Monday, March 31, 2008

Diary Diri 31/03/08

Assalamualaikum,

Salam ......semoga minggu ini akan menjadi minggu yang lebih dari minggu minggu yang sebelum ini.....kadang kadang kita membuta adjustment untuk memperbaiki keadaan kita di dunia dengan pelbagai cara sedangkan kehidupan di dunia ini kita tahu hanya kan berubah kalau kita adjust dir kita terhadap Allah swt...

The Return of the Kesultanan Malay

...aku rasa dan yakin kita ini diambang satu perubahan lanskap politik dan kekuasaan di negara ini...it is going to be a rough ride but I think institusi raja raja sedang melalui proses reformasi yang tidak dirancang tetapi lebih kepada keadaan....

..arwah Pak Tua aku pernah cakap dengan aku semasa kemelut reformasi dulu " tunjuk perasan, protes atau mengamuk tidak akan mengeluar kan DSAI dari penjara selagi Allah swt tidak mengizinkan ", dan sesungguhnya aku tidak berasa suka cara bertawakal sebegitu tanpa usaha untuk mengeluarkan DSAI dari penjara tetapi hari ini kata kata hikmah Pak Tua aku menjadi kenyataan bila DSAI keluar dari penjara dengan bermaruah...mungkin kalau DSAI keluar dari penjara dulu atas dasar protes, mungkin ramai hari ini akan memikirkan adakah DSAI itu benar bersih dari segala pertuduhan...

..ini membawa aku pula kepada insiden yang amat aku terasa gembira dan terharu menyaksikan sambutan kepulangan Sultan Mirzan ke Terengganu yang disambut oleh lebih 10,000 rakyat Terengganu....aku berulang kali menonton YouTube tersebut dan terasa terharu ketibaan beliau disambut dengan laungan Allah Hu Akbar.....tak lama dulu kalau ada kemelut Raja dan Umno, maka Raja Raja kelihatan seperti terpinggir kerana rakyat takut untuk menyelebahi Raja Raja tetapi hari ini rakyat sudah berani kehadapan untuk memertabatkan institusi raja raja .....sebagaimana kisah Pak Tua kau di atas tadi, aku pun sungguh merasa keciwa bila Sultan Mirzan tidak dilantik menjadi Agong selepas menyandang jawatan tersebut selepas kematian Sultan Selangor...semudah mudahnya Umno menukar keadaan dan melantik Raja Perlis menjadi Agong, walaupun begitu aku memang suka Raja Perlis semasa menjadi Agong kerana baginda dan Permaisuri ketika sungguh berjiwa rakyat dan gambar Agong ketika itu melawat Nik Aziz di hospital adalah satu satu gambar yang paling aku tatap suatu ketika....hari ini aku sedar mengapa Allah swt tidak memberi laluan kepada Sultan Mirzan untuk jadi Agong pada masa itu kerana Allah swt lebih tahu masa dan ketika yang terbaik untuk Sultan Mirzan menjadi Agong....

Gelombang kebangkitan Islam di Eropah ??

....hujung minggu aku juga membuat aku termenung memikirkan kisah sebuah filem " Fitna" tak silap aku yang telah dikeluarkan oleh seorang producer dari Belanda dan dari apa yang aku baca dan dengar filem ini adalah sebuah filem yang memburuk buruk kan ajaran ajaran Islam dan Al-Quran....maka aku terfikir mengapa Eropah ghairah untuk menjatuhkan Islam kerana filem ini adalah susulan dengan cartoon yang menghina Rasullulah saw oleh seorang cartoonist dari Denmark.....no doubt that Islam is a fast growing religion in Europe dan negara negara Eropah di banjiri oleh orang Islam yang datang dari negara negara bekas colony kuasa penjajah zaman dulu seperti Perancis , Belanda dan Inggeris....perubahan di Turkey adalah petanda Islam sudah mula menapak di Eropah dan selepas sekarang sudah ada negara berasaskan Islam di tanah Balkan in Kosovo ( i could be wrong here )and Bosnia Herzagovina....pemain pemain terbaik bolasepak di Eropah juga ramai Muslim as Zidane dulu dengan France dan sekarang ini Kazema , Nazri, Anelka, Ribery bermain untuk France, Van Persia , Khaled Balarus dengan Holland, Frederick Kanoute untuk Seville dan Mali dan host of other muslim making their mark in european football....

..mungkin inilah sebab fanatik fanatik kristian atau yahudi yang bertapak di Eropah merasakan mereka terpaksa bertindak untuk menahan gelombang Islam di Eropah ini.....namun fanatik fanatik ini adalah hanya kumpulan kecil sebab secara keseluruhannya orang Eropah sudah terbuka dengan kedatangan Islam dan kehadiran wanita berhijab di bandar bandar besar di eropah sudah merupakan perkara biasa....

..di sini satu lagi perkara yang menunjukkan Allah swt akan menunjukkan kebesaran Nya pada ketika dan masa yang hanya Allah swt mengetahuinya....Eropah mungkin akan melalui zaman ketibaan Islam di sana secara terbuka yang memungkinkan Eropah menjadi landas kebangkitan Zaman Keemasan Islam semula.....

Concert 2 AF 6

wokeh lah , mungkin kelian memikirkan ngapa aku lambat nak komen pasal AF6 bagi konsert 2 sabtu lepas....

ekceli aku tak dapat menonton penuh konsert AF6 dan aku hanya banyak mendengar dari Radio ERA dalam kereta ...kehkehkeh..that is another first for me...sebab terlewat aku terpaksa mendengar dari radio sahaja sehinggalah sampai ke peserta Saida....aku dengar Lufya di radio pada mulanya tapi missed Mamarina, Toi, Stanley punyer nyanyian walaupun dapat tengok muka muka depa di kedai tomyam tetapi takl dengar suara sebab aku jauh sangat dari TV......namun aku dapat dengar Ika, Naim, Aliff dan Faizal di Radio dan dapat tengok Saida, Stacy, Riz, Nadia dan Nubhan di TV...siang bila aku nak tengok ulangan, same thing happened, aku bukak aja terus time Saida nak nyanyi !!! kehkehkeh...

so based apa yang aku dengar dan juga lihat , inilah aja yang boleh aku review....

...Nubhan , i thot he was outstanding walaupun aku sense dia ada buat mistake towards the end of the song, he was in control of his singing dan tone suara yang amat sesuai untuk lagu itu.....it was not an easy song too....he is going to get better tapi aku still waiting concert bila dia kena nyanyi lagu yang bukan lauk dia nanti....but untuk concert 2 ini, dia menyerlah

... Riz , ngapa mamat nei aku tengok dah montoks and bulat semacam aja ??!! ahaks ahaks....he did well too walaupun not his best performance but it was commendable indeed....aku suka improvisation yang dia lakukan yang menunjukkan dia adalah seorang skillful singer.....tone suara dia memang sedap dan aku suka juga attitude beliau dalam lagu ini....

..Nadia , though pengkritik tak berapa berahi dengan persembahan Nadia, tapi aku tak ada masalah untuk bagi distinction untuk persembahan ini sebab aku pernah tengok Rihana bawak live lagu nei dan i can tell you that Nadia did much better....lagu ini is not about vocal tetapi attitude dan dynamic dalam vocal dan lagu umbrella ini adalah jenis lagu yang persembahan dan nyanyian adalah sama berat....lebih lebih lagi aku merasakan hanya Nadia yang mampu bawak lagu ini berbanding dengan lain lain pelajar perempuan AF6, aku rasa dia membuat persembahan yang paling baik...

Stacy - superb singing yang dibantu dengan kexutan yang menarik.....this girl has got to be taken seriously dan persembahan lagu 'Rela" ini yang sungguh berbeza dengan persembahan lagu Aliacia Keys last week yang membuat aku rasa she is a real contender to be reckoned with....low tone yang tebal dan high tone yang penuh control...i love her performance, perhaps one of the best in AF history...

Saida - aku suka minah nei sebab mannerisme beliau, pembawakan diri yang sederhana membuatkan kita akan selalu ada soft spot for her.....persembahan beliau adalah okke dan tidak lah terlalu baik mahupun tidaklah error filled performance....much much better than last week dan she is now more assured of herself......tapi masa dia nonggeng cium anak anak dia tuh, teringat aku kat Epong!!!kehkehkeh....bro, cover cover lar sikit depan avianur tuh bro!!

Faizal - aku dengar kat radio dan aku rasa dia nyanyi best....suara dia ntah cemana boleh jadk macam Awie pulak dah !!..kehkehkeh....tapi towards the end, beliau tak dapat sustain nyanyian beliau mungkin semput kot tapi overall aku teruja dengan nyanyian beliau..

Naim - lagu nei bukan lagu pertandingan , so masa dengar radio memang tiada yang istimewa dan a bit forgettable lar sikit...maybe kalau aku tengok TV dan melihat overall performance, aku boleh kasi better review

Aliff - aku tak faham mamat nei, tone sedap tapi teknikal vocal beliau lemah betul....he is trying too hard and aku rasa kalau dia just sing for fun, we could see his full potential.....

Ika - aduh beb!! ciyan aku dengar minah nei nyanyi.....she is fast become one of the worst singer in AF history....what i heard was not singing at all, kenkadang whispering, kenkadang macam gasping for air but not singing.....tapi kan kan kan, masa penyingkiran tu kan, aku tengok minah nei cun lar, ala ala Farah AF2 tapi cun lebey sikit lar kot.....

the rest aku tak boleh komen at this point of time...

penyingkiran memang tidak memeranjatkan langsung sebab Ika sepatutnya dah keluar last week lagi....

tapi aku suka the panel pengkritik....Aidid was really spot on in most of her comments, Adlin was very candid tapi tak der lah kurang ajar sangat malam tadi dan Ning mula dah mendapat footing dalam commenting....well done indeed....

..supporting band aku tak berapa suka malam tu sebab terlalu kosong bunyi mereka, mungkin arrangement disuruh begitu aku tak tau tapi aku rasa depa kena lebih kelihatan instead of tersorok kat belakang backdrop.....

satu lagi kan, aku bila tengok stanley tu kan, aku dok terfikir muka dia cam sapa, aku pun terfikirlah kot kot kengkawan dulu dulu kan....last last ada mamat kat rumah aku nei terus cakap yang si stanley nei muka dia macam Mat Sabu!!! ahaks ahaks....baru lar aku perasan muka stanley iras iras Mat Sabu...kehkehkeh....

Anugerah Berita Harian...

aku tengok tengok ala ala aja lah....yang aku perasan Bob nyanyi best, Fasha Sanda cun gilos sampai tersandar aku beb!! ahaks ahaks ahaks...Datuk Jalaluddin Hassan nyanyi sebiji macam orang lepas makan pronoton....huhuhu...he can sing though.....persembahan otai rockers tu mula mula berbisa tapi aku rasa bila Ella masuk, dia bawak feel yang lain pada lagu tersebut dan dari segi penghayatan, ianya menjadi macam rojak pulak dah lepas tu....Mawi menang Bintang Popular ...ermmmm....maintain lagik Mawi yer...

EPL

ermmm...frust nonggeng aku beb!! abih semua pemain Arsenal kena maki gan aku....kehkehkeh...Bolton kalah 2-3 walaupun leading 2-0 with less than 30 minutes to go....siuutt tul.....but i am not that worried because i think enough games left for them to mount a comeback.....tapi hati aku manyak sakit o0o0o0o0o...Newcastle menang 4-1 agaisnt Spurs at White Hart Lane...brengset...kehkehkeh...at this point of writing Liverpool leading everton by a goal to nil tapi aku nak tidur dah neh...

Man U menang selesa with Ronaldo scoring a cheeky goal and chelsea winning slim against Middlesbrough membuatkan championship race is still very much open for grab....

wokeh guys, have a good week ahead...




wassalam

Friday, March 28, 2008

Jumaat 28/03/08

Assalamualaikum

Salam Jumaat pada semua dan salam kemaafan aku hulurkan sekiranya ada apa apa kesilapan seminggu yang lepas mahupun kesilapan masa silam....sesungguhnya apa yang baik aku tuliskan adalah dari Allah swt dan mana yang kurang molek adalah dari aku sendiri...

..ari nei aku nak share satu article yang dihantarkan kepada aku berkenaan dengan April Fool untuk dijadikan ilmu pengetahuan dan renungan agar kita tidak terikut ikut rentak dan irama sesuatu 'ritual' yang tidak kita ketahui asal usulnya...

*APRIL FOOL, BUAT RENUNGAN & PEDOMAN KITA SEMUA !!!

*Assalamualaikumwbh.

Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, seseten! gahorang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang kebarat'.

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian.Penduduk-penduduk Islam diSepanyol (Moors) terpaksa berlindung di dalamr umah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dr Sepanyol.Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh dipelabuhan.Orang-orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatupenipuan, telah pergi keperlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan.

Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokanharinya (1April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan menuju ke perlabuhan.Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledahdan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini.Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar.Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarahyang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia.Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnyamerayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

Petikan drpd Risalah FikrahPeliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu.....rawahuttirmizi Illal Liqaq .

....aku pun bertaubat kerana merupakan salah seorang muslim yang pernah sesama meraikan April Fool ini dengan berbagai bagi prank/practical jokes ke atas kawan kawan....

..sebenarnya banyak perkara yang kita dan aku lakukan tanpa usul periksa seperti Valentine's Day dan mungkin banyak lagi hari hari lain yang merupakan hari kita sebagai muslim seharus berdoa agar sedara sedara Islam kita yang dibunuh dimasukkan dalam syurga dan bukan celebrating macam sambut merdeka day...

..begitu juga aku selalu berpegang bahawa kita juga harus bertanya sesuatu perkara yang kita tak berapa faham tentang agama kita sendiri dan jangan sekadar ikut ikut sahaja,.....kerana tidak mahu bertanya maka ada ramai dari kita yang warak dan alim tapi terpesong akidah sampai mengikuti ajaran ajaran yang menyimpang dari Al-Quran dan Sunnah....

baik lah kengkawan , aku akan menonton AF6 concert 2 esok sebagai non-partisan sahaja dan aku predict yang terkeluar kali ini ialah Ika dan Naim sebab aku rasa Aliff akan dapat undi dari peminat Mawi lebih lebih lagi kalau Mawi muncul sebagai guest.....

.....memandangkan tahun ini tahun pembantah, maka juara AF6 aku expect akan datang dari negeri negeri Penang, Kedah, Perak , Selangor, Kuala Lumpur atau Kelantan or apa yang aku nak aptly named as The Runaway States....

untuk EPL, aku rasa the curse of Big Sam akan berterusan dengan Newcastle dan Bolton akan kalah lagi this week dan aku expect Liverpool kalahkan Everton more than a 3 goal margin...tapi aku rasa Bolton will survive on the final day whilst Newcastle will be relegated...

Last but not least , siang tadik masa dekat office ada kengkawan tanya pasal MB Terengganu dan Misa juga ada tanya kat halo ....jawapan aku semalam ialah " Politics and politician is normally spoken ( referred) in present tense and therefore any reference of politics and more so of politicians in past tenses will not last long....so I would expect that soon many of the ADUNs will be jumping to Ahmad Said's side because they have to be with those being mentioned in present tense ( relevant)".....

** ermmm....aku nei bercakap pandai ekk..tapi kayo tak jugak..kehkehkeh**


wassalam

Thursday, March 27, 2008

entry 27/03/08

Assalamualaikum,

.....hari nei 27hb ekkk....silap silap gaji dah masuk dah ari nei....hurraayyyyyy.....ermmm, tapi aku gaji bulan 9 tahun lepas tak usik lagi......kehkehkeh...come to think about it, gaji memang tak berusik....masuk aja gaji semua kena kebas dengan standing instruction lah , squatting instruction lah...hehehe.... online transfer, online bill payment....refresh account balik , tengok tengok tinggal lar ciput...kalau ada RM 15,000 ker RM 16,000 ker balance gaji bulan tu kire okke lah...ahaks ahaks ahaks.....baibun bah!!berangan free....

tapi kan, masa aku kuar U dulu kan, aku remember gaji RM 300 lepas tu naik sikit sikit sampai RM 700....masa tu aku rasa duit mewah, boleh kasik parents , boleh lagi tu saving and enjoy.....tapi sekarang nei gaji manjang tak nampak,kalau nampak pun sipi sipi aja....kalau ada lebey sikit sikit kan kan kan..masa tu lah kete rosak, roadtax mati and so forth....sib baik lar ada credit card, gali gali timbus, gali gali timbus.....sampai hujung card credit aku tu pun dah patah dah...ahaks ahaks ahaks....

...yang best tu kan , bila nak kuarkan duit cash dari credit card tapi tatau balance ada ker tak, cari ATM machine yang tersorok dari orang..kehkehkeh....pakai windbreaker supaya screen ATM boleh cover ...ahak ahaks ahaks.......bila balance tak cukup nak kuar cash, mula lah berazam nak benti merokok, tamau enjoy bodoh dah, isi minyak ngam ngam untuk sampai hujung bulan balik.....

tapi tapi, bila time lepas bonus ker, pergi ATM machine yang open giler tuh....lagi panjang Q lagik happy supaya orang belakang boleh tengok wa punyer balance bape kat screen....huhuhuhu....rosak rosak tul aku neh!!...

...aku nei lar kan, kalau di takdirkan umur tak panjang, mau menangis mummy aku tengok bape balance aku ada dalam bank....kehkehkeh...tapi tak per, rezeki tu walaupun sikit tapi biar berkat dan kalau tak der duit pun, jangan citer kat orang, maintain macho and control ayu selalu....

....yang penting rezeki jangan putus, walau pun 20hb duit dah kering tapi somehow boleh jugak sampai hujung bulan.....janji makan cukup, rokok cukup duit minyak nak gei keje cukup.....janji rock!!...

..tapi kan bila sengkek duit nei kan memang boleh mental.....ahaks ahaks ahaks....mula lar tengok Criminal Investigation !!kehkehkeh....tapi lar kan, semenjak aku pernah rugi giler dalam share market dulu , aku dah biasa dah tak der duit neh.....nasib baik stockbrooking firm tu baik gan aku , depa allow aku to pay in instalment of those losses yang tak silap aku lebey one hundred thousand ringgit .....tu lar pasal, nak kaya cepat, kayap langsung...kehkehkeh....those were difficult days yang aku harap orang lain tak akan alami.....tapi kena sabar dan faham bahawa setiap kesusahan itu adalah diantara dua titik kesenangan...

as result of those difficult episode, aku jadi tak kisah pasal duit, kalau ada, ada lah , kalau tak ada, rileks lah ......kalau ada benda aku nak beli, ada duit aku beli, tak der duit aku pandang aja.....sendiri carik sakit, sendiri mau tanggung dan sendiri mau ingat....tapi kena yakin rezeki itu dari Allah swt..

..tapi aku tak regret, sebab i was good in the share market tapi i was hit by unexpected turn of event yang di luar kawalan walaupun aku punya positioning memang cantik....i was able to meet margin call until such situation that the expected market technical rebound did not materialize and i have to sell short in order to cut loss...

ermmm..apasal aku cerita pasal duit pulak neh....kehkehkeh.... aku cerita nei bukan suka suka, tapi nak share the experience supaya kelian lebih appreciate apa yang kelian ada hari ini....kadang kadang aku baca ada suami isteri bercerai pasal duit, ada yang tak bertegur sapa adik beradik pasal harta ( read duit ), ada yang sanggup makan rasuah sebab nak duit lebih...ada yang sanggup membunuh kerana duit....ada yang tak melawat emak bapak pasal duit....

semua perkara yang aku sebut itu sebenarnya tak berbaloi....kita yang kena control duit dan bukan duit control kita....lantak lah orang ada lebey barang kemas dari kita atau renovate rumah cantik cantik, jangan kita yang tak boleh tidur sebab jiran baru beli TV plasma.....aduh!! Tv plasma aku pun nak gaks!! ahaks ahaks...

kita selalu lafaz ' tak cukup duit lar ' walaupun kita ada duit....kita jadi macam tu sebab kita selalu fikir duit tu akan habis ......sama jugak, jangan terlalu kedekut atau berkira pasal duit....similarly, jangan pulak terlalu boros......tapi kalau ada duit dan rasa nak pergi holiday, pergi aja , kalau ada duit lebey dan teringin nak beli benda benda, beli aja.....

..yang penting jangan lupa bayar zakat dan jangan susah untuk bersedekah.....jangan berkira dengan emak bapak sendiri atau jangan berkira dengan suami atau isteri mahupun anak anak....

....wokeh, bersyukur dengan apa yang kita ada dan yakin bahawa rezeki itu ketetapan Allah swt jua....

siap gaks entry lagik walaupun aku struggle nak carik topik...kehkehkeh

wassalam..

Wednesday, March 26, 2008

entry tak tahu nak tulis apa ....

Assalamualaikum

...tiba di rumah dah nak masuk isyak.....abis solat berita pun dah tamat maka tak tahu apa perkembangan muktahir di Terengganu...diary AF langsung tak jenguk tapi tengok Ugly Betty , tapi kisah Bradford Meade mati pulok....ermmm...aku nak kelentong apa pulak untuk entry hari nei...kehkehkeh...

.....sakit....aku berterusan sakit sakit semenjak hari mengundi pilihanraya lepas, dari sakit hati sebelum pilihanraya , sakit pinggang masa hari mengundi, sakit bahu dan tangan selepas sakit pinggang, sakit gigi dan gusi sekarang ini dan lepas nei aku tunggu aja sakit apa pulak....

..kecik kecik dulu kalau aku ada buat salah dan takut nak kena marah, aku pun aku mula lah buat sakit memacam..dah besar besar nei pong, kalau tak puas hati kat opis pun buat buat sakit untuk tak mau datang kerja...kehkehkeh.....tapi aku tak mau mengeluh pasal sakit sakit nei sebab mungkin sakit sakit nei adalah satu cara nak menghapuskan dosa kan kan kan....

so nak cerita apa yer hari nei....tadi aku singgah blog Teesh...mak oiiii...teesh buat sajak cakap omputihhh tuh!!...penat wa bukak dictionary tuh.....kehkehkeh ...nice one beb...and went to BokD's and ada sajak cinta berlatarbelakangkan politik!!! dasat ko bro.....wa sajak nei memang tak ada bakat beb...sajak wa permulaan aja sopan, lepas tu mula masuk unsur unsur sumbang mahrum...ahaks ahaks ahaks....

aduh , so apa wa nak tulis ekkk....actually kan , nei dah bulan march kan, kalau ikut wa yer timetable, I am supposed to be writing my new novel tapi hampeh...hapah pun wa tak start lagik...mood tak mari lar beb...menulis novel nei memang best especially bila kita sudah berada dalam 'zone' cerita tersebut dan setiap perkataan datang dengan sendirinya....tapi nak masuk 'zone' tu yang kadang kadang susah banget tuh....

...tapi kan eva...abang teruja lar nak buat novel pasal gadis yang angau dengan kekasih galapnya tetapi sebenarnya kekasih galap itu adalah saudara kembar yang terpisah dari lahir,roper roper yer.....ish ish ish....bayangkan tengah tengah nak romen tetiba si kekasih galap nampak birthmark dekat atas pusat gadis itu dan birthmark yang sama ada di bawah pusat kekasih galap tersebut....huhuhu.... tu yang aku malas tulis novel tuh....mesti ada cadegan adegan pusat punya nanti!!...kehkehkeh...

....tapi tapi tapi, sebab sudah jatuh chenta, si kekasih galap tersebut bangun dan lari dari keadaan yang memungkin depa terlanjur tetapi merahsiakan pasal birthmark tadik....beliau menghilangkan diri kerana takut akan kemungkinan bahawa ada rahsia pertalian antara depa tersebut tapi takut akan kemungkinan kenyataan tersebut......si gadis tadi merana asmaradana sampai masuk wad mental kerana ditinggalkan kekasih galap yang nama pun belum tau apatah lagi latarbelakang kekasih galapnya .....** ish ish...bebudak sekarang, tak kenal nama dah berani nak beromen**

...sementara itu si kekasih galap telah membuat investigation beliau secara diam diam dan setelah sekian lama menyiasat , beliau yakin bahawa si gadis tadik adalah adik kembar tak seiras beliau.....huhuhuhu....beliau mencari si gadis semula tetapi hampa kerana si gadis sudah di bawa ke luar negara untuk berubat...si kekasih galap terus mental lepas itu dan menjadi homeless kerana beliau sudah terlalu kecewa dengan keadaan....** depa nei tak der agama ker arrr **....

...5 tahun berlalu dan gadis sudah pulang dari luar negara sebab dah recover dari mental illness kan kan kan....** cun beb lepas dia recover neh **....satu hari si gadis telah terlanggar seorang ala ala pengemis yang melintas jalan dan bila beliau lihat, si gadis seakan akan perasan bahawa dia pernah mengenali lelaki tersebut.....setiba di hospital si pengemis masih tak sedar diri dan ketika beliau di rawat di ICU, si gadis terperasan birthmark di bawah pusat si pengemis tadik tanpa si gadis sedar bahawa lelaki yang comot dengan jambang dan kulit yang sudah gelap dek kena panas memanjang itu adalah kekasih galap yang pernah membuat beliau merana mental tak lama dulu ....** ermmm...depa nei rumah kira dekat dekat jugak lar ekk **....

....apabila kekasih galap itu ala ala sedar tapi masih coma , beliau telah dikemaskan oleh jururawat maka terserlah wajah sebenar kekasih galap dan bila si gadis melawat si pengemis yang dilanggarnya, barulah si gadis sedar bahawa si pengemis itu adalah kekasih galap yang telah melukakan hati beliau....tetapi apa makna birthmark tersebut pada si gadis tersebut ??...adakah kekasih galap akan memberitahu kisah sebenarnya setelah beliau nampak si gadis tadik ?? ** suspen tuh**

.....roper roper yer, si kekasih galap dah hilang ingatan sebab kepala dia terhentak kuat sebab accident tersebut....ek eleh boring betul citer nei buat wa tension aja neh......cisss cake....bila nak abis citer neh.....nenanti lah wa sambung lagik....ahaks ahaks ahaks......

..persoalannya sekarang , apa nak kasik tajuk arr citer neh ..." Jangan Biarkan Pusat Anda Terdedah ??!!"..ish sapa nak beli novel aku kalau tajuk cam neh....okke try lagi " Cinta Birthmark "....tak kena jugak dah macam cinta fotokopi pulak dah.......ermmmm " Kekasih galap ku adalah kembar ku "..sure tak lepas censorship pulak nanti....

...wokeh wa try nei pulak " Kembar Galap" ish tak komersil langsung....." Kembar Hadhari "...masuk lokap pulak aku nanti...kehkehkeh...last try ekk " From Brunei with love"....okke gak ekk...sebab citer nei timbul dari kisah adik wa si eva dari brunei...

BTW, kalau difilemkan, wa nak Diya AF5 jadik si gadis dan Rano Karno jadik kekasih galap....kehkehkeh...Rano Karno pin-up boy zaman kakak kakak aku darrrr.....aku nak watak muda yang matang , so aku nak Pierre Andrea jadik kekasih galap.....aku nak ada watak ikan duyung maya karin di selitkan semasa si gadis kena mental dan watak cicakman akan hadir semasa kekasih galap pulak kena mental...kehkehkeh.....

wokeh ..dah lar dulu....siap gak entry wa ari neh.....


wassalam

Tuesday, March 25, 2008

Daulat Tuanku !!

Assalamualaikum

sebelum I kongsi entry I pasal Daulat Tuanku!! kan kan kan....I nak confess lar beb... ala ala confession of a blog owner khannnn....ekceli kan...i cakap tak serupa bikin tau....i kan ..i kan...i ter ter ter...i tertengok diary AF6 you kejap tadik!!....tapi memang i ter tau....kehkehkeh....Nadia dapat lagu Umbrella ella ellaaa ellaaaa tuh!!....ahaks ahaks ahaks.....tapi memang i tertengok...bila i sedar, i terasa bersalah dan i mengaku i dapat merasakan kemaluan yang besar sangat pada saat dan ketika itu memikirkan halolanders mesti ketawakan i tau.........namun selepas tengok saida tadik, wa terus tulis entry sebab wa rasa nak turu cepat sikit lar kot malam neh....kehkehkeh...baibun beb....

wokeh , back to serious business...

ilham,

what's yr opinion on apptment of perlis and tganu MB? wht's d different & wht's d similarity?wasallam,

rempawan 03.24.08 - 8:04 am

Rempawan ada tanya kat haloland akan pendapat aku tentang kisah perlantikan Menteri Besar Terengganu dan Perlis dan aku pun tak berapa tau apa yang berlaku sebenarnya….tetapi apa yang aku tahu ialah kekuatan sultan sultan dalam perlantikan MB ini bermula dengan keengganan Sultan Johor untuk menerima Khaled Nordin sebagai MB Johor dan inilah sebenarnya ‘trigger point’ untuk lain lain sultan berkeras dengan pemilihan MB MB baru ini….Daulat Tuanku!!.....

Semacam ada satu gelombang baru dalam Institusi Raja Raja Malay kebelakangan ini dan lebih lebih dengan naiknya Sultan Terenganu sebagai Agong, harus diingatkan bahawa Sultan Terengganu adalah pemangku Agong paling lama sebelum menjadi Agong dan dalam proses itu Sultan Terengganu telah dinafikan hak beliau untuk menjadi Agong kerana puak depa depa takut baginda memberi pengampunan kepada DSAI dan maka beliau terus menjadi timbalan Agong dan Raja Perlis menjadi Agong…..jadi tidak lar salah lah bagi Sultan Mirzan untuk menggunakan hak baginda pula dalam menentukan siapa yang baginda pekenan atau tak pekenan hari ini….

Dalam kes Perlis, aku merasakan Istana sudah tidak berkenan lagi dengan Shahidan untuk menjadi MB Perlis dan keputusan ini pula mendapat sokongan ADUN ADUN dalam negeri Perlis iaitu hanya 4 ADUN saja yang menyokong Shahidan untuk terus menjadi MB , maka dengan ini satu bentuk undi tidak percaya secara tidak resmi terhadap Shahidan dan ini memudahkan untuk Raja Perlis menerima Md Isa bin Sabu menjadi MB baru Perlis…

Dalam kes Terengganu, kesemua ADUN Terengganu menyokong Idris Jusoh untuk terus menjadi MB dan ini menjadikan kedudukan Sultan untuk menukar MB sedikit berbeza…..

...mengapa Sultan Mirzan tak suka idris Jusoh aku tak tau tapi yang nyata aku pun tak berapa nak suka dengan idris Jusoh nei …maksumnya kalau aku jadik Sultan , memang tak hingin lah aku nak ada MB macam Idris Jusoh nei duduk sebelah aku masa Mesyuarat Majlis Raja Raja Malay.....kehkehkeh....harus diingatkan di sini bahawa Sultan Terengganu telah dikaitkan dengan kemelut perlantikan MB Terengganu ini even in 2004 lagi di mana Idris Jusoh adalah MB paling lambat mengangkat sumpah kerana diberitakan Sultan mahu pengesahkan bahawa tiada penipuan dalam kemenangan BN merampas Terengganu dari Pas pada 2004 tersebut….maka differences between baginda Sultan dengan Idris Jusoh ini sudah lama dah dan kali ini Sultan telah membuat ketetapan untuk tidak memberi pekenan kepada Idris Jusoh dan itu adalah hak Sultan yang mutlak….

...polemik yer sekarang ialah MB baru Ahmad Said sukar untuk membentuk Exco dan berkemungkinan dipecat dari UMNO dan kalau belaiu dipecat dari Umno bermakna belaiu menjadi ahli bebas dan tidak mempunyai kelayakan untuk memimpin negeri kerana pihak Umno mempunyai majoriti besar .....namun beliau boleh memohon kepada Sultan untuk membubarkan DUN Terengganu bagi satu pilihanraya DUN Terengganu yang baru dan ini membuka jalan untuk Pas memenangi pilihanraya negeri ini dan kompromi untuk memberi laluan bagi Ahmad Said terus menjadi MB samada atas tiket PKR/Pas mahupun bebas.....ataupun Ahmad Said boleh memujuk sebahagian dari ADUN tersebut untuk ikut beliau masuk atau keluar Umno atas tiket bebas dan bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan campuran.....

Bagi aku Sultan Sultan sudah menunjukkan bahawa Institusi raja raja sudah tidak mesra alam dengan BN/UMNO lagi dan ini adalah signal signal yang harus diambil dan difahami oleh rakyat jelata macam kita ini….

Rakyat hendaklah jangan sampai derhaka terhadap Raja dalam hal ini kerana institusi raja yang menjadi pemilik mutlak adat dan keagamaan adalah pillar kepada survival orang malay di negara ini….

Aku bangga dengan Sultan Selangor apabila beliau seolah olah ‘menolak” Tan Sri Khalid pada mulanya dan mahu berjumpa dengan semua komponen parti dalam barisan Pembantah….dan aku rasa semua rakyat Malaysia dan orang Perak khususnya terasa bangga dengan Pemangku Sultan, Raja Dr.Nazrin dengan cara baginda handle perlantikan MB Perak tempoh hari….harus diingat juga bahawa sejarah di Negeri Sembilan juga pernah menyaksikan kelewatan angkat sumpah Tan Sri Isa kerana Yang Dipertuan Besar tidak pekenan jugak pada calom MB pada masa itu....

...sesunggunya puak puak pembantah semua rasa lega dengan perlantikan tiada masalah di Kedah oleh Sultan Kedah untuk kerajaan campuran yang diketahui oleh Pas ditubuhkan dan aku masih ingat betapa sedih dan pilu wajah Sultan Kedah melawat jenazah Allayarham Fadzil Nor dulu dan perhaps doa Sultan sendiri yang membawa perubahan di Kedah….

Ramai yang bertanya bahawa sejauh manakah Sultan Sultan boleh menolak perlantikan MB, adakah ianya hak mutlak Sultan atau sekadar untuk melambatkan perlantikan ??.....aku ada terbaca yang Teresa Kok , ADUN DAP Selangor menyatakan dalam sebuah paper Inggeris bahawa Sultan has no power to stop Tan Sri Khaled from being the new MB......namun dalam kes di Perak, aku terbaca bahawa perlembagaan Negeri Perak memperuntukkan bahawa seorang Malay yang beragama Islam yang layak jadi MB namun Sultan ada kuasa mutlak untuk menolak perlembagaan ini dan melantik seorang yang bukan malay....so frankly aku tak tahu mana yang tepat atau mungkin ada perbezaan antara satu satu negeri atau antara satu satu negeri dibawah gabungan negeri malay bersekutu dan antara negeri negeri di bawah gabungan negeri negeri malay tidak bersekutu....

tetapi yang aku faham dalam sistem demokrasi kita iaitu Raja Berperlembagaan , kuasa Raja mutlak pada adat dan agama sahaja , maka ada kemungkinan disini perlantikan MB adalah termasuk dalam kategori menentukan kesinambungan adat orang malay dan agama Islam tersebut....sebab dalam hal hal meluluskan rang rang undang undang atau perlembagaan, Agong hanya boleh melambatkan kelulusan sesuatu undang undang yang telah diluluskan oleh Parlimen dan Senate tetapi tidak boleh menolak......

ermmm..apa apa aja lah , yang penting Sultan Sultan sudah kembali menyengat dalam kehidupan harian kita dan iInsitusi Raja Raja nilah kekuatan kita yang paling 'assured' yang tidak disentuh oleh kaum Cristiano Ronaldo , mahupun puak Marco van Bastern mahupun puak David Becham begitu jugak dengan puak puak Ultraman masa WW2 dulu.....

wokeh....sekarang ini, aku mintak kelian kelian yang jantan bila sembahyang Jumaat ada doa untuk Sultan Sultan kita itu, amin kan dengan niat untuk menguatkan agama Islam dan bangsa kita sendiri tau tau tau....

BTW, ada kawan wa tanya kat opis, mengapa aku ngamuk bila Lim Kit Siang nak pulau upacara angkat sumpah di Istana Perak tetapi aku tidak kritikal dengan Shahidan Kassim di Perlis dan Idris Jusoh di Terengganu....

..macam nei, Lim Kit Siang menolak keputusan yang telah diambil oleh Sultan setelah baginda merujuk kepada ketiga tiga komponen parti pembantah iaitu PKR/DAP/Pas....harus diingatkan bahawa Sultan Perak tidak menerima wakil Pas iaitu Ir.Muhmmad Nizar pada mulanya dan telah meminta nama seorang dari DAP dan seorang dari PKR untuk dipertimbangkan.....so yang aku a bit critical dengan Lim Kit Siang ialah beliau membantah sebab Sultan memilih calon yang bukan dari DAP sedangkan sultan sudah melakukan satu proses pemilihan yang aku rasakan amat adil sekali dan dengan memulaukan majlis angkat sumpah tersebut Lim Kit Siamg sudah menunjukkan sikap Durhaka tahap cipan.....

..dalam hal Shahidan, beliau sudah mendapat watikah dari ketua UMNO iaitu Pak Lah tetapi tidak diperkenan oleh Sultan maka adalah logik di situ untuk beliau mendapatkan clarification dari pihak Istana dan meminta campuran Pusat untuk membantu beliau...bagi aku tindakan Shahidan ini bukan durhaka secara direct kerana dari sudut politiknya beliau berhak untuk dijadikan MB kerana beliau telah di pilih oleh ketua Umno......ini melibatkan kedudukan beliau sebagai MB sedangkan dalam kes Lim Kit Siang di Perak , perlantikan MB itu tiada kena menggena langsung dengan beliau melainkan beliau adalah 'ketua' parti DAP , namun nama beliau tidak ada dalam sinarai calon MB di Perak tersebut.......

similarly, aku tidak berapa kritikal dalam hal Idris Jusoh kerana bukan beliau durhaka secara direct tetapi mahukan hak beliau sebagai MB yang telah diwatikahkan oleh boss beliau iaitu Pak Lah maka kalau beliau mempertahankan hal tersebut bagi aku tidak lah salah atau durhaka kerana politik dan istana pada kebiasaannya dipisahkan namun sekarang baru aku tau Sultan mempunyai power untuk menolak dan melantik MB......Daulat Tuanku !!...

wokeh....aku tatau samada aku nei ada darah raja mengalir dalam tubuh aku..kehkehkeh...tetapi aku terasa tertipu dan menyesal bila aku dulu pernah sama sama menyokong Mamak dan Umno semasa kemelut istana dan umno tak lama dulu.....Ampun tuanku, wa mintak maaf!!.....

ermmm....sib baik aku bukan Sultan Selangor...kalu tidak, sah sah aku suruh Nurul Izzah jadik MB Selangor walaupun dia bertanding kawasan Parlimen Lembah Pantai....kehkehkeh....masa hari angkat sumpah Nurul Izzah kat istana tuh, aku suruh Sharizat ulang ulang cakap " sorry okkeeeee, sorry okkeee" depan stadium melawati sampai majlis tamat....kehkehkeh...

wokeh....wa nak turu dah neh.....tajuk video wa malam nei...." Aku teruja cara kamu pegang tiang microphone dalam concert pertama atu "..kehkehkeh....

wassalam

Monday, March 24, 2008

Diary Diri 24/03/08

Assalamualaikum

Salam Isnin dan salam minggu yang baru....macam macam jugak kalau nak cerita apa yang berlaku over the weekend....lets start dengan AF6

Concert Pertama AF6

...ermmmm....I like AC Mizal jadi host dan beliau sedang mencari that 'centre of gravity' dalam hosting beliau tetapi melihatkan kepada debut night performance ini , he is going to be a worthy replacement to the legendary Aznil.....comparison dengan Aznil memang tidak dapat dielakkan tetapi the fact that by 10.30pm aku dah tak rasa kehilangan Aznil menunjukkan AC Mizal sudah berjaya MeACMizalkan AF6 ini....well done indeed...

....aku suka live band yang backing student dan ini adalah latihan yang baik untuk student student AF6 yang bakal menjadi bintang ini untuk menyanyi dengan live band...I thot the band sounded good too...

...Aku pun suka setting stage tetapi aku tak berapa senang dengan cara Ajai membuat komen....sebagai seorang bekas tenaga pengajar, cara beliau mengomen lebih untuk melepaskan kekecewaan beliau tidak diambil semula sebagai guru vocal persembahan....memanggil Mamarian dengan panggilan Mak Cik adalah sungguh tidak professional....perhaps aku still boleh dengar Ogy dan Ning punya komen....tapi depa nei kena konsisten....kalau nak komen vocal, semua pelajar harus dikomen tentang vocal , begitu juga semua kena dikritik tentang penghayatan, persembahan dan keyakinan diri....ini tidak, mana yang depa suka, walaupun nyanyian terkucil depa cover kan dan highlight benda lain yang mereka suka.......

....tentang student, syndrome 1sr concert tu masih ketara dan student menyanyi terlalu nervous dan berhati hati atau pun terover.....meraka masih belum lagi settle down untuk menunjukkan keupayaan mereka sendiri dan at times mereka masih terlalu technical conscious dalam nyanyian.....

all said and done, aku suka dan teruja dengan performance yang berikut mengikut kedudukan :

1) Riz - nice jantan punya tone , technically sound, penghayatan sangat baik dan range yang agak besar yang memungkin beliau boleh menyanyikan berbagai genre lagu....

2) Nadia - suara power penuh dengan dynamic dan clarity dalam sebutan , energetic dalam persembahan tetapi mungkin struggle bila di uji dengan lagu lagu yang dalam genre yang lain especially irama malaysia dan lagu yang memerlukan low tone yang kuat...

3) Stacy - another powerhouse dengan tone suara yang serak serak kuyup yang memudahkan beliau untuk mendapat perhatian penonton/pendengar...

4) Mamarina- walaupun Mamarina masih control lagi persembahan beliau tapi aku suka suara dan persembahan beliau...aku takut sikit pernafasan beliau bila kena lagu lagu mendayu and hold note for certain period without too many lyrics to play with.

5) Stanley - outstanding vocal walaupun tone suara sudah agak biasa aku dengar sebelum ini tetapi versatility beliau yang akan membuat beliau stand put during concert...

lepas tu ada beberapa penyanyi yang captured aku punyer attention

1) Nubhan - sedap dia nyanyi pada malam concert tetapi aku rasa lagu nei terlalu mudah dan beliau lagi mencabar beliau keseluruhannya.....

2) Toi - aku tak teruja dengan persembahan Toi tetapi dia ada character dan this personable and likeble character ini akan carry dia jauh juga

3) Yana - walaupun terkeluar tapi aku suka persembahan beliau yang dari sudut technical tidak ada cacat celanya.....unfortunately beliau tersingkir...

4) Alif - menyanyi a little bit flat dan terlalu mengah yang menunjukkan beliau tidak control langsung pernafasan.....menyanyi nei macam semua benda lain jugak seperti bersilat, angkat berat, berenang dan sebagainya memerlukan pernafasan yang betul dan konsisten....

the rest

1) Faizal - kesian aku tengok mamat nei punya masa kena kritik tetapi aku tak tau apa yer dia kena kritik sebab aku dah start 'mute' volume dah masa nen bila pengkritik mengkritik....kehkehkeh

2) Ika - cun tuh!!! kehkehkeh...tetapi dari sudut nyanyian aku hairan macam mana boleh terpilih masuk AF6 nei....memang tone dia adakalanya sedap tetapi I doubt minah nei menyanyi secara serious sebelum masuk AF nei sebab aku tak rasa dia nei berbakat dalam nyanyian....tapi memang cun....ahaks ahaks ahaks

3) Lufia - Arab campur Jawa ??!! ...wa yakin nei mesti sedara mara Embun!!.....aku rasa aku pernah nampak aweks nei kat Pertandingan Pantene TV3 tak lama dulu......suka nyanyi dengan pandai nyanyi adalah berbeza dan minah nei aku tengok suka nyanyi aja.....she was a bit too much mempamirkan wajah beliau sehingga aku rasa pening sikit tengok dia.....

4) Saida - memang aku rasa minah nei biasa nyanyi tetapi juga aku rasa nyanyian dia hancus....untuk lagu peberet aku nei, Rubissa , budak Mystarz dulu nyanyi memang best giler dan Saida nyanyi macam rushing giler, tak der penghayatan , pitching tak jaga ......actually aku tengok ujibakat masa Saerah adik Siti nyanyi, I thot she was better a singer compared to Saida....tapi Saida nei ada muka yang buat aku cepat kesian....

5) Naim - mamat nei boleh nyanyi dan ada character tapi a bit flat nyanyian beliau....tapi aku rasa dia nei boleh improve expecially kalau dia dapat lagu yang sesuai....

wokeh....tahun nei aku nak concentrate depa depa punya concert performance rather than personality development.... walaupun aspect vocal/persembahan ( concert ) dan character development ( diary ) sam penting dalam AF, tapi aku rasa aku tak ada masa nak ikut diary sangat this season....

Penyingkiran...lantak lah sapa nak tersingkir ker nak terpungging ker....kehkehkeh...satu beg ker 3 beg keluar ker aku tak kisah sangat dah....based on pengamatan awal, aku meletakkan Riz , Nadia, Stacy , Stanley ala ala sure 'finalist' tetapi mengambil kira character development dan supoort based , aku expect Nubhan, Toi, Saida untuk memberi tentangan hebat dan probably Mamarina to miss out form the final list bila sentimen kenegerian, pin-up boys dan logik/rasional mula menjadi isu isu penting pada 3 minggu terakhir sebelum final tentang siapa yang patut diberikan hadiah yang lumayan tersebut....

EPL

Bolton ala ala dalam bahaya sekarang ini tapi aku expect them to survive dan aku memang berdoa agar Newcastle relegated....doa tuh!!! ahaks ahaks....MU menang atas Liverpool 3-0 dengan Chelsea 2-1 Arsenal membuatkan kedudukan MU lebih selesa......

Politik

macam macam aku baca dan dengar over the weekend pasal politik semasa tapi aku rasa besok besok lar pulak aku sentuh hal hal politik neh....

wokeh ..dah lama tak sakit gusi, nei sakit balik tengah tengah malam neh.....wokeh turu dulu..

wassalam

Friday, March 21, 2008

Friday 21/03/08

Assalamualaikum,

Hari Maulidur Rasul yang penuh emotional untuk aku.....

....selepas dengar ceramah Maulidur Rasul berkenaan betapa pentingnya kita melakukan aktiviti aktiviti yang positif untuk menunjukkan kecintaan pada Rasullulah saw, aku pun bangun awal untuk menonton perarakan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.....

..semasa menunggu nunggu perarakan bermula, aku tengok ada ulangan Tirai Akademi marathon dari 7.00am ke 10.00am.....aku pun junggle channel.....nothing interesting bagi Tirai 1 and 2 tapi Tirai 3 memang best....melihat cara depa pilih the best 14 out of the 25 calons was really interesting...dengan team building acitivities yang puncaknya nyanyian pelajar pelajar menyanyi di kawasan hutan ala ala outbound school ini....

....ermmm...i thought i have seen it all, i thot i have had enough of this sedih sedih bila penyingkiran ini...tapi tak disangka sangka, masa perpisahan diantara pelajar berjaya dengan pelajar yang tidak berjaya, aku ntah mengapa menitiskan airmata sebab bonding depa masa teambuilding itu sungguh kuat dan kesedihan depa real sebab yang tersingkir menangis kerana gagal dan yang berjaya menangis kerana terpaksa terpisah dari 'sahabat' teambuilding ini...

....banyangkan dalam satu ujian 'persahabatan', kesemua 25 pelajar telah menunjukkan semangat setia kawan yang luarbiasa apabila kesemua mereka untuk melalui hukuman merendam diri dalam tasek tengah2 malam bagi membantu seorang kawan depa yang kononnya melakukan kesilapan besar semasa night jungle trekking ini...that was indeed touching moment bagi aku.....and to see the more outstanding student dalam 'physical' test ini tersingkir dan menangis semasa perpisahan tersebut benar benar buat aku sebak......

..ada beberapa student yang mempunyai vocal yang outstanding dan original tapi yang aku rasa menyerlah bagi peringkat awal awal ini ialah RIZ dan NADIA....mama Rina jugak power jugak tapi kakak CT Nurhaliza aku rasa okke okke aja lar......Alif maybe a darkhorse dan Stacy mungkin mengejutkan juga.....

..aku rasa kalau ikut trend , maka Ika akan terkeluar.....Toi ada character dan Stanley could be the character you will love to hate ..kehkehkeh..

...namun cuti menyambut Maulidur Rasul aku sebenarnya baru bermula, 10.45am aku terima panggilan telefon dari sepupu aku dan aku dah syak sesuatu tak kena dah.....dan sememangnya news yang sedih yang aku terima dari panggilan tersebut.........kelian probably masih ingat kakak sepupu aku di Meru yang kehilangan anak dalam car accident some 8 or 9 months ago kan......roper ropernya news yang aku terima kali ini ialah kakak sepupu aku pula meninggal dunia secara mengejut......kelu lidah aku dan kaku tubuh aku sebentar dalam percaya tak percaya akan berita yang aku terima ini.....last kali aku jumpa arwah semasa raya lepas bila depa datang rumah mummy aku dan membawa bayi baru lahir yang mereka ambil sebagai anak angkat untuk mengubat luka mereka kehilangan anak sulung depa tempoh hari......namun, Allah swt lebih sayangkan kakak sepupu aku ini dan beliau diambil oleh Allah swt terlebih dahulu...

..aku tak boleh tengok husband sepupu aku yang macam kehilangan punca sebab sudah mengalami kehilangan dua orang anak( seorang masa kecil dulu) dan kini isteri beliau pulak.....tapi aku yakin Allah swt menduga umat yang Allah swt sayang dan aku rasa hubby arwah ini adalah manusia istimewa yang dipilih Allah swt untuk dijadikan contoh pada yang lain...

..aku ke Meru dan selesai kebumi dalam pukul 3.00pm dan pada masa itu aku merasakan lagi betapa hidup di dunia ini adalah ibarat ujian 'teambuilding' masa aku tengok Tirai AF6 tersebut....you may survive the test to be the fittest of all but Allah swt decides whether you succeed or otherwise......kadang kadang significant ghairah berpolitik 3 minggu yang lepas hanya lah terlalu kecil dibandingkan dengan significant untuk kita sedia bertemu dengan Allah swt....takut aku memikirkan kemungkinan kemungkinan ini....

Allahhuakbar.....segala puji untuk Mu Ya Allah..Kau yang lebih mengetahui apa yang tersurat dan tersirat maka kami memohonkan daripada Mu Ya Allah agar Kau tunjukkan kami jalan yang lurus di dunia ini agar kami ketemu titian yang sebenarnya di akhirat nanti....Allahhuakabar....

Alfatihah untuk arwah kakak sepupu aku yang kalau dari mata kasarnya nampak pemergian beliau adalah dengan rahmat Allah swt dan semoga roh beliau terhimpun dalam golongan roh roh mereka yang beriman dan di terima beliau memasuki syurga Allah swt jua akhirnya....

maka dengan ini aku memohon maaf dari semua pengunjung blog Ilham ini dan lebih lebih lagi dengan teman halolanders akan apa kesalahan aku seminggu yang lepas di pagi Jumaat yang mulia ini.....

sesungguhnya kita akan pergi jua nanti dan perginya aku nanti mungkin tidak kelian ketahui hanya selepas satu ketika kemudian kerana as it is now, tiada titi antara maya dan nyata....namun Allah swt jua yang menentukan segalanya.....

wassalam

Wednesday, March 19, 2008

Maulidur Rasul- selawat dan salam atas Rasullulah saw

assalamualaikum

aku sampai rumah dah dekat 10 pm dan aku rasa penat sangat....tetapi memandangkan esok Maulidur Rasul atau Maulud Nabi masa zaman aku sekolah dulu, maka aku nak mengucapkan Selawat dan Salam ke atas Rasullulah saw , Nabi Muhammad yang amat kita cintau dan hormati...segala kerahmatan dan salam ke atas Rasullulah saw, keluarga baginda dan sahabat sahabat baginda....

..alangkah indah cuti umum pertama selepas kerajaan barisan pembantah memerintah di negeri selangor aku ini ialah hari kelahiran Nabi Muhammad saw....semoga pemimpin pemimpin barisan rakyat ini akan mengambil Nabi Muhammad saw sebagai model kepimpinan dan pentadbiran mereka...

tak lama dulu aku dah kupaskan pandangan aku tentang Nabi Muhammad saw sebagai ahli politik terbaik di kalangan manusia sejagat dan baginda jugak adalah seorang ketua yang paling dihormati dan disayangi....

maka esok kita kan bercuti umum sebagai menghormati dan menghayati Nabi Muhammad saw, nabi terakhir umat manusia....



maka aku terbayang betapa gelabahnya mantan Menteri Besar yang hilang jawatan macam Khir Toyo dengan Tajol Rosli dalam keadaan ada majlis besar macam sambutan maulud nabi ini yang melibatkan depa depa sebelum ini.....mungkin boleh menitiskan airmata agaknya yer....

agaknya macam nei ker depa borak kat telefon sekarang neh...

kringgg kriiinnggg kriinngggg....

Khir Toyo( KT) : allooo alloooo....assalamualaikum....

Tajol Rosli ( TR) : waalaikumsalam ...halloo Khir, ngapa yer tercungap cungap jawab telefon...

KT : tak ada bang..hahaha... telefon dah jarang bunyi, bila berbunyi tuh memang rasa seronok juga lar..mana lah tau kalau PM telefon ker tanya khabar ......

TR : hahaha, mengharap jugak lagi ??!!...Mat Tyson dah jadi menteri pusat, awak tak payah lah nak ingat PM nak telefon tanya khabar dekat awak dah pasal Selangor...

KT : abang macam mana ??....hari tu dengar cerita sempat jugak hulur nama kasi dekat Sultan masa puak depa bertelagah...hahahaha....ada ker sultan telefon lepas tu.....

TR : hahaha...itu mesti lar kena buat..I've got nothing to lose....hahahaha....khir, how are you coping with life ?? dengar citer kamu rampas bangunan SUK yer ??...hahahaha...

KT : bukan rampas, kita kemas....hahahaha....ntah lar bang, orang kata kita orang politik nei kena tebal muka, tapi rasanya masih segan lagi nak berdepan dengan orangramai ....i rather duduk rumah makan tempe sampai buncit perut !!! hahahaha

TR : hahahaha.....dengar cerita you jalan bawak penyapu dekat Masjid Negeri yer ??? hahaha

KT : hahahaha...dengar cerita abang ambik kelas tuition nak belajar mandarin dengan tamil yer bang...hahahaha

TR : kita tak apa Bang, anak anak yang susah sikit nak adjust....semalam anak yang darjah 5 tuh balik sekolah muka monyok....ada pemilihan Pengerusi Kelab Komputer , dia kena calon tapi kalah 2 undi dengan anak Guru Besar.....kalau dulu kena lantik terus dek guru besar tak payah tanding tanding...

KT : anak bekas menteri besar lawan dengan anak guru besar....memang susah lar anak bekas menteri besar nak menang!!.....hahaha..kita nei okke lagi....tengok si Shahidan....sudah lar menang besar , tiba tiba tak kena lantik jadi MB!!! hahahaha.....

TR : hahahaha.....Perlis tu kecik pulak, mana lar si Shahidan nak nyorok tak tunjuk muka...hahahaha....

KT : abang dah ada jalan jalan keluar Bang ?

TR : ada jugak malam malam....

KT : abang pergi intai bumbung SUK Perak ker bang ?? hahahaha...rindu ker bang??!! hahaha

TR : hahahaha..tapi tak der lar bawak penyapu !! hahahaha

KT : saya ada jugak jalan jalan....rupanya jalan nak ker Puchong dari Sunway lagoon tu dah besar yer, ada 3 lane kiri kanan.....

TR..lor, baru kamu sedar !! hahaha....itu lah, ropernya pasar Tanjung Malim tu dah roboh ...bila depa depa nei buat ??!!

bersambung..............

wokeh guys....ngantuk dah aku neh.....Selamat Berselawat ke atas Nabi Muhammad saw .....

wassalam

Tuesday, March 18, 2008

Kabinet Baru bakal diumumkan..kalaulah aku Pak Lah..

Assalamualaikum,

kalau ikut berita maka hari selasa adalah hari kabinet kerajaan BN akan diumumkan....so masa menulis ini dan memikirkan apa aku akan lakukan kalau aku Pak Lah.....well, pertama tamanya aku tak mau lagi dikaitkan dengan menantu aku maka aku tak akan lantik menantu aku waimah jadi tukang buat kitchen cabinet sekali pong .....kehkehkeh....duk diam diam dulu dan suruh menantu aku pergi England tengok EPL....

kedua, kalau aku Pak Lah, aku kena buat sesuatu yang drastik yang boleh menyebabkan orang merubah topik cerita di kedai kedai kopi dan serambi surau dan masjid....errrmmm...maka aku akan mengenepikan Najib dari jadik TPM dan lantik orang yang aku rasa akan menyebabkan orang merasakan tindakan aku adalah tindakan yang kearah perubahan....maka very likely aku akan lantik Muhyiddin sekiranya aku mau play safe tetapi sepatutnya aku lantik samada Shahril samad ataupun tengku razaleigh....huhuhuhu....sure heboh giler......dengan ini Najib akan mengamuk giler dan akan mencabar Pak Lah dan ini akan memberi peluang untuk Pak Lah menyerlahkan skill politik beliau....

ketiga , aku tidak akan melantik diri aku sendiri untuk lain lain jawatan kabinet except for kementerian dalam negeri....Ku Li boleh cover for kementerian kewangan.....

aku akan buat juga lantikan atas dasar senator untuk Muhammad taib tyson untuk ganti tempat Zainuddin maidin....kehkehkeh....ngam kan kan kan....

aku akan bagi jawatan menteri senior untuk hisamuddin supaya hisammuddin tak pergi kem Najib....huhuhuhu...

kalau aku pak lah, aku sengaja tak isi beberapa jawatan menteri dan timbalan menteri seolah olah memberi indication bahawa ada nama besar dari pihak pembantah akan join BN/UMno tak lama lagi dan jawatan jawatan kosong tersebut sebagai imbuhan....ahaks ahaks ahaks....nampak tak reverse saikologi.....furthermore, aku sebagai pak lah aku mungkin menjemput dengan kompang sebagai senator untuk Ezam Reformasi sebab aku rasa mamat nei boleh dibentuk untuk menjadi seorang yang boleh merubah persepsi rakyat tentang pemuda umno.....

...aku sebagai Pak Lah mungkin tidak akan bagi jawatan kabinet dah untuk Rafidah, Nazri dan Adnan Tengku atas dasar perlukan perubahan yang mendalam dan drastik dan selalunya langkah sebegini akan mendapat reaksi havoc dari rakyat...

..aku sebagai Pak Lah, aku mungkin teruja nak ambik Mukriz sebagai tanda persahabatan dengan bapak Mukriz dan kalau aku Pak Lah aku letak Mukriz sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri...kehkehkeh....kerja mukriz ialah tulis surat untuk aku...

..aku kalau Pak Lah aku juga akan mengambil Subramaniam atas tiket MIC ( senatorship) dan Koh Tsu Koon atas tiket Gerakan ( senatorship jugak) dan no place for Kayveas in my cabinet...

...dan kalau aku Pak Lah lar dan sebab itu aku bukan Pak Lah....aku teruja untuk mengambil Musa Hitam dalam cabinet ( senator jugak nanti) untuk mengimbangi Ku Li dalam cabinet dan umno....

....aku sebagai Pak Lah konon kononnya, aku membanyakan menteri dan timbalan menteri dari komponen BN dari sabah dan sarawak untuk menentukan depa stay dalam BN....

....mungkin aku akan retain Tok Pa, jamaluddin 'cosmonout' jarjis, syed hamid alba dan kasik budak puteri yang Noraini tuh menteri penuh ganti tempat sharizat...

..dan sebagai menghormati rakyat yang memberi semula kuasa pada BN, kalau aku Pak Lah, aku nak umumkan bahawa tiada cukai pendapatan individu untuk tahun ini...kehkehkeh....amin 3x...

....wokeh lah, aku try tengok Diary AF6 tapi belum mari lagi dia punyer hantu sebab kisah politik lagi sexy dari lain lain kisah di tanahair ini sekarang ini........mana boleh lawan beb....lagi teruja baca kisah shadidan kassim tak kena lantik jadi MB Perlis....ciyan mamat neh....kehkehkeh...nampak yer, Shahidan , Khir Toyo, Tajol Rosli, Mahdzir Kedah boleh bukak kedai Reject Shop kat kampong memasing lepas nei....kehkehkeh..politik macam nei lar beb, kejap naik dan kejap turun...

so apa aku nak buat dengan Najib kalau aku Pak Lah, maka very likely aku akan hantar jadik Duta Malaysia ke Mongolia ..kehkehkeh...tak baik tau cakap camtu....aku akan minta najib untuk concentrate untuk betulkan umno dan kalau umno boleh menang the next 3 or 4 by-election before PRU13, mungkin aku akan bagi najib menteri pertahanan balik....up to him to challenge muhyiddin or Ku Li untuk ganti aku lepas tuh....

wokeh, aku nak turu dulu....

wassalam

Monday, March 17, 2008

Diary Diri 17/03/08

Assalamualaikum

seminggu sudah pilihanraya berakhir tetapi bahangnya masih terasa, rata rata tajuk perbualan masih berkisah tentang politik negara dan kejayaan piahak pembantah memenangi 5 negeri tidak termasuk WP KL.....

Happy Birthday Ir.Muhammad Nizar Jamaluddin .....happy birthday tuh!!

..kalau pembacaan aku tidak silap, maka hari ini majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru iaitu Adun Pasir Panjang dari Pas iaitu Ir Muhammad Nizar bin Jamaluddin dan kalau mata aku tak rabun jugak bermakna march 17 juga adalah tarikh harijadi Menteri Besar baru Perak ini...maka aku ingin mengucapkan Happy Birthday pada Menteri Besar Perak dan tahniah juga atas perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Perak yang baru semoga Allah swt akan memberi petunjuk untuk Tuan Menteri Besar menjadi pemimpin rakyat yang bijak mentadbir, adil dan saksama dalam membuat keputusan dan kreatif dalam membangunkan negeri Perak.....

..bak kata pepatah malay, tuah ayam nampak di kaki , tuah manusia siapa yang tahu atau hanya Allah swt yang tahu...bayangkan semasa pernamaan calon pada 28 Februari lepas , mungkin Ir Muhammad Nizar bersyukur dinamakan sebagai calon Pas untuk Dun Pasir Panjang dan mungkin pada masa itu beliau hanya memikirkan agar beliau dapat memberi tentangan hebat menentang calon BN dan aku rasa tiada terfikir beliau pada masa itu bahawa 3 minggu kemudian beliau akan menjadi Menteri Besar Perak dan harijadi beliau akan disambut/diingati oleh rakyat marhean macam aku ini...kehkehkeh....itulah ceritanya tuah manusia siapa yang tahu....alangkah indahnya sebuah filem diterbitkan untuk merakamkan kisah Ir M.Nizar yang akan memberi inspirasi kepada generasi muda akan datang bagaimana seorang ahli politik yang tidak dikenali tiba tiba menjadi Menteri Besar sebuah negeri besar di Malaysia ini......

...terbayang bayang aku Ir.M.Nazir and wife kena tempah baju kot dengan baju malay banyak banyak semenjak seminggu yang lepas ini....kehkehkeh....aku juga terbaca Ir.M.Nizar ini adalah lulusan dari England dan boleh berbahasa Cina dan Tamil dan aku yakin jugak bahasa Arab jugak dan semestinya BM dan BI.....

** amboi senyum senyum Teesh , Papaa gan BokD ekkk.....orang Perak must be very proud indeed**

..menarik juga kisah Lim Guan Eng yang merupakan bekas banduan yang sekarang ini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang dan Tan Sri Khalid Ibrahim yang menjadi Menteri Besar Selangor selepas tewas di pilihanraya kecil Ijok tak lama dulu dan dikatakan terkeluar dari BOD Guthrie kerana dikatakan simpati pada DSAI.....tak kurang hebatnya kisah Menteri Besar baru kedah YB Azizan Razak yang kisah kenaikan beliau dalam politik yang sungguh menakjubkan......similarly, tahniah Tuan Guru Nik Aziz yang kembali sebagai MB Kelantan dan kepada menteri menteri besar Barisan Pembantah yang lain, tak payah nak pergi jauh untuk mendapatkan inspirasi bagaimana untuk menjadi MB yang dihormati rakyat, ikut dan perhatikan sikap, budi bicara, kepandaian berpolitik dan ketulusan memimpin oleh Ni Aziz and insyaallah, kelian adunkan dengan style kelian maka kelian will not go wrong....Nik Aziz dah 18 years dah memimpin Kelantan dan setahu aku tiada lagi rakyat kelantan yang mati kebuluran tapi yang kaya raya memang ramai sangat.....alhamdullilah...

Tahniah juga kepada pemangku Sultan Perak, Raja Dr.Nazrin yang mendapat cahaya mata seorang putera dan tahniah dengan cara tuanku menangani kes menteri besar perak ini.....pernah dulu aku katakan bahawa betapa pentingnya institusi raja raja malay or institusi raja di daulatkan demi survival dan agama dan aku juga predict kebangkitan raja raja malay dalam kehidupan kepimpinan orang malay tetapi aku terfikir bahawa ianya berlaku dengan kadar segera..alhamduillah......

....apa yang menarik seminggu ini ialah kisah kisah politik menjadi topik sampaikan kisah kisah lain yang dulu teramat utama macam Tirai AF untuk musim 6 sudah tidak memberi kesan dan rasanya aku tidak terikat untuk menonton F1 atau EPL untuk memenuhi kekosongan dalam jiwa dan raga....dengan keadaan politik yang baru ini , maka kita akn lebih mengambil berat tentang politik dan perjalanan kerajaan dan perhaps hiburan dan artis sekadar sampingan sahaja dan bukan kisah perdana lagi dalam hidup kita....

..aku pun tidak lupa menjenguk kisah kisah dalam umno yang melibatkan kisah kisah menarik dan menolak dalam kepimpinan umno hingga ada pihak yang mahukan Pak Lah berundur, ada yang Menteri Besar negeri negeri pimpinan umno yang ditolak Sultan watikah perlantikan depa dan kisah kisah menarik di SUK Selangor....kehkehkeh....alhamdullilah, semua kisah ini bagi aku adalah perkembangan baik untuk rakyat dan janganlah kita tiba tiba menolak umno itu sebagai sebuah parti politik kerana umno telah banyak berjasa pada orang malay dan negara.....apa yang aku harapkan ialah berlaku perubahan perjuangan orang umno dari berpolitik demi kuasa dan kekayaan tetapi kini berpolitik demi rakyat, demi bangsa dan demi agama orang malay itu sendiri....umno harus sedar zaman mereka mengambil orang pandai berpolitik tetapi tiada ilmu dan bakat memimpin seperti bekas peon, bekas kerani kemas, anak menantu ketua bahagian harus dihentikan dan mereka harus membuka ruang bagi mereka yang ikhlas untuk berpolitik dan mempunyai keupayaan ilmu dan bakat memimpin untuk menjadi ketua ketua cawangan samada dari pihak wanita, pemuda, puteri dan peringkat paling atas sekali....

..orang malayharus usah lupa bahawa hari ini Umno sudah kembali menjadi parti komponen BN yang paling kuat dan mempunyai wakil parlimen yang lebih kurang 100 ahli dan ini adalah perkembangan yang baik untuk masa depan orang malay, hari ini parlimen mempunyai kurang lebih 2/3 dari ahli parlimen yang berbangsa malay dan beragama Islam...alhamduillah...

..umno yang kuat adalah penting untuk orang malay dan Pas yang kuat adalah penting untuk perkembangan Islam dan kepimpinan negeri negeri yang merupakan negeri orang malay dan PKR yang kuat adalah penting untuk perhubungan kaum dan semangat muhibbah.....PKR yang kuat akan bakal menggantikan DAP sebagai parti orang Cina dan MIC sebagai parti orang India......

...adalah cantik kalau Johor,Pahang Melaka,Sabah dibawah Umno, maka Selangor, Pulau Pinang Negeri Sembilan dan Sarawak di bawah PKR dan Kelantan, Terengganu, Kedah , Perlis dan Perak di bawah Pas.....maka ada check and balance dalam kepimpinan negeri dan ada friendly rivalry antara parti untuk menunujukkan kepimpinan mana yang lebih efisyen.....

....aku merasakan bahawa DAP mungkin akan terpinggir sekiranya idelogi politik dan cara berpolitik pemimpin mereka tidak berubah dalam tempoh terdekat ini....Pulau Pinang yang mereka menangi hari ini mungkin merupakan kubur mereka juga kalau mereka tidak berubah mengikut kehendak rakyat/pengundi.....

maka bila ini berlaku dan dengan institusi raja raja yang berdaulat, maka aku dapat melihat bahawa setiap negeri mempunyai Timbalan Menteri Besar atau Ketua Menteri dari bangsa bukan malay dan aku juga nampak hari yang datang bahawa ada Timbalan Perdana Menteri dari bukan malay..ini adalah sikap orang malay yang pemurah jika bangsa meraka, raja meraka dan agama mereka dihormati oleh bangsa lain.....

.....keadaan ini akan berlaku bila PKR dan Pas membentuk kerajaan campuran dengan BN menjadi pembangkang yang kukuh dan bermaruah....

..tugas PKR dan Pas hari ini ialah untuk mengukuhkan kedudukan mereka sehingga PRU 13 dalam temph 4 tahun akan datang....

BTW, aku tengok F1 pagi semalam ..kehkehkeh....Lewis Hamilton menang.....

dan sebelum itu, aku terlupa untuk menyatakan salah satu sebab mengapa orang India dan Cina lebih berani mengundi untuk calon Pas dan PKR dan orang malay lebih sanggup mengundi calon DAP ialah kerana syndrome Barrack Obama.....

..ermmmm..yeap...bila orang putih di amerika syarikat sudah berani untuk menerima seorang kulit hitam menjadi Presiden , perkara ini memang ada kesan pada orang malaysia kerana orang malaysia ini memang famous suka meniru atau mengikut apa yang orang putih buat....maka bila barrack obama telah menjadi pilihan utama di amerika syarikat maka orang malaysia yang suka melihat 'kulitfication' tiba tiba tersedar bahawa it is not wrong to vote for one which is not of your own race or religion....

so thank you Obama and hopefully you will get over Hillary Ang..eh eh eh..Hillary Clinton and eventually elected as the next US President.....

wokeh guys.....berat sikit entry neh tapi tak per, nenanti kita lepak citer rerengan balik...kehkehkeh....

wassalam

Thursday, March 13, 2008

Malulah pada rakyat yang telah mengundi kelian....

Assalamualaikum,

aku terpaksa cerita politik semula hari ini setelah membaca kisah kisah berikut:

1) Kerajaan DAP Penang menolak DEB
2) DAP gagal mengajak wakil tunggal Pas dalam kerajaan campuran Penang
3) DAP diberitakan akan boikot majlis angkat sumpah MB Perak
4) Kaum India demand jawatan Timbalan MB di Selangor
5) Kerajaan PAS Kedah mengajak DAP dan ahli bebas tunggal dalam kerajaan campuran

Tuan tuan dan Puan puan pemimpin DAP/PKR/PAS

Pertama tama tahniah atas kejayaan kelian di PRU 12 dan harus diingat kejayaan tersebut adalah atas dasar gelombang perubahan rakyat dan izin Allah swt jua......

Kelian janganlah seperti kaduk naik junjung atau kera dapat cincin seminggu selepas rakyat memberi mandat kepada kelian untuk melakukan perubahan....adalah sedikit rasa malu pada pengundi kelian yang sudah bersedia untuk berubah demi untuk kebaikan masa depan negara.

Kelian bergaduh jawatan seolah olah kelian hanya mahu pemimpin kerajaan Barisan Pembantah ini untuk sepenggal sahaja....please lar beb, like it or not, BN has 50 years track record of governing this country and admit it ot not, we are what we are today because of the governing skills of the BN leaders.....tapi kalau seminggu memerintah di negeri negeri dan mula nak bergaduh, how could you survive 5 years let alone 50 years...

Malulah pada pengundi yang sudah memberi mandat pada kelian....

Ingatlah DAP dan PKR, walaupun bagaimana bagus pun kelian rasa kerana kejayaan PRU 12 lepas, tetapi ramai antara kelian yang belum pernah mempunyai pengalaman mentadbir sesuatu kerajaan negeri dan kelian adalah novice dalam bidang ini....maka, fokus kepada mentadbir kerajaan negeri dan mengkotakan manifesto instead of membuat pernyataan dan kenyataan untuk menunjukan siapa kelian yang sebenarnya...ingatlah bahawa kelian ada kerajaan PAS Kelantan yang boleh dijadikan contoh, ingat juga bahawa kelian ada Anwar Ibrahim yang boleh dijadikan rujukan dan pemantau dan ingat kelian ada Sultan Sultan yang friendly kepada kehendak dan keputusan rakyat....

Malulah kepada rakyat yang telah mengundi kelian..

..masa keputusan PRU 12 diumumkan di kaca TV, rakyat macam aku melompat setiap kali diumumkan bahawa barisan pembantah menang di sesuatu kerusi Dun mahupun Parlimen tidak menggira Pas,PKR atau DAP kerana gembira bahawa setiap kemenangan itu menjanjikan perubahan...samada nama calon itu mutu, ah chong atau ahmad sudah tidak penting kerana dalam proses perubahan ini perbezaan bangsa itu sudah tidak penting..after all, 70% nama calon Barisan Pembantah aku tak kenal siapa mereka especially dari PKR dan DAP tetapi aku melompat macam mereka itu adalah darah daging aku sendiri....

Tapi tak sempat seminggu lepas menang, Lim Guan Eng tak sempat sehari angkat sumpah jadi CM, sudah menyentuh perasaan orang malay dengan kenyataan akan mengenepikan DEB......aku sendiri bukan salah seorang malay yang merasai nikmat DEB secara direct tetapi apabila kenyataan seorang Cina dari DAP menyentuh polisi yang dekat dengan hati orang malay, aku tidak menilai kenyataan itu sebagai kenyataan yang bijak tetapi kenyataan yang seakan akan mencabar orang malay.....bagi aku kenyataan Lim Guan Eng bukan lah kenyataan seorang ketua menteri tetapi seorang pembangkang yang menggunakan kerusi ketua menteri untuk menunjukkan taring mereka.....sekiranya mentality pembangkang ini tidak boleh dibuang, maka Lim Guan Eng akan kecundang tak lama lagi....

Malulah pada rakyat yang tekah mengundi kelian...

kemudian kegagalan DAP membawa masuk ahli DUN tunggal dari PAS dalam kerajaan baru Penang adalah satu lagi keputusan yang kurang tepat dan seakan akan berasakan prejudis dan bias terhadap agama Islam.....DAP harus sedar by now that you don't insult the religious of the malays in this country if you want to be accepted as a true friend...

Kemudian, Lim Kit Siang buat statement akan boikot majlis angkat sumpah/perlantikan Menteri Besar Perak kerana Sultan telah memilih seorang PAS sebagai MB yang baru.....dan lantikan ini adalah pilihan Sultan sendiri dan sikap kurang ajar pada Sultan adalah sesuatu yang DAP harus faham akan menyinggung orang Malay...bila hati orang malay tersinggung maka kesannya adalah ketidakpercayaan pada DAP dan ini akan memberi kesan yang mendalam kepada Barisan Pembantah....kerana the next question ialah haruskah aku menyokong Anwar Ibrahim yang berbaik dengan DAP yang menghina institusi raja raja malay ??

Malulah pada rakyat yang telah mengundi kelian.....

..kisah orang India di Selangor mahukan seorang ketua hindraf dalam tahanan ISA untuk menjadi Timbalan Menteri Besar adalah satu 'demand' yang tidak kena pada tempat dan masa...ianya seolah olah sebagai satu 'ransom' terhadap kerajaan campuran di Selangor dan sepatutnya perkara ini tidak perlu dilakukan dalam keadaan ini....aku tak nampak salahnya kalau dilantik seorang India untuk jawatan Timbalan MB tapi janganlah dihebohkan tetapi dibincangkan diperingkat kepimpinan barulah lantikan itu sesuatu yang ada mandat dan bermaruah....

Tidak orang India dan Cina masih tidak sedar akan sikap suka mengalah orang malay.....tidak perasankah orang Cina dan India apabila orang malay bercakap dengan orang cina dan india, secara automatik orang malay akan merubah cara bercakap mereka supaya mudah di faham oleh orang cina dan india..

" towkey, ini berapa harga "

" macak, sana belakang ada jual maruku kar macak?"

aku tak tau mengapa, orang malay akan mengalah supaya menentukan orang cina dan india akan mudah memahami mereka dan ini adalah sikap toleransi orang malay yang orang cina dan india harus hargai...

orang malay akan lemah kalau tengok amoi pakai baju kebaya atau baju kurung kerana orang malay tersangat terharu apabila bangsa cina dan india menghormati budaya mereka...

Aku faham mengapa kerajaan baru PAS di Kedah menjemput DAP dan calon India bebas dalam kerajaan Kedah kerana orang malay ini sangat pemurah bila mereka dalam keadaan berpunya atau berkuasa...

Malulah pada rakyat yang telah mengundi kelian

secara peribadi, aku akan menonton dan menganalisa sandiwara DAP ini untuk jangkamasa yang terdekat, sekiranya aku merasakan bahawa tiada keikhlasan dari DAP untuk menerima mandat dari pengundi yang mahukan perubahan, maka aku akan lebih selesa untuk mengundi MCA atau Gerakan dalam pilihanraya akan datang.....

aku tidak mahu sampai peringkat DAP menuntut kemerdekaan bagi Pulau Pinang untuk menjadi singapura kedua untuk aku baru sedar bahawa DAP tidak mahukan perubahan yang rakyat mengundi mereka mahukan tetapi mereka mempunyai agenda yang tersendiri....

aku nampak PKR dan PAS boleh muafakat tetapi aku risau dengan sikap DAP ini sekarang?

tapi harus diingat aku amat menghormati Lim Guan Eng yang sanggup masuk jail untuk menyelamatkan maruah seorang anak malay sebagaimana aku juga menghormati Tian Jua yang merupakan seorang pejuang rakyat yang paling kental ....tetapi apabila bercakap pasal ideologi politik parti, maka Guan Eng terkurung dalam ideologi DAP dan kadang kadang inilah yang membezakan Lim Guan Eng seorang pemimpin yang berwibawa dengan Guan Eng seorang DAP yang tidak sensitif pada perasaan orang malay....

Aku berharap bahawa Anwar Ibrahim akan cepat membetulkan keadaan ini kerana kalau perkara ini berterusan, maka mungkin ramai akan jadi macam aku yang akan mula kedekut undi datang the next election...

Namun, apa yang berlaku lately ini tidak akan mengurangkan rasa seronok aku bila mengingatkan saat saat keputusan pilihanraya sabtu lepas...perasaan itu sungguh istimewa kerana aku melihat ianya titik permulaan untuk sesuatu yang lebih teristimewa...insyaallah..

wassalam

Wednesday, March 12, 2008

Entry Rabu....

Assalamualaikum,

....ari nei rasanya tamau citer politik lar kot....tunggu dulu sapa nak jadi MB kat selangor dengan perak, baru lah aku nak tulis entry "warkah tak diundang untuk barisan pembantah....."

..meanwhile, aku nak bersyukur dengan kejayaan sedikit tapi besar maknanya untuk pihak yang aku sokong....

..aku rasa pinggang aku dah mula reda sakitnya walaupun movement aku masih lagi terbantut dan kini aku rasa sakit di tulang peha pulak....hopefully esok aku boleh recover fully dan lusa boleh pergi kerja walaupun aku doubt aku boleh drive lagi sebab kedudukan seat kereta akan menekan tulang peha dan tulang belakang aku lagi....tapi takper, doktor dah kasi MC 4 hari dah tapi aku yang rasa kena balik office cepat sebab kerja banyak menunggu...

....sakit dan sihat adalah sangat penting dalam kehidupan kita....malu, marah, rugi tidak boleh menandingi sakit sebagaimana suka, untung, bahagia dapat menandingi sihat....

masa aku terlantar tak boleh bergerak selama 5 jam, aku tak ada memikirkan benda yang lain melainkan mahukan kesihatan itu semula, bila aku sekarang ini sembahyang atas kerusi, tiada benda lain yang aku rasa nikmat melainkan dapat sembahyang seperti biasa semula dan bila aku sesak nafas kerana tekanan sakit yang terhingga, tiada benda yang aku fikirkan melainkan untuk boleh hidup lagi dan aku terasa betapa aku belum cukup bersedia untuk masuk ke alam barzakh yang dugaannya tidak ada tolok bandingannya....

banyak perkara yang berlaku dalam tempoh sebulan dua ini dalam hidup aku untuk aku menyatakan bahawa keredhaan atau reda kepada apa yang ditentukan oleh Allah swt adalah ubat penyakit zahir dan rohani yang paling baik.....bila kita bisa redha dengan apa yang positif dan negatif yang kita alami, terasa bahawa kita ini adalah manusia yang kerdil banget kerana at the end of the day, Allah swt jua yang penentu segalanya....

sifat manusia ialah tidak pernah cukup dengan apa yang ada dan tidak pernah puas dengan apa yang dikecapi.....tetapi bila aku merasakan mati itu terlalu hampir, aku sedar bahawa tiada harta benda dan kejayaan dunia yang boleh membantu kita keluar dari situasi itu melainkan pertolongan Allah swt jua....

..dalam diam kita akan masuk bulan april tak lama lagi dan kemudian Ramadan akan semakin hampir.....betapa cepat masa berlalu bila kita sihat tetapi bila kita sakit , masa itu bagaikan tidak bergerak langsung dan di kala itu kita memikirkan apa yang patut dilakukan kalau kita dapat keluar dari situasi sakit tersebut....aku belajar jua dua tiga bulan kebelakangan ini bahawa untuk berharap dengan Allah swt sahaja dan jangan meminta sesama manusia kerana kalau Allah swt perkenankan tiada manusia yang bisa menahan dan kalau Allah swt tidak izinkan, tiada manusia bisa mengiyakan.....

..lihat pada Ayu OIAM yang tahun lepas tak lepas peringkat saringan tapi tahun ini menjadi juara bergelar jutawan....lihat pada khir toyo yang minggu lepas jaguh negeri selangor tapi minggu ini ibarat penggangur.....

.....sikap redha sebenarnya menjadikan kita manusia yang lebih tenang dan bersahaja dan tidak terlalu beremosi dengan keadaan sekeliling samada baik atau sebaliknya....berusaha disamping selalu bertawakkal akan menjadikan kita manusia yang lebih tenang....

aku amat berpegang pada waktu dan aku akan berasa terlalu tension kalau lewat seminit pun untuk apa appointment sekalipun.....namun aku boleh berusaha sahaja kerana macam mana aku planning sekalipun, ada masa aku tidak boleh menghormati waktu kerana ianya penentuan Allah swt....aku used to be very angry with myself kalau terlambat tapi sekarang ini aku lebih redha bahawa aku tidak boleh mengawal trafic jam sebab accident atau parking penuh yang boleh menyebabkan aku terlambat sedikit....

begitu juga aku selalu mahu melakukan terbaik kerana melakukan terbaik akan mendapat pulangan yang terbaik juga ....namun kini aku faham bahawa dalam realitinya, melakukan terbaik bukan sepertinya menentukan pulangan terbaik tetapi kepuasaan bahawa kita mencuba yang terbaik....

maka, hari ini, aku lebih redha untuk menghabiskan MC yang doktor bagi untuk make sure aku betul betul sihat instead of kalau dulu aku akan lawan sakit aku untuk pergi ke office demi atas dasar commitment to work kononnya...

maka hari ini aku lebih bersyukur dengan kemenangan pihak pembantah instead of dulu aku akan berfikir mengapa tak dapat 10 or 15 kerusi lagi from other states yang membolehkan tekanan lebih kuat untuk pihak yang memerintah...

....wokeh guys, sayu sikit entry hari ini tapi aku rasa penting untuk aku luahkan kerana redha aku sedari adalah ubat hati ,jiwa dan fizikal diri yang paling mujarab.....redha bukan bermakna tidak berusaha tetapi redha bermakna kita tidak menetapkan keputusan yang sepatutnya untuk setiap yang kita usahakan...

Ya Allah, aku memohon keredhaan mu dalam setiap perkara yang aku lakukan demi untuk kebaikan dunia dan akhirat....

wassalam

Tuesday, March 11, 2008

analisa PRU 12...kehkehkeh..macam real!!..layannnnn

Assalamualaikum,

konon kononnya wa nak buat analisa lar neh....tapi analisa ala ala kampong lar beb....

banyak analisa tanya soalan mengapa BN kalah dan bukan mengapa barisan pembantah menang??!!...this is very important yer sebab ianya sama dengan melihat half empty glass dengan half full glass yer....ini menunjukkan bahawa kemenangan barisan pembantah adalah ibarat miracle dan kekalahan BN lebih kepada negligent walaupun kita harus yakin bahawa apa sekali pun sudut pandangan penganalisaan, ianya tetap dari Allah swt jua...

aku lebih mahu melihat mengapa baru kali ini dalam tahun 2008 baru gelombang keberanian rakyat itu timbul dan bukan in 1999 zaman reformasi dan 2004 bila tiba tiba BN naik mendadak...ramai kata internet tapi aku discount internet sebab internet sudah mula bertapak sebagai satu mean tor disseminate information or campaign message masa zaman reformasi lagi....so kesan internet bukan penyebab utama kemenangan Barisan Pembantah kali ini...

...ada kata Pak Lah ikut cakap Khairy dan orang ameno bengang....ini ada logiknya dan kita kerna tengok lebih luas lagi itu dari sudut pergolakan dalam umno dan BN itu sendiri....MCA dah kata depa tak ready sebab kes tape scandal sex, MIC pun tak ready sebab kes Hindraf tapi mengapa Pak lah teruskan jugak called for a snap election ??.....

..kemudian keghairahan BN meletakkan calon calon muda yang belum lagi seasoned politician dan konon ceritanya percaturan anak menantu Pak Lah yang mahu meletakkan orang orang beliau bagi beliau melebarkan empayar beliau untuk menjadi PM before the age of 40!!....kehkehkeh....bayangkan ketua ketua dan timbalan bahagian yang bertahun tahun jadik barua dan menunggu masa untuk dapat promotion jadik YB, alih alih kena pintas dengan minah puteri and putera umno dan mamat mamat pemuda yang dikaitkan dengan KJ, semestinya lah berlaku ketidakpuasan hati yang amat mendalam yang memungkin protes dalam senyap...lepas tuh kisah pergolakan di Perlis, pergolakan juga di terengganu dan selangor dan secara keseluruhannya semasa hari penamaan calon sudah ada perasaan tidak puas hati dalam umno itu sendiri....

maka aku merasakan salah satu sebeb BN tumpas ialah kerana pergolakan dalaman dan bad decision making at the very top sebagai salah satu sebab utama...di ceritakan bahawa umno Shah Alam ignored or refused to campaign for aziz shamsuddin sebab depa memang dah tak boleh terima mamat nei lagi dan depa also expecting Mat Taib Tyson untuk bertanding di parlimen shah alam....dan senario ini mungkin bukan sahaja di Shah Alam ahaja tetapi mungkin di banyak kawasan kawasan lain dan bukan sahaja melibatkan umno tetapi MIC, Gerakan dan MCA jua...

Seterusnya, faktor isu isu semasa yang menyelebahi Pihak Pembantah, aku personally terperanjat bila Pak Lah announced pilihanraya in March sebab beberapa faktor besar masih belum memihak kepada BN..this is very un-BN like decision making....Kes Lingam adalah kes besar yang mengusik jiwa golongan intelek, golongan bandar dan semua kaum....kes Hindraf adalah sesuatu yang personal bagi kaum India , kenaikan barang dan kos hidup adalah menyentuh setiap rakyat jelata, kes Altantuya adalah kes yang tidak harus dipandang remeh dan the fact that MaMaK consistently jabbing Pak Lah was not helping at all....ini belum lagi scandal sex yang melibat kepimpinan tertinggi di MCA, di Kedah dan sebagainya....but, BN thought they could weather the storm and come out clean and they were wrong indeed....so faktor kedua yang menyebabkan Barisan Pembantah menang ialah depa menggunakan isu isu semasa dengan baik dan berkesan....

Faktor personality.....bila MaMaK dan DSAI both attacking Pak Lah, he doesn't stand a chance !!!....pity him because he was not defended by his people when MaMaK and DSAI attacked his credibility......begitu juga bila Khairy dengan lancang condemned Nik Aziz and Anwar, he was actually attacking budaya orang Malay yang menghormati orang tua regardless...Khairy telah melampaui batas bila beliau mengata ngata Nik Aziz dan DSAI seakan akan dia sebaya , setaraf dan seiring dengan pemimpin besar negara ini.....frankly, tak salah kalau dikatakan KJ adalah juga liability untuk BN dalam period campaign 13 hari tersebut.....kisah Samy Vellu kena herdik, kena kepung dan kena kurung dalam sekolah bukan sahaja kelakar tetapi telah menjatuhkan maruah Samy Velu sebagai pemimpin yang untouchable...kehkehkeh....moreover, without Lee Liong Sik dan Lim Keng Yaik, orang BN tiada personality yang boleh mematahkan Hujah Hujah Lim Kit Siang, Lim Eng Guan, Teresa Kok dan Karpal Singh.....obviously, personality utama memihak kepada Barisan Pembantah dan rakyat melihat kepimpinan ada dipihak Barisan Pembantah....who would brave the rain during the campaign period to listen toPak Lah , Najib Koh Tsu Koon or Samy Velu but people will pay to be in the rain to listen to DSAI, Karpal Singh, Nik Aziz, Karpal Singh, Mat Sabu, Tian Jua and the gang....kehkehkeh....indeed , Tuk Mun or Nenek Maimun juga merupakan inspirasi kepada ramai anak muda yang terasa tercabar dengan semangat seorang tua yang gigih demi menegakkan ideologi politik beliau......

faktor anak muda atau pengundi baru....depa depa ini adalah kebanyakannya melalui zaman reformasi dulu semasa di sekolah atau dalam universiti.....mereka mula faham politik dalam suasana simpati kepada kezaliman dan ketidakadilan dan ramai diantara mereka naturally menjadi anti-establishment selepas period reformasi itu samada dengan kesedaran sendiri mahupun kerana ibu bapa dan pak cik mak cik mereka juga mendapat kesedaran politik semasa tempoh reformasi tersebut...** aku tergolong dalan golongan muda ini...kehkehkeh**.....kelian bayangkan senario ini...aku pasang bendera Pas dengan PKR dekat kereta aku kan kan kan....sekali tu dah pukul 1.30am aku balik ke rumah aku terserempak dengan kumpulan motor bebudak BN yang tengah berkumpul dan ada yang pasang poster....aku pun macam rasa gabra lar kan sebab aku kena slow down kereta sebab jalan tu depa dah berkumpul....to my pleasant surprise....bebudak umno/BN nei tepuk tangan dan angkat tangan dekat aku!!!kehkehkeh....ini menunjukkan depa cari makan dengan umno/BN tapi hati mereka adalah kepada perubahan dan perubahan ada pada pihak pembantah dan apabila ada yang berani berani takut cam aku pasang bendera PAS/PKR di lubuk umno, depa rasa teruja untuk menunjukkan di mana pegangan politik mereka sebenarnya.....** just for the record, Umno menang jugak walaupun tipis di kawasan aku....kehkehkeh**

....kita tidak boleh tidak terpaksa melihat kepada perubahan pengundi bukan malay yang sudah berani untuk mengundi Pas dan PKR......serious beb.....ceramah Pas dan PKR yang aku pergi dan yang kengkawan aku pergi telah melihatkan ramai kaum India dan Cina sesama duduk mendengar ceramah/kempen pilihanraya.....kisah kisah anak anak muda India mengibarkan bendera Pas telah tersebar luas yang menyuntik semangat kepada orang Pas dan PKR bahawa anak kemungkinan undi non-malay akan swing towards Pas dan PKR.....orang malay mengundi calon cina dan india adalah sesuatu yang biasa especially di kawasan malay yang pro umno/BN tetapi non-malays to vote malay yang bukan umno adalah sesuatu yang masih kecil peratusannya.....so, the voting swing towards Pas dan PKR adalah salah satu faktor yang amat besar....ini mengingatkan aku kepada teori aku dulu bahawa pemimpin orang cina bukan Lim Kit Siang, Ong Ka Ting atau Koh Tsu Koon tetapi ada pemimpin di belakng tabir yang menentukan how the chinese should vote dan pilihanraya kali ini membuktikan teori aku kerana voting trend orang Cina berubah 100% kepada pembangkang seolah olah mengikut satu consensus di peringkat yang paling tinggi dalam komuniti kaum tersebut....inilah kekuatan kaum cina yang orang malay belum dapat lagi.....kaum india berubah angin mengundi adalah jelas keran kes hindraf dan semasa hindraf memuncak, Pas dan PKR menunjukkan simpati kepada mereka dan the fact that seorang wanita India/Hindu bertanding di bawah bendera Pas telah memujuk hati orang India untuk mengundi Pas kali ini....

....kemudian perangai Rashit SPR dengan keputusan kejap pakai dakwat kejap tidak dan kejap mati setem kejap tak payah telah menyebabkan orang ramai confuse dan rasa dipermainkan dan tidak mustahil keputusan last minute untuk tidak menggunakan dakwat telah menyebabkan orang atas pagar terus merasakan bahawa tuduhan tuduhan dulu pihak pembantah bahawa SPR tidak adil dan tulus adalah benar belaka....maka naluri manusia ini bila dia percaya kepada sesuatu atau seseorang itu dan bila kepercayaan itu hilang, depa kan bertindak dengan tanpa rasa takut dan akan cuba menunjukkan bahawa mereka tidak suka ditipu ....so aku merasakan bahawa banyak undi ke Pihak Pembantah kali ini adalah juga protes pengundi senyap terhadap SPR....

....tidak dapat tidak faktor Anwar Ibrahim secara individu terasing dari faktor personality tadi juga tidak boleh diketepikan.....Anwar Ibrahim telah berjaya menyatukan pihak pembantah kepada tahap kerjasama yang tidak pernah berlaku sebelum ini.....walaupun aku bukan penyokong keras cara anwar ibrahim berpolitik tetapi aku tdak boleh ignore the fact that beliau adalah seorang pemimpin yang berwibawa....masalahnya ialah anwar ibrahim adalah lebih menyerlah bila beliau di belah membantah daripada beliau di pihak mentadbir....he is a natural Union leader type of leader.....perhaps he is at his best when the odds is very much against him....regardless, he deserves to be the next PM and I would love to be led by DSAI....tapi memang faktor Anwar Ibrahim telah menyebabkan DAP, PAS dan PKR boleh bergerak atas landasan untuk menang instead of siapa menang.....well done DSAI......

.....aku juga merasakan bahawa ramai orang umno yang tidak undi BN tahun ini....kalau tidak memang susah Pihak pembantah untuk menang di kawasan kawasan seperti di Nibong Tebal, di Wangsa Maju, di Gombak , di Batu, di Shah Alam dan banyak lagi kawasan kawasan yang mana kalau undi malay sekadar pecah dua belum memastikan pihak pembantah akan menang....

satu faktor yang ramai tak sentuh ialah pengaruh raja raja secara diam diam yang memberi signal untuk perubahan.....kisah kononnya perhimpuna Bersih mendapat restu Agong, kisah Sultan Selangor memanggil Abang Z dalam kes rumah bunglow di kelang, kisah Sultan Perak memberi ucapan tentang ketulusan sistem kehakiman semasa kes Lingam dan kisah Sultan Johor tidak setuju dengan perubahan MB di Johor, berita kononnya mesyuarat Raja raja Malay ditangguh semasa kes Lingam tersebar menunjukkan bahawa institusi raja telah memberi signal pada rakyat bahawa mereka sudah tidak lagi terkongkong oleh umno/BN dan ini memberi lagi satu sebab untuk pengundi merubah pendirian dan berani untuk melihatkan perubahan tersebut...

..tetapi apa yang aku tulis ini semuanya kemungkinan sahaja kerana yang sebenarnya ialah Allah swt telah mengizinkan gelombang perubahan ini berlaku...inilah sebab utamanya..amin 3x..Allahhuakbar.....

....wokeh lah geng, aku punyer pinggang dah rasa strain duduk lebih sejam tulis entry neh...aku kena stop dulu sebelum pinggang aku patah dua ..kehkehkeh....esok aku masih belum boleh pergi kerja sebab i dont think i could drive to workyet....

..wokeh, aku tak boleh nak check spelling ker apa ker, so kalau ada ayat ayat yang bersepah tu, kelian adjust lah sendiri yer...

wassalam

Monday, March 10, 2008

Bolehland semua boleh!!!....alhamdulillah!!

Assalamualaikum,

..ntah lar, kot kot perasaan aku aja kot, aku rasa cuaca dan udara dekat Selangor nei macam bersih dan nyaman selepas pihak pembantah berjaya merampas Selangor!!!....kehkehkeh...mungkin hadiah Allah swt akan perubahan kuasa ini di negeri yang memang terisitimewa di antara negeri negeri di Malaysia ini...Selangor adalah trendsetters dan dengan lead atau pentunjuk yang diberikan oleh rakyat Selangor untuk berubah, maka aku merasakan negeri negeri lain seperti Johor, Pahang, Negeri9, Melaka , Sabah dan Sarawak akan melakukan perubahan pada pilihanraya akan datang nanti or perhaps much earlier....

aku sebenarnya masih dalam keadaan suka tapi terperanjat beruk....aku mengharapkan dan berdoakan agar berlaku kesedaran diantara pengundi pengundi akan betapa perlunya perubahan tetapi Allah swt telah mengizinkan gelombang perubahan.....Allahuakbar.....

..personally, hari mengundi adalah hari yang amat menyakitkan bagi aku..kehkehkeh...aku sakit teruk jugak masa hari mengundi bila pinggang ker tulang belakang aku terseliuh or for whatever reason, selepas mengangkat kerusi roda mummy aku masa nak mengundi ..kehkehkeh..bayangkan tiba tiba aku merasakan sharp pain pada belakang/pinggang aku, tapi sebab semangat tengah berkobar kobar ,aku terus lagi beraktif sampailah aku terasa sakit aku unbearable dan aku balik rumah untuk baring sebab memikirkan aku mungkin terlalu penat......

...roper roper yer, bila aku baring aja, lepas tu aku tak boleh bangun bangun....the more i tried to move , the more aku merasakan pinggang aku macam kena tarik....aku menggelupur kesakitan .....for a good 5 hours aku terbaring dan sembahyang baring ala ala sembahyang menghormati waktu tapi aku tak boleh bergerak langsung...mummy aku urutkan dan buat ubat keteguran tapi sakitnya tak kurang, eventually, sebelum maghrib datang sepupu yang singgah sebab datang mengundi, dialah yang tolong urutkan belakang aku, sakit gilos beb!!!...alhamdullilah, masuk maghrib aja aku dah boleh berdiri dan slow slow i was able to walk with the help of the walking aid.....tapi masa nei sakit yer masih menyebabkab airmata keluar sampailah aku telan pain killer....

.....maka semua perancangan nak pergi tempat pengiraan undi semua hancus dan aku hanya tengok TV keputusan pilihanraya......what happened the next 6 hours was sheer joy yang mengalahkan segala agony sakit pinggang for the last 6 hours....

satu persatu keputusan mengejutkan keluar di kaca TV dan aku nak ucapkan tahniah pada janelabu yang mana sungai siput telah terajang samy vellu, tahniah bokd kerana berjaya kungfu Zam di sungai petani , tahniah Kakri, royce, misa dengan kejayaan Pas di Bangi, tahniah embun sebab berjaya membawa perubahan besar di kelang , tahniah papaa di shah alam!!!!.....tahniah fudhla di selayang......huhuhuhu.....

...suasana rumah mummy aku macam tengok bola, keluar aja keputusan Dr Lo'lo' menang, sorakan macam tengok gol dijaringkan bila tengok bola.....lepas tu aku start dapat sms keputusan tidak resmi yang menyatakan bahawa Lembah Pantai,Bangi, Batu, Gombak pihak pembantah sudah mendahului dan expected to win.....huhuhu...rumah aku macam bergegar bila berita samy velu kecundang, diikuti dengan berita sharizat kalah dengan Nurul Izzah ( bertambah cun aku tengok nurul izzah lately neh..kehkehkeh)..kemudian dapat sms bahawa kelantan Pas menang besar, Penang jatuh ketangan DAP, Kedah dan selangor 50/50 tetapi disulami dengan sedikit kesedihan bila berita internet menyatakan bahawa terengganu status quo dan perlis sapu bersih oleh BN....masa nei tak expect anything di Perak...

...aku rasa masa nei rasa sakit pinggang aku sama kuat dengan rasa kegembiraan dan kesyukuran....aku dah mula start calculate the prospect of not only denying the 2/3 majority but the possibility of barisan pembantah to form a government if the could garner 90 plus seats.....aku punyer teori , kalau depa boleh dapat 90 plus seats, maka aku expect berlaku negotiation dengan parti parti lain di Sabah dan Sarawak dan kemungkinan parti parti komponen dalam BN untuk menyebarang jambatan ke arah BA untuk membentuk kerajaan on simple majority...kehkehkeh

....it did not materialise so i was contend dengan news bahawa pihak pembantah telah berjaya menguasai Perak pulak!!!....bior betik!!!...kehkehkeh...

it was a memorable nite full of triumph and jubilation as more and more news of upsets involving kayveas di taiping, palanieval di hulu selangor dan pada satu ketika ada keluar rumours khir toyo pun kalah!! ahaks ahaks......masa tengah menulis nei, aku dapat sms yang sungguh kelakar yang berbunyi....

" URGENT!!!!sesiapa terjumpa seorang rakyat selangor,rambut putih,,berlagak hansem,rendah2,bangsa jawa,suka makan tempe,jalan bawak penyapu, sila hubungi polis berhampiran....kunci pejabat MB ada dekat dia !! "

the sms was so hilarious that aku pong tergelak guling guling kejap!!!....inilah keadaan sebenar politik, hari ini duduk di atas sana dengan gelaran dan kemewahan, esok boleh dijadikan bahan gelak orang lain....

malam pilihanraya aku berakhir bila aku tertidur dalam kesakitan yang sudah kurang akibat makan pain killer sedang aku menunggu berita pembentukan kerajaan di selangor, perak, penang dan kedah......

lepas subuh, baru aku dapat berita tak resmi bahawa tan sri khalid akan menjadi MB selangor, Ir Mohammad Nizar akan diberi jawatan MB di Perak, Lim Eng Guan di Penang, Azizan Razak sebagai MB Kedah dan Tuan Guru Nik Aziz di Kelantan......aku juga expect beberapa perubahan menteri besar di BN led states whilst appointment of new cabinet members is inevitable....

wokeh, entry akan datang aku nak kupas tentang gelombang perubahan ini dan expectations terhadap perubahan ini....

but for now, aku hanya mahu happy happy savouring this moment of glory sebab honeymoon period ini tidak lama terutama bila kita berhadapan dengan formidable pembangkang in BN neh..kehkehkeh....

wokeh guys, it is nice to be back here with my maya friends whilst we enter the new beginning , an era of hope and expectation and above all , a period of fulfilling promises and manifestos....love it !!!!...

Pesta Pilihanraya nampaknya akan menjadi pesta yang tidak akan berkakhir sampai the next GE.....

wassalam