Tuesday, February 28, 2006

Andai Di Titi Jambatan Maya dan Nyata - Part 22

Assalamualaikum

Dokumen bertaburan di depan pintu bilik conference , kasut tumit tinggi tercampak bertebaran dari kaki empunya dan sekeping gambar photo melayang ke tepi dinding tanpa diketahui oleh yang bergambar apa salahnya bukanlah kesan dari satu insiden rompakan di sebuah bank di pinggir bandar tetapi bukti kepada kerakusan manusia bernama zain ke atas kamal dan ziana akibat amarah manusia yang tak terbendung.

“ Saya tak mahu perkara ini keluar dari tingkat ini…I will sack you all if this fight leaks out!!”

Dato’ MD memberi amaran kepada Kathy, Kak Jah dan Salleh Despatch yang menjadi saksi kepada kerakusan tiga orang pegawai pengurusan atasan yang perlakuan mereka boleh sahaja menjejaskan imej syarikat dan merosak kredibiliti pihak pengurusan atasan di mata pekerja.

Ketiga tiga pekerja ini hanya mengangguk angguk kepala dan jelas terketar dengan amaran yang diberikan oleh Dato’ MD tadi yang nampak tegas dengan apa yang dikatakan. Kak Jah dan Kathy yang masih terperanjat dengan amaran Dato’MD terus sahaja membantu mengangkat Ziana bangun dari jatuhnya setelah melihat Mr.Leighton dan Dato MD juga membantu mangsa mangsa lain dalam sandiwara di syarikat yang esteem ini. Ziana yang jatuh tersembam bertilamkan badan Zain bangun terhoyong hayang dengan blouse ketatnya sudah terkeluar dari skirtnya dengan rambut sudah mengerembang tidak terurus dan berpaut pada Kathy seolah olah meminta simpati dengan nasib diri…

Zain yang juga sudah sedar dari luahan amarah yang tidak terkawal tadi kini dibantu oleh Mr.Leighton untuk melepaskan badan beliau dari menghempap Kamal dan Zain seolah olah orang baru sedar dari disampok pontianak harum sundal malam terkial kial membetulkan dirinya sambil dengan spontan mengangkat Kamal yang masih dalam keadaan separa sedar dengan apa yang berlaku ini…Kamal akur dengan pertolongan Zain dan mencapai tangan Zain dan disambut Zain pula dengan tarikan yang membolehkan Kamal berdiri semula walaupun beliau nampak lemah dan masih dalam keadaan ‘in the state of shock’ dengan apa yang berlaku..

“ Get your act together and get out of my sight , you pathetic lots…”

James Leighton meluahkan rasa tidak puas hati beliau dengan apa yang dilihatnya sambil mengeleng ngeleng kepalanya kehairanan melihat apa yang beliau saksikan…dia kemudian memberi signal kepada Dato MD untuk beredar dari tempat kejadian dan terus berjalan sambil mengelak Salleh Despatch yang sedang mengutip ngutip apa saja benda yang ada bertaburan di atas lantai…

“ Kau OK tak ?”

Zain seolah olah bukan orang yang baru sebentar tadi yang menyerang Kamal dengan kata kesat bila beliau memegang bahu Kamal seolah olah kawan yang mengharapkan tiada yang serious berlaku pada Kamal..

“ dah dah…aku boleh handle…”

kamal seolah olah tidak faham dengan perhatian dan simpati tiba tiba dari zain tetapi kerana masih lagi dalam keadaan bercelaru, maka beliau tidak bertindak marah atas apa yang dilakukan oleh zain…kamal memegang megang leher beliau kerana masih terasa sakit cengkaman tangan zain pada leher beliau .Zain hanya mampu memandang leher kamal yang sudah merah lebam kerana cengkaman tangan kasar nyer tadi. Mungkin baru sedar atau mungkin kini sesal, sebelah tangan zain mencengkak di pinggang, sebelah tangan lagi tangannya mengurut urut tulang hidungnya dan tunduk memandang lantai tanda menyesal dengan apa yang dilakukannya sebentar tadi.

Mungkin inilah maksud amok telah dijadikan bahasa universal untuk mengambarkan manusia yang tiba tiba hilang akal dalam melepaskan marah dan kemudian menjadi ‘subdued ‘ selepas segala amarah itu hilang dari badan…

Tanpa mengendahkan keadaan dua boss lelaki mereka ini, Kak Jah dan Kathy membawa Ziana semula ke bilik dan terdengar esakan kecil Ziana menahan kesakitan dan sedikit rasa malu dan kesal dengan apa yang berlaku telah sebentar tadi……

“ Kak Jah , tolong bawa kan saya air suam “

Ziana memulakan kata kata selepas duduk di sofa di dalam bilik beliau dengan Kathy duduk berhadapan dengan beliau…

“ Kathy, I need to be alone…thanks but please excuse me yer “

Kathy faham keinginan Ziana dan terus bangun sambil Ziana tidak langsung memandang pada Kathy dan termenung dengan nasib beliau sendiri…

Beliau tidak faham dengan apa yang telah berlaku dan tidak faham mengapa sekeping gambar dan sedikit jenaka telah menyebabkan Zain boleh menjadi seorang yang hilang perhitungan dengan tiba tiba. Ziana terfikir sendiri siapakah manusia sebenar yang telah beliau mengikatkan pertunangan sehari lepas?, apakah ada ‘monsters’ menunggu untuk keluar dalam tubuh manusia yang bernama zain yang tidak diketahuinya atas desakan cinta ? atau terfikir juga Ziana adakah Zain bertindak begitu untuk melepaskan rasa tidak puas hati beliau atas pertunangan mereka itu?…

“ What I did was wrong…no excuses…”

zain berkata kata tanpa dipinta dari depan pintu bilik ziana seolah olah sedar akan kesalahan diri beliau dan juga seolah olah mengharapkan sokongan bahawa semuanya berlaku boleh dilupakan begitu sahaja. Namun Ziana tidak di dalam ‘mood’ untuk memaafkan dan tidak mengendahkan apa yang dikatakan oleh zain walaupun agak lega dengan kehadiran zain di dalam bilik beliau ini…

“ maybe I could not stand the provocation and I reacted in a manner any decent men would do under that circumstances…still, I have no excuse for my behaviour..”

Zain masih mahu menegakkan benang yang basah dan mungkin mahu menggunakan ikatan pertunangan sebagai asas untuk mendapatkan sokongan..

“ Provocation ??!!! siapa provoke you…decent men ?? what are trying to tell me , zain ?!!!”

Ziana hilang sabar dengan sikap Zain yang masih mahu memenangan diri beliau walaupun sudah nyata semua yang berlaku adalah kerana beliau tidak dapat mengawal marah beliau kerana isteri mayanya telah dijadikan bahan jenaka sedangkan tiada siapa yang terlibat dalam insiden itu tahu hubungan beliau dengan gadia cacat di dalam photo tersebut….namun tekanan suara ziana tidak menggegarkan suasana kerana ziana naturally mempunyai suara yang lembut dan perlahan tanpa atonansi yang menggerunkan..

“ Let me refresh your memory, zain!! I was showing you a picture of a girl and hoping that she could be one of your relatives and I was sharing a stupid joke made by Kamal and the next thing, you went berserk!!!!….now, where was the provocation and who provoked you, zain ??!!!....I am interested to know...very very interested”

Ziana masih lagi kurang faham dengan apa yang berlaku dan mengharapkan Zain dapat memberitahu beliau apa yang menjadi penyebab kepada kemarahan mendadak dari Zain..

“ There’s a reason why I came here to see you , honey…..and there’s also something in the picture that I have to explain to you…..”

Zain berjalan ke arah tempat ziana duduk sambil mengambil gambar Nelly yang terletak di atas meja setelah dikutip oleh Salleh Despatch tadi..Zain di duduk si ‘arm rest’ sofa yang diduduki oleh Ziana sambil membelek belek gambar Nelly di tangan..

“ This is girl is in the ICU ward fighting for her life, she met with an accident after leaving your house, she was there probably looking for you…..and the other girl in this pictue died instantly on the spot…”

Zain memulakan hujahan beliau menerangkan mengapa beliau boleh dianggap sebagai mangsa provokasi dalam kes pergaduhan tadi…

“ ok ok.....who is she ?? mengapa dia nak jumpa dengan I ?macm mana you kenal dengan dia ??..is she the reason why you went missing last night...?”

Ziana ibarat seorang pendakwaraya memulakan perbicaraan dengan soalan soalan penting yang boleh menyebabkan saksi pihak tertuduh membuka segala pekong di dada…

“ I knew her for quite some times but I did not know her physically…”

Zain menerangkan pada Ziana tentang Nelly dengan penuh berhati hati demi menjaga hati tunang yang seorang ini..

“ meaning ??!! you have not slept with her…betul , Zain ??”..

hilang suara seorang pendakwaraya dari ziana bila mendengar hujahan awal zain..

“ no!no!no!..I have not met her in person…I got to know her mother , I have been to her house but I have not met her in person…”

Zain menerangkan kepada Ziana keadaan sebenar beliau dengan Nelly sambil tangan beliau masih lagu memegang photo Nelly di tangan dan terus menymabung hujahan…

“.I got to know her through cyber….never met her and never intended to see her, just a one of the many players in one of the internet blogs…as we get more intimate, we started to chat in YM and became closer to each other …but we remain cyber because we have no intention of mixing virtual and reality…we will spend hours talking rubbish and exchanging banters …so it was fun kind of relationship..”

Zain tidak perasan yang air muka Ziana sudah sedikit berubah mendengar betapa beriya iya Zain menceritakan perihal wanita dalam gambar tadi….

“ cerita lagi, honey ‘

Ziana mengumpan tanpa disedari oleh Zain..

“ dia macam brutal kalau cakap dekat halo, we all selalu gaduh , tapi baik balik, gaduh lagi banyak pada baik kalau dekat YM, kat halo selalu control sikit takut orang tahu gaduh pulak..”

Zain bercakap seolah olah Ziana faham dan menghargai apa yang beliau ceritakan dan Ziana terus lagi mengumpan..

“ macam mana orang boleh tau both of you couple sedangkan tak jumpa ?”

Ziana terus lagi kehairanan dengan keghairahan tunangnya menceritakan alam maya beliau

“ that’s the fun part, one need not have to meet to fall in love…it is amazing!!…”

sedikit sedikit zain terlepas pada ziana siapa nelly sebenar pada Zain dan Ziana menahan sebak demi untuk mendapat lebih lagi maklumat dari tunangnya..

“ time bila all the gangs get together ?”

lembut ziana bertanya sambil melihat ke mata tunangnya

“ normally at night until early morning and kadang kadang during the day bila free “

zain terus di alam beliau dengan wajah teruja berbangga dengan alam maya nyer

“ siapa nama girlfriend cyber you nei , honey ?”

ziana masuk jarum dengan selambanya dengan wajah yang tidak ketara tekanan dalam hatinya..

“ baru tahu nama dia Imah tapi I panggil dia Nelly kat cyber….”

Tiba tiba wajah zain mula berubah agak sedih bila menyebut nama isteri mayanya

“ so memang nelly nei close dengan you even before kita tunang ?”

Ziana terus cuba mendapatkan kepastian lagi dari Zain

“ I have never met her and I have never betrayed you, if that is what you are trying to get at ….It was purely cyber with no intention of making any physical contacts ..”

Zain kini agak terperasan dengan apa yang dikatakan oleh ziana dan terasa sudah diri beliau terperangkap dengan setiap soalan dari tunangnya..

“ How come she was in my house if you haven’t told her , zain “

tanya Ziana seakan mendesak

“ I told her to wish me luck since I was getting engage and accidentally told her your house area and the time of the event..I didn’t expect her to go there ..I thought she was never capable of crossing the bridge …”

Zain seolah olah kesal dengan tindakan beliau memberitahu Nelly akan majlis pertunangan tersebut..

“ Occay I can accept that…but how come you knew she was the one involved in the accident?’

Ziana masih merasakan ada yang disembunyikan oleh Zain berkenaan dengan Nelly

“ Pure instinct….I thought I saw her in a Proton Satria when I was coming back form your house, then I saw the accident on TV at your house masa BBQ……and my sixth-sense just told me that those two incidents could be related…it just pure instinct….I could not describe how or why ..but I could sense that it was the same Proton Satria…”

Zain bersemangat semula menceritakan bagaimana beliau sangat rapat tanpa menyedari kata kata itu agak melukakan hati tunangannya…

“ pure instinct , sixth-sense and real love I guess, zain “

Ziana mengeluarkan kata kata yang sungguh amat menyedihkan kerana tau beliau selama ini ada pesaing dalam memenangi hati zain…

Zain hanya tunduk tanpa memberi reaksi yang boleh menggubat hati tunangnya..

“ so, you looked for her and found her in the hospital..so what happened next “

Ziana sudah mula melelehkan airmata ketika ini sambil sudah mula memutar mutarkan cincin pertunangannya tanda tidak yakin lagi pada tanda atau simbolik pertunangan tersebut..

“ I met Jalila, my ex-girlfriend , she is now the Specialist Doctor for the Emergency Department, she helped me to trace Nelly …

Zain kini sudah tekad tidak mau menutupi apa apa lagi dengan Ziana..

“ The night you were looking for your cyber love in your life, you met your former love interest in your past life when your supposedly real love in life crying longing for you..is that why happened last night , zain?”

Ziana sudah tidak tertahan lagi airmata beliau dan memandang terus ke wajah zain..Zain tidak berkata sepatah perkataan bila merasakan beliau telah agak terlalu terbuka pada tunang beliau ini..

“Now, you tell me about Jalila ..I want to know..”

Ziana sudah hilang rasa berkecil hati lagi pada Zain

“ since you insist…I will tell you..”

jawab Zain..

“ Yes Zain, your fiancee deserve a little bit of respect, zain…”

Ziana berkata kata lagi dengan perkataan yang sudah dikunyah kerana berselang seli dengan tangisan yang tiada tertahan lagi….melihat Ziana menangis adalah sesuatu yang amat menyedihkan kerana beliau adalah seorang yang tegas dalam hidup walaupun nampak lembut dalam melafazkan kata kata..

“ Jalila was my best friend since secondary school and although we went our separate ways during our college days , we were never really apart and continued to be close to each other since… she was waiting for me whilst I was not ready and pretended that I did not realize her feelings to me..I denied any feelings towards her because she was my best friend..then booomm!!! She told me she was marrying one of my best friends and I realised I could not live without her….I went to see her to talk her out from marrying my best friend 2 days before the akad nikah and she bluntly rejected my proposition and we never met since until last nite…”

zain tergesa gesa bercerita seolah olah ingin menyakinkan bahawa tiada betrayal dari pihaknya dalam hal ini…

“ Tell me about Jalila, is she anything like Nelly ..”

tanya Ziana lagi seolah olah memaksa dirinya derita dengan setiap patah perkataan yang keluar dari mulut orang sangat beliau cintai…

zain kini sudah berdiri jauh dari Ziana kerana sudah merasakan sesuatu yang besar akan berlaku pada ketika ini….

“ She was smart girl, very mature , slightly on the tomboy side and that kind of hide her sweet looking face…”

zain bercakap semula dengan semangat yang baru sambil memandang keluar seolah olah memandang kepada memori indah bersama jalili itu melintas lalu di hadapan beliau…

“ she was good in sports, natural leader, slightly nasty, very loyal, come from a rather poor family, fun to be with and always love cracking jokes although that was very much missing yesterday whe I saw her…’

zain menerus cerita beliau sehingga Ziana memotong kata kata beliau..

“ Zain, please sit down…I need to say something..’

kat Ziana sambil menarik narik cincin pertunangan keluar dari jari manis yang masih lagi belum puas disarungnya …Zain akur dengan permintaan Ziana dan duduk mengadap Ziana dan lutut mereka seakan berlaga sekarang kerana kedua duanya hanya duduk di hujung kerusi dan memandang kepada satu sama lain..

“ Zain, every time you mentioned the name Nelly and Jalila, your eyes suddenly sparkle, I could see your face beaming with joy , your body language becomes positive as if you are so full happiness….it was wonderful to watch but at the same time so hurtful to feel…I nampak Zain, nampak sangat seolah olah nama Nelly dan Jalila itu memberi makna yang besar dalam hidup you I guess you lupa siapa yang ada depan you ini…you didn’t betray me , true…tapi sebenarnya lebih dari itu zain,…you tidak betray I sebab I tidak pernah ada dalam hati you…..”

Ziana sudah terlalu sebak lalu berhenti bercakap kerana suara tangisan kali ini bukan lagi esakan kecil tapi teriakan dari dalam hati yang agak terluka dengan apa yang baru didengari..Zain masih tidak lagi cuba memujuk kerana tau pujukan akan lebih memburukkan keadaan…Zain masih memikirkan bahawa nelly juga adalah isteri maya beliau yang belum diketahui oleh Ziana tetapi merasakan tidak semua rahsia beliau harus dikongsi di saat ini..

“ ini cincin….this is our engagement ring that should say that I am owned by you but I could not see how I could be owned when the owner is not interested ….”

Ziana mengambil cincin dan menarik tangan kanan zain dan menggengam tangan zain dengan berisi cincin pertunangan mereka..

“ You hold to this ring until you are sure about us…until the time you could grin and smile when mentioning my name, you keep the ring because we can’t be engaged when we are not really ready, atleast one of us is not ready…”

zain agak terperanjat dengan apa yang dilakukan oleh ziana tetapi terlalu tergamam untuk menolak cincin itu..

“ zain, I will not give up on you because I love you so much…never doubt my love for you….never, I have given part of me to you in the name of love and I could not simply deny my feelings even you may not appreciate what I have given to you…I will not give up Zain, one day …I will make you smile and make shining stars beaming through eyes when we are together….”

Zain menggengam lagi tangan Ziana dan seketika ini Zain sudah tidak berdaya lagi untuk melukakan hati tunang beliau ini namun memang tiada lagi rasa mendalam dalam hati Zain yang membolehkan beliau sanggup membunuh seperti ketika Nelly ditertawakan awal tadi..maka zain hanya mampu melihat suasana yang berlaku di depan beliau ini..

“ if you decide to choose, please give me equal chance to prove, if you decide to punish, please allow me enough time to vanish, if you decide on Nelly, let be the first to know why not me..…”

ziana seterusnya menunjukkan semangat juang yang seseorang wanita yang di anggap iron dalam dunia corporate ini…Zain hanya mampu mendengar tapi tidak mampu untuk menidakkan apa yang dikatakan oleh Ziana…

“ Ziana please….please..it is a no contest, I have decided before I came here this morning that I will not choose anyone except my fiancee…”

kata Zain cuba menerangkan tujuan asal beliau ke pejabat pada hari cuti beliau.

“ The fact that it crosses your mind to choose when you should not even think about choosing on the night of your engagement day is a testimony to your love for them and not for me…tidak mengapa….jangan rasa guilty..I will not let you go just yet…never , never zain…but, when you decide to choose,I want to be given fair chance like her or them for that matter…”

Ziana memberi keyakinan Zain untuk mengambil semuala cincin pertunangan itu…

“ mengapa you buat benda nei…ambillah cincin ini…even if things did not work out, I still want you to have this ring..”

nyata Zain pada Ziana yang agak tersentuh dengan pemulangan cincin ini…

“ Zain, I tak mahu cincin , you tau tak..I nak hati you….sekarang ini orang lain ada hati you sedangkan I ada cincin…cincin I boleh beli, hati you I tak boleh beli….i kena fight for it..”

Ziana kini berasa yakin semula dengan diri beliau dan yakin dengan apa yang beliau lakukan…

Luahan perasaan dua tunangan berdarah manis ini terhenti bila kedengaran bunyi telefon bimbit Zain berdering….Zain agak malas untuk menjawab panggilan ini lebih lebih lagi melihatkan nombor yang terkeluar di screen handphone tidak dikenalinya..

“ Hello, Zain speaking….”

Sapa Zain menerima panggilan yang tidak diundang…

“ En .Zain., kami telefon dari ward ICU Hospital, ini berkenaan dengan patient 041, ibu pesakit minta En.Zain ke hospital kerana keadaan pesakit agak membimbangkan ‘

Zain agak tergamam mendengar berita yang agak memeranjatkan ini dan terus beliau memandang kepada Ziana dan cincin dalam genggaman nyer terjatuh ke atas carpet di bilik Ziana nei..

“ why Zain ?…kenapa nei….tell me , honey ..”

Ziana agak terperanjat melihat Zain tiba tiba jadi lemah dan tangannya mengeletar dengan tiba tiba…Zain cuba berkata kata tetapi ketar di bibirnya menunjukan beliau masih lagi terlalu terharu dengan apa yang berita yang baru sampai..

“ My God, Ya Allah…what is wrong with you…Nelly ker nei ??..cakap Zain “

Ziana tidak sanggup melihat perubahan mendadak pada Zain…
Zain hanya mengangguk angguk kepala dan cuba menahan ketaran tangan beliau sambil menunjukkan kan jarinya ke bawah kepada ziana kearah cincin yang terjatuh dari genggamannya….ziana akur dan mengangkat cincin itu ke atas dan membiarkannya di atas meja…

“ dah tu dah tu…lets go, I will drive you there….lets go , don’t feel sorry for yourself “

Ziana mengenepikan kepentingan diri demi cinta pada seorang lelaki..

bersambung

wassalam

Diary Diri 27/02/06

Assalamualaikum.

sementara kelain tunggu chapter 22, kelian layan lar diary diri dulu ..

Mak Mawa pulang ke rahmatullah.

Baru dapat tahu ibu kepada teman kita Mawa meninggal dunia pagi ini...diharapkan semua pengunjung blog Ilham dan warga halo untuk sedekah kan Al-Fatihah dan surah Al-Ihklas (3x)dan kepada yang berkesempatan untuk membaca Yassin sedekah kan juga kepada ibu Mawa , Allahyarhamah Maimon bte Awang..

To Mawa and family....our thots and prayers on the departure of your beloved mother and we sincerely hope that you and your bereaved family will be strong in facing this period of adversity. May Allah forever bless the soul of the your late mother ....Amin



ABPBH

Alhamdullilah !!!..Mawi menang 3 awards dan yang paling utama ialah kejayaan menjadi Artis Paling Popular untuk 2005!!! vote untuk Mawi sebanyak 350,000....aku ingat kalau dia sedekah 150,000 vote ini pada zainal abidin pun still zainal tak boleh menang!!!!ahaks ahaks ahaks..

Farah pun menang jugak begitu juga dengan Fasya Sanda....huhuhuhu...tapi aku setia gak pada yang 1 + 1 !!!!! heppp...

yeap, aku pun suka farah fauzana menang !!!!Epong mesti happy giler..

tapi apa yang aku observe paling menarik ialah bagaimana Allah menaikkan dan menurunkan mertabat seseorang...

comparison aku pada duet mentor Zainal dengan protege Pija dengan duet mentor M.Nasir dengan pretege Mawi macam langit dengan bumi!!!....kalau tak pakai sms pun, memang sah dah juri akan pilih M.Nasir dan Mawi dan kesungguhan Mawi dalam persembahan sungguh menakjubkan....untuk Mawi berdiri sama tinggi dengan M.Nasir dalam tempoh 9 bulan di persada seni adalah menunjukkan bahawa rakyat Malaysia adalah juri terbaik untuk menentukan talent yang sebenar...

aku juga nak tergelak bila menonton Melodi bila ada yang ingin menang tapi tau tak boleh menang buat statement coverina tak popular " saya tak kisah saya tak menang sebab saya adalah seorang yang berkualiti!!!!".......boleh jalan lar....

Banjir Kilat

Banjir kilat melanda kawasan TTDI jaya dan kawasan kawasan sekeliling NKVE selepas hujan lebat...banyak kereta tenggelam maka siapa nak beli kereta 2nd hand lepas nei, make sure jauhkan kawasan Shah Alam....

okke, Chapter 22 petang sikitnya

wassalam

Saturday, February 25, 2006

The Making of Halonovela

Assalamualaikum,

entry suka suka ini aku buat sebagai mengekalkan mood aku dalam novela as we approach the end of this exciting journey of this epic love story of maya and nyata...epic tuh!!!ahaks ahaks...

The making of halonovela akan melihat proses pembikinan novela ini dari perspektif penulis itu sendiri dan menggenali watak watak yang ada sebelum semua watak ini dikuburkan tanpa batu nesan dari fikiran kita semua...

Halonovela itu sendiri adalah terminology yang telah diberi oleh SERI dan bertepatan kerana 2 bab pertama ini bermula di dalam haloscan comment box....di saat semua warga halo hilang bercuti panjang pada cuti hari raya cina ,aku tinggal keseorangan dan memikirkan apa yang harus aku lakukan untuk memberi 'surprise' pada semua warga halo apabila pulang selepas tempoh seminggu....hanya selepas 3rd chapter aku berhenti menulis di haloscan dan concentrate di entry sahaja...The Bruneian trio of KPD,Wateva dan Jazz , Kak Ri ,dan Liana adalah tetamu terawal yang mengikuti halonovela dan by the time warga halo pulang pada hari Isnin sekurang kurangnya 8 chapters sudah siap di published...harapan aku untuk menyiapkan 22 chapters dalam 10 hati tidak tercapai kerana bila tamat cuti panjang, masa dan mood sudah tidak sama lagi....

80% halonovela ditulis di rumah dan selainnya di luar rumah dan setiap chapter averaging 4 jam dari draft hingga ke publication..drafting dilakukan dalam kepala semasa memandu dan tiada nota drafting except for 3 kertas A4 yang mencatatkan hantaran perkahwinan dan nama nama jalan di Taman Zooview, dan yang lainnya merupakan direct ditulis kat words or e-blogger posting ....pages terpanjang probably chapter 2 tak silapnya yang mungkin lebih kurang 16 A4 papers dan average satu chapter ialah 10 pages....

Nama nama character di awal halonovela hanya pluck from the sky dan hanya kemudiannya nama nama character yang baru dipilih atas kaitan dengan hidup penulis sendiri walaupun nama tersebut diubahsuaikan...tempat tempat awal yang tertera seperti Taman Zooview dan Taman Harmonis juga adalah tempat yang main sebut sahaja tanpa penulis actually familiar dengan tempat tersebut....

Halonovela ini juga boleh dikenali sebagai Typonovela atas dasar banyaknya jumlah typo error dalam setiap chapter!!!!ahaks ahaks...terima kasih aweks misteri yang sudi membetulkan error untuk chapters kemudiannya..

idea asal halonovela datang ketika penulis berada di Kuching , Sarawak apabila proses mengambil gambar untuk mengingatkan teman teman di halo telah membayangkan penulis kepada satu bentuk hadiah kenangan untuk warga haloscan yang tidak boleh ditandingi di alam maya....dengan memasukkan nick nick sebenar warga halo dalam novela adalah satu cara mengabadikan siratulrahim yang terbina dalam alam maya ini kerana watak dalam novel tidak boleh diubah ubah seperti merubah nama dan charactor dalam movie especially re-make movies.....

...Pertandingan Menulis surat cinta di haloscan tajaan NHK aka Aling adalah pencetus kepada plot cerita di mana konsep escapism pemain pemain dalam alam maya yang memungkinkan berlaku satu keadaan pertembungan rasa dan perasaan diantara khayalan dan kenyataan hidup...maka terbitnya tagline 'Mencintai tidak semestinya ingin Memiliki' sebagai asas percintaan yang penuh dengan khayalan yang berpijak di bumi nyata..namun plot cerita berubah dari sama ke semasa mengikut angin perubahan dan idea yang tercetus oleh penulis sendiri yang telah menyebabkan ending cerita yang sepatutnya berakhir di Kuching Sarawak sudah tidak kesampaian...penulis pada asalnya ingin menamatkan penyudah cerita dengan berlatarbelakangkan bandar Kuching yang sungguh dekat di hati penulis ketika itu..

...okkelah, aku kena hantar surat dah nei sebab Jumaat kan...so kalau kelian ada apa apa soalan nak tanya perihal Halonovela, sila tanya kat halo dan aku akan jawab dan paste dekat sini nanti sebagai pelengkap entry ini....

adakah Nelly , Zain , Ziana atau jalila adalah pemain pemain yang wujud dalam hidup penulis akan tetap menjadi rahsia abadi penulis hingga ke akhir hayat, insyaallah....kalau lar ada...tak semestinya ada kerana ini fiction semata...

okke for the record..aku tengah frust Bolton kalah dengan Marseilles malam tadi 1-2....maka di hari Jumaat yang mulia ini , aku harap Batrisya janganlah menggelakkan aku yer....huhuhuhu....

Hidup Bolton! Hidup Bolton! Hidup Bolton!

Friday, February 24, 2006

Andai Di Titi Jambatan Maya dan Nyata - Part 21

Assalamualaikum

Perjalanan dari Hospital Serdang ke Taman Harmonis ini tidak semestinya menerbitkan senyuman di bibir Zain kerana konflik jiwa dan perasaan yang melibatkan maya dan nyata masih belum selesai malah dirasakan baru bermula. Zain masih lagi ternampak nampak wajah tiga orang wanita dalam hidup beliau bermain main dan melayang melayang di fikiran sedang tangan dan kaki Zain seakan secara automatik menerima arahan dari minda untuk menentukan setiap langkah untuk mengendalikan pacuan empat roda ini berjalan lancar walaupun nakhodanya melayang fikiran jauh dari realiti yang ada di depan mata. Sekali sekala Zain tersedar dari khayalan maya dan nyata bila terdengar hon kereta disekeliling memberitahu di mana beliau sedang berada.

Namun tiada dentuman guruh mahupun sabung petir dapat menjauhkan layar perak yang terpampang luas di dalam minda Zain akan wajah wajah yang muncul silih berganti tanpa perlu ada editing atau sentuhan special effect untuk kesan kepada minda Zain yang menjadi director kepada apa segala yang mahu ditayangkannya.Wajah Ziana memakai baju pertunangan dengan senyuman terukir menawan mendatangkan rasa berahi tanpa ada teruja untuk bersimpati di dalam hati Zain, maka kemunculan wajah samar Nelly di dalam kereta proton satria memanggil perasaan simpati dan rasa ingin mencintai dan dicintai ,lalu kehadiran wajah Jalila yang masih segar dan nyata dalam awangan mengundang rasa amat dikasihi dan dihargai yang amat bermakna dalam jiwa Zain.

Zain mungkin tampak terlayang dari reality, terkhayal dalam virtuality atau terlari dari prinsip diri yang memungkin beliau nampak tertekan dengan keadaan tetapi apa yang sebenarnya berlaku ialah Zain sedang tenggelam dalam mahligai keegoan seseorang yang bernama lelaki yang memegang kuasa mutlak untuk menentukan nasib mereka yang mengharapkan perhargaan dan cinta seorang lelaki bernama Zain ini.

Inilah ego sebenar seorang lelaki yang bernama Zain yang nampak jujur zahirnya tetapi nyata angkuh batinnya.Bongkak kerana merasakan beliau mempunyai kuasa mutlak atas masa depan tiga wanita yang hadir sebagai pelakon pelakon utama dalam layar perak ciptaan minda Zain, bongkak kerana zain merasa ada kuasa veto untuk menerima dan menolak mana mana pelakon yang dirasakan tiada sesuai dengan skrip buatan sendiri dari hati seorang yang bernama Zain ini dan bongkak kerana Zain tahu kekalahan tidak akan memihak kepada beliau kerana beliau adalah pengolah dan pengarah filem yang ditayangkan di fikiran beliau sendiri. Inilah ego seorang lelaki yang bernama Zain dan ego itu ditutup rapi hingga tiada yang dapat menghidu kerena dibalut oleh simpati, disempadankan oleh kesedaran kebesaran lllahi dan ego yang di simpan kerana masih ada misi yang masih perlu dilengkapi.

Zain sebagai pengarah filem layar perak yang berskripkan ego dan berplotkan kuasa dan berlatarbelakangkan simpati kini mengarah wajah Jalila untuk muncul di layar perak dan melayang datang Jalila sebagai pelakon dalam filem arahan Zain ini bukan kerana untuk dijadikan pilihan pasangan hidup bagi hero filem ini, iaitu Zain jua, tetapi wajah Jalila diterbitkan dalam ingatan seolah olah sebagai ‘benchmark’/kayu pengukur bagi Zain membanding banding ciri ciri yang ada antara dua pelakon utama yang salah satu harus dimatikan wataknya sebelum tamat cerita . Jalila seolah olah dijadikan oleh Zain ibarat rumah contoh bagi satu projek perumahan yang baru yang tiada cacat celanya dimata yang memandang dan kemudiannya dibanding bandingkan kelebihan rumah contoh ini dengan rumah rumah lain yang sudah dimakan usia untuk menyatakan mengapa rumah rumah yang telah dimakan usia ini harus di buat ‘renovation’ untuk menjadi sebaik rumah contoh tersebut dengan mengambil kira ciri ciri terbaik rumah contoh tersebut sebagai asas ‘renovation’ untuk rumah rumah yang telah dimakan usia tersebut.Pengarah filem dan juga hero filem menggunakan imej Jalila seolah olah mencari di mana kurangnya Nelly dan Ziana dalam membuat perbandingan tersebut.

Filem keluaran dan arahan orang yang sama ini ditayangkan bukan kerana Zain perlu mengambil kata putus siapa antara watak watak heroin yang arus dimatikan mahupun mana watak yang harus dikembangkan kerana selepas subuh di pagi yang amat istimewa dalam kehidupan Zain ini, Zain sudah jelas nyata bahawa tiada perlu untuk membuat pilihan kerana sudah sah Ziana yang berhak dari segi adat dan hukum dan sudah nyata dalam pemikiran waras Zain bahawa Nelly tiada hak dalam kesudahan kisah cinta ini .Namun bila hati dan perasaan tersentuh dek hiba, simpati dan tanggungjawab maka tiba tiba watak Ziana begitu lemah penampilannya dan begitu mentah dailog yang diberikan padanya sedangkan watak Nelly tiba tiba menjadi gah dengan segala bentuk aksi filem tertumpu kepada beliau dan ini adaalah polemik antara minda dan hati pengarah dan pelakon filem buatannya sendiri iaitu Zain.

Zain kembali ke alam nyata dan menggeluh dengan tiba tiba bila kereta mula bersusun di hadapan kereta beliau apabila perjalanan pulang ke Taman Harmonis ketika mendekati simpang bertingkat di depan Keramat flyover bila warga kota sudah mula berpusu pusu untuk ke tempat kerja masing masing dan kesesakan ini menganggu konsentrasi Zain dari memikirkan filem buatan dan arahan beliau sendiri.Gangguan sebegini selalunya mendatangkan meradang bagi Zain tetapi tidak pagi ini kerana beliau sudah sedar kerdilnya diri beliau ini di dalam nyata dan kemulian yang ditunjukkan oleh rakan taulan terhadap ibu Nelly dan Nelly telah menyedarkan beliau betapa darjat, mertabat dan kekayaan itu adalah sementara tetapi sikap, sifat, semangat dan maruah diri formula kepada kejayaan mutlak sebagai seroang insan di dunia ini.

Secara spontan Zain membukan cermin kereta yang ‘heavily tinted’ dan memasang rokok yang sudah lebih kurang 10 jam tidak diusiknya dan kenikmatan sudutan pertama itu terasa amat sangat patinya sehingga Zain menganggat kepala ke atas sehingga terkena belakang kepala pada ‘headrest’ tempat duduk driver ini sebelum melepaskan hembusan pertama yang kupulan asapnya tidak lama kerana ditiup angin dari luar kereta. Namun rasa putaran kepala kerana hembusan pertama ini bisa membawa mana perokok ke satu alam kenikmatan yang tiada dapat dibeli dengan wang ringgit kehebatannya. Terkadang jari jari yang sudah lama tidak mengepit batang rokok ini akan terasa mengiggil bila diacukan ke bibir untuk hisapan dan sedutan pertama yang selalu tiada tolok bandingan nikmat dunianya. Zain membetul betul kedudukan ikatan tali pinggan keselamatannya dan terus sahaja memicit button on pada stereo kereta yang inerior kereta ini agak luas dan menarik dengan ‘design’ dashboardnya yang agak stylish.

Berkemundang lagu Sudirman yang bertajuk “ Salam Terakhir” yang sudah sampai keperingkat chorus lagu namun keindahan irama dan seinkata lagu ini telah menambahkan pilu di hati Zain dan dikuatkan lagi volume stereo dan bersandar beliau ke belakang dan ternampak semula kemunculan layar perak di minda Zain tetapi bukan Nelly atau Ziana yang muncul memeragakan watak dan diri tetapitimbul Jalila kerana lagu Sudirman ini telah mengingatkan saat saat yang menyeronokkan antara beliau dan Jalila lebih kurang 10 tahun lepas bila lagu ini adlah lagu tema pada kisah Zain telah bertemu cinta yang sejati tanpa beliau sedari tetapi ditolak mentah mentah begitu sahaja oleh , kerana sikap, ego dan mengikut rentak darah seorang yang muda belia.

Sememangnya sesuatu itu indah bila ianya susah untuk digapai, bermasalah untuk dicapai dan begitu payah untuk sampai kerana lumrah manusia itu adalah senang dapat senang lepas maka yang susah itu diharapkan sebagai harapan ianya tidak akan terlepas sedangkan yang senang itu buat bermakna harus dilepaskan.

Zain sedar akan hakikat ini sehingga beliau lebih senang untuk mempergunakan cinta dan pengorbanan Jalila sebagai alat untuk menajamkan ego dan bongkak beliau kerana boleh menundukkan wanita yang bernama Jalila tanpa perlu berdrama atau berkorbam masa dan rasa. Tetapi perbuatan ini bukan dilakukan dengan kesedaran yang nyata kerana Zain merasakan Jalila sebagai pelangkap diri atau sebagai ‘sparring partner’ dalam melengkap diri beliau sebagai manusia yang hampir sempurna di mata kasar yang menyebabkan Jalila itu dilayan baik kerana keseraian tepai bukan berasaskan pada cinta dan berahi pada wanita. Tanpa nafsu cinta itu hambar tetapi amarah yang tidak dibendung akan membunuh cinta yang sebenar kerana syaitan menjadi teman handal membisik perkataan yang bisa membunuh segala bentuk kesucian dalam perasan dan harapan dalam percintaan.

Polemik ini tidak akan selesai selagi aku tersadai dalam lautan kenderaan yang berdedai, bisik hati Zain lalu Zain telah mengambil keputusan untuk masuk mengikut jalan Keramat ke arah Jalan Enggang hingga ke Bengkel Mara dan menggunakan Jalan Wangsa Maju untuk keluar semuala di Taman Pertama hanya akan membawa beliau keluar ke simpang Greenwood Park untuk terus ke Taman Harmonis di Gombak Batu 2.Perjalanan yang melalui beberapa lampu isyarat dan selekoh dalam kawasan perumahan yang menyambunla Keramat , Wangsa maju dan Taman Melawati ini memerlukan konsentrasi pemandu yang menyebabkan keluar dari khayalan nyata dan maya.

“ Boy dan makan ,Boy ?”

tanya mama Zain selepas melepaskan pelukan si anak yang nyata menyesal akan sikap tidak memberitahu ibunya yang nyata terharu dengan kepulangan anak bongsunya ini. Dicium zain beberapa kali tangan ibunya sambil dipeluk oleh si ibu dengan KaK Ngah Zain hanya mampu melihat dengan linangan airmata tanda bersyukur yang si adik sudah balik dan si ibu sudah hilang rindu dan risaunya.

“ Belum mama ..tapi Boy tak lapar…mama jangan susah susah ..kalau Boy lapar Boy makan dah tadi….Mama jangan susah…”

Zain beria ia memberitahu mamanya supaya tidak perlu risau sambil melihat lihat di mana papanya berada kerana sebagai anak lelaki, tak kira sudah setua mana sekalipun, teguran dari seorang yang bergelar ayah itu adalah yang paling digeruni. Melihat papanya yang tidak langsung mempedulikan apa yang berlaku diantara tiga beranak ini jelas memberitahu zain bahawa papa itu tersangat marah dengan apa yang berlaku.

Perlahan lahan Zain bergerak ke depan ruang tamu utama dan duduk disebelah papanya bagaikan anak kecil mahukan perhatian..

“ Papa..….I am so sorry…mean no harm …tak sangka jadi macam nei…..”

Kata Zain kepada papa yang masih membaca suratkhabar yang diangkat tinggi untuk mengandang wajahnya dari dilihat sesiapa lebih lebih lagi oleh si anak ini…

“ Boy ada problem sikit..you know, guy’s stuff…need to settle a few personal matters…..papa faham kan ,papa….”

Zain seolah olah mahukan pengampunan dari papa tapi si papa terus membaca seolah olah tiada orang yang bercakap dengan beliau….

Zain sedar kemarahan papa beliau memuncak bila sikap papanya tidak langsung menyapa apa yang dikatakan oleh si anak ini sekadar diam begitu saja. Zain sedar akan kemarahan papanya dan terus saja bangun perlahan lahan dan memandang ke arah mamanya seakan mahukan si ibu berkata sesuatu bagi pihaknya…si mama hanya memucung muncungkan mulutnya seolah olah memberitahu si anak itu supaya terus beredar jauh dari situ…Zain akur tapi rasa kecewa sebab tidak mendapat perhatian yang diharapkan dari papa beliau dan bergerak pantas ke biliknya…

Namun bagi Zain , beradanya beliau di rumah ini merupakan satu lagi misi tercapai dalam usaha beliau mahu menyelesaikan kemelut diri setelah beliau berjaya mengesan Nelly awal pagi tadi. Kini zain bergegas masuk ke dalam bilik beliau untuk misi ketiga yang agak lebih mudah dan terus sahaja Zain ke PC beliau untuk memberitahu warga halo akan apa yang telah berlaku terhadap Nelly…

“ Ilham dan warga halo..

Aku ada berita yang kurang baik nak kasi tau….aku harap kelian bersabar dan jangan terperanjat….

Nelly telah mengalami kemalangan jalanraya dan sekarang ini berada dalam keadaan koma di ward ICU di bahagian emergency di Hospital Serdang…aku tak jumpa lagi tapi Nelly di katil 041…

Nama Nelly ialah Imah dan kalau korang melawat Nelly nanti korang jangan lah terperanjat dengan siapa Nelly yang sebenarnya…

Aku tak tahu nak kata apa lagi tapi aku masih lagi merasa teramat sedih dengan apa yang berlaku ke atas Nelly…korang tau kan aku macam mana dengan Nelly…aku dah jumpa mak Nelly dan aku harap korang tolong family Nelly masa nei..mak dia down habis sekarang nei

Ilham !! aku lupa nak contact ko balik sebab hp aku off ….so sorry, bro…karang aku call ko balik..thanks , bro..

OK, aku masih perlu menyelesaikan banyak benda lagi nei…aku chow dulu…

Tanpa menunggu sebarang reaksi dari warga halo, Zain pantas sahaja menyiapkan diri beliau untuk menyelesaikan misi keempat yang mungkin lebih berat lagi dari misi 2 dan 3 ini. Bergegas Zain mencampak sahaja pakain yang sudah dipakainya dari lepas maghrib semalam untuk ke majlis BBQ di rumah Ziana dan mencapai towel yang disangkut di bahu terus ke bilik air di dalam bilik mewah beliau ini…

Tergesa gesa Zain menyelesaikan segala yang perlu diselesaikan dalam bilik air dan mandi ala kadar untuk perjuangan seterusnya…

“ Boy…papa nak cakap sikit dengan boy ..”

terkejut Zain mendengar suara papa di dalam bilik ….Zain membetulkan towel yang menetupi tubuhnya dan menggunakan towel muka untuk mengeringkan muka dan rambut nya…Menitik nitik air ke lantai langkawi marble bilik zain bila Zain tergesa gesa menuju ke arah sofa bed two seaters dan membetul betul kedudukan cushion sofa tersebut untuk diduduki oleh papanya…

“ bila papa ignore boy, bukan sebab papa tak risau atau tak kisah…but I am so disappointed with your attitude…..you made your mom worried, you made your brother and sisters worried, you made your fiancée worried and that’s what I didn’t like a bit..”

papa memulakan kata kata kepada anaknya dengan si anak hanya tunduk mendengar tetapi puas hati kerana mendapat perhatian dengan ayahanda tercinta..

“ semua orang ada masalah , boy…orang kaya ker orang miskin ker..semua ada masalah…tapi yang penting macam mana kita handle masalah itu…bukan semua masalah kita kena selesaikan, ada masalah yang kita hanya perlu manage, anad some problems are better to be left alone rather than solved…”

papa berkata lagi sambil si anak masih tunduk dengan towel muka tersangut di kepala..

“ pasal perempuan nei , boy…jangan diikutkan sangat perasaan…betul, behind a successful man, there’s always a woman but lets not forget that behind a failure of every man, woman has always been a factor too…empayar hancur pasal perempuan, kawan putus kawan kerana perempuan….jangan diikutkan sangat pasal perempuan ini….”

Zain bersama sungguh malu bila terasa pekongnya dibuka pekong nya dibuka oleh papanya sendiri….

“ just after your kak teh was born…papa nearly made the biggest mistake in my life when in nearly committed adultery and cheated on your mom because I thought I was in love….”

Papa berkata sesuatu yang menyebabkan zain terus memandang ke wajah papanya dengan rasa hairan tetapi hormat..

“ I was riding high in my career, I was always away from home because of work and I thought that I was born as a gift to the femalepopulation…I enjoyed the adulation and attention and I forgot that I was so happy before I met this young attractive girl….so attractive that I was willing to give up everything I have….”

Papa menyatakan sesuatu yang zain rasa kurang seleasa kerana cerita ini melibatkan ibunya sendiri..

“ mama tak tahu ker ?…”

zain tiba tiba mencelah seolah olah cuba mempersalahkan papanya lagi….

“ tunang Boy tahu ker ??….”

papanya pula memulang kan soalan itu pada zain…

“ see, lelaki dilahirkan memang mempunyai kuasa mengawal ke atas perempuan dan lelaki tidak akan puas dengan perempuan dan itu sebab itu there’s a saying that prostitution is the oldest profession in the world!!!….”

papa cuba mempertahankan ego seorang lelaki..

“ mama tak tahu ker ?….”

zain masih mempertahankan soalan itu…

“ please son, don’t insult or question my loyalty to your mom…your mom is my pillar of strength and I would never ever betray the trust and love given by mom….but I nearly fell for another woman because I thought it was men's right to be unfaithful…I was lucky because I realized my mistake early before it went too far….I realized that I was seeking fun and actually looking for the thrill of life to push my adrenaline running faster…I was the victim of my own bloody ego…”

papa zain agak tinggi suarnya ketika ini yang menyebabkan zain tunduk semula tidak memandang ke arah papanya..

“ the point here son….don’t ruin the happiness and the trust given by the one that love you the most, don’t destroy the foundation of friendship just for the sake of thrill and don’t expect others to be faithful if you can’t be one…’

papa terus menasihati anaknya tanpa sesungguhnya menyatakan apa yang harus dilakukan oleh si anak..

“ papa, who would choose…the one that you love or the one that love you ?…”

zain bertanya kepada papanya…

“ son, when and not if , but only when I could find someone that I could love and equally loved by that someone that I would commit my life to that someone, ....so, if I have to choose, I will go for that someone that love me most because I want my children to have a mother that will do anything to the children because of her love to the husband….”

Jawab bapa zain secara hypothetical..

“ and let yourself suffer…”

sambung zain lagi kepada papanya..

“ ….son, suffering is part of the game ….love is all about sacrifices…love is not only about sandy beaches and drinking rum every night ….you need to give as much as you are willing to take…learn to let go and that is what real love is all about….”

Papa menyatakan sesuatu yang membuat zain terasa bergetar seluruh badan tetapi faham apa yang ingin disampaikan..

“Boy, orang lelaki ini sama aja , Boy….cakap berlapik tapi hati senget…yang membezakan ialah iman dan rasa tanggungjawab..kalau ikut nafsu, jantan tu jantan jugak..itu lah sebab dibolehkan lelaki kahwin lebih dari satu sebab Allah yang menjadi lelaki maka Allah swt yang tahu naluri dan kemahuan lelaki itu….kalau zina tu halal…maka tiada lelaki yang akan setia pada satu wanita dalam dunia ini walaupun masih ada wanita yang akan setia pada satu lelaki, ini kejadian Allah swt…”

papa memberitahu zain sesuatu yang menyakinkan dirinya papa adalah seorang yang setia pada mama….

“ papa, thanks papa…..you may not know how lucky I am to have you as my father …Boy tahu dah papa apa nak buat , papa thanks…..”

kata zain pada papanya…

“ boy, papa tau apa yang zain lalui , papa hanya boleh lihat sebab it’s your life son…you decide what is best for your future…but if I may say, jangan menghukum…think about it..”

papa terus bangun dari duduknya dan di gosok gosok kepala anak bujangnya yang tunduk dengan ditutupi towel kecil berwarna kuning di atas kepalanya tanda sayang dan juga semangat pada si anak tadi…

tiada lagi sangsi dalam hati Zain apa yang cuba disampaikan oleh papanya dan tiba tiba Zaina terasa hiba kerana beliau tahu yang beliau perlu melakukan pengorbanan demi keutuhan satu perhubungan dalam percintaan…

zain terus sahaja melayang semula dalam dunia maya dan selepas perjumpaan yang merupakan ketentuan Allah swt dengan papanya tadi ,beliau yakin apa yang dikatakan oleh papa adalah sesuatu yang benar walaupun hatinya terus cuba menafikan apa yang terbuku dihatinya…tetapi yang nyata sekarang zain harus meneruskan perjuangan yang belum selesai….

Berbekalkan semangat baru dari peluru keyakinan yang diebri oleh papanya , zain melangkah gagah menuju ke destinasi seterusnya iaitu bersemuka dengan Zaina, iaitu orang yang paling berhak ke atas diri beliau tanpa perlu mengambilkira perasaan dan jiwa sebenar zain…

Fikiran Zain kini tertumpu pada Ziana dan apa yang harus dikatakan pada Ziana demi satu pengorbanan percintaan. Tanpa berlegah lagi zain berbekal sebuah beg pakain kecil meminta izin mama dan papanya untuk tidak pulang ke rumah bagi menyelesaikan masalahnya dan hasrat zain untuk berkongsi kisah tentang Nelly dengan mamanya tidak kesampaian kerana masa terlalu mendesak dan adanya Kak Ngah di rumah menyebabkan kesempatan itu agak terhad.

“ Kak Ngah ada nombor telefon Jalila yer kak ?..’

tanya Zain pada Kak Ngah semasa Kak Ngah nyer mengikut Zain ke kereta..

“ Nak ker ?…’

Kan Ngah senyum pada Zain dan Zain tidak membalas senyuman Kak Ngah tersebut untuk mengelakkan Kak Ngah terhidu sesuatu yang beliau tidak mahu orang lain tahu lagi ketika ini…

“ Karang Kak Ngah SMS kat Boy…kirim salam dengan Ila sekali…”

Kak Ngah masih juga tersenyum sambil menunggu reaksi si adik kesayangan Kak Ngah nei sedangkan si adik menahan segala bentuk perubahan wajah yang boleh dijadikan bahan si kakak untuk membuat spekulasi…

“ alamat rumah tak nak ker , mana tau nak tengok bumbung ker ….’

Kak Ngah bergurau yang menyebabkan si adik tidak tertahankan lagi perasaan geli hati dan gurauan si kakak tadi lalu terkeluar gelak ketawa dari Zain tiada lagi ketawa dalam diri beliau semenjak malam perkahwinan maya beliau tersebut…Zain membaling sponge pengilat kasut yang diambil dari atas rak kasut ke arah Kak Ngah nyer sambil berlari masuk ke dalam kereta dan dikunci pintu kereta sambil si kakak mengetuk ngetuk tingkap kereta sebab geram diperlakukan oleh si adik tadi…

Zain kini lebih berani menghadapi misi yang besar dihadapan beliau ini , lebih yakin untuk membuat keputusan dan lebih sedar betapa pentingnya sebuah keluarga yang bahagia dalam pembentukan kehidupan kekeluargaan yang segar , bertenaga dan menggembirakan. Zain kini menggorak langkah menuju Contact Oracle Berhad dengan harapan penemuan dengan Ziana akan menyelesaikan misi keempat dalam menghadapi kemelut maya dan nyata beliau ini..

“ I was so worried , Zain….never felt so lost in my life before…rasa macam diabaikan pun ada juga rasanya…..rasa macam tak penting saya ini untuk you tau, Zain….”

Ziana meluahkan perasaan beliau pada Zain sedang Zain menandatangani beberapa dokumen yang penting untuk bahagain operasi walaupun hari ini Zain sebenarnya bercuti rehat…Ziana berdiri di depan tingkap memandang keluar sambil membetulkan blouse ketat yang di padankan dengan jacket berwarna biru bersama skirt labuh….Zain masih membisu seolah olah tidak faham dengan apa yang dimaksudkan oleh tunangan nyer itu..

“ malu pun ada ….macam I yang desperate sedangkan the other party macam tak suka nak bertunang…I didn’t know how to react …I didn’t know how to answer to my parents…malu sangat sangat….embarrassing ….”

Ziana seakan akan memaksa simpati akan datang dari Zain namun Zain membiarkan sahaja luahan perasaan seorang wanita yang beliau yakin adalah orang yang paling berhak atas apa sahaja keputusan yang akan diambil nanti..

“ you know how glad I was when you called….I cried hopelessly because knowing you are alive and knowing that you still think of me and knowing that I did not lose you forever…”

Ziana kini sudah berlinang airmata menyatakan perasaan terpendam di hati…..

“ mama you tanya kat I…..'ada tak Zain tak bagi tau dekat Ziana dia pergi mana' …..I tak boleh jawab, I malu sangat dekat mama you….”

Ziana agak sebak menceritakan perasaannya pada Zain….

“ you malu ker yang lebih atau sedih sebab I tak der ? “

tiba tiba Zain bersuara..

“ then, I did know which and which because I just want to know that you were alive but now knowing that you were alive all the while, I must say that I menangis sebab sayang sangat dekat you dan sedih sebab malu ….”

Jawab Ziana secara ikhlas dan terus berjalan dari tingkap ke kerusi sofa di di dalam bilik Zain…

“ kalau I mati , you cari orang lain tak ?…”

Zain mula memainkan perasan Zaina sambil menyusunkan dokumen dokumen yang baru beliau selesaikan dan mencari cari kotak rokok dari poket seluar sambil bangun menuju ke arah Ziana…

“ well, kalau I mati, you cari lain tak ?…or perhaps tak perlu tunggu I mati dah cari lain! “

Ziana pula menjawab soalan Zain dengan soalan maut beliau sendiri sambil cuba untuk mendapatkan sebab kehilangan zain semalaman….

“ mengapa kita selalu gaduh…mengapa you selalu nak lawan cakap I…”

tanya Zain sambil mengetuk ngetuk rokok yang ada di tangan beliau…

“ I think you should answer that question yourself, Zain….”

Jawab Ziana pula yang nyata tidak mahu mengalah walaupun beliau tahu mengalah itu bukan bererti kalah dalam sesuatu perhubungan..

“ I think I know why….you perasan tak ,honey…we have a pretty exciting relationship but we have no friendship….we don’t share our feelings like friends..we don’t talk like friends…we don’t act like friends…”

Zain memulakan misi besar beliau dengan satu proposition yang beliau harap akan membantu keputusan terakhir beliau..

“ Zain, I care for you, I have always been there for you, we help each other whenever needed and most of all we love each other….”

Ziana cuba menyakinkan Zain bahawa mereka lebih dari sahabat dan persahabatan itu sudah terjalin dalam hubungan ini…

“ Ok honey, who is my best friend during my schooldays ?.., where did I get this scar on my hand ?….why I don’t like cats ?……”

tanya Zain pada Ziana menduga…Ziana hanya mengalihkan wajah beliau ke arah built-in book racks kerana terasa benar beliau tidak tahu tentang tunangannya..

“ see, I don’t know who you are too…I don’t know you as much as I know about my friends …I want us to be friends because friendship never ends….…”

Zain terus lagi memberi ucapan sambil Ziana sudah nampak terasa dengan pernyataan Zain…

“ kerana takut kehilangan maka we are always trying to impress each other all the time..’

kata Zain pada Ziana sambil menghembus asap rokok beliau keluar…

belum sempat Zain meneruskan perbincangan beliau dengan tiba tiba Kathy , setiausaha Zain masuk membawa album pertunangan Zain dan Ziana seperti yang diminta oleh Ziana awal tadi…

“ Thanks Kathy…malu lar tengok muka I”

sapa Ziana pada Kathy apabila dipuji oleh Kathy akan kecantikan beliau semasa majlis pertunangan sambil Zain akan kurang senang dengan sikap merendah diri tak bertempat Ziana itu…

“ Zain, you go through tengok this album, I pergi ambil drinks kejap “

Ziana meminta diri sebentar tetapi nyata beliau kurang senang dengan ceramah yang diberi oleh zain..

Zain terus sahaja membelek belek album pertunangan ini dan terus mencari cari sesuatu yang beliau harap ada….walaupun beliau terpikat dengan wajah Liana tetapi masih juga beliau mencari seseorang yang beliau harap akan muncul dalam gambar tersebut..

Ziana kemudian muncul dengan tiba tiba di depan zain sedangkan zain membelek belek gambar gambar pertunangan itu..

“ Zain, do you know this girl..your relative ker nei ?…’

tanya ziana sambil menghulur sekeping gambar kepada zain…Zain mencapai gambar tersebut dan terus berderau darah zain melihat wajah wanita yang dilihatnya dalam kereta Proton Satria tersebut dan terus sahaja Zain terkedu tanpa bahasa dan merenung gambar Nelly di hari pertunangan beliau…

“ Zain, saudara you ker ??…’

tegur Ziana selepas Zain masih lagi merenung gambar tersebut…

“ amboi!!! Tak kan saudara kalau dah tengok macam nak makan aja….”

Sambung Ziana nyata tak senang dengan perhatian yang diberikan oleh Zain pada wajah tersebut dan Zain masih juga menatapa wajah Nelly tanpa tersedar apa yang dikatakan oleh Ziana..Ziana tersentap dengan perlakuan Zain..

“ Actually I geram dengan Kamai nei…”

kata Ziana lagi..

“ What’s wrong with Kamal ?…”

baru Zain tersedar setelah terdengar nama Kamal disebut..

“ Kamal took this picture…she likes this girl..”

Ziana terus bercerita lagi

“ Kamal was there yesterday ?”

tanya Zain lagi..

“ yer lar honey, Kamal was there, Dato’ was there and Mr.Leighton came before the function started ….you kenal tak this girl ker?…kamal teruk tau !!’

kata Ziana lagi..

“ Apa yang teruk ? “

tanya Zain serious..

“ I tanya lar, ngapa dia suka this call…you tau apa dia jawab..”

ziana semacam hendak bergurau dengan zain..

“ apa dia jawab..”

jelas zain tidak selesa dengan berita Kamal menggenali nelly ini “

“ dia kata …ishhh pervert betul si kamal ini tau “

ziana tertawa kecil mengingatkan apa yang kamal beritahu beliau..

“ apa yang pervert, cakap lar ..”

zain sudah berubah airmuka beliau ketika ini dan sudah nampak merah muka nyer..

“ this girl handicap tau….so Kamal kata dia suka this girl sebab dia tak pernah sleep dengan perempuan cacat lagi!!!…teruk betul Kamal..”

Ziana ketawa mengingatkan jenaka tidak bertempat Kamal tanpa menyangka kata kata beliau telah menyebabkan reaksi dari Zain..

“ bloody bastard…cilaka punya jantan!!!!!..’

Zain melepaskan rasa geram beliau dan tiba tiba bangun dari duduk beliau dengan wajah marah yang sudah tidak tertahankan lagi….kata kata Ziana tadi telah merubah Zain menjadi hilang pertimbangan dan bergerak ke arah pintu biliknya ke destinasi yang tidak perlu diteka lagi…

“ zain !! zain !!…what is wrong with you ?!!…”

Zaina terperanjat melihat perubahan tiba tiba tunangan beliau ini…. belum sempat ziana bangun zain sudah berada di luar pejabat mengarah ke bilik kamal..ziana tahu tujuan Zain dan terus bingkas bangun tergesa gesa sambil menejrit jerit nama zain kerana tau sudah apa yang akan dilakukan oleh zain walaupun tidak tahu apa sebab sebenarnya…

“ Kamal !!!..Kamal !!…I ‘ll kill you , you fucking bastard !!!..’

zain memanggil kamal ketika nampak kelibat kamal berjalan ke arah Conference Room…Kamal terhenti mendengar nama beliau dijeritkan dan agak terperanjat melihat Zain meluru ke arah beliau…Zain sudah hilang pertimbangan bila mendengar penghinaan kamal terhadap Nelly dan kini kamal hanya berada dua depa di depan Zain….di dari belakang terdengar suara Ziana menjerit jerit nama Zain bagaikan wanita hysteria dan jeritan Ziana telah menyebabkan Kathy dan beberapa pekerja lain turut berlari ke arah conference room..

Kamal masih tergamam menanti apa saja bentuk tindakan Zain kerana tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku..

“ What did you say about this girl !!!! apa kau cakap !!!..kau cakap dengan aku…aku nak kau cakap depan aku!!!…kalau kau hero sangat ..kau cakap, what did you say about this girl !!!!..”

Zain sudah mencekik leher Kamal dan menolak Kamal ke pintu conference room sambil meletak gambar Nelly betul betul ke muka Kamal dan menyebab Kamal tersesak nafas dan muka beliau berkerut ketakutan ,helpless dengan kejutan yang tidak disangka berlaku terhadap beliau…

Zain masih dalam keadaan orang yang disampuk dan sudah tiada lagi pertimbangan dalam fikiran beliau melainkan untuk melepaskan perasaan marah dan dendam berkesumat beliau selama ini terhadap kamal..

Ziana yang sudah sampai di tempat kejadian menarik narik baju zain seolah olah mahu mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku diantara zain dan kamal…suasana menjadi menjadi hingar bingar dengan jeritan suara di tingkat 3 banguna yang dikhaskan untuk untuk pengurusan atasan syarikat…

“ dah lama aku dendam dengan kau!!…dah lama aku nak bunuh kau , kau tau tak!!…cilaka punyer manusai!!! …”

kamal kini hanya menunggu masa untuk dibelasah oleh zain dengan cengkaman zain pada leher kamal menyebabkan kamal tidak dapat berbuat apa atau berkata apa apa sekalipun….badan kamal sudah separuh jalan jatuh ke lantai dek tekanan Kamal dan tiba tiba pintu Conference Room dibuka dengan ganas dari dalam menyebabkan kamal terjatuh terlentang ke bawah dengan tiba tiba yang menyebabkan zain yang mencengkam lehernya juga jatuh tertiarap dia atas badan kamal dan ziana yang menarik narik baju zain juga terjunam ke atas badan zain….keadaan menjadi kelam kabut bak di landa ribut dan bunyi dentuman bak nangka jatuh kebumi terdengar bila ketiga tiga pengursan atasan ini terjatuh ke lantai..

hentakan kepala kamal ke lantai menyebabkan beliau menjadi hilang keseimbangan badan untuk bertindak mempertahankan diri beliau yang kini hanya menanti dimamah oleh manusia zain yang sudah dirasuk syaitan ini…

“ enough is enough..stop all this nonsense !!!!”…

tiba tiba suasana berubah sebentar bila James Leighton dan Dato MD yang datang dari dalam conference room melihat satu kejadian yang tidak pernah terfikir akan berlaku diperingkat pengurusan tertinggi syarikat..

bersambung

Chapter 21 ini aku dedicate untuk Hanim dan Guardian X atas kejayaan tempat pertama mereka pada dua entry sebelum ini..

wassalam

Thursday, February 23, 2006

Iklan Halonovela !! kaverina tuh

Assalamualaikum,

selepas bermenung menung , berangan angan dan berhempas pulas sampai nak ke subuh, aku concede bahawa halonovela tidak dapat disiarkan hari ini........harap maklum....so bagi yang ingin merasakan polemik dan kehangatan watak watak dalam novela ini, sila baca balik novela ini perlahan lahan dan lihat mesej tersurat dan tersirat as we approach the grand finale/ending....bagi aku time sikit yer..

so, untuk itu, alang alang aku buat iklan ini, aku tulis lar sikit sebagaimana yang diminta oleh kawan kawan di halo

Arwah Sudirman Hj.Arshad Dalam Kenangan- Al-Fatihah

Kalau ikut peminat keras Arwah Sudirman, iaitu Jane aka Janelabu aka JayJay(jane/jenal), 22/2 ini adalah tarikh pulangnya kerahmatullah allahyarham Sudirman Hj.Arshad maka izinkan aku mengajak semua pengunjung blog Ilham ini untuk sedekah Fatihah kepada roh arwah Sudirman dan berdoa agar rohnya dimasukkan di dalam golongan orang beriman...Al-Fatihah..

kaitan aku dengan Sudirman ialah aku pernah duduk selama seminggu di bilik yang sama yang di duduki oleh Sudirman di Hospital Tawakal semasa menjalani operation lutut aku tak lama dulu bila nurse di hospital itu bagitau cerita yang bilik ini adalah bilik yang sama diduduki oleh Sudirman sebelum pemergian beliau...

operation aku di awal pagi itu mengambil masa beberapa jam dan aku hanya sedar balik selepas tengah malam esoknya dan apa yang aku ingat ialah bila aku terjaga pertama lagi yeri ialah ada nurse cina depan aku...dia tanyalembut ajer

" anything i can do for you ?"....

pas tu aku jawab

" can i smoke ???"....huhuhu...

baik nurse ini ambik kan rokok dan pasangkan rokok untuk aku...kalau semua nurse macam ini, memang pesakit akan cepat sembuh..

balik kepada Sudirman , aku tak boleh nak kata aku minat dia tetapi aku hormat apa yang beliau capai dalam hidup beliau yang singkat..

sejarah beliau menjadi pemenang Bintang RTM semasa menuntut di Universiti Malaya telah merubah pandangan masyarakat terhadap penyanyi yang selalu dikaitkan dengan dropouts...so bila Sudir menjadi pemenang Bintang RTM dan kemudian grade dalam bidang undang undang, Sudir telah meningkat mertabat muzik industri di negara ini sebagaimana Mawi membawa nafas baru dalam bidang nyanyian dengan latarbelakang agama yang kuat yang mengimbang kemahuan duniawi dan tuntutan akhirat..

Sudir juga adalah penyanyi yang pertama yang boleh dianggap seorang entertainer iaitu bukan sekadar boleh bernyanyi tetapi juga bisa menghiburkan penonton dengan interaksi yang baik, jenaka yang membawa penonton terhibur dan aksi aksi pentas/ showmanship yang menarik dan menghiburkan di zaman awal Dinner Show untuk syarikat syarikat gergasi negara dulu..

Sudir bukan lah seorang penyanyi yang bagi pendapat aku blessed dengan suara yang outstanding tetapi beliau mempunyai suara yang unik dan original, suara yang tiada dalam pasaran ketika itu dan kini hanya boleh ditiru oleh impersonator.....lagu lagu beliau banyak menjadi lagu trademark untuk Merdeka Day, bila Hari Raya menjelang dan lagu lagu yang menjadi teman mereka yang bersedih atau putus cinta..

sejarah akan mengenang Sudirman sebagai penyanyi Malaysia yang telah menjadi penyanyi yang berjaya memenangi Voice of Asia di London Albert Hall ( stand to be corrected ), penyanyi pertama yang membuat concert terbuka di Chow Kit Road dihadapan lebih 100,000 penonton, akan dikenang dengan baju malay bendera malaysia atau baju malay yang songkok sedondon dengan samping...hehehe...dan akan dikenang kerana kontroversi kontroversi surrounding kisah cinta beliau, social life beliau dan kematian beliau sendiri.....

bagi ramai orang macam aku, imej Sudir yang aku paling ingat ialah jenazah beliau di bawa dalam lorry pick-up seolah olah manusia Sudir ini terlalu hina di akhir hidupnya...ignorance menyebabkan jenazah Sudirman diperlakukan seolah olah mangsa tsunami yang baru dijumpai selepas seminggu selepas kejadian dan sudah tidak di tunggu tunggu lagi sehingga perlu ditanam tanpa lagi menunggu kebiasaan adat dan tertib menjalankan pengebumian...imej ini yang membuat aku terlalu hormat dengan Sudirman walaupun tidak berminat sangat dengan beliau..

aku tiada peluang untuk tengok Sudirman menyanyi secara live atau berjumpa beliau in person tetapi the fact hari ini aku memberi sedikit tribute untuk Sudirman menunjukan bukti bahawa kadangkala Allah swt menaikkan mertabat umatnya dalam kematian mereka...walaupun hidup beliau penuh dengan kontroversi sehingga timbul gossip atau tuduhan yang melibatkan kes dadah, gay activities dan HIV/aids tetapi tiada siapa yang dapat mengesahkan segalanya ini dan kini dalam kenangan, beliau lebih disenangi sebagai manusia luarbiasa yang boleh di lihat setaraf dengan seniman seniman agong seperti P.Ramlee, Saloma, R.Azmi dan sebagainya..

Sudirman dalam kenangan adalah ibarat Mahsuri dengan sumpahan..dikenang , dikaji dan, disanjung dalam kematian walaupun kehidupan mereka penuh dengan fitnah dan kejian...

kematian muda Sudirman juga mengingatkan aku satu perkara yang aku terperasan bahawa Allah mengambil manusia manusia outstanding agak awal usia mereka sebagaimana P.Ramlee di awal 40an, Mokhtar Dahari di awal 40an dan Sudirman yang aku tak sure berapa tapi muda lagi semasa pemergian beliau...so, Mawi , jangan leka yer...

yeap, i think SN would appreciate me to mention that Sudirman acted dalam filem 'Kami'...huhuhu...

Bird flu

Nampak wabak selsema burung pula sudah sampai ke negara kita di Setapak tak silapnya dan wabak penyakit adalah sesuatu yang sukar dibendung kerana ianya merupakan bala Allah jua sebagaimana bencana bencana alam yang melanda..

mengapa dan apakah punca bird flu ini aku pun tak tahu tapi about 5 years ago dalam satu debat secara bertulis aku dengan Pak Usu aku sendiri, aku telah menjawab persoalan mengapa babi itu haram di makan sedangkan perlakuan babi tidak beza dengan beberapa jenis binatang lain yang dihalakan memakannya..aku jawab begini, aku translate lar..

" memang secara saintifik saya tidak mampu untuk memberi satu jawapan yang disokong oleh fakta dan logik akal seperti yang Pak Usu inginkan dalam setiap hujahan, tetapi hukum agama keluar dari kebiasaan logik dan hukum sains kerana hukum agama juga melibatkan faktor iman dan yakin pada yang ghaib. Pada saya percaya sesuatu hukum itu diturunkan atas sesuatu sebab yang mungkin belum ditunjukkan sebabnya di zaman ini atau zaman sebelum tetapi akan ditunjukkan sebab selepas zaman kita ini.

Saya merasakan akan ada ketika nanti bila binatang ternakan pupus dan hanya tinggal babi di dunia ini dan ada orang Islam menghalalkan babi kerana darurat sebab tiada daging lagi nak dibuat kenduri maka mungkin di saat itu akan ditunjukkan mengapa babi itu diharamkan oleh Allah swt "

maksud aku di sini bird flu mungkin hari ini diturunkan Allah swt pada umat manusia untuk membuktikan kebenaran Al-Quran dan menduga umatnya akan halal haram yang diperuntukkan..manusia di zaman HangTuah mungkin tidak nampak relevan ayat ayat Al-Quran berhubung kait dengan sistem jual beli dan riba kerana mungkin masa itu barter trade sebagaimana manusia di zaman kita tidak nampak relevan dengan ayat Al-Quran berhubung dengan memerdekakan hamba sahaya...

maka , jangan diperlekehkan isu bird flu ini dan sebaik baiknya kita hanya memakan ayam yang kita tahu asal usul penternakan dan penyembilahan ...so Vaart!!! masa dah time untuk ko berbakti pada kawan kawan!!!ahaks ahaks..


okke

wassalam

Wednesday, February 22, 2006

Andai Di Titi Jambatan Maya dan Nyata - Part 20

Assalamualaikum

Di luar ward emergency di Hospital Serdang ini ada satu satu bangku panjang yang dikhaskan untuk ahli keluarga terdekat yang menunggu saudara mara mereka yang dirawat di dalam wad emergency ini dan pada kebiasaannya bangku panjang ini tidak mampu menampung bilangan tetamu yang ingin menikmati perkhidmatannya. Di dalam keadaan kecemasan yang sebegini, bangku panjung ini adalah nikmat dunia bagi yang perlu memanjangkan kaki yang mengalahkan nikmat kerusi urut jenama Ogawa atau sofa lembut Fella Design. Selalunya juga di bangku panjang inilah tempat digunakan untuk membuat susu si anak kecil, tempat airmata bercucuran dan berguguran kerna harapan dan kesedihan, tempat next-of-kin diberitahu oleh doktor akan situasi sebenar orang yang mereka nanti, tempat di mana bacaan surah surah suci Al-Quran berkemundang dan tempat di mana tikar mengkuang di letak di bawahnnya untuk ahli keluarga berbaring sambil mengenang nasib darah daging mereka yang di dalam ward emergency ini.

Hari ini tiada bezanya seperti hari yang lain walaupun tiada tikar mengkuang merentang jalan mahupun botol susu anak kecil digoncang oleh ibu untuk santapan si anak kecil,namun suasana hiba penuh debaran itu tetap terasa kerana inilah tempat hidup dan mati seolah olah bertemu untuk mendapat hukuman terakhir...Zain menundukkan kepalanya ke bawah dengan kedua dua belah tangan di dahi bersanggahkan siku di peha dengan fikiran jauh entah kemana. Walaupun beliau belum pasti patient 041 itu Nelly yang dicari namun beliau yakin itulah orang yang perlu dijumpa beliau dalam usaha beliau mengenalpasti wanita di dalam kereta Proton Satria GXi tersebut. Beliau kini perlu menunggu keputusan samada wanita itu Nelly atau wanita itu sekadar khayalan beliau dalam kerakusan beliau ingin membina jambatan maya dan nyata.

Jika alasan Nelly ingin membina jambatan ialah kerana curiosity dan apakah alasan Zain mengharapkan gadis yang tidak dikenali beliau ini sebagai Nelly ?....manusia akan mencari alasan untuk mengiyakan atau menidakan sesuatu perbuatan kerana manusia memerlukan sebab dan dengan sebab manusia merasakan perbuatan mereka adalah menghalalkan niat.

Zain sudah lebih jelas apa yang beliau mahu tahu dari pernantian beliau di depan ward emergency ini dan Zain sudah lebih jelas dengan apa yang beliau mahu lakukan untuk hari hari yang akan datang ini.Segala kemelut dalam peristiwa yang beliau lalui dalam tempoh 30 jam kebelakangan ini telah menyebabkan beliau merasa matang dan yakin dengan diri beliau sendiri...sekali sekala imej Ziana datang jelas dalam ingatan mengingatkan Zain akan tanggungjawab nyatanya kepada tunangan barunya dan seimbas pula ternampak beliau wajah Jalila diingatan yang mengingatkan beliau kisah silam cinta seorang teman sebaya ,yang lebih merupakan titik pertengahan antara harapan alam maya dan realiti alam nyata untuk zain, dan ada juga beliau terlihat samar wajah wanita di dalam proton satria yang diharapkan merupakan Nelly di alam maya beliau dan perlanggaran imej dan memori antara tiga wanita ini menjadikan segala apa yang berlaku di sekelilingnya di bangku panjang di luar ward emergency tidak relevan kepada zain sehinggalah zain terjaga dari lamunan yang sungguh dalam bila...

" anak nei tunggu siapa ?"

terdengar suara seorang wanita menyapa Zain sedang Zain hanyut dalam ingatan beliau sendiri di bangku panjang yang penuh cerita ini.

Menyedari beliau di tegur orang, Zain cepat cepat mengusap rambut nyer ke belakang dan menyapu nyapu mukanya yang menjadi kebiasaan beliau dalam keadaan tertekan...ada juga beberapa saat yang berlalu sebelum Zain menjawab kepada wanita yang duduk bersebelahan dengan beliau di bangku panjang ini..

" Saya sudah tahu apa yang nak di cari tetapi saya tidak tahu siapa yang saya cari ,mak cik"

zain seolah olah di dalam dunia beliau sendiri menjawab soalan yang agak mudah dari wanita separuh baya yang duduk di sebelah beliau ini...nyata zain masih lagi berada dalam 'deep thought' dengan jawapan yang mungkin tidak dihargai oleh seseorang tetamu di bangku panjang ini.......

"Mak cik pula tunggu siapa di dalam sana ?"

Zain terus pula bertanya seakan akan membaca fikiran wanita di sebelah beliau itu...

" Anak mak cik, nak...anak mak cik dia accident...kawan dia meninggal....anak mak cik koma...mak cik tak nak dia mati pulak...mak cik takut ,nak.... itulah satu satu nyer anak mak cik... mak cik mati akal dah nak buat apa nei, nak......"

Ibu Nelly seolah olah bersyukur ada juga orang di bangku panjang ini yang bertanyakan nasib beliau di pagi hari ini dan terus saja beliau meluahkan satu perasaan sedih dan pedih yang ditahan beliau sekian lama tadi...tidak tertahan kan lagi airmata si ibu bila mengenangkan nasib si anak yang entah kan hidup entah kan tidak

" Mak Cik!!...mak cik kena sabar mak cik....mak cik tau kan setiap yang berlaku tu semua dari Allah swt jugak kan....mak cik kena sabar mak cik..sabar nyer mak cik....insyaallah ,mak cik..insyaallah , anak mak cik akan selamat ...mak cik sabar yer..."

bagaikan seorang pakat motivasi, zain cuba menenangkan wanita yang baru dikenali nyer di bangku panjang yang sudah biasa menjadi saksi kepada bermacam perkenalan dan perpisahan tetamu nyer untuk sekian lama...

" mak cik sabar nei, nak....mak cik tak nangis depan anak mak cik...mak cik tahan menangis dalam hati tengok anak mak cik macam dah tak ada lagi, nak......hati mak mana yang tak menangis tengok anak macam tu terbaring mintak nyawa...tapi mak cik sabar...mak cik selalu ajar anak mak cik supaya kena kuat....tapi mak cik tak boleh tahan lagi, nak....mak cik dah tak tahan lagi ...Kak Ya pun suruh mak cik jangan nangis..mak cik tak nangis.....tapi hati mak cik hiba sangat , nak......"

ibu Nelly merintih lagi kepada anak muda yang beliau tidak tahu asal usulnya tetapi cukup sudah untuk beliau menjadi tempat beliau mengadu nasib dengan apa yang berlaku..di saat sebegini orang seperti ibu Nelly sudah tidak akan dapat membezakan siapa atau apa untuk meluah rasa hati yang terpendam...apa tah lagi bila nyawa sendiri yang menjadi perkara yang hendak dibincangkan...

" mak cik, saya pun menangis jugak mak cik, semalaman saya menangis mak cik....walaupun menangis ini ubat pada kesengsaraan tetapi bukan jalan kepada penyelesaian...tapi sekarang saya tak menangis lagi mak cik..sebab saya dah jumpa sebab atas tangisan saya dan saya nampak jalan penyelesaian kepada tangisan saya tu mak cik...."

Zain pula tiba tiba meluah perasaan kepada si ibu yang baru melepaskan rintihan hati beliau kepada Zain..

" mak cik tunggu anak mak cik tak balik balik....mak cik tinjau luar , tak ada kereta yang berhenti...tiba tiba datang Kak Ya menangis nangis cakap si Betty meninggal accident, si Imah parah..bayangkan, nak....macam mana mak cik nak harung semua ini.. "

tiba tiba ibu Nelly terus bercerita untung nasib nyer tanpa menyapa luahan lelaki yang duduk sebelah dengan beliau ini kerana ini adalah adat tidak bertulis di bangku panjang penuh cerita ini di mana tetamu nyer lebih suka bercerita derita masing masing dari mendengar sengsara orang lain..

" mak cik, yang mana satu anak mak cik, mak cik?..."

Zain tiba tiba mengeluarkan soalan seolah olah sedar bahawa wanita di sebelah ini yang lebih memerlukan perhatian beliau tanpa menyedari soalan beliau ini akan mengorak seribu lagi kemelut jiwa dan perasaan dalam diri nyer sendiri ...

" yer nak.....anak mak cik katil 041 yang baris nombor satu betul betul depan meja doktor...tapi kata nurse tadi anak mak cik kena bawak pergi, tah apa namanya...yang macam x-ray tu lah...tak tahu mak cik nak sebut , nak...."

jawab ibu Nelly yang tidak menyangka langsung jawapan itu akan menyebabkan suasana di bangku panjang ini tiba tiba menyaksikan Zain bingkas bangun dan mengenggam penumbuk seolah olah seorang pemain bolasepak yang baru menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya...Zain seolah olah merasakan segala persoalan terjawab sudah oleh jawapan yang di terima beliau dari wanita yang baru sahaja beliau kenali dan beliau terus bergerak dan seolah olah menyangkung di depan ibu Nelly dengan wajah yang penuh kepuasan dan mengenggam tangan si ibu yang longlai...

" mak cik....mak cik tau tak.....anak mak cik jugak lah yang saya tunggu nei, mak cik..pesakit 041 yang sedang berada MRI Scanning room.."

Zain dengan penuh keyakinan memberitahu ibu Nelly akan penemuan yang tidak disangka ini..

" macam mana anak nei kenal dengan Imah, anak mak cik? "

tanya ibu Nelly yang agak terperanjat dengan jawapan anak muda yang dijadikan tempat beliau melepaskan perasaan baru sebentar tadi di bangku panjang penuh misteri ini..

" mak cik , panjang cerita nyer mak cik, saya nak cakap pun tak tahu macam mana...saya pun masih tak tahu jugak samada anak mak cik itu orang yang serupa dengan orang yang saya rasa saya tengah cari .."

jawab Zain dengan penuh semangat walaupun nyata belum yakin dengan apa yang beliau maksudkan..

" Imah selalu cakap semua kawan kawan dia dekat mak cik...lelaki ker perempuan ker tak kisah, tapi mak cik mesti tahu siapa Imah kawan ..."

tegas ibu Nelly yang nyata kurang selesa dengan kenyataan bahawa masih ada kawan kawan anak beliau yang beliau tidak kenal sama sekali...

" saya rasa Imah anak mak cik ini tak bagi tahu pasal saya agak yer mak cik...."

nyata Zain kepada ibu Nelly dan puas dengan keadan yang memungkin beliau dapat menyelesaikan masalah beliau yang melibatkan alam maya iaitu Nelly dan alam nyata iaitu Ziana dan alam di antara maya dan nyata iaitu Dr.Jalila

" siapa nama anak nei ..kok kok mana tahu ada Imah tersebut ker..Imah tak sorok kat mak cik "
tanya ibu Nelly yang masih merasakan sesuatu yang tidak kena dengan pengakuan Zain bahawa Nelly ada menyimpan rahsia dari beliau tetapi merasa agak senang dengan 'claim' Zain bahawa beliau berkawan dengan Nelly..

" nama saya Zain, mak cik... Zain Mohd Noor...tapi anak mak cik tak tahu ini nama saya sebenar, mak cik...."

Jawab Zain dengan ringkas tetapi dengan penuh kesungguhan pada ibu Nelly

" Zain...Zain panggil mak cik, mak yer...semua kawan kawan Imah pun panggil mack cik, mak.."

Ibu Nelly seolah olah senang dengan kehadiran Zain ke dalam beliau di pagi hari ini di atas bangku panjang yang sudah masak dengan kisah pertemuan dan perpisahan dari tetamu tetamunya..

" mak cik ...demi mak cik dan Imah, Zain panggil mak cik, mak "

Zain akur dengan permintaan ibu Nelly walaupun beliau pada mulanya tidak berapa senang dengan permintaan itu kerana tidak mahu seolah olah mengkhianati cintanya pada mama nyer tetapi memikirkan bahawa ini adalah ibu kepada isteri maya nyer, Zain akur demi sebuah kejujuran dalam perhubungan yang tiada nyata...

" mak...mak kena makan mak, mak tak boleh biarkan perut mak kosong mak...nanti mak pulak yang sakit...biar Zain belikan mak makanan yer ..."

Zain tidak membeli jiwa tetapi nyata kata yang dilazakan adalah perasaan tanggungjawab seorang manusia pada manusia yang lain lebih lebih Zain rasa terharu dengan apa yang baru beliau ketemui pagi ini....

" mak tak boleh makan Zain...macam mana mak nak makan bila Imah tah kan hidup tah kan mati Zain..Zain pergi lah makan..Zain jangan tunggu mak yer"

Ibu Nelly sudah merasakan satu perasaan keyakinan dalam diri yang beliau sudah rasa hilang semenjak mendapat berita kemalangan yang dialami oleh Nelly dari sebelum Mahgrib semalam..

" Zain pun tak lalu, Mak..., apa Zain boleh tolong Mak...Zain tolong mak..bagi Zain tolong Mak, mak ... "

Zain seakan mendesak agar kehadiran beliau dalam hidup ibu Nelly dapat merealisasikan keikhlasan cinta maya yang tiada diketahui penhujungnya tapi Zain berasa puas dengan dorongan yang kerana beliau merasakan jambatan terbina bukan kerana dipaksa atau terpaksa tetapi atas qada Illahi jua...

" Mak sebenarnya tak ada bawak barang apa apa pun , Zain.....masa Mak datang malam tadi Mak tak sedar apa pun....telekong pun Mak tak bawak nei...."

tiba tiba ibu Nelly menyatakan hasrat beliau pada Zain seolah olah si ibu berkata pada si anak nyer...

" boleh Mak....Mak nak Zain ambik kan ker ?...kalau tidak , Mak ikut Zain sekali...anak Mak pun tak akan turun lagi untuk 2 jam lebih lagi....Mak ikut Zain,boleh ker Mak...Zain bawak Mak .."

Zain mungkin melalui satu proses perubahan dalam hidup yang tidak beliau jangkakan setelah apa yang beliau lalui 30 jam kebelakangan ini untuk menjadi seorang yang manusia yang tidak mementingkan diri sendiri lagi sebagaimana Zain yang lama mungkin tidak akan terdaya untuk meletakan diri beliau sebegini intim dengan seorang manusia yang baru sangat beliau kenali kerana perfectionism dalam diri Zain selalunya menyebabkan beliau membina tembok disekeliling diri beliau yang menyebabkan beliau ada jarak dengan persekitaran dan orang yang berada disekeliling beliau...Zain yang lama yang lebih suka menerima dari memberi kini sudah sanggup menawarkan diri untuk berkorban pada seorang manusia yang baru dikenalinya..

" macam mana Mak nak ikut Zain....kalau apa apa jadi dengan Imah..sesal Mak nanti"

jawapan ibu Nelly yang mungkin sudah menjadi jawapan standard bagi ibu ibu yang menjadi tetamu di bangku panjang di depan ward kecemasan ini...

" Mak, Doktor Pakar ward emergency nei kawan baik Zain , Mak...Mak jangan risau...Nelly..eh eh...Imah anak Mak sebenarnya dah bertambah pulih dah, mak...."

Zain menyakinkan ibu Nelly dan tersasulnya Zain menunjukan beliau masih lagi belum berpijak di bumi nyata dan masih mengharapkan maya terpisah dari nyata

" kalau apa apa jadi, macam mana dengan Imah , Zain "

ibu Nelly terus lagi menyatakan rasa bimbang beliau pada kemungkinan kemungkinan yang datang..

" biar Zain tinggalkan nombor telefon kat Nurse kat dalam tu, kalau ada apa apa...dorang boleh contact Zain.....boleh Mak"

mengangguk angguk ibu Nelly dengan kemahuan zain yang tidak tertepis lagi oleh si ibu ini...

" Mak, biar Zain selesaikan nei... kejap lagi Mak keluar kat pintu masuk tu Zain bawa kereta sampai depan tempat ambulan tu yer, Mak"

berlari lari pantas bak lipas kudung Zain ke dalam ward emergency meninggalkan nombor telefon beliau pada nurse yang bertugas dan kemudian pula berlari ke tempat letak kereta untuk ward emergency untuk mendapatkan kereta beliau itu. Di betul betul kan sedikit barang yang ada dalam kereta dan kemudian beliau terus tergesa gesa memandu kearah main entrance Bahagian Kecemasan Hospital Serdang ini sambil mata nyer mencari cari ibu mertua maya yang baru dikenalinya. Ternampak sahaja kelibat ibu Nelly, maka Zain terus memberhentikan kereta di celah celah barisan ambulan yang belum bergerak di pagi hari ini dengan para pemandu membuat persiapan akhir menentukan 'condition' ambulan dalam keadaan terbaik bagi memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan. Zain memimpin tangan ibu mertua mayanya yang sudah agak lemah dek kerana 'exhaustion' dari tekanan perasaan yang mendalam dan d bawa Zain akan ibu mertua maya ke kereta dan dibukakan nyer pintu kereta kepada ibu mertua maya nyer ini persis perlakuan seorang English Gentleman yang terhadap kekasihnya...

Perjalanan dari Hospital Serdang ke Taman Puchong Perdana sepatutnya tidak mengambil lebih dari 15 minit tetapi memandangkan waktu sekarang ini adalah waktu masuk kerja maka jalan dari Bukit Puchong mengarah ke persimpangan Tractor Malaysia Berhad selalunya agak sesak dengan kenderaan yang berlumba lumba untuk sampai ke destinasi mencari rezeki mereka.

Zain membetulkan tali pinggang keselamatan ibu mertua mayanya dan kemudian membetulkan cermin kecil di depannnya dan seterusnya dengan penuh rasa semangta berkobar kobar memulakan perjalanan pendek yang penuh harapan dan pengharapan..

" Mak , boleh Zain tanya Mak sikit tak Mak kalau kata Mak tak nak lelapkan mata ??"

Zain memulakan perbualan setelah kereta beliau membuat u-turn di depan turn-off ke Bangi lama arah ke bangunan bangunan Latihan syarikat korporat utama negara...

" apa yer Zain, tanya lah...Mak tak boleh lelap mata lagi, nak "

jawab ibu Nelly yang masih belum selesa dengan keputusan beliau menjauhkan diri dari bangku panjang di depan ward emergency tadi..

" Betul ker Imah cacat , mak ?"

tanya Zain secara agak mendadak atas sebab 'curiosity' dalam diri..

" tak kan Zain tak tahu...kan Zain kawan dengan Imah kan ...."

jawab ibu yang agak terperanjat mendengar soalan dari Zain yang menyebabkan ibu Nelly menoleh memandang wajah Zain dengan kehairanan dan sedikit gusar dengan soalan yang diuatarakan..

" Mak, Zain baru tau , Mak ...persahabatan Zain dengan Imah bukan macam orang lain , Mak....nanti lah , Mak.....nanti nanti Zain cerita kat Mak..."

jawab Zain kepada ibu mertua mayanya setelah terasa akan sedikit termalu dengan jawapan awal dari ibu mertua tiada ikatan beliau ini...

" Imah bukan cacat dari kecik....Imah kena potong kaki , Zain...Imah berkorban untuk arwah bapak dia dan Mak kerana kedaifan hidup kami sekeluarga, Zain "

" mengapa mak cik !!!"

Zain tertinggi sedikit suara kerana terperanjat dengan penerangan ibu Nelly itu...

" arwah bapak Imah...sakit kuat, bila datang sakit dia meronta ronta ...tak tahan menengok nyer , Zain...satu malam tu, mak cik tertidur sebab penat sangat dah dua hari dua malam tak tidur sebab sakit arwah bertambah teruk....Imah darjah 4 masa tu...dia yang berjaga pulak....entah macam mana ..arwah nei berpusing pusing mengamuk ngamuk atas katil...tiba tiba, katil tu mengereng nak terbalik ..si Imah tahan dengan kaki dia hujung katil sampai mak cik terbangun datang tolong...kaki Imah luka sebab hujung katil besi tu tajam...dalam luka tu, tapi dia diam..Imah diam sebab takut nanti kalau pergi klinik mak cik kena keluar duit...mak cik susah masa tu....luka tu lama lama masuk kuman...dia demam tapi dia diamkan...lepas tu dia pengsan kat sekolah...bawak hospital, kaki tu dah hijau...apa ker asid tu dah masuk dalam darah, dokotr kata kalau tak potong kaki Imah akan mati sebab kuman dah merebak.....itu yang kaki Imah kena potong tu....dia bukan cacat dari kecik...dia berkorban untuk arwah bapak dia.."

ibu Nelly sedih dalam bangga menceritakan pengorbanan seorang anak yang sanggup berbuat apa sahaja untuk memuliakan kedua ibu bapa ..sebuah kisah yang sudah terlalu banyak kalinya diceritakan oleh ibu Nelly setiap kali beliau ditanya akan nasib anak nyer itu..kalau dulu ibu Nelly akan menitiskan airmata menceritakan tragedi ini tetapi hari ini ibu Nelly sudah tiada lagi airmata untuk ditangisi...

" saya tak tahu, Mak...saya langsung tak tahu, Mak...."

Zain mengeleng geleng kepala sambil merasakan betapa besarnya martabat manusia Nelly yang dikenalnya di alam maya dan diambilnya sebagai isteri maya beliau...kekaguman Zain dengan pengorbanan Nelly membuatkan Zain berasa teramat kerdil dengan kehebatan Nelly di alam nyata..

Zain tiba tiba terasa hiba yang amat sangat dan berasa teramat tertekan apabila fikiran beliau melayang memikirkan ego dan temperamental beliau yang selalu menyebabkan Nelly menangis dan melarikan diri dari Lerox aka Zain dalam hubungan maya mereka...kini Zain baru sedar kehebatan manusia yang bergelar Nelly di alam maya yang sanggup melakukan apa sahaja kepada papa nyer demi untuk satu pengorbanan yang mulia..

setibanya di depan stesyen minyak Caltex di depan kawasan perindustrian Puchong ibu Zain meminta Zain membelok ke kiri untuk mengelakkan dari kesesakan lalu lintas mengarah ke persimpangan bertingkat di jalan utama ke arah Bandar Utama Puchong.

Tiada perkataan lagi yang mampu ditanya oleh Zain kepada ibu Nelly kerana beliau kini merasa betapa kerdilnya beliau di alam nyata berbanding dengan isteri mayanya..

Setibanya di satu persimpangan bulat di depan surau utama Taman Puchong Perdana , ibu Nelly meminta Zain membuat pusingan pukul 12 dan terus masuk ke kawasan perumahan kos sederhana yang agak rapat kedudukan satu baris rumah dengan yang lain.Rumah teres setingkat ini adalah rumah kediaman Nelly dan ibunya yang dibeli oleh ibunya atas duit gratuity yang diterima atas nama arwah bapa Nelly dahulu...

" perlahan sikit ,Zain....rumah yang gate hitam tu rumah Mak..."

ibu Zain terus 'guide' Zain untuk Zain betul betul berhenti di depan rumah ibu mertua mayanya ini...terasa satu debaran yang amat sangat dalam diri Zain kerana kini beliau berada di dalam zone nyata yang memungkin beliau dapat mengesahkan identiti sebenar isteri mayanya itu...

Sebaik sahaja kelibat ibu Nelly dilihat oleh jiran jiran maka meluru semuanya ke arah ibu Nelly tanpa mengira bangsa atau agama...terlihat akan Zain satu suasana yang amat menghibakan bila jiran jiran ibu Nelly berpeluk peluk dan menangis merintih dengan ibu Nelly....keadaan kemudian menjadi lebih menghayatkan hati bila murid murid kelas agama KAFA dari surau berdekatan pula berlari lari bersama guru mereka ke arah rumah ibu Nelly untuk bertanyakan khabar dan berlinangan airmata anak anak sekolah ini mendengarkan penjelasan ibu Nelly..

Zain termenung dan terkagum melihat suasan yang beliau saksikan dan beliau sedar kini isteri mayanya bukan calang calang orang di bumi nyata ini dan beliau terasa amat kerdil dalam memikirkan betapa besarnya Nelly itu sendiri berbanding dengan beliau di alam sebenar ini...Nelly yang merupakan seorang yang sanggup melakukan apa sahaja untuk masyarakat setempat sehinggakan beliau sangat dikenali dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat dari yang kecil hingga yang tua tanpa mengira bangsa atau agama..

suasana hiba dengan penuh airmata ini kemudian mula reda dan ibu Nelly menjemput Zain masuk kedalam rumah Nelly...

" kita kena cepat ,Zain....Mak risau apa apa jadi dekat Imah .."

jawab ibu Zain semasa melangkah masuk ke rumah teres setingkat setelah melalui tepi kereta Kancil milik Nelly...Zain melihat lihat ke dalam kereta Nelly dengan harapan mendapat sedikit maklumat yang diperlukannya...

Rumah teres setingkat 3 bilik ini telah diubah suai menjadi dua bilik besar bagi membolehkan sebuah bilik air khas di buat dalam bilik Nelly untuk keperluan dan memudahkan beliau..

ibu Nelly terus tangkas masuk ke bilik untuk mengambil apa barang yang patut bagi persediaan beliau untuk berumahtangga di bangku panjang di depan ward emergency Hospital Serdang..Zain masih mencari cari sesuatu yang boleh menjadi bukti sahih kewujudan Nelly dalam alam nyata ini..

" Zain, masuk lah bilik Imah tu...masuk lah .."

ibu Nelly melawa Zain setelah nampak akan keghairahan si Zain mencari cari sesuatu yang pasti...

Zain mengangguk anggukan kepala dan berasa lega dengan lawaan ibu mertua mayanya dan Zain melangkah perlahan masuk ke bilik seseorang yang dekat dengan beliau di alam maya ini...
Terlihat akan Zain sebuah bilik yang tersusun rapi dengan sebuah single bed yang mempunyai katil bertilam yang boleh dikeluarkan dari bawahnya apabila diperlukan dengan laci kecil dibahagian depan katil ini...sebuah coffee table yang terletak sebuah notebook dengan sebuah sofabed two seaters yang boleh menjadi tempat tidur bila datang kawan kawan Nelly bertandang di rumah beliau, di kiri bilik ada sebuah almari chest of drawer dan sebuah bilik air dalam bilik yang agak luas untuk kegunaan Nelly dalam keadaan beliau itu..

adakah Zain tetamu yang dinantikan oleh Nelly bila beliau mengemas rumah bagaikan menunggu tetamu di awal pagi semalam, adakah Nelly sudah terasa seseorang istimewa akan berkunjung ke biliknya sehingga semua barangannya tersusun rapai dan mungkinkah zain yang diharapkan hadir kerana nelly sudah seakan akan bersedia memberitahu siapa dirnya di alam maya...

Zain tiba tiba terus terduduk di atas katil bagaikan seseorang yang terkena tembakan dari musuh bila beliau terlihat satu sajak yang sudah menjadi santapan warga haloscan yang ditulis oleh BokD dilekatkan rapi dengan frame tanpa kaca di kepala katil Nelly

jika ia sudah pergi
katakanlah ia pernah datang

jika ia sudah tiada
katakanlah ia pernah bersemadi

jika ia sudah berakhir
katakanlah ia pernah bermula

jika ia sudah hilang
katakanlah ia pernah kumiliki

dan

jika aku tidak lagi kau rindui
katakanlah...

Bok D

Zain terus terharu bila melekat matanya lebih hampir kepada frame tanpa kaca ini bila beliau terlihat tulisan kecil tangan dari Nelly yang berbunyi

" Lerox, kalau kau melihat apa yang aku tulis ini, maksudnya aku sudah tiada, sekiranya aku tiada, jangan kau sia siakan si dia , dan jika aku pergi, kau ambillah sajak BokD ini sebagai ikatan kita berdua..."

Zain terus membaca dan terus membaca yang yang terlihat dek matanya walaupun tidak dapat menerima apa yang dikatakan dan kini Zain aka Lerox yang sudah kenal siapa Nelly sebenarnya terus sahaja terkaku tanpa kata dan menangis tanpa airmata...

Zain masukkan Lerox dalam diri beliau dan beliau sungguh terharu dengan apa yang dilihatnya dan diambilnya anak patung garfield di kaki katil yang selalu diceritakan oleh Nelly kepadanya di alam YM....Zain puas kerana pencarian beliau sudah berakhir dan sedih dengan apa yang baru dibacanya seolah olah menyatakan sesuatu yang amat menusuk ke jiwa nyer...

lamunan Zain dikejutkan oleh ibu Nelly yang tergesa gesa keluar membawa dua bag sederhana untuk bekalan ke hospital dan ibu Nelly meminta Zain menghantar segera ke hospital...dalam perjalanan semula ke Hospital Serdang zain sudah tidak banyak berkata kata lebih lebih lagi ada dua jiran yang juga sahabat rapat ibu Nelly mengikut sama di dalam kereta .....fikiran zain terus melayang dengan apa yang baru beliau jumpa, apa yang beliau kecapi dan apa yang beliau antisipasi terhadap isteri maya nyer itu..sesekali beliau memandang ke arah ibu Nelly seolah olah ingin memberi sesuatu kepadanya akan apa yang dirasainya tetapi tidak sampai hati..

setibanya di depan pintu utama ward emergency Zain terperanjat melihat beberapa bas besar dan sederhana yang tertulis Persatuan OKU, Persatuan Sukan Paralympic, Rumah Kebajikan Rawang dan sebagainya memenuhi ruang tempat letak kereat dan ternampak zain kumpulan orangramai yang memakai uniform kerja berkumpul di depan entrance utama ke bahagian emergency.....Ibu Nelly menunjuk nunjuk beberapa orang yang dikenalinya diantara ratusan tang berkumpul di sekitar Bahagian Emergency Hospital Serdang ini..

Zain menurunkan ibu Nelly dan jiran jirannya mencium tangan ibu mertua maya dan berkata.

" Mak, Zain datang balik nanti , mak....kalau apa apa jadi, mak telefon zain dekat nombor nei....dan ini, duit belanja mak sikit..."

kata Zain pada ibu mertua mayanya

" eh Zain, apa apa aja nei , nak...tak payah , tak payah...."

ibu Nelly menolak nolak wang belanja yang dihulur oleg Zain..

" Mak, mak ambik mak..zain tak datang tengok mak lagi kalau mak tak ambik..."

kata Zain sambil menekan jari jari ibu Nelly supaya mengambil juga wang belanja tersebut..ibu Nelly tidak berjaya menolak lagi dan terus memandang ke muka Zain sambil terlihat Zain akan titisan airmata ibu mertua mayanya mengalir di pipi....Zain terus beredar tanpa bertanyakan apakah status Nelly sekarang ini sambil melihat ibu Nelly terus dikerumuni mereka yang berada disekeliling kawasan emergency itu...

Zain kagum melihat betapa ramainya orang datang melawat Nelly yang menunjukkan betapa Nelly seorang yang dihormati dan disenangi ramai dan Zain teringat betapa tiada siapa yang melawat beliau bila beliau terlantar di hospital tempoh hari...

Zain sedar betapa besarnya nama isteri mayanya di alam nyata dan Zain bangga bergaul segan dengan apa yang dilihatnya...kini zain lebih sedar siapa dirnya di alam nyata ini dan seterus Zain sudah tahu apa yang perlu dilakukannya untuk menyelesaikan kemelut beliau dengan 3 wanita yang muncul dalam hidupnya....

bersambung.....

Ilham ingin dedicate Chapter 20 pada Liana aka baby sebagai pemenang entry sebelum ini dan kepada BokD kerana pinjam sajak masterpiece untuk Chapter 20 ini...

wassalam

Monday, February 20, 2006

Diary Diri 20/02/06 -

Assalamualaikum

Kelian perasan tak hari dan haribulan untuk February dan March hingga 28 hb sama ekkk..memang tiap tiap tahun sama ker, aku baru terperasan sebab nak adjust dating gan Farah bulan depan!!!!ahaks ahaks ahaks....


Karikatur penghinaan terhadap Rasullulah saw

Protes dan tunjuk perasan berterusan di seluruh dunia dengan Denmark menjadi sasaran kemarahan dan dengan jumlah kematian akibat protes ini bertambah setiap hari. Aku personally tidak merasakan protes protes ini sebagai tidak baik tetapi aku berharap yang tunjuk perasan faham mengapa mereka melakukannya kerana bila mereka faham apa yang mereka protes maka kematiaan akibat protes aku yakin adalah syahid.

Apa yang aku agak sedih ialah Tajuk Tajuk berita di online news yang mengaitkan protes atau tunjuk perasan sebagai “ cartoon protest- 11 died in cartoon protest” dan ini bagi aku adalah penghinaan yang paling besar sebab apa yang orang Islam protes bukan cartoon depicting Rasullulah tetapi apa yang orang Islam protes ialah kurang sensitivity orang bukan Islam terhadap cara orang Islam memuliakan Rasullulah saw dan tindakan tidak mahu menarik balik atau meminta maaf pihak oleh pihak yang berkuasa sesuatu negara itu untuk menahan atau menghalang penghinaan kepada Rasullulah saw ini .

Orang bukan Islam atau kafir sudah melakukan tindakan menghina Rasullulah ini semenjak sekian lama dan agenda mereka ialah untuk menggaitkan bahawa Nabi Muhammad saw itu bukan Rasul Agong dan sekiranya mereka dapat cast doubts pada kemulian kerasulan maka segala hadis dan sunnah Rasullullah yang menjadi salah satu bahan rujukan kita orang Islam akan menjadi longgar kerana asas ikutan adalah kerana Rasullulah itu maksum iaitu dijauhi Allah dari dosa. Ini adalah agenda mereka dan sekiranya mereka dan membuat orang Islam was was akan kemulian kerasulan Rasullulah maka Al-Quran yang menjadi asas rujukan orang Islam akan juga dipersoalkan kesahihannya. Ini adalah agenda tersirat orang kafir untuk menidakkan bahawa agama Islam itu agama Allah dan Al-Quran itu kalam Allah yang disampaikan melalui malaikat Jibrail kepada Rasullulah saw. Ini orang Islam semua kena faham untuk faham mengapa karikatur itu disiarkan dan mengapa orang Islam harus protes, in my humble opinion.

Maka kafir kafir ini akan attack segala bentuk keperibadian Rasullullah saw seperti menyatakan bahawa keadaan Rasullulah saw mengigil seram sejuk ketika Jibrail menurunkan firman firman Allah kepada Baginda adalah sebenarnya penyakit sawan yang dialami Rasullulah saw.Tuduhan dari zaman dulu lagi yang mengaitkan Rasullullah sebagai seorang kaki perempuan kerana ramai isteri dan juga berkahwin dengan kanak kanak akan dijadikan isu oleh pihak kafir untuk cast doubt terhadap kemulian kerasulan Rasullulah saw.

Agenda ini akan berterusan setiap dekad, abad dan alaf yang akan datang untuk mereka menafikan kerasulan Rasullulah dan cara kita melawannya ialah bukan dengan protes begini tetapi memahami kemuliaan kerasulan Rasullulah, mempraktikkan, memahami dan bersatu padu antara umat Islam sebagaimana yang dilakukan oleh Rasullulah , menggunakan Al-Quran sebagai sumber dan jangan berpecah belah..itulah cara kita memuliakan Rasullulah saw…

Apa apa pun, banyakkan selawat atas Nabi Muhammad saw untuk kita memuliakan kerasulan Baginda….

Dalam keadaan menekan ini, marilah kita sama sama menambah selawat atas Rasullulah dan aku harap setiap kali kelian masuk blog ini bersalawat atas Rasullulah dahulu sekurang kurangnya 3 kali dan sebutan alhamdullilah sebagai pelengkap …

Bencana Alam di Filipina

Di Leyte Island di bahagian timur Filipina telah berlaku kejadian tanah runtuh yang menyebab lebih kurang 1800 orang terbunuh dan mungkin lebih walaupun pada ,alam semalam di CNN menyiarkan baru 56 mayat dijumpai.

Takziah kepada keluarga mangsa dan rakyat Filipina atas bencana alam yang sungguh menghayat hati . Apa yang amat sedih ialah orang diperkampongan tersebut baru balik ke kampong ini setelah melarikan diri kerana beberapa kejadian tanah runtuh kecil seminggu kebelakangan ini.

Jumlah kematian ini juga mengingatkan aku bagaimana jumlah kematian di New Orleans akibat Katrina hanya seribu lebih sahaja sedangkan devastation Katrina adalah lebih besar dari Leyte Island ini???!!!! banyak pembohong ajer western media nei….

Anugerah Bintang Popular Berita Harian

Tak silap aku 26 hb Feb, ahad akan datang adalah malam ABPBH dan semestinya aku mengharapkan ada kemenangan untuk Farah, Fasya dan Mawi!!!!…

Aku nak Mawi menang anugerah terbesar untuk menutup mulut mulut yang asyik tak sudah sudah mempersoalkan kehadiran Mawi di dunia hiburan ini..

Siang tadi di Melodi ada penyanyi yang pernah popular tetapi sudah tidak lagi sepopular cuba secara sinis menggaitkan imej keagamaan seseorang sebagai hipokrasi dan aku sebagai pendengar tanpa mengambilkira editing creativity merasakan banyak yang dibincangkan adalah mengenai Mawi kerana background suasana interview selepas AJL TV3 baru baru ini…

Aku harap Mawi menang anugerah besar bagi ABPBH kerana memang dia yang paling popular sepanjang 2005 walaupun hanya muncul dari bulan May 2005. Mawi adalah seorang manusia istimewa yang kita patut bangga dan bukan bunuh sebagai mana orang Cina bangga dengan Vince dan orang India bangga dengan Jac….mengapa kita nak menjatuhkan Mawi just because dia membawa kelainan dalam industri muzik negara.

I am thinking of going to Genting to witness the red carpet after all Genting dah jadi macam 2nd home aku dah..ahaks ahaks ahaks….so see u all kat sana ekkkk….aku pakai kebaya nyonya ajer…huhuhuhuhu…

AIM

Aku juga terperasan beberapa isu yang ditimbulkan oleh ramai artis tentang eligibility untuk dipertandingkan album dan penyanyi di AIM akan datang ini.

Salah satu isu ialah penolakan album yang kurang dari 10 lagu yang menyebabkan album keluaran Maestro tidak boleh dipertandingkan.

Apakah logiknya aku tidak berapa faham tetapi mungkin lebih kepada politik dunia seni.

Sebagai pendahulu seni hiburan , aku rasa AIM patut mengikut aliran semasa dan bukan melawan arus perubahan dalam dunia hiburan.

Aku merasakan mengeluarkan album yang kurang dari 10 lagu untuk penyanyi baru yang baru nak bertapak adalah satu cara yang baik untuk test market kepada penyanyi tersebut kerana industri muzik sekarang ini sudah tidak se lucrative dulu dan adalah logik untuk pihak penerbit or record label untuk membuat market testing dahulu.

Apalah AIM nei bongok sangat!!!..buat lar satu kategori album album yang lagu kurang dari 10 lagu sebagai menghargai contribution penerbit, pencipta lagu dan penyanyi album tersebut…apa salahnya album yang kurang 10 lagu kalau album tersebut dapat menjual lebih dari 100,000 units!!!!…

Aku protes dengan tidak akan menonton AIM nanti walaupun aku minat dengan Bob dan Afdlin jadi compere…( hopefully Mawi tak buat persembahan lar, huhuhuhuhu )

SMS Voting

Satu lagi isu tentang keputusan sesuatu pertandingan melibatkan SMS??!!…masih dipersoalkan sehingga di Melodi siang tadi Zainal Abidin berkata bahawa orang Malaysia belum faham muzik untuk membuat keputusan tepat pada sesuatu keputusan…mungkin ada benar dan tidaknya pernyataan tersebut tetapi yang aku tidak puas hati ialah selective prosecution yang dilakukan…apparently kemenangan Jac dan Vince melalui sms tidak dipersoalkan tetapi kemenangan Mawi asyik dijadikan isu yang besar sehingga aku menjadi muak dengan hasad dengki sesetengah pihak dengan kejayaan Mawi ini.

Apa lagi nak dipersoalkan lagi bila dua album menggunakan nama Mawi telah menjual 300,000 units!!!…ini adalah fakta bahawa Mawi adalah penyanyi nombor satu di Malaysia dan menunjukan SMS voting relevant!!…

True, SMS voting bermakna sentiment sentiment lain selain dari keupayaan vokal akan menjadi contributing factor tetapi tidak semestinya jury system tidak akan lari dari sentiment juga.

Kalau kita lihat pada anugerah AIM, jury lebih ketara suka kepada album yang kononnya berkualiti walaupun tidak siapa beli!!!!ini adalah kerana aku yakin berkaitan dengan isu kuncu aku dan kuncu engkau…

Sentiment dalam membuat sesuatu keputusan adalah sesuatu yang sudah berakar umbi sebelum hadirnya system SMS voting ini..maka untuk persoalkan kesahihan kejayaan seseorang itu kerana sesuatu system adalah absurd…

Anehnya, lagi dihina dan lagi dijatuhkan, lagi aku bertambah hormat dengan Mawi ini..selagi Mawi tidak berubah gaya dan cara, blog ini akan menyokong Mawi ini.

English FA Cup 5th round

Liverpool beat Man Utd by a single goal and I though it was a victory thoroughly deserving for the Reds…Man U with Rooney not really firing all cylinders did not really match the mean machine of the Reds…The Kops must be smelling the cup now …

Bolton drew 1-1 with West Ham and have to go to Upton Park for the replay ( ehhh..betulker Upton Park arrrr…huhuhu)..aku still yakin that Bolton will go all the way to Wembley this year…so , aku tak risau dengan West Ham nei…my dream FA Cup final will be Liverpool/Chelsea vs Bolton…aku predict Liverpool will play Chelsea kat semi-final !!! ahaks ahaks.. Chelsea won 3-1 against Colchester tapi the result did not reflect a very tight game..

Another good news ialah Spurs drew 2-2 dengan Wigan that will give Bolton a good chance of pipping both teams dor the 3rd or 4th palce in the league…

Go Bolton!!!!! Go Bolton!!!!! Go Bolton!!!!!!!!!!!!!!!

Halonovela ADTJMDN

Halonovela mungkin tidak di sambung hari ini sebab hujan lebat di tempat shooting masa weekend lepas nei..ahaks ahaks ahaks….

So,korang sabar yerk……


wassalam