Wednesday, February 07, 2007

Entry Rabu 19 Muharram 1428H .................

Assalamualaikum,

wokeh special edition hari ini since i dah drafted 2 entry kan so i kumpul kan sekali untuk hari ini....tapi sebelum tu Numenmail Update

Numenmail Update..

..up till today, about 35 days after my 1st redemption , I still to receive any cheque from numenmail or any notification of payment via e-mail from them....walaupun aku tak mau pun high hope untk menerima any kind of response from them but I am still anxiously waiting...aku tau ramai antara kelian juga macam aku berkerja keras mengharapkan numenmail is a genuine scheme and not a scam...

so, kalau ada apa apa perkembangan terbaharu , i will find a way to inform you all nanti...insyaallah...

meanwhile, don't give up and lets wait together for the good news yer....

Payslip

diam tak diam kita dah dalam bulan February iaitu salah satu bulan favourite aku sebab gaji dapat cepat !! ahaks ahaks ahaks....aduh gaji gaji!!!....kita selalu cakap pasal job satisfaction or good working environment as the motivational factor untuk kita bekerja dengan baik tetapi apa yang sebenarnya menyebabkan kita jadi motivated ialah Gaji !!!...the moment gaji stop masuk hujung bulan, apa bala job satisfaction ker, mission statement ker semua masuk longkang....Gaji adalah asas motivational tools....

payslip adalah dokumen paling penting untuk kita kerana dengan payslip kita boleh dapat bank loan dan sebagainya dan payslip yang canggih adalah amat perlu untuk memberi keyakinan kepada pihak bank untuk memberi loan pada kita...

Payslip juga penting sebab kita tahu nombor EPF, IRD and Socso kita yang selalu kita tak ingat kalau orang tanya....payslip juga penting untuk kita tengok calculation of kita punya overtime or statutory deduction or claim claim yang kita telah submit sebulan sebelumnya....

I love pay day walaupun skim pembayaran gaji melalui bank sedangkan kita sebenarnya boleh insist majikan kita bayar gaji kita dalam bentuk cash atau apa yang dinamakan legal tender kerana ini adalah peruntukan dalam undang undang buruh dan pembayaran dalam akaun bank adalah sebab kita dah consent dari awal ....

bila kita tengok payslip kita juga kena tengok apa deduction yang telah dibuat selain statutory deduction seperti Socso dan EPF dan sekarang ini Income Tax.....selain itu , semua deduction hendaklah mendapat persetujuan dari pekerja.....sebenarnya ada majikan potong gaji bagi setiap minit pekerja datang lewat tetapi ini sebenarnya tidak ada dalam undang undang dan boleh contested......

aku paling suka tengok payslip masa ada bayaran bonus !!! huhuhu....seronok tengok payslip masa tu sambil berangan sakan....suka juga tengok payslip lepas ada increment atau the 1st payslip after increment dibayar.....semua payslip kita sepatutnya kita simpan sebab kalau ada terkurang bayar atau terlebih bayar , maka employer boleh recover within 6 months selepas kejadian tersebut....

satu kepantangan aku ialah orang tengok payslip aku sebab bagi aku payslip ialah sesuatu yang strictly confidential dan aku tak faham ada orang yang compare payslip....i wont do that, not ever....


aku pernah mengamuk sebab payslip punya paper tak bagus menyebabkan orang lain boleh tengok melalui cahaya yang cerah apa yang tertulis dalam payslip kita...sebagai pekerja, kita kena faham bagaimana perkiraan gaji dibuat seperti ORP atau ordinary rate of pay yang menjadi asas perkiraan overtime kita untuk normal, rest day dan public holiday.....sebab ada calculation gaji sehari berasaskan 26 hari bekerja dan ada yang berasaskan 31 hari bekerja dan ini kita harus faham supaya proses melihat payslip itu lebih bermakna....

..yeap payslip juga boleh menyebabkan kita tertekan juga sebab makan gaji ini sekadar cukup, maka kalau bulan itu kena bayar roadtax/insurance kereta, maka cara menunung payslip tu lain caranya, lepas raya bila gaji bayar cepat, senyum tengok payslip lain caranya, bulan bulan overtime tak banyak, calculator jadi mangsa ......kehkehkeh....

apa yang aku cuba nak nyatakan ialah jangan ambil tak kisah tentang payslip kita sebab itulah harga/worth kita dalam bekerja dan itulah apa yang dikatakan master and servant relationship yang menjadi asas hubungan employer dan employee....

now tengok balik kelian punya payslip untuk 2006 dan compare dengan EA form untuk 2006, tengok samada telly atau tidak....adakah deduction yang dibuat dalam payslip sama dengan dalam EA form.....after all, income tax form dah kena submit dah tak lama lagi kan.....

ermmm...pesal pulak citer pasal payslip neh.....ahaks ahaks......aduh!!! gaji gaji....thank God its February!!!.....



nak tulis pasal apa ekkk.......pasal basikal lar pulak....kehkehkeh...

wassalam

Entry yang aku draft untuk esok sebenarnya

Basikal......

sebagai anak bongsu, aku tak ada dedicated basikal untuk aku sebab aku guna basikal abang dan kakak kakak aku....basikal adalah necessity untuk aku dan kawan kawan sekampong sebab itulah mode of transport yang membolehkan kami merewang.....

aku tak der basikal BMX tetapi basikal perempuan yang tak der tulang tengah ...kehkehkeh....tapi basikal ini reliable dan aku guna sampailah basikal nei kena curik!!! siuut tul.....lepas kena curi , aku contact sepupu aku yang penagih dadah tegar dan mintak dia investigate kot kot boleh recover ...2 jam lepas tu dia datang rumah bagitau bukan puak puak dia punya kerja !!!!...ingat gak sedara sepupu aku nei.....

lama jugak aku rasa aku tumpang basikal kawan aku ke hulu ke hilir lepas tu and i cant remember ada beli basikal baru pun lepas...ermmm....abis aku naik basikal apa ekk lepas tu ??!!

memori berbasikal ini penting sebab banyak stages dalam kehidupan yang aku lalui dalam masa aku berbasikal ini.....aku baligh zaman berbasikal, aku start merokok zaman berbasikal, aku punya lutut hancus pun pada zaman ini, aku start ngorat pun zaman berbasikal ini....aku ingat lagi selalu selisih gan kawan kakak aku yang cun gilos tapi kawan kakak aku cam suka tengok aku kan kan kan....drop dead gojez sekolah CBN pulak tuh...huhuhu...so kalau selisih naik basikal aku pun buat buat cakap kuat sikit kat best friend aku nak dapatkan perhatian!!huhuhu...this tactic never failed me though because she will make an effort to look at me !!!....bila perkara nei berlaku, maka seminggu setengah lar aku dok ulang benda nei kat best friend aku yang akan tutup telinga sambil nyanyi nyanyi lagu Ella !!! kehkehkeh..

seingat aku, aku tak pernah jatuh or berlanggar ker accept terkena bumper kereta jiran aku yang reverse masa aku tengah lalu....tapi tak der sampai aku terjatuh lar....

aku punya dream about basikal ialah untuk memiliki basikal racing.....aku suka gila basikal racing dan aku akan excited tengok basikal racing dekat kedai basikal tapi memang tak terdekat kan sebab it will cost a fortune to own one....tapi abang aku yang tahu yang aku selalu mengidam basikal racing diasudah prank dengan aku ....ada sekali tu abang aku balik rumah cuti sebab dia kerja kat utara masa tu....dia kata kat aku dia belikan aku basikal racing dan suruh aku pergi bukak bonet kereta !!!....aku pun tak ketentuan arah melompat pergi ke kereta dia bukak bonet....siuttt tul dia pekena aku nak suruh aku angkat beg beg dia sebenarnya!!!...bangkahulu punyer abang !!! aku punyer lar merajuk sampai mak aku sound abang aku yang berguling guling gelak kan aku!!!kehkehkeh....

eventually, lepas beberapa tahun kerja , aku dah ada duit nak beli basikal racing...so aku pergi dengan officemate aku nak beli basikal racing.....sampai dekat kedai tu, aku baru tau pulak basikal racing nei ada bermacam macam category dan category yang aku cukup duit ialah category pariah yang teknologi dah outdated.....last last aku beli mountain bike tapi bila sampai rumah aku nyesal sebab aku sebenarnya nak basikal racing.....so mountain bike tu akhirnya jadik tempat mak aku sidai baju.....

satu lagi basikal yang aku beli yang jadi tempat sidai baju ialah basikal exercise....kononnya nak kuruskan badan , so beli lar basikal exercise nei..aku ingat adalah dua minggu yang aku tenggek basikal exercise nei, lepas tu tersadai aja dan last last jadi tempat sidai baju jugak...masa aku dulu tu, modified basikal untuk bikin pacak dah ada dah tapi tak lar menular sangat tapi ada lah 3 or 4 buah basikal kengkawan kampong aku yang boleh bikin pacak dan menjadi idola budak budak lain...huhuhuhu....

basikal aku dulu ada lampu yang dynamo powered yang akan mengelarkan bunyi yang sungguh sedap di dengar ..loceng basikal memang wajib dan kunci pun memang dah built-in....kaler hitam berdenyut...walau pun basikal ini ketinggalan zaman dan berat nak mampus tapi power giler....top speed memang boleh potong lori yang tengah berhenti !!! kehkehkeh....aku rasa dah bertahun aku tak naik basikal dah....tapi once kita pandai naik basikal, macam mana dah lama tak naik pun, once kita dapat basikal, kita akan dapat balik the skill to balance the bicycle....

BTW,apa mitos yang kata budak perempuan suka naik basikal sebab seat basikal bentuk cam tuh!! cuba kowang yang bini bini citer sikit kebenaran mitos ini ??!!!kehkehkeh...baibun bah!!okkelah ...aku dengar citer kowang pulak pasal basikal kat halo....

aku harap kelian enjoy entry hari ini dan kalau ada salah dan silap aku harap maafkan dan take good care yer.......


wassalam

Tuesday, February 06, 2007

Entry Selasa 18 Muharram 1428H

Assalamualaikum,

Nampaknya ABPBH masih lagi menjadi tajuk perbualan hangat dan paling penting jugak....maksud aku, aku dan those dalam fraternity aku pun asyik cerita pasal ABPBH dari sebelum malam anugerah tersebut.... last month it was the Anugerah Juara Laju menjadi event yang amat penting dalam perbualan harian....

persoalannya sekarang....mengapa kita tiba tiba menjadi masyarakat yang hampir 'taksub' dengan hiburan atau dengan celebrities ??....dulu gelaran anak wayang/artis adalah gelaran yang hina tetapi sekarang ini artis adalah golongan yang paling tinggi taraf mereka menghampiri golongan istana.....

..bila mawi menjadi fenomena , ahli politik bercakap pasal beliau dalam Dewan Rakyat dan Parlimen, artis melawat mangsa banjir di Johor seiring dengan menteri menteri kabinet, artis artis veteran mendapat gelaran/anugerah dari sultan sultan dan Agong dan kehidupan seorang artis lebih mewah dari seorang yang ada Phd di negara ini....

..walaupun dilanda gossip dan kontroversi, tapi artis dan kehidupan mereka terus menjadi perbualan mereka dan kalau kita tengok dari rancangan rancangan berbentuk Talk Show, banyak rancangan berkisar tentang artis dan kehidupan mereka seperti, Sensasi, Melodi, AC Di Sini, Bersama Linda, Trek Selebriti, Ogy dan Salih , Cit Cat Azuan dan perhaps a few more which i could not recall...

ini belum lagi masuk majalah dan tabloids yang berkisar tentang artis yang macam cendawan tumbuh dan adanya majalah dan tabloids macam cendawan tumbuh ini menunjukkan ada demand untuk bahan bahan bacaan seperti ini....

dan kegilaan kita terhadap celebrities ini bukan sahaja pada artis tetapi juga kepada pembaca berita, wartawan, DJ Radio dan sebagainya.....Jimmy Shanley menjadi household name sebagai pencagara sahaja dan Ramli MS`manjadi top sebab menjadi pengkritik akhir concert AF1 dan bukan sebagai seorang ahli muzik yang terkenal di rantau ini....

kalau kita tengok belanja sebelum kita, kita boleh tau berapa yang kita belanja terhadap kegilaan pada hiburan ini sekarang...

1) astro- untuk dapat astro ria channel....probaby RM 80 per month or RM960per year
2) cd album artis tempatan ..probably 4 times a year dalam RM 100 per year
3) tengok wayang probably on average once a month - RM 120 per year ( ticket sahaja )
4) beli majalah / tabloids dalam 3 jenis sebulan - RM 240 per year
5) tengok concert probably dalam 4 times a year - RM 200 per year
6) pergi tengok anugerah anugerah hiburan nei sekali sekala - RM 50 per year
7) beli DVD probably dalam 5 setahun - RM 40 ( cetak rompak lar)
8) yuran Fan Club Artis kesayanagn kita - RM 24 per year
9) kos SMS untuk penyanyi kita yang bertanding dalam Reality TV show - RM 40 per year
10) kos membeli barangan yang di taja oleh artis kesyangan kita yang product tu kita tak pakai- RM 100 per year

so secara average kita belanja dalam RM 1,800 setahun or RM 150 per month secara sedar atau bawah sedar...dan kiraan ini sangat conservative kerana rasanya kos sebenar adalah 2 kali ganda dari apa yang aku forecast kerana perbelanjaan berkaitan seperti makan/minum, duit minyak/parking/ , pakaian untuk ke majlis tersebut tidak di masukkan sekali.....so bayangkan ramai antara kita spending close to RM 4000 a year untuk satisfy minat kita pada hiburan dan artis ini....maksudnya, 3 tahun simpan dah boleh naik haji dah dan ini belum mengambil kira masa yang kita peruntukan dalam setahun untuk perkara ini !!!...i guess we talk more about artis than we sleep !!.... i guess aku mengata diri aku sendiri kerana aku lah yang suka buat benda benda nei especially during AF season....

tetapi mengapa kita menjadi pemurah bila datang kepada hal hal ini ??..apakah vacuum dalam hidup kita yang menyebabkan kita isi dengan perkara perkara yang berkaitan dengan hiburan ini sehingga sebegitu rupa ??.....

i don't have a specific answer to that question tetapi aku tau aku buat benda itu kerana sekatan sekatan yang berlaku dalam hidup kita sendiri seperti....

1) hendak berpolitik tidak boleh berlainan haluan
2) hendak beragama , takut dipersendakan
3) hendak bermasyarakat, masyarakat sudah jadi materialistic
4) hendak beramal jariah, nak tunggu berkawan
5)hendak bersukan, sukan pun dah jadi mahal

bila semua sekatan ini berlaku, maka hiburan menjadi agenda yang mudah untuk dijadikan 'escapism' dan boleh bercakap atas asas yang sama tanpa memikirkan status quo..

setiap masyarakat itu memerlukan hero figure...dan hero ini selalunya larger than life character dan bila tiada hero dalam arena politik atau dalam perjuangan hidup ini, maka kita mencari hero yang mudah untuk kita relate...maka hero dalam dunia hiburan adalah hero hero yang kita create untuk memenuhi kekosongan kita untuk mendapatkan hero sebenar...

kadang kadang kita meminjam hero orang lain seperti Osama Laden, Saddam Hussein untuk kita jadikan hero kerana vacuum yang ada dalam masyarakat kita...bila ada hero yang kita harapkan, sudah dianggap sesat pulak macam Asyaari atau dipenjarakan seperti DSAI...maka kita jadi kurang yakin ada real hero dalam bidang bidang ini dan alternativenya ialah hero dari bidang hiburan yang lebih selamat untuk di'puja'....

hari ini Mawi adalah hero untk ramai di antara kita dan sebagai hero, Mawi ini kita kaji selidik, dipuji , dikutuk dan beri anugerah malah diperlekehkan kerana sifat seorang hero itu ialah ianya menjadi ikutan samada oleh lawan atau kawan....

adakah sesuai mawi menjadi hero ??.....i guess we have no choice kerna kita dah spend a fortune untuk satisfy pencarian kita untuk mendapat seorang hero ini.... tapi kalau ada orang kata Mawi tak ada ciri seorang hero, maka aku protes because he is special indeed.....tapi Mawi, sendiri mau pikir ekk....

regardless...persoalannya sekarang adakah wajar kita seolah olah men'dewa'kan artis pujaan kita ini sehingga kita seakan akan tidak berpijak di bumi nyata ??

wokeh....itu dulu for today....

ps : Mawi di mauritius is showing on Tv right now....tak sangka pulak ada sedara mara wa yang ikut Mawi ke sana!!!kehkehkeh....wa tau dia pergi mauritius tapi tak tau pulak pergi gan Mawi...


wassalam

Monday, February 05, 2007

Diary diri 17 Muharram 1428H

Assalamualaikum,

Salam minggu yang baru semoga this week is a much better and productive week for everyone.....

dua minggu dari sekarang ada cuti panjang CNY dari 17 hingga 20 February dan sudah kah kelian membuat persiapan untuk Cuti Cuti Malaysia ??....mana destinasi kelian ??...actually aku tengah mengintai intai tiket tiket murah AisAsia dan MAS ..kehkehkeh....rasa cam nak bercuti ajer neh......tiket kapalterbang gei Kucing or KK lagi murah dari naik bas KL-KB.....tapi tu lar, cost nak ker KLIA mahal lar dan kalau park kete lagi mahal sampai RM 40 satu hari kalau naik train RM 70 return ticket.....so eloknya suruh member hantar ke KLIA dan suruh dia bawak balik kereta....otherwise, pergi ke Penang naik kete sebab sana parking kat airport lagi murah pastu ambik flight Penang ke Kucing or KK....

..tapi Nini suruh pergi Labuan jugak dan teringin jugak nak pergi kampong adik adik aku kat Brunei.....ermmmm last last wa berangan free aja lah ....kira punya kira , last last holiday dengan Channel 11 astro aja lah...kehkehkeh....or else, aku nak beli dvd dan tengok movie masa cuti 4 hari nei....

well, kalau kelian nak bercuti, aku suggest kelian start preparation dari sekarang .. with RM 1000 dah boleh pergi East Malaysia( kucing, KK, Labuan) dan bercuti ala ala mewah gitu..

1)tiket Airsia pergi balik dalam RM 185 inclusive of airport charges and other related charges . This price is discounted price for CNY....
2) 3 star hotel for 2 nights would cost around RM 180 ( book online dapat murah )
3) sewa kereta for 1 day dalam RM 120 plus petrol RM 50
4) makan dalam RM200 for 3 days
5) beli beli benda/tiket tiket nak masuk Taman Buaya/Muzium ker dalam RM 250

total = RM 985

item 1,2 and 3 boleh charge card , so actual cash dalam poket yang perlu ialah dalam RM450 aja....

the cost could be further reduced kalau kita pergi dengan member iaitu cost hotel dan kete boleh tong tong maka boleh save lagi dalam RM 100....dan kalau hotel ada provide breakfast, maka cost meal pun boleh adjust menurun lagi dan aku budget 67 hengget untuk makan satu hari and I doubt so aku akan belanja that much untuk makan.... kereta aku sewa for 24 hours sebab kalau 3 days 2 nites yer holiday memang actual hari untuk berjalan adalah 24 jam sahaja...

maka kalau betul betul discipline, dengan RM 850 sudah boleh get a very comfortable holiday to Kucing / KK/ Labuan ...tapi sebenarnya , wa boleh adjust sampai RM550 !!!..naik bas/kete sapu from one place to another and makan cari gerai aja lar and lodging tu carilah homestay or dorm style accomodation or government rest house dah ngam dah....yeap!! kalau tak caya cuba wa yer budget guideline dan pergi empat orang yang memang kaki budget jugak , insyaallah boleh holiday baik punyer dengan RM550....nak save lagik, carilah kengkawan kat campus dulu yang duduk kat Kucing or KK...kehkehkeh, lagi save gilos!!!....tapi tak best lar kita bercuti menyusahkan orang pulak...

so, kalau kowang belum register as Airasia online member, register cepat dan dapatkan tiket free or discount yang selalunya reserve for members dulu....

kalau tidak pergi bercuti ke Terengganu.....

1) ikut jalan yang tak bertol ke Kuantan dan terus ke kemaman - so cost minyak about RM 120 pergi balik
2) duduk di kemaman motel/budget hotel or chalet di Cherating probably about RM60 per day
3) makan memang murah dan mewah- RM 25 seorang satu hari dah boleh makan mewah dari pagi sampai malam...
4) mandi mandi dekat Pantai Kijal or Teluk Kalong or Cherating or pergi ke Ayer Tawar untuk hutan lipur style picnic...jalan dalam 50 km boleh sampai Rantau Abang or Kuala Abang, wa suggest Kuala Abang lagi cun tapi baik duduk kat UiTM Hotel dekat Dungun dalam RM100 perday tak silap aku..
5) nak beli kain sutera ker boleh kat Kemaman
6) beli kepok lekor nak bawak balik kat Kuala Kemaman
7) tengok cahaya api kat Paka malam malam

kalau tidak pergi ke Lumut /Pulau Pangkor

1)ikut jalan coastal melalui Kuala Selangor ke Setiawan...kos minyak dalam Rm 100 pergi balik dan cost ferry tak sampai Rm10 to and fro...
2) duduk dekat Marine Club Lumut dalam RM 50 perday with swimming pool or pergi Teluk Batik yang memang banyak budget accomodation or service aprtment
3) otherwise pergi terus ke Pulau Pangkor memang banyak chalet yang agak murah or duduk dalam Hut style di area Pantai Bogak ( spell ??)
4) or else ikit jalan ke swiss garden, dan situ pun ada chalet murah tepi pantai yang agak ngences...
5) kat Pantai Bogak boleh pergi snorkelling
6) nak makan seafood semua memang ngam tapi cari lah kedai yang tak mencekik darah.
7) shopping ikan masin, sotong sotong dan souvenior lar..

so kalau 4 orang satu kereta maka kos seorang dalam RM 200 untuk 3 hari 2 malam dah mewah giler dah!!!...yang penting how adventerous kita semasa cuti itu untuk menjadikan ianya cuti yang happening...kalau nak duduk melepak dalam bilik, aku suggest tak payah lar ikut wa yer guideline..kehkehkeh...

ABPBH...Mawi tuh!!!

..aku lebih concentrate pada bola Thailand lawan Singapore Selection so hanya start tengok dengan fokus dalam pukul 9.50pm ...

Mawi menang 3 category kot ...dan yang penting menang the main award as the most popular artist for 2006 bagi ABPBH ini...

deservedly ??...perhaps yes because no apparent challenger for the award for 2006

but was it well received ??..ermmm...open for debate...me think people were more responsive towards his triumph last year around....tapi ini pendapat peribadi wa yer...

Be humble bro....be humble....be humble.......

tapi petang semalam aku tengok Channel 15 concert ulangan AF3 bila mawi nyanyi lagu Kekasih Awal Dan Akhir for that special segment untuk masuk semula dalam AF3 dan itulah Mawi yang aku minat dan itulah Mawi yang aku akan maintain dalam memori aku....bagi aku nyanyian Mawi masa tu adalah nyanyian terbaik beliau dan Mawi akan tetap aku minat walaupun aku mungkin sudah kurang suka dengan mannerism dia...

mungkin aku sedang melalui period yang aku bila tengok mawi sekarang aku tak leh nak feel, tapi bila tengok mawi dulu dulu, aku excited balik.....

Fasya Sanda menang dua awards ( terima kasih sebab puji aweks wa cun ekkk ) tapi Ina Naim dan Leez AF4 kalah pulak....ciss cake topping kuah lotong tul....huhuhu ...

tapi Fasya cayang...lain kali cakap malay ekk bila dapat hadiah....potong steamboat lar dengar u cakap "thank you for my mom "....sepatutnya " thank you with my mom"!!! kehkehkeh.....tapi Fasya manja, u cun gilos lar beb.....basah rambut wa tau pagi tadik tau...* amboi, senyum aya ekk*

aku suka persembahan Amy Search dengan VE dan I was pretty impressed dengan vocal Misa dan Jaclyn....

Tahniah Mawi !!!!...i lap u Fasya !!!ahaks ahaks ahaks...

Asean Football Championship....

Thailand 1 -1 Singapore Selection ( SS won 3-2 on aggregate )

Fair play indeed, SS won the championship and perhaps deservedly too....able to hold Thailand in Bangkok is no small feat and so I have no qualm to record my congratulation to them...

Thailand played well but did not convert their chances and when you dont score, you dont deserve to win....

I thought SS played and probably played their best football in the 4 games I saw them played involving Malaysia and Thailand....

..but it is not good for the image of football in this region when a team playing like SS winning a major championship that reflect the standard of football in this region ...

Rompakan di Subang Parade..

aku baca news tentang rompakan nekad di Subang Parade yang menyebabkan dua security guard terbunuh dan seorang perompak mati terbunuh....

....bila aku baca mereka ada guna M-16 rifle and automatic gun dan duduk di Hotel 5 bintang dan dilaporkan with Thai nationality, aku mula terfikir betapa well organised , equipped and sponsored these robbers were......

..mula mula aku terus ingat muslim selatan Thai buat hal tapi bila tengok cara depa merompak dengan melepaskan lebih dari 30 rounds of ammunition than aku baru realised that this was a job of well trained people with reason more than just robbing a jewellery shop...kalau puak pemisah di selatan thai tak akan mereka sampai duduk hotel 5 bintang ...

...kalau kelian faham apa yang sedang berlaku antara junta dengan thaksin, maka kelian boleh nampak apa yang aku nak sampaikan...

..still, aku interested to know more about police findings of this case ....


EPL Sunday

MU 4-0 Spurs..

...superb MU in action thrashing Spurs 4-0 at White Hart Lane....awesome performance from MU and Spurs looking jaded....just cant wait for Bolton to show the world how to play against MU!!!kehkehkeh..

so top of the table standing

ManUtd
Chelsea
Liverpool
Arsenal
Bolton

as for next week, I fancy Bolton to gain 3 points against Fulham kalau tak silapnya and Arsenal who are playing Chelsea might drop a few points and Liverpool away to Newcastle( tak silap wa) could be facing a real test....so Bolton could be above Arsenal in the table standing next week...kehkehkeh...

wokeh gengarine.... wa ada tulis entry untuk sabtu dan ahad lepas......next wekend tengok lah cam mana pulak...





wassalam

Sunday, February 04, 2007

entry ahad pulak dah !! kehkehkeh

assalamualaikum,

...i am currently in the zone, otak rasa cair dan rasa ingin menulis sepanjang waktu.....memang seronok bila berada zone ini sebab pengaliran idea dan/atau creative thinking itu tidak perlu dipaksa paksa tetapi mengalir terus bab air di kali....the fact that the hardship of getting connected juga menyebabkan aku ingin menggunakan peluang yang ada di maya ini untuk sepuas yang boleh sebelum ada yang lebih teruk pula dari gempabumi memutuskan cable bawah laut yang menyebabkan internet connection menjadi history of the past....

..headline di NST semalam mengenai ajaran sesat di malaysia dan selangir khasnya betul betul membuat aku mejadi resah gelisah....dari laporan yang aku baca, walaupun kumpulan kumpulan tersebut telah difatwakan sebagai sesat atau menyimpang tetapi ianya masih juga menjalankan aktiviti aktiviti mereka ....

..mungkin ahli ahli mereka tidak merasakan mereka sesat dan kadang kala mereka merasakan orang yang bukan dalam kumpulan mereka yang sesat dan kepercayaan ini amat tebal sehingga susah untuk terhakis...

..masalahnya apabila kita taksub pada sesuatu kepercayaan, kita mengenepikan akal dan melebihkan hati dan perasaan seperti patuh pada tok guru, berpegang pada janji kumpulan, comfortable dalam jemaah tersebut dan kadangkala terpengaruh dengan yang ghaib mahupun sihir...

..dari apa yang aku gather, Ayah Pin berjaya meluaskan pengaruh beliau dengan menggunakan teknik supernatural atau sihir sehingga menyebabkan orang akan menjadi terpengaruh atau pun terjerat dengan kukuatan supernatural tersebut...

....charisma tok tok guru juga menjadi alat kepada keutuhan kumpulan kumpulan yang difatwakan sebagai sesat dan Al-Arqam dulu banyak berpegang kepada charisma Abuya dalam mengumpul pengikut ....ada juga pegamal pengamal ajaran sesat ini menganggap guru guru mereka bertaraf nabi dan sebagainya dan untuk mereka menerima anggapan ini adalah kerana kurangnya asas asas agama dan tidak menggunakan akal untuk membezakan antara fiction dan reality...

...ajaran ajaran dan kumpulan kumpulan ini menjadi sesat kerana terpesong aqidah dan juga menokok tambah dan mengurangkan apa yang sudah dihukumkan....sembahyang menjadi cukup dengan niat, bernikah adalah consent antara dua pihak yang willing, minum arak okke sekiranya dapat membezakan yang baru dengan yang kekal dan sebagainya....

...aku divert sikit...kepimpinan Iraq dan askar amerika sekali lagi menghinakan hari mulia orang Islam apabila memilih 10 muharram untuk menyerang dan membunuh apa yang dikatakan kumpulan ajaran sesat seorang yang mengaku Imam Mahdi......i dont know how much about this group but for them to choose 10 muharram untuk membunuh ketua dan ahli kumpulan ini adalah sama dengan timing mereka menggantung saddam hussein pada hari raya korban....

....sejarah sejarah kumpulan yang mengamalkan ajaran yang terpesong dari ajaran sebenar Islam juga telah mendatangkan keganasan/violent dan sejarah telah menunjukkan kumpulan ajaran sesat menyerang bali polis sebelum ini dan ini adalah atas kepercayaan bahawa mereka adalah suci dan bertanggungjawab membersihkan oleh yang mereka anggap tidak suci...

..namun ada kumpulan yang sudah sahih sesat tetapi masih teguh dan seperti ada immunity dari diambil tindakan iaitu ajaran Qadiani....kumpulan ini masih berjalan seperti biasa dengan masjid mereka sendiri tanpa ada tindakan diambil walaupun telah difatwakan sebagai sesat...

...nampaknya keadaan ummah di negara kita menjadi kritikal dengan bukan sahaja serangan murtad tetapi juga serangan ajaran ajaran sesat yang boleh melumpuhkan pembangunan agama Islam itu sendiri....

dalam pada itu, aku juga tidak faham mengapa permohonan untuk Chinese Muslim membina masjid khas untuk orang cina tidak diterima.....aku pernah sembahyang kat masjid india atau masjid pakistan yang sermon/khutbah dalam bahasa pakistan dan aku tak nampak mengapa masjid untuk komuniti Muslim Chinese tidak dibenarkan.....ini bukan masalah segregation tetapi lebih kepada membentuk identiti muslim chinese itu sendiri....aku harap pihak berkuasa memberi sikit ruang untuk depa ini untuk terus menjadi cina dalam mereka menganut agama Islam....i personally believe that a dedicate masjid for chinese muslim will not harm the development of natioanl integration but could be a turning point of understanding the real teaching of islam in this country....

aku juga sedih membaca kisah seorang pelajar tingkatan 4 di bintulu telah mati akibat kekerasan dipercayai atas sebab 'ragging' di sebuah sekolah teknik di sana.....apa yang sedih lagi ialah beliau adalah anak sulung yang menjadi harapan keluarga selepas bapa mereka meninggal dunia.....

persoalannnya mengapa masih berulang kes kes 'ragging' yang menyebabkan kematian atau cedera parah dan sebelum melibatkan sekolah sekolah agama kerajaan juga dan sekolah sekolah berasrama penuh...

..bayangkan perasaan ibu bapa mereka yang menghantar anak ke asrama dan kemudian menerima anak itu balik dalam bentuk jenazah .....remuk hati ibu bapa mereka melihat kejadian kejadian seperti ini....

..aku rasa pihak kementerian pelajaran harus membuat satu bentuk polisi atau procedure untuk menangani masalah keganasan dalam 'ragging ' sebab 'ragging' tidak melibatkan gangsterism tetapi lebih kepada 'bullying' tactics of seniors against juniors.....walaupun tiada niat membunuh dalam 'ragging' namun emosi yang tidak terkawal yang telah menyebabkan kecederaan yang berat yang membawa kepada kematian....

berita ini juga disusuli dengan pergaduhan antara pelajar pelajar di padang sebuah sekolah di terengganu yang melibatkan penggunan parang dan pedang !!!! mak oiiii.....apakejadahnya bergaduh sampai nak membunuh ??!!!

i really hope that masalah 'ragging', 'bully' dan 'gangsterism' ini di beri perhatian yang lebih serious oleh pihak kementerian ....

BTW, bagaimana pihak kementerian pelajaran akan menanggani masalah pelajar pelajar di Johor dan kawasan yang mengalami banjir besar di serata dunia yang terganggu proses pembelajaran mereka kerana sekolah menjadi pusat pemindahan, ketiadaan buku teks dan sebagainya.....adakah kementerian pelajaran aka menyelesaikan masalah dengan menurunkan markah untuk mendapatkan A bagi pelajar pelajar dari negeri terlibat ??...i hope kementerian pelajaran peka kepada masalah yang dihadapi ini..

EPL

Saturdays result

Watford 0-1 Bolton...well done Wanderers!!!huhuhu
Liverpool 0-0 Everton....ahaks ahaks ahaks
Middlesbrough 1-1 Arsenal..kehkehkeh
Charlton 0-1 Chelsea

Bolton reduced the deficit to 2 points behind Arsenal and 6 points behind Liverpool for the Euro League Championship places...

tomorrow MU lawan Spurs and based on tonite's result, i think we are in for an upset!! ahaks ahaks....

siutt ekk..bola thailand lwn singapore selection clash dengan ABPBH!!!!..

wokeh....

wassalam

Saturday, February 03, 2007

entry sabtu ??

assalamualaikum,

..when connecting to internet was so easy, i will get frustrated when access was denied for unexpected reason....since the Taiwan eathquake, access into internet has been a real struggle that every single moment in maya now is real a joyous occasion..kehkehkeh...

i dread the day that i may not be able to get connected for one reason or another , i get emotional a bit thinking that haloland may come to an end due to the technical reason or unforeseen circumstances......tapi tiada apa yang kekal di dunia ini...

so, i thot that i want to write as much as possible in my blog before the curtain falls.....

last february, it was halonovela month with me writing chapter afters chapter of the novel as the daily entry of a story depicting the situation in haloland and that was my ultimate gift to wargahalo....since then, i have tried to write new novel but just could not find the discipline to get it going or to find the time to get it written....

macam macam plot cerita bermain di kepala, berbagai bagai lokasi menjadi pilihan untuk backdrop cerita dan banyak watak watak menarik bermain di kepala , namun ianya masih menjadi idea yang tidak kesampaian.....

kadang kadang aku terfikir apakah itu sukses atau kejayaan ??...

ini adalah kerana setiap kali kita mencapai apa yang kita tuju, maka kita akan meningkat degree of difficulties untuk sesuatu achievement itu kita sebelum ianya kita anggap sebagai sukses/ kejayaan dan perkara ini diulang ulang setiap kali new level of 'success' attained....

orang yang sukses dari segi harta kekayaan mahukan pula kuasa sebagai ukuran sukses yang baru and vice versa....orang yang sihat walafiat dari segi kesihatan mahukan pula kebahagian dalam kehidupan untuk dikatakan sukses...mungkin itulah sebab dikatakan timbulnya teori ekonomi ialah kerana manusia tidak pernah puas dengan apa yang meraka ada....

Gengzis Khan mahu menakluk dunia walaupun empayar beliau sudah lebih besar dari empayar rome mahupun jajahan takluk napolean ataupun iskandar zulkarnain.....Firauan mahu dianggap tuhan kerana menjadi maharaja sudah tidak cukup besar kuasa untuk beliau...

maka di sini apakah yang penting, kejayaan yang dicapai atau lambang kepada kejayaan itu....monument di bentuk di merata dunia untuk dijadikan sebagai lambang kejayaan sebagaimana Taj Mahal sebagai lambang cinta sejati, Tembok Besar Cina sebagai lambang ancient technology, pyramid sebagai lambang kekuasaan dan sebagainya....

personally aku sendiri tidak tahu apa itu sukses sebab orang yang aku rasa sukses masih mencari cari tangga untuk memanjat success level yang baru dan merasakan apa yang dicapai itu bukan sukses lagi kerana ianya sudah tercapai....

ibarat orang yang bercita cita untuk memiliki kereta, apabila sudah memiliki kereta , merasakan sukses hanya berlaku bila brand sesuatu kereta tertentu dapat dimiliki atau darjah kelajuan kereta tersebut mencapai tahap kereta racing....sama juga memiliki rumah, yang memiliki rumah pangsa merasakan sukses akan hanya berlaku kalau memiliki rumah di mana ada tempat meletak kereta dalam rumah atau mempunyai kawasan rumah yang boleh ditanam pokok bunga dan sebagainya....

what is the price of success ???.....its outrageous !!....orang sanggup melakukan apa sahaja untuk dilihat sukses atau dikatakan succesful......dan selalunya pantang larang atau hukum hakam terpaksa dilanggar atas nama mencari sukses dan selalunya dalam mencari sukses, keputusan menghalalkan cara atau the end justify the means.....

throughout my life, I have attained certain level of success and at time at ease and after tasting the meaning of success, my preception of success change from the definition of success i set myself early in my life.....i now believe that there's no such thing as ultimate success because people do not know where to stop and people do not want to accept the fact that success is actually a devine gift/kurniaan Allah swt, sebab ramai orang yang hardworking and equally smart that did not taste the glory of success....

sebagai contoh, bila aku decide untuk concentrate untuk belajar selepas lutut aku seriously injured , aku meletakkan masuk universiti adalah the ultimate academic success but than realised very quickly that u need so much luck and not only brain to get into the university and once you are there, getting a degree alone is not merely enough because others are targetting to get First Class degree and so forth....abis sedih lagi, gagal mendapat degree atau ditendang dari universiti adalah dipandang lebih hina dari gagal dalam SRP!!!....the higher you climb, the futher you fall...

then, i knew someone who always wanted to be a manager at the very young age and work darn hard to get there as fast as he could but once he reached there, he realised that nobody cares how fast you get there but people just want to know why should you be there ??....what was once a dream position for him was actually a nightmare and what was thought to be the ultimate success was merely a symbol of success....

I learned the meaning of ultimate success/kejayaan mutlak when i saw people in the position that we associate with the unsuccessful people such as the tea lady, the gardener or the janitor at work that I realised success is about being happy at what you are doing....I was so amazed at one pakcik gardener yang upkeep the office area as if his life depend on that garden looking good all the time and his pure love for his job was so apparent that I realised I am caught in doing things that will never make me happy....and i realised then you cant be successful when you are not happy....ibarat seorang isteri yang mempunyai suami yang kaya raya dan memiliki segala harta dunia/gelaran dan dilihat berjaya tetapi sebenarnya tidak bahagia dalam kehidupan rumahtangga dan beliau merasakan beliau tidak berjaya dalam kehidupan kerana bagi beliau kejayaan itu adalah kebahagian rumahtangga dan bukan darjat dan harta benda....

tapi berapa ramai isteri yang keadaan tesebut akan berani membuang harta dan gelaran datin demi kebahagian/kejayaan rumahtangga kerana dilihat bahagia adalah lebih penting dari benar benar bahagai dalam kehidupan hari ini...

mudah untuk nampak berjaya/sukses tetapi susah untuk menikmati kejayaan/sukses tersebut....

so, untuk siapa yang kerja sabtu, selamat bekerja dan enjoy what you doing and definitely you must be really enjoying your work for you to be in the office on saturday!!!....

ingat, kejayaan itu datang dengan izin Allah dan kebahagaian itu datang kalau kita mendekati diri pada Allah swt...



wassalam

Friday, February 02, 2007

Entry Friday bersamaan 14 Muharram

Assalamualaikum,

Salam Jumaat dan lafaz kemaafan aku hulurkan pada semua sekiranya ada terkata yang terlepas dan terbebas selama ini espceially to those celebrities/personalities/politician and so forth yang pernah aku criticized or commented...

Terima kasih pada vaart yang menjadi pemangku penghulu haloland semalam dan kalau nak tengok cemana vaart meroyan, baca lah halo semalam!!!kehkehkeh...

Pada Epong pulak , wa dah dengar your original composition and I thot that was great!!!...i love the originality of the song, the arrangement and sense of expectation that the song provides...well done bro and i anxiously wait for your other materials.....so kengkawan please singgah blog epong and take a listen wokeh!!

Amazing Race Asia

Bravo Joejer and Zabrina for winning the 1st amazing race asia contest and the 1st all female pair to win an amazing race contest....a closely contested final leg and a real thriller indeed...

aku rasalah, this victory will work wonder to Visit Malaysia 2007 because people love to associate themselves with winners and for the two malaysian pairs to make it to the final will boost the profile of malaysia as a nation of winners....

memang nasib memainkan peranan penting dalam amazing race ini tapi tanpa perancangan yang baik ( seperti sewa teksi dari awal ), teamwork ( always encouraging your partner and share the burden of responsibility equally ) dan perseverance ( masa menyumpit ) , i dont think joejer and zabrina would triumph the way they did....brillant indeed!!....

..kejayaan zabrina and joejer confirm my believe that we malasyian could excel if we were to be given the opportunity to venture outside our comfort zone ....

Tahniah Joejer and Zabrina!!!love it!!!

EPL

Bolton slipped behind even further after only managing a draw against Charlton...it was a disappointing result for us morever Bolton created enough chances to win the match comfortably.....but losing Anelka, El-Hadji and Davies proves to be too much for us...

Comfortable victory for Chelsea, MU and Liverpool and Arsenal went through to the Carling Cup Final at the expense of Spurs....

ABPBH

ahad ini ABPBH akan diadakan tapi clash dengan 2nd leg final between Singapore Selection and Thailand.....

adakah Mawi lagi tahun ini ?? atau Ina Naim tiba tiba dinobatkan sebagai bintang yang paling popular ?....adakah mungkin Fasya Sanda membuat kejutan atau mungkin Siti pulak yang kembali cemerlang....

I think mawi aura is still good for this year dan aku harap mawi humble masa membuat ucapan kejayaan beliau nanti....tiada ruginya bagi mawi untuk merendah diri dalam meraih kejayaan yang mungkin agak sukar untuk dimenangi selepas ini...

dan ini ada kisah teladan yang di forwardkan oleh min superhero untuk renungan kita semua..

SEBUTIR KURMA

Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa.

4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra. Ia shalat dan berdoa khusuk sekali.Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.

"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"

kata malaikat yang satu.

"Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram,"

jawab malaikat yang satu lagi.

Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.

"Astaghfirullahal adzhim"

Ibrahim beristighfar.

Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma.Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda.

"4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim.

"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu.

"Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".

Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat.

"Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita, "Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".

"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang.Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."

"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu."Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui.

Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim. 4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.

Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap."Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain." "O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat halalan dari ahli waris pemilik kurma itu.Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."

" Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi forward-lah e-mail ini.Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh kita, sudah halal-kah? lebih baik tinggalkan bila ragu-ragu..."

Semoga bermanfaat.Allahu a'lam.Wassalam.




wassalam

Thursday, February 01, 2007

special entry untuk yang bekerja !!kehkehkeh

assalamualaikum,

...memandangkan ada wargahalo yang bekerja hari ini, so wa dedicate kan entry ini untuk kelian ngintu di haloland....

Asean Football Championship Final 1st leg

Singapore Selection(SS) + Referee 2 - 1 Thailand

....I was really disgusted with the penalty decision that gave Singapore Selection a one goal lead in the 1st leg of the Asean Football Championship Final....i did predict that this SS vs Thailand final could be a fiery contest due to the diplomatic row but I could believe that even the referee wanted a piece of the action....silly !!

it was not a penalty!! never in a million years.....why ??!!

1) 1st the referee was not best position to say beyond reasonable that there was an infringement from the Thai defender done with intention to foul the opponent.
2) The SS's striker was not in a clear position of scoring to say that he was denied a goal scoring opportunity that warrant a penalty.
3) The SS's srtiker was backing the Thai's defender and his left arm was used as a shield to protect his position and thus he was also guilty of excessive aggression towards the defender.
4) the referee has not once cautioned or reminded any of the players about the danger of jocking for position prior to that incident.
5) If indeed it was a serious offence, why the Thai defender was not sent off because he was the last defender/player in play.

Thailand were indeed in full control in the 2nd half and perhaps the more likely team to score until that controversial decison.....just look at the referees face when the Thai players decided that had had enough of the game...he was dumbfounded and looking lost of what kind of decision he should make under that circumstances....he was merely waiting and hoping that the Thailand players would walk in back into the game instead of giving the ultimatum of either you play or sent them off for dissent!!!....

I concur with the decison made by the Thailand coach to call his players off the field because the decision was dubious the very least....

gaduh gaduh ..kehkehkeh...I can' wait for the return leg where the Singapore Selection bus and hotels will probably thrown with telur tembelang!!!!!hehehehehe......

I will not be that surprised if the Singapore FA decide not to ahead with the 2nd leg under the notion that safety of their players could be guaranteed!!!!kehkehkeh...kiasu!!! hoping that the 2nd leg will be played in a neutral ground or to get Thailand suspended for their action in walking out of the pitch.....

i also expect AFC to ban the referee from international football for failing to get the situation under control as the referee of the game...his non-action during the Thailand walking off was a disgrace.....

If the 2nd leg was to go ahead, i fancy Thailand to win comfortably with 3 or 4 goal margin and a few players get sent-off!!!kehkehkeh...

wokeh, selamat ngintu pada yang bekerja hari nei.....

vaart!!!..kalau ko keje, aku serah watiqah untuk ko jadi Pemangku Penghulu DiRaja dengan gelaran "Datuk Wira Aeroback "untuk menjaga dan memerintah haloland dan jajahan jajahan yang sewaktu denganya....




wassalam