Monday, August 12, 2013

Selamat Hari Raya 2013

Salam,
 
Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin pada semua halolanders dan semoga Syawal ini membawa kebahagiaan kepada kita semua….Ramadan telah pergi namun diharaplaj semengat Ramadan itu tidak akan hilang sehingga Ramadan yang akan datang, insyaallah…
 
….mungkin Raya aku kali ini agak kurang ceria kerana mungkin separuh Ramadan aku tidak di sini dan aku juga masih berasa kurang sihat….3 hari sebelum raya akn diserang batu karang dan terasa amat sakit sekali tapi lepas ke klinik rasa ada lega…….aku masih lagi tidak dapat tidur malam semenjak pulang dan walaupun doctor kata proses perubahan tempat itu boleh mengganggu kita selama 8 ke 10 hari namun aku dah dua minggu masih lagi tak boleh tidur malam tapi berdengkur masa siang….inilah salah satu sebab utama aku tak berapa beraya kerana aku lebih kena mamai waktu siang….
 
..hari ini aku bekerja dan rasa mamai masih ada tapi aku lawan kan jugak namun masih lengang opis aku neh…
 
…mungkin aku masih belum puas menikmati memori di eropah dan masih terbaynag bayang tempat tempat yang dilawati…..aku rasa aku nak berjalan lebih jauh dan lebih kerap…..walaupun aku tatau lagi mana nak carik punca nak jenjalan neh namun aku sedar kalau rezeki itu datang, ianya akan datang, kalau tidak tidak lah gamak yer…..waulahhuaqlam…..
 
…semasa di UK, aku juga terfikir untuk kembai semula belajar atau melanjutkan pelajaran…..kalau sebelum nei the notion of me going back to the lecture room is something unthinkable, now I am more receptive of that idea…..ini mungkin jalan keluar untuk aku merubah career dan juga untuk aku berjalan lebih jauh…..
 
….aku juga sekarang ini yang masih terkenang kenang  apa yang aku lalui di sana membuat aku appreciate apa yang kita ada hari ini di Negara ini…..mungkin kita tak for granted azan yang berkemundang atau makanan halal yang ada atau tempat sembahyang di tempat awam…tapi kalau kita tak jaga dan hargai benda nei, mungkin ianya akan hilang dari kita….bertemu dengan Algerian yang menetap di Paris dan bagaimana beliau meluahkan rasa bangga dengan Malaysia dan berkata betapa bertuah yer orang Islam di Malaysia…..
 
...wokeh , walaupun raya di haloland dah tak se happening dulu, namun aku tidak akan lupakan saat saat indah open house haloland dulu dulu….hehehehe…..kelakar giler dan rasa cam kanak kanak riang  tapi those were moment that came and gone but will nt be forgotten, insyaalllah..
 
salam
 
..
 
 

Thursday, August 01, 2013

Balik dah.....best giler

Salam,
 
Alhamdullilah , I am back home in one piece……..balik balik airport dah dengar lagu raya, strange feeling indeed sebab di perantauan rasa Ramadan itu samar samar apatah lagi rasa beraya….puasa masa musim panas selama 19 jam satu hari dalam keadaan eropah mengalami heatwave paling teruk adalah sangat sangat mencabar, aku failed dugaan ini kerana terpaksa berbuka puasa beberapa kali walaupun sudah lebih separuh perjalanan kerana dehydration…panas menjadi terlalu layu dan seolah olah nak mengalami heat stroke dengan mata tetiba tetutup dan terasa macam melayang layang….memang panas giler dan dah terasa remaja ku semakin pudar …kehkehkeh….kalau dulu dulu, boleh puasa sambil training bola, sekarang nei sekadar panas terik aku sudah tak mampu bertahan berpuasa……nasib baik lah ada jugak status ‘musafir’ yang membantu….
 
Otherwise, it was a great adventure ..my first time in Europe , walaupun rasa macam pergi afrika, tapi sampai lah jugak hayat untuk menyaksikan housemate wa punyer convocation di tengah Bandar London…..kalau lah bukan kerana summer merupakan musim pelancung berhimpun di London, aku rasa macam aku di Calcutta sebab pusing kiri, pusing kanan, yang ramai adalah depa depa dari Indian sub-continent, driver bus or taxi, yang jadik sales girl kat shopping area, yang meniaga tepi jalan , semua yer puak puak depa….hanya bila keluar dari London aku merasakan aku di Negara yang sepatutnya di diami oleh omputih…..sama jugak masa di Amsterdam dan Paris, ramai betul orang dari afrika utara , notably Algerian and Morrocon yang merata rata…..
 
Lagi satu yang nyata dan agak membanggakan betapa orang Malaysia diraikan di mana saja aku pergi…..semuanya ingin berkenalan apabila tau kita dari Malaysia dan ramai pulak yang berbahasa malay ala kadar untuk menunjukkan depa kenal Malaysia atau telah pernah sampai ke Malaysia…keadaan ini berlaku dari London hinggalah ke paris…mungkin di Amsterdam aku tak pelik kerana pengaruh Indonesia di bumi Belanda ini agak luas…
 
…..memandangkan adventure aku nei ala ala budget gitu , so aku naik train, bas dari satu destinasi ke satu destinasi…..banyak aku pelajari dalam tempoh 2 minggu di perantauan and I would like to belive that I came back more aware about people and human behavior…..
 
…pengalaman masuk stadium Anfield amat ‘awesome’ sekali dan aku sempat singgah pasukan kesayangan aku Bolton dan singgah di Old Trafford dan Etihad Stadium walaupun dah agak lewat malam….di Manchester pulak penuh dengan arab dan kedai kedai makan halal tak der masalah langsung….aku jugak singgah di Porstnouth dan beberapa tempat yang aku kenali kerana minat aku pada English football….webley stadium nampoak dari jauh aja tapi yang kelakar, aku tak sempat singgah satu stadium pun semasa di London……yang pelik yer, kalau di Malaysia, stadium utama boleh kita lihat dari berbatu juah yer tapi kalau macam Anfield, stadium ini terletak dicelah celah kawasan perumahan dan bila masuk belok rumah orang baru nampak stadium…..aku sewa kerata untuk ke sana sini di UK dan merasa jugak sahur di R&R yang depa panggil service sentre..singgah sembahyang di masjid di Bolton dan Portsmouth da nada jugak sembahyang ditepi kereta kat car park sebab dan tatau nak carik masjid….ini semua pengalaman yang membuat aku appreciate apa yang kita ada di Negara kita sendiri…….tapi sempat pergi Buckingham Palace, Big Ben, London tower, trafakgar square, Piccadilly dan sebagai yer walaupun aku tak ikut housemate yang lain yang pergi tengok Harry Porter ….shopping ala ala kadar aja asal jangan tidak walaupun ada jgak berhenti fi factory outlet di Portsmouth dan Chesire Oak di Liverpool….di Porstmouth aku dapat merasakan sebentar bagaimana cuaca ditepi pantai berubah sejuk dan ala excited gitu…..begitu jugak semasa di Bolton dan dekat senja tetibe udara menjadi sejuk giler tapi masuk London aja, panas giler babun….
 
Kemudian ke Amsterdam melalui Luton airport dan di Amsterdam memang rasa tenang, walaupun masih panas tapi suasana tidak lah heboh …..naik boat melalui canal hingga ker harbor memang menarik sekali dan lepas tu aku tak sangguo nak pergi ke Red light street sebab Ramadan, keluar naik bas ke kawasan luar Bandar untuk tengok windmills dank at sini cuaca agak dingin…..tak banyak yang hendak disinggahkan di sini dan ianya tempat aku berehat lepas penat di London…apartment yang kami sewa pun amat selesa untuk melepak…..
 
..dari Amsterdam ambik train ke Paris melalui Belgium dan tran berhenti di Brussel dalam 10  minit dan aku dapat turun untuk pijak bumi Belgium neh so technically aku dah sampai Belgium dah…..perjalanan dar Amsterdam ke paris selama 3 jam dan sampai di paris cuaca panas menggila giler…..siut punyer panas wa cakap lu beb…..di paris kemampuan physical aku dah sampai peringkat aku dah tak larat dah…..kaki, sendi sendi semua dah sakit banget tapi aku gagah jugak lah pergi Eiffel Tower, naik boat punsing paris, gei Disneyland Paris…..nama aja aku gei Disneyland tapi satu hampah game pun aku tak main sebab aku dah terlalu penat…..tapi aku sempat tunggu sampai pukul 11 malam tengok firworks and special show …memang best giler tapi yang kelakar yer, baru 10 minit show bermula, hujan lembat turun punyer lar dasat …dah berlari pulak take cover…tapi show diteruskan dan memang laser show citer citer Disney yang legendary tuh sungguh menakjubkan….3rd day naik bas dari Paris balik ke London dan ingatkan naik ferry to cross the English channel tapi roper yer masuk Eurotunnel…merasa lah aku naik bas yang masuk dalam gerabak keretapi dan lalu bawah laut…
 
..back to Lomdon for a day before leaving for Malaysia……adventure aku tak lah glamour memandang budget pun ciput tapi adalah lebih baik untuk aku keluar dari UK sebab cost di UK tinggi dan walaupun aku still spend the same amount of money, tapi euro dollar membolahkan aku untuk melawat Amsterdam dan Paris…..
 
…..tapi kalau cuaca tak panas sangat dan bukan bulan Ramadan…mungkin lagi panjang akala aku masa kat sana….
 
..wokeh itu aja catatan perantauan aku neh……
 
Salam dan selamat melalui hujung hujung Ramadan yang paling mengasyik kan…appreciate lah suasana Ramadan di Negara ini kerana kalau tak di jaga ianya mungkin boleh saja hilang begitu saja….
 
Salam 23 Ramadan dan carik lah Lailatulqadar…