Friday, December 30, 2005

Hei Hei 2006 Bye Bye 2005 !!!!!

Di ambang 2006..2005 melambai kenangan..

Assalamualaikum,

..hari ini walaupun baru 30 Disember 2005, tetapi technically hari ini adalah working day terakhir bagi ramai Malaysian untuk tahun 2005 ini…maka hari ini adalah masa yang baik untuk melihat kembali performance kita untuk 2005, pencapaian, kegagalan, harapan , kisah dan sejarah kita dan dunia amnya untuk kita menjadi insane yang lebih bersedia di 2006..aku akan selitkan sajak nukilan kawan kawan di halo entry sebelum ini sebagai penyeri entry hari, dengan izin…

..pertama tama, alhamdullilah aku lafazkan kerana diizin Allah untuk terus menumpang di dunia ini untuk setahun lagi….aku adalah orang yang selalu merasakan aku jenis yang umur tak panjang, masa aku kecik dulu , aku selalu rasa aku tak akan hidup lama dan oleh itu bila tamat sesuatu tahun itu atau Ramadan , aku berasa bersyukur kerana aku masih lagi berpeluang untuk melakukan perkara yang aku ingin lakukan seperti menunaikan fardhu haji, menjelajah dunia, menimba ilmu,beramal untuk persediaan akhirat yang tetap datang berbakti pada ibu bapa, bangsa , agama dan negara, makan makanan kegemaran aku, berkawan dan juga melakukan hobi aku berkaitan muzik dan sukan….

Sajak nukilan Bok D untuk Bonda bonda kita dalam kenangan – Al-Fatihah

bonda,


aku dicubit rindu lagi...
pada senyummu yg tidak jemu terukir
pada pandangan ibumu yang sejati
pada kejutan subuh jarimu
pada airmata riangmu
pada sentuhanmu
pada bebelanmu
pada marahmu
dan padamu

...Bok D 12.29.05 - 5:12 pm #


..2005 is a mixed year of laughter and tears, triumph and defeat, happiness and sadness, success and failure …..walaupun apa sekalipun review aku tentang 2005, aku tidak boleh berubah apa segala yang sudah berlaku melainkan melihat dan memahami iktibar yang terselit dalam setiap apa yang berlaku samada baik atau kurang baik…

Sajak Nukilan KPD

Tahun 200Lima

ku kenal banyak nama..
santapanhati di ratah bersama
Ukhuwah insaniah li-wa-lakum jami'a..
Menggapailah harapan lama
tahun mendatang mungkinkah sama
pastikah masih bersama
atau hanya tinggal nama..
Pada tuhan yang adil saksama
Semoga nama kami dan mereka di jannah bergema..Aminnn
200enam...
dakaplah kau genggam
hari bakal meniti manis dan suram
secubit gula sebutir garam..menjadi perencah perisa ragam..
wassalam fi akirul Qalam

Assalamualikum...

KPD 12.29.05 - 5:14 pm #


..dari sudut dunia sejagat, 2005 boleh lah dikategorikan sebagai tahun bencana bermula dengan kesan tsunami yang bermula 5 hari sebelum 2005 sehinggalah banjir besar di utara negara yang masih meninggalkan kesan dipenghujung 2005….dunia juga digegarkan dengan siri gempabumi yang mencapai climax dengan gempabumi besar di sempadan India,Pakistan dan Afghanistan…kapalterbang terhempas sanan sini, bom meledak di bumi Iraq,Indonesia, Pakistan, India dan sealatan Thailand… Israel terus menggundang bom dengan polisi zalim mereka terhadap Palestine dan Dr.Azhari terbunuh atas tuduhan menjadi pembikin bom tersohor di nusantara…

..banjir telah menenggalamkan New Orleans dua hari selepas pesta gay di sana, banjir juga di China , Indo-Cina dan tanah runtuh di serata dunia…bencana alam adalah sinonim dengan 2005…

…namun di Malaysia , dalam siri bencana yang berlaku , terbit pula satu bentuk kejutan melalui seorang hamba Allah yang bernama Mawi….manusia biasa ini telah dinaikkan mertabat oleh Allah swt untuk menjadi manusia yang paling di sebut sebut untuk tahun 2005…segala tentang Mawi adalah petunjuk kepada kita semua bahawa kejayaan kita juga mungkin ‘just around the corner’….Mawi telah memberi nafas baru dalam dunia entertainment negara dan Mawi telah berjaya menyemarakkan dunia hiburan yang telah lama merudum….

…personally, aku merasakan 2005 adalah tahun bertuah kerana tahun ini aku telah bertemu dengan ramai teman baru di dunia maya ini melalui blog Ilham….tiada hari yang ‘dull’ lagi dalam hidup aku ini bila ditemani oleh kawan kawan yang sudi berkongsi pendapat, idea dan perasaan …..aku bersyukur dengan apa yang diberi oleh Allah swt kepada aku dalam konteks persahabatan ini walaupun tidak bersahabat…alhamdullilah..

Sajak/pantun nukilan Vaart

Bulan januari menjelang tiba

December pon tinggal 2 hari sajer
Tidakkah terdetik seketika diminda
Untuk kita get together-gether?

Get together-gether di bulan December
Walaupon tak cukup korum kita tetap gether juger
Tempatnya pula usahlah dikira
Di kedai mamak pun occay what apa?

Di kedai mamak kita gether2
Kalau nak makan nasik kek situ pon ader juger
Cubolah teka dalam ramai2 tu sapo yang takde
Sapo lagi tentulah zack si puteri jawa sebab kan dia pemalu orangnya?

peace!!

vaart 12.29.05 - 5:22 pm #

…tapi aku juga tidak dapat lari dengan rasa ‘excitement’ dengan kehadiran tahun 2006 iaitu dengan harapan inilah tahun yang akan merubah segalanya…tahun dimana segala impian menjadi kenyataan, tahun di mana puncak yang didaki telah tercapai jua, tahun di mana kejayaan itu datang melimpah….insyaallah….

…tetapi, kalau 2006 is half as good as 2005, I will be delighted !!..terlalu mudah kita melupakan apa yang kita lalui kerana masa depan menjanjikan sesuatu harapan dan harapan itu adalah sesuatu yang menyeronokkan…terkadang jalan mencapai kejayaan itu adalah lebih indah dari kejayaan itu kerana kejayaan yang tercapai tidak lagi membawa harapan , sedangkan harapan/wish/hope adalah manis dalam kuih, pedas dalam lauk, pahit dalam ubat yang sebenarnya membawa seribu kenangan pada kita….

Sajak nukilan Aya

izinkan pemergian untuk kali ini....

sekiranye esok mentari masih bersinar lagi...
insyaallah aku pasti dic-ni....
kerna dic-ni ku temui...
persahabatan yg hakiki...walau tanpa mengenali...

Kesedihanku mungkin menyusahkan kalian...
Namun aku bangga ..kalian adalah sebahagiaan...
teman yg membahagiakan...

Ilham...

maaf kerana terselit duka di blog mu....
bukan sengaja....ia dtg tiba2...
sekali lagi maaf ku pinta...
dari insan yg hatinye terluka...

Buat semua...
Assalamualaikum!!!!

Aya 12.29.05 - 5:24 pm #

..marilah kita menempuh hari hari akhir 2005 dengan melihat apa yang kita tulis dalam diary kita sepanjang tahun untuk kita menghargai pahit getir yang kita lalui dalam 2005 ini, kita baca semula semua resolution yang kita tulis semasa memasuki 2005 dulu dan kita catatkan kejayaan mahupun kegagalan kita dalam tahun 2005…adakah amalan kita bertambah, adakah weight kita telah berkurang sebagaimana kita harapakan, adakah financial management kita bertambah kukuh sebagaimana kita rancangkan, adakah kita menjadi anak yang lebih baik pada parents kita dalam 2005 ini, adakah kita berjaya menggurangkan ‘temper’ dari tahun 2004, adakah kita lebih seronok dengan siapa diri kita ini dari diri kita di tahun 2004…

sajak nukilan Darlinglara

Hampir sempurna langkahmu 2005

Meninggal jejak di lantai hati
Tidak kan terpadam walau banjir
Walau ribut
Walau taufan melanda

Di situ juga pernah terpalit
Darah dari luka2Di hati .. di jiwa … dan di minda
Dengan kudrat dan tenaga
Yang tinggal ini
Biarla ku cuci biar bersih biar suci
Sendiri

Bayang 2006
Tiba la segera
Tidak aku nanti janji
Tidak ku tunggu mimpi
Aku akan tetap jalani
Dengan kekuatan yang ada
Walau diri tidak sekekar mana
Kerna ku tahu aku mampu galas apa yang Kau beri

DarlingLara 12.29.05 - 5:25 pm #


..walaupun tahun baru kita hanya akan tiba di awal muharam tetapi tidak salah juga dari sudut perancangan kita bermula bersedia untuk cabaran baru ini menjelang 1 Januari 2006 ini…

kepada semua penggunjung blog Ilham, izinkan aku menggucapkan Selamat Menempuh 2006 dengan jaya dan semoga kelian akan diredhai Allah swt senantiasa…raikankan haloscan hari ini dengan nukilan nukilan indah menggambarkan perjalanan kelian di 2005 dan harapan kelian untuk 2006 ..


wassalam…

Thursday, December 29, 2005

Merry X'mas !!!! boleh ker ??!!!....

Assalamualaikum,

...NHK telah mencadangkan entry hari iaitu untuk topik boleh atau tidak kita meraikan atau melafazkan kata kata sambutan/wishing seseorang kafir atas perayaan mereka yang berasaskan agama seperti X'mas, Thaipusam, Wesak dan sebagainya....

..tetapi sebelum itu aku nak berkongsi perasaan bersyukur dan lega dengan kisah Muhammad Abdullah ( M.Moorthy) yang telah selamat dikebumikan sebagai seorang Islam di tanah perkuburan Islam di Danau Kota , KL dan semoga Allah akan memasukkan roh beliau dan roh kita jua nanti di kalangan golongan orang beriman...Allahuakbar, Allah Maha Besar, Allahuakbar....ada terasa linangan airmata di pipi ku melihatkan gambar jenazah arwah diusung oleh jemaah dan tahniah pada kor agama angkatan tentera dan Majlis agama Islam WP kerana telah komitted dalam hal ini....dalam kita bersyukur kerana martabat agama kita upheld, kita sampaikan salam takziah pada keluarga terdekat arwah dan semoga episod ini akan memberi hidayah pula pada mereka, insyaallah...

..maka topik hari ini ada relevennya dengan kes perebutan jenazah ini kerana ada beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan oleh orang Islam walaupun pada logiknya ianya nampak tidak memberi apa apa kesan besar dari sudut kemanusian apabila dilakukan...dalam hal pengkebumian secara Islam ini ianya adalh tuntutan dan merupakan fardhu kifayah yang dituntut dan membiarkan jenazah orang Islam ditanam di buka mengikut hukum Islam adalah sesuatu yang tidak dapat diterima...mungkin sceptics akan bertanya bagaimana dengan kes kes dimana bencana di mana jenazah tanpa mengikut agama ditanam dalam satu kubur !!!???...inilah exceptional to the case when the bodies recovered beyond recognition and in some other cases ( tsunami) , the health concern in relation to corpses lying around was more overwhelming that mass burial was the logical solution... waulahhuaqlam...

...okke lah, aku tak akan cuba attack this topic dari segi hukum kerana aku kurang mahir tetapi aku mengharapkan kelian yang arif untuk memberi sedikit input dari segi hukum Islam dari aspek menyapa dengan bukan bermaksud untuk meraikan perayaan agama lain yang bukan Islam....

...aku akan hanya cuba melihat isu ini dari aspek yang pro and cons atas pandangan peribadi aku sahaja....pada asasnya aku faham bahawa kita tidak boleh memberi salam atau menjawab salam kepada dan daripada kaum kafir dan sekiranya kita diberi salam juga oleh kaum kafir ini maka ada satu jawapan khas untuk mereka....ini ada kaitan dengan sikap celaka kafir zaman Rasullulah yang menggucapkan kata kata 'nasty' dalam salam mereka pada orang Islam dan atas dasar tersebut tidak dibenarkan memberi salam ( stand to be corrected )...atas dasar ini aku setuju....

...now, dari sudut budi bahasa orang malay , kita selalu berlapik cakap dan banyak kali aku dengar orang yang berucap akan menyatakan " salam sejahtera pada yang bukan Islam" yang sebenarnya adalah 'salam' juga....aku merasakan ini adalah 'proper' dan mungkin tidak ada maksud sejahtera dari sudut agama mereka tetapi sejahtera dari sudut kemanusian iaitu yang membawa makna mengharapkan mereka selesa dalam majlis yang dihadiri...

...tetapi yang lebih kronik ialah menggucapkan kata selamat/ wishing orang kafir Merry X'mas dengan tujuan bermanis mulut dan bukan menyambut atau meraikan perayaan agama mereka...selalunya aku juga terpaksa menyatakan kata kata ini dalam memo atu circular atas dasar warga kerja terdiri dari berbilang bangsa dan agama dan perhaps atas dasar menghormati mereka bila mereka juga menghormati perayaan kita...di sini berlaku percanggahan pendapat dari sudut boleh atau tidak boleh untuk melakukannya....banyak dari larangan dalam Islam adalah dari sudut 'prevention better than cure' maka adalah dikhuatiri menglafazkan kata kata meraikan sesuatu perayaan agama yang lain itu boleh merosakkan aqidah apabila tidak difahami maksud yang disebut.....maka dalam hal ini jalan keluar yang baik ialah rephrase kita punyer wish , iaitu instead of "Merry X'Mas to you" kita boleh ubah " I hope you will enjoy 'your' celebration of X'mas" ...contoh pertama seolah olah kita participating tetapi yang kedua lebih kepada kita setakat acknowledging....

....ini juga berkaitan dengan situasi perkahwinan dan kematian di mana kita berada dalam suasana perlu berada di gereja dan temple yang mengikut acara agama mereka....dalam hal ini kita terkadang dalam jawatan kita seperti wakil rakyat, ketua masyarakat setempat, ketua jabatan tidak dapat mengelakkan keadaan ini atas dasar hormat dan tanggungjawab/tugas dan sahabat rapat, dalam keadaan ini aku merasakan tindakan kita boleh menaikkan martabat agama kita itu sendiri dari sudut tolerance....

...tetapi yang aku rasa kurang senang ialah melihat orang malay sama ramai dengan orang Hindu yang meraikan Thaipusam dan ada yang berniaga pula di kawasan tersebut....aku juga kurang molek orang kita sama sama meraikan 'velentine's day' yang nyata ada dengan kaitan sambutan atau sejarah dalam agama Kristian dan sebagainya....

..maka kalau kita balik pada context budi bahasa , aku rasa kalau kita wish kaum kafir ini untuk perayaan agama mereka dengan niat kita atas sekadar 'manis mulut', maka mungkin ianya tidak memudaratkan aqidah kita kerana kalau niat kita betul, Allah swt lebih mengetahui...

..apa yang jelas dari pandangan aku ialah larangan kepada wishing the kafir itu ada kena menggena dengan lafaz itu ibarat doa dan melafazkan goodwill saying pada perayaan agama lain seolah olah mendoakan kesejahteraan agama yang bukan agama Islam yang kita anuti...atas dasar ini juga menyakinkan bahawa perkataan meLAYU seolah seolah mendoakan bangsa kita menjadi layu ada kebenarannya...

...sesuatu undang undang dalam Islam adalah hukum yang ditetapkan oleh Allah swt walaupun akal manusia mungkin tidak nampak logiknya...otak manusia aku ini kadang kadang tidak faham mengapa suami isteri terbatal air sembahyang bila bersentuh sedangkan suami isteri halal untuk bersetubuh, walhal tidak batal airsembahyang menantu dengan mertua ( stand to be corrected)....inilah namanya Hukum sebagaimana haram meminum arak, makan babi atau berjudi sedangkan kaum kafir selalu mempersoalkan 'logik' hukum ini....

mungkin ayat 15 surah Asy-Syura yang membawa makna " Allahlah tuhan kami dan tuhan kamu:bagi kami amalan amalan kami dan bagi kamu amalan amalan kamu.Tidak ada hujah pertengkaran di antara kami dan kamu. Allah menghimpunkan di antara kita dan kepada-Nyalah kita kembali " boleh dijadikan reference dalam hal topik ini..waullahuaqlam..

wassalam...

Diary Diri 28/12/2005

Assalamualaikum,

..weekend panjang memberi masa untuk aku menulis beberapa entry yang dicadangkan oleh kawan kawan...okkelah, aku examine isu isu yang aku nampak significant...

Banjir

...keadaan banjir semakin baik di negeri negeri yang terlibat dan dengar cerita keadaan adalah lebih teruk di selatan Thai...selepas tsunami melanda Aceh, bumi Aceh menjadi subur dan kemudian mendapat pulak kuasa atonomi..adakah bencana di selatan Thai juga akan membuka jalan ke arah sejarah baru Pattani ??....

..aku harap mangsa banjir di perlis, kedah, kelantan dan terengganu akan diberi bantuan saksama tanpa menggira pegangan politik mereka...


Mawas

...aku agak hairan kisah Mawas/Bigfoot menjadi tajuk besar akhbar arus perdana ?? adakah kisah Mawas ini nak menutup kisah yang lebih penting iaitu kisah Muhaamad bin Abdullah aka moorthy ??....adakah kisah mawas nei nak menutup kisah MAS ??...adakah kisah Mawas nai nak meredakan kisah ketuk ketampi ???....

regardless, aku merasakan Mawas ini memang ada di hutan khatulistiwa ini dan aku pernah mengikut satu kisah bigfoot di Discovery Channel dan di mana war veteran US di Vietnam claimed telah menangkap sekeluarga Bigfoot/mawas dan membawa ke US untuk tujuan commercial...kesahihan berita ini tidak dapat di'confirm'kan...

..tetapi aku yakin Mawas ini is for real....dan aku rasa satu kajian atau pencarian terperinci dibuat oleh kerajaan negeri Pahang/Johor dan juga jabatan hutan sebelum kawasan itu dicerobohi oleh tad innit yang memang mencari mawas ini untuk menjadi bukti teori darwin mereka itu...


Moorthy alias Muhammad bin Abdullah

....at this point of writing aku masih menanti nanti keputusan jenazah Moorthy alias Muhammad bin Abdullah, cuaca mendung hari ini seolah olah memberi gambaran yang agak menakutkan...apa yang aku nak kata ialah, kalau siri penghinaan terhadap Islam ini tidak dibenteras, maka tunggu saja lah mala petaka datang untuk membersihkan bumi ini dari penyelewangan akidah ....

..sama samalah kita berdoa agar sesuatu yang baik akan hadir di akhir saga ini...

EPL

...great weekend of football with Liverpool really catching my attention...I thought Crouch was outstanding and looking very much like a secret waepon for england for the upcoming world cup...i thought that Newcastle rightback, Peter Ramage was quite impressive too....

...Bolton drew with sunderland and I have to admit that i was quite satisfied with the outcome since Bolton has this tendency of losing focus against the lesser opponents..

....Fulham nearly pulled the impossible at Stamford Bridge and Man U were quite devastating against WBA....Thursday morning games plus those on saturday will probably determine the outcome of the season...

Soccastar

..walaupun aku tak ikut sangat siri ini tapi aku tertenggok juga game diantara apprentice soccastar dengan PDRM under 21....when the score was 3-1 in PDRM favour, a free for all broke up between the players that ended the game ....

...bukan saja budak soccastar ini lacking in skill tetapi juga disicpline...perkara yang sama juga hampir berlaku bila apprentice ini melawan UITM about 2 or 3 weeks ago...

....dari pengamatan aku siri ini patut dipendekkan kerana tidak ada seorang pemain pun yang mencapai tahap Malaysia Cup dan jurulatih soccastar ini tidak layak...he was probably to be blamed for the free for all with his rather aggresive remarks from the sideline ...

..6 apprentices were voted out and this could be due to the free for all incident....my verdict is that this Soccastar is a big failure and should be shortened before somebody really get hurts on the field..

..I was told that one decent player was already 32 years old and captain the apprentice team but what future do a 32 year old footballer wannabe has in football??!!!...silly!!!

Misi Suara Hati

...alhamdullilah, sasaran telah tercapai dan cash collection at RM 122 k ++....tahniah pada kumpulan ini....aku selalu terfikir mengapa tidak banyak orang Islam individu atau kumpulan atau prganisasi Islam melakukan kerja kerja kebajikan untuk warga istimewa ini ??...mengapa rumah rumah ini dilakukan oleh Club Lottery dan juga Chessire Home adalah dijalankan oleh badan agama yang bukan agama Islam....begitu juga, rumah penjagaan binatang binatang yang terbiar seperti yang ada di Ampang itu, mengapa tidak ada rumah penjagaan binatang yang dijalankan oleh orang Islam....memang ada rumah rumah anak anak yatim persendirian tetapi sudah sampai masa untuk rumah orang istimewa dijalankan oleh organisasi islam seperti Pusrawi dan sebagainya untuk memulakan...

BTW, kehadiran Mawi di penghujung persembahan malam Gala Misi Suara Hati menunjukkan betapa manusia bernama Mawi ini sanggup melakukan sesuatu yang istimewa tanpa memerlukan beliau menjadi focal point of the concert...tahniah mawi!!!!..

wassalam

Monday, December 26, 2005

26 December is here !!!!...

Assalamualaikum,

..selepas tsunami tahun lepas maka telah tersebar satu e-mail yang menggaitkan 26 december dengan bencana di dunia....aku tidak terkecuali dari merasa takut untuk keluar rumah esok kerana takut dengan kemungkinan kemungkinan yang akan berlaku!!!...

...tetapi setelah aku memikirkan bencana alam yang berlaku setahun yang lepas , maka banyak kematian berlaku sebab bencana bila kita berada tempat yang paling kita rasa selamat iaitu di rumah....tsunami melanda penghuni rumah yang mungkin merasa selesa di rumah sendiri, gempabumi di Kashmir menelan penghuni rumah yang mungkin sedang berasa selamat di rumah sendiri mahupun banjir besar di New Orleans yang melemaskan penghuni rumah yang merasa rumah adalah tempat yang tidak akan menyelamatkan mereka.....maka berasa selamat tidak bermakna hidup dan berasa takut tidak bermakna mati....

...tetapi aku yang sedang menulis on the eve of 26 December, tidak lari dari perasan bertanya diriku sendiri samada akan ada bencana alam seperti pada 26 December sebelum ini.....kalau ada, di mana ??, apakah bentuk bencana alam yang akan tiba ??, apakah aku akan terselamat dari bencana alam ini ???......

..mungkin wajah wajah mangsa tsunami itu rasanya masih jelas dalam ingatan, video video kekuatan ombak melanda Phuket masih menghantui fikiran ku dan kesan kesan aftermath tsunami di Aceh masih menakutkan aku bahawa kiamat kecil ini akan berlaku bila saja Allah mahu ianya berlaku....

..sebenarnya kita tidak dapat lari dari bencana alam ini bila ianya tiba kepada kita kerana kematian itu sudah tercatat dari azali dan merupakan perjanjian kita dengan yang Esa...namun tiada manusia yang normal mau mati walaupun mati itu lebih baik dari hidup...tetapi perasaan takut ini tidak pula melarikan diri kita dari meminati membaca kisah kisah pembunuhan/murder story, kisah peperangan mahukan kisah kisah yang membabitkan orang yang sudah mati...

.....esok 26 December, adakah tangan tangan gatal superpower akan menggunakan tarikh 26 December ini untuk 'experiment' sesuatu teknologi yang menghancurkan kehidupan manusia dan menyalahkan tarikh 26 December sebagai penyebab???

...bagi aku bencana 26 December akan berlaku dalam bentuk penghinaan terhadap Islam sekiranya kes jenazah Muhamad bin Abdullah atau Moorthy tidak memihak kepada Jawi( at this point of writing I am still waiting for the final outcome)...inilah bentuk bencana yang menakutkan sekira ianya berlaku kepada seseorang yang sudah menggucapkan shuhadah....

....wassalam...

Friday, December 23, 2005

Menunai Haji ke Mekah atau melengkap Rukun Islam ??

Assalamualaikum,

.....musim haji sudah bermula dan wukuf dijangka pada Januari 10,2005....maka atas cadangan Bok D, aku cuba meneroka isu ini sebagai asas perbincagan hari ini...

...masa zaman minggu suai kenal di varsity dulu, salah satu soalan maut member member aku pada freshies ialah apakah Rukun Islam ke 6 ??!!!!.....maka tergamamlah budak budak freshies nei bila mendengarkan soalan ini dan mana junior yang agak alim pulak akan mula mengeluarkan firman dan hadis untuk menyangkal soalan member2 aki ini.......berpinar pinar lah si freshies nei bila dikatakan bahawa ada satu lagi rukun Islam ??!!!...setelah kena ketuk ketampi atau menyanyi sebagai denda tak tau rukun ke 6 dlam Rukun Islam maka baru lah diberitahu jawapan..

senior : " ko cakap kat akubaik baik apa Rukun Islam ke 5 ??"
freshies " " pergi naik haji , bang "
senior : " lepas naik haji ko buat apa "
freshies : " balik negara masing masing "
senior : " ah!! tu lar rukun Islam ke 6, balik kampong lepas naik haji... kalau ko tak balik, ko kena tangkap ko tau tak ".. siuttt yer soalan...baru lah junior junior nei tersengih sengih sakit hati tahap sheila on 7........just for the sake of ragging sayang dan the fun of it!!!!.....huhuhuhu..

....sebagaimana ramai yang lain di dunia ini, aku juga rasa tak sabar untuk 'dijemput' oleh Allah swt untuk ke Baitullah kerana aku berkeyakinan bahawa anda perlu dijemput oleh Allah swt untuk sampai ke Mekah....ramai sudah yang ingin menunaikan haji tetapi tidak kesampaian walaupun mampu dari segi kewangan kerana tidak dijemput olah yang Esa, IMHO....

..aku meletakkan tajuk hari ini 'Menunai haji ke Mekah atau Melengkap Rukun Islam" kerana dari pengamatan aku ada perbezaan diantara dua makna ini....actually, jika kita hanya mahu menunai rukun Islam ke 5 iaitu menunai haji, maka, kita perlu setakat 6 atau 7 hari di tanah suci untuk melengkap syarat syarat wajib dan sah menunai fardhu haji termasuk melakukan tawaf selamat datang, saie, umrah, kemudian wukuf, melontar, bermalam di mina, dan lain lain tertib dalam ibadat rukun haji tersebut....maka kita probably memerlukan 6 ke 7 hari sahaja...apa yang kita lakukan hari ini ialah menunaikan Haji dengan melakukan ibadat dan amalan untuk pembersihan diri dan juga ziarah....( stand to be corrected on this PoV)...

....hari ini menunaikan Haji adalah merupakan satu industri besar dan tanpa penerbangan haji memungkin MAS ditutup dengan kadar segera...aku pernah diajukan soalan adakah haji sekarang sudah tidak sama maknanya kerana sudah ada khemah yang berhawa dingin dan duduk di hotel hotel mewah semasa menunaikan haji....aku tidak setuju dengan pendapat bahawa teknologi dan kemewahan menggurangkan signifikan haji tersebut kerana bagi aku yang penting ialah niat untuk menunaikan haji tersebut... ramai yang duduk di khemah hawa dingin masih merasa panas dan ramai yang duduk di khemah panas merasa sejuk...ini semua adalah dugaan Allah pada mereka yang menunaikan fardhu haji...

..Ustaz Ismail Kamus pernah aku dengar di TV dulu telah menunjukkan persamaan menunaikan haji dengan persediaan untuk mati/hari akhirat nanti iaitu :

1) dihantar oleh kaum keluarga ke airport ibarat di hantar ke kubur
2) memakai ihram ibarat dikapan
3) wukuf di Arafah ibarat berada di padang masyar

ini sahaja yang aku ingat tetapi perumpamaan yang dibuat ini adalah sangat menarik sekali dari pandangan aku....

..sekarang kita kena tanya diri kita mengapa kita mahu menunaikan Haji....adakah:

1) untuk melengkapkan Rukun Islam
2) untuk beribadat
3) untuk mendapatkan title haji/ikut trend
4) untuk membersihkan diri
5) others

..kalau aku, aku ingin menunaikan atau melengkapkan Rukun Islam yang 5 itu dulu kerana rasanya tidak cukup sifat aku sebagai Islam sekiranya aku tidak melengkap Rukun Islam ke lima ini.....atas dasar ingin melengkap Fardhu Islam ke 5 ini , aku berharap akan diadakan package haji 7 hari yang harga sekadar RM 3 sahaja untuk kumpulan orang yang macam aku untuk melengkap Rukun Haji yang 5...

..yeap, mungkin ada yang berpendapat agak kurang ajar kita atau kurang hormat kita kalau tidak menjenguk makam Rasullulah saw di Madinah tetapi aku merasakan dalam keadaan dunia hari ini, lebih ramai anak muda akan menunai Fardhu Islam ke 5 ini jika ada package yang khas untuk menunaikan fardhu Islam ke 5 ini...

...hari ini ramai yang 'mampu' tidak dapat menunai fardhu Islam ke 5 ini kerana masalah yang 'common' seperti tak ada cuti dan masalah penjagaan anak.....dengan adanya package yang aku cadangkan ini akan membolehkan kumpulan ini untuk melengkapkan Rukun Islam ke 5 ini dengan kadar segera...lebih lebih lagi pada yang sudah pernah melakukan umrah sebelum ini, maka package ini adalah lebih bermakna lagi pada mereka...

... August tahun lepas aku telah published entry " Titian Kaabah' dan aku harap kelian dapat membaca entry aku ini...

....hari hari aku berdoa ke hadrat Illahi agar aku akan dijemput ke Baitullah untuk menunaikan Rukun Islam yang ke 5 ini...walaupun rukun Islam ke 5 ini dilonggarkan, tetapi aku berharap aku akan dijemput ke sana dengan kadar segera....aku ingin merasakan nikmat bersembahyang di hadapan Kaabah sebagai kiblat itu benar benar di depan mata, berada di Arafah masa wukuf dan segala yang aku pelajari dan aku tontoni sekian lama ini...

..pada kawan kawan aku yang sudah mampu, pergi lah kelian dulu, jangan ditunggu dan jangan ditangguh..sesungguhnya perjalanan menunaikan Rukun Islam ke 5 ini adalah perjalanan yang paling indah yang seseorang manusia itu boleh lalui di dunia ini...

..di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat bercuti panjang hujung minggu ini dan mulakan tahun baru dengan review pencapaian kita tahun 2005 ini....ingat, tahun depan mungkin tahun paling berjaya dan jangan lupa tahun depan juga mungkin tahun kita meninggalkan dunia ini, maka rancangkan secara 'balance' apa yang ingin kita capai untuk tahun depan....

...selamat bersedia untuk dugaan Allah seterusnya dan berusaha bagaikan kau akan hidup selamanya di dunia ini dan beramal lah bagaikan kau akan mati esoknya...


wassalam

Thursday, December 22, 2005

Tsunami dalam kenangan...

Assalamualaikum,

..tanggal 26 Disember akan dikenang sebagaimana tanggal 13 Mei dikenang walaupun dalam pespertif yang berbeza tetapi dari segi kenangan tarikh dengan peristiwa, maka disember 26 akan menjadi tanggal yang akan dikenang setiap tahun atas kesannya pada manusia dan kemanusiaan...

...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul....baru minggu lepas seorang mangsa tsunami di Kedah meninggal dunia selepas tidak recover dari trauma tsunami semenjak setahun yang lepas...Al-fatihah pada arwah dan al-fatihah juga kepada semua mangsa tsunami yang beragama Islam yang telah meninggal dunia semasa tsunami yang lepas...

..tsunami juga bersamaan dengan tarikh mak cik aku meninggal dunia dan tsunami reached the malaysian shore bila aku berada di tanah perkuburan untuk pengkebumian mak cik aku ini...al-fatihah..

...apa yang telah kita belajar dari tsunami ???...apakah kesan tsunami yang sungguh dasyat impaknya pada manusia dan kemanusiaan tersebut masih lagi tebal dalam hati kita ??..adakah pengajaran dan hikmah yang diturunkan Allah kepada kita melalui tsunami ini masih kukuh dalam ingatan kita ???...

..aku rasa tidak ....kita tidak langsung belajar dari tragedi tsunami sebagaimana kita tidak belajar dari tiap tiap tragedi yang diturunkan Allah sebagai peringatan pada kita umat manusia...sebagaimana tragedi tsunami , begitu juga kita melihat orang mati accident di jalanraya, habis tempoh 'memory' kita, maka kita mula berlumba dijalanraya, memaki hamun pemandu lain dan hanya memakai tali pinggang keledar bila nampak kelibat polis....mengapa ini terjadi ????..ini terjadi kerana kita tak merasakan perkara tersebut akan berlaku pada kita dan kita selalu merasakan yang ianya hanya berlaku pada orang lain....iktibar peristiwa itu hanya nampak pada saat dan ketika itu sahaja, datang AF3, kita lupa sudah kesan tsunami pada survival kita di dunia ini dan tsunami hanya tinggal tragedi bagi mangsa yang terlibat...

..sebenarnya aku menggata diri aku sendiri yang kononnya tersentuh dengan kejadian tsunami tetapi kemudian terus khayal dalam kesibukan harian sehingga tsunami itu menjadi perkataan yang mendatangkan keseronokan seperti 'tsumawi' dan sebagainya...

..harus kita ingat selepas tsunami, ada pula tragedi karamnya new orleans oleh taufan, terbenamnya sebahagian besar kashmir oleh gempa bumi dan berbagai bentuk mala petaka yang menyelubungi hampir setiap keping tanah di dunia ini...

...hari ini kita di malaysia mengalami natural disaster dalam bentuk banjir besar di negeri negeri di perlis, kedah, kelantan dan terengganu tetapi malapetaka yang kita alami adalah tersangat kecil kalau dibandingkan dengan masalah harian yang dilalui oleh mangsa tsunami yang menyebabkan anak menjadi yatim, si isteri dan suami menjadi janda dan duda dan yang berharta menjadi papa...

...marilah kita mengenang tsunami dengan bersyukur kerana kita telah dielakkan dari diduga dengan tsunami tersebut oleh Allah swt, berdoa pada Allah swt supaya kita, keluarga dan negara kita dijauhkan dari dugaan malapetaka ini dan juga memohonkan pada Allah swt supaya tidak melupakan kita akan pengajaran dan iktibar dari kejadian yang diturunkan oleh Allah swt..
...tanggal 26 Disember telah mencatatkan banyak tragedi tragedi besar terhadap manusia dan kemanusiaan maka tarikh ini menjadi lebih ditakuti dan dinanti lagi untuk tahun ini...sudah ada rumours yang kononnya tsunami akan melanda malaysia dan singapura tahun ini sehinggakan ada yang menyuruh orangramai menjauhi kawasan pantai hujung minggu ini...kononnya epic center earthquake telah berubah kedudukan selepas tsunami dulu yang menjadikan kedua dua buah negara ini vulnerable kepada the next tsunami in this region....regardless, bala dan bencana alam bukan berlaku pada satu bentuk kejadian sahaja atau pada tarikh tertentu sahaja...yang penting ialah persediaan kita apabila datangnya bencana tersebut terhadap kita..kematian itu nyata dan bila dan di mana sahaja yang tidak diketahui....

Tsunami dalam kenangan, dugaan Allah tetap akan datang...

wassalam..

Tuesday, December 20, 2005

Sahabat dan Persahabatan

Assalamulaikum


Sahabat dan Persahabatan

..entry ini adalah dicadangkan oleh zack dan terima kasih pada zack…actually aku sudah pernah menulis di entry dulu dulu berkenaan dengan hal ini tetapi aku menulis entry kali ini without referring to what was written previously…in case ada repetition, maksudnya secara tak sengaja sebab otak yang sama berfikir…

…memang tidak dinafikan bahawa sahabat dan persahabatan adalah perkataan yang memberi maksud yang sangat tinggi nilai moralnya tetapi at the same time the most prostituted words ever uttered…ini lebih nyata lagi dalam politik yang mana perkataan sahabat an persahabatan ini digunapakai macam tukar pampers anak kecil….

..sejarah sahabat dan persahabatan yang paling di’celebrated’, yang paling menghiburkan dan juga yang paling tragik adalah persahabatan lima sahabat hulubalang Kesultanan Melaka….Hang Tuah, Jebat,Kasturi,Lekir dan Lekiu adalah lima manusia yang bersahabat atas dasar tanggungjawab pada Raja dan kemudian menjadi lagenda malay dan kemudiannya berpisah dengan secara tragic atas dasar persahabatan dan loyalty tak bersempadan terhadap kesultanan….kisah ini sungguh hingga timbul ‘mitos’ bahawa kalau berkawan jangan berlima , dikhuatiri nanti berkawan tak lama!!!…

…..kita juga diingatkan kisah persahabatan tercalar oleh kerana semangat nasionalisme iaitu diantara Nogay( spell ??) dan Hillary iaitu ‘sahabat’ yang merupakan orang pertama menjejak the peak of Mount Everest….bila keduanya turun dari gunung, berlaku pertandingan atas semangat nasionalisme oleh rakyat negara masing masing untuk menentukan siapa sebenarnya menjejak kaki di puncak sana….polemik ini telah mencalar persahabatan dua manusia yang telah berkorban nyawa membantu satu sama lain untuk sampai ke puncak ….mereka tetap bersahabat tanpa persahabatan !!!!

….di zaman hari ini bila makna persahabatan itu menjadi sesuatu yang sukar difaham maknanya maka kita buka TV dan menonton siri Friends untuk merasakan makna friendship tersebut….dalam siri Friends ini kita melihat bagaimana watak watak individu dibentuk/develop menjadi sahabat yang sungguh ‘real’ sekali….walaupun mungkin ‘fiction’, tetapi siri Friends adalah tempat aku mengingatkan zaman aku bersahabat sehidup semati di zaman childhood, sekolah dan universiti dulu….

Mana lebih penting sahabat atau persahabatan ???….hubungan suami isteri adalah hubungan persahabatan yang mungkin bukan diantara sahabat…maknanya kalau semua suami isteri faham konsep persahabatan ini, maka akan lebih kurang kes kes cerai di Malaysia ini….

Maka apakah sebenarnya definisi persahabatan ??…dari pandangan aku persahabatan itu kadang kadang tidak disedari dan hanya disedari selepas sesuatu perkara berlaku……dalam hal ini persahabatan itu mungkin seorang yang tidak kenal langsung…sebagai contoh masa aku accident dulu, aku telah dibantu oleh orang yang tidak ku kenali untuk membawa ku ke hospital maka mereka yang tidak aku kenali ini telah memberi aku persahabatan tanpa meminta pulangan/balasan….

..aku sedih dengan cerita persahabatan terputus kerana orang ketiga, sahabat menjadi musuh kerana hal menjadi ‘guarantor’, sahabat tidak berjabat kerana kepentingan politik, sahabat makan bini sahabat sendiri, sahabat tak sanggup jadi jebat dan sebagainya…

..tetapi aku ini bless oleh Allah kerana diberi beberapa orang sahabat dalam setiap tempoh atau stages dalam hidup aku yang hingga kini bersama aku dalam susah dan senang…masa aku kecil dulu , ada kami berlima yang merupakan kawan/sepupu/sedara yang menjadi sahabat yang sungguh sejati, walaupun tak serapat dulu, tapi nostalgia persahabatan dulu tak remput layu…

..kemudian aku bersahabat dengan kawan kawan di universiti yang ada hingga kini terus menjadi kawan sejati sanggup sehidup semati…..zaman di kampus adalah zaman paling berseronok berkawan dan walaupun jawatan dan darjat telah mula memisahkan kami namun masih ada sahabat sahabat aku yang masih kekal sahabat dan sesungguhnya akan terus menjadi sahabat dunia dan akhirat..

kemudian aku bertemu kawan yang menjadi sahabat semasa di tempat kerja yang sanggup berdiri teguh atas dasar persahabatan…..kini aku ada kawan yang tidak ku kenali yang menjadi penawar rindu dalam blog ini dan menawarkan persahabatan yang akan memberi aku satu platform baru untuk memahami erti sahabat dan persahabatan.

..tetapi sahabat atau persahabatan aku yang paling aku hargai bagi perbincangan ini ialah ibuku….ibuku lah sahabat aku dari dulu hingga kini yang sungguh aku hargai….ibuku tempat aku menggadu, tempat aku berteduh dan tempat aku menumpang kasih….

…kelian bincangkanlah perkara sahabat dan persahabatan ini di halo untuk kita memahami keseronokan , pengorbanan dan maknanya…

waallaikumsalam

Diary Diri 19/12/05

Assalamualaikum,

EPL

....hei Batrisya!!!!ahaks ahaks ahaks, mintak maaf yer Bat, Bolton menang 4-0 over Everton...huhuhu..4-0 beb!!!!...seperti biasa, siapa yang maki aku bila baca result nei, maka aku maafkan kelian!!!!ahaks ahaks...good weekend of football with so many goals all over the country with Michael Owen of Newcastle and Henri Camara of Wigan scoring hattricks ... I have been watching alot of EPL lately , some very good matches too or perhaps doing very well indeed...

....Arsenal met Chelsea for the match of the week but it was a drab affair....very physical but nothing else and the scoreline 2-0 in chelsea's favour was probably the right result too..

World Club Cup....

Liverpool played well without actually producing anything for their boss, Benitez who stayed in Tokyo despite the death of his father. Liverpool defeated 1-0 by a very impressive Sao Paulo team from Brazil.. I was a bit surprised that the in-form Crouch was not in the team from the very beginning...

European Championship draw..

...the titanic clash between Chelsea vs Barcelona, and Real Madrid vs Arsenal dominated the front page though the Bayern and AC Milan tie is equally interesting....many will go for the spanish giant to go through but I will put my money on Chelsea to go all the way and perhaps Arsenal to squeeze through....

Juliana Banos Kahwin!!!

....hantaran RM 77,888.88 !!!! mak oiiii......apa yang aku suka majlis perkahwinan Juliana ini ialah menyakinkan aku lagi teori Prince Charles dengan Lady Diana itu still alive and kicking!!!ahaks ahaks ahaks...I have this strange feeling that this marriage is going to be good for a long time....tahniah kepada this young couple....so kepada aweks aweks cun , kalau nampak abang jonggos tegur, jangan buat cam benci ekkk!!!!! huhuhuhuhu....


Bantuan kemanusian kepada mangsa gempa bumi di Pakistan, India &Afghan

..Majalah 3 di TV3 membuat coverage berkenaan mangsa gempabumi di sempadan Pakistan,India dan Afghanistan...memang agak sedih melihat keadaan mangsa gempabumi dan juga aku agak terkejut melihat kesan gempabumi di kawasan pergunungan yang sungguh cantik ini....tetapi aku amat bangga dengan ahli sukarelawan dari malaysia yang menjalankan kerja kerja sukarela membantu mangsa gempabumi tersebut...kesanggupan mereka untuk mengadai kesenangan hidup untuk berada di sana adalah sangat murni dan dihargai...tahniah pada kumpulan Globalpeace ini ...

..tetapi apa yang penting ialah mangsa mangsa ini memerlukan bantuan mereka lebih lebih dengan musin sejuk approaching hujung Disember ini...sekiranya ada yang berkemampuan, silalah menghulurkan bantuan kepada mangsa mangsa ini...

Inkuari Awam

....errmmmm...aku ini dah tak baca paper on regular basis and because of that I miss alot of issues seperti Inkuari Awam ini berkenaan dengan kes ketuk ketampi yang dikatakan melibatkan pelancung dari negara China....tetapi melalui Inkuari ini, roper ropernya wanita yang dikatakan disuruh berbogel dan ketuk ketampi adalah wanita malay ???!!!!......frankly aku pun tak tahu nak percaya atau tidak yang gambar tu perempuan malay sebab aku tak tengok lagi gambar/video tu ....

Gerakan gan Umno tengah tension ker ??

...apparently macam ada sikit tension between Gerakan dengan Umno involving statement made by Ku Li berkenaan dengan vernacular school....huhuhu...i think this is payback time to Gerakan for stabbing umno's back during the PP by-election..so lets wait and see...

Trek Selebriti

mungkin aku yang terlewat, tapi trek selebriti pada malam jumaat lepas aku dapat menyaksikan majlis pemenang rumah terbuka bersama bintang AF3 dan syok juga menonton sambutan yang diberikan kepada mawi, felix dan amylea....

Banjir

...tengah banjir all of the country ...Kedah dengan Perlis tengah teruk kalau ikut berita.....minta semua mangsa banjir untuk bersama menghadapi dugaan ini....dan yang penting berhati hati dengan air banjir ini...

okkelah,

wassalam

Saturday, December 17, 2005

Holocaust is a 'myth'.....

Assalamualaikum,

...aku kehadapankan entry ini dulu sesuai dengan hari Jumaat yang mulia ini...

...satu berita yang aku kira menarik telah diketengahkan oleh Presiden Iran,Mahmoud Ahmadinejad yang menyatakan bahawa holocaust itu dongengan atau mitos sahaja yang direka oleh pihak mush Islam untuk mencabul dan merampas baitul muqaddis dan hak orang Palestin...Presiden Iran juga berkata sekiranya holocaust itu benar, sepatutnya 'safe heaven' untuk orang Yahudi patut diberi di benua Eropah samada di Austria atau Germany dimana holocaust itu dikatakan berlaku...beliau juga berkata Israel itu patut dilenyapkan dari peta dunia...

....western media menggangap statement beliau sebagai kenyataan politik untuk beliau mendapatkan tempat di hati rakyat Iran, EU pula merasakan statement itu merbahaya dan US tak sebut apa sebab Bush masih pening dengan Iraq!!!!ahaks ahaks ahaks..

..benarkah holocaust itu satu dongengan rekaan semata ?? kalau benar bagaimana dengan footage TV yang kita lihat selama ini atau filem Schidlers's List ( spell ??) yang telah memenangi banyak Oscar dulu atau benarkan sehingga 2 ke 4 juta yahudi dibunuh dalam proses ethnic cleansing oleh Hitler...

..setelah melihat cara USA melakukan 'wags of war' atau manufacture/fabricate bukti untuk menghancurkan negara lain i.e. Afghanistan melalui 9/11 , Iraq melalui WMD dan Panama melalui dadah, maka tidak hairanlah kalau holocaust ini juga diperbesar besarkan untuk dijadikan agenda mereka untuk membentuk sekutu mereka di middle east...

..Israel lahir selepas perang dunia kedua atas dasar melindungi orang yahudi walaupun sebenarnya ianya mungkin helah 'church' di eropah untuk merampas baitul muqaddis dari tangan orang Islam.Aku juga merasakan bahawa pencabulan keatas palestin yang diketuai oleh British ini mungkin satu buah tangan tanda terima kasih pada US yang telah liberated Eropah dari cengkaman Hitler dan sekutunya semasa WW2....

....hari ini Israel ibarat anak kecil yang tak boleh tersinggung langsung, kena cubit sikit aja, habis semua gangster dunia datang cover...mengapa Israel itu tersangat berbeza, mengapa ada satu undang undang untuk Israel dan undang undang yang lain for the rest of the world...

..hari ini juga orang yahudi sudah memulakan langkah mereka untuk meruntuhkan Masjid Al-Aqsa kerana mereka untuk membina Solomon Temple yang mereka percaya adalah permulaan kembalikannya kekuasaan orang yahudi di dunia ini..

..dalam suasana hari ini di mana ketua negara Arab banyak terdiri dari boneka US, maka statement dari Presiden Iran ini amat dialu alukan. Mungkin Iran berani kerana mereka ada kekuatan tersembunyi dan mungkin juga mereka berani kerana mereka tahu bahawa US dan sekutu mungkin tidak akan mahu terlibat dalam satu lagi pencabulan negara selepas apa yang berlaku di Iraq sekarang ini...

...tetapi mungkin juga ramai orang sunni merasakan tindakan Iran untk menggutuk Israel itu itu untuk menaikkan taraf orang syiah di mata dunia Islam itu sendiri...di sinilah yang selalu aku tekankan bahawa sudah sampai masanya untuk orang Islam seluruh dunia mencari satu formula untuk menyatukan semua mazhab mazhab yang terbina selepas zaman Rasullulah saw...adakah syiah itu terpesong dari Islam ???..kalau ikut ulama sunni, amalan awal imam besar syiah menyimpang akidah mereka, sekiranya akidah mereka tersimpang , maka mengapa tidak ada satu fatwa untuk menyatakan bahawa syiah itu adalah ajaran sesat ??..di sinilah orang Islam melalui OIC harus duduk untuk berbincang mencari jalan penyelesaian supaya akidah yang terpesong boleh diluruskan dan bentuk amalan yang berlainan boleh disatukan...apa yang susah sangat kalau Al-Quran dan sunnah Rasul dijadikan asas penyatuan !!!...bukankah kita semua mempunyai tujuan yang sama iatu mendapat keredhaan Allah swt dengan harapan mendapat ganjaran untuk ke syurga untuk bertemu Allah yang Esa ??..kalau itu objektif kita, mengapa tidak boleh disatukan semula kita yang berbeza pendapat untuk mendapat satu bentuk cara mencapai matlamat yang sama/common interest yang seragam....

....aku masih tak dapat menyatakan samada holocaust itu satu 'mitos' sahaja kerana lebih banyak perlu aku buat rujukan tetapi bila ada pemimpin Islam menyatakan ianya sekadar dongengan, maka aku ambil itu sebagai pernyataan yang benar...

wassalam

Friday, December 16, 2005

Hari pantun/sajak/syair sedunia di blog Ilham

Assalamualaikum,

...satu keajaiban bahasa malay ialah kehalusan bahasanya dan maksud yang tersirat yang terkandung dalam keindahannya....walaupun Bahasa Arab dianggap sebagai bahasa yang paling puitis dan paling halus erti katanya , namun bahasa malay juga boleh berbangga dengan seni bahasa yang boleh dibentuk dari perkataan yang ada.....ramai juga beranggapan Bahasa Malay ini kurang vocab untuk dijadikan bahasa ilmu tetapi itu adalah anggapan semata...

baiklah, hari ini , segala bentuk perbincangan, karupak, soalan hendaklah dilafazkan dalam bentuk pantun/sajak atau syair sebagai bukti bahasa kita ini luas perbendaharaan kata dan keindahan yang tersendiri...bahasa mencerminkan bangsa , kalau bahasa adalah asas ukuran sesuatu bangsa, maka bangsa malay harus berbangga dengan kehalusan, keindahan, kejujuran dalam seni bahasa malay ini yang mencerminkan bangsa itu sendiri...

..tapi aku hairan mengapa banyak scripting drama atau filem sangat lemah penggunaan bahasa yang digunakan sehingga aku merasa jelak dengan dialog dialog yang dipaparkan kerana tidak ada orang malay yang actually bercakap malay macam dalam drama dan filem itu...di sinilah kekuatan filem filem P.Ramlee yang ketengahkan dialog yang dekat dengan percakapan harian kita sendiri......bahasa malay yang indah adalah ibarat irama dan lagu , susunan perkataan dengan lenggok bunyinya bisa menggoncang jiwa yang pasrah dan mengubat dandam di jiwa...

...hari ini bahasa malay sudah banyak di'moden'kan, dipelbagaikan, dicampurkan dengan bahasa Inggeris dah sebagainya...tetapi kecendurangan kita menggunakan dialect setempat yang memungkin bahasa malay ini lembam developmentnya.....hari ini kita berbahasa malay standard di sekolah atau di office , tetapi balik ke rumah, kita lebih selesa dengan dialect kita sendiri yang menyimpang jauh dari bahasa malay standard yang menjadi asas komunikasi kita di dunia luar kita sendiri....

...kita juga tidak recognize keutamaan bahasa malay sebagai business language sebab dalam syarikat syarikat tempatan yang menggeluarkan produk tempat untuk pasaran tempatan masih menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan di syarikat tersebut sehingga memo dan minit mesyuarat masih dalam bahasa Inggeris....kita masuk fast food outlets, immediately kita berbahasa Inggeris untuk menunjukkan kita seiring dengan suasana tempat tersebut...

...dan aku amati juga, bahasa Indonesia yang juga berasaskan bahasa Malay mempunyai atonansi yang lebih sedap dari bahasa kita ini...dan kadang kadang kita lebih suka bercakap dalam telo Indonesia dengan maid maid di rumah atau indon yang buat rumah??!!!..

...tetapi, yang nyata Bahasa Malay apabila dipantunkan atau disejakkan atau disyairkan adalah bahasa puitis yang sungguh indah sekali...maka, hari ini, aku menggajak kelian semua dihalo untuk memertabatkan pantun, syair dan sajak dalam diskusi kita hari ini...biarlah kelakar atau tak menetapi syarat bahasa..tetapi lets have fun.....

..aku harap pakar bahasa yang ada kat sini aku harapkan akan mengindahkan suasana halo kita hari ini...

BTW, aku harus meminta maaf kerana aku selalu tidak ambil berat tentang bahasa dalam entry aku...aku bolehlah dianggap sebagai perosak bahasa dan aku minta maaf...baiklah, sebagai tuan rumah aku mulakan pantun hari ini..

Indah bahasa ibundaku tidak terperi
Bahasa yang halus bahasa tersirat
Salam persahabatan haloscan ku susun jari
Agar berkepanjangan ke akhir hayat

Gelak ketawa hilai mengilai
Lawak jenaka dijadikan santapan
Kiranya ada aku tersilap andai
Kesilapanku itu didendam jangan

Aku bukan ahli menulis
Bukan juga aku pemikir waras
Bila aku ada tersilap tulis
jan angguk aja, andangnya harus dikomen keras

Berkawan biar seribu bercinta biar sebulu
Cinta yang haru cinta pilih bulu
mun diaku ani ibarat polong tak berpenghulu
cinta ku pada kelian tiada batas waktu

okkelah.. kelian sambung....

wassalam

Thursday, December 15, 2005

Genting memberi pengajaran!!!...Nyonya dari Singapura

Assalamualaikum,

..atas urusan peribadi, aku berulang alik ke Genting Highlands untuk tempoh terdekat ini dan bila kita sebut Genting, maka terbayang kita akan tempat berjudi dan probably the last place yang boleh memberi iktibar pada kita...tetapi Allah swt terkadang memberi kita pengajaran tanpa kita duga untuk kita berfikir dan perhaps berubah...

..last night aku terserempak dengan seorang Nyonya dari Singapura dan secara spontan kami terus strike a conversation yang quite interesting...this mother of two started talking about life in general and how she felt about life in singapore ....she spoke about singaporean being materialistic and how she opposed the singapore government decision to open casinos in singapore...she spoke about how she missed the simplicity of life of the yesteryears and so forth...she spoke about the danger of gambling and she was very frank about her feeling too in the many aspect of life that she discussed..i was a willing listener all the way because i was dumbfounded by her sincerity and before long I realized that Allah was actually relaying a strong message to me through this Nyonya dari Singapure...

..maksud aku di sini, kerana aku selalu memikirkan survival bangsa dan agama aku sendiri, terkadang aku menjadi prejudice dan perhaps bias dalam judgment aku terhadap those yang bukan sebangsa dan seagama dengan aku....perkara ini juga ada kaitan dengan pengalaman yang aku alami sendiri dalam bergaul dengan depa yang bukan seagama dan sebangsa dengan aku...tetapi aku selalu rapat dengan mereka dan somehow mereka pun boleh relate dengan aku walaupun ada perselisihan dari segi budaya dan norms...walaupun begitu cinta aku pada bangsa dan agama membuat aku terkadang lupa atau terkurang hormat dengan mereka yang tidak seagama dan sebangsa dengan aku...aku yang juga sedang mengikuti documentary berkenaan dengan kelahiran singapore as a nation di Discovery Channel for the past couple of days yang aku dapati tidak tepat dari segi fakta sebenar yang membuat aku menjadi kurang senang dengan documentary tersebut menjadikan pertemuan aku dengan Nyonya dari Singapura itu adalah lebih bermakna walaupun tersirat....

..tetapi that 45 minutes aku dengan Nyonya dari Singapura really hit me hard, tiada sebab untuk Nyonya dari Singapura itu share her thots dengan aku dan tiada sebab pula aku harus berada di tempat aku bertemu Nyonya dari Singapura tersebut pada ketika itu...she was so amazing that aku terfikir adakah ini jelmaan malaikat untuk mengajar aku sesuatu tentang erti manusia dan kemanusiaan??!!!....

...perjalanan pulang aku menuruni Genting Sampah itu penuh dengan soul searching dan mencari akan message yang tersirat dengan pertemuan aku dengan Nyonya dari Singapura tersebut...satu message yang aku nampak jelas ialah betapa manusia itu yang dijadikan berlainan bangsa dan budaya adalah makhluk Allah jua yang tiada bezanya dari aku, bangsa dan budaya aku sendiri...setiap bangsa itu ada yang baik dan kelemahan orangnya dan setiap budaya itu ada persamaan dalam perbezaannya...

..apa yang aku nampak dari perjumpaan dengan Nyonya dari Singapura tersebut bahawa 'generalizing' adalag akan sesuatu perkara itu adalah salah dan tidak tepat dan dalam hal ini kecenderungan aku untuk menafikan kedudukan bangsa lain dari bangsa aku jua adalah sesuatu yang tidak tepat malah salah...yang jahat dan baik adalah individu itu dan bukan bangsa itu sendiri...

...mungkin kepentingan politik, kepentingan ekonomi dan prejudism bangsa yang membuat aku menjadi aku hari ini iaitu tidak cukup menghormati makhluk Allah yang dijadikan bukan sebangsa dengan aku...mungkin Allah telah membuka mata aku untuk menghormati setiap kejadian Allah swt unconditional....

..apa yang nyata aku harus berubah dari persepsi yang lebih dibendung perasaan dari akal yang waras atau merubah sikap 'narrow minded' aku bila berfikir tentang isu bangsa yang tidak sama....mungkin esok lusa aku akan menyoal diri aku dengan persoalan mengapa aku harus berubah bila depa tidak mengindahkan atau mengapa aku harus berubah satu satu kejadian yang 'isolated' ...namun apabila kejadian yang sedemikian berlaku pada aku, aku harus melihat maksud yang tersirat supaya aku boleh menjadi umat Allah yang lebih baik ....

....malam tadi aku rasa aku telah matang 10 tahun lagi dengan apa yang telah berlaku dan aku harus mengajar diri aku sendiri bahawa aku harus adil dalam penilaian terhadap sesuatu hal yang berkaitan kemanusian sekiranya aku ingin menjadi insan yang berguna di dunia ini...

..Nyonya dari Singapura telah menggajar aku erti kemanusian sejagat, menggajar aku makna toleransi , menggajar aku tentang 'sharing' dan mengajar aku bahawa aku hanya makhluk kerdil dalam dunia Allah yang luas ini....

Waallaikumsalam

Wednesday, December 14, 2005

Kahwin oh kahwin....

Assalamualaikum

...aku adalah salah satu dari kalangan jutaan rakyat Malaysia yang membaca kisah 'konflik' perkahwinan/rumahtangga Erra dan Yusry pada hujung minggu lepas.....walaupun Fasya Sanda telah buat statement dia bukan orang ketiga dalam konflik tersebut tetapi aku ingin berterus terang di sini bahawa sebenarnya ada 'orang ketiga' dalam konflik ini....yeap, aku lah orang ketiga dalam konflik ini!!! ahaks ahaks ahaks..baibun aja bah!!!..

....seriously though, aku berpendapat ketiadaan 'orang ketiga' lah yang memungkinkan konflik Yusry dan Erra ini menjadi runcing dan dalam hal ini 'orang ketiga' itu adalah anak atau zuriat... aku merasakan sekiranya pasangan ini ada anak memungkinkan konflik ini tidak timbul, waulahuaqlam...

...I hate to say this tetapi aku remember joking around bila mendengar berita Erra dan Yusry akan berkahwin dengan 'bet' how long this marriage will last ?!!!...yeap, as much as I was faschinated by this celebrated marriage , I was quite sceptical it will last long based on the history of pop stars marriage all over the world....aku pernah duduk semeja dengan Erra dan aku boleh cakap dengan conviction yang Erra adalah seorang manusia yang istimewa bukan kerana kejelitaan beliau tetapi kerana budi bahasa beliau....walaupun berstatuskan seorang superstar, beliau tidak langsung menunjukkan riak wajah yang 'kerek' tetapi surprisingly very down to earth dan soft spoken....so, aku pun agak sedikit terkilan mendengar kisah rumahtangga beliau ini...

..ada aku mendengar juga cerita bahawa 'keretakan' ini adalah disebabkan sikap workaholic ( spell ??) Yusry yang keperingkat critical sehingga tidak peduli dunia luar konon ceritanya...aku juga merasakan 'career' adalah berkemungkinan punca kepada pemasalahan dan aku tidak menolak kemungkinan syndrome ' superstar tak boleh kahwin di Malaysia' ini yang menyebabkan pemasalahan yang timbul..maksud aku what do you expect to get when you marry the hottest girl in boy dengan the most eligible plus hottest boy in town ???..

..apa apa pun, aku harap Erra dan Yusry cari jalan penyelesaian kerana " Life is too short to be miserable" and secondly, bak kata orang kita " sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri "....hopefully, kehadiran 'orang ketiga'( read ,anak) akan membawa jalan kebahgian yang semua orang Malaysia harapakan...

..aku pun tengok Melodi yang menyatakan ada jua cerita dalam rumahtangga Noraniza Idris dan Fareez...ermmm,hopefully sementara aja lah ekkk...tak syok lar tengok kisah rumahtangga hancus among artis kita sebab ini set the trend of the rest of other marriage to consider divorce as the 'only' solution ....

so far yang aku nampak steady ialah Mawi dengan Ina tetapi ini pun belum kahwin lagi...aku expect Mawi akan melalui satu gossip serious dulu sebelum kekuatan beliau dengan Ina akan dapat ditentukan...maksud aku kesan 'fame' adalah besar dan as much as Mawi tried to maintain that he is the 'kampong boy' tetapi realitinya Mawi sudah dan akan berubah dengan keadaan dan di sinilah dugaan duniawi itu akan menduga kekuatan Mawi...so, nasihat aku pada Mawi, adjust dengan desakan' fame' tersebut dari berubah kerana 'fame' itu sendiri...but so far, aku rasa mawi adjusting very well indeed dan aku tetap menunggu gossip 'aweks' tentang Mawi tak lama lagi..huhuhuhu...

..over the weekend juga aku terbaca headline kisah mengapa wanita 'professional' tidak berkahwin ??.....kerana article itu ditulis oleh isteri Timbalan Perdana Menteri maka aku terbau 'politik' di sini..ahaks ahaks ahaks..adakah Azalina yang di 'target' dalam penulisan ini ??....regardless, isu ini adalah baik dibincangkan oleh kaum wanita sendiri kerana 'stand' aku dalam hal ini adalah sepertimana yang pernah aku utarakan dulu iaitu " bila umat Islam membelakangkan atau mempersoalkan hukum Allah , yakni dalam hal ini hukum lelaki dibolehkan berkahwin lebih dari satu, maka akan turun sesuatu bentuk keadaan yang menunjukkan mengapa lelaki itu dibolehkan berbuat begitu"...dalam keadaan hari ini, jumlah wanita melebihi populasi lelaki, jumlah wanita berpelajaran dan berpangkat lebih besar dari zaman zaman sebelum ini dan lelaki kini memilih kerana 'supply melebihi demand' ( basic penawaran dan permintaan)....kata kata aku ini adalah berasas keupayaan akal yang cetek ini sahaja kerana at the end of the day, kita harus akur dengan penentuan jodoh yang ditentukan oleh Allah swt...

..hari ini juga jumlah lelaki berkurangan kerana lelaki sudah banyak yang jadi penagih dadah, lelaki banyak yang tak bekerja kerana kemelut ekonomi, lelaki sudah suka main bontot dan lelaki banyak mati awal kerana accident jalanraya, kes bunuh dan hal hal lain.....mungkin kalau dibuat kajian, zaman ini juga adalah zaman di mana jumlah janda paling ramai berbanding dengan zaman zaman sebelum ini....seorang pengusaha rumah anak yatin pernah berkata pada aku bahawa hari ini ramai anak yatim yang sampai ke rumah beliau kerana kematian bapa dan bukan kematian ibu...

..apa apa pun, sebagai pejuang bangsa dan agama, aku melihat trend ini sebagai 'danger' kerana wanita adalah pembawa 'zuriat' dan dalam suasana survival orang malay dan muslim di negara ini adalah berasaskan kekuatan politik, maka zuriat yang lambat pertumbuhannya akan 'reflect' dengan jumlah penggundi di pilihanraya dan bagi aku ini adalah sesuatu yang perlu difikirkan masak masak...

...tetapi sayangnya, suasana hari ini tidak adil untuk isteri kedua dan seterusnya, bayangkan title 'Datin' hanya untuk isteri pertama sahaja , medical benefit yang entitle untuk 1st legal wife sahaja dan quarters kerajaan tidak ada peruntukan untuk lebih dari satu keluarga di dalamnya...semua perkara ini harus dikaji semula untuk menggalakkan kaum wanita tidak berasa tersisih menjadi isteri kedua dan seterusnya dan untuk si suami berlaku adil bila berkahwin lebih dari seorang....

..aku akan blunt dalam hal ini...aku rasa keperluan sex adalah perlu bagi setiap manusia, to allow a big numbers of the softer gender without sex is a crime in my humble opinion...and with legal sex ( read, marriage), wanita akan dapat anak yang merupakan seautu yang penting dalam hidup wanita...so , aku akan cakap apa yang orang lagi tak berani nak cakap..." get a husband, go get laid, get yourself a child or two, and get a divorce"...... do you have other better ideas???... tell me, otherwise , aku merasakan lebih baik ramai janda dari ramai yang bermaksiat/berzina dan wanita yang boleh membawa zuriat tetapi tidak berkesempatan....

..pada rakan wanita aku, aku minta maaf cakap macam ini sebab sebagai lelaki aku mungkin tidak merasai keperitan yang dilalui tetapi aku sudah boring baca article yang semacam ingin membantu kaum wanita tetapi bila diteliti sebenarnya cuba mencari salah wanita yang tak kahwin...I hope people like Rosmah should be bold enough to say, " people like my husband should marry more to solve this problem because he has the capability to do so"........because the real issue here Rosmah is "demand and supply"....

..baiklah, aku harap perbincangan yang di lakukan di halo akan mempersoalkan statement statement yang aku tulis atas dasar perbincangan, pertukaran idea dan pendapat dan rasionale yer....

Waallaikumsalam

Monday, December 12, 2005

World Cup Draw....

Assalamualaikum

World Cup Draw

..WC Draw sudah dilakukan dan secara tidak langsung memaklumkan bermulanya musim World Cup di Germany tahun depan….bilalah agaknya Malaysia hendak melayakkan diri ke WC ini ??….agaknya agak susah selagi struktur organisasi bolasepak tidak dirombak untuk ‘geared’ ke arah full professional dalam semua aspek….tak lama dulu Jepun dan Korea Selatan adalah musuh setanding negara dengan Jepun adalah selalunya mangsa ratahan negara dalam pertandingan antarabangsa di Asia…tetapi kini Jepun dan Korea Selatan sudah bertaraf dunia sedangkan Malaysia bukan pun bertaraf Asia Tenggara !!!….Malaysia adalah negara Asia pertama yang memulakan liga dalam negeri bertaraf semi-pro tetapi kini liga negara sudah tidak lagi dipandang sebagai ‘the benchmark’ untuk liga dalaman….okke lah, cakap pun tak guna sebab terlalu banyak self-vested interest dalam bolasepak negara untuk sukan bolasepak ini mencapai taraf WC….

Okke lah back to the World Cup Draw…based on the draw aku akan buat prediction negara mana yang nampak ‘sure bet’ atas kertas untuk masuk ke knockout stage dan my prediction on the possible ‘country’ to create upset…

Kumpulan A

Jerman
Costa Rica
Poland
Ecuador

..group ini lebih menjadi menarik kerana isu ‘hooligan’ kerana perlawanan antara German dan Poland adalah sesuatu yang diharapkan tidak berlaku atas sebab pergaduhan samseng bolasepak ini…Ecuador is a good solid team that may go quite far in this WC whilst I don’t believe that Costa Rica will trouble the other 3 teams in this group..Poland is a good European team but I don’t think they could overcome Ecuador…

Ilham’s prediction - Jerman and Ecuador
Possible – Poland ( I don’t rate Poland highly)

Kumpulan B

England
Paraguay
Trinidad & Tobago
Sweden

Ilham’s prediction – England and Sweden
Possible – Paraguay

I believe playing in the weather which suits them, England and Sweden will go through to the last 16…Paraguay is a good team but may not have the depth of squad to make it through whilst Trinidad may be a fun team to watch but may not comeback with a single point or goal

Kumpulan C

Argentina
Ivory Coast
Serbia & Montenegro
Holland

This is rather balance group with Ivory Coast and Serbia being the unknown quantity…There could be upset in this group but I will maintain status quo by going for the 2 big guns in Argentina and Holland….Ivory Coast doing a ‘Senegal’ will be interesting with Drogba in the team but I don’t think so…

Ilham’s prediction : Argentina and Holland
Possible : Ivory Coast

Kumpulan D

Mexico
Iran
Angola
Portugal

The weakest group on paper and also the most interesting indeed…quite surprise that Mexico being seeded and if in 2002 it was Argentina and France being seeded teams tumbled out, so I could see mexico being the seeded team booted out…portugal is a good bet as well as Iran ….Iran having 3 or 4 players playing in the Bundesliga may fancy their chances this year while Angola is an unknown team altogether..

Ilham’s prediction : Portugal and Iran
Possible : Mexico

Kumpulan E

Italy
Ghana
USA
Rep.Czech

A tough group indeed and Ghana as been touted as the African nations best bet for next year’s WC and I will go along with that therefore it could be a close choice between Czech Republic and Italy whilst USA old guard may have to pack early this year….so my choice for this group

Ilham’s prediction : Ghana and Czech Republic
Possible : Italy ( another seeded team that may go home early)

Kumpulan F

Brazil
Croatia
Australia
Japan

..it will be fantastic if japan could survive this group but with Guus Hiddink at the helm of the Australian side, I would fancy the Australia would leave a lasting impression in the next WC..Croatia is a strong team but I could see Japan taking atleast a point in their encounter…Japan vs Brazil will be the dream tie for Zico….

Ilham’s prediction : Brazil and Australia
Possible : Japan

Kumpulan G

France
Switzerland
South Korea
Togo

..France should survive this group and I fancy South Korea over Switzerland and Togo will be too naïve to survive this group…

Ilham’s prediction : France and South Korea
Possible : Switzerland

Kumpulan H

Spain
Ukraine
Tunisia
Arab Saudi

..the Spaniard must be celebrating after the draw was made because this group appeared to be the underachiever Spain…I fancy Tunisia over Ukraine but hoping the strong Arab Saudi team to make an impression

Ilham’s prediction : Spain and Tunisia
Possible : Arab Saudi

I would also predict that Argentina , Brazil , Germany to go through to the last four with England , Spain, Ghana and France fighting for the other vacant place…I am also putting my reputation at stake by predicting Germany to win the WC!!!!…..

The top scorers will be a choice between Ronaldo, Rooney, Henry, Crespo and Ronaldinho….huhuhuhu..

BTW, just heard the news that Roy Keane joining Real Madrid ??!!!!…errrmmm..yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana ( reformasi tuh!!!)…What Real Madrid really need is a defender of jaap stam or nesta stature to steady their defense but Keane in the middle of midfield may be a good option too….lepas ini Sheringham for Real Madrid plang!!!!ahaks ahaks ahaks…

Okke lah guys…siapa kelian yang tak minat bola, boleh lah start dari sekarangnya…
Waallaikumsalam

Thursday, December 08, 2005

" AKU PROTES!!! "....

Assalamualaikum


Aku Protes !!

“ Aku Protes !!”
adalah kempen peribadi aku sebagai seorang umat Islam tetapi bukan sebagai seorang rakyat Malaysia bagi memprotes kehadiran Thaksin di negara ini bagi menghadiri Sidang kemuncak ketua ketua negara Asean minggu depan…”Aku Protes!!” adalah usaha yang termampu aku lakukan untuk menyuarakan rasa tidak senang aku akan tindakan Thaksin dalam menindas saudara se Islam aku di Selatan Thailand…

….dalam dua minggu lepas beberapa rakyat Islam Selatan Thailand telah melarikan diri ke Malaysia setelah merasa nyawa mereka terancam apabila 9 sekeluarga jiran mereka telah disembelih sedang nyenyak tidur oleh apa yang mereka ‘claim’ dilakukan oleh pengganas beruniform Thaksin….mangsa yang terbunuh jua termasuk kanak kanak dan wanita…aku merasakan tindakan ini ialah mirip kepada cara yahudi di Israel lakukan terhadap keluarga suicidal bomber di Palestine iaitu menangkap keluarga terdekat dan meruntuhkan rumah mereka yang sanggup melakukan jihad…apa yang dilakukan di Selatan Thailand ini aku tafsirkan sebagai satu langkah ‘ethnic cleansing’ secara sistematik….apa yang lebih bijak dilakukan oleh Thaksin ialah melantik seorang jeneral beragama Islam untuk mengepalai pemerintahn tentera yang berkuat kuasa di Selatan Thailand dan dengan perlantikan tersebut Thaksin telah berjaya melenyapkan ‘notion’ yang beliau adalah anti-Islam….

…Dua hari yang lepas dilaporkan pula 2 orang Islam di Selatan Thailand telah juga ditembak mati dan ini adalah kisah kisah yang sampai ke Malaysia sedangkan apa yang aku dengari juga bahawa kisah kisah kekejaman ini banyak tidak dilaporkan kerana perasaan takut orang Islam di selatan Thailand…

…sebagai pencinta masakan ala Thai/Siam, aku selalu mengunjungi kedai kedai Tom Yam yang dimiliki oleh rakyat Selatan Thailand dan aku tidak pernah jemu mendengar cerita mereka tentang pergolakan di selatan Thailand…..mereka menceritakan bagaimana orang Islam di selatan Thailand hidup dalam ketakutan dan bagaimana pembunuhan dilakukan secara sistematik atas dasar menjaga keamanan….diceritakan pada aku bagaimana ketika wabak selsema burung melanda Thailand dan suspek pembawa wabak akan diasingkan atas dasar ‘quarantine’ tetapi lenyap begitu saja yang memungkinkan mereka telah dilenyapkan bersama wabak tersebut…dan mereka merasakan suasana yang sama berulang lagi dalam konflik di selatan Thailand ini…

..oleh itu sebagai individu Islam aku merasakan aku perlu menyatakan “ Aku Protes!!” sebagai menyatakan rasa marah dan protes aku kepada Thaksin atas apa yangdiperlakukan kepada orang Islam di selatan Thailand…sebagai rakyat Malaysia dan juga aku merasakan Kerajaan Malaysia akan menghormati dasar tidak campurtangan dalam hal ehwal negara negara dalam Asean sebagaimana tiada campurtangan negara Asean lain dalam kes Anwar di Malaysia, atau kes Timur Timor di Indonesia dan sebagainya…

Walaupun “ Aku Protes !!” tidak akan membawa makna dalam menyedarkan Thaksin akan protes orang Islam seluruh dunia dengan tindakan kejam beliau, namun aku harus melahirkan rasa hati ini sebelum aku disoal diakhirat nanti perihal apa aku gunakan masa aku di dunia ini nanti..

..sekurang kurangnya “ Aku Protes!! “ akan memberi signal pada umat Islam di Selatan Thailand bahawa saudara Islam mereka di sini membantah kekejaman Thaksin di Selatan Thailand terhadap orang Islam yang berbangsa Malay….

“ AKU PROTES !!!”





Waallaikumsalam

...PP dan lain lain!!

Assalamualaikum

Pengkalan Pasir by-election

...telah confirmed yang BN/umno menang di PP by a reasonably 'big' margin (134)thus making Dewan Undangan Negeri spilt by a single seat....dalam context demokrasi, ianya tidak memberi impak untuk pembubaran DUN bagi mendapatkan mandat yang baru namun ianya memberi impak moral yang tinggi kepada PAS....bolehkah dirumuskan bahawa kekalahan Pas di PP petanda bahawa rakyat Kelantan mahukan perubahan kepimpinan??...atau kekalahan Pas lebih kepada kekuatan jentera dan wang parti parti yang bertanding??...adakah signal bahawa penyokong Pas belum bersedia menerima perubahan dalam pucuk kepimpinan Pas yang baru ?? atau sekadar undi terpecah oleh kehadiran calon bebas in Ibrahim Ali ??..

....sekarang ini umno hanya perlu satu seat lagi through any means untuk mendapatkan kelantan dari tangan Pas, tetapi kalau aku umno, aku tidak akan force the issue dan tunggu sehingga the next GE....

..tetapi apa yang harus Pas Kelantan fikirkan ialah samada sudah sampai perubahan kepimpinan negeri diubah sekarang ini atau ditunggu sehingga kedatangan GE dahulu...aku merasakan sudah sampai masa untuk Pas di Kelantan terus teguh atas dasar kekuatan parti instead of kekuatan personality...Dato' Nik Aziz adalah proven politician, MB and religious leader dan sehinggakan kekuatan Pas kelantan banyak bergantung kepada charisma Tuan Guru itu sendiri....tetapi dalam masa yang sama, aku berpendapat bahawa sekarang adalah masa yang baik untuk perubahan pucuk pimpinan Pas Kelantan dilakukan semasa Nik Aziz masih lagi memimpin kerajaan negeri supaya transition yang berlaku adalah lebih terkawal dan terancang...apabila satu perubahan pada pucuk pimpinan tersebut terancang, maka kemungkinan kemungkinan negative boleh di'anticipate' dan dengan itu boleh di'manage' kalaupun tidak boleh di selesaikan...jangan sampai 'vacuum' untuk diisi itu terlalu besar yang menyebabkan berlaku kejutan yang boleh menyebabkan berlaku percakaran kuasa dan sebagainya...

..samada kemenangan Bn di PP itu 'genuine' atau sebaliknya sudah tidak menjadi isu lagi tetapi apa yang penting ialah bagaimana untuk mengekalkan kekuasaan Pas di Kelantan bila GE menjelang nanti...apa yang penting ialah keupayaan Pas untuk terus kekal memerintah bagi menentukan relevant politik parti Pas di negara ini...

..apa yang positive dengan keputusan PP ialah umno mungkin akan menekan Gerakan berasaskan isu Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dalam matematik dan sains yang memungkinkan umno akan mengambil Pulau Pinang dari Gerakan selepas ini sebagai pengajaran umno kepada parti parti komponen dalam BN untuk tidak menghunus pisau dari belakang...dan sekiranya anwar dan keadilan betul masuk BN sebelum GE akan datang, maka kemungkinan Penang diambil dari Gerakan adalah lebih jelas lagik...memandangkan agak mustahil untuk PM dan DPM datang dari satu negeri, maka mungkin DSAI menjadi ketua menteri pulau pinang as a thank you gesture yang akan membuka jalan untuk DSAI kembali meniti jalan ke arah premiership of malaysia...

...mungkin aku merapu ini kerana masih reeling to the pas defeat in PP dan walaupun dah biasa kalah, tetapi setiap kali kalah, masih juga terasa pedihnya...a strong Pas is essential kepada kedaulatan bangsa malay dan martabat agama Islam di malaysia... similarly, a strong umno is equally critical for the development of malays and muslims in this country...apa yang penting ialah dalam kita mempunyai pegangan politik yang berbeza, jangan kita membelakang survival bangsa dan agama dan cukuplah episode Mamak dan DSAi menjadi pengajaran untuk kita semua bahawa perselisihan politik orang malay hanya akan merugikan orang kita jua...maka , apabila kita mempunyai tokoh pemimpin seperti DSAI , Ku Li, Musa Hitam ,Nik Aziz, Hj.Hadi ,Ungku Aziz to name a few yang tidak dalam cabinet negara, maka harus dicari satu badan yang mempunyai common interest untuk orang malay yang boleh menempatkan nama nama besar ini untuk memberi sumbangan terhadap pembangunan orang kita khususnya dan negara malaysia ini amnya...

Isteri Tan Sri Isa Samad meninggal - Al-Fatihah

I had the privelege of being in the same function with both Tan Sri and arwah and i have to admit that i was very impressed with their mannerism especially arwah....she was so down to earth made everybody at ease/ comfortable dengan beliau.....susah nak jumpa dengan seorang isteri MB yang langsung tidak menunjukkan 'kerek' atau sikap kedatinan yang selalu dipaparkan dalam drama drama di TV...sayang, pemergian beliau dikala suami beliau dilanda krisis politik tetapi inilah politik untuk siapa yang minat berkecimpung dalam politik...

World Champion/World Number one Ranking

..tak dapat tidak aku harus juga menyentuh kejayaan Nicole menjadi juara squah dalam kejohanan World Championship yang berkemungkinan meletakkan beliau sebagai pemain nombor satu dunia bila the new ranking published soon...walaupun aku tak pernah main squash atau faham laws of the game, tapi aku berbangga kerana nicole berjaya menguasai permainan sukan yang bukan acara sukan tradisi negara...reward kerajaan memberi Rm200k itu adalah berpatutan dan dihargai....

....aku juga terfikir adakah Nicole merupakan orang Malaysia pertama menjadi pemain nombor satu dunia dalam sesuatu acara sukan??...bila aku selidik secara sepintas lalu, maka aku dapati kita telah ada pemain nombor satu dunia dalam acara badminton, bowling, silat olahraga ,lawn bowl and probably motorcross rally championship....so aku harap, kerajaan malaysia melihat balik mereka yang telah mencapai tahap nombor satu dunia dalam tempoh 30 tahun kebelakangan ini untuk diberi imbuhan yang setimpal dengan apa yang telah diberi kepada nicole davids ini...

..nicole davids achievement is fantastic indeed but it is not the first of its kind by a malaysian..regardless, i am very proud indeed and so too other malaysians..

Shaver pun ada gambar Mawi

...aku terperanjat jugak bila aku nak beli disposable shaver ( normally aku beli Gillette) bila tiba tiba ada shaver yang letak gambar mawi yang mana belakang gambar itu boleh juga double-up sebagai pocket calender for 2006...huhuhuhu..apa lagi , aku pun tak pasal pasal tukar brand kali ini pasal mawi..ahaks ahaks ahaks...kayo gilos lar abang mawi kitani....aku pun sempat beli cassette compilation lagu lagu AF3 si amylea!!!! ahaks ahaks ahaks...tapi wa cakap lu, dengar amylea nyanyi dengan tengok amylea nyanyi adalah dua experience yang berbeza!!!!...i prefer the former....BTW, apakah jumlah jualan album baru mawi ??...

waalaikumsalam

Monday, December 05, 2005

Kesinambungan Sultan Melaka !!!...

Assalamualaikum

....aku rasa dua minggu lepas sebuah akbar arus perdana telah menyiarkan berita bagaimana seorang lelaki telah membuat satu majlis mengiktiraf beliau sebagai pewaris kepada kesultanan melaka yang telah lenyap lebih kurang 450 tahun lalu...

...1st reading pun aku merasakan ianya lebih kepada gimmick dari kesahihan dan apa yang menarik dari gambar yang disiarkan ialah betapa cun giler isteri kedua beliau !!! ahaks ahaks ahaks....tetapi selepas membaca beberapa bukti yang dikemukan oleh beliau dan reaksi oleh beberapa orang yang ber'authority' dalam sejarah malay dan majlis raja raja, aku mula merasakan sesuatu yang agak tidak berapa kena dalam hal ini...

..aku berpendapat adalah sesuatu yang tidak tepat untuk kita 'simply dismiss' claim dari lelaki ini kerana beliau memberi beberapa bukti yang patut dimabil kira dan kedua , aku sudah lama juga memikirkan hal ini iaitu kemana menghilangnya pewaris kepada kesultanan melaka itu sendiri....yeap!!! aku sudah lama menanti ketibaan seorang pewaris sahih kepada kesultanan melaka kerana aku tidak percaya bahawa keterunan kesultanan Melaka itu lenyap dengan kehadiran penjajah Portugis/Belanda/Inggeris....walaupun sejarah mencatatkan bahawa keterunan kesultanan melaka berhijrah kenegeri negeri lain untuk membina kesultanan baru tetapi aku yakin bahawa generasi kedua pewaris masih ada di melaka dalam zaman imperialisma tersebut yang mungkin tenggelam atau tidak diberi pengiktirafan oleh kerajaan malay lain di nusantara masa itu demi mengjaga kuasa masing masing agar tidak diganggu oleh penjajah penjajah eropah ini......di Russia dan juga banyak negara negara Eropah sudah mula mencari peninggalan dan waris kepada raja raja yang telah mereka jatuhkan atas nama demokrasi , revolusi perusahaan di perancis dulu e dan juga dengan bermulanya fahaman Komunis ( please do double check my historical facts since aku tak buat proper checking sebelum menulis entry ini)...dan kalau sesiapa mengikuti discovery channels, ada satu trend di channel ini yang mengkaji kisah kisah raja raja Eropah seakan akan orang Eropah mahu menghidupkan zaman kegemilangan di raja di eropah ini ...ini ada kemungkinan berkaitan dengan failure of the democratic systems itu sendiri...

...berbalik kepada kisah seorang lelaki yang mahukan pengiktirafan bahawa beliau adalah waris kesultanan melaka tersebut atas dasar bukti yang beliau ada, aku merasakan perkara ini tidak harus kita persendakan sahaja...aku merasakan kembalinya Melaka Bersultan adalah satu signal yang jelas kepada kedatangan semuala zaman kegemilangan raja raja malay dan simboliknya dengan adanya melaka bersultan kerana period emas orang malay berkaitan dengan period melaka mempunyai sultan....harus kita merujuk kepada kisah bagaimana sebuah akhbar Inggeris yang bukan pro-malay telah menyiarkan secara meluas kemungkinan ada sebuah kota lama di tengah hutan Johor yang 'telah' dijumpai dan berita terjumpanya kota lama ini dibesarkan adalah dipercayai kerana ada kaitan yang sejarah ketuanan orang malay di tanah malay ini boleh di'alter' sekiranya kota lama tersebut benar benar ada ditengah hutan belantara Johor tersebut....di sini jelas menunjukkan bahawa matlamat orang bukan malay untuk menidakkan hak mutlak orang malay pada tanah malay ini tidak akan berhenti sehingga mereka dapat meng'singapore'kan malaysia ini....ini tidak termasuk dengan 'claim' mereka bahawa hang Tuah dan sahabat adalah sebenarnya pendekar Cina yang datang bersama Hang Lipo dalam mereka mahu mematikan mitos kekuatan pendekar malay pada zaman tersebut...

..atas dasar yang sama, aku merasakan adalah satu obligation bagi orang malay untuk mencari sesuatu yang kukuh untuk memperkukuhkan hak sejarah tanah malay ini sebagai hak orang malay.....maka bila timbul sesuatu yang agak menarik berkenaan kesultanan melaka, maka adalah tanggungjawab kita semua untuk memberi satu bentuk minat dan sokongan kepada perkara ini.....tidak dapat dinafikan apa yang di'claim' mungkin satu gimmick atau segala bukti yang diketengahkan adalah palsu, tapi apakah ruginya orang kita kalau semua itu authentic yang memungkin kembalinya kesultanan malay di negeri melaka yang penuh sejarah...

...harus ditekan juga bahawa sudah cukup bukti yang menggaitkan kesahihan kejayaan kesultanan melaka dan di akhir akhir ini dengan terjumpanya bangkai bangkai kapal dagang purba dengan khazanah sejarah yang tinggi nilainya telah membuktikan kebenaran kekuatan kuasa dagang melaka satu masa dulu dan sekali gus melenyapkan dakwaan sejarah malay di melaka sebagai mitos semata...

...atas dasar itu, aku menyokong pencarian kepada waris kesultanan melaka diberi keutamaan sebagai satu tanggungjawab orang zaman moden ini memberi pengiktirafan kepada kegemilangan sejarah dan kekuatan orang malay di tanah Melaka yang bertuah ini...

BTW, at this point of writing, khabar berita Pengkalan Pasir telah dimenangi oleh BN walaupun ada kiraan semula esok pagi(7/12/05).... frankly, aku tak boleh terima berita ini lagi dan masih mengharap ada sesuatu yang tersirat dengan berita yang aku baru terima ini....


waalaikumsalam

Diary Diri 5/12/2005

Assalamualaikum

Dairy Diri December 5,

Sea Games

Over the weekend aku banyak menonton siaran langsung/rakaman Sukan Sea ke 23 di Manila dan terasa seronok melihat Malaysia kembali menyerlah dalam sukan sukan tradisi Sea Games seperti sepaktakraw, badminton, lumba basikal dan juga acara acara bertaraf dunia seperti gimnastik dan sebagainya…

..2 pingat emas yang aku rasa agak istimewa bila 2 athlit negara di bawah kategori B ( atas perbelanjaan sendiri ) yang mungkin bermakna datang atas tiket kesatuan masing masing dan bukan atas biayaan MSN telah meraih pingat emas dalam acara 400 meter hurdle dan lumba basikal lebuhraya lepas beramai ramai wanita…kedua kejayaan ini menunjukkan ada atlit yang ‘meant for the big occasion’ atau mereka yang bersinar bila the odds are against them…these are the true champions of sports dan diharapkan kejayaan mereka ini akan diberi recognition….ada athlit yang crack under pressure, ada athlit yang injury prone dan ada atlit yang seasonal atau yang tidak consistent ….di sinilah data dan sport science penting untuk mengenalpasti kecenderungan seseorang atlit itu untuk membentuk seorang ahli sukan yang berjaya….pada pendapat aku, kekuatan mental adalah 60% dan kemampuan adalah 40% at the top level…contoh Muhammad Ali, beliau bukan seorang peninju yang mempunyai tumbukan yang kuat atau badan built like a tank, tetapi beliau mempunyai keyakinan diri yang tinggi yang menyebabkan lawan kalah sebelum masuk gelanggang melawan beliau…

…at this point of writing, Malaysia telah mencapai sasaran 55 pingat emas dan ketika ini 58 atau 61 and counting..tahniah Malaysia!!!!….

Piala Sumbangsih/EPL

…aku menyaksikan Piala Sumbangsih berserta dengan perlawanan diantara Liverpool dan Wigan tetapi eventually menonton channel 52 berkenaan dengan Tut resurrect iaitu pencarian sebab kematian Firaun Tut yang dipercayai mati pada umur 19 tahun…,menggunakan teknologi x-ray/scan tercanggih, mayat Tut ini telah dikeluarkan semula since 40 tahun dulu rasanya dan process yang dilakukan sungguh menarik sekali dan aku tak dapat tidak akhirnya decided to watch this documentary with more interest over the Charity Shield or the EPL…

….bagi Piala Sumbangsih, aku mengucapkan tahniah kepada Perak kerana kemenangan yang menarik dan aku baru tahu yang sebenarnya Piala Sumbangsih ini juga membawa 3 markah untuk Superleague…errmmm..stupid arrangement indeed…no wonder ada yang bergaduh dalam padang sedangkan nama piala ialah “ Sumbangsih/Charity”!!!!….

…apa yang nampak dalam pasukan selangor ialah 11 unfit players yang merasakan mereka have the divine right to win since they were playing at home and on the eve of their Sultan’s birthday ( NHK!! Diaku meliat aja SS, taringat tah dengan biskita !!bulih !!)….I don’t think selangor team were ready for the new season because some of the players looked rather jaded and not interested…

….that was the reason why Perak came alive in 2nd half because they were fitter and able to last the distance….aku menyampah jugak dengan beberapa pemain selangor yang nampak kerek abis sampai tak boleh tersentuh dan nak melanyak orang….I thought Perak played very well dalam separuh masa kedua dan tahniah untuk Perak…apa yang paling mengembirakan aku ialah kemenangan Perak ini telah membawa kembali Janelabu ke rumah aku ini dan itu bagi aku hadiah sumbangsih yang paling istimewa..apa apa pun Al-Fatihah untuk mak cik Jane yang meninggal dunia baru baru ini...welcomeback jane...miss u indeed...

..sementara itu dalam EPL,Peter Crouch scored !!!!ahaks ahaks..I had the privelege of watching Crouch scoring his first legitimate goal for Liverpool …legitimate since the 1st goal for Liverpool appeared to be his too ….I have always rated Crouch highly and felt for him when he was booed whilst playing for England…

..tapi cerita yang paling menarik minggu ini ialah..ahaks ahaks ahaks…Bolton kesayangan aku telah menggalahkan Arsenal dengan 2-0…huhuhu…if only Bolton could play as well against weaker teams, I would reckon they would be much higher than their current position….regardless, it was a masterful display of power and sheer guts that made the victory possible…

..Christmas period coming soon yang akan memberi clearer picture the outlook for the end of the season…though Chelsea seems to be cruising , I would expect a late surge from the pretenders to make the finale a more competitive one…it looks rather interesting indeed…

My new Micro Hi-fi…

Memandangkan aku jarang dengar radio dalam kereta , maka aku pun decided to buy myself a reasonable priced Sony micro hi-fi untuk kononnya enjoy cd yang aku baru beli iaitu evo3, adam dan mawi dan tak lupa jugak cd farah yang memang aku minati…seronok lar jugak ada equipment yang fulfill aku punyer entertainment requirement…

..tapi ada satu perkara yang aku nak share dengan kelian dan mungkin kelian boleh confirm kan jugak apa yang aku rasa ini…lepas bertukar tukar cd budak budak AF ini, dengan menggunak micro hi-fi aku ini, aku dapat merasakan quality album mawi dari segi bunyi yang keluar dari speaker dan dari pendengaran aku adalah agak kurenggg bila di bandingkan dengan cd Adam , Farah dan Evo …adakah ianya sekadar pendengaran aku ataupun inclination aku kepada certain music arrangement yang menyebabkan aku merasakan begitu?? I am not sure tetapi perbezaan itu mungkin agak sedikit sahaja tetapi bila digunakan different sound mixing, aku dapati dari pengamatan dan pendengaran aku bahawa cd mawi berada sedikit behind dari cd cd yang lain yang aku mentioned tadi…regardless, suara mawi tetap menawan di hatiku…huhuhuhu…

Senseless killing

Aku terbaca berita pembunuhan seorang anak muda yang merupakan anak research officer di Jabatan Perdana Menteri yang telah mati dibunuh apabila menegur 2 orang pemuda yang mengacau sepupu beliau ( stand to be corrected)..apa yang ingin aku ketengahkan di sini ialah mengapa sekarang ini pergaduhan atau selisih faham berkesudahan dengan pembunuhan….dulu aku pun kaki bergaduh jugak kat sekolah atau bila lawan bola, tapi tak ada sampai nak membunuh….adakah pemakanan kita sekarang ini yang meransang keganasan??, adakah influence video/tv yang menyebabkan pembunuhan menjadi alternatif kepada sesuatu pemasalahan ??, adakah perubahan cuaca seperti lapisan ozone yang bertambah nipis menyebabkan darah menjadi lebih panas dari dulu??….aku tak ada jawapan tetapi aku merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan cara generasi muda menyelesaikan masalah….aku selalu terfikir, sekarang ini lebih ramai yang bertudung tetapi dalam masa yang sama lebih benyak kes pengguguran janin dan kes anak luar nikah di laporkan…sekolah agama telah menjadi seakan wajib untuk semua budak sekolah tetapi mengapa ramai anak muda yang menjadi penagih dadah, gangsters, mat rempit dan sebagainya…

…ada sesuatu yang tidak kena dalam institusi kekeluargaan hari ini yang menyebabkan ada tekanan yang tidak ketara yang memungkinkan anak muda berkelakuan lain dari apa yang dipertunjukkan di depan keluarga mereka….ada yang sampai membunuh emak bapak sendiri??!!!..pergaduhan di asrama menyebabkan kematian, pergaduhan pasal perempuan/bohsia yang berkesudahan dengan pembunuhan, perselisihan faham antara pasangan kekasih atau masalah putus tunang atau perceraian yang berkesudahan dengan pembunuhan, masalah maslah peribadi yang berkesudahan dengan bunuh diri, kecendurangan kepada mengikuti ajaran sesat atau murtad terus terus menerus menjadi kisah harian yang tak nampak jalan penyelesaian…

….apakah yang menyebabkan perkara ini ?? adakah kita sebenarnya makan makanan yang tidak seimbang atau kita tanpa sedaribanyak memakan makanan yang sebenarnya tidak halal dan terus menjadi darah daging kita ???..adakah kita berbuka puasa dengan makanan yang sebenarnya tidak halal dari segi syarak yang menyebabkan ramai antara kita tidak dapat mengekalkan iman kita selepas tamat Ramadan ??…waullahhuaqlam…..tetapi mesti ada sebab sebab perubahan ini berlaku sebagaimana aku hairan mengapa cancer payu dara menjadi rampant hari ini dikalangan wanita sedangkan dulu tak pernah dengar pulak….apakah bra hari ini yang menjadi penyebab?? Adakah pemakanan tambahan seperti ubat ubatan tradisional untuk kecantikan badan dan melangsingkan badan merupakan punca…atau adakah alat alat mengkeriting rambut sebenarnya adalah memberi kesan kepada barah payu dara ini ??….

Pengkalan Pasir,

…kalau pembacaan aku tidak silap, maka 6 Disember ini ialah hari pembuangan undi untuk pilihanraya kecil Pengkalan Pasir..berbagai bagai isu diketengahkan untuk memancing undi tetapi aku merasakan yang untung ialah penduduk di bawah constituency tersebut yang mungkin tergelak guling guling dengan imbuhan yang mereka terima dalam tempoh 3 minggu lepas…malay kelantan lain sikit dan mereka mempunyai cara mereka sendiri menentukan kerajaan negeri mereka dan atas sebab ini akan merasakan yang PAS akan retain kerusi Pengkalan Pasir ini….

….ramai yang merasakan mungkin berlaku’ voting creative engineering’ tetapi aku merasakan keadaan itu sungguh sukar dilakukan dalam by-election kalau dibandingkan dengan general election…..at the end of the day, aku merasakan selagi Nik Aziz menerajui Kelantan selagi itu orang Kelantan akan menentukan Pas memerintah di Kelantan…

okke lah..

waallaikumsalam

Friday, December 02, 2005

Sea Games ke 23 - Filipina.....

Assalamualaikum,

....masa dah berubah atau aku yang dah tua!!!?? ahaks ahaks ahaks.... ..satu masa dulu aku pernah sampai tak tidur malam bila ada Sea Games sebab tengok highlights/live telecast dan sebagainya, tapi kali ini aku tak perasan roper roper yer ada Sea Games kat Manila ??!!!... adakah Sea Games sudah menjadi terlalu commercial sehingga semangat mengapa Sea Games or Seap Games ini diadakan sudah hilang ??!!!....adakah perlu dijarakkan tempoh Sea Games ini untuk mengembalikan significant pesta sukan ini ??...

..aku kadang kadang merasakan Sea Games ini sudah jadi macam 'circus 'yang di 'paraded' dari satu bandar ke satu bandar sekadar hiburan tanpa actually meningkatkan taraf sukan di rantau ini...bayangkan masa untuk pemenang 100 meters balapan di sukan sea mungkin tak boleh lepas 1st round Sukan Olimpik dan sukan sukan subjektif yang selalunya melibatkan martial art menimbulkan kontroversi setiap kali sukan sea dilangsungkan....adakah rasuah dalam Sukan Sea ??!!! atau mereka yang terlibat tidak peduli semangat kesukanan as long as dapat pingat emas ??!!!!..this is ridiculous!!.. latest I heard that Thailand's PM will bring up the issue of bias judging for subjective sports in the coming Asean Head of State meeting!!!...

.....aku dapat jenguk highlights Sea Games dan nampak kejayaan Malaysia mengalahkan Indonesia dalam sukan Badminton ( world class sport dalam Sea Games ), Malaysia masuk semi-final bolasepak, track and field pun nampak ada kemajuan dengan melebihi sasaran majlis sukan di samping sukan sukan ala ala rekreasi seperti bowling, memanah, menembak dan sebagainya...

...masa aku kecik kecik dulu, setiap pingat emas yang dimenangi akan di'celebrated' sehingga nama nama pemenang pingat emas tu masih segar diingatan aku hingga sekarang... tapi sekarang ini , aku tak tau dah siapa sebenarnya jaguh belapan negara atau jaguh menembak atau renang malaysia dalam sea games di vietnam lepas atau manila ini...agaknya bila negara sudah boleh capai sampai berpuluh puluh pingat emas, maka kejayaan pingat emas di sea games sudah tidak berapa nampak penting lagi...masalahnya sekarang mengapa dominasi pingat emas di sea games ini tidak boleh di 'convert' dalam sukan asia ,sukan commonwealth atau Olimpik.....unlike thailand and indonesia, malaysia have not won a single gold medal in Sukan Olimpik lagi walaupun badminton sudah diperkenalkan di temasya sukan tersebut...hanya di seoul tahun 1988 that malaysia menang pingat 'emas' bila takraw dijadikan sukan competitive tapi sekadar exhibition tanpa mendapat recognition walaupun pingat emas tetap diberikan kepada pemain negara....

....mungkin Sea games masih lagi ada kekuatannya kalau kita imbas kembali kemeriahan sukan sea ke 22 di Vietnam lepas....bagaimana 55 juta rakyat vietnam embrace the games for the 1st time dengan penuh meriah sekali...tetapi sayang Filipina tidak berapa memberi keutamaan dalam penganjuran sehinggakan sukan kebangsaan mereka iaitu basketball telah tidak dipertandingan untuk kali ini....

..at this point of writing, Malaysia masih memerlukan 22 lagi pingat emas untuk mencapai sasaran 55 pingat emas secara keseluruhan...hopefully, target itu akan tercapai before the Sea Game's end....

..satu perkara yang aku nak komen ialah standard of commentary RTM dalam sukan Sea , bukan sahaja kali ini tapi dari dulu except for datuk rahim razali, sherkawi jirim, hasbullah awang dan a few lagi tetapi rata rata penyampai sukan yang ada hari pada standard yang agak tidak boleh diterima.....bagi aku, kalau seseorang itu menjadi anchor untuk sesuatu rancangan ekonomi, aku expect dia tahu lebih pasal ekonomi dari aku, kalau rancangan agama, dia mesti lebih tau pasal agama dengan aku dan kalau dalam bidang sukan, dia mesti tau lebih sikit daripada aku tentang sukan...ini bukan sahaja tak lebih sikit tetapi lebih teruk dan ada yang tak faham acara sukan yang mereka komen.....tapi sayang, ada yang muka yang dah agak lama dalam bidang sports commentary ini yang masih tidak meningkat mutu penyampaian mereka...adakalanya bahasa yang mereka gunakan boleh mengecikkan hati ibubapa atlit yang mengambil bahagian, adakala sungguh biadap mengomen sukan atau peserta yang mereka rasa tak berpotensi tetapi sepantas kilat memuji bila kejayaan dicapai oleh mereka yang diperkecil kecilkan awal tadi oleh penyampai sukan tadi!!!... tetapi ini bukan perkara baru dan telah aku amati semenjak lebih 10 tahun dulu dan hingga sekarang aku masih belum melihat perubahan dan habis malang muka muka yang tidak ada kualiti penyampaian ini masih lagi diberikan kepercayaan oleh RTM untuk membodoh bodohkan peminat sukan negara yang rata rata sekarang ini lebih faham tentang sukan..

...harap harap RTM adakan satu minumum standard untuk penyampai sukan dibolehkan untuk menjadi commentator dan kalau diikuti Piala Malaysia, commentary mereka terhadap perlawanan atau fahaman mereka tentang sesuatu decison yang diambil oleh referee dalam perlawanan adalah sungguh memalukan!!!....some of them could not even understand the meaning of 'advantage play' or why an off-side decision made by the referees dan ini kadang kadang membuat aku 'mute' kan volume TV bila tengok bolasepak made in malaysia.... tapi aku rasa Harmi Tarzim yang handle Formula 1 nampak juga membuat sedikit homework bila membuat commentary untuk F1...

..aku berpendapat a good commentator ( please refer pada NBA`or NFL commentators) akan dapat menjadi bahan rujukan dan menjadi pendidik kepada pendengar untuk memahami dan seterusnya meminati sesuatu sukan itu especially sukan yang baru diperkenalkan...a good commentator would be able to explain why certain substitution was made during a game or why certain players changing position in the middle of the game....tetapi di malaysia, aku pernah dengar coaches or team managers gagal memberi sebab yang munasabah bila ditanya tentang sesuatu perkara yang berlaku dalam perlawanan...

...bagi aku personally, selagi coaches, managers, sports commentators tidak faham concept, laws, strategy and histroy of each sports yang mereka berkecimpung, selagi itulah sukan kita akan hanya ditahap Sukan Sea sahaja...

okke lah, apa apa pun, tahniah kepada semua ahli sukan negara yang telah mengharumkan nama negara dengan memenangi pingat emas, perak dan gangsa di Filipina..personally, aku mengharapkan pingat emas untuk pasukan bolasepak negara kerana sukan bolasepak adalah sukan tradisi dan mempunyai sejarah tersendiri di rantau ini....tiada emas bolasepak dalam sukan sea kali ini adalah ibarat tengok konsert AF reunion tanpa mawi...ahaks ahaks ahaks...

...tapi aku minat baju baru ala ala harimau atu...tertarik menarik kau memang the boom!!!huhuhu...kuning belang/jalur hitam dan sungguh kreatif...kalau ada jual nanti aku nak beli...BTW,atu liza wong bisai bana tah muanya ih ..huhuhuhu

waalaikumsalam