Thursday, June 30, 2005

IDAYU - Penyingkirian "Persepsi" ???!!!

Assalamualaikum,

..sila rujuk kepada entry aku bertarikh June 11,2005 di bawah tajuk siapa finalist/siapa eliminated untuk memahami lebih mendalam entry tentang penyingkiran Idayu ini dari perspective aku lar , okke.....

..dalam entry tersebut aku ada katakan idayu akan hanya gagal ke final sekiranya idayu digunakan untuk penyingkiran ala ala rosma dan zarina.....apakah maksud penyingkiran ala ala rosma dan zarina ......baiklah, rosma dan zarina adalah dua pelajar yang dianggap ramai sebagai berpotensi untuk ke final, ada kualiti nyanyian yang tersendiri dan mempunyai formidable followers.....kedua dua nya tersingkir pada minggu ke 6 concert dan penyingkiran mereka menjadi tajuk debat seantero malaya dan memberi kesan kenaikan afundi selepas itu kerana penyingkiran mereka menunjukkan tiada pelajar yang selamat sekiranya tidak diselamatkan

...penyingkiran ala ala rosma/zarina juga aku syaki ada kena menggena dengan tangan tangan ajaib dari pihak dalaman.......aku ada teori bahawa astro mempunyai teknik tersendiri untuk menyingkir dan menyelamatkan seseorang pelajar untuk memberi impak kepada keuntungan keseluruhan melalui afundi.....mengikut teori aku, astro ada budget probably dalam 20,000 afundi seminggu yang di standby kan sekiranya keputusan afundi tidak mengikut skrip mereka.....maksud aku dalam hal penyingkiran ala ala rosma/zarina, pihak astro akan menaikkan peratus pelajar yang terdekat dengan peratusan rosma/zarina untuk menyebabkan rosma/zarina tersingkir.....benda nei perfectly legal bagi pendapat aku walaupun morally debatable!!!! itulah makna penyingkiran ala ala rosma/zarina.... namun ada kemungkinan rosma/zarina tersingkir kerana penggundi rasa selesa dengan kedudukan mereka but I doubt so dan ada kemungkinan rosma/zarina tidak diundi kerana remaja wanita memboikot mereka kerana hubungan kedua pelajar dengan Khai!! I doubt so too....

..dalam kes idayu ada ciri ciri yang memungkinkan penyingkiran beliau ala ala penyingkiran rosma dan zarina kerana impact yer sungguh mengejutkan...tiada siapa menyangka idayu terkeluar minggu ini kerana kedudukan beliau dalam carta agak konsisten dan persembahan beliau amat mantap....kalau dilihat dari sudut personaliti, mungkin kisah beliau dengan reza memberi persepsi berbeza pada idayu sehingga Ilham's personality chart meletakkan beliau kedua tercorot untuk minggu ketiga tetapi rasanya tidak akan menggugat kedudukan beliau.... walaubagaimanapunaku merasakan penyingkiran idayu bukan penyingkiran ala ala rosma/zarina kerana terlalu awal untuk peyingkiran ala ala rosma dan zarina untuk memberi kesan kepada pengafundi pengafundi untuk menambah kuasa afundi mereka kerana jumlah pelajar masih ramai....

..aku lebih melihat penyingkiran idayu kepada unsur 'persepsi'......berita rumah bapa idayu dirompak yang dilaporkan menyebabkan kehilangan harta benda bernilai lebih RM1 juta adalah penyebab kepada masalah 'persepsi' tersebut.....bila aku dengar berita tersebut aku terus berkata " habis lar idayu!!" iaitu aku merasakan penonton yang bukan peminat setia idayu tetapi memberi undi hari sabtu/"saturday voters" atas kekuatan persembahan beliau mungkin tidak akan memberi afundi lagi pada idayu atas alasan " alah anak orang kaya, tak payah lar afundi, bapak dia boleh afundi" atau " baik aku bagi si polan si polan tu undi, dapat gak dia tolong keluarga dia"..... malah aku yakin, perkataan perkataan ini disebut sebut semasa Idayu menyampaikan persembahan beliau pada konsert ke 4.....

ini adalah persepsi...memang bakat dan personaliti penentu kejayaan student dalam AF tetapi pemikiran penggundi yang menggeluarkan duit sendiri untuk menggundi pelajar akan berubah bila berita berita begini muncul......edlin menjadi mangsa pertama tentang persepsi anak orang kaya ini bila beliau terkeluar atas dasar anak dato'??!!!...tetapi kaer terselamat kerana budak perempuan remaja ada tendency tergila gila nak kan anak orang kaya dan depa terus afundi!!!!.... hehehehe...

.....maka aku di sini merasakan idayu dilupakan oleh penggundi hari sabtu selepas berita yang beliau ini anak orang kaya kelantan tersebar luas atau idayu adalah mangsa 'Persepsi"....

...aku juga merasakan idayu gagal kerana fenomena AF ini tidak kuat di kelantan, walaupun beliau berdialect kelantan untuk meraihkan support dari rakyat kelantan tetapi aku merasakan kesan AF di kelantan tidak sekuat mana.....oleh itu bila support base secara umum yang beliau ada hilang atas dasar anak orang kaya tadi, maka tiada second support base melalui faktor'orang kampong aku' untuk menyelamat idayu.....atas dasar ini aku merasakan tiada peserta AF4 yang akan diambil dari kelantan tahun depan.....

.....so bila idayu terkeluar , ianya bukan sebab " anda mungkin terlupa" tetapi sememangnya dilupakan dalam hal ini oleh kerana 'persepsi'....beliau juga mungkin tak diselamatkan melalui budget astro kerana mungkin pihak astro telah menggunakan budget itu untuk pelajar lain yang mereka yakin dalam bahaya tetapi survival mereka diperlukan!!!.....

.....aku juga merasakan keluarnya idayu tanpa diselamatkan astro ada kena menggena dengan berkemungkinan ada AFMASUK untuk tahun ini sebagaimana tahun lepas kerana aku merasakan dengan jumlah pelajar 14 orang atau 20 orang kalau diambil dari konsert prelude , maka jumlah 7 finalist adalah jumlah yang agak logik......so aku merasakan dibiar pergi untuk memberi kesan yang kuat semasa AFmasuk di aktifkan.....

....mungkin ramai merasakan apa yang berlaku pada edlin dan idayu sebagai menyatakan AF nei untuk anak orang yang kurang berada??!!!....memang tidak salah fahaman itu kerana AF ini menjanjikan immediate 'wealth' and 'fame' dan kita mahukan melihat seseorang itu berjaya against all odds....maksud aku di sini ialah kita mahu impian kita dikecapi oleh seseorang yang kita minati dan tiada yang paling manis bila seseorang yang miskin tiba tiba mencapai kejayaan untuk meningkatkan tahap hidupnya dalam kes Mawi atau Felix ...tahun lepas ada Mas , janda si penjual satay, atau si Zahid yang menjual burger....itulah yang membuat kita berlumba lumba menggundi untuk mencapaikan impian kita sendiri yang kita salurkan kepada pelajar kesayangan kita yang kita rasa mewakili diri kita untuk mencapai kejayaan yang kita tidak akan tercapai..... maka watak watak pelajar itu adalah proxy diri kita untuk merealisasikan impian kita...itulah indahnya AF nei...

..seperti kejayaan Nooramalina mendapat 17As dalam SPM kerana circumstances yang belaiu laiu.......dirasakan manis kerana beliau adalah anak dari ibu bapa yang bercerai, sekolah biasa dan bukan sekolah asrama dan dilihat sebagai anak orang kebanyakan dan ini seolah olah memberi harapan kepada emak bapak yang anak tidak bersekolah asrama bahawa anak mereka yang tidak dipandang tinggi berbanding dengan anak jiran yang masuk asrama bisa meraih kejayaan yang sama.....

..maka berbalik kepada kes penyingkiran idayu , maka bolehlah dirumuskan idayu adalah mangsa keadaan, berita yang tersebar yang imply beliau ini anak orang kaya tiba 2 hari sebelum konsert....... dan bila konsert berlangsung, berita itu masih panas dan sebab itu idayu diabaikan.....sehingga kini masih ada menyatakan dalam C@15, tak apa, Idayu anak orang kaya....

...idayu bukan mangsa budaya FC, bukan sebab tiada berbakat bukan juga mangsa orang lupa menggundi sebab menjangka beliau terselamat dan bukan juga mangsa kurang 'package'...tetapi idayu adalah mangsa kepada corak permainan AF dan pemikiran peminat AF termasuklah aku sendiri...tetapi sekiranya ada AFMASUK, aku akan sanggup mengundi Idayu sebab aku rasa dia deserve to be in the final regardless dia nak orang kaya atau tidak....tetapi di final akau tak akan menggundi pelajar perempuan sebab aku merasakan pelajar lelaki lebih memerlukan kereta dan apartment tersebut....inilah maksud aku 'persepsi'. got nothing to do with talent....

......idayu reminds me of Liza Aziz dari kekuatan suara dan juga dari segi image Liza yang selalu menjadi back-up singer dalam concert concert penyanyi lain seperti anita sarawak dan sheila majid .....kita kagum dengan suara mereka tetapi kita tak berusaha untuk menggenal siapa dia...sampai sekarang aku masih tertanya tanya mengapa lagu tema sukan commonwealth iaitu " Standing in the eyes of the world" tidak diberi pada Liza sedangkan almost all patriotic songs were sang by Liza before the commonwealth game...adakah pasal package??!!!!....i dunno....

...mungkin kita berkata cara memilih penyanyi ikut 'package' adalah menunjukkan mentaliti orang kita masih mundur?? tetapi aku merasakan ini tidak benar sama sekali kerana dalam hal David beckham, dia menjadi pemain bolasepak terkaya di dunia kerana 'package' beliau kerana dari segi kebolehan bolasepak beliau jauh di belakang Zidane, Ronaldinho atau samuel eto....begitu juga di hollywoood, Tom Hanks mungkin memenangi Oscar lebih dari pelakon lain, tetapi brad pitt lebih kaya dan memenuhi ruang iklan kerana apa?? kerana 'package'.....pernah aku terbaca di C 15 bagaimana seseorang telah menulis sesuatu yang rasanya kejam tapi penuh kebenaran " penyanyi mesti ada package, yang tak ada package tapi ada suara, boleh nyanyi kelab malam..itu sebab lampu kelab malam dimalapkan supaya orang dengar suara tak tengok muka" ( lebih kurang itu maksudnya)....

...idayu adalah outstanding talent dan kerana beliau dilahirkan oleh AF, aku yakin beliau akan bertapak lama dalam industri muzik tanahair....

..kepada Idayu, terima kasih kerana telah membanggakan bangsamu dengan bakat nyanyian yang bertaraf antarabangsa dan terima kasih kerana menjadi pelajar yang amat suka membantu rakan rakan yang lain.....kehilanganmu di diary akan dirasai dan ketiaddanmu di concert akan tentu menggurangkan seri...harap idayu tabah menerima takdir Illahi dan semoga AFMASUK akan mengembalikan idayu untuk final nanti.....

Probably the best AF student to be eliminated in a cruelest manner our mind could ever imagine.... when 'perception' comes into the picture, anything else becomes secondary!!!...

p/s.

memandangkan article di atas aku dah tulis 2 hari lepas, aku nak add sikit yang malam tadi aku tengok muzik@ria yang featuring idayu dan farah, ha ah! farah aweks angkat aku tuu....Farah dan Idayu roper roper yer adalah kawan baik dan duduk satu bilik....untuk seorang anak jutawan, idayu ini sungguh low profile dan tiada 'air' langsung dalam diri beliau....ada ditunjukkan secara ekslusif Video muzik Farah untuk lagu Antara Dua....boleh tahan video tu tapi nampak sangat low budget.....

Berilah sokongan Anda pada album terbaru Farah, Antara Dua,...perhaps dengan kejayaan album sulung Farah ini akan membuka jalan untuk syarikat syarikat rakaman lain untuk melamar pelajar pelajar AF yang lain yang bukan Top 3 seperti Saari, Bob , Idayu, kaer ( i heard kaaer dah dilamar), Edlin, anding, NIJA( ha ah!! aweks angkat aku gak),Adi , burn,liza, nurul, zarina , rosma, elliza and fuad untuk mendapat peluang mereka pula....syarikat rakaman selalu mengikut 'trend'....kalau ada album budak AF meletup, maka mereka akan joint the crowd....maka, letupkan album Farah untuk membuka mata syarikat NSR, KRU, WEA, Suria dan yang lain lain untuk memberi peluang kepada pelajar yang bukan Top 3......sokongan anda adalah amat dihargai dan hanya Allah swt saja yang bisa membalasnya....world !! world !! world !!

Wednesday, June 29, 2005

Pengkritik dalam AF

Assalamualikum,

..memang tidak dapat dinafikan lagi AF3 ini lebih baik dari segi kualiti pelajar dan persembahan diary dari AF sebelumnya dan ini diperkukuhkan dengan kritikan kritikan Pengkritik yang sudah jadi teknikal sampai students pun tak faham apa depa cakap???!!!!ahaks ahaks ahaks...

..tahniah kepada astro kerana berjaya mempertahankan kekuatan AF sebagai siri reality tv yang terbaik dalam malaysia and perhaps asia tenggara...walaupun aku tak menggundi tetapi sengsara hari sabtu itu masih juga tidak hilang ...debaran, harapan dan perasan geram masih segar ditambah pula dengan kehadiran dua character yang tidak ada sebelum ini dalam AF AF sebelumnya iaitu mawi dan felix....bayangkan juga 3 pelajar yang tersinggir boleh masuk final mana mana AF sebelum ini dan ini menunjukkan the depth of the talent dalam AF3 ini..

..tetapi aku agak kurang senang bila astro cuba menggunakan pendekatan MI dalam pemilihan pengkritik....kekuatan MI pada pengkritik dan bukan peserta tetapi kekuatan AF adalah pada pelajar dan bukan pengkritik....pengkritik MI adalah dibayar gaji untuk melakonkan watak mereka dan harus diingat Simon of the American Idol has become the highest paid Tv personality in Britain by virtue of his role in American Idol.....

..maka ada perbezaan watak dan keperluan pengkritik untuk MI dan AF...jika pengkritik MI adalah bersifat lakonan , pengkritik AF adalah bersifat penyeri majlis....harus ditekankan bahawa AF adalah rancangan di mana keluarga berkumpul pada malam sabtu, kawan kawan berjumpa di rumah yang sesuai untuk menyaksikan persembahan pelajar pelajar AF dan lebih lebih lagi pelajar kesayangan mereka untuk menyampaikan persembahan dalam concert.... concert AF juga ialah malam kita menunggu pelajar kesayangan kita diiktiraf oleh celebrities celebrities yang datang sebagai pengkritik......

..pada awal AF1 , Loloq, Johan Nawawi, Johari johar , siti nurhaliza muncul sebagai pengkritik dan kritikan kritikan mereka agak berlapik dan kemudian datang megastar seperti anita sarawak dan tan sri sm salim diminggu ke 8 ( semi-final) untuk memberi kritikan kritikan yang lebih kepada nasihat dan teguran.....cara kritikan terus berubah bila Ramlee MS menjadi pengkritik di peringkat akhir AF1 dengan cara yang amat berbeza sehingga beliau mendapat superstar status sehingga menjadi Pengetua untuk musim AF2....

....seterusnya di AF2 , pengkritik dipilih dari golongan yang akan memberi 'peluang' kepada pelajar AF2 memperkembangkan bakat mereka selepas AF2 tamat dan maka dibawa masuk pengarah pengarah filem untuk menjadi pengkritik disamping penyanyi penyanyi terkenal untuk melihat dari sudut vocal...pada musim kedua, farihin, hetty koes endang , anuar zain dan mamat telah menjadikan popular dengan kritikan dan jenaka mereka yang menarik....

..tetapi untuk AF3, kemunculan pengkritik pengkritik untuk empat minggu pertama concert telah berbebza dengan kritikan kritikan yang amat technical, kurang ajar dan sampai peringkat menjatuhkan airmuka pelajar....adakah ini semua perlu dalam satu rancangan yang merupakan platform untuk keluarga duduk bersama meraikan keindahan pesta nyanyian dari para peljar yang baru belajar teknik persembahan dan nyanyian....adakah komen Juliza Adlizan dalam mingguan malaysia menyebabkan astro merasakan perlu diubah konsep kritikan terhadap pelajar.....salah satu sebab aku tak minat MI ialah aku merasakan kritikan kritikan pengkritik yang berbayar dan berlakon itu adalah sangat keterlaluan yang tidak sesuai dengan adat dan adab ketimuran kita dan atas sebab itu aku merasakan kritikan kritikan begitu tidak sesuai untuk AF .....

therefore , lets examine apakah tugas pengkritik dalam AF, tanggungjawab mereka dan keperluan mereka dalam AF??

pertama, ada dua jenis pengkritik iaitu pengkritik tetap dan pengkritik jemputan....pengkritik tetap ialah Khudsia Kahar yang mempunyai tanggungjawab untuk menjadi wakil astro dalam kritikan beliau....mungkin astro tak bagi script pada khudsia tetapi beliau berada di situ untuk sesuatu tujuan iaitu samada untuk memanaskan suasana, menaikkan seseorang pelajar yang astro rasa perlu dinaikkan dan untuk provoke penonton....khudsia menjalankan watak tersebut dengan baik sekali sehingga beliau menjadi watak yang disayangi dan juga dibenci depending siapa pelajar yang kita sokong or khudsia sokong....beliau nampak 'bias' kerana itulah watak yang beliau perlu bawa untuk menjadikan penyokong sesuatu pelajar itu marah dan terus afundi tak berhenti henti....tahun ini khudsia diarah menggubah 'role' yer sehinggakan beliau nampak seperti 'angel'....hehehehe....khudsia tak buat predcition siapa pergi ke final tahun ini tetapi bila beliau cuti untuk minggu ke 4 , pengganti beliau iaitu Adlin telah diarah untuk stri controversy dengan membuat prediction siapa ke final dan pilihan beliau terus melesat bila Idayu terkeluar tak sampai satu jam selepas beliau buat prediciton!!!!ahaks ahaks ahaks....

...okke jenis pengkritik yang kedua ialah pengkritik jemputan yang dijemput untuk memberi kritikan dan pandangan mengikut bidang expertise mereka iaitu samada dalam bidang nyanyian, seni persembahan, pengarahan filem, media cetak dan sebagainya...mereka ini diharap dapat memberi 'guidance' kepada mereka yang nak afundi akan pelajar mana yang baik dan kurang baik dalam persembahan mereka melalui kritikan mereka....memandangkan mereka tidak diberikan 'script', maka ada pengkritik yang 'play safe', ada pengkritik yang berlapik lapik kritikan mereka dan pengkritik yang terus lanyak tak kira sukatan...hehehehe.....

..nak atau tak nak, kritikan kritikan ini ada impact/effect kepada peratusan pelajar dan impact yer kadang kadang di luar dugaan, ada pelajar yang lagi dikritik hebat, lagi naik peratusannya dan ada pelajar yang dikritik hebat terus merudum peratusan mereka....

maka marilah kita mengkaji apakah tugas pengkritik jemputan??

..bagi aku tugas mereka ialah untuk memberitahu pelajar dimana baik dan kurang persembahan mereka mengikut pengalaman dan kepakaran mereka...dengan itu diharap pelajar itu sedar kesilapan beliau dan sedar kekuatan persembahan beliau...oleh itu harus ditekankan mereka s mengkritik persembahan dan bukan pelajar...dalam AF3 , aku merasakan pelajar yang menjadi bahan kritikan dan bukan persembahan..kata kata pengkritik seperti ..

a) " aku datang ini memang ingat nak hentam ko" ( fauzi marzuki kepada mawi)
b) " saya tak faham apa yang orang minat sangat dengan si Mawi nei" ( shafinaz to mawi)
c) "kau nampak macam 'Bedah"( adlin kepada reza)
d) " kalau aku pegi karaoke, aku nyanyi lagu nei tau"( adlin implying that he is a better singer than aidil"...
e) apa yang meanrik tentang persembahan awak ialah kasut awak"( shafinaz to ekin)
f) "saya terseksa dengar awak nyanyi" ( fauzi to kefli)
h) " nyanyian awak biasa ajer" ( afdlin kepada mawi tanpa menyatakan apa yang harus diperbaiki)
i) " awak tak ada sesuatu yang lain ( read, x-factor) - (Afdlin kepada Akma)
j) " awak boleh menjual suratkhabar dan majalah kita-( saharuddin kepada aidil)

...apa yang disebut diatas adalah lebih kepada 'personal opinion' instead of 'professional opinion"....aku merasakan pengkritik mesti memberi komen yang 'professional' dan bukan bersifat 'personal'......dan inilah aku rasakan tugas pengkritik yang paling penting....mengapa Ramlee MS dan Farihin dapat diterima komen pedas mereka kerana mereka mengenepikan unsur 'personal' dalam kritikan mereka...

2) Apakah tanggungjawab pengkritik semasa mengkritik

..pada pendapat aku tanggungjawab mereka paling besar ialah supaya menentukan impartiality dan consistency dalam mengkritik semua pelajar....keadilan dan konsisten dalam mengkritik akan memberi pelajar semangat dan pendengar kepuasan....

..bila pengkritik terbawa bawa dengan keinginan untuk menolong pelajar yang mereka suka dan menghentam pelajar yang mereka tak suka, maka di situ mereka telah gagal dalam menjalankan tanggungjawab mereka....

..aku juga merasakan seseorang pengkritik bertanggungjawab untuk melakukan 'homework' sebelum datang mengkritik kerana dalam AF , kekeuatan pelajar bukan sahaja pada vokal dan persembahan tetapi juga personaliti....

...pengkritik juga bertanggungjawab untuk menghormati pelajar , keluarga pelajar dan peminat pelajar supaya tidak menyinggung perasan mereka bila membuat kritikan...dalam konsep MI mungkin acceptable tetapi dalam konsep AF, mempertahankan maruah, air muka pelajar adalah amat penting...

...pengkritik juga bertanggungjawabkan menggelakkan 'prejudice' dalam kritikan mereka sehinggakan hilang objectivity dalam kritikan..

....pengkritik juga bertanggungjawab untuk 'guide' penggundi tentang kemampuan peserta dalam persembahan mereka untuk minggu tersebut...

..pengkritik juga bertanggungjawab untuk memeriahkan suasana dan bukan menjadi suasana konsert terlalu 'tense'....

..pengkritik juga untuk menilai pelajar sebagai pelajar dan bukan pelajar sebagai seorang yang sudah mencapai tahap 'professional'....

akhir sekali apakah perlunya Pengkritik dalam AF ?

..perlunya pengkritik atau keperluan pengkritik dalam AF ialah :

1) pengiktirafan....dengan kehadiran nama nama besar sebagai pengkritik seakan memberi pengiktirafan kepada rancangan ini.
2) sebagai 'guidance' kepada pengundi
3) sebagai kexutan concert juga
4) sebagai berkongsi kepakaran dan pengalaman
5) sebagai pemberi semangat pada pelajar dan tenaga pengajar
6) sebagai penyeri majlis...Erra duduk di bawah stage jadi pengkritik masa AF1 final adalah sungguh menyerikan majlis tersebut
7) untuk penonton melihat sendiri ilmu celebrity celebrity ini

mungkin ada banyak lagi tapi ini yang aku nampak di saat menulis ini....

....tanpa pengkritik memang concert akan jadi hambar tetapi bila pelajar nyanyi 5 minit tetapi pengkritik cakap 10 minit, maka concert akan jadi 'boring'.....

....tetapi bagi aku, seseorang pengkritik itu mesti datang dengan perasan terbuka , tidak bersifat 'personal' dalam kritikan dan kritik mengikut kepakaran masing masing secara 'professional', maka pengkritik akan dihormati kritikan mereka.....

....personally, aku merasakan cara teguran dan nasihat yang dilakukan oleh anita sarawak dan tan sri sm salim adalah cara yang paling indah untuk satu rancangan seperti AF..... JayJay pernah kata " you can't teach people how to sing, either you have it or you don't"...somehow, I terima kata kata Jay jay ini...

walau bagaimanapun, ini adalah pandangan peribadi aku sebagai peminat AF dan tidak bermakna aku mesti betul dalam penganalisaan aku tentang pengkitik ini.....but at least, aku dah luahkan apa yang aku rasa perlu aku luahkan.....

apa apa pun, walaupun tidak mengundi lagi, aku rasa sangat terhibur dengan apa yang aku ikuti dalam AF3 ini..well done again astro....

p/s
memandangkan article di atas ini aku tulis semalam maka aku juga masukkan satu perbandingan yang dibuat oleh cikgu Adnan dalam dairy malam tadi iaitu "there's a fine line between criticism and condemnation"...aku rasa ini adalah penting untuk bakal pengkritik fahami ....

Tuesday, June 28, 2005

Imbasan Minggu Ke 4...Mawi vs Tan Sri Isa Samad

Assalamualaikum,

..Imbasan minggu ini tidak akan menilai prestasi tenaga pengajar kerana minngu ini adalah minggu ke 5 bermakna concert ke 5 adalah ibarat mid-semester exam....maka aku akan menilai prestasi tenaga pengajar pada hari Isnin depan yang akan melihat performance tenaga pengajar, especially the new recruits, sehingga pertengahan semester....lagi pun, aku rasa kritikan kritikan bertempat atau tidak bertempat pengkritik kepada students pada konsert 4 bila kita' read between the line' lebih menuju kepada tenaga pengajar....

..dan aku memberi tajuk entry 'Mawi vs Tan Sri Isa Samad' kerana aku ingin melihat kesan dan kuasa populariti Mawi pada saat ini.....

okke , lets get to work..

Concert ke 4

...aku merasakan pihak astro terlepas peluang menjadikan AF sebagai siaran hiburan perdana bilamana kematian Allahyarham seniman Aziz Jaafar ( sedekah al-fatihah pada roh beliau) tidak langsung diberikan penghargaan semasa concert ke 4.....aku merasakan kehilangan seniman agong seperti Allayaraham Aziz Jaafar deserves a special respect/mention in a premeir entertainament tv show as popular and influential as AF....

...concert ke 4 aku nilai sebagai Enggang dengan Pipit.....yang cemerlang terlalu cemerlang dan yang kurang terserlah jatuh merudum......konsert menjadi terlalu tense sehinggakan kritikan pengkritik menjadi 'centre of attraction'......aku akan membuat separate entry untuk menganalisa tugas dan tanggungjawab Pengkritik supaya AF tidak menjadi sperti MI....AF ialah AF yang mempunyai 'roh' yang tersendiri dan bila ianya hendak cuba diubah ubah maka kesucian 'roh' tersebut akan hilang....

.....selepas 'special effect' untuk persembahan aidil minggu lepas , maka aku ternanti nanti sesuatu yang lebih unik dan mengejutkan.....segemen 2 celebritites muncul untuk nyanyian aweks angkat aku adalah predictable tetapi celebrities yang muncul telah mewarnakan keadaan...mungkin ramai mengharapakan kaer dan adam or anuar zain dan rosyam nor tetapi bila osman kering dan harun salim bachik muncul, maka suasana menjadi lebih seronok...

..kexutan yang menarik ialah segmen berita astro untuk mawi!!!..that was really unxepected and really creative indeed..well done....kexutan yang tidak dirancang bila felix membuat kelakar slumberland dengan sungguh jaya..

....sesungguhnya kexutan yang amat aku terharu ialah bila farah dan nija sama sama memberi sokongan pada madu angkat depa si ekin dan farah sampai genggam tangan sambil muka tension dengan wajah tension ala ala " come on ekin, jangan hampakan ilham ,okke!!!" ahaks ahaks ahaks......jangan lar jeles beb!!!....dah blog aku, sukati mak sedara aku punyer anak angkat punyer bibik punyer sepupu punyer mak tiri lar nak rasa macam mana sekalipun....huhuhu...thanks kepada kamu , kamu dan kamu....aku appreciate sangat sangat..bak kata Farah.." terharu sangat"...hehehe...

...BTW, kak ri ada mentioned pakaian pelajar dan penampilan pelajar lebih baik dari minggu lepas dan aku setuju 100% except that aku harap pelajar perempuan diwajibkan memakai seluar atau pakai leotard ( spell ??) bila lagu menuju puncak....aku tengok si Amylea dah tersexy sexy bila kain asyik terselak masa menari!!!!....i hope astro jaga lar bende bende nei sebab Astro Ria tu di war war kan sebagai Malay Channel....

..berkenaan penyingkiran idayu, aku akan ada special entry untuk ini maka tak perlu dipanjangkan di sini.....

..last but not least, teriakan world!! world !!world!! oleh peminat Mawi sungguh menakjubkan...tahniah mawi FC....

DIARY

..segemen diary akan aku pendekkan kerana ianya lebih kepada character development pelajar dan ini akan akan kupas di bawah tajuk ' Ilham's Personality Chart'......tetapi last week diary telah menunjukkan aksi tari aidil dengan ekin sebanyak 4 hari berturut turut sehingga bila ianya menjadi ditarikan semasa nyanyian aidil, impact dah tak ada sebab semua lenggok tarian dah di tonton berulang ulang kali....sebenarnya aku marah pun ada gak!!!!hehehehehe....

..tetapi ada sesuatu yang aku perasan dalam diary yang menggangu ketenangan diri aku...mungkin siapa yang tengok Afextra mungkin boleh beri more input kepada aku....aku rasa terganggu dengan perbualan si aidil dengan cikgu CT Hajar ....bila aku dengar sekali imbas aku merasakan seakan akan 'astro' nak memberitahu bahawa ada kaitan darah daging antara aidil dan CT Hajar??!!!....kata kata " awak tak sepatutnya malu untuk memberitahu kepada saya masalah awak sebab awak dah kenal saya tak macam yang lain, ekin memang takut dengan saya, saya pandang ajer dia dah takut...awak tak sepatutnya begitu, awak dah anggap saya macam ibu"...

..so, aku terfikir, mengapa segmen itu diketengahkan??!!!....aku melihat scene tersebut sebagai memberitahu cikgu CT dan aidil ada kaitan darah....sebelum ini ada rumours kata aidil anak sedara Pak Pengetua , ada info kata aidil anak tiri DJ Dave...apa rumours ini nak katakan ialah aidil diambil masuk kerana ada cable yang kuat!!!!.......aku berharap sangat lah supaya pengambila pelajar bukan berasaskan 'cable' sebab ianya satu bentuk kekejaman atau penzaliman terhadap budak budak seramai lebih 4000 orang yang pergi 'ujibakat' untuk menjadi pelajar....

..dalam entry aku dulu ( last year august or september, carilah) , aku ada mentioned yang aku rasa pengambilan Azza di AF1 adalah atas kekuatan sokongan cikgu Fatimah memandangkan aku percaya Azza dan Sharifah Aleya berkawan baik ( mereka berdua berlakon dalam filem " Idola")......dan aku juga tak terperanjat jika ada pelajar AF2 juga masuk atas dasar 'cable' langsung atau tak langsung...( farah fan pernah mentioned dalam forum farah dulu that farah pernah ditawarkan untuk buat album oleh adnan abu hassan sebelum masuk AF tetapi menolak kerana merasakan belum bersedia).....

...mengapa benda 'cable' nei distrub aku ialah aku tidak nak AF akan menjadi medan untuk orang yang mempunyai kuasa memilih pelajar akan menggunakan situasi tersebut sebagai source of income.....katalah aku kaya, aku nak anak aku masuk AF 4 nanti at any cost...so, what i will do that I will pay each 'panel pemilihan' rm 100K seorang dan yang jadi ketua pemilihan rm 300k, maka aku boleh dapat masuk kan anak aku......so ini yang aku takutkan akan berlaku sekiranya isu 'cable' ini berlaku.....tapi ini adalah rasa hati saja dan ianya mungkin tidak berlaku langsung....

SATURDAY VOTERS

......Mungkin ramai mempersoalkan logik aku tentang 'the power of the saturday voters' dengan penyingkiran idayu...well, tunggu separate entry aku tentang idayu , occay....but still, saturday voters telah sekali lagi melonjakkan kedudukan yazer dan amylea selepas concert kepada tempat ke 3 dan ke 4 respectively....kemanakah perginya undi penyokong fuad??..kalau lihat peratusan seolah olah pergi ke Mawi....

..saturday voters juga nampak kurang minat dengan marsha dan amy kerana mereka masih gagal meraih kepercayaan 'saturday voters' walaupun memberi persembahan yang agak baik .... adakah adegan menangis sambil pandang camera kakak si marsha menjemput perasan mual oleh 'saturday voters' atau adakah reaksi tak suka felix kepada marsha ( mungkin gurauan) telah menyebabkan Sabahan tak berminat pada marsha??!!!....

...aku nak ajar satu trick kepada mawi's fan untuk menggeluarkan pelajar yang mereka tak suka...dari segi logiknya, saturday voters akan menggundi selepas seseorang penyanyi itu menyanyi...maka sekiranya mawi's fan nak ketepikan seseorang pelajar itu, maka menggundilah untuk mawi selepas penyanyi itu menyanyi supaya line jadi jammed dan undi untuk pelajar itu mungkin tak sempat masuk sebab selepas itu undi untuk pelajar seterusnya akan masuk pulak!!!!semasa farah dulu, aku akan strategize supaya farah fan dan sedara mara jangan undi selepas farah menyanyi supaya 'saturday voters' yang nak undi farah akan ensure undi depa masuk....farah fan dan sedara mara farah aku sarankan menggundi selepas penyanyi yang mencabar kedudukan farah untuk minggu itu..alhamdullilah, tektik itu nampak berjaya....cuba lah this week kalau nak cuba try test taktik yang aku dah cuba ini....

ILHAM'S PERSONALITY CHART - WEEK 4

......Mengapa personality penting dalam AF sebab kita menonton diary selama 5 jam seminggu dan kita menonton concert untuk 2 jam seminggu sahaja....dan siapa yang tengok Afextra akan menonton diary untuk 10 jam seminggu...maka personality development or character development adalah amat penting dalam survival pelajar....so Batrisya....you are precisely right in criticizing shafinaz .....

Kedudukan carta personaliti minggu ke 4

1. Mawi
2.Felix
3. Aidil
4. Yazer
5. Ekin
6.Akma/Amy
8.Kefli
9.Marsha
10.Amelya
11. Reza

..aku meletak Mawi diatas singgahsana kerana scene idayu mencium tangan beliau masa idayu tersingkir di concert ke 4, ini seolah olah memberi signal yang mawi adalah seorang yang amat dihormati dikalangan pelajar selepas fuad did the same to mawi masa fuad terkeluar...

..aidil melonjak ke tangga ke 3 kerana aidil ialah satu bukti bagaimana personality pelajar menyelamatkan pelajar tersebut dari tersingkir walaupun tidak menyerlah semasa concert..dalam kes aidil, beliau dikecam dan dibenci pada awal sessi pembelajaran AF3 ini tetapi telah berjaya memenangi hati penonton dengan sikap merendah diri, ala ala mat belia yang beliau bawakan dalam kehidupan harian pelajar....ini juga adalah bukti kepada kata kata " jangan benci seseorang itu berlebih lebih kerana the next thing you have to do is to like/love the person' and vice-versa....ini sama jugak nasihat nenek angkat aku dulu " once you reach the peak of the mountain, how high it may be, you will have to come down".....BTW, nenek angkat aku negro!!!!...ahaks ahaks ahaks...

..pengakuan ' aku pekak' oleh si yazer telah memberi laverage kepada yazer kerana ini adalah satu pengakuan berani dan ikhlas dan cara beliau menenangkan ekin amat disenangi oleh semua pihak melainkan pihak yang ada kepentingan dengan ekin !!!!hehehehee......

...akma dan amy agak selamat tetapi tidak menonjol maka satu insiden positif atau negatif minggu ini boleh merubah kedudukan mereka dalam carta....

..marsha masih belum dapat meenggubah kedudukan beliau dan statement 'getik' dalam konsert dan aksi ' menangis macam kematian laki' semasa idayu keluar boleh ditafsirkan sebagai meraih undi simpati...

..amylea terjatuh kedua bawah disebabkan undian beliau kepada reza dalam episode ratu sopan santun boleh disalah ertikan .....komen fuad ada pelajar yang terlalu suka bertanya juga telah dikaitkan dengan amylea dan ini menjatuhkan character development dalam diary....

..reza masih tercorot dengan kata kata ' pegi mapus lar dorang' semasa perbualan dengan cikgu CT hajar dan juga aksi cakap tak serupa bikin iaitu " saya rasa biarlah saya dikeluarkan dari sini' pada hari isnin dan pada hari jumaat " jangan lupa afundi saya, terkeluar pulak saya nanti" pada hari jumaat.....

...personality chart ini boleh dibandingkan dengan kedudukan pelajar selepas concert untuk melihat kesannya.....

MAWI vs TAN SRI ISA SAMAD

.....Under normal circumstances, berita tan sri isa samad digantung keahlian dan melepaskan jawatan naib presiden bakal menjadi perbualan hangat untuk seminggu dua tetapi dengan adanya Mr.World, cerita tan sri isa menjadi topik kedua perbualan....

..aku keluar makan dengan kawan kawan pada malam jumaat dan perbualan tertumpu kepada mawi dan AF dan attempt to change the topic to tan sri isa's situation prove to be a failure!!!!...

..so kalau hari ini dibuat referendum apa lebih penting samada Mawi menjadi juara AF atau tan sri Isa dikekal kan jawatan sebagai menteri wilayah persekutuan , maka keputusannya ialah semestinya meletakkan mawi sebagai juara AF3!!!!ahaks ahaks ahaks.....mungkin ada pula yang mencadangkan Mawi dilantik sebagai Menteri wilayah persekutuan selepas ini!!!!!!....

..inilah namanya fenomena, inilah yang afdlin shauki dan shafinaz cuba menafikan bahwa fenemona mawi ini bukan sahaja berkaitan dengan teknik vocal, buka pasal diction tetapi kerna 'charisma' Mawi tersebut.....aku diberitahu bahawa mawi diminati oleh semua bangsa dan agama dan diberitakan di sabah, sarawak dan brunei, mawi adalah juga pelajar yang paling disenangi.....

..fenomena ini pernah berlaku dalam tahun 1986 bila maradona menjadi wira argentina dan seluruh dunia jatuh cinta dengan maradona dan di pertengahan 90'an bila Jonah Lomu menjadi wira ALL BLACKS ( New zealand rugger team) dalam piala dunia ragbi di south africa....kini ianya berlaku di malaysia dengan budak kampong ala ala pak lebai yang bernama MAWI....

...kemasyuran Mawi saat ini setanding dengan beckham atau brad pitt dan kalau buat engine search untuk word/name yang paling banyak di cari di search engine, aku yakin nama mawi paling top di dunai untuk 2 minggu kebelakangan ini.....

....aku bukan peminat mawi tetapi aku tak suka bila minat orangramai diperkecil kecilkan oleh mereka yang merasakan terlalu amat bagus sehinggakan shafinaz sanggup memperkecilkan orangramai sebagai tidak tahu menilai sebagaimana sekumpulan music scolar macam dia...perlissssssssssssss.....AF bisa membuat kita suka dan benci dengan seseorang itu dalam hal ini, aku yang 3 hari dulu minat giler dengan shafinaz , sekarang ini tak hingin nak aku minat lagi kerana sikap/personality yang aku rasa teramat 'bongkak'.....bagi aku menghina keputusan orangramai or ramai rakyat malaysia just because you think that you right adalah satu tindakan sombong tak bertempat...

..walaupun mungkin mawi tidak mahir teknikalnya tidak bermakna dia tidak bagus..mike tyson dianggap sebagai boxer yang tidak ada teknik boxing, carl lewis dikatakan berlari tidak mengikut buku teknik yang berlari yang sebenar dan maradona dipersoalkan keupayaannya kerana tak pernah menendang dengan kaki kanan.....tetapi mereka ini berjaya kerana meraka adalah teramat special dalam apa yang mereka lakukan...bukan maksud aku meletakkan mawi setanding dengan nama nama besar ini tetapi untuk membuktikan bahawa teknik adalah 'tools' tetapi teknik bukan 'solution'...it is good to have good techniques but it is not mandotary to be a winner......shafinaz is a living proof of a singer with a good singing techniques but got nobody to buy her album.....

okke lar...entry yang akan muncul selepas ini....Penyingkiran Idayu dan Analisa Pengkritik untuk AF.....salaam..

..kepada nija dan farah, abang selalu mengingati kelian....hehhehehehe...susah susah aja!!!world!!

Monday, June 27, 2005

Analisa Konsert AF3 Yang Ke Empat-

..well, I am watching the Brazil vs Germany match, currently at half-time with the game tie at 2-2….so I thought I could start writing about the Concert…

….so much to analyze and so much to look back ….so many twist and turn….sampai aku cakap omputih plak hah!!! Hehehe…

pertama tama aku ingin menggucapkan terima kasih kepada kamu, kamu dan kamu kerna menjemput Nija dan Farah untuk memberi sokongan pada Ekin yang menyanyikan lagu Antara Dua dari album terbaru Farah….ek eleh..iklan lar tuu..ahaks ahaks ahaksz!!!!

okke lah, beberapa perubahan berlaku dengan kedudukan pelajar menyampaikan lagu tidak dinyatakan dari awal. melalui kedudukan kerusi mereka….huhuhu….mengapa harus diubah tradisi ini???!!!!adakah kerana hendak menentukan kedudukan mawi sebagai penyanti terakhir untuk kali kedua dalam tempoh 3 minggu ???…apa logiknya meletakkan Mawi sebagai penyanyi terakhir lagi???…

Okke, mari kita imbas persembahan pelajar hari ini

AMY

…lagu yang rancak yang memerlukan attitude dan stamina dalam menyampaikan lagu ini dan aku merasakan Amy telah berjaya memberi persembahan yang competent …low tone boleh dipersoalkan tetapi energy persembahan Amy adalah lebih menyerlah dari kekurangan low tone beliau…Amy nampak funky dalam attire malam ini dan apa yang suka dengan persembahan Amy ini ialah Amy explode..tiada tarian yang terlalu mechanical dan ini memberi kekuatan pada persembahan ..

Ilham’s verdict : B-
Carta Selamat : should be okay up to week 7

KEFLI

…I thought lagu lagu genre sebegini adalah kekuatan kefli tetapi nampak jelas kefli dan exhausted semua yang ada pada diri beliau dan masih gagal deliver lagu yang aku rasa cukup straight forward…high pitch tak ada control dan pitching tak consistent dan yang paling obvious ialah he was not enjoying himself on stage…

Ilham’s verdict : D +
Carta Selamat : could be voted out after Reza..

AKMA

….masa tengok kat diary aku rasa Akma akan explode dalam persembahan lagu love ini tetapi sekali lagi aku rasa persembahan Akma competent tetapi tiada sesuatu yang membuat kita hendak bertepuk tangan selepas persembahan beliau…tapi Akma nampak very attractive indeed tetapi aku tak faham adakah penampilan diri ala ala perempuan cabaret itu mengganggu persembahan Akma??…apakah juga ada perbezaan ‘minus one’ untuk latihan dengan ‘minus one’ masa konsert???

Ilham’s verdict : C
Carta Selamat : candidate for week 7 departure

YAZER

….aku nei peminat Yazer tetapi aku dah sampai peringkat yang aku tak rasa ada apa lagi yang aku boleh dapat dari Yazer….same expression , same rocking tone, same genre of song….adakah juga Yazer sudah exhausted segala yang termampu oleh beliau…dari segi persembahan aku rasa steady dan safe….yazer tried to tell us in diary’s segment that it was a difficult song but obviously it was an easy song for him, IMO….kalau aku pejam mata , aku rasa ramli sarip yang nyanyi and that was meant to be a compliment..

Ilham’s verdict : C
Carta Selamat : still looking strong though…

MARSHA

…I expected more from her…it was a good performance but I expected a great performance…the song was sang too straight forward without the energy required to make it memorable….tapi tone suara marsha sedap……I don’t really like the music arrangement of the song though….

Ilham’s verdict : B –
Carta Selamat : position would only be factor in week 7..


FELIX

…Aku suka Felix maka aku rasa dia nyanyi bagus tetapi to be honest that was the poorest performance from felix since concert prelude….tetapi lagu yang diberi juga kurang memberi peluang untuk Felix explore his outstanding vocal….tetapi lawak felix sungguh menghiburkan dam sekali gus menutup mana mana kekurangan dalam persembahan beliau…aku expected a dangdut song tetapi aku rasa tiada dangdut dalam irama ini !!! mungkin bila lagu dangdut disedihkan maka inilah bentuk iramanya….still a commendable effort from felix…

Ilham’s verdict : B-
Carta Selamat : no problem


EKIN

… I thought it was a brave attempt from Ekin….obviously Ekin struggling a bit to gain full control of this fast number…jelas stamina aweks angkat aku kurang towards the end of the song tetapi tiada masalah pitching, tiada kesilapan lupa lyrics dan tiada masalah melody and beliau dapat menggunakan kexutan 2 celebrities ( I predicted this to happen) dengan baik dan ini menunjukkan Ekin mampu menjadi entertainers yang baik …huhuhu…bayangkan happy yer aku si Nija dan Farah memberi sokongan pada Ekin!!!!!! Brilliant brilliant….

Ilham’s verdict : C+
Carta Selamat : week 7 will be a dangerous week for aweks angkat aku nei!!!!

IDAYU

…I like her singing but then again I expect nothing less from her…I thought an Irama Malaysia song could have save her place….again, a case of stereotype performance and I would consider a mediocre performance if I were to compare against her last week performance…… idayu’s rendition was quite shaky ( tengok lar ulangan ) and shafinaz factor could be the main reason…

Ilham’s verdict : B-


REZA

….boleh lah dianggap sebagai salah satu persembahan terburuk dalam sejarah AF…he wasn’t interested to sing this song, no attempt to make his singing look good and I thought he was trying very hard to show how unhappy he was with this song…cuba berselindung dengan tarian yang membosankan….aku rasa key lagu dah diturunkan, arrangement lagu sepatutnya memberi ruang untuk beliau menjadi kreatif tetapi reza was not interested….

Ilham’s verdict : D-
Carta Selamat : should be terminated from the Academy for refusing to attempt to sing this evergreen song …..week 5 favourite for elimination…

AIDIL

…lackluster performance….either he was too nervous or he has reached the limit of his singing ability….that kind of performance did not merit a place in such a prestige occasion…but at least I could sense he was trying his best within his limited vocal ability….he was so stiff in his movement and how could one performs under such circumstances…work harder Aidil

Ilham’s verdict : C –
Carta Selamat : his personality will carry him up to week 7..

AMYLEA

…nervous performance from amylea but her natural performing skill covered any shortcomings in her performance…but the song was so slow that it was almost impossible for amylea to make any lasting impression …maybe it was my hearing but I could not hear amylea pronounciation clearly….

Ilham’s verdict : C +
Carta Selamat : should be fine until week 8 or 9…

MAWI

I thought Mawi did well…it was a professional performance…it wasn’t the best of song but he nailed it…taraian yang menarik dan beliau nampak enjoying himself on stage…harus diingatkan menyanyikan lagu arab berlainan dengan menyanyikan lagu malay dan mawi berjaya memberi persembahan seolah olah beliau adalah penyanyi lagu arab yang sudah established….

Ilham’s verdict : B
Carta Selamat : selamat lama…


Minggu ini aku nak tambah analisis dengan pengkritik….aku rasa seronok pada mulanya dengan line-up malam ini until later part of the concert….

Adlin

..kali kedua menjadi pengkritik and personally I wasn’t really expecting a quick return from this guy…..probably astro should review the idea of getting the same person to be the pengkritik ( except for khudsia) unless for final untuk menggelakkan repitition dalam kritikan dan complacent seseorang itu…

….aku merasakan ciri penting dalam mengkritik ialah impartiality and consistency….I thought both were missing in adlin’s overall criticizing of the students….he was overly critical about reza’s vocal ability but kept quiet with reza’s….he was critical with Akma’s dancing but he was quite happy with felix’s…..i thought he was criticizing for the sake of doing so without actually coming up with good options except the one he mentioned about mawi’s ability beyond academic achievement…his tendency of crowning some students as sure finalist wasn’t really smart and dividing the ability of the students into different categories or level of competency wasn’t really motivating the other students although it could be true indeed…

.. so for the sake of AF3, enough of this guy….

Fauzi Marzuki

..for someone with such as pedigree in song writing , I thought some of his comments were very lame, I would even thought he was criticizing the Cikgu more than the students…he was a non-factor and he could have preserve his reputation by not accepting this offer to be the pengkritik because it was quite obvious he did not whether he was supposed to touch on the vocal or on the stage performance….

Shafinaz
I like her way of criticizing until I realized she was very fond of pretty boys ( except mawi) and trying hard to cover for her ex-student( Akma and Idayu)….i don’t really appreciate her comment about mawi and indeed ekin …when he generalize mawi’s as suitable only for nasyid song and thought this lady probably a scolar of singing techniques but lacking the depth understanding in appreciating commercial requirement of a singer and no wonder we have not seen a real product from UiTm since since she is Dean in one of the schools under music faculty!!!….

Overall Concert performance : C ( too tense, too many mediocre performance)

Memorable moment :

1) I saw idayu snubbed cikgu adnan ( I need to have a look again) , but I thought I saw idayu did not wait for cikgu adnan to say anything to her???!!! Strange…
2) Idayu cium tangan Mawi
3) Kexutan untuk Ekin ( I predicted this would happen)
4) Farah and Nija together gether tengok Ekin nyanyi!!!!ahaks ahaks..
5) Penyinkiran Idayu
6) Mawi’s menari syncronize dengan penari latar…
7) Felix’s “ susah susah”
8) Peminat Mawi secara serentak menyebut “ world world”
9) Berita Astro tentang Mawi
10) Tarian Menuju puncak bertambah baik..

Penyingkiran : IDAYU ( special entry on this elimination soon)

Okke dah pukul 4.00 pagi dah..salaam..

Friday, June 24, 2005

Siapakah yang Akan Tersingkir Minggu ke 4 ??

Assalamualaikum,

....aku mengambil masa yang lama untuk merangkakan entry aku ini kerna beberapa kali air mata aku menitis membasahi keyboard notebook aku ini....beberapa kali aku delete apa yang aku tuliskan kerana aku tak sanggup menulis apa yang bermain di hati ku ini......lalu aku pulangkan semua pada yang Esa dan aku redha apa yang mungkin berlaku....

...minggu ke 4 untuk AF1 dan AF3 adalah bersamaan minggu ke 3 penyingkiran untuk AF2 dan kalau atie terkeluar pada AF1 maka anding terkeluar pada AF2...jika penyingkiran atie disambut dengan rasa lega tetapi penyingkiran anding telah dihujani dengan airmata dan juga dilaporkan keluarnya kerana masalah teknikal di receiving counter sms yang menyebabkan lebih 70 ribu undian tidak dikira bila undian ditutup...ada rumours kata anding telah ditawarkan semula untuk masuk tetapi ditolak oleh anding.....namun hingga hari ini tiada yang dapat memberi 'confirmation' akan perkara tersebut......

..berasaskan keadaan penyingkiran si atie , maka amat mudah lar di conclude kan bahawa minggu ke 4 ini adalah malam penyingkiran yang predictable....so dengan itu mudah juga kita memilih Reza sebagai pelajar yang paling bermasalah dan paling patut disingkirkan dari akademi fantasia.... tetapi berdasarkan penyingkiran si anding, maka pelajar lelaki yang quite popular dan diminati gadis remaja akan terkeluar...

...namun firasat ku berasa berlainan yang amat sangat...even kefli or aidil aku tak rasa akan terkeluar minggu ini ....aku melihatkan tahap krikal pada reza adalah penyelamat bagi beliau untuk minggu ini,lebih lebih lagi sekiranya reza berkeadaan corot pada carta peratusan sebelum concert...

.....aku merasakan kedudukan bahaya untuk minggu ke 4 ini ialah Akma dan bekas tunanganku Amylea.....

.....ini adalah berdasarkan kepada kedua duanya akan menyanyikan lagu inggeris...lagu inggeris nei ko nyanyilah sedap mana, makcik or pakcik kat kampong yang menggundi barang 2 or 3 undi tak bagi undi pada yang nyanyi lagu inggeris sebab susah nak appreciate.....dan aku merasakan persembahan amylea akan lebih terserlah dari persembahan akma dan sekiranya ini berlaku akma ada kemungkinan akan mendapat kritikan yang pedas dari pengkritik pada malam itu yang bakal memberi Akma undi tradisi ( read, undi simpati) dari "saturday voters"...sekiranya keadaan ini berlaku, Akma mungkin mencuri "saturday voters" yang telah menggundi amylea untuk 3 minggu kebelakangan ini....dan sinilah aku merasakan amylea 'vulnerable'....

..kedudukan amylea sebagai penyanyi ke berapa menyanyi malam concert juga merupakan faktor yang patut diambilkira...amylea yang sudah tiga kali menyanyi diawal ke tengah persembahan mungkin akan menyanyi terkemudian minggu ini yang memungkinkan afundi untuk beliau tak sempat masuk sebelum aznil tutup afundi...moreover, kedudukan beliau yang berkemungkinan pada tangga ke 8 atau 9 sebelum concert bermula memungkin penonton merasa selesa dengan amylea.....kepada penyokong amylea, sekiranya ada minggu yang kritikal, maka minggu inilah yang aku rasakan paling kritikal...kalau dia survive minggu ini, mungkin jauh langkah si amylea ini nanti...tapi tapi..aku merasakan jodoh beliau dengan AF3 mungkin sampai di sini saja ....

...kexutan dalam penyingkiran adalah sebahagian mainan dalam AF nei, Linda , Rosma, Zarina dan in fact Adi terkeluar dengan terkejut.....kalau tak silap aku reza dah 2 minggu survive dalam keadaan tercorot dan mungkin beliau boleh menggulangi 'feat' tersebut minggu ini....Kefli dan Aidil mampu meraih undi anak dara remaja dan tinggal akma dan amylea yang dalam kedudukan harus meraih undi 'saturday voters' dan ikut firasat aku.....

....adalah amat menyedihkan jika amylea tersingkir dek kerana faktor faktor lain dan diary semalam melihatkan satu sifat terpuji oleh amylea apabila menggundi Reza untuk kempen Sopan Santun.Sebagaimana Mawi cuba menaikkan semangat amylea yang jatuh minggu lepas, kini amylea pula mencuba menaikkan semanagat si reza...apa yang aku boleh tafsirkan dengan tindakan tersebut ialah Amylea merasakan tiada siapa yang akan menggundi Reza dan oleh itu beliau mengambil initiatif untuk menggundi reza bagi menjaga hati reza...ini adalah tindakan yang amat matang dan mungkin kerana si amylea nei anak sulung atau anak perempuan sulung dalam keluarga...tetapi ianya juga boleh ditafsirkan sebagai sifat bermuka muka!!!!!.harap tidak begitu....

...bagaimanapun , harus aku tekankan dua prediction aku sebelum ini salah dan mungkin ramai kamu , kamu dan kamu merasakan aku juga akan salah lagi kali ini....terpulanglah, fakta telah ku bentangkan, petunjuk telah ku pinta dari NYA yang ESA, aku bukan nujum untuk menilik, aku sekadar menganalisa cause dan effect sesuatu perkara...kalau ada orang yang paling tak nak amylea terkeluar selain dari mak bapak dia, maka aku lah orang itu ...tapi, berat hati dan perasaan menyatakan luka berdarah tangan amylea dan luka di leher ku adalah petanda awal yang mungkin membawa tangisan airmata berdarah pula kali ini....waullahhuaqlam.....

...sekian terima kasih...salaam..


sampingan...

perkara yang menarik perhatian aku dalam segmen diary semalam..

1. arrangement lagu Senandung Semalam untuk reza diubah..( ini menandakan tiada kejutan jamal abdillah untuk reza) dan memungkin purist tak berapa gemar dengan perubahan ini..reza probably struggle to get to the chorus unless ada improvization....
2. mawi menjadi idaman wanita dalam tarian persembahan beliau nanti...memang enjoy lar tengok mawi nei...itu yang reza tak boleh tahan tuuuuu!!!..cikgu linda pun macam ada soft spot dengan mawi....
3. aksi tarian menjolok mata terus dipertontonkan kepada kanak kanak bawah umur??!!!hehe
4. Idayu diberi signal oleh pihak produksi untuk bersopan santun, last warning to idayu
5.Akma a bit too comfortable with the song and any attempt to become overly sexy could be misinteprated....
6. Marsha bakal menaikkan martabat AF3 dengan rendition lagu yang bisa menenggelamkan Jac dari MI....
7. Amy masih struggle dengan lagu yang bertempo agak lagu...
8.yazer boleh menunjukkan versatility dengan lagu ini
9. aidil kalau yakin boleh menjadi lagu kenny , remy dan martin ini popular semula
10.lagu dangdut felix sounded very flat ..tapi mungkin ada kexutan
11.kefli should not have any problems with his song
12. mawi bakal menggegarkan stadium dengan lagu dan antics beliau
13. ekin akan membuat memberi sentuhan pada lagu farah yang boleh membantu album farah meletup lagu jualannya..
14.amylea....siapakah yang akan main gitar atas stage dengan amylea...mat salleh M&M ari tu yang datang akademi atau syam kamikaze...


Maka prediction aku minggu ini ialah AMYLEA yang tersingkir.....

Thursday, June 23, 2005

Analisa Pemilihan lagu lagu di AF3

Assalamualaikum,

..atas permintaan Xmen,aku mencuba cuba untuk menganalisa pemilihan lagu lagu untuk pelajar di AF3 dan probably AF sebelumnya...

..soalan pertama, bagaimana lagu lagu itu dipilih ??

..aku pernah dengar orang besar astro kata ada 'song bank' dalam lebih 200 buah lagu disediakan untuk AF2??..maka di sini bermaksud pihak production yang pilih lagu lagu asal ....siapa yang pilih lagu tugasan mingguan ?? ini aku masih tak sure, aku rasa Pengetua dan Tenaga Pelajar yang pilih tetapi aku juga rasa Production team juga involved sebab depa nak buat kejutan pada certain lagu, jadi proses membuat kejutan memerlukan 1 week in advance iaitu confirmation dari penyanyi yang nak buat kexutan ( jamal abdillah untuk lagu senandung semalam atau dua celebrity lelaki untuk lagu antara dua)dan sebagainya....begitu juga tenaga pengajar macam M.Nasir dan Adnan Abu Hassan mesti nak promote lagu dia sendiri dan nak dapatkan kontrak buat 'minus one' and so forth ...definitely depa nak ada 'say' dalam pemilihan lagu ini...

soalan kedua, pecahan lagu ??

..semestinya pihak production hendak lagu yang ada mixture of fast songs , slow songs, english song and perhaps different genre of songs.....pihak tenaga pelajar pula mahukan lagu yang akan mencabar pelajar dari technical aspect of the song dan lagu yang boleh ada steps menarik untuk ditarikan bagi mencabar kebolehan menari pelajar....

..so apakah pendapat aku dengan lagu lagu yang dipilih setakat ini dalam AF3 ??

..sebelum aku jawab soalan ini aku nak tekankan bahawa tahun lepas lagu lagu yang dipersembahkan kepada pelajar memang agak susah dan lagu yang tak pernah didengar oleh golongan muda seperti lagu sanisah huri dan suhaimi meor.......lagu tugasan berkumpulan seperti lagu Memory juga amat mencabar....dalam hal ini , AF2 benar benar mencabar versatility pelajar dan kemampuan pelajar adjust dengan lagu yang bukan forte mereka ...sebagai contoh adam yang hip hop telah diberi lagu keroncong, bob diberi lagi rock dan rap, zahid kena lagu m.daud kilau dan linda dengan bunga melor..perhaps farah yang agak bertuah mendapat lagu yang agak sesuai( bukan senang) untuk beliau week in and week out.....bagaimanapun ada kala concert di AF2 menjadi terlalu teknikal dan mechanical sehingga persembahan concert kesuluruhan memnjadi terlalu tense....

..sebagai pelajar semestinya mereka tak mahu lagu yang senang kerana ianya memungkinkan kita gagal menarik perhatian pengkritik tapi pelajar mahukan lagu yang mencabar tetapi familiar dengan lagu tersebut...lagu norah jones untuk amylea minggu ini ada sebuah lagu yang susah tetapi kerana amylea dah familar dengan lagu ini, maka beliau tidak rasa tertekan...

..berbalik kepada soalan aku tadi, aku berpendapat bahawa lagu hendaklah lagu yang mencabar tetapi familiar untuk semua orang....maksud aku lagu Senandung Semalam adalah bukan sahaja lagu yang mencabar tetapi juga lagu yang evergreen, lagu yang menarik dan semua orang yang suka lagu malay akan suka lagu ini....keseronokan concert ialah apabila penonton dapat appreciate lagu yang dinyanyikan....maka aku secara keseluruhannya amat suka dengan pemilihan lagu dalam 3 concerts yang telah berlalu ini....

..mungkin yang aku akan persoalkan , mengapa certain pelajar terus menerus dapat lagu yang merupakan reportaire mereka dan ada pelajar yang asyik diuji belaka....aku merasakan Akma dan Reza terus menerus mendapat lagu yang merupakan kekuatan mereka sedangkan dalam 3 minggu ini, amy dan amylea telah mendapat lagu lagu yang berbeza genre....

...bagi aku concert akan menjadi hambar jika pelajar terus menerus menyanyikan lagu yang agak sama genrenya, AF is all about students overcoming the hurdles and obstacles during the week and performing miracles on saturday.....scene Nana menangis menyanyikan lagu misya omar adalah classic example of a singer overcoming her shortcomings against all odds...scene Nija nyanyi lagu inggeris sungguh mendebarkan, scene Adam menangis dapat lagu sungguh menakutkan semua bila tiba sabtu....inilah kekuatan AF....keupayaan zahid membawa lagu m.daud kilau adalah sungguh menakjubkan dan nyanyian memory menjadi lebih hebat setelah kita menonton ramlee ms tak puas hati pada diary jumaat....if we take away the sense of suspense dari AF, maka saturday concerts akan menjadi predictable event and that will be really boring indeed...

...dalam pada itu "Saturday Voters' afundi berdasarkan effort student, ada yang berdasarkan lagu favourite mereka dinyanyikan baik oleh pelajar, ada atas kritikan pengkritik dan ada yang berdasarkan tahap kesukaran lagu/ degree of difficulties dan juga kexutan...sebagai contoh, reza yang jatuh corot dalam Ilham's personality Chart mungkin akan mendapat "saturday voters' punya vote sekiranya beliau dapat 'nail' lagi ini dan dikejutkan pula dengan kehadiran Jamal Abdillah...ini berlaku kepada Farah dengan kexutan Aisya bila menyanyikan lagu yang susah iaitu Janji manismu...

.. soalan aku pada pengunjung blog ni...adakah kita mahu mawi ( sbg contoh) menyanyikan lagu lagu yang merupakan forte beliau seperti 'ghazal untuk rabiah' or ' mimpi laila' atau mendengarkan beliau menyanyikan lagu Robbie Williams atau lagu REM atau lagu Anuar Zain???.....kalau aku sendiri, aku ingin melihat perbezaan dalam nyanyian dan versatility dalam persembahan...dan kesan kepada development mawi sebagai penghibur adalah besar jika beliau boleh menyanyikan lagu REM dengan baik berbanding dengan menyanyikan lagu Rabbani dengan baik...

..oleh dengan itu, aku memberi verdict yang aku boleh terima pilihan lagu untuk pelajar hingga konsert ke 4 yang akan datang ini....tak akan ada satu situasi di mana semua orang akan setuju dengan pemilihan lagu untuk pelajar...keadaan itu hanya mungkin berlaku jika semua finalist menyanyikan lagu baru yang tidak pernah dinyanyikan/dialbumkan sebelum ini...

divert sikit....memandangkan AF ini ditonton oleh kanak kanak hingga datuk nenek, maka pihak produksi astro haruslah menjaga bentuk tarian yang dipersembahkan..tarian melambangkan budaya dan kesenian bangsa...pincang tarian pincanglah seni dan budaya.....

.... dan bila aku lihat si aidil, peragamura terlampau ala gelek ayam mengangkat angkat si Ekin, budak dari pulau yang naive itu, aku merasakan itu adalah kurang sesuai untuk ditonton!!!!ahaks ahaks ahaks....siutttt se siuttt siutt siuttt yer....aweks angkat aku diraba raba dek si aidil..cisssss..pantang my grandfather and my grandmother betul!!!!hehehe...

..okke lah, itu saja untuk hari ini...harap harap xmen puas hati dengan cubaan aku menganalisa lagu dan pemilihan lagu dalam AF3 thus far....

Wednesday, June 22, 2005

Tribunal Investigation - FUAD !!!

Assalamualaikum,

...kalau minggu lepas Tribute to Elliza tapi kali ini Tribunal Investigation berkenaan dengan Fuad!!!....apa yang nak di 'investigate' kan ialah mengapa dan bagaimana Fuad terkeluar supaya menjadi pengajaran kepada semua bakal candidates yang nak masuk AF4 dan yang seterusnya nanti....kehendak Allah adalah penentu siapa yang tersingkir atau terselamat tetapi dari sudut pembelajaran ada beberapa perkara yang boleh diambilkira sebagai contributing factor kepada penyingkiran Fuad di minggu ke 3 .....

..Fuad tidak dinafikan sebagai pelajar yang boleh menyanyi dan sekiranya dilatih maka boleh menjadi entertainer...Fuad tidak lar handsome tapi tak pulak jonggos....Fuad educated dan datang dari sekolah ternama iaitu Victoria Instituition....ramai budak KL yang macam aku nei memang tersangat gumbira tengok budak VI ala ala Fuad nei sebab memanglah budak budak VI dianggap sebagai elite di KL nei!!tapi kemunculan Fuad probably put an end to the notion that VI students are the cream of the lot!!! thank you Fuad ..huhuhuhu!!!!!

.....harus dipertekankan dalam tribunal investigation ini, fakta adalah berdasarkan camera di akademi dan persembahan di konsert bagi menilai kedudukan Fuad ... fakta fakta berkaitan dengan AF dan kajian kemanusian akan diambilkira dalam investigation ini...!!... huhuhu

...baiklah sebagaimana aku sebut dalam entry sebelum ini, dua perkara yang dinilai oleh penonton AF ialah ability dan personality... maka investigation dimulakan dari sudut A dan P..

ABILITY

..kalau nak kata ability untuk menjadi penyanyi itu memang ada ability walaupun agak limited, dalam erti kata yang lain bukan outstanding.......dari segi natural ability untuk menjadi penyanyi, semestinya Elliza lebih berganda natural ability beliau berbanding dengan Fuad tetapi dari segi versatility pulak, Fuad nampak versatile tetapi tidak ada originality..keupayaan beliau 'rapping' yang lebih kepada membebel bebel mungkin dianggap kelebihan oleh setengah pihak tetapi dilihat oleh setangah pihak yang sebagai attempt to 'clone' seseorang yang sudah berjaya dari AF2 in...pihak tribunal melihat kegagalan Fuad membentuk image tersendiri atau kesilapan beliau ingin menjadi clone si Zahid adalah salah satu punca penyingkiran beliau ...

....sekiranya 'clone' Farah terkeluar minggu kedua , maka adalah tepat sekali 'clone' zahid terkeluar pada minggu ketiga .....so, clone siapa pulak yang terkeluar pada minggu ke 4?? 'clone' wahid satay ker atau 'clone' fitri???!!!ahaks ahask ahaks...

..maka hasil penyiasatan membuktikan adalah amat membahayakan pada mana mana pelajar AF akan datang supya jangan jadi 'clone' kepada AF sebelumnya kalau nak kekal dalam AF .

PERSONALITY

..di sinilah tribunal merasakan siasatan lebih mendalam diperlukan untuk menggenalpasti sebab sebab yang menjadi contributing factor kepada penyingkiran Fuad untuk dijadikan iktibar kepada yang bercita cita masuk AF season season yang akan datang..

1) Jangan terlalu faking/berpura pura....

....Fuad dilihat sebagai seorang yang suka Fake....faking emosi, faking dalam pergaulan dan cuba faking dengan penonton....memek muka beliau masa lagu Puteri terlalu faking yang menyebabkan hilang maksud penghayatan lagu yang di war war oleh tenaga pelajar.....

2) Ter'over'

..Fuad dipamirkan sebagai satu character yang ter'over' segalanya..ter'over' confidence, ter'over' sedih, ter'over' malas, ter'over' bentuk badan, ter'over'pandai ( iyer lah, doa makan jadi doa tahlil!!!), maka ter'over' dan faktor 'faking' berjalan seiring dalam kes Fuad ini..

3) Terlalu kerek

..walaupun kerek si Fuad tak mencapai tahap fitri, tetapi statement 'gurauan' beliau yang zahid adalah sebenarnya clone beliau adalah satu statement kerek yang mungkin dianggap sebagai kesalahan yang tidak boleh dimaafkan...

4) terlalu yakin dengan 'game plan'

...game plan Fuad ialah to surprise everybody dengan dia punya ability to transform during concert day dari seorang yang selalu dikritis guru di akademi tetapi mendapat pujian oleh pengkrtik di concert....beliau mengharapkan satu situasi di mana beliau di marah ala ala mas kena dengan Ramli MS or nana dengan cikgu CT Hajar....the best yang beliau dapat ialah dimarah oleh cikgu adnan pasal tak well prepared dan oleh Pak Pengetua kerna tak memberi persembahan yang terbaik masa latihan hari jumaat depan tenaga pengajar....aku yakin fuad study AF AF sebelum ini punyer trend of Afundi dan beliau merasakan sesuatu perlu dilakukan untuk meninggalkan kesan...

....bila zahid disebut sebagai pelajar yang suka kentot, maka fuad pun 'kentot' ( as alleged by the other student during that segment in cikgu linda's dance class)....dia juga memikirkan kalau dia dapat beri kexutan di concert orang akan melihat beliau sebagai dasyat dan oleh itu dia 'rapping' masa lagu amy, joint semangkuk pada masa reza.....tetapi semua ini sudah berlaku sebelum ini dalam konsert AF1 dan AF2 maka bilanya berulang, kesannya memualkan....

5) Tak camera friendly

....camera suka capture gambar fuad tapi for the wrong reason...shot perut boroi, shot posture bungkok masa lepas nyanyi lagu Puteri, shot fuad kena marah dan ini memberi kesan kepada character development fuad..

..oleh itu findings ini membuktikan bahawa certain action/criterion yang disebutkan diatas tidak boleh dipraktikkan dalam AF untuk seseorang pelajar itu kekal, maka hendaklah menggelakkan apa yang fuad lakukan diatas..

Sustainability

..untuk sustain dalam AF, kena ada sustainability power iaitu seperti penyokong setia, fan club, kekuatan 'saturday voters' dan element of surprise....

....tribunal mendapati fuad mempunyai penyokong yang kuat sehinggakan sebelum konsert prelude lagi nama beliau telah mula tersebar di internet!!ahask ahaks ahaks...tetapi ada kesan sampingan iaitu beliau terlebih 'exposure' sehinggakan hilang ciri ciri misteri seorang pelajar AF yang baru....maka tribunal merasakan ciri ciri misteri tentang seseorang pelajar itu harus dikekalkan untuk pelajar itu diterima secara natural oleh penonton....

..penyokong atau fan club adalah penting untuk seseorang pelajar itu sustain lama tetapi bila penyokong nampak kuat terlalu awal dalam pertandingan seperti apa yang berlaku pada Fuad, maka Fuad dianggap sebagai ada strong support base.....

....namun bila penyokong/fan club Fuad mula menggutuk pelajar lain seiring dengan keinginan untuk menaikkan fuad maka Fuad menjadi mangsa.......... Tribunal ingin menegaskan di sini bahawa aktiviti/kempen menyokong pelajar kesayangan anda tidak boleh dijalankan sekali dengan menggutuk pelajar lain....sebab penyokong pelajar yang terkeluar masih boleh menggundi dan sudah tentu penyokong pelajar yang terkeluar tidak akan menyokong pelajar yang penyokong/fan clubnya yang menggutuk pelajar yang terkeluar....kesalahan ini masih pihak Tribunal nampak berlaku especially di channel 15...contoh " reza lebih pandai menari dari si peramugara yang nari ayam tu, jom afundi reza" adalah kesalahan kerana ianya menyebabkan sekiranya aidil terkeluar, penggundi aidil tak akan bagi undi pada si reza....dalam hal Fuad, ada penyokong/fan club Fuad terlalu extreme dalam menggutuk pelajar lain sambil meminta fuad diberi sokongan...ini adalah satu kesalahan besar yang tiada kena menggena dengan Fuad...

Findings Tribunal mendapati penyokong seseorang pelajar harus mengambilkira hati penyokong pelajar lain untuk sustain di AF....

Tetapi setelah diambilkira semua findings diatas, tribunal mendapati sebab sebenar Fuad tersingkir ialah kerana pihak astro telah menaikkan position fuad ke tempat ke 3 sebelum konsert supaya 'saturday voters' merasakan beliau teramat selamat lalu beliau tidak di undi dengan banyak kerana difikirkan sudah selesa ala ala felix dan mawi....

..maka tribunal mendapati pengajaran penting untuk semua bakal student AF, jangan upset pihak astro ( samada pelajar atau penyokong)kerana AF ini 'semi-scripted"....ahaks ahaks ahaks.....

..kepada Fuad sekeluarga, saya ingin menyatakan ketenangan mak dan bapak Fuad masa penyingkiran Fuad sangat saya hormati dan kepada Fuad , all the best!!!!.....

The Mother of all AF Diaries!!!

Assalamualaikum,

...terima kasih!! ...terima kasih!!..terima kasih!! ( ala ala bow macam Anuar Zain menang award) ..ahaks ahaks ahaks....terima kasih pada semua yang maki hamun aku malam tadi bila Ekin diberikan lagu "Antara Dua" dari Farah!!!! huhuhuhu.....terima kasih, terima kasih banyak banyak!!!..sambil menitiskan airmata kegumbiraan aku ingin menggucapkan terima kasih pada 'awak' atau'mereka' ( you know who you are) yang telah merealisasikam impian ku ini dan aku juga izinkan segalanya....timekasiiiihhhhh ( ala ala Nija sebut )....

..sekiranya bulan ini bulan Ramadan, maka malam tadi adalah ibarat malam lailatulqadar....segalanya berlaku seolah olah segala doa ku termakbul dek yang Esa.....

Flashback

...aku tiba di rumah pulang dari mencari rezeki agak awal iaitu azan maghrib berkemundang setibanya aku di rumah...mendengar bang maghrib bila tiba di rumah adalah sesuatu yang agak luxurious untuk aku....sayup sayu azan oleh muazzin menyedarkan aku betapa hidup ini hanya sementara dan akhirat jua yang kekal....dengan masa yang ada, aku pun tidak tergesa gesa melakukan yang harus makhluknya lakukan dan aku lebih bersantai dan mengambik peluang terluang untuk shave beard aku!!! ....tiba tiba aku terlebih sentap, maka keluar darah dari leher, lagi ditahan lagi menggalir darah....sakitnya tidak tapi rasa bisa sikit itu terasa bila diletakkan minyak gamat...tapi darah masih menggalir....leher adalah tempat yang paling sukar kot darah nak ditahan pengalirannya sebab tu sembelih ayam ke lembu ker kat leher supaya darah cepat keluar dan menggurangkan kesakitan binatang tersebut.....selepas setangah jam darah tak juga berhenti sampai dan bubuh bedak pun masih menggalir jugak....nak tak nak, aku sembayang jugak ..tapi lepas sembahyang darah menggalir juga sampai ke dada....tak ku sangka, rupanya ini adalah petanda awal untuk sesuatu yang sungguh menawan!!!!.....

....dalam aku memegang tisu di leher aku pun menonton segmen diary 8.30pm dan apa yang aku lihat si aweks angkat tak jadi aku pulak luka ditangan ...ya Allah!! kata ku, apakah ini suratan atau kebetulan ( lagu aidil)....sedang aku berdebar debar melihat insiden jari amylea luka yang dalam , aku tukar dari tisu ke towel goodmorning untuk menahan darah leher ku....kemudian keajaiban kedua berlaku...si amylea , aweks akan tak jadi aku, meminta Ekin, aweks angkat pilihan aku, untuk temankan dia ke klinik...aduh !!!huhuhuhu...alangkah bahgia dunia nei jika semua 'ex' dan 'current' bisa saling sharing dan faham memahami!!hehehehe.....

..aku ingatkan segmen tu adalah yang paling manis sehinggalah lebih kurang pukul 9.47pm , pada segmen tugasan minggu ini bila Ekin telah diberikan lagu Antara Dua yang dinyanyikan oleh madu angkat beliau!!!!! ahaks ahaks ahaks....kalau malam anugerah AIM dulu farah telah menyanjikan lagu yang telah dinyanyikan oleh madu angkat beliau iaitu nija , tiba pula giliran si Ekin melakukan perkara yang sama....huhuhuhu....Antara Dua...world!! world!!!....semasa itu aku terbayang bayang si xmen dan Bok D menghentak hentak kepala ke dinding sambil menyanyikan rangkap lagu Farah iaitu " ada udang disebalik batuuuu"....hehehehe....

..keajaiban malam yang indah nei tidak berakhir di situ, aku tekah diberitahu pulak dari reliable source yang album Farah telah melepasi jualan 10,000 unit ....alhamdullilah , alhamdullilah....kepada semua pengunjung blog Ilham yang telah menyokong aweks angkat AF2 aku nei, aku ingin ucapkan terima kasih dan hanya Allah swt yang bisa membalas jasa baik kelian....harapan aku album ini boleh mencapai jumlah jualan sekurang kurangnya 40,000 unit menjadikan ianya debut album yang paling tinggi jualan semenjak dua menjak ini....

..sebenarnya beb , aku dah ada entry untuk hari ini dan aku tak der lar terfikir nak tulis analisa diary untuk malam semalam..so entry " tribunal investigation-fuad" akan aku publish petang ini...

..satu benda yang aku tergelak besar malam tadi dan meng'confirm'kan bahawa tajuk lagu menjadi phobia kepada peserta.........selalunya bila segmen menghadapkan kamera dan pelajar memberitahu penonton assignment mereka dan menyatakan harapan mereka untuk melakukan yang terbaik tiba tiba berubah suasana bila aidil muncul ....kemungkinan tajuk lagu " Suratan atau Kebetulan" itu sungguh menakutkan si aidil sehingga aidil menggucapkan " mintak berkat mak bapa , kawan kawan aidil, sedara mara kat Johor...blah blah blah..."!!!!!!don't worry aidil, that's a good song .....reza sekali lagi dapat lagu yang best yang memungkinkan kemunculan jamal abdillah di pentas....mawi dapat lagu ala ala world music yang memungkin beliau sekali lagi menjadi outstanding performer untuk minggu ke4....

..still camera tak der nama lagi..susah susah taruhlah camera jantan tu nama Ilham !!!!!ahaks ahaks ahaks....huhuhuhu....sekali lagi, kepada 'awak' atau 'kelian', aku appreciate sangat dengan gesture kelian itu.......

Tuesday, June 21, 2005

IMBASAN MINGGU KETIGA

IMBASAN MINGGU KETIGA

Imbasan minggu ketiga akan mengimbau peristiwa yang ada`merit untuk dianalisa…sekiranya minggu lepas aku agak kritikal dengan tenaga pengajar adakah minggu ini aku akan lebih moderate dengan assestment aku ??..

Concert

….apa yang berlaku masa konsert terutama persembahan pelajar adalah reflection kepada apa yang berlaku di akademi…sekiranya baik concert maka directly or indirectly baiklah juga di akademi…..concert performance bagi pendapat aku adalah lebih baik dari minggu lepas dan secara kesuluruhan persembahan pelajar juga adalah lebih baik dari minggu yang lepas….harapan aku untuk melihat kexutan yang kreatif telah tercapai dengan adanya special effect untuk persembahan Aidil ( ada kekurangan di sini yang aku akan kupaskan dalam segmen prestai mingguan tenaga pengajar)..begitu juga dengan kedatangan mamat api yang perlu dikupaskan dalam segmen yang sama…

...walaupun aku tak perasan sangat tapi kawan kawan blog aku telah membuat komen tentang wardrobe/pakaian/ pemakaian dan penampilan pelajar masa konsert yang agak suram dan muram….aku ‘frust’ dengan penampilan Amy yang aku harapkan akan timbul dengan kemban ala ala Tiara dalam Asmaradan tetapi yang muncul ialah Amy yang ditonjolkan saling tak tumpah macam Ning Baizura!!!!ahaks ahaks ahaks…secara kesuluruhan aku consider concert minggu ketiga sebagai lulus dengan credit sahaja dan bukan Distinction.....

....Distinction hanya boleh diberikan bila kesemua pelajar cemerlang tetapi untuk minggu ketiga hanya Mawi yang aku kategori distinction, Idayu dan Felix lulus dengan credit dan yang lain lulus sahaja tetapi tiada pelajar yang dalam kategori gagal walaupun kefli boleh digagalkan kalau bukan kerna sikap sporting beliau berkaitan dengan specAllahyarham M.Sharif……mungkin ada yang musykil mengapa aku tak gagalkan Amy?? Amy tidak aku gagalkan kerana beliau tak pakai kemban tetapi kalau dia pakai kemban dah masih tak dapat mengawal persembahan dan aku gagalkan beliau..maksud aku di sini ialah kalau kita nak pelari berlari dengan pantas kita kena bagi ‘running gear’ yang sesuai iaitu ada proper kasut’spike’ , ‘starter block’ dan proper sportwear sebelum kita kata dia tak boleh sampai masa yang diharapkan….Amy tidak diberi bentuk tarian yang sesuai dengan suasana, maka tiada harapan untuk shine dalam keadaan tersebut….

Diary

..diary minggu ketiga di dominasi dengan scene scene perselisihan faham antara pelajar yang mencapai tahap pergaduhan yang serious sehingga bapak amylea berlakon marah masa konsert!!!!ahaks ahaks ahaks…aku hanya boleh menganalisa apa yang dipaparkan oleh diary sebab Afextra yang aku subscribe gagal memberi access untuk aku tontoni…kehadiran khai dan vince juga telah ditonjolkan untuk memberitahu semua pelajar apa erti persahabatan dalam AF…kalau siapa nak faham erti persahabatan dalam AF, pergilah tengok cd concert final Af1, bagaimana rasa kasih sayang yang asli dapat disaksikan semasa pelajar terbuang melakukan persembahan penutup masa konsert final ( aku baru tonton semula petang ahad untuk membuat analisa perbandingan)…perasaan setiakawan itu jelas dan masih aku rasakan kesedihan yang amat sangat walaupun dah dekat 20 kali aku tonton scene yang sama dalam konsert final AF1..

....walaupun AF1 mungkin kurang dari segi kualiti vokal pelajar tetapi dari segi keikhlasan, originality dan elements of surprise( kexutan) yang sungguh menakjubkan……bagaimana persilisihan faham antara pelajar ini bukan kisah baru kerana ada konflik saari dan rosma di AF1, ada konflik antara Fitri dengan pelajar lain ( dapat dilihatkan dengan aksi Farah menarik rambut dan kain si fitri masa sessi lakonan) ataupun pada awalnya Bob dengan the rest of the student tetapi tidak mencapai tahap AF3 diminggu ketiga ini sehingga mesyuarat khas dilakukan untuk meluah perasan mereka….walaupun konflik ini ditumpukan kepada conflict of characters tetapi aku conclude perselisihan ini adalah kerana ketua pelajar adalah cause of the problem….either you are part of the solution or you are part of the problem…in this case, aku merasakan reza is part of the problem instead of part of the solution to the problem….

..satu sejarah baru dalam AF berlaku bila untuk pertama kali scene scene di tempat tidur/asrama pelajar telah dipaparkan….adakah ini bermakna bahawa untuk menggelakkan lakonan pelajar di akademi maka camera di asrama diaktifkan untuk melihat sikap sebenar pelajar???..idea yang baik dan aku setuju sangat….mungkin image si Ekin tengah pakai towel lalu depan camera cari shampoo dengan si Amy pakai short boleh meningkat viewership???!!! Ahaks ahaks ahaks ( tak kan pompuan ajer boleh tengok mawi pakai kain pelekat sambil adjust parking!!!!)….love it !!!!

Tenaga Pengajar

M.Nasir( Pengetua) – m.nasir mengkritik pelajar sendiri minggu lepas secara terbuka minggu lepas tetapi telah berjaya beliau recover dengan aksi beliau yang commendable bila menggucapkan tahniah pada pelajar dari bawah stage dipenghujung concert ketiga ini….cara beliau address diri dan student dengan lebih formal adalah a welcome change….scene beliau menegur mawi di akademi merupakan scene yang paling menarik setakat ini yang melibatkan m.nasir dan disebabkan persembahan keseluruhan concert aku beri lulus credit , maka m.nasir boleh dinilai sebagai telah menunjukkan development dalam menjalankan tanggunjawab beliau sebagai Pengetua…..

...Tetapi aku perlu bertanya pada Pengetua mengapa berlaku penurunan prestasi dalam vocal kefli ?, mengapa Amy yang bersungguh sungguh berlatih nampak tidak energetic dalam persembahan ?, mengapa aidil gagal mengguna prop yang ada tersedia untuk beliau exploit ?, mengapa suara marsha masih tidak ada weight walaupun tone sedap?, mengapa reza tidak menunjukkan development dari segi vocal technical ?, mengapa Felix nampak gugup sedangkan lagu nei patutnya 'killer song' untuk beliau??, mengapa rearrangement pada lagu 'Mimpi Sedih' yang menjadikan lagu tu tak sedih?, mengapa Akma masih tidak menyerlah sebagai performer?? mengapa yazer bermain selamat dalam nyanyian??..mengapa 2nd part pada lagu Gadis malay oleh mawi menjadi sedikit flat, adakah mawi disuruh bermain selamat juga?? Pak Pengetua ada berkata yang student should know " what it takes to be a performer?"..well, apa yang aku nampak sekarang ialah student lebih kepada bermain selamat kerna takut dengan pak pengetua.....adakah takut dengan m.nasir itu akan membuat mereka menjadi seorang performer...bila budak budak lebih takut perform depan m.nasir daripada takut tersingkir, it beats the whole purpose of learning .....

Guru Seni tari

...aku ucap tahniah pada cikgu linda dan Ee sebab tarian menuju puncak telah dapat dipersembahkan dengan lebih coordinated..tetapi camera yang asyik berubah angle masa tarian ini dipersembahkan menunjukkan bahawa pihak produksi masih mahu menutup beberapa kekurangan dalam persembahan itu...bila camera lebih steady dan focus, barulah aku yakin tarian menuju puncak telah mencapai tahap yang diharapkan....tetapi aku kena bagi credit sebab mawi, yazer dan felix sudah boleh menari dengan sungguh baik..

..tetapi aku nak tanya cikgu Ee jugak, mengapa lagu asmaradana tidak mencapai tahap persembahan yang diharapkan....mengapa cikgu Ee gagal choreograph satu persembahan yang boleh dijadikan bahan rujukan untuk tarian ala ala jawa nei....Amy sudah bersedia untuk perform tetapi penonton tak rasa 'magic' PGL ..harus diingatkan persembahan tiara pada pembukaan anugerah AIM adalah benchmark untuk persembahan asmorodono Amy...so, again cikgu Ee , ada shortcomings in your dance arrangement....

..aku juga kena persoal cikgu linda mengapa persembahan yang di war war oleh kefli bisa menggoyangkan seluruh rakyat malaysia dan brunei tidak berlaku ??....adakah cikgu linda sudah exhausted all her creativity dalam 2 AF yang lepas ??....walaubagaimanapun, aku perasan penggunaan bahasa malay cikgu linda sudah bertambah baik ...well done cikgu linda....cikgu linda, aku masih ingat bila cikgu choreagraph tarian untuk liza masa lagu DIA yang sungguh simple tapi cukup menarik dan coordinated...perhaps, just like singing, the best form of dancing is when the dancers simply dance from the heart ..I dunno....

Guru Vocal

I guess I have to ask cikgu adnan and cikgu CT hajar mengapa kefli gagal menyampaikan lagu M.Sharif itu dengan betul let alone baik??!! mengapa Felix semacam baca 'music score' masa nyanyi malam itu?? riak muka Felix seolah olah memikirkan bila aku nak masuk follsetto nei, kat mana placement aku sekarang, kata mana aku curi nafas nei??....felix menjadi terlalu berhati hati hingga felix punyer trademark iaitu 'sempoi' seakan akan hilang...aku concede aku happy dengan nyanyian felix tetapi aku akan lebih happy jika Felix menjadi felix...adakah kata kata Pak Pengetua supaya awak jangan bawak image yang sama ( read, pelawak) menggangu ke'natural'an felix??..

..saya juga perlu jawapan mengapa nasihat cikgu CT pada Reza untuk membuat persediaan sebelum menyanyi tidak dipraktikkan?? adakah budak budak sudah 'take cikgu CT seriously anymore??'...adakah budak budak ini memikirkan tone yang baik sudah mencukupi...aku rasa cikgu adnan dan cikgu CT terpaksa tumpu ubah approach menggajar kerana menggajar budak budak yang dah kuat asas menyanyi dengan budak yang tak der asas langsung adalah berbeza...

Guru seni lakon/persembahan...

....aku nak tanya cikgu marlia mengapa si aidil gagal mengunakan opportunity untuk memberi keberkesanan dalam persembahan beliau bila aidil gagal mengguna prop basikal atau beg lama tu???!!!!..bukan kah seorang performer sepatutnya boleh melakukan improvisation atau spontanuous action to his/her already scripted movement??....adakah kegagalan aidil reflect kegagalan approach pengajaran cikgu marlia???....

..saya nampak perkembangan dalam sessi pembelajaran cikgu marlia tetapi aku mintak lah cikgu marlia jangan lah sentuh bahagian nyanyian or tarian budak...bila ko marah fuad ubah melody, itu bukan ubah melody tetapi improvization..tak payah lar cuba nak justify statement laki ko tu...pas tu, masa malam konsert tak payah lar dok sebelah pengetua ..ko tu kira junior staff lagi, bagi senior academician duduk sebelah pengetua....but overall, a better week for kelas cikgu marlia...

...berkenaan cikgu fatimah, aku rasa budak boleh relate dengan beliau dan kelas english beliau menggajar student dan aku bagaimana nak menggunakan bahasa inggeris dengan betul disamping meningkatkan keyakinan diri pelajar dalam approaching/using the languange....nice job cikgu fatimah....

Pakar motivasi

..dr.azhari tak tegur bila reza hanya menyebut bad habit dia " saya cepat angin bila orang tinggi suara dengan saya"...mengapa dr. ini tak intercept reza sedangkan satu malaya nampak reza ada lebih dari satu bad habit...contoh

1. bergurau tak bertempat
2. prejudice terhadap wanita ( mungkin sebab adik beradik semua lelaki)
3. cakap tak serupa bikin
4. membentuk puak puak dalam akademi
5. pandai bermuka muka..

..bila pakar motivasi tak nampak benda nei..aku rasa, pakar motivasi nei patut tak payah ajer lah....

Saturday Voters

..kekuatan saturday voters sekali lagi merubah suasana peratusan penggundian...lihat saja yazer yang melompat ketempat top 5 selepas undian ditutup yang menunjukan kritikan pengkritik ada kesan besar dalam undian oleh 'Saturday Voters"....

...tiada ulangan sejarah AF seperti minggu lepas bila undi untuk mawi tidak meletup seperti minggu lepas..maka teori Bok D bahawa 56% undian mawi minggu lepas adalah rentetan dari statment m.nasir dalam rancangan Imbasan adalah tepat!!..very well observed indeed Bok D!!!!...

....penyingkiran Fuad dikedudukan tempat ketiga sebelum concert adalah juga mungkin sejarah tersendiri dalam AF sebagai kedudukan selamat paling tinggi dalam carta sebelum concert bermula yang kemudiannya tersingkir...

..love affairs between amylea dengan 'saturday voters' diteruskan lagi dengan amylea meraiah saturday votes yang tinggi sekali lagi..well done babeh!!!...

ILHAM'S PERSONALITY CHART

..harus ditekankan bahawa undi peminat AF pada pelajar terbahagi kepada dua,

a) Ability ( A)
b) Personality ( P )

A dan P saling perlu memerlukan untuk pelajar survive dalam AF...so aku mulakan Carta Personaliti ini dari yang tertinggi hingga akhir..carta personaliti ini boleh di ukur dari segi character development student dalam akademi..

Kedudukan Ilham's personality chart untuk minggu Ke 3

1.Mawi dan felix
3. Yazer
4. Ekin
5. Akma
6.Aidil dan Amy
7. Kefli dan Amylea
10.Marsha
11.Idayu
12.Reza

mawi dan felix adalah center kepada kehiudpan di akademi dan sedangkan yazer adalah seorang 'ketua' yang berkarisma..nasihat beliau pada marsha tempoh hari dilafazkan dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan...Ekin pula ibarat bunga dalam Akademi yang menyerikan kehidupan....

....aku meletakkan reza di bawah sekali kerana aku tak boleh terima apa yang beliau katakan pada asrol dalam diary..lebih kurang begini kata reza .." saya kata pada amylea mengapa ko tarik aidil, sukati dorang lah nak peluk ker...amy jawab balik dia kata " mana boleh, agama pun tak bagi" saya jawab lar balik " abis ko tak pakai tudung nei agama bagi ker"..pas tu dia membebel bebel" ......kata kata reza cuba nak menegakkan benang yang basah dengan menggunakan isu amylea tak bertudung bagi aku adalah reflection kepada the person...wahai reza....si amylea tak bertudung adalah dosa makluk dengan creator( Allah), tetapi kegagalan ko sebagai ketua untuk menahan adegan peluk ( w'pun bukan berahi) diantara elliza dengan aidil adalah ibarat subahat .....( need to say too that the scene Fuad dengan cikgu marlia musa hugging was not really necessary too)....

..reza mungkin tak tahu bahawa tak semua yang bertudung itu tak beriman dan semua yang bertudung itu beriman tegap.....pegangan amylea dalam hal ini amat terpuji dan sekali gus meningkatkan martabat aweks aweks ala vogue dan stylo begitu juga Mawi menaikkan saham aweks aweks bertudung....

..mungkin reza tidak pernah didedahkan dengan artis/celebrities yang menjaga sembahyang dan maruah diri.....masa aku berjinak jinak dengan muzik..aku selalu disogokkan dengan kisah kisah lagenda artis yang betul betul taat dengan perintah Allah swt....kisah Ramli Sarip yang warak yang akan berjalan dari satu table ke satu table menasihkan budak budak yang tonggang air kencing setan supaya berhenti minum ....kisah zainal abidin masa dengan headwind dulu yang akan pergi cari tempat solat bila tiba waktu sembahyang..kisah jay jay yang taat pada suruhan Allah dan lebih dari itu, seorang yang obliging dan tidak boleh tidak dalam menolong orang lain....kisah ini tidk didedahkan kerana mungkin tidak boleh menjual majalah dan tabloids tetapi hakikatnya ramai artis yang menajga solat dan maruah dalam dunia seni ini....

..maka dengan itu aku tidak boleh menerima statement reza kepada amylea tersebut sebagai jawapan yang baik tetapi lebih kepada penghinaan kepada kaum wanita...amylea ingin mempertahankan maruah AF3 sebagaimana AF2 berjaya menggawal kes peluk memeluk ini dan Reza cuba menafikan tanggungjawab moral yang cuba dipertahankan oleh amylea...so REZA, atas sebab itu, ko adalah tercorot dalam Ilham's personality Chart...

MAWI's WORLD!!

...world!!world!!!....caya lah beb!!!...kemampuan mawi menggembalikan maruah mawi fc adalah amat membanggakan...nyanyian yang mantap, aksi lakonan yang baik atas pentas dan menjawab soalan aznil dengan baik sekali....gadis bertudung, sporting dan pandai urut adalah ciri gadis malay idaman mawi....yeapp gadis malay yer, jangan plak ada abang abang aawww pakai tudung plak tengok concert!!!hehehehe....tarian mawi pun dah mencapai tahap yang membanggakan dan sikap mawi dalam diary perlu aku beri kredit....mawi ini adalah seorang yang pemurah perasaan..di saat amylea dikecam hebat dan menggelami masalah rasa terpinggir, mawi telah memilih amylea sebagai calon "gadis malay" beliau dan masa dalam kelas english, beliau " high-5" dengan amylea...mungkin mawi mahu amylea tidak rasa dipinggirkan....

....anak muda memerlukan" role model"....kalau adik Nooramalina adalah role model perempuan remaja, diharapkan mawi boleh menjadi 'role model' anak muda lelaki...tapi harus diingatkan..mawi bukanlah 'qari' pertama yang menjadi artis sebelum sebelum ini keran ada 'qariah 'yang menjadi artis tetapi tenggelam dalam alam artis ini hingga ke hari ini masih hanyut keluar masuk mahkamah...so , untuk ahli keluarga, fan club dan orang yang bertanggungjawab ke atas Mawi, belajar lah dari apa yang dilalui oleh 'qariah' tersebut supaya mawi boleh dijadikan role model yang baik....dugaan kepada Mawi lepas ini lebih besar lagi dan beliau memerlukan guidance supya tidak tenggelam......

AZNIL

..kalau last week aku kritik aznil hebat beb!! this week aku nak kata aznil dah sedar diri dah...lawak pun dah natural dan expression muka pun dah tak ter'over'....well done aznil!!!..tak dapat tidak aznil kena ikut arus penonton dan attempt beliau melawan arus minggu lepas nyaris sekali memberi kesan tak baik minggu ini...apa apa pun, lawan aznil dengan bapak amylea sungguh kelakar dan tidak menjatuhkan air muka sesiapa, lawak aznil dengan abang api pun sungguh menarik ...lawak classic aznil dengan ibu bapa liza dan ibu bapa vince yang duduk sebelah menyebelah masa concert dulu masih segar diingatan aku....aku harap aznil balikkan diri beliau kedalam saat tersebut dan aku yakin aznil boleh menghidupkan AF3 ini...well done aznil!!!


okke lah , blah dulu..salaam...

Sunday, June 19, 2005

Analisa persembahan Konsert 3 AF3- World!!!!

Analisa Persembahan Konsert ketiga AF3 – 18 June 2005

Unlike the previous week, analisa konsert kali ini tak ku lakukan secara spontan sebab ramai sangat orang kat rumah aku!!!! Dari yang baru nak pandai berjalan sampailah yang jalan pun dah tak pandai ada kat rumah aku……sekurang kurangnya RM500 worth of Afundi dari rumah aku malam ini…siutttt!! Tension aku yang tak menggundi….

Okke lah …let me start by saying that aku paling nak tunggu persembahan Amy, Ekin, Amylea, Felix , Mawie dan Idayu…enam inilah yang aku paling aku minati walaupun aku rasakan salah satu dari enam ini tak masuk final…review nei tak ikut turutan persembahan…

MARSHA

Aku memang minat suara dan cara menyanyi Marsha…aku memang minat penyanyi dari Indonesia dan aku merasakan banyak flavour Indonesian dalam cara nyanyian Marsha…persembahan beliau malam tu amat steady walaupun ada kesilapan kecil di sana sini….suara dia mungkin kurang sesuai dengan lagu rancak tetapi aku rasa beliau adapt very well indeed…tetapi marsha perlu belajar teknik vokal lebih lagi for the coming weeks to give more dynamic in her voice…
Carta Selamat : dalam tempoh 3 minggu lagi kedudukan beliau akan mula menjadi factor

AIDIL

Satu persembahan yang aku rasa mungkin tidak akan menjadi sungguh ‘special’ kalau bukan kexutan ‘special effect’ yang menakjubkan…..aku memang suka dengan persembahan keseluruhan Aidil yang merupakan student yang mempunyai vokal yang paling tak menyerlah…tetapi interpretation beliau cukup rasa..well done…

Carta Selamat : beliau selamat minggu ini kerana perbualan telefon beliau dengan ibu beliau yang sesungguhnya merubah pandangan penggundi tentang Aidil dan juga special effect masa persembahan…..kedudukan beliau dalam akademi mungkin sama dengan marsha

AMY

Aku excited nak tengok Amy pakai kemban tetapi kecewa dengan persembahan beliau…tarian tidak menakjubkan dan suara low tone amat lemah lalu kurang memberi kesan dalam nyanyian beliau…atleast kalau dia pakai kemban aku akan bagi markah penghayatan lagu dalam persembahan!!!!ahaks ahaks ahaks…aku menanti saat bila Amy akan meletup dalam persembahan beliau tetapi tak kesampaian…very disappointing indeed although effort beliau tidak boleh dipersalahkan….ibarat ambik exam..it is not how you study it is how good your result is at the end of the day yang menentukan masa depan akademi seseorang budak sekolah…

Carta Selamat : Selamat lama lagi kot

YAZER

…aku tak berapa feel dengan persembahan yazer…pengkritik talked about yazer interpreting the song with soul and whatnot tapi bagi aku Yazer tidak berapa terserlah naynyian beliau….yazer adalah seorang pelajar yang aku suka character beliau tetapi I don’t think that he did justice to the song….aku rasa suara beliau tenggelam dalam persembahan beliau..

Carta Selamat : aku rasa dia nei boleh masuk final tetapi beliau perlu A+++ performance every week…otherwise kedudukan beliau rapuh dlam tempoh 3 minggu lagi…

AMYLEA

…..not her best performance but then again that song was not her reportaire….tetapi aku rasa dia membawa lagu ini dengan penuh perasaan …..gimmick bapa amylea sebelum nyanyi sungguh menghiburkan…..amylea tidak mempunyai high pitch Farah tetapi Amylea mempunyai power of presentation yang ada pulling factor bila kita menonton beliau menyanyi….aku repeat lagi bahawa Amylea ialah “ a natural performer’…

Carta Selamat : mempunyai talent untuk ke final tetapi aku rasa kesian dengan kedudukan amylea yang mungkin rapuh tetapi tidak ada kena menggena dengan bakat beliau dan tidak ada kena menggena dengan “package’ beliau…aku harap dan doa yang aku salah dalam hal ini kerana aku sayang aweks angkat tak jadi aku nei …

REZA

…persembahan yang lebih baik dari minggu sebelumnya dan aku lebih suka nyanyian reza dari peterpan….ahaks ahaks ahaks….i may hate this guy character tapi tone suara yang ada flavour Indon nei aku appreciate walaupun aku nampak reza nei ada problem dengan implementing vocal technique…sumpah aku benci perangai mamat nei tapi telinga aku tak dapat lari dari mendengar suara dia nyanyi..siuttttttt…

Carta Selamat : strong “Saturday Voters” support tapi aku bagi dia nei the most 2 weeks untuk remain selamat….

AKMA

…..aku rasa minah nei kena mandi bunga…..dia macam tertutup dari pandangan mata orang….kalau kat kampong aku kat Scotland , dah hantar pergi jumpa harun din buang benda benda yang melekat kat minah nei…dah lar tu muka macam pucat ajer….isshhhh…siapa kenal gan mak bapak si Akma nei suruh lar jumpa Ismail kamus ker bersihkan badan budak nei…macam tertutup hati orang tengok dia…nyanyi best, body best, lagu best tapi aku lebih suka tengok abang api lagi….

Carta selamat : kena buang “ saka” dulu..ahaks ahaks ….

FUAD

Aku tak kencing kali nei sebab aku nak tengok apa sambungan aksi beliau selepas cakap bye bye masa pengenalan diri beliau….nyanyi boleh tahan tapi aku dah tahan dah tengok mamat gimme me some claps ini…tapi nothing wrong with his performance…bye bye but well done for tonite's performance..

EKIN

…Ekin was so outstanding masa back-up Amylea lagu asmaradana tetapi untuk lagu ini, beliau tak guna kekuatan vokal beliau…adakah suara serak tu sebab ada kecederaan pada vocal chord beliau…tapi “ Belilah Bulu” itu sungguh sexy bunyi yer!!!!ahaks ahaks ahaks…bila lagu ini di re-arrange, keaslian lagu ini rosak dan aku frust sikit lar….Ekin , demi mu, tak kan ku cukur lagi selepas nei tau!!!ahaks ahask ....

Carta selamat : selamat lagi untuk another 4 weeks

FELIX

..aku tak tau lar mengapa pengkritik kata dia nyanyi tak best tapi bagi aku best sangat lar ….walaupun cubaan folsetto tu kurang berjaya tetapi best si felix nei nyanyi……he's an outsatnding singer and person...

Carta Selamat : sure finalist

KEFLI

….aku appreciate yang Kefli pakai juga spec M.Shariff ( al-Fatihah untuk roh beliau) walaupun untuk sebentar….kefli tak dapat tackle lagu ini sepenuhnya …keinginan beliau membuat semua orang joget tak sampai sebab aku lebih tengok kawan kawan dia`menari…

Carta Selamat : kalau dia survive minggu 4 ini, maka dia boleh sampai ke minggu enam…

MAWI

…aku memang baca doa`sebelum dia nyanyi dengan harapan dia tak buat silap….tapi aku silap…bukan kesilapan yang aku nampak dari mawi tapi satu kegembiraan yang amat sangat….mungkin salah satu persembahan terbaik dalam sejarah AF jika diamabilkira pressure yang beliau hadapi….makin lama makin matang persembahan beliau….well done dan alhamdulillah…

Carta Selamat ; aku sunat sekali lagi kalau mawi tak masuk final!!!!

IDAYU

…very well presented by Idayu dan beliau kembali nampak yakin…walaupun best tapi aku tak terhibur…mungkin excitement persembahan mawi membuatkan persembahan si idayu macam anti-climax untuk persembahan concert malam

Carta selamat : Finalist kalau camera di diary friendly dengan beliau lepas nei....


Concert Rating : B- or C +

Memorable moment

: Special Effect untuk lagu Aidil
:Abang API
: Silent rivalry between Afdlin dengan Shaharuddin
: Bapak Amylea !!!!
: Reza tak join with the other student appreciating mawi’s performance ( mungkin aku silap kot)
: Akma gadis malay dan bukan Ekin!!!
: “ Belilah Bulu”….hehehehe…
: Ketampanan mawi

....IMBASAN MINGGU KE 3 AKAN MUNCUL SELEPAS INI....