Saturday, April 30, 2005

Kisah Sayyidina Umar dan anak beliau disangkal...menarik untuk dianalisa..

assalamualaikum,

..pada hari Rabu yang baru lepas aku ada published kisah perlaksanaan Hudud melalui kisah sayyidina Umar dengan anaknya....kisah yang sedih dan menyayat hati itu amat menyedarkan diri....tetapi hari ini aku baca satu komen dari pembaca di Forum Gerak Reformasi yang dispute the authenticity of the of the kisah .....so , please read the following comment which I strongly believe was written without any intention to make mockery of Hudud but more of his intention to ensure the good name of the Khulafa-ar -rasyidin remain intact and not to be tainted by people with malicious intention to discredit sayyidina Umar .....BTW, comment Ilham di bawah article ini....

Anonymous
Re: Tazkirah Pagi Jumaat:
Fri Apr 29, 2005 11:43am
170.38.99.56

Saya tertarik dengan hikayat yang diambil dari Jabatan Mufti Brunai,Saya ada membaca cerita ini dahulu di dalam Majalah Peristiwa pada tahun 1995.

Cerita ini kemudiannya diselidiki oleh Ustaz Asri Yusuf, seorang ustaz di kelantan yang mendalami bahasa Parsi, Urdu, bahas arab dan Bahasa Inggeris dan beliau suka mengkaji sejarah islam sama ada riwayatnya betul shahih atau ditokok tambah oleh musuh islam.

Hasil kajian beliau, cerita ini adalah rekaan daripada musuh islam untuk memburuk-burukkan peribadi saidina umar yang tak pandai mendidik anak sehingga boleh minum arak sedangkan arak telah diharamkan oleh islam dgn jelas sejak zaman rasulullah lagiSecara zahirnya nampak memuji Umar tetapi secara dalamnya menghina umar.....Keduanya, Kenapa perempuan itu mengadu bila dah lahir anak, kenapa tidak mengadu selepas peristiwa perkosaan itu, bagaimana masyarakat boleh mendiamkan diri, bagaimana keluarga mangsa boleh mendiamkan diri begitu lama, 9 bulan lamanya.......Takkan penghamilannya tidak disedari oleh masyarakat yang dibawah keadilan pemerintahan Umar.

Kasarnya umar bila memanggil nama perempuan itu "jariah", sesiapa yang tahu bahasa arab akan faham bahawa jariah bukan panggilan kepada anak perempuan.,!!!!Umar digambarkan oleh cerita itu sebagai insan yang tiada undang-undang dan mengikut nafsu ammarahnya apabila terus menghukum anaknya tanpa mengadakan perbicaraan.Lepas itu, menyuruh hambanya memukul anaknya dan memerdekakan hambanya....... mana mahkamah di zaman umar sedang jika kita membaca buku mengenai umar, terdapat bahawa umarlah insan yang banyak membangunkan masyarakat islam dgn undang-undang yang hingga kini dipakai.Last sekali cerita ini cuba diteguhkan dgn mimpi ibnu abbas........ mana sanad dan mathan mimpi ibnu abbas ini, kenapa ulamak muktabar tidak meriwayatkan tentang mimpi ibnu abbas ini di dalm penulisan mereka........

Kata Ustaz Asri lagi, KITA PERLU BERHATI-HATI DENGAN CERITA MUSUH ALLAH DI DALAM SEJARAH UNTUK MEMUSNAHKAN KEPERIBADIAN SAHABAT DENGAN SEMANGAT UNTUK MEMUSNAHKAN KEPERCAYAAN KEPADA RASULULLAH KERANA SAHABAT ADALAH OUTPUT YANG DIHASILKAN MELALUI PENTARBIYYAHAN YANG UNGGUL DARI BAGINDA......

ilham's comment :

.....penulis di atas telah menggunakan kajian Ustaz Asri untik 'dispute' kesahihan cerita di atas dan dalam banyak tempat, hujahan ustaz Asri itu ada kebenarannya.....

1) persoalaannya sekarang ..adakah tidak logik anak seorang Pemimpin Besar Islam berkelakuan begitu??...sedangkan kisah Nabi nabi besar sebelum ini menunjukkan anak anak atau isteri mereka tidak beriman pada Allah swt seperti kisah nabi Noh, Nabi Lut dan Nabi Adam...adakah dengan menyatakan anak sayyidina Umar melakukan maksiat menjatuhkan maruah sayyidina Umar???.....

2) Bukan kah kisah ini sebenarnya menaikkan lagi martabat sayyidina Umar sebagai pemimpin yang adil ??....dari pandangan aku ianya menaikkan mertabat sayyidina Umar walaupun aku tak menafikan aku rasa janggal membaca kali pertama bahawa anak sayyidina Umar berkelakuan begitu...

3) tetapi aku juga runsing sekiranya kisah ini merupakan kisah yang tidak benar...ianya memberi ruang lagi kepada mereka yang menyangkal kesahihan hadis hadis Rasullulah dengan menyatakan kalu kisah khulafa-ar-rasyidin yang lebih terkemudian dari hadis hadis Rasullulah boleh di 'tipu', mengapa tidak hadis hadis Rasullulah itu sendiri juga telah diputabelitkan oleh mereka yang memusuhi Rassullah saw dan Islam in general....

4) Tetapi yang penting komen Ustaz Asri yang mempersoalkan jangkamasa/period si perempuan tadi membuat pengaduan , perbicaraan singkat oleh sayyidina Umar dan sanad mimpi ibnu abbas....atas dasar 3 perkara ini , aku secara peribadi boleh menerima pendapat ustaz Asri ini bahawa kisah ini tidak terbukti kesahihannya atau pun tidak benar sama sekali.....

5) Apa apa pun, tujuan aku publish cerita asal untuk kebaikan ummah dan tujuan aku menerima pendapat ustaz asri pun untuk kebaikan ummah juga.....yang baik dari Allah dan yang tak baik itu dari Ilham....

6) tapi aku berharaplah sangatlah badan badan yang agama dan juga Akademi Islam universiti malaya atau universiti Islam ( maksud aku pusat sumber pengetahuan dan ilmu Islam) membuat penyelidikan terperinci supaya niat baik dari kisah ini di salahertikan yang atau merupakan senjata tersirat untuk menjatuhkan sahabat sahabat rasul ......

..apa apa pun, menerima atau menolak cerita diatas tidak merosakkan akidah kerana ianya bukan ayat Al-Quran atau pun hadis Rasullulah saw....waulahhuaqlam...walaubagaimanapun, aku akan delete entry aku hari rabu tersebut pada Isnin depan atas dasar kesahihan cerita tidak dapat di tentukan....meanwhile , bacalah untuk baca tujuan penganalisaan....

Syazliana dipilih ke AF3 ???!!!

Assalamualikum,

...frankly aku tak kenak siapa Syazliana nei...tapi last nite masa aku tengok re-run Konsert Akademi Fantasia ke 7 @ channel 15 , aku terbaca banyak lah komen pasal kemungkinan si Syazliana nei masuk AF3..samada patut atau adil dan sebagainya ......

..so pagi nei aku buat google serach dah baru lah aku tau yang si Syazliana nei sebenarnya artis dan dah ada 3 album dan pernah lagu dia masuk Final Juara Lagu dan juga anak didik Pak Ngah...apparently dia nei kata dia pergi ke audition AF untuk menimba pengalaman dan suka suka...dia kata dia dah di shorlisted dan menunggu keputusan ?!!!!...

.. aku punyer spontaneous reaction was " aperkajad nak masuk AF lagi kalau dah jadi artis ?" ahaks ahaks ahaks...lepas tu aku terfikir plak.....apakerjadah digelar artis kalau tak siapa kenal kan kan kan!!!!heheehee.....okkelah, mengikut kata minah nei dia berterus terang dalam borang yang dia isi dan dia rasa dia perlu belajar lagi...errmmmm now, persoalannya, adakah seseorang yang ada album itu tak boleh masuk AF3 or seseorang yang ada dah ada singing career tak boleh masuk AF???...well, zahid dikatakan ada masuk studio dan labum tak release sebelum dia masuk AF...begitu juga azizi yang jua penyanyi kelab malam sebelum dia masuk AF..infact Jac launch album sebelum Final 12 malaysian idol......atas dasar ini, maka tak salah syazliana nei masuk AF....huhuhu....

..lepas tu aku terfikir , tak ker recording company dia tak kisah penyanyi under depa punyer label masuk AF sebab nak belajar lagi, sedangkan itu adalah tanggunjawab recording company tersebut???!!!!..tak kan pak ngah tak rasa tercabar bahawa anak didik dia rasa dia belum cukup pandai..kalau belum cukup pandai apasal pak ngah kasi bikin album ???!!!!....

so, aku pun termenung sat....ermmmm...terlalu banyak persoalan yang membuatkan aku terfikir bahawa ini buat perbuatan spontan si syazliana!!!!......maksud aku , seorang yang waras tidak akan bertindak sewenang wenang yer begini...imagine kalau dia pergi audition dan tak lepas level pertama, tak ker malu giler muka dia keluar TV pagipagi bila audition yang diulang tiapa tiap hari dan dia sebagai artis tak lepas level vocal pun...so the risk yang dia ambik itu terlalu tinggi untuk difikirkan bahawa action si syazliana ini adalah decision dia sendiri...

...lalu aku pun terfikirlah begini...

1) Teori satu

...syazliana adalah artis upahan yang di hire oleh astro untuk create controversy sebelum AF3 bermula...controversy ini untuk gauge kekuatan sambutan AF3 ini atau sebagai 'teaser'....kalau ini adalah gimmick yer, maka syazliana ada dipilih dan berita ini disebarkan sehingga menjadi satu isu besar dengan berakhir si syazliana menarik diri pada saat akhir.....tapi by that time, demam AF3 telah dapat dihidupkan even sebelum Tirai AF3.....hehehee

2) Teori Dua

..syazliana akan dipilih untuk menjadi character controversy dalam AF3 yang akan menimbulkan kemarahan dan kebencian tidak sudah dari penonton hingga beliau akan menangis dipentas masa konsert 1 dan 2 nanti......maka reaksi marah nei akan set the tone for AF3...

3) Teori 3

..syazliana akan menjadi bukti Astro bahawa AF3 adalah the cream of the cream of reality TV show sebab artis pun nak masuk dan even artis pun tak tentu berjaya dalam AF....shazliana juga akan menjadi dugaan kepada pengetua baru dan tenaga pengajar bagaimana nak menggajar penyanyi yang sidah ada asas dan exposure menyanyi....atas dasar ini, aku tak terperanjat kalau finalist Malaysian idol tahun lepas ( budak penang tu) juga dipilih untuk sessi AF kali ini??!!!...

4) Teori 4

..syazliana menjadi umpan Astro untuk peminat sms dari awal lagi untuk student lain supaya menentukan si syazliana ini terkeluar....( please refer to article lepas aku tentang charateristic pelajar AF3)....

5) Teori 5

...syazliana ini akan create sympathy among those yang neutral yang menyebabkan dia kemudiannya perlahan perlahan diminati dan mungkin berjaya yang memboleh kan AF4 nanti merupakan AF untuk artis artis plak ?!!!!! huhuhu...imagine juliana banos dengan sarimah kat kelas tarian pakai sexy beb!!!!!!wa cakap lu beb!!!!!...pas tu si Hans issaac ada telenovel pulak dengan Fasha Sanda !!!!!huhuhu...nangis beb!!!!...huhuhu....

personally, aku tak berapa pekenan si syazliana ini jadi pelajar balik atas dasar you had your chances , so let others have theirs pulak...on the other hand, I would not be that overly surprise if ever Astro were to select her to create instant controversy that will set the emotional tempo from the very beginning....

..so lets wait and see.....apa apa pun Astro...create controversy tu create lar jugak, tapi kalau tahun nei vocal tak diutamakan tapi character or elemen cerita dalam cerita...lambat laun Mentor or Malaysia Idol 2 akan boleh merubah pandangan masyarakat malaysia......so careful with your selection....

Motivasi Jumaat

MEREKA YANG CERDIK IALAH....

Mereka yang cerdik bukanlah mereka yang pandai melepaskan diri dari ditangkap selepas melakukan sesuatu jenayah, bukan juga mereka yang berjaya mendapat 'A' di dalam semua mata pelajaran di dalam sesuatu peperiksaan, bukan juga mereka yang mampu mencipta virus baru yang berjaya merosakkan sistem komputer di seluruh dunia, bukan juga pakar-pakar yang memiliki ijazah kedoktoran di dalam bidang sains tetapi meragui kewujudan Tuhan Pencipta alam dan bukan juga mereka yang berjaya menjadi jutawan serta memiliki seribu satu kesenangan dan kemudahan di muka bumi ini.

Sebaliknya mereka yang cerdik ialah mereka yang sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi akhirat. Nabi s.a.w. telah bersabda:
"Orang yang cerdik lagi berakal ialah mereka yang menghitung diri dan mengawal nafsunya serta beramal untuk persiapan selepas mati. Orang yang lemah ialah mereka yang mengikut hawa nafsunya (di dunia) kemudian mengharap-harapkan kemurahan Allah tanpa beramal salih." (Tarmuzi)

source/rujukan : http:// agamaku.tipod.com ( dengan izin demi perkembangan ilmu )

Friday, April 29, 2005

Diesel tak cukup...analisa Ilham

Assalamualikum,

..atas permintaan antukarma , aku cuba kupus sebab diesel tak cukup ini...

...sebenarnya sebagai sebuah negarar pengeluar petroleum, kekurangan diesel ini dilihat sebagai satu perkara yang agak ajaib......tapi nak kata ajaib tak jugak...satu masa dulu Johor sebagai pengeluar sumber air ke singapura terpaksa mencatu air untuk rakyat Johor sendiri!!!...

..so bila melihat isu diesel tak cukup ini, maka terlintas di kepala Ilham persamaan kes air di Johor dulu.....juga Ilham merujuk kepada kes 'dumping' yang digunakan oleh amerika untuk menjatuhkan harga bijih timah satu masa dulu.... dan teori secara spiritual ilham dan juga teori politik dan business strategy.....hehehe

..Ilham pernah terbaca satu teori tak lama dulu yang mengkaitkan kekurangan diesel dengan kesilapan pihak petronas " forward selling" minyak dalam Futures Market...tujuan menjual kehadapan ini berkaitan dengan keinginan penjual menjual bahan mentah yang ada sekarang untuk masa depan bagi tujuan mendapatkan harga yang dikatakan terbaik pada masa semasa/dijual....jika teori ini betul bermaksud petronas terlah oversold reserve minyak mereka pada satu masa lepas dan sekarang ini menghadapai masalah untuk memenuhi jualan yang terlebih dahulu dilakukan....kemungkinan semasa Amerika menceroboh Iraq, harga minyak melambung, maka petronas menjual kehadapan /forward selling reserve mereka untuk 2 atau 3 tahun kehadapan untuk secure harga yang tinggi pada masa tersebut......

...teori ' dumping' juga boleh digunakan di sini oleh amerika untuk menentukan reserve petroluem mereka cukup untuk 1) mengawal harga minyak bagi kepentingan pengeluaran minyak mereka di texas 11) untuk simpanan reserve bagi menyerang negara negara Islam di middle east di masa terdekat.....

..teori aku yang lain pulak ialah berkemungkinan minyak di terengganu telah tiba tiba kurang setelah um-no menang dengan kontroversi di sana.....semasa kes kerejaan menahan duit royalti petroluem ke terengganu semasa PAS memerintah, ada beberapa orang telah berkata pada aku bahawa jangan terperanjat sekiranya minyak tiba tiba kering atas kehendak Allah swt ....ini pernah berlaku dengan reserve emas di Marang dulu...apabila penduduk Marang ( dibawah jajahan PAS semasa BN/um-no memerintah) mendulang emas di kawasan tersebut maka kawasan itu telah disita oleh kerjaan negeri bagi tujuan menjadikan ianya asset kerajaan dan menjadikan ianya satu perusahaan pengeluaran emas......maka diceritaka pada aku bahawa selepas machinery berjuta juta ringgit dibeli bagi tujuan perusahaan emas, tiba tiba emas hilang entah ke mana.....so kisah benar ini boleh dijadikan iktibar supaya jangan mengambil hak rakyat sebab dalam rakyat itu ada yang yatim piatu dan mengambil hak mereka hanya akan meminta bala yang turun....adakah tsunami lepas telah memberi kesan kepada reserve minyak dalam laut sebagaimana tsunami dikatakan berkemungkinan menyebabakan hidupan laut makin hampir ke kawasan laut cetek seperti yang dilaporkan baru baru ini....tapi teori ini teori spiritual dan orang akhir zaman tak suka dengar teori yang mengaitkan sebab dengan kehendak dan balasan Allah swt....

......diesel juga mungkin kurang sebagai strategi petronas untuk meningkatkan harga diesel dalam pasaran dunia....berkemungkinan petronas mengurangkan pengeluaran minyak untuk menentukan Demand lebih dari Supply yang membolehkan harga minyak naik...ini mungkin strategi negara negara Islam untuk melawan Amerika dan sekutu depa.....

....apa apa pun kekurangan minyak diesel ini adalah satu krisis dan selalu krisis adalah berkaitan dengan politik...adakah krisis ini dibuat oleh musuh politik PakLah untuk make pak lah to look bad di mata rakyat ??!!!!..harus diingat bahawa pengerusi petronas ialah MaMaaK......ahaks ahaks ahaks...so, tidak mustahil kekurangan diesel juga satu jalan politik sementara menunggu perhimpunan um-no sepetember ini!!!! tungguuuuuuuuuuu....

...mungkinkah juga kekurangan diesel ini adalah sebagai jalan kerajaan untuk menyenkang kemasukan kereta kereta yang menggunakan diesel yang boleh menggugat pengeluaran kereta nasional seperti proton dan perodua......harus diingatkan juga penasihat khas proton ialah MaMaK!!! hehehehe....lately, kereta menggunakan diesel seperti Rexton dan KIA Soento telah membuktikan kereta menggunakan diesel bisa menandingi kereta yang menggunakan minyak petrol....so , persepsi pembeli bahawa kereta engin diesel itu underpowered atau bising sudah tidak benar lagi, mungkin proton dan perodua melihat kemasukan kereta diesel sebagai musuh yang paling bahaya dalam survival mereka maka dilakukan masalah pada diesel untuk menyekang development kereta kereta diesel ini....teori saja beb!!!!...

..okke lah,tu saja teori seronok seronok aku, so antukarma, kalau ianya boleh membantu assignment ko, gunakan lah, tapi yang bak "ahaks ahaks" tu, ko delete lar!!! hehehee....

Happy Birthday Babeh!!!

assalamualaikum,

ek eleh..aku baru teringat sat tadi....

..kalau memori aku did not fail me, semalam adalah harijadi ex-aweks aku.....samada ex-aweks aku ingat birthday aku tu lantak lah??!!! ahaks ahaks ahaks....aku ingat sangat tarikh ini sebab ianya dekat dengan Maulidur Rasul......

.....aku rasa aku tak ada kesempatan nak birthday birthday party dengan ex-aweks aku nei masa belajar belajar dulu......tapi aku ingat dia ada bagi aku hadiah birthday aku iaitu Lighter yang ada engrave nama aku!!!....sebagai menghormati hadiah tersebut, aku tak berhenti henti merokok sampai ke hari ini!!!!hehehehe.....okke ex-aweks, semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia dunia dan akhirat....amin 3x......

Thursday, April 28, 2005

Kisah Teladan

Kisah Saidina Umar ra. yang paling menyayat hati

Dilulus terbit pada Wednesday, April 27 @ 08:50:32 MYT oleh LinuxPro

rozmal menulis - "Berikut ialah sebuah kisah yang menyayat hati yang menimpa keluarga Khalifah Saidina Umar ra. yang dipetik daripada laman web Jabatan Mufti Negara Brunei Darus Salam. Semoga ianya dapat menginsafkan kita semua.http://www.brunet. bn/gov/mufti /alhadaf/ sept98/h_hukum.htm

KETEGASAN MELAKSANAKAN HUKUM ALLAH

Khalifah Sayyidina Umar ibnu Khattab terkenal dengan ketegasannya dalam menjalankan hukum-hukum Allah. Dengan sebab ketegasannya itulah, orang merasa segan dan hormat kepadanya. Sayyidina Umar mempunyai beberapa orang anak laki-laki, di antaranya ialah Abdul Rahman bin Umar. Ia juga terkenal dengan panggilan Abu Syahamah.

Suatu hari Abu Syahamah diuji oleh Allah dengan satu penyakit yang dideritainya selama kira-kira setahun. Berkat kesabaran dan usahanya akhirnya penyakit tersebut dapat disembuhkan. Sebagai mensyukuri dan tanda gembira terlepas dari ujian Allah ini, Abu Syahamah yang sudah lama tidak keluar rumah itu menghadiri majlis jamuan besar-besaran di sebuah rumah perkampungan Yahudi atas jemputan kawan-kawannya yang juga terdiri daripada kaum Yahudi. Abu Syahamah dan kawan-kawannya berpesta sehingga lupa kepada larangan Allah dengan meminum arak sehingga mabuk.

Dalam keadaan mabuk itu, Abu Syahamah pulang melintasi pagar kaum Bani Najjar. Dia ternampak seorang perempuan Bani Najjar sedang berbaring, lalu mendekatinya dengan maksud untuk memperkosa. Apabila perempuan itu mengetahuinya dia berusaha untuk melarikan diri sehingga berjaya mencakar muka dan mengoyakkan baju Abu Syahamah. Malangnya dia tidak berdaya dan berupaya menahan Abu Syahamah yang sudah dikuasai oleh syaitan. Akhirnya terjadilah perkosaan. Akibat perkosaan tersebut perempuan itu hamil.

Setelah sampai masanya anak yang dikandung oleh perempuan itu pun lahir, lalu dibawa ke Masjid Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam untuk mengadap Amirul Mukminin bagi mengadukan hal kejadian yang menimpa dirinya. Kebetulan yang menjawat jawatan khalifah pada waktu itu ialah Sayyidina Umar ibnu Khattab. "Wahai Amirul Mukminin, ambillah anak ini kerana engkaulah yang lebih bertanggungjawab untuk memeliharanya daripada aku." Mendengar kenyataan tersebut, Sayyidina Umar merasa terkejut dan hairan. Perempuan itu berkata lagi: "Anak damit ini adalah keturunan darah daging anak tuan yang bernama Abu Syahamah." Sayyidina Umar bertanya: "Dengan jalan halal atau haram?" Perempuan itu dengan berani menjawab: "Ya Amirul Mukminin, Demi Allah yang nyawaku di tanganNya, daripada pihak aku anak ini halal dan daripada pihak Abu Syahamah, anak ini haram."

Sayyidina Umar semakin kebingungan dan tidak faham maksud perempuan Bani Najjar ini lalu menyuruh perempuan ini berterus terang. Perempuan itu pun menceritakan kepada Sayyidina Umar peristiwa yang menimpa dirinya sehingga melahirkan anak itu. Sayyidina Umar mendengar pengakuan perempuan itu sehingga menitiskan air mata.

Kemudian Sayyidina Umar menegaskan: "Wahai perempuan jariyah (jariyah adalah panggilan budak perempuan bagi orang Arab), ceritakanlah perkara yang sebenarnya supaya aku dapat menghukum perkara kamu ini dengan sebenar-benarnya dan seadil-adilnya." Perempuan itu menjawab: "Ya Amirul Mukminin, penjelasan apa yang tuan kehendaki daripadaku? Demi Allah!, Sesungguhnya aku tidak berdusta dan aku sanggup bersumpah di hadapan mushaf al-Qur'an." Lalu Sayyidina Umar mengambil mushaf al-Qur'an dan perempuan itu pun bersumpah bermula dari surah al-Baqarah hingga surah Yassiin. Kemudian bertegas lagi: "Ya Amirul Mukminin, sesungguhnya anak ini adalah dari darah daging anakmu Abu Syahamah."

Kemudian Sayyidina Umar berkata: "Wahai jariyah! Demi Allah engkau telah berkata benar." Kemudian beliau berpaling kepada para sahabat, katanya "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, aku berharap kamu semua tetap di sini sehingga aku kembali." Tak lama kemudian Sayyidina Umar datang lagi sambil membawa wang dan kain untuk diberikan kepada perempuan malang itu: "Wahai jariyah, ambillah wang sebanyak tiga puluh dinar dan sepuluh helai kain ini dan halalkanlah perbuatan anakku terhadapmu di dunia ini dan jika masih ada lagi bakinya, maka ambillah sewaktu berhadapan dengan Allah nanti." Perempuan itu pun mengambil wang dan kain yang diberikan oleh Sayyidina Umar lalu pulang ke rumah bersama-sama dengan anaknya.

Setelah perempuan itu pulang Sayyidina Umar berkata kepada sahabat-sahabatnya: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, tetaplah kamu di sini sehingga aku kembali." Sayyidina Umar terus pergi menemui anaknya Abu Syahamah yang ketika itu sedang menghadapi hidangan makanan. Setelah mengucap salam dia pun berkata: "Wahai anakku, hampirilah padaku dan marilah kita makan sama-sama. Tidakku sangka inilah hari terakhir bekalanmu untuk kehidupan dunia." Mendengar perkataan ayahnya itu, Abu Syahamah terkejut seraya berkata, "Wahai ayahku, siapakah yang memberitahu bahawa inilah hari terakhir bekalanku untuk kehidupan dunia? Bukankah wahyu itu telah putus setelah wafatnya Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam." Kata Sayyidina Umar: "Wahai anakku, berkata benarlah sesungguhnya Allah Maha Melihat dan Dia tidak dapat dilihat dengan pandangan mata dan Dialah Maha Luas Penglihatannya."

Sambung Sayyidina Umar lagi: "Masih ingatkah engkau, hari semasa engkau pergi ke satu majlis di perkampungan Yahudi dan mereka telah memberikan kamu minum arak sehingga kamu mabuk? Kemudian dalam keadaan mabuk kamu pulang melintasi perkampungan Bani Najjar di mana engkau bertemu dengan seorang perempuan lalu memperkosanya? Berkata benarlah anakku, kalau tidak engkau akan binasa."

Abu Syahamah mendengar kenyataan ayahnya itu dengan perasaan malu sambil diam membisu. Dengan perlahan beliau membuat pengakuan: "Memang benar aku lakukan hal itu, tapi aku telah menyesal di atas perbuatanku itu." Sayyidina Umar menegaskan: "Tiada guna bagimu menyesal setelah berbuat suatu kerugian. Sesungguhnya engkau adalah anak Amirul Mukminin tiada seorang pun yang berkuasa mengambil tindakan ke atas dirimu, tetapi engkau telah memalukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam." Kemudian Sayyidina Umar memegang tangan Abu Syahamah lalu membawa ke tempat para sahabat yang sudah sekian lama menunggu. "Mengapa ayahanda melakukan ini?" Tanya Abu Syahamah.

"Kerana aku mahu tunaikan hak Allah semasa di dunia supaya aku dapat lepas daripada dituntut di akhirat kelak," jawab Sayyidina Umar dengan tegas. Abu Syahamah dengan cemas merayu: "Wahai ayahandaku, aku mohon dengan nama Allah, tunaikanlah hak Allah itu di tempat ini, jangan malukan aku di hadapan sahabat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam." Jawab Sayyidina Umar: "Engkau telah membuat malu dirimu sendiri dan engkau telah menjatuhkan nama baik ayahmu." Apabila sampai di hadapan para sahabat mereka pun bertanya: "Siapakah di belakangmu wahai Amirul Mukminin?" Jawab Sayyidina Umar: "Wahai sahabatku, sesungguhnya di belakang aku ini adalah anakku sendiri dan dia telah mengaku segala perbuatannya, benarlah perempuan yang menyampaikan khabar tadi."

Kemudian Sayyidina Umar memerintah budaknya (hambanya): "Wahai Muflih, pukullah anakku Abu Syahamah, rotanlah dia sehingga dia merasa sakit, jangan kasihani dia, setelah itu kamu aku merdekakan kerana Allah." Muflih agak keberatan untuk melakukannya kerana khuatir tindakannya itu akan memberi mudharat kepada Abu Syahamah, tetapi terpaksa mengalah apabila diperintah oleh Sayyidina Umar.

Tatkala dia memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali, kedengaranlah Abu Syahamah dalam kesakitan: "Wahai ayahandaku, rasanya seperti api yang menyala pada jasadku." Jawab Sayyidina Umar: "Wahai anakku, jasad ayahmu ini terasa lebih panas dari jasadmu." Kemudian Sayyidina Umar memerintah Muflih memukul sebanyak sepuluh rotan lagi.

Berkata Abu Syahamah: "Wahai ayahandaku, tinggalkanlah aku supaya aku dapat mengambil sedikit kesenangan."Jawab sayyidina Umar: "Seandainya ahli neraka dapat menuntut kesenangan, maka aku pasti akan berikan kepadamu kesenangan." Setelah itu Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh rotan lagi. Abu Syahamah merayu: "Wahai ayahandaku aku mohon kepadamu dengan nama Allah, tinggalkanlah aku supaya aku dapat bertaubat." Jawab Sayyidina Umar dengan pilu: "Wahai anakandaku, apabila selesai aku menjalankan hak Allah, jika engkau hendak bertaubat pun maka bertaubatlah dan jika engkau hendak melakukan dosa itu lagi pun maka lakukanlah dan engkau akan dipukul seumpama ini lagi."

Selanjutnya Sayyidina Umar menyuruh Muflih memukul Abu Syahamah sebanyak sepuluh kali sebatan lagi. Abu Syahamah terus merayu: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu berilah aku minum seteguk air." Sayyidina Umar menjawab dengan tegas: "Wahai anakandaku, seandainya ahli neraka dapat meminta air untuk diminum, maka aku akan berikan padamu air minum." Perintah Sayyidina Umar diteruskan dengan meminta Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan.

Abu Syahamah mohon dia dikasihani: "Wahai ayahandaku, dengan nama Allah aku mohon kepadamu kasihanilah aku." Sayyidina Umar dengan sayu menjawab: "Wahai anakandaku, kalau aku kasihankan kamu di dunia, maka engkau tidak akan dikasihani di akhirat." Sayyidina Umar selanjutnya memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali sebatan.

Abu Syahamah dengan nada yang lemah berkata: "Wahai ayahandaku, tak kasihankah ayahanda melihat keadaan aku begini sebelum aku mati?" Sayyidina Umar menjawab: "Wahai anakandaku, aku akan hairan kepadamu sekiranya engkau masih hidup dan jika engkau mati kita akan berjumpa di akhirat nanti." Sayyidina Umar terus memerintahkan Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh rotan. Dalam keadan semakin lemah Abu Syahamah berkata; "Wahai ayahandaku, rasanya seperti sudah sampai ajalku....." Sayyidina Umar dengan perasaan sedih berkata: "Wahai anakandaku, jika engkau bertemu Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam, sampaikan salamku kepadanya, katakan bahawa ayahandamu memukul dirimu sehingga kau mati."

Di saat yang semakin hiba ini Sayyidina Umar terus menyuruh Abu Muflih memukul lagi sebanyak sepuluh kali rotan. Setelah itu Abu Syahamah dengan kudrat yang semakin lemah berusaha memohon simpati kepada para hadirin: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, mengapa kamu tidak meminta pada ayahandaku supaya memaafkan aku saja?" Kemudian salah seorang sahabat pun menghampiri Sayyidina Umar dan berkatas: "Wahai Amirul Mukminin, hentikanlah pukulan ke atas anakmu itu dan kasihanilah dia." Sayyidina Umar dengan tegas berkata: "Wahai sekalian sahabat Rasulullah, apakah kamu tidak membaca ayat Allah dalam surah an-Nuur ayat 2 yang tafsirnya: "Jangan kamu dipengaruhi kasihan belas pada keduanya dalam menjalankan hukum Allah."

Mendengar penjelasan Sayyidina Umar itu, sahabat Rasulullah pun diam tidak membantah, sementara itu Sayyidina Umar terus memerintah Muflih memukul sepuluh sebatan lagi. Akhirnya Abu Syahamah mengangkat kepala dan mengucapkan salam dengan suara yang sangat kuat sebagai salam perpisahan yang tidak akan berjumpa lagi sehingga hari kiamat. Kemudian berkata Sayyidina Umar: "Wahai Muflih, pukullah lagi sebagai menunaikan hak Allah." Muflih pun meneruskan pukulan untuk ke seratus kalinya. "Wahai Muflih, cukuplah pukulanmu itu," perintah Sayyidina Umar apabila melihat anaknya tidak bergerak lagi. Setelah itu Sayyidina Umar mengisytiharkan: "Wahai sekalian umat Islam, bahawasanya anakku Abu Syahamah telah pergi menemui Allah."

Mendengar pengumuman itu ramailah umat Islam datang ke masjid sehingga masjid menjadi sesak. Ada di antara mereka sedih dan terharu, malah ramai yang menangis melihat peristiwa tersebut.

Menurut sumber lain, daripada Kitab Sirah Umar bin al-Khattab al-Khalifatul Rasyid umumnya masyarakat berpendapat kematian Abu Syahamah adalah disebabkan oleh pukulan rotan ayahnya sendiri Sayyidina Umar Radhiallah 'Anhu. Setelah selesai jenazah Abu Syahamah dikebumikan, pada malamnya Ibnu Abbas Radhiallahu 'Anhuma bermimpi bertemu dengan Rasulullah Sallalllahu 'Alaihi Wasallam yang wajah baginda seperti bulan purnama, berpakaian putih manakala Abu Syahamah duduk di hadapan baginda dengan berpakaian hijau. Setelah itu Rasululah Sallallahu 'Alaihi Wasallam berkata: "Wahai anak bapa saudaraku, sampaikan salamku pada Umar dan beritahu kerpadanya bahawa Allah telah membalas setiap kebajikannya kerana tidak mencuai-cuaikan hak Allah dan suatu kebahagiaan baginya sebab Allah telah menyediakan baginya beberapa mahligai dan beberapa bilik di dalam Jannatun Na'im. Bahawa sesungguhnya Abu Syahamah telah sampai pada tingkatan orang-orang yang benar di sisi Allah Yang Maha Kuasa.

source : tranung Kite online

Ilham commnets :

..Jelas semasa zaman keagungan Islam iaitu zaman Khulafa ar rasyidin sekalipun , hukum Hudud dengan merotan sebanyak 100 kali kepada yang berzina tetapi bujang dilihat sebagai berat dan kejam...ini dapat dibuktikan dengan permohonan sahabat sahabat Rasullulah yang memohon kepada Sayyidina Omar untuk memberhentikan pukulan rotan keatas pesalah iaitu anaknya sendiri ....maka tidak hairan ada yang di akhir zaman ini merasakan hukum rotan dan rejam dan sula itu sebagai tidak berperikemanusian dan primitif.....tetapi apa yang orang di akhir zaman ini lupa ialah dalam Islam, kehidupan terbahagi kepada dua iaitu kehidupan sementara di dunia dan kehidupan kekal di akhirat...setiap perlakuan di dunia akan mendapat balasan di akhirat...ini berbeza dengan pendapat akhir zaman yang ingin membezakan dunia dan akhirat dan di sinilaj perselisihan akal dan iman tu berlaku......dalam kes Abu Syahamah, beliau telah dihukum dengan hukum Allah di dunia dan tidak akan dihukum lagi atas kesalahan yang sama di akhirat...dan bagi yang beriman, seseksa mana hukuman di dunia tidak akan terlawan seksaan di akhirat....maka adalah wajib dijalankan hukuman yang amat terseksa di dunia bagi mengelakkan hukuman yang teramat seksa di akhirat.....itulah sebab aku masih berpegang kepada Hukum Islam termasuk Hukum Hudud harus dijalankan dengan kadar segera walaupun mendapat tentangan hebat di akhir zaman ini.....

..satu lagi yang aku nampak dalam kisah di atas ialah , iman tidak mengikut darah keturunan, bayangkan anak Sayyidina Omar sekalipun tidak dapat mengikuti jejak langkah ayah sendiri iaitu seorang Amirul Mukiminin......

Wednesday, April 27, 2005

Artis kena tangkap dadah, salahkan Jaslina??!!!

assalamualaikum,

....lately nei banyak tangkapan keatas artis berhubung dengan dadah....rightly so, sebelum ini macam ada immunity terhadap artis popular walaupun Jamal Abdilah dan Saleem telah ditangkap secara resmi atasan kesalahan dadah....

..ini adalah permulaan yang baik untuk membersihkan minda orang malay yang teramat 'taksub'kan artis.....kenduri kahwin malah kenduri arwah pun masih membincangkan hal hal artis ( termasuk lar aku sendiri!!!ahaks ahaks ahaks)!!!!.....

.....selepas Jaslina terlepas dari sebarang pertuduhan salahlaku moral, golongan artis dilihat seolah olah over and above the law ( my personal point of view) dan infact kes mahkamah kak pah dan siti dilihat se glamour kes mona fandey...maka cerita inul nak gerudi jamban dia pun terus mendapat liputan luas media!!!!so , artis adalah idola dan modal untuk anak muda....sebelum ini, kes kes artis yang ditangkap dalam gambar bogel dan melakukan hubungan sex juga dihebuhkan hingga mendapat promosi free untuk artis artis tersebut....

..lepas dadah nei, harap harap ditangkap pulak artis artis yang menjadi gigolo dan juga part-time pelacur.....

maka apabila artis ditangkap pasal dadah, maka ramai yang terfikir mengapa sekarang baru ditangkap????......setahu aku hanya segelintir ajer artis yang clean.....

...inilah kuasa Allah, bagi aku bila jaslina terlepas ari tu, ramai yang duduk termenung menggenangkan nasib syariah law di negara ini dan ramai merasakan pembebasan jaslina sebagai permulaan kepada tragedi maruah orang malay.....apabila artis yang tak berapa top macam jaslina pun dilindung, maka apakah harapan untuk mendedahkan kes kes against the law,either criminal or moral ,of the more established stars.....

...kita harus ingat, semua enforcer itu manusia dan mereka merasai apa yang lain rasai....bila enforcer kementerian perdagagagan kena pukul oleh samseng, enforcer enforcer dari jabatan lain merasai apa yang rakan mereka rasai...bila enforcer JPJ kena langgar oleh Tonto, enforcer enforcer lain pun terfikir nasib mereka...so bagi pendapat aku, bila enforcer JAWI di perbodohkan oleh pembesar pembesar politik dam elbih elbih lagi jaslina masa dalam rancangan Melodi, maka enforcer enforcer lain merasai kesannya juga, maka mereka ( enforcers) mungkin telah memilih artis sebagai next target mereka untuk menggembalikan maruah enforcers JAWI tersebut....

... kalu teori aku boleh pakai, enforcer dari narcotic divisions yang memang tau busuk artis artis berkaitan dengan dadah telah mula menyerang artis artis untukmengembalikan maruah rakan rakan mereka di JAWI...yeah!! well done guys.......so aku yakin, enforcer enforcers lain pun akan start target artis lepas nei..tungguuuuuuuuuuuuu....

.so kalau artis artis nak cari siapa nak disalahkan, salahkan lah si jaslina .....hehehehe.....on the other hand, aku ingin menggucapkan terima kasih pada jaslina kerana telah membuka mata semua enforcer untuk menggenepikan minat terhadap artis dengan tanggungjawab ke atas bangsa dan negara....

....so nasihat aku untuk artis artis, berhenti segala aktiviti aktiviti negatif kelian, kerana tahun 2005 ini adalah Tahun Menangkap Artis.....ahaks ahaks ahaks......

..harus aku tekankan di sini bahawa ada dan malah ramai artis yang betul betul melibatkan diri dalam dunia hiburan demi minat, bakat dalam seni dan mendapatkan rezeki yang halal.... ada yang lebih warak dari yang tak jadi artis dan ada yang lebih berbudi bahasa dari yang tak jadi artis....tetapi artis artis sebegini tidak mendapat liputan kerana mereka tidak mendatangkan kontrovesi untuk memenuhi majalah majalah hiburan yang hidup dan membuat keuntungan dengan kontroversi artis......

...sesuatu cycle/kitaran dalam sesuatu hal itu itu mengambil masa yang lama untuk menamatkan pusingannya, cycle menangkap artis ini baru bermula dan aku yakin akan ada bermacam lagi bentuk tangkapan ke atas artis akan berlaku selepas ini....apa apa , tangkaplah yang berhak ditangkap selagi tidak menzalimi( fitnah).....

KATAKAN TAK NAK PADA SMS ( selagi Astro tidak menurunkan harga sms 50%) TANPA SMS, TIADALAH FENOMENA AF.....

Kisah pengajaran

Tujuh kali naik Haji, masih tidak boleh melihat Ka'bahDilulus terbit pada Saturday, April 23 @ 10:04:32 MYT oleh LinuxPro

Kiriman : Dari Aceh

Sebagai seorang anak yang berbakti kepada orang tuanya, Hasan (bukan nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Sarah (juga bukan nama sebenarnya), sang Ibu, tentu senang dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara materi, mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji.

Segala perlengkapan sudah disiapkan. Singkatnya ibu anak-anak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Kondisi keduanya sehat wal afiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan thawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".

Hasan menggandeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu, lihatlah Ka'bah)." Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan di sisi anaknya tak beraksi, ia terdiam. Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya.

Hasan kembali membisiki ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah ibunya. Di wajah ibunya tampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti mengapa ia tak bisa melihat apapun selain kegelapan. beberapakali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang tampak hanyalah kegelapan.

Padahal, tak ada masalah dengan kesehatan matanya. Beberapa menit yang lalu ia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gulita. Tujuh kali Haji Anak yang sholeh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia shalat memohon ampunan-Nya. Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap rahmatNYA. Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.

Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugrah-Nya, dengan menatap Ka'bah, kelak. Anak yang saleh itu berniat akan kmebali membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya.

Tahun berikutnya kejadian serupa terulang lagi. Ibunya kembali dibutakan di dekat Ka'bah, sehingga tak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan symbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak bisa melihat Ka'bah.

Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya.
Anehnya, ibunya tetap saja tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap. Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali menunaikan ibadah haji.

Hasan tak habis pikir, ia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Ka'bah. Padahal, setiap berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu normal. Ia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?. Apa yang telah diperbuat ibunya, sehingga mendapat musibah seperti itu ? Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama, yang dapat membantu permasalahannya.

Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal karena kesholehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa kesulitan berarti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksud.

Ia pun mengutarakan masalah kepada ulama yang saleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan seksama, kemudian meminta agar Ibu dari hasan mau menelponnya. anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, ia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut. Beruntung, sang Ibu mau memenuhi permintaan anaknya. Ia pun mau menelpon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci.

Ulama itu kemudian meminta Sarah introspeksi, mengingat kembali, mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya.
"Anda harus berterus terang kepada saya, karena masalah Anda bukan masalah sepele," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian ia meminta waktu untuk memikirkannya.

Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat kabar dari Sarah. Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelpon. "Ustad, waktu masih muda, saya bekerja sebagai perawat di rumah sakit," cerita Sarah akhirnya. "Oh, bagus.....Pekerjaan perawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu. "Tapi saya mencari uang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli, apakah cara saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terperangah. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.

"Disana...." sambung Sarah, "Saya sering kali menukar bayi, karena tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan imbalan uang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka."

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah. "Astagfirullah......" betapa tega wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirusaknya, sehingga tidak jelas nasabnya.
Apakah Sarah tidak tahu, bahwa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting.
Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas. Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, yaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi.

"Cuma itu yang saya lakukan," ucap Sarah. "Cuma itu ?" tanya ulama terperangah. "Tahukah anda bahwa perbuatan Anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah Anda hancurkan !". ucap ulama dengan nada tinggi.

"Lalu apa lagi yang Anda kerjakan ?" tanya ulama itu lagi sedikit kesal. "Di rumah sakit, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati." "Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia," kata ulama. "Ya, tapi saya memandikan orang mati karena ada kerja sama dengan tukang sihir." "Maksudnya ?". tanya ulama tidak mengerti. "Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala perkakas sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati."

"Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti terpental, tidak mau masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam. Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya coba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan." Mendengar penuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah. "Cuma itu yang kamu lakukan ?". "Masya Allah....!!! Saya tidak bisa bantu anda. Saya angkat tangan".

Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi ia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu tega, begitu keji. Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, "Anda harus memohon ampun kepada Allah, karena hanya Dialah yang bisa mengampuni dosa Anda."

Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar kabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia mencari tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah telah bertobat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya. Karena tak juga memperoleh kabar, ulama itu menghubungi keluarga Hasan di mesir. Kebetulan yang menerima telepon adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan kabar Sarah, ternyata kabar duka yang diterima ulama itu.

"Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelpon ustad," ujar Hasan. Ulama itu terkejut mendengar kabar tersebut. "Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ?". tanya ulama itu. Hasanpun akhirnya bercerita : Setelah menelpon sang ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Sarah. Ketika tanah sudah digali, untuk kemudian dimasukkan jenazah atas ijin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu terulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorangpun pengantar jenazah yang menyadari bahwa tanah itu kembali rapat. Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para pengantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi. Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayit.

Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus asa dan kecapaian karena pekerjaan mereka tak juga usai. Siangpun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satupun lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja tergeletak di hamparan tanah kering kerontang.

Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak tega meninggalkan jenazah orang tuanya ditempat itu tanpa dikubur. Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri. Dengan ijin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir. Lelaki itu tidak tampak wajahnya, karena terhalang tutup kepalanya yang menjorok ke depan. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya," Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah!". kata orang itu.

Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut, Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya. Syukur-syukur mau menggali lubang untuk kemudian mengebumikan ibunya. "Aku minta supaya kau jangan menengok ke belekang, sampai tiba di rumahmu, "pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia di luar lokasi pemakaman, terbersit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan kenazah ibunya.

Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa herannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan. Dengan langkah seribu, ia pun bergegas meninggalkan tempat itu.

Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahwa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman karena terbakar. Ulama itu mendengarkan dengan seksama semua cerita yang diungkapkan Hasan. Ia menyarankan, agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu.

Ulama itu meyakinkan Hasan, bahwa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan ijin Allah akan hilang. Benar saja, tak berapa lama kemudian Hasan kembali mengabari ulama itu, bahwa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitaman hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.

Semoga kisah nyata dari Mesir ini bisa menjadi pelajaran bagi kita semua. Uang Rp 50.000 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 menit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
Kita mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'suratberantai' melalui e-mail tetapi bila ! mengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3 kali.

OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIAN DARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.
Wassalamualaikum

source : Tranung Kite online

Tuesday, April 26, 2005

diary 25/04/05

Assalamualaikum,

EPL

The weekend started very with Everton could only manage a draw against Everton and Liverpool losing to Crystal Palace...therefore a win for Bolton will put them up within 2 points to Everton and 2 points ahead of Liverpool....so, the pressure was on for Bolton but at the end of the day Bolton could only muster a draw against Aston Villa......therefore Everton is currently ahead by 4 points with a game in-hand and Liverpool and Bolton both tie at 54 points.....the odds is getting bigger for every passing game for Bolton to make it to Champions League next season with three games left to play.....howvwer, I would not lose hope on my Bolton because I believe a win over champion-to be Chelsea this weekend is possible .....

Income tax

..yeah!!!!at last aku berjaya submit income tax dan bayar habis dah amount due to income tax....i kind of like this new system.... i just hope that one day this country will be a tax free heaven !!!!...

Mentor

.....ada satu siri reality tv show baru kat TV3 yang dinamakan Mentor, aku suka konsep Mentor ini di mana student akan didik oleh mentor mereka untuk persediaan pertandingan....so the mentor must be really good in order to groom his'her protege......

AF3 Tenaga Pengajar

...newspaper dah keluarkan tenaga pengajar AF3 dengan M.Nasir menjadi Pengetua..errmmm though I may have my reservation on this particular appointment , I would rather not say anything and give a benefit of the doubt to M.Nasir and probably share my thoughts after reviewing his style later on....my only advise to any new Pengetua is that this AF show is sbout the student and their development and therefore allow them to make mistake, to enjoy themselves, to express their talent and to be good on saturday nights....I wish not to see students struggling during concerts to satisfy the pengetua's ego and I do hope that the production team limit their involvement in the day to day running of the academy.....

KATAKAN TAK NAK PADA SMS ( sehingga Astro turunkan harga sms sebanyak 50%)..tanpa sms tiadalah fenomena AF...

Saturday, April 23, 2005

Explorace Champion - Hanif and Narin!!!! Yo!Yo! Babeh!!

Assalamualaikum,

......dah tak ingat berapa dah aku tak rasa gumbira tak terkira ala ala tengok bola kat stadium merdeka!!!...when Farah and Nija masuk final it was more of a sense of relief rather than ultimate joy because you expect them to go through but you just kind of not that sure whether the will make it.....but last night when my " kuda" won convincingly I was in that state of delirium!!!ahaks ahaks ahaks.....well done hanif and narin and well done too to the bhoys and working moms for 2nd and 3rd placing....unlike last year's, all three teams made it to the finishing line....

.....the race started at Genting Highlands' snow world with the freezing temperatures really testing the endurance of the contestants.....(aku syok masa Narin dengan hanif dah tak beralah bila nak masuk snow world tu tak seperti mana di korea di mana mereka beralah masa nak bagi kat daphne at the end of the game) ...so the intensity of the competition being set early by hanif and narin...The bhoys were again 1st to everything tapi darjah 'kerakusan' mereka masih ditahap yang tinggi yang menyebabkan mereka kehilangan valuable time nak dapatkan alat pemecah ice...so hanif and narin took the lead with the working moms looking impressive at 2nd whilst the nerve of the bhoys beginning to crumble under pressure.....

...next action was critical in my point of view... the route to rawang???...i believe the fastest route to rawang was through the alternative route to batang kali from Awana and from what i saw only hanif and narin took that route ( stand to be corrected)......both the bhoys and working moms took the safest route through batu caves and selayang.......so hanif and narin ( susah sangat, aku panggil depa nei the plutonics)..so the plutonics sampai templer 1st and did their task admirably whilst working moms struggle a bit but still maintain 2nd place and the bhoys appeared to be out of sort ( depa nei tak relax lar, being young and eager and perhaps the favourite really put undue pressure on both of them, what a pity).......

.....next task kat Klang and I was a bit worried whether the plutonics will lose valuable time searching for the place.... lucky enough, hanif was in his element and really pushing his pursuasive power to the limit and managed to get to the farm ahead of the rest..the task was made to look simple but the editing teams but rest assured that it was no easy task to tangkap ayam beb!!!....narin gave me a scare ( by this time, I was practically falling in love with Narin!!!!ahaks ahaks ahaks), she fell and laid motionless for a couple of second ( she apparently knocked her head against 'something' and felt the pain), but hanif was fast to her aid and narin was very adamanat not to allow a slight knock to halt her quest for glory....huhuhuh.....meanwhile , both trailing teams found it difficult to get to Klang and some unpleasant remarks exchanged between the bhoys that had me yelling in sheer joy ( at this point of time i was still wary of the bhoys because i could sense that they were capable of making a late late surge/charge.. their semi-final victory over the brothers still fresh in my mind).......the plutonics were already on their way out of the farm when they cross path with the bhoys and one could sence the desperation of bhoys expression.........

...next..the contestants had the choice of going to BB or TAR for for the next task and lucky enough, the plutonics chose to go to TAR, the task was much easier and they did very well to complete in record time ( nei , aku nasi tambah sikit lar)......by the time they reached BB, the working moms caught up with the plutonics ( keadaan ini kritikal, working moms taught that they had actually caught up with the plutonis not knowing that they were a task behind!!)...meanwhile, the bhoys took TAR as their next destination and indeed it was a good choice ( i was really sweating at this point of time).....the reflexology task was done very well by the plutonics but their struggle with the spicey food and air kopi pahit ( kedua dua yer muntah giler babun sampai aku pun nak termuntah ala ala kena morning sickness!!!).....aku betul betul runsing tengok the plutonics struggling pada masa ini dan the fact that the bhoys were already mengurut mat salleh handsome tu membuat aku jadi tension dan blah pergi bilik lain buat keje aku kejap ( the tension was so unbearable for me at this point of time!!!), lepas iklan, aku tengok balik dan the plutonics were on their way to KLCC and narin punyer enthusiast terserlah bila dia panjat kereta nak tengok explorace punyer parking kereta...well done girl!!....

...so the working moms dah kearah TAR sedangkan the bhoys trying to makan pedas dengan air pahit secepat yang mungkin.......the plutonics masuk LRT menuju ker Central market sedangkan the working moms trying to finish their task dekat TAR.....by the time the plutonic sampai kat centra market untuk cari the " golden box", the bhoys dah sampai KLCC...aku tension balik dah masuk bilik trying to fill aku punyer incometax form yang dah nak sampai deadline!!!!.......tak tahan , aku tengok TV balik, ceh!! the plutonics nampak very slow mencari golden box......masa tu the bhoys dah masuk LRT...last last hanif jerit " golden box, golden box!!!! tapi aku tengok narin macam blur....alih alih camera tunjuk golden box tu kat tangan hanif...aku pun menjerit dengan menggengam tangan ke udara dan suruh depa lari lari dan lari secepat mungkin......so bila the plutonics lari dan dah nampak bangunan sultan sulaiman tu dari jauh, aku tak start bangun dah, tak larat nak duduk lagi......meanwhile the working moms were already towards KLCC and indeed it was very clear then that they were trailing third...lepas tu, the moment of truth!!!jeng jeng jenggggggg......saat saat indah the plutonics berlari kearah the finishing line was really a moment to saviour...whilst the cheering crowd welcoming their grand entrance, we still have to wait for the tag and gloden box to be presented to daphne.....aku tension dalam happy again.....malang tak berbau..itulah diajar oleh nenek aku..hehehe...bila si narin ( aku punyer latest girlfriend angkat!!!hehehe) tunjuk 5 red tags tu....confirmlah sudah the plutonics dah MENANG!!!!...bila depa terduduk atas padang dalam kegembiraan dan kesyukuran aku appreciate sangat depa tak der hugging each other ( tu lar pasal aku panggil depa the plutonics).....aku harap pelajar AF3 belajar dari hanif dengan narin nei, tak perlu peluk peluk untuk tunjuk sedih atau suka)....

......the race for 2nd place heated up and by the time sampai central market it was quite apparent that the bhoys were back in mood...bila depa tanya depa team ke berapa sampai, it was obvious to them that they were chasing for the 2nd place......and they did it in style.....very well done indeed the bhoys......the working moms were the very proud 3rd placing and i take my hat to this working moms for finishing the race ..well done working moms......

..the drama did not end there....when the presentation of the mock tickets for golden holiday, narin had another surprise under her sleeve......she announced that she will be giving her ticket to hanif to enable hanif to enjoy the holiday with his wife!!! tsk tsk tsk...aku rasa nak menangis pada saat dan ketika ini...aduh!! betapa murninya hati si gadis yang bernama narin ( sejuk perut mak bapak dia) untuk forfeit her rights for the sake of friendship...( tapi aku pun terfikir gak...probably in the course of the explorace, si narin dah ter , i repeat ter...tersyok jugak dengan si hanif yang cool dan talented nei and probably dia bagi ticket dia tu jaga hati bini si hanif !!!...hehehe...ini aku punyer stupid analyzing of that beautiful moment lar).... aku pun terdiam sekejap mendengarkan pengumuman si Narin....dasyat minah nei...memang class giler lar....ini macam punyer awek, aku masuk suku pun tak kisah...hehehe...tapi aku harap lah dah new mellinium nei, kok kok boleh masuk setengah pun , oraitt gak!!!!ahaks ahaks ....

...joke aside, congratulations to Hanid and Narin, a real winner in and out the show.....to the bhoys , you will be remembered for your energy soaking semi-final victory over the brothers ( probably the best show of the explorace) and to the working moms, you both will be remembered for your fighting spirit and good sportmanship......

.....i believe SC pun happy giler sakan dengan kemenangan the plutonics.....ahaks ahaks...

Friday, April 22, 2005

Bolton's progress halt !!!!!siutt betul!!!

Assalamualaikum,

....aku masuk keje lambat ari nei pasal tengok Bolton lawan Southampton....kalau menang satu hal gak, ini siri plak tu....siutt se siutt siutt yer.....this is one game that Bolton should win to carry the momentum towards the final game against everton.....as it stands now, Bolton trailing everton by one point but everton having two games in hand and 2 points ahead of Liverpool who have one game in hand.....

...Bolton played well and in fact he best I have seen for quite some times and create so many clear cut chances that they failed to convert.....credit to Soton for their fighting spirit and fantastic goalkeeping by Naemi...what's encouraging was the return to form of Jay Jay okacha and Diouf continues improvement....

..tonight Everton have to play Man Utd at home and Liverpool playing away to Portsmouth ....for the sake of Bolton , I hope Wayne Rooney will produce his best performance against his old club Everton and hopefully Liverpool disappointing away form continues tonight...if this happens, Bolton must win against Aston Villa this weekend because both Everton and Liverpool will have a relatively easy opponents ( at least on paper) this weekend.....

...week ending April will see Bolton playing Chelsea, the league leader, at home and I fancy Bolton to do well against the big name and the fact that Chelsea having to play the Europen championship semi-final against Liverpool will help Bolton's cause....Everton will be playing Fulham away and Liverpool at home to Middelsbrough.....Fulham will be a difficult opponents at home for any team whilst Liverpool is expected to take the three points against Boro..at the end of April, the scenario of the 4th placing battle will much clearer and make prediction at the end of April will be :

Everton - 58 points, Liverpool 56 and Bolton 55...yeap...it doesnt look encouraging for Bolton but if my prediction comes true, the table standing by the 15th may will be Bolton 61, Everton 61 and Liverpool 59 with Bolton taking 4th place on goal difference.....ahak ahaks ahaks......

...well based on my previous prediction of my AF students ended 4th place ( Nija and Farah), so I am pretty upbeat that Bolton will end up like Nija and Farah but unlike Nija and Farah's 4th placing, I will be jumping high in joy with Bolton's 4th placing...okke..mari lah sama sama kita tunggu dan lihat......

Thursday, April 21, 2005

Maulud Nabi ....article menarik....

Assalamualikum,

..selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad saw di hari Maulidur rasul ini ...Rasullulah saw adalah pepimpin Islam yang asyik di cerca oleh kaum kafir hingga ke hari ini dengan tujuan menyangkal kedudukan beliau sebagai rasul pilihan dan justru itu menafikan Al-Quran itu sebagai " the words of Allah"....Rasullulah meninggalkan kita dua benda/perkara untuk umat akhir zaman berpegang untuk menuju ke jalan yang lurus iaitu Al-Quran dan Hadis Rasullulah......di saat dan ketika di mana Islam dan Muslim dihina dan dizalimi, mengingati hari kelahiran Rasullulah saw membawa significant yang lebih untuk kita fikirkan.....banyak kan selawat dan salam atas Rasullulah saw, keluarga baginda dan sahabat sahabat baginda yang telah berjuang untuk menegakkan syiar Islam hingga ke pengakhir zaman nanti....dari blog Ilham, terimalah salam malulidur rasul untuk semua...


Nabi Muhammad Saww. : Rahmat Bagi Alam SemestaAbdul Hakim*

Pada bulan Rabiul Awwal ini, seperti tahun-tahun sebelumnya, umat Islam di berbagai belahan dunia, kembali akan memperingati hari kelahiran (maulid) Nabi Muhammad Saww. Mengapa umat Islam merasa perlu untuk memperingati hari kelahiran Nabi, padahal seperti umumnya kita ketahi Nabi Saww tidak memerintahkannya ?

Ada beberapa versi sejarah mengenai kapan maulid Nabi diperingati orang. Sayyid Rasyid Ridha, misalnya, mengatakan bahwa orang pertama yang mengadakan pertemuan untuk membacakan sejarah maulud (kelahiran) Nabi adalah salah satu dari raja Syakas di Mesir. Menurut beberapa keterangan lainnya, orang pertama yang mengadakan maulud di Mesir adalah kekhalifahan Fathimiyyah. Namun ada juga pandangan lain yang menyatakan bahwa perhatian terhadap hari-hari besar, telah dimulai sejak masa Nabi Saww., oleh Rasulullah Saww. sendiri.

Apapun versi yang kita ikuti barangkali tidak terlalu penting untuk diperdebatkan. Namun, ada sau hal yang kiranya perlu kita tekankan dan kedepankan, bahwa kelahiran Nabi sesungguhnya merupakan salah satu rahmat terbesar yang telah dilimpahkan Allah Swt atas alam dan umat manusia keseluruhannya.

Manusia Rahmat
Allah Swt menyatakan bahwa Nabi Muhammad Saww diutus sebagai "rahmat bagi alam semesta" (QS Al-Anbiya, 21 : 107). Annemarie Schimmel dalam Dan Muhammad adalah utusan Allah, mengatakan : "kalimat-kalimat Alquran semacam itu merupakan dasar bagi pemuliaan Muhammad yang jauh melampaui penghormatan yang biasanya diberikan kepada seorang Nabi, dan bahkan kini kaum Muslim yang taat tidak akan pernah menyebutkan sesuatu yang dimiliki oleh atau berkaitan dengan Nabi tanpa menambahkan atribut syarif ("mulia")."
Apa yang diungkapkan Schimmel itu amat menggugah hati dan keingintahuan lebih mendalam tentang pribadi Rasul mulia itu. Di samping ayat yang dikutip di atas, bertebaran ayat-ayat lain di dalam Alquran yang menunjukkan ketinggian pribadi dan kemuliaan akhlak Nabi.

Salah satu ayat paling populer yang sring dibaca orang dalam berbagai kesempatan adalah : "Sesungguhnya Allah dan para malaikat bershalawat atas Nabi. Hai orang-orang yang beriman, ucapkanlah shalawat dan salam kepadanya dengan sempurna." (QS Al-Ahzab, 33 : 56).
Salah satu makna shalawat adalah "rahmat". Jadi, ketika Allah bershalawat kepada Nabi mengandung arti bahwa Dia senantiasa mencurahkan rahmat-Nya kepada Nabi. Dengan demikian, Nabi Muhammad dapat disebut sebagai "manusia rahmat", karena dalam dirinya selalu tercurah rahmat Allah dan kemudian rahmat tersebut Dia sebarkan bagi seluruh umat manusia. Sehingga, dengan demikian, layaklah kalau beliau disebut sebagai pembawa "rahmat bagi semesta alam".

Sementara itu, agar manusia dapat menyerap rahmat Nabi, tidak ada jalan lain kecuali dengan mencintai dan mengikuti teladan beliau. Untuk menanamkan kecintaan kepada Nabi, maka kita pun diperintahkan pula oleh Allah untuk bershalawat kepadanya. Jadi, shalawat atas Nabi merupakan sarana bagi kita untuk menerima curahan rahmat Allah sebagai konsekwensi dari keimanan kepada Allah dan Nabi-Nya.

Adapun rahmat terbesar yang diberikan Allah kepada Nabi dinyatakan dalam firman-Nya : "Dan kamu tidak pernah mengharap agar Alquran diturunkan kepadamu, tetapi ia (diturunkan) karena suatu rahmat yang besar dari Tuhanmu, sebab itu janganlah kamu sekali-kali menjadi penolong bagi orang-orang kafir." (QS Al-Qashash, 28 : 86). Jadi, kecintaan kita kepada Nabi agar memperoleh rahmat Allah, pertama-tama harus ditujukan kepada kecintaan dan keterikatan kita pada Alquran. Dan, untuk dapat mengikuti Alquran mestilah mengikuti Nabi. Karena, seperti dinyatakan dalam hadis, akhlak Nabi adalah Alquran. Ini mengandung arti bahwa seluruh kepribadian Nabi merupakan gambaran hidup dari Alquran, dan dengan demikian ini merupakan bentuk konkret dari pengamalan ajaran Islam.

Berikutnya, kecintaan kepada Nabi dan risalah yang di bawahnya harus diikuti dengan kecintaan kepada keluarga Nabi (Ahlul Bait). Alquran mengatakan, "katakan (hai Muhammad), ‘Tidaklah aku meminta upah atas seruanku, melainkan kecintaan kepada keluargaku.’" (QS Asy-Syura, 42 : 23). Ahlul bait Nabi merupakan pasangan dari Alquran. Kesucian mereka dijamin oleh Allah (QS.33:33), sehingga mereka menjadi tolak ukur dalam pengalaman ajaran Alquran dan sunnah Nabi. Oleh karena itulah Nabi saww. bersabda: "Cintailah Allah atas limpahan nikmat-Nya kepadamu. Cintailah aku karena kecintaanmu kepada Allah. Dan cintai ahlil bait-ku karena kecintaan kepadaku." (Bihar Al-Anwar 70: 14).

Mengomentari hadis ini Jalaluddin Rakhmat dalam "Membuka Tirai Kegaiban: Renungan-renungan Sufistik" mengatakan, "Inilah logika keicnaan yang agung. Dari kecintaan kepada Allah, kita mencintai Rasulullah. Dari kecintaan kepada Rasulullah, kita mencintai keluarganya. Dari kecintaan kepada keluarganya, kita akan mencintai apa yang mereka cintan."
Alquran dan ahlul bait adalah dua rahmat Allah yang ditinggalkan Nabi kepada kita untuk dijadikan pegangan hidup yang akan menuntun manusia pada jalan keselamatan. Melalui Alquran kita dapatkan kebenaran ajaran dan risalah ilahiah yang dibawa Rasulullah, dan melalui ahlul bait Nabi kita dapatkan contoh nyata penerapan ajaran Alquran dan Sunnah Nabi secara benar dan konsekwen.

Dengan demikian, ari dan makna maulid Nabi bagi umat Islam adalah sebagai saana untuk memupuk dan menanamkan kecintaan kepada Nabi dengan mengingat kembali sejarah perjuangan beliau dan meneladani akhlak serta kepribadian beliau, melalui dua pusaka yang ditinggalkannya: Alquran dan ahlul bait.

(Penulis adalah pengkaji masalah Islam, bermukim di Prabumulih).

source : http://aljawad.tripod.com

Wednesday, April 20, 2005

Diary Diri 19/04/05

Assalamualaikum,

EPL

...a good footballing weekend...Bolton won 2-1 against Charlton and Liverpool only manage to draw with Spurs 2-2.....Bolton now one point ahead of Liverpool and still 2 points behind Everton.....Bolton will be playing Southampton tonight and a win will put them one point ahead of Everton but having played 2 more matches.....Everton will have a tough game home game against Man Utd tomorrow night and Liverpool will have another tough assignment against rejuvenated Portsmouth....Bolton need to beat struggling Saints tonight to maintain their winning momentum and thus putting pressure on Everton and Liverpool.....Go GO Bolton Wanderers....

Masjid Al-Aqsa

...masa weekend, aku terbaca satu e-mail tentang gambar masjid Al-Ansa yang selalu ditunjuk oleh media barat yang merupakan masjid yang berkubah besar( Dome of Rock) .....tetapi mengikut e-mail ini , itu hanyalah propaganda pihak zionist untuk mengkaburi mata dunia especially orang Islam...masjid berkubah besar itu dipercayai masjid yang di bina oleh Khalifah Umar al-khattab semasa penaklukan pertama baitul Muqaddis dan Masjid Al-Aqsa yang sebenar terletak lebih kurang beberapa ratus meter dari masjid berkubah besar itu......mengikut e-mail ini, tujuan puak zionist ada muslihat tersendiri untuk mengkaburi mata dunia kerana mereka mempunyai perancangan untuk meruntuhkan masjid Al-Aqsa yang sebenar dan membina apa yang di panggil 'Solomon Temple' ......mereka percaya dengan pembinaan Solomon temple diatas tapak masjid Al-Aqsa ini kan menggembalikan keagungan bangsa yahudi seperti apa yang dipercayai ada di dalam kitab taurat...selepas membaca e-mail ini aku terbaca pulak tunjuk perasaan di Indonesia yang meminta Masjid Al-Aqsa ini dijaga dan tidak diruntuhkan dan ini mengguatkan lagi kesahihan e-mail yang aku baca ini....
Image hosted by Photobucket.com
...Masjid Al-Aqsa ini adalah salah satu dari tempat suci orang Islam dan merupakan kiblat sembahyang sebelum Kaabah.....dalam kisah Israk & Mikraj juga merekodkan di mana Rasullulah saw naik ke langit dari masjid Al-Aqsa ini.....

...so , sebagai umat Islam , aku berharap supaya segala bentuk protection perlu dilakukan oleh umat Islam untuk menentukan Masjid Al-Aqsa ini tidak di usik oleh mana mana pihak ..... ( stand to be corrected on the accuracy of facts in relation to my comments)


Malaysia dan Indonesia

...aku juga terbaca kisah kapal tentera malaysia dan Indonesia bergesel di kawasan perairan yang menjadi rebutan kedua dua negara dan kisah ini telah mendapat liputan media yang meluas......keadaan ini adalah kurang baik bagi kedua dua negara dan aku harap berita berita ini adalah lebih digembar gemburkan instead of a real military altercation....nusantara akan rugi jika kedua dua negara ini bergeseran....

..personally aku rasa ada udang disebalik batu dalam kisah pergeseran antara Malaysia dan Indonesia ini yang hanya kedua pemimpin besar negara ini yang dapat memberi penjelasan...sebab aku rasa tiada mana pihak yang akan untung sekiranya kedua dua negara bersengketa.....

..salaam....

Tuesday, April 19, 2005

Kriteria pelajar AF3..dari pandangan Ilham....

Assalamualaikum,

.....nampaknya AF3 akan tetap muncul .....ada orang report kata sessi ujibakat tahun ini tak sehebat tahun lepas....adakah betul????.....atau mungkin mereka yang berbakat sudah pandai memilih antara the many talentime shows yang ada kat TV ??....

...apakah ada kelainan tentang AF3 ( please refer to archive .....for my proposal on changes to be made for Af3).......dengar kata Astro nak utamakan vocal dulu ...that's quite a refreshing statement......apakah AFMASUK akan dikekalkan ?..atau adakah drama dalam drama seperti pengambilan zarina kerna kisah cinta dengan Khai or Mas kerna status janda dan seorang pembakar satay.....

.. mak cik aku kat kampong selalunya cakap," don't fix it if it ain't broken" or "don't change a winning formula/ a winning team".....so bagi aku the winning formula dalam AF ini ialah character yang dipilih untuk menjadi pelajar....ada yang kerek, ada yang down to earth, ada yang perfectionist, ada yang rugged, ada yang berbakat besar, ada yang tak ada bakat, ada yang lawa sangat , ada yang kelakar.....semua character ini mewakili semua jenis manusia yang ada di dunia.....

..bagi yang purist, depa akan menyokong yang betul betul ada talent walaupun tak cun, bagi yang extrovert, character macam nampak lepas laku, stylish, vogue akan jadi pilihan...bagi yang perfectionist, akan melihat kepada pelajar pelajar yang ada everything dan nampak menonjol untuk di sokong, bagi yang suka underdogs, mereka akan menyokong pelajar yang asyik diketepikan oleh camera , tenaga pelajar mahupun pengkritik masa konsert....inilah winning formula AF dan aku rasa a wise production team will never change a winning formula...atas dasar itu aku yakin character yang pasti ada di AF3 nanti adalah seperti berikut( dari pendapat aku)

1) sophistication

character yang ditonjolkan oleh Nana dan later Fikri ...so we can expect a character yang orang either love or hate them, no in between or perhaps the person yang people love to hate..

2) Rugged and kind of anti-establishment

..ini adalah character yang di bawa oleh Nija dan kemudian Mas...depa lari dari kebiasaan dan depa seakan berani menghadapi dugaan....this type of character is a must in AF, penyeri dan character yang orang selalu bersimpati walaupun tak minat...

3) very talented tapi jadi umpan Astro

..ini adalah charactor yang dibawa oleh Rosma dan Zarina...very talented tapi dijadikan umpan oleh astro untuk dikeluarkan pada minggu minggu yang rating or viewership rendah untuk menaikkan kemarahan orang ramai untuk mereka melepaskan kemarahan itu melalui sms!!!ahask ahahsk ahaks..

4) the perfectionist

..ini adalah character yang aku rasa dimiliki oleh Vince dan Zahid....they get anything or everything to go their way....very smart and no how to use others to their advantages....true colour will be notable when the going gets tough....this is another must character for AF3...

5) the telenovel character

...lawa, bergaya, boleh dilaga lagakan...dan character ini jelas pada AF1 dengan Liza tetapi tak berapa jelas di AF2 walaupun astro cuba menggunakan umpan untuk Linda...apabila cubaan Linda dengan Fitri gagal, maka di fokuskan pula Linda dan Corrie dan last kali Linda dan Ramli MS!!!!.....walaupun Farah tidak dalam category heroine ini tetapi nasib menyelebahi beliau bila kisah lap lap muka dengan Adam diketengahkan...

6) the unsung hero

..inilah character yang dapat kita saksi jelas pada sahri dan Bob....betul betul berbakat tetapi body tak berkat!!!!.....mereka ini nampak struggle everyweek pasal badan and so forth dan semua suka suara mereka tapi semua pun tak nak depa menang sebab takut AF negara lain kononya akan gelakkan kita kalau si comel jadi juara....kejam tapi hakikat...

7) the pin-up boy

..ini adalah character yang ada pada Khai dan Adam....diselitkan dengan kisah telenovel dan mereka ini akan jadi gilaan si muda remaja untuk astro mendapatkan sms dari golongan remaja...you can be pretty sure that this pretty face character will be in AF3

8) the lembuts

.....nei akak azizi punyer watak....tapi akak zz maintain tak der lar sampai pakai kemban...eh eh eh kimono dengan tocang .....so far ada beberapa lembuts...azizi, fitri, sahri and bob.....so aku agak sure jugak character akak akak nei akan diketengahkan......personally, aku appreciate depa nei...

9) the intellectual

..neilah character adi ( UPM grade), anding ( UiTM), adlin ( Australia grade) and perhaps kaer dalam AF2....sure punyer ada gak yang graduate dalam Af3 untuk mendapat minat college student...I would also include nurul in this category

10) the dark horse

..kumpulan pelajar yang berbakat, agak lawa dan handsome tetapi tidak menonjol tetapi diminati.....aku nampak pada Burn, Farah.....character ini probably dalam script should survive dalam week 4 or 5 until Farah tiba tiba ada TV charisma dengan Johnny dan mini telenovel dengan Adam..

11) dipilih untuk di buang segera

..ini adalah character adlin dan azza...lawa, baik, menarik tetapi dijadikan umpan minggu penyingkiran pertama kononnya memberi signal pada penonton, rupa paras bukan ukuran dalam AF!!!!ahask ahaks ahaks

12) Character of the hopeless

...character ini dihidupkan untuk menyakiti hati peminat pelajar lain yang tersingkir dulu untuk bertindak menambah sms demi menentukan character the hopeless ini keluar...ini adalah character Atie dan Fitri.....hehehe...punyer lar ramai bengang si Adi keluar, sampai si Atie kena sumpah the week after...ini juga character yang dibawa oleh Mas masa AF2....

13) character kenegerian/ bangsa or perhaps keagamaan

...aku rasa Astro belajar bagaimana semangat kenegerian berjaya melonjak keuntungan sms mereka dan rest assure tahun akan ada pelajar dari samada kelantan or terengganu....dan aku dengar Brunei pun ada pelajar...so it's going to be really emotional charge this year.......

14) the english speaking student

...nana dan anding termasuk dalam category ini dan ianya untuk menarik minat the upper market viewers....

...aku berpendapat bahawa apa yang membuat peminat AF gila sms ialah kerna setiap character tadi represents diri kita dan kita tidak mahu representative kita gagal....

..so kalau tak nak terjebak dengan sms, jangan taksub tengok diary, setakat tengok konsert ajer tak nak jadi giler punyer....

..okke lah, ini pendapat suka suka ajer, yang penting ialah bloggers especially establish bloggers yang berkaitan dengan AF memulakan kempen "TAK NAK SMS" sekiranya harga sms tidak diturunkan sekurang kurangnya 50% dari harga sekarang....tanpa sms, tiadalah AF menjadi fenomena.....

Saturday, April 16, 2005

aku sokong hanif dengan narin!!!ahaks ahaks

assalamualaikum

....aku tak der lar regular sangat Explorace nei tapi semenjak dua menjak nei adalah aku ikut sebab aku minat kar twin tu..tapi twin tu dah kalah dah...so so , basically bila aku tengok final Part 1 malam tadi aku tak ada lar mengigit gigit jari tension macam bila tengok si twin beraksi....

....aku rasa yang the bhoys yang amir dan dani tu nampak favourite to win, yang working mother tu ada luck on their side , so the odd couple out ialah narin dan hanif....so aku decided to adopt narin dan hanif as aku punyer harapan.....mintak maaf lar screw yer, walaupun vanessa tu member ko, tapi aku sokong si narin yang donga donga bunyi macam uwang kolooopir lah gak!!!ahaks ahaks ahaks..

....assestment dari final part 1 ialah apart from the weather, episode malam tadi yang paling senang dari semua episode yang pernah ikut....tak der the real physical kind of challenge or sesuatu yang mengerikan or menakutkan macam masuk kandang buaya and so forth....aku rasa malam tadi challenges yang diketengahkan amat mudah dan ini dibuktikan dengan ketiga tiga pasukan sampai about the same time....a bit anti-climax lar malam tadi.....the only plus factor ialah dapat jugak aku tengok balik tempat tempat yang aku pernah lawati suatu masa dulu!!!hehehe....

.....aku juga merasakan bahawa the bhoys silap bila cepat sangat ambik golden box semasa naik yang macam roller coaster tu...patut yer depa buat bodoh dulu dan cuba deceive dulu yang lain sebelum naik atas ambik golden box tu...and I thought the bhoys pun quite unlucky dengan driver yang haramjadah tu dan depa nei too excited to finish the task dan tak plan betul action mereka, dalam bahasa novel yer ialah terlalu rakus !!! ahaks ahaks ahaks.......hanif dan narin nampak competent bila menyelesaikan assignment macam menembak dan masak masak tu tapi seems to be having difficulties with direction ...the working mother agak susah menyelesaikan task tapi vanessa ini ada gift tentang direction dan very pursuasive bila nak sesuatu.......

...siapa kaki betting boleh lar bet on the Bhoys tapi siapa yang suka romantic ending boleh lar bet for working moms tapi siapa suka underdogs, boleh lar sokong so narin dan hanif macam aku nei.....

...aku rasa masa part 2, familiarity of the area will have the absolute advantage nanti....aku tak tau mana tempat yer masa di malaysia nanti tapi aku tak surprise kalau depa ke langkawi or sabah....so ingat, kalau ikut aku punyer prediction masa AF, maka kuda aku tak menang!!ahaks ahaks ..hopefully untuk explorace kuda aku menang plak....GO GO HARIN ( hanif + Narin)!!!!!!breep breep.....

Apa khabar saudara ke di Selatan Thai ??

Assalamualaikum,

..pagi pagi Jumaat yang mulia ini aku teringat pada perjuangan dan penindasan keatas saudara saudara Islam ku di selatan Thai....

..selepas tsunami, perjuangan orang Islam di selatan Thailand seakan dilupakan sementara walaupun pada hakikatnya darah darah yang tumpah di Tak Bai dan di Masjid Krisik masih lagi belum hilang tompoknya....

..walaupun ketua puak pelampau siam berjaya dipilih semula sebagai PM dengan mandat yang lebih besar namun parti beliau gagal memenangi mana mana kerusi parlimen di selatan Thai....Tak Sin kemudian telah cuba mengenepikan selatan Thai dari perancangan ekonominya selepas itu tetapi dibantah oleh orang Thai....tekanan demi tekanan di teruskan oleh pihak berkuasa Thai dengan harapan menghancurkan semangat juang orang Islam di sana.....

.....ramai orang awam yang beragama Buddha di bunuh tetapi pihak PULO deny any involvement in killing of civilians or monks....maksudnya di sini ada usaha usaha agent provocateur untuk menaikkan kemarahan orang awam yang bukan Islam dengan membunuh orang awam untuk dipersalahkan kepada perjuang Islam....

..terbaru, serangan gerilya dari pihak pejuang Islam sudah masuk ke Haatyai iaitu bandar terbesar di selatan Thai dan merupakan pintu masuk antarabangsa dari selatan Thailand...berasaskan development terbaru ini, maka adalah dijangkakan serangan gerilya ini akan menuju ke Phuket dan seterusnya ke Bangkok sekiranya tiada jalan penyelesaian ke atas pemasalahan di selatan Thai ini... harap harap jangan sampai ke peringkat ini...

...yang pasti Tak Sin bukan lagi berdepan dengan PULO tetapi dengan seluruh orang Islam yang berbangsa malay yang sudah tidak tahan lagi hidup dizalimi sekian lama...masalahnya ialah rezab minyak dipersisiran pantai di selatan Thai ini terlalu amat diidam idam kan oleh Tak Sin dan tidaklah hairan jika ethnic cleansing akan diteruskan untuk menentukan mereka dapat merampas hasil kekayaan bumi Islam pattani ini....

..walaupun kita orang Islam di Malaysia tidak dapat membantu secara fizikal tetapi kita boleh berdoa semoga Allah merestui perjuangan mereka dan memberi kejayaan kepada mereka....dan kita boleh membantu mereka dengan menggeluarkan sedikit wang yang lebih d restoran restoran orang tom yam yang banyak didokong oleh mereka yang berasal dari sana....

.....BTW, dilaporkan ada 5 gunung berapi sedang aktif menggeluarkan lava di Indonesia....di hari Jumaat yang mulai kita berdoa akan kita , keluarga, rakan taulan, jiran dan negara dilindungi Allah dari bencana yang nampak seakan pasti datang....aku diberitahu ada satu ketika pada hari Jumaat di mana doa akan dimakbulkan..maka jangan lah berhenti berdoa pada hari Jumaat....bagi yang pergi sembahyang Jumaat, doa semasa diantara dua khutbah dikatakan waktu yang baik berdoa, waulahhuqalam.....

Friday, April 15, 2005

Diary 14/05

Assalamualaikum,

EPL

...Bolton won 3-1 aganist Fulham to gain another 3 points ...Bolton currenlty at number 6 ,one point behind Liverpool and 5 points behind Everton....these three teams fighting for the last spot to qualify for the european champion league for next season....although Everton is 5 points ahead , the chase is not over for Bolton since Bolton will be playing Everton at home on the last day of the season and on paper, it is expected for Bolton to clinch 3 points from this tie....so so, the margin of points between everton and bolton can be assumed to be 2 points only....everton will be playing Man Utd next and it is going to be a tough game for them and therefore if Bolton could win at Charlton this week, the race for the final spot will be very interesting indeed....

Kemaman

Last Sunday aku pergi ke Kemaman ziarah orang meninggal dan bila tengok rumah lama aku tu rasa hiba pulak.....tapi aku nak recommend satu restoran yang namanya Yala 11( dua) yang terletak selepas pelabuhan kuantan iaitu lepas Gebeng dan sebelum sampai ke Cherating...actually dari Kuantan , Yala 11 ini terletak disebelah kanan dan tak jauh selepas pelabuhan kuantan....aku dinner kat sini dan aku rasa sedap betul masakan depa..or perhaps aku tengah lapar kot....tapi ada gak horror stories masa kat sana jugak, aku pergi minum petang seperti biasa kalau aku kat terengganu dulu....i mean makan kepok lekor, udang, ikan dan sotong salut tepung.....aku remember ambik 3 ikan kembung tepung, 3 sotong tepung, 2 pinggan kepok lekor, 10 air kelapa dalam gelas .....tapi kali nei aku tak cakap loghat Ganu... tau berape depa charge aku???? ahaks ahaks ahaks......RM ......jeng jeng jenggggggg...RM enam puluh ringgit.....yeap RM 60 !!!!.....terkedu aku kejap ...aku suruh dia list down price...depa charge 3 ekor sotong sebanyak RM 28.90 !!!!!!( mencendat sotong adalah mainan orang kat Kijal nei so sotong tak lar se glamour di KL harga yer).....aku faham dan aku hormat Diskriminasi Harga dalam perniagaan tetapi aku tak expect lar sampai lagu nei( maksud aku kalau begini harga minum petang, tak der lar jadi tradisi orang Ganu minum petang!!)....hehehe.....on normal circumstances it will not cost me more than RM 30 ( tu pun dah kira mahal dah tu)......yang best yer plak, aku dinner kat Yala 11, makan hidang ala ala seafood tu dan ada yang makan set order dan tambah itu dan ini harga yer RM 54....yeap babeh!! that's the kind of price that I would normally expect bila makan kat tempat tempat ini...so, RM 60 for my makan petang was a little bit too much..regardless, halalkan everything.....my point here, kalau kelian tak pandai cakap Ganu, pergilah cari makan kat tempat tempat yang tanda harga dah ditunjukkan....but trust me, tak semua kedai di Ganu kaki sembelih, tapi kita kena berhati hati.... korang singgah lar Yala 11 nei, memang berbaloi!!.....

Accident

Last week hari rabu , on the way to kerja tiba tiba ada accident motorsikal terjatuh langgar divider, tertiarap lah mamat nei dan aku betul betul line tepi dan among the 1st to arrive to the scene of accident.....tak sanggup aku nengok mamat nei dengan darah kat muka dia , maka sebagaimana aku sarankan pada semua penggunjung blog aku nei, aku pun berhentilah bawa mamat nei pergi hospital.....aku suspense dah sebab mamat nei langsung tak bersuara...aku suruh dia mengucap syahadah pun dia diam ajer, tapi bila sampai hospital, HA datang tolong keluarkan dia dan dia nampak semi-conscious....rasa rasa yer hidup kot...pas tu aku pergi cuci kereta yang penuh dengan darah yang masih hidup mengalir.....dulu masa aku accident, lori driver yang berhenti dan tolong keluarkan aku dari the wreckage of the car dan dua mamat berbangsa India yang bawa aku ke hospital....aku tak kenal depa ini tapi aku nak officially memohon kepada Allah untuk membalas jasa mereka pada aku dulu....

Sabar

Dalam minggu lepas, bila aku bukak himpunan hadis dan baca kisah kisah teladan , apa yang aku baca asyik terkeluar kisah kisah mengenai kesabaran atau bersabar....cara menahan marah, cara menerima hukum qada dan qadar dari Allah, cara menentukan kesabaran itu berpanjangan.....seolah olah Allah memberi tahu aku supaya memberi penekanan berkenaan dengan kesabaran dalam cara hidup aku ini....alhamdullilah, aku rasa aku lebih mahir dalam menguruskan kesabaran or apa yang mat salleh cakap 'anger management'.....i hope as i get older , i will get wiser and hopefully becomes a better person....inysallah....



Thursday, April 14, 2005

Gaji MP naik !!! yes!...

Assalamualaikum,

..aku baca dengan anxious yer tentang kenaikan gaji ahli parlimen dan juga tak silap aku gaji menteri menteri hingga ke PM sebanyak 10%....

..actually aku seronok baca sebab sebagai rakyat marhean aku melihat kenaikan gaji MPs dan ministers ini sebagai petanda ekonomi negara sudah stabil...sebagai pekerja makan gaji, aku melihat kenaikan gaji 10% ini sebagai satu isyarat kepada majikan majikan untuk mengambil iktibar bahawa 10% should be the basis of average increment for this year!!!ahaks ahaks ahaks...

...bagi pendapat aku, sekiranya seorang MP itu hanya bersandarkan kepada allowance MP ini sebagai pendapatan, maka sememangnya jumlah elaun mereka dalam RM10 lebih sikit ini tidak memadai untuk menampung sara diri sebagai seorang ahli parlimen...aku punya pendapat , seseorang ahli parlimen mahupun wakil rakyat harus diberi peruntukan asing untuk kerja atau tugas mereka pada rakyat di kawasan/consituency mereka tanpa mengira samada dari parti kerajaan atau parti pembangkang.... as MPs, people would expect them to dress nicely when meeting delegates from other countries and to dress neatly cost money..so , MPs should be paid handsomely if we expect them not to indulge in action unbecoming of a MP ( read , bribery).

...selalunya rasuah atau cronysm berlaku kerana wakil rakyat atau ahli parlimen terpaksa mengguna kuasa untuk mendapatkan income sampingan bagi menampung perbelanjaan untuk menjadi wakil rakyat atau ahli parlimen yang berkesan.....especially di luar bandar, wakil rakyat ini adalah tempat untuk mereka mengharapkan bantuan kewangan bila mereka susah atau menghadapi kesusahan....orang meninggal, kenduri kahwin, rumah terbakar, anak nak menyambungkan pelajaran dan sebagainya....

..elaun ahli parlimen seharusnya merupakan sara diri mereka sahaja dan peruntukan kepada consituition mereka yang harus digunakan untuk menolong rakyat yang memerlukan....ini belum masuk kes menampung perbelanjaan parti dan juga bahagian dan cawangan di bawah constituency mereka....

..apa apa pun, tenaga kerja jangan complaint pasal kenaikan 10% ini sebab ianya sepatutnya dijadikan benchmark untuk mintak gaji lebih tahun ini....ahaks ahaks ahaks...caya sama lu pak lah!!!!

....tapi apa yang normally pasti ialah harga barang juga akan melambung naik selepas pemgumuman gaji menteri ini.....akau lebih suka gaji tak naik tapi cost of living turun, maksudnya aku tak payah bayar income tax lebih tapi kuasa membeli aku bertambah dengan penurunan harga barang dan services...kadang kadang gaji naik tapi tak rasa naik sebab income tax dah telan banyak awal awal lagi....bayangkan kalau harga rokok diturunkan sebanyak 10%, ianya akan memberi aku net saving of approximately RM 1.30 per day( 2 large packs per day) or Rm9.1o per week or RM 36.40 per month or RM 436.80 per year...ini baru rokok , bayangkan kos elektrik, api, minyak, gas dan bahan bahan makanan semua turun 10%...tak ker berbahagi hidup walaupun gaji ditangkuk yang lama....kalau semua bahan mentah untuk memasak turun 10% maka, harga nasi ayam sepatutnya boleh turun 20% dari RM 3.00 to RM 2.40....harga air tembikai boleh turun ke RM 1.20 dari RM 1.50 , so boleh lar bawak duit RM 10 belanja awek makan gerai nasi ayam dan ada pulak balance lagi nak beli gula gula kasi pernafasan harum !!!ahaks ahaks
ahaks.....

..ko bayangkan toll turun 10% , waduh!!! nei bermaksud kita boleh save up to RM3.96 untuk KL-Kuantan, to and for....kalau JB ke Bukit kayu hitam....banyak beb!!!

..memandangkan ahli ahli parlimen akan mengabihkan lagi 10% dari duit yang dikutip dari tax payers, so sebagai tax payer , aku cadangkan ahli ahli parlimen untuk berusaha menolong rakyat untuk menggurangkan 10% dari kos kehidupan hari hari rakyat....

apa apa pun, i personally believe that 10% increase in MP's salary as appropriate and timely..

Wednesday, April 13, 2005

Tsunami 2 - perasaan aku

Assalamualaikum,

..rata rata dalam internet aku baca kisah kemungkinan berlaku tsunami 2 berdasarkan petanda petanda awal yang dikenal pasti berlaku dulu sebelum tsunami yang pertama pada 26 Dec 2004..

.. pasang surut air laut yang tidak menentu, air laut surut lebih dari biasa, ikan menjadi banyak di kawasan perairan pantai dan sebagainya.....keadaan ini disokong pula oleh pendapat pakar geologi tentang akan berlaku gempa bumi berdasarkan scientific findings and so forth...ini tidak termasuk ramalan ramalan individu tentang impending catastrophic event in the near future...

..pepatah malay ada berkata , masakan pokok bergoyang jika tiada angin dan mendengar guruh di langit , air tempayan di buang jangan.....kedua pepatah ini menggaitkan alam sekitar or force of nature sebagai petanda akan berlaku sesuata perkara seperti hujan,iaitu petanda untuk hujan ialah guruh dan petir.....

...ada artikel yang menyatakan binatang lebih sensitif tentang gegaran dalam bumi dan sekiranya akan berlaku sesuatu seperti gempa bumi di darat, maka gajah dan burung akan lebih bertindak segera dan jika gempa di dasar laut maka perhatikan kepada behavior ikan ikan di laut....

....salah satu petanda kiamat ialah manusia berada dalam ketakutan ( stand to be corrected) dan sememangnya kita manusia hidup dalam ketakutan..takut dengan berbagai bencana yang akan datang tapi dalam kita ketakutan kita masih juga merasakan bahawa kita akan terkecuali dari kesan bencana tersebut...keadaan ini sama dengan accident jalanraya, walaupun kemalangan maut demi kemalangan maut berlaku, namun kita masih berasa kita ada seperti immunity dari terlibat dengan kemalangan dan bahawasanya ianya hanya akan berlaku pada orang lain....

...oleh sebab itu, dalam kita takut akan kemungkinan kemungkinan berlakunya tsunami 2, tetapi pada hakikatnya kita tidak langsung bersedia untuk menghadapai kemungkinan kemungkinan yang datang....ini adalah kerana kita terlalu sibuk dengan kerja seharian kita dan masih belum bersedia untuk mati, oleh itu jalan keluar ialah hanya memikirkan bahawa mereka yang berada di persisiran pantai yang akan menjadi mangsa ataupun berfikiran dengan pengalaman tsunami yang awal kita telah bersedia menghadapi apa bentuk kemungkinan...

..aku pernah menulis artikel kemungkinan tsunami di KL berlaku akibat dari 3 dam terbesar di sekeliling kuala lumpur meledak akaibat dari tanah runtuh dari bukit bukit yang menjadi benteng kepada dam dam ini....sekiranya tidak membentuk tsunami seperti di Alaska dulu, ianya boleh meningkatkan paras air di dam yang menyebabkan ianya perlu disalurkan keluar untuk mengelakkan dam pecah...pengaliran iar dari dam secara paksa ini boleh menyebabkan air air dari sungai melimpah keluar menyebabkan banjir kilat dan keadaan akan menjadi lebih buruk sekiranya ianya berlaku aktu hujan lebat...ini adalah kemungkinan bahawa sesuatu bencana Allah taala itu tidak boleh ditentukan....

...apa akan jadi jikalau gunung berapai danau toba meletup..mengikut ahli kaji gempa, jika berlaku ledakan gunung berapi di danau toba, ianya boleh merubah peta nusantara kerana ledakan dari gunung berapi danau toba jika berlaku boleh menenggelamkan sebuah pulau....bayangkan sekiranya ia berlaku , apa jadi dengan high rise building di negara kita yang telah di confirm tidak memiliki ciri ciri bertahan dari gegaran gempa bumi yang besar?!!!!....dulu bukit bukau yang menjadi pasak bumi menyengkang pergerakan bumi di semenanjung apabila gempa bumi berlaku di kawasan sekitar tetapi dengan bukit bukau dipotong, diterangkan maka pasak bumi yang ada secara natural ini sudah tidak sekuat biasa/dulu yang menyebabkan kita sudah mula berasai gegaran gempa bumi yang berlaku beratus ratus batu notika jauhnya dari kita...

..tsunami 2 mungkin muncul dan mungkin juga tidak muncul tetapi disaster yang mungkin lebih buruk dari tsunami asal adalah kemungkinan yang senantiasa ada....adakah kita sudah bersedia menerima semua bentuk kemungkinan??....

..dalam aku cuba prepare myself from any eventuality, aku masih merasakan diri aku selamat kerana perasaan masih di bendung oleh kemahuan duniawi....memang manusia tidak pernah puas or man's needs has no limit dan aku tidak terkecuali dari hukum ini.....ataupun menyenangkan hati dengan berkata kalau nak mati, dekat mana pun mati bila sampai ajal....

..tetapi aku merasakan bala Allah di jemput jemput hadir ke bumi malaya ini dengan sikap kita sendiri yang banyak mempersoalkan hukum Allah, mempersendakan hadis Rasullulah, menjadikan slogan secular," the end justify the means" sebagai cara hidup, mendulukan adat, melupakan hormat pada si tua, kelekaan dalam duniawi dan sebagainya......itu lah sebab aku tidak akan terperanjat jika tsunami 2 berlaku, kita masih akan treat tsunami 2 macam tsunami dulu, iaitu penuh dengan retorik dan kesedaran yang lebih kepada sandiwara....

...kepada diri aku dan sesiapa yang sudi singgah ke blog ini, aku menyeru agar kita mulakan persediaan kita dengan ;

1) menguatkan ingatan kepada mati
2) menguatkan usaha sekiranya dipanjangkan umur
3) menggurangkan ketagih kita pada perkara yang melekakan
4) melebihkan amalan sunat selepas yang wajib dilakukan
5) menghormati orang tua kita
6) sabar dan kurangkan marah
7) menerima kesan bencana sebagai dugaan sebagaimana menerima kesenangan sebagai dugaan rahmat
8) membanyakkan bacaan Al-Quran dan menjauhkan dari yang was was
9) bertaubat sebelum tyerlambat
10) meninggika ketaqwaan kepada Allah swt...

wassalam...