...seperti biasa, di hari Jumaat yang mulia ini aku menghulur sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekira terkasar bahasa , terlebih jenaka dan terbabas perkataan di dalam entry mahupun di haloland....
Kepada Embun, Selamat Hari Jadi dan semoga Allah swt membuka jalan kejayaan , panjang umur, dikekalkan dalam iman dan murah rezeki selalu, insyaallah...so ini ada gambar hadiah dari Aling dan Seri untuk Embun yang tak sempat aku publish semalam...


...terkadang aku rasa hairan aku mudah meluahkan rasa kasih dan sayang pada teman teman di Holaland tetapi agak sukar untuk aku melafazakan perasaan atau perkataan yang sama pada adik beradik aku sendiri...segala bentuk kasih sayang disimpan sehinggalah di pagi raya atau disaat berlaku sesuatu yang menduga...mengapa ??...
kematian itu akan tetap datang dan datangnya kematian itu pada kita seharusnya kita raikan sekiranya kita faham apa erti kehidupan itu sendiri...alhamdullilah , aku jua akan mati dan kesyukuran itu aku panjatkan kerana dengan harapan dapat bertemu Illahi yang ku kasihi...sedih aku nanti meninggalkan dunia yang fana ini kerana betapa kehidupan itu sendiri adalah syurga Illahi sekiranya kita mengerti...
jangan takut pada mati kerana kematian itu pasti, jangan benci pada kehidupan kerana hidup itu sendiri adalah nikmat....kita hidup di dunia ini ada tujuan samada menjadi pemimpin besar ala khalifah mahupun pemimpin kecil sebagai ibu bapa , ketua kampong dan sebagainya....jangan kita hidup di dunia ini sekadar kerna mampu bernafas tetapi hidup di dunia ini untuk meninggalkan kesan pada yang ditinggalkan.....ilmu , teladan, sedekah, pekerti, amal adalah khazanah yang kita tinggalkan di dunia yang kan menjadi bekalan di sana....
mengingat mati itu sendiri adalah bekalan untuk terus hidup, kerana dengan mengenali kematian kita appreciate pada kehidupan.....hidup ini indah kalau dicorakkan sebegitu dan hidup ini payah kalau diconteng sebegitu juga....kita hidup kerana belum datang ajal dan kita mati kerana tiada yang kekal melaiankan Dia yang menjadikan segalanya..
...marilah kita bersama sama mengingati mati pada hari ini agar kita dapat melihat di mana darjah persediaan kita untuk bertemu malaikal maut nanti...
1) adakah kita sudah menjadi makhluk Allah yang amar maaruf dan nahi mungkar..
2) adakah kita anak yang soleh yang bisa menjadi penyelamat ibu bapa di saat mereka memerlukan kita nanti di alam barzakh....
3) adakah kita pekerja yang ikhlas menjalankan tugas untuk mendapat rezeki yang halal...
4) adakah kita suami atau isteri yang patuh dan saling membimbang satu sama lain kearah jalan yang lurus...
5) adakah kita ibu atau bapa yang menjadi teladan dan ikutan si anak untuk mereka menjadi insan yang berguna kelak....
6) adakah kita teman yang membiarkan sahabat sahabat melayang atau kita teman yang memandu sahabat ke arah kebenaran...
7) adakah kita masih melewatkan hutang yang kita mampu tunaikan
8) adakah kita masih berdendam dan tidak memaafkan dan adakah kita masih angkuh dan ego hingga tidak mahu meminta maaf sedangkan kesalahan antara manusia yang akan menjadi halangan kita nanti di sana...
9) adakah kita masih melihat esok sebagai satu hari yang baru atau melihat hari ini sebagai penamat untuk amalan ku kerana masa tidak akan berulang lagi datangnya...
10) adakah kita masih malu untuk menyatakan aku tak tahu jalan dihadapan ku dan bimbinglah aku kerana perjalanan yang tidak mengambilkira Masysar itu adalah perjalanan yang sia sia..
..walau di dunia ini team work, masyarakat dan jemaah itu dituntut , namun di akhirat nanti , kita berdiri sebagai individu.....maka kekuatan kita sebagai individu dalam kelompok atau kumpulan di dunia ini akan menjadi penentu nasib kita di sana.....kalau baju penutup tubuh kita di dunia maka amalan kita adalah pakain di akhirat.....renungkan adakah pakain kita sudah lengkap untuk di sana...adakah kita berpuas hati dengan pakaian sedekah orang atau pakaian dari busana pasar malam atau kita mahu pakaian yang branded seperti Versace untuk kita pakai di sana nanti...
kengkawan...merenung mati itu bukan bermakna kita mahu mati tetapi mengingat mati itu adalah self-assesment terhadap diri kita....dalam mengukur percapaian kita di dunia untuk persediaan kita diakhirat, kita tidak perlu performance appraisal, KRA concept dan sebagainya kerana dengan bertanya hati kita, kita tahu di mana letak kita di dunia ini dan di akhirat nanti...
sekarang beberapa cebisan teladan dan renungan untuk kita bersama...
1) Forwarded e-mail dari Liana aka baby yang agak menakjubkan untuk renungan kita..

The photograph attached was taken by the crew on board the Columbia during its last mission, on a cloudless day.
The picture is of Europe and Africa when the sun is setting. Half of the picture is in night. The bright dots you see are the cities' lights. The top part of Africa (whitish) is the Sahara Desert. Note that the lights are already on in Holland, Paris, and Barcelona, and that's it's still daylight in Dublin, London, Lisbon, and Madrid. The sun is still shining on the Strait of Gibraltar. The Mediterranean Sea is already in darkness.
In the middle of the Atlantic Ocean you can see the Azores Islands; below them to the right are the Madeira Islands; a bit below are the Canary Islands; and further South, close to the farthest western point of Africa, are the Cape Verde Islands. Note that the Sahara is huge and can be seen clearly both during daytime and night time. To the left, on top, is Greenland , totally frozen.
We witness the greatness of god.
2) Teladan dan amalan/rujukan yang dipetik di Haloland dari teman teman kita
salam jumaat..
Fadhilat Wuduk
1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu".
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini" .
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat".
seri 04.21.06 - 9:58 am
12 Waktu Mustajab Untuk Berdoa
Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:
1) Semasa Lailatul-Qadar.
2) Ketika hujan turun.
3) Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4) Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5) Di tengah malam.
6) Di antara azan dan iqamah.
7) Ketika sujud dalam solat.
8)Ketika iktidal akhir dalam solat.
9) Ketika khatam (tamat) 30 Juz al-Quran.
10) Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
11) Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12) Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu asar dan maghrib.
seri 04.21.06 - 10:31 am
Sabda Rasulullah (s.a.w)
"Apabila seseorang hamba muslim atau mukmin berwuduk, lalu ia mencuci wajahnya, maka akan keluar dari wajahnya setiap dosa yang ia lihat (yg haram) bersamaan dengan air atau bersama titisan air terakhir, bila ia mencuci kedua tangannya, keluar dosa2 yang dilakukan kedua kakinya bersamaan dengan air atau bersamaan dengan titisan air terakhir hingga ia keluar dlm keadaan bersih dari dosa"
-Hadith Riwayat Muslim
eva 04.21.06 - 11:01 am
Sekadar renungan buat akhowatku sekalian..Sayangnya Allah pada kita ..
Betapa sayangnya Allah pada kita sehingga di dalam al-Quran diselitkan dengan motivasi supaya hamba-hambaNya ini tabah dalam menghadapi segala dugaan sebelum menuju ke perhentian ABADI...
KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui s! edang kamu tidak mengetahui." -Surah Al-Baqarah ayat 216
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -Surah Al-Baqarah ayat 286 RASA FRUST? "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -Surah Al-I! mran ayat 200 "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -Surah Al-Baqarah ayat 45
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -Surah At-Taubah ayat 111-
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -Surah At-Taubah ayat 129
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!! "...
..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir." -Surah Yusuf ayat 12
`Knowledge exists potentially in the human soul like the seed! in the soil; by learning the potential becomes actual.'
- Imam Al-Ghazali -
sama2lah kita muhasabah diri.....sama2lah kita berusaha menggapai rahmat-Ilahi...InsyaAllah.Ya Allah...janganlah Engkau jadikan dunia ini kerungsingan kami yang besar...jadikanlah akhirat kerinduan kami......( Doa amalan Rasulullah )
Best wishes to all my friends....May Allah bless us....InsyaAllah.Assalamualaikum.
Misa 04.21.06 - 5:01 pm
Wassalam...




