Wednesday, September 26, 2007

Selasa yang sunyi-citer politik lar pulok...

Assalamualaikum,

Selasa yang sunyi

Aku sedang menunggu waktu untuk ke Media Prima bagi urusan resmi syarikat tetapi prospect ke seri pentas tersebut tidak dapat tidak telah membuat aku terfikir siapakah artis yang aku harap aku akan terserempak di TV3 sana ...kehkehkeh…..so, dalam aku terfikir fikir dalam kereta tadi siapa yang aku harap aku terserempak , maka terkeluarlah nama Mawi, Erra, Heliza, Nasha Aziz, Fasya Sanda, Heliza Misbun dan sebagainya….tapi kan the funny thing is artis yang sebenarnya aku nak jumpa ialah Farah AF2!!!...serius, lepas aku tolak, bahagi campur, aku sebenarnya kepingin untuk bertemu dengan Farah AF2….waduh, hidup ini memang pusingan roda gituh…..pernah aku tergiler kan Farah, namun kemudian tiada kagi pasrah dan kini aku pulang ke awalan pusingan dengan harapan untuk bertemu artis yang pernah mencuit hati ku ini masa musim AF2….ermmmm...aku imagine nei apa aku nak cakap kat Farah kalau aku terserempak dengan dia...

..pagi tadi aku dengan berita mantan PM dah beransur pulih dan walaupun aku tidak akan berdoa untuk kesihatan beliau tapi aku ikut cerita ini kot kot dapat cuti free!!huhuhu….tidak banyak sikit, segala gejala gejala social yang berlaku hari, penghinaan terhadap Islam, penghinaan kepada institusi Raja adalah berakar umbi dari dasar dasar yang diterapkan oleh rejim sebelum zaman Pak Lah ini….material development tidak seimbang dengan mental development yang menyebabkan berlaku vacuum yang tidak diisi dengan baik yang menyebabkan berlakunya gejala gejala negative dalam masyarakat….memang kemajuan itu penting tetapi kemajuan yang yang lebih kepada kepentingan peribadi atau parti atau crony yang menghasilkan pembangunan yang tidak seimbang….he has 22 years to fulfill his plan for this country and though he did not fail much but his few major failures were really hurting the people and this country right this moment….

..he had his days, monuments after monuments under the pretext of development, controversial rules and actions , surpressing his political foes and tones of benefit to his loved ones….so I think I don’t owe him a single cent and I don’t think I need to be sentimental in thinking of his contribution as the PM because I wish not too to mention those adverse impact he had for the muslims and malays during his reign….i don’t really care whether he gets well soon or his health deteriorates further but I do hope Pak Lah will do the right thing to declare public holidays if it happens..kehkehkeh…

Tapi dengan keadaan mantan PM yang tidak berapa sihat akan menyebabkan keputusan untuk pilihanraya umum terpaksa ditunda lagi kalau ianya schedule for this year( w’pun aku dah predicted next year) dan kalau PM tiada, maka ada lebih ruang untuk PM and the gang untuk membuat perubahan drastic semasa pilihanraya ini…mungkin Pak Lah masih memegang kepada beberapa janji selagi hidup mantan Pm itu lagi yang menyebabkan beliau masih berkira kira dalam mengambil sesuatu keputusan…..aku seronok tengok pak lah ialah beliau membuat sesuatu perancangan untuk sesuatu tindakan seolah olah beliau akan menjadi PM untuk seratus tahun lagi sedangkan mantan PM dulu membuat keputusan untuk sesuatu tindakan bagaikan besok beliau akan mati….di sini Pak Lah nampak lebih mature dari sudut politik tetapi mantan PM lebih jelas seorang yang decisive tanpa batas…namun aku rasa Pak Lah cepat cepat betulkan fahaman beberapa orang yang kurang faham tentang konsep hadhari dalam Islam kerana ada yang seolah olah berpegang kepada Islam Hadhari sebagai satu kemestian dan penambahan dalam rukun iman pulak dah!!!..please Pak Lah , betulkan benda ini sebelum ianya menjadi satu penyakit aqidah yang tidak terkawal…

Baiklah, aku pun tak berapa faham kisah rioting di Terengganu yang dikaitkan dengan penyokong PAS dan mungkin kalau ada kelapangan aku nak pergi baca dulu untuk mendapatkan kepastian atas apa yang sebenarnya berlaku…politik macam nei lah…..

Baik lah, sampai di sini dulu….

wassalam

Friday, September 21, 2007

entry sendiri tulis sendiri baca

Assalamualaikum,

rasanya dah lebih 3 minggu aku telah memblock entrance to blog Ilham nei dan memang aku langsung tak menulis atau dapat beronline untuk ngintu ngintu dengan kengkawan.....memang terasa janggal dan memang terasa agak sunyi sedikit hari hari aku nei.....tapi , setelah sesuatu keputusan itu dilakukan, maka aku kena berani menghadapi risiko yang datang....

Janggal jugak menulis ini kerana tahu tiada siapa yang akan membacanya tetapi sekurang kurangnya aku menulis untuk melepaskan gian aku selepas sembahyang jumaat ini....selalunya lepas sembahyang jumaat nei, haloland akan riuh rendah untuk bersedia meraikan kehadiran hujung minggu.....

..keadaan aku menulis sekarang ini seperti memula aku start blogging, kerana takut tulisan aku tak elok mana, maka aku tak bagi tau sorang pun geng geng AMTY pasal aku ada blog until a couple of weeks later kot...aku rasa malu sebab kalau kalau tulisan aku akan dihina or jadik bahan ketawa orang kan ....bila aku rasa ada sedikit keberanian untuk memberitahu arwah Emy yang aku dah ada blog,emy pulak takut nak masuk sebab takut takut nanti AMTY lain kecik hati ngapa Emy saja yang tau pasal blog Ilham!!!!..so aku cakap dekat arwah that aku tak bagi address blog and up to her to google and eventually dia masuk ala ala macam tersesat lar kan kan kan.....kehkehkeh..al-fatihah untuk arwah emy yang akan selalu ada terpahat sejarah beliau dalam blog ini....

...ntah ngapa terasa rindu nak menulis dan lebih lebih lagik rasa rindu nak berjumpa kawan kawan online.....rasa hiba pun ada jugak memikirkan gelagat kawan kawan di alam maya ini...namun aku memang aku tidak dapat untuk membuka blog ini untuk kengkawan bagi kadar waktu yang aku sendiri tidak tau bila......tapi aku jugak tidak mahu membiarkan kawan kawan tidak terus dapat masuk blog sebab banyak sangat memori memori indah di haloland yang perlu dikongsikan bersama....memang salah satu hobi masa lapang aku juga ialah membaca halo halo sebelum ini dan kadang kadang gelak sorang sorang sebab seakan akan benar apa yang berlaku di halo tersebut...

..masakan aku bisa pergi begitu saja dari orang orang yang sudah menjadi special dalam kehidupan maya aku yang sudah aku anggap seperti adik beradik aku sendiri....namun aku juga tidak nafikan bahawa keadaan/circumstances menyebabkan keadaan kita berubah dan kehilangan aku kali ini dari alam maya memang tidak langsung dirancang.....

walaupun bagaimana pun, aku masih lagi berutus utus email dengan ramai kengkawan namun rasa dan suasananya tidak sama.....dan oleh sebab keadaan aku hari ini, aku pun tidak dapat membalas email kawan kawan dengan kadar segera...kadang kadang aku terfikir, adakah kengkawan halolanders teringatkan aku lagi , adakah yang marah dengan aku sebab tutup blog dengan tiba tiba, apa perasaan silent reader yang datang almost every day ke blog walaupun tak pernah kenal sapa depa.....macam mana dengan janelabu yang mungkin pengsan kalau tengok blog tetiba tertutup or NiNi along Labuan aku nanti....semuanya aku fikirkan dan memang sayu bila teringat dan the only thing that ease my guilty feelings ialah memang aku tidak ada masa yang terluang untuk merenung jauh dan bila ada ketika ketika tertentu yang aku sudah biasa berada dengan kengkawan, maka hiba tu cepat datang.....

..tapi itulah kehidupan yang kena kita lalui , perubahan demi perubahan, stages of life yang kena kita tempuhi samada kita suka atau tidak, adjustment in life dan sebagainya....

so pada kengkawan kengkawan yang memikirkan ngapa aku menghilang, entry ini akan membuktikan aku menghilang kerna keadaan namun tiada pernah aku kehilangan dari segi persahabatan....

....agak terharu dapat email dari Uncute yang menyampaikan pertanyaan dari kakri ngapa blog kena on invitation aja dan sedih juga dapat email dari teesh yang macam merajuk ingat dia dah diketepikan dari senarai kawan ilham!!..insyaallah teesh, kawan kita dunia dan akhirat yer...sedih juga bila dapat email dari embun , NHK, fudhla dan jugak adik adik brunei aku si eva dan si jazz....liana , xmen dan mamabat pun ada tegur aku dekat YM dan YM pun aku telah aku delete so menyebabkan access to YM aku terbatas sebab sudah masuk virus siam !!....

....banyak yang aku nak luahkan,

kisah gempa bumi di awal Ramadan di Indonesia
kisah adik nurin yang hilang kemudian dijumpai mati dibunuh
kisah Jose Mourinho yang meninggalkan Chelsea on mutual agreement
kisah Iran nak kena attack dengan amerika dan kuncu kuncu depa
kisah aku melalui Ramadan ini sendiri
kisah final MyStarz yanga ku tak sempat nak tulis
kisah SBK jugak yang aku tengok tapi sempat nak review
kisah bolton dan newcastle yang melalui keadaan yang berbeza
kisah emille heskey tetiba jadi top balik!!!

insyaallah, pada kelapangan yang akan datang , akan ku nukilkan semula kisah kisah yang begitu dekat dengan hati aku ini walaupun tiada mungkin ada yang bisa membacanya untuk seketika waktu....

..memag beza rasa kehidupan aku ini bila ianya hanya aku fokus pada alam realiti....aku memang committed dengan almost apa benda yang aku buat dan bila aku committed dengan real life ini memang keadaan aku juga terasa berbeza....real life without escapism to the virtual life can be really trying but at the same time rewarding too.....

..age is catching up and perhaps it is time to be real with the real life.....waullahhuaqlam


wassalam

Tuesday, September 04, 2007

Entry Selasa

Assalamualaikum,

hei kengkawan....semalam wa cuti dengan harapan untuk ngintu sambil buat keje opis...tapi wa yer internet line disco sampai lar malam.....wa mintak sorry pada kengkawan yang ngintu semalam sedangkan wa tak der dan seolah olah macam wa ala ala tak layan.....wa duduk berjam jam beb nak masuk halo tak dapat!! last last keje opis pong wa tak abih siap....cettt!!....

...pengajaran untuk wa bahawa apa yang kita rancang hanya sekadar rancangan dan Allah swt jua yang menentukan segalanya.....tapi kan....walaupun kita tau Allah swt yang menentukan segala, namun kita masih kenkadang rasa gundah gelana kalau sesuatu perkara itu tidak mencapai keputusan yang kita harapkan....wa selalu memikirkan nasib wa tak baik selalu sedangkan apa yang ada pada wa nei dah lebih baik dari ramai manusia di dunia ini tetapi disebabkan kita membandingkan diri dengan yang lebih baik, maka kita merasakan kurang baik.....wa ada kawan kampong yang pernah macam bertanya pada wa, mengapa beliau dilahirkan seorang malay ??!!.....just because dia belajar di Jepun dan suka cara orang Jepun dan meraskan beliau akan menjadi a better person kalau beliau dilahirkan bukan malay....

..ntah lar ekk....dah nama pong manusia, apa yang kita dapat tak akan pernah cukup atau puas...kalau cukup sifat , kita nak lawa pulak, kalau dah lawa nak pulak pandai, kalau dah lawa gan pandai, nak balaks hensem pulak, dah dapat balaks hensem, nak laki hensem gan kaya pulak.....dah dapat laki hensem gan kaya, nak pulak ada title datuk ker Tengku pulak....last last jadi GRO dangdut langsung....kehkehkeh....

actually wa ada tulis satu article , tapi tertinggal kat opis, yang menjadikan wa sedar apa sebenarnya tugas wa di dunia ini....insyaallah wa publish untuk esok yer entry yer....

....have you experienced the kind of feeling that makes you wonder the many decision you made earlier in your life that you wish you have not made taken ?.....macam mengapa kita ambik aliran sains sedangkan kita lebih sesuai untuk art stream or mengapa you decide to take the job when you knew then you will not like the job much.....or mengapa kita reject aweks yang suka kat kita sedangkan kita tau kita pun suka jugak ....ermmmm....aku rasa kita semua melalui perasaan tersebut......mengapa kita melalui proses mengenang kembali perkara perkara yang mungkin tidak akan merubah masa depan kita i....maksud aku, mengapa kita menoleh jauh ke belakang akan perkara yang tidak akan mewarnakan hari ini atau masa depan kita ??......mengapa kita tidak akur kepada pernyataan bahawa Allah swt jua yang menentukan segalanya.....

..tapi inilah proses pemikiran yang kita lalui.....memory kita kadang kadang memainkan semula tayangan kisah kisah lalu yang terlalu menusuk kalbu.....tapi kenkadang kita tidak mahu menayangkan kisah kisah indah yang kita lalui tapi memory kita suka melihatkan kepada yang susah atau yang pahit.....keadaan ini selalunya berlaku apabila kita sedang melalui satu keadaan yang kita tidak berapa tenteram hari ini dan kita suka melihat ke belakang dan menyalahkan keadaan yang silam untuk mengubati kesuraman kita hari ini.....ianya tidak salah tetapi kenkadang boleh menyebabkan kita merasa frustrated sedangkan frustration itu tidak Islamic....bila kita frust dengan apa yang berlaku bermakna kita cuba melawan qada dan qadar atau menafikan hakikat bahawa kita hanya bisa merancang tetapi Allah swt jua menentukan segalanya....

...tetapi sememangnya susah untuk memberitahu seseorang yang baru putus cinta bahawa ianya qada dan qadar kehidupan atau menyatakan kepada seseorang yang ada penyakit yang life threatening bahawa ianya kehendak Allah swt semata....tetapi hakikatnya kalau kita akur akan hukum qada dan qadar, itulah sebenarnya cara kita approach pemasalahan yang kita lalui dalam kehidupan ini......but seriously, it is not easy.....keadaan inilah yang mana syaitan bisa masuk menyelinap untuk menganggu aqidah dan keimanan kita.....berhati hati ekkk...

....kehidupan ini adalah satu neraka kalau kita tidak bahagia dengan apa yang kita ada, kehidupan ini akan menjadi satu bebanan kalau kita tidak redha dengan apa yang kita alami, kehidupan ini akan menjadi sempit kalau kita tidak pernah puas dengan apa yang ada dengan diri kita hari ini....

....namun kehidupan tanpa cita cita atau target adalah kehidupan yang agak routine dan agak membosankan , namun keinginan dan nafsu yang menyebabkan cita cita menjadi obsession dalam hidup cita cita menjadikan kita manusia yang lupa pada qada dan qadar.....

so, apa yang aku cuba nak sampaikan ialah, enjoy apa yang kita ada, redha dengan kekurangan yang ada pada kita, bersyukur dengan kelebihan yang Allah beri, jangan frustrated dengan kegagalan yang kita alami......ermmmm memang cakap senang tapi susah nak implement kan...tapi it is not to late to try.....

wokeh lah, tu ajalah dulu...merapu pulak wa dah...kehkehkeh..

...BTW, sapa yang ada anak atau cucu..kehkehkeh...ambik UPSR, wa nak ucapkan all the best...insyaallah, doa dan usaha anak anak itu akan membuahkan hasil yang terbaik...

wassalam

Monday, September 03, 2007

Diarydiri Monday

Assalamualaikum

.....Merdeka weekend!!!...penuh dengan sambutan, penuh dengan acara acara menarik, penuh dengan majlis perkahwinan tapi aku terduduk kepenatan.....kehkehkeh....balik dari perarakan pagi Jumaat , aku betul betul tergolek dog....so dari petang Jumaat hingga ke saat aku menulis ini iaitu petang ahad, aku tidur aja kerja sebab kepenatan....although esok dapat unrecorded leave, aku masih tak sure nak cuti ker tidak sebab kerja kat opis melambak...

..seronok jugak masuk perarakan selepas sekian lama aku tak melibatkan diri....macam hari raya pun ada jugak rasanya dengan contingent contingent perarakan saling kunjung mengunjung untuk bergambar......macam macam pakain seragam yang dipamirkan oleh contingent untuk menunjukan creativity dan definitely friendly banters threw to each other relating to baju masing masing....ada yang colonial time punya design, ada yang dah macam ultraman pun ada jugak, ada yang more tradisional, tapi masing masing dengan concept masing masing.....contingent aku aku selamat dari sudut design tapi mampu membuat membuat mata menoleh sebab memang orang tau ianya must be a very very expensive attire indeed...by 10.00 am contingent kami pun selesai lalu depan dif dif kehormat dan memang pada peringkat 100 meter tersebut, nampak gagah contingentaku berkawad......exhausted giler wa cakap lu....masa tu air mineral adalah air yang paling sedap di dunia...dengan matahari terik memancar, memang aku rasa macam nak pengsan sebab pukul 5 pagi dah bersedia keluar dari rumah....

..tapi seronoknya mengatasi kepenatan dan nyanyian lagu lagu patriotik di pengujung acara betul betul menaikkan semangat patriotisme dikalangan yang mengambil bahagain....lepas tu balik office organise budak budak kawad punya makan dan allowance dan terus friday prayer....lepas tu apa lagi, tidur tak sedar diri......tidur makan tidur ajalah wa lepas tuh....kononnya nak tengok bunga api semua langsung tak jadi sebab terlalu penat.....sekarang nei pun aku rasa penat giler lagik...

...tapi, tahniah pada pihak kerajaan kerana berjaya mengadakan majlis sambutan yang tidak berunsur hiburan tetapi lebih kepada penghayatan erti kemerdekaan tersebut.....kalau tahun tahun sebelum ini jelas hiburan dan artis menjadi umpan untuk rakyat berkumpul, namun kali ini, acara acara yang penuh displin yang dipamirkan......well done indeed...


Merdeka Cup

..aku terpanggil untuk menyaksikan di TV perlawanan akhir Merdeka Cup antara Malaysia melawan Myanmar tapi keseronokan tersebut hilang selepas menyaksikan gol pertama malaysia....lepas gol kedua aku mula menjadi mual nak menonton dan bila mula start nak bergaduh tuh terus aku muntah.......aku tak dapat menolak guts feelings aku bahawa everything about the final game was actually designed to make malaysian will not be humiliated on the eve of their 50th anniversary of independence.......

..i can't simply ignore the fact that the Malaysia striker was literally allowed to shoot without any pressure from the onrushing myanmar defender(s) and the own goal early in the 2nd half was certainly a joke.....with 2 goal cushion in terms of goal conceded, mynamar started to play real football and when malaysia scored a genuinely good 3rd goal, mynmar resorted to dirty football any some of their players were actually pleading for the referee to send them off!!!....

..memandangkan aku study the way people fixed matches, so aku nampak jelas banyak cara cara tersebut berlaku dalam game malaysia melawan myanmar ini....dubious referreing decisions seperti goal myanmar disallowed sebab kononnya mengasari penjaga gol, own goal or bad goal conceded, goal conceded early in the game of each half, dirty play and almost free-for-all , the stake of the game is high dan macam macam lagi dan semua perkara ini ada dalam game tersebut untuk aku ignore begitu sahaja....

..game tersebut juga of a very low quality dan lebih kepada standard budak budak sekolah menengah....catch and run dan tiada game plan whatsoever....the game was seen lively because of the crowd participation.....

...dan yang paling kelakar ialah coach malaysia untuk under 23 ini telah dilantik menjadi coach malaysia full team yang baru atas dasar memenangi this low qiality Merdeka Cup tournament....so, it was enough to convince me the FAM has no real intention to make malaysia a great football nation it used to be....i rest my case and as far as i am concerned, aku tak akan menonton malaysia main lagi lepas ini sehingga aku yakin bolasepak malaysia di atas landasan yang betul......

EPL

...fuhhh...sedih beb .....tengah tengah tengok Liverpool lawan Derby, keluar tulisan yang Everton scored a late winner against Bolton dan tak berapa saat lepas itu keluar pulak tulisan yang menunjukkan Owen menjaringkan a late winner for Newcastle against Wigan...frankly, aku very much in love dengan si janda ku Bolton tapi aku dah decided that Newcastle sebagai kuda aku tahun ini...

..i think Bolton will survive the drop this season and aku strongly believe that Newcastle is going to win the championship.......

..elsewhere, Spurs were unluckly not to get 3 points against Fulham, Manchester United winning narrowly against Sunderland and Liverpool thumping Derby 6-0!!.....

still early days tapi aku nampak bahawa title race will be interesting and exciting and no more tow or three horse race......

wokeh lah, kepada kengkawan yang bercuti santai atau balik kampong during the extended weekend, wa nak ucapkan selamat kembali dan hoping kelian really cuti hard and enjoy yourself ekkk.....



wassalam