Sunday, December 31, 2006

Saddam executed.....

Assalamualaikum,

aku terpanggil di subuh aidil adha ini untuk menyatakan rasa terperanjat dan protes aku terhadap hukuman gantung yang dijalankan ke atas allahyarham Saddam Hussin di masa rakyat Islam menyambut Hari Raya Aidil Adha.....Al-Fatihah aku bacakan terhadap arwah Saddam Hussin....

....apakah Saddam bersalah atas pertuduhan keatas beliau adalah sesuatu yang aku tidak akan komen kerana kita semua tahu bahawa mahkamah itu adalah mahkamah kangaroo yang dibina oleh Amerika Syarikat untuk justify tindakan invasion dan occupation mereka terhadap Saddam....kononnya amerika dan kuncu kuncu mereka hadir ke bumi iraq untuk liberate iraqis dari belenggu seorang diktator yang kejam....maka keputusan mahkamah dan hukuman gantung ini justify apa yang mereka katakan sebab sebenar mereka hadir di bumi iraq ini...

..sejarah pemimpin negara bersifat diktator sampai keperingkat membunuh musuh politik mereka telah berakar umbi dari zaman tamadun dulu kala lagi dan sejarah menunjukkan Julius Ceaser di bunuh, Napolean diracun, khulafa ar-rasyidin dibunuh diatas dasar politik semasa dan lihatlah pula dizaman moden ini apabila pilihanraya merebut jawatan presiden atau perdana menteri di negara negara superpower berlaku, maka akan berlaku 'perang buatan' untuk menaikkan semangat patriotik demi memberi political leverage pada mereka yang memerlukannya.....pembunuhan berasaskan politik berlaku di Bosnia, berlaku di banyak negara Africa, berlaku di Thailand , berlaku di afghnistan, berlaku dengan sewenang wenangnya di Palestine dan lebanon oleh pihak zionist dan pembunuhan kaum kudish pada zaman Saddam Hussin bukan sesuatu yang isolated dalam sejarah politik manusia.....

...namun apabila melihat keganasan demi keganasan yang berlaku diantara pihak sunni dan syiah dan termasuk juga kurdish, maka tidak hairan mengapa Saddam bertindak lebih kepada dictatorship demi menuntukan kesatuan negara Arab....I remember reading an article from a journalist from Sri Lanka who was attenfing the Commonwealth meeting in Malaysia stating that " what is the point of democracy when your people are poor and your country in turmoil " when he was addressing the question of lack of freedom of speech in Malaysia...

my point here, probably the history of sectarian clashes between the sunni and syiah makes it almost impossible for Iraqi leadership to be practicing ultimate democracy without being threatened with political cuop de'tat that will create disunity that will hinder econmic development and perhaps maing them vulnerable to an attack from their auld enemy in Iran .....

Personally, Saddam is as guilty as GeorgeW.Bush in killing innocent people in the name of politics.....Thousand of innocent Afghans died when US attacked Kabul after the 9/11 aftermath and to be fair to Saddam, Bush kills more Iraqis than Saddam ever did when they attacked Baghdad in the 2nd Gulf War....not to mention Bush openly backing the zionist government of Israel in killing palestinian and lebanese in recent years....

Above all, I am still in the state of shock with the timing of Saddam's execution, the dawn of a holy day in Islamic calendar!!...waht was the hidden agenda ??!!..to create friction amongst Haj performing the pilgrimage in Mekah ??!!!...or to expect more sectarian clashes between sunni and syiah during the Aidil Adha period ??!!....

apa yang berlaku di Iraq justify aku punyer pendirian bahawa mazhab mazhab dalam Islam adalah memecah belahkan orang Islam adalah tiba masanya satu kajian menyeluruh untuk menyatukan semua amalan dan cara beramal tanpa berasaskan sesuatu imam/mazhab...aku mungkin salah dalam hal ini tetapi inilah yang aku pegang bahawa amalan dan cara beramal mengikut mazhab mazhab tertentu adalah tidak sesuai lagi untuk zaman yang ada sekarang ini....bukannya Imam Imam besar Islam tu bersalah dan bukannya mazhab itu tidak betul tetapi dari konteks politik dan globalisasi hari ini, sudah tiba masanya semua bentuk pemecahan amalan dan cara beramal di satukan demi untuk keutuhan umah dan kedaulatan agama Islam itu sendiri.....berpegang pada mazhab bukan salah satu Rukun Islam atau Rukun Iman untuk merosakkan aqidah sesesorang Islam tersebut mempersoalkan perkara mazhab ini....namun , mengamalkan cara yang salah boleh merosakkan aqidah kita maka hari ini haruslah semua mazhab disatukan semua tidak perlu untuk menyatakan mazhab mana yang betul dan mazhab mana yang salah.....yang perlu dilakukan untuk menentukan semua kita betul dan bukan kita saja yang betul aqidah kita kerana berasakan mazhab yang kita pegang!!!...

hari ini aku sedih bahawa tiada effort dari negara negara Islam untuk menyelamatkan Saddam dari digantung atas dasar politik.....hari ini orang Islam lebih suka tidak mencampur tangan demi nasib saudara se Islam mereka selagi mereka selesa dalam kedudukan mereka.....ini adalah tanda tanda akhir zaman dan tanda tanda bala akan datang....waulahhuaqlam...

dalam kekecewaan ini, aku mendoakan rakyat Iraq akan mengambil iktibar dari penggantungan Saddam Hussin ini untuk membina semua negara Iraq yang berjaya dan terlepas dari penjajahan kuasa besar..I doubt so !!!....

di Hari Raya Aidil Adha yang mulia ini, aku memohon agar roh Saddam Hussin di masukkan dalam golongan orang yang beriman.....aku ada terbaca bahawa orang menyatakan bahawa Saddam ini seorang komunis, tetapi dalam proses pembicaraan ini jelas beliau seorang yang berpegang pada Quran dan Sunnah bermakna seorang Islam yang tulin....

Selamat Hari Raya Aidil Adha pada semua.....indeed this the last day of 2006!!!

akhir kata , Bolton mengalahkan Portsmouth 3-2 !!!!kehkehkeh.....Isnin nei lawan Liverpool pulak....at this point of writing Sheffield United leading Arsenal 1-0 !!!huhuhu..love it!!!





wassalam,

Friday, December 29, 2006

SELAMAT HARI RAYA ADIL ADHA & SELAMAT TAHUN BARU

Assalamualaikum,

..Salam Jumaat dan ampun dan maaf atas segala kesalahan diri ini selama ini dan being the last friday of the year , maka aku memohon kemaafan atas kesalahan yang aku lakukan secara sedar atau secara tidak sengaja sepanjang tahun ini...

....Kalau mengikut laporan, wukuf jatuh pada hari Jumaat untuk para jemaah mendapat Haji Akhbar ke arah haji mabrur....alhamdulillah....maka dengan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pengunjung blog ini dan terutama kepada wargaHalo...

...Tiada banyak aktiviti untuk aku bila tiba Raya Haji melainkan sembahyang raya haji adha dan menerima kunjungan sedara mara ke rumah mummy ku...still, ibu aku akan menyediakan juadah untuk kedatangan adik adik dan anak anak buah beliau yang menjadikan rumah ibu ku sebagai kampong bertandang bila datang hari raya...

Sementara itu , Tahun Baru 2007 akan tiba hari Isnin ini dan menjadikan cuti panjang sehingga ke hari Selasa......agak merunsingkan memikirkan pagi ahad kita akan bersembahyang raya dan memuliakan kisah korban Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail tetapi malamnya pula beronggeng menanti kedatangan tahun baru 2007....perkara ini unavoidable memandangkan kita negara yang berbagai bangsa dan agama tetapi orang Islam sendiri harus peka untuk mengelakkan kita tidak menghargai hari Raya Qurban kita sendiri...

setiap kedatangan tahun baru akan ditunggu dengan azam azam baru untuk dijadikan target dan objective kehidupan bagi tahun yang baru tiba tersebut.....azam adalah sesuatu yang akan merangsang kejayaan dan juga meningkatkan prestasi diri kita kerana kehidupan tanpa azam adalah satu bentuk kehidupan yang sia sia dan merangsang kekecewaan dalam diri kita...

....namun bagi ramai mangsa banjir di selatan negara, azam mereka amat jelas untuk pulang ke rumah masing masing dan membina kehidupan baru yang lebih selesa....

2006 adalah satu tahun yang agak menduga bagi diri aku sendiri dan bermacam macam perkara bary berlaku dalam diri yang memberi pengajaran dan keinsafan.....membuat kesalahan dan belajar dari kesalahan tersebut adalah sesuatu yang amat aku hargai dalam kehidupan ini......namun 2006 akan terpahat sebagai tahun di mana aku kehilangan orang yang pertama melawat blog Ilham ini iaitu allahyarhamah Emy yang telah pulang ke rahmatullah at a tender age of 29/30 years old....sejarah permulaan blog Ilham ini banyak melibatkan jasa baik arwah Emy dan sehingga hari ini, ada kalanya aku masih masuk ke blog arwah seolah olah mengharapkan beliau masih ada lagi dalam dunia maya ini....semoga roh arwah Emy dimasukkan ke dalam golongan roh roh orang beriman....

sebagaimana kelian, aku menempuh tahun 2007 semoga umur aku dipanjangkan, iman dan amalan aku dikuatkan dan bertambah lagi dan rezeki aku bertambah baik dari tahun tahun sebelum ini dan sesungguhnya to live this life with love and not anger or hatred...insyaallah...

ermmmm....kalau ada wish...i wish that Bolton will win the English League Championship!!!!kehkehkeh....

Selamat Hari Raya Qurban dan Selamat Tahun baru 2007..

wassalam

Thursday, December 28, 2006

Entry Khamis

Assalamualaikum,


tak tahu apa yang berlaku semalam, tapi aku tak boleh online dari jam 9.30am dan apatah lagi untuk ngintu di haloland....cuba sampai pukul 6.30 petang lalu aku pun give-up!!...

demam selsema aku masih keras lagi dan ubat ubatan yang aku telan belum bisa untuk mengurangkan demam ini...mungkin aku demam terkejut kot !!! yer lah, terkejut kerana Bolton sudah menang 4 perlawanan consecutively!!huhuhu...cayok!!!!!mungkin demam menyambut kedatangan tahun baru 2007 yang penuh dugaan semestinya atau mungkin demam kerana tidak menjaga kesihatan dengan sempurna....

bila demam selsema macam nei, sendi sendi jadi sakit dan otak jadi beku....so entry hari ini aku nak cut and paste satu email yang menarik dari Min Superhero!! thank you bro...

JOB VACANCY...............GOOD PERKS!!!

SEMUA AKAN DIKEHENDAKI HADIR TANPASEBARANG PENGECUALIAN ::

KEKOSONGAN JAWATAN:

A. Ahli Syurga Dari Awal.
B. Ahli Neraka Dari Awal.
C. Ahli Neraka Sementara Kemudian AkanDilantikJadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN
(khas untukjawatan A):

1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermuladari saat membaca iklan ini.LOKASI TEMUDUGA:Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
Anda tidak perlu bawa pingat.
Anda tidak perlu bawa wang atau harta(yg banyak).
Anda tidak perlu berparas rupa ygcantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.
Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1. Siapa Tuhan anda?
2. Apa Agama anda?
3. Siapa Nabi anda?
4. Apa Kitab anda?
5. Di mana Kiblat anda?
6. Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masasaja (mungkin sekejap lagi). Ia akanberlembut kepada orang-orang tertentudan akan bengis kepada orang-orangtertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan olehAhmad Hanbal, yang bermaksud begini:Sabda Rasullah SAW: "Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya,sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah kasut) orang-orang yangmenghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan dihujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah kesebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalanmasuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya(mayat) memperlihatkan matahari yangsudah mula terbenam, lalu malaikatbertanya kepada mayat itu:Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki Muhammad)yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksiankamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammadsaw itu ialah pesuruh Allah yangmembawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada didalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinaricahaya baginya

"Nampaknya pertahanan kita perlu kuatdari semua aras (kepala, kanan, kiridan hujung kaki).!Sila war-warkan tawaran jawatan kosong ini kepada semua sahabat.

Wallahu-a'lam.semoga anda berjaya dalam temuduga ini....

wassalam

Wednesday, December 27, 2006

Entry aku yang tengah demam selsema

Assalamualaikum,

surprisingly aku tak kena hujan untuk dapat demam selsema ini...tapi mungkin the sudden change of weather nei yang buat aku demam selsema tetiba...

mula mula rasa tak larat nak update blog tetapi memandangkan aku esok boleh tido satu hari..kehkekeh....maka aku update dulu especially nak sampaikan pesan kakri kat halo semalam..

assalamualaikum,

sorry dah lama tak singgah sini...tapi bagi pihak keluarga kak ri ucapkan ribuan terima kasih dengan ucapan takziah dan doa yang kami terima bagi abah. by the way, memandangkan keadaan banjir yang begitu teruk sekali, kami bagi pihak keluarga sekali lagi ingin meminta bantuan dari warga halo ilham...setakat ini kami hanya dapat berita dan laporan terkini dari abang yang berada di kampung mengenai keadaan di segamat. buat masa ini kak ri dan UC sedang mengumpulkan donation dari segi makanan dan pakaian untuk diberikan pada mangsa yang amat memerlukannya. barang makananan semakin berkurangan dan haraganya melambung sampai 5-6 kali ganda. bagi yang mampu bolehlah membeli...

tapi ramai yang tinggal sehelai sepinggang terutama kawasan yang terjejas. jadi bagi sesiapa yang ingin donate pakaian terpakai atau makanan (beras, gula, maggi..etc) silalah hubungi kak ri di 012-2359445. insyallah kalau jalan sudah dibuka, kami akan balik segera. wang ringgit boleh disalurkan pada pihak yang mengendalikannya...tapi kami lebih pentingkan benda-benda tersebut. actually ini yang kami perlukan...

1. pakaian kanak-kanak..kalau dapat pakaian sekolah pun ok (tapi biarlah yang masih baik)
2. selimut
3. dry goods...beras, gula, minyak, makanan dalam tin, instant noodles,

segala sumbangan anda amat dihargai.** sorry repost

**Kak Ri Homepage 12.26.06 - 5:25 am

aku berharap sanat sesiapa yang dalam keadaan yang boleh membantu untuk menyambut seruan kakri ini.....segala bentuk bantuan aku ucapkan terima kasih dan semoga Allah swt akan membalas jasa baik kelian...

Perang Ethopia dengan Somalia...

frankly aku rasa very disturbed dengan berita peperangan di antara dua negara miskin ini...apa yang aku boleh rumuskan jelas peperangan ini mempunyai ciri ciri peperangan proxy yang melibatkan kuasa besar.....sebagai saudara Islam, aku merasakan peperangan ini tidak perlu dan a level headed leaders on both sides would be able to restore peace and amicably settle this stupid war...

lets common sense prevail in this war that would only impose misery to the already suffering people of somalia and ethopia...

Saddam to be executed within 30 days..

This is the latest news I read and frankly I doubt this will happen soon...the threat of quick execution is just to create more choas and havoc amongst sunni and the more violence the better for the Bush adminisitration to justify their occupation of Iraq...

EPL....

walaupun demam , wa masih gagah nonton bolasepak English football....so wa dengan rasa rendah diri mengumumkan bahawa my beloved Bolton menang lagi 2-1 over Newcastle....alhamdulillah....

bagaimana pun Liverpool kalah 0-1 pada blackburn ...huhuhu....Reading seri dengan the mighty Chelsea ...kehkehkeh tapi MU terus mara dengan menang 3-0 dengan Wigan dan Arsenal pulak menang dengan watford 2-1.... Spurs beaten Aston Villa 2-1 juga...

so Bolton di tempat ke 4 di belakang MU, Chelsea dan Arsenal!!!kehkehkeh.....slow slow ekkk Bolton...

wokeh, wa nak turu dah nei....ubat dah jalan, pala wa pusing!!


wassalam

Tuesday, December 26, 2006

Diary diri 26/12/2006

Assalamualaikum,

It feels good to be back here in haloland after my longest break since the birth of this Blog of Ilham...I am not pretty sure yet what I have significantly achieved during this 'sabbatical' leave but suffice to say that I am glad to be back...

Baiklah, the anticiapated 'wet weekend' did not materialize and alhamdulillah the forecasted catastrophic weather over the weekend did not happen and the weather was surprisingly very hot indeed...kuasa Allah swt tiada ramalannya dan walaupun cuaca baik sekarang namun aku tidak akan berhenti berdoa agar dijauhi bala yang berlaku akibat cuaca buruk kebelakangan ini..

Tsunami Dalam Kenangan

..di sini aku merujuk kepada 26 Disember 2 tahun yang lalu bila tsunami berlaku tanpa ada petanda awal sebagai amaran....ketika tsunami berlaku aku tengah sibuk menguruskan pengebumian arwah mak sedara aku ( al-fatihah) yang meninggal pada malam sebelumnya....aku hanya pulang ke rumah selepas tahlil malam tersebut dan dekat pukul 11 malam aku terdengar di TV ada mangsa lemas di Pulau Pinang.....apabila disebut sahaja perkataan tsunami maka aku terus berasa berdebar sebab aku baru ketika itu membuat sedikit pembacaan tentang tsunami selepas menonton satu documentary tentang tsunami di Discovery Channel......aku terus tukar channel CNN dan pada masa itu baru aku ketahui bahawa ada satu bencana besar berlaku di Aceh akibat earthquake di dasar laut.....waktu itu angka kematian di Aceh dikatakan dalam lingkungan 4 ribu orang sahaja dan angka kematian di malaysia dinyatakan pada angka 16 orang....dari lapuran itu juga aku dapat melihat bagaimana serangan tsunami di Sri Lanka dan Pulau Phuket tetapi tiada visual dari Aceh lagi.....

..it was the very next day barulah diketahui darjah kemusnahan akibat tusnami dan angka kematian yang meningkat kepada jumlah yang tidak pernah dialami dalam sejarah moden kemusnahan ini akibat natural disasater......angka kematian oleh sebab tsunami yang direkodkan pada jumlah menghampiri setengah juta manusia orang ini tidak seramai angka pembunuhan perang saudara antara Hutu dan Tutsi atau perang suadara di Vietnam mahupun tidak seramai jumlah kematian manusia di Perang Dunia ke 2 , namun ianya akan direkodkan sebagai jumlah kematian yang paling cepat kerana tsunami hanya mencecah bumi mangsanya tidak lebih dari setengah jam untuk meninggalkan kesan kematian yang amat tinggi....

....namun tidak semuanya menghancurkan selepas tsunami kerana bagi Aceh, rakyat mereka telah mendapat membina sebuah negeri yang mempunyai kuasa autonomi sendiri dan kini menjalani proses pilihanraya untuk membentuk kerajaan sendiri, alhamdullillah......Taksin, pemerintah kejam pada umat Islam di Selatan Thai juga jatuh selepas tsunami dan mungkin ada kisah kisah positif yang mungkin tidak di war war di negeri negeri lain yang ditimpa tsunami selepas itu....

..banyak sejarah natural disaster dikaitkan dengan 26 Disember dan aku pun sebagaimana manusia lain tertunggu tunggu adakah 26 Disember kali ini akan menjadi saksi kepada bencana alam yang baru pulak...waullahuaqlam...

Banjir Di Johor/Melaka

Kalau ikut apa yang aku baca dan dengar, keadaan banjir sudah beransur pulih walaupun proses pemulihan yang sebenarnya mungkin memakan masa berbulan bulan lagi untuk suasana kehidupan untuk pulang pada keadaan biasa....

tapi bagi aku, bukan kisah 27 ekor buaya peliharaan mahupun buaya liar dikatakan terlepas dari habitat semulajadi mereka dan kini bebas di sekeliling manusia yang lain tetapi kisah kematian seorang ibu yang lemas di dalam rumahnya setelah di tinggalkan oleh anak mereka semasa process evacuation berlaku yang amat memilukan aku ....

si ibu tua dijumpai terapung diantara barang barang perabut di rumahnya sedang anak dan cucu beliau berada di pusat pemindahan sementara adalah amat menyedihkan....apa jenis anak yang sanggup meninggalkan ibu tua untuk lemas sendiri adalah diluar akal waras manusia.....aku harap anak/cucu si tua tadi dikenakan pertuduhan ' membunuh tanpa niat' kerana sikap mereka yang mengalahkan binatang!!.....

kepada mangsa banjir di selatan tanahair aku harap akan bertenang menghadapi dugaan ini dan aku harap kerajaan Pusat/Negeri akan membiayai kos pakain , peralatan dan yuran sekolah untuk semua mangsa yang terlibat...

FIQ kalahkan Ima

....aku tengok jugak walaupun tidak concentrate Pertandingan Mentor Malaysia dengan Bintang Mencari Bintang Indonesia dan aku seronok juga bila Fiq menang ...patriotik tuh!!!...aku suka nyanyian Ima anak didik Inul ini dan aku rasa tiada banyak perbezaan dari segi kemampuan kedua dua pendatang baru ini....

Anugerah Skrin

..tahniah pada Afdlin Sauki kerana memenangi anugerah Pengarah Terbaik untuk Filem Buli Balik dan aku sebenarnya tengok Anugerah Skrin nei sebab Fazura jadi co-host!!!kehkehkeh....aku nampak jugak anak seniwati Azean Irdawaty memenangi anugerah pelakon wanita terbaik ( stand to be corrected ) , selain pada itu aku tengok Anang dan KD duet untuk final perfomance.....aku memang meminati Anang dan KD dari dulu lagi......

EPL

...ehem ehem......malu nak announce tapi kena jugak lah nampaknya yer....Bolton 2-0 Man City !!!kehkehkeh........walaupun masih menduduki tempat ke 5 , tapi aku yakin bahawa Bolton akan dapat memintas Arsenal dan Liverpool bila masuk January nanti....huhuhu....

....lain lain keputusan ialah Vaart's Chelsea 3-2 Wigan !!!kehkehkeh.....sib baik ko vaart!!...Mamabat, Mrloba2 dan Jazz mesti gembira dengan keputusan Man U 3- 0 Aston Villa....Epong/GX 's Liverpool 2- 0 Watford, Aling's Arsenal 6-2 Blackburn dan sad news for BokD's Spurs beaten 1-3 to Newcastle....

so, malam nei Boxing Day games dan nampaknya aku akan berdebar lagi menunggu perlawanan Bolton menentang Newcaste at the Reebok Stadium dan mengharapkan pula Blackburn to do something special over Liverpool and Watford to upset Arsenal !!!!huhuhuhu....

wassalam

Friday, December 22, 2006

Entry Jumaat

assalamualaikum,

First and foremost, nak minta maaf pada Kak Ri dan UC sebab atas alasan cuti blogging, aku terlupa untuk mengumumkan secara resmi kepada warga halo berita pemergian ke rahmatullah ayahanda Kak ri dan UC pada 7 Disember yang baru lepas...semoga roh ayahanda Kak Ri dan UC dimasukkan dalam golongan orang beriman...Al-Fatihah...

aku terpanggil mengupdate blog hari ini setelah melihatkan keadaan banjir di selatan semenanjung terumata yang melibatkan daerah Segamat.....Segamat adalah kampong Kak Ri dan UC juga dan Segamat juga adalah satu tempat yang special untuk aku sebab tempat aku bercinta dulu jugak!! nak mencelah jugak tuh!!!...huhuhu...tapi yang aku dengar/baca, banjir juga sudah merebak dari Melaka ke Johor Baru!! kalau tak silap pendengaran aku, hujan lebat ini dijangkan akan melanda Klang Valley around weekend ini....

beberapa minggu lepas aku ada buat entry tentang musim hujan dan apakah kesudahannya...aku tidak tahu apa kesudahannya tetapi masa aku menulis entry tersebut, aku dapat merasakan bahawa hujan yang turun tidak putus putus kali ini adalah seolah olah satu indication kepada sesuatu yang besar....namun kata hati aku masih menyatakan banjir besar di selatan negara sekarang ini bukan sesuatu perkara yang besar yang berkaitan dengan hujan tanpa henti ini...mungkinkah ada sesuatu yang lebih besar dari itu ??

...maka aku teringatkan tarikh keramat 26 Disember iaitu tarikh berlakunya tsunami 2 tahun yang lalu.....kini tarikh tersebut akan kembali dan adakah 26 Disember kali ini akan menjadi saksi kepada satu lagi bencana alam yang tidak terfikir dek otak manusia kita yang terbatas ini??....waullahhuaqlam....

kita sebagai hamba Allah swt hanya mampu berdoa sekiranya apa bentuk dugaan atau mala petaka yang diturunkan oleh Nya tidak akan menjadi satu beban kepada kita dan keluarga kita kerana bila bala atau bencana itu turun, darjat dan keturunan sudah tidak menjadi ukuran...adakah cara untuk kita mengelak dari bala Allah swt...sebenarnya tiada cara kerana ketentuan Illahi itu tiada tercapai akal kita yang dengkel ini dan hanya doa dan janji kita semasa azali jua yang menentukan nasib kita nanti...

kalau benar sebagai diramalkan bahawa akan berlaku hujan lebat di Klang Valley dalam waktu terdekat ini, maka aku merasakan bahawa ianya mungkin trigger satu bentuk bencana alam yang dasyat yang mungkin tidak berpusat di KL tetapi mungkin kawasan kawasan berdekatan...I was in Genting Highlands 2 nites ago and I swear I have not witnessed such a high wind or perhaps stormy weather up there....angin yang bertiup kencang telah menyebabkan tiang lampu bergoyang/bergegar dan menyebabkan cuaca sejuk yang amat sangat....apabila satu kejadian yang aku rasa agak asing dari pandangan aku berlaku, maka aku merasakan bahawa ianya satu prelude kepada sesuatu yang lebih hebat lagi....

harus kita ambilkira juga bahawa cuaca buruk juga berlaku di London dengan beratus ratus jadual penerbangan di Heathrow terpaksa dibatalkan akibat cuaca buruk dan juga ribut salji melanda new mexico dan Colorado di Amerika Syarikat.....Sukan Asia di Qatar telah menyaksikan banjir kilat di padang pasir kerana hujan yang lebat dalam sejarah qatar itu sendiri dan jemaah haji yang berada di Madinah melaporkan bahawa suhu di Madinah berada pada tahap 14 darjah calcius bermakna lebih sejuk dari Fraser's Hill yang berada pada tahap 20 darjah celcius walalupun aku dah kecut satu badan !!.....kalau kita lihat situasi ini secara global, maka ianya mengingatkan kita pada filem Day After Tomorrow apabila perubahan cuaca mendadak yang akhirnya mengakibatkan satu fenomena yang diibaratkan sebagai kiamat !!..

frankly, bila Kelantan or Terengganu banjir, aku tak pelik dan sebenarnya banjir juga bagaikan satu pesta di Kelantan, tapi bila JB banjir maka aku rasa sesuatu yang agak berlain dari kebiasaan......

so pada warga halo, aku cadangkan kita jangan menunggu sesuatu yang mungkin tiada tapi jangan pula menunggu perkara berlaku baru nak bertindak , maka sesama kita berdoa kehadarat Illahi agar dijauhkan bumi bertuah kita ini dari bala atau mala petaka dalam tenpoh terdekat ini.....bersedia juga untuk tidak pergi ke tempat tempat yang agak vulnerable bila berlaku hujan lebat/ribut dan bersedia untuk membantu bila bantuan diperlukan....

okkelah, mungkin aku banyak sangat takut aku sampai benda yang mungkin tak wujud aku risaukan, tapi itu lah aku!!...

lagi satu, November dan December ini ramai warga halo yang menyambut harijadi dan aku misplace file birthdate ini , so aku harap Embun akan umumkan kengkawan kita yang menyambut hari lahir pada November dan Disember ini....on behalf of warga halo, aku nak mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Lahir dan semoga diberkati Allah selalu pada kelian yang menyambut birthday bulan November dan Disember ini....

satu lagi, weekend ini adalah extended weekend dan ramai yang akan bercuti or balik kampong, aku doakan kelian selamat dalam perjalanan pergi dan balik and enjoy your trip.

maka di hari Jumaat yang mulia ini, aku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada tersilap bahasa dan kata untuk 2 or 3 minggu kebelakangan ini....


wassalam

Thursday, December 21, 2006

Perniagaan Internet - pandangan dan cubaan Ilham

Assalamualaikum,

...Selepas previous entry di mana aku halakan satu program perniagaan internet ( frankly the program introduced was more towards making money through 3rd party arrangement,IMHO) , aku terima feedback supaya bahasa yang digunakan sebagai guideline lebih berbahasa standard kerana ramai yang mahu forward/cut n paste/print kepada prospective referrel mereka...so, aku cubalah betul betul sikit apa yang nampak terlalu bersahaja...

baiklah, ini yang aku editkan semulanya dari entry lepas...

My thots and perception about internet business/ pendapat dan persepsi aku berkenaan dengan membina keuntungan/cari duit melalui perniagaan internet

Kelian semua tau kan yang aku dah subcribe e-bookt Tsunamiwang and thus studying the secret of success as written by the writer and by many other writers in terms of making money through internet...

...banyak kali aku baca buku e-book Tsunamiwang ini dan ikut step yang diberi dan setiap kali jugak ada penghalang/obstacles tertentu seperti kita perlukan modal tertentu, kita perlukan alamat di US, kita perlukan credit card, register dengan paypal dan sebagainya...namun setalah aku selidik ,aku juga merasakan kalau kita ada mentor yang boleh tunjuk kita the right systems/mechanism dalam peringkat permulaan perniagaan ini untuk membina infrastructure dan mechanism yang betul, maka aku yakin mendapatkan income melalui internet ini ada satu possibility yang 'benar'.....

well guys, dalam proses aku cuba memahami cara generate income/ cari duit di internet ini, maka aku dapati pulak berbagai bagai program lain untuk membuat income melalui internet sehingga aku sendiri tidak tahu yang mana genuine dan yang mana scam...proses searching and/or sourcing ini mengambil masa yang lama dan setiap program ada pula ada sub-program yang lain dan proses identifying and verifying ini sungguh mengambil masa dan agak sengsara juga dalam mengenali dan memahami proses ini...

BTW, selepas membaca setiap success story tentang internet business, maka aku dapati modus operandi penulis penulis success stories ini sama sahaja iaitu menjanji 'shortcut' to success untuk kita berdasarkan program yang mereka lalui dan kita kena beli buku mereka untuk mendapatkan program tersebut....seakan akan satu standard procedure di mana ada 'testimonial' kononnya dari pembeli program mereka, contoh contoh plan kejayaan kewangan dan kemewahan yang dikecapi oleh penulis yang kan membuat kita teruja... mungkin terlalu banyak reference yang aku baca sehingga aku tidak tahu yang mana yang betul sebenarnya....

so, aku decide that aku hanya akan bermodalkan kos membeli buku tsunamiwang dan tidak membuat investment yang lain sehingga aku dapat sesuatu yang membolehkan aku membina modal pusingan aku sendiri.... therefore, aku mula search blog blog orang lain yang pernah involved dengan program menjana keuntungan melalui internet ini dan cuba mencari program yang sudah 'tested' yang bermakna ada kesahihan.....

namun, setiap percubaan juga melalui berbagai 'halangan' sebagaimana proses yang aku ambil melalui buku tsunamiwang....maka aku berpendapat, sebagaimana perniagaan di dunia nyata, perniagaan di dunia maya ini juga memerlukan seorang 'guru' yang membolehkan kita memahami rahsia rahsia tertentu yang mereka tahu dan tidak mereka lafaz dalam buku mereka kerana ianya ibarat 'trade secret' mereka....macam tukang masak dengan 'resepi' mereka !!! ini pendapat aku yer...

dalam pada itu aku mula hantar e-mail dalam affialiate program untuk e-book tsunamiwang dan dalam proses itu aku telah create new contacts/friends atas interest yang sama iaitu internet business..... nasib menyebelahi aku bila aku terima satu email yang mengajak aku untuk mengikuti satu program 'paid2click' iaitu program yang mana kita diminta untuk 'click' di email atau banner yang dihantar dan program ini tidak memerlukan bayaran sebagai member....so , perhaps in hope and desperation aku sign up program ini sebagai mana program program lain yang aku jumpa dan suddenly aku realise program ini responded.....ada email masuk, ada banner aku kena click dan ada income masuk ......walaupun aku rasa sangsi tapi aku follow juga program ini sebab setiap email memberi ruang dan peluang baru untuk aku memahami internet business ini seperti program kita dibayar untuk menjawab survey questions, dibayar untuk menonton movie trailer, dibayar untuk menaip , dibayar untuk menjual produk orang lain, direct investment seperti main saham , selling advertisement space untuk blog kita dan sebagainya......

...aku teruskan mengikuti program 'paid2click' ini dan sehingga aku telah mendapat bayaran sebanyak USD 2,200 dalam tempoh 5 hari dalam akaun aku dan yang paling menyenangkan ialah payment direct ke alamat kita di malaysia dalam bentuk cheque/check....

....apa yang menarik ialah program ini yang paling banyak membership yang memberi keyakinan bahawa ianya sangat popular dan perhaps genuine....now, since the program did not cost you a single cent and it provides real 'training' for you and me on internet business, so aku suggest korang pun sign-up program ini atas dua sebab:

1) it could be a genuine money making program thus the money generated could be used as a working capital to join other interesting/lucrative money making internet programs.

2) it provides e-mails/banners that teaches us about how money being generated through internet...so through this e-mail and banners you could explore further the ideas/mechanism behind this internet business thus providing you 1st hand knowledge on the whatis and whatnot or the do's and don'ts in internet business.

so , aku cut and paste this is the unexpected email that came into my inbox and if you think you this program worth trying, please follow the simple procedure and sign up and rajin rajin visit the website untuk 'click'.......


BUAT DUIT DENGAN HANYA BACA EMAIL DAN KLIK BANNER !!!TAK PERCAYA ???

Program ini percuma tapi kena rajin klik iklan/banner/e-mail.

Firstly and foresmost , saya nak kenalkan satu website yang membolehkan kelian semua mendapat extra income/duit tambahan..

Tidak kira samada kelian student , bekerja tetap atau menganggur...semua boleh dapat keuntungan dari program ini. BARU SIGN UP sahaja dah dapat BONUS USD800 atau dalam Ringgit M'sia dah RM3040 ..cuba kelian bayangkan potensi yang ada!!(Tak perlu keluar MODAL 1 sen pun, TAKKAN RUGI, SIGN UP FREE, dapat BONUS USD800 lagi direct ke account lepas sign up) Korang semua hanya perlu SIGN UP!!

Kita orang ini pun buat program ini secara sambil2 sahaja....nak car iduit lebih sikit dan surf punya surf maka terjumpa website ni . Lepas sign up, kita orang cuba cuba tengok account tu.....punyalah terkejut beruk!!!.. dalam seminggu sahaja dalamaccount kita orang dah meningkat pada lebih USD$2000 dengan mengikut arahan yang diberi...............

kelian ikut steps yg kita orang dah translatekan dalam bahasa melayu bg menyenangkan kelian sebab arahan asal adalah agak berbelit sedikit..padahal steps sebenarnya mudah sahaja. okeh!X nak buang masa lagi.. tengok dulu steps ini ..

CARA-CARA NAK DAFTAR .......

Steps dia mudah sahaja...

1. Kelian klik dekat link / banner di bawah ini :

http://numenmail.com/pages/index.php?refid=rusdiklatino

2. Klik dekat 'Sign Up.' (Sebelah kiri website tu).

3. Taip alamat email kelian. Nanti mereka akan send email untuk kelian sahkan.

4. Tutup (Close) laman tu.

5. Pastu..pergi tengok kat email inbox kelian , akan ada perkataan ni 'numenmail.com. sign up URL then, 'Click'.

6. Ada 2 link. kelian klik pada link yang pertama tu.

7. Lepas tu, akan keluar laman . numenmail.com yang mula2 kelian taip alamat email korang tu.

8. Klik dekat 'Sign Up'.

9. Isi borang dan jangan padam nama upline anda di bahagian Referrer.

10. Sampai dekat cara nak bayar..kelian pilih sahaja melalui 'Check'.

11. Lepas isi..klik kat 'Sign Up'.

12. Masukkan Username ngan Password yang kelian tulis dalam borang tadi.

13. Dekat situ kelian akan nampak account kelian dalam tu ada $800...haaa!!,betulkan kita orang cakap tadi!!

14. Then, klik dekat 'paid2click' .

15. Dekat situ akan ada 7/8 banner. Setiap 1 banner kelian klik, account kelian akan bertambah $5.00 / RM20.00... untuk klik banner ke 2 tunggu sampai abis surf (30 saat) .

16. Klik sampai abis.

17. Klik dekat 'Earnings stats'?

18. Tengoklah berapa kelian dapat dengan hanya klik kat banner. SENANG KAN ??!!

19. Untuk tambah duit kelian dalam account tu..kelian cari new member/referrel dan kelian akan dapat bonus.

20. Setiap hari pastikan kellian klik dan baca iklan yang dia hantar ke email kelian atau pun buka terus akaun kelian yan dah berdaftar dengan numenmail.com dan untuk buka akaun, klik kat "member log in" dan masukkan username dan password korang sebelum ni.Kemudian klik kat "Your Inbox" dan klik setiap iklan yg tersenarai kat situ. Setiap satu iklan/email itu mengambil masa kira-kira 200 saat atau lebih kurang 3-4 minit. Lepas tu baru close dan buka iklan yg lain. Setiap iklan/email tu bernilai US$80 Dollar atau lbh kurang RM300.00 ..tak nak ker???...

21. Untuk tahu jumlah duit kelian yangg terkumpul, klik kat "Earning Stats".HARUS DIINGAT!!!!Jangan risau, duit yang kelian dapat ni HALAL.......ini atas usaha kelian nak dapat duit tu, kelian tolong PROMOTE WEBSITE DAN SPONSOR2 numenmail.com, so numenmail.com bagi KOMISEN pada kelian.

Sama sahaja kalau kelian jual barang dari rumah ke rumah, macam jurujual..tolog kempen barang? kalau dapat ramai pelanggan, syarikat akan bayar lebih komisenkan?? ..sama sahaja kan ? ni zaman apa?? kelian sanggup tak menjaja dari rumah ke rumah???? sekarang zaman ni e-Bussiness ler!!! ? tak payah penat penat nak jalan sana sini..tebalkan muka promote barang kat orang. Kalau orang nak beli.. ok la kan , bebaloi dengan penat? kalau orang tak nak beli??camner? ..tak ke membazir air liur jer.

Kat sini JUST SURF WEBSITE diorang,..kira TOLONG PROMOTE barang2 mereka dan kelian dapat komisen !!!camtulah al-kisahnyer !! faham betul2 yer. numenmail.com. AKAN BAYAR KELIAN.Setelah jumlah duit yg terkumpul sampai had payout USD 8888, Kita akan dapat bayaran melalui CHECK @ dlm bahasa melayu CEK. Sebab kita orang tau mesti kelian akan alami problem tak tau nak pilih cara pembayarannya.. .kelian just klik kat 'CHECK' sahaja masa sign up dan pastikan alamat kelian betul sebab cek tu akan smpai kat DEPAN PINTU UMAH Kelian. Insya Allah......moga2 kita diberi rezeki oleh Allah.

http://numenmail.com/pages/index.php?refid=rusdiklatino

* pindaan/edit dengan izin *

too good to be true ??!!..saya dah cuba dan dari seorang yang sinis/sceptical, sekarang saya teruja/excited and perhaps a true believer!!!....

BTW, melalui pembacaan dan observation setiap banner/email yang masuk, saya mula mencuba program program lain, dan bila ada program yang saya yakin kesahihannya akan saya war war di blog ini....so stay tune ....

dan pada 1st timer di blog Ilham ini, selamat datang dan saya dalam tempoh cuti minda dan sekiranya kelian ada keinginan mengenali thinking process saya , sudi sudi kiranya membaca entry sebelum ini dari bulan bulan sebelum ini /archive....tapi excuse my language/typo error yer...


wassalam

Monday, December 18, 2006

Diarydiri 18/12/08 - perniagaan di internet

Assalamualaikum,

semalam aku pergi melepak kat Fraser's Hill dan balik sempat tengok EPL....kehkehkeh...walaupun penat dan ngantuk tapi sempat melihat bagaimana pasukan yang dikalahkan oleh Bolton minggu lepas dengan 4 gol tanpa balas berjaya mengalahkan Man Utd 1-0!!!....yeap, West Ham 1-0 Man Utd!!!!....pada Bat, Jazz, Mrloba2 dan lain lain Red Devils maka banyak banyak lah bersabar yeah!!....lain lain keputusan, Liverpool 3 -0 Charlton, Chelsea 3-2 Everton, Arsenal 2-2 Portsmouth ..huhuhuhu..Spurs 2 -1 Man City......okke tu saja pasal bola...

sat yer....actually ada satu lagi result lar beb....ermmmmm.....Bolton 1 - 0 Aston Villa!!!..kehkehkeh...beri tepukan untuk Bolton yer kengkawan!!!....hidup Bolton!!

baik lah, atas permintaan warga halo especially Misa, BokD and aling dalam halo yang lepas, aku akan citer sikit pasal apa yang aku dah explore, source, investigate or test akan perniagaan di internet ini....

* original content deleted since edited and republished in the latest entry dated December 21st*

wokah, korang lepak kat halo nei yer and kalau kelian nak tanya apa apa lagi, tanya kat halo or direct to my email/YM tau....BTW, wa masih cuti walaupun gigil satu badan!! huhuhu



wassalam,

Tuesday, December 12, 2006

New Haloscan untuk semua dan e-book dalam internet business

Assalamualaikum,

Hei guys, actually I masih lagi dalam tempoh bertapa....kehkehkeh....tapi terpanggil untuk create haloscan baru untuk kawan kawan melepak.....dah dekat nak 1000 dah comment box , so i thought update blog untuk kawan kawan semua....

BTW, i sihat walafiat dan terima kasih pada semua yang hantar email/YM tanya khabar kat i yer....appreciate sangat sangat....kelian pun i harapkan sihat sihat belakanya....rindu pada kelian macam nak giler tapi kena tahan gigil !!!ahaks ahaks ahaks...tapi bila wa jenguk halo dan berat sangat, sedih pulak rasanya....

kelian lepak sampai halo berat nanti i akan updatekan lagi....

lagi satu, i nei rehat minda tau, bukan cuti kawin ker or naik haji ( how i wish this is true though).....lepas tu kan, i pun tengah cuba cuba nak create e-book in ilham's style , mana lar tau kot kot boleh buat income kan kan kan....kelian tolong wa nanti yer.....i tengah tulis simple e-book yang i rasa sesuai untuk bacaan ringan/teladan/handbook dalam hubungan Uda dan Dara.....dan kalau materialize , i nak throw hadiah dalam bentuk e-book bagi novel 'Andai Di Titi Jambatan Maya dan Nyata ' dengan twist yang baru untuk 'ending' kisah tersebut....and another bonus i akan record semua lagu yang i nyanyikan dekat blog dan lagu lagu yang belum i perdengarkan dekat u all lagi....basically, semua my original composition....i hope to complete semua nei dalam tempoh percutian ini....

actually i dapat e-mail yang promote sebuah buku berkenaan dengan internet business..i subcribe the book and i thought some of the ideas quite interesting...so i thought that i should give a try too although i don't think making profit is my strong point....

kalau kelian nak mengetahui rahsia nak millionaire internet macam writer buku nei, please refer link i letak kat bawah yer....

BTW , i pun ikut Sukan Asia ke 15 di Doha dan I was very impressed dengan kejayaan pelari wanita Bahrain yang memenagi pingat emas dalam acara 200 meter dan gangsa dalam 100 meter..apa yang menarik ialah beliau memakai 'gear' menutup aurat yang kalau diikut dari sudut teknikal lumba lari pecut ianya menganggu larian kerana tudung tersebut akan menggangu laluan angin ( stand to be corrected )....

Photobucket - Video and Image Hosting

walaupun pelari Australia Cathy Freeman ( spell ??) dan perenang Australia Ian 'Torpedo" Thorpe pernah memakai 'gear' yang menutup aurat dengan tujuan untuk mendapatkan aerodynamic advantage dalam larian mereka namun inilah kali pertama seorang pelari Islam berjaya dengan pakain sukan menutup bukan atas tujuan untuk mendapat advantage pada larian/renangan teapi untuk menutup aurat dalam bersukan...tahniah pada pelari Bahrain iaitu Ruqaya Al-Ghasara kerana kejayaan cemerlang dalam sukan dan yang lebih lagi menaikkan mertabat wanita Islam melalui sukan....


lagi satu sukan yang menarik perhatian aku sampai aku tidur lambat ialah sepaktakraw wanita ...kehkehkeh..dont get me wrong, the level of skill of these women was really shocking!!!...mungkin perempuan main bolasepak tu otak wa boleh process lagi, tapi tengok kaum hawa buat lipat maut atau tekong serving ala ala tendang kuda betul betul buat aku terduduk kejap!!!.....i was quite a decent takraw player during my secondary school days tapi aku mati hidup balik 10 kali pun aku rasa aku tak mampu buat some of the tricks the ladies did in the final game between Vietnam and Thailand......satu lagi kan kan..kehkehkeh....tekong Vietnam tu kan...cun gilos !!! ala ala muka Al-Tantuya !!!....tu yang semangat giler wa sokong Vietnam tuh!!!....ahaks ahaks ahaks.....baibun aja bah!!....tak caya , nah kowang tengok gambar bawah nei.. cuba kelian tengok gambar Al-Tantuya dengan gambar tekong Vietnam yang duduk 2 dari kanan dan actually kalau ikut gambar ini, pemain 'killer' regu ketiga Vietnam yang berdiri disebelah mamat pakai suit tuh ( tu bukan Razak Baginda lookalike yer )lagi nampak iras pada Al-Tantuya.......

moral of the story : tak payah pergi Mongolia nak cari aweks cun!!!kehkehkeh.....


Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

Tahniah kepada semua ahli sukan negara yang memenangi pingat emas , perak dan gangsa dalam Sukan Asia kali ini dan sedih jugak dengan nasib bodybuilder negara iaitu Sazalli Samad , Master Universe tetapi hanya mendapat pingat perak di Sukan Asia !!!...

owh yer !!! sebelum terlupa, nak war war kan bahawa my beloved Bolton menang 4-0 ke atas West Ham last weekend!!! kehkehkeh....it was a great performance from Bolton indeed....i hope this will be the beginning of another winning streak for Bolton to get into Europe next season!!..

okke, kalau kelian nak cuba e-book ,ini link yer ....i did and i believe you should too....



http://www.tsunamiwang.com/index.html?ref=ilham_santapanhati


wassalam