Friday, March 31, 2006

Bercakap Benar atau Berselindung !!!..

Assalamualaikum

Bercakap benar atau berselindung…

Entry hari ini inspired by the discussion we had at our halo for yesterday’s entry yang melibatkan statement Seri aka srimurgam….

ilham..

sorry to says.. most of married ladies lebih suka dgr kebohongan yg membahagiakan dari kebenaran yg menyakitkan.. ini dari pengalaman org yg dengar dari cerita kawan2.. org taksanggup.. biar lah pahit utk ditelan..

seri 03.29.06 - 5:45 pm

maka aku terfikir sendiri apakah benar bahwa si isteri lebih suka mendengar pembohongan yang membahagiakan dari kebenaran yang menyakitkan..

pernyataan ini membingungkan aku kerana aku mempunyai pendapat bahawa si isteri lebih suka mendengar yang sebenarnya dari mengetahui pembohongan di kemudian hari…

Satu perkara yang aku telah dipupuk oleh ibu aku ialah ‘sharing’ apa saja dengan ibu aku dan atas dasar itu aku selalu memikirkan sharing apa sahaja nanti dengan pasangan hidup aku adalah cara yang terbaik dalam hubungan berumahtangga…maka apabila statement seri aka srimurgam aku terbaca maka aku terus termenung memikirkan pros and cons dalam kebaikan bercakap benar atau berselindung ini..

Satu yang tidak dapat kita elakkan di dunia moden hari ini ialah untuk kita berhubung dengan orang lain tidak kira perempuan atau lelaki dalam kehidupan kita samada pergi kerja, berjiran, pergi pasar dan sebagainya. Istilah ‘control’ sudah amat sukar untuk dipraktikkan sebab suasana kehidupan yang berbeza….salah satu ex-boss aku dulu ialah seorang womaniser yang depan bini pijak semut tak mati tapi belakang bini ligat tak ingat diri dan si bini pulak tau perangai si hubby dan asyik telefon office memanjang tetapi tak boleh buat apa kerana my ex-boss kata dekat aku bahawa mak mertua dia cover untuk dia dan mak mertua dia pernah kata pada bini dia dalam satu kes perselisihan iaitu “ He is your husband when he is at home, away from home, he is not your husband !!!”, inilah contoh ibu mertua mithali!!!…ahaka ahaks ahaks…

Maksud aku di sini ada I would like to share my feelings dengan my significant others , sebagai contoh I would like to show how much I like Farah AF2 bila masa AF tengah berlangsung dan tak perlu pura pura suka Kaer atau Bob untuk kaverina !!!!…ini ada kawan aku yang bini depa tarik muncung bila laki beli kaset Siti Nurhaliza !!! herannya bila tengok blue film, tengok sesama pulak !!!! ini depa cerita dekat aku lar !!! ahaks ahaks ahaks…

Baiklah, berbaling kepada tajuk di atas, aku yakin aku akan still menyengal lepas kahwin within the limit lar kan kan kan kerana naluri lelaki itu memikat dan memikat itu berkaitan dengan ‘ego’….maka manusia yang bernama lelaki ini bila ada peluang akan menjadi kucing nampak ikan , dan yang membezakan darjah menyengal satu lelaki dengan lelaki yang lain ialah keimanan, status, kemampuan financial, kelebihan fizikal dan pelaung peluang untuk menyengal…lelaki yang banyak peluang menyengal di luar seperti outstation dan sebagainya, akan kurang melakukan perkara menyangal di pejabat atau dengan jiran tetangga tetapi lelaki yang kurang peluang untuk keluar pejabat akan lebih menyanggal di comfort zone mereka..pokoknya sengal tetap sengal….maka aku tak akan menipu diri sendiri yang aku tidak akan menyengal nanti sebab dalam proses aku ber serius serius dengan ex-aweks aku, aku sempat gak menyengal !!!!! so , dari itu aku merasakan aktiviti menyengal aku akan aku berterusan ke akhir hayat !!!!huhuhu…but , darjah menyengal itu berbeza dari satu lelaki dengan satu lelaki yang lain seperti berikut :

1) all out
2) hobby
3) ego
4) seasonal
5) fun
6) mencuba

aku category fun ke arah seasonal dan ego lah gamaknya ….malu tapi mahu, mahu tapi nak dan nak tapi takut……dalam halonovela aku ada cakap bahawa kalau zina itu halal, tidak ada lelaki yang akan stick dengan satu perempuan tetapi masih ada perempuan yang stick dengan satu lelaki!!!!….well, its true…

menyengal dengan having affairs outside marriage adalah dua perkara yang berbeza..menyengal selalu melibatkan nafsu dan bukan perasaan tetapi affairs selalunya perasaan dan nafsu…

now untuk tajuk ini aku memikirkan sekiranya aku ada suka dengan satu aweks lepas aku kahwin, aku selalu terfikir untuk bagi tau bini aku that aku tengah on dengan aweks ini..that’s always in my mind and I though it is the right way to do until yesterday…now aku faham mengapa si isteri lebih rela suami simpan pompuan dan bergelumang dengan maksiat dari dimadukan….aku mungkin akan cuba faham mengapa si isteri lebih suka dengar suami kata pergi outstation dari dengar suami pergi dangdut joint…now aku faham mengapa isteri buat nasi kangkang untuk ikat laki ataupun buat si suami tak nampak perempuan lain!!!..

still, dalam otak aku berkata aku tak bersetuju dan aku yakin aku akan tetap berterus terang atas dasar ;

1) lelaki memang boleh kahwin lebih dari Satu
2) bercakap benar adalah jalan yang paling baik dan selamat
3) Bini kena akur dengan suami

Yeap..sounds macam male chauvinist….mana male yang tidak for that matter !!!huhuhu

Tetapi ego aku tersentap apabila aku terbayang persoalan yang berikut, apa kata pulak kalau bini aku pulak ada kawan lelaki lepak lepak atau ada affair dan dia berterus terang ??!!!..boleh tak aku menerima ianya sebahagian dari kehidupan moden ??!!! boleh tak aku menerima bahawa itu sebahagian dari naluri manusia dan wanita ??!!! bolehkah aku anggap berterus terang itu lebih baik dari berselindung ??!!!..

Errrmmmmmm…aku agak tersentak memikirkan perkara ini kerana aku dapat merasakan aku tidak boleh menerima keadaan ini…ahaks ahaks ahaks…I don’t think I am that open minded that I would be able to say “ well dear, thanks for telling the truth and enjoy !! “…nope I don’t think so I could do that and in fact pemikiran jantan aku berkata ‘dayus’ aku kalau aku tak mengamuk !!!!huhuhuhu..jantan jantan gaks!!!!….dan ego kepala hotak aku ( epong!!!) terus berkata mana boleh bini aku ada suka atau affair dengan orang lain tanpa memikirkan aku sendiri kaki menyengal!!!!huhuhu…

Huh…seriously, now aku ada doubt samada teori aku bercakap benar itu lebih baik dari berselindung itu adalah baik ….dan aku merasakan bahawa sekiranya aku tidak boleh berterus terang dengan teman hidup sendiri yang share sekatil tidur dengan aku, maka aku rasa that will be a miserable way to lead a life…communication is very important in a relationship maka kalau ada breakdown dalam communication bermakna tiada relationship..IMHO….

Tetapi jelas dari penulisan aku ini, aku seorang yang berat sebelah yang menggunakan ‘ego lelaki’ dan Hukum Allah untuk menghalalkan perbuatan aku kan kan kan….

Well Seri aka srimurgam, aku akan cuba mencari jawapan akan statement awak sementara aku meneruskan mencari balance dunia dan akhirat dalam kehidupan aku ...waullahuaqlam…

Actually , pergaulan aku dengan kaum hawa di halo telah memberi aku perspertif berbeza atau alternative perception about perempuan, pemikiran wanita, keinginan dan harapan wanita, hubungan wanita dan lelaki dan sebagainya…indeed I believe I am a better lelaki since aku berkawan dengan kelian….thanks..





wassalam

Thursday, March 30, 2006

MY TEAM - rational lawan Malaysia

Assalamualaikum,

sudah 2 minggu aku mengikuti perkembangan My Team di TV3 dengan harapan untuk memahami apakah tujuan penubuhan My Team dan apa perlunya untuk melawan pasukan kebangsaan negara ??!!...

...pertama, siapakah dari FAM yang endorsed perlawanan diantara pasukan kebangsaan dengan sebuah pasukan tangkap muat...tidak kah mereka di dalam FAM sedar bahawa menyetujui perlawanan ini seolah olah merendahkan maruah pasukan kebangsaan itu sendiri dan adakah perlawanan ini dipersetujui oleh FIFA ??!!!...

..apakah menantu Pak Lah , Khairy, yang menerajui My Team menjadi sebab mengapa FAM sanggup menjatuhkan maruah pasukan kebangsaan negara yang pernah dianggotai legend legend negara seperti Mokhtar Dahari, R.Arumugam, Soh Chin Aun, Santokh Singh, M.Chandran, Ghani Minhat dan ramai nama dalam sejarah yang dikaitkan dengan era keagungan bolasepak negara...

...apakah pitting My Team dengan pasukan negara dapat membuktikan kepincangan dalam FAM itu sendiri ??...apakah kalau My Team menang dalam perlawanan tersebut akan menyebabkan pentadbiran FAM dibubarkan??!!.... silly!!!...

..aku masih tak faham mengapa My Team harus menentang pasukan kebangsaan negara dan mengapa FAM mempersetujui satu perlawanan yang lebih merupakan 'circus' sahaja...adakah ada pihak pihak tertentu ingin membuktikan ada kepincangan dalam FAM dan inilah cara untuk menghantar signal pada mereka yang ada di dalam sana untuk mengundurkan diri..

berbalik pada My Team, aku tak nampak how a bunch of footballers wannabe boleh menentang pasukan pasukan bolasepak negara yang dianggotai oleh pemain pemain professional yang sudah biasa beraksi di depan puluhan ribu penonton.... talent alone is not enough to build a team in short period span...your need exposure, you need experience, you need composure and you need that little bit of self-confidence to cross the level of playing kampong or daerah level to the international level...it is like taking SPM and STPM....the difference is so wide that many 'clever' student could not service STPM based on being 'clever'...one needs to be able to anaylyse, one needs to be able to rationalise and certain level of maturity to survive STPM....and same applies to playing 7-aside tournament against pakying the Tiger Cup!!!..silly!!!

My Team dan siapakah Serbegeth Singh ??....mintak maaf cakap Serbegeth Singh bukan lah pemain yang setanding dengan pemain pemain yang aku sebut di atas dan Serbegeth Singh ini aktif bermain di zaman rasuah bolasepak berleluasa dalam M-League Malaysia dahulu...mana pemain yang ada dalam era itu bagi aku tiada intergrity!!!.... period.

...walaubagaimanapun aku setuju dengan 'scouting system' dan apa yang My Team lakukan sama jugak dengan Soccastar yang diterbitkan oleh Astro ialah mencari bakat bakat terpendam...inilah sistem 'scouting' yang dilakukan dalam pasukan pasukan professional England yang melahirkan Les Ferdinand, Curtis James, Michael Hughes yang merupakan pemain pemain non-league football yang dijumpa oleh 'scouts' dan dibeli oleh pasukan pasukan besar dalam English League..

...aku perhatikan My Team mengutamakan speed dan hanya memilih pemain yang boleh berlari di bawah 12 saat untuk pergi ke peringkat seterusnya...ini adalah sistem yang digunakan oleh Football Academy di France untuk memilih apprentice untuk memasuki Academy mereka atas dasar Academy boleh mengajar asas bolasepak tetapi Academy tidak boleh menyebabkan pemain bolasepak jadi pantas.... but itu untuk umur di bawah 12 tahun !!!!...

..maka concept ini digunakan oleh Serbegeth dan assistan beliau dalam mencari pemain My Team dan aku rasa concept ini salah pada umur pemain yang ada sekarang....at this age, speed is only important if you have the footballing brain to go along....speed is an asset when you are able to read the game and speed is good when you have all the basic right.... what is the point selecting a goalkeeper that could run 11.1 second if he could not judge a cross??!!!..

...to build a team to challenge an international team may take months or years even if you have Jose Mourinho as a coach and for Serbegeth Singh to think he has all the expertise just because he is a football pundit with ESPN is totally wrong!!!....

Furthermore, menggunakan tagline My Team sebagai pasukan rakyat adalah seolah olah menyatakan pasukan kebangsaan itu bukan pasukan rakyat dan ini aku protes ...

aku harap ada individu individu tertentu dalam FAM mengambil tindakan mahkamah untuk membatalkan perlawanan ini kerana ianya mengaibkan pasukan kebangsaan dan cukuplah sekadar My Team berlawan dengan pasukan Kelab yang sudah established seperti MPPJ, Telekom Melaka , Johor SEDC untuk membuktikan kebolehan mereka dan tidak perlu menentang pasukan kebangsaan...

...Sebagaimana pasukan Soccastar, aku yakin juga tanpa ragu ragu bahawa pasukan My Team akan berakhir dengan kehampaan dek kebodohan sesetengah pihak....

..dalam konteks ini, aku menyokong pasukan kebangsaan negara dan aku menyokong sebarang tindakan dari FAM untuk membatalkan perlawanan ini dan aku berharap FIFA mengambil tindakan keatas pasukan negara sekiranya perlawanan ini tidak mendapat kelulusan FIFA..

concept 'scouting ' My Team adalah bagus tetapi untuk menentang pasukan kebangsaan bagi mencapai tujuan atau self-vested interest seseorang yang perhaps mempunyai political clout adalah tidak betul....

Ilham akan tetap menyokong pasukan negara yang dulu yer diterajui oleh nama nama besar se bangsa seperti allahyarhan Tunku Abdul Rahman dan Dato Harun Idris..... jangan sesekali kita merendahkan mertabat pasukan negara kerana sejarah bolasepak negara berhubungkait dengan kemerdekaan negara...sesiapa yang agree dengan perlawanan My Team dan Malaysia adalah traitor!!!....

My Team will fail and they will fail badly and I woudl suggest that FAM will not send the 1st team but only team comprising players below the age of 21....

Oiii FAM !!, engage me as your technical director for the malaysian team and I will promise you 6 goals against this My Team !!!!!...even if the team comprise of players under 21 years of age..let me prove that man management is the key to success in sports especially team sports....

wassalam

Wednesday, March 29, 2006

Sambung Belajar dan Pendapatan Tambahan

Assalamualaikum

Sambung Belajar dan Pendapatan Tambahan

Ini satu lagi topik yang dicadangkan oleh NINI aka Along untuk diperbincangkan….NINI ingin mengetahui apakah yang mendorong kepada individu untuk meneruskan pembelajaran selepas berkeluarga dan apa kriteria untuk membuat kerja kerja untuk menambah pendapatan….terima kasih NINI dengan cadangan topik ini dan saya akan cuba memberi kupasan untuk perbincangan di halo kita hari ini..

Sambung Belajar

Pengalaman aku dengan individu yang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi selepas berakhir period pelajaran normal bermula pada hari pertama aku menjejak kaki di menara gading…room mate pertama aku ialah seorang yang sudah berumahtangga dan mempunyai anak yang ramai dan telah mengambil STPM sebanyak 7 kali sebelum berjaya masuk ke universiti….hormat aku tidak terhingga kepada ‘Sistua ‘ ini kerana sanggup berkorban untuk mencapai cita cita…namun tidak berapa lama kemudian beliau keluar dari bilik kerana mahu bersama sama keluarga kerana tidak tahan menanggung rindu pada isteri dan anak anak…inilah masalah yang selalu dilalui oleh mereka yang telah berumahtangga bila menyambung pelajaran…aku yakin JANE boleh berkongsi rasa tentang perkara ini kerana beliau sedang mengalami perkara yang sama sekarang ini..

Apakah yang mendorong mereka ini untuk berkorban masa depan dan keluarga ?? ..

1) adakah cita cita ??
2) keperluan sekeping kertas bergelar ijazah untuk kenaikan pangkat ??
3) Alasan untuk keluar dari kepompong berkeluarga ??
4) Sekadar ‘utilise’ cuti sabbatical yang ada ??..
5) Untuk meningkatkan taraf hidup ??
6) menambah ilmu ??

Sebenarnya apa yang aku nyatakan diatas adalah sebab sebab yang memungkinkan untuk mereka dalam golongan perbincangan kita hari ini untuk menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi..

Hari ini kolej kolej swasta melambak dan tumbuh bagai cendawan yang tidak memungkinkan kita melihat kes kes bapak atau ibu bekerja untuk masuk IPTA seperti suatu masa dulu kerana kini peluang menyambung pelajaran ke peringkat tinggi adalah berdasarkan kemampuan wang ringgit dan kemahuan diri sahaja.Adakh perkembangan ini healthy ??..aku merasakan untuk jangka panjang perkara ini adalah baik kerana aku yakin bahawa sistem pembelajaran tahap tinggi adalah amat perlu untuk perkembangan minda/mentality rakyat untuk mencapai Vision 2020.Namun tidak dinafikan juga bahawa banyak kolej kolej swasta juga telah mengurangkan ‘kualiti’ pemegang ijazah kerana hari ini anda tidak perlu keputusan yang cemerlang untuk memegang ijazah kerana kolej kolej swasta boleh memberi program hingga ke peringkat sarjana tanpa perlu ada SPM, STPM mahupun diploma yang cemerlang…hasilnya ialah golongan yang bergelar graduan yang tidak mempunyai kualiti yang diharapkan tetapi mempunyai segolong kertas yang memberi lesen untuk mereka bergelar ‘pegawai’….

Tetapi kualiti ‘siswazah’ produk kolej swasta bukan isu perbincangan hari ini tetapi apakah yang memotivasi seseorang individu itu untuk ‘pursue’ ijazah atau sarjana selepas berumahtangga atau selepas menamatkan proses pembelajaran normal..

Ada banyak perkara yang boleh memotivasikan seseorang individu itu dan rasanya LIANA aka baby juga boleh berkongsi pengalama bagaimana beliau memotivasikan diri untuk menyambung pelajaran sambil bekerja yer…

Bagi aku, tujuan/objecktif itu yang penting kerana kalau kita tau objektif kita untuk sambung belajar maka kita akan mencari motivasi untuk mencapaikannya…bila kita nampak apa yang kita hendak capai, maka yang lain itu bukan halangan atau beban tetapi sekadar dugaan untuk dilepasi…maka kenalpasti tujuan kita untuk sambung belajar dan juga kenalpasti priority kita dalam hidup…tiada ‘shortcut’ dalam mencapai kejayaan dan tiada noktah dalam mencari ilmu…

Tetapi tidak dinafikan selalunya dugaan dalam bentuk halangan halangan yang besar yang membuat kita hilang motivasi untuk meneruskan pembelajaran seperti ;

1) Masalah keluarga seperti penjagaan anak atau ‘izin’ suami atau isteri..
2) Masalah kewangan kerana kita mungkin kehilangan setengah dari punca pendapatan kalau tidak semua pendapatan kita
3) Tempat yang sesuai untuk tidak membebankan keluarga yang ditinggalkan
4) Takut hilang seniority dalam kerjaya
5) Bimbang tidak boleh catch-up study pada peringkat umur yang sudah meningkat
6) Rasa resah untuk meninggalkan ‘comfort zone ‘ kita sekarang
7) Takut suami atau isteri hilang semasa proses mencapai cita cita
8) Takut pada kegagalan
9) Takut pada kemungkina perasaan hangat hangat tahi ayam ‘vaart’
10) Banyak lagi kot

Tapi aku menyeru kepada kengkawan yang berhajat untuk menyambung pelajaran dan mempunyai peluang menyambung pelajaran jangan dilepaskan peluang yang ada selagi tahu objektif /tujuan langkah itu diambil…cuba ‘weight’kan pros and cons dan dapatkan restu sesiapa yang kelian perlu dapatkan restu kerana restu itulah punca kejayaan, insyallah…

Aku berkata begini kerana aku pernah share dengan kelian dulu betapa aku membuang tuah kerana tidak mahu mengambil ‘biasiswa’ syarikat untuk menyambung ke peringkat ‘master’ kerana aku kalah dengan ‘ego’ yang menyatakan “ I don’t need another piece of paper to prove my worth’ sedangkan aku lupa ilmu itu adalah ibu kepada segala kejayaan yang diizinkan Allah swt….

Cita cita yang terpendam adalah ibarat nangka yang dibiar busuk dalam balutan kerana walaupun ianya berharga tetapi jika tidak di capai /makan maka ianya adalah tidak bermakna…

Mencari side income – apa kah motivasinya ??

Memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa membuat side income sudah menjadi satu perkara yang ‘common’ hari ini…dengan adanya multi-level marketing ( read phyramid system in direct selling) maka ramai yang memulakan sesuatu perniagaan sebagai side income telah menjadi jutawan dan mempunyai syarikat atau cawangan mereka sendiri…

Namun masih ramai juga yang kekal dengan tradisi side income seperti menjual kain atau barang kemas yang dijual secara ansuran atau menjual produk produk perubatan, menjadi agen agen insurance atau Unit Trust dan sebagainya…

Keperluan kewangan yang mendadak adalah satu motivasi untuk kita mencari punca pendapatan tambahan di samping minat dalam perniagaan atau suka berdamping dengan orangramai…

Bagi aku personally, apa saja bentuk usaha untuk menambah pendapatan yang tidak melibatkan rasuah adalah digalakkan kerana ramai yang mendefinisikan wang rasuah sebagai ‘side income’ atau membuat overtime ‘tipu’ sebagai ‘extra income’….aku personally menggalakkan sesiapa sahaja yang sanggup menjual untuk menambah pendapatan walaupun kadang kadang akau merasakan produk yang mereka jual adalah ‘gimmick’ semata mata…apa yang aku galakkan ialah semangat ingin meningkatkan tahap hidup diri dan keluarga selagi tidak ‘menipu’ untuk close deal…

…membuat kerja kerja part-time ini juga memerlukan pengorbanan yang seperti untuk menyambung pelajaran dan kadang kala pengorbanan itu lebih lagi sehingga ada yang melibatkan maruah diri maka fahami product atau services yang hendak kita pasarkan kerana janji imbuhan yang tinggi menyebabkan kita menghalal cara untuk mencapai matlamat…

perpatah “ if u can sell a fridge to an eskimos than u can sell anything’ adalah selalu yang menyebabkan berlaku cerita cerita penipuan MLM dengan janji hadiah lumayan dalam bentuk barang elektrik atau kereta dan sebagainya…pukau digunakan untuk mencapai yearly target untk mendapat hadiah bercuti atau kereta mewah dan sebagainya…

Sememangnya 9/10 dari sumber pendapatan adalah dalam bentuk perniaagan tetapi kalau kita tidak berjaga jaga , 8/9 dari sumber yang kita perolehi adalah tidak halal kerana terkadang kita tidak memahami produk yang kita jual mengandungi bahan bahan tidak halal yang kita jual/subahat untuk orang yang tidak mengetahui mengggunakannya…kerana ghairah terkadang kita menjual ubat ubatan yang mempunyai kandungan dadah yang tinggi yang menyebabkan pembeli mengalami tagihan atau menyebabkan timbul penyakit lain tidak berkaitan..

Apa apa sekalipun, segala bentuk usaha untuk menambah pendapatan harus digalakkan kerana ianya adalah cara yang paling baik dan halal….

Mungkin aku beri guideline ini untuk kelian mulakan perniagaan sampingan
1) Fahami 4 Ps dalam asas pemasaran – Price, Product, Promotion & place
2) Fahami target market kita
3) Create kita punya own selling/marketing style
4) Jangan berat mulut dan jangan takut orang tak beli
5) Always guna hukum probability
6) Jangan anggap ‘gain’ sebagai income segalanya
7) Always maintan a client base – hantat birthday card or whatnot
8) Jaga penampilan diri
9) Yakin diri sebab closing deal sebenarnya lebih pada orang dari product
10) Jangan lawan hukum Allah

Tetapi hari ini side income jugak dalam bentuk akademi seperti ‘tuition’, ‘music classes’ and others…cari line of expertise kita dan cuba pursue di mana peluang untuk membuat perniagaan.

Arwah Pak Uda aku pernah dipanggil ke rumah aku oleh parents aku bila ibu aku mendengar ura ura aku nak main band kat Resort di Desaru dan tak mau masuk U…sebenar yer aku acah aja….arwah Pak Uda aku kata “ Boleh , tapi dengan satu syarat, kamu kena belajar repair piano atau keyboard sebab bidang ini orang malay tak der lagi “….aku pun terdiam dan faham apa maksud Pak Uda aku ini ( Al-fatihah)…so dari hari itu aku faham bahawa “ Buy a man a fish , it will last him one day, teach a man to fish, it will last him his life time “…




Wassalam

Monday, March 27, 2006

Diary Diri 27/03/06 -Happy Birthday Zack!!!

Assalamualaikum,

weekend lepas aku lebih dipenuhi dengan aktiviti menonton sukan komanwel dan perkara perkara casual yang aku lakukan untuk weekends... dan Ahad 26/03/06 dari Hari Lahir Zack!!!

Idola ku Siti Zalina Ahmad dan Lawn Bowl

..aku sempat tengok repeat lawn ball final untuk single antara malaysia yang diwakili oleh siti zalina ahmad dan wales yang diwakili oleh Elizerbeth Morgan ....to me, Siti Zalina adalah ahli sukan wanita yang boleh dibandingkan dengan Martina Navratilova untuk tennis dari segi dominasi mereka dalam sukan yang mereka ceburi....aku merasakan Siti Zalina akan menjadi legend Commonwealth games dengan pungutan pingat emas terbanyak bagi individu memandangkan permainan lawn ball ialah satu permainan yang mana pemain adalah lebih mantap dengan umur yang meningkat dan pada umur 27 bermaksud Siti Zalina ada sekurang kurang 5 lagi Coomonwealth yang beliau boleh masuk memandang lawan beliau di final hari itu diwakili oleh nenek berumur 63 tahun...

Image hosting by Photobucket

Kelebihan Siti Zalina ialah kepada kekuatan mental dari sudut focusing dan consistency dalam balingan...she is a genius in as far as lawn ball is concerned...Siti Zalina telah pun mendapat respect dalam dunia sukan lawn ball dan sikap beliau juga membuat beliau menjadi pemaian yang popular dalam dunia lawn bowl....

Dalam pertandingan akhir Lawn Bowl wanita tersebut Siti Zalina telah menunjukkan kekuatan mental dan consistency yang menakjubkan untuk memenangi pingat emas dan sebagaimana di Manchester 4 tahun lepas, Siti Zalina membuktikan permainan cipataan penjajah ini sekrang adalah permainan orang kita jua...di sini ada sikit kisah tentang idola aku yang aku ambil dari website Commonweath Games

Biography AHMAD Siti Zalina

Nationality - Malaysia

Birth Date 02/06/1979
Gender Women
Height (m / in) 1.66/5'5''
Weight (kg / lbs) 60/132
Events Inscribed Lawn Bowls Women's Singles
Medals Won
GOLD - Women's Singles

Place Of Birth- Malaysia
Residence - Ipoh, Perak, Malaysia
Marital Status - Single
Occupation - Policewoman
Handedness - Right
Type/Size Of Bowl - Greenmaster The Power - 4M
International Debut - 1995

Recent Results
Asia Pacific Games (2005)
Silver in the Singles

Asia Bowls (2005)
Gold in the Singles
Bronze in the Triples

CommonwealthGames History

Manchester 2002
Gold in the Singles
Kuala Lumpur 1998
Bronze in the Fours (Haslah, Azwa, Hashimah)

Others

She picked up a bronze in the Singles at the 2005 Sea Games which were held in the Philippines.In her spare time, she enjoys travelling.

She also won the bronze medal in the Singles at the 2003 Asia Pacific Games.She won Malaysia's first-ever Commonwealth Games gold medal in 2002 when she claimed the title of the Singles.


EPL

I am still sick dengan kekalahan 4-3 Bolton dengan Middlesbrough setelah berjaya equalised 3-3 sebelum dikalahkan dengan gol dalam masa tambahan....since Blackburn winning and Arsenal palying well, kekalahan ini mungkin menjadi penyebab untuk Bolton terlepas the 4th placing...

lain lain result....MU (Bat )3- 0 Birmingaham, Liverpool (KPD/Epong/GX)1 - 0 Everton, Chelsea ( Vaart) 2 - 0 Manchester City.....



Happy Birthday Zack/Kimball/Acikiah

....dalam keluarga halo ini, secara lahirnya Zack adalah adik bongsu nyer...dan sebagaimana kebanyakan keluarga, adik bongsu ini memang yang merupakan livewire dalam keluarga dan juga yang paling dimanjakan, yang paling menyusahkan, yang paling dapat banyak benda benda, dan yang paling tidak boleh disentuh...mungkin emak bapa yang dah ada pengalaman pengalaman dalam mendidik anak anak yang sebelumnya telah menjumpai satu formula 'parenting' apabila tiba ke anak bongsu dan mungkin bila anak bongsu lahir, emak dan bapa dan berumur sikit untuk menjadi as strict or garang seperti anak anak sebelumnya...

anak bongsu ini memang paling didendami oleh kakak dan abang kerana anak bongsu ini selalunya mendapat apa yang saya yang tidak didapati oleh abang dan kakak sebelum ini...huhuhu....tetapi macam mana sekali geram pun, abang dan kakak tidak pernah lupa nak belikan asikrim atau baju atau apa saja barang untuk si adik bongsu ini...

..Zack,

kaulah adik bongsu kami dan hilangnya kau dari kami adalah amat menyentuh hati kami...tak tau apa yang telah berlaku namun kami hanya mampu berharap adik bongsu kami akan memaafkan abang dan kakak yang ada di sini....lebih lebih lagi di hari lahir kamu ini terasa betapa sedih melihat bilik mu kosong tanpa penghuni...

....Zack,

apa yang kami boleh lakukan di saat ini berdoa ke hadrat Illahi agar dirimu diberkati, panjang umur dan murah rezeki....seperti biasa, kawan kawan ada buat sikit makan makan untuk sambut birthday Zack yer...

ini ada sebuah sajak dari KPD yang sebenarnya ditulis khas untuk kau Zack sebagai mewakili rasa hati keluarga halo kau ini...

Pendang,
diatas lukisan
garis-garis barisan..
Baris-baris garisan..
Dendang,
didalam hayalan
talu-talu paluan..
palu-palu taluan..
Selendang,
didalam igauan
gambar-gambar lembaran..
lembar-lembar gambaran..
Pendang..
diatas lukisan
didalam khayalan
didalam igauan

Selendang melayang kala belai tautan rindu....

K*PearlJam*D 03.21.06 - 4:20 pm


dan sesungguhnya kami pun tidak tersedar semalam harijadi mu Zack kalau bukan Vaart yang mengingatkan kami..

besday zack esok woiiii.....

happy besday in advance zack!

vAaRt 03.25.06 - 12:09 pm

Waalaikumsalam

Sunday, March 26, 2006

Sajak Sabtu - Part 3

Assalamualaikum,

enjoy bakat warga halo yer....

bonda,

aku dicubit rindu lagi...
pada senyummu yg tidak jemu terukir
pada pandangan ibumu yang sejati
pada kejutan subuh jarimu
pada airmata riangmu
pada sentuhanmu
pada bebelanmu
pada marahmu
dan padamu...

Bok D 12.29.05 - 5:12 pm


Tahun 200Lima
ku kenal banyak nama..
santapanhati di ratah bersama
Ukhuwah insaniah li-wa-lakum jami'a..
Menggapailah harapan lama
tahun mendatang mungkinkah sama
pastikah masih bersama
atau hanya tinggal nama..
Pada tuhan yang adil saksama
Semoga nama kami dan mereka di jannah bergema..
Aminnn
200enam...dakaplah kau genggam
hari bakal meniti manis dan suram
secubit gula sebutir garam..
menjadi perencah perisa ragam..
wassalam fi akirul QalamAssalamualikum...

KPD 12.29.05 - 5:14 pm


Bulan januari menjelang tiba
December pon tinggal 2 hari sajer
Tidakkah terdetik seketika diminda
Untuk kita get together-gether?

Get together-gether di bulan December
Walaupon tak cukup korum kita tetap gether juger
Tempatnya pula usahlah dikira
Di kedai mamak pun occay what apa?

Di kedai mamak kita gether2
Kalau nak makan nasik kek situ pon ader juger
Cubolah teka dalam ramai2 tu sapo yang takde
Sapo lagi tentulah zack si puteri jawa sebab kan dia pemalu orangnya?
peace!!

vaart 12.29.05 - 5:22 pm


Hampir sempurna langkahmu 2005
Meninggal jejak di lantai hati
Tidak kan terpadam walau banjir
Walau ribut
Walau taufan melanda

Di situ juga pernah terpalit
Darah dari luka2
Di hati .. di jiwa … dan di minda
Dengan kudrat dan tenaga
Yang tinggal ini
Biarla ku cuci biar bersih biar suci
Sendiri

Bayang 2006
Tiba la segera
Tidak aku nanti janji
Tidak ku tunggu mimpi
Aku akan tetap jalani
Dengan kekuatan yang ada
Walau diri tidak sekekar mana
Kerna ku tahu aku mampu galas apa yang Kau beri

DarlingLara 12.29.05 - 5:25 pm



dalam hayal
mengalir hujung jarimu
dibucu tetikusku
menyentuh

dalam mimpi
muncul senyum mistik monalisamu
di paparan pisi
menguntum

sebenarnya aku takut
jika kau tidak tahu....

Bok D 12.28.05 - 5:25 pm




terjiwang kejap..

terdengar-dengar keletik jarimu
menari-nari di papan kekunci
membisik nota kasih

terdengar di situ...
alunan piano memori
main irama indraloka,
terselit-selit bunyi gitar
memetik kuntuman kasturi,
sesekali drum menitik-nitik
merenjis hujan dari kayangan
dan aku dengar
sayup-sayup biola menyanyi
oh...indahnya suara itu
bidadarika engkau...

Bok D 12.23.05 - 4:40 pm


esok lusa hari jadi
eemmm so apa ko nak jadi..
makin hari makin menjadi
umur tak kurang makin meninggi
esok lusa hari jadi
tahun lepas dah tak jadi
tahun ni make sure bagi jadi
takkan nak tunggu lagi sekali
esok lusa hari jadi
aku ucap selamat hari jadi
pada semua bulan ini
ku doakan semua moga menjadi
agar tidak mengigit jari
tahun ini kereta mini
tahun depan biar lah ferarri
boleh lari laju lagi
esok lusa hari jadi
harap kita semua muhasabah diri
supaya kuat jati diri
dalam menghadapi hari hari..
selamat hari jadi

chowww

Guardian X 12.23.05 - 5:46 pm


darling,

ke mana dikau hari ini
pagi ini cuaca mendung sekali
lopak hujan dijalan sedikit membasahi
burung malu malu mahu berkicau pagi
dari jauh gunung diselaput kabus
sepoi sepoi angin selatan merembus
pokok pokok bergoyang sedikit rakus
tika ini teringat dirimu..

Bok D 12.24.05 - 12:08 pm



Wassalam

Saturday, March 25, 2006

Takzirah Jumaat

Assalamualaikum

Takzirah Jumaat

Salam Jumaat dan di bawah ini aku share beberapa ayat suci Al-Quran yang aku terima secara SMS setiap kali azan berkemundang untuk tatapan semua di hari Jumaat ini

a) Sesungguhnya penduduk syurga pada hari itu berada dalam keadaan sibuk menikmati kesenangan ( Yassin:55)kehidupan di alam akhirat adalah benar , mari kita bersolat.

b) Allah menghimpunkan kamu pada hari perhimpunan( untuk menerima balasan) itulah hari masing masing nampak kerugiannya ( At –taubah :9)jangan kita jadi orang yang rugi, marilah kita tunaikan solat.

c) Berkata Baginda saw kepada Muaz; Hai Muaz!Sesungguhnya sepenting-penting urusan engkau di sisi aku ialah solat….marilah kita tunaikan solat lima waktu.

d) Sesungguhnya Allah swt telah membeli dari orang orang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka beroleh syurga ( Taubah:111)….. syurga adalah benar , mari kita bersolat.

e) Firman Allah swt; Dan berserahlah engkau pada Allah, tuhan yang hidup tiada mati ( Al-Furqan :58)….Berserah kepada Allah dan kita tunaikan solat.

f) Maksud Hadith : orang yang mengerjakan solat lima waktu , Allah akan menghapuskan baginya segala kesalahan kecuaili dosa besar…..marilah bersolat.

g) Kebencian tidak dapat dapat dimusnahkan dengan kebencian melainkan dengan kasih sayang.

h) Firman Allah swt; Allah pelindung orang orang yang beriman,Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan ( kufur) kepada cahaya (iman)- Al-Baqarah:257…marilah bersolat.

i) Firman Allah swt: Dan bagi Allah jualah sifat yang tertinggi dan dia jua yang maha kuasa lagi maha bijaksana ( Annah : 60).Ingatlah kita akan Allah dengan bersolat.

j) Taatlah kamu akan Allah dan taatlah kamu akan Rasul supaya kamu dihormati ( Ali-Imran:132)..taat Allah dengan mengikut perintahnya dan taat Rasul mengikut sunnahnya,mari kita tunaikan solat.

Kawan kawan, kelian ingat tak Min Superhero??!!!..well Min Superhero ada menghantar e-mail ini yang aku rasa lebih baik disiarkan untuk tatapan semua yang mengunjungi blog Ilham ini

Renungkanlah WAHAI SEKALIAN HAMBA-HAMBA Allah yang dirahmati ALLAH SWT.

Mengapalidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yangtidak kita ketahui.

Cuba kita amati.Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkataapa-apa,lidahnya kelu,keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.

Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:

"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akankelukanlidahnya ketikamaut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agarmendiamkan diri, janganberkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragamaIslamkita wajibmenghormati azan.Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegakdandiamkan diri.Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapayangberkata-kata ketika azan,Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kitatidak dapat mengucap kalimah"Lailahaillallah.." yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah iniketika nyawanya akandicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka.

Dari itumarilahkita sama-samamenghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelusemasanyawa kita sedangdicabut.

"Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yangbaiklagi mulia, lancarkanlidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah.." semasa sakaratul mautmenghampiri kami. Amin..amin... amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:

1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:

1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:

1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:

1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:

1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak dermamasjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minitterasaterlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untukpertandinganbola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yangberfikirdan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.Kita boleh mengirimkan ribuan 'jokes' dan 'surat berantai' melaluie-mailtetapi bilamengirimkan yang berkaitan dengan ibadah seringkali berfikir 2 atau 3kali.OLEH ITU JANGAN BIARKAN DIRI KITA INI MENJADI SEBAHAGIANDARI KELUCUAN TERSEBUT, INSYA'ALLAH.

Thanks, Min Superhero

wassalam

Friday, March 24, 2006

Farah AF2 ,TV baru and Rokok home made...

Assalamualaikum,

Album Compilation Farah AF2

Image hosting by Photobucket

Roper roper yer aweks angkat aku Farah AF2 dah ada album compilation yang memuatkan lagu lagu yang dinyanyikan semasa concert concert mingguan dan concert final AF2..

bagi hardcore Farah's fan, this compilation album is a must sebab setiap lagu mempunyai nostalgia tersendiri dan setiap lagu membawa seribu kenangan...

tetapi apa yang aku perasan dari album album kompilasi ini...student student AF ini sounded much better bila mereka berada di Akademi berbanding selepas mereka keluar dari Akademi..adakah ini kerana lagu yang sesuai ??...suasana concert yang menyebabkan depa sounded so competitive or mereka just faded away after the euphoria of the AF craze...apa apa pun, Farah AF2 compilation album ini worth listening and a unique collective item..

Image hosting by Photobucket


My new TV

..siuttt, tak pasal pasal TV kat bilik aku tiba tiba hilang gambar dan lepas tu hilang suara pulak...ciissss cake topping belacan betul.....aku beli TV yang rosak nei 3 years ago kat Makro, brand Topsonic, 29" and cost me around RM 600...i thought it was a bargain and I thought too that it will last long.....how wrong I was ...emmmmm...so balik ajer dari Rompin ,aku terus pergi kedai cari TV 16' or the most 21"....tapi kena ayat gan towkay kedai tu, beli gak yang 29" flat screen...nasib baik aku tak beli yang 32" plasma TV Sony brand tuh...punyer lar cantik plasma Tv tuh , aku dah ingat nak nekad ajer beli...huhuhu..sib baik sib baik...ku sedar sapa diri ku....huhuhu..last last settle for a Toshiba 29" just over eleven hundred hinggit....huhuhu..so, aku dah boleh lepak bilik tengok TV tak yah nak gaduh dengan mama nak tengok hindustan ker drama ker....

Image hosting by Photobucket




Home made cigarette.. untuk yang mokok ajer ekkk...

..aku tengah embark on a new hobby iaitu buat rokok sendiri ala ala rokok gulung tapi ada touch of the 21 st century technology..tujuannya buat rokok sendiri ini ialah untuk mengurangkan rokok yang dihisap sebab proses pembikinan itu akan menyebabkan si perokok akan mengurangkan merokok...huhuhu...itu teorinya tapi realiti yer aku merokok sama banyak jugak kalau tidak bertambah sebab tembakaunya lebih perasa yang amat sedap baunya..

okke lah ini prosesnya..

Image hosting by Photobucket

Peralatan peralatan yang diperlukan iaitu blank filter tubes, cigarette maker, tobacco, filter tips, cigarette case and a little bit of patience...


Image hosting by Photobucket

tembakau dimasuk ke dalam acuan pembuat rokok...huhuhu...banyak tembakau adalah mengikut acuan dan terpulang kepada perokok untuk menentukan ketebalan atau kepadatan candu yang hendak dimasukkan ke dalam badan..lebih padat lebih berkhasiat..


Image hosting by Photobucket

kemudian filter tubes diletakkan di hujung acuan dan cigarette maker ini hendaklah ditolak secukup rasa supaya masuk kedalam filter tubes tersebut...proses ini tidak melebihi 5 saat pada darjah ketuhar 20 darjah celcius....hehehehe....

Image hosting by Photobucket

ini adalah rokok yang telah siap dan di letak dalam casing dan sudah sedia untuk hisapan perokok perokok yang membantu industri penaman pokok dan daun tembakau di negara kita..


Image hosting by Photobucket

ini adalah cigarette maker yang optional yer...cara ini agak susah sikit tetapi menggurangkan kos yer...

Kos kos terlibat

cigarette maker ( one time investment ) - RM 25
filter tubes -100 pieces per box - RM 5
tobbaco per pax - RM 11
cigarette casing( one time investment) - RM 10
Lighter ( optional) - RM 1.50

Total - RM 52.50

take out the one time investment/opitonal - the cost per week for normak smoker will be around RM 28per week as compared to RM 49 per week for normal 20 per pax cigarette..

I would suggest smokers to check on this...I know it is tough to quit mokok but you could reduce by using this method, insyaallah..

Wassalam

Thursday, March 23, 2006

Erti Bahagia

Assalamualaikum

Erti Bahagia

Entry ini aku hutang Nini aka Along untuk sekian lama dan maaf Along kerana mengambil masa yang lama nak publish entry ini….

Apa yang aku perasan dengan maksud bahagia ini ianya selalunya digunakan untuk menunjukkan sesuatu bentuk kegembiraan dalam hubungan sesama manusia sebab selalu aku perhatikan kita menggunakan ‘expression’, “ Bahagia nampak!!” bila bergurau dengan kawan yang sedang coupling dan bukan “ gembira nampak!!”… atau “ Bahagia tak lepas kahwin nei ??!!” dan bukan “ Gembira tak lepas kahwin nei ??!!”…

Namun bahagia ini banyak maknanya dan kebahagian itu pula adalah kegembiraan yang mutlak yang dicari oleh manusia…lain orang lain pula intepretation mereka tentang bahagia dan kebahagian, aku harap kelian akan share di haloscan akan makna bahagia dan kebahgaian dalam hidup kelian dan mungkin sesuatu insiden atau saat yang bermakna dalam mencapai kebahagian tersebut, okke…

Kadangkala kita hanya merasa bahagia apabila kita telah melalui proses kebahagian tersebut kerana semasa bahagia itu melanda kita mungkin tidak perasaan saat itu adalah saat yang membahagiakan…sebagai contoh, aku kini sedar saat paling bahagia ialah semasa aku di kampus dulu iaitu saat kehidupan sungguh ‘happening’ dan masalah hanya tertumpu pada assignment., exam dan semesti pompuan…huhuhuhu….tapi masa itu, aku tidak tahu itu saat yang membahagiakan kerana masa itu aku mungkin melihat kekurangan yang ada seperti scolarship tak cukup, gaduh gan aweks , bengang gan lecturer dan sebagainya …tetapi apabila kita sudah lepas period itu dan aku melalui lebih besar cabaran dalam hidup, baru aku sedari bahawa saat di campus adalah saat yang membahagiakan….

Mungkin jugak saat ini di cyber di mana aku ada blog sendiri dan kawan kawan maya yang best giler akan menjadi saat paling bahagia bila aku sudah mencapai peringkat senja dalam hidup aku nanti tetapi mungkin saat ini kurang dihargai kerana kita masih melalaui proses tersebut dan sebagai manusia , kita tidak pernah puas dengan apa yang kita ada…

Bahagia itu datang sendiri dan kebahagian itu lebih kepada perasaan secara keseluruhan daripada satu satu insiden….kebahagian itu termasuk pahit dan manis dalam sesuatu period kehidupan dan mungkin ada individu yang merasakan saat paling bahagia ialah saat saat mengharungi kepahitan hidup itu sendiri..

Aku suka membaca kisah kisah kehidupan dan banyak aku terbaca luahan isteri yang pernah complaint suami berubah arah bila sudah senang dalam kehidupan sedangkan si isteri rela bersusah dengan suami semasa sebelum kedatangan kesenangan hidup…si isteri menyatakan betapa hidup mereka bahagia semasa suami itu susah dulu dan derita semasa kehidupan sudah berubah menjadi senang..

Jadi kebahagiaan itu adalah subjektif dan berbeza rasa dan perasaan dari seorang kepada seorang yang lain.. ada orang menilai kebahgaian dengan darjat, pangkat, status dan kewangan….ada yang menilai kebahgaian dengan kesihatan, keharmonian rumahtangga, ramai anak dan sebagainya dan ada orang menilai kebahagian dari sudut spiritual iaitu dari segi pendekatan diri pada Illahi dan persediaan kepada hari akhirat….

Walaubagaimanapun, melihat kebahagian dari sudut material mahupun spiritual itu adalah tidak salah dari pandangan aku kerana kita hidup di dalam era kebangkitan roh Islam di dalam sistem sekularisme yang kadang kadang kta mengaulkan hukum dengan adat dan menghalalkan cara demi mencapai matlamat ….ini adalah suasana kita hari ini yang diluar kawalan kita dan terpulang kepada kita mencari resepi kebahagaian yang kita ingin kita kecapi…

Tetapi apa yang aku ingin tekankan, jangan hanya merasakan kebahagian itu selepas kebahagian itu sudah tiada tetapi sekadar memori….ramai anak anak hanya rasa hilang kebahagian bila ibu atau bapa sudah tiada tetapi 'take for granted' kebahagian yang ada bila mempunyai ibu dan bapa atau semasa mereka masih ada….ramai antara kita mencari kekurangan pada pasangan kita i.e suami/isteri, tunang, teman special, sahabat semasa adanya mereka dan hanya merasakan kebahagian tersebut bila pasangan itu sudah tiada dengan kita…mengapa harus kita menceritakan kebahagian dalam ‘past tenses’ sedangkan kebahagian sepatutnya dicerita dalam ‘present tense’….

Satu lagi yang ingin aku tekankan ialah kebahagian itulah di antara dua titik penderitaan sebagaimana kehidupan itu adalah diantara dua titik kematian….maka bila kita rasa derita yakinlah bahaya bahagia itu ada di titik depan manakala bila kita rasa bahagia , ingatlah bahawa derita itu juga mungkin menunggu sekiranya kita tidak menjaga kebahagian tersebut…

Sebenarnya dalam Islam telah digariskan 5 perkara untuk kita dapat mengekalkan kebahagian dalam diri dan kehidupan..

1) waktu muda sebelum tua

- sememangnya saat muda kita selalunya dikaitkan dengan saat gembira walaupun mungkin tidak bahagia lagi tetapi sekiranya tua akan datang tidak dipupuk dari masa muda bermakna kebahagian hidup akan hanya menjadi kenangan si tua pada hari mudanya..

2) waktu sihat sebelum sakit

- waktu sihat adalah waktu yang membahagiakan dan kesihatan selalu tidak disebut dengan kemampuan melakukan hubungan sex…so boleh juga dikatakan waktu sihat ialah waktu sebelum putus haid bagi perempuan dan sebelum si lelaki mati *tut*….waktu sihat harus digunakan untuk memikirkan kemungkinan datangnya sakit di masa akan datang kerana tiada yang membahagiakan bila kita sudah sakit.

3) Lapang sebelum sempit

- waktu lapang sebelum sepit juga harus kita gunakan sebelum tiba saat kita sempit..sempit di sini lebih kepada masa , IMHO….maka jangan dibiarkan masa lapang kita kerana merasakan ianya akan lapang senantiasa kerana bila sempit itu datang maka tiada apa yang boleh dilakukan..di sini lebih pendekatan kepada gunakan waktu lapang untuk mencari ilmu, menziarah ibu bapa, beramal soleh dan mencari rezeki yang lebih.


4) Kaya sebelum miskin

- memang tak dinafikan kekayaan itu selalu dikaitkan sebagai sumber kebahagian dan orang paling mudah lupa bila dalam keadaan kaya dan kita hanya sedar kekayaan itu bersifat sementara bila berjumpa dengan kemiskinan…maka gunakan kekayaan untuk menentukan kita tidak menjadi papa dengan menggunakan kekayaan untuk bersedekah, membayar zakat, pergi naik Haji, memberi orang susah makan dan sebagainya..


5) Hidup sebelum Mati

- sesungguhnya dari sudut tasauf bahawa kematian itulah kehidupan/kebahagiaan sebenar tetapi untuk perbincangan hari ini biar lah aku aku merujuk kepada bahawa kebahagian adalah semasa hidup manusia itu tetapi kalau kita tidak menggunakan kehidupan untuk persediaan kematian , maka sia sia kehidupan yang kita lalui.

Hari hari kita disogokkan cara dan bagaimana untuk mencapai kebahagian mutlak tetapi sebenarnya kebahagian mutlak ialah bila kita tahu kita sudah bersedia untuk menemui Illahi…tetapi kita tidak akan merasa bersedia bertemu Illahi kalau kita tidak menjadi anak yang soleh pada ibu bapa, isteri atau suami yang baik pada pasangan, ibu atau bapa yang baik untuk anak anak, jiran yang baik dalam masyarakat, kawan yang ikhlas dalam berkawan dan menjadi insan yang berjasa pada bangsa dan agama…

Maka kebahagian yang sebenarnya hanya boleh kita capai bila kita sendiri bahagia dengan sekeliling kita dan yang penting kita ‘love ourselves dulu’….sayang diri kita dulu dengan 5 perkara yang diatas dahulu baru kita boleh rasa untuk membahagiakan orang lain…

Aku juga selalu mencari erti bahagia walaupun sebenarnya kebahagian itu bukan boleh dicari tetapi harus dikecapi…bagi aku kebahagaian tu bila kita redha dengan apa yang hadir dalam hidup kita…kalau senang pun redha kalu susah pun redha…kalau tak macam yang kita harapkan pun kena redha, kalau lebih dari expectation pun redha semuanya dari Allah swt….

So , bila ada soalan, apa yang aku cari ??? bahagia dan kebahagian ?? !!

Aku mencari jalan ke arah kematian yang paling ideal…kebahagaian yang balance antara dunia dan akhirat tetapi mungkin belum dapat balance tersebut lagi….balance yang mana aku boleh rasa redha dengan apa sahaja yang berlaku dalam diri aku, tiada amarah dan tiada excited atas apa saja yang berlaku..redha dan contended dengan apa yang hadir samada dalam bentuk dugaan atau ‘reward’ dari Allah swt…itulah kebahagian yang aku cari …

Samada boleh dicari atau tidak adalah sesuatu yang harus aku baiki diri dan minda ke arah tersebut…tetapi aku rasa ada kebahagian dalam hidup aku , especially dalam menulis entry ini, aku sedar betapa aku berada dalam satu period kebahagian yang agak ideal dan aku rasa aku sedia untuk mati with a fighting chance that I will survive jambatan siratulmustaqim…

tetapi sebenarnya aku tidak akan menyebut apa yang aku cari kerana sesuatu itu lebih baik disimpan dari di war war kan kerana apa yang dicari adalah rahsia diri aku sendiri..waulahhuaqlam

.. BTW, lawan kepada bahagia ialah derita dan aku rasa derita lebih mudah dicari dari bahagia....pada pendapat aku untuk kita menjauhkan derita , maka kita elakkan;

1) berhutang tak tentu hala - hutang pemusnah kebahagian
2) memutuskan siratulrahim - hilang kawan adalah pembunuh kebahagian
3) perasaan marah/amarah - pembunuh kebahagian hati
4) terburu buru dalam membuat keputusan - bergesa gesa
5) Procastination - elakkan berlengah lengah especially dalam tugas kita di office
6) memecahkan amanah orang atau rahsia
7) menjuahkan diri dari suruhan Allah swt
8) derhaka pada ibu bapa
9) hilang self-esteem -
10) prejudism dan biasness

mungkin ada formula formula kebahagiaan

1) Rumah ku syurga ku
2) Semangat Kejiranan
3) Muhibbah
4) Redha dan Tawakkal dan bersyukur lepas berusaha dan berdoa
5) Cintai diri sendiri sebelum mencintai orang lain
6) Hormat dan jujur dengan pasangan
7) Menjadi anak yang soleh
8) menjadi makhluk yang setia pada Yang Esa
9) cari self-actualization dalam kehidupan
10) kenali akhirat dan hormati duniawi

wassalam

Wednesday, March 22, 2006

My Trip to Rompin ...macam tulis karangan!!!huhuhu

Assalamualaikum,

..sedang papaa gan baby menyengal kat Jakarta, aku pun pegi jugak keluar KL tapi ke Rompin via Kuantan !!!jadi lar beb..huhuhu....asal ke Kuantan untuk hantar surat surat apa yang patut..ahaks ahaks...lepas tu terus pergi ke Rompin melalui Pekan.....the last time aku ke Rompin ialah pada tahun 2001 masa aku masih lagi berada di Kemaman dan seronok melalui jalan pantai/coastal road menyebabkan aku teringin sangat hendak ke Rompin...and perhaps kisah Bigfoot juga menyebabkan aku jadi curious lagi....BTW , Rompin masih dalam Pahang dan Endau dah masuk Johor yer....

..perjalanan ke Kuantan agak lancar tetapi cuaca amat panas sekali....Kuantan is a bubbling city and fast developing into a major commercial town.....this city is quite clean and a mixture of old architecture with modern design and with the famous pahang river making the city very lively indeed....

okke ...pas selesai kat Kuantan aku terus gerak ke Pekan .....kampong NHK aka Aling....probably took about half-an-hour or slightly more to reach Peramu Jaya dan berhenti makan kepok lekor kat Petronas depan rumah NHK aka Aling...huhuhu..

....aku pun terus CSI rumah NHK aka Aling dan inilah rumah yang aku yakin rumah Aling!!!ahaks ahaks ahaks....betul tak aling!!!???...i hope betul lar...

Image hosting by Photobucket

selepas itu meneruskan perjalanan ke Rompin melalui Nenasi ...tapi I was a bit surprised that only certain part of the stretch to Rompin yang mana the white beaches was visible.....my memory told me the whole stretch ada beaches tapi i was wrong....tapi tengok lah gambar gambar nei yer... iaitu jalan on the way to Rompin...

Image hosting by Photobucket

Image hosting by Photobucket


sampai kat Rompin aku check-in kat Kg.Lanjut Golf and Country Resort....sapa main golf memang best lar..but for me i just need a place to sleep...boleh tahan jugak tempat nei and kalau nak bawak aweks tak jamin lar ....huhuhuhu...some pictures untuk kelian rasa teruja....

Image hosting by Photobucket

Image hosting by Photobucket


suasana malam di pantai Kg.Lanjut

Image hosting by Photobucket


apparently udang galah adalah sangat terkenal di Rompin ini dan aku makan udang galah untuk dinner dan lunch di Rompin...yummie.....best tak udang galah masak goreng kunyit ini di Laban Chondong iaitu di simpang nak ke Muadzam..

Image hosting by Photobucket

malam lepas dinner gei lepak kat hotel bistro main pool sambil tengok Mawi nyanyi live kat TV dengan pakai uniform PBSM.....huhuhuhu..tampan tuh!!!...pas tu lepak tepi pantai sampai mengantuk dan balik bilik tido lah....frust betul , line hotel tak boleh nak connected ke internet, potong steamboat betul....menggigil seluruh badan beb!!!!aku rasa kan kan geng, aku ini dah addicted dengan internet!!!...tengok TV tak boleh, telefon tak jalan sebab nak gak masuk halo!!!huhuhu...

the next morning after early breakfast and morning walk along the beach, aku pun gerak pergi Endau saja jalan jalan.....on the way beli lah ole ole untuk mama i kan kan kan..

Image hosting by Photobucket

check-out about noon and lunch udang galah lagi, tapi sayang aku hanya dapat udang galah grade B sebab undang galah grade dah habis di ambil orang, ...lepas tu gerak untuk balik jalan ikut Pekan dan singgah kat depan Kolej Islam Pahang untuk beli kepok lekor mentah untuk bawak balik rumah.....Pekan sungguh kering macam tak hujan berzaman!!! panas ke tulang tapi still satu bandar yang menarik .....

before mahgrib aku dan sampai rumah..so actually dari toll Genting/Gombak ke Pekan lebih kurang 2 jam dan Pekan ke Rompin dan satu jam lebih sikit ikut cara kita drive lar...tapi kita akan banyak slowing down sebab nak tengok landmark dan pemandangan menarik sepanjang perjalanan....

well tiada yang really outstanding dalam trip aku tapi aku tau aku akan pergi lagi ke Rompin sebab aku nak pergi Tioman pulak lepas nei menyegal...

itu lah sahaja karangan saya hari ini...

wassalam

Tuesday, March 21, 2006

Diary Diri 20/03/06

Assalamualaikum

Hei geng, I will only publish my east coast trip tomorrow yer, i need to publish a few pictures yang agak menarik....well, selamat pulang ke tanahair juga pada Papaadlis dan Liana aka Baby....well, ini beberapa perkara yang aku nak share untuk diary hari ini..

1) Personal Blog

- aku ingin cadangkan semua regulars halo untuk membina blog masing masing dalam tempoh sebulan ini sebagai satu lagi development dalam persahabatan kita di alam maya...tujuan aku mencadangkan semua regulars ada persoanal blog ialah supaya semua warga haloscan menggunakan blog masing masing sebagai asas meluahkan rasa, sharing personal triumph and/or defeat, sharing ideas mereka dan sebagainya...ini adalah satu cara yang baik untuk menajamkan pemikiran dan juga untuk meningkat kemahiran menulis masing masing...namun tempat melepak/mengintu masih lagi di blog aku yang antik ini!!!!huhuhuhu...aku nampak dan yakin dalam tempoh 5 tahun lagi, personal blog akan menjadi cara hidup manusia di malaysia dan aku mahu warga halo terhadap dalam budang ini untuk menjadi trend setters rather than mere followers...

- dulu masa mula mula aku nak start blogging pun aku takut sebab takut tak pandai nak buat blog, takut blog tak standard dan sebagainya tetapi aku gagahkan jugak sebab aku nak kan tempat untuk meluahkan perasaan dan pendapat yang boleh aku baca kemudian hari nanti ...aku mengharapkan dapat melihat/membaca semula pemikiran dan pandangan aku bila aku sudah tua nanti....

- hari ini aku bukan sahaja ada blog tetapi ada juga sahabat maya yang sudah menjadi keluarga 'real' aku dan ini dapat aku buktikan kesahihan persahabtan ini bila aku rasa kehilangan dan bosan bila aku tidak dapat connected ke internet di Rompin ....dan aku berharap juga dengan adanya semua warga haloscan mempunyai blog sendiri, aku boleh mengenali diri dan pemikiran kelian dengan lebih dekat lagi tanpa perlu membina jambatan...

- aku mempunyai polisi tidak link kan mana mana blog di blog aku ini atas dasar blog berkecuali tetapi apabila semua warga blog sudah mempunyai blog sendiri, maka aku akan membuat link yang akan aku namakan Nelly's Link, insyaallah....so aku harap kelian jangan buang masa lagi dan start memikirkan untuk memulakan blog peribadi ini ,okke.....

2) Commonwealth Games

- apparently tanpa ku sedari Commonwealth Games sedang berlangsung di Melbourne Australia...aku mempunyai satu angan angan /mimpi iaitu satu hari nanti bila aku mampu/kaya, aku nak pergi ke setiap big sports events bila nak melancung seperti Olympic Games, World Cup Final, Asian Games, Commonwealth Games, Sea Games and so forth sebab aku merasakan melawat negara negara tersebut semasa musim sukan ini akan lebih menarik lagi walaupun mungkin agak mahal sedikit...

- well, so far malaysia hanya ada satu gold medal sahaja melalui sukan angkat berat dari anak Rompin, Faizal Baharom ..tahniah dan seronok jugak masa dekat Rompin, tak abis abis orang Rompin bercerita pasal kejayaan anak jati mereka sendiri...

- harapan pingat emas dari Nicol Davids dan Ong Beng Hee dari sukan squash hancur dan hopefully badminton akan dapat menyumbang pingat emas nanti...

- so far yang paling menarik perhatian aku ialah kemenangan pasukan netball Malawi mengalahkan gergasi netball South Africa yang menyebabkan celebration dari pemain, pegawai Melawi seolah olah sudah memenangi pingat emas!!!! begitu juga kemenangan hoki wanita Malaysia mengalahkan New Zealand, well done girls !!!tetapi aksi spontan itulah yang memeriahkan suasana sukan ini bila the underdogs prevail dalam keadaan david versus goliath...

- apakah perlu commonwealth games ini atau commonwealth country dalam dunia globalisasi ini ?? apakah mengagungkan imperialisme kerjaan British dulu relevan dengan keaddan hari ini...adakah commonwealth country akan menolong kita kalu kita diserang oleh China nanti ??!!!....

3) Formula 1 - Sepang

-very technical and tactical race dan percaturan Renault mencapai matlamat dengan Fisichella mendapat tempat pertama, Alonso runners-up dan my own favourite Jenson Button mendapat tempat ketiga....pit stops compentency and strategic planning actually merubah keadaan perlumbaan dan beberapa technical failure yang menyebabkan beberapa big names ousted from the race...Kimi Raikonen early crashed did not help to make this Sepang circuit a memorable one...

- like many other malaysians..aku masih lagi belum dapat sekali pun pergi tengok F1 nei di Sepang kerana masih tak appreciate lagi kepentingan F1 sports untuk sukan negara ...tapi aku appreciate the fact that ramai orang kenal Malaysia kerana F1 ini...

4) English Footbal League

My beloved Bolton won 2-0 against Sunderland but other contenders for the 4th placing also won ...siutttt betul!!!...

Arsenal 3-0 Charlton
Spurs 2- 0 Birmingham
Blackburn 3-2 Middlesbrough
Man City 0-1 Wigan

Chelsea however was beaten by a solitary goal to Fulham, Liverpool with my main man Crouch scoring and won 2-1 at Newcastle and Man Utd winning against a resilience West Brom team

so Jazz/Aling yang dah sokong Bolton...huhuhu...kita menang!!! Baby!! ko bila nak sokong Bolton nei...kang kena talak kang...ahaks ahaks ahaks... baibun bah!!

5) Jambatan

- yeap...bukan Jambatan maya dan nyata tetapi jambatan penyabung Malaysia dengan Singapura akan diteruskan walaupun ada sedikit kontroversi apabila malaysia akan menggunakan jambatan di belah Malaysia untuk boleh di buka bagi kapal lalu lalang yang akan menyebabkan Pelabuhan Tanjung Pelepas akan mengambil alih pelabuhan Singapura sebagai pelabuhan utama di Asia Tenggara...dengan kos yang lebih murah dan kedudukan yang lebih strategik , ada kemungkinan, kedudukan Singapura sebagai pelabuhan utama akan berkahir walaupun Singapura sudah pun memulakan counter attack dengan membuat reclamation tanah di bahagian Tanjung Pelepas untuk mengurangkan kedalaman lautan yang boleh menyebabkan masalah kepada kapal kapal besar.....uhhh..this interntional politics really excite me !!!!love it!!

6) Bird Flu

- walaupun aku risau dengan bird flu nei , tapi aku masih makan gak ayam....tak leh tahan!!!siang tadi makan briyani ayam, sebelum tu makan satay ayam, sebelum tu makan nasi ayam....i guess i am not right to advise people on bird flu danger !!!! still...aku nak cuba jauhkan ayam this week....well, just nak kata that bird flu is for real yer...

7) Thaksin dan Institusi Di Raja

- huhuhu..update Bangkok!!, demonstration against Thaksin reached fever height last week with the King making a strong statement , so to speak, terhadap kedudukan politik Thaksin.. apa yang aku nak tekankan betapa institusi raja di Siam masih lagi mempunyai pengaruh kepada apa yang berlaku dalam negara tersebut jika di bandingkan dengan negara kita...

- aku merasakan sudah tiba masanya kekuatan Institusi Raja Raja Malay sehingga membatalkan Malayan Union dulu dihidupkan kembali....bukan dikembalikan untuk memulakan sistem feudal tetapi dihidupkan untuk survival orang malay untuk jangkapanjang...

8) Mawi dan AIM

- confirm sudah mawi tidak dicalonkan langsung untuk apa apa anugerah bagi AIM..so apakah makna AIM award jika penyanyi nombor satu negara tidak langsung dicalonkan ??!!!!....

- mungkin mereka ada alasan mereka tetapi sebagai pemerhati, aku merakan kegagalan AIM menghargai kejayaan Mawi yang telah menghidupkan industri muzik negara yang suram untuk 10 tahun kebelakangan ini menunujukkan AIM bukan badan berauthority yang sah dalam dunia hiburan..

- aku akan terus mengambil 'stand' boycott AIM dan aku harap penyokong mawi dan industri muzik tanahair untuk mengambil berat isu ini....blog Ilham ini tidak akan mampu untuk sabotaj gergasi AIM tetapi 100 blog yang mempunyai pegangan yang sama mampu untuk membritahu AIm bahawa mereka salah untuk mengenepikan Mawi begitu sahaja...

- I sincerely hope that MFC akan membuat sedikit demonstrasi untuk mengingatkan rakyat malaysia akan ketidakadilan yang berlaku ini.. kerana bagi aku Mawi adalah simbolik kebangkitan semula malay dari khayalan kebaratan kepada realiti ketimuran dengan sedikit appreciation pada agama....

9) Mawi dan artis wanita

...huhuhu..aku terbaca dan terdengar ada kisah kononnya Mawi rapat dengan satu artis wanita!!!ahaks ahaks..way to go bro!!!!....aku suka sebab mawi needs to be like other man, need to know other girls in order to be a better partner!!!!huhuhuhu..love it, bro.....Mawi !! jangan curang gan Ina tetapi jangan pulak macam katak bawah tempurung....enjoy sebelum kahwin, jangan enjoy lepas kahwin..okke.....so , secara peribadi, aku suka dengar mawi ada keluar gan artis lain...BTW, siapa artis wanita nei ekk ???!!!... wei Epong!! BokD!!GX!!!KPD!!Vaart!! Papaa!!!..huhuhu...Mawi cam kita gaks!!! jantan tu jantan gaks!!!..thank you Mawi!!!..huhuhu

10) Perang saudara di Iraq.

- apparently ada concerted effort dari tangan tangan ajaib di Iraq untuk memulakan perang saudara di Iraq dan dengan ini akan mengukuhkan kedudukan kerajaan boneka Amerika di Iraq sambil mengaburi mata dunia kepada tekanan barat pada Iran dalam isu nucklear, Hamas di Palestine dan juga tekanan ke atas Syria...so , jangan terpengaruh dengan mainan media barat/zionist..

- dengan menggunakan sentimen perbezaan mazhab, syiah dan sunni dilagakan sehingga bagaikan akan berlaku perang saudara atas dasar agama dan bukan atas dasar politik...

- itulah pasal aku cakap banyak kali....sudah tiba badan berauthority dalam Islam melihat semula perlunya menyatukan semua mazhab atas satu bentuk amalan yang seragam tanpa actually mengenepikan kepentingan sesuatu amalan itu dalam mazhab tertentu tersebut..waullahuaqlam...




Wassalam

Saturday, March 18, 2006

Sajak Sabtu - Part 2

Assalamualaikum

Kawan kawan... aku nak pergi ke Kuantan Pahang ...huhuhu..ada sikit surat yang perlu dihantar ....probably aku tak balik KL, so aku nak gei Endau -Rompin ikut coastal road...nanti aku share gambar gambar yang menarik yer...so, aku forward kan Sajak Sabtu pada hari Jumaat sebab aku khuatir aku tak boleh online kat perkampongan bigfoot tu nanti....so enjoy nukilan dari hanim, aya, ana , seri dan BokD yer...

Tertanya aku tentang cinta
haruskah dicari
menggapai mimpi dalam harapan yang tak pasti?
Atau datangnya bagai embun pagi?
Tanpa disedari
Ada dalam tiada Wujud dalam nyata


Tertanya aku tentang dia
Bicara manis membuai awangan jiwa nan lara
diakah kekasih?
atau pemusnah jiwa merintih?

tertanya aku sebuah cerita
kasih sayang
durja nestapa sebuah derita
matikah naluri cinta insani

tertanya aku tentang cinta
sejatikah atau hakiki
biar ku usung kasih sejagat
biar ku dakap seluruh darjat

Biar ku basah seluruh wajah
biar terhitung seluruh munajat
bersatu mimpi menjadi realiti
cinta ini
bukannya mimpi di siang hari

hanim Homepage 12.30.05 - 11:35 am



bila Disember hampir pergi..baru kusadari,

ada janji yang belum ku tepati
ada kisah yang masih pasrah
ada kata yang belum ku kota
ada lakar yang belum ku sasar
ada pesan yang belum ku lisan

ada hajat yang belum terpanjat
ada ILHAM yang belum ku faham
ada rahmat yang belum tersemat
ada azam yang belum tergenggam
ada pahit yang masih terpalit
ada LARA yang masih membara
ada marah yang belum ku sanggah
ada malas yang masih tergalas

ada masjid yang tidak pernah ku wirid
ada kalam yang belum ku khatam
dan bila disember hampir pergi
baru kusadari januari menghampiri
memotong hayatku setahun lagi.

Bok D 12.30.05 - 12:13 pm


INILAH DIA ILHAM

Inilah dia Ilham…
Yang banyak ilhamMemberiku ilham
Memperkenalkanku kepada mereka yg berilham

Inilah dia Ilham…
Rasa kenal tetapi tidak
Rasa tau tapi keliru
Sebuah misteri yang membelenggu
Umpama sebuah rumah berhantu
Seram… namun tetap ditunggu
Biar marah … tetap jua disitu
Bagai melekat pada batu
Terpaku kaku
Setia ‘mengintu’

Inilah dia Ilham..
Kita berjalan dia berlari laju
Kita berbisik dia menjerit nyaring
Kita masih duduk dia sdh terbang ke awan biru
Sedikit berbeza cara
Sedikit berbeza kata
Sedikit berbeza corak minda
Namun kita tetap selesa

ana 12.30.05 - 12:58 pm #



tahun silih berganti
yg pergi akan kembali
yg kembali akan pergi pasti satu hari nanti
apakah tahun ini nasibku kan cerah
dan timbangan ku berat sebelah
moga pahalaku akan bertambah

Ya Allah.. padaMu aku berserah
usia semakin meningkat
apakah yg ku dapat
harta atau pun pangkat
ahh.. itu hanya darjat
tetapi yang pasti wahai sahabat
perkenalan ini terasa sangat hebat
walaupun jauh tetapi terasa dekat

PRICELESS hanya itu yg dapat ku ucap
sahabatku di santapanhati
aku susun sepuluh jari
dari hujung rambut ke hujung kaki
maafkan aku jika terasa hati
aku hanya manusia biasa
pasti tak terlepas dari dosa
tahun 2006 akan menjelma
moga2 kita kan jadi manusia berguna

seri 12.30.05 - 2:14 pm


2005...

kehadiranmu dulu
mengamit seribu impian..
mengundang sejuta harapan..
aku tersenyum menanti kehadiranmu...
Bila saja kau datang...

aku termangu...
dalam sendu..
ku kira...
mendungkan berlalu...
sepikan tersipu...
dan aku tak mampu merubah mimpiku...
yang tersurat...
dalam diamku...

Kini kau akan pergi...
2006 akan datang jua.....
seperti dulu...
kan ku ulit harapan..
kan ku anyam impian....
agar hamparanmu nanti...
menjanjikan anjakan diri...
perbadi..
berlalulah mendung....
izinkan hati ini berbunga kembali..

Berjanjilah!!2006...
Jangan biarkan aku mati...
rasa..
Jangan biarkan aku hidup...derita..

Aya 12.30.05 - 2:20 pm #

THANKS GUYS FOR SHARING YOUR TALENT DI BLOG ILHAM INI...BRILLIANT dan thanks Baby for your effort mengumpul intellectual property kawan kawan kita semua...

macam biasa Promo Undilah Mawi...undi manusia jangan undi binatang( ikan )huhuhu

PROMO JOM UNDI MAWI......Whirrrrrrrrllllllllllllllllllllllllllllllllllll !!!!!!!!!!!!

mula2 korang kena register kat sini :

http://www.mtvasiaawards.com/Com.../Join/

pastu..dah register..korang vote kat sini :http://www.mtvasiaawards.com/Mal...e/

last date tuk vote is 28 April 2006...




Wassalam

Friday, March 17, 2006

'Stage' Kehidupan dalam kenangan...

Assalamualaikum,

Geng, entry ini aku tulis sebelum zaman halonovela lagi...since aku tak dapat nak abiskan entry ERTI BAHAGIA (yang aku hutang pada Nini ( kalau tak esok,next week yer ), maka gunalah entry ini dulu yer and kelian juga boleh share stage stage kehidupan kelian berkenaan persahabatan

..melalui stages stages dalam kehidupan adalah saat saat yang paling mencabar malah manis dan setiap stage yang dilalui ada kisah kisah yang manis dan pahit yang akan kita kenang bila kita mengingati saat dan ketika itu.....lagu, filem, nama, wajah yang mengisi kehidupan kita ketika itu tiba tiba menjadi kerinduan yang amat sangat dan stage itu datang dalam memori kita seakan akan kita menonton sebuah filem dan bagaimana setiap watak yang ada timbul sebagai pelakon pelakon handal yang memberi kegembiraan dan kesedihan kepada kita...

..stage kehidupan yang tiba tiba hadir dalam kehidupan aku ialah saat aku masuk Tingkatan 6 dulu di sebuah sekolah di kotaraya Kuala Lumpur...aku masuk Form 6 sebab menunggu tawaran tawaran untuk masuk college atau untuk terus bekerja dan sebagainya dan aku menggangap masuk Form 6 ini adalah sementara sahaja...aku dah bersekolah di sekolah ini selama 5 tahun dari Form 1 ke Form 5 dan tak pernah aku ada angan angan nak pakai seluar putih yang dipakai oleh Sixth Former yang menjadi envy budak budak lain apatah lagi Form 6 juga melibatkan pelajar lelaki dan perempuan...

..hari pertama persekolahan setelah bercuti selama 6 bulan adalah sungguh menyakitkan tetapi aku diyakinkan oleh ibu aku bahawa semua ini hanya untuk sementara....hari ketiga sekolah aku dah kena dibawa ke guru displin kerana ditangkap merokok di luar pagar sekolah....aku dimaafkan tanpa dikenakan amaran.....

... kawan kawan hantu aku dari Form 5 tiada yang masuk Form 6 dan yang menjadi kawan aku ialah nerd nerd sekolah yang aku jadikan bahan lawak masa Form 5 dulu!!!..bayangkan tension yer aku tiba tiba kena berlagak macam bagus bagus campur budak budak nerdy nei....geng geng junior aku dulu yang kini dah masuk Form 5 pakat gelakkan aku macam nak rak setiap kali jumpa aku...

...tapi satu perkara yang aku tak boleh nak adjust ialah ada budak perempuan dalam kelas...aku rasa janggal sangat bila duduk satu kelas dengan budak perempuan yang datang dari sekolah sekolah berdekatan yang mana sekolah mereka tak ada Form 6.....aku teringat balik bila salah seorang girl tu kata macam mana dia menyampah tengok aku dalam kelas mengenangkan perangai aku dan kawan kawan aku dalam bas mengacau dia dan kawan kawan dia masa zaman Form 5 dulu..

..perlahan lahan aku mula berkawan dengan pelajar pelajar perempuan dalam kelas dan by the end of august hanya tinggal 8 pelajar malay termasuk 3 perempuan yang decided to continue to pursue STPM...kami mulal melakukan group study dan rapat serapat rapatnya pada masa ini...STPM was tough sebab ia memerlukan penganalisaan , logik dan juga dalam beberapa subjek yang memerlukan penghafalan yang tinggi dan masa satu setengah tahun itu tidak cukup sebenarnya untuk persediaan menghadap peperiksaan STPM...

....aku appreciate stage kehidupan dalam form 6 kerana masa stage ini aku belajar bekerja berkumpulan, memahami erti pengorbanan dalam persahabatan , appreciate the opposite gender much more dan kepentingan akademik dalam pembangunan minda...

ketiga tiga budak perempuan tersebut menjadi sumber inspirasi aku dan kami rapat macam adik beradik sehingga aku bergaduh dengan salah seorang dari mereka yang menyebabkan proses pembelajaran kumpulan kami terganggu ...gaduh bukan sebab bercinta tetapi gaduh sebab clash of personality...untuk 6 bulan aku dan si A ini akan berada dalam satu kumpulan kemana mana tanpa bertegur sapa.....kadang kadang kongsi makanan bersama tetapi nama nak sapa, memang tidak !!!...selepas masuk Upper Sixth dan bila kau mula bercinta dengan budak lower sixth ,baru bertegur semula dengan A ini...tapi pergaduhan itu lama sangat even sampai hari ini aku tak boleh jumpa dia kalau tak ada seorang kawan perempuan aku yang bernama J dalam perjumpaan tersebut...

stage kehidupan dalam Form Sixth ini penting kerana akhir 'kesudahan' dari persahabatan ini menggajar aku bahawa kejayaan dan kegagalan boleh memberi kesan kepada persahabatan...selepas berkawan dan berjanji sehidup semati , aku tidak pernah menyangka keputusan peperiksaan boleh menyebabkan kami berpecah belah akhirnya...aku rasa betrayed oleh beberapa kawan aku dalam kumpulan ini yang tidak mahu berjumpa dengan aku selepas mereka gagal masuk ke Menara Gading....aku akan cari mereka bagai nak gila bila cuti semester tetapi mereka ignore aku dan lupa yang aku adalah sahabat mereka untuk stage kehidupan ini...kesannya amat dalam sehingga sekarang aku 'refuse' to meet them except once itupun sebab J insist aku...aku sedih sangat sebab kemudiannya bila mereka akhirnya berjaya ke Menara Gading , mereka mencari aku seolah olah to prove to me that have made it too....bagi aku sahabat lebih dari itu, sahabat adalah menghargai kejayaan mahupun kegagalan sahabat yang lain...aku dipinggirkan kerana kesalahan aku ialah aku mendahului yang lain dan aku tak boleh except reality ini kerana aku merasa seperti digunakan dalam tempoh tersebut...

aku ingat masa seorang lagi kawan perempuan aku H dapat masuk U di luar KL , aku pergi rumah dia , tolong dia prepare barang barang dia , ajar dia macam mana nak choose subject untuk tinggikan CGPA for the 1st year tapi lepas tu langsung tak dengar khabar berita dan akhir sekali aku pernah jumpa dia, kami dah terlalu berbeza untuk ada perasaan untuk bersahabat semula....walaubagaimana pun, J remain as a friend dan sudah kahwin tetapi aku dengan J sangat rapat walaupun aku dah tak boleh lagi semesra dulu kerana di sudah bersuami..adanya J yang memungkinkan aku boleh lagi merasakan seronok memikirkan peringkat kehidupan ini kerana J adalah seorang kawan yang setia dan ikhlas yang berkawan tanpa sebab dan syarat..

..Perit dan manis bersahabat dalam tempoh ini menjadikan aku lebih matang tentang manusia dan kemanusiaan tetapi luka pada 'kepalsuan' persahabatan di saat aku cuba menggenali erti persahabatan itu cukup memberi kesan pada aku....sekarang ini aku seakan akan membina tembok disekeliling diri aku supaya aku tidak tertipu lagi dengan kepalsuan persahabatan tersebut...

..tetapi sebagai manusia , kadang kadang kita terlupa pada kisah lama kerana seronok pada keadaan semasa dan dalam dalam stage stage yang terkemudian dalam hidup, aku masih lagi terjebak dengan 'kepalsuan' persahabatan yang direka cipta atas kepentingan untuk stage tersebut...

mengapa aku teringat stage ini...sebab walau bagaimana sedih pun aku pada treatment beberapa kawan aku selepas stage ini tamat, aku tak dapat melepaskan perasaan rindu aku pada saat saat indah yang aku dan teman teman lalui walaupun rupanya ianya mungkin hanya conditional friendship......

PROMO JOM UNDI MAWI......Whirrrrrrrrllllllllllllllllllllllllllllllllllll !!!!!!!!!!!!

mula2 korang kena register kat sini :

http://www.mtvasiaawards.com/Com.../Join/

pastu..dah register..korang vote kat sini :

http://www.mtvasiaawards.com/Mal...e/last date tuk vote is 28 April 2006...


wassalam

Thursday, March 16, 2006

Ambition vs Ambitious

Assalamualaikum

Entry cita cita ini aku dah hutang Liana aka Baby sekian lamanya dan aku gagahkan jugak dalam aku demam sepoi sepoi bahasa ini sebagai hadiah sebelum Liana aka Baby pergi Jakarta….huhuhu…ole ole ya jangan lupa buk!!!…huhuhu

Hidup mesti nak ada cita cita kerana cita cita yang menyebabkan kita melihat ke hadapan dan cita cita membuatkan hidup kita ‘colourful’…penghuni rumah rumah orang tua diberi ‘pet’ seperti kucing untuk dipelihara supaya mereka ada cita cita untuk melihat ‘pet’ mereka membesar dan ini adalah pengharapan mengapa mereka harus terus hidup di era senja kehidupan mereka…

Vision 2020 adalah satu bentuk cita cita , Selangor Negeri Maju 2005 adalah satu cita cita dan Negara Bebas Dadah 2012 adalah satu lagi bentuk cita cita…beza cita cita dengan angan angan ialah cita cita boleh dicapai dan boleh diusahakan manakala angan angan selalunya khayalan tanpa usaha dan pengharapan…tetapi jangan berhenti berangan kerana bukan sahaja berangan itu free tetapi berangan juga membuat kita meninggikan ‘target’ kita maka aku berfikir begini “ fikirkan mencapai langit dan sekiranya tak tercapai langit sekurang kurangnya tercapai pokok kelapa, tapi kalau kita hanya berangan setinggi pokok kelapa , maka kalau tak dapat capai pokok kelapa mungkin kita hanya dapat mencapai pokok tauge ajer nanti…”maka aku menyarankan terus berangan sebagai the Wrights brothers berangan ingin terbang seperti burung pada mula mula dulu…

Bagi aku sendiri, aku sudah tiada cita cita agak lama dulu lagi bila segala harapan aku nak jadi pemain bolasepak hancur kerana kecederaan yang serious…selepas itu aku tidak ada cita cita yang speific except nak menunaikan Haji di Mekah, mati dalam beriman dan hopefully di terima masuk ke syurga Allah swt bersama sama golongan orang beriman dan sesungguhnya ada jodoh yang baik dan zuriat yang menjadi insan yang baik..

Cita cita untuk menjadi pemain bolasepak sungguh tebal dalam diri aku sehingga segala bentuk aktiviti aku dan pemakanan aku ke arah untuk menjadi pemain bolasepak sehinggalah harapan itu hancur berkecai begitu saja dan selepas itu aku hilang punca tentang harapan dan cita cita peribadi…

Masa kita di sekolah tadika dan sekolah rendah, kita diminta untuk menyatakan apakah cita cita kita dan selalunya cita cita kita dibelenggu persekitaran dan cara didikan kita dan selalunya Doktor, Lawyer dan Pilot menjadi jawapan semua dan selalunya sesiapa yang cakap macam aku nak jadi pemain bolasepak atau jadi ahli muzik akan ditertawakan oleh satu kelas!!!!huhuhuhu….

Baiklah tapi untuk entry hari ini aku nak menyentuh hal hal berkaitan dengan ‘Jangan terlalu bercita cita ‘ iaitu satu perkara yang tidak selalu dibincangkan kerana di anggap sebagai negatif..

Ambition = Cita cita tetapi bercita cita = Ambitious……

So aku hendak menyentuh perihal ‘ambitious’….ambitious adalah sikap manakala ambition ialah target seseorang itu dan orang yang ada ambition tidak semestinya ambitious tetapi orang yang ambitious selalunya ada ambition…

..namun sikap ‘ambitious’ selalu menyebabkan seseorang itu menggunakan kaedah the end justify the means atau matlamat menghalalkan cara maka pantang larang dan hukum hakam selalunya di ketepikan…sikap ‘ambitious’ menyebabkan seseorang itu melanggar adat dan tata susila kerana terlalu bercita cita /ambitious..

individu individu yang ‘ambitious’ dan selalunya individu individu ini mempunyai ciri ciri berikut:

1) opportunist
2) hypocrites
3) manupulative
4) abbrasive
5) bullshiters
6) Determine
7) Underachiever

mereka yang ‘ambitious’ sanggup menjual maruah diri untuk mencapai matlamat mereka dan mereka juga sanggup meredah apa sahaja demi mencapai matlamat yang mereka ingin capaikan….

Selalunya mereka yang ambitious ini mempunyai strategy dalam perangkaan mereka orang disekeliling mereka adalah statistic sahaja untuk dipergunakan…

Orang yang ambitious juga mempunyai ciri ciri penampilan diri yang agak sama iaitu

1) manis mulut
2) suka menonjolkan diri
3) hasad
4) bermuka muka
5) mudah / pandai bergaul

Selalunya orang yang ‘ambitious’ ini diberi oleh Allah swt kejayaan demi kejayaan sebagai dugaan kepada mereka dan juga sebagai dugaan kepada mereka yang terkena tempias mereka ini supaya tidak mengikut jejak langkah mereka…

Maka , dalam hidup ini kita kena adakan ‘ambition’ kerana ‘ambition’ itu membawa kita jauh dalam kehidupan tetapi jangan terlalu ‘ambitious’ kerana sikap ‘ambitious’ akan menyebabkan kita mencapai kebahagiaan di dunia sahaja…

Sekiranya kita golongan mereka yang ‘ambitious’, maka cuba banyakkan berusaha mencapai matlamat dengan cara ‘fair’ supaya apa yang kita capai akan memberi kebahagian di dunia dan akhirat…dan bagi yang ditekan oleh mereka yang ‘ambitious’, jangan takut pada mereka dan ‘buat kawan jangan, buat musuh jangan’ tapi jangan allow anda digunakan …..abis malangnya, kita tidak tahu kita digunakan oleh mereka yang ‘ambitious’ sehinggalah kita menerima padahnya..

Okke guys, mungkin kita agak terlambat untuk bercita cita menjadi Perdan Menteri atau untuk menjadi angkasawan tetapi jangan berhenti bercita cita untuk mencapai sesuatu yang kita inginkan seperti menyambung pelajaran ke peringkat doctorate, pergi round the world, memiliki kereta dan rumah idaman dan menjadi ketua jabatan atau syarikat dengan segala perks yang dikaitkan dengan jawatan tersebut…ini adalah positive dan digalakkan untuk membuat darah kita berjalan kencang dan rancak apabila kita membuat perancangan untuk mencapai cita cita tersebut…

Ciita cita membuat kita berasa macam kanak kanak semula kerana sebagai kanak kanak kita hanya perlu sebut cita cita kita tanpa memikirkan ianya boleh tercapai atau tidak…walaupun bila dah dewasa kadang kala kita jadi termalu mempunyai satu cita cita yang pernah kita sebut masa kecil kecil dulu namun cita cita adalah sesuatu yang penting dalam pembentukan minat dan harapan…

Maka kelian boleh melayari blog Liana aka Baby yang telah memberi satu insight tentang isu cita cita di blog beliau..sila layari.. http://xpliana.blogspot.com/2006/02/angan-angan-vs-cita-cita.html

dan promo undi mawi hari ini datang dari blog Liana aka Baby..

mula2 korang kena register kat sini :

http://www.mtvasiaawards.com/Com.../Join/

pastu..dah register..korang vote kat sini :

http://www.mtvasiaawards.com/Mal...e/

last date tuk vote is 28 April 2006...

Jum ramai2 vote jum...Go Mawi Go...huehuehue

Vote la sapa korang suka...
*tepuk dada tanya selera* tapi...
tak salah kan vote tuk Mawi...
tuk kejayaan anak felda..
juga kejayaan kita orang melayu....

so...
ni je nak kasi tau...
wassalam....

JOM UNDI MAWI!!!!....WHIRRLLLLLLL!!!!!!

wassalam

Wednesday, March 15, 2006

Senseless Killing - Mengapa ??!!

Assalamualaikum,

Pembunuhan 4 beranak di Johor Bahru 2 hari lepas betul betul menghantui aku ...mengapa perkara sebegini berlaku di negara ini dan melibat mereka yang sebangsa dan seagama dengan aku,aku pun tahu.. Ini bukan sahaja kes kes 'senseless killing' yang isolated tetapi telah aku baca dari minggu lepas beberapa kes pembunuhan yang melibatkan salah faham, cemburu atau dendam..

aku pernah menulis sebelum ini tentang pembunuhan secara kejam tanpa peri kemanusian( well ,i guess tiada bentuk pembunuhan yang ada peri kemanusiaan !!), tiada sebab yang kukuh dan sebagainya.... aku yakin kelian juga baca kes housemate yang dibunuh kerana menegur housemate yang satu lagi kerana membuat bising, kes seorang kawan yang baru datang ke KL dibunuh dan pembunuh boleh hantar sms kepada kawan yang dibunuh mengatakan yang dibunuh dalam keadaan sihat, kes budak perempuan sekolah balik sekolah di rogol dan dibunuh tak sampai 1oo meter dari rumah dan dulu kita dikejutkan budak asrama di ragging hingga mati..

a bit perplexing thinking about the root cause of this senseless killing tetapi kita harus memikirkan mengapa perkara perkara ini berlaku di zaman yang mana ketamadunan manusia dikatakan berada puncak kegemilangan....

..kadangkala kemalangan jalanraya juga melibatkan 'pembunuhan' dengan kes perlumbaan haram yang melibatkan sabotaj, berlumba di jalan jalan yang sempit yang memungkinkan kemalangan jiwa, pemandu tidak memberi ruang untuk kereta yang dalam kesempitan untuk mengelakkan kemalangan dan sebagainya....and in recent months two cases of senseless killing yang melibatkan pergaduhan disebabkan kemalangan kecil atau apa yang commonly referred to as "road bully"....

'pembunuhan' juga aku tafsirkan bilamana kematian senseless bila tempat bekerja tidak dilengkapi dengan struktur keselamatan especially di kawasan kawasan pembinaan di mana faktor safety tidak diberi penekanan...

hari ini 'senseless killing' boleh juga aku kaitkan dengan kos perubatan yang mahal dan ada rakyat yang dinafikan hak untuk mendapat perubatan kerana kos perubatan terlalu mahal dan ada yang rela mati dari membebankan anak anak atau saudara mara...ada kes emergency di mana pesakit ditolak dari sesuatu hospital yang terdekat dengan magsa atas sebab tidak dapat memberi bayaran deposit!!!!...

Ini tidak lagi di libatkan 'pembunuhan' atas nama keadilan seperti yang dilakukan keatas rakyat Afghanistan dan Iraq mahupun Palestine atas nama mencegah terrorism atau 'pembunuhan' yang melibatkan 'black magic' dan sebagainya..

berbalik kepada tajuk kita hari ini, apakah kemungkinan kemungkinan yang menyumbang kepada sikap ingin membunuh bagi menyelesaikan sesuatu kemelut tersebut...

1) Teknologi

- adakah accessability kepada video games yang ganas, internet yang membolehkan segala bentuk keganasan diperolehi mahupun website website lucah yang mungkin mempengaruhi pemikiran manusia itu sendiri..TV dan DVD lebih banyak mempamerkan aksi aksi ganas yang tidak banyak sikit mempengaruhi pemikiran yang menonton..

2) Pemakanan atau benda yang masuk dalam badan

- pemakanan mungkin juga contributing factor dengan banyak makanan kita lebih kepada chemically produced yang memungkinkan merangsang kepada sifat sifat kebintangan dalam manusia tersebut...kehalalan malakanan yang kita makan sudah tidak tahu lagi kesahihannya, punca rezeki yang kita jadikan punca membeli makanan mungkin juga menjadi penyebab dan begitu juga dadah , arak dan sebagainya....namun mengikut sejarah, zaman dadah di puncak iaitu ketika zaman woodstock/hippies, senseless killing tidak rampant seperti hari ini..

3)Tekanan hidup zaman moden

- tidak banyak sikit cara hidup di mana matlamat menghalalkan cara menjadi kehidupan begitu menekan yang menyebabkan manusia sanggup melakukan apa sahaja seperti 'senseless killing' untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan..

4) availibility of weapons..

- walaupun perkara kini tidak seharusnya betul di negara kita tetapi ianya partly true sebab kalau kita pergi kepada DIY shop atau hardware shop, kita boleh create our own killing machine dengan sedikit creativity..

5) Prejudice ( spell ??)

..prejudis pada bangsa, agama , kasta adalah berada dipuncak dan kalau kita perhatikan kisah kisah yang dipaparkan di movie mahupun TV, kisah berkisar kepada ketidakpuasan hati pada berbagai isu yang melibatkan prejudism...dan kadangkala prejudism menghalalkan pembunuhan sebagaimana yang dilakuan oleh zionist pada muslims di palestine, Serbian menyembelih muslim Bosnia, Thaksin membunuh muslims di Selatan Thai dan sebagainya ..

Oleh itu aku pastekan lagu dari Adibah Noor yang diberikan oleh seorang teman kepada aku yang berkisarkan kepada kisah pembunuhan/'senseless killing' seorang anak kecil yang dibunuh atas dasar sex oleh binatang yang bertopengkan manusia....

Yang Teristimewa

Ku tak tergambar wajahmu
Sinar mata itu
Lirik senyumanmu
Pesona yang membelai
Wajahmu bercahaya
Memberi bahagiaTiap yang memandang
Hati jadi salju

(Korus)
Kau terlalu istimewa
Kasih dan sayangmu terpancar
Seikhlas tiada batasan
Terus membara
Terkilan rasa jiwa
Ingin ku lihat mu dewasa
Apa dayaTuhan lebih menyayangimu
Ku pasti kau berbahagia

Duduk di sampingnyaMendengar cerita
Sekadar rahsia

(Ulang korus)

Tak tertanggung rindu…
Mendengar suaramu…
Tawa mengusik jiwa…
Oh…

(Ulang korus)

aku harapkan kelian support album Adibah Noor ini kerana RM3 dari jualan setiap album akan didermakan pada rumah rumah kebajikan dan juga menunjukkan appreciation kita pada satu genuine talent orang kita...

okke last but not least , undi lah Mawi untuk MTV awards dan ini ada link yang diberi oleh kawan kita Epong dan aku harap semua warga haloscan yang ada blog sendiri akan mempamerkan link ini dan promo untuk Mawi...

nak register gi sinih:
http://www.mtvasiaawards.com/Com.../Join/ agree.php

nak vote gi sinih:
http://www.mtvasiaawards.com/Mal...e/ Malaysia.html

boleh vote 5 minit sekali.. MARI! MARI!

Epong Homepage 03.13.06 - 4:55 pm #

wassalam