Saturday, March 31, 2007

Maulidur Rasul

Assalamualaikum

hei semua !!! been quite awhile ekkkk......but i am back...rasa nak tulis merapu tapi rasanya baiklah i mulakan entry dengan menghormati dan meraikan maulidur rasul....i miss all my friends so much and i just want to say that i am glad to be back...

Maulidur Rasul….

….selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw sebagai pembuka kata ….

..alhamdullilah, sebelum sessi merapu kembali semula, adalah agak seronok bahawa entry pertama aku adalah coincide dengan sambutan Maulidur Rasul atau hari mengingati,menghormati/menyambut kelahiran penghulu kita Nabi Muhammad saw….selawat dan salam ke atas Rasullulah saw, keluarga dan sahabat baginda….

Mungkin kalau bukan Maulidur Rasul ini tidak diumumkan sebagai Public Holiday, probably ramai diantara kita tidar berapa sedar akan hari kelahiran Nabi saw ini kerana ianya bukan satu kewajipan atau sesuatu perbuatan yang termaktub secara khusus dalam Al-Quran mahupun Hadis….dan selalunya kita yang melakukan sesuatu atas dasar pahala dan dosa atau halal dan haram akan mudah mengingatkan perkara perkara yang mungkin kita rasakan tidak amat penting untk survival dunia dan akhirat…mentality seperti ini yang menyebabkan surau dan masjid penuh masa Ramadan untuk tarawih tetapi sunyi dan sepi di bulan bulan lain kerana kita mencari pahala lebih dari menjadi ketaqwaan…mungkin aku mengata diri aku sendiri dalam hal ini …..tetapi adalah tidak salah mencari pahala kerana mencari pahala bermakna kita mahukan ganjaran dari Allah untuk kita tidak masuk neraka dan mahukan ganjaran dari Allah dan tak mau masuk neraka adalah berkaitan dengan rukun Islam dan rukun Iman dan ini adalah menunjukkan umat Islam itu masih di landasan yang betul.

Sambutan Maulidur Rasul kala ini menjadi lebih penting memandangkan meningkatnya tindakan penghinaan terhadap Rasullullah saw oleh pihak pihak yang ingin melihat umat Islam berpecah pendapat terhadap Rasullullah saw. Serangan serangan berbentuk peribadi atau ‘character assasination’ terhadap junjungan besar kita adalah bertujuan untuk menjatuhkan ‘credibility’ baginda yang dengan secara halusnya mencemar kedudakan baginda sebagai Nabi akhir zaman dan manusia paling istimewa di sisi Allah swt. Menjatuhkan juga credibility Rasullulah saw juga bermakna menjatuhkan credibility ‘Al-Quran” sebagai perkataan Allah swt yang diwahyukan kepada Rasullulah. Menjatuhkan ‘credibility’ Rasullulah saw akan menyebabkan kisah istimewa seperti Isra Mikraj akan dipersoalkan kebenaranya.

Namun serangan serangan peribadi terhadap Rasulullah saw bukanlah perkara yang baru kerana sejarah telah menunjukkan serangan terhadap peribadi baginda telah bermula semenjak dari baginda mendapat wahyu yang pertama… Gelaran Al-Amin untuk Nabi dikalangan kaum Quraisy sebelum beliau mendapat wahyu diketepikan untuk merosakkan credibility beliau dalam kaum tersebut.

Seterusnya kafir kafir dari zamn dulu kala lagi sudah membuat cemuhan demi cemuhan terhadap peribadi Rasullulah saw untuk menjatuhkan kedudukan Nabi Muhammad saw sebagai nabi besar dan Rasul terakhir manusia sejagat.cara serangan ini ialah ibarat peguam di dalam mahkamah yang terus menerus menghentam kredibiliti saksi untuk memusnahkan kepercayaan pihak juri terhadap saksi tersebut walaupun saksi tersebut memberi fakta/evidence yang benar.

Bentuk bentuk serangan yang digunakan dari dulu lagi ialah :

1) Menyatakan keadaan menggigil Rasullulah apabila menerima wahyu adalah kerana beliau sawan!!...serangan ini dilakukan untuk menyatakan bahawa firman firman Allah swt dalam Al-Quran adalah hanya kata kata manusia yang sawan.Namun kisah kisah peperangan umat Islam dibawah kepimpinan Rasullulah saw telah membuktikan bahawa Rasullulah bukan sawan dan sawan ini kalau ada bukan umur 40 tahun baru dapat kerana selalunya sawan ini kita ada dari kecil.
2) Menyatakan bahawa Rasullah saw seorang peodaphile iaitu seorang yang suka pada kanak kanak dalm perilaku seks kerana mengahwini Saidatina Aisyah yang berumur 9 tahun. Serangan ini bertujuan menunjukkan bahawa Rasullulah ini seorang yang berperangai buruk yang menolak kemungkinan bahawa beliau seorang Rasullullah. Kalau Rasullulah seorang peodaphile, mengapa baginda berkahwin dengan Siti Khatijah yang jauh lebih tua dari baginda semasa baginda masih muda lagi. Peodaphile ini adalah satu bentuk penyakit seks dan seseorang yang ada penyakit ini mesti menunjukkan sintom itu semasa muda lagi dan muda Rasullulah yang semasa itu belum bergelar nabi adalah penuh dengan sifat mulia dan tiada kisah buruk yang direkodkan walaupun dari pihak musuh akan diri baginda sebelum baginda mendapat kerasulan.
3) Menyatakan Rasullulah saw sebagai kaki perempuan kerana mempunyai ramai isteri dan dengan berkata demikian menunjukkan bahawa Muhammad saw bukan manusia mulia tetapi sekadar seorang penyalahkuasa yang diberi.......tetapi mereka menyorokkan fakta bahawa banyak dari perkahwinan Rasullulah saw adalah atas dasar menyelamatkan wanita yang kehilangan suami semasa peperangan dan juga merupakan perkahwinan untuk mengeratkan hubungan antara puak dan menarik puak lain demi perkembangan Islam...
4) menyatakan Rasullulah mendapatkan kisah kisah nabi sebelum zaman baginda melalui seorang bangsa parsi yang tinggal di mekah untuk menafikan bahawa apa yang tersurat dalam Al-Quran itu firman Allah berlaka...tetapi mereka lupa bahasa arab dan parsi tiada persamaannya...

hari ini Rasullulah dihina dengan pemalsuan hadis dan penghinaan dalam bentuk bentuk tulisan yang mempersoalkan kesahihan kepimpinan baginda dan dalam banyak hal mereka yang mengaku Islam sendiri membuat penulisan penulisan walaupun dalam bentuk satire untuk menjatuhkan credibility Rasulullah saw....2 bulan lepas samada secara sedar atau tidak, seorang artis di negara ini juga telah menghina Siti Khadijah , isteri Rasulullah dan sebelum itu Rasullullah telah dihina dalam bentuk kartun oleh majalah di sebuah negara di Eropah...

bagi kaum Yahudi, menjatuhkan kredibiliti Rasullulah atas tujuan mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa nabi terakhir bukan dari bangsa yahudi mereka.....bagi kristian pula , menjatuhkan kredibiliti Rasulullah saw adalah untuk menyatakan Jesus is the son of God itu adalah benar dan bagi golongan atheis pulak, menjatuhkan kredibiliti Rasullulah saw sebagai menunjukkan kebenaran mereka bahawa tiada tuhan dalam kehidupan ini melainkan ciptaan manusia jua.....

Kita umat Islam hari ini perlu kuat memuliakan penghulu kita Rasullulah saw lebih lebih lagi dalam suasana serangan yang bertimpa timpa untuk menidakkan kerasulan Nabi Muhammad saw....

marilah kita bersama sama meraikan dan menghormati maulidur rasul ini dengan membanyakkan selawat dan salam dan berdoa agar segala bentuk serangan terhadap rasullulah saw tidak akan mempengaruhi keimanan kita.....

kepada semua pengunjung blog Ilham dan warga haloland, salam Maulidur Rasul diucapkan semoga berkekalan siratulrahim yang kita bina.....

Sallaulahalaimuhammad..sallaulahalaiwassalam....sallaulahalaimuhammad..sallaulahalaiwassalam



wassalam