Tuesday, October 31, 2006

Kadang kadang aku terfikir....

Assalamualaikum,

memang apabila berlaku mala petaka dan sebagainya kita akan berfikir apakah sebabnya dan apakah hikmahnya kerana kita diberi fikiran oleh Allah swt untuk berfikir....

kadang kadang aku terfikir semenjak aku bersama kelian dalam dunia maya yang kita kenali sebagai haloland, lebih banyak kisah sedih dia alam nyata yang kita kongsi bersama dari kisah yang indah menarik sehinggakan tempat yang kita defined kan sebagai escapism/pelarian telah menjadi taman utama dalam kehidupan dan alam nyata itu pula sebagai pelarian..

no doubt kita ada berita gembira tentang kelahiran babyhalo dari Fudhla, MamaBat dan Ma'waa tetapi lebih banyak kisah sedih di alam nyata yang kita bawa ke sini sehinggakan kadang kadang aku terfikir....

aku masih ingat membaca kesedihan epong kerana keguguran kandungan kembar beliau akibat keguguran isteri beliau, begitu keguguran yang di alami oleh aya dan jane....

....kemudian beberapa siri accident jalaraya yang melibatkan seri, aya, aling, liana, teesh dan aku sendiri ( ini yang aku ingat masa menulis ini)...

..dan kematian saudara terdekat yang melibatkan bonda ma'waa, ayahand aya dan jazz, datuk kepada Liana dan juga arwah Emy sendiri yang merupakan pelawat pertama blog ini...( ini yang aku teringat masa menulis ini ).....

kadang kadang aku terfikir adakah ianya suratan atau kebetulan...

kadang kadang aku terfikir adakah persahabatan di awang awangan ini bukan bentuk siratulrahim yang diredhai Allah swt..

kadang kadang aku terfikir adakah kita terlalu terjunam dalam alam maya hingga mengenepikan yang nyata...

kadang kadang aku terfikir.....

berapa banyak punya terfikir daaaaa......

okke it is a bit late, need to go to sleep....


wassalam

Monday, October 30, 2006

7 Syawal 1427H

Assalamualaikum....

walaupun banyak nak diceritakan dan digossipkan namun entry hari ini akan aku mulakan dengan mengumumkan bahawa ayahandakepa pada warga haloland kita, Aya, telah pulang ke rahmatullah pada 6 Syawal 1427H iaitu hari ahad semalam....innalilahhiwainnalillahirojioun.....semoga roh arwah tergolong di dalam roh roh mereka yang beriman dan diredhai Allah swt...

kita juga berharap Aya kental dan sabar dalam menghadapi dugaan Allah swt ini dan ucapan takziah untuk Aya sekeluarga... Al-Fatihah....Aya baru saja menyambut harijadi beliau pada 2 syawal lepas...

seperti yang telah dimaklumkan di entry lepas dan di halo bahawa ayahanda Jazz dan nenda Liana telah pulang ke rahmatullah pada 2 Syawal 1427H dan selagi lagi aku merakamkan ucapan takziah pada Jazz sekeluarga dan Liana sekeluarga semoga roh arwah arwah yang disayangi akan dimasukkan dalam golongan orang yang beriman...amin...Al-Fatihah..

sesungguhnya setiap yang bermula akan berakhir maka setiap yang hidup akan tetap pulang bertemu Allah swt....namun bagaimana bersedia kita akan pemergian orang tersayang, namun setiap pemergian itu amat menyedihkan kerana secara logik akal, itulah perpisahan mutlak yang tiada noktah.....waulahhuaqlam...

gengarine,

wa nak ucap selamat pulang dari kampong masing masing dan selamat bekerja semula dan pada yang sudah berpuasa sunat syawal, selamat berpuasa...

....bagaimana dengan raya kelian tahun ini ?? wa harap it has been a meaningful raya for everybody.....yang penting semua wargahalo selamat pergi dan balik dari kampong.....

in the spirit of kekeluargaan , i nak treat this entry as a gesture of respect kepada Jazz, Liana dan Aya yang masih dalam suasana berkabung dan segala pemerhatian dan isu semasa semasa semingu yang lepas akan aku utarakan mulai entry esok...

namun aku tidak mahu pulak dikatakan sebagai cuba berselindung dan menggunakan period of bereavement ini untuk menutup kekurangan aku pulak...maka di kesempatan yang ada ini aku ingin mengucapkan tahniah pada semua penyokong Man Utd atas kejayaan MU membelasah my beloved Bolton 4-0 pada sabtu lepas.....memang aku keciwa dengan kekalahan tersebut tetapi i would not deny the superb MU's performance especially their offensive play and notably Rooney's....

I thought there was a period in the game when Bolton were really pressing hard and had a couple of genuine penalty claims denied by the referee but still i dont think the final result was unjust....the most important thing for Bolton, they remain in 3rd place though 5 points adrift...still early days and with Bolton not involve in Europe and hardly any of the players are involved in international games, the end of the season fatigue and injury may favour Bolton and therefore if they could maintain the point difference within single digit in February, I would fancy Bolton to be in there with a shout during the run in....

one more bad news for me was that Velentino Rossi was pipped to the motoGP 500 cc championship by Hayden in the penultimate race after falling from his bike on the 5th lap...he recovered but could not mount a late challenge to get into the points position to seal the championship....

gengarine,

it has been a quiet 10 days for me if not for the constant company of royce and aya and later on min superhero and jane..thank you for leaving a note or two sebagai pengubat rindu...i hope haloland will be a smashing place for us hereon...


wassalam

Thursday, October 26, 2006

3rd Raya 1427H

Assalamualaikum,

....saya ingin memaklumkan di sini bahawa ayahanda kepada sahabat haloland kita , Jazz, telah pulang ke rahmatullah pada petang semalam bersamaan 2 Syawal 1427H pada pukul 5.15pm waktu Malaysia....

This is the sad offline message that i duly received from Jazz as I went online at around 10.00pm last nite...

"chiq_lil: Abg, my dad just passd away at 5.15 pm tadik"

Jazz,

bagi pihak abang dan warga haloland ingin merakam takziah kami pada jazz dan keluarga di atas pemergian ayahanda tercinta dan kami berdoa sesungguhnya roh ayahanda Jazz akan termasuk dalam golongan roh roh mereka yang beriman..innalillahhiwainnalillahhirojiun....

Jazz,

may you be strong in facing this difficult period and we are proud of you for being a fantastic daughter by caring and nursing your late father during his period of ailment....your effort and relentless caring for your father has not gone unnoticed among your halo family and will be a lasting inspiration for many of us here....

semoga arwah ayahanda Jazz diberkati Allah swt dan aku memohon warga haloland dan pengunjung blog Ilham ini bersedekah Al-Fatihah kepada roh arwah....Al-Fatihah...

BTW, kepada warga haloland yang sudah pulang bekerja hari ini aku ucapkan selamat kembali dan alhamdullilah selamat pulang dari kampong and i hope it has been a enjoyable raya....alu juga ingin mengucapkan selamat berpuasa pada mereka yang sudah bermula puasa sunat syawal iaitu Puasa 6....

wassalam

Wednesday, October 25, 2006

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum,

hari yang mulia telah tiba dan seronok tidak terhingga....Wet Wet Wet Hari Raya indeed !!...lepas zohor, it was raining heavily till nite , tapi memberi sedikit keinsafan pada diri bila keseronokan itu di selang seli dengan sedikit dugaan/kesusahan..

my Hari Raya started rather strangely, dekat masjid ada bapak bawak anak umur 2 or 3 tahun dan membuat bising yang teramat sangat especially masa sembahyang raya dijalankan yang membuat sembahyang raya aku lebih kepada melawan kemarahan dari penghayatan pada sembahyang itu sendiri....kalau sayang anak pun berpada pada lar !!!..jangan sampai menganggu jemaah sehingga imam dua tiga kali diam/pause sebab jeritan anak yang sungguh jelas !!!...dan sini salahnya bukan pada anak kecil itu tetapi si bapak tadi yang baghal sangat sampai tidak memikirkan samada anak itu sudah berakal untuk di bawa ke masjid untuk sembahyang yang hanya sekali setahun!!....

balik masjid kereta aku buat hal, tetibe air-cond kereta panas dan mengelaurkan bau yang pahit dann hangit...aduh!!!..stop the car dan matikan engine and after awhile baru hilang dan I was told that it could be leakage or compressor problem....luckily after 20 minutes search, ada workshop yang buka dan re-fill the air-cond gas and solved the problem for the time being...alhamdulillah..

lepas tu it was all about receiving sedara mara sampai ke malam....my mom is the eldest living mak sedara to my cousin and naturally everyone gathered to my mom's on the 1st day...penat tapi seronok bila berkumpul ramai ramai ini dan habis segala juadah yang ada disediakan...brilliant!!!...

tengok tengok juga TV sambil sambil tetapi tak der yang dapat aku tengok secara penuh except cerita Lady Boss featuring Saiful Apek, Erra, Yusry dan Ning, tapi lakonan Arwah Ismail Din that actually caught my attention...oh yer!! seronok juga tengok Konsert Reunion AF4 especially the part Haziq duet gan Leez!!kehkehkeh...

tapi yang aku seronok sekali ialah semalam aku dapat parcel dari Pos laju,..bukak bukak ada maruku special dari kawan baik aku !!!....sakan aku makan maruku !!!....tak tahu nak balas jasa kawan yanng buat surprise dekat dekat raya..Allah swt saja yang bisa membalas jasa mu....

sesaja aja tulis nei sebab tak leh tidur!! huhuhu..

Happy Birthday Aya!!!!enjoyyyyy.....

wassalam

Monday, October 23, 2006

30 Ramadan 1427H

Assalamualaikum,

first and foremost, a warm HAPPY BIRTHDAY TO AYA on this coming 25th October and an equally warm HAPPY BIRTHDAY too to KPD celebrating his on the 21st of October , semoga Allah swt panjangkan umur, murahkan rezeki dan kuatkan iman untuk kejayaan dunia dan akhirat...

esok Raya dan aku yakin warga halo ramai yang menitiskan airmata kerana berjaya meningkat amalan dan ketaqwaan kehadrat Allah swt di Ramadan yang mulia dan indah ini dan semoga amalan kita diterima Allah swt walaupun ada kekurangan dan banyak dugaan yang mendatang...

i guess aku meng'update'kan blog hari ini kerana aku tidak dapat menahan kegemberiaan dengan dua sporting malam tadi..

1) EPL......Bolton menang lagi !!!!Ingat Bolton , ingat Ilham!!!

ahaks ahak shaks...alhamdulillah, walaupun playing away from home again and facing a very discipline and tough Balckburn team , Bolton won the match with a solitary goal courtersy of Ivan Campo and towards the end of the match , Bolton's goalkeeper saved two succesive penalties to give Bolton 3 valuable points..huhuhu...walau pun game Bolton nie tak tunjuk 'live' tapi tension aku sama jugak especially tengok rancangan 'Final Score' kemudiannya...

Bolton ku masih mengekalkan tempat ke tiga di belakang Chelsea and Man UTd dan kalau tak silap aku sabtu depan , Bolton akan bertemu Man Utd at the Reebok Stadium...wow!!!!

2) Alonso is the F1 champion!!!!! Ingat Alonso ingat Ilham

walaupun aku kena pekak kan telinga dengar commentator dok mendewa dewakan si Schumacher tapi aku puas hati tapi puas puas dan sungguh puas hati aku bila Alonso crossed the finishing line and confirm the driver's championship!!!!!

Alonso!!! Alonso !!! Alonso !!!....

as much as the commentators trying to make a story out of Schumacher's penultimate race, it was Alonso's driving that really caught my attention and to win a podium place under such a pressure was tremendous !!!!!

congratulation Alonso and Renault!!!!bravo..bravo...bravo...

as for shcumi.....it is a pleasure to see you off the F1 for good !!!!...bye bye and no thanks!!

ahaks ahaks ahaks.........

okke guys, SELAMAT HARI RAYA kepada semua warga halo dan pengunjung setia blog Ilham ini..



waalaikumsalam

Friday, October 20, 2006

27 Ramadan 1427H

Assalamualaikum

27 Ramadan 1427H

3 more days to go to Hari Raya and/or 3 more days to the end of Ramadan….perhaps bagi kita di Malaysia ini it is 3 more days to go to Hari Raya…tapi kesedaran tentang betapa pentingnya 3 terakhir Ramadan ini adalah lebih mendalam berbanding dengan masa aku kecik kecik dulu sebab masa aku kecik dulu kalau 3 hari to Hari Raya ini dan macam Raya dah hendak hendak lagi bila Hari Raya ketika itu ditentukan dengan melihat anak bulan dan bukan rukyah…..

sememangnya hari hari terakhir Ramadan ini adalah sebenarnya the real joy of Hari Raya kerana selalunya hari raya itu sendiri adalah satu anti-climax especially bila dah dewasa ini…tetapi persiapan persiapan terakhir dengan membeli perabut baru atau tukar langsir mahupun rumah baru yang pertama nak menyambut raya , debaran menunggu pengumuman raya, beraya dari rumah ke rumah pada malam raya adalah saat saat yang paling menyeronokan…in fact dulu dulu, masuk sahaja Ramadan, maka persiapan dan rasa perayaan Hari Raya itu timbul secara tidak sedar kerana kita akan menggira berapa hari lagi nak Raya….

selagi Hari Raya itu sebulan seperti di Malaysia ini, maka akhir akhir Ramadan akan tetap menjadi hari hari yang menyerlahkan semangat perayaan, selagi puasa itu ialah satu bebanan tidak makan maka Hari Raya akan dinanti kerana hendak qada tak makan sebulan di siang hari ….apa apa pun aku rasa there’s nothing seriously wrong dengan semangat Hari Raya ini di akhir akhir Ramadan ini tetapi sekadar mengingatkan aku sendiri bahawa 3 hari pengunjung Ramadan adalah sama penting dengan 3 hari pertama Ramadan jua….

Bermula hari ini, kampong halaman aku iaitu Kuala Lumpur akan mula ditinggalkan oleh lebih kurang 1.5 juta penghuninya samada untuk berhari raya atau sekadar untuk bercuti panjang ….bermula hari ini, Bangla, Nepal, Myanmar, Filipino dan Indon akan berpeleseran di Kuala Lumpur sehingga seakan KL ini depa yang punyer !!!hehehehe…traffic jam adalah sesuatu yang tidak ada dalam kamus selama seminggu kan datang ini dan perjalanan ke Kajang dari Kuang tak lebih setengah jam….satu tradisi yang dah tak der kat rumah/kampong aku ialah baring tengah jalan pada malam raya pertama…heehehehe…punyer lah lengang jalanraya utama pada masa itu, satu kepuasan dapat baring tengah jalan di tengah malam untuk membuktikan KL dah lengang!!!…

Kita patut bersyukur kerana setiap tahun kita hampir pasti menyambut Hari Raya dengan seronok tanpa peperangan atau bencana alam menjadi latarbelakang sambutan seperti di Iraq, Palestine, Lebanon, Afghanistan , Aceh dan sebagainya….inilah nikmat yang Allah swt kurniakan kepada umat Islam di negara ini sekelian lamanya…

Namun tanpa kita sedari, kita ada bentuk bencana akibat kemakmuran dan kekayaan kita iaitu kemalangan jalanraya dan rompakan semasa musim Hari Raya….sekurang kurang 400 orang mati dijalanraya dalam tempoh dua minggu perayaan atau sekurang kurangnya 4,000 kematian maut untuk tempoh 10 tahun yang lepas iatu angka hanya lebih besar dari kematian Intifadah di Palestine semenjak zaman PLO lagi dan sama ramai dengan jumlah kematian sebagai 9/11 semasa New York dulu….rompakan dan ragut juga meningkat di musim perayaan Hari Raya ini kerana kemewahan yang ada telah melebarkan jurang sosio ekonomi iaitu yang kaya bertambah kaya dan yang miskin papa kedana…

Sesuatu harus dilakukan untuk mengurangkan statistik ini kerana adalah tidak logik sebuah negara yang mempunyai kependudukan 22 juta orang boleh merekodkan kadar kematian yang begitu tinggi tanpa peperangan atau bencana alam…..no doubt sebagai orang Islam kita tidak boleh lari dari ketentuan Allah swt namun Allah swt memberi kita akal untuk berfikir dan telah dinyatakan dengan jelas bahawa “ Allah swt tidak akan merubah nasib sesuatu bangsa yang tidak mahu merubah nasibnya “ bermakna usaha dan doa sesuatu bangsa itu bisa merubah nasib bangsa tersebut..waullahhuaqlam….

Di sini kita kena melihat apakah sebab turun ‘bala’ di hari raya ini dikalangan umat Islam semasa perayaan ini….adakah sambutan kita terlalu excessive sehingga melanggar hukum syarak ??, adakah antara kita yang mengamalkan bentuk sambutan yang boleh merosakkan aqidah ??atau adakah kita mencampur adukkan adat dan hukum sehingga mendatangkan khurafat maka menjadikan pencemaran kepada kemurnian Syawal itu sendiri…aku tiada jawapan mutlak tetapi sudah tiba masa untuk mereka yang berkuasa melihat kesan dan akibat sesuatu perkara itu secara balance diantara physical dan spiritual…adakah slogan slogan berkongsi raya itu yang mengundang bala ?? adakah pesta pesta hiburan di hari raya yang mendekatkan maksiat mendatangkan bala ?? adakah kerana sama ramai orang yang berpuasa dengan tidak berpuasa yang mendtangkan bala ??…terpulang pada kita menilainya sendiri…..Namun sebagai umat Islam, aku dan kelian tidak harus berbangga dengan statistik kematian jalanraya semasa musim beraya ini kerana setiap yang Allah swt turunkan ada hikmah dan sebabnya untuk kita fikirkan…kita harus sedar bahawa bila ‘bala’ turun, ia tidak akan mengenal siapa yang bersalah/ berbuat salah dengan siapa yang betul/tidak melakukan kesalahan yang mengundang ‘bala’ tersebut….

Sebagaimana aku katakan tahun lepas, jangan dijadikan sembahyang jenazah di hari hari raya sebagai satu kebiasaan di negara kita ini…..jangan dijadikan anak menjadi yatim piatu di hari hari raya ini sebagai satu budaya dan jangan dijadikan kenduri arwah di hari hari raya ini sebagai satu kemestian di negara kita ini….

Alhamdullilah, tahun ini kelajuan maksima di jalan jalan persekutuan telah di turunkan sebagai satu usaha mengurangkan kemalangan jalanraya dan Ops Sikap akan masih diteruskan……aku yakin bila ada usaha dan kesedaran, maka akan nampak kejayaan dan keputusan yang positif, insyaallah….

Kalau kelian nampak pegawai pegawai polis yang duduk ditepi jalan untuk memantau traffic di musim perayaan ini, angkatlah tangan tanda hormat dan kalau dah dekat nak buka puasa nei, berhentilah bagi lah air kotak atau kuih pada depa yang berkorban untuk kita semua….bagilah duit raya pada budak budak yang jaga Tol yang tidak dapat bercuti sebagai pemberi semangat pada mereka kerana sedikit ‘gesture’ yang ikhlas dari kita ini memungkin Allah swt menyelamatkan kita dari sebarang mala pertaka, waullahuaqlam….

Akhir kata….dalam style Haloland…..

“ SHR & MZnB “ pada semua warga haloland dan pengunjung Blog Ilham…semoga kita ketemu lagi selepas ini….

hayati Takbir Hari Raya kerana ada sejarah tersendiri Takbir tersebut…..



wassalam

Thursday, October 19, 2006

26 Ramadan 1427H

Assalamualaikum....

the best news i heard yesterday ialah Nik Adli anak Tok Guru Nik Aziz telah dibebaskan dari ISA...i thot that was wonderful gesture from Pak Lah....tak silap i pun dengar Pak Lah cakap he is willing to meet MaMaK over raya period for the sake of unity....

..nampak yer Pak Lah dah embrace the Raya spirit bermaaf maafan and willing to forgive and forget for the sake of the people in general....

bercerita pasal bermaaf maafan di Hari Raya ini, aku memang sceptical tentang keikhlasan bermaaf maafan ini.....in many instances, aku rasa ianya lebih kepada manis mulut dari benar benar satu ungkapan yang datang dari hati yang luhur.....

di office, aku selalu dengar staf dengan staf bercakap, " ko dah mintak maaf gan boss ker belum, nanti tak dapat angpau baru padan muka ".......or " si anu tu mintak maaf gan aku, aku angguk aja lar, boleh blah lar ".....

cakap cakap macam ini sudah menjadi common pada telinga aku yang membuat aku merasa adat bermaaf maafan di Hari Raya ini hanya 10% yang genuine....mungkin antara suami dan isteri tu ada keikhlasan, antara mak bapak dan anak anak dan mungkin antara sahabat yang betul betul rapat...even dengan adik beradik pun aku perhatikan banyak faking aja...

so bermaaf maafan ini lebih kepada " lip's service " aja kot.....

personally , aku pun bukan jenis yang mudah memaafkan....so aku tak nampak bagaimana sebab Hari Raya aku mesti tetibe memaafkan for the sake of the occasion...sebab kalau aku ingin memaafkan, adakah perlu aku menunggu Hari Raya ??!!!....aku rasa tidak perlu.....tapi cara aku nei salah yer, sebab kita sesama manusia kena mudah memaafkan....

apa apa pun, kita kena ikhlas dengan perkataan especially dalam meminta maaf atas kesalahan lepas, perkataan yang dilafazkan hendaklah seiring dengan perbuatan selepas itu dan bukan sekadar lakonan belaka.....

..tapi orang kita memang mudah memaafkan kerana bangsa kita dilahirkan dengan sifat pemaaf atas dasar " sedangkan Rasullulah saw memaafkan umatnya " dan atas dasar ini bangsa kita selalu di ambil kesempatan kerana tau bagaimana sekalipun, orang kita akan memaafkan dan paling tidak bila seseorang itu mati, mesti kita akan memaafkan atas dasar kita mau pulak orang memaafkan dosa sesama manusia bila kita mati pulak....concept ini bagus tetapi at this point of writing, aku tak tergolong dalam genre begini..... aku akan mudah memaafkan kesalahan atau kecuaian yang genuine yang dilakukan terhadap aku tetapi akan tidak mudah memaafkan 'planned action'.....sebagai contoh , aku tak nampak mengapa aku harus memaafkan perompak yang merompak rumah aku dulu atau aku tak nak nampak mengapa aku harus memaafkan orang merancang untuk memburukkan aku dan keluarga aku ....i dont think aku akan memaafkan sesuatu perbuatan yang dirancang oleh seseorang yang lain just for the sake of hari raya....sorry, just not me yeah!!...

tapi bagi siapa yang mengenali aku tahu bahawa aku adalah jenis yang kalau orang buat baik sekali, aku balas kebaikan itu sepuluh kali, similarly, siapa kencing aku sekali, aku akan balas 100 kali jugak....so jangan lah expect occasion seperti Hari Raya untuk dijadikan medium untuk dipergunakan bagi melepaskan dosa yang lepas.....

yeap, my way and thinking on this particular issue is not correct/proper and I am not proud of what i belief but i guess one lives sby one's belief/principle.....

regardless, aku dengar ramai kengkawan halo yang akan mula bercuti bermula dari besok dan di kesempatan ini dengan ikhlas hati aku ingin mengucapkan ....

" SELAMAT HARI RAYA DAN MOHON MAAF ZAHIR BATIN "

kepada semua warga halo dan pengunjung blog Ilham ini.....

...ini adalah greeting yang standard di hari raya tetapi kelian tau keikhlasan persahabatan yang ada di halo ini , walaupun keikhlasan itu adalah sesuatu yang subjektif tetapi suffice to say, I love you all so much....

tetapi sebagai pemilik blog yang membuat commentary tentang apa yang berlaku di dunia sebenar, aku tidak lari dengan prejudice dan biasness aku membuat sesuatu comment dan terhadap seseorang individu baik dari sudut politik, ekonomi sosia budaya mahupun sukan dan hiburan....di sini, aku memohon kemaafan diatas my line of thinking or manner of commenting....up to you to forgive me but it will not change my way of commenting/writing just because you forgive or did not forgive me on my commentary...

so pada semua ,

Selamat perjalanan pergi dan balik, jangan suka sangat nanti menangis, jangan boros sangat nanti berabis pulak , jangan raya sakan sampai lupa solat sebab susah nak ambik air sembahyang sebab dah cun melecun, jangan tengok TV aja sampai lupa layan tetamu , jangan pilih pilih bagi duit raya dekat bebudak yang beraya kat rumah kita ( anggapkan sedekah), jangan makan banyak sangat sampai keluar spare-tyre , hehehehe....jangan dok mengira siapa pakai rantai or gelang baru tahun nei...huhuhu....jangan dok tanya anak siapa yang baru beli kereta dok pusing satu kampong tak abis abis.....jangan asyik lalu depan rumah ex-aweks/balaks takut kena kejar gan parang bini/laki owang tuh!!!!kehkehkeh.....

enjoy the hari raya festival, embrace the spirit of syawal but never ever go overboard yer....

Teesh!! jangan lupa ziarah kubur arwah your dad.....
Min!! drive carefully sebab Kuala Terangganu bukan dekat yer....
Jane!!! letak signboard kat depan masjid yang ada kubah tu tau!!!huhuhu...
MamaBat!!! layan mak mertua ko bebaik yer....
Vaart!! main jerami jangan asyik adjust parking tau..sesuatuh!!
BokD!! jangan lupa gei rumah akak ko yang baru kena rompak tuh...ciyan depa
Embun!!! jangan layan uncle Sheffield ko aja tau..hehehe
Mrlobaloba!!jangan raya rumah owang cari caremal sebab teringat si Aling...hehehe
Aling!!..bawak kete jangan lelaju balik kampong neh...ciyan tyre kete tuh
Liana!! kuih tu tuk orang makan bukan untuk ko sowang sental!!!
Papaadlis!! kirim salam gan MB Selangor nanti
Ma'waa!! jaga pantang , jangan makan yang banyak angin macam pulut ker
Seri!! jaga kesihatan masa raya nei...rajin2 makan ubat
CikZam!! jangan asyik tengok mawi aja kat TV...sesekali tgk gak lar Ina !!!hehehe
GX!!! amoi!!! raya sakan tau...hehehe
Aya !! melaram Avanza tak raya nei??!!!
Jazz!! walapun raya kat hospital, jangan serik jaga papa yer
Kajol!! cuti dah approve tu jangan duduk rumah tengok TV aja pulak
Epong!!! where are you bro ?? selamat beraya yer
Royce!! makan satay pagi raya jangan lupa we all yer
Kakri !! raya raya nei jangan bukan translation yer...take a quality break okay
Fudhla !!! jangan makan lebey lebey yer sampai hubby yang tukar pampers AJ!!
Noey !! jangan melaram baju raya aja..tolong MIL kat dapur tau!!
Misa !! balik kampong AA ker nei...
Nini !! along!!raya dulu tau, jangan ingat nak pergi sarawak yer...
Rempawan!! make sure rupawan yer raya nei...
AMTY gang...UC,Screw, Watie, Sumie, SC, Xmen ,Eisya...sesama kita sedekah fatihah kat arwah Emy di pagi raya nanti....
SN!!! beraya kat Ireland ker dah ada kat malaysia dah nei
Datin orangkampong !!! handbag mak datin tu jangan tertinggal kat dalam kotak pulak
kak long putrajaya!, Azisha!!,CheNor!!shyeda!!, My!! , JD !!, antukarma!!,Fin!!,Airport!!,Fitri!!,Rokiah!!Jolie!!aku!!Daloma!!orangjauh!!zazou!!ngangah!!wan kat mesir!!anon!! ..yang datang sesekali kat sini saya nak ucap selamat hari raya...
dan yang dah lama tak jumpa pun nak ucap Selamat Hari Raya jugak pada...zack, kadiaku,KPD dan yang lain lain yang mungkin aku tertinggal nama mereka di sini yer...

last but not least, malam ini malam 7 likur or malam 27 Ramadan dan coincide dengan malam Jumaat....so kalau ditakdirkan Lailatulqadar tu malam nei, jangan pulak kita tercicirnya...




wassalam

Wednesday, October 18, 2006

25 Ramadan 1427H

Assalamualaikum ....

Salam 25 Ramadan kepada semua warga Halo dan pengunjung blog Ilham.....memandangkan aku tidak ke surau atau ke masjid bersembahyang tarawih, maka aku tidak tau bagaimana suasana di akhir akhir Ramadan ini...tapai masa aku mesra surau/masjid dulu especially time kanak kanak meningkat dewasa dulu, keadaan akan mula lengang dan saf saf akan mula susut...

ini berkemungkinan kerana jemaah sudah mula merasa bahang Raya tersebut dan sudah mula mengambil cuti di siang hari untuk shopping, cat rumah, hantar kereta service dan membuat kepenatan siang itu terbawa bawa ke malam....dan yang kaum ibu sudah tidak ke surau/masjid kerana mengikut suami di siang hari atau mula sibuk dengan membuat kuih muih dari lepas isyak hingga ke sahur.....yang muda muda pulak sudah sibuk dengan kegiatan bermain/membakar meriam buluh , menyediakan pelita pelita dan sebagainya....kanak kanak pula bermian bunga api dan sampai masjid betul betul nak mula witir untuk makan morei....

berbuihlah ustaz dan ustazah cakap jangan dilalaikan malam ke 10 terakhir tetapi hakikatnya Raya itu sendiri atau suasana Raya itu sendiri bermula dari 10 malam terakhir Ramadan...yang di kampong sudah mengemas rumah sebab anak cucu dah nak sampai dari bandar dan di office tidak dapat dielakkan aktiviti membeli kueh, menukar duit raya di bank, mendapatkan baju tempahan raya dan pergi berbuka puasa aktiviti sebagai sebahagian dari aktiviti menjelang hari raya.....paling tidak pun , inilah masa yang paling seronok beli majalah majalah hiburan untk melihat artis artis berpakaian baju raya yang menaikkan semangat tak sabar ingin melaram untuk hari raya itu nanti....

kalau aku kecik kecik dulu, setiap malam dekat nak raya nei test baju dengan kasut raya !!!....pastu main bunga api dengan sepupu sepupu kat luar rumah dan kemudian mengacau mak dan kakak kakak aku buat kuih kat dapur sampai lah tertidur sendiri...huhuhu....nuisance betul masa tuh.....tapi memori memori ini yang kita bawa hingga ke akhir hayat dan kawan kawan masa inilah yang selalunya kekal lama..tak kira apa pangkat depa dah dewasa, tapi bila berjumpa masih memanggil dengan nama/gelaran/nickname masa zaman zaman main bunga api ini....

..walaupun mencari Lailatulqadar itu adalah sesuatu yang patut kita cari di akhir Ramadan ini, namun aku juga tidak mahu budaya/norms ini hilang kerana inilah saat saat yang paling bahagia bila aku mengingat hari hari kedatangan Raya dulu dulu.....

tapi yang paling aku concern ialah , di hujung hujung Ramadan ini juga selalu berlaku tragedi seperti rumah terbakar, tangan putus dek meriam buluh, accident jalanraya dan sebagainya...maka aku memohon kepada semua yang akan balik kampong ini, plan your journey masa nak balik kampong dan masa nak balik ke bandar nanti...kita selalu merasakan accident accident tu tidak akan berlaku pada kita dan kita selalu akan terselamat dari hal hal begitu....kisah yang paling tragis yang berlaku dekat dengan aku ialah satu keluarga yang duduk menyewa dekat dengan rumah aku tapi tak berapa kenal sangat....tapi lepas raya rumah itu tetap kosong sehinggalah datang sedara mara ke rumah tersebut untuk memberitahu yang mereka satu keluarga meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya semasa lepas raya...mengikut kisah, lepas berhenti sembahyang subuh, tukar driver dan isteri bawak kereta dan tak jauh dari surau/masjid depa terlanggar lori sedang berhenti dan satu keluarga ( 5 sekeluarga tak silapnya) meninggal dunia dalam kemalangan itu.....

memang ajal itu di tangan Allah swt dan tiada yang bisa merubah qada Allah swt, namun aku berharap dan berdoa semua warga halo akan dijauhi Allah akan tragedi sebegini....

okke lah..itu dulu untuk entry hari ini.....

wassalam

Tuesday, October 17, 2006

24 Ramadan 1427H

Assalamualaikum ...

hei hei.....inilah gambar babyhalo ke 3 dalam sejarah Haloland......inilah the latest addition family kita , Baby S, Shazril anak kepada Ma'waa....alhamdulillah sihat.....love it.....

Photobucket - Video and Image Hosting

.....So!! bagaiamana dengan persiapan raya kelian yer.....ermmmm...i just want to get into the raya mood without compromising the beauty of Ramadan.....jom citer kat haloland ekk...

dari rakan halo kita untuk juadah ilmu dan comparative study... thanks Jazz...

10 AMALAN YANG TERBALIK
( tapi 7 aja yang aku dapat pastekan kat entry nei )

"Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali Tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita Adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:

-1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka.Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam).Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan dibulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusa

wassalam

Monday, October 16, 2006

23 Ramadan 1427

Assalamualaikum ,

Salam 23 Ramadan kepada semua umat Islam yang menjalani ibadah wajib berpuasa di Bulan Ramadan ini.....dan kini kita sedang melalui malam malam ke 10 terakhir Ramadan yang dikaitkan dengan kehadiran Lailatulqadar tersebut.....

..bila Lailatulqadar tu akan timbul pada malam Ramadan masih menjadi speculation walaupun yang paling selalu disebutkan ialah Malam ke 17 kerana malam ini Al-Quran diturunkan dan Malam 27 iaitu malam tujuh lekor kerana diriwayatkan Rasulullah melakukan sesuatu amalan yang terlebih istimewa di malam ke 27 ini ( stand to be corrected ).....tapi selalunya dinyatakan bahawa tiada malam yang spesifik kerana ianya untuk umat Islam mencari Lailatulqadar tersebut...

macam Aling cakap terasa penat di malam ke 21 lepas iaitu Jumaat malam sabtu lepas....yeap, aku pun merasakan satu tahap malas beramal tahap cipan kalau di bandingkan dari malam malam lain....and my mother confirmed that feeling....so ramai berpendapat Lailatulqadar itu berlaku bila kita terasa berat untuk bangun malam beramal pada Allah swt...waullahuaqlam....

..untuk aku personally, satu malam di 10 malam Ramadan pertama tahun ini yang memberi satu kepuasaan luarbiasa dengan petanda petanda pada diri yang beyond the human imigination but could be mere coincidence.......ada seorang ustaz yang berpuasa di Mekah tahun lepas merasakan lailatulqadar itu tiba pada malam ke 15 semasa beliau di sana.....

so again, Lialatulqadar itu ada untuk kita cari demi untuk menambahkan ketaqwaan kita pada Allah swt....

yeap I know Hari Raya is just around the corner, tapi kematian kita mungkin just around door....so jom kita sesama mencari Lailatulqadar yang amat besar significant yer....

EPL....... Bolton!!!Bolton !!!.....

...kehkehkeh....beri laluan!!beri laluan!!..penyokong Bolton nombor satu di Malaya nak lalu nei!!!huhuhu...hehehehe.....

wa bangga teramat saat dengan performance Bolton yang menggalahkan Newcastle Unite 2-1 di tempat lawan dan lebih lebih idola wa, El-Hadji Diouf menjaringkan dua gol tersebut...as it stands now, Bolton i tempat ke 3 singgah sana EPL di belakang Man U dan Chelsea.....still early season but i just could not help grinning from ear to ear looking at the league table.....Hidup Bolton!!!!!......

BTW..kengkawan....jangan lah malu malu ambik borang Bolton Fan Club yer , wa mengalu alukan ahli baru ....untuk pengetahuan, setakat ini ada 5 ahli Bolton fab club iaitu Fasya Sanda, Fazura, Rita Rudani , Leez AF4 dan semestinya wa sebagai President/CEO/of the club.....kehkehkeh.....

I genuinely believe that this Bolton team are going to win something this season.....or atleast hang around long enough at the top of the table!!!!....Ingat Bolton Ingat Ilham!!!!....

BTW ,I saw that Reading - Chelsea game that ended with two Chelsea's goalkeeper Cuddicini and Peter Cech taken to the hospital for serious injury......pengsan sebab bertebung dengan pemain pasukan lawan......memang ngeri tengok lar especially the one Cuddicini being hit by the tank-like Ibrahim Sonko at full flight in mid-air......that was really frightening!!!....hopefully both goalkeeper able to recover from that horrifying accident....

ini ada satu sajak dari BokD yang sungguh menggambar rasa puas dan tidak dalam mencari self-actualization dalam Ramadan ini..

Telah hampir sebulan...
Berlari di sudut sudut Ramadhan
Berdiri di celah tiang tiang kerahmatan
Berjalan perlahan.....menjejak sedikit keazaban..

Berlimpah Rahmat menununggu....
..tapi kenapa hati masih menanti..Terlalu banyak yang mahu ku kutip...
..kenapa sedikit yang kuambil...

Ramadhan...jangan cepat tinggalkan aku...

Bok D 10.14.06 - 12:53 pm



wassalam

Friday, October 13, 2006

20 Ramadan 1427H

Assalamualaikum .....

apa abar biskita ???.....wa mintak sowey sebab yetserday tak sempat berhalo....ngigil beb !!!ahaks ahaks ahaks...ketiadaan wa bukan sebab England kalah or berpuasa halo yerk.....ada predicted wa shopping ?? kehkehkeh....still early days.....wa ingat masa dulu dulu, dah dekat nak Raya baru gei shopping dan ini ada kemungkinan gaji mak bapak wa masuk baru boleh gei shopping kot....mak bapak wa dua dua kerja so by the time wa lahir, rasanya kehidupan parents wa dah stable dan wa kira dapat banyak apa yang abang dan kekakak wa tak dapat lar.....tidak pernah mewah tetapi cukup especially hal hal berkaitan pelajaran....

..dan wa tak kisah pasal pakaian pulak , apa ada tu kira okke dan baju malay tidak wajib untuk wa sebab wa selesa pakai jubah sedara mara balik Mekah bagi untuk raya pertama....selepas wa pandai bercinta , baru lah wa conscious tentang baju raya dan itupun wa lanyak Bazaar Pasar Malam aja....kehkehkeh....i dunno...perhaps i am not the one yang kisah pasal pakaian sampai ex-aweks wa kata wa kaki selekeh.....huhuhuhu.....lepas dah kerja, bertie tie tu barulah nampak wa semenggah sikit....tapi bila pergi sekolah, mummy wa make sure wa dressed properly....so gambar kelas tahunan , memang nampak wa gorgeous lar.....hehehehe....bukan jonggos ekkk...gorgeous...

....wa punyer prize possession baju raya ialah jersey Leeds United warna kuning brand Admiral....huhuhu..tak ketentuan arah wa pakai baju tuh....tu lah baju raya, tu lah baju gei rumah owang kahwin, tu lah baju gei main bola seven-a-side.....those days Siam made baju bola takder, so wa renggek mummy wa sampai dapat yang original wa beli kat Pertama Complex...I am pretty sure kalau wa tanya mummy wa, mesti baju nei mummy wa simpan lagik....otherwise dah jadi kain lap cermin tingkap rumah arwah daddy wa dulu....

now wa dah dewasa, wa appreciate ada baju malay and moreover, kalau opis buat raya open house, jadi bertukar jugak lah baju malay wa....lupa nak cakap...kalau bebudak lain suka beli uniform askar masa kecik kecik, wa beli bush jacket ...kehkehkeh.....so kecik kecik wa dah giler kuasa dah nampak yer.....bush jacket gan capal tuh!!!!......wa yer eccentricity dah terserlah masa sekolah rendah lagi !!!....pernah raya wa nak buat rambut Mohican until my mom said...."buat jugak, jangan balik masuk rumah ..tidur kat luar."....kehkehkeh....siuttt...langsung wa botak aja rambut langsung as a sign of protest....

1st time raya bercinta.....wa gei umah ex-aweks wa.....aduh tension giler....arwah bapak ex wa....mak datuk, misai macam bapak Leez AF4, tanya soalan macam polis pencen....wa tak ingat, wa terkencing ker terkincit masa tu...kehkehkeh..baibun bah......but that was really testing period for me....ex-aweks wa tak warning bapak dia seyes giler....tapi wa keluarkan charm wa....kehkehkeh....last last arwah bapak ex wa tu macam suka kat wa last last....pastu kunjungan balas, wa bawak ex wa raya rumah wa.....arwah bapak wa pulak buat hal....tanya ex wa mengalahkan dresser klinik kerajaan...hehehehe...wa control macho walaupun bengkerq giler aja wa masa tuh....she was wearing red colour baju kurung dengan rambut depan ada fringe pastu rambut panjang kasi ikat tocang stylo!!!huhuhu..leleh beb!!!....

chettt..pesal wa nostalgia pulak neh??!!!......kehkehkeh....ermmmm.....dua hari lepas kat haloland, wa cakap Shuib Freedom kena stroke kan.....know what?!!..yesterday wa terserempak gan Shuib dan nampak sihat walaupun agak overweight....alhamdullilah.....

okke , seperti biasa, dikesempatan Jumaat yang indah ini dan bulan Ramadan yang mulia ini, wa menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekira ada tersalah bahasa sepanjang seminggu yang lepas.....guys, life is too short to be miserable and Ramadan is not that long to be wasted .....lets beramal bersama sama ...jom !!!.....

sat...ada satu lagi....aku juga terbaca pasal diharamkan wish agama lain yang menyambut perayaan agama mereka dan isu ini berkaitan dengan internal secular sebuah syarikat insuran berasaskan syarak ......

....personally aku tidak setuju raya dikongsikan seperti perkataan deeparaya atau kongxiraya...to me that is not proper.....tapi to wish depa tu aku ada pendapat lain sikit sebab aku wish the person but not the perayaan....contoh bila aku cakap pada kawan indian " happy deepavali machak "...aku lebih kepada wishing him as a friend instead of wishing perayaan tersebut....i dont know apa itu deepavali dan mengapa diraikan oleh depa so aku tak rasa aku cuba meraikan perayaan agama mereka bila wishing them, and more than often, aku sebut itu atas dasar respect sesama manusia.....kenkadang, mannerism kita akan menarik depa kepada kita....

Dalam satu episode Jejak Rasul yang aku dapat tengok baru baru ini, dikisahkan bagaimana Rasullulah telah menerima penghinaan puak kafir dalam satu perjanjian demi untuk kejayaan Islam jangkapanjang.....dikisahkan perkataan Muhammad Rasullullah/Pesuruh Allah dalam perjanjian itu ditukarkan pada Muhammad bin Abdullah.....sahabat sahabat menentang tetapi Rasullulah insisted juga kerana Rasullulah lebih mementingkan perjanjian itu dimeterai kerana kandungan perjanjian itu akan membuka jalan kepada perkembangan Islam melepasi tanah Arab....di sini jelas Rasullulah saw mengenepikan micro issue in order to maka macro development for Islam.....

..maka kalau keputusan Rasullulah itu kita ambil sebagai sunnah, maka sedikit tolerance dari pihak kita mungkin memberi kejayaan jangkapanjang pada agama kita di negara kita ini ....but than again, aku tak sure samada contoh Rasullulah saw tersebut sesuai untuk aku jadikan contoh bagi hal yang diperbincangkan ini.....

so, atas dasar ini, probably a wish seperti " machak, enjoy your deepavali "adalah lebih appropriate bermakna kita wish the person to celebrate rather than wishing that particular celebration directly.....macam kita kata 'good morning' pada yang bukan Islam....adakah itu satu kesalahan kerana ianya juga mendoakan kesejahteraan mereka juga.....adakah kita sepatutnya wish depa " Go to hell " setiap kali kita bersemuka dengan depa ??!!!waulahhuaqlam..dan aku memohon petunjuk dari Allah atas pendapat aku ini.....yang baik jadikan teladan yang tak baik kelian jadikan sempadan....tapi jangan berhenti berfikir bila ada sesuatu yang memerlukan kita berfikir....

namun aku megakui dalam membincangkan sesuatu perkara, ada nas nas tertentu yang menjadi sandaran...bila bercakap atas dasar logik kehidupan seperti yang aku lakukan..kenkadang ianya tersasar....tapi yang penting niat kita yer kerana Allah SWT tahu apa yang tersirat dan tersurat mahupun yang terbuku dalam lafaz dan perbuatan kita.....tapi kalau kelian want to be safe...just ikut pendapat yang telah dihujahkan dan substantiated by solid arguement lengkap dengan sebab dan syarat yer sekali.....

ini pandangan peribadi aku kerana kita hidup dalam masyarakat majmuk ini, kita tidak dapat lari dari menghormati mereka yang baik sebagai manusia pada kita walaupun berlainan agama...atas dasar yang sama, aku langsung tidak wish depa depa yang aku tidak respect bukan sebab pegangan agama mereka tetapi lebih kepada sifat mereka sebagai manusia....bagi aku, buat baik berpada pada....tu aja pendapat aku ekkk.......but nak kongsi kongsi raya tu is a No!No! to me.....

okke lah..seperti biasa , hadiah dari kengkawan di haloland

hadiah dari Teesh .......

Untuk suami..

renungkanlah...Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia.Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah, tidaklah setaqwa Aisyah pun tidak setabah Fatimah. Justeru isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya Cita- cita menjadi solehah...

Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama. Isteri menjadi tanah kamu langit penaungnya. Isteri ladang tanaman kamu pemagarnya. Isteri kiasan ternakan kamu gembalanya. Isteri adalah murid, dan kamu mursyidnya. Isteri bagaikan anak kecil kamu tempat bermanjanya. Saat isteri menjadi madu kamu teguklah sepuasnya. Seketika isteri menjadi racun kamulah penawar bisanya. Seandainya isteri tulang yang bengkok berhatilah meluruskannya.. Pernikahan atau perkawinan menginsafkan kita perlunya iman dan taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt kerana memiliki isteri yang tak sehebat mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Rasulullah saw?.. Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah. Cuma suami akhir zaman yang berusaha menjadi soleh... amin.

Untuk isteri pula.. renungkanlah...

Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia... Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad saw.. tidaklah setaqwa Ibrahim, pun tidak setabah Ayyub atau pun segagah Musa.. apalagi setampan Yusuf. Justeru suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita cita membangun keturunan yang soleh... Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama Suami menjadi pelindung kamu penghuninya. Suami adalah nahkoda kapal kamu pengemudinya. Suami bagaikan pelakon yang nakal kamu adalah penonton kenakalannya. Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya. Seketika suami menjadi bisa kamulah penawar ubatnya. Seandainya suami bengis lagi lancang sabarlah memperingatkannya.. Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan taqwa untuk belajar meniti sabar dan redha Allah swt kerana memiliki suami yang tak segagah mana. Justeru kamu akan tersentak dari alpa. Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga. Pun bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara. Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi solehah... amin...

Justeru itu wahai para suami dan isteri. jangan menuntut terlalu tinggi seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya. Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah andai diri tidak semulia rasulullah? Mengapa mengharapkan suami setampan Yusof seandainya kasih tak setulus Zulaikha? Tidak perlu mencari isteri secantik Balqis andai diri tidak sehebat Sulaiman. DAN tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah.


wassalam

Thursday, October 12, 2006

19 Ramadan 1427H

Assalamualaikum ,

...aku mulakan entry hari ini dengan lafaz " innalillahwainnalillahhirogiun" atas pulang ke rahmatullah Pak Cik Abas MMA dan former lead singer Freedom, Seha.....semoga roh mereka ditempatkan di kalangan roh mereka yang beriman...Al-Fatihah...

Pak Cik Abbas adalah contoh bahawa Allah swt memilih umatNya yang akan dinaikkan martabat mereka...dengan sebaris perkataan " Macam macam ada ", allahyarham telah menjadi satu watak yang paling diminati dan disenangi di media elektronik....masih fresh diingatan aku bila Pak Abbas menjadi pengkritik di concert mingguan AF3 semasa Zahid menyanyikan lagu Dato'M.Daud Kilau....walaupun ada unsur unsur ekploitasi ketiaka itu namun ianya adalah juga pengiktirafan kepada 'fame' arwah ketika itu....

Pemergian arwah Seha pula lebih tragis pada usia yang agak muda lagi dengan kisah pencarian beliau akan anak beliau yang tiada di sisi sememangnya mendatangkan hiba di hati....arwah akan dikenali sebagai vocal utama kumpulan Freedom di pertengahan 80an juga merupakan trendsetters dalam era beliau dulu.....aku meminati Seha/Freedom teramat sangat dan masih aku teringat satu Malam Merdeka masa belajar belajar lepak malam , aku dan kengkawang celebrate dekat pub di mana Seha performing dan tepat pukul 12 midnite , my friend kena tarik oleh Seha untuk nyanyi lagu Negaraku!!!!....Seha adalah seorang yang sungguh pleasant dan itulah memori aku yang akan kekal tentang Seha ini...dan semestinya lagu " sama sama" duet Seha dan Shuib dalam band Freedom remains my all time favourite....nei zaman remaja muda beliau dulu lar...kehkehkeh...

...now ada berita gembira...rakan halo kita , Ma'waa, telah melahirkan anak lelaki semalam dan ini menjadikan baby halo ketiga selepas AJ ( Fudhla) dan Baby Q ( Batrisya)....tahniah untuk Ma'waa....banyak nak ganti puasa tu beb!!! hehehe....

TAHNIAH MA'WAA!!!..........

England oooo England!!!!!

England 0- 2 Croatia....malu yerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.....

malu yer aku ngaku sokong england!!!!two soft goals sealed the fate of england on a very miserable nite....

aduh...really painful watching a sub-standard England performance lacking in skill and imagination.....playing the experimental 3-5-2 formation...the players were obviously in disarray looking for someone to take charge of the system....

tah lah...nak cakap pun malulah.....probably the worst i have seen england in action!!!memalukan.....kena bodoh bodohkan dengan croatian....

...the crotian 2nd goal must be the funniest in recent memory....kehkehkeh.....but it could have been 5-0 to crotian's favour...

the back four or five should be sacked and too the management team......Big Sam should be appointed immediately as the new England manager......

nasib baik kampong atok aku kat Hibernian, Scotland...kehkehkeh.....wa scottish tau!!!....

hampeh kedekung betul!!!!.......malas dah nak citer.....hidup Bolton!!!....

okke nei ada sajak Hari Raya in advance yang aku capture dari Embun aka darlinglara

Hidup ini singkat terkadang aku lupa
belum tentu kesempatan berkali2 menyapa
Apatah lagi menunggu aku yang leka
Sedang hati selalu ingin bergembira
Bergelak ketawa tak kira ketika
Bersangka kita akan kekal muda
Lara .. kau kira ajal hanya menjemput bila kita tua?

Duhai sahabat ku di alam maya
Di dalam hati ku kamu bertakhta
Terima kasih selalu membuat ku ketawa
Selain keluarga .. kamu lah yang aku ada
Beriring waktu kita titi suka duka

Tapi kekadang tingkah ku terlebih aku tahu
Mesti pernah ada yang terluka kerana kataku
Mesti pernah ada yang marah kerana tuturku
Mesti pernah ada yang berduka kerana lisanku

Ilham, seri, teesh, mira
Vaart, Bok D, min, Mrlobaloba
NHK, jazz, NINI, aya, liana
Papaadlis, royce, batrisya dan eva
Jugak sekelian teman yang lama tak menyinggah
Juga sahabat yg tak tersebut namanya
Takut aku tak punya kesempatan dan masa
Ku hulur salam berjuta maaf ku pinta
Atas segala salah laku, bicara dan segalanya
Yang menyinggung kalian adanya
Jangan lah kalian simpan dalam dada.....Selamat Hari Raya

D Lara
11 Ramadhan 1427

wassalam

Wednesday, October 11, 2006

18 Ramadan 1427H

Assalamualaikum .....

Salam 18 Ramadan kepada semua warga halo.....

actually tak der modal apa nak citer hari nei lar....semalam masa bukak puasa aku buat joke mawi...hehehehe..

aku cakap " mawi sekarang dah tak boleh mengaji Quran dah "....

depa tanya.." ahhh..ngapa pulak ??!!! kan ada Mawi baca Quran masa nak buka puasa TV1 ??!!"

aku jawab .." tu rakaman tahun lepas sebelum dia putus tunang "..hehehehe...

so depa tak puas hati ," ngapa pulak dia , ko jangan memain !!"

aku jawab, " cemana nak ngaji.....sampai ayat ada sebut "inna" aja terus diam ...macam ayat " inna-aktoinakalkausar".....

kehkehkeh ...bengang lar belaka peminat setia yang terkena gan aku semalam !!!!.....

pastu ada satu lagu joke Mawi aku buat tuk pekena depa....

Mawi dah tak mau azan dah.....hehehehe.....cemana nak azan.... orang cakap kat dia " Mawi, tolong bang " ( Bang as for azan )...Mawi terus ngamuk tuh...."bang bang tolong jangan sebut ".....hehehehehe.....yerrr bang !!!!......

regardless of my jokes...i love mawi as much as the 1st time i heard him sang Kekasih Awal dan Akhir.....

so guys ...how's your Ramadan thus far ??....i hope it is much better than last year yeah...we are approaching the final 10 nights of Ramadan where the Lailatulqadar is believed to be lurking....waullahuaqlam.....actually mencari Lailaltulqadar ini senang....as long as we are consistent every night since day one of Ramadan,very likely we will stumble upon the very special Lailatulqadar .......

sebenarnya, tanpa kita sedari kita mungkin telah bertemu dan beramal pada Laililatulqadar di Ramadan Ramadan yang lepas......kalau belum, secara matematiknya,kalau kita terus berusaha , pasti kita akan bertemu tanpa kita sedari akan Lailatulqadar di Ramadan Ramadan yang akan datang sebelum kita menghembuskan nafas terakhir.....maka formulanya ialah to be consistent setiap kedatangan Ramadan.....kalau sekali kita bertemu samada sengaja atau tidak,persediaan kita untuk pulang bertemu Allah swt tampak lebih cerah indeed,dengan izin Allah swt....

so guys, marilah kita tingkatkan amalan kita di 2nd half of this Ramadan dan mana tau, Lailatulqadar masih lagi menunggu kita di malam malam yang akan datang ini....inilah masanya kita membalas jasa ibu bapa kita yang masih ada atau tiada dengan memperbanyakkan sedekah pada roh mereka dan berdoa agar kedua ibubapa kita di masukkan dalam syurga Allah swt...what better way to do it for our beloved parents kalau kita berdoa dan beramal untuk depa pada Lailatulqadar tersebut......

Kita selalu cakap " I will do anything for my emak bapak....", so guys, lets do it for our parents as Lailatulqadar comes knocking....waullahuaqlam...

okke...hasil sumbangan rakan rakan halo untuk renungan semua .....

Dari GX..thanks bro..

Melihat yg tersayang ketika mereka tidur

renungkan/lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka.....

Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap
mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling
wajar dan paling jujur dari seseorang.

Seorang artis yang ketika di panggung
begitu cantik dan gemerlap pun
akan tampak polos dan jauh
berbeza jika ia sedang tidur.

Orang paling kejam di dunia pun
jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda
saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih
mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal
perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.

Sekarang, beralihlah. ...
Lihatlah ibu anda....
Hmm...kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai
tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita.


wassalam

Tuesday, October 10, 2006

17 Ramadan 1427H - Nuzul Al-Quran

Assalamualaikum,

..dengan izin Allah swt, kita ketemu lagi dengan Nuzul Al-Quran iaitu hari/malam Al-Quran diturunkan....samada Al-Quran itu diturunkan secara total pada malam itu atau ayat pertama yang diturunkan pada malam itu adalah sesuatu yang menjadi persoalan ahli tafsir tetapi untuk orang macam aku ini, cukup untuk aku menghargai turunnya Al-Quran ke dunia untuk umat manusia melalui satu satunya mukjizat nyata Allah swt kepada Rasullullah saw...

aku baru membaca salsilah penurunan Al-Quran dan cara bagaimana ayat ayat Al-Quran dikumpul/dihafal semenjak zaman Rasullulah....dari lembaran lembaran daun khurma yang kering yang diikat di zaman Rasullulah saw, pengumpulan semua lembaran ini di zaman Khalifah Omar sehinggakan kepada penulisan semula di zaman Khalifah Usman banyak mengajarkan aku betapa penjagaan ayat ayat suci Al-Quran untuk menentukan perkataan dan lafaznya ayat ayat suci ini tidak berbeza daripada di masa malaikita Jibrail mengajar Rasullulah saw...

Syahidnya dengan ramai sahabat sahabat yang hafal Al-Quran juga telah menyebabkan Khulafah-al-Rasyidin mempercepatkan proses mengumpul dan 'mencetak' ayat ayat Al-Quran bagi menjaga kesucian dan ketepatan firman firman Allah swt ini....

apa yang aku agak menarik ialah , puak kristian telah mula menafsir Al-Quran bermula di abad ke 12 lagi dalam bahasa latin dan kemudian nya dalam sebagai bahasa Eropah sebagai cara untuk mereka discredit al-Quran sebagai the words of Allah swt....begitu licik sekali usaha mereka dan tidak hairan sampai sekarang usaha mereka untuk mempertidakkan kesucian Al-Quran ini berterusan...

....sememangnya membaca ayat suci Al-Quran itu satu ibadat tetapi adalah lebih indah kalau ibadat itu diiringi dengan kefahaman ayat ayat suci Al-Quran tersebut.....tidak dinafikan kita telah memahami bits and pieces of makna makna ayat suci al-Quran melalui pendengaran kita pada ceramha ceramah dan rancangan berbentuk dakwah tetapi sudahkah kita membaca tafsir al-Quran secara akademik iaitu untuk mengenal setiap ayat yang diturunkan.....

..personally, aku cuba khatam tafsir Al-Quran untuk Ramadan ini dan walaupun mungkin usaha aku ini tidak kesampaian tapi aku hope that 1st step towards learning the total meaning of Al-Quran...tetapi aku sekadar membaca tafsir dan bukan mencuba tafsir.....aku harap kelian jugak share my enthusiast untuk membaca tafsir Al-quran ini semasa Ramadan ini.....insyaallah, setiap langkah kecil yang kita lakukan akan membuka langkah gergasi di masa depan.....

dalam satu khutbah Jumaat yang aku dengar tak lama dulu....seorang yahudi telah menyamar menjadi seorang muslim dan duduk di Mekah untuk mengenali dan memahami orang Islam dan conclusion yang beliau dapati ialah Islam tidak akan runtuh diserang dari luar tetapi boleh dijatuhkan dari dalam......maksudnya di sini sekiranya kafir mahu menyerang Islam dan muslim dengan asas agama aku lawan agama kamu..nescaya mereka gagal tetapi sekiranya mereka dapat menyelitkan 'doubt' dari dalam melalui 'wakil wakil' mereka dalam Islam itu sendiri yang akan menyebabkan kejatuhan Islam.....dan tidak hairan ramai orang yang mengaku Islam tetapi yang lebih kuat mengkritik dan mempersendakan Islam sekarang ini....lihat saja apa yang berlaku hari ini dalam kemelut murtad dan sebagainya di mana cerdik pandai yang mnegaku Islam bersesongkol untuk menekan orang Islam sendiri....

maka , sebagai pertahanan diri, aku merasakan perlu kita semua sudah 'wajib' untuk mendalami Al-Quran dan hadith secara total untuk kita tidak terpedaya dengan putar belit mereka yang menjadi agen agen dari dalam pihak pihak yang memushi agama Allah swt ini....

tetapi aku harus tekankan ialah aku membaca tafsir dan bukan cuba menafsir......aku berkata begini ramai yang tidak kuat asas membaca tafsir dengan tujuan menafsir sedangkan sains penafisran ayat ayat Al-Quran itu sendiri adalah satu bidang akademik yang terlalu tinggi darjatnya dan prosesnya dan tidak semudah itu untuk kita sekadar menggunakan akal tanpa sokongan naqal utnuk menafsirkannnya.....

gengarine...

di kesempatan ini aku ingin mengucap Salam Nuzul Al-Quran dan semoga dada kita tidak akan pupus dari dipenuhi dengan ayat ayat suci Al-Quran.... selagi Al-Quran dekat dalam bangsa kita, selagi itulah bangsa kita akan dekat dengan rahmat Allah, insyaallah....walallahuaqlam...


wassalam

Monday, October 09, 2006

16 Ramadan 1427H

Assalamualaikum....

macam mana weekend kelian ??..mine nothing much to shout about except that the 2 days rest really helping to recover the fatigue of the weekdays...

dari dulu dulu aku dah menyatakan bahawa cuaca panas lembab macam malaysia ini memerlukan 2 hari cuti hujung minggu untuk pekerja recover dan be ready for the next week...alhamdullilah, pekerja kerajaan/sektor awam sekarang dah dapat 2 hari cuti dan aku yakin pekerja kerajaan sekarang adalah lebih produktif berbanding dengan semasa bekerja 5 1/2 hari dulu...

bercakap pasal cuti, aku terdengar bahawa sektor kerajaan akan diberi cuti pelepasan pada hari Isnin 23hb Oktober iaitu sehari sebelum Hari Raya..cuti ini akan diganti dengan 2 saturdays or additional hours for one week of work.....aku sangat menyokong langkah ini dan berharap pihak swasta akan mengambil langkah yang sama jua...

..Cuti Isnin ini aku sokong kerana ianya akan memberi peluang untuk mereka yang ingin balik kampong atau bercuti untuk dapat membuat jadual perjalanan yang lebih teratur dan dengan ini diharapkan dalam mengelakkan kemalangan jalanraya yang selalu mengorbankan ratusan nyawa setiap kali hari raya dan selalunya melibatkan muslim....bayangkan negara aman macam Malaysia ini yang tiada perang tetapi angka kematian jalanraya semasa musim perayaan mengalahkan angka kematian peperangan di selatan Lebanon tempoh hari....

...tetapi apakah jalan penyelesaian yang dicari telah cuba mengurangkan atau menamatkan masalah kematian semasa musim perayaan ini ??....apa yang dengar had kelajuan telah diturunkan ke 90km/hour yang aku rasa adalah langkah yang amat baik sekali...actually tiada siapa yang rugi kalau semua ikut peraturan ini kalau speed memang membunuh.....

bagaimana dengan traffic jam di tol tol utama di highway.....kalau speed kurang tetapi masalah jammed tidak dapat dikurangkan juga tidak akan mendatangkan keberkesanan dari sudut sistem kawalan traffic semasa musim perayaan....

begitu juga, please lar tolong jangan repair jalan masa musim perayaan ini...kalau nak re-lay tarmac pun tunggulah lepas musim perayaan ini...

mungkin pengendali highway bertol seperti PLUS patut memberi discount pada harga tol masa musim perayaan ini...pengguna yang dihargai selalunya pengguna yang berhemah....tapi dengan syarat iaitu setiap kereta mesti sampai pada setiap tol tidak lebih cepat dari kiraan tempoh perjalanan....contoh...dari tol Sungai Besi ke Tol Linggi pada kelajuan 90km/hour bermaksud sesuatu kenderaan itu tidak boleh keluar tol Linggi lebih awal pada 55 minit perjalanan ( contoh nya ), so kereta yang tiba pada kecepatan 45 minit tidak akan diberi diskaun....cara ini akan membuat pemamdu akan lebih memikirkan diskaun dari memikirkan masa.....i hope PLUS dapat consider proposal aku dan beri 30% discount demi menyelamatkan nyawa manusia di musim perayaan...sebab bagi aku sendiri, apa perlu aku sampai 15 minit awal tetapi aku kena bayar RM 15 lebih....naluri pemandu di Malaysia ialah berlumba against masa....satu kebanggaan kalu dapat sampai destination half an hour lebih cepat dari orang lain dan kisah ini akan diulang ulang semasa beraya itu sendiri....tapi speed inilah yang selalu membunuh !!!..

International Football

So much hype with nothing to shout about....thats what i think about the england team under steve mclaren....

too many players not performing to expected international level and gerrard still playing supporting role....

why is Lampard still starting in the 1st eleven ??..why gary neville is still in the team....is gerarrd being utilise to the fullest in the right wing position ???....

i thought crouch was outstanding but a bit out of luck infront of goal and Rooney showing glimpse of his former self....

...i thought a good coach would have seen in the 1st 20 minutes that lampard was disrupting the england's offense and downing was not a factor or cole and neville short of pace at the flank back....

but many mclaren supporters will jump to his defense that his england team have yet to be defeated nor concede a goal after 4 outings....how to win a macth when the players trying hard to make sure their jerseys clean up to the final whistle.....england should look at the scotland -france game to understand that you need to slog it out to win matches....not by mere reputation...

okke....still wa looking forward to the next game hoping that lampard will be drop and to see gerrard given the chance to play central midfield with carrick...


Formula 1

....debaran seminggu menunggu Japanese Grandprix berakhir dengan sorokan dan lompatan gembira bagi aku dan pembenci Schumacher .....ahaks ahaks ahaks....Alonso menang dengan 10 clear points in the bag setelah engine kereta schumacher meletup !!! kehkehkeh.....

great result for alonso and renault but it is not over yet.....schumacher could win the driver's championship kalau dia menang the brazillian grandprix and alonso fail to win a single point or to finish the race by virtue that schumacher won more grandprix races this year...

so it is not over yet knowing the develish schumacher still prowling....Damian Hill would definitely remember the penultimate race when he was bundled off by schumacher when it was clear that schumacher car hit damian's car and refused to gave way to damian that would see damian hill winning the overall championship......

...renault would want to win the constructor championship too which menas there would want alonso to fight for valuable points in the final race but racing close to Phillepe Massa may not be advisable if Ferrari decides to play dirty ...the only consolation for renault that Massa being a brazillian would want to finish the grandprix in podium position and any intention to use Massa as the spoiler to Alonso may be too good to be true....

....i would think that Fischella will be used to bait ferrari and let alonso playing innocent bystander until the final 10 laps.....Renault have to decide early to sacrifice the driver's championship and go for the constructors championship or let alonso who's leaving renault next season to win the driver's championship....

....alonso may be tempted to play a true champion and go for broke......

regardless, i would think the setting of strategy would be clearer during qualifying session..

apa apa pong....hidup Alonso!!!!!

but the real motorace yesterday was the AI

Alex Yoong the pride off the nation....

..i could not hide my joy and pride listening to the Negaraku being sang during the prize presentation after the outstanding Alex Yoong won both the sprint and feature race of the A1 circuit in the Czech Republic....

..I was one of Yoong's biggest critics when he was playing rookie in the F1 some 4 years ago but yesterday Yoong really used his experience to the fullest and won the the A1 race with style....trailing to the Canadian drivers from lap 1 ,yoong overtook the Canadian on the 7 laps with a precision overtaking monuavre that would make ayrton senna very proud indeed....

A1 featuring cars representing countries rather than manufacturers although not as fast as the F1 or F3 but it has the excitement of an Olympic 100 metres final because of the nation pride at stake.....

well done Alex Yoong.....aku rasa kalau malaysia maintain this performance, i bet Sepang circuit will be packed with hundred of thousand of supporters cheering the yellow A1 car driven by alex yoong....

current overall standing ...malaysia 3rd with 17 points behind mexico 19 and germany 20...

wassalam

Friday, October 06, 2006

13 Ramadan 1427H

Assalamualaikum

Salam Ramadan untuk semua dan Salam Jumaat yang mulia dan aku memohon maaf zahir dan batin seperti mana Jumaat yang lepas sekira ada tersilap bahasa dan kata...

lupa nak citer kat kowang, 2 days ago, aku nampak Farah AF2 baca Al-Quran dekat TV1 sebelum buka puasa...huhuhu..pakai tudung hitam gituh....aku suka lar segmen artis baca Quran nei dan ini membuka lembaran baru dan pandangan positif pada masyarakat artis ini....

Lagu Raya wa dah dendangkan kat blog and hopefully kelian enjoy the song yang tidak seberapanya tapi khas untuk kelian semua....thanks to Liana sebab tolong wa upload lagu tuh....kalau dulu arwah Emy jadi mangsa wa tuk mende mende nei...

by now, aku dah tak tau nak makan apa lagi yang special untuk basungkai.....mungkin aku kepingin untuk hari hari yang akan datang nak makan sotong kangkung, nasi minyak gan rendang daging, dadih jagung, mee goreng mamak style, mee kari, air tembikai fresh, murtabak restoren mamak yer , gulai lemak mak aku , bubur kacang yang sudah masuk peti ais, pecal banting, tomyam daging dan lain lain lagi......unlike previous years, aku dah makan nasi especially for sahur.....but i believe aku dah shed 5 kg for the last 12 days....funny but true, i used to cut 1kg of my body fat of every day of fasting sebab tak usik nasi....tapi by the 16 or 17 ramadan, lemak tu stop burning dan by end of Ramadan the most i achieved ialah 15 kg dan probably water fat yang hilang kot....sebab after one week of raya, everything is back to normal!! ahaks ahaks ahaks......i enjoy eating so much that controlling food intake during raya is almost impossible task indeed....maybe just maybe this year i will control myself during raya period.....but how to say no to ketupat with rendang, nasi minyak lah, kuih muih yang menyelerakan , tu belum lagi open house gan satay dan daging kambing panggang lah.....huhuhu..

...tapi kata orang, makan lah bila tengah sihat nei, nanti bila dah tak boleh makan baru lah terfikir ngapa dulu tak makan.....bawak apple pergi hospital tuk orang yang sakit apakejadahnya...hehehehe....

again pada kengkawan yang akan balik kampong, please plan you all punyer journey yer.....raya nei best bila kita selamat pergi dan balik....semalam Aya dah accident dan alhamdullilah tidak apa apa yang bodily serious untuk Aya except the car was a total wrecked......tapi Aya, kereta Avanza model baru menunggu!!!..sesuatuh tul Aya nak beli kete Avanza !!! huhuhuhu...

kalau sapa nak balik kampong berpuasa.....next tuesday cuti nuzul quran pada state yang recognize cuti tu...so boleh ambik monday off so dapat 4 days dari tomorrow....

apa apa pun, sapa kengkawan perempuan yang uzur, boleh lar start buat kuih yer....kehkehkeh..

okke guys, have a nice weekend and tambahkan amalan bila ada peluang.....


okkelah...now dari haloland from teman teman kita seperti biasa...thanks guys

1) daripada Kajol..

PETUA IMAM SYAFIE EMPAT PERKARA UNTUK SIHAT

Empat perkara menguatkan badan:
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan:
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

Empat perkara menajamkan mata:
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakan mata:
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

2) dari kajol jugak...

From Dr. Fatma's tafsir Al-Quran class "How to use the Surah AlFatihah"

1. To make someone (YOUR Husband, your children) think of you all the time : * Read the Al-Fatihah 14x before going to sleep.

2. For terminal diseases: Read the Al-Fatihah 41x and blow it in the water. Drink and take a bath with that water.

3. For the mentally ill: Read the Al-Fatihah 7 times while rubbing the person's head once in the morning and once at night, everyday without fail.

4. When in extreme pain: Read the Al-Fatihah 3x and blow it in a glass of water and drink it. Then, read the Al-Fatihah while rubbing the area that is in pain.

5. For babies who cry at night or at any time: Read the Al-Fatihah 7x while rubbing the baby's head.

6. For injury: e.g. Cut, Bee sting, Bleeding, Finger got slammed by the doorRead the Al-Fatihah 3 or 7x, using your thumb, take your saliva from the "langit-langit" of your mouth and rub it onto the injured area.

3) dari usaha Kajol lagi...thanks dik!!

Pesan Imam Al Ghazali

yg dekat itu MATI
yg jauh itu MASA
yg besar itu NAFSU
yg berat itu AMANAH
yg ringan itu SOLAT
yg tajam itu LIDAH

MARHABAN YA RAMADHAN

4) Kajol shared this nice article with us jugak di haloland..


KAJIAN terbaru berkaitan dengan mandi mendapati ia bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh.

Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.

Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.

Mengeluarkan racun:

Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20 minit.

Stres:

Jika anda mengalami stres, mandi air sejuk adalah jawapan yang tepat. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius. Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ia dapat menyempitkan darah dan meningkatkan tingkat gula darah.

Jangkitan kulit:

Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik (sodium bicarbonate) ke dalam air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.

Selesema dan sakit kepala:

Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selsema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudia tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk. Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.

Insomnia:

Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga ia merasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah, pendarahan hidung, selsema dan sembelit.




wassalam

Thursday, October 05, 2006

12 Ramadan 1427H

Assalamualaikum ,

Selamat 12 Ramadan pada semua....cepat benar masa berlalu rasanya dan tidak banyak sikit, rasa seronok menjalani kehidupan penuh dengan ketaqwaan ini mula menusuk ke dalam jiwa....walaupun keseronokan yang kita rasa tidak terlawan dengan ketaqwaan golongan yang dikatakan wali yang mana kehidupan mereka sesungguhnya mengabdikan diri kearah 'total submission' sehinggakan kecintaan dan pengabdian diri mereka kepada Allah swt tetapi seasonal seperti kita yang selalunya menanti nanti Ramadan atau Nisfu Saban dan sebagainya...namun kita harus bersyukur dengan rasa keseronokan yang kita rasakan kerana ianya adalah sedikit tanda keimanan yang ada dalam diri kita....apa yang lebih cantik ialah kita masih belum lagi sampai ke pertengahan Ramadan dan sekiranya momentum ini dapat kita kekalkan, maka keseronokan itu akan mungkin membawa kita ka arah ketaqwaan yang lebuh tinggi mertabatnya , insyaallah.......jom kita kekalkan dan lebihkan usaha kita mencuri sedikit masa di sana sini untuk meluahkan rasa cinta kita kepada Allah swt...

..well, mata aku bengkak pulak ala ala ketumbit...huhuhu...panas dalam kata orang, darah kotor kata orang lain pulak....tetapi aku yakin ianya hanya dugaan dari yang Esa....

harap harap hari ini lagu Raya aku tu boleh didengari di blog ini..so, as and when boleh aja, wa akan announce dekat halo ekkk....memandangan wa mangkuk hayun dalam hal hal cosmetic blog nei....wa mintak tolong Mek Na tuk tukarkan lagu neh....timekacih ekkk....

.....aku juga terdengar news tadi yang paras laut meningkat di perairan pantai barat terutama di Selangor yang akan menyebabkan paras air sungai akan meningkat yang akan menyebabkan banjir di kawasan kawasan rendah di Klang Valley.....maka aku harap mereka yang akan 'affected' ini supaya membuat persediaan awal untuk menyelamatkan harta benda dan juga adik adik yang ambik periksa PMR/SRP untuk tidak hilang semangat dengan dugaan yang datang ini......

okke...koleksi pedoman dan teladan mahupun humour dari ahli keluarga haloland kita

1) dari kajol...

TANDA 100 HARI SEBELUM MATI

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran iniakan berhenti dan hilang setelah kita sedarkan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

TANDA 40 HARI SEBELUM MATI

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya keatas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabutnyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

TANDA 7 HARI

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan mu sibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

TANDA 3 HARI

Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

TANDA 1 HARI

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

TANDA NAK MATI

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

2) dari Jazzy pulak....huhuhu....

Eva, u kan ke salon kan..smthing to ponder..hehehehe

Sub: Makna Rambut

1) RAMBUT LURUS - bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu,dan pandai dalam menguruskan sesuatu tanpa pertolongan

2) RAMBUT KERINTING TEBAL - kurang bijak, degil, cemburu kuat,romantic,banyak pergaulan dan susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung

3) RAMBUT IKAL MAYANG - bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

4) RAMBUT HALUS/LEMBUT - bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

5) RAMBUT SIKIT- bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego,dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

6) RAMBUT KUSUT - sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan,garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalammengurusan sesuatu tanpa pertolongan.p/s: malas sikat rambut

7) RAMBUT BERUBAN - kurang bijak, suka termenung, sosial sikit,berfikiran terbuka dan pandai selesaikan masalah diri

8)TIADA RAMBUT - macam mana nak kate ye....kesian

9) RAMBUT WARNA KEMERAH-MERAHAN ATAUKEHIJAU HIJAUAN itu rambutann...


3) sesuatu yang di kongsi oleh kajol..

Bicara-kita..

tidak perlu mencari teman secantik BALQIS jika tidak seindah SULAIMAN...

mengapa mengharap teman setampan YUSUF, jika kasih tidak setulus ZULAIKA...

tidak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM jika tidak sekuat HAJAR dan SARAH...

mengapa didambakan teman hidup seistimewa KHADIJAH ,jika diri tidak sesempurna RASULLULLAH S.A.W....


wassalam

Wednesday, October 04, 2006

11 Ramadan 1427H

Assalamualaikum,

Salam Ramadan ke 11.....malam tadi lepas buka puasa gan solat , aku terus flat abis...tatau apasal aku rasa letih giler babun....pastu baru bangun dekat dekat dah kul 10.00pm.....aku teringat lagu Raya yang aku cipta dulu dulu....aku rasa hiba...lepas buat terawih sendiri sendiri, wa terus recordkan lagu tu dan insyaallah, nanti wa perdengarkan kat blog nei nanti...sementara itu , nei lirik lagu Raya tersebut yang wa namakan Ilham Raya..


Ilham Raya

Di Hari Raya Tak Semua Gembira
Bila Takbir Bergema Sebak Rasa Di Dada
Terbayang Desa Tercinta Teringat Kisah Lama,
Ayah Bonda Yang Tiada, Ku Panjatkan Doa

Di Hari Raya Tak Semua Gembira
Bila Takbir Bergema Minitis Airmata
Anak Anak Meminta, Apa Harus Dikata
Sekecil Yang Tak Mengerti, Apa Erti Tiada

**
Apa Erti Hari Raya, Tanpa Kesyukuran Pinta Berlebihan
Apa Erti Hari Raya, Kata Bermaafan Hati Berdendaman
Apa Erti Hari Raya, Kampong Halaman Hanya Persinggahan

Di Hari Raya,Tak Semua Gembira
Bila Takbir Menjelma Sedu Tiada Ketawa
Yang Dulu Ada Disisi, Kini Entah Dimana
Yang Pasti Hari Raya , Hari Mulia kan Tetap Menjelma

hopefully kelian akan appreciate lagu yang aku cipta back in 1998...ketika itu masih kuat reformasi dan aku memikirkan perkara ini bila raya tiba dengan ramai reformist yang tersadai dalam lokap dan kena tahan ISA sebagainya...asal tajuk lagu ini aku beri "Reformasi Raya "....walaupun recording aku buat tu terlompat lompat dan nyanyian aku pun tak seberapa lemaknya..namun aku harap kelian appreciate apa yang ingin aku sampaikan dalam suasana yang berlaku masa itu...not your typical Raya song but it is indeed my kind of composition lar macam tu lah bunyi yer...

satu lagi..asyik kowang citer caramel....dua ari dah wa buka makan caramel....cetttt...lepas nei kowang jangan lar citer makan makan tuk buka....terliur wa dibuat yer....huhuhuhu...

seperti biasa, sesuatu yang ingin aku kongsi bersama kelian hasil usaha dan penat lelah kengkawan di haloland untuk tatapan bersama

1) Dari Embun.......

Siapakah orang yang sibuk ?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan NabiSulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpamusibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambilberkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dantidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidakmembawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelakkerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksaneraka.

Siapakah org yg KEDEKUT ?
Orang yg kedekut ialah org yg membiar atau membuang pesanan ini begitu sahaja, malah dia tidak akan menyampaikan pula pada org lain.

Siapakah orang yang miskin?
Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang adasentiasa menumpuk - numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namunmasih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?
Orang yangmempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawaamal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana matamemandang.

2) daripada Kajol

Ever heard the story of the giant ship engine that failed?

The ship's owners tried one expert after another, but none of them could figure but how to fix the engine. Then they brought in an old man who had been fixing ships since he was a youngster. He carried a large bag of tools with him, and when he arrived, he immediately went to work. He nspected the engine very carefully, top to bottom.

Two of the ship's owners were there, watching this man, hoping he would know what to do. After looking things over, the old man reached into his bag and pulled out a small hammer. He gently tapped something. Instantly, the engine lurched into life. He carefully put his hammer away.

The engine was fixed! A week later, the owners received a bill from the old man for ten thousand dollars.

"What?!" the owners exclaimed. "He hardly did anything!"

So they wrote the old man a note saying, "Please send us an itemized bill."

The man sent a bill that read:

Tapping with a hammer ..........$ 2.00
Knowing where to tap ...$ 9998.00

Effort is important, but knowing where to make an effort in your life makes all the difference.

3) ini hadiah dari Aling aka NHK....

Ni I dapat dari email my fren.

Tanpa Disedari

11 bulan

banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,

11 bulan

banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan

banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri,

saatnya istirahat dalam "perjalanan dunia"
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a dan kembali menjadi fitrah

"Selamat Berpuasa kepada semua"...



wassalam