Friday, April 28, 2006

Tazkirah Jumaat Part 6

Assalamualaikum,

...seperti biasa, di hari Jumaat yang mulia ini aku menghulur sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekira terkasar bahasa , terlebih jenaka dan terbabas perkataan di dalam entry mahupun di haloland....

Kepada Embun, Selamat Hari Jadi dan semoga Allah swt membuka jalan kejayaan , panjang umur, dikekalkan dalam iman dan murah rezeki selalu, insyaallah...so ini ada gambar hadiah dari Aling dan Seri untuk Embun yang tak sempat aku publish semalam...

Photobucket - Video and Image Hosting

Photobucket - Video and Image Hosting

...terkadang aku rasa hairan aku mudah meluahkan rasa kasih dan sayang pada teman teman di Holaland tetapi agak sukar untuk aku melafazakan perasaan atau perkataan yang sama pada adik beradik aku sendiri...segala bentuk kasih sayang disimpan sehinggalah di pagi raya atau disaat berlaku sesuatu yang menduga...mengapa ??...

kematian itu akan tetap datang dan datangnya kematian itu pada kita seharusnya kita raikan sekiranya kita faham apa erti kehidupan itu sendiri...alhamdullilah , aku jua akan mati dan kesyukuran itu aku panjatkan kerana dengan harapan dapat bertemu Illahi yang ku kasihi...sedih aku nanti meninggalkan dunia yang fana ini kerana betapa kehidupan itu sendiri adalah syurga Illahi sekiranya kita mengerti...

jangan takut pada mati kerana kematian itu pasti, jangan benci pada kehidupan kerana hidup itu sendiri adalah nikmat....kita hidup di dunia ini ada tujuan samada menjadi pemimpin besar ala khalifah mahupun pemimpin kecil sebagai ibu bapa , ketua kampong dan sebagainya....jangan kita hidup di dunia ini sekadar kerna mampu bernafas tetapi hidup di dunia ini untuk meninggalkan kesan pada yang ditinggalkan.....ilmu , teladan, sedekah, pekerti, amal adalah khazanah yang kita tinggalkan di dunia yang kan menjadi bekalan di sana....

mengingat mati itu sendiri adalah bekalan untuk terus hidup, kerana dengan mengenali kematian kita appreciate pada kehidupan.....hidup ini indah kalau dicorakkan sebegitu dan hidup ini payah kalau diconteng sebegitu juga....kita hidup kerana belum datang ajal dan kita mati kerana tiada yang kekal melaiankan Dia yang menjadikan segalanya..

...marilah kita bersama sama mengingati mati pada hari ini agar kita dapat melihat di mana darjah persediaan kita untuk bertemu malaikal maut nanti...

1) adakah kita sudah menjadi makhluk Allah yang amar maaruf dan nahi mungkar..
2) adakah kita anak yang soleh yang bisa menjadi penyelamat ibu bapa di saat mereka memerlukan kita nanti di alam barzakh....
3) adakah kita pekerja yang ikhlas menjalankan tugas untuk mendapat rezeki yang halal...
4) adakah kita suami atau isteri yang patuh dan saling membimbang satu sama lain kearah jalan yang lurus...
5) adakah kita ibu atau bapa yang menjadi teladan dan ikutan si anak untuk mereka menjadi insan yang berguna kelak....
6) adakah kita teman yang membiarkan sahabat sahabat melayang atau kita teman yang memandu sahabat ke arah kebenaran...
7) adakah kita masih melewatkan hutang yang kita mampu tunaikan
8) adakah kita masih berdendam dan tidak memaafkan dan adakah kita masih angkuh dan ego hingga tidak mahu meminta maaf sedangkan kesalahan antara manusia yang akan menjadi halangan kita nanti di sana...
9) adakah kita masih melihat esok sebagai satu hari yang baru atau melihat hari ini sebagai penamat untuk amalan ku kerana masa tidak akan berulang lagi datangnya...
10) adakah kita masih malu untuk menyatakan aku tak tahu jalan dihadapan ku dan bimbinglah aku kerana perjalanan yang tidak mengambilkira Masysar itu adalah perjalanan yang sia sia..

..walau di dunia ini team work, masyarakat dan jemaah itu dituntut , namun di akhirat nanti , kita berdiri sebagai individu.....maka kekuatan kita sebagai individu dalam kelompok atau kumpulan di dunia ini akan menjadi penentu nasib kita di sana.....kalau baju penutup tubuh kita di dunia maka amalan kita adalah pakain di akhirat.....renungkan adakah pakain kita sudah lengkap untuk di sana...adakah kita berpuas hati dengan pakaian sedekah orang atau pakaian dari busana pasar malam atau kita mahu pakaian yang branded seperti Versace untuk kita pakai di sana nanti...

kengkawan...merenung mati itu bukan bermakna kita mahu mati tetapi mengingat mati itu adalah self-assesment terhadap diri kita....dalam mengukur percapaian kita di dunia untuk persediaan kita diakhirat, kita tidak perlu performance appraisal, KRA concept dan sebagainya kerana dengan bertanya hati kita, kita tahu di mana letak kita di dunia ini dan di akhirat nanti...

sekarang beberapa cebisan teladan dan renungan untuk kita bersama...

1) Forwarded e-mail dari Liana aka baby yang agak menakjubkan untuk renungan kita..

Photobucket - Video and Image Hosting

The photograph attached was taken by the crew on board the Columbia during its last mission, on a cloudless day.

The picture is of Europe and Africa when the sun is setting. Half of the picture is in night. The bright dots you see are the cities' lights. The top part of Africa (whitish) is the Sahara Desert. Note that the lights are already on in Holland, Paris, and Barcelona, and that's it's still daylight in Dublin, London, Lisbon, and Madrid. The sun is still shining on the Strait of Gibraltar. The Mediterranean Sea is already in darkness.

In the middle of the Atlantic Ocean you can see the Azores Islands; below them to the right are the Madeira Islands; a bit below are the Canary Islands; and further South, close to the farthest western point of Africa, are the Cape Verde Islands. Note that the Sahara is huge and can be seen clearly both during daytime and night time. To the left, on top, is Greenland , totally frozen.

We witness the greatness of god.

2) Teladan dan amalan/rujukan yang dipetik di Haloland dari teman teman kita

salam jumaat..

Fadhilat Wuduk

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".

3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".

4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" .

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".

seri 04.21.06 - 9:58 am


12 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:

1) Semasa Lailatul-Qadar.
2) Ketika hujan turun.
3) Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4) Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5) Di tengah malam.
6) Di antara azan dan iqamah.
7) Ketika sujud dalam solat.
8)Ketika iktidal akhir dalam solat.
9) Ketika khatam (tamat) 30 Juz al-Quran.
10) Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11) Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12) Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.

seri 04.21.06 - 10:31 am

Sabda Rasulullah (s.a.w)

"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dlm keadaan bersih dari dosa"

-Hadith Riwayat Muslim

eva 04.21.06 - 11:01 am

Sekadar renungan buat akhowatku sekalian..Sayangnya Allah pada kita ..

Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian ABADI...

KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui s! edang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286 RASA FRUST? "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-I! mran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111-

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! "...
..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12

`Knowledge exists potentially in the human soul like the seed! in the soil; by learning the potential becomes actual.'
- Imam Al-Ghazali -

sama2lah kita muhasabah diri.....sama2lah kita berusaha menggapai rahmat-Ilahi...InsyaAllah.Ya Allah...janganlah Engkau jadikan dunia ini kerungsingan kami yang besar...jadikanlah akhirat kerinduan kami......( Doa amalan Rasulullah )

Best wishes to all my friends....May Allah bless us....InsyaAllah.Assalamualaikum.

Misa 04.21.06 - 5:01 pm


Wassalam...

Garden Party dulu!!!....this is for u Embun!!!...

Assalamualaikum,

Birthday Embun sebenarnya besok, tapi tau mau lar buat party hari Jumaat kan kan kan...so kita adakan Garden Party hari ini...

HAPPY BIRTHDAY EMBUN....

every organisation ada seseorang yang menjadi pillar of strenght, the joy and fun for everyone, the link to everybody and we are so fortunate in Haloland that we have our very own Darlinglara aka Embun to be that special person....Embun is not only our cyber office PA cum but most importantly the person that organise our friendship to be stronger and stronger each coming day...

HAPPY BIRTHDAY EMBUN

My apology because I could not get you the song that I thought I wanted to sing for today...actually i recorded 6 songs from yesterday using my guitar and keyboard but my vocal failed me eah time....just for your info, i recorded these following songs..

1) Aku Cinta Kau dan Dia - Dewa......
2) Sonata Musim Salju - Hazami
3)Mengapa Perpisahan Kau Pinta - Flybaits
4) Salahkah Aku Terlalu Mencintaimu - Ratu
5) Kasih Berubah - Flybaits
6) Kau Ilhamku - Man Bai

i spent nearly 4 to 6 hours to record each song but just could not get that feel to get the best of these songs..I am really sorry...even after subuh tadi, I was still trying to get the 'machine' to help me sound good, unfortunately to no avail.....

...I hope my effort to make you a special song kind of make-up for the absence of the song...Thought counts , right ??!!

HAPPY BIRTHDAY EMBUN

I hope this piece of material from Teesh ( though Teesh refused credit to this beautiful material) which I think depicts our feeling towards each other here...

for everyone here,
i'd like to share this with you...

I've learned ~ that just one person saying to me, "You've made my day!", makes my day.

I've learned ~ that I can always pray for someone when I don't have the strength to help him in some other way.

I've learned ~ that the easiest way for me to grow as a person is to surround myself with people smarter than I am.

I've learned ~ that no matter how serious your life requires you to be,everyone needs a friend to act goofy with

I've learned ~ that being kind is more important than being right.

I've learned ~ that it's those small daily happenings that make life so spectacular.

I've learned ~ that one should keep his words both soft and tender, because tomorrow he may have to eat them.

I've learned ~ that under everyone's hard shell is someone who wants to be appreciated and loved.

I've learned....that when you're in love, it shows. (**sounds familiar?? ni kes tenung-tenung ler nih!! - jgn marah ek, gurau jer...**)

I've learned....that no one is perfect until you fall in love with them.

I've learned....that love, not time, heals all wounds.I've learned....that I can't choose how I feel, but I can choose what I do about it.

I've learned ~ that simple walks with my father around the block on summer nights when I was a child did wonders for me as an adult.

I've learned ~ that I wish I could have told my Dad that I love him one more time before he passed away.(**sob-sob.. i miss him sooo muchhhh...**

but this one is, it's from my heart, sincerely...I've learned ~ that it's great having "halo" friends like all of you and that I've made a right choice to be here with you....

teesh 04.21.06 - 11:41 am


HAPPY BIRTHDAY EMBUN

May Allah bless you always ......thanks for being our Embun!!!....we love you so much!!..

wassalam

Wednesday, April 26, 2006

Fudhla's babyboy and Halo 1st baby...

Assalamualaikum,

...dengan kerjasama Rakan Halo , NHK aka aling dengan Hanim, kita ada exclusive gambar babyhalo kita ...huhuhu..alhamdullilah....

macam macam kita dah lalui di Haloland, tapi ini 1st time kita dapat Halobaby.....so today, kita akan fikirkan nama anak kita ini untuk panggilan di Halo yer....

..actually as a matter of discussion....lets discuss how to plan for this future..macam :-

1) education funding/savings
2) type of food
3) babysitting timetable
4) kenduri
5) cara berbahasa

this type of discussion will generate ideas that could be invaluable to parents wannabes or perhaps parents yang mahukan alternative views..

okke jom tengok gambar dulu

Photobucket - Video and Image Hosting

alah alah comel yer Ajwad neh....macam abang Ilham lahir lahir dulu...beza takder misai ajer ...huhuhuhuhu...

Photobucket - Video and Image Hosting

senyap ajer tak nangis tak macam uncle vaart....uncle vaart lahir lahir dah pandai usik bird dah..huhuhuhu...

Photobucket - Video and Image Hosting

alah comel yer akak ipar NHK!!!! hehehehe...vaart!!! budak lagi vaart..tak yah lar ko leleh leleh air liur tuh....ahaks ahaks ahaks

Photobucket - Video and Image Hosting

hantaran vaart pada Fudhla sebagai deposit awal...beli jiwa mak mertua dulu beb!!!huhuhu...

Photobucket - Video and Image Hosting

....tema garden party tuk besok kot.....since aling gan hanim cakap hadiah dari blog Ilham...meh lar secara berjemaah kita tong tong yer....aling tolong bagi tau bape ekkk...

..kelahiran babyhalo seakan akan hadiah kepada talian persahabatan kita di sini....insyaallah, ada lagi baby baby halo akan datang dan kalau masin mulut aku....ada diantara dari kita nanti berbesan pulak....huhuhuhu....

.. aku cut and paste kata kata hikmah yang aku dapat dari haloland kita untuk renungan semua..Liana kata jangan kasi kredit kan dia sebab bukan dia punya composition..tapi still, thanks baby for this beautiful material...

For all My Virtual Friends

We sit and we type,
and we stare at our screens

We all have to wonder,
what this possibly means.

With our mouse we roam,
through the rooms in a maze

Looking for something or someone,
as we sit in a daze.

We chat with each other,
we type all our woes

Small groups we do form,
and gang up on our foes.

We wait for somebody,
to type out our name

We want recognition,
but it is always the same.

We give kisses and hugs,
and sometimes flirt

In IMs we chat deeply,
and reveal why we hurt.

We do form friendships
- but - why we don't know

But some of these friendships,
will flourish and grow

Why is it on screen,
we can be so bold

Telling our secrets,
that have never been told.

Why is it we share,
the thoughts in our mind

With those we can't see,
as though we were blind.

The answer is simple,
it is as clear as a bell.

We all have our problems,
and need someone to tell.

We can't tell real people,
but tell someone we must

So we turn to the 'puter,
and to those we can trust.

Even though it is crazy,
the truth still remains

They are Friends Without Faces,
and odd little names

*TO ALL OF YOU...LURVE U ALL...

Homepage 04.24.06 - 11:48 am


To Fudhla, semua warga haloland yang aku sayangi...

...lets enjoy this friendship as long as possible and sesama kita mendoakan kejayaan kita satu sama lain...

..mari kita menghargai kekuatan teman teman kita dari mengkaji kelemahan mereka...

..mari kita meraikan kejayaan teman teman kita daripada kita bertanya mengapa mereka berjaya...

...mari kita hormati cara dan pegangan hidup teman teman kita dari bertanya mengapa mereka harus begitu..

..mari kita berkumpul di dunia untuk bertemu di Ma'waa yang di sana nanti itu...

..mari kita sama sama membimbing persahabatan ini ke arah keredhaan Allah swt yang satu..

...mari kita saling maaf memaafkan dan mari kita saling percaya dan mempercayai.....

Jom discuss garden party for tomorrow too....since wa EL today, wa publsih awal lar entry ari nei...


wassalam....

Permainan masa kanak kanak dulu..Fudhla dah bersalin!!!

Assalamualaikum,

Okke , rasa yer baik start dengan kita memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi dengan selamatnya sahabat kita Fudhla melahirkan baby pada pukul 1.20 pagi tadi ...alhamdullillah...dan baby ini insyaallah akan menjadi baby angkat Haloland....tahniah Fudhla and family and hopefully kita buat kenduri kat halo nanti , insyaallah.....

okke back to entry..

Topik ini suggested by Embun, thanks Embun for this interesting topik yer.......

..tatau aku boleh recall semua game masa kanak kanak dan some of the games aku akan mention pun actually aku tengok abang dan kakak kakak aku main jer so the rules and regulations aku tak bape sure...

..tapi , it seems dekat mana kita membesar, permainan zaman kanak kanak ini serupa dan beza sini sikit and sana sikit ajer rasanya...

1) Galah panjang

...ini game aku main kat laman rumah atau dekat court badminton sekolah...tapi game ini ala ala wajib bila berkumpul semua sepupu sepapat pada occasion occasion tertentu dan kesudahannya bergaduh....( game ini tidak bermusim dan selalunya ikut suasana )

2) Kunda kundi

...game ini aku ingat ingat lupa tapi remember game abang abang sepupu aku main dan sedikit ganas bila game dah heated....skill tertentu diperlukan untuk melambung kayu dan mengarahkan kepada musuh....very dangerous indeed tapi memang enjoy...( game ini pun tidak bermusim )

3) Rounders

..i think rounders nei game tradisi adik beradik dan sepupu sepapat aku tapi aku selalu tengok ajer dari tepi, game rules lebih kurang macam American baseball tapi normally bola ditujukan kepada musuh untuk matikan lari....speeed dan technique penting dalam game ini...bola tennis digunakan sebagai bola...( selalunya ,asa cuti sekolah panjang )

4) Congkak

...dulu lubang congkak dibuat di atas tanah dibawah rumah kampong dan buah getah dari buah...i cant remember playing tapi suka tengok kakak kakak aku berentap dengan sepupu sepupu perempuan....the speed , anticipation and counting/forecasting skill is required to master this game if not skill menipu!!!...( game ini tidak bermusim )

5) Batu semban

...game nei pratically game kakak kakak aku dan aku jadi tukang kutip batu ajer...tapi masa tu kakak2 aku ada set batu semban yang diletak pasir dalam kain dan dijahit....game ini perlu quick hand untuk berjaya...( game ini bermusim)

6) Tutup air botol

...main tutup botol nei memang game aku dan selalunya dimainkan di sekolah....game nei memerlukan ability dan accuracy dan kalau boleh tangan panjang..( game ini bermusim )

7) Main guli

..main guli pun game aku jugak dan selalunya main di laman rumah dan di sekolah..tujuan game ini kalau boleh nak pecahkan guli kawan melalui satu format permainan yang aku dah tak ingat...( game ini pun bermusim )

8) Main polis and thief

..nei game yang aku main dengan adik beradik dan sepupu sepupu dan selalunya aku lah yang kena buli dan endup mak aku masuk campur!!! hehehehehehe.. ( selalunya masa berkumpul reramai )

9) Main nyorok nyorok

...ini game main dengan adik beradik sendiri lar...siapa jadi hantu and so forth...lagi dekat senja lagi game happening!!!...( tiada bermusim)

11) Main kengkawin

...ini mainan yang selalunya masa cuti sekolah time kenduri kahwin banyak...so yang dah besar akan make-up pengantin dan ada bersanding semua.....memang best main kengkawin nei!!!( bermusim )

12) Main masak masak

...ini aku tengok ajer lah kakak kakak aku akan kutip bunga dan daun daun dan start lar buat masak masak guna permainan pinggan mangkuk.....( bermusim)

13) Main tembak tembak/perang

..game wajib cuti sekolah dan arwah bapak aku akan buatkan senapang dari papan samping dan buah peluru ialah buah cherry....selalunya satu kampong akan join in, dan seperti biasa, game nei ini akan berkesudahan dengan bertumbuk!!!huhuhu ( musim cuti sekolah )

14) Main lastik

...main lastik pun game yang ganas kerana batu digunakan sebagai peluru.....musim lastik ini berkahir bila ada budak yang berdarah atau ada tingkap rumah orang kampong pecah!!!..

15) Main terup modal getah rubberband

...ini ala ala judi dengan getah rubberband jadi pertaruhan....jutawan getah akan berjalan bangga satu kampong dengan ikatan tocang getah depa dan selalunya musim berkahir dengan pihak prefect sekolah rampas semua rubberband....

16) Main tikam tikam ( Tikam Tikam kat kedai)

...ketagih main tikam tikam nei adalah sama saja aku rasa.....the thrill nak tengok menang apa masa tikam tikam kat kedai....not actually a game tetapi satu ketagihan di kalangan anak anak sekolah yang diekploitasi oleh kedai runcit..

17) Main gasing

...nei satu game yang perlu skill yang tinggi dan aku tak pernah master the skill of making the gasing spinning non-stop sampai ke tapak tangan......dan yang advance akan cuba memecahkan gasing lawan...( bermusim )

18)Main layang layang

...ini game yang bermusim jugak dan aku tak pernah berjaya buat lelayang sendiri unless helped by others....melihat lelayang melayang bebas adalh satu kepuasan yang tidak boleh dinyatakan dengan perkataan...( bermusim )

19) Main rumah terbakar/kapalterbang/teng teng dan main skipping

..ini adalah game masa tunggu bas sekolah sampai....samada budak budak perempuan main rumah terbakar atau main skipping...game nei akan selalunya berakhir bila budak budak nei datang haid!!!...ahaks ahaks ahaks....abih!! skipping tu sexy tuh!!!..

..well ini saja yang aku teringat game game dulu yang aku terlibat mahupun melihat....now, kelian pulak share kat halo yer game game korang pulak...

apa apa pun, mainan kanak kanak ini mengimbau kembali zaman kegembiraan sebagai kanak kanak yang mungkin tidak dapat kita ulang lagi....

..sayang , electronic games telah deprive kanak kanak hari ini to enjoy most of the games yang disebutkan di atas....

FUDHLA, WE LOVE YOU BABEH!!!!!


wassalam

Tuesday, April 25, 2006

Diary Diri 24/7/06 - Ramli Sarip Pengetua AF4 ??!!!..satu analisa

Assalamualaikum,

minggu yang dipenuhi dengan kesabaran kerana aku mengalami demam selsema yang agak berkepanjangan...not that I am complaining kerana sedikit dugaan dalam bentuk kesihatan bisa membuat kita melihat pada diri kita beyond apa yang kita nampak...redha pada dugaan dan bersyukur pada kesenangan dan kenikmatan yang diber oleh Allah swti...

Tun Ghafar Baba is dead.....Al-Fatihah

....rasa hiba hampir hadir dihatiku bila melihat jenazah allahyarham Tun Ghafar Baba diiring masuk ke masjid negara bagi tujuan penghormatan terakhir dan perhaps sembahyang jenazah dan kemudian pengebumian....mungkin aku kejam dengan menggunakan perkataan 'rasa hiba hampir hadir ' tetapi aku bukan jenis yang hanya melihat dan menyebut kebaikan seseorang itu bila dianya sudah tiada kerana aku masih ingat bagaimana Tun Ghafar Baba pergi ke Indonesia untuk menerangkan kes terhadap DSAI dulu yang berkesudahan beliau diarah pulang oleh pihak Indonesia yang masa itu dibawah kepimpinan Presiden Habibi Yang pro DSAI....tindakan arwah pada masa itu aku rasakan adalah tidak kena pada tempatnya dan atas dasar itu aku kurang sikit berasa sedih dengan pemergian beliau dari sudut perjuangan reformasi walaupun aku tetap merasa sedih dari sudut kemanusiaan.....

Namun sebagai orang malay, aku tidak boleh menafikan jasa Tun Ghafar Baba terhadap politik orang malay especially di saat Malayan Union sehinggalah kemerdekaan Malaya....untuk menafikan hak beliau dalam sejarah politik adalah tidak adil sama sekali dan beliau ini adalah lambang seorang 'political animals' yang pernah naik dan jatuh dan naik semula sehingga menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia....

..aku akan mengingati Tun Ghafar Baba sebagai pemimpim besar politik orang malay yang tidak membawa apa apa 'anugerah/title' i.e tan sri ,datuk sehinggalah lewat dalam career politic beliau dan apa yang faham beliau menolak sebarang tawaran untuk membawa 'title' tersebut...ini adalah sesuatu yang amat menakjubkan dalam suasana politik yang pangkat dan darjat adalah 'alat' untuk mencapai kejayaan...

..Tun Ghafar Baba adalah 'lambang' golongan guru guru malay dulu yang menjadi ahli politik berjaya dan seorang yang 'remain royal' dalam kemelut dalam umno....

semoga jasa beliau dikenang dan roh beliau dicucuri rahmat Allah swt...

Formula 1

personally aku rasa F1 di Imola circuit, San Marino sungguh menarik dan walaupun aku frust dengan apa yang terjadi dengan pitstops Jansen Button dalam Honda team tapi aku amat teruja dengan dogfight between Schumacer dengan Alonso untuk the last 30 laps or so....ferrari won both driver and manufacturer categories and indeed looking good for the european rounds...

...still hoping Button/Honda will get their act together at start attacking the podium position..

EPL..

My beloved Bolton eventually ends their losing streak by beating Charlton 4-1 in a game that I would term as the clash between 2 England's manager wannabes in Big Sam and Alan Curbisley...ironically, if my memory serves me well, both Alladyce and Curbisley, both fantastic player during their playing days, did not win any full caps for England!!!!..ermmm thats interesting...

I thought BokD's Spurs played well in the 1-1 draw against The Gunners and Epong/GX/Tam's Liverpool deserved the 2-1 victory against Vaart's Chelsea...

Huhuhu...still hoping a liitle bit of luck comes Bolton way to seal a european place next season and Bolton will be playing Spurs in a midweek game this week ( stand to be corrected)...huhuhu, BokD!!!!!...sorry ekkkk...

Ramli Sarip sebagai Pengetua AF4 - satu analisa...

...tiada yang lebih memeranjatkan aku dalam sejarah AF ini bila Ramli Sarip diumumkan sebagai Pengetua AF4....terperanjat kerana dia tak pernah jadi pengkritik mingguan dan hanya pernah hadir sebagai artis di bunglow pelajar season lepas dan bukan seorang artis yang aku category sebagai 'learned student of music' except an outstanding rock singer and a very religious man...

..don't get me wrong, aku pernah naik bas putus putus dari KL ke Kuantan nak tengok Sweet Charity concert di Stadium Darulmakmur and this trip remain one of my sweetest memory sebab mak aku dah nak buat laporan polis sebab ingat aku lari rumah sebab aku tak dapat permission to go!!!!huhuhuhu......i was the youngest dalam 20 orang geng kampong aku buat trip nei dan duduk berkhemah kat Teluk Chempedak 5 hari lepas Hari Raya Puasa!!!....concert tu berkesudahan dengan budak Pahang bertembuk dengan budak Terengganu dalam stadium...this trip was full with booze and drugs and i was lucky that I did not get myself stupidly involved!!!..

okke back to Ramli Sarip's appointment...aku tidak mahu menjatuhkan hukuman selagi tidak memberi peluang kepada Papa Rock ini peluang untuk membuktikan kebolehan beliau...aku pun tidak tahu apakah criteria pemilihan Pengetua ini....aku pun tak faham juga mengapa untuk 3 tahun berturut turut, Singaporean born Malay dilantik menjadi Pengetua...so aku akan pecahkan analisa aku kepada teori bersangka buruk dan teori bersangka baik!!! huhuhuhu...

a) Teori Bersangka Buruk

..kalau aku nak bersangka buruk maka aku melihatkan perlantikan Ramli Sarip dan juga perlantikan Ramli MS dan M.Nasir sebelum ini ada hubungan dengan nepotism!!!...perhaps ada seseorang yang powerful di dalam Astro atau Jabatan Rancangan Malay Astro yang merupakan kelahiran Singapura yang sudah bermastautin di Malaysia yang cuba menaikkan suku sakat beliau...

...kalau bersangka buruk, maka perlantikan Papa Rock ini aku anggap sebagai perlantikan 'convenience' yang memungkin ada hubungkait dengan 'bayaran murah' yang sanggup diterima oleh Ramli Sarip..

..kalau aku bersangka buruk, mungkin Ramli Sarip sanggup menerima syarat bahawa Pengetua hanya boneka sahaja kerana semua keputusan adalah dibuat oleh pihak penerbitan sebagai contoh ;

1) AFMASUK di AF2
2) Keputusan Konsert Prelude AF3
3) Kemasukan Marsha dan Mawi semula dalam AF3
4) Penyerapan Liza pada minggu pertama AF1
5) Perlantikan Ketua Pelajar

Teori Bersangka Baik

...kalau aku bersangka baik , maka aku melihat perlantikan Papa Rock ini kerana kekuatan agama beliau yang selalu cuba ditonjolkan dalam AF untuk 3 season lepas..

..kalau aku bersangka baik maka ini ada satu teori yang aku nampak berguna :

...aku melihat perlantikan Papa Rock, M.Nasir dan Ramli MS, 3 orang anak kelahiran Singapura ini sebagai satu simbolik perancangan dalam Jabatan Rancangan Malay di Astro untuk menggunakan AF sebagai penyatuan orang malay dengan melibatkan malay singapura sebagai pentadbir, student dari seluruh malaysia , ada waki bangsa Brunei untuk penyatuan malay Borneo dan banyak lagu lagu Indonesia sebagai mendapatkan minat malay dari Indonesia....kalau inilah percaturan sesiapa di dalam astro dalam membuat perancangan ini, maka aku bersetuju 100%.....percaturan ini juga membolehkan channel Astro Ria di jual kepada mana mana cable TV yang serving Indonesia dan Singapura juga yang membawa keuntungan pada Astro..

baik lah, lets tengok siapa yang boleh menyandang jawatan tersebut dari orang malaysia..list aku ialah:-

1) Roslan Aziz - musician, musical director, producer
2) Farihin - album producer
3) JayJay - musician, singer,album producer, composer
4) ManKidal - musician, album producer
5) Manan Ngah - album producer, musician, composer
6) Johari Teh - singer, album producer,
7) Mahadzir Lokman - vocal instructor, musician, compere, TV personality
8) Tan Sri SM Salim - singer
9) Datuk Jins Shamsuddin - actor, film director/producer, politician
10) Datuk Johari Salleh - musical director, former RTM 's orchestra conductor
11) Datuk Rahim Razali - actor, sports commentator, film director/producer
13) Suhaimi Baba - Film Director/producer, songwriter
14) Yasmin Ahmad - Film Director/producer
15) Datuk Wah Idris - musician, musical director, singer
16) Mamat khalid- film director/producer/ script writer
17) Datuk Yusuf Haslam - director/producer/actor

and probably warga Haloland ada candidates lain yang kelian rasa layak untuk menyandang jawatan ini....

...still, aku masih puzzle dengan perlantikan Ramli Sarip untuk apa alasan sekalipun...namun, sebagai muslim, aku menerima ini adalah ketentuan Allah swt jua dan semestinya ada hikmah tersendiri...

...aku juga happy dengan kembalinya Fauziah Nawi dan Korie sebagai tenaga pengajar, perlantikan Ajai menggantikan Adnan Abu Hassan tetapi aku rasa loya tekak aku bila si Fazley jadi motivator untuk pelajar!!!!...seperti Marlia Musa last year, I dont think mamat ini ready for the assignment...Siti Hajar masih dikekalkan sebagai vocal instructor dan harap harap tahun ini rajin sikit dan jangan asyik mintak Shahrul cover kelas dia...Fatimah Abu Bakar is a must and I hope selection untuk pengganti Hasrol adalah yang menarik...i believe Kak Sheena will be retained...

hopefully, perubahan ini akan memecahkan predictability dalam AF ini dan semoga pelajar pelajar tahun ini lebih bersedia untuk 'create' personality sendiri dan tidak mencuba teknik atau tektik yang telah digunakan oleh pelajar pelajar sebelum ini....

Astro!!!!!....tahun nei boleh tak sediakan pay per view channel untuk extended Diary ala ala AFextra tahun lepas yang ditayangkan through internet broadband...i dont mind paying RM 10 to RM15 per month or RM 30 for the whole AF4 season untuk melihat secara detailed kehiudpan pelajar di bunglow...afterall, astro subscriber lebih ramai dari internet user maka keuntungan kepada Astro adalah direct revenue....perhaps each camera ada satu dedicated channel....please yer.... if only 30% of household subcribers subcribe to this pay per view channel for the whole season at RM 30 , maka astro will make around RM 9 million....my professional charge is a mere 3.5% of gross income ajer....hehehe..bulih den minang si Raja Farah budak TV3 tuh...huhuhuhu...dah kayo den tak main lar pompuan kebanyakan!!!ahaks ahaks ahaks...patut lar den tak kayo!!!....baibun bah!!!



wassalam

Saturday, April 22, 2006

Sajak Sabtu Part 6

Assalamualaikum ,

This week nampak yer warga Haloland cukup produktif dalam berkarya sehingga ku tidak perlu merujuk pada archieve....Darlinglara aka Embun paling aktif di singgahsana carta sajak/pantun/seloka dengan pendatang baru Teesh menjadi pencabar terbaru!!!...love it....

amazing!! amazing!!...how you guys could come up with fantastic production of original creation of beautiful sajak/seloka/pantun spontaneously taht depicts the scenario of haloland during that particular moment...

jika bahasa itu lambang bangsa, maka warga haloland boleh berbangga kerana memertabatkan keindahan bahasa dan seni secara comtemporary....bagi aku, bahasa harus berkembang mengikut zaman tanpa mencacatkan seni bahasa itu sendiri...

guys..i take my hat off to you guys...jangan stop berkarya...kerana berhenti berseni.....

okke enjoy yer...


huh pk pk lagi nak makan apa
untuk party hari jadi org2 tua
hahaha haha
jgn marah
umur je tua tapi berhati & berwajah muda
kan epong kan Ma'waa

huh pk pk nak makan apa
untuk party bergembira
segala baju segala costume dah siap sedia
apa nak makan apa nak minum pulak lupa
nanti aku cari caterer
yang boleh sediakan apa saja
kalau depa tak cukup masa
kita panggil fairy god mother
cuma satu "pling" .. semua tersedia
korang sediakan perut jer

DarlingLara 04.14.06 - 4:58 pm


aku mencari dirimu
di dalam gelap yang menderang
aku mencari dirimu
di dalam terang yang gelita
namun tidak ku temui dirimu itu
namun tidak ku temui dirimu itu
ingin ku temui dirimu
di subuh yang panas menerik
ingin ku temui dirimu
di senja yang dingin mencengkam
namun tidak ku temui dirimu itu
namun tidak ku temui dirimu itu
aku menjadi keliru
di dalam mencari dirimu
aku menjadi keliru
di dalam menemui dirimu
namun tidak ku peduli siapa dirimu
namun tidak ku peduli siapa dirimu

Bok D 04.11.06 - 7:34 am

saya terpegun pagi tadi
melihat suria mentari
sinarnya indah sewaktu awan melitupi
membias cahaya bergaris-garis ilusi
warna peraknya ditepi awan cantik tak terperi
lantas berkata-kata saya pada diri hidup kita juga begitu dan begini
sekitar waktu ujian dan dugaan mendatangi
berkunjung dan menyapa namun pasti akan pergi
walau suria hati dilindung awan melingkari
yakinkan bahagia juga mengakhiri
bak sinarnya yang bagai jejari
bak cahaya perak seindah pelangi

DarlingLara 04.12.06 - 11:37 am

nak makan pun kena pkpk

pk nak makan apa
jgn leka pk pk nak makan apa
nanti kesudah lupa nak makan nanti kelaparan boleh bawak sakit
bila sakit sapa yg susah
dah tentu2 diri sendiri susah
mak pun susah
kakak kakak ikut susah
abang pun jadi susah
kawan2 .. ish depa tak de yg tak kesah
malah turut juga susah
ter pk pk nak hantar apa
kad ke duit ke bunga ke
untuk org sakit biar dia sembuh
hantar ubat tak boleh laitu keja doktor la
nanti kita salah hantar ubat
lagi menambah penyakit

DarlingLara 04.12.06 - 1:16 pm

jiwa lara hati kacau
jangan terigau2 nanti boleh sasau

jiwa lara hati kacau
masalah? ..nyahlah dikau
jangan dikenang jgn diimbau

hati kacau jiwa lara
teguhkan iman kuatkan daya
relaikan masalah mengusut minda
rungkaikan nestapa dijiwa beraja

hati kacau jiwa lara
panjatkan doa pada yang Kuasa
hilangkan duka gantikan gemira
setiap yang bermula pasti ada akhirnya

DarlingLara 04.12.06 - 2:47 pm


Liana
Mmg duka kadang2 harus ada
Lara itu kekadang2 harus tiba
Layan saja seadanya

Liana
Hiba itu akan hadir selepasnya
Tanda kita mengertai azimat kurniaanNya
Bersyukurlah kerana kita masih peka
Bisa mengerti segala rasaYa

liana
Hidup ini bukan sekadar gurau senda
Hilai dan ketawa
Bergelak dan bergembira
Dan hidup bukan satu jenaka

Kerna Liana
Hidup itu harus ada pancaroba
Di uji dan di duga
Dia adil memberi kita Nikmatnya
Diberi itu semua tanda kasihNya

DarlingLara 04.12.06 - 6:46 pm


Pernah berpikir 'tuk pergi
Dan terlintas tinggalkan kau sendiri
Sempat ingin sudahi sampai di sini
Coba lari dari kenyataan
Tapi ku tak bisa jauh jauh darimu
Ku tak bisa jauh jauh darimu
Lalu mau apa lagi
Kalau kita sudah gak saling mengerti
Sampai kapan bertahan seperti ini
Dua hati bercampur emosi
Tapi ku tak bisa jauh jauh darimu
Ku tak bisa jauh jauh darimu
Sabar sabar aku coba sadar
Sadar sadar seharusnya kita sadar
Kau dan aku tercipta
Gak boleh terpisah
Dan tak bisa jauh jauh darimu
Ku tak bisa jauh jauh darimu (3x)

vaart 04.19.06 - 5:17 pm


DL,
kenapa nak mogok adakah pasal pokok?
camna kita orang nak happy-happy
kalau you tak der sekali
yang lebih merana lagi nanti si bokd...

don't worry takleh dengar ilham nyanyi belaian jiwa
bunyinya hampir sama macam penyanyi asalnya
cuma yang buat i rasa meroyan giler
sebab nyanyiannya separuh jalan jer!

DL,
kembalilah ke sini
tanpamu terasa sunyi

ilham,ni 2nd attempt ni bersajak...

teesh 04.20.06 - 10:35 am


Assalamualaikum....

Buat Seri sempena Hari Lahirmu.....Seri....
jalan ini masih jauh...
lorong itu masih berliku...
ada jurang di tepi..
ada onak duri di sisi..
ada badai menghalang..
ada ribut bertandang..
larikkan tekad...
ukirkan hasrat..
tetapkan niat...
doa yang terhimpun..
alunkan dalam lagu sendu..
mimpi yang beradu..
bangkit dari lena..
mimpi yang tak sudah...
pasti jua akhirnya..
Sekali lagi...
doaku mengiringi perjalanan hidupmu...
hati2 yer..kerana jika terlena...
duri yang tertusuk tidak akan terasa sakitnya..

Sayang selalu..

Aya Homepage 04.20.06 - 12:35 pm


hmm .. ada sepasang rama ramaku letak di speaker radio
tapi radio tu pun radio bisu
buat perhiasan meja saja
eh saya nak cerita pasal rama rama

ada sepasang rama rama
satu warna hijau satu lagi merah hadiah dari Liana
yang dia beli di Jakarta
satu untuk Bok D satu untuk saya
saya terima dengan hati berbunga-bunga
suka dan gembira tak terkata
dengan baik rama rama itu kan ku jaga
walau pun kawan2 semua tunggu masa ja
aku leka aku alpa
ada je tangan yang mengusiknya
nak culik itu rama rama
jangan laa
kalau hilang ... aku ngangis nanti macam mana
Bok D jauh Ilham pulak nak peduli apa
nak pujuk hati ku yg gundah gulana
sebab kehilangan rama rama
Mesti Ilham cakap .. padan muka
sapa suruh tamak haloba
dibagi satu nak dua
hah sekarang dah putih mata
hahahaha gitula dia gelakkan saya
saya sayang rama rama

DarlingLara 04.20.06 - 2:30 pm


jika cinta itu yang kau tanya
ia tidak pernah sangsi memberi
merona impian syarkawi
jika cinta itu yang kau tanya
ia telah lama melangkau jurang dan ranjau
menembusi pelusuk jiwaku
jika cinta itu yang kau tanya
ia telah lama terbakar membara
menanti salju datang tidak kunjung tiba
dan
jika cintaku yang kau tanya
ia telah lama...terlalu lama
tercurah padamu...

Bok D 04.20.06 - 4:04 pm

khas buat sumer....

mengenalimu satu keindahan
bergurau dgnmu satu kebahagiaan
melukai hatimu cuba dielakkan..
secebis kasih membuat kita sayang
seucap janji membuat kita percayas
ekecil luka membuat kita keciwa..
tetapi sejambak ukhwah selamanyerbermakna..luv u all..

seri

lambai balik,
sebab aku pun dah nak balik,
jenguk jap sebelum balik,
keja lum abis tapi aku mesti balik....
tak nak buat kerja sampai tunggang tebalik,
insya Allah ada umur suk2
aku sambung balik...
Wei bokd jgn dulu balik...
Gentleman nko kena renung balik...
Sebelum hatinya di tutup balik...Huhu..
nanti nko jugak yg susah pujuk balik-balik...
dahhh... aku nak balik

TAM 04.20.06 - 5:49 pm

abg ..

ingin tahu..tafsirkan..
andai tiada jawapan
bertanya lah
andai dia diam
pujuk la
rajuk nya tak lama
rajuk nya tak kemana
kerana
rindu tetap ada di hatinya

percayalah...!!

Liana Homepage 04.20.06 - 5:56 pm


aku masih di sini
mengutip sisa sisa kasih
menyulam sisa sisa rindu
semoga rindu itu
semoga kasih itu
sentiasa disini
menantiku
ya..sentiasa..
menantiku..

Liana Homepage 04.20.06 - 6:31 pm

Assalamualaikum semua, i pun nak try bakat gak! Here goes...

Rindu,
Aduh, rindunya aku pada kalian
Geram
Gerammnya aku bila sentiasa dilanda kesibukan
Kecewa
Kecewanya aku sekian lama tidak dapat bersapaan
Dengan kalian semua yang kuanggap kawan....

Mudah-mudahan
Selepas ini aku terus berkesempatan
Bersama kalian yang sentiasa di ingatan
Sajak
Terimalah sajak ini yang kuungkapkan
Percubaan pertamaku yang akhirnya berani kupersembahkan
Buat sahabat-sahabat maya yang lebih berpengalaman...

Camna??
Boleh ker sajak I ni??
Jgn gelak yer, I belasah jer... Tak nak ketinggalan beb!!!

teesh 04.17.06 - 9:57 am

semalam kau merenongku
dalam olahan maya
perlahan lahan ia menembus
lantas langkahku jadi kaku
izinkan aku percaya
pada renongan itu
izinkan aku tersenyum
pada renongan itu
izinkan aku menyanyi
pada renongan itu
dan
izinkan aku simpan ia
jadi mimpi indah

Bok D 04.21.06 - 5:37 pm



waaalaikumsalam

Friday, April 21, 2006

Tazkirah Jumaat Part 5

Assalamualaikum

seperti biasa, hari Jumaat yang mulia ini kita bertazkirah untuk kebaikan kita bersama dan seperti biasa aku memohon ampun dan maaf sekiranya ada terkasar bahasa dan sebagainya sepanjang seminggu yang lepas...

Ini adakah petikan ayat ayat Al-Quran dan Hadis dan pedoman yang aku terima dari SMS..

1)Sesunnguhnya Allah,para malaikat,para penghuni langit dan bumi memberikan kehormatan kepada orang yang mengerjakan kebaikan( hadith:Tirmizi)marilah kita semua bersolat.
2) Dan Allah memberi petunjukm ke jalan agamaNya kepada sesiapa yang kembali kepadaNya ( Arra’d:27 )Marilah solat agar mendapatpetunjuk.
3)Hakikat buta bukanlah buta mata tetapi buta hati, hakikat miskin bukanlah miskin harta tetapi miskin budi
4)Sombong itu adalah orang yang membenci kebenaran dan menghina manusia/kemanusiaan
5)Firman Allah;Dan berserahlah engkau kepada Allah, tuhan yang hidup tiada mati(Al-Furqan:58)Berserahlah pada Allah dan kita tunaikan solat.
6) Firman Allah swt; Dia yang awal dan yang akhir yang zahir dan yang batin dan Dia mengetahui akan setiap sesuatu ( alhadid:3)marilah kita kerjakan solat.


Ini pula petikan dan pedoman yang aku aku CNP dari komen di Haloland dari Mentos


"Inna a'kthoina'kalkautsar, fashallilirab bika wanhar, innasha nia'kahuwal abtar".

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaituanak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kitaamalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita

.2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosokdileher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x padamata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihiritu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyukketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidakbersalah tetapi dizalimi.Perkara yg baik kita amalkan slalu.

Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.

Wassallam.

mentos 04.20.06 - 10:29 am


Ini pula a piece of material yang aku dapat dari forwarded e-mail dari Liana aka Baby untuk renungan kita bersama...

4 PERKARA SEBELUM TIDUR ( Tafsir Haqqi )

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara, yaitu :

1. Sebelum khatam Al Quran,

2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,

3. Sebelum para muslim meredhoi kamu,

4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah... .

"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah... . Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?" Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :

Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Quran.

Membacalah sholawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.

Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhoi kamu.

Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah" Sekian untuk ingatan kita bersama.

SENGAL SENGAL JUGA, MEROYAN MEROYAN JUGA TAPI SOLAT DIABAI JANGAN

wassalam

Happy Birthday Seri aka Srumurgan aka Miss Good Morning!!

Assalamualaikum,

..aku masih lagi demam dan masih juga di rumah berbekalkan MC Hammer sendiri approve aku..ahaks ahaks ahaks...so, memang tak larat nak buat entry yang aku hutang Misa lagi...sabarnya Misa....

so hari ini aku akan publish same beautiful sajak and seloka yang original dari warga haloland dari entry semalam yer,peringatan dan collection of jokes dari haloland untuk tatapan semua.......dengan izin pencipta yer...

So, HAPPY BIRTHDAY SERI....semoga panjang umur, murah rezeki , dikekalkan dalam iman, seterusnya bahagia dan sepanjang masa berseri seri tak kira pagi atau petang dan siang atau malam...

BTW, if you happen to listen to a strange voice coming from the blog, that's me indeed...huhuhu.....so nak thanks Liana aka Baby gan Dik Noon for helping me to get the 'singing' heard in this blog....

okke yang ini untuk Seri dari Embun...enjoy..

Selamat Hari Jadi Seri
Tuk yg keberapa tahun pun aku kurang pasti
Hari ni umur meningkat lagi
Tak kisahlah tu beb janji happy
Senyum selalu tunjuklah gigi
Macam ilkan ubat gigi darlie
Eh apa pulak aku merepek ni
Meh be serious pulak kali ni

Selamat Hari Jadi Seri
Panjatkan syukur pada Ilahi
Dipanjangkan umurmu setahun lagi
Doakan moga murah rezeki Melimpah ruah & diberkali
Bahagia hidupmu dengan family
Ditetapkan iman dalam hati

Happy Birthday Seri
Hope your life is going very smoothly
Be strong, healthy and wealthy
Forever young and be Grace*Kelly*fully
I Wish you very very sincerely
From the bottom of my heart & kidney
See my tad innit poem very la the messy

Selamat Hari Jadi Happy Birthday
Sang Yat Fai Lok
Piranta Nal Valthugal
Saya nak ucap gak hari ni
Tak nak tunggu Thursday
Tak nak tunggu esok
To wish the birthday girl

DarlingLara 04.19.06 - 11:38 am


Yang ini dari embun yang aku rasa best untuk kita......

Once in a lifetime

Think about this one...

Next month, (on Thursday, 4th of May ) at two minutes and three seconds
after 1:00 in the morning, the time and date will be

01:02:03 04/05/06.

This won't ever happen again in our lifetime...

DarlingLara 04.19.06 - 12:02 pm

Yang ini dari Kak RI....suka kreativiti ini......

Happy birthday Dik Seri...

Just in case tak online esok, mengambil kesempatan

WISHING YOU 12 MONTHS OF TAUFIQ
52 WEEKS OF HIDAYAH
365 DAYS OF BERKAT
8760 HOURS OF SABAR
525600 MIN OF ZUHUD
31536000 SEC OF REDH

Akak ri 04.19.06 - 1:05 pm

I rasa friendly banter antara Teesh gan BokD ni really funny..

teesh,

PMS tu aper..?

Bok D 04.19.06 - 12:09 pm #
----------------------------------


"Pi makan sat" - itupun tak tau bokd nih!!

teesh 04.19.06 - 12:20 pm
#


Embun yer nei aku suka , thanks Embun

boss
kalau demam tak kebah lagi
pergi jumpa doktor ambik la ubat
tapi jangan pulak mengurat misi
nanti baiknya tidak .. penampar u dapat

boss
nanti kalau masih menggeletar
kalau badan masih lemah lesu
tidur berselimut pakai gebar
pasang ubat nyamuk kalau tak kelambu
takut nyamuk gigit badan u yg kekar
habis berbintat2 hilang jambu

bossi
nak balik dulu
sorry tak boleh nak jaga u malam ni
maklumla rumah i kat ulu
pc ada tapi streamyx tak sampai sini
tapi u jaga diri u tu
i tak nak u sakit lagi
u know kan i love u
and i know u love me too

DarlingLara 04.19.06 - 6:27 pm


Yang ini aku tunggu BokD jawab......Samarinda bermula!!!!..ahaks ahaks

Siapalah aku ini
Yang ingin memetik cintamu
Siapalah seadanya
Diriku di sisimu

Kau punya segalanya
Sedangkan aku insan hina
Hidupku penuh dengan kisah duka
Antara kita jurang nya berbeza

Biarlah usahlah
Bermain dengan api
Kelaknya terbakar sendiri
Biarlah tersimpan
Segala perasaan
Rahsia hatiku terhadapmu
Siapalah aku

DarlingLara 04.19.06 - 6:36 pm

wassalam

Thursday, April 20, 2006

Wasiat - Part 2

Assalamualaikum,

.....entry hari ini adalah petikan petikan dari komen haloscan dari papaadlis berkenaan dengan wasiat/faraid dan sebgainya untuk renungan bersama...thanks papaa for this input and hopefully would be able to be of help to anyone of us wishing further clarification on this subject..

PENAMAAN BAGI AHLI YANG BERAGAMA ISLAM

Bagi ahli yang beragama Islam, orang yang dinamakan hanya bertindak sebagai wasi/pentadbir (administrator) yang bertanggungjawab untuk mengagihkan simpanan mengikut Hukum Islam (Faraid) kepada waris-waris ahli yang berhak.

*di petik dari KWSP*

papaadlis Homepage 04.18.06 - 10:40 am

FARAID

Menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya.

Maka harta peninggalannya akan di bahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu dll), menurut hukum Islam. Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dll) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid ialah:

1. Tanah
2. Bangunan (rumah).
3. Barang kemas (emas, perak dll).
4. Insurans dan Wang tunai (sama ada dilaburkan atau tidak).
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

papaadlis
Homepage 04.18.06 - 11:02 am

Komponen Waris Yang Berhak

1. Ashabul-Furud

Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

(a) Asabah Binafsih

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki, saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung, anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

(b) Asabah Bil Ghoir

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

(c) Asabah Maal Ghoir

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

papaadlis
Homepage 04.18.06 - 11:04 am



3. Dhawil-Arham

Golongan ini akan menggantikan golongan (1) dan (2) setelah kedua-duanya tiada kecuali suami atau isteri tidak menghalang golongan ini mengambil bahagian harta. Tetapi biasanya golongan ini akan terhalang menerima harta.

Keadaan ini disebut hijab iaitu dinding yang menjadi penghalang seseorang daripada ahli waris untuk menerima pusaka kerana masih ada ahli waris yang masih dekat hubungan kekeluargaannya dengan simati. Terdapat 4 golongan Dhawil-Arham (masih ada hubungan kerabat) iaitu: golongan datuk dan nenek, golongan cucu dan cicit (anak dari cucu), golongan anak saudara dari saudara perempuan dan golongan bapa saudara atau emak saudara atau saudara lelaki atau perempuan ibu. Manakala hijab yang telah disebutkan tadi terdiri daripada 2 jenis iaitu: Hijab Nuqshon dan Hijab Hirman.

(a) Hijab Nuqshon

Terhalang dengan mengurangi pembahagian ahli waris dari menerima pembahagian Ashabul-Furud yang lebih banyak menjadi lebih sedikit, kerana masih ada ahli waris lain yang bersama-samanya. Seperti suami dari menerima setengah menjadi seperempat kerana ada anak atau cucu.

(b) Hijab Hirman

Terhalang dengan tidak menerima pembahagian pusaka sama sekali kerana masih terdapat ahli waris yang lebih dekat hubungannya dengan yang mati yang lebih berhak untuk menerima harta pusaka. Misalnya saudara lelaki sebapa terhalang kerana adanya saudara lelaki kandung dan datuk terhalang sebab adanya bapa.

papaadlis
Homepage 04.18.06 - 11:04 am

Terdapat 15 ahli waris dari pihak lelaki dan 10 ahli waris dari dari pihak perempuan yang utama dan layak menerima harta pusaka. Waris dari pihak lelaki seperti berikut:

1. Anak lelaki
2. Cucu lelaki dari anak lelaki
3. Bapa
4. Datuk
5. Saudara lelaki seibu sebapa
6. Saudara lelaki sebapa
7. Saudara lelaki seibu
8. Anak saudara lelaki dari seibu sebapa
9. Anak saudara lelaki dari seibu atau sebapa
10. Bapa saudara seibu sebapa
11. Bapa saudara sebapa
12. Sepupu dari bapa saudara seibu sebapa
13. Sepupu dari bapa saudara sebapa
14. Suami
15. Hamba sahaya

Jika kesemua waris lelaki di atas wujud, maka hanya tiga orang sahaja yang layak iaitu:

1. Bapa
2. Anak lelaki
3. Suami

Ahli-ahli waris perempuan yang layak menerima harta pusaka iaitu:

1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Nenek sebelah ibu
5. Nenek sebelah bapa
6. Saudara perempuan seibu sebapa
7. Saudara perempuan seibu
8. Saudara perempuan sebapa
9. Isteri
10. Petuan perempuan bagi hamba sahaya

Jika kesemua ahli waris diatas wujud, hanya 5 orang yang layak:

1. Anak perempuan
2. Cucu perempuan dari anak lelaki
3. Ibu
4. Saudara perempuan seibu sebapa
5. Isteri

Jika kesemua 25 waris lelaki dan perempuan masih hidup, maka keutamaan akan diberikan kepada hanya lima ahli waris berikut:

1. Bapa
2. Ibu
3. Anak Lelaki
4. Anak Perempuan
5. Suami/Isteri

papaadlis
Homepage 04.18.06 - 11:05 am

Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka dia memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam daripada harta yang ditinggalkan jika orang yang meninggal itu mempunyai anak dan dia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat seperenam.

(Pembahagian-pembahagian tersebut di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-anakmu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat (banyak) manafaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.(an-Nisa : 11)

papaadlis
Homepage 04.18.06 - 11:06 am

Berikut adalah bahagian yang diperolehi oleh ahli waris mengikut syarak..

Bahagian Diperolehi Suami kepada simati 1/2 Tidak mempunyai anak ATAU
Tidak mempunyai cucu dari anak lelaki 1/4 Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki

Bahagian diperolehi Isteri kepada simati 1/4 Tiada anak ATAU
Tiada cucu dari anak lelaki 1/8 Mempunyai anak ATAU
Mempunyai cucu dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi Anak Perempuan Simati

1/2 Hanya seorang sahaja DAN tidak ada anak lelaki
2/3 2 orang anak perempuan atau lebih DAN tiada anak lelaki
ASABAH BI-GHAIRIH Mempunyai anak lelaki - mendapat separuh dari bahagian anak lelaki

Bahagian Diperolehi Cucu Perempuan Anak Lelaki Simati

1/2 Mempunyai seorang sahaja DAN tiada anak
2/3 Mempunyai 2 orang atau lebih DAN tiada anak
1/6 Mempunyai seorang atau lebih jika bersama-sama dengan seorang anak perempuan ASABAH BI-GHAIRIH Mempunyai cucu lelaki - mendapat separuh dari bahagian cucu lelaki daripada anak lelaki.
Terhalang disebabkan mempunyai anak lelaki ATAU 2 anak perempuan atau lebih

Bahagian Diperolehi Bapa Simati

1/6 Mempunyai anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki
1/6 dan Asabah Mempunyai anak perempuan ATAU cucu perempuan dari anak lelaki
ASABAH Tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi Ibu Kepada Simati

1/6 Mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU mempunyai dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3 Tidak mempunyai anak ATAU cucu dari anak lelaki ATAU tiada dua saudara kandung ATAU saudara sebapa
1/3 dari baki Mempunyai bapa serta suami ATAU isteri

Bahagian Diperolehi Datuk kepada simati
Sama seperti bapa Hanya mendapat bahagian sekiranya tiada bapa

Bahagian Diperolehi Saudara Perempuan Seibu Sebapa kepada simati

1/2 Tiada anak, cucu, bapa DAN tiada waris yang menjadikannya Asabah
2/3 Dua orang atau lebih, tiada anak, cucu, bapa DAN ahli yang menjadikannya Asabah ASABAH Mempunyai saudara lelaki kandung ATAU datuk.
Terhalang oleh disebabkan adanya bapa, ATAU anak lelaki ATAU cucu lelaki dari anak lelaki

Bahagian Diperolehi Saudara Perempuan Sebapa
1/2 Hanya seorang, tiada anak, cucu,saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah
2/3 Dua orang atau lebih dengan syarat tiada cucu lelaki, saudara kandung, bapa DAN tiada ahli yang menjadikannya Asabah
1/6 Seorang atau lebih mempunyai saudara perempuan seibu sebapa Asabah disebabkan oleh saudara lelaki sebapa ATAU datuk
Terhalang Oleh
1. Bapa
2. Dua orang atau lebih saudara perempuan kandung
3. Seorang saudara perempuan kandung dan mempunyai anak perempuan dan cucu perempuan 4. Saudara lelaki kandung

Bahagian Diperolehi Saudara Seibu (Lelaki/Perempuan)

1/6 Hanya seorang, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
1/3 Dua atau lebih, tiada bapa, datuk DAN tiada anak ATAU cucu dari anak lelaki
Terhalang oleh Disebabkan adanya bapa, datuk, anak dan cucu dari anak lelaki

papaadlis Homepage 04.18.06 - 11:15 am


Sedikit tambahan utk explain to datin seri:

Terdapat perbezaan antara wasiat dan hibah. Wasiat berlaku apabila seseorang membuat wasiat terhadap hartanya untuk diberikan kepadad seseorang dan wasiat hanya akan berkuat kuasa setelah pembuat wasiat meninggal dunia. Sekiranya pembuat wasiat masih hidup, wasiat tersebut tidak akan berkuat kuasa dan pembuat wasiat boleh membatalkan wasiatnya pada bila-bila masa.

Di dalam hukum islam, wasiat hanya berkuat kausa terhadap 1/3 sahaja daripada hartanya, walaupun disebutkan di dalam wasiatnya untuk diberikan semua wasiat tersebut. Manakala hibah berlaku dan berkuat kuasa semasa pemberi hibah tersebut masih hidup lagi. Apabila hibah berlaku, sipemberi hibah tersebut tidak boleh membatalkan lagi hibahnya. Oleh yang demikian, sekiranya ingin membuat wasiat, perlu diingat bahawa ianya hanya memberi kesan terhadap 1/3 sahaja daripada harta. Yang selebihnya akan di bahagikan mengikut hukum faraid.

Sekiranya ingin memberikan harta saudara kepada seseorang secara hibah, boleh melakukannya dan ianya memberi kesan terhadap keseluruhan harta tersebut. Manakala harta sepencarian adalah harta bersama antara suami dan isteri di mana isteri boleh menuntut haknya sekiranya harta tersebut adalah harta sepencarian. Bahagian isteri tersebut tidak boleh difaraidkan, hanya bahagian suami yang boleh difaraidkan.

papaadlis Homepage 04.18.06 - 11:56 am

Last but not least, addition to this discussion, comment from Che Not...

Hibah sebenarnya bolehlah diistilahkan sebagai hadiah kasih sayang. Ia merupakan penukaran hak milik ke atas sesuatu barangan, harta, wang dan sebagainya dari org yang memberi kepada org yang menerima. Hibah ni sebenarnya instrument atau alternatif yang ketiga yang boleh digunakan bila faraid dan wasiat tidak boleh membantu dalam sesuatu perkara. Cthnya apabila seorang lelaki muallaf yang mempunyai ibu yang bukan beragama Islam. Dalam faraid, siibu tidak akan termasuk dlm senarai penerima. Maka hibah mampu menyelesaikan masalah di sini. Cth lain jika seorang lelaki hanya mempunyai seorang anak perempuan sahaja. Dalam siatuasi biasa faraid, si anak hanya akan mendapat 1/2 daripada harta atau estet peninggalan si bapa. Jika si bapa merasakan anak perempuan beliau seharusnya mendapat lebih lagi dan mungkin akan timbul ketidakadilan pada anak perempuan dia akibat daripada ketidakadilan waris lelaki lain yang tinggal, maka dia boleh menggunakan hibah untuk memberikan harta atau estet tersebut semasa hidupnya.Hibah apabila sudah dilaksanakan tidak boleh diambil balik kecuali jika hibah itu diberikan kepada anak si pemberi hibah itu sendiri. Syarat-syarat juga boleh diletakkan untuk sesuatu hibah itu seperti hibah hanya akan berkuat kuasa bila si pemberi hibah sudah meninggal atau jika si penerima hibah berakhlak mulia dan tidak melanggar syariat Islam. - (credit to Saudara Azman Ismail, Personal Money)

Che' Not 04.19.06 - 8:32 am



..Kengkawan..

this is what Haloland is all about , sharing of info , knowledge and experience whilst enjoying the unique brand of friendship....Papaadlis has shown to us the quality of knowledge and the fact that we may have been looking for this piece of information and we got it , of all places , in our Haloland... alhamdullilah

Kengkawan,

Haloland is a magis place where friendship bonded through knowledge, common interest, love for Allah & love for our country & our people and love for one another...the magic of the Haloland was not created overnight nor it was created on hatred or lust and with God's permission, it will never appeared elsewhere in the world call Maya...

Kengkawan,

Nothing last forever nor will Haloland, until such end, lets enjoy this friendship to the fullest...the sharing of knowledge, the sharing of hopes and ambition, the sharing of triumph and defeat, the sharing of happiness and sadness, the ups and downs of life and most of all the sharing of genuine feeling of love , honesty ,respect and dignity...

Kengkawan,

we may never see each other or atleast each one of us in the real world but it never stopped me from feeling that I am blessed by Allah swt to have each one of you as a 'real' friend...no such things as perfect friendship or prefect community but if there's such one, we are almost there indeed...this friendship can never be duplicated, copied or immitated cause this is a friendship based on pure respect and love to each other....

Kengkawan,

I love u all , respect and cherish your presence here.....

Tomorrow is the Birthday of our dear friend Seri aka Srimurgan aka Miss Good Morning...heheheh....Seri requested that a simple kenduri for her birthday as a gesture of respect to 3 people dearest to her that passed away for the past one year....we respect her request and a simple kenduri doa selamat for tomorrow....and we sincerely hope that since this kenduri involved seri and therefore for Papaa to take the centre stage yer.....and kenduri esok juga untuk Ida yang berjaya masuk Metrikulasi di Kulim Kedah...tahniah Dik Ida!!!....

Happy Birthday , Selamat Hari Lahir kepada my dear Seri.....may Allah bless you always...


wassalam