Tuesday, January 31, 2006

Andai Di Titi Jambatan Maya dan Nyata - Part 1

Assalamualaikum

Tajuk cerita fiction aku ini 'Andai Di titi Jambatan Maya dan Nyata'....actually cerita ini aku dapat ilham/idea masa aku berada di dalam bilik hotel di Kuching sedang aku memandang ke waterfront dan merinduikan rakan rakan di halo..tapi hanya semalam di halo aku dapat urge untuk menulis cerita ini ternampak plot cerita yang agak menarik kerana mungkin aku merindu saat gembira kita di halo....entry ini actually cut and paste dari apa yang tulis dihalo semalam dan sambungan untuk cerita ini aku sambung kat halo untuk entry hari ini...

okke lah aku tulis citer fiction lar pulak....huhuhuhu..begini cerita nya..

Setelah sekian lama berhalo di blog Ilham, Zain sudah selesa dengan semua rakan rakan yang beliau kenali tanpa mengetahui sebenarnya rakan rakan tersebut secara zahir..Zain akan mencuri curi waktu keja beliau yang sibuk untuk menggintu di blog Ilham...Zain adalah amat disenangi oleh rakan rakan alam maya beliau kerana sifat jenaka dan kebolehan beliau mencipta sajak dan seloka yang bisa menyentuh setiap hati dan perasaan yang membacanya..Zain akan mereka reka sajak dan seloka beliau dalam perjalanan ke tempat kerja dan beliau akan tersenyum suka setiap kali sajak dan seloka nya memberi kepuasan pada rakan rakan beliau di halo...

Zain adalah eksekutif kanan di sebuah syarikat swasta yang hidup beliau penuh dengan kesibukan pekerjaan yang membuat beliau tidak ada masa untuk beriadah atau mempunyai kumpulan kawan kawan yang dapat beliau menyerlahkan bakat seni terpendam yang beliau miliki..

Zain juga senang dengan teman wanita beliau yang juga kawan satu syarikat dengan beliau di jabatan yang berasingan...orang yang vogue dan menjadi siulan jantan yang terpandang dan ziana gerangan namanya ....zain senang ziana tetapi zain merasakan ziana adalah kepada kebanggaan dari keperluan kehidupan..

Kebelangkan ini ziana merasakan kelainan pada zain yang suka menyepi diri dari bersosial dan ziana perasan yang zain suka tersenyum tanpa sebenarnya senyum pada ziana..terkadang zain akan tersasul memanggil ziana dengan nama zack iaitu kenalan zain dalam halo...malam itu, ziana nampak sungguh vogue dengan berpakaian yang amat menarik sekali iaitu memakai jeans levis , baby T dan denim jacket yang menyerlahkan kelincahan ziana...tapi zain lebih senang melihat keindahan bintang bintang yang menyerikan malam ini...beliau terbayangkan bintang bintang ini bisa menjadi inspirasi aku untuk sajak aku di halo esok yer..

Ziana menegur: " zain, why are you acting stange ?...

Zain :" me ??, acting strange..what made you think me acting strange ?"...zain terkedu dengan soalan yang diberikan oleh ziana sambil menelan air liur beliau kerana terasa beliau caught in the act..

ziana membetulkan tapi pinggang kereta untuk membolehkan beliau melihat wajah zain

Ziana.." i know you zain.. I know you more than you thought I knew...I am not blind...I am not deaf...I look, observe, listen...u kadang kadang buat i macam tak exist tau!!...tadi yang ! tadi tu..u senyum ngapa ??..."

ziana seakan tak tahan lagi menahan rasa terpinggir yang diberikan oleh zain sesudah 15 minit dalam kereta tanpa sebarang sapaan dari zain...

zain tersentak dengan kata kata ziana yang tak beliau sangka akan datang dari seorang wanita yang beliau rasa tidak begitu mementingkan perasaan...

zain hanya mampu senyap sambil memikirkan jawapan yang sesuai untuk menyakinkan ziana that semuanya okke saja..zain membetulkan cermin kereta untuk membeli masa untuk beliau menjawab soalan ziana tersebut..

zain : " oh I teringat joke dalam talkshow Ogy dan Salih tadi...u pernah tengok tak..u should give it a try, honey "..zain tahu jawapan beliau tidak convincing..

ziana " you should try Oprah too..she taught people how to lie without blinking an eye "....

ziana dengan pantas mematikan kata kata zain...zain adament that he will not share his secret rendavous di halo...bagi zain, blog ilham itu adalah taman escapism yang hanya beliau miliki dan untuk bukan untuk dikongsi dengan sesiap ,especially ziana..

zain " okke honey..i will make up to you tonite"

"i am having this strange feeling of happiness that make me smile not knowing the reason why"

"yer know what , honey...i could see you in my happiness...i could see you holding our children...i want a baby boy...we will name him Harris...what say you? "...

ziana " peleaseeeeeee...you won't even want to meet my parents, and now you are telling me about having children..I am not stupid .ocaayyy!!!"....

ziana menjadi berang dengan karenah zain yang beliau rasa cuba menyembunyikan sesuatu dari beliau...zain terdiam dengan jawapan ziana tetapi masih lagi buat muka seposen beliau tanpa menunjukkan sebarang riak riak rasa bersalah dengan apa yang dikatakan oleh ziana..

zain : " let me put this straight..i am out with u tonite because i want to enjoy the nite with you, if you think otherwise, i wouldn't mind calling this nite off...if that's what you want!!"...

zain meningkatkan level of intensity untuk menutup rasa bersalah beliau dengan apa yang berlaku ketika itu...

ziana tersentak dengan jawapan zain dan tiba terasa sebak yang mendadak..belaiu mengalihkan wajah belaiu ke arah cermin kereta sambil membetulkan rambut beliau yang panjang mengurai yang diwarnak sedikit keperang perangan..tanpa disangkan, menitik airmata ziana dengan jawapan yang diberikan oleh zain ....sepantas kilas ziana menyapu mata yer tanpa disedari oleh zain..

ziana " occay..take me home.."

zain tanpa berlengah berkata, " my pleasure !!'

Tegas kata kata zain yang merasa beliau mendapat satu alasan yang baik untuk pulang kepangkuan laptop beliau untuk menggintu di halo blog Ilham....

perjalanan pulang ke rumah ziana sepi sehingga lagu Radja 'Jujur' tidak langsung disemadikan kepentingan lirik itu oleh kedua kekasih yang tidak berkasih di saat ini.....ziana termenung memikirkan apa yang telah berlaku, mengapa beliau yang tidak pernah merasakan kepanasan layanan zain tiba tiba boleh merasa tersinggung dengan sikap zain.Ziana tahu belum bersedia untuk memasuki alam berkeluarga kerana beliau merasakan terlalu banyak yang perlu dicapai dalam kerjayadan hidup beliau..

"tetapi mengapa aku mesti menitiskan airmata" , fikir ziana sambil tidak langsung menoleh ke depan jalan semenjak melepaskan rasa disappointed beliau pada zain tadi...ziana merasakan apakah airmata ini menunjukkan beliau sudah bersedia untuk zain??!!..ziana senyum dalam tangisan kerana merasakan ada sesuatu yang dirasainya yang belum pernah beliau rasakan bersama zain..namun kedegilan ziana menyebabkan beliau terus senyap dan sepi pada zain..

zain pula terus melajukan kereta Rexton yang diberikan oleh syarikat untuk beliau...zain langsung tidak memikirkan bagaimana to mend the situation instead thinking of how to get back among his halo friends..dia merasakan satu kegembiraan yang amat sangat bila bersama tawa senda teman teman beliau.. mungkin zain tidak mengakui bahawa beliau juga sedang merasakan bahang kegilaan dengan salah seorang rakan beliau di halo....

"zain !!!" jerit ziana.." you dont have to kill me , slow down the car , silly!!"....

ziana hilang sabar dengan sikap reckless zain yang melanggar lampu merah di trafic light kejap tadi..

zain: " giisss..i am sorry !! oh my god, what was i thinking!!!...

zain terperanjat dengan jeritan ziana dan terus memperlahankan kereta ..zain merasakan beliau telah terkhayal sekita ketika hati yang melayang di alam maya dan jasad nya berada dia alam nyata...

tiba tiba zain berkata : " ziana, lets go makan, atleast kita makan dulu "..

ziana menjawab," u pergi lah makan...i dah kenyang makan hati"..sentap ziana

zain terus seakan memakasa: " okke lah, kalau macam tu you minum air aja"...

ziana mendesak , " I tengah minum airmata nei..in case u nak tau "

zain : " okke okke...enough said, please..please please....kawan kan i makan"...

namun ziana berdegil untuk tidak akan berganjak dari keputusan beliau untuk menamatkan malam ini dengan tunjuk perasaan yang amat sangat....malam ini beliau sedar beliau mahu lebih lagi dari zian...beliau tidak mahu lagi menjadi bahan perhiasan yang diragakan oleh zain untuk majlis majlis resmi atau untuk ditayangkan kepada client client zain...malam ini belaiu sedar beliau mahu lebih dari itu...ziana tak tau apa yang beliau mahu zain berikan malam ini tetapi beliau mahukan sesuatu yang lebih bermakna dari alat solek, perfume, bunga yang selalu diberikan oleh zain setiap kali mereka bertengkar sebegini..

ziana " just send me back home"

"..please don''t call me tomorrow or the next day...please don't call me next week or next year...please dont call me forever"...

tiba tiba ziana melafazkan rasa yang terpendam dalam hati beliau ...

zain terkedu dengan jawapan tersebut yang diberikan oleh ziana...untuk pertama kali malam ini fikiran zain concentrate pada apa yang dikatakan oleh ziana....zain memperlahan kereta beliau dan membelok masuk ke stesyen Projet yang terletak di jalan mengarah ke toll Genting....zain merasakan serious kata kata yang dilafazkan oleh ziana dan beliau rasa tersentak dan agak terkilan dengan kata kata ziana....perlahan lahan zain 'park' kereta beliau di depan MacD sambil membuka safety belt beliau..tiba tiba handphone zain berbunyi menandakan ada message untuk beliau..

tergesa zain mengeluarkan handphone dari poket seluar beliau...maka tertera.

" bukak halo, Nelly cari ko, bro "

..zain tersenyum membaca message yang dihantar oleh Embun dari halo blog ilham...

sekali lagi ziana tersentap dengan senyuman meleret zain yang teruja mendapat message tersebut..zain menjadi kelam kabut banget bila mendapat message tersebut..

lalu dengan tiba2 , beliau berkata " i got to go, my friend tak sihat, dia mintak i bawa hospital "

bersambung haloscan ...

wassalam

Diary Diri 30/01/06

Assalamualaikum,

Selamat Tahun Baru Cina kepada pengunjung blog Ilham yang menyambut Tahun Baru Cina ini dan perhaps tahun anjing ini akan memberi kelian lebih prosperity dalam kehidupan..

Haloscan Blog Ilham mungkin akan menjadi rumah berhantu seminggu ini dengan ketiadaan hilai ketawa warga Sengalians United sekelian...bila keadaan begini berlaku baru aku boleh merasai betapa orang tua boleh menangis menunggu kepulangan anak anak pulang kampong masa musim perayaan kerana kesunyian rumah yang tiada penghuni adalah kesunyian yang sungguh sepi dari sudut hati dan jiwa...

Tahun Baru Hijrah dan bacaan doa yang sesuai..

ini adalah bacaan doa akhir tahun dan awal tahun Hijrah yang aku ambil dari www.bincang.com/forum.Dengan Izin aku pateskan untuk rujukan kelian..

Image hosting by Photobucket




Hamas Menang

Satu peristiwa politik yang bisa merubah political landscape di timur tengah ialah kemenangan Hamas dalam pilihanraya di Palestine...Nyata kemenangan ini sending shivers to the Israelis godfather ini adalah perubahan yang tidak pernah jangka bila PLO diberi kuasa atonomi dulu..

Apa akan terjadi dengan the peace process???...bagi aku tak kira Fatah atau Hamas, peace process is just 'wayang' because too much interest in Israel for the superpower to really make the peace process a reality and perhaps Hamas victory is a good excuse for the superpower to put on hold this peace process for a much longer period...

..apa yang aku rasa menarik ialah kemenangan Hamas ini akan memberi satu semangat baru pada kumpulan kumpulan Islam di timur tengah untuk bergiat aktif dalam politik setempat untuk mengembalikan status quo dan mengenepikan boneka boneka Amerika di sana..

tahniah Hamas, aku yakin Hamas akan mengambil sikap politik progressive demi untuk mengembalikan kekuatan sosio ekonomi di Palestine....

Siti vs Sharifah

apparently Sharifah Aini dibebaskan dengan jaminan polis ( stand to be corrected) dalam kes hate mail dulu dan aku tak terperanjat sebab kalu kelian refer entry aku dulu aku dah predicted the outcome sebab prosecution tidal ambil kes Kak Pah buat Polis Report Plasu iaitu kes yang kononnya Kak Pah kena cucuk/inject dulu...kes itu mungkin ada kemungkinan Kak Pah tersangkut tapi kes hate mail nei susah sikit..

Tetapi adalah lebih baik kes ini tertutup begitu sahaja kerana tiada membawa keuntungan kepada industri muzik mahupun kepada orang malay...

Australian Open

...ikut jugak sikit sikit AO tahun ini tapi final between Marcos Baghdatis dengan Roger Federer was pretty exciting... i like Baghdatis attitude towards the game but i thought Federer was really awesome...i was really more interested in following the comeback progress of Martina Hingis and was quite satisfied with her development....to me Hingis is the symbol of feminity in tennis in the era where muscular looking girl dominating the tennis scene....

English FA Cup

..a bit disappointed that the English FA Cup no longer carry the same significance at it was 10 or 15 years ago....the Bolton vs Arsenal 4th round tie supposedly the glamour tie of the round failed to attract big attendance to Bolton's Reebok Stadium....yang sedih yer Arsenal langsung tak put their best 11th for the game thus reducing the importance of the FA Cup to the public eyes....Bolton won by one goal to nil tapi the game was a scrappy affair....

..well...not much to report on my weekend activities except that aku baru balik pergi melalak !!!ahaks ahaks ahaks...bukan aper, pergi melalak kat karaoke joint nak release tension..macam mana aku cakap kat halo, aku nyanyikan lagu Rindu Bayangan untuk kelian...huhuhuhu...hari ini aku akan pergi tengok Baik Punya Cilok bagi menunaikan janji aku pada Aling aka NHK..... janji pada seorang sahabat adalah janji yang perlu dikotakan dalam apa keadaan sekalipun kerana persahabatan memerlukan pengorbanan dan pengorbanan adalah kunci kepada kesinumbungan persahabatan..insyaallah...

wassalam

Saturday, January 28, 2006

Selamat Tahun Baru Hijrah & Selamat Panjang Umur BokD !!!

Assalamualaikum

Maal Hijrah- Strategic planning

Pertama tama aku ingin clarify that entry ini dicepatkan sebab ramai antara kita akan bercuti bermula dari esok maka mungkin tidak akan berkunjung ke blog pada ketika itu…maka Ilham mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada semoga pengunjung blog ini yang beragama Islam dan semoga tahun baru ini membawa satu kejayaan yang baik untuk dunia dan akhirat….aku sendiri merasakan perlu mencari tapak yang kukuh dalam kehidupan untuk berada di landasan yang sebenarnya ke arah hari hari yang akan datang..

Entry ini dicadangkan oleh Jane dan aku akan cuba melihat Hijrah ini dari sudut strategic planning dari kisah Hijrah itu sendiri..

Aku memikirkan bahawa ada pengajaran dari sudut perancangan strategic dalam kisah Hijrah itu sendiri untuk dijadikan iktibar…maksud aku sekiranya Allah swt boleh mengizinkan Rasullulah saw bergerak dari Mekah ke Baitul Muqqaddis dan kemudian ke langit ke tujuh dalam satu malam semasa Israk dan Mikraj , maka apalah susahnya untuk Allah swt memindahkan Rasullulah ke Madinah dari Mekah meliankan mahu umat manusia mempelajari sesuatu dari kisah Hijrah Rasullulah itu sendiri…

Aku sangat berminat dalam subjek perancangan dan perancangan strategic dan aku merasakan bahawa ada pengajaran tersirat dalam kisah Hijrah Rasullulah itu sendiri…

Bermula dari deception Saidina Ali yang menggantikan Rasullulah di katil Rasullulah sehingga ke tempat bersorok di Gua Thur adalah pengajaran pengajaran dari sudut perancangan strategic yang sungguh bermakna…

Acap kali kita melakukan sesuatu perkara tanpa melakukan perancangan sehingga kita gagal mencapai objektif atau target yang kita harapkan kerana kita gagal merancang dengan baik apa yang kita mahu lakukan…

Apa yang aku rasakan menarik dalam kisah Hijrah tu dari sudut perancangan ialah elemen:

a) Anticipation
b) Deception
c) Alternative action
d) Planning

(a)Anticipation

Perancangan Hijrah untuk menyelamatkan nyawa Rasullulah saw dilakukan dengan forward planning dengan ‘anticipate’ tindakan pihak musuh…Rasullulah anticipate bahawa mereka akan dikejar oleh pihak kafir maka Rasullulah saw dan Saidina Abu Bakar menyorok di Gua Thur yang masih lagi berdekatan dengan kota Mekah.....dari segi logic, sekiranya Rasullulah saw terus lari maka ada kemungkinan mereka dapat dikejar oleh musuh. Dalam hidup kita seharian kita harus melakukan ‘anticipation’ ini seperti mencari jalan ke tempat kerja yang tidak jammed, menyimpan duit untuk masa tua untuk anticipate keperluan akan datang..

Kemahiran ‘anticipation’ ini datang dari pengalaman hidup dan ilmu maka pengajaran dari sudut Hijrah ini ialah kita harus menimba pengalaman dan mengejar ilmu untuk perancangan hidup kita...maka Nini!!! you should apa Hijrah you selepas ini...

(b) Deception

The power of the deception jelas dalam kisah Hijrah ini bila Saidina Umar pergi secara biasa tanpa bersorok sorok semasa melakukan Hijrah seolah olah memberi kelekaan kepada pihak kafir yang merasakan kerja mereka untuk membunuh Rasullulah menjadi mudah dengan tiada Saidina Umar yang digeruni oleh pihak kafir ini….bila musuh merasa complacent , maka kita telah menggalahkan separuh dari kekuatan musuh…deception kedua ialah bila Saidina Ali tidur di katil Rasullulah untuk menggaburkan pandangan musuh bahawa Rasullulah masa ada di rumah dan ini memberi masa untuk Rasullulah dan Saidina Abu Bakar masa untuk ke Gua Thur…dan persembunyian di dalam gua adalah satu bentuk deception yang amat menarik sekali…

Apa yang boleh kita pelajari di sini ialah ‘deception’ adalah senjata penting dalam perancangan dan perancangan startegik….dalam perniagaan, deception bermakna ‘pengiklanan’ yang menarik perhatian pembeli, dalam politik deception bermakna menggalih pandangan musuh dari isu yang sebenarnya….

Tetapi ‘deception’ ini jika tidak difahami boleh mendatangkan kesan negatif dan boleh pula di jategorikan sebagai’penipuan’…di sinilah berlaku apa yang dikatakan sihir dimana power of deception boleh merosakkan iman dan aqidah seseorang…

(3) Alternative Action

Hijrah itu sendiri adalah alternative action bermaksud perpindahan itu berlaku setelah Mekah tidak sesuai lagi untuk dijadikan tempat untuk penyebaran awal Islam. Madinah adalah alternative kepada Mekah dan sekiranya alternative ini tidak diambilkira, maka dari zahirnya Islam akan terkubur sebelum ianya berkembang..

Kita harus ada ‘alternative’ dalam apa sekali perkara yang kita lakukan…apa yang dikatakan action plan itu mesti merangkumi ‘alternative’ untuk membantu aksi 'anticipation’ dan ‘deception’ action yang kita telah rancangkan…

Apakah alternative kita sekiranya kenduri kahwin dijalankan pada musim hujan, apakah alternative kita kalau hotel di tempat percutian kita semuanya penuh..alternative adalah berasal dari perancangan yang baik..maka kita harus ada alternative alternative yang kita sediakan dalam apa perkara yang kita lakukan..

(4) Perancangan

Hijrah dari awalnya adalah satu perancangan yang tersusun sehinggalah ke peringkat kemana Rasullulah akan tinggal apabila baginda sampai di Madinah..setiap perjalanan Rasullulah dalam kisah hijrah ini adalah satu bukti kepada pentingnya perancangan terperinci dan strategic untuk mencapai sesuatu matlamat itu.

Hari ini perancangan atau plan di pecahkan kepada perlaksanaan controlling, reviewing and implementation dan bila kita membuat sesuatu perancangan bermaksud kita mesti in control of our action plan, must review each plan thoroughly and eventually implementation of action plan that must be again using the method controlling, reviewing before implementing.

Perancangan yang baik adalah benih kepada buah yang menghasilkan keuntungan.Tanpa perancangan , sesuatu perkara yang dilakukan akan menyebabkan kelewatan, kos yang tinggi, budget terlebih dan sebagainya.

Guys, personally I am not that happy with my writing of this article because I just did alot of things against what I had preached above. I did not plan/draft my entry of Maal Hijrah thoroughly, I did not have any alternative article about Hijrah should I face any mental blockage ( time showing 2.52am) and I am struggling like hell, I don’t have other materials to make alternative comparison and worst of all , I fail to create a proper action plan in this entry that will allow me better time management and so forth..

Aku harap, entry hari ini yang tidak cukup garam ini boleh lah dianggap sebagai ‘alternative’ views untuk ‘anticipate’ minat golongan muda yang dahagakan pandangan contemporary dan article ini adalah lurus tanpa ‘deception’ dan yang pentingnya article ini telah dirancang tarikh penerbitannya untuk memberi peluang kepada kita membuka dan mencari other references about Hijrah sebelum datangnya Awal Muharram ini..

Sekiranya adalah kesalahan fakta berkenaan Hijrah yang berlaku pada tahun 622 Masihi, maka saya meminta ampun dan maaf .

Jangan lupa untuk membaca doa kahir tahun dan awal tahun yang disyorkan dengan kedatangan Awal Muharram nanti.

Kesempatan ini aku juga nak gunakan bagi menggucapkan Selamat Hari Lahir kepada salah seorang pengunjung setia blog Ilham iaitu seorang Sengalians juga iaitu saudara BokD yang meraikan harijadi beliau pada hari ini, 27th of January….semoga Allah akan memberi petunjuk dan kesejahteraan kepada BokD dalam menempuh tahun baru Hijrah ini dan kejayaan dan kepuasaan dunia yang belaiu kecapi akan menjadi bekalan akhirat jua nanti.

Sekali lagi, Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah..

Wassalam

Friday, January 27, 2006

Promosi Bolasepak di Blog Ilham!!!!...

Assalamualaikum

Minat Bolasepak – World Cup dah dekat dah nei!!!…

Entry hari ini telah dicadangkan NHK aka Aling sebagai guideline untuk sesiapa yang tidak meminati lagi sukan bolasepak bagi persediaan supaya tidak dimadukan oleh World Cup final nanti!!!!…ahaks ahaks ahaks..there’s a term of world cup widows for wives to football fanatics during world cup fever/season…..so aku punya advise untuk girlfriends or wives yang mempunyai pasangan yang kaki bola ialah….layannnnnnnnnnzzzzzzzzz..

Sebenarnya minat terhadap sesuatu sukan atau apa perkara sekalipun tidak boleh dipaksa kerana minat itu selalu datang sendiri oleh beberapa sebab seperti ;

1) bakat
2) minat
3) dorongan/influence persekitaran seperti keluarga/budaya/undang undang
4) terpaksa – co-curriculum untuk dapat credit
5) kerjaya

Dalam hal bolasepak ini pun, rasanya sukar nak yang belum berminat untuk tiba tiba berminat sebab meminati sukan tak sama dengan meminati hiburan…hiburan seperti muzik dan lakonan adalah mainan telinga dan mata kerana kehidupan itu sendiri satu lakonan dan perkataan dan percakapan adalah muzik kepada telinga kita…

Jadi untuk entry ini tiba tiba boleh urge minat kelian terhadap bolasepak secara mendadak adalah agak sukar tetapi aku akan share pengalaman aku tentang bolasepak untuk kelian faham mengapa bolasepak penting untuk ramai lelaki di Malaysia dan di dunia…

KPD dah pernah tulis pasal basic bolasepak dan apa yang aku akan tulis adalah banyak repition pada apa yang KPD telah tulis….pada siapa yang tak faham tentang asas bolasepak..maka ingatkan kembali zaman kelian masa main netball dulu ( yang perempuan lar ..tatau lar aku kot si vaart dulu main netball!!!!ahaks ahaks)…so, secara simple, netball dan football mempunyai objektif permainan yang sama iaitu untuk mendapatkan sebanyak gol yang boleh dan menghalang pasukan lawan untuk menjaringkan gol…

Goal Shooter(GS) adalah ibarat striker dalam bolasepak, centre(C) adalah ibarat midfielder dalam bolasepak dan Goal Defense (GD)adalah ibarat defender plus goalkeeper untuk bolasepak….a good netball team normally requires a talented centre and an outstanding GS sama jugak macam bolasepak…

Emak aku dulu adalah jurulatih netball dan referee jugak …so aku akan selalu ikut emak aku untuk pergi ke netball tournament in and around KL so aku agak faham permainan netball nei…ada 2 tahun tu sekolah emak aku jadi champion FT kerana dia punyer GS really outstanding…dia boleh shoot bola masuk even the most impossible position dan walaupun the overall team tak berapa kuat tetapi dek dia nei seorang..sekolah emak aku terus jadi champion FT for two consecutive years…. syok gak ikut emak aku dulu..akak akak prefect kena jaga aku masa mak aku jadi referee!!!!huhuhuhu...aduh!! kecik kecik aku dah sengal dah!!!ahaks ahaks ahaks

So , bolasepak juga begitu tetapi lebih menarik kerana ia memerlukan lebih kekuatan berpasukan, tektik yang sesuai untuk sesuatu keadaan, elemen nasib, elemen kepakaran individu dan undang undang permainan yang lebih complicated…tetapi bolasepak bukan about scoring goals sahaja, bolasepak juga ada kaitan dengan politik, semangat kenegerian, semangat patriotic kepada negara dan sebagainya dan ini yang create the feeling of fanatism tentang bolasepak…

Di Malaysia sebagi contoh..Piala Malaysia melibatkan negeri negeri dan semangat kenegerian itu yang menjadikan perasaan seronok menonton dan dulu bila Selangor lawan Singapore..maka perasaan bolasepak itu lebih kepada semangat patriotic pada negara…

Dalam musim World Cup..peminat bolasepak seluruh dunia tanpa mengira negara mereka masuk bertanding atau tidak akan memilih negara favourite mereka untuk disokong dan kalau di Malaysia,secara tradisinya negara Brazil, Germany , England , Holland, Argentina,France dan Italy…maka negara negara ini akan menjadi negara angkat sepanjang tempoh world cup tersebut..

Bagi aku pulak..England adalah negara angkat aku masa world cup dan dalam tahun tahun England gagal bertanding, aku akan ambil Home nations yang lain seperti Scotland or Northern Ireland untuk disokong semasa world cup finals…

Aku meminati jenis bolasepak seperti yang dipamirkan oleh English football iaitu robust, high workrate, fast and furios , hard tackling and so forth…sebaliknya ramai minat bentuk permainan bolasepak yang dibawa oleh Brazil iaitu skills, flair, magic samba but basically no defense or defensive appreciation except recently ….permainan cara Brazil ini adalah pure football dan amat menarik sekali manakala Germany dan Italy pula menggunakan pendekataan technical dalam bolasepak di mana mereka secara tradisi dianggap sebagai pasukan yang kuat dari segi tektik dan teknik tetapi amat boring ditonton..

Sekarang ini telah muncul African nations dengan brand of football yang mixing European technicality dengan the south American flair…aku rasa African country akan dominate world football sooner rather than later dan aku rasa Ghana is a good bet for this coming world cup….

So, kelian kena pilih satu pasukan yang kelian minat atau ikut minat pasangan kelian supaya ada common interest dalam menonton world cup.. tak salah jugak kalau kelian pilih pemain yang hensem untuk diikuti sebab lelaki pun buat macam tu bila memilih drama apa mereka nak tonton!!!!ahaks ahaks...vaart tengok drama RTM!!!!huhuhuhu...

Minat bolasepak ini memang addictive macam menggintu jugak !!!ahaks ahaks ahaks…dan macam menggintu gak, bolasepak ini kena ada kaki untuk layan baru sengal tu datang….bolasepak kalau tengok sorang sorang memang potong steamboat…kena nak ada kawan berlawan baru best tengok so boleh jadi kawan bergaduh!!!...

Bolasepak boleh buat macam jatuh centa seperti tak lalu makan , migraine..ahaks ahaks..dan tak boleh tidur dan bolasepak boleh menyebabkan kawan tak bertegur seminggu, bolasepak boleh membuat musuh menjadi kawan, bolasepak boleh menyebabkan kilang turun produktivit!!!!…bolasepak adalah obsession in a positive tone....

So kalau kelian nak minat bolasepak…kena start baca page belakang newspaper untuk faham cerita dalam cerita dalam bolasepak seperti siapa yang tengah top form, siapa yang injured, siapa favourite team, siapa seeded atau tidak dan sebagainya..

Kalau perempuan berangan nak jadi ratu, peramugari dan sebagainya, maka lelaki nak jadi pemain bolasepak ternama….

Baiklah , seorang untuk pelajaran asas bolasepak

1) setiap pasukan mempunyai 11 orang pemain dan 3 gantian boleh dilakukan dalam sesuatu permainan
2) masa permainan adalah 90 minit yang dibahagi dalam 2 halves of 45 minutes…masa kecederaan/injury time akan dimasukkan diakhir setiap half…masa tambahan selama 30 minit akan berlaku sekiranya keputusan perlawanan seri diakhir masa biasa untuk perlawanan kalah mati or knockout stage…tendangan penalty akan diadakan sekiranya kedudukan masih seri diakhir masa tambahan…
3) kesalahan dalam bolasepak melibatkan kesalahan menggunakan tangan oleh pemain yang bukan penjaga gol, tackle yang merbahaya, berada dalam kedudukan offside( offside nei susah nak explain sikit..tapi senang citer..mana pemain pasukan A berada dibelakang pemain pasukan B dalam kawasan pasukan B, maka itu offside)..kesalahan yang dilakukan dalam petak penalty boleh menyebabkan tendangan penaltu diberi…bercakap kasar ( dissent) jugak boleh dianggap kesalahan yang boleh membawa kepada amaran kad kuning..ada dua jenis amaran iaitu amaran lisan dan amaran bertulis, amaran bertulis pertama akan mendapat kad kuning dan amaran bertulis kedua boleh menyebabkan pemain di buang pandang dengan pemberian kad merah….ada kesalahan yang serious yang boleh menyebabakan pemain terus dibuang pandang dengan mendapat kad merah secara serta merta..
4) bola yang keluar dari bahagian kiri dan kanan pandang akan diberi lontaran masuk dan bola yang terkeluar di bahagian gol post akan diberi tendangan sudut untuk pasukan lawan jika pasukan kita yang tertendang bola tersebut keluar , tetapi jika pasukan lawan yang tertendang keluar, maka goalkick akan diberi..
5) Formation pasukan bolasepak ada berbagai bagi…ada yang menggunakan the traditional 4-2-4 iaitu 4 orang pemain pertahanan, 2 pemain tengah dan 4 dibahagian serangan , atau 4-3-3 atau 5-3-2 atau sekarang ini yang lebih total football dan ada pulak formation 3-4-1-2 iaitu back kiri dan kanan lebih kepada attacking options dan ada 1 untuk free role dan 2 penyerang …

Memang banyak lagi yang boleh disampaikan tetapi aku rasa sebagai asas pengenalan apa yang dinyatakan di atas adalah cukup buat masa ini..

...Bolasepak ada seni , seni yang patut dihargai, dijiwai dan seni yang memerlukan kemahiran yang tinggi untuk di 'master'...bolasepak adalah buday dan cara hidup kepada banyak negara dan bangsa, bolasepak adalah 'the beautiful game' seperti kata legend bolasepak Pele...

..maka kelian yang belum minat bola macam Embun, mulakan minat terhadap bolasepak ini dengan menonton light football magazine show macam "Football Crazy" untuk memahami the craze for the game...aku belajar menggaji dengan Pak Long aku dan bila salah baca ajer arwah nei akan kata " otak tu ingat bola, besok mati nanti, bawa bola tu dalam kubur!!!!".....al-fatihah..

..namun hari ini sudah ada video games, recrational type of sports macam bowling dan snooker , expensive kind of sports macam golf dan motor racing yang telah menggalih minat anak anak muda dari bolasepak..kalau masa aku kecik dulu, you are only sportsmen bila you main bolasepak dan baru diikuti dengan badminton, hockey , takraw dan acara padang dan belapan...

aku menyeru kepada kelian embrace this game of football with an open mind...jangan peduli pasal technicality..untuk permulaan, tengok siapa pemain yang lebih hensem or badan siapa lagi best or seluar sesiapa yang memberi kesan sengal yang mendalam..heheheh...tapi rasakan the passion of the fans, the enthusiast of the commentators, the scoring goals celebration, the beauty of winning and the agony of defeat dulu..insyaallah nanti korang akan dapat feel tentang bolasepak ini...

wassalam

Thursday, January 26, 2006

HAPPY BIRTHDAY FARAH !!!! good guess ,Aling!!!!

Assalamualaikum

Happy Birthday Farah!!!!!

Hari ini adalah Birthday Farah yang ke 21 dan sebagai peminat keras Farah, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Harijadi ke 21 kepada Farah Diana Anuar ,idola ku….aku memohon ke hadrat Allah swt agar Farah diberi kesihatan, kekuatan dan rezeki dalam career Farah disamping kekuatan iman dan taqwa dalam menempuh dugaan kehidupan dalam kita umatNya mencari tapak yang tegap untuk persediaan kembali kepadaNya Yang Esa…

Farah,

Kejayaan tidak datang mengolek dan kecemerlangan tanpa usaha hanya sementara jua, teruskan perjuanganmu untuk memperjuangkan minat dan career mu dalam seni…onak berduri dirempuh jangan namun kejayaan tidak datang tanpa dugaan dan keperitan.

Di Harijadimu yang ke 21 ini, izinkan aku mengimbau kembali saat saat indah di mana namamu bertahta dihatiku dan jiwaku meronta mengharapkan kejayaanmu… huhuhu

Tirai Akademi Fantasia 2 menjadi tempat pengenalan kita dan disaatkan kau dikenalkan kepada dunia aku sudah merasa kehebatan cinta kita ( huhuhuhu…makan ati lar kau Adam!!ahaks ahaks ahaks)…flashback menunjukkan saat dikau di sessi ujibakat berbaju serba putih dengan menyanyikan lagu Ezlynn ,’Sengsara’ sudah nyata kelantangan suaramu menjadi igauan hatiku…

Image hosting by Photobucket

..namun tak semua indah selepas itu setelah bermulanya Konsert 1 dengan kau menjadi penyanyi pertama menyanyikan lagu Dayang Nurfaizah’Seandainya Masih Ada Cinta “, aku terus menjadi pengikut setiamu walaupun peserta lain lebih menyerlah di saat ini..

Di Diary Akademi, sikap keterbukaan dikau telah menjadi sasaran peminat AF dan kelincahan mu telah disalahertikan sebagai ‘gedik’ walaupun aku tahu disudut hati ramai lelaki bahawa ‘kegedikan’ adalah daya penarik dalam diri seseorang wanita itu…episode ‘anak ikan’ telah menyebabkan kepopularitian mu merundum dan membuatkan aku terus merasakan tiada ada yang dapat dilakukan lagi untuk menyelematkan kau, Farah…

Image hosting by Photobucket

Namun lagu Aishah, ‘Janji Manismu’ ,telah menyelamatkan kau dari tersingkir apabila kejutan kehadiran Aishah dengan sama sama mengiringimu pada saat terakhir persembahan dengan kritikan dari pengkritik yang membina telah menyelamatkan kau dari tersingkir..

..aku merasa selesa dan disaat ini kalau menyatakan aku angau dengan kau adalah satu understatement..It was indeed a crazy period for me, fighting with others over you, promoting you to my friends and foes and doing anything or everything that a person could do to his/her loved ones!!!….I began to move into one AF website/forum to another trying to sell your personality and Channel@15 was virtually my 2nd home for the next 2 months!!!ahaks ahaks ahaks…it was love for your pure talent, your personality and above all the feeling of not wanting you to be ousted from AF2 that actually geared me towards doing things that I could never thought possible for me to do before you came into my life ( huhuhuhu….power rangers tuh)…

Week 6 was critical because I could sense that either you or Zarina could be the next victim and I was sweating profusely that night and I could not even bear to watch you sing or listen to the critics…your rendition of the Siti’s Irama Malaysia song was not really your best but Zarina fared worst in the dangdut/Arabic version of Bienda’s song. The moment your survived, all hell broke loose..I was in delirium knowing very well that that was the critical week for you and by surviving that week, I was really confident that you would go all the way to the final after this early scare…

I began seriously involved with your survival process ( with Allah blessing indeed) and began writing to your FFC activist of the plan action for the coming weeks without actually revealing myself except to the then interim FFC president.. I would spend countless hours strategizing your survival plan and the week that you topped the chart with the song ‘ Bebas Berlari “ ( stand to be corrected ) was one of the real highlight when my advised to FFC to free the line after Farah finishing her singing in order to allow satuday voters to be able to send in the votes really work to the T, alhamdullilah…

I created the tagline “ FARAHMANIA” for your FFC , created the block /systematic voting to your FFC and for 2 years I kept that a secret until today because I think this is the best time to do it without actually hurting anybody….I created the AFJIHAD when one student was taken back in and I was able to get the zarina’s FC to join FFC through C@15…I did that because of my pure love of your talent and perhaps the will to win in me too… I have all correspondences to FFC in my safe keeping should anybody try to dispute my claims…I have even your father’s HP number given by the then interim president should I need to inform your family of any last minute strategy changes… still , I will not reveal my ‘nick’ during those period because I intend to stay anonymous as long as this blog exist…

Farah,

Week 9 when you sang the song “Mengapa” was really the twilight of my happiness when even your biggest critics among my fraternity would call me and expressing their admiration to your unique vocal prowess…It was the proudest moment in my life though none of my friends except one actually knew my behind the scene involvement in trying to ensure your survival, I was really satisfied indeed…

Though you were denied the coveted top three placingin the Final, tapi alhamdulillah, you are still surviving till today and looking very much to become the next generation of divas to rock the local scene entertainment in the near future….

Image hosting by Photobucket

Farah,

Today you are no longer the AF2 student but a star in your own right, an up and coming artiste with the potential to a real entertainer should you willing to work hard and take a little bit of risk in developing your career…always remember Farah, in order to survive the local entertainment scene, you have got to be discussed/remembered in present tense and not in past tenses…therefore, always be in limelight, make yourself heard and seen all the time because ‘those that speak the loudest will be heard”…

I was probably a bit harsh on my critics on your debut album but someone has got to stand up and tell the world that you are more that a singer that could hit the highest note possible, there’s so much variation in your vocal versatility that it is a waste to make you sing a certain typical song in one full album…

Image hosting by Photobucket

I dread to think that you will fade from the entertainment scene like many others before you and therefore I would suggest that you start looking for fresh platform to move your career to the next level… remember, you are no longer that cute little girl from CBN and at 21 years of age, you are now a fully blossom lady of my life and many others..


Happy Birthday Farah, as far as Ilham is concerned, they will never be another Reality TV show personality that I will cherish as much as I did to you…I was madly crazy about Nija and Mawi too, but in terms of personal involvement, there will be no Farah ever again in my life!!! ( Huhuhuhu….ayatan maut tuh!!!)

Happy Birthday Farah and may the coming years will see you establishing yourself as one of the best singers in the country… always remember the ‘small people’, those that really love you for who you were when you started in this industry and don’t let fame to change your style or your perception about your fan, I know for a fact that you will not and I hope you will try not too…..

“ Mencintai bukan bermakna ingin memiliki” dan rasa cinta ku pada mu adalah ikhlas dari seorang peminat kepada idolanya…I love you Farah and will always do!!!! huhuhuhuhu..pada yang nak muntah, sila gunakan besen masing masingnya...hehehehe

Kepada peminat Farah di blog Ilham ini, marilah sama sama kita nyanyikan lagu ini untuk Farah yang kita sayangi….huhuhuhu…jangan bengang BokD!!!!

“ Allah selamatkan Farah….Allah selamatkan Farah…Allah selamatkan Farah Diana….Allah selamatkan Farah”…

hip hip hooray..hip hip hooray..hip hip hooray…sila ke halo untuk makan makan ringan sikit ekkk…


waalaikumsalam

Wednesday, January 25, 2006

Kuching!!!!!yeah..wa gei Sarawak!!!!....

Assalamualaikum

Kuching!!!!huhuhuhu..tu lar obersee diaku!!!..

Pada 19hb Januari 2006 yang lepas , saya telah pergi ke Kuching ,Sarawak ( skema ala ala karangan sekolah tuh!!!)…..yeap babeh!!!..untuk pertama kalinya diaku menjejak kaki di Bandar Kuching di Bumi Kenyalang…dan dengan sampainya aku ke Kuching bermakna aku sudah sampai ke semua ibu ibu negeri di Malaysia…..maka kisah aku di Kuching ini akan membuktikan betapa dandamnya aku pada kelian semua disaat aku tiada berhalo tempih hari….

Walaupun permulaan perjalanan agak tidak cantik bila aku ter’miss’ flight aku tetapi alhamdulillah, aku telah di ‘slot’kan untuk flight pukul 11.45 am…ini akibat ronggeng sampai tengah malam!!!..huhuhuhu..perjalanan yang mengambil masa kurang lebih satu setengah jam dengan stewards yang ‘kurang keras’ adalah amat membosankan dan aku penuhi dengan sessi membaca light material…

Setibanya di Kuching sudah lebih satu tengahari dan aku terus ke hotel yang betul betul berhadapan dengan waterfront dan tingkap bilik diaku betul betul mengadap ke Fort Magherita…betul Aling,!!! suasana sungai Sarawak mengingatkan aku pada Bandar Kuantan, kampong halaman mu itu…..

Image hosting by Photobucket

..seperti biasa , diaku besarkan ‘the small people’dan aku terus berkawan dengan bellboy yang bernama Saiful …..dari Saiful aku dapat sewa kereta pada harga RM120 per day yang agak reasonable selepas buat sedikit price comparison di airport tadi….

..kereta sampai dan terus diaku teringat si Liana baby sengal tahap dewa !!!!inilah kereta aku selama di Kuching dan nombor pada plate kereta terus mengingatkan aku pada gay partner si Debok punyer hobby , !!!ahaks ahaks ahaks , baibun aja , bro!!

Image hosting by Photobucket

Pada malam hari , biasalah jantan bila outstation…mesyuarat tergempar berkenaan dengan tanah baru hendak di terokai, gunung ganang mana harus dipanjat, lurah mana harus dituruni,buah epal merah atau hijau jadi pilihan menjadi perdebatan yang hebat!!!!ahaks ahaks ahaks…aktiviti test drive adalah aktiviti wajib masa outstation!!!huhuhuhu..so , kalau laki kelian balik outstation buat muka innocent tuh, korang sergah ajerlah…memang dapat present lar lepas tu…hehehehe..tak semua macam tu tau,diaku baibun ajer bah!!!…aku pun lepas perbincangan, balik bilik baca yassin dan sebagainya!!!!ngape??!!, tak percayer!!!!!….huhuhuhuhu…lepas tu aku pergi naik sampan menyeberang sungai for supper…

…memang indah suasana di waterfront ini tapi aku agak termalu sikit lar pada masa episode naik sampan nei ..aku naik last lar ala ala gentlemen gitu…lepas tu , bila turn aku naik sampan, sampan jadi tak balance dan mula berat ke sebelah yang aku tak duduk!!!!!huhuhuhu.. aku tak nak niat nak buat joke tapi abis satu sampan menggigil tahan gelak...pakal aku tak pandai swimming, kalau tidak, memang aku terjun sungai berenang ala ala dugong gitu ke seberang sana....siutttt betul…tapi I swear, ada aweks tu muka ala ala Dayang Nurfaizah naik sampan sama gan aku dan aku assume dia nei sepupu Dayang ajer lar…bulih??!!…malam tu aku makan satay, sotong kangkung, nasi ayam untuk alas perut…hehehehe…makan agak mahal sikit dan kalau boleh elakkan makan seafood sebab memang agak mahal dari harga yang kita biasa ….

….selepas makan aku bersembang dengan local people dan depa nasihat aku supaya berhati hati dengan lelaki atau kumpulan lelaki yang akan mendekati ‘orang luar’ dan mereka akan pukau…maka lepas itu aku pun slowly dan menuju satu tempat yang ala ala Bintang Walk…sini agak happening lar dengan Starbuck dan sebagainya..lepas tu dah dekat pukul satu pagi, aku balik hotel untuk sembahyang tahajud!!!…ahaks ahaks..

..esoknya selepas urusan resmi selesai, aku terus ke Sarawak Tourism berdepan dengan Padang Merdeka untuk mendapatkan peta Kuching dengan pertolongan Saiful bellboy tadi…berbekalkan peta tersebut aku pun menuju ke Damai iaitu sebuah kawasan peranginan di mana terletaknya Gunung Santubong…

Image hosting by Photobucket

ini dia gambar Gunung Santubong yang mengingatkan aku pada Zack Kimball yang suka panjat gunung…about 30 minutes from Kuching kawasan ini mengingatkan aku pada satu resort dekat Pantai Kok di Langkawi….sampai di Damai aku tersesat dan masuk ke kampong Pantai Puteri dan masa itu air sedang surut ala ala dekat Morib dan budak budak tengah main golf!!!!…huhuhuhu..sempat aku ajar depa macam mana nak hit the golf ball correctly..huhuhu…told them to open stand, eyes on the ball, loosen the grip, hit through the ball….love it!!!….di sini lah aku selalu kata betapa ‘scouting system’ amat penting untuk mencari bakat terpendam…salah satu budak ini memang natural, he hits the ball effortlessly and with proper guidance could be the next Vijay Singh!!!..

aku terus mengarah ke Damai Resort dan gambar gambar ini mengingatkan aku pada kelian..

Image hosting by Photobucket

teringat papaa bila tengok golf course

Image hosting by Photobucket

teringat Embun, Aling, watever, jazz, seri,Hanim ,kak ri yang cerita pasal nak pergi spa hari tu

Image hosting by Photobucket

teringat kat geng lelaki aku Epong, Vaart,KPD,Debok,T-rexx,antukarma,GX bila tengok durian...

Image hosting by Photobucket

inilah Holiday Inn Damai resort yang aku nak hadiahkan kalau ada yang menang teka destinasi Ilham...memandangkan tiada yang menang, diaku pergi sowang sowang lar beb!!!

..aku berhenti makan durian dan bersembang dengan penjual durian yang sungguh ramah…durian Sarawak memang sedap, cukup dengan lemak dan tebal isinya..makan sebiji dah kenyang …dalam perbualan tersebut , mereka suruh aku ke Sarikin( ejaan mengikut bunyi) untuk membeli belah…selepas makan durian dan sembang baik, aku terus pulang ke arah balik ke Kuching dan singgah ke ‘Cat Museum’ tetapi sayang dah tutup by the time I reached there..siutttt….aku terus menuju kemana saja arah jalan yang aku rasa selesa hingga aku sampai di tempat ini yang mengingatkan aku pada Putrajaya dan maka teringat aku si Farah AF2 dan si Azisah ( ko kat putrajaya kan??!!)…

Image hosting by Photobucket

masa ini juga diaku ternampak/melalui Normah Medical Centre ( gambar tak berapa clear though untuk di publish)dan terus diaku teringat si Fudla yang nak beranak bulan May dan teringat juga aku pada ibu ibu lain termasuk SC,Seri, Bat,Teesh, Azisha Nini dan semua yang bakal menjadi ibu…

…kemudian aku singgah semula ke waterfront nak naik river cruise tetapi boat sudah bertolak untuk sunset cruise..so masa itu aku ternampak Sharifah Armani dan Zizan Beat TV dan masa tu iaku terus sebut “ Sepet” maka terus teringat si Seri!!!!…malam tu aku tak kemana except lepak kat Waterfront sambil layan Pertandingan akhir Hitz 104!!!…ada sesuatu about waterfront yang membuat aku terlamun di tepi sungai ini..Kuching mengingatkan aku akan KL masa aku tengah meningkat remaja iaitu Bandar yang buzzing tetapi masih ada ruang untuk beriadah dan bersantai…brilliant!!!…

esoknya , aku tak ada acara resmi dan dalam pukul 8.00am aku telah berada dijalanraya dengan harapan menuju ke Sarikin mengikut jalan Bau ( pronounce Bauk), tetapi sampai di Wisma Seberkas iaku ter’miss’ satu turn yang menyebabkan aku menggunakan jalan Serian yang juga jalan menuju ke kota Samarahan…orang Kuching ramah belaka dan aku buat ala ala Explorace cari jalan tetapi sayang seribu kali sayang….huhuhuhu…aku tersilap faham agaknya , aku terus ke Serian dan kemudian ke Tebedu iaitu sempadan Indonesia –Malaysia yang hanya setengah jam perjalanan lagi ke Pontinak…sampai di custom checkpoint , aku dengan confidential yer ingatkan aku dah sampai Sarikin!!!ahaks ahaks..roper roper yer, ini ibarat nak pergi Bukit Kayu Hitam tapi sesat ke Pandang Besar…huhuhuhu..

Image hosting by Photobucket

..tapi aku tak kisah sebab aku enjoy going to weird looking places…atas pertolongan satu mamat Indon, Bahtiar namanya, aku dibawa masuk ke belah Indonesia!! Iyer beb!!..technically aku pergi Indonesia beb!!!huhuhuhu…aku tatau siapa mamat Bahtiar ini, tapi diangkat tangan aja, custom Malaysia dan juga belah Indonesia terus buka gate dan aku terus masuk ke pekan belah Kalimantan Indonesia….sebenarnya, sebelum Sarikin maju, inilah Bandar sempadan yang ‘happening’ dan kalau kelian nak tengok ini, gambar pekan tersebut…

sesuatu yang berlaku yang betul betul buat aku tension di pekan cowboy ini…huhuhu..belum sampai 10 langkah aku keluar kereta datang seorang mamat ala ala taiko approach aku..katanya “ Pak Pak, mahu seri malam, saya boleh uruskan kan Pak!!!!”….ini pukul 11.30 pagi, adakah ker nak offer aku pompuan!!!siuttttt….apa dahi aku ada tulis ker “ I Am A Kueh Tart Lover” sampai offer aku pompuan pukul 11.30 pagi…siutttt betul..and this was not the first time benda nei happened kat aku!!!ahaks ahaks ahaks …bengkerq aja aku!!!….

..lepas tu aku pun carilah benda benda sekadar nak jaga hati Bahtiar tadi…after one hour aku pun seberang masuk Tebedu semula dengan sedikit bende bende yang tak aku perlukan yang aku beli….aku hairan si bahtiar nei betul betul nak tolong, dia tak mintak duit ker aper, so bila dia turun tu aku panggil balik bagi duit sikit…dia tolak tapi aku insist jugak…lepas tu dia punyer happy habis dia cakap kat semua kawan dia kat sekeliling kawasan custom tu….huhuhuhu…….well, that was indeed unexpected..end up kat Indonesia punyer sempadan…masa ini aku teringat kat mana antukarma( mohdabdulhalim) tinggal ??!!..

..on the way back, singgah kat Jong’s crocodile farm jumpa suku sakat aku..hehehehe…okke lar, entry at RM 8 dan lebih besar dari Taman Buaya kat Melaka..melihat buaya buaya ini maka teringat aku kat Vaart, KPD,GX, Debok,Det, Epong yang semua aku rasa sepupu sepapat gan aku gak…huhuhuhuhu..baibun bro!!!

Image hosting by Photobucket

clockwise : epong, debok, amoy, vaart,KPD, antukarma, cik din, Ed,Det,xmen, min superhero, ilham!!!!..ahahs ahaks ahaks..

..lepas tu iaku menuju ke wildlife conservation centre nak tengok orangutan…sampai kat situ tengah breeding time tapi orangutan tak nak keluar…dipanggil dek rangers tu tapi masih tak keluar…last last depa announced that orangutan could not be sighted…tapi bila aku borak dengan satu tourist guide tu baru aku tau bila musim buah, orangutan orangutan nei kereks sikit sebab perut depa kenyang!!! Siuttt ajer…tapi ada gak rezeki…on the way aku pergi car park, tiba tiba muncul seekor anak orangutan bergayut di pokok pokok di tepi jalan..dapat lar aku tangkap gambar dan memang ‘pacahtalur’ colour bulu dia…so teringatlah iaku akan joke joke pacahtalur kita kat halo nei…

Image hosting by Photobucket

..aku yakin anak anak seri, teesh, fudla,SC,azisha,Bat, janelabu, esiya ,nini akan apprecite tengok orangutan nei

…lepas tu aku terus pergi nak naik cruise balik tapi singgah makan dulu..siutttt, hari sabtu ramai orang naik cruise beb!! aku sampai semua cruise boat dah fully booked!!!..bangkahulu betul!!!…tapi masa nei aku dah exhausted dan aku pergi kedai kedai kraftangan untuk beli barang sedikt souvenior..nei lah barang barang yang diaku beli…

Image hosting by Photobucket

…malam tu saiful bellboy suruh aku pergi pasar Satok..a kind of night market yang betul betul happening dan dia suruh aku cari ikan terubuk masin….memang besar betul dan orang ramai giler sungguh dekat pasar malam Satok ini….walaupun sesat dulu, akhirnya aku jumpa jugak penjual ikan terubuk masin nei…lepas tu depa recommend aku beli kueh lapis Sarawak…sedap beb!!!

Lepas tu aku pergi lepak waterfront…fuyyoooo..Saturday night baru ratu ratu turun lepak beb!!!huhuhuhu…naik gak sengal aku kejap ..huhuhuhu…pas tu pergi kat tempat yang aku kata ala ala Bintang Walk tu dan tengok ada KFC karaoke contest …huhuhu..tapi orang Sarawak memang terrel nyanyi..masa kat pasar Satok tu, ada satu budak jual nasi ayam nyanyi gurau gurau tapi suara dia memang kelas gitu!!!!…

Lepak kejap dengar karaoke contest, lepas tu diaku balik hotel dan baru access internet dan nampak lar giler punya pertandingan surat chenta kat halo!!!!ahaks ahaks ahaks…adik beradik aku pun aku tak hengat, korang yang aku hengat masa kat Kuching nei!!!!

..the next day, aku punya flight petang, so aku bawa kereta jalan jalan town dan ini yang aku jumper …huhuhuhu

Image hosting by Photobucket

teringat diaku pada bini bini Bornea kita Kajol, jazz, ana ,along nini dan awang awang si KPD dan antukarma( mohdabdhalim)

Image hosting by Photobucket

teringat dekat rockers karat kan sini si epong, KPD, Debok, Vaart,GX


sampai kat KLIA, aku tatau lar paparazzi mana dah pecah rahsia…sampai kat airport, roper roper yer aweks lama aku dan mengendap aku..siutttt…aku dah tak leh buat apa, aku layan ajer lar !!!!ahaks ahaks ahaks…weh!! Wa jumpa Siti Nurhaliza depan depan beb!! Cun gilos…..huhuhuhu

Image hosting by Photobucket

..Siti tak berapa ramah lar..i mean tak warm dan very artificial...tapi lawa siuttt though not aku yer taste...

..i really enjoyed my trip very much and I hope you guys make an effort to go to Kuching!!! A nice place indeed..thanks Kuching and thanks Saiful!!!!

Pengumuman:

Embun dah balas e-mail I dan dia kirim salam pada semua ( infact she mentioned names of each one of you)...she misses everyone of us very much too...she will be back but with one condition ...ermmmm...BokD kena pujuk dia melalui e-mail!!!!...so Debok, do us a favour please...tolong email Ling ko personally!!!!...email nanti aku bagi kat halo ekkk...


wassalam

Tuesday, January 24, 2006

How u doin babeh!!!!..I am back and perasantan tahap cipan!!!ahaks ahaks ahaks

Surat Cinta

Actually diaku excited nak cerita pasal trip seberang laut diaku until I read the Pertandingan Surat Cinta kat halo!!!!ahaks ahaks …Kelian nei kan kan kan…memang tau!!!…huhuhu..kite cakap mak kite nanti baru tau..mak kite report kat mak awak nanti baru kelian tau…huhuhuhu…siuuttt korang!!!ahaks ahaks..so entry hari ini akan lebih relax dan my report on my ‘obersee’ trip will published for Tuesday ‘s entry…so hari ini kita tulis tulis kosong ajer to recover the fatigue from my 4 day trip…

.nasib baik diaku able to hold my composure,..kalau tidak cair se cair cair yer diaku baca surat chenta kelian semua!!!siut banget lar korang nei beb!!..…walaupun kelian tulis for fun , for the sake of competition, for some friendly rivalry, tapi sebagai manusia yang merindui kelian selepas 2 atau 3 hari tak berhalo dan bila balik dengan excited nak jumpa kawan kawan dekat halo, ditambah dengan jumlah komen yang melebih 500 ratus menambahkan excitement lagi…. bila baca , baca dan baca lagi, tergolek dog aku dibuat yer beb!!!!bangun pengsan, bangun pengsan bangun balik, pengsan balik diaku dibuat yer,wa cakap lu!!! ahaks ahaks ahaka....siut betul korang mainkan hati diaku yang tengah merindui kelian nei yer…huhuhu….

..walaupun jenaka harian dan sekadar pertandingan, diaku hanya mampu menghargai surat chenta kelian dengan penuh rasa ‘perasan’ yang teramat sangat ( dah lar aku memang kaki perasantan!!!), dengan rasa rendah diri dan malu ( sebab rasanya yang tak layak untuk menerima accolade yang sebegitu tinggi walaupun dalam jenaka sekalipun dan kalau kelian tengok aku betul betul, mau menyesal tahap langit ke 7 korang tulis surat chenta kat aku!!!ahaks ahaks!!!) dan semestinya dengan rasa sebak dan sayu kerana aku hanya manusia biasa yang diberi Allah swt dengan perasaan suka , seronok , sedih dan mengharap…tiada manusia di dunia ini yang tidak suka dihargai walaupun dalam bentuk jenaka sekalipun, and Ilham is no exception…thanks kelian yang bertanding walaupun ‘part’ yang korang gaduh gaduh kucing tu macam ‘real’ giler babun..huhuhu !!!brilliant …

huh!! Punya lar ‘real korang punya ayatan,…ikut hati , hari ini jugak diaku nak suruh emak diaku meminang KPD!!!!ahaks ahaks ahaks…siut ko bro..si lanjut lampuh yang bagak ko panggil diaku??!!!!huhuhu..love it!!!…..dalam pertangdingan ini kita semua pemenang , tiada yang penggalah!!!huhuhuhu…

”Mencintai tidak bermakna ingin Memiliki”….

…kalau dulu diaku tidak pernah yakin surat bisa memutik rasa cinta antara manusia , kini aku adalah seorang ‘believer’ bahawa surat atau bahasa dan perkataan dalam surat boleh merangsang perasaan yang amat romantik yang mungkin darjat, kuasa atau wang ringgit tidak boleh lakukan kepada perasaan seseorang manusia itu…..kelian tau tak, punya lar ‘real’ korang tulis surat chenta, sehinggakan ada perkataan perkataan dan perenggan perenggan dalam surat kelian yang diaku terharap bukan jenaka belaka!!!! Siut korang mempermainkan hati lelaki yang bernama Ilham ini..huhuhu.. .

sepatutnya diaku hari ini akan berkongsi pengalaman tentang pemergian ku yang sungguh menarik di ‘seberang laut’ namun surat chenta main main kelian telah merubah focus diaku hari ini…huhuhuhu…suit kelian menjadikan perasan diaku satu pertandingan!!!huhuhuhu..

kelian memang terrel bermain kata kata sehingga ada yang tersirat dalam jenaka walaupun tak sesuai di dalam nyata sehingga boleh membuat si penerima merana menanggung perasaan ‘perasan’ tak tehingga!!!huhuhuhu….suit korang membuat hati ku robek dalam ke’perasantan’ diaku…ahaks ahaks ahak!!!…

kelian bijak bermain perasan dalam jenaka sehingga diaku terlena dan hampir terlupa bahawa ini semua alam maya yang sementara ….terlupa ini pertandingan siapa yang terrel mengayat maut , terlupa ini mainan cyber belaka…siut kelian mencabar kejantanan aku dalam ketawa!!!huhuhuhu…

dalam keseronokan diaku melamun rasa percintaan yang tercipta, terperasan yang Embun tidak bersuara waimah sepatah kata, kemana gerangan dinda bertapa, adakah salah diaku di mana mana sehingga dinda terasa, mengapa tidak meninggal khabar berita sedangkan secebis sergahan sudah bermakna untuk kami semua….

Mungkinkah Ada Cinta Antara Kita

…diaku tidak akan meraih cinta walaupun tidak ku sangkalkan sebagai manusia biasa , diaku tak dapat lari dari ada berasa berlain pada ada diantara kelian , berasa suka dan seronok pada ada diantara kelian atau berasa mengharap pada ada diantara kelian walaupun diaku memegang kepada prinsip tiada jambatan antara alam maya dan nyata…...sekiranaya diaku terlanjur menyeberangi jambatan itu, maka diaku akan pergi jua akhirnya…

Oleh itu ,diaku harapkan ialah pada saat dan ketika diaku sudah tidak mempunyai idea menulis yang bisa menjadi tatapan dan bacaan kelian atau diwaktu diaku telah mula membuat kesilapan demi kesilapan yang menyebabkan diaku tidak dihormati lagi atau pada saat dan ketika diaku dikenali di alam sebenar yang menyerlahkan bahawa Ilham sebenar lebih kepada pepatah orang kita iaitu ‘ Indah Khabar dari Rupa’…pada saat dan ketika itu, diaku harap kelian jangan membenci diaku dengan sebenci bencinya sehingga terlupa kelian saat ini yang lalui sekarang ini…tiada yang kekal di dunia dan begitu juga dengan suka kelian pada blog ini , penulisan dalam blog ini dan tuan rumah blog ini akan sampai jua ke penghujungnya nanti…

….kelian jahat bermain kata kata, kelian nakal dalam gurau senda sehingga iaaku terduduk merana !!!!ahaks ahaks ahaks….sebenarnya sudah aku tulis surat balasan untuk kelian yang bertanding tapi aku cancel kan…sibaik korang diaku masih rasional..ahaks ahaks..kalau tidak, kelian rasakan apa yang aku rasa !!!ahaks ahaks ahaks…

okke lah, ED ada tanya pasal Hits 104 final dekat RTM dan minta ‘review’ …actually ED, saya tengok secara slumberland sahaja di tepi sungai!!! Saya suka persembahan Azharina , VE, Adam dan Mawi….saya tidak ambil pusing berkenaan keputusan pertandingan yang melibatkan RTM kerana RTM mempunyai tanggungjawab lain dalam tujuan penyiaran mereka…keputusan keputusan dalam rancangan RTM selalu melibatkan tujuan integrasi kaum dan sebagainya instead of the actual pertandingan…

..dulu masa saya kecil, keputusan Bintang RTM akan melibatkan kemenangan kepada seorang dari semenanjung, seorang yang bukan berbangsa malay dan seorang dari Sabah dan Sarawak…ini adalah cara RTM menggunakan pertandingan Bintang RTM untuk integrasi kaum dan perpaduan bangsa…so ED jangan terasa hati Lagu Aduh Saliha bukan juara pada malam itu…in the light of Moorthy issue and the memorundum dari 10 non-muslims ministers, the selection of Jac as the best performer was rather anticipated by me…

isu isu lain yang diaku rasa penting ialah penarikan semula penggunaan handphones di sekolah sekolah di Malaysia…bila Hisahmuddin balik Haji dan terus tarik balik keputusan awal itu, bermakna secara politiknya Hishamuddin telah diperangkap!!!apa yang dapat saya fahami dari pergolakan ini ialah the next cabinet reshuffle will be a major one that will see big names connected to MaMaK will be removed…

BTW, saya masih cuba memahami memo dari 10 non-muslim cabinet ministers berkenaan permindaan perlembagaan ….tetapi ianya dikatakan ada kaitan dengan agama dan disini saya merasakan orang bukan Islam yang selalu tidak sensitive pada hak yang diperuntukan kepada orang Islam dan bumiputera./malay di negara ini…harap isu ini akan ditangani oleh Pak Lah dengan tegas….

..Bat!!!! songeh ko yer !! huhuhu...menang jugak Man Utd against Liverpool...huhuhu..Bolton menang gak 2-0 against Man City...huhuhuhu..Chelsea drew 1-1 dengan Charlton..ahaks ahaks ahaks....

BTW, ini ada message dari SC yang diaku rasa penting untuk kita semua..kesahihan statement ini diaku tak boleh nak confirm tapi buat lah sedikit researh yer..Thanks SC!!!!..


If you don't.... A Muslim(s) around the world could be receiving false information about Islam which you know about, so please send this message as soon as u have read it. Beware of the following websites:
1.www.answering-islam.org
2.www.aboutislam.com
3.www.thequran.com 4.www.allahassurance.com
These sites have been developed by the Jews Who Intentionally spread wrong information about the QURAN , the HADITH and the Islam Please spread this information To all the Muslim brothers and sisters around the world. Always check the source of any Islamic web site even if it is very convincing



Thursday, January 19, 2006

Press Conference ...

Assalamualaikum..

Tujuan press conference ini untuk memberitahu secara resmi kepada semua regulars di haloscan dan pembaca sepi blog ini bahawa Ilham akan ke seberang laut ( Pulau Pangkor pun seberang laut jugak kan !!!) untuk beberapa hari mulai hari ini.

Ilham akan membentangkan satu kertas kerja dalam satu conference yang bertajuk"Conference for the Despatch Riders"!!! dan tajuk kertas kerja ialah " Hala Tuju dan Cabaran Despatch Riders di alaf ke 21- ancaman internet mailing terhadap kerjaya despatch"!! ahaks ahaks.. baibun aja bah!!

..Diaku nak kasi satu rahsia despatch...tak semua despatch rider actually pergi ke intended place to deliver letters..we actually meet at certain hotspots i.e Wisma Stephens kat belakang Genting HQ to actually meet and exchange letters based on specific area ..huhuhu..sebagai contoh, kalau diaku banyak surat nak ke Shah Alam , so diaku akan kutip surat surat ke Shah Alam dari lain lain despatch dan surat aku ke Cheras/Kajang atau area Damansara akan dihantar oleh despacth lain....petang kami bertemu semula untuk collect despatch log book, receipt acknowledgement sheet and so forth..

Berbalik kepada outstation trip diaku tu...errmmmmm okke...atas nasihat pihak berkuasa tempatan, destinasi dituju tidak dapat dinyatakan secara terang kerana dipercayai akan dihidu oleh paparazzi!!! ahaks ahaks...jurucakap polis berkata paparazzi sudah menjadi lebih organised dan dipercayai diketuai oleh seorang lelaki yang bernama Papaadlis...hehehe ..baibun papaa!!..pihak polis percaya aktiviti paparazzi tidak dapat dikesan kerana berselindung di belakang legitimate business venture iaitu Mama Chop and Papa Grill!!! ahaks ahaks...jurucakap kontingen polis KL juga berkata bahawa operasi polis untuk membenteras operasi paparazzi ini sedang hebat dijalankan di bawah code name , Ops I Did It Again !!! ahaks ahaks ahaks..

Well guys, I may not be able to be in halo for the next couple of days but I will try to get my Friday's entry in as usual unless it is humanly impossible for me to do so. Although it may only for a couple of days trip, I still feel that leaving this halo is a difficult task indeed. However, I know with conviction that Darlinglara and Zack in particular will handle the halo with ease and with total commitment and I would always be indebted to my two loyal assistants..kadang kadang kita selalu menyanjung mereka yang di atas tetapi sebenarnya tanpa the 'small people' , hidup kita akan miserable... in our case, Embun and Kimball is our pillar of strenght...

Diaku teringat seorang former boss diaku yang sungguh demanding dan mulut laser dan tidak ada satu minggu yang diaku dan dia tak bertepuk meja antara satu sama lain...I hate the fact that he's always right and he hates my guts!!!..tetapi dia kata pada diaku, imagine how boring it can be to be a toll operator, one has to be caged in the box for hours without people actually recognizing their contribution...he added, imagine the balik kampong period and the operators refused to work, it will be total chaos that only then people will realize the importance of the 'small people'...he told me to wish/acknowledge/greet people like the toll operators because that little things you said to them adalah sebenarnya yang akan mereka bincangkan dengan keluarga di rumah....I thought what he said was inspirational and then onwards , i will make a point to say 'thank you', "salam' or " Selamat Hari Raya" to these 'small' people who actually make our balik kampong trip possible...

I could still remember looking at the police officers standing or sitting by the roadside during Ops Sikap for hari raya and can't imagine the boredom they have to go through...Imagine one Chinese New Year long break , I saw a very touching moment when a car stopped by the police officer on duty and passing bag of food and drinks to the police officer...That Chinese family touch of humanity really put me to shame and made me realise this country is a great country indeed...later I was told that many balik kampong cars actually stopped to give foods to the police officers for 'buka puasa during Ramadan"... talking about good parenting, kalau gestures begini dilakukan oleh parents depan anak anak, maka ini akan memberi positive impact kepada pembentukan keperibadian anak anak tersebut..

I sincerely hope that when we see the next 'small people' doing things we have taken for granted, please do greet them with respect because we could never know, the day we need the 'small people''s helps, they will lend us their helping hand..

Baik lah kawan kawan tersayang..diaku pergi tak kan lama, hanya beberapa sahaja, seribu tahun tak lama, hanya sebentar sahaja, kita kan bertemu semula( song lyric.. adjusted accordingly).....take care all and happy haloing ...

..the reason diaku tidak memberi tau Embun my PA about my destination sebab nak buat pertandingan siapa boleh teka di manakah destinasi Ilham..setiap anda hanya boleh teka sekali sahaja...

akhir kata, jangan histeria yer yang bini bini!!!! ahak ahaks ahaks ..I am going to miss u guys..

sekian sahaja press conference

wasslam

Parenting ...satu analisa....

Parenting

tajuk ini adalah cadangan Teesh dan terima kasih pada Teesh untuk ‘provoke’ minda kita dengan satu tajuk yang agak mencabar…I have to confess that this subject demands a lot of soul searching and recollection of event/action before I even thinking of attempting to touch on this subject…I tried Teesh and hope that you are satisfied with the outcome…

Bagi pendapat saya, tiada satu formula yang ‘ideal’ dalam parenting yang boleh di kategorikan definisinya sebagai mengasuh/membimbing/membesarkan anak anak kerana setiap ibubapa mempunyai pendekatan yang berbeza dan anak anak itu sendiri adalah individual yang berbeza…cara pendidikan dan pengasuhan yang dibuat oleh datuk nenek kita pada ibu bapa kita mungkin tidak sama dengan cara ibubapa kita mengasuh dan membesarkan kita yang merupakan anak mereka….on the same token, cara pengasuhan dan bimbingan ibu bapa kita pada kita mungkin sudah tidak sesuai untuk terapkan kepada anak anak kita pula nanti.Di sini perbezaan’approach’ melibatkan aspek peredaran zaman, kedudukan sosio ekonomi, peningkatan taraf hidup, persekitaran dan lain lain aspek berkaitan yang harus diambilkira…

Cara ibubapa kita yang membiarkan kita anak anak mereka berkeliaran di luar rumah dengan kawan kawan berjalan sekeliling kampong sudah tidak sesuai lagi digunakan oleh ibubapa hari ini kerana terlalu banyak kemungkinan kemungkinan buruk seperti pencolekan untuk organ manusia, kes kes rogol, kes buli, pengaruh dadah dan juga keadan keselamatan jalanraya yang sudah tidak sama dengan zaman sedikit masa dulu…Di sinilah aku merasakan ‘adjustment adjustment’s perlu dilakukan supaya ibu bapa dapat mengimbangkan bimbingan dan pengasuhan pada anak anak mereka untuk era ini…

Sebab mengapa saya berkata bahawa tiada satu ‘formula’ yang terbaik untuk semua suasana dan keadaan ialah kerana saya sendiri melihat bagaimana si bapa yang merupakan seorang imam masjid tidak semestinya dapat membimbing semua anak untuk mesra masjid, bapa yang seorang anngota tentera yang bertegas dengan anak tidak semestinya dapat membentuk semua anak anaknya berdisplin di luar rumah dan ibu bapa yang dalam profesyen perguruan tidak semestinya dapat membentuk semua anak anaknya berjaya dalam akademi….ini menunjukkan kecendurangan 'parents' dalam membentuk anak anak mereka mengikut ‘ideal’ yang mereka selesa tidak semestinya akan membuahkan hasil yang diharapkan kerana factor factor awal yang disentuh tadi seperti perbezaan zaman, taraf hidup, sosoi ekonomi dan sebagainya mempengaruhi keberkesanan 'approach' tersebut…

Namun begitu, saya yakin bahawa a good parenting exercise starts during the pregnancy period…aku pernah dengar orang yang arif berkata anak yang dipupuk dengan kasih sayang semasa anak itu dalam perut akan keluar menjadi produk yang baik…maksud pupuk di sini ialah makanan yang dimakan oleh janin dalam kandungan adalah dari hasil yang halal dan diberi makanan yang halal, si ibu menjaga sembahyang dan puasa semasa period of pregnancy, dibacakan ayat ayat suci Al-Quran dalam masa tersebut, berbual bual dengan bayi tersebut dan semestinya diazankan atau dikomatkan semasa lahirnya…

Kemudian pula saya merasakan jangkamasa umur 7 tahun ke 15 atau akil baligh adalah period yang paling crucial dalam pembentukan anak anak tersebut kerana inilah period yang saya yakin apa yang dimaksudkan oleh ramai bahawa anak itu ibarat kain putih dan terpulang untuk ibu bapa mewarnakan kain putih tersebut…saya masih ingat bagaimana ‘panic’nya diaku bila mencapai akilbaligh dan ditenangkan oleh ibubapa dan especially ibuku dengan kata kata hikmah yang saya rasa amat penting untuk seorang anak yang membentuk keperbadian diaku hingga ke hari ini..

Atas dasar ini juga, saya berpegang kepada keyakinan bahawa anak anak sepatutnya hanya dibenarkan memasuki asrama selepas PMR dan bukan selepas UPSR. Adalah penting period selepas balighnya anak tersebut dibawah jagaan ibubapa dan bukan guru atau senior mereka di sekolah…dari pengalaman saya sendiri, curiousity tentang kehidupan, sex, decision making process bermula selepas akil baligh dan di sini bimbingan ibubapa itu amat diperlukan…bimbingan tidak semestinya bermakna tunjuk ajar sahaja tetapi ‘to be there when the children needs your guidance ‘…saya merasakan adalah crucial untuk ibubapa melihat perubahan anak semasa akil baligh ini bilamana anak mengalami perubahan hormon yang mengakibatkan mereka berubah suara atau pembentukan tubuh badan mereka dan minat dan perasaan mereka kepada the opposite gender…ini adalah period yang saya 'term'kan sebagai “ Tempoh Percubaan mahupun Tempoh Mencuba” dan saya merasakan period ini paling critical dalam ‘parenting’untuk pembentukan sikap anak anak di masa depan…

Satu lagi perkara yang saya ingin ketengahkan ialah apa yang saya ‘term’kan sebagai ‘balance parenting’…especially untuk anak malay ,saya merasakan ‘balance’ garang dan manja itu adalah diperlu digaulkan seperti kata pepatah Malay ‘sayang anak tangan tangan’ dan pepatah ini ada banyak kebenarannya’….mungkin cara ini tak suai untuk anak orang putih atau negro, tetapi untuk anak malay, to strike a balance between being garang an manja itu harus digaulkan untuk mendapatkan ‘balance parenting’ tersebut…mungkin suasana atau budaya atau kebiasaan orang kita , tetapi saya percaya anak malay harus ada ‘balance parenting’ ini….saya mengambil contoh saya ini sendiri, anak bongsu yang amat dimanjakan oleh ibu bapa, especially ibu hingga hari ini, tetapi perkara ini telah menyebabkan saya menjadi ‘kind of useless’ sebab saya tak pandai membuat ‘basic chores’ kerja rumah macam gosok baju atau lipat baju!!!!…personally, aku rasa emak aku regret sekarang tengok aku tak pandai buat benda benda langsung!!! Siutttt…siapa jadi bini aku memang menangis lar !!!ahaks ahaks ahaks…tetapi, keadaan ini membuatkan aku sangat rapat dan hormat pada ibu aku sendiri dan ini adalah ‘impian’ semua ibu di peringkat tua kehidupan mereka…

Dari pengalaman silam dan pengamatan sekarang , saya juga merasakan ‘ effective parenting’ harus juga melibatkan aktiviti berkeluarga untuk anak anak dapat belajar dari ibubapa akan perkara perkara asas kehidupan…aktiviti sembahyang berjemaah, membersih kubur datuk dan nenek, akitiviti rekreasi seperti exercise, berkelah, shopping, kenduri kecil kecilan , menonton TV bersama , makan malam bersama dijadikan satu budaya dalam keluarga kerana di saat inilah ibu dan bapa dapat memberi pendidikan dan bimbingan pada anak dalam suasana unconscious/bawah sedar…dan sebagai anak, saya merasakan saat saat berakitivi ini kekal dalam memori dan merasakan keindahan berkeluarga tersebut….saat saat saya adik beradik dibawa keluarga bercuti ke Pulau Pinang menaiki keretapi adalah saat saat yang masih diceritakan bersama dalam perjumpaan keluarga hari ini…

Saya juga berpendapat bahawa ‘ systematic parenting’ akan menyebabkan anak anak teringat akan emak bapa mereka bila mereka melalui sesuatu perkara atau membuat keputusan…sebagai contoh, anak yang baik ‘didikan’ awalnya akan selalu terbayang wajah ibubapa especially ibu semasa mereka melalui proses remaja…sebagai contoh anak yang dalam percintaan akan terfikir wajah ibu bila tergerak untuk melakukan sesuatu yang mungkin akan menconteng arang kepada wajah ibu dan bapa…’the split second’ bila wajah ibu terbayang semasa kita antara Nak dan Tak Nak melakukan perkara yang terlarang ( sex/drugs) adalah hasil dari ‘good parenting or systematic parenting’….

Tidak dapat dinafikan ibubapa tersangkut dalam kesibukan kerja dunia untuk mencari pendapatan yang halal dan cukup untuk keluarga dan terutama di Bandar bandar besar ,double income dari suami dan isteri telah menjadi keperluan dan asas survival untuk hidup…keadaan ini telah menyebabkan anak anak membesar dalam suasana ada ‘vacuum’ dalam ‘Quality Time Parenting’ walaupun tidak semestinya ‘ parental love’….maka dalam keadaan ini ‘maid’ dijadikan sebagai option yang paling logic tetapi ini adalah amat kurang baik bila anak menjangkau umur remaja …dalam keadaan ini , saya merasakan ‘quality parenting time’ adalah penting dan ibu bapa harus displin dalam perancangan masa untuk menentukan mereka dapat meluangkan setengah jam dalam sehari untuk quality time bersama anak anak mereka..that half an hour could be the highlight of the children day and that is what I term as ‘ Quality Time Parenting’…

Sekali lagi saya menegaskan tiada satu formula yang ‘ultimate’ dalam ‘parenting’ kerana inilah keunikan dalam ‘parenting’ iaitu ianya flexible, changing with time and an art by itself …’parenting’ adalah juga satu seni pengurusan rumahtangga yang harus diminati dan dipelajari…saya juga merasakan bahawa merasakan tugas ‘parenting’ ini adalah lebih baik di ketuai oleh ibu dan bukan bapa ..maka dalam hali ini saya merasakan bahawa si bapa adalah lebih sesuai sebagai ‘policy maker’…saya adalah agak traditionalist dalam hal ini dan saya merasakan seorang ibu adalah lebih baik menjadi suri rumah sepenuh masa bila anak anak sudah menjangkau umur persekolahan…mungkin ‘thinking’ saya ini nampak selfish tetapi saya merasakan perkara ini amat penting dalam ‘parenting’ …

Saya juga merasakan ‘parenting’ tidak harus berhenti disaat anak sudah mencapi umur 21 tahun atau bila anak sudah berkahwin kerana seharusnya ‘parenting’ diteruskan selagi tidak mencampuri hal hal rumahtangga anak anak …

Kita selalu lupa menjadi ibubapa mertua yang baik adalah sebahagian dari ‘parenting’….ramai ibu yang baik adalah ibu mertua yang tidak baik dan ini adalah satu peringkat ‘parenting’ yang diabaikan…dalam hal ini saya apprecite my mother because her role as the mother-in-law…I have never seen a MIL so caring to her son or daughter in-law that I could see my SIL and BIL so close to my mom…my BIL will go to my mom first to share any good news before going to his own mom!!!!…and for that matter, my arwah was also a reasonably good FIL and seems to treat them like his own…siapa dapat mak mertua macam my mom, sampai dalam pantang pun duduk rumah MIL instead of rumah emak sendiri!!!… sonang lar hidup ko Fasya Sanda!!!!ahaks ahaks..

Last but not least, ‘good parenting ‘ juga termasuk jangan ada terlalu ada ‘high expectation’ terhadap anak anak, jangan terlalu membanggakan anak anak, jangan menafikan minat dan kecendurangan anak anak, jangan memalukan anak anak depan orang yang luar keluarga , jangan memilih bulu terhadap anak anak, jangan dipukul anak sebab marah tetapi pukul sebab sayang ( explain to them why depa kena pukul or marah ), mesti terapkan konsep kepimpinan melalui teladan iaitu kalau kita mahukan anak anak sembahyang, maka ibu dan bapa harus taat pada tuntutan Allah,….

Saya berharap tulisan saya ini dilihat hanya sebagai pendapat seseorang sahaja dan tidak semestinya dipersetujui begitu sahaja tanpa perbincangan seterusnya…anggaplah ianya sebagai pencetus idea sahaja untuk diperbincangkan seterusnya…

I sincerely hope that Teesh is pretty happy with the outcome of her topic proposal and my personal message to Teesh , “I would say that the mixture of your arwah father style of parenting and your hubby’s father style of parenting could be the right formula for your family, insyaallah”..give it a try and never afraid of changing the parenting style when the time comes or the needs arises… IMHO

PS : cari ‘typo’ macam semalam
Cari perkataan yang banyak sekali diulang dalam entry
Cari apakah perubahan ketara entry ini dengan entry semalam dari segi teknikal penulisan

* membela anak ikan bukan sebahagian dari 'parenting'!!!!

wassalam

Wednesday, January 18, 2006

Buatan Orang/Sihir/Black Magic...

Buatan Orang/Sihir/Black Magic

..thanks NHK aka Aling for suggesting this particular topic... though I have to shelf this topic for awhile since I could not establish the areas/aspect of interest that could give a different perception to the meaning of black magic in as far as the Malay’s belief is concerned.

..secara ringkas sihir adalah perbuatan atau kebolehan melakukan sesuatu yang luarbiasa dengan dipercayai dibawah pengaruh syaitan dan jin kerana kelebihan luarbiasa yang diizin Allah swt adalah dinamakan Mukjizat …banyak kisah kisah Nabi besar telah menunjukkan perbezaan sihir dan mukjizat dan semestinya mukjizat lebih besar keluarbiasaannya seperti yang berlaku dengan terbelahnya Laut Merah dengan tongkat Nabi Musa yang telah membunuh askar Firaun dan juga Firaun…Mukjizat dikaitkan dengan kebaikan dan sihir sebaliknya….

Perkataan Buatan Orang pula adalah merujukkan kepada kejadian yang berlaku terhadap seseorang yang tidak dapat dikenalpasti dari sudut perubatan moden tetapi amat bahaya kepada kesihatan mereka yang terkena dengan Buatan Orang ini dan ianya adalah sihir jugak tetapi selalunya ‘Buatan Orang’ itu bermaksud upahan orang lain melalui ahli sihir…maka dalam hal Buatan Orang ini, si ahli sihir dianggap sebagai alat sahaja dan bukan penyebab…

Walaupun banyak kali aku mendengar orang berauthority dalam agama menggaitkan perbuatan khurafat dengan sihir ini tetapi tidak dapat dinafikan bahawa sihir/jin itu adalah benda yang ada….yang mendatangkan khurafat dan syirik ialah bila sihir ini lebih ditakuti dari takut pada Allah swt…apabila jin dan syaitan dijadikan rujukan dan bila ayat ayat suci Al-Quran diubah ubah maka berlaku kerosakan pada aqidah…

..kalau mengikut berita yang aku dengar hingga kini, maka boleh lah aku menyatakan bahawa ahli sihir tersohor sekarang ini di Malaysia dan perhaps di Asia Tenggara ialah Ayah Pin….keupayaan beliau mengumpul sejumlah pengikut dan mengumpul kekayaan yang melimpah disamping boleh menghilangkan diri dari tangkapan pihak berkuasa adalah bukti kepada kekuatan sihir atau ilmu kebatinan yang beliau miliki…adalah diberitakan beliau boleh menukar wajah dalam sekelip mata yang menyebabkan beliau tidak dapat dikenali dan kebolehan beliau yang dikatakan menyebabkan hujan itu adalah dikatakan berlaku melalui kencing jin jin peliharaan beliau…sejauh mana kebenaran berita ini adalah tidak dapat ditentukan tetapi apa yang dikatakan itu sudah pernah berlaku sebelum ini sebagai mana orang membela toyol,hantu raya dan sebagainya..

….derita dari akibat ‘Buatan Orang’ ini telah banyak aku lihat dan kesannya amat memilukan kepada manusia dan kemanusiaan…kes kes cemburu, pertelingkahan peribadi, persaingan perniagaan, sifat hasad dengki adalah punca punca ‘Buatan Orang ‘…mereka yang rapat dengan aku ada yang telah meninggal dunia atas buatan ini, yang hilang ingatan hingga menjadi gila, hilang keupayaan berfikiran waras untuk sesuatu ketika, buta untuk sesuatu ketika dan macam macam lagi yang aku lihat berlaku di depan mata aku….aku selalu terfikir mengapa tidak saja ditembak mereka ini dari diseksa dan mengapa tergamak seorang manusia melakukan perkara tersebut ke atas manusia yang lain…

…aku merasakan sudah tiba masanya pergerakan ahli sihir/bomoh atau apa yang dikenali sebagai ubatan tradisional di pantau dibawah Jabatan Agama mahupun Kementerian Dalam Negeri….aku rasa terlalu banyak sudah kes kes yang berlaku melibatkan kumpulan ini yang dibiarkan begitu sahaja yang menyebabkan seolah olah mereka above the law..bayangkan orang yang menyebabkan kematian dalam accident jalanraya boleh dipenjarakan tetapi mereka ini yang secara tidak langsung boleh aku anggap sebagai pembunuh upahan tidak pernah didakwa sebegitu…walaupun tak semua bomoh atau ubat tradisional tak baik, tetapi kalau kajian dibuat, aku yakin banyak yang tak baik lebih ramai dari yang baik…sekiranya ada pemantauan , maka gejala yang tak baik boleh dibendung dengan segera..

…banyak sangat kisah kisah nasi kangkang, voodoo, tahan jodoh orang, minyak pembenci, air penunduk, minyak pengasih yang selalunya digunakan bukan kearah perkara yang positif dan ini adalah sebahagian dari perkara ‘ajaib’ yang menarik orang kita pada bomoh termasuk lah ahli politik… kisah kenduri disabatoj hingga menyebabkan nasi mentah atau rendang berbulu, pengantin menjerit masa bersanding juga pernah aku lihat dan dengar di zaman moden ini...

....apabila membincang topik ini, kisah Mona Fendy tidak dapat lari dari perbincangan ini di mana kepercayaan kepada bomoh menyebabkan seorang yang ternama di kerat ala ala kerat ikan…atleast dalam kes ini, bomoh telah dijatuhkan hukuman bukan sebab aktiviti bomohnya tetapi kerana membunuh dengan niat..

….aku harus juga clarify bahawa minat terhadap ‘blackmagic’ ini bukan hanya tertumpu pada orang kita sahaja, ini adalah minat yang universal pada setiap bangsa di dunia…superstitious adalah juga penyumbang kepada ‘blackmagic’ ini dan rasanya di negara negara Afrika dan Amerika Selatan, minat kepada blackmagic ini menjadi satu alat untuk mencapai kekuasaan politik dan kekayaan…popularity pada kisah kisah bersiri Harry Porter juga berkaitan dengan fascination manusia sejagat dengan dunia sihir itu sendiri…

..mengapa orang kita resort kepada sihir ini dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi ??..adakah kerana kebiasaan yang telah menjadi budaya atau perbuatan ini tidak di cover oleh undang undang atau rasa takut pada black magic ini membuat yang menjadi ‘victim’ tidak melawan.??….belum pernah aku dengar mangsa sihir/buatan orang actually menyerang orang yang ‘membuat’ itu atau ‘bomoh’ yang melakukan perbuatan tersebut…kata kata biarlah mereka mendapat balasannya nanti dari Allah swt selalu aku dengarkan sedangkan kes kes perselisahan tanah sempadan pernah berkesudahan dengan pembunuhan…mengapa kita lebih merelakan orang terdekat kita di santau atau disiksa dengan sihir tanpa membalas perbuatan tersebut , aku tak berapa faham kerana selalu berdoa supaya aku dijauhkan dari perbuatan sihir ini .Biar susah duit, biar susah makan tapi jangan susah benda benda dajal ini kerana kesannya amat mendalam terhadap mangsa.

..aku amat berharap perkara sihir mengsihir ini dapat dibendung kerana penyakit sihir ini boleh membunuh pembanguna bangsa dan agama..masayarakat yang dicengkam budaya sihir ini akan menjadikan bangsa itu berpenyakit jiwa dan hanya bertumpu kepada yang ghaib,ajaib dan lupa yang nyata… ..personally, aku berharap pakar pakar sihir dinegara ini berganding bahu akan kepakaran mereka dan tolonglah pergi ‘tuju’ syaitan syaitan yang bertopengkan manusia yang memimpin negara superpower untuk menjahanamkan orang Islam di seluruh dunia…

….apa yang membahayakan kita umat Islam berkaitan dengan Black Magic ini ialah ianya bisa merosakkan aqidah kita kerana kekufuran dengan syirik kecik dan besar kerana bertuhankan jin dan syaitan.....aku harap orang malay akan mula lari dari tabiat minat terhadap blackmagic ini kerana ianya lebih memusnahkan bangsa dan ketamadunan kita sendiri..

..well, terlalu cetek kupasan aku pada topik ini, tetapi aku harap ianya boleh menjadi pencetus kepada perbincangan kita di halo ini..sesuatu yang terlalu besar ingin aku ringkaskan sebegini adalah quite impossible tetapi aku harap ianya tidak menghampakan NHK yang proposed this entry…

ps : ada hadiah istimewa kepada siapa yang paling banyak dapat menggenal pasti 'typo' yang sengaja disalahkan untuk pertandingan ini!!!...huhuhuhu..abis aku nak wat camno nak coverina dah!!siuttt

wassalam

Monday, January 16, 2006

Diary Diri 16/01/05

Assalamualaikum,

..well a weekend is a weekend, you take a break, get your chores done, let loose a bit, catch up with the news, finish any incomplete business for the week and plan what to do for the next, recollect and reflect, qada tidur and perhaps do some exercise to flush out the stiffness out of the body system.....

..aku bernasib baik kerana dari dulu lagi dapat 2 hari break for the weekend dan aku merasakan dengan cuaca panas lembab kita ini, 2 hari adalah tempoh yang wajib untuk seseorang itu recover dari hectic schedule of the last week dan getting fresh and ready for the next...

..aku respect pada orang yang sambung belajar pada weekend untuk degree dan master atau mereka yang menggunakan weekends untuk menambah pendapatan diri dan keluarga mereka kerana aku tak terbuatkan bende bende ini...I had my chance to further my study when my boss dulu approved RM 30k 'scolarship' untuk aku buat MA which aku rejected sebab aku tak sanggup nak change my weekend schedule ..stupid ?? regret ??...nope!!!..at that point of time then, that was the best decision , though may not be right decision now...Lagi pun aku agak berlain dalam approach aku terhadap career dan life in general..I have always maintained a certain set of working principles or values that I stand for whether right or wrong..

...maybe my stand did not get me very far but holding to my principle is very important to me because I believe that we are anwserable to what we belief in this world when we enter the life hereafter....I may be seen as 'idealistic', 'uncompromise', ' rigid', 'going against the norm' and whatnot but one thing i do get is respect...respect not because I was right but because I stand to what I belief...belief that the laws/rules and regulations should be good for everbody, belief that gratification in any kind is not accepted, belief that business should be done in the honest manner,and belief that there is no shortcut to success......in the current environment that accept the rule that the end justify the means, holding to my kind of principles could be disastrous to one career development but I tend to keep them as long as possible, insyaallah...

okke , lets get to the diary diri segement...

Mina's Stampede

..tragedy struck again!!!! lebih kurang 362 orang jemaah haji meninggal dunia bila berlaku 'stampede' semasa ibadat Melontar.....semoga roh mereka dimasukkan dalam golongan orang yang beriman...apa yang mengganggu fikiran aku ialah mengapa tragedy after tragedy berlaku di Tanah Suci Mekah semasa ibadah Haji....adakah sikap manusia atau sistem yang menjadi sebab ??....adakah sudah tiba masa pentadibiran Haji diserahkan kepada badan bebas di bawah OIC instead of the saudi's government management alone ??.....unfortunately, aku belum lagi dijemput untuk singgah di rumah Nya untuk memberi satu pendapat yang bernas akan cara menyelesaikan masalah stampede ini tetapi aku merasakan mesti ada solution to every problem, insyaallah.....

..ada yang berkata in a congregation of nearly 3 million people, a tragedy of such could not be avoidable ??..me say ,No!!!....cause and effect principle should be applied to find the solution or alternative solutions to the problem...jangan membiarkan tragedy semasa musim haji untuk musuh Islam berkata " Holy land what ??!! its a killing field , a curse land!!!"....semua umat Islam bertanggungjawab untuk memurnikan ibadah Haji dan kita harus memikirkan apakah hikmah dan mesej tersirat dari tragedi tragedi ini untuk kita lebih bersedia dalam menjadikan ibadah haji yang selamat dengan niat yang jelas kerana Allah swt....waullahhuaqlam..

Kak ri and Uncute, my thoughts and prayer to both of you and your family as I believe the recent tragedy may invite painful memories of your arwah ibu.....Al-fatihah

Putrajaya Tidak Berjaga!!!

Until recently, aku suka pergi Putrajaya untuk sembahyang Jumaat...suasana dan persekitaran Putrajaya adalah sungguh sesuai dengan jiwa hari jumaat aku...tak terkecuali juga harapan aku akan terserempak dengan Farah AF2 kat Alamanda lepas Friday prayer!!huhuhu...tapi sedih beb!!!bukan kan dua kali, sekali pun tak pernah terserempak!!! ahaks ahaks ahaks..siutt betul....
..last weekend, aku pergi semula ke Putrajaya after a 4 month lapse, aku terperanjat melihat keadaan Putrajaya seperti tidak berjaga especially dekat tourist spots...aku pernah terbaca kos penyelenggaran setahun untuk upkeep Putrajaya mencecah RM 2 billion ( stand to be corrected) dan terpaksa dipotong kerana duit tersebut boleh disalurkan kepada perkara pembangunan negara yang lain...

aku bersetuju sangat hal ini tetapi aku juga merasakan kawasan kawasan utama tempat bertumpu pelancung yang tidak dijaga hanya akan memburukkan nama negara....bayangkan air bertakung di Times Square ( tak sure itu ker panggilan tempat ini, iaitu kawasan di depan masjid tu), sampah sarap, pokok bunga tidak di'trim' , tiles pecah tidak diganti dan sebagainya....terasa jijik yang amat sangat bila lalu di kawasan ini....mungkin kah aku berada di tempat tersebut selepas sesuatu upacara yang menyebabkan keadaan begitu ??..regardless, aku meraskan , sesuatu bandar pentadbiran sesebuah negara mestilah diselenggarakan kerana ini adalah imej negara , kalau bandar pentadibiran tidak dapat ditadbir, bagaimana dengan tempat lain!!! itu akan menjadi persoalan tourist yang mengunjung tempat tersebut..

HP di sekolah!!!

..huhuhu....overall economy must be really bad for the government to allow school children to bring HPs to school !!!!or perhaps that these communication giants ( Celcom/maxis and etc) realizing that their main source of income comes from these teenagers??!!!...

..tak kisah lah, jangan lepas nei koperasi sekolah jadi tempat top-up centre instead of selling books cukup lah!!.... or budak tak makan tengahari/recess sebab nak simpan duit nak tambah kredit...

..ada pros and cons dengan keputusan ini tetapi aku lebih suka tunggu dan lihat dulu apakah kesan dari polisi ini...well it will be fun , tak payah hantar surat letak bawah meja lagi dah, hantar sms ajer kat aweks yang diminati!!!.. derma kat sekolah buat potongan sms ajer !!!ahaks ahaks...inilah kemajuan teknologi yang tak dapat dihindarkan....

..aku berharap isu HP di sekolah ini tidak ditimbulkan untuk 'deviate' masalah utama pembelajaran iaitu kesan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghataran untuk subjek matematik dan sains...aku merasakan inilah isu yang patut dibincangkan bukan isu hp di sekolah...

AF4

...dengan keputusan kementerian pendidikan untuk membenarkan HP dibawa ke sekolah oleh para pelajar, aku merasakan AF4 adalah 'inevitable'.....personally, aku telah menulis article tentang AF4 vs World Cup dan aku merasakan AF4 patut direhatkan kerana bertembung dengan World Cup finals....tetapi dengarnya dah official AF4 akan dicepatkan untuk menggelakkan pertembungan tersebut..

..sebagai peminat AF dan World Cup, aku personally looking forward to these back to back events tetapi aku juga ingin mengingatkan pihak Astro di bawah Siaran rancangan Malay, siapakah yang akan mendapat kesan terbesar dengan arrangement ini ??...maksudnya dari hujung bulan April hingga akhir bulan Ogos , a solid 5 months of the year, anak anak sekolah akan terganggu proses pembelajaran mereka kerana 2 events ini dan ini lebih kepada anak anak malay kita jua...tidak dapat tidak, AF dan WC akan menyebabkan routine harian anak anak sekolah akan terganggu dengan yang melepak di Channel 15 dan sebagainya dan selepas itu pulak, tidak tidur malam untuk menyaksikan WC yang sudah menjadi satu budaya yang tidak dapat dielekkan..

..atas dasar ini, aku harap menagement siaran malay Astro untuk mempertimbangkan kesan ini pada anak bangsa sebelum meneruskan AF4 ini...

Soccastar

..aku tak sure samada Soccastar ini dipendekkan tempoh siaran kerana tiba tiba aku tengok dah final di Fulham Academy....tak dapat tidak, aku bangga melihat Kamal dan Azwan berada di Fulham kerana ianya sedikit sebanyak fulfill aku punyer yesteryear's dream to play football in England!!!! ahaks ahaks...

...kemenagan Azwan aku dah aku agakkkan bila melihat both Kamal dan Azwan beraksi walaupun production editing cuba menggarahkan kita mengagak kepada Kamal....

...Azwan nampak lebih versatile, good footballing brain and so forth....well done azwan and goodluck..

..Soccastar mempunyai concept 'scouting' yang baik walaupun perlaksanaannya agak 'gagal'...kegagalan ini mungkin kerana kurang knowledge bahagian production pasal 'screening' where football is concerned... well, kamu , kamu dan kamu tau kan macam mana nak contact aku kan kan kan, i will give you the direction to make Soccastar the prime football reality TV show in this region....

Ogy dan Salih!!!

..kalau korang belum tengok talk show Ogy dan Salih ini, aku cadangkan korang buka TV1 malam ini pukul 10 pm....kalau based on last week show, rancangan ini bolehlah aku kategorikan sebagai the best local talk show yang diterbitkan di negara ini yang pernah aku tonton....gandingan Ogy gan Salih Yaakub amat serasi sekali dan amat menghiburkan.....give it a try malam ini...hopefully tonite's show will be as good as the last one.....

EPL

yelloooooo Batrisya88!!!....ahaks ahaks ahaks...tatau ngapa, aku teringat ko lar masa tengok game tuuuu..huhuhuhu..sesuatuh!!...just for the record, Man City 3- 1 Man Utd in this Manchester local darby....

elsewhere...KPD 1 - 0 Bok D!!!( Liverpool 1 -0 Spurs ) , Arsenal 7-0 Middlesbrough dan akhir yer Blackburn 0 - 0 Bolton ...huhuhuhu..janji tak kalah beb!!!! baru kejap tadi, Chelsea 2-1 Sunderland and earlier WBA 1-0 Wigan...

..tapi sedihnya, JayJay Okocha has been reported being sold to an Asian based team dan Big Sam being linked to Newcastle ( Aling!!.u sokong newcastle ekk..ker sokong Leeds!!!ahaks ahaks)....kalau Okocha dah tak der and Big Sam tak der, aku pun broing lar nak support Bolton unless Sammy Lee named as the new team manager.....meanwhile, aku masih setia dengan Bolton...

..meanwhile my reaction baca sports headline, Perlis 6-1 Selangor...'Ermmm....the bookies are back !!!'....

Celebrity Explorace

...aku tengok special segment ini sebab Fasya Sanda ada bertanding..since aku tak tahu result sebenarnya, so aku menonton dengan penuh semangat dan alhamdullilah, aweks aku dapat nombor 3 , Ally Iskandar nombor 2 dan Azahar Sulaiman dapat Juara....celebrities digandingkan dengan non-celebrities dan the competition brought the best and the worst of the celebreties!!!ahaks ahaks ahaks...ek eleh, wa punyer aweks brutal beb , pas tu mulut 'bitchy' ..hahaha..tapi dah aku suka, aku senyum ajer lar layan!! ahaks ahaks ahaks...ngapa lar aweks aku semua tak makan saman!!!..si Nija dengan rockers yer, Si Farah dengan menggilai yer, si Airkeen dengan tindik kat hidung yer , lar nei si Fasya dengan mulut oiii mak datuk!!!..adeh....chenta chenta...huhuhu..

..I thought team Azhar Sulaiman and Ally Iskandar's played the game well albeit some tense moments when the going gets tough!!! team Fasya was awesome though I thought Sazzy was a little bit out of luck for the day to finish last...

..tak kisah lar Fasya oiii !!....nanti pandai lar aku cili mulut ko tu biar ada hengat dunia sikit!!! ahaks ahaks ahaks...

okke lah, thats about it...

wassalam