Sunday, October 31, 2010

Novembar 2010

Salam..

..yeap..we are already in November...the month that used to be my favourite month because it coincide with the year end school holiday....

...lepas lepas tuh November menjadi bulan tension sebab 'performance appraisal' akan bermula dan juga dulu bulan buan musim tengkujuh....

...apa apa pun, kita sudah sampai kepenghujung tahun 2010....bagaimana sejarah akan menilai 2010 ? i am not so sure myself tapi aku dapat rasakan bahawa 2011 akan menjadi tahun yang amat lain sekali....lain macam mana aku tak tau lar kan....tetapi aku merasakan bahawa banyak perkara yang berlaku tahun 2010 ini adalah mukadimah kepada permulaan dekad yang baru ini....mungkin for the better....i am not so sure...

..but for now, lets enjoy November bulan Haji dan bulan di mana tanah suci Mekah menjadi tempat tumpuan muslimin dan uslimat dan bayangkan keadaan di mana 3 ke 4 juta orang Islam menyebut dan memuji nama Allah swt yang suda tentunya akan memberi kesan kepada manusia walau diceruk mana kita berada....

....i have given up hope about looking back at my own self-development resolution for year 2010....

..generally it has been a good year ...baru baru ini aku buat assessment of each year in my life and alhamdulillah aku boleh katakan setipa tahun adalah ' good' year untk aku.....aku selalu memikirkan bahawa my life has been a tough one but when I start jotting down each passing year, i then realized that i have achieved so much in my life but i tend to look at what i did not achieve or the difficult moments rather than the many triumphs in life.....syukur lahamdulillah..despite the many setbacks, i have actually recorded more beautiful moments in life compared to the less desired ones...

....wokeh guys....lets enjoy November ...

salam

Thursday, October 28, 2010

Salam Jumaat penghujung October

Salam,

Salam Jumaat yang mulia dan maaf zahir dan batin....

..lama betul tak update blog sebab kesihatan yang tidak mengizinkan...walaupun tidak sakit physically tapi mentally was a bit tiring....since i tak boleh update kat office, maka I have to wait for the right time to write..

..sorry pada kengkawan sebab tak dapat ngintu and thanks to embun i could wish Fudhla and Aya a very Hapyy Birthday semoga panjang umur dalam keimanan dan mencapai kebahgiaan dan kejayaan dan murah rezeki...

..kisah tsunami dan gunung berapi meletus di Indonesia agak menyedihkan dan begitu juga taun di Chile di kawasan yang dilanda gempa bumi yang dasat tak lama dulu...

..ramai yang sudah tidak berapa sedih dengan tragedi di Indonesia mungkin kerana hubungan sejagat itu sudah tercemar dengan beberapa isu berbau politik....tak dengar pulak ada pihak yang mintak derma kilat bencana alam untuk mangsa di indonesia ini dan tiada pulak berita tragedi ini disiarkan secara meluas di Tv malaysia....mungkin kisah bantuan malaysia di gempa bumi di padang dulu masih melukai hati rakyat dan kerajaan Malaysia ?...

..secara peribadi aku sedih dan terperanjat dengan tragedi ini tetapi seakan akan tertanya tanya mengapakah musibah ini terus menerus melanda Indonesia ini ?...apakah yang dilakukan mereka sehingga bala atau dugaan saling bertimpa timpa....it is up to them to find the root cause .....Allah swt tidak menurunkan sesuatu musibah itu tanpa sebab tetapi terpulang kepada makhluk itu sendiri memikirkan sebabnya...

memang rasa nyampah dengan sikap segelintir orang Indonesia yang cuba mencari pasal dengan Malaysia itu ada dalam diri aku namun aku juga faham bahawa kita tak boleh marahkan nyamuk dan bakar kelabu sebab mangsa yang mati mungkin kumpulan orang Indonesia yang mendoakan kesejahteraan kita Malaysia....al-fatihah kepada semua mangsa....

....tapi yang menakutkan aku ialah bencana alam yang terus menerus belaku seperti banjir di Thailand danChina , taufan di Filipina dan Taiwan, anah runtuh di lombong batu arang di China dan Chile , tsunami dan gunung merapi di Indon seolah olah sebagai pembayang bahawa kedatangan dajjal itu sudah hampir ...aku terbaca bahawa setipa kali gari pengikat dajjal tanggal maka begitlah kuatnya gegaran dunia akan berlaku....aku takut berada dalam zaman datangnya dajjal kerana adalah Rasullulah saw berdoa agar umatnya dijauhi dari fitnah Dajjal kerana fitnah dajjal nanti akan menyebabkan hanya 12,000( stand to be corrected)sahaja manusia yang akan beriman pada Allah dan bersama sama dengan Imam Mahadi dan nabi Isa as untuk menentang Dajjal dan kuncu kuncuyer nanti....itulah sebab aku memang risau dengan tanda tnada akhir zaman yang satu ini....

wokeh...takmau citer berat berat sangat tapi selalulah berdoa agar kita dan zuriat kita dijauhi oleh fitnah Dajjal ini...tetapi pada masa yang sama , kedatangan Dajjal akan disusuli dengan adanya imam Mahadi dan Nabi Isa as dan bayangkan kalau kita dapat menjadi segelintir yang beriman semasa matinya Dajjal, maka kita boleh merasai kepimpina Nabi Isa as yang kemudiannya diikuti dengan dunia aman selama 1000 tahun ( stand to be corrected again)...that period must be really exciting being a true muslim keran di masa itulah yahudi akan jatuh dan orang kristian akan menyedari kesilapan mereka selama ini dan semua orang di dunia akan dibawa kejalan yang benar di bawah kepimpinan nabi Isa as walaupun hanya sekitar 40 tahun sahaja( again I want to clarify that i stand to be corrected on this fact)...

wokeh....sama sama kita bersyukur kerana masih bernafas sebagai seorang Islam yang beriman kepada Allah swt kerana keimanan yang ada kita tak boelh sia siakan ....

wassalam

Thursday, October 21, 2010

Salam Jumaat

Assalamualaikum

Salam Jumaat dan maaf zahir dan batin....

Musim haji sedang berjalan dan bakal bakal haji sedang menjalani keseronakan dan dugaan menunaikan Rukun Islam ke 5 ini.....tahniah kepada mereka yang telah mendapat jemputan Allah swt untuk ke Baitullah.....

namun apa yang aku merasa teramat happy ialah membaca kisah 100 orang menaiki bas untuk ke Mekah melalui jalan darat iaitu diatas tajaan sebuah syarikat swasta...alhamdulillah.....salah satu entry awal aku ialah bertajuk 'Titian Kaabah' iaitu berkenaan mencari jalan darat untuk ke Mekah sebagai alternative route memandangkan jalan darat dan laut mungkin satu hari nanti dikuasai oleh musuh Islam...

alhamdullilah...dengan xpdc terbaru ini bermakna jalan darat untuk kenderaan sudah ada dan bila di commercialize kan nanti boleh menjadi satu mode of transport yang membolehkan lebih ramai umat Islam dari rantau nusantara ini menunaikan haji dan umrah dengan cara yabg berbeza.....bukan sahaja haji dan umrah tetapi peluang membuka mata dan menimba pengalaman melihat negara lain....

aku harap xpdc ini akan didokumentarikan untuk aku memahami jalan darat ini untuk aku cuba satu hari nanti, insyaallah....

wokeh guys..have a nice weekend dan beramal lah kita seakan akan kita akan mati esok harinya...

wassalam

wassalam

Tuesday, October 19, 2010

Salam Rabu

assalamualaikum

....cuaca masih panas membara walaupun hujan lebat pagi semalam namun bahangnya hingga ke malam....rumah bagaikan sauna dan pasangkan aircond sekadar meredakan bahang.....waduh waduh waduh....complaint jugak lagi yerk...itulah manusia...tiada pernah redha dengan apa yang datang..mesti dan pasti mahu complaint...hujan salah, panas salah, hujan panas salah, hujan rintik salah semuanya serba salah ekkk....

..panas kali ini memang adalah sedikit extreme dan dari sudut perasaan...panas kali ini seakan akan bukan panas cuaca yang biasa tetapi panas bala....bala kerna apa? lu pk lah sendiri ekk....kehkehkeh....

..yang paling menggerunkan ialah cuaca panas sedangkan ada ramalan cuaca yang mengatakan bahawa angin ribut sudah hampir ke malaysia espcially di sabah dan sarawak.....masih kelian ingat bagaimana tsunami melanda.....yeap....laut surut tetiba sehingga ke tengah laut sampai ikan bergelimpangan di atas pantai ....orangramai turun ke pantai melihatkan fenomena yang tak pernah berlaku ini dan dengan tetiba jugak....ombak ratusan kaki tingginya dengan kekuatan yang menggalahkan engin jet angkasa datang menerkam menghentam apa saja yang berada dilaluannya sehingga menyebabkan mala petaka yang terbesar bagi zaman moden ini....

..adakah panas terik di tengah musim tengkujuh ini adalah permulaan untuk hujan yang teramat lebat....waulahhuaqlam...

satu petanda besar masa tsunami ialah binatang ternakan sudah mula melarikan diri ke tanah tinggi sebelum manusia melakukan yang sama....well, musang yang dah lama tak datang masuk rumah aku pumnyer syiling tetibe datang balik dari semalam.....dan dulu aku pernah cerita bahawa musang musang ini akan hilang dan tetiba datang balik dan selalunya tak lama depa datang balik , selalunya akan berlaku hujan lebat....apprently depa dah balik dah neh....

..satu perkara yang aku takut bila panas terik melanda selepas satu temph hujan berterusan dan kemudian tetiba panas terik itu tamat dengan hujan yang lebat lagi ialah tanah runtuh..tebing yang lembab tetiba kering tapi masih rapuh dan beum sempat settle down tetiba datang hujan lebat balik maka kesudahnya hujan lebat tersebut ialah tanah runtuh....

wokeh....panas atau hujan adalah dari Allah swt jua dan kalau kita umat yang taat dan taqwa maka sepatutnya kita menerima kedua duanya dengan seadanya...

wokeh....lets wait and see...

wassalam

Thursday, October 14, 2010

Salam Jumaat

Assalamualaikum,

..salam Jumaat dan maaf zahir dan batin.....

...after spending days wondering what was about to happen that I kept changing my channel to CNN that eventually the miracle story about the rescue of the 33 miners in Chile could be the news that I was waiting for...i was glued watching the fantastic story of 33 miners trapped some 2200 feet underground for 69 days that eventually hoisted to the surface thorugh some engineering ingenuity...Allahhuakbar.....kalau Allah swt katakan belum sampai ajal, maka 69 hari terperangkap pun masih boleh hidup....it was a great story of human survival instinct and the willingness of the family, the country , the president to continue with the rescue operations when many other countries would have given up hope....chi chi chi le le le adalah equivalent of Malaysia Boleh bila setiap kali survivors keluar dari lubang kecil melalui capsule buatan orang Chile sendiri..

....masa menulis nei masih lagi berlangsung Commonwealth closing ceremony dan surprise surprise surprise....Malaysia dapat tempat ke 7 keseluruhan dengan memungut 12 emas .....with a bit of luck in lawn bowls, archery and cycling, we could have been placed higher in the medal tally....but it was a great Games indeed with so many surprises....Indian atheletics triumph in the track and field was indeed a great surprise ....tapi aku nakal berkata " steroid ker apa depa depa neh sampai boleh lifted performance level secara tetibe?!!"....

BTW, cuaca masih panas giler....sampai ke tulang rasa yer....

...wokeh, dah tengok closing ceremony balik...

have a nice weekend guys...

salam

Monday, October 11, 2010

Salam senin

Assalamualaikum,


….Aku rasa kemalangan maut di sempadan Melaka-Negeri Sembilan di PLUS Highway yang meragut 12 nyawa dan mencederakan 40 lagi yang lain masih menjadi perbualan hangat…bagi aku pulak ianya bukan sekadar perbualan tapi lebih kepada berasa bersyukur sebab aku melalui kawasan kemalangan itu satu 45 minit sebeleum kemalangan tersebut berlaku….pagi ahad aku sudah ke Melaka dan supposed to come back after zohor tapi lepas asar masih di Kota Melaka lagik….so dalam pukul 5.40 baru sampai Ayer Keroh toll……traffic dah mula banyak dah dan somehow kereta ala ala laju belaka…I was driving on the fast lane tapi retreat cepat cepat sebab melihatkan kereta macam laju semacam petang ini….aku reached Port Dickson/Seremban exit dalam pukul 6.10pm untuk keluar ikut LEKAS highway….aku tak tahu langsung pasal accident tuh berlaku pukul 6.40pm until aku dengar dalam radio untuk ke office pagi neh…innalillah.. semoga saudara seagama ku yang terkorban dalam tragedy jalanraya ini akan mendapat keredhaan Allah swt dan takziah kepada semua keluarga yang terkorban….


…memang menggigil jugak bila aku baca kisah kemalangan ini sebab aku pun ala ala terlaju jugak pada mulanya tapi lepas tu aku terfikir” it is not worth it” dan aku terus slow kan kereta dan masuk lane tengah aja with occasional acceleration untuk maintain pace…ngigil memikirkan yang Allah swt masih sayang jugak bagi panjang umur sebab I could be one of them kalau aku lambat sikit aja…katalah aku decide nak berhenti kat R&R Ayer Keroh dan take a break maybe I could reached the accident area around the time it occurred…lahaulawalla..


BTW, Melaka quite impressive yer….tahniah kerajaan negeri Melaka sebab I thought their plan to make Melaka a tourist attraction really reaching its goal…Melaka ala ala happening habis dan aku sempat naik river cruise and found the experience very rewarding….

wokeh...tengah tengok commonwealth game neh tapi mata dah tak boleh bukak dah...



wassalam

Sunday, October 10, 2010

Salam 10/10/10

Salam

...aku tetibe sedar tarikh hari ini ialah 10/10/10....cantikkkk.....tahun depan ada pulak 1/1/11....sexy tuh.....kalau panjang umur nantik 1/5/15 or 2/2/22..3/3/33....4/4/44...ermmm..pastu 5/5/55 ..tapi kalau 5/5/55 aku masih hidup....kalau aku hapdet blog pun, cucu kowang lar yang baca ..kehkehkeh...

...10/10/10 ala ala perfect ten or Bo Derek....mandangkan Bo Derek tuh bukan zaman aku maka Perfect ten zaman aku ialah jennifer gardner..fuhhh....or Angelina A/P Jolie or Jlo...

...leka juga aku tengok Commonwealth Games kat New Delhi tapi ntah ngapa kejap kejpa aku bukan CNN channel sebab aku rasa macam ada big news or something big or tragic about to happen..alhamdullilah so far tak der apa apa berita yang menggemparkan...

....it was amazing to watch the African contingents in the track and field event walaupun aku agak sedih bila archery berkumpulan untuk lelaki kita kalah dengan australia..but i saw part of the badminton team winning the gold medals....pelumba basikal malaysia pun agak disappointing masa aku menonton depa secara live but otherwise tiada sesuatu kemenangan atau peristiwa besar yang berlaku di new delhi so far...

...alhamdulillah...dengan izin Allah swt kereta aku dah pulang dan after 2 days nampak yer macam dah ok dah....hati aku pun lega dan walaupun poke aku bocor namun tidak lah kos yer seperti yang di gembar gemburkan....it was quite a big amount for my standard but looking at the extend of the damaged, i reckon the charge was acceptable....tapi walau cemana pun, luka dah ilang tapi parutnya masih ada ...rasa hesitant untuk bawak cam biasa or macam overly careful pun ada bila bawak kete nei...mungkin early days kot...

wokeh..tomorrow another busy day for me and need to get some sleep now...

have agreat week ahead yer...

wassalam

Thursday, October 07, 2010

Salam Jumaat - so near yet so far

Assalamualaikum,

saja aja hapdet entry sebab nak mengucapakan Salam Jumaat dan maaf zahir dan batin...

kalau entry aku semalam Never Too Late maka hari ini entry bertajuk So Near Yet So Far....

ha'ah kan...beberapa kali dalam hidup kita bila kita seakan akan sudah mencapai impian atau harapan bila ianya tetibe pergi begitu sahaja walaupun sesuatu benda atau perkara itu seperti sudah dalam genggaman....manusia bisa merancang namun Allah swt jua yang menentukan segalanya...

..beberapa bulan lepas aku bercerita pasal 2nd chance in life dan sebenarnya aku sudah seperti benar benar akan memulakan kehidupan baru jauh dari KL ...2nd chance kerana aku masih merasakan kehidupan aku di terengganu dulu sebagai sesuatu yang indah dalam perjalanan hidup aku....so bila peluang untuk memulakan satu kehidupan baru seperti di terengganu ini bagaikan sudah menjadik kenyataan , maka aku merasakan ianya sebagai 2nd chance untuk aku....

...lama jugak aku frust nonggeng bila ianya tidak menjadi kenyataan namun aku redha dengan ketentuan Allah swt yang lebih tahu apa yang baik untuk hambaNya....namun sebagai manusia biasa, aku ala ala tergolek dog jugak lar frust sebab aku dah macam ala ala confident abih aku dapat sebab aku merasakan everything went as planned dan aku pun dah mula kerek kat opis sebab kire nak say goodbye lar kata kan kan kan....

..namun tiada siapa yang tahu pasal perancangan aku nei not even my mother or my housemates....so bila ianya tak jadik, aku nonggeng sowang aja lah.....hehehehe...

the intended 'hijrah' was not about money but more about moving to a new place that is alien to me ...i wanted a freah start and a new challenge ....career wise, it was not even a career development but i was so excited about going to a place that i thought i could start anew....

i was already looking for house to stay and already in contact with some friends in this island .....aku dah prepare dah apa nak cakap kat boss aku bila nak serve notice of termination and so forth...ahaks ahaks ahaks.....it was that close to reality....aku pun dah fikir dah cemana nak kasik tau mummy aku yang aku nak pergi seberang laut( dah pulau, kalau tak seberang laut bukan lar pulau ekk..lain lar pulau carey...kehkehkeh)....

it was so near yet so far bila eventually i have to come to term that it was not meant to be....sedih jugak pada mula yer sebab aku pandai pandai get excited tak menentu....but despite knowing the fact that the move would never happened, aku still habour that little bit of miracle that somehow it will eventually materialise....

..the most difficult part was having to continue working at my current place bila at one time aku dah ala ala kemas barang dalam bilik dan carik kotak bagai..ahaks ahaks ahaks.....adoi.....

but for a good one month aku setiap hari google the island for more info about life there dan aku dah hafal dah semua tempat, pulau berdekatan , plane schedule and so forth.....it sound funny now but at that time it was serious business to me....hehehehe....

So near yet so far and though the island was practically very far, it sounds very near to home....

perhaps the fact that I am writing about this experience meaning that i still could not get over the fact that it is all over....waduh waduh...ala ala angau wa tuh

seriously, kalau aku dapat duit terpijak kat mana mana in the next couple of days, I sure heboh beli tiket pergi pulau tuh untuk lepas kan geram dan dendam aku..ahaks ahaks ahaks...memandangkan duit terpijak adalah macam duit jatuh dari langit jugak...so biarlah geram dan dendam tersebut menjadi hiburan untuk aku takala aku boring.....it was a dream move kalau mende itu jadik...huhuhu....

..ermmm duit terpijak ntah kemana tapi yang sure duit aku hancur lebur jadik debu sebab kereta ...hehehehe....redha aja

but then again ..Never Too Late kan kan kan.....

wokeh kengkawan....have a nice weekend and take care yeah....

So near yet so far
aku frust noggeng kat atas sofa
Never too late and never give-up
walaupun aku hampir mabuk minum 7-UP
It is what it is
teruk jugak aku menangis
life is too short to be miserable
so let enjoy life while we are still able


wokeh

wassalam

Wednesday, October 06, 2010

Never Too Late

Salam,

Tak hilang penat berleter pasal perokok di victimized ..tup tup..aku beli rokok kasik 10 henget, tunggu nak dapat balance...last last mamat nei kata rokok dah naik dah...mak oiii....sekotak rokok 20 batang sekarang berharga RM 10 !!..sebatang 50 sen!!...ikut hati memang aku nak berhenti dan dan nei gaks....tapi bak kata pepatah malay..'ikut hati mati'...so aku yang sangat cintakan pepatah malay telah decided untuk tidak mengikut hati dan perasaan....kehkehkeh...

wokeh....lets get back to the tajuk di atas...

Sedap ekk tajuk entry kali nei kalau buat tajuk film…..tajuk aku ini sebenarnya prompted by the news on the Engalnd call-up for Bolton’s captain Kevin Davies….kehkehkeh….pada umur 33 tahun, Kevin davies baru mendapat panggilan pertama untuk mewakili England at full international level…

..bila news ini keluar aku , mulut aku ternganga kerna I have been telling people that Davies deserves to be given his chance at international stage….sebagaimana raya raya sebelum nei, raya tahun ini pun aku menjadi bahan ketawa sedara mara bila cerita pasal bola sebab sokong Bolton….kehkehkeh..aku pun layan aja dan yang best yer aku akan sakat depa dan kata Davies ini is the best striker in England dan sebagainya…..house mate aku lah yang paling suka mengggelak kan aku bila cerita pasal Kevin Davies neh….tetapi semalam, I had the last laugh..prediction aku menjadi kenyataan dan walaupun aku buat prediction sebab nak sakit kan hati orang, tapi puas jugak lar hati aku…kehkehkeh…..now, untuk menambahkan sakit hati orang, aku nak predict that Davies akan score hattrick on is England debut and made captain selepas Gerard and Ferdinand injured during the gane…ahaks ahaks ahaks…


So berbalik pada tajuk kita tadik, kes Kevin Davies ini membuktikan bahawa it is never too late to achieve our dream or ambition…umur bukan penghalang kerana bila Allah swt berfirman ‘ Kun faya kun” maka jadi lah ia…..dan yang laing bestnya, Allah memilih siapa diantara umatnya untuk diberi kan kejayaan samada sebagai rahmat atau dugaan…so janganlah bila tengok ada sedara mara kita yang macam penyangak dan langsung tak kisah soal halal haram tapi hidup mewah giler ..sebab itu adalah ketentuan Allah swt untuk depa samada sebagai rahmat atau dugaan…..sama jugak jangan risau melihatkan sedara mara kita yang cukup cukup baik ..dari bini sampai ke anak semuanya ala ala tertib sopan dan alim gituh..tapi hidup depa macam melarat sikit….susahnya hidup depa di mata kita tetapi mungkin mereka lebih bahagia dan seronok kehidupan depa dari kita sebab Allah swt juga member dugaan dan kesempitan kepada umat Nya untuk menaikkan mertabat mereka…kita hanya perlu melihat diri kita dan berdoa agar diberi rahmat Allah swt untuk kebaikan dunia dan akhirat….



Berbalik kepada Kevin Davies, karier bola dia penuh dengan turun naik…pada remaja nya beliau decide untuk pergi joined team yang bawahan iaitu Chesterfield walaupun dia sokong Sheffield United iaitu sebuah kelab besar satu masa dulu….tetapi sebab dia pergi kelab kecik the lower league, beliau mendapat peluang untuk breakthrough the 1st team lebih awal dan beliau menyerlah di Chesterfield sehingga di beli oleh Southampton di division1 1, beliau meletup lagi di Southampton sehingga beliau dibeli dengan harga yang malah oleh Blackburn ( masa tuh baru dinobatkan sebagai juara EPL yang pertama)..suddenly he was seen as the next Alan Shearer…tetapi dia tak Berjaya materialize his enormous potential..



He drifted away from the limelight almost almost forgotten player until Big Sam took him under his wing at Bolton….lepas tuh barulah nama Kevin Davies dikenali semula tetapi lebih kepada seorang pemain yang keras corak pemainana beliau dan bukan pulak ddianggap as natural goalscorer…despite playing at the top level for Bolton for the last 10 years, he was never considered as the ‘superstar’ but highly respected by his fellow professional…..so bila news about his England call-up was announced, there were mixed reactions to this news but everyone agreed that it was deserving one for this great old pro….



So…it is not too late yeah…Nabi Muhammad saw juga menjadi Rasul pada umur 40…..kita semua kat haloland neh semuanya masih teenagers..so masa masih bersama kita…..



My own personal Never-Too-Late wish list..



1) Naik Haji

2) Jadi senang – sebut kaya kang macam lupa diri plaks

3) Hafal Al-Quran dan pandai tafsir

4) Jadik pramugara dengan pilot sekali ( maksudnya bila plane on auto-pilot, wa gei jadik pramugara..hehehe)

5) Pergi round the world – dream aku – London, Hawaii, Tasmania, Chicago, Madagascar, kashmir, mesir dan sebuah tempat dalam siri Jejak Rasul..

6) Jadik coach bola Malaysia untuk membawa Malaysia masuk World Cup

7) Buat lagu duet dengan Farah AF2 , Nija AF1 dan Ekin AF3…uhuks uhuks uhuks

8) Nak kereta elok sikit lar kan…mercedes ker…

9) Nak kuruskan badan supaya dari belakang orang cakap…mamat nei isap dadah ker…

10) Basikal racing…dari kecik aku nak basikal racing tak dapat dapat jugak..

11) bertemu secara physical Malam lailatulqadar

12) berhenti merokok


salam

Monday, October 04, 2010

Syawal di penghujung...Selamatkan penunggang Motorsikal

Assalamualaikum,

..aku rasa baru sangat menanti kedatangan Ramadan , roper yer hari khamis ini dah berakhir Syawal....how fast time flies bila kita banyak benda ada dalam kepala.....

...bila baca kisah Jane accident dalam halo lepas, maka aku teringat dalam pukul 3.00pm tadi bila kereta kereta tetiba terberhenti di tengah highway ..lebih 100 meter dihadapan roper roper yer terbujur satu jasad ditengah jalan dengan motosikal bergelimpang ....tubuh sudah kaku dalam kedudukan seorang yang tidur melingkup ....seorang anak muda di dalam 20an....innalillah....semalam walaupun aku tak nampak tubuh penunggang yer, tapi motor sudah remuk giler yang memungkinkan kecederaan parah kalau tidak kematian...terlalu banyak kes kes kemalangan maut melibatkan motorsikal sehingga membawa motorsikal ibarat cubaan membunuh diri....ramai orang kata penghisap rokok adalah tabiat membunuh diri tapi aku rasa lebih ramai orang mati sebab naik motor dari orang mati sebab kesan merokok...malah aku rasa ratio orang mati naik motor adalah lebih tinggi dari orang mati sebab hisap dadah...

..dikeliling aku sendiri, ada teman, jiran, sedara mara yang mati sebab accident naik motor dan semua kisah kematian mereka teramat trajis...ada teman office dan jiran di rumah yang meninggal accident motor ketika pulang kerja untuk mengejar buka puasa di bulan Ramadan...kedua dua mereka mempunyai anak yang sedang bersekolah...obviously depa bukan kaki rempit buat pacak tengah jalan ....

..aku berpendapat suasana jalanraya di malaysia tidak condusive untuk mereka yang bermotosikal....sikap pembawa motor yang tidak hormat pada peraturan jalanraya juga adalah penyebabnya jugak....sikap pembawa kereta atau lori yang tidak langsung memberi'benefit of the doubt' kepada penunggang motorsikal juga adalah antara punca utama....

..namun kita semua agak redha dan selesa dengan keadaan ini sehingga kematian akibat accident motorsikal sudah dianggap seperti sebahagian dari budaya 'Truly Asia' di Malaysia....tiada satu bentuk undang undang digubal untuk 'ban' motorsikal walaupun macam macam undang undang dibuat untuk perokok susah untuk merokok.....

...semalam aku dengar di radio bahawa di Kedah, perokok tidak layak atau berpeluang menjadi 'pekerja cemerlang' walaupun di tidak rasuah, dia ikut undang undang kerja dan dia yang paling mahir dengan tugas beliau!!....maksudnya seorang kaki minum arak, yang malas tapi pandai bodek dan kuat rasuah akan layak untuk mendapat 'pekerja cemerlang' kerana dia tidak merokok?!!...tahap orang ramai menghina penghisap rokok sudah mencapai peringkat stupidity of the highest order...

sekarang aku tunggu mana parti politik yang berani buat kempen " Kami Tak Mau Undi Depa Yang Merokok".....malangnya bila sampai kepada kepentingan politik, undi perokok nak pulak....

bayangkan kalau tenaga dan semangat mereka ditumpukan kepada cara cara untuk menggurangkan penggunaan motorsikal dijalanraya atau bagaimana nak melindungi pembawa motorsikal, mungkin banyak nyawa dapat diselamatkan ( i am talking from safety point of view dan bukan melawan qada dan qadar Allah swt)....

..aku tiada statistic tetapi lebih ramai orang di Malaysia yang mati sebab accident motorsikal dalam setahun daripada orang palestine mati kerana dibunuh tentera zionist dalam tempoh sepuluh tahun....atau ramai lagi orang di malaysia mati naik motor dibanding dengan mati naik kapalterbang semenjak merdeka,.....sedangkan kapalterbang dianggap sebagai kenderaan berisiko tinggi....

..sudah tiba masanya mereka mereka yang benci kepada perokok untuk sayang kepada penunggang motorsikal kerana penunggang motorsikal juga rakyat yang berhak untuk dilindungi.....

....sebagai contoh....motosikal perlu diberi zon tertentu...

a) zon setempat...maksudnya untuk dalam kampus atau dalam kawasan yang tertentu seperti dalam kawasan felda dan sebagainya

b) zon dwi tempat..maksudnya boleh digunakan untuk jalanraya persekutuan tetapi tidak dalam highway..

c) zon negeri....boleh dibawa untuk negeri tersebut sahaja....( untuk menggelak pengguna bawa motor bekerja dari Seremban ke KL atau dari Tanjung malaim ke KL atau balik raya naik motor dari johor ke perlis )

d) zon bebas....motor berkuasa tinggi yang mempunyai ciri ciri keselamatan yang diakui

e) had umur membawa motorsikal

mungkin sistem zoning ini menyusahkan mereka yang berpendapatan rendah tetapi dari sudut mencegah, ianya boleh menggurangkan tragedi kematian penunggang motosikal, insyaallah...

salam