Thursday, November 30, 2006

Last Entry For The Year- kalau boleh lar !!!

Assalamualaikum,

Entah betul ker tidak, tapi I rasa nak take a break for awhile….boleh ker tak boleh wa tatau lar, I tried a few times to take a break tapi nampaknya tahan 3 hari aja …kehkehkeh….except for one force situation that resulted in Aling dengan Embun nangis ingat wa dah mati!!….kehkehkeh….appreciate that and will always remember that sincere kind of friendship….GX nak buat polis report tuh !!!....

Masalahnya boleh ker aku berehat dari update blog atau berehat dari ngintu di halo??!!…sedangkan kedua duanya merupakan source of relaxation dari gelora kehidupan nyata….tapi aku rasa aku kena berehat sebelum aku sekadar merapu dan tidak add value dalam kehidupan pengunjung blog aku ini…ini sesuatu yang aku decide bukan atas dasar spur of the moment tetapi sesuatu yang telah aku fikirkan for the last 3 months....namun sebab keseronokan dan ketagihan , aku tangguhkan cuti aku ini kerana mahu bersama kawan kawan yang sudah macam adik beradik dialam maya ini.....itu dari segi keseronokan dan tanggungjawab tetapi dari sudut lain pula, aku kena take a break sebentar.....katalah aku gagal bercuti sebulan, dapat seminggu atau 10 hari pun sudah satu kejayaan besar memandangkan untuk berjauh dari haloland adalah sesuatu yang agak susah untuk dilakukan...ahaks ahaks ahaks...

BTW, mungkin kelian bertanyakan juga mengapa December ??…well, selepas series of bad luck yang berlaku yang masih tidak berhenti dugaan Allah swt pada saat wa menulis ini, maka aku merasakan aku kena mencari hikmah dan sebab kepada segala ‘musibah’ yang menimpa aku ini….mungkin period berehat ini akan rejuvenate aku punyer enthusiasm terhadap kehidupan nyata, insyaallah…..lagi pun, december ini ramai warga halo akan bercuti bersempena dengan cuti sekolah maka aku rasakan timing untuk aku berehat seiring dengan planning warga halo untuk bulan December...

Tapi aku rasa kalau aku dapat rehat minda 2 minggu pun dah cukup dah untuk aku rasa steamboat balik untuk menulis aku punyer thots and ideas tentang perkara dan hal kemanusian….

Sementara itu kalau kelian rasa gian ngintu…kelian bacalah entry dalam archive dan baca balik perangai kelian dekat dalam haloland tau….masa kelian cuti hari raya ker, aku selalu baca balik entry dan halo lama lama dan pastu pecah perut sowang sowang !!!!….haloland is just a magic place….kalau kelian belum buka/baca archive untuk entry entry sebelum ini, this is the time , trust me, I have written some nice material over the last 28 months dan aku harap kelian baca yer……

Lepas permintaan Mrloba2 di haloland semalam, I may use this article but change the date to create new halolscan ….so kelian take note of haloland and probably kalau aku nampak haloland dah sarat, mungkin aku bukak halo baru yer….jangan lupa melawat blog blog kawan kawan kita yang lain dalam tempoh blog Ilham ini berehat yer….

So kelian bila bercuti bawak anak anak, tak payah ngigil yer nak ngintu and boleh concentrate gan kelian punyer family…… apa apa pun, u all tau cemana nak contact wa kan…..kalau kat YM – rusdiklatino dan kalau e-mail- rusdiklatino@yahoo.com…kalau rindu kat aku, contact aku tau….

Wokeh, wish me luck and maaf zahir batin yer…..see you all in a month’s time!! ( kalau aku berjaya lar, kalau tidak see u tomorrow!!)...love u all so much tau...

* apasal Bolton lwn Chelsea tak start start neh *


wassalam

Wednesday, November 29, 2006

Entry hari rabu- 8 Zulkaedah

Assalamualaikum,

tengah tengah wa garu garu kepala nak citer apa entry hari nei, tetibe wa terdengar suara Farah AF2 dari TV, so wa survey survey, roper yer Farah gan Adam dalam rancangan Muzik@Ria...

kowang tengok tak ??!!!...ngencess beb....Farah sekarang dah jelita dah!!...dah hilang dah muka cute budak budak dah dan sekarang dah lawa jelita dah.....kurus pulak tuh!!!..dressing pun dah artis habis dah.....aku bangga lah tengok Farah dah established herself dalam dunia seni suara negara dan mungkin akan kekal lama sebagai penyanyi yang berjaya, insyaallah....Adam pun nampak very compose dah dan maintain hensem anak ikan dia tuh!! kehkehkeh...

bila aku tengok Farah dan aku tengok Adam, maka teringatkan apakah nasib pelajar pelajar AF yang sudah graduate dari AF1 dan bagaimana faktor nasib menjadi critical untuk berjaya dalam dunia seni ini....

sebagai peminat/penyokong keras Farah, aku rasa bersyukur dengan apa yang Farah kecapi apabila aku memikirkan pelajar pelajar lain...

AF1

Vince - masih relevan walaupun tidak menonjol lagi selepas era zahid dan regime mawi....tapi masih lagi dapat slot sana sini yang menunjukkan beliau masih lagi bertahan..

Khai - walaupun sudah tenggelam tapi aku rasa Khai must be proud of his achievement taking into consideration of his limited talent....

Azizi - satu album lepas tu dah tak nampak batung hidung....great natural talent though..

Nija - dijangka akan menjadi pengganti Ella dan walaupun diambil dibawah Amy Mastura namun bintang beliau belum bersinar lagi dan kalau ikut trend, maksudnya susah dah nak dapat breakthrough...a real waste dan aku agak sedih dengan status Nija yang tidak berganjak.

Liza - Liza akan lebih dikenali sebagai co-host Roda Impian bersama arwah hani Mohsin dan walaupun Liza jarang muncul tetapi 2 or 3 season bersama Roda Impian akan membuat beliau sentiasa menjadi seorang selebriti....tapi wa hairan, dengan wajah yang cun gilos, wa hairan ngapa dia kurang dapat peluang iklan.....

Sahri - satu lagi talent yang tidak dapat peluang untuk menonjolkan bakat beliau...latest wa dengar dia buka restoren dengan zarina AF2 dan Bob AF2.....tapi sayang sebab talent beliau cukup besar tapi tiada peluang..

Rosma - aku never rated her highly even when she was a favourite singer dalam AF1 dan sikap snobbish beliau after AF tamat tidak membantu populariti beliau...mungkin peluang beliau sudah terlepas....

Nana - probably the most popular AF1 student walaupun bukan dalam bidang nyanyian....Nana mengambil keputusan yang betul untuk menjadi DJ ERA dan sehingga kini menjadi relevan dalam dunia hiburan

Burn - juga menjadi DJ Radio dan walaupun mempunyai bajat yang unik tetapi tidak mendapat peluang yang sepatutnya diberikan pada beliau....

Adi- juga menjadi DJ Radio dan teenage hearthrob beliau hilang selepas timbul AF2....nice vocal though tapi sekarang nei nampak juga dalam rancangan Durian Runtuh....macam ala ala lembut pun ada jugak sekarang aku tengok!!kehkehkeh

Atie - Atie lebih menyerlah sebagai pelakon selepas AF tapi aku rasa Atie ada potensi untuk menjadi pengacara TV yag berjaya ala ala Hani Wachaaa...aku rasa Atie akan kekal relevan dengan dunia hiburan

Azza - almost entirely forgotten tapi aku rasa dia ada that star quality kalau diberi peluang...terlalu selamba dalam penampilan dan kemungkinan peluang beliau sudah berakhir..

AF2

Zahid - kejayaan lagu 'Mimpi Laila " masuk final Juara Lagu membuat Zahid nampak kekal dalam populariti dunia hiburan walaupun sebenarnya beliau ketinggalan dari yang lain yang seangkatan beliau.....dengar cerita perubahan sikap selepas AF2 , pilihan genre lagu yang tidak sesuai, sikap terlalu relax dalam persembahan adalah mixture of his 'failure'....but i think he made enough for the last 3 years to be considered as a young millionaire too and he will be around longer than many of his mates...

Linda - last aku dengar kisah cinta/scandal Linda dengan VVIP di Sabah , otherwise dia seakan akan hilang walaupun ada berlakon filem dan buat album.....tatau ngapa, I thot dia nei akan meletup dulu kerana ada package yang baik..

Adam - very much maintaining his popularity dan dengan menjadi anak didik KRU, very likely he his going to be around for quite awhile...tahniah Adam !!

Farah - very proud dengan kejayaan Farah dan aku rasa dan harap Farah akan masuk dalam kategori penyanyi penyanyi seperti Nora, Liza Hanim , Noraniza Idris yang walaupun bukan dalam A category seperti CT or ZZ tapi diterima sebagai penyanyi berjaya dalam era mereka.....tahniah farah and I love you so much....

Bob - lagu beliau masuk final category irama Malaysia last week bermakna Bob masih lagi berjaya mengekalkan relevan beliau dalam dunia seni suara walaupun ramai expect dia lebih berjaya dari status beliau hari ini...aku pun terheran juga tengok dia jadi part of Panca Sitara ari tuh...kehkehkeh..apa apa pun, i think he is going to be fine...

Kaer - tak banyak aku dengar kisah kaer walaupun nampak dia dalam iklan Hari Raya dulu...memang aku rasa kaer sedikit overrated masa AF2 dulu tapi aku still rasa je jas enough talent to be a factor in the music industry....tapi nampaknya jalan kaer pun sudah macam terlambat...

Zarina - agak menonjol dalam bidang lakonan dan lakonan beliau dalam Gol dan Gincu memang berkesan lar.....album dia dah keluar tapi aku tatau lagu apa yang ngetop !!!...aku rasa Zarina mungkin akan bertahan lama sikit berbanding dengan group seangakatan beliau

Anding - juga menjadi DJ radio tetapi juga selalu keluar drama dan filem.....i think anding akan berjaya dibelakang tabir sehingga menjadi pengarah yang berjaya...

Fitri - banyak peluang diberikan pada beliau dalam bidang lakonan mahupun sebagai pengacara tapi aku rasa beliau tak betul betul grab peluang yang datang....I think his time is up..

Mas - aku nampak Mas dalam trek selebriti baru baru ini dan walaupun Mas mempunyai keunikan tersendiri , namun beliau tidak menyerlah selepas AF2....tapi aku rasa Mas mungkin salah seorang pelajar AF yang akan meningkat popular as she gets older..

Adlin - macam Azza AF1, she is almost forgotten walaupun mempunyai vocal yang baik...mungkin peluang beliau sudah berakhir tetapi sebab aku predict Anding akan berjaya di belakang tabir so aku expect Anding akan menaikkan kekasih AF beliau ini....

Probably Zahid is the richest amongst the AF1 and AF2 students whilst Nana probably has the biggest fan base but i expect farah and adam to be the most successful in the singing department whilst Atie could be the next big name in the local film industry...

tapi rezeki manusia nei tak nampak, mungkin selera peminat berubah dan ada kemungkinan sahri, Bob, zarina dan mas yang tiba tiba meletup untuk menjadi penyanyi popular....

actually dalam dunia seni, kejayaan seseorang itu datang dengan hanya berbekalkan sebuah lagu yang top atau sebuah filem yang boxoffice.....

nana dengan keberanian beliau akan membolehkan beliau selalu muncul dalam majalah majalah hiburan dan aku tidak terperanjat kalau Liza muncul kembali sebagai personality TV yang terkenal kalau beliau boleh perbaiki pertuturan beliau....

i stop sampai AF2 dulu dan probably tengok dengan student yang AF3 and AF4 esok.....

wassalam

Tuesday, November 28, 2006

Entry Selasa 7 Zulkaedah 1427H

Assalamualaikum


Gigil ala ala Haziq abis wa semalam tak dapat ngintu kat halo!! Kehkehkeh…tapi nak wat camno, wa yer lady luck masih belum smiling lagik……the series of so called ‘bad luck ‘ continues sebab 2 lagi perkara besar berlaku lagik….semalam tayar kereta aku pulak buat hal menyebabkan aku kena tukar dua dua tayar!!kehkehkeh…..memula aku nak ngap dah tayar 2nd hand dua bijik sebab murah abis tapi aku last last minute aku ambik jugak lah tayar ori…wa gei Kelang tuh cari tayar!!!..murah lar sikit beb!!!…

Pastu umah wa punyer piping system bikin hal/bocor dan complaint kat Syabas tapi depa kata bocor lepas depa punyer meter, so owner kena buat sendiri….aku dengan slumberland panggil plumber ingat kot kot okke lar tukar paip yang bocor…roper roper yer , ambik ko !!!…kena bypass present piping connection dan buat highway baru !!!……700 ratus hengget!!….Ya Allah apa salah hamba mu ini di turunkan dugaan sebegini…..tsk tsk tsk…..Nei tak masuk beberapa kes menghayat hati ...kehkehkeh...yang berlaku yang wa tak war war kan....

Maka bila perkara perkara ini berlaku , aku teringatkan sedara mara aku yang kat kampong yang buat amal jariah gali kubur selalu cakap, bila tangan depa tetibe gatal, maknanya nak kena gali kubur dan kalau sekali gali kubur selalunya hanya berhenti menggali pada angka ganjil iaitu 1, 3 , 5 and seterusnya…what I am trying to say, that sesuatu perkara itu bila berlaku selalunya berturut turut dan betimpa timpa sebelum ianya complete the cycle….so aku termenung tadi memikirkan adakah cycle aku sudah complete after a run of ‘bad luck’ bermula dari kena senget tebuan, ronggak gigi, kereta keluar asap, tayar kete buat hal, paip air bocor dan expected payment did not materialise….all within 8 days period….tapi nak kata semua bad luck pun tak betul jugak sebab sabtu lepas nei Bolton kalahkan Arsenal 3-1 !!!!kehkehkeh…dream dream dreammmmmmmmmm…….

Selalu jugak aku perasan kalau kita tunggu bas atau teksi kan kan kan…bila kita tunggu satu pun tak lalu, tapi bila kita tak mau , berderet deret bas or teksi lalu!!!huhuhu….maksud aku kita hanya boleh merancang dan Allah swt juga yang menentukan…..dan sesuatu perkara yang kita take for granted may not be there bila kita benar benar memerlukannya…..

Tetapi aku yakin setiap yang berlaku itu samada baik atau kurang baik ada hikmah tertentu dan memerlukan kita untuk berfikir sejenak mengapa ianya berlaku….so sekarang ini aku tengah berfikir sejenak apakah hikmah disebalik sedikit musibah yang diturnkan Allah pada aku , hambaNya ini…..

Lepas aku menung menung , aku realise apa yang berlaku dekat aku tidak lah sebesar mana kalau aku bandingkan apa yang berlaku pada makhluk Allah swt yang lain diseluruh dunia….kalau aku rasa aku diduga, dugaan kepada aku tidak seberat dugaan sedara Islam ku yang lain di Palestine, Iraq, Afghanistan dan sebagainya…

Bila aku banding bandingkan musibah yang aku rasakan tidak sebesar mana kalau dibangdingkan dengan kes kes yang aku baca di paper atau lihat di TV sepeti rancangan Bersama Mu di TV3…

Bila aku kaji kaji sendiri, dugaan yang aku alami adalah juga berkaitan dengan sikap aku sendiri dan sebelum aku menyalahkan takdir, aku harus menyalahkan diri aku sendiri dahulu….

Tetapi sebagai manusia biasa, apabila datang dugaan sebegini, akan ada tendency untuk mencari sebab berlaku tanpa menyalahkan diri sendiri…mula memikirkan takdir dan mula mempersoalkan erti keadilan dalam kehidupan…kehkehkeh…..mula lah dengan sedikit cuit dari syaitan , kita manusia akan berkata mengapa orang yang tidak mendekatkan diri pada Allah hidup slumberland aja tapi kita yang cuba dekat gan Allah selalu diduga….mulalah datang rasa gatal dalam hati memikirkan mungkin Allah swt tak sayang kita atau doa kita tak dimakbulkan Allah swt dan sebagainya…tetapi sebenarnya kalau kita bandingkan jumlah kebaikan yang kita terima dari Allah berbanding dengan jumlah dugaan yang diturunkan Allah, maka aku yakin kita lupa bahawa nikmat Allah swt itu lebih banyak berganda ganda tetapi selalunya kita take for granted apa yang diberikan Allah swt kepada kita dan hanya benda itu tiada, kita merasakan ianya nikmat dari Allah swt…..

Dalam aku menulis ini, aku masih ada rasa takut untuk menghadapi hari esok kerana takut adakah aku akan menerima dugaan Allah swt lagi dan samada sequel musibah kecil ini akan berterusan lagi …..tapi aku jugak baru terfikir bahawa sebelum musibah menimpa, aku ada menerima anugerah dari Allah swt yang tidak ternilai besarnya walaupun aku tidak boleh directly share dekat sini..alhamdulillah…..so, bila aku fikir fikirkan, aku nei bukan ditimpa musibah tetapi just series of event that act as an eqelibirium ( spell??) to balance the good and the bet in my life as determined by Allah swt…..

So okke lar geng, wa citer entry lagu nei hari nei tapi inilah yang terlintas dihatiku…..apa apa pun, kalau ada yang baik dari apa yang aku lalui ini, jadikan teladan dan yang kurang baik, campak dalam jamban….

Wokeh geng….i love u all so much room……


wassalam

Monday, November 27, 2006

DiaryDiri 27/11/06

assalamualaikum,

semoga minggu ini lebih baik dari minggu lalu dan semoga ketaqwaan diri kita berada ditahap yang lebih suci dari minggu lepas.....

This is going to be a simple entry because i couldn't find the time to write ....


Langkawi ferry accident...

memang tragik mendengar kisah perlanggaran ferry ini dan kematian seorang kanak kanak berumur 3 tahun ....tapi aku tidak sanat terperanjat mendengar kisah ini sebab personally aku telah lama memikirkan tragedi di laut seperti ini yang melibatkan ferry di Pulau Pinang, bot bot laju ke pulau pulau redang dan perhentian mahupun ferry penumpang ke Pulau langkawi dan Pulau Pangkor....ini adalah dari pengalaman aku sendiri aku dapat melihatkan betapa perlumbaan mendapatkan penumpang lebih diutamakan dari keselamatan perjalanan mahupun keselamatan penumpang....

apabila manusia itu dianggap sebagai a mere commodity to create revenue, maka tragedi mudah berlaku walaupun dari segi zahirnya perlanggaran itu dikatakan akibat hujan lebat dan radar yang tidak berfungsi..I will say bullshit to these excuses....the fact that the victims were made to wait for more than one hour before being rescued showed that they were no rescue training/drill ever made/prepared to anticpate such a tragedy......maybe some people would want to point out that are more than 60 ferry trips per day for the last 10 years and this being the first accident as a testimony of a safe ride to pulau langkawi!!! I wont buy that notion because to me it is tragedy waiting to happen but everybody assume it wont happen....

i would believe now that all ferries would be inspected further for its sea wortiness and the personal handling these ferries must be qualified personal.....i would also expect the route to and from Kuah Jetty to be clearly defined in order to avoid congestion during peak holiday period...safety aspect of the ferries must be improved and more authority enforcement is required...

the same should apply to boats ferrying holiday seekers in the many island in Terengganu/Pahang or ferry to Pulau Pinang and Pulau Pangkor....

Juara lagu dalam kategori irama malaysia/Etnik kreatif ( stand to be corrected)

I saw the 1st semi-final and was quite impressed with the quality of song contested and the singing performance.....I thot M.Nasir/Loloq/Misha was unlucky not to make it to the final , otherwise it was quite a fair and expected result.....

Some many years ago when the host of Muzik Muzik asked Kopratasa " adakah mereka menukar imej kerana berpakain macam Rabbani ?" the same answer was uttered by them when this time Cheryl Samad asked them " semua serba putih hari ini ?".....jawapan " sukati kami lah apa nak pakai "....

wa tak faham mengapa Kopatrasa harus mengambil soalan yang ditujukan sebegitu begitu personal tetapi yang nyata apa yang mereka lafazkan seolah olah memberi indication bahawa " yang berpuitis tidak bermakna yang berbudi bahasa "....kalau di kata bahasa jiwa bangsa, maka bagi kopatrasa menunujukkan kontradisi kepada pernyataan tersebut...

aku perosnally rasa sudah tiba masa TV3 ban kumpulan seperti Kopatrasa dalam rancangan yang disaksikan oleh semua peringat umur dan berbagai bangsa....

Shame on you, Kopatrasa...

EPL ....

about 30 minutes ago, Man U and Chelsea battled out a 1-1 draw in a pulsating football match that live to people's expectation...great quality football, great goals and fantastic commitment....Man U were the better team in the 1st and Chelsea took the 2nd half ....Ronaldo and Essien were outstanding for Man U and Chelsea and I was equally impressed with referreing....

Liverpool won 1-0 over Man City throigh Gerard's goal and Spurs beat Wigan 3-1 and BokD must be smiling the whole nite over this result....

kehkehkeh...but the real result of the weekend must be the magnificent Bolton 3-1 ..i repeat 3-1 , yes 3-1 victory over Arsenal!!!.....that have got to be ranked as one of the best match in EPl history..huhuhu...with Anelka scoring 2 superb goals and Arsenal hitting the bar and the post three times......a physical kind of game but Bolton came out triumph because they were more hungry for the victory....El-Hadji Diof was instrumental and Anelka was really superb....

..this victory has put Bolton back to where they belong, that is 3rd place on the league table....huhuhuhu....cant wait for chelsea to come to Reebok stadium so we can teach them a lesson or two about football!!!...who needs Mourinho when you have Big Sam !!!....Nolan for England !!!!.....

I am still waiting for Feb and March to witness Bolton final surge towards the Championship and I would expect man U and Chelsea to experience series of bad result somewhere between january to march!! ahaks ahaks ahaks.....

okke lah guys tu dulu yer....

wassalam

Friday, November 24, 2006

Entry Jumaat - 3 Zulkaedah 1427H

Assalamualaikum...

Salam Jumaat pada semua dan maaf ku pohon atas segala kata kata dan perbuatan selama seminggu ini....sorry yer bro!!...

hari ini entry wa rengan rengan aja yer......aku cut and paste kisah dan fakta berkaitan Rasullulah saw yang aku rasa perlu dibaca oleh semua umat Islam akhir zaman ini....kalau dah baca, sebagai ulangan aja...

Thanks Min Superhero for this article.....

Lelaki Paling Hensem -

KENALI NABI MUHAMMAD SAW SECARA LAHIRIAH KENALI NABI MUHAMMAD SAW SECARA LAHIRIAH

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan orang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah :

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.
- Aku melihat cahaya dari lidahnya..
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahariterbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulanpurnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelassemasa marah.
- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruanasli di bahagian sudut.
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekalipertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagiandepan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca.
- Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecahbahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjurdari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunyalebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besardan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapakkakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka. KESIMPULANNYA : Nabi Muhammad s.a.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia... __________________________________________________

Untuk mengingatkan kita...

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkansalam.

"Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,

"Maafkanlah, ayahku sedang demam,"

kata Fatimah yang membalikkan badandan menutup pintu. Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudahmembuka mata dan bertanya pada Fatimah,

"Siapakah itu wahai anakku?"

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"

tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yangmenggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kataRasulullah,

Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibrilyang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti dihadapan Allah?"

Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umatMuhammad telah berada di dalamnya,"
kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh.

Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidaktertahankan lagi.

"Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya.

"Uushiikum bis-shalaati, wa maa malakat aimaanukum - peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu. "

Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Allaahumma sholli 'alaa Muhammad wa baarik wa sallim 'alaihi.

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

NB: Kirimkan kepada sahabat-sahabat muslim lainnya agar timbul kesadaran untuk mencintai Allah dan RasulNya, seperti Allah dan RasulNya mencintaikita. Karena sesungguhnya selain daripada itu hanyalah fana belaka. Amin... Usah gelisah apabila dibenci manusia karena masih banyak yang menyayangimu di dunia, tapi gelisahlah apabila dibenci Allah karenatiada lagi yang mengasihmu di akhirat.

wassalam

Thursday, November 23, 2006

Entry Thursday - 2 Zulkaedah 1427H

Assalamualaikum,

pertama tama wa nak mintak ampun dan maaf pada Vaart sebab untuk kedua kalinya wa telah mempermainkan hati dan jiwa beliau di haloland!!kehkehkeh...sorry bro, can't help it lar yesterday bro....hehehehe...sincerely hope ko boleh tidur malam tadi ekkk....tapi kan bro, wa citer kat mummy wa kan kan kan, mummy wa cubit wa tau.....kehkehkeh.....tapi ekkk, ngapa ko nebes pretty ugly ekkk..wa curious lar, ko buat karangan sikit bro ngapa ko gubra al-sepet everything wa kacau ko lagu tuh....

ari nei nak citer apa arrr....wa ketandusan walaupun tidak kehausan , wa tatau apa topik nak sentuh ari nei....

errmmmm..ekceli, wa hairan ngapa setiap kali wa kata DSAI akan kembali ke umno semula , ramai akan persoalkan pendapat wa ini ...kehkehkeh....sebenarnya , bukan wa suka suka cakap, tapi dari pengamatan wa DSAI itu adalah politician 1st dan warrior 2nd, dari pengamatan wa, DSAI itu adalah sebahagian dari masa depan politik negara dan sejarah menunjukkan ramai pemimpin umno yang keluar parti kemudian naik lebih tinggi bila depa masuk semula dan sebagai umat Islam kita mesti yakin doa orang teraniaya itu makbul....

....aku ingat dulu bila aku cakap dengan kengkawan aku bahawa orang macam Roslan Kassim, Ezam ,Azmin dan yang masuk Kamuntung itu vulnerable dari segi pegangan perjuangan kerana mereka berakar umbikan perjuangan umno... ramai yang menempelak aku dulu dan bila Roslan Kassim masuk umno, tak der pulak yang tepuk bahu aku kata aku terrel....kehkehkeh....wa senyum aja...

dan lepas tu aku kata DSAI akan masuk umno sebelum jadi PM, ramai yang marah lagi kat aku dan kata aku tak kenal sapa DSAI!!!...kehkehkeh, memang aku tak kenal DSAI dan aku tak perlu kenal dia untuk buat aku punyer prediction....

tapi kerana ramai yang taksub dengan teori RAHMAN, maka mereka yakin dengan keyakinan yang boleh menyebabkan aqidah depa rosak bahawa DSAI tidak akan menjadi PM selepas nei....bagi pendapat aku, kemungkinan DSAI menjadi PM bukan atas dasar 'if ' tapi 'when' kerana aku melihat kepada kes Nelson Mendela....dipenjara sebegitu lama dengan harapan beliau tidak akan menganggu gugat sistem apartheid di South Africa, tapi akhirnya dengan izin Allah swt, dia menjadi presiden South Africa jugak....ini adalah hukum kehidupan bahawa manusia bisa merancang tapi Allah swt juga yang menentukan segalanya....

tapi ngapa mesti masuk umno baru DSAI akan naik PM ??...kalau DSAI ini betul tak mau masuk umno, semasa beliau ditangkap dulu, beliau sepatutnya menyeru semua reformis yang ramai tak der party untuk bergayut untuk masuk parti parti yang sedia ada seperti PAS, PRM, DAP yang menyokong beliau pada masa itu tetapi sebaliknya beliau telah menubuhkan Keadilan sedangkan beliau tahu lanskap politik di Malaya ini tidak akan memberi laluan pada parti baru especially yang merupakan serpihan umno.....kehkehkeh.....penubuhan Keadilan bagi aku adalah perancangan awal DSAI untuk kembali kepada umno dengan menggunakan vehicle yang selain dari PAS....ahli umno akan lebih mudah untuk menerima beliau kembali atas dasar beliau tidak menyertai PAS iaitu musuh tradisi umno dan bagi aku ini adalah planned action dari DSAI....

aku dari dulu maintain bahawa penangkapan DSAI adalah bermotifkan politik maka begitu juga pembebasan beliau juga atas tiket politik....aku rasa kalau buat survey dalam perhimpunan umno lepas , sapa ahli umno lebih suka naik lepas zaman Pak Lah, aku sure DSAI punyer nama akan berada paling atas sekali....ini adalah kerana ramai yang dalam umno tahu bahawa kejatuhan DSAI bukan sebab tidak layak tapi kena lanyak dan atas dasar ini pulangnya DSAI dalam umno tidak akan ditolak begitu sahaja malah dialu alukan....apa lagi kalau DSAI masuk umno enbloc sekali dengan semua ahli keadilan!!! cantikkkk.....even kelantan pun mungkin dapat pada umno kalau perkara ini berlaku...huhuhuhu...

ramai akan kata bagaimana kata kata Khairy yang suggest DSAI seorang munafik ??? hehehehe...aiseymen, bukan ker Khairy yang mula mula sampai rumah DSAI lepas beliau dibebaskan!!!...kehkehkeh....dalam politik, apa yang disebut terang terangan itu adalah kabur dan selalunya apa yang tidak dikatakan itulah yang terang benderang kalau dikaji....

aku pernah dengar citer dulu dulu bahawa Musa Hitam tetibe masuk umno balik semasa MaMak kena stroke sebab dikatakan Musa Hitam akan menggantikan MaMaK kalau anything bad to happen to MaMaK..betul tak betul aku tatau tapi itulah yang aku dengar dan semua tahu masa itu public melihat Musa Hitam itu berseteru!!!.....so, dalam politik, lawan masa sihat boleh jadi kawan masa sakit atau vice versa...

so bagi pendapat aku, kalau Pak Lah nak tengok Khairy terus melangkah dalam politik selepas era beliau berakhir, maka pengganti Pak Lah mestilah seorang yang akan friendly kepada aspiration Pak Lah ini bermakna seseorang yang akan memberi ruang dan laluan untuk Khairy terus maju dan melangkah......semua tau kalau Najib naik, Hishamuddin adalah akan menjadi anak didik Najib dan macam mana Khairy nak bertahan kalau najib naik....so bagi aku, tak logik Pak Lah akan biar Najib naik kerana survival Khairy adalah penting bagi Pak Lah....so siapa pada hari ini yang boleh menandingi Najib kalau bukan DSAI....adakah DSAI akan pelihara Khairy kalau dia naik, aku rasa tak jadi masalah sebab khairy tu bukan lah teruk sangat tapi just budak mentah aja....maksudnya kalau dididik dengan baik, boleh jadi pemimpin yang baik khairy ini...so kalau aku Pak Lah, aku akan pilih DSAI untuk guide menantu aku kerana aku tau jugak DSAI terhutang budi sebab aku dah bebaskan dia.....after all, depa orang Penang semua pun adik beradik!! kehkehkeh....lagi pun, Pak Lah dah mencapai puncak dan mungkin beliau tak kisah dah untuk DSAI menuju puncak.....

i think Pak Lah juga memerlukan DSAI sebagai secret weapon untuk meredakan tekanan dari MaMaK dan kuncu kuncunya.....hehehehe....MaMaK mungkin boleh buat buat kereks dengan Rafidah Aziz tapi kalau kelibat DSAI mungkin dia terkincit kot....kehkehkeh....

i think the main reason why i keep repeating DSAI akan masuk umno ialah aku mahu merasakan hidup di Malaya ini dibawah kepimpinan beliau....dan mengapa umno walaupun aku tak minat gan umno ?? sebab suka tak suka , umno ini bagus untuk survival malays tetapi mungkin kini terpesong kerana kesan regime MaMaK dulu dan kalau di perbetulkan umno ini boleh menjadi asas kekuatan politik orang malay ...PAS adalah penting sebagai pembangkang yang kuat untuk menentukan umno tidak terpeleot lagi dan keadaan ini mungkin berlaku di bawah kepimpinan DSAI sebagai PM....DSAI juga sudah established dalam arena politik antarabangsa dan ini merupakan advantage pada negara nanti....

perlantikan Mat Taib sebagai senator yang memungkinkan beliau jadi menteri lepas ini adalah satu indication bahawa laluan pulang DSAI ke umno lebih jelas...kalau betul, bagus lah.....

pastu kalau boleh, aku juga teringin nak tengok Musa Hitam, Ku Li, Shahril Samad, Affifuddin yang kena ketepi masa regime MaMaK kembali dalam kabinet untuk mengembalikan kegemilangan semangat perjuangan umno sebelum tertubuhnya umno baru....

a strong umno cabinet members reflects a strong umno and a mixture of seasoned politician with up and coming young politician will create a strong sucession planning within umno and the government.....

BTW, i gaduh gan pakcik aku pasal aku sokong Pak Lah...kehkehkeh...lepas kes besar baru baru nei, even Pakcik aku pun dah mula nampak mengarah ke Pak Lah.....huhuhu....

so adakah penyokong keras DSAI harus sedih kalau prediction aku betul lagik ??, aku rasa tak perlu sedih sebab yang penting ialah DSAI dapat hak beliau yang telah dirampas ....ini pendapat aku lar.....

okke lah....wa stop dulu......Vaart!!! sowey ekkk....i lap u bro!!!..kehkehkeh....



wassalam

Wednesday, November 22, 2006

Entry Rabu 1 Zulkaedah 1427H

Assalamualaikum,

..masa reformasi dipuncaknya dulu, orang malay yang berdiskusi tentang reformasi ini dianggap sebagai giler berpolitik, tidak faham sejarah dan membuang masa....tapi hari ini bila orang bukan malay mempersoalkan kes al-tantuya hingga keperingkat rumours mongering, mempersoal DEB dan sebagainya, tiada pulak yang menyalak mengatakan depa ini giler berpolitik, tidak faham sejarah atau suka membuang masa.....maksud aku di sini, mengapa orang kita suka menjatuhkan orang kita sendiri...

* inilah saja statement berbau politik wa untuk hari ini *...huhuhu

kehkehkeh...wa tak minat nak jadikan blog ini sebagai medan politik memanjang, kalau ada isu kita cerita, kalau ada teguran perlu buat, kita akan tegur tapi selain pada itu, kita sini citer semua benda yang bisa mencanakkan minda, mende tu dan sebagainya..kehkehkeh...

wokeh now !!!apa kes yang wa baca Mat Rempit pergi attack polis nei ??!!!....ini adalah satu kes serius bagi pendapat wa yang perlu ditangani dengan segera.....last friday nite , wa pergi lar jenjalan dekat Bukit Bintang dan memang so much has changed since aku dok jemput ex-aweks aku yang kerja jadik salesgirl kat area nei....jemput naik bas lar yer.....sekarang nei ntah hapa hapa kedai/restoren to cater for tourist from Arab countries pun ada kat area tuh...kenkadang wa gelak dengan non-muslims kat Malaysia nei..punyer lar kutuk muslims especially from the middle east countries, tapi tang nak duit pak arab nei, tak malu malu buat signboard bahasa arab nak attract attention berbagai...kehkehkeh....

okke balik citer asal wa, wa pun pergi dekat Dataran Merdeka nak lepak lepak tapi wa terkejut beruk tengok bebudak naik motor bikin pacak dengan aweks tenggek belakang motor sambil balance kan motor....memang superb!! memang menakjubkan aksi stunt depa tu tapi aku rasa takut berada di kawasan tersebut sebab kemungkinan depa terlajak dan langgar orangramai di bahu jalan adalah amat tinggi....

..aku terfikir jugak masa tu kalau yang buat aksi pacak tu anak Mat Salleh expatriates yang belajar dekat International School tuh...aku yakin ramai mak bapak malay cakap, " tengok anak anak mat salleh nei, creative dan berani !!"...tapi sebab anak malay yang buat, semua pakat kutuk giler !!!kehkehkeh....aku rasa bahaya bikin pacak nei sama dengan aksi buat triple sommersault dalam aksi skateboard tapi main skateboard sampai ada X-Games competition....

so aku cadangkan di adakan Pertandingan Xtreme-Rempit International Meet dan acara acaranya ialah seperti berikut..

1) Aksi Pacak paling lama
2) Aksi Pacak dengan variasi
3) Aksi Pacak dengan aweks tenggek kat belakang sambil kukup lollipop
4) Aksi Pacak berhalangan
5) Aksi Pacak Berkumpulan ( macam wushu lar )

race laju laju pulak..

1) race 1000 meter gaya bebas
2) race 2000 meter kuak lentang..kehkehkeh
3) race 1000x4 passing baton ( bayangkan aksi maut masa nak passing baton)
4) race triathlon iaitu disamping race, ada point point tertentu kena buat aksi seperti menembak, memasak, sembahyang sunat dan sebagainya....kehkehkeh

track untuk race tak der hal....kowang tengok tak A1 China grandprix last week....kowang tengok tak track depa....kehkehkeh.....memang jinjang abis beb!!! tu pun boleh jadik track A1 aperkejadahnya , so kalau strecth jalan Raja Laut corner dekat chow kit sampai dataran merdeka memang ngam abis....kehkehkeh..

on a more serious note, perlakuan Mat dan Minah Rempit ini harus dibenteras kerana bukan sahaja membahayakan depa depa ini tetapi membahayakan pengguna jalanraya yang lain....aku rasa Mat Rempit yang aku tengok beraksi malam tu memang pro lar sebab lepas depa pacak depa pastu relax park motor and duduk sebelah aku dan no drugs or showing off tapi just another one of many of those yang melepak menghargai keindahan malam di Bangunan Sultan Abdul Samad...tapi masalahnya bila mereka yang tidak mahir tapi nak bikin pacak dan yang involved in drugs mula beraksi dan di sinilah masalah dan bahaya timbul..so kena tanggani masalah ini dengan tegas iaitu dengan membuat serbuan di rumah atau di tempat kerja ala ala Operasi Lalang...I think kalau ISA digunakan untuk kes Mat Rempit ini..seminggu settle lar masalah Rempit ini.....tak semua penggunaan ISA ini tak baiknya dan kalau digunakan dalam kes Mat Rempit ini memang sesuai bagi pendapat wa sebab automatically Mat rempit akan stop sebab tak sanggup masuk Kamunting....huhuhu...

namun, bagi mereka merempit adalah sukan/riadah mereka dan wa tak salah kan mereka sebab padang bola semua dah buat flat, condo apartment dan ada padang yang cantik tak boleh masuk sebab tempat orang main golf, nak main takraw ada berapa sangat court free main takraw, nak main badminton nak kena sewa court/hall, nak main bowling mahal, so depa main motor sebab motor racing in the form of F1, A1 dan superbike/ motor grandprix diberi coverage yang meluas oleh kerajaan seolah olah satu bentuk sukan yang legitimate....get my drift...

apa apa pun, aku rasa ramai yang dalam kereta mewah pun bawak kereta membahayakan orang lain ala ala Mat Rempit, yang bawak bas dan lori pun berkelakuan melebihi Mat Rempit dan ada jugak tuduhan yang menyatakan tow truck operators yang lagi teruk dari Mat Rempit apabila mereka menabur minyak atau paku paku untuk menyebabkan accident bagi meningkat business tow-truck mereka ....ini pun kena tanggani jugak...

okke..tu saja untuk hari ini.....

wassalam

Tuesday, November 21, 2006

29 Syawal - Haloland Open House and my reply to jeffooi...

Assalamualaikum,

Sebagaimana wa janjikan , hari ini iaitu hari terakhir Syawal ini adalah Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri untuk blog Ilham ini....

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin dan sudi sudilah ke haloland untuk meraikan majlis yang mulia ini....kehkehkeh...macam real madrid ajer ekkkk!!!...

Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula kita sahabat maya yang berbekalkan kekuatan minda untuk mengukuhkan tali persaudaraan sesama kita...kata kata dan gurau senda , nasihat dan azimat , tangis dan tawa kita jadikan sandaran perhubungan di alam maya...

Hari ini adalah hari untuk kita sesama mengzahirkan rasa kesyukuran kita di haloland kerana telah berjaya mengharung Ramadan untuk mencari keredhaan Allah swt dan mencapai makam ketaqwaan yang lebih tinggi dan hari ini hari istimewa kerana dalam semangat berhari raya yang menjadi adat orang kita , kita meraikan syawal sehingga ke akhirnya....

Selamat Datang Rakan Taulan
Selamat beraya bersama rakan
Ambil juadah ambil hidangan
Kalau Tak Malu jemputlah makan.....kehkehkeh

Berbaju kebaya terbelah belah
Berbaju kurung terdedah dedah
Kiranya jantan kebaret datang mencelah
Cepatlah belah hayunkan terompah !!!...kehkehkeh

Ketupat rendang marilah jamah
Ayam golek jangan tak ratah
bila yang berdua duaan dah mula melatah
carilah ketur nak tampung muntah!!!...kehkehkeh

Ramadan dijulang Syawal gemilang
Seronoknya tarawih terasa girang
Lailatulqadar malam terbilang
Puasa Enam tak kurang cemerlang

Marilah kawan jemput datang
Rumah Terbuka Ilham bukan kepalang
Bertema Tradisonal Contemporary fesyen terbayang
Demi persahabatan , persaudaraan dan kehkehkeh banyak gaks temberang!!!kehkehkeh

Pada Seri , Jane, dan Aling.....inilah jugak occasion khas untuk meraikan kejayaan anak anak kelian dalam UPSR lepas dan tahniah pada mereka semua....alhamdullilah....

wa nebes nei sambil berpakain tradisional lelaki jawa dengan kain pelikat berbenang sutera dengan topi jawa bersequin bercahaya, seluar panjang hitam baggy style dan dada terbuka pusat menggoda.....capal menjadi pilihan kaki ku , emas putih berteman di lengan ku...aduh tampan bergaya rasanya diriku walaupun gigi tidak semerdu....kehkehkeh...

Menu hari ini

Laksa Pangkor ala Selayang buatan tangan si fudhla sayang
Mee Hon Baibun nama diberi ,sekali pekena memang mata jadi rabun
Mee Bandung Wak Sipon tak campur kari, sekali makan pun, dah boleh menari nari
Roti Jala Dek Non Yala mari, kencing tak der bunyi kentot manyak wangi
Nasi Beryani Pronoton memang dicari, sekali makan kenyang 4 hari
Lomang Mongolia lamak lah bana, sekali tanak memang dapek anak
Kueh Tart Orang Pahang menggigit jari, sekali pekena memang terseliuh gigi
Batang Buruk Orangkampong , sekali try terkejut beruk mengalahkan makan pronoton epong!!
Nasi Lemak peps smear bersambal petai, sekali try memang terjuntai...
Apam Manis Layar Lara memang berselera, cubit kat peha , berair tang mata...
Seri Muka Johor memang tersohor, sekali telan memang terliur
Kepok Lekor Hero sekali makang memang KO dua kali makang memang tak kebulur
Roti Kaya Avanza siapa makan memang dapat janda
Air Bandung papaa campur soda memang tergoda..macammmmm Ina
Teh Tarik Debok tiada bandingan, sekali huloq , sampai ke teloq, sekali teguk memang nak seluk
Lengkong Labuan Nini, manis sekali sampai ke gigi tapi dah cuba memang nak lagi
Sate Kajang dekat BBB sekali tarik memang tertarik, menarik kau memang debommmm
Apam balik Score AA siapa makan memang tak balik, Misa makan memang menjerit
Ceramel Lobermoore sedap sekali , air gula melimpah ketur pun tumpah aling pun tadah loba2 pasrah
Almond Jane London made in Sg.Siput sekali gigit memang terhenjut, dua kali gigit dahi berkedut
Tosei Kajol menonjol kalau pekena memang kojol
Ice cream vanilla vaart sekali jilat memang menggeliat, dua kali jilat memang bersilat
Royce cheese cake , when you taste, you wont waste
GX biscuit cookies, sekali cuba memang ngencess...dua kali cuba memang the best
Pecal MamaBat memang hebat, kalau tak makan kena rembat...bila makan pasti terhebat..



okkeh....jom ronggeng....lagu tema open house hari ini ialah lagu " Pencinta Wanita " berirama Jazz.....huhuhuhu...

Selamat Hari Raya dan enjoy the open house yer....

* wa sambung kat bawah nei lepas wa published this entry untuk yang atas nei*

jeffooi's blog mentioned me as one naive and gullible blogger!! huhuhuhu..

I was a bit curious when I saw my visitors/hits meter showing sudden surge of visitors/hits to this blog and thus did some checking and I was a bit surprised to see readers path coming from the famed jeffooi's blog .....further checking confirmed that this santapanhati blogspot was indirectly mentioned in jeffooi's blog as one naive and gullible blogger for stating the name of al-tantuya @ aminah therefore believing the person was a muslim by virtue of her name....well, she may not be a muslim but there's a possibility that she could be one too...if she's not, i have done nothing wrong believing she's a muslim based on her 'alias' , but if she was a muslim, then it would be very wrong for me as a fellow muslim to simply deny that possibility that she was one ....similarly, it has to be said that jeffooi is equally naive and gullible for believing that she's not a muslim just for the fact that the mainstream newspapers are now referring her as Al-Tantuya Sharibuu...if ever there was a hidden agenda to make people believed she was a muslim then, the same agenda could be the reason why people are made to believe she's no longer one now!!

I dont believe that the status of her religion would make this case less sensation or gruesome, the fact remain she was murdered in a cruel manner beyond hollywood director's imagination and thus my sympathy to her bereaved family members regardless of her religion status...however, if she's indeed a muslim, it is just appropriate for me to save a little prayer for her soul..Al-Fatihah....I have got nothing to lose as a muslim in believing that she was one.....naive or not , deceived or otherwise, nobody except Al-tantuya knows the real status....yeap not even jeffooi , though he tried to tell people he knew more than others about al-tantuya real religion at the point of her death.....


wassalam

Monday, November 20, 2006

DiaryDiri 20/11/06 - 28 Syawal

Assalamualaikum

Salam sejahtera dan semoga ini merupakan minggu yang lebih berjaya dari sudut zahiriah dan rohaniah dari minggu lepas…

Bagaiamana weekend kelian ?? that’s always a new ‘First’ in our lives kan…1st time makan makanan yang tidak pernah makan, 1st time pakai pakaian yang kita rasa kita tak akan pakai dan berbagai bagai 1st lagi dalam kita mempelajari ilmu kehidupan duniawi ini…

Last Saturday wa merasakan 1st time yang baru untuk wa…kehkehkeh….nope, bukan wa pecah teruna …huhuhu..tapi kena sengat tebuan!!!..huwaaaaaaaa…sakit beb!!…menjerit wa mintak tolong!!!….wa keluar rumah nak pakai seliper tetibe terpijak tebuan yang agak besar lalu tebuan tu stung wa yer tapak kaki!!!…sakitnya betul betul cantik punyer sakit!!!….meratap wa beb!!!

Wa taruk minyak gamat tapi sakit jugak…..lepas tu wa gei clinic dan kena injection barular wa rasa ada tapak kaki balik……lepas kena injection gan makan ubat ,wa terus tertidur tapi denyut masih terasa gaks!!…dan lepas maghrib baru rasa denyutan itu ilang…

Kehkehkeh…wa ingat wa nak mati macam steve irwin kena cucuk gan stringray tapi bila doktor check BP semua wokeh….wa bersyukur lah umur wa panjag lagi kot….kehkehkeh…..tatau lar apa dosa wa sampai Allah swt kasi wa kena jab dengan tebuan tersebut ….tapi wa pk pk….wa syukur juga sebab mungkin bisa rebuan itu mengandungi khasiat tertentu yang mungkin badan wa tak der sebelum …mana tau lepas kena stung nei, wa yer kekuatan batin macam wa makan pronoton!!!kehkehkeh…

At this point of writing, wa dah tak rasa apa apa reaction dari bisa sengatan tebuan tersebut…..

Kehkehkeh….ingatkan lepas kena tabuan itulah sahaja WHO activities wa…roper ropernya lepas sakit kena tebuan hilang, barulah sakit gigi wa terasa balik….wa sakit gigi dulu sebelum kena sengat tebuan….wa try tahan tahan lar sakit gigi nei sambil makan pain killer tapi tak tahan , last last sebelum maghrib tadik pergi jumpa dentist, dentist kata wa yer gigi tidak boleh diselamatkan lagi dan kena cabut jugak…..dentist pun kata wa ada seyes sakit gusi!!!..siutt tul….dentist kata sakit gusi wa nei dikenali dalam bahasa perubatan sebagai sakit Gus Dur!!!….baibun bah…..seriously though, wa cabut gigi tadik dan just enough time untuk darah tu berhenti mengalir untuk wa maghrib……mak oiiii…injection kat gusi tu sakit giler ekkk…so dua hari berturut turut wa kena jab !!!

Now wa ronggak lar beb…..dah lar gigi wa memang bersepah and sekarang nei ronggak pulak….tapi tak per, manis tu masih ada bila wa tak bukak mulut!!! Kehkehkeh…

Apa apa pun, wa nak ucap terima kasih pada mereka yang telah hantar telegram get well soon terutama dari Corozon Aquino , Henry Kissenger , Gus Hiddink, John Travolta, Tina Turner, Harvey Malaiholo, salma Hayek dan ramai lagi yang wa tak sempat nak sebut di sini….berangan free beb!!!

I think pengakuan Dato’Azhar Mansor yang beliau masih Islam telah menjadi tajuk diskusi over the weekend…ramai yang merasa lega tetapi ramai juga yang merasa tidak cukup puas dengan pengakuan tersebut…mengikut laporan laporan yang wa baca, DAM refused to recite the syuhadah apabila diminta oleh wartawan sebagai cara untuk mematikan semua bentuk spekulasi dan indakan ini telah dipertikaikan…..personally, wa rasa tak perlu suruh dia mengucap setelah beliau menyatakan kedudukan beliau sebagai seorang Islam dan apakah benar apa yang beliau nyatakan adalah antara beliau dan Allah swt….kerana wa yakin kalau dia memepersendakan aqidah beliau yang sebenar, balasan Allah swt itu akan datang jua nanti..

Kes Al-Tantuya masih terus menjadi topik hangat dan my initial prediction on this case about its relation to perhimpuna umno seolah olah ada kebenarannya bila wa baca bermacam macam kisah tidak resmi…

Bagi wa , wa prefer to wait and watch now than to speculate further sebab wa hanya speculate bila orang lain wait and watch….tapi kes ini memang akan menjadi tumpuan kerana melibatkan pembunuhan yang kejam , warga negara asing, model yang cantik, pihak berkuasa dan seseorang yang dalam kategori elite dalam negara…

EPL.

Chetttt!!! Bolton wa kalah lagi !!! kali dengan Everton 0-1 dan bermakna dalam the last four games, Bolton kalah 3 dan seri 1 game!!! Ciss cake topping cendol betul!!!….tahniah pada mrloba loba dan mamabat dengan kemenangan Man Utd 2-1 atas Sheffield United dan vaart kerana chelsea menang 1-0 dengan West Ham…..

Wa impressed lar gan MU tahun ini, bukan saja depa very organised tapi very exciting sekali….tapi wa rasa Chelsea mungkin a little bit stronger because of the size of the squad as the end of the season finale approaches…..tapi wa still yakin Bolton akan bounce back somewhere in February/March to challenge for the championship…kehkeheh..kowang tak caya tak per….huhuhu…

Okkelah, wa tengah tengok Spurs and Balckburn game tapi rasa tak larat nak tunggu macam game middlesbrough dengan Liverpool last nite, tunggu sampai pagi last2 nil all draw...

Okke ….kengkawan, dah tempah baju ke belum untuk tomorrow’s haloland open house…wa harap kelian semua berhias sakan untuk besok sebab wa akan memperagakanpakain wa yang ditempah khas dari Jawa Timur iaitu baju tradisional ala jawa tetapi diberi sentuhan moden…..maksomnya masih ada lubang lubang di dada untuk mempamerkan dada wa yang telah wa inplant untuk memberi kesegaran baru …huhuhu


wassalam

Friday, November 17, 2006

Entry Jumaat - 25 Syawal

Assalamualaikum

Salam Jumaat yang indah kepada semua sedang kita melangkah ke penghujung Syawal 1427H ini...salam kemaafan jua ke hulur atas segala kesilapan atau keterlanjuran kata kata dan perbuatan seminggu yang berlalu...

pertama tama, ingin aku mengambil kesempatan ini bagi pihak wargahalo untuk mengucapkan 'SELAMAT HARI LAHIR" pada sahabat kita Nini yang menyambut hari lahir yang ke 17 !!!kehkekeh....in the spirit of haloland, umur kita tak lepas 19 tahun in as far as birthday is concerned!!! boleh !!??....

Nini, semoga Allah swt akan memanjangkan umur Along, memurahkan rejeki, menguatkan iman, menambahkan kebahagian di samping keluarga tercinta demi untuk kebaikan dunia dan akhirat......Happy Birthday Along Nini !!!!....

apparently semalam keputusan UPSR dah keluar dan tahniah kepada anak anak dan sedara mara keluarga halo yang anak mendapat keputusan yang baik dan memuaskan...jangan lupa SCORE A untuk anak anak yang akan menduduki UPSR tahun tahun akan datang....sedikit investment kepada pelajaran anak anak akan mencerahkan masa depan mereka , insyallah.....pada anak anak yang telah berjaya dalam UPSR ini, tunjukkan kasih sayang anda pada ibu bapa yang berkorban dengan menghadiahkan mereka dengan PRONOTON!!!....

huhuhu..EPONG !! wa promosi serampang dua mata !!!...kehkehkeh....

SPM juga telah bermula dan kalau ikut amalan keluarga wa....semasa anak anak mengambil peperiksaan.....bacakan ayat " Alam Nasroh......" dan surah Al-Waqiah berulang ulang sehingga tamat peperiksaan tersebut.....amalan ini diyakini akan membantu anak anak yang sedang mengambil peperiksaan tersebut especially kalu depa ter 'stuck' menjawab soalan peperiksaan....insyaallah...dan kalau wa dulu, mummy wa suruh wa tidur cepat dan banyak kan makan vitamin c / buah buahan dalam usaha mengelakkan anak anak demam semasa musim peperiksaan...yang lebih penting kata mummy wa , ibu bapa mengelakkan diri dari bergaduh atau salah faham semasa anak anak dalam musim peperiksaan kerana gangguan mental boleh menyebabkan anak anak tersebut hilang motivasi untuk berjaya....

Perhimpunan umno wa tak ikut perbahasan sebab wa agak meluat dengan presentation of facts and ideas/thots dalam membahas usul Presiden umno......depa ingat survival orang malay nei bahan lawak agaknya .....

maybe kalau ada kelapangan, wa nak dengar najib and pak lah gulung perbahasan...

wa baca tapi wa tak leh nak confirm the autenticity of the report iaitu Penganalisa Politik telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan bersubahat dalam pembunuhan al-tantuya dan dilaporkan sabit kesalahan membawa hukuman gantung sampai mati....dua UTK members telah pun dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh al-tantuya terlebih dahulu....UTK wanita tidak dikenakan pertuduhan yang memberi indication kepada akau yang beliau akan menjadi saksi utama pendakwaraya dalam kes ini....

timing perbicaraan kes ini tahun depan akan memberitahu aku samada ada hidden agenda dalam kes ini....

okke lah kengkawan....have a nice weekend and jagalah kesihatan.....

wassalam....

Thursday, November 16, 2006

Entry Khamis- 24 Syawal

Assalamualaikum

....after one hell of a ngencess day in haloland yesterday, I really do not know what to write for today's entry.....really could not ge my mind working overtime to write something really worth stating...

I was actually writing something on 'prejudism and biasness towards racism in EPL refeering' but half-way through i decided to keep it for future entry...so I am left with nothing to share because i did not like what i saw on TV3 coverage of Perhimpunan Umno for me to make any positive comment ...

But then , i remember telling myself to write from the heart, write pasionately and write what you think instead of thinking what to write....

so the issue which is close to my heart right this moment is 'change'.....how do we change ourselves to accomodate changes in our lives ?.....maksud wa, kalau kita sakit , how do we adjust to the fact that we are no longer the healthy person we once were, or how do we adjust ourselves to constraint of our daily lives......how do we adjust to the fact that our loved ones no longer with us, how do we adjust to new job, how do we adjust to new bosses or how do we adjust to accept the changes without actually changing ourselves...these are live issues that we tend to ignore or pretend to ignore because we do not like changes imposed upon us...

The first real adjustment to change that i had to make in my life was when i entered varsity and had to leave my comfort zone , that was living with my family.....it took me awhile to adjust to the fact that I had to make things happened rather than wait for things to happen.....alhamdullilah, i survived and infact those campus days and friends i met and made during those campus days turned to be the best things to happen to me.....the circumstances made me change by force rather than by chance.....

the 2nd real adjustment i had to make was when i found the opposite sex to be an attraction i could not resist....the fact that the opposite sex is not the same to the friends that i used to have around me and the shock of knowing the opposite sex was a bit a task for me to adjust.....understanding the opposite sex , trying to make sense of the opposite sex's demand and character required a total change in friendship outlook....it was a change that i managed to adjust and glad that I took the task to know the opposite sex more than just an object of admiration or obsession....it was a kind of change and adjustment i have to make due to maturity in mind, the human desire and perhaps the growing pain as reality bites.....not necessarily it has to be a successful adventure but the changes one has to make once you learned to appreciate the opposite sex was indeed a mammoth one!!...

the 3rd real change that i had to adjust was when i entered the working life when assignment and exam was no longer the thrill of life but taking instruction, conforming to rules and regulation and ability to produce or achieve your KPI is the subject of life.....i have to adjust early from being a potential employee to an asset for the company and the change made was really trying and challengeng.....having own income, having new sets of friends and having to understand the culture of working life in order to survive needing complete adjustment in order for me to be part of system.....

as it is right now, I am contemplating the next change in life that i need to adjust in order to carry myself further in career and life in general.....it is going to be a planned action of change or a force action to adjust or adjustment merely due to following the flow of life....

there's a saying that " Only wet babies welcome change "....true indeed....

How do i change my habit of smoking to avoid health problems in the future ?? How do I adjust to life without puffing cigarette all the time ??

How do I live my life when the day comes when my mom would no longer be with me ??

How do i adjust my daily life when I no longer have the capacity to write in my personal blog ??

Should i change my career in totality ??

These are questions that I posed to myself as I assessed myself as the new challenges of 2007 becomes a 'threat' ??......

Changing and adjusting is a challenge that we need to take as we continue to develop and improve ourselves or to survive the demand of life as the world becomes more competitive....

Joke aside , I was very impressed with our friend Epong for his desire to plunge himself into the the unknown world of business, or hearing a friend wanting to grow dragon fruit as a new form of income or to hear close friends wanting to further studies to improve their social standing...these are heroes of my life, people who are willing to change for the better and taking the future with passion and desire.....love it!!!.....so guys !! do not be afraid to make changes in life and making adjustment to accomadate changes because changes in life is actually part and parcel of life that we could not avoid .....life is a cycle and the circle of life is full of surprises that require us to change and adjust all the time....

sorry wa cakap omputih hari ini, wa baru pasan hari ini 16 haribulan , memang kalau 14/15/16 iaitu bila bulan mengambang, wa memang macam nei!!kehkehkeh.....

I pray to Allah swt that today will be a better day and a special day than yesterday and hopefully, God's willing, tomorrow will be a much better day than today....

wokeh....apa apa pong, jangan lupa yer.....siapa berminat dengan Educational Program named Score A....please write to Epong for further details at ze_epong@yahoo.com ( lepas ze tu ada underscore yer )......

wassalam

Wednesday, November 15, 2006

Entry Rabu - 23 Syawal

Assalamualaikum


Mula mula wa nak mintak maaf sebab tak dapat buat haloland open house hari ini sebab caterer semua concentrate dekat Dewan Merdeka , PWTC….kehkehkeh….manakala canopy semua kena book sebab musim hujan nei….walaubagaimana pong, wa still nak buat open house next Tuesday bersamaan 29 syawal iaitu hari terkakhir raya…tema open house haloland kali ini ialah traditional contemporary bermakna baju tradisional yang diberi sentuhan moden seperti baju kurung dipakai dengan leotard !!!….kehkehkeh baibun bah…..menu open house nanti wa war war kan di haloland yer….semua dijemput hadir melainkan George Bush, Tony Blair dan Thaksin….

Well, aku dengar di berita TV3 bahawa pihak berkuasa sedang mencari seorang yang bernama Raja Sharina yang berkaitan dengan SMS murtad last week…whoever you are Raja Sharina, don’t be overly worried with the current pressure because you have done something good that million others including me will not do although we/ me keep telling how much we/me love(s) our/my religion…if you are on the right path, allow yourself to be interviewed by the authority…

Wa pun tengok jugak coverage Perhimpunan Umno yang melibatkan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno….tapi too early for me to make any significant comments on the issue raised and discussed but suffice to saya that I am not impressed thus far…I expect more from the so called future leader of the malays or else I would consider the perhimpunan as another expensive sandiwara….

...apabila sesuatu perjuangan itu tidak jelas visi dan misinya , maka perjuangan itu akan nampak kosong walaupun gagah…maka jadilah kisah menamakan keris , membodek dan memburukkan pihak lawan….adakah diantara mereka yang berada di PWTC itu tahu mengapa mereka berada di sana ??…maksud wa bukan sebab mencari kuasa atau pengaruh politik tetapi sebagai seorang pejuang bangsa ??…kalau depa tau, apakah yang mereka perjuangankan ? kedaulatan bangsa ?? survival bangsa ? kedaulatan agama bangsa tersebut ? membasmi kemiskinan dan kemunduran ??…..wa rasa ramai yang ada di PWTC tidak tahu apa yang mereka perjuangan atau mahu perjuangkan……

....dulu orang malay berjuang menentang penjajahan dari portugis hingga ke Jepun dan setiap pemimpin adalah penglima dan pengikut adalah pejuang….kemudian orang malay memperjuangkan kemerdekaan dan setiap pemimpin adalah wira dan setiap penyokong adalah warrior…..kini apakah yang mereka perjuangkan??…..mungkin kuasa at all cost walaupun maruah bangsa terabai dan mungkin satu hari nanti tergadai….

Wa tahu apa yang aku mahu perjuangkan demi bangsa dan agama….aku mahu kedaulatan institusi raja raja malay dikembalikan ditempat yang sepatutnya, aku mahu agama Islam menjadi asas perlembagaan dan status agama resmi itu bukan sekadar perkataan sahaja , aku mahu rumpun malay di nusantara bersatu bawah satu ‘union’ kelolaan orang kita , aku mahu melihat budaya orang malay menjadi asas cara hidup di negara ini, aku mahu setiap negeri diketuai oleh orang malay dan aku mahu tiada orang malay yang hidup melarat di tanah ibunda bangsa kita, aku mahu perkatan ‘melayu’ itu dibuang dari bangsa kita ….kita yang aku mahu perjuangan dalam hidup aku walaupun aku tiada ruang untuk melakukannya….bolehlah aku katakan , kalau ada ruang , aku mahu melihat tahun 2025 sebagai target orang malay kembali mengetuai Malaysia ini ke zaman kegemilangan Kesultanan Malay Melaka…..dan akhir sekali, aku mahu orang kita bersatu dibawah panji raja raja yang adil dan beriman walaupun mempunyai ideologi politik yang berbeza…ini bukan wawasan tetapi a matter of survival….

...aku ulang apa yang aku pernah tulis dulu bahawa sekiranya Laksamana Cheng Ho berkata pada Hang Tuah bahawa Temasik itu akan jatuh ke tangan bangsa beliau 400 tahun lagi , maka akan terbahak bahak Hang Tuah ketawa dengan jangkaan Laksamana Cheng Ho itu …maka aku tidak mahu menjadi Hang Tuah yang terbahak bahak tergelak kerana mungkin kalau kita tidak peka akan survival kita maka tanah yang kita pijak ini mungkin bukan milik kita lagi 400 ratus tahun akan datang….kebelakangan ini sedikit demi sedikit hak kita dikikis, dari tanah rezab, tanah wakaf, hak keistimewaan, penggunaan bahasa , hak berekonomi dan sampai ke agama kita di persoalkan dan kita baru 6 tahun melangkah ke alaf baru dan baru sahaja akan menyambut 50 tahun kemerdekaan…

Kehkehkeh…wa cakap macam bagus bagus aja ekkkk…..tapi tak per, sesekali cakap macam owang politik nei syok jugak….tak jadi ahli politik tapi jadi penganalisa politik pong best gaks….dapat aweks Mongolia !!! huhuhu….tahun depan cikgu tadika terperanjat beruk lar kalau tanya kat budak tadika soalan , “ nanti besar nak jadi apa ??”…sah sah ada budak tadika jawab “ nak jadi penganalisa politik !!!”…huhuhuhu…..

Apa apa pong, kes Al-Tantuya telah menyebabkan ramai orang Malaysia menjadi tertarik pada Mongolia dan aku tak terperanjat kalau Ramadan depan, rancangan Syuhadah atau Jejak Rasul akan pergi ke Mongolia pulak…huhuhu…yeap, why not, sejarah perkembangan Islam di Mongolia lebih tua dari di nusantara ( stand to be corrected) dan mungkin tragis Al-Tantuya boleh membuka ruang perniagaan untuk orang kita ke Mongolia…insyaallah…

Satu perkara yang aku selalu ingatkan dan dah lama tak ingatkan ialah jaga sembahyang kita ….jaga sembahyang keluarga kita kerana bersembahyang adalah pertahanan aqidah yang paling penting lebih lebih di saat saat yang menduga….sembahyang adalah satu satu ibadat yang terus dengan Pencipta kita dan sembahyang adalah juga asas segala ibadat yang kita lakukan….sebagai manusia biasa, kita tidak akan bebas dari melakukan dosa tetapi dengan menjaga sembahyang, aku yakin dosa kita terhapus dengan izin Allah selagi bukan dosa dosa syirik atau murtad….

Untuk orang malay menjadi kuat, orang malay kena jaga sembahyang dan bagi aku sebenarnya orang Islam yang moden/progresif ialah orang Islam yang menjaga sembahyang mereka…

Wokeh jom meroyan kat haloland….

Wassalam…













wassalam

Tuesday, November 14, 2006

Entry Tuesday - 22 Syawal

Assalamualaikum

...hujan lebat betul lately nei seolah olah indicating sesuatu yang besar akan berlaku....malam tadik aku caught dalam heavy rain sampai kuyup satu badan....hari sabtu dan ahad pergi open house , hujan lebat sana sini....aku baca pasal tanah runtuh dekat Gunung Jerai yang ada kena menggena dengan hujan lebat, aku baca ramai yang mati lemas yang berkaitan dengan hujan lebat lately nei...aku berada di bahagain kecemasan hospital minggu lepas dalam keadaan hujan lebat dan pada masa itu ramai orang accident dalam keadaan hujan lebat itu......aku masih ingat Highland Towers collapsed , aku masih ingat tanah runtuh di Genting Highlands, aku masih ingat di Sabah......adakah sesuatu yang besar akan berlaku tahun ini ??!! hanya Allah yang mengetahui....

semalam kau terbaca statement mufti Perak tentang sms yang menjadi kontroversi last week dan aku takut dengan apa yang aku baca....just aku nak mentioned that murtad fenomena ini is no joke....like many others, i am concerned with the what i read or heard....apa yang amat mengembirakan aku ialah Sultan Perak showing genuine interest and concern....adakah hujan lebat yang berlaku ada kena menggena dengan isu murtad ini ??

aku terbaca juga lately kisah high profile cerai berai seperti Nurul dan Ajai, Awie dan Arni, ada juga kisah Ezza Elite pun goyah, sebelum ini Erra dan Yusry, Noraniza Idris , kejap dulu Norman dan Abby tapi rujuk balik seolah olah ianya memberi indikasi institusi perkahwinan orang kita melalui satu period of uncertainty....adakah ianya juga ibarat hujan lebat iaitu bermusim ??...

hujan itu rahmat, hujan lebat itu mengencess kat tapi hujan yang lebat dan tidak berhenti henti boleh mendatangkan bencana.....mungkin ada yang sceptical tentang statement aku sebab masa jerebu menyerang, semua berdoakan hujan yang lebat...bila jerubu hilang , hujan lebat yang didoakan pula dirasakan bala ??!!!....

aku tak dapat mengikuti lagi perkembangan Perhimpuna umno atau apa yang dibahaskan di perhimpunan kali ini....apakah Toyol Code akan menandingi 50 dalil satu masa dulu ??...i guess i have to find time to check on the issues raised and discussed...adakah hujan lebat akan menyejukkan perhimpunan umno ??!!

apa apa pong, cuti sekolah akan bermula minggu depan, kalau hujan lebat berterusan, secara logiknya akan banyak lagi kes kes lemas melibatkan budaj sekolah akan kita dengar kerana sungai, tasik lombang dan laut akan menjadi target berhibur masa cuti sekolah...so, aku cadangkan siaran siaran TV membuat kempen untuk mengingatkan ibu bapa supaya memantau aktiviti anak anak semasa cuti sekolah ini....

di terengganu dulu ada yang dikenali sebagai " buka musim " dan "tutup musim " iaitu akan berlaku kemalangan lemas di awal musim tengkujuh dan di akhir musim tengkujuh..mungkin kebetulan sahaja tetapi ianya memang berlaku semasa aku di sana....waullahhuaqlam

personally aku suka hujan ....memang hujan adalah satu rahmat yang aku tunggu tunggukan...walaupun aku alah pada air hujan, namun it will not stop me from loving the feel and the sound of rain falling down....aku juga pernah baca bahawa digalakkan berdoa semasa hujan turun....tapi selalunya aku menyalahgunakan hujan !!!! ahaks ahaks ahaks...baibun bah!!

aku dulu ada kawan yang abang dia kami panggil 'Kuyup' , ada juga kenal orang nama Taufan dan alangkah indah nama "Rintik" atau " Rebas" or "Renyai" or even " Tempias ".....huhuhu..." Lebat" pun okke jugak, " Lencun" macam nama bohsia..kehkehkeh...."Ribut" macam nama Mat Rempit, alangkah manja nama "Payung" .....jangan pulak ada yang bagi anak nama "lecak" atau " Ampaian"......tapi kalau nama " Mendung" siyan pulak nanti...

okke lah, wa dah merapu dah.....kehkehkeh , apa apa pong, katak lah yang paling happy time time hujan ini.....

...tau tak hujan lebat yang turun masa sembahyang Jumaat dikatakanbaik untuk mengubati penyakit degil especially for kanak kanak....waullahuaqlam.....

hujan batu juga dikatakan elok ditelan sebagai ubat....waullahuaqlam.....

hujn panas tu mudah menyebabkan deman panas..waullahuaqlam...

mandi hujan adalah sungguh menyeronokan dan especially tengah main bola !!uhhhh i missed those occasion bila hujan turun tengah main bola dan mula lar start sliding all over the place...

hujan meredakan marah atau pergaduhan.....i ingat masa zaman Reformasi, akan tetibe turun hujan bila keadaan menjadi tegang dan dengan sendirinya suasana menjadi tenang semula....besar kuasa Allah swt....

maksud aku di sini....lets enjoy this rainy season !!!! ini anugerah Yang Esa pada yang mencintai kejadian Allahswt...



wassalam

Monday, November 13, 2006

DiaryDiri 13/11/05- Syawal 21

Assalamualaikum,

macam mana weekend kelian ??..wa punyer weekend asyik beraya lagik....tah ngapa, wa macam ketagih open house pulaks...ahaks ahaks ahaks....so far only one open house wa skip, otherwise, semua jemputan wa pergi termasuk kenduri kahwin....errmmm....tak baik tau cakap wa buang tabiat!!! kehkehkeh...

..ekcelikan, ada ker perkara yang disebut buang tabiat nei ??!!...wa rasa dalam Quran atau Hadis Nabi wa tak pernah dengar pasal buang tabiat neh...tapi dalam rumpun orang malay, buang tabiat nei ada semacam wajib dibincangkan/ditanya selepas kematian seseorang...adakah perbezaan sikap atau cara seseorang itu secara kebetulan sahaja atau kelebihan diberi Allah swt untuk bangsa malay....

kalau wa baca kisah kisah tragis budak mati lemas atau accident dalam paper, maka akan ada diselit perbuatan atau kelakuan ganjil si mangsa yang meninggal seperti meminta makanan yang special, lupa salam tangan ibu bila nak keluar rumah, melawat saudara mara macam nak pergi jauh, melafazkan kata kata yang memungkin beliau akan berpisah selama lamanya pada nak isteri dan sebagainya....

..adakah kita secara bawah sedar merasakan sesuatu akan berlaku pada kita sehingga kita melakukan perbuatan yang lain dari perlakuan biasa kita ??...

mungkin haloland ari nei boleh share experience perkara buang tabuat ini dikalangan arwah yang dekat dengan kelian....

untk wa sendiri , keganjilan arwah daddy wa ialah di malam terkakhir beliau, beliau langsung tidak bertanyakan mummy wa sedangkan kalau tidak arwah memanggil nama mummy kalau dia tidak nampak kelibat....but i noticed on the final nite that he did not ask for my mother....other than that , i cant recall any peculiar behaviour to suggest that he was actually 'buang tabiat '....

wokeh !!....

Purported gambar Altantuya...

I think most of us dah tengok ganbar ngencess yang dikatakan gambar Altantuya yang sexy mexy.....wa tak convinced it was her and even now i am still adament yang gambar gambar tersebut bukan gambar Altantuya.....mungkin ada sebab lain mengapa ganbar sexy mexy itu dibiarkan circulated....

BTW, untuk seronok seronok membaca.....pergilah dekat link ini dan baca dari awal hingga akhir dan baca sebagai hiburan.....i may have my reservation about this Toyol Code but i wish to keep it within myself aja lah..

http://search.blogger.com/?as_q=the+toyol+code&ie=UTF-8&ui=blg&bl_url=kuda-kepang.blogspot.com&x=0&y=0

EPL......

ciss cake topping kueh kacang betul.....bila result game Bolton-Sheffield tertera kar bawah screen TV tuh, aku terdengar dengar suara si Mrloba2 terbahak bahak gelak!!!grgrgrgrgr...

after leading by 2 goals margin, Bolton let Sheffield United managed to make a comeback to make the final score 2-2 that led Bolton to lose the 3rd placing on the league table...

Chelsea meletup letup mengalahkan Watford 4-0 dan Man U pulak menang 1-0 walaupun they should have won with a bigger margin....tahniah yer MamaBat and Mrloba2..

ermmm ...Arsenal thrashed Liverpool 3-0 and Reading defeated Tottenham 3-1.....sowey ekk BokD, Spurs ko main macam Angkatan Tentera arrr!!! ahaks ahaks ahaks...

tak silap wa, Bolton dropping to 5th place though level on points with Aston Villa and Arsenal..

okkelah, wa nak turu neh....have a productive week ahead....

welcome back Vaart!! hard luck tapi sabar yer bro....ada hikmah pada setiap kejadian yang menimpa kita makhluk Nya....

wassalam

Friday, November 10, 2006

Friday 18 Syawal...

Assalamualaikum

Salam Jumaat yang indah dan ampun dan maaf wa pohon atas apa sahaja kesalahan wa seminggu yang berlalu….

Mintak sorry sebab tak dapat ngintu sehari suntuk semalam tapi wa sedih juga membaca musibah yang berlaku ke atas Vaart di China dan harpa harap kesudahan yang baik pada si jantan kebaret sowang nei yer……memang sesungguhnya apabila sesuatu yang tidak diduga berlaku kepada kita especially di ketika kita berharap ianya paling tidak mungkin/harus berlaku, hilang keyakinan diri kita dan mula kita bertanya “ apa salah aku to deserve this “…..

Pernah berlaku pada aku, seronok seronok nak pergi holiday tapi belum jauh perjalanan kena saman dengan polis !! aduh !! bayangkan simpan duit nak bercuti dan cari hotel/chalet murah nak save budget, tetibe terbang RM300 tak pasal pasal sebab seronok sangat sampai tak perasan strecth jalan itu 90km/j instead of 110km/j….maka akan moyoklah seluruh perjalanan seterusnya…

Pernah tak kelian beriya iya nak pergi kerja tapi sampai kat kereta tengok tayar belakang pancit !!! atau kereta tak boleh start sebab battery weak !!!…memang hilang mood untuk hari tersebut…

Bila perkara perkara begini berlaku maka kita yang pada mulanya rasa frust atau marah kemudian akan menyoal diri kita balik “ apa salah aku “ atau “ apa hikmahnya dugaan ini “…

Siri siri dugaan yang datang berulang walaupun berlainan bentuk ini sebenarnya adalah anugerah Allah pada kita supaya kita selalu ingat pada Nya…setiap musibah itu ada hikmahnya dan hikmah itulah yang akan membuat kita menjadi a better insan…

Dalam kes vaart, mungkin kalau dia banyak duit kat China, dia mungkin melencung ke Monggolia pulak ??!!…perhaps sympathy dari counterparts/prospective client dia akan nasib yang menimpa akan membuat Vaart dapat close deal yang besar….dan mungkin pengajaran pada Vaart supaya jangan kerek sangat gan wa sebelum gei oberseee!!! Kehkehkeh….baibun bah…jelez tuh!!!!…

So hari Jumaat yang mulia ini kita memikirkan dugaan dugaan yang pernah kita lalui sebagaimana yang Vaart lalui untuk kita melihat apa yang kita pelajari dari pengalaman pahit tersebut…

BTW, ticket kapalterbang balik si Vaart tak hilang ker ???!!….

Dugaan dari Allah swt datang dalam pelbagai bentuk dan cara dan terpulang pada kita untuk handle dugaan yang datang….ada yang mungkin akan sasau dan ada yang mungkin boleh jadi a better person setelah melalui sesuatu dugaan Allah itu….walaupun tiada satu formula tetap untuk menanggani dugaan Allah yang pelbagai ini namun adalah penting untuk kita beringat bahawa segalanya datang dari Allah swt dan maka kepada Allah juga kita meminta pertolongan….memang berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul tapi setiap permasalahan itu selalunya ada jalan penyelesaian….tetapi bila kiat berusaha dan berdoa kepada Allah untuk jalan penyelesaian, tidak semestinya jalan penyelesian yang ditunjukkan itu jalan penyelesaian yang kita harapkan kerana Allah swt lebih mengetahui hikmah disebalik penyelesaian yang diberikan…di sinilah konsep tawakal itu penting dan prinsip keimanan berasaskan mempercayai qada dan qadar kita menjadi penentu kepada keimanan….

Dengan keimanan maka kita akan yakin bahawa setiap perbuatan atau kejadian yang dilalui atau kita lakukan di dunia ini maka kita akan menjadi accountable pada perbuatan atau perlakuan tersebut di akhirat nanti…tapi sebagai manusia akhir zaman, keimanan kita ada pasang surutnya atau turun naiknya…..kadang kadang kita redha bila di duga Allah, kadang kadang kita menjadi marah dengan dugaan yang menimpa dan tidak kurang yang mempersoalkan dugaan yang hadir….

Sorry mory the morning glory sebab bagi ceramah pulak pepagi Jumaat ini tapi wa pong tak der modal jugak ari nei nak buat entry…ahaks!!

Kes pembunuhan gadis Mongolia masih lagi menjadi isu hangat dan panas dan ada macam macam twist and turn yang aru timbul yang menjadikan kes ini bertambah thrill untuk diikuti…..

Dan aku baru tadi terdengar kisah sms yang melibatkan isu murtad yang aku pun sendiri tak berapa tau hujung pangkal kisah ini tapi adalah aku terdengar nama Datuk Azhar mansor dan kemudiannya Dato’ Harunssani…….i guess I kena cari more info untuk memahami konflik ini although wa rasa wa boleh agak agak dah apa yang menjadi isu kisah ini…

Dalam rancangan 999 tadik , aku melihat rintihan seorang isteri yang mana suami beliau meninggal dunia akibat kes ragut bercerita tentang tiada siapa menolong arwah suami beliau bila jatuh dari motosikal setelah ditendang oleh peragut….si isteri bercerita bahawa orang ramai yang ramai berhenti hanya melihat tanpa menolong dan si isteri sendiri yang juga cedera yang menahan teksi untuk membawa arwah suami ke hospital !!!…..mengapa masih ada sikap tak suka membantu ini lagi di alaf baru ini atau ini adalah kes dimana kejadian berlaku ditempat yang berbilang kaum…waullahuaqlam..

Wokeh lah guys….enjoy another productive open house session during the weekend but get quality rest yer…..nice weekend to everyone….

Sebelum itu…..wa dengar Aling buat open house…apasal wa tak kena jemput ??!!kehkehkeh……kalau wa datang, jangan sampai bom wa sampai tulang wa berkecai ekkk…



wassalam

Thursday, November 09, 2006

Entry Khamis..17 Syawal

Assalamualaikum

aduh dah lambat sangat neh wa baru start menulis...1.49am...kehkehkeh...tak per, demi jelian semua wa gagahkan jugak..

I guess the Mongolian girl murder case dominated all main headlines yesterday.....kisah pembunuhan ini mempunyai plot filem yang boleh boxoffice....mana tidaknya....seorang model yang jelita dari semua negara mundur berkenalan, bercinta dan kemudian berkahwin lalu mendapat anak dengan seorang kenamaan yang handsome lagi kaya dari sebuah negara yang dianggap progesif ....kemudiannya perpisahan berlaku dan pencarian bermula dan heroin sanggup mengharung danau dan rimba untuk berjumpa suami yang dicintai namun si suami bukan lelaki yang sama yang pernah beliau kenali dulu.....si suami pula sudah tidak mahu apa apa ikatan dan kemudian cerita menjadi lebih mengerunkan bila heroin dibunuh dengan kejam dan ada pulak foulplay yang melibatkan pihak yang berkuasa....huhuhu......watak heroin aku bagikan pada Nasha Aziz dan hero aku kasi Zamarul Hisham....citer bentuk flashback dari kacamata suspek yang terlibat yang akan dilakonkan oleh Ako Mustapa....lagu tema ialah lagu Lelaki Buaya Darat!!! hehehehe....

tapi aku melihat kes ini sikit berbeza, aku agak hairan mengapa satu kes yang melibatkan warganegara asing dengan seorang prominent figure dan ada pulak kemungkinan salahlaku pihak berkuasa beruniform dibiarkan menjadi tajuk utama akhbar dan berita TV....ingat tak bila aku kaitkan Congressional Election di AS dengan peningkatan kematian penduduk Iraq dan askar AS dalam bulan Oktober ??..

menggunakan formula yang sama, aku memikirkan apakah kaitan pembunuhan ini dengan kedatangan Perhimpunan umno minggu depan??.....siapakah prominent political analyst itu berkaitan dengan kemulat kepimpinan dalam umno??.....apakah yang dapat disembunyikan oleh umno dengan membesar besarkan kisah pembunuhan ini ??.....

inilah perkara yang bermain dikepala aku dan gadis Mongolia itu yang dilaporkan bernama Anna Ana Ang atau Al Tantuya @ Aminah yang bermakna beliau seorang muslim dari mongolia dan perkara ini sebenarnya boleh mencemar nama negara yang menjadi Pengerusi OIC sekarang ini....

tapi bila difikirkan kisah Noritta Shamsudin yang sampai sekarang tiada siapa yang dikaitkan dengan pembunuhan beliau, maka aku pun tidaklah teruja untuk melihatkan apakah kesudahan kisah gadis Mongolia ini...yang paling gembira ialah 'Abang Z' kerana dengan adanya kisah Gadis Mongolia ini maka episode Istana zakaria tidak lagi menghiasi ruang depan akhbar arus perdana...

apa yang boleh kita pelajari dari kes ini ialah bila suami pergi obersee waimah ke papua new guinea sekalipun, janganlah sang isteri berfikir bahawa peribahasa haloland 'kentot berdarah' tidak akan berlaku !!! ahaks ahaks ahaks...

apa apa pong....Al-Fatihah pada arwah Al Tantuya @ Aminah yang pembunuhan beliau amat mengerikan sekali dan semoga rohnya dirahmati Allah swt...

Now, latest news aku dengar Democrats menang congressional election untuk Hpuse of Representative dan juga expected to win Senate juga.....maka dengan ini orang AS menolak Bush dan Republican dan involvement AS di Iraq.....apakah kemenangan ini akan ditranslate semasa Presidential election nanti adalah sesuatu yang harus kita tunggu dan lihat...

dari sudut strategy politics, maka Bush akan mencari musuh baru untuk dijadikan bahan kempen calon Republican dan besar kemungkinan Iran dan Syria akan menjadi tamparan dari kekalahan Republican di Congressional Election ini...calon calon lain ialah Korea Utara dan Venezuala....

adakah benar the next presidential election akan menyaksikan Condoleeza Rice berlawan dengan Hillary Clinton ??!!!...

apa apa pong, Britney Spears dah file divorce dah semalam....kehkehkeh...

wokeh lah gengarine.....wa nak turu lah dah....


wassalam..

Wednesday, November 08, 2006

Entry Rabu- 16 Syawal...

Assalamualaikum
Entry Rabu…

Assalamualaikum

Actually, wa tatau apa nak tulis lar beb untuk entry hari ini…..wa duduk depan laptop wa, wa pandang screen nei tapi tak der ilham yang datang….wa garu garu pala wa tapi masih tak der ilham yang datang….

Tapi tadi kan masa dengar berita TV, wa ada dengar keluarga mangsa yang terbunuh oleh kekejaman regime Thaksin di Selatan Thai di Tak Bai akan diberi pampasan dan apparently Perdana Menteri Thailand yang baru telah dengan secara terbuka memohon maaf pada umat Islam di selatan Thailand atas keganasan yang dirancang oleh Thaksin… Allah swt telah berjanji bahawa doa orang teraniaya itu makbul dan hanya Allah swt yang menentukan bila doa itu akan dimakbulkan….aku berasa sungguh gembira dengan perkembangan terbaru di selatan thai ini dan hopefully things will get better for them in the near future…

Lately aku jugak perasan bahawa IGP yang baru iaitu Tan Sri Musa Hassan ini selalu betul muncul di TV dalam berbagai bagai front…sebagai ketua polis yang tegas, sebagai Ketua Polis yang mesra rakyat cukup dengan pakai baju malay, sebagai Ketua Polis yang prihatin pada masalah jalanraya sehingga aku terfikir bahawa Tan Sri Musa ini could be the 1st ex-IGP nanti yang akan aktif politik selepas tenure beliau tamat ….blessed with good look, natural oratary skill, background agama yang kuat being Dato Hassan Ashaari’s son and brother to the famous actor, Jalaluddin Hassan, I would not want to ignore my sixth-sense that Tan Sri Musa will make a good politician if he wants too….

Baru aku tau jugak next week akan ada Perhimpunan Umno and aku teruja juga nak tahu ada tak perwakilan yang akan membangkitkan isu kemelut Pak Lah dengan Mamak, bagaimana kes Dato Zakaria akan dibincangkan apakah nama DSAI akan disebut dalam perhimpunan ini…..aku harap ada wakil yang akan membangkitkan hal pergunaan bahasa Inggeris dalam matapelajaran matematik dan sains…masalah halal dan haram produk yang dipasarkan di pasaran hari ini…persoalan shortage of gula sebelum ini yang menampakkan satu perbuatan terancang…isu masalah sosial yang melibatkan isu murtad, interfaith dan mat rempit …aku harap jangan isu tahun ini terlalu terperangkap dengan kebiasaan membodek kepimpinan dalam parti sehingga masalah sebenar orang malay langsung tidak dibincangkan secara meluas….suka /setuju atau tidak, a strong umno is essential for the survival of the malays/muslims in this country and equally progressive and productive Pas and/or keadilan will make us much stronger to face the many challenges ahead….

Musim Haji pun akan bermula tapi masa hari raya lepas, masih ada juga sedara mara aku yang dah pergi kursus Haji tapi masih belum dapat surat pengesahan untuk naik haji…pernah orang kampong aku yang dah pergi check doctor pun tetibe dapat surat tak boleh pergi pada last minute….aku rasa dalam zaman yang serba canggih ini, masalah seperti ini sudah boleh diselesaikan dan aku merasakan kegagalan seseorang bakal haji untuk naik haji pada saat saat terakhir tidak patut berlaku lagi….aku berpendapat, soal boleh pergi atau tidak patut sudah diselesaikan 2 bulan sebelum musim haji bermula dan apa bentuk cubaan memotong Q dan sebagainya tidak patut dilayan…bagi pendapat aku, ada kelemahan dalam proses menentukan seseorang bakal haji itu boleh pergi atau tidak….ada orang berkata bahawa quota haji yang ditentukan oleh Arab Saudi berbeza beza setiap tahun dan ini menganggu proses pemilihan di peringkat Tabung Haji….wa tatau apa sebab sebenar tapi wa tau perkara ini ada jalan untuk diselesaikan….

Adakah benar atau tuduh persoalan Tabung Haji telah menjadi too profit oriented sehinggakan banyak tempat disediakan untuk bakal haji yang sanggup mengeluarkan belanja yang lebih melalui ‘package haji’ dari mereka yang melalui muhasasah ( spell ??)…

Tak kisah apa sekalipun, tapi adalah penting untuk Tabung Haji tidak menjadi isu pemilihan bakal haji itu sebagai satu thrill pulak dan seolah olah satu kuasa mutlak untuk menentukan siapa yang berhak atau tidak…solve this problem and find an acceptable solution kerana aku rasa perkara ini seolah olah menjadi satu permainan teka kacang pulak…

So untuk Vaart, enjoy your trip to China yer bro….

So, itulah saja entry wa hari ini yang wa termampu tulis….


wassalam

Tuesday, November 07, 2006

Entry Selasa- 15 Syawal

Assalamualaikum

Entry Selasa 15 Syawal…


Memandangakan wa tak der ngintu petang semalam, wa nak ambil opportunity ini untuk menyampaikan salam takziah pada Seri dan keluarga atas pemergian ke rahmatullah abang ipar Seri over the weekend…semoga Allah mencucuri rahmat pada roh arwah ..innalillahhiwainnalihhairojiun…

Wa pun nak record my utmost happiness to see Epong is well and fine dan Ma’waa enroute to full recovery and Aya pong nampak dah back to her normal self..alhamdullilah….

Tinggal 15 hari untuk Syawal berakhir tapi aku masih tak nampak anak bulan puasa 6 lagik..huhuhu..yer lar kan, asyik hujan aja lately nei neh…ntah lah, nampak yer macam tak daya nak puasa ajer ….tapi, sesapa yang belum tu elok lah cari ruang untuk puasa sunat syawal nei, wa tak larat, biarkan lah wa sensorang ajer ekk…

Sultan Mirzan the next Agong….

Alhamdullilah, after being denied his right to the throne, Sultan Mirzan of Terengganu will be made Agong effective 13 December….I believe his tenure as Agong will be an exciting period , I just don’t know why but I could feel that the malay ruler institution will be go through a period of glitter, glamour and respect under his leadership…Dengan wajah muda dan bertenaga dengan permaisuri dari golongan orang kebanyakan akan memberi sedikit ‘romance’ atau dramatic touch kepada agongship Sultan Mirzan dan being the cousin of Raja Bahrain, maka foreign press especially the Australian will take more interest of our new Agong ….

After all said and done, I thought Raja Perlis’s 5 year Agongship was equally exciting and being a former army officer, his discipline and knowledge of army mannerisme was evident during official ceremony especially so during Merdeka Day….he was very humble and caring and the fact that he visited Datuk Nik Aziz at the IJN when Tok Guru was being there was a moment many ordinary people like yours truly would treasure for a long long time to come…Daulat Tuanku!!

History of reformasi will be told in 100 years from now that Sultan Mirzan was really sought to be the next Agong after the death of the Sultan Selangor because Sultan Mirzan was seen as the last legitimate judicial ( spell??) weapon to pardon DSAI when DSAI was jailed.Therefore, it was then seen that his exclusion as the next Agong after the death of Sultan Selangor was more political than conforming to the Malay Rulers tradition or heirachy…

Cettt..pesal wa cakap omputih lar neh!!!…maksud wa, Sultan Mirzan memang sempoi…tu aja…

Saddam Hussein kena hukuman gantung!!!…

Semalam wa ada promise nak kupas pasal hukuman gantung ke atas Saddam Hussein ini…actually , wa tak baca apa apa report lagi pasal kes ini lepas baca headline semalam yang beliau di dapati bersalah dan dijatuhkan hukuman gantung…

Tapi wa rasa kureengg percaya yang Saddam akan digantung sampai mati….sebab wa rasa Saddam yang hidup adalah lebih diperlukan oleh Bush dalam usaha depa untuk bertapak menjahanamkan bumi Iraq sebelum menjadi bumi Iraq sebagai platform untuk mereka mara ke Syria dan Iran…

Dalam sejarah moden manusia atau semenjak yang aku ingat, belum ada ketua pemimpin politik yang bukan berasaskan kepimpinan di raja yang kena hukum bunuh atas kesalahan criminal dalam masa penguasaan beliau…pernah seorang presiden Korea Selatan yang dikenakan hukuman gantung atas tapi kemudian ditarik semula begitu juga Perdana Menteri Pakistan sebelum rampasan kuasa tentera sekarang ini juga dikenakan hukuman gantung tapi kemudian diubah jua …..assasinated tu pernah lar dan banyak kali macam di India tetapi dikenakan hukuman gantung belum lagi dan atas dasar itu kau kurang percaya bahawa hukuman gantung itu akan dijalankan…

Hukuman ini juag berhubung kait dengan Congressional Election di AS dan menjatuhkan hukuman gantung pada Saddam akan memberi political leverage pada Bush dan parti beliau….tiada yang lebih patriotik bagi rakyat mana saja negeri apabila pemimpin musuh dikenakan hukuman gantung maka hukuman gantung ini akan menunjukkan betapa AS telah berjaya memerdekakan orang iraq dari cengkaman seorang diktator yang kononnya ganas…harus kita semua ingat bahawa ramai dikalangan orang AS adalah dalam lingkungan yang kurang pandai dan tidak berpelajaran tinggi maka mereka mudah digula gulakan oleh ahli politik untuk mendapatkan undi depa….

Saddam Hussein pula patut mintak kes beliau ini dirujuk ke War Tribunal atau Mahkamah Antarabangsa atas dasar mahkamah tempatan tidak mempunyai ruang untuk menjadi impartial atas sebab kehadiran AS di dalam negara tersebut….

Wa bukan pencinta Saddam tapi wa rasa Iraq adalah lebih aman dan tenteram di bawah Saddam dan apabila dikaji pecahan kependudukan di Iraq, sememangnya kepimpinan ala Saddam Hussein adalah paling sesuai….

Aku pernah membaca article seorang wartawan dari Sri Lanka yang datang ke Malaysia dan beliau berkata ramai Malaysian complaining about the lack of freedom of speech di Malaysia tetapi beliau berkata what is freedom of speech if your country has no political stability and the people living in poverty….

Maka di sini aku merasakan bahawa Saddam mungkin dikatakan oppressive tetapi method itu yang paling berkesan dalam sebuah negara seperti Iraq…..sama jugak macam negeri Cina, dengan kepadatan kependudukan yang tinggi, mungkin mentadbir negara tersebut berasaskan sistem sosialis yang menjamin rakyat mereka tidak kebuluran….dan aku juga membaca komen komen yang menyatakan bahaw cara Taliban memimpin Afghanistan adalah method yang paling sesuai untuk latarbelakang kehidupan di Afghanistan dan hari ini ramai Afghan yang merasakan perlu kepimpinan Taliban semula selepas menyaksikan negara tersebut terus di tekan oleh kuasa asing dan kepimpinan dalam yang hanya sekadar boneka sahaja….

Kalau Saddam bersalah dan kena hukuman gantung…..Suharto cemana ?? Thanksin cemana ??..well , cemana dengan Bush sebagai pemimpin AS yang membunuh rakyat Afganistan yang tidak berdosa, bagaimana dengan Blair yang sama sama invaded Iraq dan membunuh ramai orang tidak berdosa…

So, kalau ikut international politics…maka hukuman keatas Saddam adalah sekadar gimmick, bagi pendapat aku lar…

Wokeh lah geng….sampai di sini dulu…..ermmmmm wa terlintas di hati nei lepas baca komen Noey dekat haloland semalam….so soalan wa, ngapa mawi pergi bercuti dengan keluarga pada 2 hari raya ??…ngapa di tutup rumah baru dalam suasana raya yang masih panas ??…..sebab bila wa baca wa rasa macam mawi dan keluarga macam melarikan diri dari kehadiran para peminat dari serata Malaysia yang ingin beraya di rumah mawi….



wassalam

Monday, November 06, 2006

DiaryDiri 06/11/06 - 16 Syawal

Assalamualaikum

Aku terpaksa memulakan minggu ini dengan satu lagi berita kematian apabila mendapat offline message dari Teesh yang menyatakan nenda beliau telah meninggal dunia lepas maghrib hari Ahad ( kejap tadi)…apparently Teesh ke KK untuk melawat nenda beliau yang agak tenat….maka bagi pihak semua warga haloland, aku ingin merakamkan ucapan takziah pada Teesh dan keluarga dan sesungguhnya pemergian nenda tercinta adalah kehendak Yang Esa jua…..innalillahwainnalilahhirojiuon….

Sama sama kita sedekah Al-Fatihah untuk nenda Teesh…

Open House…

Memang weekend aku penuh dengan jemputan open house saudara mara dan kencang betul tak terkata…..sampai pagi ahad yang selalu aku khaskan untuk turu lebey sikit juga terganggu bila jiran ketuk rumah suruh datang sebab dia buat makan special sambut raya puasa 6….

Siapa pergi open house Fudhla ??…beb!! technically wa pergi open house you walaupun I tak singgah tau…kehkehkeh…

Dengar rumours lepas nei rumah aling ??!! hehehehe..sorry wa fitnah you ekk aling!!!…

Gambar Mawi dan Ikin…

Wa sampai beli pancaindera sebab dapat tau ada gambar mawi-ikin !!!….huhuhu….tapi bila wa tengok purported gambar tu wa punyer 1st impression “ doctored picture” atau apa yang dikatakan superimposed….leher mawi nampak gelap dan besar untuk kepala mawi tuh….kehkehkeh…dan reaksi ibu bapa ikin itu memberi gambaran the actual person yang di sebelah bapa ikin itu besar seseorang yang sepenting mawi….aku punyer conclusion, gambar itu bukan gambar mawi…..

Tapi setahu wa lar kan….kisah seorang kembar pada artis bercinta dengan mawi nei wa dah baca lebih kurang 2/3 bulan lepas lagi dah and if I were not mistaken, was openly known to many mawi’s fan kan kan kan….entah lar, tapi aku rasa citer nei bukan citer baru lar…

Apa apa pun….sabo yer mawi, kalau gambar tu tak betul…concentrate on that issue…jangan melatah sebab dunia kewartawanan hiburan di malaysia ini memang menaikkan seseorang artis itu untuk dijatuhkan….itu adalah cara depa jual paper/tabloids…bagi pendapat aku, wartawan hiburan di malaysia ini di buat kawan jangan, di buat lawan jangan….layan aja…mungkin di malaysia ini aja yang mana wartawan hiburan merasakan mereka berkuasa atas artis/celebrity dan seolah olah adalah hak mutlak mereka untuk menjatuhkan seseorang artis yang mereka tak suka dan menaikkan mana artis yang mereka suka tanpa mengira kualiti seseorang artis tersebut atau masalah/predicament seseorang artis tersebut….tetapi masalahnya artis juga suka menggunakan wartawan hiburan untuk populariti mereka dan dari sudut ini ianya adalah satu bentuk persetujuan dua hala…

Death sentence to Saddam Hussein…

Yeap…heard the news and probably aku akan eloberate dalam entry besok lar kot….suffice to say aku rasa ada agenda tersembunyi dengan hukuman dinyatakan di saat ini dan perhatikan kononnya pihak sunni tiba tiba menyerang pihak syiah dan kurdish dalam masa terdekat ini…

EPL….Bolton kalah lagi!!!!

Wa tau wa patut sedih kan kan kan….hehehehe….tapi wa tak berapa sedih dah subuh nei sebab ..huhuhu..Arsenal kalah kan kan kan…so Bolton tercinta ku masih kekal di tempat ketiga dalam liga perdana Inggeris ini….tapi it was an opportunity squandered by Bolton….

Arsenal kalah pada West Ham dalam satu perlawanan yang explosive tapi entertaining yang berkesudahan dengan pengurus kedua pasukan iatu pardew dan wenger hampir bertumbuk di tepi padang selepas gol jaringan west ham di akhir permainan….hehehehe….i never really liked that wenger guy…..

Wa tengah tengok Chelsea lawan Spurs and ada 10 minutes lagi with spurs leading and john terry red carded….huhuhuhu…..cettt..4 minit masa tambahan!!! Huhuhu…yessss!!!Chelsea kalah!!!!!….what a Super Sunday!!!!…

Last but not least….mummy wa selalu pesan jangan terlalu tak suka/benci pada seseorang atau perkara kerana akhirnya kita mungkin boleh menjadi sebahagian apa yang kita tak suka/benci….kan wa lately nei memang bengkerq dengan Indon kan kan kan….wa hangin aja tengok Indon kan kan……bila wa tengok konsert Jom Heboh malam tadi kan, baru wa tau maksud apa yang mommy wa cakap….jodoh wa dengan Indon agak yerlah !!! hehehehe….Arca tu cun bebbbb!!!!!…huhuhu….ternganga wa kejap tengok Arca gan IrwanShah nyanyi lagu My Heart tuh!!!!..waduh waduh….cun gilos aweks sowang tuh……gossip kata Arca gan Irwan tu pacaran kan kan….huhuhu…tapi memang padan lar Arca gan Irwanshah neh…

Apa apa pong berangan free beb…


wassalam