Thursday, September 30, 2010

Salam Jumaat di bulan Syawal ini..

Assalamualaikum,

Salam Jumaat dan maaf zahir dan batin......mulia sifat manusia pada keikhlasan memaafkan dan budi bahasa yang indah pada insan yang sering mengaku kesalahan dan memohon kemaafan..it is easier sad than done kerana aku mungkin salah seorang manusia yang zahirnya seorang yang sukar to forgive and forget walaupun dalam suasana yang sunyi dan sepi aku selalu memaafkan.....

Today I received a slice of a good news, kereta kacukan Lamborgini dan porsche aku diberitakan boleh direpair lagi engine yer dan tidak perlu tukar cylinder head dan sebagainya...bermakna kereta tersebut boleh di overhaul sahaja....tapi ongkos yer tak tau berapa lagik tapi it won't be as expensive as to replace the whole engine block....sebagai hint cost yer ialah , gaskett aja will cost me around RM600 !!....tapi tak per, it is all part of life...jatuh dan naik kehidupan, untung dan rugi dalam perniagaan, suka dan duka dalam perasaan semuanya adalah sebahagian dari hidup....tiada suka tanpa duka, tiada untung tanpa rugi dan tiada benci tanpa rindu....kita kena embrace segala yang datang kepada kita kerana semuanya ada hikmah yang tersendiri....

...pernah tak kita renungkan bilakah hari yang paling gembira dalam hidup kita dan bilakah hari yang paling malang/sedih dalam hidup kita ?....aku peranh fikirkan dan apparently perkara yang berlaku paling recent lah yang selalu kita rasakan yang paling suka dan sedih walaupun pada hakikatnya beberapa perkara yang lepas adalah lebih besar impactnya tetapi kerana ianya dalam bentuk memori, maka kita meredhakan kesedihan atau kesukaan yang lampau itu....at one time, mendapat motor baru kapcai aku adalah saat yang paling gembira sangat sangat sangat....tapi hari ini memikirkan saat mendapat motor itu sudah tidak sepenting ianya semasa berlaku dulu.....dulu aku merasakan kecederaan di lutut semasa main bolasepak adalah saat yang paling menyedihkan tetapi hari ini bila aku fikirkan ianya tidak sesedih semasa ianya berlaku tempoh hari....

...ini bermakna, kita jangan selalu melihat kebelakang kerna sesuatu yang sudah terbelakang tidak adalah ibarat outdated, tidak bermakna kita mesti melupakan tetapi ianya bukan penghalang untuk kita terusn kehadapan....semalam sudah berlalu, hargai hari ini kerana esok belum tentu datang....sekiranya esok datang, bermakna ianya hari yang paling bermakna untuk kita kerana hanya hari ini yang bisa kita alami kerana semalam adalah memori dan esok adalah sekadar harapan....

....hari ini diberitakan banyak kes kes membunuh diri dikalangan orang malay muslim....membunuh diri adalah contoh hati dibendung oleh perkara semalam dan fikiran tidak nampak adanya esok dan hari ini adalah segalanya yang ada pada hati dan fikiran....orang membunuh diri adalah contoh mereka yang appreciate hari ini tapi in a wrong way.....takut pada esok, malu pada yang semalam menyebabkan hari ini menjadi terlalu penting pada mereka yang membunuh diri.....takut kepada esok bukan bermakna kita appreciate adanya hari ini tetapi menunjukkan bebannya hari ini walaupun kita tahu bahawa hari ini adalah semalam untuk esok.... bermakna beban hari ini tidak tentu sama dengan beban untuk esok kerana esok adalah sekadar pengharapan untuk hari ini...tetapi esok adalah menakutkan sekiranya hari ini kita tidak appreciate in a correct way......memang esok satu beban kalau kita tahu esok kita akan ke tali gantung, hari ini juga membebankan kalau kita tahu esok gaji akan masuk.....tapi itulah gunanya semalam kerana semalam adalah pengajaran untuk hari ini dan perancangan untuk esok....

semalam penting kerana semalam juga adalah sejarah hidup untuk hari ini dan kalau kita lihat balik sejarah hidup, kita akan dapati banyak perkara yang berlaku hari ini sudah berlaku sebelum ini....kalau hari ini kita pernah sakit gigi, dulu pun kita dah sakit gigi jugak....kalau sekarang ini kereta aku rosak teruk , dulu pun kereta aku pernah rosak teruk jugak....putaran kejadian itu berulang dalam bentuk yang yang akan akan sama , similar but not the same.....

apa yang aku nak cakap ialah kita tidak boleh terlalu terhimpit dengan sejarah dulu sehinggakan hari ini kita menjadi tertekan sehinggakan kita lupa untuk bersedia untuk esok....ermmm....lebih mudah lagik ialah.....banyak kan bersyukur dan redha kepada apa yang hadir di dalam hidup kita.....kalau kita risau orang tak suka kita, maka kita sebenarnya lupa kepada mereka yang suka kita...kalau kita rasa kita tak bahagia, kita lupa kepada banyak perkara yang menggembirakan kita.....

wokeh....chill beb!!!

wassalam

Monday, September 27, 2010

kereta owh kereta....

Assalamualaikum,

....kalau tak banyak redha mau sasau dibuat yer dek masalah kereta neh....masa bulan puasa tersalah masuk petrol dalam tank.....lepas raya aku pergi langgar tiang kena gei touch up touch up.....lepas tuh asap hitam kuar kat ekzos menggalahkan lori balak....tapi semua tuh kira okke lar kan.....sehinggalah saat aku nak hantar housemate gei obersee...ilang sowang lagi housemate wa neh......so macam nei lar citer yer...

..lepas lepas masuk barang dalam kete ...bertolak lah dengan perancangan untuk sembahyang jamak semasa perjalanan nak ke KLIA neh.....baru 2 km dari rumah tetibe aircond ala ala panas aja....tapi layan aja lah....dan dalam 30km dari rumah tetibe aku tengok kat gauge meter dan terperanjat beruk bila aku tengok temperature kereta dah sampai High..aku terus jerit " kete overheated"......tapi instead of immediately switching off the engine aku jalan dalam 200meters sebab ada masjid tepi jalan tuh dan lepas tuh aku pun park kete...bila aku stop engine aja, tetibe asap kuar giler giler macam nak terbakar kete dibuat yer....aku cakap kat depa depa, nothing much can be done , selesai kan jamak dulu dan baru attend to the car......by the time aku selesai solat, orang dah berkerumun kat kete dan alhamdulillah ramai jemaah masjid datang tolong....

....flight is about 3 1/2 jam lagik sedangkan perjalanan memerlukan lebih satu jam dua puluh minit untuk sampai KLIA....tak tau apa nak buat dan housemate aku dah nangis dah sebab fikir dah tak sempat nak check-in dah...tapi Allah swt masih nak tolong, ada hamba Allah neh kata dia ada kawan yang dalam business limo dan dia contact kawan dia dan kawan dia nei pulak buat annoucement untuk tolong housemate aku....5 minit kemudian dapat call dari satu limo yang sanggup carik we all....dalam 20 minutes kemudian 2 limo sekali sampai dan we all adjust, my housemates naik satu limo pergi KLIA, wa ambik satu lagi untuk balik ke rumah ambik kete lain.....wa polok housemate wa and kata i might not able to be in KLIA in time....

alhamdulillah....on the way back home aku dapat call the other limo selamat sampai kat KLIA despite the heavy traffic due to heavy rain.....sampai rumah wa aku dapat call housemate aku dah check-in dah....aku pun capai kereta satu lagik dan terus pergi KLIA just hoping that aku boleh lagik jumpa housemate aku.....dengan izin Allah swt, aku sampai just in time to say goodbye to my housemate and dia jadik the last person to board the plane....fuhhh....syukur alhamdullilah....walaupun berliku tapi akhirnya semua nya selesai dengan baik....

..dah tuh baru lar aku rasa lapar, baru lar rasa sakit sakit badan dan baru lah rasa macam a small miracle had just happened....

back to the car...keesokannya salah seorang jemaah masjid itu merupakan mekanik dan dia pun tolong check the root cause of the overheating dan dapati satu hose pipe telah bocor....so aku pun lega...tapi bila dah tukar hose masih tak boleh start engine indicating that the cylinder head mungkin sudah bengkok!!....maka kena bukak engine block ala ala overhaul kereta lar pulak......but still tak sure boleh repair atau kena tukar terus....kalau tukar terus bermakna berjuta juta lemon kos yer.....

..tapi sat tadik aku dapat berita dah very likely the engine can be salvaged , insyaallah....waduh waduh..dramatik giler beb.....aku terfikir jugak apa dosa aku sehingga besar betul dugaan yang tiba ..tapi aku redha sebab housemate aku selamat sampai ke destinasi dan sudah hantar mesej yang dia dalam kesejukan.....ermmm..dia tatau aku menggigil dalam kepanasan memikirkan kereta yer hal!! ahaks ahaks ahask...

....terfikir aku macam mana dalam keadaan yang begitu genting di kawasan yang tidak aku kenal sesiapa, ramai betul orang yang nak datang menolong..bagaimana waktu seolah olah bergerak perlahan supaya housemate aku dapat check-in in time...bagaimana KLIA menjadi begitu dekat sehingga aku boleh sampai untuk jumpa housemate aku walaupun dari segi logiknya agak sukar .....mungkinkah semuanya seperti dibantu kerana semasa kereta berasap asap, aku insist semua yang ada dalam kereta mengutamakan dulu solat kepada Allah swt dan ignore the car ?....waullahuaqlam.....tapi kalau ada pengajaran dalam episod ini yang aku pelajari ialah utamakan solat dalam apa keadaan sekalipun kerana at the end of the day , kapalterbang tidak akan terbang melainkan dengan izin Allah swt jua....selagi kita meminta pertolongan dengan Allah swt sahaja...selagi itu kita akan redha dengan apa sahaja ketentuan yang datang.....bila kita ingat Allah Taala dalam kesenangan, Allah Taala akan ingat kita dalam kita kesusahan.....

..wokeh....badan aku masih kepenatan dan pemikiran masih di ambang kewarasan...hehehe....BTW, sorry tak dapat tegur kengkawan kat haloland rumah sebelah...

wassalam

Thursday, September 23, 2010

Salam Syawal Part 2

Salam..

...mulai minggu depan baru lah kuih kuih raya akan menjadi rebutan...setelah puas bernasi impit , berendang ayam dan daging dan bernasi bryani...maka minggu depan barulah sibuk tanya kuih baulu, kuih gunting, batang buruk, london almond dan sebagainya....

....maka dodol pun mula lah nampak hitam manis kalau sebelum nei nampak hitam legam....barulah rumah rumah yang suker buat kuih akan tetiba ramai tetamu datang...

....akau tak berapa tau apakah kuih raya favourite aku tapi sepupu aku suker giler baulu....memang kalau pergi mana pun dia mesti carik kuih baulu dulu....mungkin aku suka makan kerepek kerepek yang pelbagai walaupun nama kerepek aku tak berapa tau nak sebut...

..aku baru baca kisah salah seorang yang bakar Al-Quran pada 9/11 bary lepas mati accident...kisah Sosilawati masih hangat diperbincangkan dan macam macam kisah sampingan telah timbul menggaitkan sungai kanchong laut dengan bukti bukti yang mengerikan....kawan baik sosilawati dikatakan membunuh diri....hujan lebat almsot everyday di klang valley seakan akan membayangkan sesuatu yang serius lagi akan berlaku....harga minyak dikatakan telah naik 5 sen dalam senyap semasa hari raya hari tuh....kelantan dah ada sultan baru dan kisah remaja melakukan hubungan seks amat menakutkan sekali...

..wokeh....jom raya dulu...

salam

Tuesday, September 21, 2010

Salam Syawal

Assalamualaikum,

...Salam Syawal dan selamat berpuasa sunat Syawal dan selamat membuat persedian kepada yang angkat berangkat pergi ke Mekah untuk menunaikan fardhu haji....

..lama rasanya tak update blog sebab ketandusan idea untuk bercerita begitu juga tiada masa terluang untuk mengadap computer ini.....tadi hari pergi ke klinik ambil ubat sebab badan rasa tak berapa sihat dengan badan rasa agak lemah sedikit.....

....banyak juga open house yang hendak dipergikan for the coming and next weekend dan inilah masa untuk berjumpa kawan kawan lama dan juga sedara mara yang sudah jarang berjumpa...

..apa yang menjadikan sesuatu open House itu menarik or memorable..

1) kemesraan tuan rumah sekeluarga .....

- tuan rumah kena melayan orang yang datang dan make a point to welcome everyone that comes to your open house...adakala kita sampai tapi terus rasa nak balik sebab rasa tak berapa selesa dengan keadaan ..ini selalu berlaku apabila open house melibatkan sedara mara dan kawan kawan dari belah suami dan isteri....maka bila jemputan termasuk datuk datin maka kita pun rasa kekok banget.....ada juga open house yang kita terpaksa pergi kerana melibatkan kerjaya kita dan selalunya kita tidak enjoy but have to pretend that we are having a great time....

...maka sebaik baiknya tuan rumah memecah mecah masa antara tetamu sedara mara, office mate dan juga kawan kawan...or else ada yang merasa tersisih....

2) makanan yang disediakan

- makanan biar pelbagai walaupun sedikit sedikit sebab adakala tetamu yang sudah pergi 2 or 3 open house sebelumnya tidak mahu makan juadah yang berat berat belaka...so adalah baik ada makanan ringan untuk tetamu yang sebegini...

3) tempat duduk untuk makan.....

- sebaik nya adakan meja dan kerusi di luar rumah supaya tetamu tidak tertumpu pada satu tempat pada satu masa.....bila ini berlaku ada yang tidak makan atau cepat cepat beredar...

4) waktu jemputan

- kalau boleh masanya tidak melibatkan waktu mahgrib unless rumah sesuai untuk jemputan bersolat....otherwise tetamu ramai tak datang or cepat mengundurkan diri....

5) duit raya...kehkehkeh

- rumah yang bagi duit raya lebat selalunya dikenang oleh budak budak....

..buat open house ini beratnya sama dengan buat kenduri except that kenduri lebih formal...otherwise persiapaannya adalah agak sama jugak......so planning adalah penting dan tidak boleh ala ala last minute...

...kesilapan besar membuat open house ialah under estimate orang yang akan datang sehingga menyebabkan ada yang tidak makan atau ada yang tidak dilayan akhirnya......kesilapan lain ialah tuan rumah tiada nampak batang hidung sebab heboh di dapur...kesilapan yang tak diperasan ialah anak anak tuan rumah tidak mesra dengan tetamu yang boleh menyebabkan tetamu rasa macam not welcome....so tuan rumah kena bagitau anak anak mereka supaya menyapa dan bersalam dengan semua tetamu yang datang walaupun tak berapa nak kenal....

so sesapa yang nak buat open house make sure buat perancangan awal dan menggelakkan kesilapan yang tidak dijangka....akhir sekali, open house kalau boleh mulakan dengan sedikit doa selamat supaya ianya majlis yang diberkati Allah swt...

wokeh...inilah entry yang tiada perancangan awal.....

salam

Monday, September 13, 2010

Assalamualaikum

Terungkai kehilangan Datuk Sosilawati dan 3 yang lain masih menjadi perbualan ramai dan juga masih menjadi perkara yang membuat aku masih lagi terfikir fikir…..betapa Negara Malaysia yang satu masa dulu a very simple nation dengan simplicity dalam segala gerak dan perlakuan kini menjadi sebuah Negara yang terlalu complicated…..bunuh membunuh, bunuh diri, bunuh kerana tak siuman , bunuh anak , bunuh pasal jealousy dan macam macam pembunuhan……

…nak salah kan siapa ?.....sebagai rakyat aku mahu menyalahkan kepimpinan yang gagal meningkat quality mental rakyat standing dengan peningkatan material…..rakyat dihidangkan dengan vision dan mission yang tinggi melambung tapi menjaga kebersihan toiletawam pun belum termampu dek rakyat Malaysia….universiti tumbuh mengalahkan tadika tetapi system pembelajaran masih ditahap yang tidak membantu perkembangan mental rakyat…..golf course lebih banyak dari gelanggang sepak takraw tapi untuk siapa ?.....

…..simplicity sudah tiada dalam vocab orang kita kerana simplicity dilihat sebagai kuno …semua kena extravaganzaatau over the top baru diterima sebagai up-to-date…..pembunuhan datuk Sosilawati adalah bukti kepincangan cara hidup di Malaysia hari ini….

….habis malangnya, aku dapat merasakan bahawa kisah tragedi Sosilawati ini bukan kisah menutup kekejaman manusia di Negara ini dan dalam seminggu lagi orang Malaysia akan lupa akan sosilawati dan terus dibuai kenikmatan duniawi yang melimpah ruah ini….kemudian kita akan tersentak dengan kes kes lain yang lebih mengerikan dan kemudian kita terfikir kembali, what when wrong ?...

…masih kah ada peluang untuk Negara ini menjadi sebuah Negara yang simple ?......aku tiada jawapan tapi untuk Negara ini menjadi sebuah kehidupan yang simple mempunyai harga yang teramat tinggi sekali…..dari kehidupan yang complicated kepada sebuah kehidupan yang penuh simplicity bermakna Negara ini perlu melalui ‘force change’ dan apabila kita bercakap pasal ‘force change’ bermakna ianya diluar perancangan manusia……

....orang malaysia kena berubah dan orang malay kena berubah....perubahan ke arah simplicity dalam kehidupan tapi masih competitive dan dynamic dalam merencana kemajuan mental dan material...

...orang malay yang pandai meniaga dan rajin macam arwah Sosilawati masih perlukan protection hak keistimewaan orang malay untuk survive dan pembunuhan ini adalah satu contoh bahawa kita orang malay masih infant dalam dunia perniagaan atau masih lurus bendul dalam meniaga maka janganlah kita memikirkan bahawa kita tiada perlu lagi DEB dan sebagainya kerana hakikatnya kita masih perlu lagi ketika ini....jangan jadikan pembunuhan keatas Sosilawati dan 3 rakannya ini sebuah sebuah drama trajis tetapi sebagai kisah pengajaran supaya ianya tidak berulang lagi keatas orang malay yang mahu meniaga...

kerana nila setitik ...maka aku tidaklah mahu menuding jari pada kaum India kerana yang membunuh ini bukan India atau malay atau chinese tetapi binatang atau syaitan yang bertopengkan manusia.....yang penting ialah mereka yang bertanggungjawab keatas kekejaman ini harus diadili dengan terbuka dan mendapat hukuman setimpal bila sabit kesalahan.....

..kalau orang Islam dan malay di negara ini masih merasakan kita ada immunity dari 'force change' yang mungkin datang, maka marilah kita renung kisah tsunami di Aceh, banjir besar di Pakistan mahupun kejatuhan Iraq di tangan Amerika untuk menjadikan 'force change' yang berlaku ini sebagai iktibar untuk kita merubah cara kita approach kehidupan...

..aku mimpikan suasana di malaysia ini di mana rumah rumah tiada bergrill kerana takut perompak, taman kanak kanak penuh dengan kanak kanak tanpa takut pada penculik, sungai tempat mandi manda tanpa gusar kencing tikus,hari raya dipenuhi dengan kegembiraan bukan kisah sedih kemalangan jalanraya, yang ada degree jadik bahagian pengurusan syarikat bukannya kerani yang berijazah seperti hari ini...masjid dan surau tempat beribadat dan bukan tempat berdebat, tiada takut berjalan di chow kit atau di pasar borang kerana dipandang serong pendatang asing, anak anak bermain bolasepak dan bukan playstation untuk bersukan.....politician adalah tokoh yang sanjung bukan sekadar pekerja mencari makan untuk disimpan berzaman zaman.....

kita boleh dan kita mampu untuk merealisasikan impian ini tetapi masalahnya ialah kita tidak mahu kerana kita merasakan kekebalan yang kita ada dari 'force change' tersebut....

wassalam

Sunday, September 12, 2010

It is now confirmed -innalillahiwainnalillahhirojiun

Salam...

...telah disahkan bahawa 4 mayat rentung di Tanjung Sepat adalah 4 mereka yang hilang termausk Datuk Sosilawati.....Al-Fatihah kepada ke empat empat arwah semoga roh mereka dimasukkan dalam golongan mereka yang beriman....

..aku masih agak resah memikirkan saat saat terakhir mereka sebelum mereka dibunuh....adakah mereka diseksa atau terus dibunuh,,,,mengapa mereka tidak cuba lari ?...mengapa mereka akur mengikut pembunuh sehingga ke kawasan yang agak gelap ? kereta siapa mereka naik sehingga sampai ke sana ?.....

....the possibilities were so many and abit overwhelming....i read some info that the police new of the fate of the 4 very early but was playing ignorant in order to find the hard evidence or to ensure that the trail of evidence will not get lost in excitement to settle the case as early as possible....

...wokeh....selamat bekerja bagi mereka yang dah kena balik opis dan selamat berpuasa sunat 6 di bulan Syawal kepada mereka yang sudah mula berpuasa...

..this is not eh best of raya for me tapi aku redha sebab masih dipanjangkan umur untuk menikmati makna 1 Syawal tersebut...alhamdullilah.....

salam

Salam 3 Syawal

Assalamualaikum,

...malam nei tak boleh tidur jugak macam malam semalam .....4.30am buka TV Bernama News dan terperanjat baca caption yang menyatakan 4 mayat rentong dijumpai di Tanjung Sepat Kuala Langat....juga ada caption yang ingin menyatakan bahawa 4 tersebut dikuatiri adalah mayat 4 mereka yang hilang dalam kes Datuk Sosilawati....caption juga mentioned about an internet report about police have identified 7 people including a Datuk lawyer in connection with the missing 4 ....forensic will be arriving 8.00am this morning...police cardoned the area and media already camping the area for more news....

..bila aku masuk internet kejap tadi sudah ada news yang cuba confirmed that the 4 bodies found were indeed the missing entourage of Datuk Sosilawati but police refused to confirm until DNA confirmation done....

....I will not be that surprised if indeed those remains were the missing 4 tapi sedih memikirkan bagaimana mereka dibunuh sehingga dibakar....juga ingin tahu apakah motif pembunuhan tersebut....none has been confirmed though.....

..ever since the news about the 4 went missing was aired ..i had the suspicion that the worst might had happened because it was very unlikely that all 4 could not call to contact their loved ones at once....with no news of ransom and so forth, it was then pretty obvious things were not right at all....still I was hoping that the sage will have a happy ending.....

....just waiting for police confirmation on the 4 bodies found.....

salam

Saturday, September 11, 2010

9/11 and the burning of Al-Quran

Assalamualaikum,

...like most muslim world over, I was bitterly disturbed and angered by the call by of one the church leaders to burn the Al-Quran on 9/11....though the action may be called off but the intention already hurt muslim heatrs the most....

....relating 9/11 tragedy to the teaching of Quran was very wrong..I am one of those not so many that truely believe, even at the time of that 9/11 attack, that it was not the work of a group of so called muslim terrorist or any terrorist for that matter...the utter precision of the attack make it so unbelievable that a group of people could be able to do it at the first attempt..morever,when it so succesful why it was never repeated again by any terrorist....me belive then and more so now that the attack was a planned action by people with so much at stake and so much money and resources in hand.....but what else more convenient then than to blame the muslim terrorist but after years of attacking the Taliban and in the process killing thousand of innocent Afghanistan....they have not able to produce one single evidence thatcould directly relate muslims to 9/11....

.....i sincerely do not know how to react with the burning of even a single page of AlQuran let alone the full holy book but I pray to Allah swt to protect form that to happen....

..secara positif , kita orang Islam patut melihat niat membakar Al-Quran tersebut dengan rasa insaf betapa kita tidak mengkaji dan mendalami Al-Quran sedangkan lawan kita mengetahui bahawa kekuatan orang Islam adalah pada ajaran Al-Quran tersebut.....

..however, I was also thinking that on the basis of reverse physcology that the burning of Al-Quran will have reverse effect in the sense that many non-muslim will be looking for Al-Quran to know the powerful content that it needs to be destroyed.....

.....the more you burn the Quran, the more of your own faith will realize the truth of quran...trust me.....insyaallah..

salam

Thursday, September 09, 2010

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum,

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN

.....semoga kita telah mengharungi Ramadhan dengan sebaik yang mungkin dan men'deserve'kan kita untuk gembira di Syawal ini....

...panjatkan selingkar doa kepada arwah arwah ibu bapa kita tersayang semoganya ianya menjadi bekalan roh mereka menanti Ramadhan yang akan datang....

Allahhuakbar, Allahuhuakbar, Allahuakbar..wallillahhilham....

wassalam

30 Ramadhan

Assalamualaikum

..terima kasih kepada semua teman yang spare a little prayer to the arwah mama eva yesterday dan kita pun berharap eva dah taking the small steps towards full emotional recovery, insyaallah…..

…esok adalah Hari Raya Aidil Fitri iaitu kegembiraan bagi ramai dan juga kesedihan bagi yang lain….kegembiraan kerana menyambut lebaran tetapi kesedihan kerana meninggalkan bulan Ramadhan yang istimewa ini…takut dan sedih kerana memikirkan adakah ini Ramadhan terakhir buat diri ini…..sedih juga bila syawal dating kerana memikirkan sanak suadara yang sudah tiada….setiap tahun bila kita lihat gambar raya keluarga kita kan dapati lama kelamaan jumlah wajah wajah dalam gambar berkurangan saban tahun dan kita sedih bila memikirkan saat saat raya bila semuanya ada di sisi kita…

….malam ini malam ke 30 dan kalau ikut kefahaman cetek aku ini maka the possiblilty of malam Lailatulqadar end malam ke 29 semalam…..almost every year bila malam terakhir ini akan aku terdengar bisikan bisikan malam mana yang mungkin Malam Lailatulqadar untuk Ramadhan kali ini……aku punyer own review…


1) Walaupun aku ada tulis article di mana suatu ketika dulu Malam & lekor dikaitkan terus dengan malam lailatulqadar dan how I cakap bahawa pandangan tersebut telah tidak seppopular dulu…tetapi strangely, I have a strong feeling that Malam 27 tahun ini bagi Malaysia berkemungkinan besar Malam Lailatulqadar…..…..

2) Malam 25….bangun pagi tersebut dikejutkan dengan pemandangan di langit yang amat menakjubkan di mana cahaya matahari di tampan oleh awan yang tebal yang menimbulkan satu pemandangan atau cahaya yang amat menakjubkan yang member indication that 25 could be the nite…..

3) Malam Nuzul Quran…..every year aku dapat merasakan bahawa Malam 17 ini adalah satu malam yang amat istimewa dalam beramal…

4) Ada beberapa malam yang bukan malam ganjil yang aku rasa terlebih istimewa dari yang lain….


Kalau ikut amalan, aku harap Malam 27 ialah malam Lailatulqadar tersebut…kalau ikut rasa hati, very likely malam ke 25…tapi yang paling penting ialah kita bersedia untuk mencari Lailatulqadar ini setiap malam , insyaallah….if not this year, maybe next year and many other years to come…


Esok Raya ! esok raya ! esok Raya !!......teriakan ini akan tetap berkemundang untuk many generations to come because there is something that you could not substitute with techno that is emotional attachment to certain event/ritual …..how IT savvy one can be but one could never feel the raya spirit via skype or YM or videocam,raya must be felt physically and emotionally in order to understand the true meaning of Berhari raya….

This raya could still be a bit of a so so raya for me but I sincerely hope that next year onwards I could have a better outlook of raya and be happy for the raya rather than thinking about the consequence of raya…the accident, the waste, the culture against hukum and so forth…yes, I am looking forward to next year Ramadhan insyaalah and hopefully a better syawal…


To all my beloved friends and current regular Embun, Eva, kakri, Fudhla. Seri , aya H, jazz, mamabat, seri, papaa, Bokd, noey, epong, jane and all registered and certified Halolanders..hehehe..

..selamat dalam perjalanan balik kampong dan bahagia dalam berhari raya...

Eva...dik, walaupun raya kali ini tidak sama dengan raya sebelumnya, abang harap adik akan redha dalam waktu yang agak mendugakan ini....



SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR DAN BATIN….



Love Kueh Raya
Adore Baju Raya
Bila dijalanraya
Jangan jadik hatu raya

wassalam

Tuesday, September 07, 2010

Ramadhan 28 - Salam takziah pada Eva

Assalamualaikum...

..bagi pihak halolanders, aku mengucapkan takziah keatas pemergian ke rahmatullah ibunda eva tersayang pada hari sabtu lepas...innalillahhiwainnalillahirojiun....semoga roh ibunda eva tenang di sana..Al-Fatihah...

Eva....harap adik tenang menghadapi dugaan ini dan redha dengan ketentuan Allah swt ini...sincerely hope that you will be strong in facing this adversity....no words could convey our heart felt condolances in the demise of your beloved mama...

..eva..jangan lupa untuk mendoakan arwah Mama sepanjang masa kerana tiada doa yang baik bagi si mati selain dari doa anak yang soleh dan solehah...

Al-Fatihah kepada arwah arwah ibu bapa kita dan many of our loved ones died during this halolanders friendship as recently as bokd and jazz's father last year..IIMNM....semoga roh roh mereka dicucuri rahmat senantiasa...

...akan tiba masanya kita juga akan pulang ke rahmatullah untuk menghadapi peperiksaan terbesar kita sebagai mahluk Allah swt..sebagai hamba kepada Yang esa....semoga saat tibanya giliran kita ,kita mengharap pemergian kita juga diiringi dengan doa yang baik baik dari mereka yang menggenali kita....setiapa yang hidup akan mati kerana itulah perjanjian asala kita tiba di dunia ini....tiada bekalan yang lebih baik dari segala amalan baik kita di dunia ini dan dengan kita di penghujung Ramadhan ini kita berdoa agar kematian kita nanti adalah kematian yang penuh keimanan dan kesudahan kehidupan yang paling baik...insyaallah...

kepada Eva...kuatkan tekad dan hati dalam suasana ini dan be strong yer dik..

Salam

Thursday, September 02, 2010

The good old days 4

Salam....

..wa hangin neh...BokD yer zaman dedulu zaman main komputer tuh!!!..pasang pelita pun dalam rumah blog tuh...kehkehkeh....dasat ko bro...

..i guess i left out zaman pasang pelita ekk....those were the days....bukan sekarang tak der pelita ..tapidedulu pasang pelita adalah pesta yang unik dan menarik....lampu jalan LLN pun masa tuh tak der maka kecantikan lampu pelita menjadi lebih significant....walaupun kemudiannya lampu lip lap atau lampu kelip kelip dah mula menjadi trend disetiap pintu rumah...namun lampu pelita masih wajib lagi....dan selalunya lampu pelita ini akan mencapai kemuncaknya pada Malam 7 Lekor or malam 27....zaman tuh, Malam 27 itu terus dikaitkan dengan Malam lailatulqadar....sekarang nei, malam 27 tuh dah tak berapa nak diterima sebagai malam yang pasti berlaku Malam Lailatulqadar..daddy dan granddad aku pun dulu tak terlepas dari budaya pasng pelita neh...so memang lah sekeliling rumah tuh penuh dengan pelita....aku ingat kampong aku dah terrel dah pasang pelita sehingga lah aku kenal kawasan belah perak ke utara...depa punyer pelita lagi dasat...ada corak corak bagai sampai macam kereta berhias pun ada....marvellous....

...hari ini pelita ready made atau DIY sudah ada dijual di Giant or tesco...beli aja pastu beli minyak api dan siap dah pelita....pelita yang pakai karan pun ada jugak...dasat giler beb....pelita jugak penting untuk dijadikan pembakar bunga api lidi dan jugak mercun padi....menyerit yerit lah mummy tengok wa gei dekat dekat pelita tuh....kehkehkeh...

..tah ngapa yer....nak kemas kan rumah atau bersihkan sawang pun nak tunggu jugak malam malam terakhir neh....belum lagi tukar langsir dan jemur carpet...semuanya last minute ...kehkehkeh....tapi itulah sesuatu yang membuatkan kita teringat those slumberland days....

sekarang pun actually sama jugak tapi it always the good old days yang menjadikan kita teruja...

menanti keptusan hari raya atau anak bulan syawal pun adalah satu suasana unik dan menarik....berkumpul depan TV dan bila saja diumumkan....fuhhhhh.....sorak macam Mokhtar dahari socre gol lawan korea selatan kat stadium merdeka...hehehehe

.....lets enjoy life guys....lets appreciate the uniqueness of our life style....

salam

Wednesday, September 01, 2010

The Good old days 3

Assalamualaikum

I don’t why but I really struggle to get to work in the morning…..as much as I tried, I still could not get to the office before 9 am…..nasib baik boss aku tak cakap kat aku “ besar pangkat ko sampai masuk keje lepas pukul 9am”…..although every year, aku ala ala struggle pergi kerja masa berpuasa, tapi tahun nei agak extreme sikit lark an…..aku pun tatau ngapa ..i don’t like it a bsubmission during Ramadhan…

I guess ramai dari kita yang sudah beriktikaf di masjid untuk 10 malam Ramadhan terakhir ini…untuk beramal dan mencari kelebihan malam lailatulqadar tersebut….bilalah agaknya aku akan sampai tahap keimanan untuk boleh beriktikaf di masjid dan juga keluar merantau atas nama mensyariat agama Allah swt….tapi yang penting, jangan sebab tak dapat yang besar yang kecik pulak ditinggalkan…so kalau boleh, buat lar sembahyang terawih dan amalan amalan yang selalu kita lakukan dan masa bangun sahur tuh boleh lar buat tahajud dan kemudian sembahyang sunat subuh….as long as kita position our action dalam kedudukan mencari ikhlas akan Lailatulqadar tersebut, insyaallah kita akan mendapat petunjuk….

...ingat masa bebudak dulu, ekceli tak berapa lama dulu lar kan…malam malam 10 terakhir nei lah yang paling paling syiok giler….kalau dah shopping tuh bermakna every night sebelum turu kena try baju raya semua balik …kehkehkeh….pastu dah mula nampak mummy dah start nak buat kuih dah dan daddy dah start kemas kawasan luar rumah….masa masa nei lah bunga api dengan mercun dah start heavy dah dan masa tuh I don’t remember bazaar bazaar ramadhan nei….ada lar orang jual kuih biasa biasa kat tempat biasa even before Ramadhan…it was the anticipation of the coming Syawal that really excite me….iyer lah…..nostalgia masa dulu aku tak sama dengan ibu aku dan masa dulu ibu aku pulak tak sama dengan masa dulu eva or jazz…..tetapi sesuatu yang dulu tuh terlalu indah apabila ianya dalam kenangan…..

..bayangkan kita dihalo ini….sekarang ini ianya sesuatu berlaku yang menarik tetapi biasa aja lar kan…but 20 years from now when we try to reminisce what we have today, the memory will be so fantastic , the fact that I changed the blog skin 3 times in a month would really have a different connotation…arwah emy’s dialog reappearing kat shoutbox together with the return to original blog skin will be told in a mysterious way and will be fun to hear even after the umpteen times…

..it is something about the yesteryear that kind of rekindle all the best of times in life….even kuih yang paling tak sedap masa raya pun akan taste so sedap dalam memory kenangan silap……

..back to suasana raya di malam malam 10 terakhir ini..…paling seronok ialah bila tengok lori perabut kedai cina pekan batu 7 masuk ke dalam kampong..huhuhu….set sofa rotan or set makan meja kaca or almari perhiasan Nampak berbalut atas lori …maka berkerumun lah budak budak depan lori melihatkan perabut baru diturunkan ke rumah tuannya….masa tu lar jugak si mak cik tuan rumah tetibe suara ala ala nyaring nyaring member arahan kepada pekerja kedai perabut atau halau sopan bebudak “ jauh jauh sikit , kang pecah kaca atas kepala, tak beraya pulak nanti!!”.. …hehehehehe….mungkin kat kampong aku dulu jaki menjaki atau singgik menyinggik nei kurang….tapi selalunya , that first perabot delivery tuh normally just the trigger point aja….sebab lepas tuh satu persatu lori perabot akan masuk dan yang paling banyak lori masuk ialah betul betul malam raya tersebut….masa tu lah kelian akan nampak tuan tuan rumah berlegar depan rumah sampai pukul 1 or 2 pagi menunggu lori perabut sampai….just love it so much……hehehe

Perabut dan hari raya adalah sesuatu yang sinonim….begitu electronic appliances dan hari raya….beli TV baru sebelum raya adalah sesuatu yang amat menarik sekali….dan yang paling best ialah bila kita yang tak beli perabut baru pun akan excited untuk pergi ke rumah depa depa yang beli perabut baru neh…..masa tuh meleleh lar airliur ibu ibu dan bapak bapak melihat kat set set sofa fesyen terkini…. dan masa tu jugak mummy dan daddy akan ala ala tak kasik kita duduk atas sofa baru as gesture of respect to the tuan rumah and the new perabut….dan selalu nya lar kan tuan rumah yang tukar set sofa akan definitely tukar langsir dan carpet supaya ala ala sedondon gituh…..

Teringat how excited kakri yesterday revealing her excitement receiving real life “ kad raya” through the good old ways by post and lengkap dengan setem tuh!!!kehkehkeh…yes indeed…..counting the number of kad raya received from the posmen was indeed a sport/challenge by itself….kalau rumah mana posmen selalu berhenti menunjukkan depa have more kad hari raya and so forth….dan ingat jugak zaman kad hari raya di ikat dengan tali rafiah dan digantung seakan akan ceiling punyer cornice dan buat jugak kad raya pokok krismas tuh dengan lampu kelip kelip dipasang walaupun siang hari….ada yang went to the extreme dengan kad hari raya bersilang silang sampai terpaksa tunduk takut kepala kena kad hari raya….

..memang best dapat kad hari raya neh…..it is something that we should try to continue sebelum ianya lenyap di makan zaman…..aku somehow tak berapa thrill dapat ucapan melalui sms or email…..yang best yer, boleh forward pulak tuh the same greeting kat orang lain…..tak rugged lar kan…

Menukar raya greetings dari cara hantar kad melalui pos ke cara sms or email tidak sama dengan menukar ketupat ke nasi impit….walaupun berbeza tetapi ianya still perlu rending atau kuah kacang atau kuah lontong untuk menjadik satu jenis hidangan….

Kepada kelian yang masih ingat alamat aku , kalau sempat hantar lar kad ke alamat aku neh….

10 Downing Street,
Lot 1354-A, Taman Sinar Harapan ( Fasa 2)
44444, Tamparuli Bridge ,South London
Sabah

Stamp 20 cent boleh sampai lar……wa tak kisah apa kad pun, tapi kalau boleh wa nak kad yang bukak bukak aja ada lagu Raya Bunkface….

Wokeh guys, enjoy your Ramadhan and whilst Raya is something that we look forward so much in the past but it is perhaps more worthwhile searching and praying that we meet the lailatulqadar before we enjoy our raya…insyaallah

wassalam