Tuesday, July 29, 2008

entry Rabu- 30/07/08

assalamualaikum,

Salam Israk Mikraj pada semua......

..bagi aku Israk Mikraj ialah satu peristiwa penting bagi orang Islam kerana peristiwa Israk Mikraj ini adalah peristiwa yang hanya boleh diterima bila kita mempunyai iman , beriman pada yang ghaib dan faham bahawa sesuatu perkara dalam Islam tidak tercapai dek awal...kisha israk mikraj adalah kisah yang amat penting kerana rukun bersembahyang 5 waktu turun pada saat ini....maka kalau kita menolong iskar mikraj maka kita tak perlu sembahyang dan kalau kita terima israk mikraj maka ianya menolong sentengah fahaman yang menyatakan sembahyang sekadar niat dan tidak perlu diiringkan dengan perbuatan....

pihak orientalist menolak kisah israk mikraj kerana mereka beranggapan persinggahan Rasullullah di Masjid Al-Aqsa sebagai cubaan Rasullulah untuk menafikan hak baitul muqaddis pada kaum yahudi dan nasrani..

ramai orang Islam yang murtad selepas kisah israk mikraj ini kerana cuab menggunakan awal untuk melihat logik kisah ini....

namun kita orang Islam wajin menerima dan beriman pada kisah ini kerana ianya berlaku dan bukan atas dasar mimpi tetapi perjalanan Rasullulah yang nyata...

..makan Rasullulah saw adalah angkawasan yang pertama dalam sejarah manusia yang berjaya ke angkasalepas dan pulang dengan selamatnya dan perjalanan Rasullulah saw bukan saja setakat ke bulan malah melewati sistem universe yang dikaji oleh manusia hari ini....so, kalau ajar anak anak kita pasal israk ikraj, maka jelaskan bahawa Rasullulah saw adalah angkawasan yang pertama dalam sejarah manusia....

..marilah kita sama sama meraikan peristiwa israk mikraj ini kerana ianya adalah celebration terhadap keimanan kita kepda Allah swt dan Rasulullah saw...

wokeh....before aku terturu depan laptop nh, aku nak ucapkan selamat kembali pada Jane yang dah lama banget tak mengintu di haloland...welkem bak jane!! lap u laways and miss u so much...

btw, masa menulis nei aku masih tatau sapa menang or berapa malaysia kalah lawan chelsea..


wassalam

Monday, July 28, 2008

Diary diri 28/07/08

Assalamualaikum,

...aku tengok Berita tadi dan ada gambar tentang Sydney Australia mengalami runtuhan salji yang pertama semenjak 1938 ( stand to be corrected ) dan aku terus ketawa memikirkan si H probably missing that historic event sebab she was on her way to Sydney on Sunday.....talk about global warming but suddenly we have snow in Sydney and last year it was in one of the Arab countries....maybe the earth is not getting warmer but the climate equlibrium (spell) probably shifting or changing due to changes in the normal behavioral/cycle of the universe or probably too due to the many earthquakes and other natural disaster for the last 50 years....just my thot aja ekkk...........

.....btw, my weekend was a normal one apart from the fact that aku makan melambak buah durian, maggis and rambutan.....i just can't have enough of thesel localfruits ,and i dont have any particula peberet...ciku, pulasan, manggis or langsat semua aku balun semacam aja.....

..i am still pretyy strict with my diet though the urge for white rice is becoming more stronger than 2 weeks ago....nengok nasi ayam membuat airliur aku meleleh tapi aku rasa masih boleh bertahan lagi.....kehkehkeh....btw, i dont actually starve myself to dead except that i dont take nasi and reduce my intake of susu......it is working fine right this moment and i believe another 2 or 3 months will be the maximum before i go back to my normal makan habit.......as much as i want to reduce my weight to feel good or look good. it is the colesterol that really bothers me the most and i believe within the next 3 months i could be able to reduce my colesterol level to below 5....

...apparently dari next week onwards dah banyak kenduri kahwin akan diadakan dan ianya coincide dengan cuti sekolah dan tarikh 08.08.08 or 888 bagi tahun ini....maka mas kawin pun akan tertumpu dengan nombor 8 jugak agak yer.....the only setback ialah tarik 08.08.08 ini jatuh pada hari Jumaat instead of the normal saturday or sunday yang sinonim dengan hari kenduri di pantai barat ini....

..satu perkara yang caught my attention masa weekend ialah sukan Olimpik sudah makin hampir dan banyak tv coverage berkaitan dengan sejarah Olimpik mula ditayangkan dan menarik juga menonton kembali saat saat menarik dalam Olimpik yang lepas.....ada beberapa acara sukan yang pasti menarik minat ramai kerana penglibatan pemain pemain bertaraf dunia especially :

1) Bolasepak

Musuh tradisi Argentina dan Brazil akan menurunkan nama nama besar untuk sukan Olimpik ini dan dengan adanya Ronaldinho, Robinho , Kaka dan Pato dalam pasukan Brazil dan Messi, mesharano dan Riquelme dalam pasukan Argentina sudah tentu memberi laverage dalam sukan bolasepak Olimpik musim ini...

2) Basketball

United States akan cuba membuktikan kepada dunia bahawa mereka adalah jaguh utama bola keranjang ini dengan menurunkan pemain pemian terbaik dari USA termasuklah Kobe Bryant, Kevin Garnett, Paul Pierce dan ramai lagi nama besar NBA. Tetapi mereka kan dicabar oleh juara dunia Spain dan negara negara lain seperti Argentina, Lithuania dan Russia.

3) Tennis

Tak silap aku Roger Federer dan Rafeal Nadal akan beraksi dan ini sudah cukup untuk memberi coverage yang besar dalam sukan olimpik kali ini.

4) Track and Field

sudah semsestinya acara acara padang dan belapan mendapat tumpuan utama especially dalam acara pecut yang 100 meter and 200 meter lelaki....

4) Badminton dan Basikal

acara ini akan menjadi tumpuan kita kerana ada peluang untuk mendapat pingat dalam kedua kedua acara.

5) handball

aku masih lagi teringat Handball di masa sukan Olimpik Athens di mana perlawanan perlawanan handball sungguh menarik sekali dan probably this is one game yang aku akan cuba tonton...

6) Acara acara tradisi Olimpik

Olimpik tidak akan menjadi menarik tanpa acara jimnastik, tinjuangkat berat dan kayak dan aku akan selalau mengikuti perkembangan sukan sukan ini sewaktu Olimpik kerana ianya berkualiti tinggi...Muhammad Ali lahir sukan Olimpik dan sememangnya sukan tinju ini amat menarik sekali...

7) Acara perbukaan dan penutup

satu satu saat memorable dalam sukan olimpik ialah upacara Pembukaan dan Penutup kerana showcase masa dua acara ini akan menunjukkan kreativit penganjur dalam mengenalkan teknologi teknologi baru disamping mengenalkan dunia kepada adat dan budaya negara yang menjadi host....

last but not least, ada sedikit keredaan dalam bicara politik negara dalam hujung minggu ini dan ini mungkin kerana semua pihak sudah berasa perlu untukmemperlahankan rentak mereka buat sementara waktu ini....aku akan menggupas situasi seterusnya bila kau terasa ada sesuatu akan berlaku rather than touching issues that have been mentioned by others...

have a productive week ahead yer kengkawan..


wassalam

Friday, July 25, 2008

entry Jumaat - 25/07/08

Assalamualaikum,

..maaf zahir dan batin sempena Hari Jumaat yang mulia ini....maaf yang datang dari hati yang luhur dan ikhlas.....

....tiada kata kata yang lebih besar maknanya dari ungkapan mohon maaf dari seorang insan.....melakukan kesalahan ada perbuatan yang akan tetap dilakukan oleh insan yang bernama manusia kerana manusia itu didorong oleh amarah yang selalunya diapit pula oleh syaitan yang selalu suka dengan amarah manusia ini.....

...oleh itu, aku banyak menggunakan perkataan "maaf" or "love you" or " sembahyang" supaya perkataan perkataan ini menjadi kebiasaan dalam diri kita dan kita gunakan dengan atau untuk orang tersayang kita untuk mengawal amarah dan menjauhkan syaitan dari kita.....tidak berpura pura kalau kita selalu meminta maaf, tidak bermakna gatal or sengal kalau kita mengekpressikan rasa penghargaan kita pada seseorang dengan ' love you ' dan bukan riak untuk kita mengzahirkan sikap rapat kita dengan Illahi dengan menyatakan ' sembahyang " dalam perbualan kita ....

..lafaz adalah penting dalam Islam kerana niat dan lafaz seiring pentingnya dalam banyak amalan kita dalam Islam dan lafaz selalunya menjadikan kita lebih mengerti apa yang kita simpan dalam hati, perasaan dan pemikiran kita...namun lafaz tanpa niat adalah sia sia kerana ianya sekadar bahasa dan perkataan.....

...dari pengamatan aku , bangsa malay adalah bangsa yang yang dihormati hari ini adalah kerana pegangan agamanya......kalau bukan kerana agama Islam, orang malay ini capable of being as vicious as the yahudi.....orang malay suka berdendam, orang malay ada amuk, orang malay suka pada yang besar besar dan indah indah, orang malay suka pada hiburan , pada yang khurafat dan yang bersifat sihir dan ghaib...orang malay pandai berpolitik dan orang malay keras hati.....ini adalah ingredient untuk menjadikan sesuatu bangsa itu kejam tetapi nampak gagah..

.....sejarah telah membuktikan kerajaan malay terkenal sehingga ke negeri cina, terhandal sehingga menjadi empayar, terkaya sehingga menjadi pusat perdagangan dan bandar melaka adalah bandar metropolitan pertama di rantau ini....well, many will argue zaman tersebut Islam adalah agama orang malay dan depa berjaya and mengapa aku doubt orang malay boleh berjaya hari ini dengan Islam...

..Islam orang zaman kesultanan Melaka adalah Islam yang datang terus oleh mubaligh Islam dan masa itu orang Malay tiada masalah memeluk agama Islam dan lari dari hinduism.....tetapi selepas itu 400 tahun orang malay beragama Islam tetapi berteraskan secularism......maksudnya orang Islam menjadi penganut Islam yang baik tetapi fikiran dan jiwa adalah sekular.....tetapi sekular mereka terkawal kerana pegangan agama tersebut namun sekular itu menjadi sebati dengan perbuatan dan pemikiran....maka agama Islam untuk akhirat dan di dunia ini bersekular.....maka itu orang malay meluluskan perbuatan yang tidak baik di dunia kerana yakin di akhirat amalan agama mereka akan menyelamatkan mereka.....

....semoga orang malay akan kekal kuat dalam Islam untuk dunia dan akhirat.....

..bila kita Islam tak semestinya kita kena beralah memanjang sebab dalam kita memikirkan yang lain ada hak, kita harus berhak pada yang hak kita sebelum memberi hak depa pula....

...apa aku perhatikan hari ini berlaku antara umno dan pas adalah sebenarnya jalan keluar bagi orang malay untuk menjadi bangsa yang gagah dan berjaya tetapi tidak kejam kalau mereka yang berkuasa antara dua puak ini paham bahawa politik itu untuk kuasa dan kuasa itu hanya berharga kalau kita boleh menggunakan kuasa tersebut untuk bangsa dan agama.....

...When you are in power, make sure you are powerful, otherwise you will look like a fool.....

have a nice weekend everybody......dan maaf zahir batin because i love you all dan selamat menunaikan sembahyang jumaat kepada jenjatan kebarets....



wassalam

Wednesday, July 23, 2008

khamis - 24/07/08

Assalamualaikum,

...menggigil rasanya tak leh mengintu...kehkehkeh....apa kan daya dah nasib badan....sabar aja lah....but when time permits, i will try to update entry even though it is just a simple one....harap kelian semua sihat belaka....

...satu perkara yang agak menggangu aku ialah bila kau terbaca satu kemalangan yang berlaku di PLUS highway di Pedas bial dua adik beradik meninggal bila kereta mereka terlanggar lembu dan terbabas lalau melanggar kereta lain dan tak silapnya kereta ini terbakar....

..apa yang mengganggu aku sangat ialah kerana dalam 3 minggu lepas aku melihat sendiri seorang pembawa motor juga mati terlanggar lembu at about the same area ......ini yang mengganggu aku bahawa tiada action seemed and deemed to be taken by PLUS to arrest this lembu problem !!!....tak kan susah sangat nak rectify this problem selepas kemalangan pertama berlaku tempoh hari.....bagi aku adalah sangat tidak bertanggungjawab bila kita melalui highway berbayar seperti PLUS ini tetapi keselamatan kita tidak terjamin.....sepatutnya , apabila kita masuk highway berbayar, kita expect kita tak kena rompak di R&R atau lembu melintas atau kereta ditepi bahu jalan dilanggar dan sebagainya....inilah sepatutnya upah/toll charges yang kita bayar dan expect services bila kita bayar tersebut...

..dulu aku accident sebab aku bertakung dan oleh itu power steering tetibe mulfunction....sepatutnya depa boleh rectify benda benda ini dengan segera sebab keasannya ialah pengguna atau customer depa kehilangan nyawa atau cedera parah.....

...sebab orang malaysia ini tak kaki saman, maka service provider sesuka hati aja buat apa depa suka....this is unacceptable !!...

...all said and one, aku still rate Plus Highway very highly sebab R&R depa very convenient untuk orang Islam dan jalan pun selesa tetapi sepatutnya ini bukan alasan untuk depa jadik complacent.....

..lembu lintas jalan adalah sesuatu yang tak boleh dipandang ringan yer....

hopefully PLUS akan mengambil remedial action dengan kadar segera..

wokeh guys, need to do some work and go to sleep dah neh..



wassalam

Monday, July 21, 2008

diary diri - monday-21/07/08

Assalamualaikum,

Nothing much to share on my weekend..a rather routine weekend filled with activities to get things done and nothing else...just about had enough time to talk to my mom on saturday and the rest was spent to get some quality rest...

...interesting to note that Lewis Hamilton won the Germany GP and therefore leading the overall drivers championship...i thot he was awesome though tactical blunder during the safety car period that nearly cost him the the number one podium place...but what excited me most was the one pitstop strategy by Nelson Piquet Jr. in the Renault that won him 2nd place against all odss....but what i like most about Hamilton in this GP was his aggresive overtaking manuevre that got him passed Massa ad Piquet in the run-in towards the chequered flag...marvellous indeed!!..

...at this point of writing, the British Open final round is still ongoing with Harrington and Greg Norman sharing the top of the leader board but amatuer player, Chris Wood is making getting most of the attention....just 3 stroke behind the leader, this amateur player really looking good in the 2nd nine.....but I think Greg Norman could win this one....another one hour of golf to go unless playoff and i dont think I have the energy to see the end of this championship.....without Tiger Woods and the rather strong wind make the championship rather dull and players struggling to make par....

....the political scenario is still very hot but i think i would rather watch from a distance for now....too many comments have been made by many quarters and it is better for me not to write anything without adding values to what have been written....

...btw, my diet is going on well and I have been able to avoid nasi for the last 3 weeks or so and i feel good about myself.....feeling good for the fact that I am able to discipline myself in this pressing situation and hopefully i have enough will power to sustain this discipline until Ramadan comes in about 40 days from today....

..mind you that I have to spend more cash for not eating nasi because those food that's good for your health minus the carbohidrate is rather quite expensive..but i dont really mind because i need to do this now rather than later.....hopefully my kolesteral level will reduce substaintially too because that is the main reason for my diet...I have been able to shed 10kg but 10kg has done nothing for me to make people around me to realize that i have reduced 10 kg in the last 22 or 23 days......tak per, at this rate , i should get my weight down another 20 kg before hari Raya and perhaps 30kg reduction could make a little bit of a difference to my already sexy body....hehehehehe....

...so you guys jangan worry ekk bila wa tak der kat halo kerna bukan hal kesihatan but more because of tanggungjawab mencari rezeki di dunia yang nyata...bukan jugak sebab wa dapat anak baby tau....cettt...kehkehkeh....paternity leave ekkk......ciss cake....kalau wa lar kan bila bini confinement, wa happy giler beb....hantar bini balik kampong duduk rumah mak mertua, wa boleh ronggeng jadik bujang ...kehkehkeh....

..somehow, i read alot of horror stories yang si jantan buat hal masa bini confinement....hehehehe....ada yang buat hal dengan pembantu rumah, dengan jiran lah..kehkehkeh....terjumpa dengan aweks lama lah....memacam hal......kadang kadang aku tak faham, ngapa depa nei sanggup share kisah kisah horror depa nei dengan majalah...isshhhh....macam bangga pulak ekk depa buat bende benda yang tak sepatutnya di buat.....kalau aku lar kan, as manusia kita bound to make mistake tapi i dont think i would want to share moments like that dengan orang lain....

wokeh.....about midnite dah....i nak habis kan keje opis sikit and turu....

miss u all so much though....enjoy the week ahead...


wassalam

Friday, July 18, 2008

Salam Jumaat - 18/07/08

Assalamualaikum,

...salam Jumaat dan maaf zahir dan batin dan semoga kelian dalam keadaan gembira dan bahagia seadanya.....

...dalam dua hari tak memblog ini DSAI telah ditangkap dan dibebaskan dengan ikat jamin polis...good news indeed...Raja Petra Kamaruddin juga telah di charge di mahkamah kemudian dilepaskan kerana Hakim memutuskan pertuduhan tidak lengkap atau sesuatu sesuatu yang similar to that effect...

..tetapi yang aku agak terkejut ialah 'kebenaran dari rumours yang aku dengar 3 atau 4 minggu lepas iaitu Pas ingin bekerjasama dengan umno dalam pembentukan kerajaan.....ini sesuatu yang aku amat terperanjat dan sangat berminat untuk mendalami...

...bila mula2 baca dulu aku ingat ianya sesuatu yang seakan perang sarat tetapi nyata ianya adalah sesuatu yang telah dibincangkan secara mendalam oleh pihak kepimpinan Pas....ini sungguh memeranjatkan dan membuat aku rasa excited....

...excited in the sense aku melihat kematangan berpolitik dari sudut parti Pas....ramai mungkin melihat langkah Pas itu sebagai satu langkah yang memerangkapkan diri tetapi aku melihatnya sebagai jalan politik untuk mendapat kuasa memerintah yang paling tepat dari sudut strategik...

...apparently Pas merasakan depa terpinggir di dalam Pakatan Rakyat yang ada sekarang dan merasakan kejayaan mereka di PRU ke 12 telah diketepikan signifikasinya dalam negeri negeri yang telah dimenangi oleh pihak pembantah.....perhaps Pas mendapati bahawa PKR yang telah depa bantu kini sudah mula menunjukkan belang politik mereka dan DAP pula ibarat musuh dalam selimut.....apa sebenarnya berlaku dalam pakatan rakyat ini aku tidak tahu sangat tetapi aku dapat merasakan bahawa Pas sedar bahawa depa ini mempunyai kuasa untuk menentukan kerajaan yang terbentuk....King maker dalam term omputihh yer kerana bila Pas masuk Barisan bermakna selangor, perak, kedah dan even penang akan jatuh dari tangan Pakatan Rakyat...

..mungkin ugutan Pas untuk bekerjasama dengan umno adalah lebih kepada 'amaran' kepada PKR dan DAP untuk jangan main main dengan kekuatan yang ada pada Pas....

...dari sudut survival Islam dan Malay, adalah menjadi tanggungjawab Pas yang menggunakan nama Islam sebagai nama parti untuk menenutkan kedaulatan agama Islam terpelihara dan dengan angin perjuangan PKR iaitu kearah mendapatkan kuasa tanpa menggira perkara perkara survival berkaitan agama dan bangsa......i could be wrong in my analysis of PKR but I think they have the potential to be the next umno if they come into power but at least umno is based on a strong historical malay and Islam struggle whilst PKR originated from a struggle for power in the late 90s.....

...atas sebab diatas, aku masih memegang kepada perlunya DSAI untuk diterima masuk ke dalam umno dan atas dasar itu juga aku merasakan DSAI masih menyebut perkataan seperti " rakan rakan saya di dalam umno" sebagai hint that he is ready to come back into umno....

...so, aku tamau memanjangkan isu ini tapi aku rasa Pas telah memainkan strategi yang amat baik apabila mereka menyatakan bahawa mereka willing to talk to umno.....harus diingat, pada hari ini umno berada pada kedudukan paling selesa dalam BN dan untuk itu mereka mempunyai kuasa yang besar untuk berbincang dengan Pas tanpa perlu merujuk kepada komponen parti dalam BN yang lain.....

..yes...memang aku teruja dengan mainan politik Pas yang matang dan kalau Pas terus pandai bermain politik begini tanpa compromise prinsip dan ideology mereka, akau yakin bahawa Pas yang akan lebih diterima rakyat dalam jangkamasa terdekat instead of PKR or Umno.....satu yang aku bangga associate diri dengan Pas ialah pimpinan Pas adalah terdiri dari intellektual yang rajin berkhidmat/bekerja untuk rakyat dan negara.....

wokeh......aku rasa bertanggungjawab untuk menyokong niat suci yang dijalankan oleh kakri ini dan aku harap semua pengunjung blog dan halolanders untuk membantu merealisasikan niat kakri yang suci murni .....sila baca ...


ilham,

akak nak mintak permission ngan ilham sekali lagi untuk gunakan halo sebagai platform untuk membantu these children.akak ada kawan yg menjadi guru sek rendah di perak...

dia mengajar dalam kawasan pedalaman yg serba kekurangan. bilangan murid2 dia tak ramai dan yg nak amik upsr this year hanya 15 orang. situ ada 6 teachers dan dia org dah buat semampu mereka tolong anak2 sekolah mereka...byk kelemahan dlm matapelajan math, science and englishakak hanya nak mintak tolong dari kalangan halolanders kalau kita boleh bekalkan anak2 ini buku rujukan, tak pun apa2 saja ...makanan berkhasiat..clothes ke...nak jadi mentor ke...apa saja yg boleh bantu anak2 ini.bantuan ini tak berhenti setakat satu sekolah saja, tapi kita cuba panjangkan pada sekolah2 yg memerlukan...

this one akak akan salurkan sendiri tanpa formality kepada guru besar...sebab ada guru2 yg berdedikasi nak bantu nasib anak2 muridnya sendiri, kita hanya meringankan beban yg dipikulnya... I know upsr tak lama lagi..tapi boleh digunakan untuk persediaan tahun akan datangkalau sudi, boleh contact kak ri 012-2359445

Kak Ri Homepage 07.17.08 - 6:10 pm

kawan kawan yang ada blog/myspace/friendster/facebook, please reproduce permintaan kakri ini di blog kelian jua supaya sesiapa yang membaca dapat pula mengembangkan permintaan ini untuk kebaikan anak bangsa kita....seringgit untuk kita terlalu kecil tetapi untuk mereka yang meemrlukan, seringgit ini diterima dengan doa terima kasih ke atas pemberinya dengan ikhlas dna jujur pada Allah swt....

..kerja kerja amal jariah sebegini tidak nampak pulangannya sekelip mata tetapi investment begini yang akan melebarkan ruang kubur kita menjadi lapang dan terang benderang dan menjadikan hidup di alam barzakh kita mudah semudah mudahnya, insyaallah....

..di hari Jumaat yang mulia ini, kita terus berdoa , berdoa dan berdoa agar kedua ibu bapa kita akan dimasukkan kelaka ke dalam syurga Allah, berdoa dan berdoa agar kita dan orang terdekat antara kita dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, ditambah keimanan dan berdoa dan berdoa agar segala apa yang kita mohon dari Allah swt akan dimakbulkan unutk kebaikan dunia dan akhirat....

..selawat dan salam ke atas Nabi Junjungan Muhammad saw , keluarga dan sahabat baginda dan disyorkan kita lebih banyakkan berselawat keatas baginda di bulan Rejab ini....

have a nice weekend dan love u all so much...

wassalam

Tuesday, July 15, 2008

entry Rabu - 16/07/08

Assalamualaikum,

...mintak maaf terlebih dahulu kerana tidak dapat bersiaran langsung for the last couple of days sebab kesibukan yang teramat sangat dan perkara perkara peribadi juga sekali.....mungkin dan besar kemungkinan trend ada dan tiada ini mungkin berlanjutan jua sekiranya tanggungjawab di dunia nyata seterusnya memerlukan perhatian yang sewajarnya.....namun, i will be around to update this blog because i think i owe you all to know that i still want a place for all halolanders could gather to share this unique friendship though i may not be that prolific in producing new entry or as visible as i would like to be in halo.....but then again, as stated earlier, i am still unsure myself whether this is going to be long term arrangment or otherwise...

....now, walaupun belated, i would like to wish my adik adik Brunei yang menyambutkan Hari Kelahiran Tuanku Sultan depa yesterday ( stand to be corrected though ) dan juga kepada BokD yang tentunya happy menyambut ulangtahun ke 50 pemerintahan Sultan Kedah ( again i stand to be corrected on the fact stated )....

...tetapi apa yang aku tersangat excited malam ini ialah setelah menyakiskan secara life debat politik di TV9 antara DSAI dengan Menteri Penerangan , Datuk Sabri Chik....i thot DSAI was awesome!!....bukan sekadar petah bercakap tetapi fakta yang sungguh terang dan nyata dalam debat berkenaan janji DSAI untuk menurunkn harga minyak 50 sen sekiranya pihak pembantah memerintah....

...sayang sekali debat ini bukan debat yang setanding kerana Menteri Penerangan itu terlalu lemah untuk dijadikan lawan debat seseorang yang amat cantik cara bercakap beliau seperti DSAI ini....seolah olah Manchester United lawan Negeri Sembilan lar kalau dalam bola....hehehehe....baibun bros!!!...

....it was no contest sebab tajuk debat pun sudah sememangnya menyebelahi DSAI dan kegagalan Menteri Penerangan tersebut untuk memberi pandangan yang bernas dan fakta yang menyakinkan telah membuat DSAI lebih offensive dalam penghujahan beliau....

..tetapi at the end of the day , the clear winner is the rakyat kerana dalam debat sejam tersebut rakyat menjadi matang dari sudut pemahaman ekonomi dan kedudukan rakyat dengan kenaikan harga minyak baru baru ini...

...i am not sure why this Menteri Penerangan decide to take on DSAI but it is clearly now an ill advised move.....I have listened to DSAI so many times but I would think that this is his best that i have heard from him.....not only he was precise in his points but most importantly he was very economical in his usage of jargon or bombastic words that made his delivery very listenable and easy to understand....well done DSAI...love it!!

...frankly i tak pernah kenal or tahu this Sabri Chik before tonite and I have this notion that he must be the best bet from umno that umno have deciced to push him forward to take on DSAI....i guess keadaan ini macam penalty shootout in a World Cup Finals game when the so called top player always refused to take this penalty of fear of missing the penalty and being condemned by their people and media.... so they will let the unsuspecting young players to take the penalty.....perhaps this Menteri Penerangan adalah pak sanggup sedangkan I think big names such as Annuar Musa, Muhyiddin , Hishammuddin, Azalina or Rafidah will be better equipped to take on DSAI....

.....wokeh....apa apa pun, lebih nei aku nak tengok Nurul Izzah lawan gan KJ pulak.....hehehe..Azmin lawan dengan Ezam.....DS Ir Nizar lawan dengan MB Pahang.....Khir Toyo lawan dengan Khalid Ibrahim.....Hussam lawan dengan Mat Taib....Nik Aziz lawan dengan Najib.....MaMaK aku kasik lawan Mat Sabu aja cukup dah...kehkehkeh...

..sebagai rakyat Malaysia, aku rasa seperti satu kepuasan dari sudut intelektual menyaksikan debat malam nei......walaupun DSAI menang namun tahniah kepada Menteri Penerangan kerana mengambil cabaran tersebut kerana letak sapa pun against DSAI, the odds will always be high for them to return home victory bila debat is concerned....as Malaysian, we should be proud to have someone like DSAI yang oratary skill beliau second to none....i think kalau DSAI yang berhujah dalam mahkamah antarabangsa berkenaan Pulau Pasir Putih, i believe we will still have that pulau today....

well teesh!!...company you untung berbillion billion lemon, hehehehe...ermmm...dapat bonus berbelas bulan nantik, belanja lar wa mee kari ekk beb....

wokeh....masa dah time for turu dah....

wassalam...

Thursday, July 10, 2008

Salam Jumaat 11/07/08

assalamualaikum,

...Tak sempat nak tulis apa apa sebab sampai rumah pun dah dekat midnite neh sebab ada dinner function.... perhaps to mintak maaf zahir dan batin keatas apa apa kesalahan kata dan bahasa dalam entry dan juga di haloland....

...Ucapan selamat beramas mesra pada semua halolanders yang akan togather gather bergathering tomorrow di Bangi bawah kelolaan Kakri.....kalau ada kek birthday...hehehehe...Happy Birthday Misa !!.....i may or may not be there physically, but spiritually, i will always be there for u all ...winter , spring , summer and fall,all u got to do is call, and i'll be there..yes i do..u've got a friend.....bila nenek aku nak balik scotland aja, nei lah lagu perpisahan we all...kehkehkeh...

..Selamat pulang ke tanahair tercinta untuk H yang khabarnya berlepas dari sydney semalam and therefore should be back in the country by now....ermmmm aku suruh dia gei Tasmania, dia pergi balik Malaysia....kehkehkeh...rindu kat mummy and daddy dia lar tuh....sejuk perut ibu cam neh.....now!! sapa itu Amran ??!!!...kehkehkeh.....kirim salam ekk...

...tiada berita yang gembira lately nei dalam paper dan i have to tell Aya that Kelang banjir lar beb 3 days ago....kehkehkeh.....senyum ko ekkk....

...it is so important to us to know that they are people that care for us, love us or adore our presence ....it is such a nice feeling to know that we are accepted , that we are part of the group or family.....it is so important to know our feeling counts, our thots appreciated and our relationship maintained...

....Hari Jumaat juga hari yang aku rasa elok kalau ada kengkawan yang nak buat pengumuman...hehehehe...especially berkaitan dengan perhubungan sesama manusia....sama sama lah kita tunggu kot kot abang macho nak sharing is caring bersama kita ekkk.....

..Petang Jumaat pun elok untuk main takraw sebab esok boleh lepak recover kepenatan.....heheehe.....senyum bana bini bini atu ahhh!!!...nyampah!!...

...wokeh, have a nice weekend eberibodi......

wassalam

Wednesday, July 09, 2008

Entry Hari Khamis - 10/07/08

Assalamualaikum,

...kasih seorang ibu tiada batasnya walaupun si ibu belum tentu mendapatkan kasih sayang yang sama dari si anak itu bila tiba masa mereka memerlukan kasih sayang dan pembelaan ....

..salah satu kriteria orang yang berjaya ialah ketaatan mereka terhadap ibu....walaupun seseorang itu kafir atau seseorang tu jahat perangainya, tapi kalau mereka mengutamakan ibu , maka mereka tetap diberi kejayaan sekurang kurangnya di dunia oleh Allah swt.....

...perkara ini aku sendiri lihat dengan mata kepala aku sendiri dan ianya dikukuhkan lagi dengan beberapa kisah kisah benar yang aku baca dan tonton.....kalau kelian tak tengok lagi cerita American Gangsters, korang tengoklah bagaimana watak Denzel Washington yang notorious , yang ganas giler tetapi cair dan hormat terhadap ibu beliau tiada tolok bandingnya....walaupun beliau kemudian jatuh dan ditangkap tetapi kemudian beliau telah mendapat reduce sentence sebab membantu polis untuk menjatuhkan kegiatan dadah oleh Mafia......pada ketika itu aku terfikir mengapa such a notorious gangster boleh lepas dan bila kau fikirkan aku realize bahawa beliau menjaga ibunya ketahap yang tidak terbuat dek orang lain....begitulah Allah meletakkan betapa penting mencintai dan membela si ibu tersebut....

..so, dari segi logik akal aku yang tak kemana ini, kalau seseorang ibu tabah dalam menghadapi dugaan yang diberikan oleh Allah swt berkaitan anak anak mereka , maka aku merasakan syurga lah tempat ibu ibu ini walaupun mereka mungkin nampak susah di dunia ini.....waullahhuaqlam....

..syurga letak di tapak kaki ibu adalah perumpamaan yang paling tepat membayangkan kedudukan istimewa seorang ibu dalam kehidupan ini....

Yes no doubt yang aku menulis entry ini memikirkan dugaan yang dialami oleh teman halolanders kita iaitu Teesh yang mempunyai seorang anak yang comel tetapi menghidapi autism....dugaan bukan sangat dari sudut menjaga atau membesarkan anak yang istimewa tetapi dugaan kerana persepsi masyarakat terhadap anak anak istimewa ini....lebih lebih lagi anak autist ini nampak normal tetapi mereka seolah olah terpisah dari dunia yang nyata dan mereka seolah olah tidak ada connection dengan surrounding yang menyebabkan keadaan mereka menjadi terlalu aktif atau terlalu pasif......ada cases yang aku baca dimana anak anak autism ini kemudian berjaya keluar dari kepompong tersebut dan menjalani kehidupan yang normal walaupun depa masih ada ciri ciri seorang autist tersebut....

..autism adalah satu bentuk perlakuan /penyakit yang masih baru dan belum ada lagi satu bentuk ubat yang boleh dijadikan penawar untuk mereka yang ada autism ini....satu masa dulu downsyndrome menjadi sejenis fenomena yang dihadapi oleh ramai keluarga dan setelah difahami characteristic depa dan cara mendidik mereka maka masyarakat lebih terbuka menerima anak anak downsyndrome ini.....namun autism ini masih diperingkat trial and error, even di negara barat masih lagi cuba memahami autism ini....

...berat mata melihat berat lagi bahu yang memikul....sapa tengok satu siri baru Private Practice malam semalam maka kelian akan menonton satu keadaan di mana seorang bapa telah menukarkan anaknya dengan anak orang lain semasa lahirnya kerana tidak dapat menerima hakikat bahawa anaknya itu cacat.....walaupun kemudian beliau sedar perbuatan itu salah tetapi belaiu masih adamant bahawa apa yang beliau lakukan itu betul demi cinta kepada isteri beliau....maksud aku di sini , tiada siapa yang mahu anak yang dilahirkan itu ada kekurangan atau kecacatan dan adalah satu kezaliman apabila kita memandang rendah pada anak anak ini lebih lebih lagi kepada ibu bapa yang definitely tidak pernah mendoakan anak anak itu untuk lahir dengan kekurangan kekurangan yang menjadi kan mereka dilabelkan sebagai Istimewa dan kemudiannya OKU....

..kadang kadang kita lupa adalah lebih malang kalau kita mempunyai anak yang cukup sifat fizikal tetapi cacat hati sehingga menjadi penjenayah segala jenis jenayah kecil atau besar, berkuasa tetapi menzalami, diberi amanah tetapi mengkhianati, mendera anak atau isteri , perasuah dan ini sebab kita tidak anggap kecacatan kerana kecacatan itu dilihat secara fizikal sahaja.....

..kecacatan yang datang dari Allah swt bukan sebenarnya kecacatan kekal kerana Allah swt tidak kan mengzalimi dan hanya Allah swt yang tahu sesuatu kejadian itu diadakan tetapi kekcacatan pada yang tidak cacat adalah kecacatan kekal yang sudah tentu balasannya setimpal kerana kecacatan pada yang tidak cacat fizikal selalunya bersifat kekal kerna berkaitan dengan pengkhianatan terhadap Allah swt....

...kepada Teesh dan ibu ibu dan juga bapa yang ada anak yang Istimewa, jangan berasa ianya satu bala atau pembalasan kerana kita wajib yakin bahawa Allah swt adalah maha penyayang dan maha mengasihani......akal manusia mungkin tidak nampak kemana arah atau penganugerahan Allah swt terhadap apa yang Allah swt hidupkan kerana inilah maknanya menerima atau beriman pada yang ghaib.....ghaib in a sense that dalam kita mencari sebab dan penyebab sesuatu yang kita alami, kita menerima dengan imana bahawa ianya adalah sesuatu yang Allah swt sahaja yang maha mengetahui....the opposite of this school of thots yang di katakan secularism dan juga atheist......

...pada orang yahudi, bangsa yang selain mereka adalah bukan manusia dan setaraf binatang maka membunuh yang bukan Yahudi adalah tidak salah ....pada orang kulit putih, orang kulit hitam especially negro adalah manusia yang cacat dari segi penampilan diri dan tidak setaraf untuk duduk semeja dengan depa pada satu masa dahulu.....bagi kita hari ini, ada kita yang menanggap pendatang asing yang mencari rezeki di negara kita ini sebagai tidak setaraf dengan kita dan kita hoii hoii kan bila bercakap dengan depa......maka dalam kesumpurnaan fizikal, sebenarnya kita telah mencacat antara satu sama lain......yang pandai melihat si bodoh sebagai cacat otak, yang lawa melihat yang tidak lawa sebagai cacat wajah, yang kurus melihat si gemuk sebagai cacat tubuh badan, yang tinggi melihat si pendek sebagai cacat ketinggian dan macam macam lagi......setiap hari tanpa kita sedari, kita menghina kejadian Allah swt dan ini lah sebenarnya kecacatan yang nyata.....

so Teesh dan ibu ibu yang lain, you are the chosen one oleh Allah swt, bermakna, Allah telah mengutamaka teesh lebih dari yang lain walaupun mata kasar dan mulut laser yang melihat mahu ianya didifinisikan sebagai dugaan atau bala.....Allah swt tidak akan menurunkan sesuatu dugaan yang tidak akan terbawa oleh umatnya.....kami tahu teesh tabah dan mempunyai kekuatan dalaman yang lebih dari yang lain dan jangan ever give-up dengan keadaan dan give-in pada tekanan.....

..continue to dream to touch the sky and insyaallah Allah swt akan membawa langit ke riba kita dengan izin Nya.....

..walaupun aku tiada kecacatan fizikal, tetapi kerana appearance yang agak debab dari yang lain, aku juga menjadi misfit dalam masa kanak kanak aku....diperli, di hina, dijadikan contoh kepada yang tidak sihat, dijadikan bahan ketawa...aku telah menghidapai masalah withdrawal syndrome dan akan selalu menyalahkan nasib bila sesuatu yang tidak positif berlaku pada diri aku....sudah berakal sedikit baru aku tahu bahawa kita kena celebrate apa yang ada pada kita dan bukan cuba create sesuatu yang tiada pada kita.....aku sedar bahawa problem is opportunity and not all problems have got to be solved......aku dapat keyakinan diri kerna aku selalu melakukan sesuatu against all odds and succeed....aku realized that being less perfect was actually the best thing that happened to me because I learned to acquire more skills in order to overcome any shortcomings i perceived that i have....tetapi yang paling penting ialah ibu aku tidak pernah nampak ada kekurangan pada anaknya ini dan terus menerus memberi galakan dan kasih sayang sehingga aku tahu bahawa yang paling penting ialah kepercayaan atau trust si ibu more than anything else.....doa ibu makbul dan itu aku yakin 100%, insyaallah...

so Teesh, continue to be the mother than you have been and not the mother that others want you to be......dalam pembelajaran tarikat diajar bahawa dekatnya kita dengan Allah swt adalah seperti lidah dengan gigi dan bermakna setiap usaha you pada your wonderful son is known to him dengan izin Allah swt dan never doubted the fact that Allah swt maha penyanyang lagi maha mengasihani....

..autism bukan penyakit tetapi perlakuan dan walaupun i nei cukup sifat, tetapi kerna kekurangan azam dan usaha dalam minda dan perlakuan, i masih tidak boleh swimming sedangkan your son sudah boleh dianggap seorang expert dalam berenang.....semuanya adalah kerana usaha you seorang Ibu....

so Teesh.....ehem eheem...wa dah buat entry dedication neh....bila boboy you sunat, jangan lah lupa jemput kengkawan yer...tak jemput wa pun tak per....sapa lah wa nei....kuat makan, habis nasi sebelangga nanti.....kehkehkeh.....reverse physcology tuh !!!...baibun bah!!!

wokeh....nak baca baca sikit apa yang patut , pastu nak turu pulak dah.....


** btw , sapa yang pergi birthday kakri hari sabtu nei....kehkehkeh...birthday tuh!!..sila berhubung dengan fudhla yerk...tema , Back to the 60's **ahaks ahaks ahaks....


wassalam

Tuesday, July 08, 2008

Entry Rabu...9/7/08

assalamualaikum,

....apa khabar semua ??!!.....hehehehehe...aku tanya bukan apa tau...huhuhu ...sebab khabarnya aku sihat walafiat......cardialogist kata wa punyer jantung well and fine...alhamdullilah...ECG report was normal as opposed to the earlier belief..huhuhu..stress test yang aku jalani walaupun aku tak lepas stage 3 bukan kerana aku tak leh sustain tapi lutut aku dah nak gave away because of the speed of the treadmill ....so eventually cardiologist tu kasik wa a clean bill of health tapi suruh wa kurang kan weight......huhuhu.....kowang tengok, doktor pakar tu tak mentioned pasal wa punyer rokok.....ahaks ahaks ahaks.....

..doktor kata keadaan jantung fantastic, boleh panjat gunung.....ermmmm....aku senyum senyum kambing gurun masa doktor tu cakap tuh.....tapi aku rasa doktor tu maksudkan panjat Gunung Kinabalu kot, aku punyer otak pikir panjat gunung balu....hehehehe...** dialog nie wa nasik tambah aja ekk ...hehehe**

amboi....baru sihat sikit dah pikir panjang gunung ekk....masa sakit hari tuh tak abih abih panjatkan doa, dah sihat panjat panjat gunung ekkk.....kehkehkeh....wa baibun aja....

..yang paling penting wa rasa happy giler dan bersyukur bahawa wa orraittt.....namun wa tatap akau cuba control pemakanan wa dan exercise ....nampak yer wa kena invest beli PS3 sebab wa dengar ada game game lasak ala mountain bike lagi mencabar dan memerlukan stamina....kehkehkeh....

ekcelikan wa punyer lar happy kan bila tau jantung wa okke kan, tak der blockage or whatnot kan...wa terfikir perasaan orang yang menunggu keputusan samada positif or negatif HIV, keputusan samada ada tumor dalam kepala ker tidak....fuhhh...bayangkan macam mana tension yer....

so sekarang nei aku nak nasihat kowang pulak.....jaga kesihatan , menjaga kesihatan bermakna menjaga sembahyang, menjaga adap sopan, menjaga hati ibu bapa, menjaga source of income dan menjaga happiness.....kehkehkeh....sapa yang takut buat ujian pep smear ( spell ??)....jangan tunggu!!...sapa yang takut buat ujian ketumbuhan luar rahim or cyst tuh...gei buat cepat!!, sapa yang takut buat ujian buah pinggang ker , pergi buat cepat.....kowang tatau, mungkin kowang nampak fit, nampak langsing, nampak bergetah...tapi kowang ada kencing manis ker ...hehehehe...darah tinggi ker.....huhuhu...sakit ulu hati ker....kehkehkeh.....so, kowang gei check tau.....wa dah check dah, so dari segi zahir yer, wa ala ala sihat lar kan.....alhamdullilah.....

...tapi sakit yang paling kuat yang wa rasa ialah bila wa actually ada ter ter lar kan..tertinggi suara kat mummy wa tau last weekend kan...ishhh...tension betul wa tau.....last last tadik wa mintak maaf balik kan, baru lar rasa lapang hati nei......lepas wa mintak maaf wa citer lar kan wa yer kisah jantung kan...wa saja saja lar buat joke yang wa ada lar sikit tekanan darah rendah ....mummy wa tanya wa cemana boleh dapat tekanan darah rendah....wa jawab lah...duit tak cukup....barulah mummy wa gelak ....fuhh...lega wa dibuat yer.....maksud wa di sini, kena selalu jaga hati daddy dan mummy kita walau dalam apa keadaan sekalipun....

...so, wa rasa kan cara wa jaga pemakanan wa ala ala betul lar kan....ermmmm nak tau cara wa jaga pemakanan....ermmmm......makan jangan tahan tahan especially sesuatu yang boleh menghiburkan orang yang kita sayang....maksud wa, kalau wa kenyang sekalipun tapi kalau mummy wa masak kan...wa makan jugak supaya mummy wa happy.....kalau orang belanja kita makan, kita appreciate apa yang depa belanja.....kalau orang datang rumah kita, saji tetamu dengan makanan yang elok elok.....maksud aku di sini ialah doa orang kenkadang yang membuat kita menjadi sihat....kalau tengok badan aku nei....agak miracle yang aku nei dari sudut laporan doktor tak der sakit sakit yang berkaitan dengan orang yang gemuk, kuat merokok , tak exercise, tidur tak tetap masa dan makan tak jaga....wa makan balun giler beb....orang kedai tomyam sah sah ingat masakan depa sedap giler , sebab kalau wa makan, memang sah tak der balen punyer ....kehkehkeh....even the cardialogist was smiling when he looked at my report....alhamdullilah.....make sure appreciate dengan rezeki yang kita dapat yer....jangan membazir makanan yang ada , jangan buang buang sebab ada orang kata kat aku even batu batu jalan pun bertasbih pada Allah swt inikan pulak makhluk Allah swt yang dijadikan bahan makanan kita....

so, wa nak cabar kelian supaya kesihatan kelian lebih aik dari aku ekkk....kalau ada migraine migraine tu maksud yer kalah dah dengan aku....hehehehe....baibun bah !!.....

...i am so happy that i want to make sure that i stay healthy from now on...not only i know i am healthy but i want to look healty too....to make it short...wa nak nampak macam Rafel Nadal lepas neh....ahaks ahaks ahaks.....tapi kan, kalau wa macam Nadal sekalipun , wa doubt Farah akan singgah blog wa kan kan kan...ayat tuh!!!

...fuhh...baru konpiden nak cuci muka balik!!! hehehehehe....ari tuh takut beb kot kot tengah turu tetibe terus kong......kehkehkeh.....wa gurau aja....wa bukan pengikut lagu Air Supply ekkk....silap silap wa belum masuk tadika lagi masa Air Supply neh top.....BokD iyer dah jadik prefect sekolah dah masa tuh....hehehehe....lepas nei boleh main takraw...amboi amboi amboi....sebut takraw aja senyum minah sowang tuh!!!!mau dipangkor !!....

..so cemana kengkawan....hari sabtu nei kat Bangi tau....jangan lupa !!! kakri sure happy kalau ramai dapat join.....

wokeh wa publish awal sikit neh.....happy lar katakan kan....kata kan lah kata kan lah....alhamdullilah....



wassalam

Monday, July 07, 2008

entry selasa 08/07/08

Assalamualaikum,

....sambil gosok gosok mata nei wa cubalah membuat karangan untuk entry hari neh.....shopping!!

..sapa tak suka shopping ekk.....lebih lebih lagi kalau ada duit nak shopping.....beribu ribu RM habis shopping pun tak per , janji shopping !! shop till you drop...huhuhu..biar tak makan tapi shopping kena mau cantik.....

..kadang kadang aku pergi shopping complexs and imagine when and how these kedai jual baju make their profit....shop after shop in every mall, tak masuk supermarket , tak masuk hypermarket , tak masuk kedai kedai shoplots yang jual baju, tak masuk pasar malam , tak masuk buddle , tak masuk boutique dan juga yang jual rumah ke rumah.....punyer lar banyak orang/kedai jual baju dan aku terfikir bila masa depa nei buat untung ??!!....tapi imagine Suria KLCC management made RM 2 billion from renting dan kalau depa buat 2 billion, banyak kan kedai kedai kat situ punya turnover setahun berapa ekkkk.....sapa kata malaysia nei inflasi ???.....ermmmm....dasat betul purchasing power orang kat malaysia sampai almost semua shopping comlex mempunyai 90% and above tenant rate or occupancy rate....

...last saturday punyer paper dah mula start promoting sales , kali nei tatau sales atas dasar apa pulak, penghabis stok ker atau Tahun Meliwat ker aku pun tatau tapi memang sale pulak dah....bagi aku sale ker tak sale ker tak der kesan sebab size aku hanya ada pada beberapa outlets sahaja, otherwise kena tempah....kehkehkeh....so tak der lah masa aku untuk mengigil gigil dengar musim sale ini dah bermula....hehehehe.....kalau nak ready made size, kenalah aku pergi bundle or reject shop.....otherwise, sorry morry the morning glory....

...tapi aku tetap amaze dengan cerita cerita orang kampong aku pergi berombongan ke Nilai 3 or ke Padang Besar or even Rantau Panjang.....betapa seronoknya bershopping shopping naik bas tengah malam dan balik semula the next tengah malam....

..macam mana pulak yang lebih berada yang akan shopping ke luar negara bila ada summer sales dan apa sales yang patut.....best giler beb....

..aku dah lama lar mengidam nak beli jersey Bolton tapi harga dekat RM 300 !!! nak mampus beli baju bola sampai RM 30o.....aku kaya raya sekalipun belum tentu aku beli lagik....kehkehkeh...lepas tu every season ada new design and silap silap yang aku nak beli tuh masa Big Sam masih jadik manager Bolton lagi....

..but aku envy those guys yang looking smart dalam apa bentuk attire sekalipun....they may spend a fortune to look good but it certaintly worth every penny.....i always believe that for one to be taken seriously, he or she must always dress to kill at all the time....penampilan diri tidak boleh compromise especially dalam bekerja atau berniaga.....aku insist perkara ini walaupun aku tak practice apa yang aku preach.....well, with a superb body like mine, I guess it is easy to be recognised ...kehkehkeh....

....tapi dalam shopping jangan jadik penny wise pound foolish yer....nak beli yang bargain tapi tak enhance diri kita....bagi aku, bila or kalau beli, beli yang berbaloi dan akan membuat orang akan oohh and ahhh bila tengok kita walaupun ianya mungkin mahal sikit....alah membeli menang memakai....

...perempuan yang menarik akan nampak cantik tetapi yang cantik tak semestinya menarik sebab dressing plays a big part in making seseorang perempuan itu nampak menarik....

** baru perasan yang aku rasa aku pernah tulis kot pasal shopping shopping neh or pasal penampilan diri neh sebelum neh**

wokeh , tukar topik pulak....apa topik ekk yang aku tak pernah tulis lagi ??!!...ermmm....

...aku rasa aku belum pernah cerita pasal sudu.....haah sudu aku belum jadik perkara yang aku bincangkan dalam entry....kehkehkeh

...lebih kuah dari sudu adalah pepatah malay yang selalu digunakan bila membayangkan bila seseorang yang asyik enterframe melebihi watak utama.....macam nei lah, yang kaya si adik, tapi yang abang ipar duk sibuk terlebih glamer....kehkehkeh....kalau AF punyer konteks, macam pengkritik melebihi pelajar lar ibaratnya.....cantik sekali peribahasa orang malay neh....kalau zaman sekarang disimplify kan sebagai " yo yo orrr aja " atau " macam bagus bagus ".....

....walaupun kita makan pakai tangan tetapi ada sesetengah makanan yang kita lebih selesa guna sudu...tapi jangan lar pakai sudu gan garpu makan KFC pulak ekkk....tapi makan pakai sudu garpu nei yang tak tahan ialah nak control bunyi bunyian yer.....nak yer kalau tengah lapar, baru lar macam bunyi cina mampus langsung...tung teng tung teng.....

..sudu ini pulak ala size size tertentu dengan kegunaan yang tertentu juga....aku pernah masuk kursus tentang protocol dan diajar mengenali sudu sudu yang ada atas meja semasa dinner....mak oiiii.....cara tutup sudu pun memberitahu bahawa kita nak makan lagi ker tidak....payah beb !!....aku tak faham ngapa mamak rojak tepi jalan tuh kasik garpu bila makan rojak dan bukan sudu !!...siut betul.....kita nak makan rojak nak rasa kuah rojak kan, tapi kalau dah pakai garpu, apakejadah yer....

ekceli ekk....how clean ekkk sudu sudu yang ada kat kedai tuh....ishhh...kalau fikir fikir pasal cleanliness or hygiene factor restoren restoren neh, memang tak lalu nak makan kan....tapi kita malaysian nei jenis tak kisah sangat bende bende neh.....lagi berabuk tempat tu, lagi ramai aku tengok orang pergi makan kat gerai gerai tepi jalan tuh....

sudu dan juga garpu dibuat sebagai collection or collective item....kehkehkeh....mungkin aku tatau, mungkin jugak sebagai gift item.....bayangkan birthday dapat hadiah sudu....kehkehkeh....mau menangis ekk hendaknya diberi oleh orang tersayang.....engrave nama tuh!!!kehkehkeh...

wokeh dah 45 minit aku menulis dah nei....dah kire lama dah neh....turu time .....


ermmm...kalau belum tulis pasal turu ekk....hehehehe.....adoi !! umpan ku habis !!!.....



wassalam

Diary Diri -07/07/08

Assalamualaikum,

Diary diri 07/07/08

Adoi…internet connection tak menjadi dekat rumah aku for the whole weekend membuat aku tak dapat surf langsung…..but I guess it has been a good training session for me to control my desire to be in the virtual world in anticipation of the eventuality that I may have to slowly detach myself from this dunia maya as I approach the next stage of my life….

10 years of living this double life has its ups and downs and definitely more ups rather than downs…at times it has been taxing too in view of the fact that I pushed myself to the limit to produce material worth reading….but the only reason that keep me going is the halo friendship….i had a fantastic campus life friendship and now I have a marvelous and rather unique haloland friendship that I treasure so much….

...dah beberapa minggu dah yang aku rasa terlalu penat bila masuk weekend, mostly masa terluang yang ada aku gunakan untuk berehat dan lebih lebih lagi tidur....penat yang semacam iaitu penat yang menyebabkan aku malas nak berfikir atau bergerak....tapi masalahnya,bila kita tidur dan tidur, badan bukannya menjadi lebih sihat tetapi menjadi lebih lemah longlai.....mungkin fenomena sementara apabila kita baru lepas baligh kot....kehkehkeh...perubahan hormon kata orang kan.......kalau lelaki , perubahan hormon ang pertama ialah suara pecah, dari suara macam michael jackson masa Jackson 5 terus jadi suara tenor bass macam kumpulan Sha Na Na...kehkehkeh....perempuan pulak akan menyaksikan ketumbuhan di dada secara mendadak.....hehehehe..

..ada budak lelaki yang dah pecah suara tetapi belum baligh dan ini berlaku pada kawan my childhood friend....walaupun dia dah pecah suara tetapi dia masih belum really 'baligh' bermakna dia tak mengeluar money water lagi dan masih kehulu kehilir pakai seluar pendek dan selambaland aja bukak seluar tepi lombong terjun lombong....kriteria utama akir baligh ialah sudah ada perasaan malu yang datang secara tetibe tetapi kalau rasa malu tu belum tiba,bermakna masih belum lagi cukup umur tuh.......

...perhaps aku rasa penat penat badan nei sebab tak cukup quality rest kot dan semestinya tidak cukup exercise ....latihan jasmani adalah ubat yang paling penting as sembahyang untuk latihan rohani....

wokeh citer lain pulak....

….meanwhile, ada lagi permohonan untuk menggunakan nama Allah swt to refer to God oleh kumpulan kumpulan bukan Islam….walaupun aku rasa ini satu cubaan untuk menyatakan bahawa we are worshipping the same God though through different means…cubaan kumpulan ini sudah aku kenali dari dulu untuk mengkaburi bahawa ada satu tuhan walaupun cara sampai ketaqwaan tersebut berlainan ( satu destinasi kononnya tetapi menggunakan highway berbeza kononnya )...….tujuaannya ialah untuk mengatakan bagaimana mereka boleh tersimpang atau kafir kalau mereka juga mempercayai satu tuhan iaitu Allah….dengan cara ini depa cuba menyangkal bahawa hanya Islam itu agama yang sebenar di dunia ini….tapi mereka lupa bahawa Islam berdasarkan Rukun yang 5 dan rukan iman yang 6 dan menafikan hak Islam kepada Allah swt adalah sesuatu cubaan mengkaburkan bahawa depa itu kafir…..mereka hanya mahu meminjam nama Allah swt tanpa beriman kepada Allah swt dan cuab menyatakan bahawa mereka adalah ahli kitab yang disebutkan dalam Al-Quran….

Namun, personally aku tidak akan protest penggunaan nama Allah swt ini kerna kesannya adalah positif dalam perkembagna Islam kerana sekiranya depa mengakui Allah swt yang Esa, maka lambat laun mereka akan nampak keunggulan Islam sebagai agama yang satu…

…..BTW, macam macam berlaku dalam politik sehingga membuat aku nak muntah dengan semua yang berlaku…..sekiranya undang undang itu menyeluruh tanpa menggira bulu, maka banyak dari apa yang diperkatakan dapat diselesaikan dengan mudah….tetapi bila undang undang itu friendly untuk sesuatu pihak dan undang undang yang sama tidak friendly pada pihak yang lain yang menyebabkan berleluasa cubaan untuk menduga keberkesanan sesuatu undang undang tersebut….tapi aku hairan mengapa bila kena batang hidung sendiri barulah media media arus perdana cuba menyatakan too much politicking pulak !!.....pada saat ini aku rasa sudah mahu ignore politicizing of issues until everybody able to act as adults…….

Lewis Hamilton won the British GP in a convincing manner amidst the wet race condition which was not really an ideal race day…..great show from the pocket size emperor of the F1 world and I was indeed delighted for Hamilton…..however, I was a bit disturbed with the fact the Lewis was not that really ‘nice’ to his partner when Kovealinen ( spell ??) won pole position during the qualifying sessions….

Masa menulis ini Nadal masih on court menentang Federer for the coveted champion Wimbledon champion with Nadal leading 2 games to nil…..still early days though since anything can happen with Federer around….

** pagi nei aku dapat tau Nadal has won his 1st Wimbledon championship ** ..waduh..Spaniard belaka ekk summer neh.....

Meanwhile, favourite si Vaart iaitu, Venus Williams, beat favourite si BokD ,Serena Williams, dalam woman’s final !!! kehkehkeh…..peberet aku, Ana Ivanovic , kalah pada pemain Thailand dalam 4th round….

Wokeh lah, have a nice week ahead yeah…..




wassalam

Friday, July 04, 2008

Entry Friday....4 / 7/ 08

Assalamualaikum,

....Salam Jumaat dan salam kemaafan kepada semua.....segala kesalahan kata dan perbuatan harap dimaafkan yer....i mean it!!...

....seminggu adalah sekelip mata tetapi seminggu boleh merubah banyak keadaan....last friday i was rejoicing the fact Turkey were in the semi-final of Euro 2008 but today i am a bit confused of what is happening around me......the political situation, my health, life between reality and virtuality...my own aspirations and needs....

....tapi hidup nei macam nei lah.....kejap kita rasa happy dan kejap lepas tu rasa down giler dan terpulang pada kita untuk handle that situation dengan betul......people talk about stress management and how to handle crisis situation but i guess at the end of the day it is how you build your own shield from the childhood days through our parents upbringing and our ketaqwaan pada Allah swt...

..wokeh, ini ada email dari Fudhla untuk pembersihan diri....so wa kopipes...

Subject: [IPM91] Fw: Petua Mencuci Hati - Datuk Dr Hj Fadzilah Kamsah

Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: 'Ya Allah, jadikan hatikubersih.'

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini > merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah 'Qulhu-allah' > sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma'afan sesama insan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: 'Aku sebenarnya......(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: 'Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif.' Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk .

11. Bersedekah.

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama . atau orang yang betul pegangan agama

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).

16. Pesan sesama sendiri , jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

'Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat.' Semoga yang baik dapat kita terima dan jadikan teladan untuk kehidupan yang lebih di redhai Allah. Insya'allah.


wassalam

Wednesday, July 02, 2008

Entry Khamis - 3/07/08

Assalamualaikum,

dah khamis dah ekkk......wokeh, ari nei tamau citer politik ekk....kita santai santai ari nei yer....

..semalam medical report aku keluar dan aku kena mengadap doktor....report awal cantik, doktor senyum kat wa ,berkenaan darah semua cantik....berkenaan hati pun cantikkkk....buah pinggang pun cantikkkkk...sampai ke jantung.....memang tak cantik...kehkehkeh...kolesteral 7.95 !!...doktor tu kata nei dah tinggi giler tapi dia hairan cemana liver aku okke sedangkan jantung teruk....

....wa senyum aja sebab sebelum nei wa punyer kolesterol reading lagi terduduk doktor sebelum tuh....ahaks ahaks ahaks...7.95 nei sebenarnya dah turun substantially jugak neh....reading yang sebelum tuh punyer lar tinggi doktor tu kata dia tak pernah tengok......kehkehkeh...ala ala world class yer kolesterol reading lar kan kalau ikut cara doktor tu explained kat wa .....bangga wa beb...ada jugak sesuatu dalam diri wa ini yang bertaraf dunia !! ahaks ahaks ahaks....

...apa apa pong , under control lar dan insyaallah dengan medication yang diberi, wa expect my kolesterol level akan turun bawah level 5 pada atau sebelum 15 ogos 2008.....insyaallah...

...actually kan, kita kena banyak gelak dalam hidup kita untuk kita merasa sihat....laughter is the best medicine .......except newly wed yang akan kata..making love is the best medicine ....kehkehkeh...nyampah aku aya senyum senyum kambing pulak...sesuatuh!!!!...

...making love and having sex is two different feelings whilst performing the same action....so i was told !!....kehkehkeh....making love is about expressing one feelings towards the other in a physical way whilst having sex is about ensuring physical pleasure is fulfilled without much thought about feelings of the other party....so making love is good for your health....so bawak bawak lar kawin cepat yer eva and jazz......kehkehkeh.....

....dalam perkataan pun berbeza " i slept with her last night " kalau having sex tetapi kalau making love pulak " I couldn't wake up this morning "...kehkehkeh....maksud aku, making love nei perjalanannya lebih panjang kerana one party care for the satisfaction of the other.....kan kan kan fudhla kan kan kan....

mana aku tau bende bende neh ??!!..ermmmm....tu lah gunanya kalau kenduri kendara kena duduk gan otai otai kat kampong yang lepas mengacau rendang , tak der citer lain, citer menibai jugak lah akhirnya sampai api arang padam gan sendiri....tak kisah lah mula mula citer politik ker citer harta pusaka apa ker, tapi bila dah masuk pukul 1 or 2 pagi, topik tetap akan berkisar pasal kekuatan masing masing masa muda muda dulu...hehehehehe...

...ada kengkawan halolanders tanya kat wa, cemana wa tau manyak sangat mende mende dalam kelambu nei ...kehkehkeh....well, i never been to England, but i can talk about English football better than the English themselves....ramai ustaz and ustazah yang sama macam kita jugak iaitu tak pernah mati , tapi depa boleh kisahkan apa yang berlaku dalam alam berzakh sehingga membawa kesedaran pada kita......ermm...convincing jugak ekk aku yer alasan.....hehehehehe....

actually aku tak der maksud nak citer pasal mende mende nei tapi bila menulis tak der rangka, ini lah padah yer....ahaks ahaks ahaks..

..wokeh , kita tukar topik pulak...Hari Ibu....ermmm..dah lama lepas dah kan Hari Ibu neh....hehehehe....wokeh Ibu Tunggal...emmmm ..janda tuh!! ahaks ahaks ahaks.....tak bayek ekk citer cam neh.....

apa lagi topik yang tak menyimpang arr.....ekcelikan otak kita nei pun ada cycle yer macam owang perempuan datang kotor jugak....ada certain period in a month, yang otak nei ligat aja pasal pasal ilmu putar alam neh.....lepas dua tiga hari ..tetibe hilang, datang balik mood memikirkan kematian dan sebagainya.......3 minggu lepas tuh....pheeeuuuuu...datang balik otak tu menyengal, pantang ada sebab aja , video bayek punyer.......kehkehkeh.....tapi bukan wa lar, otak wa lurus aja perjalanannya......kalau tak ingat pasal agama, ingat pasal matematik,kalau tak ingat pasal maths , teringat pasal kisah kisah keadilan sejagat..global dan glokal.......ermmm...kowang tak caya ekk...tak caya tak per.....hehehehe...

..apa khabar si Nadia ekk....rindu pulak aku kat si Nadia ekk.....sedap kan nama Nadia neh....ekceli nama yang sedap adalah sesuatu yang penting jugak.....nama yang sedap nei kan senang kita ingat kan dan suka kita ulang ulang kan.......kalau dah nama BokD! Epong ! Vaart!bape kali lah sangat aweks boleh ulang ulangkan sebelum turu kan kan...kehkehkeh....hehehehe....wa baibun bros !!!.....lenyek lar aku kena kat halo lepas neh...kehkehkeh

.....tapi kalau nama Ratna Sari Dewi....fuyyoooo.....Katrina Dahari....ishhh silap, Katherine Zeta Jones....fuhhhh.....Zarith Sofia ......waduh best giler.....Mary Sia Ling Ling...kehkehkeh....Linda Jasmine...fullamak.....Fazura....leleh yer nama ... Puteri Attilia....ngancam beb ......kehkehkeh....Altantuya, memang unik ......Salma Hayek....fuyyoooo....Betty Suarez,,fuhhh ngancam.....Siti Khatijah ..fuhhh....Siti Salwa ....fuhhh...Salawati..auwwwwwwwwww.....Nazatulshima....

..nama adalah asas kepada produk.....produk yang sedap bunyi yer lebih senang kita nak beli....nama itu sendiri adalah brand name untuk kita.....kalau nama kita ada Tuanku ker, ada Raja ker kat depan, bertambah kukuh brand name tersebut....kalau ada Datuk Tan Sri pulak jadik lebih berkuasa brand name kita tersebut....kalau ada Dr ker Ir ker, tetiba brand name kita nampak pandai sangat.....

tu lah sebab jangan sesuka hati aja bagi nama kat anak.....bayangkan pasangan yang baru kawin tapi ranggi masa tu, dapat anak letak nama Mohammad Westlife , minat Westlife masa bercinta lar katakan....last last dapat hidayah terus jadik warak , masuk kan anak sekolah pondok.....masa assembly masuk darjah satu, cikgu jerit nama, Mohammad Westlife!!.....ambik kau, keluar lar budak nei dengan serban putih jubah putih, mata celak tuh, tangan ada tasbih.....ermmm...kan ker seksa budak tu sampai form 5 kan......kehkehkeh......

wokeh wa nak turu dah...nak ingat nama yang sedap sedap neh.....fuhh....Jenab, Joyah, Jenon...Janelabu!!!!..wokeh..mana lar si Jane dah lama banget tak singgah ekkk.....


wassalam

Tuesday, July 01, 2008

entry rabu -2/7/08

Assalamualaikum,

....mahal ekk harga minyak petrol!, mahal ekk harga beras!!....tapi kita seakan merasakan boring untuk bincang perkara tersebut sebab semua orang nak citer pasal kes terbaharu...

..bagaimana dengan kes budak budak tak terbawak belajar maths and mathematics in English ?, bagaimana dengan isu rasuah dalam pasukan hoki ?, apa jadi dengan kes Linggam ??, apa kes dengan perbicaraan Altantuya?, ngapa ramai sangat trainee yang mati semasa PLKN ??ramai graduan menggangur kan kan kan...kos hospital swasta terlalu tinggi dan harga tol pun agak tinggi ?..jangan lupa pasal inflasi dan apa agaknya khabar adik Shalinie....ramai jantan dah jadik betina dan ramai betina nak jadik jantan...kes murtad ngapa senyap tetibe, semua yang murtad dah taubat nasuha agak yer ?...hehehe...Pulau Batu Putih dah hilang dan jangan Bukit Kayu Hitam pulak lepas neh!!!....kehkehkeh

..politics is all about timing....if you don't have that guts feel that the time is right, eloklah jangan masuk politik....adakah salah kalau aku katakan bahawa DSAI adalah asset kepada BN sekarang nei sebagaimana MaMaK merupakan asset pada pihak pembantah pada satu masa dulu ??....kekuatan itu kenkadang merupakan kelemahan yang nyata....

....aku nak cabar pihak pembantah untuk melawan pernyataan akau bahawa strategy depa lemah ??.....kekuatan pihak pembantah hanyalah kerana parti pemerintah terlalu lemah dan tengah melalui era kejatuhan ....kerana rakyat mahukan perubahan tetapi bukan kerana depa bagus berstrategi politik.....

kerana kelemahan depa berstrategik sehingga mamat macam Ezam boleh pulak sekarang bercakap bagi pihak umno dalam kes DSAI ini ??!! hehehehe....kelakar lar beb.......strategi apakejadah asyik acah acah ada MP nak lompat tetapi tak lompat lompat jugak.....apa kes neh ??!!...terlalu over confident dengan janji orang politik, maka sekarang masih lagi bercerita 4 orang nak lompat, dulu 30 orang MP, sekarang dah tinggal 4 pulak !!!....kalau setakat 4 , tak payah lar berstrategik strategik....

...DSAI adalah pemimpin yang baik dan bekarisma tetapi politician yang lemah......DSAI belongs to Umno and it is best for everyone if he moves to umno now rather than later....mintak maaf cakap ekk...

aku tak marah tetapi kecewa , kecewa kerana DSAI terlalu banyak sangat hidden agenda sehingga beliau sekarang ini menjadi liability untuk pihak pembantah menjadi pemerintah negara ini.......

DSAI balik ke Umno sekarang ini adalah scenario yang terbaik untuk negara dalam jangka sederhana.....kerajaan yang kuat dan pembantah yang equally kuat akan hanya menguntungkan negara...

...cepat lah DSAI masuk umno supaya boleh isu isu rakyat diselesaikan dengan kadar segera....pihak pembantah boleh concentrate untuk membetulkan negeri negeri naungan mereka dan sama sama kita menjadi bahagia....

...sudah tiba masa untuk kita semua bersetuju bahawa DSAI adalah pemimpin paling layak untuk memimpin negara dan BN masih sesuai untuk menjadi parti memerintah....win win situation and let us move forward for the betterment of the people and the country...

..alangkah aman yer negara nei kalau DSAI jadik PM dan DSWA jadik ketua pembangkang!!!! kehkehkeh....

..apa yang aku nampak sekarang ialah DSAI layak menjadi PM tetapi tidak berada dalam parti yang sesuai untuk mencapaikan cita cita beliau....

..buang yang keruh dan ambil yang jernih dan sama sama negara ini bisa maju dan berjaya dari semua negara negara Asean dan Asian....forget the past and lets go forward.....

aku cadangkan Pak Lah dan DSAI berjumpa dengan Nik Aziz sebagai perantara di Istana Negara bawah jemputan DYMM Agong untuk mendapatkan persetujuan ke arah kemantapan kepimpinan negara ini secepat yang mungkin....

..a strong umno and BN is good for rakyat and a strong pihak pembantah equally important....frankly i am tired with all these issues yang tidak langsung menguntungkan rakyat macam aku ini.....

This is about the right time for the real pemimpin to make their stand on the future of the rakyat and the nation....

...rakyat akan memaafkan kerana rakyat tau kemelut yang berlaku dalam politik dan ekonomi hari ini adalah bukan salah Pak Lah or DSAI tetapi beban yang telah ditinggalkan oleh kepimpinan sebelum ini....senang cakap, kalau Pak Lah and DSAI jadik joint Prime Minister sekalipun, it will take them another 10 years the clean the shit left by MaMaK.....

..so meh lar sesama kita bina hidup baru demi masa depan rakyat dan negara....

...aku cinta agama ku, bangsa ku, Raja Raja Malay dan Negara ku...aku hanya berdoa untuk negara aman, rakyat cukup makan dan kemajuan......aku benci pada peperangan, kemiskinan dan kemerosatan .....aku berusaha untuk negara ini terus berjaya dan berjaya lagi.....waulahuaqlam...



wassalam