Friday, December 28, 2007

Last Friday for the year 2007....

Assalamualaikum

Hari Jumaat terakhir bagi tahun 2007 dan aku memohon kemaafan keatas segala kesalahan dan kesilapan aku di alam maya ini pada semua pengunjung blog ini dan especially kepada halolanders yang tercinta...

..I was out of town from monday tapi aku tak bagi tau sebab aku ingat aku boleh online semasa aku tidak di office, tapi one incident after another yang menyebabkan aku tak dapat online, salah bawak laptop lah, hotel tak boleh dial-up lah dan aktiviti terlalu pack yang menyebabkan aku tak dapat untuk ngintu dalam tempoh 4 hari kebelakangan ini...

..tapi sampai rumah dekat dekat tengah malam nei aku dikejutkan dengan kisah Benazir Bhutto assasinated 6.16pm waktu Pakistan, probably pukul 9 lebih waktu kita kot...immediately pembunuhan beliau dikaitkan dengan pihak pengganas yang ada kaitan dengan Al-Qeada....aku yang tidak ikut sangat kisah krisis demokrasi di Pakistan nei pun boleh mengagakkan bahawa sekiranya the so called pengganas boleh begitu daring dan lengkap kelengkapan senjata/bom mereka, sudah tentu target depa ialah Musharraf dan bukan Bhutto.....musharraf yang bersekongkol dengan Amerika untuk memburu saki baki Taliban dan mereka yang bersimpati dengan pihak Taliban di pakistan...Musharraf yang telah memberi ruang pada Amerika untuk membenarkan askar amerika untuk memasuki kawasan pergunungan yang menjadi sempadan Afghanistan dengan Pakistan untuk menyerang Taliban, Musharraf yang telah menyerang Masjid Merah yang menyebabkan ramai pelajar dan guru agama di bunuh....so, kalau ada politician yang patut kena assasinate di Pakistan, maka Musharraf lah orangnya dan bukan Bhutto....IMO...

...ada juga kemungkinana kematiaan Bhutto adalah yang tidak disengajakan atau perancangan yang tersalah execution dan mungkin Bhutto sepatutnya survive assasination attempt ini untuk memberi beliau political leverage ....ini adalah atas dasar teori asal aku dulu bahawa kematian beberapa ratus penyokong bhutto semasa beliau kembali ke Pakistan tempoh hari adalah pada pendapat aku satu perbuatan yang dilakukan dari dalam kem bhutto sendiri untuk memberikan impak besar kepada kepulangan beliau....maksud aku, kalau ada pihak yang nak bunuh Bhutto, maka perkara ini lebih mudah dilakukan semasa beliau berada dalam buangan di luar negara..get my drift....

....apabila kuasa menjadi cita cita mutlak, maka politik adalah alasan sahaja kerana politikus yang menjadi tumpuan dan juara sedangkan perjuangan dan prinsip adalah sekadar rhetoric sahaja....

..Benazir Bhutto adalah political animals yang bermain politik atas dasar, to kill or be killed....semoga roh beliau dimasukkan dalam golongan orang beriman tetapi mengaitkan kematian beliau dengan jihad dan syahid adalah sesuatu yang aku rasa kurang senang...

..apa yang mungkin berlaku selepas ini ialah pembunuhan Bhutto akan dikaitkan dengan penyokong Nawaz Sharif atau Imran Khan untuk membunuh pakatan pembangkang dalam pilihanraya akan datang ini atau pengganas aku disalahkan lagi dan memberi license kepada musharraf untuk memburu segala musuh politik beliau sebelum pilihanraya 8 Januari ini...

dah lar tuh...

BTW, aku ke Kuantan Cherating dan Kemaman selama beberapa hari lepas, I was expecting a torturing weather tetapi alih alih, cuaca sungguh tenang tetapi ombak laut agak mengganas especially on the 26th......

..aku rasa macam balik kampong dan makang sokmo siang malang!! ahaks ahaks ahaks.....love it!!...

....tetapi aku frust jugak lar Boxing day games for EPL did not go well for both Bolton and Newcastle.....whilst Bolton was beaten by Everton by 2 goals to nil, Newcastle pulak kalah 1-0 dengan Wigan...cettt, brengset d' gobloks....kehkehkeh.....I dont think Big Sam will be sacked because I believe he will be shrewd enough to but the right players during the January transfer window and I could smell a european place for Newcatle via 5th or 6th placing in the league or through the FA Cup......as for Bolton, I think they will survive the relegation battle and do well in the UEFA Cuo knockout stage...tapi dengar cerita, Anelka nak pergi Chelsea pulok doh!!cettt sekali lagik....huhuhuhu....

....aduh!! 3 more days to 2008 dan sesungguhnya 2008 menjanjikan tahun yang lebih mencabar bagi Malaysia.....keadaan ekonomi dalaman yang tidak menentu dengan inflasi menjadi agenda yang besar tahun depan, pilihanraya juga akan menjadi isu besar untuk rakyat.....apakah banjir atau bencana alam yang besar akan tiba lagi untuk 2008?? adakah pemimpin besar yang mungkin kembali kepada Illahi yang akan merubah kedudukan kepimpinan negara atau adakah timbul musuh politik baru yang akan menyebabkan negara melalui satu tempoh ketidakstabilan ??...waulahhuaqlam......tetapi kalau seseorang itu menganalisa politik dan sejarah...maka tahun 2008 mungkin satu tahun yang mungkin penuh dengan insiden.....waulahhuaqlam...

...aku sendiri gabra dengan kedatangan 2008 kerana terlalu tinggi expectation aku atas diri aku sendiri ....tetapi aku kena terima hakikat bahawa 2008 adalah tahun untuk aku melakukan segala bentuk adjustment dalam diri untuk aku survive the next 10 years...maksud aku, dari segi kesihatan, aku kena serius untuk reduce weight aku, memikirkan kemungkinan untuk stop smoking, to do serious physical exercise and start taking supplementary pills untuk kesihatan.....dari segi career, aku kena serious untuk memikirkan arah tuju career aku sendiri untuk hidup lebih tenang sebagai ummah dan insan yang bertaqwa pada Illahi.....aku kena serious untuk menuju cita cita aku untuk menunaikan fardhu haji ( thanks eva, sebab beri semangat kat abang nei kat haloland)......

...setiap kedatangan tahun baru, memang kita ada azam untuk kita capai, namun alasan kesibukan, kesempatan yang terhad, procastination dan fear yang menyebabkan kita atau aku masih ditahap yang lama jua.....

..it is so frustrating to be me, abundance of natural talent that I could actually be whoever or whatever i intend to be( dengan izin Allah, definitely) but I tend to hold back due to the fear of failure....it is not the joy of victory that excite me but rather the possible pain of defeat that bothers me the most....I have to change or I would end up regretting that i did not attempt to fulfill my many dreams/hopes......

maksud aku di sini, jangan lah kelian teragak agak untuk melakukan apa yang kelian ingin lakukan dalam kehidupan ini dek kerana pengalaman silam, sebab yang sudah berlalu itu adalah pengalaman hidup dan bukan hukuman ke atas diri dan kehidupan....esok adalah sesuatu yang pasti datang dan semalam adalah sekadar kenangan silam yang hanya akan hadir dalam sebagai memori....yesterday could be a really bad day but it is tomorrow that counts because yesterday bad day is history and yesterday's bad day could just be another fortgettable nightmare depending on what we do tomorrow....maka kalau 2007 itu kurang gula, tidak semestinya 2008 juga akan tawar.....usaha, doa dan tawakkal.....

semoga kelian semua akan menempuh 2008 dengan semangat yang berkobar kobar demi kerana bara api itu panas hanya selepas di pijak, kalau ianya sekadar di tenung, maka tiadalah kita dapat merasakan samada kita boleh atau tidak boleh merentasi bara api tersebut....after all, manalah benazir bhutto itu terfikir dia kan mati sebelum 8 januari 2008.....so kengkawan, sebelum masa kita pulak tiba, jom kita lakukan yang terbaik untuk dunia dan akhirat....live life to the fullest within the limits guided by Allah swt.....

Aku mendoakan kelian di Hari Jumaat yang mulia ini agar kelian akan mencapai segala apa yang kelian ingin capai dan semoga Allah swt kabulkan segala doa dan permintaan kelian demi untuk kebaikan dunia dan akhirat....

Selamat Tahun Baru 2008 kepada semua Halolanders....you guys are the best !!!

wokeh , wa ngantuk dah....

wassalam

Sunday, December 23, 2007

entry sabtu

assalamualaikum,

....berita pagi tadik kata banjir dah makin surut dan mangsa sudah ramai pulang ke rumah masing masing.....mungkin susah bagi mereka yang terlibat dengan banjir ini, penatnya yang tatau macam mana agaknya......kuat dugaan Allah pada mereka ini...harap depa sabar dalam menghadapi dugaan ini...

....aku pun tatau apa nak cerita hari ini...hari raya haji aku pun biasa sangat sampai tak rasa apa apa melainkan sembahyang solat sunat aidil adha yang menjadi hari tersebut berbeza dari hari biasa.....

...aku beli gelang magnate yang baru yang lebih tinggi kekuatan magnatenya....memang aku rasakan perubatan dari magnate ini sesuai untuk aku dan aku pun consider gelang magnate ini sebagai ubat untuk diri aku....tetapi memandangkan sudah ada kontroversi tentang sah dan haram memakai ubat magnate ini, maka aku bukak lah sekarang ketika solat.....tapi aku masih merasakan ianya bukan sesuatu perhiasan , atleast untuk diri aku lar, so sekarang, aku pakai dua gelang magnate untuk memberi kekuatan magnate yang lebih....magnate ini dikatakan baik untuk pengaliran darah kerana sentuhan magnate ini dikatakan akan melajukan perjalanan darah dan juga baik untuk sendi sendi......on top of that, aku pun melabur juga membeli knee guard yang ada infra-red punyer effectiveness dan aku sekarang rasa lebih selesa berjalan....walaupun lutut aku dah operate tapi masih rasa sengal dan cepat sakit kalau aku terlalu banyak bergerak.....actuallu, bykan knee aku deteriotating tetapi lebih kepada weight badan aku yang bertambah berat lately neh...kehkehkeh....

..aku realise ialah perjalanan darah yang baik itu mesti dijaga oleh semua manusia dan pembuangan toksid dalam badan juga penting, utnuk kedua dua nya berlaku, maka exercise yang consistent adalah paling penting.....derma darah juga penting semua darah kotor tidak kekal dalam badan......

....tidur yang cukup dan rehat berkualiti juga penting kerana minda yang penat akan menyebabkan fizikal menjadi layu jugak akhirnya....itu lar sebab laughter itu the best form of medicine, sebab ketawa menyebabkan kita melepas keluar negatif energy dari badan walaupun ubat laughter ini bersifat sementara...maka kalau kita jaga sembahyang dan beramal yang akan menyebabkan positif energy masuk dalam badan dan kita juga selalu senyum dan ketawa, maka secara rohaninya, kita sihat dan sekiranya kita jaga exercise, maka kita akan sihat sepenuhnya....sihat bukan bermakna tiada penyakit kerana ramai orang yang sihat mempunyai penyakit penyakit kronik kerana penyakit yang Allah swt turunkan pada kita sebenarnya dugaan Allah swt semata mata....

...tahun 2007 sudah sampai ke penghujung, inilah saat saat sesuai untuk kita menganalisa kejayaan dan kegagalan hidup kita untuk sepanjang tahun untuk kita mengetahui kedudukan prestasi diri kita...

..the next few days aku akan merenung pencapaian diri aku juga dan melihat apa yang perlu aku perbaiki untuk tahun tahun akan datang...sekeping kertas yang akan menulis column "good","Not Bad" dan " Bad" untuk aku menilai apa yang aku telah lakukan sepanjang tahun....aku nak lihat perkara perkara yang aku lakukan itu dari sudut kesan kepada produktivit dir aku sendiri.....semua manusia termasuk aku ingin melakukan yang terbaik...tetapi sebagai manusia yang serba kekurangan, terkadang kita tersasar dari niat dan perbuatan samada secara sedar atau bawah sedar.....di sinilah kita harus menilai prestasi kita supaya kita sedar betul dan salah perbuatan kita dan begaimana untuk memperbaikinya...

...wokeh, ini aja dulu...

wassalam...

Wednesday, December 19, 2007

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Assalamualaikum,

..esok Hari Raya Aidil Adha dan aku mengambil kesempatan ini mengucapkan selamat menyambut hari yang mulia ini dan maaf zahir dan batin..

..Ahad lepas aku tengok Discovery channel documentary yang bertajuk " Revealed - Hajj"yang memberi liputan/pandangan dari sudut penyelenggaraan Haji oleh pihak Arab Saudi yang amat menakjubkan sekali....walaupun arab arab selalu dikaitkan dengan sifat degil , kuat nafsu dan jahat laku sehingga dijadikan sebab mengapa Islam di turunkan di tanah arab tersebut tetapi tidak dapat dinafikan bahawa bangsa arab ini adalah bangsa yang pandai dan bijaksana....kemampuan mereka mengendali 2 juta jemaah dalam masa 5 hari ketika haji adalah sesuatu perkara event management atau wedding planner hanya mampu melihat dengan terlopong kerana kelancaran kerajaan arab saudi mengendalikan jemaah haji year in and year out,...dari urusan airport, transport di darat, lodging, keselamatan , perubatan, lalulintas dan binatang qorban, memang jelas mereka adalah 5 level lebih canggih daripada organiser sukan olimpik ...ini belum lagi tentang pengawalan jemaah semasa di Mina, wukuf di Arafah, melontar di Jamnah dan juga di Tanah Haram....fantastic!!!! wa salute kerajaan Arab Saudi dan rakyat Arab Saudi...walaupun ada kematian akibat stampede, tapi selepas menonton documentary tersebut, aku merasakan kematian kematian tersebut bukan bala tetapi lebih kepada peristiwa tragis yang mempunyai hikmah dari Allah swt untuk kita umatnya memikirkan....

....pertemuan manusia dari seluruh pelosok dunia untuk satu upacara tak kira keagamaan atau lain lain tidak dapat menandingi perjumpaan umat Islam untuk menunaikan fardhu haji yang merupakan Rukun Islam ke 5 ini.....kalau sesiapa yang ada kemampuan dari sudut kesihatan dan kewangan, pergilah menunaikan haji kerana aku macam nak menangis memikirkan mengapa aku masih tidak dijemput Allah swt ke Baitullah lagi....sodih beb!!!..kalau bercakap kang macam bagus bagus, tapi haji pun tak dapat selesai lagi...Amy Search pun dah buat umrah tau!!...sodih dan amat menginsafkan kerna aku merasakan betapa jaunya aku di sisi Allah swt sebab macam aku rasa macam aku nei one of those yang tidak akan dijemput ke Baitullah....waullahhuaqlam....

...apa apa pun, aku akan terus berusaha dan berdoa untuk mendapat peluang menunaikan haji....sekarang nei kan TV9 or channel 106 ada azan kan...so aku suka tengok sebab menunjukkan kesan kesan kebesaran Allah swt yang menampak pulau batu yang berbentuk orang tengah sujud(awesome), kayu yang menunjukkan orang tengah rukuk dan binatang yang kulit tertulis kalimah Allah dan Muhammad.....aku memohon pada Allah swt supaya memberi aku peluang untuk menunaikan fardhu haji sebelum aku murdered....

....wokeh, apa yang harus kita lakukan di Hari Raya Aidil Adha ini....berpuasa sehingga tamat sembahyang sunat Aidil Adha, membanyakkan bertakbir, sama sama dalam majlis qurban dan semestinya melawat orang tua kita dan menziarahi kubur.....

..sememangnya Raya Haji tidak kuat significantnya bagi puak puak aku di KL ini dan aku tidak ada collection of memories yang mengaitkan Raya Haji dengan diri aku except that masa bebudak dulu aku ikut rombongan berzanji/marhaban pergi dari rumah ke rumah ahli kami....i love those moment too sebab masa itu memang seronok pergi ke majlis majlis bercukur dan sebagainya....

..other than that, Hari Raya Haji untuk aku ialah berada bersama keluarga dan berjumpa kengkawan lama di masjid pada paginya...maka esok pun aku akan menjalani routine yang sama dan tiada sesuatu yang agak istimewa untuk dilakukan....

..tapi spare some thots terhadap saudara saudara kita yang sedang di duga dengan banjir di Pahang, Terengganu, Kelantan , Sarawak dan Johor....kesian melihat keadaan depa dan juga kisah kisah kematian tragis yang berkait dengan banjir ini....

..mengapakah tiba tiba banjir menjadi serious especially di Johor? aku hanya dapat meneka bahawa siri gempa bumi di nusantara telah merubah kedudukan muka bumi di rantau ini yang menyebabkan perjalanan air laut mahupun sungai sungai berubah dari kebiasaan....sebagaimana cuaca sekarang yang tidak menentu hujan dan panasnya, maka aku merasakan juga jalan air, pasang surut laut, ombak dan harus sudah berubah dan perlu dikaji semula perjalanannya.....mungkin tinggi rendah bumi rantau ini sudah berubah yang menyebabkan tanah yang tinggi sebenarnya sudah menjadi rendah dan tanah rendah menjadi lebih rendah dan di sinilah perjalanan arus sungai sudah berubah dari kebiasaan.....ada juga kata paras laut sudah lebih tinggi yang menyebabkan muara sungai bertembung dan menyebabkan air dari ulu terpaksa mencari jalan keluar untuk laluan......aku merasakan perlu ada kolam kolam/tasek buatan manusia untuk setiap kawasan yang prone pada banjir untuk mengalirkan air air ini ketika musim tengkujuh..walaupun ianya bukan solution tetapi should be able to reduce the immediate impact of banjir atau hendaklah ada batas batas tinggi di kawasan rendah untuk menahan sementara air yang logiknya tidak boleh dibataskan perjalanannya.....tetapi it is good to find a short term solution untuk mangsa dapat meyelamatkan diri , ternakan dan harta benda...signal atau siren awal hendaklah ada supaya mangsa atau penduduk peka kan keadaan sekelilingnya.....satu Kementerian Khas untuk Banjir atau bencana alam harus ditubuhkan dengan kadar segera supaya tugas menyelamat tidak hanya ad hoc basis sahaja....

....baiklah kengkawan, aku juga pernah baca hari wukuf adalah hari yang baik untuk berdoa ( stand to be corrected ), maka marilah sesama kita mendoakan untuk kesejahteraan kedua ibu bapa kita yang masih hidup mahupun yang sudah meninggal dunia, doakan pada diri, suami/isteri, anak anak or adik beradik, sedara mara dan jiran tetangga dan juga sahabat andai, doakan juga sejahteraan terhadap bangsa dan agama kita di dunia ini dan lebih lebih lagi di negara kita ini, doakan agar syiar dan kedaulatan agama Islam kita akan terus menyinari setiap pelosok bumi Allah yang bernama Malaysia ini, doakan agar insitusi raja dan demokrasi beraja kita ini terus berdaulat dan doakan supaya kita semua hidup aman bahagia sehingga tiba hari kiamat nanti.....

..untuk kengkawan maya ku, aku berdoa agar persahabatan tanpa pengenalan zahir kita ini akan kekal di batin dan sanubari yang luhur dan semoga doakan kelian akan dimakbulkan Allah swt jua nanti..amin..

Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha dan Maaf Zahir dan Batin..Allah hu Akhbar


wassalam

Entry Selasa selepas bertapa...kehkehkeh

Assalamualaikum,

inilah entry kedua selepas bertapa...kehkehkeh...

bestnya lar dapat menulis nulis nei balik....lega rasa otak yang beku nei....wokeh lah, wa nak citer pasal kenduri kawin pulak...

Hujung hujung tahun nei dapat banyak undangan kenduri kawin walaupun bukan semua aku dapat pergi…..actually, perbelanjaan kawin ini mungkin mencecah billion ringgit setahun…bayangkan satu kenduri belanja dalam RM 10,000 paling kurang….kalau ada 1000 perkahwinan dan kali 2 kenduri ( perempuan dan lelaki) bermakna ada 2000 kenduri dan kos yer ialah 20 juta ringgit. So kalau kita kata 10,000 perkahwinan setahun bermakna average 833 sebulan atau lebih kurang 55 kenduri kawin sebulan bagi setiap negeri bermakna RM 200 million a year kos on kenduri yang average RM 10k. bagaimana dengan sedekah orangramai yang dikatakan selalunya dalam average 50% of kos kenduri, bermakna pertambahan dalam RM 150 juta , so RM 350 juta.

Tapi aku rasa pengiraan aku very conservative sebab kalau di kawasan Bandar dan dikalangan elit malay, kenduri diadakan di hotel yang kos dalam puluhan ribu mahupun ratusan ribu yang bisa menaikkan average kos persandingan kepada RM 20 yang menyebabkan total cost reaching RM 700 million per year.

No wonder kawan aku yang buat business canopy/khemah dah kaya raya dah..sekolah dulu jahat nak mampus!!!kehkehkeh….

So ada lebih kurang RM 700 million dalam ekonomi kita untuk business kawin kawin neh….ermmm…bayangkan lelaki di Malaysia ini digalakkan kawin ramai, bermakna gandaan ekonomi berkaitan dengan perkahwinan boleh melambung kepada 2 billion ringgit setahun. Now , lebih jelas lagi mengapa poligami itu baik bukan sahaja sudut zahir dan batin malah untuk ekonomi negara jua…kehkehkeh….

**ikon tutup muka dari kena baling dengan telur busuk dari golongan bini bini di haloland*

bayangkan kalau masjid kita diberi peranan khas untuk mengendalikan majlis majlis perkahwinan bagi kariah masing masing secara professional, maka masjid akan mendapat untung dan kenduri kawin pun lebih terhindar dari unsure unsure kurang sihat dari sudut Islam…

agaknya bila lah halolanders yang naik puncak gunung kinabalu nak dijodohkan….terbayang aku kita semua naik Rata Laban untuk upacara nikah dan naik Low Peak untuk persandingan!!! Wedding of the century tuh….yang best yer, pengantin aja yang mendaki, jemputan semua naik helicopter….ahaks ahaks ahaks…

kumpulan manakah yang beruntung bila sesuatu majlis perkahwinan berlaku or siapakah yang mendapat keuntungan dengan gadaan ekonomi ini ??...

* mak andam
* pengusaha khemah dan kerusi
* pengusaha muzik machine
* caterers
* orang jual bunga telur termasuk buat pelamin bersanding
* kumpulan kompang, silat dan band band kampong
* orang pasar yang jual ayam, santan dan sebagainya
* wedding planner
* syarikat yang print kad jemputan
* orang buat bunga manggar dan bunga telur semua

so kalau kelian nak buat business yang sudah tentu memberi pulangan , maka cuba try test mende mende yang aku sebut di atas sebab yang penting ialah marketing aja kerna customers dah memang readily available….

Wokeh, apa cerita lain yer, aku pun tak berapa tau….esok esok lar yer kita citer lain pulak….
Hidup Newcastle!!! Hidup Newcastle!!Hidup Bolton!!...


wassalam

Tuesday, December 18, 2007

Apa abar biskita ??!!..Assalamualaikum

Assalamualaikum,

Nyanyi dulu..

Kalau hati ku sedang rindu
Pada siapa ku mengadu
Dalam hati ku tertanya selalu
berlinanglah airmata ku

Akan ku cari
Walau di mana kau berada
Ke hujung dunia , engkau ku cari

kehkehkeh....nei lagu zaman bila pun wa tak tau tapi inilah lagu lagu akak akak dan abang wa suka nyanyi masa wa belum masuk Tadika dulu dulu...ahaks ahaks ahaks....

punyer lah tersusun dan penuh makna senikata lagu di atas dan terbayanglah aku penulis liriknya mungkin duduk di tepi kali mencari ilham untuk berkarya...

lepas tu dengar pulak lagu sekarang yang senikata sempoi giler ...ahaks ahaks..kalau dengar lagu Adam yang tengah top yang ada senikata Siapa nama, Boleh kenal , Boleh kasi nombor Henpon ker ntah apa apa ntah!!!....kehkehkeh..tapi macam tu lar lirik lagu tuh...aduh senang banget bah atau..

..malam tadik aku dapat tengok sikit Asian Idol dan aku happy lar budak singapore tu menang...aku tak kisah pong siapa memang asal kan jangan Kelli Ng Dandruff tuh cukup lar....ahaks ahaks ahaks....memacam berlaku semenjak kita berpisah dekat 2 bulan lepas dan tak tertuliskan sekali gus sebab aku pun masih mencari ruang ruang kosong dalam harian untuk mengupdate blog ku yang usang ini....

...aku pun dah dapat baca sekali jalan blog kengkawan dan aku rasa bangga dan terharu dengan kejayaan Vaart, Aling and Embun berjaya conquer Gunung Kinabalu..cangguh tu beb!!!! wa caya sama lu semua ...that was no small feat beb!!!.....BTW..ehem ehem...ikut cakap moyang wa, kalau lelaki dan perempuan datang sekali lepas tu dapat naik the peak of a mountain sekali, elok lah di nikahkan cepat sebab moyang wa cakap, panjang jodoh dunia akhirat!!! kehkehkeh....wa speku neh!!!....weeiii, wa bukan maksudkan NHK dengan Lianty tau!!! ahaks ahaks ahaks....Vaart ko telah membanggakan kaum jejantan kebarets kerana berjaya sampai Low Peak!!....

...seronok baca catatan XPDC kelian sehingga aku boleh rasa sejuk, penat naik tangga, lapar dan rasa kegembiraan kelian itu....sampai part vaart kentot tu pun aku terpaksa tutup hidung sebab memang boleh terasa bacin yer kentot dek non macho kebanggaan jantan kebarets seantero haloland!! huhuhuhu....

apa apa pun, well done guys....well done and well done indeed....

aku pun terbaca panggilan rindu kengkawan di halo sini, sana dan sinun dan jangan kelian ingat aku tak ingat kelian, memang aku ingat walaupun macam mana aku cuba melupakan , tetapi ingat tetap ingat sepanjang masa.....kita kawan sampai bila bila kan...itu janji kita dan insyaallah kawan dan persahabatan tidak akan terputus selagi kawan ada dan persahabtan di jaga untuk kebaikan dunia dan akhirat....

how long aku akan buka blog kali ini?...actually i dunno yet....tapi macam rasa nak bukak lelama walaupun mungkin aku tak dapat update tiap tiap hari....mungkin period aku bz giler dah mula berkurangan kot dan especially hujung tahun nei ramai yang dah mula cuti panjang.....insyaallah, aku cuba adjust daily scheduling aku untuk include ngintu yer aktiviti!! ahaks ahaks ahaks...

pada kengkawan yang e-mail atau YM tetapi aku tak sempat balasa, aku nak mohon maaf sebab kenkadang by the time aku dapat message kelian, ianya sudah berlalu beberapa ketika yang menyebabkan aku rasa janggal nak balas pulak....

waduh!!! banyaknya benda nak cerita tapi mungkin kena slow slow lar sikit....

errmmm,,,,,malam tadik tengok jugak Man U kalah kan Liverpool 1-0 dan Arsenal kalahkan Chelsea 1-0.....both games pun agak nervy affairs dan tak berapa classic of a game lar....tapi aku happy sebab Newcastle dah dapat form balik dan Bolton pun dah terkeluar dari the relegation zone....aku pun langsung tak dapat tengok SEA Games kali nei dan not even a single event or highlight shows yang aku dapat tengok untuk SEA Games kali ini ...hehehehe

apa apa pun, I just want to say that I am glad to be back and I really really Miss World U all so so much room service.....kehkehkeh

wokeh , wa nak lepas gian ngintu neh!!!...


wassalam