Tuesday, October 23, 2007

Selamat Hari Raya dan sehingga berjumpa lagi...

Assalamualaikum,

..aku ingin merakamkan rasa terima kasih pada kelian semua yang sudi mengunjungi blog ini selama 13hari kebelakangan ini dan melayan kerenah aku di halo....mungkin sekejap saja kita dapat ngintu namun bisa mengubat rindu dandam yang berkarat selama ini...dalam gurau dan senda semestinya ada tersilap kata dan niat yang tersalah tafsir dan sebagainya...maka maaf dipinta semua jangan disimpan menjadi saka....

..walaupun ada permintaan untuk aku membiar saja blog tanpa di update tapi selepas aku berdiskus panjang dengan diri ku sendiri, maka aku rasa adalah lebih baik di tutup untuk sementara waktu until the next session probably masa cuti hari raya haji dan cuti panjang hujung tahun nanti, insyaallah......

sementara itu , adalah sesuai saat ini sehingga akhir tahun kita menilai prestasi diri kita sepanjang tahun ini dan memikirikan perancangan untuk tahun depan....tahun ini adalah tahun yang agak mencabar bagi diri aku sendiri dan setiap detik yang berlalu akan aku nilai untuk memperbaiki diri untuk tahun depan khususnya dan tahun tahun akan datang secara amnya...hidup tanpa wawasan dan harapan akan membuat diri kita layu dalam menghadapi routine hidup seharian....get new hobbies, find new acquantance , set new targets sebab continuos improvement mesti kita lakukan dalam kehidupan kita sehari hari....

....ketiadaan aku bersiaran langsung bukan bermakna tiada keinginan aku untuk menulis atau sharing of thots and ideas tetapi keadaan di alam nyata berubah mengikut keadaan...terkadang perubahan force upon us rather than by design.....

....banyak perkara besar berlaku tahun ini dan mungkin pengiktirafan Dr.SMS dan kapten Dr.faiz sebagai cosmonout mungkin sesuatu yang membanggakan namun ianya bukan yang terbesar....btw, kalau pergi belajar kat cosmopoint boleh jadik cosmonout ker arrr ??!! kehkehkeh.....mungkin ada yang melihat kes altantuya mahupun keputusan keatas kes Lina Joy sebagai kisah yang mempunyai impact yang tersebar....mungkin kes bunuh adik Nurin sesuatu yang menggemparkan mahupun terhempasnya helikopter Nuri dan kebakaran Ferry ke Pulau Tioman sebagai yang amat memeranjatkan...perlantikan Agong baru juga menarik perhatian kita untuk tahun 2007 ini...

..namun bila aku memikirkan dua kes besar yang amat menyentuh diri aku tahun ini , aku memilih kes makcik meriam yang terpisah selama puluhan tahun di korea sebagai yang teramat memberi tekanan emosi pada diri aku dan juga yang paling besar kes ialah kes anak yang bertukar di hospital semasa kecil kemudian dijaga oleh keluarga Islam tetapi apabila bertemu semula dengan keluarga kandung yang bukan Islam , beliau telah meminta untuk keluar dari Islam dan mengikut agama keluarga asal beliau......kes ini bagi aku amat kuat impactnya untuk aku apabila aku menilai kesinumbangan kedaulatan agama Islam di negara ini...mungkin ianya isolated case tetapi ianya sesuatu yang amat besar kesannya,IMHO.....makin lama aku memikirkan kes ini makin seram aku memikirkan impact yer pada generasi muda akan datang.....marilah mengambil iktibar dari kes ini dan kes makcik meriam.....sorry nyer seri and my johor friends, both cases involving johorean yer....

....dari sudut ekonomi, sedar tak sedar kuasa membeli kita telah jatuh dengan kenaikan barang yang terus menerus...RM50 bukan lagi besar hari ini dan we are expecting minyak untuk naik lagi tahun depan yang akan menyebabkan barangan dan perkhidmatan naik lagi....hari ini aku sudah merasakan beban membeli rokok dengan harga RM.8.20 sekotak !!...

..dari sudut politik , kita menantikan pembubaran parlimen untuk menandakan pilihanraya umum akan diadakan...bila ? tak nampak tahun ini dengan musim peperiksaan akhir tahun diperingkat SPM dan STPM akan bermula dan musim haji bakal sampai pula...therefore, aku merasakan tahun depan yang paling awal sekiranya beberapa kes sensasi yang melibatkan institusi mahkamah/undang undang dapat diselesaikan pada kadar segera....namun aku melihatkan pernikahan Pak lah, kenaikan gaji sektor awam, kemenangan BN di Ijok sebagai feel good factor yang memungkinkan pilihanraya pasti berlaku sooner rather than later.....pertembungan dua dinasti adalah penentu perubahan landscape politik untuk pilihanraya kali ini dan semestinya pertembungan dua dinasti ini akan menyebabkan DSAI menjadi faktor penentu yang tidak boleh diketepikan oleh semua pemain dalam dua dinasti besar ini...

...dari sudut antarabangsa, aku rasa disturbed dengan kematian 138 orang penyokong Benazir Bhutto baru baru ini dan statement Bhutto yang beliau menuduh al-qeada dan taliban militant sebagai suspect adalah satu pernyataan yang menunjukkan beliau mahukan sokongan amerika dan sebagai pembaca , aku menilai statement bhutto itu sebagai satu indication yang bom tersebut planted untuk politicali leverage pihak pihak tertentu....bila nyawa manusia dijadikan umpan untuk cita cita politik sebagaimana serangan keatas masjid oleh musharaf awal dulu, maka aku merasakan bahawa negara tersebut sudah tiada nilai kejujuran yang akan menyebabkan kehancuran bakal menjadi saksi....

..amerika mahu menyerang Iran sudah aku predict lama dulu lagi di blog ini dan dengan piliharaya president hampir dekat, maka musuh baru harus dibentuk utnuk mendapat undi patriotik dari rakyat amerika yang ramai tidak mempunyai minda yang cergas untuk berfikir secara waras.....tidak hairan aku kalau Iran yang mendapat sokongan dari Rusia tidak diserang kali ini yang akan menyebabkan syria bakal menjadi pengganti iran pula....namun pertelagahan antara Fatah dan Hamas yang paling aku berasa sedih dan risau kerana di sini pihak zionist sudah mendapat weapon yang paling berkesan iaitu mereka sudah ada penyokong dalam bumi palestine itu sendiri maka pembunuhan terhadap rakayt palestine akan dilakukan melalui proxy mereka iaitu Fatah....IMO....

.....jepun sedang melalui proses transition dalam kepimpinan negara mereka dan China terus maju dari sudut ekonomi yang memungkin mereka akan mengambilalih dari jepun dan korea selatan sebagai kuasa ekonomi dengan pasaran ekonomi yang terbesar....dengan penduduk menghampiri 2 billion orang, maka china tidak perlu untuk international support untuk market barangan keluaran depa....begitu juga India yang mungkin akan mencontohi economic reform negeri china dan kependudukan indian sub-continent yang melibatkan india, pakistam, bangladesh, srilanka dan nepal yang mencecah 2 billion penduduk juga akan menyebabkan India boleh self-sufficient dalam mentadbir ekonomi mereka sendiri.....

..last but not least, aku tidak boleh melupakan lagi kekalahan Lewis Hamilton di Brazil GP yang menyebabkan beliau tidak menjadi rookie pertama memenangi kejuraan FI ( latest news Maclaren nak appeal akan keputusan FIA untuk tidak penalised BMW team dalam kes fuel irregularities semalam...aku rasa kalau appeal ini didengari maka ada kemungkinan Hamilton jadik driver's champion).......

Jose Mourinho kena sacked dengan Chelsea adalah sesuatu yang amat memeranjatkan dan Sammy Lee of Bolton juga menjadi casualty awal untuk season baru ini..Arsenal nampak garang dan Liverpool pula erratic ....i fancy Man U kerana depa punyer experience tetapi aku putting my money on Newcastle to do a Kimi Raikonnen towards the end of the season....kehkehkeh..

..hoki negara sedang melalui zaman kegemilangan dan hopefully this team could deliver the 1st olympic gold medal for malaysia....

...namun yang penting, di akhir akhir tahun ini kita appreciate apa yang kita ada dan kadang kadang kita suka appreciate sesuatu atau seseorang itu apabila ianya sudah tiada...kita suka menoleh kebelakang dari memandang kehadapan....kita suka menyimpan dari menyatakan dan kita suka assume instead bertanya.......

...kita suka melihat kelemahan orang lain dari menghargai kekuatan yang mereka ada dan lebih malang kita suka melihat kesalahan orang lain untuk melupakan banyak jasa jasa yang mereka lakukan....ini adalah kerana sebagai manusia, kita suka menghukum dari mengadili....kita suka mendengar dari menganalisa dan kita suka gossip dari fakta....kejujuran bagi kita hanya untuk keuntungan .....

....sebagai manusia kita tidak akan lari dari dosa tetapi yang penting ialah untuk mencari jalan untuk menghilangkan dosa kita pada manusia dan yang lebih penting bertaubat pada Illahi...

i love u all so much dan aku sudahi sessi kali ini dengan selawat dan salam ke atas junjungan kita Rasullulah saw dan semoga segala yang kita lakukan di dunia maya dan nyata akan diredhai Allah swt sepanjang masa....

sehingga ketemu lagi.....Allah hu Akbar.....




wassalam

Monday, October 22, 2007

Lewis Hamilton robbed by Alonso...

Assalamualaikum,

..aduh!! aku tak boleh tahan neh...tak larat aku nak tengok muka si alonso atas podium !!

Lewis Hamilton was robbed of the F1 Driver's Championship by his own teammate Alonso....with 2 laps to go with Roikenan leading, Alonso at 3rd and Hamilton trailing at 7 and the only way for Maclaren to win the Driver's Championship was for Hamilton to get 6th place and it was obvious that the only way possible was for Alonso to just move aside or did not cross the chequered flag for his Maclaren teammate to move to 6th palce and to win the driver's championship....

..I was devastated for Hamilton ..he wa boxed down at the starting line by the Ferrari strategy that allows Massa to move ahead and later Ferrari made a another fantastic stratgey to get Roikenan to move ahead when Massa did a spin without any pressure and a good pits stop timing calculation to get Roikennan ahead without being penalised by FIA....

..only if , only if Alonso had that little heart for his Maclaren Mercedes employer, he should just moved aside during the 2nd last lap on the pretext of engine failure and Hamilton would be champion....I felt for Hamilton, not sure what had happened to him when his car suddenly slowed down from the 6th position to 18th position on what suspected to be a gear shift problem though i believe it could be just nerves getting into the head....but, had there been another 3 extra laps, I would reckon that Hamilton would be able to get to that 6th place...hard luck and hard done for Hamilton....there was this brief moment with 6 or 7 laps to go when Roseberg and Kubica nearly crashed into each other that may have given Hamilton the 5th place and the championship title...

..i thought schumacher was a bastard, tapi alonso is the mother of all bastard !!!kehkehkeh...geram wa beb!!!....spaniard being a racist in nature may not want to see a coloured driver to win the F1 championship....and alonso did just that....i remember a recent international football game between england and spain and all coulored english players were booed and monkey chanting was aimed at all black english players ...before that, the spaniard football coach was taped/recorded of referring to Theiry Henry of France/Barcelona as a black bastard...

....uhhh..aku memang tak puas hati giler, i still could recall that Hamilton backed off to allow Alonso to win the Monaco GP at Monte Carlo and I would expect a return of favour....

so what went wrong with Hamilton ??!!..perhaps rookei inexpereince, bad 3 stops strategy, probably a slight mechanical problems , bad team mate and above all running out of luck....Imagined getting stuck in gravel on the way to the pit stop was so unlucky and funny indeed macam baling bola bowling ke belakang at an international tournament !!...

okkelah, nothing can be done now and well done Ferrari and Roikennan and regardless of the outcome, Brazil GP was indeed the best FI race i have ever witnessed in a long long time....

a night before, aku bersengkang mata menyaksikan Rugby World Cup final between South Africe and England and once again, England were beaten by 6-15 in a tense final....England were denied a legitimate 'try' that would have changed the complexion of the 2nd half of the final...but South Africe were clearly the superior team though England played quite well too....

okke lah guys, one week of high expectation and produced zero for those yang sokong England macam aku....England kalah dengan Russia in football, kalah dengan South Africa in rugby and now Hamilton was robbed of the championship title in F1....i bet Scottish must be overwhelmed by these run of bad results that went against their english nemesis....

.....other than that, weekend aku penuh dengan aktiviti beraya sakan and it was indeed a happy weekend sebab aku met many of my dear friends di rumah rumah raya dan juga yang datang mengunjung aku di rumah....

...baiklah kengkawan, tomorrow will be my last entry for this raya segment and I will again close the blog until the next cuti panjang session that very likely masa christmas and new year punyer period or perhaps masa raya haji jugak...

wassalam

Friday, October 19, 2007

Entry Friday Oct 19,2007

Assalamualaikum,

Salam Jumaat di Syawal yang mulia
Ku pohon maaf dari kelian semua
Semoga persahabatan berpanjangan hendaknya
merapat siratulrahim antara kita

malam tadi aku di hospital melawat saudara terdekat yang membuat pembedahan yang melibatkan cancer payudara..teori 'ubat gigi' aku nyata tak boleh pakai kerana saudara terdekat aku nei belum kawin lagik.....

apa yang aku nak cerita dekat sini ialah sedang aku berbual bual dengan saudara terdekat aku itu bila masuk seorang stranger amoi yang nampak amat ceria....aku pun ingat dia salah bilik tapi dia kata memang dia nak jumpa dengan cancer patient.....amoi nei mewakili NGO yang berkaitan dengan cancer dan mereka ini akan mencari mana mana patient baru cancer menerangkan perkara berkaitan cancer dan cara untuk menjaga diri masa recovery lepas operation....amoi nei kata ini kerja sukarela dan dilakukan atas dasar kesedaran mereka sebagai survivor penyakit cancer sebelum ini....amoi tu berkata dari awal that her initiatives has got nothing to do with race or religion.....tapi bayangkan keadaan ini di mana kita dalam kerisauan dan keresahan menghadapi penyakit yang merbahaya dan datang stangers bagi nasihat dan hadiah lah , maka approach ini sungguh berkesan....maksud aku di sini , aku sedar sekarang mengapa mubaligh mubaligh agama kristian selalu berada di rumah rumah sakit melawat mereka yang sakit yang especially yang tiada saudara mara kerana impact yer kuat...

..semasa amoi nei bercakap mesra dengan saudara mara aku, aku terfikir kalau tabligh tabligh kita menggunakan approach ini untuk menegakkan sunnah Rasullullah saw , aku rasa ianya lebih berkesan dari approach yang depa buat sekarang.....ini adalah kerana mereka approach orang yang mahukan pertolongan dan shoulder to cry.....maka eloklah approach para tabligh ke arah yang lebih mesra kepada mereka yang memerlukan...

BTW, it was fun yesterday dekat halo dan kalau ada sesiapa yang terkecik hati dengan kerenah aku semalam , please accept my sincere apology…..memang kadang kadang kalau kita bergelak ketawa banyak sangat adalah petanda airmata nak bercucuran akhirnya…

Apparently Noey dah agak confirmed nak migrate Australia ekk….i dunno, Australia baru passed kan satu law yang tidak membenarkan hijab dipakai di airport airport depa yang menunjukkan depa makin hostile terhadap orang Islam…..it is one way of them telling muslim of the world that they don’t need muslims in their country or to come to their country….however, Noey must have done her homework thoroughly and I wish noey all the best…insyaallah, hijrah tu baik dengan niat yang baik…

Aku kalau nak migrate aku akan carik Negara yang akan memberi aku satu keselesaan dari sudut kewangan dan akan memberi aku satu platform yang memungkinkan aku untuk memulakan satu kehidupan baru yang berbeza dari kehidupan aku hari ini…..aku nak pergi ke Negara yang aku susah nak asyik balik ke Malaysia dan negara yang friendly dengan pegangan agama Islam aku ini….satu negara yang menarik minat aku ialah Madagascar….sebuah kepulauan yang indah dengan sejarah sejarah menarik dan banyak tinggalan lama yang bersalam dari nusantara ( stand to be corrected )…

..next option I would like to migrate to Arab Saudi to be close to the place Islam was born and if I were to migrate to Arab Saudi and therefore the reason is obvious, to improve my religious understanding towards being a better muslim….

..i will always be tempted to move England because of my love for football but I if I do move to England , I will make sure that I will further my study up to the phd level….otherwise, the high cost of living will not do justice to my migration….

I will also consider Bosnia for the fact that I may be able to contribute to the development of the country and the fact that Bosnia is such a beautiful country too….

Last but not least, I would want to move to Colombia because I believe there is a potential in this country for Islam to develop..

wokeh guys, have a nice weekend yer....

wassalam

Thursday, October 18, 2007

England owh England

Assalamualaikum,

...This is the week that suppose to crown the English of sport supremacy with their Football team qualifying for Euro'08, the rugby team to win the Rubgy World Cup in France and Lewis Hamilton to secure enough points to be the first rookie to win the F1 Driver's championship...

..sadly though it was not meant to be when England soccer team were defeated by Russian by 2 goals to 1....strange things happened in football dan Pak long aku selalu cakap dulu dulu " bola itu bulat " kalau anak anak sedara dia berlagak pasal team Selangor or Malaysia during those golden era....bayangkan, England were in full control of the football match and could afford missing sitters when the Russian were chasing shadows all over...tetibe, Rooney fouled the Russian and penalty was awarded ( dubious decision though) and lepas tu tak pasal pasal Russian were ahead with a scrappy goal in England were all over the park lepas tuh...

...i was very upset when Gerrard missed that open goal because I could see Guus Hiddink had made tactical changes to their play by increasing the speed of play and England were no longer controlling the middle of the park since Russian were pushing the ball out wide each time.....aku kept repeating " kang kena England nei kang " when i saw mistake after mistake made by england player in around their own penalty area.....I thought Paul Robinson was to be blamed for the second goal ...at that higest level, he should now better that you need to push the ball away from the danger zone.....again wright-phillips was not effective, Lescott was not ready for such a massive game, paul robinson was utter rubish, gerrard missed a glorious chance, rooney was brilliant and villiant too...owen was not given even one chance to go at goal and perhaps Barry , Ferdinand, Campbell deserved to be praised.....yang paling sakit jiwa yer, Russian were not actually playing well !!

..tak per lah, kalu england tak qualify, mungkin maclaren kena sack dan that will give the opportunity for england to appoint Jose Mourinho or Big Sam as England boss.....kalau big sam jadik boss england aku rasa dia akan revamp abis..

goalkeeper - Bend Schuster

defense - micah ricard, ledley King, ferdinand and baines

midfield - aaron Lennon , asley Young , reo-Coker , gareth barry

striker - Ashton, Rooney

squad - pennant, hargreaves, defoe, ablanglahor, darrent bent.....

wokeh lah, lantak lah england yang penting jom kita sambung raya...

..aku tak sempat keluar rumah when jiran jiran datang raya kat rumah..so malam tadik wa pakai baju malay wa yang lagi satu yang wa tatau dah bila nak pakai ??!! huhuhu...

....malam nei gei sepital nak lawat adik beradik wa yang kena operate and so no raya tonite!!..

wokeh guys, tu aja dulu ekk



wassalam

Wednesday, October 17, 2007

Raya 4...

Assalamualaikum,

..ari nei pun aku raya sakan jugak....makan nasi kenduri, mee sup pun ada, lemang pun ada jugak, mee hon pun balun jugak....tapi my mom was behaving rather strange tadik....aku risau jugak kot kot wa ada tersalah cakap ker buat my mom kecik hati pulok.....esok aku nak tanya pelan pelan kat my mom...

..esok pulak aku kena keje dah....a few appointments already waiting for me so no way jose aku boleh nak tetibe cakap emergency leave kan kan kan....but aku sure tak ramai yang turn-up untuk besok so aku boleh cuba complete banyak keje yang dah menggunung sebab cuti raya neh....

....besok malam pulak dah ada jemputan raya jugak dan england game against the russian lepas tu.....

....i forgot to mention about the ferry tragedy dekat Mersing/Pulau Tioman that claimed the life of 4 and 3 still missing......tragedy macam nei yang memang selalu aku fikirkan bila aku suka suka holiday naik boat kat Redang or Langkawi.....tak cukup dekat jalanraya, kat laut pun kita prone dengan accident yang menyebabkan maut...tapi aku tak sangat terperanjat sebab aku memang selalu memikirkan perkara perkara nei akan berlaku sebelum nei bila melihat boat boat or ferry ferry yang menawarkan perkhidmatan or awak awak yang mengnakhodakan ferry ferry ini or boat boat yang banyaknya tidak berpengalaman....adakala boat laju digunakan untuk menyeberang laut ke pulau pulau peranginan ini dan condition boat tersebut memang tidak ada safety features langsung.....bila dilanda cuaca buruk memang nyawa penumpang terancam......

...walaupun orang kata aku pengecut, tapi aku memang takut naik boat or cable car atau those exciting looking rollercoaster sebab aku selalu memikirkan 'what if".....yeap what if the nut and bolt tak betul maintain, what if tetibe tali cable car tu snap, what if boat tu terlanggar sesuatu dan bocor, what if ada orang sabotage......semua perkara perkara nei bermain di pala otak aku dan selalunya apa yang aku takutkan memang berlaku....tak lama dulu seorang budak baru mula mengemudi boat laju telah membawa satu family ke tasek dayang bunting di langkawi dan boat tersebut terbalik menyebabkan seorang anak kecik lemas .....di sumway lagoon , mechanical failure menyebabkan seorang wanita yang baru kahwin tercampak dan meninggal dunia, di satu pesta konvo, seorang anak jatuh bila ferries wheels punya buai tu tercabut, di mimaland, seorang mati bila mandi mandi gelongsor bila ada orang jatuh atas dia masa landing dalam kolam, 2 maintenance workers mati bila cable car yang depa tengah service tiba tiba keluar landasan di genting dan sebagainya.......

..memang benar, ajal maut di tangan Allah jua tapi Allah jua suruh kita menggunakan akal fikiran untuk membuat keputusan yang wajar......so keputusan aku ialah aku tidak yakin dengan buatan manusia kerana manusia itu pada dasarnya tidak konsisten....about 10 years ago aku pernah ada kawan seorang civil engineer yang buat estimation work or apa yang dipanggil QS dan dia kata dia akan berasa nervous setiap kali dia melalui flyover or bridge sebab dia kata sebagai QS dia yang menentukan specification material yang digunakan dan beliau berkata kalau ada pihak yang cuba mengambil keuntungan dari bahan bahan binaan tersebut maka boleh menyebabkan jambatan or jejentas collapse dan dia kata kadang kadang human error masa pasang jugak boleh menyebabkan tragedi berlaku....true enough, 2 flyovers yang dalam pembinaan telah runtuh dalam tempoh terdekat ini.....macam tu jugak naik lift...aku memang seriau naik lift sebab aku rasa hopeless and defenseless bila naik lift sebab mechanical malfunction or human error could cause human lifes....

wokeh guys , i think i kena stop dulu untuk turu....

wassalam

Tuesday, October 16, 2007

Raya ke 3 update...

Assalamualaikum',

....aku ari nei beraya sampai ke luar negara bila aku ke China belah petang tadik...Lubok China yer kat Melaka...kehkehkeh....tapi nak balik kena guna coastal road sebab PLUS yer traffic was terribly bad.....masa pergi melaka i saw traffic jam dari Pedas/Linggi interchange sampai lar ke Nilai!!....

....penat lar travelling...yesterday it was Kuala Pilah and today Lubok China....tomorrow very likely Rawang for lunch and God knows where lepas tuh.....tapi seronok lar beraya .....ko nak tau Liana, jangan kan rendang gan ketupat...lontong yang aku tak pernah usik sebelum nei aku bedal semacam aja...kehkehkeh....and tau tak jazz....abang try jaga kesihatan tapi raya punyer pasal, tak leh control lar dik!!....

...BTW, kuala pilah tu tak silap yer kampong Dazz kan Teesh and Lubok China probably abang misai and mawaa yer kampong jugak....

....so tomorrow selasa maka ramailah yang sudah bermula bekerja dan aku nak ucapkan selamat bekerja dan siapa yang dah mula puasa 6, selamat berpuasa jua dari aku....strange things happen, bulan puasa aku langsung tak der rasa gastrik, dah raya nei, aku yer angin kus kus datang balik!!??.....i think i gain 4 pounds during the last 3 days of makan sakan marathon!!!..

i dunno, tapi aku rasa cukup happy raya kali ini dan aku tak kisah TV or ngantuk, aku balun saja rumah sapa yang ada ....kehkehkeh...mengalahkan budak tadika beraya !!!...

wokeh guys, almost 2.00 am dah, aku nak retire for the day dah yer....



wassalam

Monday, October 15, 2007

adoi!!! wa dah tua!!

Assalamualaikum,

I dunno what got into me tadik, tapi aku excited seharian menunggu F1 Brazil for the final race of the season....aku berkejar kejar balik dari Kuala Pilah to be home by 11pm, so enough time aku nak prepare untuk tengok F1!!!.....tapi aku heran ngapa tak der news on qualifying dan siapa dapat pole position.....kehkehkeh....so aku pun tengok lah astro guide for info tapi tak der indication pukul berapa F1 nak start malam nei...last last aku masuk online untuk check and baru lah aku tergolek dog sebab the race is only due next week!!!!.....kuangkuangkuang......masyaallah.....aku dah tua dah.....hehehehe...

..aku pun tatau ngapa aku dok fikir the race is tonite, semua orang aku suruh tengok sebab aku kata it is going to be a classic race!!!.....i guess i was guilty of not checking the fact and perhaps guilty of deceiving my mind to believe what my heart wanted to believe....Ya Allah, i need to slow down a bit more...

....well, at least there is another live sports coverage in rugby world cup 2nd semi-final between argentina and south africa....errmmm 2.30am is a bit too late to stay awake after the all the travelling I did all day.....yesterday's other semi-final between france and england was another classic encounter, i was hoping that france would advance to the final because i have always been a great fan of france rugby team.....i fancy their running game but somehow their abandoned they running game against england and adopted the kicking game and very defensive in their play..that was very unlike france indeed and actually i fear for Farnce when the were only ahead by a single point with 10 minutes to go, knowing very well that Jonny wilkinson ever lurking looking for that drop goal......true enough , wilkinson came alive during the last 10 minutes and scored 2 goals via a penalty and drop goal.....heartbroken for the host country France but england about deserved to go to the final by virtue of their fantastic defensive display.....

earlier yesterday, england football team make it a double celebration for the english by securing an important 3 point by beating estonia in the european championship qualifying match....the scoreline may be a bit unfair to the estonian who played well but conceded 3 potentially avoidable goals against the english.....it wasnt't a vintage england performance but the win secured was more important than the overall performance......too many of the english players were playing underpar saved for gareth barry who was agains outstanding in the middle of the park.....

..shaun wright-phillips may have scored the crucial first goal but he clearly lack match fitness and sharpness whilst the introduction of rooney disrupted the balance of the england team because he kept coming deep demanding for the ball thus taking away the space that barry and gerrard needed to exploit the opponents...unlike heskey, rooney did not like the target man role where you always have the opponents goalpost at your back and you need to lay the ball or hold the ball long enough to get the other players into the attacking formation....heskey gave barry and gerrard that option in the last two games but rooney wanted the ball to feet and run towards the opponents.....actually maclaren should have looked at Bolton's Kevin davies to provide heskey like services because davies is very much a similar player to heskey....

...michael owen was merely a passenger throughout the game and joe cole was playing on his own and though is silky skills looked pretty but many a time the tricks were not that effective....i would gamble on aston villa's asley young to fill the left sided midfield role and nick shorey must be the logical replacement for the injured asley cole.....i dont think lampard added any new dimension to england's play when he was brought in and hopefully maclaren stick to barry and gerrard partnership against russia this wednesday( i really hope it is this wednesday).

....wokeh, dengan tiadanya F1 malam nei, rasanya nak tidur terus sebab besok aku nak beraya ke rumah sedara mara lagi....kehkehkeh....raya sakan tuh!!!....

wassalam

Saturday, October 13, 2007

Raya eve....takbir bergema....

Assalamualaikum,

....its raining quite heavily here and I thought of writing a bit on the eve of Raya....

....the nite thus far has been filled with the Takbir......Takbir is a form of recital that accompany the eve of Raya...historically takbir was first heard during the celebration reception in welcoming back Rasullulah and the warriors of the Perang Badar(stand to be corrected) triumph against all odds against the kafir laknatullah....

....Takbir is now being heard as a signal of Raya is coming and a source of joy and perhaps sadness to many too....Takbir reminded us to those loved who are no longer with us and listening to takbir has always been a source of reminder to our submission to to Allah Almighty...

BTW, I am currently watching the Dr.Sheikh Muzaphar , our very own cosmonaut about to board the ISS after 2 days of circling the orbit towards the destination....well done to the Soyus crew!!...

.....I am thinking too about my plan for the next couple of days.....when to pay my respect to my late father, whether to accept the invitation to Negeri Sembilan from a dear old friend, when to visit my relatives and above all to ensure all my activities will not clash with the F1 finale in Brazil and England's game against Estonia!!!.....

...i am really hoping that Lewis Hamilton will pull through the final hurdles without anymore surprises though I have a strange feelings something strange is going to happen.....funny though that i was really backing alonso last season on but now i wish that he crashed out at the first corner!!...kehkehkeh

well, Sheikh Muzaphar waving his hand to the camera as he entered the ISS space station...he is now conversing in Russian to the Control centre....cakap Russian tuh!!....aku jeles lar dengan dr.sheikh muzaphar nei....dah lar pandai, hensem pulak, adventurous pulak...angkasawan pulak tuh....huhuhu.....ucapan Salam berkemundang di ISS....

i read an article that the eve of raya , aidilfitri or aidiladha , is the best time to say our prayers to Allah swt....perhaps sembahyang sunat hajat is something that we odd to do....i guess i should do that too...

wokeh guys....Salam Aidilfitri and enjoy your Raya wherever you are....see you guys tomorrow...



wassalam

Friday, October 12, 2007

Berakhir Ramadan dan Syawal Menjelang....

Assalamualaikum,

Pertama tama ucapan Salam untuk semua pengunjung blog ini dan Halolanders sekelian….maaf dipinta di pagi penghujung Ramadan ini bersamaan hari Jumaat iaitu penghulu segala hari….Salam Syawal kepada semua diiringi dengan ucapan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin…

Ramai kelian yang menghantar pertanyaan mengapa blog ditutup sebegitu cara dan ramai pulak yang nyaris merajuk kerana memikirkan mereka tidak diundang sebagai rakan Ilham !!...please be assured that tiada yang tersisih atau terpilih kerana memang blog ditutup sebegitu rupa atas sebab sebab yang tidak dapat dielakkan…..maaf dari saya kerana menyebabkan ketidakselesaan di pihak kelian semua….terkadang, unforeseen circumstances dictate the decision that one has to make dan penutupan blog tempoh hari adalah begitu jua keadaannya…..namun pembukaan blog ini juga bersifat sementara dan insyaallah, ditempoh hari raya ini bisa jua untuk kelian access dan membaca entry lama dan halo lama untuk melepas rindu pada haloland…..

Rindu aku pada blogging, rindu aku pada ngintu di halo dan rindu aku pada kelian semua memang tidak terhingga dan ngigil ngigil macam demam kura kura tidak dapat melepak bersama kelian memang sungguh terasa dan terkadang memang mengundang airmata…tetapi kehidupan maya mahupun nyata termaktub kepada ultimatum yang ditentukan oleh Allah swt juga segalanya…

Well guys, apa khabar kelian semua ?? apa khabar pengunjung blog ini yang menjalankan ibadat puasa Ramadan dan bakal menyambut Hari Raya di perantauan ?? sesungguhnya di mana saja kelian berada , aku yakin usaha kita mencari ketaqwaan dari Illahi adalah sama jua dan usaha kita mencari kesejahteraan Lailatulqadar itu tetap berterusan…..tiada bulan yang seindah Ramadan dalam kita mencari ketaqwaan dan pahala tambahan bagi menampung amalan wajib yang kita lakukan…kita selalu bercakap pasal add values dan marketing strategy dan tiada contoh yang paling indah untuk dijadikan teladan dengan cara Allah swt add values dalam bulan Ramadan untuk dijual pada mereka yang beriman dengan janji Lailatulqadar , dengan janji kesihatan dalam berpuasa, dengan janji rezeki dengan membayar fitrah , dengan janji pahala melimpah dengan sembahyang terawih dan janji upah bagi yang berbuka puasa dan bersahur…..every single perbuatan kita dalam bulan Ramadan ada added values dan inilah marketing stragey yang dilakukan oleh manusia dalm bidang marketing hari ini….so, kita yang sepatutnya lemah dalam berpuasa, tetapi menjadi lebih bertenaga dengan amalan terawih bertedarus sembahyang tengah malam dan berbagai bagai amalan tambahan kerana kita yakin dengan janji yang diiklankan oleh Allah swt dan Rasulullah saw melalui strategy marketing untuk bulan Bulan Ramadan ini…maka nyatalah bahawa ilmu manusia ini kalau dibandingkan dengan ilmu Allah ibarat setitik air yang jatuh dipermukaan lautan yang luas melata….

Namun kini Raya menjelma dan ketibaan raya tidak dapat dinafikan lagi seminggu yang lepas dengan berkemundang lagu raya di sana sini….uniknya Raya di Malaysia ini ada kena menggena dengan lagu raya yang berkemundang….betapa tidaknya, setiap lagu mewakili setiap era atau zaman dan setiap detik atau stages dalam kehidupan kita…emak ibu kita mungkin teruja dengan lagu p.ramlee,saloma, fazedah joned, sanisah huri, mungkin pangkat abang kakak pulak teruja dengan lagu Anuar zain dan alina, lagu Balik Kampong sudirman lagu m.nasir dan mungkin generasi muda lebih rasa dekat dengan lagu lagu raya hari ini seprti lagu raya yang dinyayikan oleh budak budak AF1 yang aku dengar di tempat tempat membeli belah hari ini….aku personally suka lagu raya, ada sesuatu yang mystic tentang lagu lagu raya ini yang boleh mengundang airmata, kerinduan, keinsafan, lapar pada kuih raya dan sebagainya….semoga generasi akan datang bisa merakamkan lagu lagu raya yang lebih berbisa dan bermakna lagi….

Dalam kita berseronok bertemu dengan 1 syawal yang mulia, jangan kita lupa memanjatkan doa pada mereka yang sudah tiada seperti datuk nenek, pakcik makcik , sedara mara dan lebih lebih ibu bapa dan adik beradik kita sendiri….semoga roh mereka dihimpunkan dalam golongan mereka yang beriman…..jangan kita lupa juga akan kesengsaraan mangsa mangsa gempa bumi di Bangkahulu, mangsa mangsa Tsunami di Aceh mahupun di Malaysia yang masih belum pulih lagi dari trauma tersebut, mangsa mangsa banjir di Johor tak lama dulu, keluarga mangsa helikopter TUDM Nuri yang terhempas di Genting Sempah dan juga keluarga adik Nurin yang menjadi mangsa kekejaman binatang yang bertopengkan manusia….

Kita juga patut mendoakan akan keselamatan dan kejayaan kepada cosmonaut kita iaitu dr.sheikh muzaafar yang semalam telah menjadi angkawasan pertama Malaysia seterusnya menjadi anak malay pertama yang berlepas ke angkasa….tidak dapat tidak, rasa bangga tersemat di hati melihat seorang anak Malaysia menjadi angkawasan…..bak kata dr.jamaluddin jarjis, dengan penerokaan baru ini akan membuka dimensi baru dalam cita cita anaik generasi akan datang untuk pergi lebih jauh lagi dalam dunia sains dan teknologi dan semoga akan lebih ramai angkawasan angkawasan baru yang akan dilahirkan selepas ini…..tahniah juga kepada angkasawan simpanan, iaitu kapten dr.faiz khalid yang mungkin terkilan kerana tidak dapat peluang ke angkasa lepas untuk kali ini namun ada rezeki peluang itu akan terbuka jua satu hari nanti….

On a more personal note, aku , dengan izin Allah swt, telah berjaya overcome gastric aku dan dapat berpuasa dengan baik…..a little bit stroke of luck kot….masa 2 or 3 hari nak puasa , aku jumpa doctor pasal gastric aku dan dia tanya aku nei pedih hati ker angin ???...kali ini aku jawab pedih hati dan doctor bagi ubat yang lain dari sebelum ini dan true enough, alhamdullilah, ubat nei macam magic serasinya dengan aku,almost immediately, aku rasa gastric aku terus hilang just about kita nak bermula berpuasa….

..walaupun puasa aku kali ini juga diisi dengan amalan amalan lazim yang aku lakukan setiap datang Ramadan, namun aku dapat merasakan bahawa tahap penghayatan aku tahun ini agak merudum…ada satu ustaz berkata dalam ceramah Ramadan “ apa yang kita harus cari dalam Ramadan ??..kita harus mencari ketaqwaan terhadap Allah “…dan aku concede aku tidak dapat tahap ketaqwaan yang disebut tersebut….kalau tahun tahun yang lepas, penghujung Ramadan bisa menitiskan airmata kesedihan namun tahun ini aku lebih merasakan kedatangan Syawal….semoga ini adalah perubahan sementara dalam hidup aku ini….iman ini ibarat air laut, ada pasang surutnya dan mungkin aku sedang didalam tempoh surut air laut dan semoga air pasang tidak jauh dari sini…

Aku juga berharap kelian dapat membantu aku dalam satu situasi ini, seorang yang very close dengan aku telah dikenalpasti mengalami cancer payudara pada level 3….ramai kelian di halo dulu telah memberi beberapa panduan untuk ubat ubatan yang boleh mematikan sel cancer ini, so, kalau kelian sudi, please beritahuapa makanan dan amalan yang telah kelian nyatakan dulu untuk aku jadikan bahan rujukan….

Terima kasih juga pada kelian yang menghantar e-mail or YM pada aku meminta akan dihidupkan semula blog Ilham ini dan sesungguhnya kata kata perangsang kelian memberi aku satu semangat untuk terus menulis dan sharing my thots and ideas….

EPL pun sudah panas membara dan hopefully dalam tempoh aku bercuti raya ini, mungkin aku boleh kupas sedikit tentang EPL tahun ini …..

Baiklah kawan kawan, banyak salah dan dosa aku selama aku blogging ini dan dengan rasa ikhlas dan rendah diri aku meminta amoun dan maaf pada kelian atas kesalahan kesalahan yang aku lakukan sama sedar atau tidak sedar….

Selamat hari raya pada semua sahabat sahabat di alam maya ku ini….embun, bokd,nhk,teeshfudhla,seri,misa,noey,jane,Nini,nini kecik,Royce,aya,kakri,vaart,mrll,epong,papaa,xmen,GX,jazz,eva,
rempawan,UC,sumie,
screwloose, fitri,ida,liana,mamabat,ma’waa,orangkampong,
orangjauh,SN,hanim,
danganum
dan semua yang lain yang aku for sure akan ada yang tertinggal….

BTW, ada juga 2 or 3 entry yang aku tulis untuk lepas gian dalam tempoh aku bertapa ini, dan harap kelian bacalah juga yer….

SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN

wassalam