini bermain di kepala aku dan untuk menjawab persoalan persoalan ini aku harus consistent dengan fakta fakta yang lain yang pernah aku utarakan iaitu ;

1) aku yakin pengeboman di Bali bukan kerja orang Islam
2) aku yakin bom yang meledak di Bali bukan bom home-made bomb
3) aku yakin orang Islam bukan pengganas...

atas keyakinan keyakinan di atas , aku tidak berapa menerima dengan cubaan menggaitkan Dr.Azhari atau orang Islam dengan pengeboman yang berlaku di Indonesia...

...aku berpendapat pengeboman di Bali yang pertama berkaitan dengan keengganan kerajaan Indonesia menangkap ketua JI dan bila berlaku pengeboman itu menyebabkan kerajaan Indonesia terpaksa menangkap terus ketua JI pada masa itu....keadaan ini boleh aku kaitkan dengan pengeboman di Istanbul bilamana parlimen Istanbul menolak permintaan US and allies untuk menggunakan Turkey sebagai pintu untuk menyerang Iraq dari utara...ini adalah cara gangsters mengajar orang supaya tunduk kepada kehendak mereka....bila pengeboman di Indonesia berlaku pada waktu krismas atau di hotel hotel di mana orangramai sibuk shopping dan juga pada period sebelum atau semasa ramadan..ianya memberi aku signal yang ini bukan naluri orang Islam yang memperjuangkan Islam....tetapi ada elemen elemen untuk menggaitkan orang Islam demi untuk menaikkan marah orang atau takut orang kepada Islam...

..bila Taliban menahan seorang reporter perempuan dari Great Britain semasa pencerobohan USA`ke atas Afghanistan selepas 911, beliau telah dilayan dengan baik sehingga beliau memeluk agama Islam selepas itu...bila Al-jazeera tidak berkiblatkan USA pada masa pencerobohan USA`di Iraq dulu, based Al-Jazeera di kota Baghdad telah diserang yang menyebabkan seorang reporter dari Qatar telah terbunuh( Tariq Ayub tak silap namanya).....inilah dua keadaan yang menjadi asas perjuangan orang Islam dan cara gangsters membuli orang lain...

..harus kita jua melihat kepada kekuatan bom yang meledak di Bali untuk kali pertama dulu...adalah dikatakan bom itu terlalu powerful dan sophisicated dan hanya Mossad atau CIA ( read, authorized terrorist ) yang boleh membuat bom tersebut!!!.....bahan yang digunakan untuk membuat bom tersebut dikatakan tidak ada dalam open market....

..adakah Dr.Azhari ini kena frame ???....ini adalah kemungkinan yang tidak boleh kita ketepikan kerana USA menggunakan isu ada cukup bukti/fakta di Afghanistan untuk membabitkan Taliban dengan 911 untuk menyerang Afghanistan dan menggunakan isu WMD ( weapon of mass destruction) untuk menyerang Iraq....sudah nyata sekarang tiada bukti di Afghanistan dan tiada WMD di Iraq dan inilah apa yang dikatakan 'manufactured evidences to create reason'...

mengapa Dr.Azhari dan Nordin Mat Top di 'frame'kan ??.....bagi aku ini adalah politik Indonesia untuk menggaitkan Malaysia dengan terrorism..dengan menggunakan kedua orang ini sebagai isu, ianya akan menggalih pandangan dunia bahawa Malaysia yang harbour pengganas dan bukan Indonesia dan dalam hal ini, Indonesia potray diri mereka sebagai victim sahaja... satu report yang menyatakan dua orang rakan Dr.Azhari yang telah didapati bersalah dengan pengeboman di Bali telah berkata betapa mereka cemburu Dr.Azhari yang syahid dulu dari mereka itu amat aku sangsikan kesahihannya dan mengikut pemberita mereka dapat interview kedua banduan yang menunggu tali gantung ini dengan menyamar sebagai sedara mara yang melawat untuk meraikan Aidil Fitri ???!!!!.....ini agak kurang logik bagi aku dan menguatkan rasa hati aku ada cover-up dalam kes ini....

....walaupun apa sekali pun, aku selalu trust kata hati aku...so , bila aku tengok muka Dr.Azhari ini, tiada langsung riak muka seorang yang brutal yang akan lari dari kebiasaan....orang malaysia bukan pembunuh...dalam sejarah Malaysia, pembunuhan atas dasar politik hanya berlaku dalam zaman zaman komunis/darurat dulu dan akhir sekali pada kes Datuk Taha....even masa peak of reformasi, tiada siapa yang ada berfikiran untuk membunuh untuk menyelesaikan kes ini melainkan mereka yang menumbuk seseorang yang bergari ditangan....jadi bila orang Malaysia dikaitkan dengan pengeboman yang menyebabkan kematian orang yang tidak bersalah/berdosa, otak aku kurang boleh untuk menerima kenyataan ini... tetapi aku juga mungkin salah perkiraan dalam hal ini juga..waullahuaqlam,,,

....bila aku kelihatan agak sayu mendengar berita 'kematian' Dr.Azahari ini, ada yang rapat bertanya pada aku mengapa harus aku bersedih??......so aku jawab begini .." aku pernah terbaca yang orang yang sebangsa dengan Botak Chin bersedih bila Botak Chin akhirnya tumpas, orang yang sebangsa dengan Bentong Kali dikatakan bersedih bila Bentong Kali tumpas, dan on the same basis, aku rasa aku tak salah bersedih dengan tumpasnya Dr.Azhari ini ".......BTW, aku tak sedih masa Mat Komando tumpas....

.....akhir kata, tak mustahil juga yang Dr.Azhari ini pengganas dan pembuat bom yang membunuh orang yang tidak bersalah dan tapi tak mustahil juga bahawa Dr.Azhari ini tidak sebagaimana yang dituduh....

..adakah benar Dr.Azhari yang terbunuh hari itu ??...sama sama kita nanti keputusan DNA yang nak dilakukan tetapi dari report report yang aku baca, ada kemungkinan bukan Dr.Azahari....tetapi political stake individuals amat tinggi dalam kes ini yang memungkin yang mati itu akn di confirm kan sebagai Dr.Azhari, regardless....

....sebelum itu bom bom yang membunuh manusia bukan ciptaan orang Islam kerana bom yang buatan manusia yang paling ramai membunuh manusia yang tidak bersalah ialah automic bom yang diledakkan di Hiroshima dan Nagasaki....orang Islam juga bukan pembunuh orang lain atas dasar bangsa dan agama kerana Hitler telah membunuh lebih 2 juta orang Yahudi semasa perang dunia kedua dan orang Bosnia telah disembelih hidup hidup atas dasar ethnic cleasing dulu di former Yugoslavia...pembuhuhan atas dasar etnic cleansing juga antara Huttu dan Tutsui ( stand to be corrected nama dua bangsa ini) yang telah menyebabkan sekurang kurangnya 500,000 orang terbunuh...ini tidak diambilkira peperangan di Indocina dulu kezaliman penjajah Jepun semasa perang dunia kedua dulu...jadi kalau ada yang berkata orang Islam hari ini pengganas, maka apakah nama yang harus diberikan kepada mereka yang bertanggungjawab atas pembunuhan pembunuhan di penghujung alaf yang lalu ??...

okke lah, isu isu lain untuk diary diri ini akan aku sambung esok pulak...


wassalam

Saturday, November 12, 2005

Dunno what to write lah !!!!!...

Assalamaualaikum,

...frankly I have no particular topic in mind to write today...huhuhuhu...otak aku tepu sikit dan cuaca pun pagi nei hujan aja...late last nite aku adalah draft sesuatu untuk hari ini tapi rasanya inda ngam plang...

...aku masih belum memulakan puasa 6 dalam syawal nei dan hopefully aku boleh melakukannya this year...pada yang dah berjaya puasa 6 atau akan merayakannya raya 6 over the weekend, tahniah aku ucapakan....perhaps kelian should teruskan dengan puasa sunat Isnin dan Khamis dan jadikan habit yang berkepanjangan.....puasa adalah amalan yang amat susah jika tidak dilatih dari kecil...ramai dikalangan fraternity aku yang aku lihat bila mendapat hidayah tetapi tak dapat berpuasa penuh atau berpuasa berturut turut kerna tak larat sebab badan tidak dilatih dari kecil...maka begitu juga puasa puasa sunat ini, kalau tidak dilatih untuk badan itu tune kepada kehendak puasa pada hari hari tertentu itu, maka akan menjadi susah lah ianya sebagaimana aku merasakan susah nak buat puasa sunat sebab tidak dilatih dari awal kehidupan although the body has already tuned to ramadan's requirement...itu lar pasal puasa nazar amat memberi dugaan sebab badan tak tune kepada niat puasa bernazar tersebut..IMO..

....perhaps aku nak ingatkan diri aku dan kelian jua yang kita sudah sampai ke penghujung 2005 dan bermakna less than 50 days lagi kita akan masuk tahun baru 2006…..mungkin sudah sampai masa untuk kita semua review pencapaian kita bagi tahun 2005 dan mula menulis azam dan harapan kita untuk tahun 2006….menilai prestasi diri sendiri adalah amalan yang harus dilakukan oleh semua yang mahukan kejayaan dalam hidup kerana dengan menilai diri sendiri , kita boleh mengetahui kekuatan diri dan mengorak langkah memperbaiki kelemahan diri kita pula untuk masa akan datang…kejayaan tidak datang menggolek dan tiada short-cut dalam menuju puncak….menilai prestasi diri sendiri dari masa ke semasa akan memberi kita semangat untuk terus maju kerana setiap pencapaian itu meningkatkan level of expectation kita lagi…ibarat seorang ahli sukan dalam acara lompat tinggi , level of expectation beliau akan menjadi lebih tinggi apabila beliau melepasi satu tahap ketinggian dalam lompatan dan dengan menilai prestasi lepas, beliau boleh merancang ketinggian seterusnya yang harus dicuba dan ini akan menjadi asas perancangan beliau untuk mencapai tahap ketinggian yang baru itu…

..mungkin ramai merasakan azam tahun baru itu lebih kepada ‘adat’ dari kemahuan diri tetapi pemikiran ini harus diubah demi untuk kita development sebagai seorang insan yang berjaya….so, cuba take this ‘azam’ thing seriously sedikit tahun ini demi kejayaan tahun depan…

...so weekend dah sampai, tak silap aku tak der EPL this week so, aku akan tunggu dengan anxious the friendly game antara England dan Argentina....game ini mengingatkan aku pada sejarah perlawanan kedua pasukan ini yang selalunya di overshadow oleh isu politik atas dasar hak pada Falkland....pada tahun 1966, England bertemu Argentina di Wembley stadium untuk suku akhir World Cup 1966 dan game ini lebih diingati oleh the sending off of the argentine captain by the name of Rattin ( stand to be corrected ) yang refused to leave the field and in the procees ,stopped the game for quite awhile....lepas tu in 1986, England kalah pula di tangan Argentina 3-2 bila Maradona produced a magical individual performance yang pernah di saksikan di World cup finals tetapi game in akan lebih diingati oleh kerana 'the hand of God" incident di mana Maradona menggunakan tangan untuk menjaringkan gol pertama Argentina... di World Cup 1998 , England pula menggalahkan Argentina 1-0 ( really not sure the correct result ) tapi aku remember dengan gol jaringan michael owen...tapi game ini juga akan diingati oleh the sending off of David Becham....so, aku memang menunggu game malam besok antara England dan Aregentina...aku juga frust that no recalled for Darius Vassel to the england team dan juga Bolton's Kevin Nolan was not called up eventhough playing at the peak of of his game...

..okke la, itu ajer dulu yerk....kepada peminat peminat mawi yang appreciate my article yesterday, terima kasih banyak banyak dan dari masa ke semasa bila mawi in need of a friend, this blog will provide him with the support.....all the best to mawi dan jangan lupa next week album terbaru mawi akan berada di pasaran dan sokongan penyokong mawi yang tak berbelah bagi untuk menyapu bersih semua cd yang ada di pasaran adalah amat dialu alukan...

..atas dasar sokongan, aku beli album Farah 4 biji dan aku beli jua album Adam walaupun aku tak minat langsung dengan hip hop ini....so, jangan kedekut duit untuk hadiah satu cd Mawi untuk mak,untuk mak mertua, untuk emak kepada mak mertua dan untuk mak angkat kepada mak mertua demi untuk memberi sokongan kepada abang mawi kita ini....

..so, have a nice weekend that selemat meng'open house' .....untuk zack dan vaart...tahniah dan jangan lupa kadikami semua di blog ini...cakpong cakpong...cakpong ..cakpong...dia datang jeng jeng jennnggg...denagn lenggang lenggok ya..aaaaa...dia datang, dengan lenggang lenggok yaaaaaa...


...* icon tengah pasang khemah buluh untuk susun pinggan *.....huhuhu...love it..brilliant!!!!

Ling !!!, nescafe pekat satu....hopefully entry ari nei tak der typo error lagi sebab aku dah ada PA sekarang...



wassalam

Friday, November 11, 2005

Serangan ke atas Mawi bermula ???!!! satu analisa....

Assalamualaikum,

....apa yang menyebabkan aku mengambil tajuk ini sebagai entry hari ini ialah kerana aku rasa sudah tiba masanya aku mengupas maksud maksud tersirat dalam serangan keatas Mawi ini yang nampaknya berlaku semenjak sebelum bulan puasa lagi, iaitu lebih lebih lagi semasa Mawi mahu mengadakan concert di Kelantan...

...melalui blog Papaadlis dan supply of info dari papaadlis dan KPD sendiri , aku telah membaca pemikiran, tujuan tersirat dan modus oprandi sesetengah pihak yang terus menerus mencari kesilapan Mawi dari hari ke sehari.....

..harus aku tekankan sokongan aku pada mawi ialah atas dasar aku peminat setia rancangan AF, penyokong kebangkitan Islam dan mempertahankan martabat bangsa aku sendiri dan dalam hal ini mawi dalam ketiga tiga faktor tersebut....

..serangan serangan yang aku baca datang dari lingkungan orang yang 'kononnya' rapat dengan maw, serangan dilakukan melalui personal blog atau website yang 'kononnya' penyokong maw,serangan melalui penulisan di akbar dan yang paling ketara ialah di akbar cum tabloid berbahasa Inggeris....

..aku yakin, bagi regulars di blog aku ini telah pun tahu bahawa blog ini telah beberapa kali menekankan betapa perlu mawi dan orang yang menyokong mawi untuk bersedia dengan serangan serangan untuk menjatuhkan mawi dari masa ke semasa kerana ianya adalah trend penulisan cerita/berita di malaysia iaitu 'to create sensational issues/stories' untuk increase readership.....harus kita ingatkan bahawa di malaysia gossip adalah breakfast untuk orang kita dan khabar angin boleh menaikkan index di share market instead of the real news!!!..so ini perlu kita ambil asas mengapa mawi di serang hebat....harus kita akui juga bahawa ramai yang minat atau tak minat dengan mawi terdiri dari mereka yang mempunyai ruang untuk menaik atau menjatuhkan melalui akbar akhbar arus perdana di negara kita.... dan in merancakkkan lagi serangan serangan tersebut...

....aku juga ingin menekankan bahawa bintang yang lahir dari rancangan realiti TV secara langsung atau tidak langsung di anggap sebagai bintang yang dilahirkan oleh peminat rancangan tersebut dan dalam banyak keadaan ada semacam high expectation terhadap bintang tersebut yang boleh aku define kan sebagai " Bintang Terhutang Budi ".....maka atas terminology ini, ramai yang beranggapan bahawa mereka mempunyai hak atas Bintang ini kerana mereka telah contribute wang riggit untuk menjadikan seseorang itu Bintang....

..dalam hal mawi ini, situasi adalah lebih kronik kerana Mawi juga diminati kerana latar belakang agama beliau dan juga latar belakang kehidupan beliau sebagai anak peneroka Felda yang memberi sedikit 'romantik' kepada jalan beliau menuju kejayaan....keadaan ini menjadi lebih kronik kerana Mawi juga sudah bertunang!!!!!...ahaks ahaks ahaks...bertunang semasa baru naik jadi Bintang adalah pantang larang orang di negara kita....remember AF2, Zahid hanya melonjak naik dalam carta mingguan bila beliau clarify yang beliau tak der girlfriend lagi pada minggu ke 3 or ke 4 concert mingguan.....

.....keadaan mawi menjadi perit lagi kerana beliau menjadi rebutan parti parti politik yang mahukan pengaruh positif beliau untuk menarik minat anak anak muda mengikut parti yang di endorse oleh mawi....ini juga memungkinkan serangan serangan terhadap mawi dilakukan...

...okke , apa yang berlaku pada mawi ialah apa yang aku ' term' kan sebagai " Character Assasination".....atau pembunuhan terhadap karektor seseorang itu untuk menjatuhkan maruah beliau dan dengan itu menghilangkan credibility seseorang....dalam kaitan Mawi, kekuatan moral value beliau dan kekuatan agama beliau adalah asas populariti beliau maka diserang karektor beliau dan keluarga untuk menjatuhkan image mawi dan seterusnya menjatuhkan commercial value mawi sebagai Raja Iklan yang baru di tanahair...

....so apakah sebab ada golongan yang mendokong mawi masa AF dulu sekarang ini pula menjadi duri dalam daging ???....bagi pendapat aku ialah faktor " Bintang Terhutang Budi " yang aku sebutkan awal tadi....mereka ini juga mungkin golongan yang sudah terbiasa dengan konsep 'payung' dalam politik iaitu menyokong seseorang calon dalam pemilihan cawangan, bahagian atau majlis tertinggi dengan harapan calon yang mereka bertenggek akan menjadi vehicle/jambatan untuk pulangan lumayan di masa akan datang....apa yang aku rasakan berlaku ialah bila kumpulan ini menjadi terkecewa bila hajat dan pengiraan mereka untuk meng'commercial'kan mawi untuk profit tidak kesampaian kerana Mawi mempunyai pendirian yang amat berbeza bahawa ' aku tidak terhutang budi dengan sesiapa kerana apa yang berlaku adalah rezeki dari Allah swt semata ".....perhaps, pengalaman silam menggajar Mawi untuk tidak menerima dengan mudah mereka yang tidak 'dikenali' dan pegangan mawi ini telah memungkinkan ramai pendokong mawi ini menjadi terkeciwa dan seterusnya membuat serangan untuk menghentam mawi atas dasar "nasihat" agar mawi akan terkejut dan tunduk kepada kemahuan mereka kelak...ini mungkin satu pembacaan yang tak tepat dari aku tetapi aku rasa aku tidak tersasar dalam hal ini...kalau tersasar harap maaf...

.....kemudian pula serangan kepada karektor /character assasination ini ditumpukan pada pembawakan peribadi mawi dari sembahyang, tunang, kisah silam ahli keluarga, pergaulan, sifat semulajadi seperti marah dan kerasa kepala dibesar besarkan dan diulang ulang untuk memberi impak maksima kepada mawi.....mawi diperagakan sebagai manusia yang lupa daratan, indah khabar dari rupa, cakap tak serupa bikin dan sebagainya ( indeed, semua ini kau dah sebut dalam haloscan 3 month ago kot )..... apabila asas populariti mawi adalah pada moral value dan keagamaan, adalah dharapkan dengan memaparkan kisah kisah yang agak memeranjatkan seperti tak puasa dan bermalam di rumah tunang boleh menyebabkan kredibiti tercalar yang memungkinkan mawi tidak lagi dilihat sebagai the ideal role model of the new millenium...

...kemudian serangan dari sudut politik yang menyebabkan mawi terpaksa membuat statement statement mengelak perihal kedudukan beliau dalam politik orang malay....ada kemungkinan ada pihak pihak yang menjadi kecewa dengan non-comitttal attitude yang ditunjukkan oleh mawi walaupun press conference dilakukan....sedangkan mawi melihat beliau sebagai seorang professional yang mencari makan melalui nyanyian dan tidak mahu committed pada sesuatu parti....keadaan ini menyebabkan pihak yang berkepentingan merasakan ada psossibility mawi ini berkibatkan parti lawan mereka walaupun beliau menafikan..oleh itu, dari segi political survival, pengaruh orang seperti mawi ini harus dibunuh dulu awal awal sebelum menjadi virus pada mereka....get my drift...

...serangan ke atas mawi juga menjadi jadi atas faktor agama....setiap perlakuan mawi yang dikatakan against Islamic expectation dijadikan berita sensasi macam berita mawi masuk pub, beita mawi tak puasa, berita mawi tidur kat rumah tunang...tujuan di sini adalah untuk membuang segala bentuk credibility agama yang ada pada mawi yang boleh menyebabkan pandangan orang pada mawi yang merupakan Qari, anak kepada guru Al-Quran akan lenyap...ini adalah mainan musuh Islam yang juga melihat Mawi sebagai threat kepada mereka...harus diingatkan musuh islam tak semesti orang kafor tetapi orang islam yang secular... wajah mawi bertadarus, bermarhaban dan sebagainya dilihat sebagai 'threat' bagi sesetengah pihak yang kurang senang dengan elemen akhirat dimasukkan dalam elemen dunia, Anwar Ibrahim learnt the hard way about this....

.....harus kita lihat serangan telah berubah platform dari internet ke printing material ..ini adalah kerana probably 10% of the population yang internet freindly dan oleh kerana itulah pihak yang kurang senang dengan development kejayaan mawi dengan mudah memberi ruang ruang utama di akhbar dan tabloid untuk menjatuh kredibiliti mawi...

..tetapi aku juga perhatikan bahwa sebahagian besar akhbar dan majalah berbahasa malay masih lagi mendokong yang menyokong kehadiran mawi dalam persada seni di rantau Asean ini dan ini adalah asas kekuatan mawi seterusnya...

...aku juga terfikir mengapakah orang orang kelab yang kononnya menyokong mawi dan pemilik blog yang kononnya yang menperjuangkan mawi , kembali menghentam mawi di saat....otak aku terkadang terfikir adakah ini satu reverse physcology untuk menentukan mawi menjadi hot news setiap hari atau mungkinkah ini satu strategi untuk menghangatkan suasana menjelang tibanya album terbaru mawi supaya melonjakkan jualan baru terbaru ini...tetapi bila aku membaca komen dan penulisan mereka,aku terpaksa conclude that was not the case ....the material was written as such it may not be possible for supposedly reverse physology sensation will take place ....

..so, apa yang aku nampak positif dari serangan ke atas mawi ini ialah ramai yang bukan pembeli cd/cassette lagi lagi malay ( read the non-malay) may decide to give mawi's new cd a try yang memungkinkan mawi able to penetrate the non-malays market atas sebab sensasi yang berlaku.....harus diingat , non-malays prefer to buy the original CD...so, kalau telahan aku ini tepat, maka aku expect satu lonjakan dari segi jualan yang memungkinkan album terbaru mawi mencecah angka 300,00 unit dalam tempoh 3 minggu pertama jualan....

...personally, aku tak nampak bagaimana serangan serangan boleh menjatuhkan mawi kerana at the end of the day, ramai peminat sudah boleh menerima mawi sebagai anak muda biasa yang cuba memcari jalan menapak di alam nyata...aku juga menyeru kepada orang malay untuk menyokong album baru mawi mencecah 1 juta unit bagi menjadikan album mawi sebagai debut album terunggul dalam sejarah....aku rasa adalah tanggungjawab kita untuk menjadikan mawi sebagai penghibur nombor satu negara dan asia tenggara....maksud tersirat di sini lebih dari hiburan kalau mereka yang bersedia to read between the line...

...kepada yang menyerang mawi, aku harap kelian stop lah aktiviti ini sebab lambat laun Mawi akan sedar adanya legal suit yang berasaskan 'defamation' dan sekiranya ini berlaku, aku rasa mawi ada strong case nanti...lambat laun juga mawi akan sedar ada legal term yang dinamakan 'court injuction' yang membolehkan mawi menutup sesuatu blog/website yang dirasakan digunakan untuk menjatuhkan beliau....tapi aku harap mawi tak perlu menggunakan jalan ini pada saat ini.....

..pada abang mawi, segala yang berlaku ini perlulah dianggap positif kerana nenek belah bapak ..ahaks ahaks ahaks ..aku selalu cakap " the wind blows hardest at the top of the mountain"...maksudnya kerana mawi berada di puncak gunung lar menyebabkan angin serangan ini terasa hebatnya...maka, go with the flow dan banyak bersabar...hari ini aku yakin mawi sudah confirmed menjadi jutawan muda dan melihat dari perkembangan hari ini, mungkin mawi boleh menjadi artis terkaya di malaysia dalam tempoh 6 bulan lagi ....ini adalah rezeki dari Allah dan doa ibu bapa beliau disamping sokongan mereka yang meminati mawi...so bagi yang tak minat mawi, nasihat aku, minat lah penyanyi yang kelian minat....

..ada gak joke joke pasal advertisement mawi masa raya....ahaks ahaks ..contohnya rumah makcik aku yang kata ," rumah nei sekarang tak minum lipton dah, kami minum Teh Boh ajer, world lar kata kan!! " ahaks ahaks ahaks...pas tu anak anak buah aku yang kelaparan tak nak maggi mee dah , nak mumee plak ....nei lar kesan pengiklanan pada membeli dan dari trend ini , tak mustahil mawi akan mendapat lebih banyak endorsement endorsement baru yang memungkin beliau menjadi jutawan muda terkaya hari ini atas titik peluh sendiri dengan izin Allah swt....

..mari lah kita sama sama menyokong mawi kerana kejayaan Mawi boleh dijadikan model untuk anak muda yang lain mencari 'big break' mereka pula...bertahun tahun orang malay mencari idola seperti mawi yang boleh dijadikan role model, mengapa harus kita hancurkan pula hak bangsa ini atas sebab hasad dengki dan prasangka....

...Mawi adalah simbolik anjakan minda anak anak muda bangsa kita berubah ke satu arah yang baru, sekiranya kita terus menyokong, tidak mustahil akan kita dapat melahir beribu beribu mawi yang baru bukan saja dalam bidang nyanyian tetapi jua pertanian, perniagaan, akademik,sukan dan sebagainya......mungkin akan ada mawi dalam bidang sukan belapan yang bisa menbawa pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik, atau mawi mawi yang akan menjadi angkasawan dan sebagainya...tetapi mawi mawi ini akan hancur jika Mawi yang ada ini tidak disokong malah diserang pula....

....jangan kesilapan orang kita zaman dulu membunuh si Hang Nadim berulang lagi hari in, jom kita give anak muda si mawi ini ruang untuk berkembang menjadi penyanyi atau penghibur yang terbaik dan terkaya di rantau ini....cukup lah sudah kita membaca dan mendengar kisah sedih allayraham P.Ramlee yang memperjuangkan seni orang malay tetapi hidup susah tidak sebagaimana yang diharapkan sebagai seniman agong/besar atau jangan kita hanya appreciate seseorang seniman bila dianya sudah tidak ada lagi didunia ini....

marilah kita sama sama menyokong mawi sebagai simbolik yang kita sudah bersedia untuk mengembalikan keagaungan zaman kesultanan melaka dulu ....

...atas dasar ini aku hanya boleh katakan bahawa mawi harus :

1) jangan melatah
2) jangan komen banyak sangat
3) bertenang kerana ini ibarat 'guruh dalam cawan' aja ..ahaks ahaks ahaks..
4) jangan cuba adjust diri for the sake of serangan ini.. you are doing just fine...
5) keluar dari negara selepas pelancaran album ini..pergi bawa family umrah
6) kenali kawan dan lawan
7) teruskan memperbaiki diri
8) anggap segala bentuk penulisan adalah sebab u tengah top..si zahid tak der siapa nak tulis dah
9) banyak kan berdoa
10) simpan duit yang dapat..

okke, akhir kata, belilah album mawi yang original dan pada mawi, jangan lupa pada qada dan qadar....


wassalam

Thursday, November 10, 2005

EVO '05 ( 03 )....

Assalamualaikum,

....sebenarnya aku dah tak der modal nak tulis pasal raya..ahaks ahaks ahaks...menung punyer menung, aku pun terfikir nak buat review untuk this album budak budak AF3 nei....what prompted aku beli album ini ialah bilamana kadiaku ayat aku kata Airkeen punyer lagu best giler...so aku pun mencari lar merata tapi hanya eve of raya aku baru jumper album ani...

...definitely, airkeen's song was my main excitement dan aku pun happy jugak sebab combination penyanyi dalam album ini tidak melibatkan ex-student AF3 yang aku kurang minat...okke, album EVO 3 nei menampilkan amelya, yazer, airkeen, kefli dan duet akma dan felix....

...btw, aku memang jarang dengar lagu dalam radio sebab masa dalam kereta itu adalah masa aku berfikir dan melakukan amalan amalan simple untuk membersihkan diri...so, bila aku dapat album nei aku pun masuk kereta dan terus pasang cd nei.....okke lah ini review aku

1) Ku Berserah - Amylea ( Adnan Abu Hassan/Adnan Abu Hassan )

...lagu ini aku dah familiar sebab lagu final AF3 yang dinyanyikan oleh Amylea....lagu in re-recorded dan ada studio touch yang memberi colour pada arrangement dan suara amylea....to tell u the truth, i thought amylea sounded really fantastic in this particular song dan sungguh soothing betul dengar suara amylea...selepas tak dengar lagu nei for quite awhile, aku sungguh terpikat dengan amylea's rendition of this song.....

2) Merah Warna Cinta - Yazer ( Ajai/Nurul)

.....lagu nei agak catchy untuk sebuah lagu yang cuba menyerlahkan suara rock si Yazer...sampai sekarang aku masih tercari cari satu lagu ted innit yang seakan akan lagu ini rentaknya....apa yang aku suka pasal lagu ini ialah simplicity of the song ....tidak ada yang outstanding dalam arrangement dan melody lagu ini tetapi cukup rencah untuk menjadi siulan siapa yang mendengar.....suara serak yazer di exploit to the fullest dan memberikan keunikan kepada lagu yang agak simple ini....

3) Jangan Berjanji - Ekin ( Ajai/Nurul)

...inilah lagu yang menyebabkan aku beli album ini dan sesungguhnya harapan aku sangat tinggi pada lagu ini.....tetapi sayang seribu kali sayang, ada macam tak cukup pasal lagu nei walaupun kelunakan dan kemerduan suara si Airkeen agak menakjubkan...ada touch of indonesian flavour dalam melody dan arrangement lagu ini tetapi sayang ianya gagal to capture my interest or imagination....after a few listening aku realise lyric lagu ini asyik berulang ulang dan seakan tiada imagination dalam penulisan lyric yang menyebabkan lagu nei macam tak siap...

...sayang, suara airkeen tidak di 'utilize' to the fullest sebab lagu ini macam tak siap ajer bunyi yer....

4) Kembali Padaku - kefli ( Ajai/Nurul )

...another ajai and nurul's combination dalam album ini dan sebagaimana lagu airkeen sebelum ini, lagu kefli ini pun tercacat sebab lyric yang berulang ulang dan melodi yang terlalu stereotype....eventhough kefli tried to lift the song tetapi nyata lagu nei terlalu flat sangat dan sehingga aku merasakan kefli sudah agak menjerit untuk memberi dynamism kepada lagu ini....sekali lagi aku rasakan lyric lagu ini membosankan...

5) Medley Bertahta di Hati ( Tam/Loloq) dan Antara Matamu dan Mataku- felix dan akma

....untuk lagu pertama, ada sedikit re-arrangement of the song dari lagu asal yang memberi sedikit creativity pada lagu tersebut...memang agak blend suara akma dan felix dalam lagu ini dan untuk lagu kedua , sebuah lagu lama yang diberi nafas baru ( tak silap aku lagu nei uji rashid dan hail amir punyer original number ) dan ada touch pun tamil song dalam arrangement...lagu ini pun sedap didengar....

Ilham's verdict....

...a rather simple album yang not worth buying unless you are a hardcore fan of one of the six singers....hanya lagu amylea yang memberi credibility to this album dan lagu lagu ciptaan Ajai/Nurul adalah amat disappointing......penulisan lyric nurul terlalu direct dan kurang jalan cerita ....aku rasa the captain of the entertainment industry must look into possibility of looking for new and fresh lyricist...aku rasa kawan kawan kita yang berbakat dalam penulisan sajak macam hanim, kadiaku, G.X, Bok D mampu menulis lyric lyric yang lebih bermakna dari apa yang dilakarkan oleh Nurul ini.....i think material yang diketengahkan oleh Ajai/Nurul tidak mencapai tahap karyawan seni yang kita expect beli kita beli album....kalau people in this entertainment industry serious untuk melawan cetak rompak, maka mereka mesti bertanggungjawab menerbitkan album yang membuat pembeli tidak merasa tertipu....

...aku juga merasakan composition Ajai sudah menjadi terlalu sama melody yer dan mungkin Ajai sudah menulis lagu bukan kerana seni tetapi lebih kepada kemahuan commercial..apabila ini berlaku, maka lagu ditulis atas dasar popularity composure rather than the quality of the song.....Ajai mesti balik kepada asas semula dan bertanyakan pada diri beliau adakah worth it menulis lagu/material yang tidak memberi impact kepada pendengar.....i would also add that ajai should look beyond nurul in getting quality lyrics that will enhance the quality of the song....

.....so, akhirnya lepas dengar semua lagu, aku hanya repeat dengar lagu amylea over and over again dan amylea yang aku kritik hebat persembahan beliau pada masa final dan lagu ini yang dulu aku tak minat langsung yang telah berjaya menambat hati aku...ini ada dua kemungkinan ...kemungkinan pertama lagu amylea ini memang sedap or kedua lagu ini jadi sedap sebab lagu yang lain dalam album ini hancus gilos....

..sayang, kekuatan vokal Airkeen dan kefli tidak dimanfaatkan...so kalau ikut ranking aku...inilah dia susunan lagu favourite aku ,untuk EVO 3 ini..

1) Amylea
2) Akma dan Felix
3) Yazer
4) Airkeen
5) Kefli


wassalam

Wednesday, November 09, 2005

Next-of-kin ....sepupu...masa merubah suasana

Assalamualaikum…

aku suka perkataan next-of-kin ini sebab mula mula aku baca perkataan ini aku tak faham maksud yer, so bila aku bukak dictionary, baru lah aku faham maksudnya dan this word becomes my favourite word pulak….btw, memandangkan ari ini office aku sunyi sepi lagi maka aku kerja aku ialah membaca dictionary….ahaks ahaks ahaks..aku ada habit bila aku boring aku suka baca dictionary…huhuhuhu…

okke lah, next-of-kin ialah waris terdekat dan aku mengambil topik ini kerana perkembangan yang ku lihat diantara aku dan sepupu sepupu aku masa period raya ini…aku masa kecik kecik dulu memang tersangat rapat dengan sepupu dan kadang kadang tak ada beza antara sepupu dengan adik beradik…in fact, dengan dua pupu pun masih rapat giler masa kecik kecik dulu sebab kami basically duduk dalam daerah yang sama dan sharing the same kampong….

..tetapi perubahan dari segi keakraban itu mula nampak rengang bila pak cik atau mak cik or adik beradik bapa dan emak aku mula meninggal sorang demi sorang dan bila sudah tiada kepala, maka anak anak ( sepupu aku) mula nampak terpisah dan hanya berkumpul sesama adik beradik mereka….dalam hal keluarga bapak aku, dah ada sepupu aku yang aku tak jumpa bertahun tahun dah semenjak adik bapa aku meninggal….dulu masa kecik kecik, rapat bagai kan nak giler…aku masih ingat masa kenduri kahwin masih lagi secara gotong royang dan makan berhidang, semua sepupu akan berkampong 2 or 3 hari tetapi bila style kenduri dah berubah menjadi 'buffet' dan guna 'caterers', semua sepupu akan hanya berkumpul pada hari persandingan dan pukul 2pm dah nak balik dah masing masing...

..hubungan juga menjadi renggang dek sebab status dalam kehidupan, ada sepupu yang tidak berapa menyampai dalam pelajaran atau agak susah dalam kehidupan mula menjauhkan diri dari kelompok besar sepupu yang lain walaupun sebenarnya tidak ada siapa yang peduli hal hal begitu ….

..tak lama dulu ada isu hal harta pusaka yang menjadi sedikit isu diantara keluarga from my mother’s side tetapi tidak pernah melibatkan anak anak, tetapi sayang agaknya ada pula yang telah melibatkan anak anak sehingga adalah sepupu aku yang tidak mau beraya bersama sama tahun ini….so, bila trend ini berlaku aku dapat melihat institusi sepupu keluarga aku ini akan collapse bila saja semua adik beradik emak aku tiada lagi nanti..aku sudah nampak sekarang ini bagaimana grouping sudah bermula dan bila saja berakhir generasi pertama, maka generasi kedua ini akan crumble….although ada effort nak hidupkan semula persatuan keluarga yang dibina oleh generasi pertama tapi aku tak nampak ianya boleh berjalan kerana jelas jurang keakraban itu sudah terlalu besar untuk dikecilkan…

….bagi pihak keluarga arwah bapak aku pulak, rasa kaitan darah itu macam sudah tiada lagi bila datuk dan nenek aku meninggal walaupun ada effort dari arwah bapak aku untuk mengekalkan ikatan persaudaaran itu…so, bila bapak aku meninggal sahaja, apa saja sisa harapan yang ada hilang begitu sahaja dan personally aku merasakan tiada nampak cara untuk kembali seperti zaman zaman kanak kanak dulu….

…bagi keluarga belah emak aku pula, masih ada harapan disebabkan aku tinggal agak berdekatan antara sama lain dan walaupun mungkin kami tidak serapat dulu tetapi kerana distance, kami sering bertemu dalam hal hala kematian dan kenduri kendara…perhaps ada 3 keluarga dalam adik beradik emak aku yang memang rapat dari dulu lagi yang mungkin boleh terus kekal walaupun ketiadaan generasi pertama dulu..

..aku bercerita begini sebab aku miss those golden moment bila rumah emak aku akan penuh dengan sepupu sepupu aku dan hari raya menjadi satu persidangan sepupu sepupu sedunia yang amat meriah penuh dengan aktivit dan banyak juga kes bergaduh…hehehe..gaduh budka budak lar….tetapi bila aku tengok hari raya yang lepas ini ialah wajah sepupu sepupu yang sudah tidak lagi mesra walaupun ada yang cuba nak bermesra….ini bagi aku adalah satu tragedi!!!!…

…I just hope that ada satu satu insiden yang akan merapatkan kami semula seperti dulu kala yang penuh dengan rasa kasih sayang yang amat sangat….sekarang ini, nama anak anak sepupu aku pun aku dah tak berapa kenal melainkan yang sulung ajer….mungkin ego, darjat, kesibukan, prejudis yang menyebabkan perasaan sayang persaudaraan itu pupus secara perlahan lahan…

..aku hanya mampu melihat dan termenung melihat perkembangan dan aku rasa bila emak aku tak ada nanti , maka ikatan itu akan bertambah rengang lagi sebab setiap keluarga akan hanya concentrate dengan rumpun mereka sahaja…

…I guess that’s probably the normal evolution untuk semua keluarga kot ….i hope kelian boleh share suasana keluarga kelian di haloscan....

BTW, sebagai pengumuman sahaja dan tiada niat untuk menyinggung mana mana pihak yang terlibat....Bolton telah menggalahkan Spurs 1-0 malam tadi dah terus melonjak ke tangga ke 3 EPL!!!!...ahaks ahaks ahaks.....

BTW, aku buat proof reading dua tiga kali untuk entry hari ani, so, mun lakat jua typo error, harap maaf kan tah kesalahan diaku ani .....udah diaku bapadah tah yang diaku ani bukan penulis tapi lebih pada pemikir...penulis akan fikir apa yang mau ditulis, pemikir plang tulis apa yang terfikir....regardless, i will try to improve technical writing yer....




salam

Tuesday, November 08, 2005

Diary Diri 7/11/05

Assalamualaikum,

....mungkin sudah ramai yang bermula kerja hari ini dan masih ramai juga yang tengah bercuti raya di kampong masing masing dikala ini jua...ramai juga yang sudah memulakan Puasa 6 dan ramai pula yang membuat persiapan rumah terbuka setelah pulang dari kampong masing masing...suasana beraya masih hangat dan semangat kunjung menggunjung ini amat indah yang menjadi bangsa malay dan muslims di negara ini amat unik sekali....

...berkunjung kunjung di hari raya memang digalakan dijadikan amalan kerananya merapatkan siratulrahim dan dengan ini mengguatkan kekuatan umah kita bersama....konsep kunung menggunjung ini amat baik tetapi juga ada side effect yer juga....apa yang negatif aku lihat ialah perasaan menunjuk nunjuk dan berkata kata si tuan rumah dan penggunjung....it is quite normal to hear comments semacam " set sofa tu bukannya yer kayu jati tai kayu getah ajer " or " alah, meja makan tu courts mammoth ajer tu ".....ahaks ahaks ahaks...aku rasa benda nei amat kelakar walaupun amat menyakitkan telinga ....apabila kunjung menggunjung menjadi satu aktiviti menilai kemampuan material seseorang utan rumah itu, maka konsep asal kunjung menggunjng itu menjadi hambar.....

..ini juga berkait dengan konsep bermaaf maafan kerana mulut saja mezahirkan kata kata ampun dan maaf tetapi hati masih berkesumat...apa yang aku lakarkan ini berlaku dalam fraternity aku sendiri dan dalam banyak suasana aku mengata diri aku sendiri!!!!...yeap...terlalu banyak superficial expression masa raya yang membuatkan adat bermaaf maafan itu lebih kepada cosmetic expresseion sahaja.....still, there were instances when love and affection took centre stage and was done sincerely in the spirit of Hari raya , lest not forget about that too...

Mawi during raya.

...rasanya semua dah baca pasal rumah terbuka mawi yang dikunjungi oleh lebih dari 15 ribu orang yang menyebabkan traffic jam sehingga 10 km menuju ke Felda Taib Andak !!!! wow...ini amat menakjubkan dan juga mawi secara official memperkenalkan tunang mawi kepada public dan mawi mendapat kereta savvy yang berplat MAW 1100.....tahniah mawi!!!....

EPL..

...Man U defeated Chelsea 1-0 late last nigth that gave a new lifeline to Alex Ferguson, although i was fast asleep during the 2nd half, the ist performance from Man u was enough to convince me that United was really up to the task....i predicted the slump in chelsea some 3 weeks ago and i was not really surprised to see Chelsea playing very falt indeed...it will take another couple of weeks before the chelsea will surface again....this is the period where other contenders/pretenders to EPL crown to take advantage of this chelsea bad run of result...

..tonight promise to be another entertaining football nite where my beloved Bolton taking on the new look Spurs team under Martin Jol.....my money will be on Bolton to take the 3 full points!!!!...huhuhuhu..sorry yer Bok D gan NHK!!!!....

Kerja bermula..

..selepas the euphoria of celebration last week, coming to work today is a bit anti-climax when you still feel that you need another extra couple of days to get the festive out of the system....i bet many will be on 'MC' for the next couple of days just to recover from the fatigue of travelling and perhaps the financial strain after a superb spending before and during raya!!!!...

..apa apa pun, untuk siapa yang rasa malas bekerja, ingat, ramai lagi orang yang tersadai tanpa pekerjaan akibat retrechment or graduates yang masih menganggur yang kalau ditanya hari ini akn sanggup bekerja during raya as long as they have a job and fixed salary to feed their families....bersyukur dengan apa yang kita ada dan bekerja itu juga adalah satu ibadah kalau kita faham maksud ibadah itu sendiri...

okke,

wassalam..

Saturday, November 05, 2005

Syawal 2......TV craze...

Assalamualaikum,

....a rather slow pace 2nd raya for me probably due to the fact that I need to adjust my timetable for the Jumaat prayer......perhaps i was also pretty fatigue from the 1st day raya activities and this 2nd day was rather a pale shadow to the big 1st day celebration.....

...i was infact glued depan TV tengok rancangan rancangan yang raya related....1st it was the Rumah Terbuka AF at 10.00 am dan i have to confess that this year's show was probably the best thus far....although i did not manage to watch the full show, i was quite surprised with the quality of the show and the acting of the former AF3 students was quite convincing too...the songs were a bit so and so, though i like that mawi's rendition...

..next on line was mawi's platinum concert but i have to give this show a skip for Jumaat prayer...but i was told that it was quite a wonderful concert by mawi and friends....sekarang nei tengah tulis nei, aku tengah repeat of AF xtra....okke lar jugak tapi baru start pun nak kata best ker tak best...

...then , lepas tu aku pergi for friday prayer dan aku juga impressed dengan kandungan khutbah yang menyeru agar amalan ibadat yang dilakukan dalam masa bulan Ramadan diteruskan dibulan syawal dan bulan bulan seterusnya dan kemudian khatib juga menyatakan bahawa rasullulah bersabda akan baiknya memulakan puasa 6 bermula dari syawal 10 ( stand to be corrected).....

..then after prayer , i was probably too tired to do anything lse but sleep, tapi di jemput pula ke rumah jiran untuk makan raya....huhuhuhu....by the time aku lepak balik kat rumah, dah ada sepupu yang datang melawat emak aku...layan jugak anak anak buah yang comel comel...

..so aku managed tengok the making of siti's albert hall's concert dan kemudian concert tersebut...the concert was described as the best from siti but i was not that impressed especially the beginning of the concert.....i have a choice of waiting for the concert to burst alive or take nap...huhuhu...aku chose to tidur lar beb!!...but i was told the concert came alive lepas siti tukar baju kuning!!!!....

...so, awal malam nei aku tengok trekselebriti di germany yang feature mamt khalid...quite interesting jugak...pas tu aku pun tukar channel tengok PGL....perhaps i need towatch the full movie to make any worthy comments.....

..oke lah, got to go for now...btw, Bolton playing Spurs in EPL...so to NHK and Bok D, dream on!!!huhuhuhu...

wassalam..