Tuesday, February 26, 2008

12 days to go to D-Days - Iron lady Maimun bte Yusuf

Assalamualaikum,

...dunia politik telah melahirkan ramai hero dan heroin dunia dan juga villian atau penyangak politik....Genzhis Khan, Julius Ceasar, Napoleon, Alexander the Great, Gandhi, Lincoln , Saddam Hussein, Hitler, Churchill , Omar Mokhtar, Mussolini, Benazir Mat Kilau, Tok Janggut adalah nama nama yang diingati dan yang diiktiraf sebagai orang politik yang mengubah sejarah samada secara positif mahupun negatif...sememangnya ramai lagi pejuang pejuang kemerdekaan yang menjadi hero politik bagi sesuatu negara dan bangsa tersebut yang disanjung sepanjang zaman dan adalah agak mustahil untuk dinamakan semuanya...

...nama nama besar ini menjadi inspirasi individu individu generasi akan datang untuk memasuki bidang politik untuk menjadi pemimpin yang tidak luput di makan zaman....

...sebenarnya aku telah membaca sebuah kisah yang sungguh inspiring berkenaan nenek berumur 89 tahun yang masuk bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Kuala Terengganu di mana nama besar Parti Pas, Mat Sabu akan bertanding.....Maimun Yusuf nama wanita teristimewa ini dan ini adalah cubaan ke empat beliau untuk menjadi calon bebas setelah 3 cubaan sebelumnya ditolaj oleh SPR....

...beliau telah menjual harta benda untuk mengumpul wang deposit bagi menjadi calon ini dan beliau berkata bahawa beliau tidak yakin dengan parti parti yang ada dan beliau yakin diberi peluang, beliau boleh merunah nasib bangsa dan agama....

..membaca kisah nenek iron lady ini aku merasakan betapa besarnya semangat seorang pejuang bangsa dan agama dan kisah kisah sebegini yang patut dibukakan dan difilemkan untuk anak anak muda macam aku...kehkehkeh....memahami apakah itu erti perjuangan dalam politik....pada umur 89 tahun, bermakna Nenek Iron Lady, Maimun bte Yusuf telah lahir pada tahun 1909 dan mungkin merasakan penuh kesan pemerintahan Jepun, perjuangan kemerdekaan, konfrontasi, darurat, penubuhan Malaysia , 13 mei dan sebagainya dan ilmu dan pengalaman yang beliau anda adalah sangat penting untuk dijadikan bahan rujukan masa akan datang.....

..apakah kisah kisah silam yang beliau lalui yang menyebabkan beliau mahu berdiri sendiri dalam perjuangan politik beliau sendiri, ini yang fascinate aku sungguh sungguh....apa apa the pushing factor yang menyebabkan beliau yakin untuk menentang status quo.....amazing sekali kisah nenek iron lady ini....

makcik Iron lady Maimun bte Yusuf adalah hero sebenar dalam pilihanraya ke 12 ini....kalah menang, beliau probably akan tercatat sebagai calon bebas wanita tertua dalam sejarah politik negara......

..aku berharap sangat Pas dan especially Mat Sabu untuk memberi sedikit ruang untuk Iron Lady ini menumpang pentas untuk berucap sekali sebelum pilihanraya sebagai penghargaan kepada semangat beliau dan keutuhan keyakinan beliau pada sistem demokrasi ini.....

..manusia manusia kerdil seperti Maimun bte Yusuf yang boleh merubah pandangan dan persepsi generasi muda tentang politik....politik lebih dari pertembungan untuk mendapat kuasa mahupun kejayaan, politik bukan sekadar menifesto dan berparti, politik bukan sekadar membentuk dinasti keturunan tetapi politik yang indah ialah bila keyakinana seseorang itu kepada sesuatu prinsip atau methodology perjuangan dan memegang prinsip tersebut atas dasar keikhlasan dan memperjuangan kebenaran.....

..hari ini ramai the so called ahli politik adalah sekadar pemain pemain dalam satu permainan yang dinamakan politik dan padang permainan sukan politik ini semakin lama semakin kecil kerana terlalu ramai sangat yang mahu menjadi pemain tanpa faham undang undang permainan dana apakah yang ingin dimenangi.....

..ahli politik adalah sinonim dengan pemimpin dan pemimpin adalah mereka yang mempunyai keupayaan untuk memimpin penyokong/rakyat untuk mencapai satu perjuangan yang lebih luas untuk kemakmuran, pembangunan, keselamatan negara mahupun rakyat tersebut.....

..adakah hari ini di dalam pembangunan material yang kita kecapi kita merasa selamat, adakah kita merasakan kemakmuran atau sebenarnya kita lebih bertoleransi atas dasar membentuk kemakmuran, adakah kita mampu untuk mendapat pendidikan dan perubatan yang pada asasnya adalah hak rakyat dalam sesuatu sistem politik....

..Nenek Iron Lady, Maimun Yusuf berkata " semua parti tak betul, habis tanah malay di jual, aku dah tua, biar aku jadi ketua ..." lebih kurang begitu dan apa yang beliau katakan adalah menunjukkan beliau faham akan kepentingan penguasaan politik tersebut dan bagi aku, beliau melalui satu proses jihad untuk menegakkan kebenaran yang beliau yakini....inilah ahli politik sejati, inilah pemimpin yang sebenar dan inilah rakyat yang faham akan hak dalam demokrasi....

..dalam context politik hari ini dan sekarang ini, manakah ahli ahli politik dalam sesuatu parti tersebut yang faham bahawa perjuangan politik tidak menjanjikan kejayaan mahupun memberi punca cari makan?.....mana ahli politik dalam sesuatu parti yang faham apa yang mereka perjuangan dan atas dasar apa ?...ahali poltik manakah yang akan sanggup mengadai kesenangan atas perjuangan bangsa dan agama ?.....

...maka di sini hari ini, akan kedengaranlah isu pilih calon atau pilih parti ? tukar sekarang atau nanti nanti ? reformasi ataupun status quo ?....boleh ker tak boleh ?....ini adalah soalan salan politik yang ramai takut untuk menghadapi dan lebih suka berserah kepada yang lain untuk menentukan...kita kena mengambil sedikit kekuatan dan aura Maimun Yusuf ini demi untuk survival bangsa dan agama generasi hari ini dan akan datang.....kalau Amerika ada Barrack Hussin Obama maka kita ada Maimun Yusuf sebagai ahli poltik teristimewa....so kakri!!! go for it!!!

Blog Ilham hari ini merakam penghargaan dan rasa hormat dan rendah diri kepada manusia istimewa maimun Yusuf, calon bebas bagi parlimen Kuala Terengganu....viva!!viva!viva!!!


wassalam

Monday, February 25, 2008

13 Days to D-Day

Assalamualaikum,

...Salam Isnin minggu yang baru....

...Tahniah kepada BokD kerana kejayaan Spurs malam tadi memenangi Carling Cup dengan mengalahkan Chelsea 2-1 after extratime....great football tapi bro aku cadang kowang jual free ajalah Pascal Chimbonda tu bro....kereks tuh!!...kehkehkeh..

aku juga teruja menyaksikan Man U mengalahkan Newcastle 5-1 !!! kehkehkeh..no prize guessing my obvious joy though...... ahaks!

..tapi aku frust sikit, semua perancangan aku nak pergi tengok penamaan calon hancur bila aku decide untuk take a nap lepas subuh...kehkehkeh...aku sedar balik dah pukul 8.40am !!!...apakejadah yer lagi nak pergi tempat penaamaan calon ..ahaks ahaks....last last aku tengok TV3 dengan Astro Oasis channel untuk live telecast.....tapi dah 20 minit dengar depa punyer commentary, aku terus turu balik.....

...target awal aku ialah ke Permatang Pauh tetapi bila calculate travelling time, I will not be able to reach there before 8 am unless aku bertolak malam ahad sedangkan malam ahad aku dah ada lain aturcara, last last aku decide nak pergi Lembah Pantai nak tengok Nurul Izzah so rasa selesa sikit dan atmosphere should be electrifying too......tapi last last, duduk rumah langsung....tapi tak per, hopefully aku dapat pergi dengar kempen punyer ceramah...

....bagaimanapun aku tertarik dengan strategi depa nak meletakkan KJ sebagai calon tanpa menjadi isu yang boleh merosakkan kredibiti Pak Lah......media perdana mencanangkan kisah calon calon baru yang ada kaitan darah/persaudaraan pada hari Jumaat dan menjadi perbualan hebat dan bila sampai pengumuman KJ jadi calon de Jelebu, news itu sudah menjadi anti-climax...that was a great manupulating move indeed....

....memandangkan banyak masa lagi kita boleh analisa general election, maka tak payah aku force the issue hari ini sebab masa pun agak cemburu dengan aku ketika ini....

wokeh ..itu saja untuk hari ini....




wassalam

Friday, February 22, 2008

17 days to D-Day

Assalamualaikum

....bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana bertemu kita lagi di hari Jumaat yang mulia ini dan ku hulur sepuluh jari memohon maaf sekira ada salah dan silap dalam gurauan dan kata kata..

...Hari Ahad ini adalah hari penamaan calon dan aku belum decide lagi nak ke mana untuk menumpang keseronokan kawasan kawasan panas semasa penamaan calon ini...aku mengikuti rombongan PAS semasa aku duduk di Kemaman dulu dan walaupun aku sendirian berhad tanpa kawan , aku ikut ajalah berjalan dalam kumpulan Pas ini dan alhamdulillah pas menang Terengganu pada tahun tersebut...that was the only time aku ikut serta dalam masa penamaan calon...it was fun though!!...

..perhaps kali ini aku nak cuba sekali lagi mengikuti suasana penamaan calon dan hopefully tempat yang aku pergi ini akan membawa kejayaan jua seperti di terengganu dulu....

....di Pakistan, parti pembangkang telah berjaya menang pilihanraya untuk membentuk kerajaan dan mereka sedang bersedia untuk membentuk kerajaan campuran dan Mussaraf mungkin terpaksa menerima hakikat bahawa beliau sudah terpinggir dalam politik Pakistan ini...Pakistan adalah sebuah negara yang dikatakan 'impossible to govern' dan interesting to see berapa lama pihak tentera akan berdiam diri sebelum melakukan rampasan kuasa kerana tentera masih lagi di bawah pengaruh mussaraf ini...

....hari ini , aku mula nampak bahang pilihanraya bila tempat tempat strategik di traffic lights sudah mula dihiasi dengan bendera bendera parti parti politik...pemandangan ini adalah sungguh menarik sekali dan ianya akan bertambah menarik bila muka muka calon mula dipamerkan....

..strategi muka calon ini juga penting...di kawasan yang ramai malay contohnya, tetapi calon adalah bukan malay dan bukan dari umno, maka muka calon tidak ditayangkan sangat tetapi diganti dengan wajah perdana menteri atau menteri besar negeri tersebut...maksudnya di sini bahawa anda bukan mengundi calon bukan malay tersebut secara langsung tetapi mengundi malay yang bertahta di dalam kerajaan secara tidak langsung....get my drift !!

similarly, gambar DSAI yang lebam kat mata itu telah membantu pembangkang menang besar dalam pilihanraya 1999 atau 2000 dulu tak silap aku...

maka kengkawan , kalau nak kempen yang strategik, banyak kan gambar dari kata kata....gambar yang menarik sebenarnya cerita yang banyak memberi makna dan kesan pada yang memandangnya...kehkehkeh...video Benazir Bhutto kena bunuh yang diulang ulangkan tayangannya mungkin penyebab kepada kemenangan PPP di Pakistan....faham dah ??!!wokeh, buat lar apa yang patut yer....

apa apa pong aku kena predict jugak BN menang besar ....huhuhu...BN!BN!BN!!!!

bak kata orang orang tua kampong akau " apa nak tukar tukar, dah elok dah, hidup senang, makan cukup, nak tukar tukar buat apa" atau pun " sama aja , kalau dah biawak tu, kalau dipotong dua pun tetap kepala biawak dengan ekor biawak jugak dicakap orang "....kehkehkeh..

ini adalah kerana brand name BN itu amat strong dan bagaimana nak lawan brand name ini ??...kehkehkeh....Pati Ayam Brand !! ahaks ahaks ahaks....brand hanya strong bila product yer juga strong..so fikir fikir lah yer ....

BN!BN!BN!...huhuhu

wokeh, kengkawan, korang have a nice weekend dan kalau boleh bawak anak anak kelian tengok penamaan calon ini supaya mereka faham apa erti pilihanraya tersebut.....

teringat aku akan arwah daddy aku yang paksa anak anak dia pergi join reformasi protes jalanan dulu dan sedang aku dan abang aku yang berada di tengah tengah kumpulan yang besar ala ala berani berani takut, roper roper nya kakak aku berada di kumpulan kecil di depan bawak sepanduk!!!kehkehkeh......

tapi kita kena matang dalam pemikiran politik kita, aku bereformasi sebab aku merasakan berlaku kezaliman yang tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah negara yang merdeka seperti kita ini dan selepas reformasi, minat aku pada DSAI tidak bertambah kerana aku memprotes kezaliman lebih dari orang yang dizalimi....maka kalu lepas ini, Anwar kembali ke umno dan menjadi PM, aku tidak merasakan aku tertipu kerana sudah lama dulu aku faham bahawa dalam politik, kawan dan lawan hanya mengikut musim dan suasana.....mana Roslan Kassim sekarang ?? mana Ezam sekarang ?? mana Ibrahim Ali sekarang ??....kehkehkeh....

okke lah, semoga ketemu lagi di lain siaran..

wassalam

Thursday, February 21, 2008

18 days to go to D-Day

Assalamualaikum,

.....waduh! waduh! waduh!....macam macam cerita timbul dah berkenaan dengan bakal bakal calon dan yang paling menarik ialah kedudukan menteri menteri besar yang ada sekarang ini...ada yang nak kena tukar , ada yang nama masih tak confirm tercalon dan ada yang nak kena pergi parlimen....kalau aku lar kan, kalau dah jadi Menteri Besar , tak nak lah aku pergi pusat jadi timbalan mneteri dan pastu ended jadik speaker !!...cukup lah aku pencen sebagai bekas menteri besar...

..dengar cerita Fidel Castro dah step down dan anak ker adik dia jadi President Cuba pulak....Barrack Obama pula terus bergerak cergas untuk menjadi Presiden Amerika pertama yang bukan dari kulit putih!! amazing kalau benda ini berlaku nanti....

..politik adalah satu bidang yang paling mempengaruhi kehidupan kita hari hari....aku ambil sains politik sebagai satu subjek dulu untuk aku memahami asas asas politik....apakah itu demokrasi, jenis jenis demokrasi, kedaulatan,kesempadanan yang membentuk sesuatu negara yang merdeka, kuasa atonomi dan perlembagaan yang menjadi asas undang undang dan semua inilah yang aku rasa penting untuk diketahui....

....perlembagaan pertama yang bertulis ialah Perlembagaan Madinah yang menjadikan Nabi Muhammad saw sebagai ahli politik paling unggul dalam sejarah politik dunia.....Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah untuk mendapat "sempadan" untuk membentuk kerajaan yang merdeka, menggunakan konsep demokrasi dengan menghimpun semua kaum dan puak yang berbeza di Madinah untuk bersatu di bawah satu perlembagaan, pembentukan tentera untuk mempertahankan kedaulatan, sistem parlimen iaitu bermusyawarah dengan wakil wakil kabilah dan menjadi Hukum Allah swt sebagai undang undang bumi Madinah....Nabi Muhammad saw adalah pemimpin politik yang bijak mentadbir, bijak menghakimi, bijak dalam strategi peperangan ( commander in-chief) , bijak berekonomi dan ahli politik yang bijak berpidato dan semestinya hali politik yang paling jujur.....maka the ultimate politician ialah Nabi Muhammad saw....

...kebijaksanaan berpolitik Nabi Muhammad saw dikatakan sehingga nabi mengahwini perempuan perempuan dari kabilah kabilah yang berbeza untuk mengeratkan hubungan diantara puak puak yang berbeza ini ( stand to be corrected )....harus diingatkan bahawa hukum kahwin hanya empat sekali gus belum turun lagi semasa ini dan Nabi Daud dalam zaman beliau mempunyai 99 orang isteri pada satu ketika ( again i stand to be corrected ) dan ianya diredhai oleh Allah swt kerana keadaan zaman itu berbeza dan hanya Allah swt yang mengetahui rahsia rahsia kehidupan silam yang tidak kita fahami keseluruhannya....

** BTW, kalau kelian berkelapangan, bukalah stesyen radio IKIM.fm(91.5) pada pukul 6.30 am atau ulangan 8.00 pm untuk mendengar tafsir Al-Quran oleh ustaz dari UIA ini kerana kupasan beliau jelas dan penerangan beliau sangat simple...ketika ini beliau tengah mengupas kisah kisah kejahilan manusia dalam zaman Nabi Lut dan aku kini lebih faham tentang sesuatu kisah yang dicatatkan dalam al-Quran tersebut..setiap siri dalam 20 ke 25 minit sahaja tapi ilmiah setiap saat....bayangkan aku baru tahu dari tafsiran tafsiran kini bahawa pada zaman nabi Adam as, perkahwinan antara darah daging sendiri adalah dibolehkan bermaksud adik beradik boleh berkahwin dan ini dibolehkan oleh Allah swt pada masa itu untuk pertumbuhan zuriat umat manusia....ianya dibatalkan oleh Allah swt selepas kedatangan Nabi seterusnya yang aku lupa pulak nama nabi tersebut at this point of writing...aku bernasib baik sebab normally 6.30am aku sudah berada dalam kereta untuk mencari rezeki**

..tetapi apa yang paling berharga dari sudut politik ialah, keputusan keputusan politik Rasullullah saw bukan sahaja baik untuk Madinah malah baik untuk semua zaman sehingga ke hari ini....dua minggu lepas berlaku kekecohan dalam sistem pentadbiran gereja di Britain apabila seorang paderi besar mengeluarkan statement bahawa sudah tiba masa untuk pihak secular untuk menerima pakai Syariah Law dalam perundangan British yang sememangnya berdasarkan common law !!....beliau dikecam sehingga diminta letak jawatan..tetapi perkara ini tidak pelik kerana perbankan Islam sudah diterima meluas oleh pemain pemain financial instrument sebagai alternatif perbankan yang menguntungkan dan almost semua bank sudah ada cabang perbankan Islam dalam sistem mereka...

..maka bila kita memikirkan kuasa mengundi yang kita ada dalam pilihanraya ini, fikirkan apa yang kita mahu dalam pembentukan sistem politik dalam kita menggunakan undi kita yang satu.....jangan jual undi kita kerana ianya adalah bentuk penerimaan rasuah paling menjijikkan kalau undi kita boleh dibeli dengan wang atau kain pelikat kerana hak mengundi adalah hak yang diberi oleh perlembagaan dan bukan oleh parti parti poltik atau pemimpin pemimpin politik....

..bayangkan bila kita sms untuk bebudak AF adakah kita terkongkong dalam membuat keputusan atau kita membuat keputusan berdasar hak kita , bila kengkawan kritik pelajar AF yang kita undi maka kita selalu akan jawab "henpon aku, duit aku dan sukati aku lah sapa aku nak undi!!! **...inilah sentimen mengundi yang harus kita bekalkan diri kita dalam membuat keputusan untuk mengundi....

apa apa pong, aku still kena predict BN menang besar!!!!....wang besar , wang besar....kehkehkeh...

wokeh kengkawan....i hope kelian dapat sedikit sebanyak ilmu dari apa yang aku catakan dan kalau ada fakta aku yang tersasar, tolong betulkan di haloland yer....


wassalam

Wednesday, February 20, 2008

entry rabu - 19 days to D-Day

Assalamualaikum,

.....tengok cerita Ugly Betty kejap tadi menyedarkan aku bahawa berada dalam kumpulan yang betul atau ummah adalah sangat penting.....Betty Suarez yang pride herself thats she is not at all like any of the Mode girls tiba tiba melakukan sesuatu yang melambangkan beliau sebahagian dari kumpulan tersebut tanpa beliau sedari....ini menunjukkan habit yang baik atau buruk akan kita jangkiti dari orang sekeliling kita.....perangai boss kita yang kita tak suka lama lama akan menjadi sesuatu yang kita ikuti seperti cara beliau marah, cara bercakap dan abis malang cara dia manipulate orang lain pun menjadi ikutan kita.....ini adalah kerana kita suka associate diri kita dengan yang berjaya dan bosses adalah dalam kategori orang yang berjaya...

...aku tidak mahu tunduk kepada keadaan ini dan aku plainly refused to be part of any group just for the sake of 'money' or 'being accepted' dan selalunya kalau kita kata " if u can't beat them, join them" dan inilah benda yang aku tak mahu lakukan dan menyebabkan aku jadi macam kera sumbang..kehkehkeh...it is not helping me in developing my career nor it helps me to enjoy my life too....people talk about professionalism but not many really know what it means or attempt to understand...

...but i guess i have to stick to my beliefs and principles in life, money is good and important but at the end of life, money may not carry any weight to help me survive the next life.....it is sad that in today's life, believing and standing by your beliefs and principles is seen as an act of naivity and/or sign of stubborness.....one is expect to tag along and become a yes sir and no sir type of person in order to be accepted!!..i can't live in this kind of environment, i won't mind playing dumb but i don't expect me to be stupid at the same time too....brain is what Allah gives to mankind to differentiate us from His other creation in this world and to force me to stop using my brain is something I would not tolerate....

..but how does one fights against an establishment ??....you could try to fight once or twice and eventually you have to give up or give in....giving in under pressure for the sake of reward/consideration is something that i have failed to teach myself early on....i always believe that you have to be who you are and say the truth and do things the way you expect others to do to you.....

i may have suffered hunger and sleepless nights to uphold my beliefs/principles and I may have missed certain opportunities because of this but I know for a fact that i will not change my stand...I will not fool myself by thinking i am an angel, i am not and probably never will but i will live this life based on certain principles and beliefs ( work related) that may be alien to others...after all, rezeki Allah swt tentukan dan perancangan manusia adalah perancangan yang tiada substance unless permitted by Allah swt...

after all being said, aku harap kelian tidak jadi macam aku kerana kalau nak jadi macam aku, make sure mak bapak kelian kaya raya!!kehkehkeh......

..tapi i tak boleh complaint, sebab kisah kisah nabi nabi agong yang tertulis dalam al-Quran adalah petunjuk bahawa kesusahan dalam menjalankan kehidupan itu adalah sebenarnya perjalanan hidup yang sebenar....kesusahan itu bukan beban kehidupan tetapi dugaan....apalah sangat susahnya ini kalau aku dibandingkan umat manusia lain di negara negara lain seperti di Iraq dan Palestine.....Allah dah lahirkan aku dengan cukup sifat dan dipilih untuk menjadi seorang muslim dari lahir dan ini adalah bagi aku hadiah paling besar seorang manusia boleh dapat dalam kehidupan sementara ini....

....tapi sebelum aku nak menyalahkan dunia sekeliling aku, aku should know much earlier apa yang aku nak lakukan untuk mencari rezeki yang halal....apa yang aku lakukan hari ini adalah lebih kepada ambition rather than minat....aku ada banyak peluang sebelum ini untuk mendahulukan minat dari cita cita tapi pemilihan aku lebih menuju kepada cita cita....so, bila cita cita jadik inspiration bermakna kepuasan adalah secondary.....

......tapi, hidup ini pun macam meniaga, ada hari untung dan ada hari rugi, aku tak boleh merintih kerugian hari ini kerana ada hari hari yang lalu yang sungguh memberi keuntungan....hari pun tak sentiasa panas kerana ada masa hujan akan turun membasahi bumi.....badan pun tak sentiasa sihat kerana ada hari yang badan kita berasa sakit.....

.....ermmmm...perhaps i need to rest and that 8 hours sleep as stated in the article sent by eva dekat halo semalam....thanks beb!!...

wassalam

Monday, February 18, 2008

Pesta Pilihanraya - 20 days to D-Day.....

Assalamualaikum,

.....adakah parti parti bertanding mesti menunggukan hari penamaan calon baru boleh berkempen atau ada benda yang brewing di belakang takbir.....tapi suasana agak senyap dan tiada pesta pertandingan pasang bendera di tempat aku....seingat aku dulu, then moment parliament dibubarkan , maka suasana berubah dengan sendirinya dan aktiviti aktiviti berkempen bermula sudah mahupun ketika pilihanraya kecil sekalipun.....tapi, weekend nei, aku yang terlebih excited mencari excitement excitement pesta pilihanraya ini nyata agak terkuciwa sikit....ini yang aku perhatikan dari sudut BN:

1)kemungkinannya ialah jelas nama nama calon tiada siapa boleh sahihkan bermakna tiada pihak di bahagian atau cawangan yang mahu melabur wang secara peribadi sehinggakan nama benar benar dicalonkan....

2)kemungkinan kedua adalah nama calon yang disebutkan bukan calon favourite kawasan tertentu tersebut maka di sini berlaku protes secara senyap senyap di mana jentera piliharaya di tempat tempat tertentu menjadi lembab sebagai signal rasa tidak puas hati mereka...

3)kemungkinan ketiga berlaku ketidakpuasan hati secara total dalam BN yang menyebabkan masing masing mengambil langkah tunggu dan lihat....

similarly, aku juga tak nampak aktiviti aktivit bersungguh sungguh di pihak pembangkang seolah olah pihak pembangkang mahu melihat dulu strategi di pihak BN...

apa apa pun, it is a little bit dull bagi aku.....ekceli aku berjalan sampai ke Kajang untuk menyaksikan pesta ini namun suasana agak muram lagi...last last aku balik tengok bola...

sekarang ini aku tengah menunggu kawasan mana yang hangat dan panas untuk aku pergi mengembara untuk merasakan kepanasan hari penamaan calon.....kalau betul Hj.Hadi nak tentang Pak Lah kat Kepala Batas, aku teruja nak ke sana semasa penamaan calon dan boleh singgah permatang pauh sekali.....

...kalau betul KJ akan ditentang oleh nama besar pembangkang di Jelebu, aku rasa seronok juga nak pergi sana masa hari penamaan calon!!...suasana penamaan calon kawasan aku selalunya penuh dengan mamat MCA gan DAP aja kalau untuk parlimen....so elok lah aku pergi tempat yang syok sikit suasananya....

.....ada lebih kurang 7 hari lagi ke hari penamaan calon dan nyata tahun ini debaran depa yang di dalam BN agak kuat sekali.....cerita cerita ramai nama besar akan digugurkan sudah mula kedengaran dan memandangkan aku tak lepak coffee house maka aku tak dapatlah maklumat maklumat terkini...

so, jom cerita benda lain dulu untuk santai santai sikit....

...aku 1st time tengok trek selebriti AF6 dan aku rasa macam dah kurang banyak dah sambutan masa audition dan juga aku dengar hari selasa ini pengumuman siapa yang akan menggantikan aznil sebagai host AF6 ini...nama yang hangat disebut ialah sarimah dan dibayangi oleh AC Mizal......seriously aku rasa lelaki lebih sesuai untuk jadi host AF atau pun dua orang macam sarimah dan Ac Mizal......tapi Reza AF3 pun aku dengar running for the job, kalau reza dapat, maka tak lah aku berminat nak tengok AF lagik!! kehkehkeh...aku dah tak dengar ERA pasal mamat neh, pastu nak suruh aku suffer tengok mamat nei masa diary dengan concert!!! mintak maaf lar makcik....elok lah aku gei CCM hujung minggu lagik...

..OIAM pun dah nak masuk final round dan aku expect the three gals in shahila, sarah and ayu to make it the all girls final.....aku minat si ayu, tapi aku terpegun dengar sarah nyanyi tapi aku rasa shahila ini yang akan menang....

American Idol pun aku tengok dah ari tuh untuk top 24 dan expect of Josiah ( young lad yang duduk dalam kereta tuh) yang surprisingly ommitted, the rest aku rasa macam very deserving to be in the top 24....mamat australian dengan minat Irish tuh yang nampak outstanding dengan budak perempuan negro nama macam nama malay tuh, aliseya ker apa nama dia tah dan budak lelaki yang umur 16 tahun tuh memang best giler lar...tapi aku expect nurse rockers tu pun meletup dan minah yang jadik nanny tuh....

aku rasa tahun ini turn untuk white girl akan memang unless depa nak bagi non-american untuk menang pulak....

FA Cup 5th round pun agak kelakar bila Liverpool kalah 1-2 to Barnsley dan ini macam petanda rafeal benites akan kena sack dah tak lama lagi...walaupun Jose Mourinho mungkin favourite to take over tapi aku harap Big Sam will get the job!! ahaks ahaks ahaks....tapi aku teruja tengok MU kalahkan Arsenal 4-0 dengan permainan yang amat menarik sekali....

wokeh guys, have a productive week ahead yer...



wassalam

Friday, February 15, 2008

Pesta Pilihanraya - 23 days to D-Day.....

Assalamualaikum


....so SPR dah announced 24 Feb nei Hari Penamaan Calon dan March 8 sebagai Hari Pembuangan Undi.....tak sesuai lar kan sebut " Hari Pembuangan Undi" seolah olah undi itu bagaikan untuk di sia siakan....walaupun ianya lebih kepada perhaps semantic , tapi aku rasa lebih sesuai terminologi yang lebih positif digunakan seperti " Hari Calon diundi " atau " Hari Layak Mengundi"....

...masa Allied forces nak masuk ke Normandy semasa Perang Dunia ke 2 , hari tersebut di namakan D-Day....so aku pun nak D-Day kan 8 March tersebut maka kita ada lebih kurang 23 hari lagi menjelang D-Day.....

....masa aku jalan jalan tengok parti parti buat persiapan pesta pilihanraya kejap tadi kan, aku terperasan satu benda yang aku nak buat teka teki...kehkehkeh

Teka tekinya berbunyi begini..

" parti manakah dalam komponen Barisan Nasional yang sebenarnya paling berkuasa dan paling kaya ??"....

ermmmm....mungkin kelian rasakan umno kan kan kan.....No!No! No!.....tadi aku baru sedar bahawa parti yang paling berkuasa dalam BN ialah parti Gerakan!!!....mana tidaknya....semua tempat/lubuk BN ada tulis " Bilik Gerakan "!!!!..kehkehkeh.....

** gelak lar weh..aku buat joke tuh**

again semantic lar kan....macam aku pergi Tg.Dawai hujung minggu lepas , ada satu sign board tulis " Belacan Tumbuk Hj.Ismail ".....kalau baca secara semantik bermakna Hj.ismail kena tumbuk dengan belacan...kehkehkeh....

** wooiiii...pesal kowang tak gelak neh**

wokeh kengkawan....apa yang sedang berlaku sekarang dari sudut Pesta Pilihanraya.....sekarang ini adalah masa lobi melobi untuk mendapat tempat menjadi calon, atau lobi untuk mendapat kerusi di kawasan yang selamat dan di sini juga lah power broker akan menggunakan kerusi kerusi panas untuk membunuh musuh politik masing masing....

...maksud aku di sini, kata lah umno kelantan nak bunuh Annuar Musa, maka depa letak Annuar Musa lawan dengan Tok Guru Nik Aziz di kawasan yang merupakan lubuk Pas...begitu juga kes piliharaya sebelum ini di mana Samy Vellu mengenepikan Subramaniam dengan tidak mencalonkan Timbalan Presiden MIC tersebut sebagai calon....maka dalam seminggu ini adalah cerita cerita nama nama yang dicalonkan ditolak pada saat saat akhir dan nama yang tidak dicalonkan diperingkat negeri tiba tiba muncul di saat akhir sebelum penamaan calon....

....bagi BN, cakaran dalaman yang paling ditakuti mereka....sebagai contoh pergolakan di Perlis....sekiranya Azmi Khalid dan Radzi Sheikh Ahmad berjaya diketepikan oleh Shahidan kassim , maka apa mungkin akan berlaku ialah Azmi dan Radzi akan menyokong calon calon pembangkang untuk menjatuhkan Shahidan di Perlis.....

...sama jugak pada BA, tak lama lagi akan keluar news bahawa parti parti dalam BA akan bertanding secara sendirian berhad kerana isu pembahagian kawasan....kerana adalah agak sukar bila sesuatu pakatan itu bukan berdasar satu perlembagaan tapi sekadar pakatan untuk mendapatkan kuasa sahaja.....

..dan dalam tempoh seminggu ini, kelian akan banyak melihat perang saraf seperti berita berita ahli ahli Pas masuk Umno di kelantan or terengganu atau gambar gambar atau isu isu kontroversi dahulu kala ditimbulkan semula.....ini adalah tektik serangan bagi tujuan untuk melemahkan semangat lawan dan juga untuk menakut nakutkan pengundi atas pagar....dan tektik ini selalunya berjaya dalam konteks politik atau pemikiran politik orang di malaysia...

..selepas kekalahan nama besar pembangkang Datuk Khalid di Ijok tempoh hari, aku kurang yakin dengan kematangan berpolitik orang malay dan atas dasar tersebut aku pun rasa pilihanraya kali ini tidak akan menyaksikan apa apa kejutan.....aku lebih ingin melihat apa yang akan berlaku lepas pilihanraya iaitu siapa yang akan menjadi pemain baru dalam kabinet Pak Lah nanti....siapa MB baru yang akan muncul selepas ini....

..aku merasakan ada satu fenomena baru yang mungkin kelian akan lihat kali ini ialah faktor calon bebas...aku rasa percakaran politik dalaman kedua dua pihak BN dan BA`akan melihat ramai nama besar atau proxy nama besar politik bertanding sebagai calon bebas di kawasan kawasan yang panas lagi vulnerable....

wokeh cukup tu dulu hari ini dan aku ingin memohon ampun dan maaf pada semua sekiranya ada terkasar bahasa selama beberapa minggu yang lepas ini di hari Jumaat yang mulia ini....

wassalam

Thursday, February 14, 2008

Pesta Pilihanraya bermula!!!!!!!!!!

Assalamualaikum,

pertama tama marilah kita bersyukur ke hadrat Allah swt kerana keredhaan dan keamanan yang diberikan Allah swt kepada negara ini yang menyebabkan kita boleh mengadakan pilihanraya dan rakyat yang layak boleh mengundi setiap kali pilihanraya datang..

...malaysia inilah salah satu negara yang tempoh pilihanraya lebih kepada Pesta atau Fiesta ..kehkehkeh..pesta poster, pesta ceramah, pesta makan makan free, pesta untuk perokok kerana rokok datang berkatun katun..ahaks ahaks ahaks....hari penamaan calon pun macam pesta, hari mengundi pun pesta, malam keputusan pun pesta dan selalunya berakhir dengan cuti umum!!!..love it!!!....tapi fikir fikir balik dekat Indonesia lagi dasat....kempen ada dangdut tuh!!!!..

BTW, sapa peka pasal politik neh ?? ini pilihanraya umum yang ke berapa kali neh ???...kehkehkeh...tak aci lar bukak paper beb!!!...

..tapi, kita kena bayangkan di Kenya yang masih lagi bersebunuhan selepas lebih sebulan dah pilihanraya berakhir, , di pakistan pun benazir bhutto dibunuh semasa berkempen , di Timor Leste pun bergolak jugak pasal politik ini....tapi di malaysia, pilihanraya masa untuk jumpa sedara mara yang dah lama tak berjumpa semasa mengundi, masa untuk dapat jalan tar baru kat kampong kampong, masa dewan serbaguna dapat cat baru.....i like!!!....sat tadi, aku nampak pusat jentera umno dah penuh dengan orang dah....huhuhu....

....nasihat aku pada kelian, jangan jadi pasif, jenjalan ke tempat tempat kempen atau ceramah, rasakan bahang atau atmosphere yang sangat menarik kerana kalau kita tak appreciate benda benda ini, satu hari nanti ianya mungkin kisah kisah dongeng anak cucu cicit kita nanti....pasang bendera, pakai topi cap , terima apa yang diberi tetapi undi itu tetap hak mutlak kita....

..jangkaan aku tentang tarikh pilihanraya hanya betul pada takat ianya tidak diadakan tahun lepas sahaja tetapi tersasar bila aku menjangkakan ianya akan diadakan pada bulan May....so what's the rush then ??.....ntah lah dan lantak lah.....malas aku nak menyenangkan hidup orang dah....kehkehkeh...

....memandangkan apa yang aku predict selalunya tak tepat terutama mengenai politik..kehkehkeh....maka tahun ini aku akan predict landslide victory untuk BN!!!huhuhuhu...

kali ini aku malas nak tulis tulis pasal isu isu penting yang panas atau/dan strategik parti parti yang bertanding, memadailah aku nak enjoy santai dengan suasana pilihanraya ini...

tapi tapi...aku teruja jugak nak tengok siapa nama nama besar yang akan jadi mangsa semasa penamaan calon nanti...sama jugak, aku nak tengok khairy punyer nama naik atau tidak or anak mamak pun kena calonkan atau tidak.....adakah nama nama besar dulu akan kembali seperti afifuddin, shahril samad dan mohammad taib untuk pilihanraya kali ini...siapa pula corporate players yang akan menjadi calon .....

..still early days, macam macam ada dan macam macam boleh jadi.....nanti boleh kita tengok perlawanan perlawanan nama nama besar seperti di permatang pauh , shah alam, kota melaka, di seluruh kelantan dan terengganu dan sama ada Pak Lah akan backup shahidan atau support azmi dan pak sheikh .....

ada yang dah predict 1/3/08 ini hari mengundi dan kononnya pak lah suka nombor 13, maka 1 march tu kalau rapatkan pun jadik 13 jugak....

wokeh enough dulu, sebenarnya aku dah tulis pasal demam aku dan CCM ke utara tapi mungkin kehangatan pilihanraya membuatkan aku kena ketepikan dulu kisah kisah santai tersebut.....

...well semasa di kedah, depa kata kat aku, tunggu parlimen bubar dan pihak pembangkang baru akan mengganas dengan isu isu panas....huhuhu....tapi tak per, aku tahun nei support BN tuk menang sapu bersih!!.....BN!BN!BN!..kehkehkeh....

....macam nei aku nak ambik cuti 2 hari sebelum pilihanraya nak jenjalan pergi ke terengganu nak tengok suasana kat sana....tapi tak per....wa still maintain BN menanGGGG...!!!!

wassalam

Wednesday, February 06, 2008

Happy Holiday kengkawan!!!

Assalamualaikum,

...esok bermulalah cuti panjang untuk CNY dan aku nak ucapkan Happy Holiday pada semua .....kepada yang akan balik kampong atau berCCM , safe journey yer....statistik menunjukkan ramai akan mati accident dalam tempoh 4 hari akan datang ini, maka kalau nak mula drive tuh jangan lupa membaca ayat ayat suci al-Quran sebagai pelindung diri kita dan kalau boleh pasangkan CD ayat ayat al-quran atau ceramah agama semasa dalam perjalanan kita tersebut....bayangkan kalau kita accident dan masa tu kita tengah dengar lagu Beyonce kat radio....aduh, kan tak betul cara kita pergi tuh...

...BTW,this entry will be the last entry until sunday yer dan insyaallah kita akan bersiaran langsung next monday semula dan pada Embun yang akan ke Yogjakarta, maka selamat balik kampong dan jangan lupa balik Kelang balik tau....kehkehkeh....kirim salam yer kalau ketemu Aerial Peter Pan yer....so Eva, kalau tak dapat cuti, tolong tengokkan Haloland yer masa cuti panjang neh...

....ekceli aku tak ada modal nak tulis apa neh....tapi kalau tengok TV macam lar dah nak dekat sangat pilihanraya dah, but i think depa akan tunggu result STPM dan SPM keluar dulu dan adalah insentif insentif biasiswa untuk puak puak depa tuh untuk memancing undi dulu...so, pilihanraya bagi aku very likely bulan May paling cepat...

....aku pun tengah berkobar kobar nak tulis novel yang baru..kehkehkeh....mungkin bulan March nei kalau aku punyer angin mari, probably i will start writing....kisah janda bercinta gan alien kaki 5 ...huhuhu....panas panas!!....baibun bah!!....

...mungkin kisah anak dara yang di bawa oleh keluarga ke Indonesia tanpa pengetahuan beliau untuk beliau dinikahkan dengan seorang ahli politik yang berpengaruh dengan istana Presiden....huhuhu....macam pernah ke dengar kisah ini yer embun, tapi di mana yeah!!!...wa gurau aja BokD tau, jangan ambik tiket gei Yogjakarta pulak tau....ambik hati pun jangan tau....ahaks ahaks....ntah lah, aku tak tau apa cerita nak tulis tapi kali nei aku harap boleh dibukukan untuk aku buat duit sikit untuk buat tambang CCM aku ....

...ermmmm..kisah dua adik beradik yang naik keretapi balik kampong dan kedua dua nya telah jatuh hati dengan lelaki dari Filipino ...huhuhu....tajuk yer " Antara KL Sentral dan Segamat "......ermmm, senyum kakri ekk...

...perhaps kisah dari Brunei di mana anak dara ketemu kekasih galapnya , kehilangan kekasih galapnya selama ini sebenarnya kerana beliau menghidapi sakit serious ...kehkehkeh...abang joke aja yer eva !!!...

....perhaps too kisah seorang pemuda yang telah dirasuk oleh puteri bunian di puncak gunung dan pemuda ini tidak boleh tidak hatinya meluap luap untuk pergi semula ke puncak gunung tersebut...huhuhu...okke tak vaart??!!

....kisah guru yang masih tidak boleh melupakan sekolah lamanya tapi demi pengorbanan cinta sejati...kehkehkeh....cerita nei kena latarbelakang kat melaka tuh!!...huhuhu...macam wa kenal guru neh tau....

....weh...kisah anak dara yang merantau semula ke England dengan harapan ketemu cinta sejatinya dengan tadinnit tapi disana bertemu dengan seorang pemuda malay yang sudah bermastautin di sana yang bernama sudin!!..kehkehkeh....okke tak owang pahang ??!!...

..ermmm...kisah lelaki yang selamat dari near death accident lemas di sungai yang apabila sedar sudah tidak ada memori tentang kehidupan lampau melainkan nama seorang wanita yang dikenalinya di alam maya ....bagaimana beliau mahu mencari wanita ini ?? ...fuyyooo....apa nama sungai ko lemas tu bro ??!!!kehkehkeh....sungai wang ekkk...

....kisah seorang ibu yang sangup meninggalkan career untuk mencari ubat bagi anaknya yang mengalami penyakit yang belum ada ubat lagi sehingga beliau ketemu penawarnya di Mekah semasa menjalankan ibadah umrah....oiii Teesh...cun tak beb storyline neh....

...ntah lah, nanti nanti lah aku fikirkan apa cerita nak tulis.....

wokeh lah....stop sini dulu dan semoga ketemu lagi di minggu hadapan...

love u all always dan selamat pergi dan balik cuti pada semua..

wassalam..

Tuesday, February 05, 2008

Tuesday Feb 5, 2008

Assalamualaikum,

hari nei entry ala ala santai sempoi okke !!...

tapi mula mula, kelian baca dekat shoutbox kat tepi blog nei ada seorang bastard yang kononnya penyokong Alonso abusing Lewis Hamilton sebagaimana apa yang berlaku semalam di litar latihan di Spain bila mana Lewis Hamilton was subjected to racial abuse....

tapi yang pentingnya hari ini aku akan bawa kelian berjalan jalan ke dua buah bandar yang aku lawati minggu lepas....aku sekarang nei sedang dilanda syndrome CCM yang telah membawa aku berjalan dengan minimal cost ke tempat tempat yang aku rasa aku nak pergi....

..mula mula aku ke KK dan walaupun atas dasar tugas dan tanggungjawab tapi ianya merupakan satu perjalanan CCM juga untuk aku.....KK dah membangun giler dari the last time I was there some 9 years ago...kawasan persisiran pantai sudah kena tambak dan dijadikan waterfront yang menarik....hotel Hyatt yang dulu aku lepak dah nampak usang diselindungi bangunan bangunan baru disekelilingnya.....aku teruja melihat pembangunan KK ini dan ianya mengenangkan aku pada JB yang baru aku lawati a week before....

..aku nei memang lar suka sangat bandar bandar unik dengan ada waterfront samada sungai mahupun laut sebagaimana Kuching, Kuantan, Kuala Terengganu, JB, Penang dan juga Kelang...kehkehkeh....Kelang okke apa kan kan kan Embun....

....malam hari selepas aku menyaksikan matahari terbenam dari hotel aku, aku dibawa makan seafood di sebuah restoren yang kononnya terbaik dan termahal di KK....tapi memang meleleh aku makan seafood depa beb...dengan ketam, ikan, sotong yang fresh , aku makan bagaikan esok sudah tiada lagi.....nothing beats makan free yang best gilos....ermmm perhaps, aweks free kot!!! kehkehkeh..baibun bah...

tapi bukan makan yang best yer, lepas makan yang abis agak awal bagi waktu kita iaitu 8,30pm, sana 6.30pm dah maghrib beb....aku pun kata aku nak ronda town sendiri sendiri, malam tu pulak ada pertunjukkan tarian naga dan sebagainya di area depan filipino market tuh....aku pun jalan lagi ke depan ikut tepi pantai bila aku dengar suasana meriah di tengah jalan berdepan dengan Hotel Premonade ( spell ??) yang Embun ada mentioned ari tuh....

roper ropernya ada raptai untuk menyambut Harijadi Kota Kinabalu dan raptai berbentuk pertunjukkan tarian....kehkehkeh...bukan saja tarian Bajau tetapi ada troupe dari Brazil dengan samba, Kenya, Ireland, New Zealand dengan hakka dance, Poland dengan polka dance , spain dengan tarian ala ala Ricky martin dan juga tarian negara kita sendiri.....fuyyooooo..wa cakap lu vaart!!...tempat raptai tu seolah olah perhimpunan agong untuk hot chics in KK....aku tak tau dari mana depa datang, tapi aweks cun cun beb masuk pertunjukkan tarian tuh....kira kalau pejam mata, tangkap mana aweks yang lalu depan ko kan kan, memang sure heboh cun punyer bro!!!....tapi kelian tau lar aku kan, aku tak tengok langsung, aku concentrate tengok pengacara majlis aja tau...kehkehkeh....

...aku pun duduk diantara kawasan penari penari dan untuk mendapatkan perhatian aku pun cakap KL kuat sikit ala ala " boleh ker saya duduk dekat sini tempat peserta " kehkehkeh.....

rata rata aweks aweks nei berumur antara 19 ker 23 tahun dan walaupun depa agak tua sikit pada aku tapi dalam hati aku rasa kami semua sebaya!!!huhuhuhu....

..tapi kan BokD, ada adik beradik datang tengok adik lelaki depa masuk perarakan nei kan....waduh lawa gilos, lepas nei brutal ala ala gothic ( spell ??) tuh....ada sekali tu bro....mata kami bertentangan...huhuhu....ko bayangkan drop dead gorgeous aweks bertentang mata dengan drop out jogos balaks kan kan .....huhuhu..ibarat pinang dibelah batu bertangkup bro..wa cakap lu!!!...ahaks ahaks ahaks...

tapi show tu memang best gilos dan yang aku paling bangga bila part akhir dan part free dancing tuh, budak budak Sabah challenge dengan mamat mamat brazil/spain/kenya....huhuhu...budak sabah lagi dasat bila part modern dancing....wa respek abih!!...

..dah dekat kul 11.00pm, aku pong jalan jalan balik nak turu, tapi aku dapat merasakan somehow sabahan tidak semesra sarawakian....lebih lebih lagi dikawasan market filipina neh...aku rasa kalau ada kakri cakap tagalog, mau boleh dapat murah barang kat sini....aku tagalog yang boleh cakap pun ialah " ek ang nane kasa mundong ..anak " kehkehkeh.....bayangkan aku kena sembelih naik teksi tak sampai 1/2 km dia charge aku RM 6 ....tak sampai seminit roper yer tempat aku nak pergi tapi dia charge macam tuh....sodih aku...

...apa apa pong, aku nak pergi jugak balik ke sabah sebab aku nak pergi Gunung Kinabalu, tengok orang utan, pergi sipadan dan jugak naik ferry gei labuan.....nanti lar, kalau loan bank rakyat aku approve....kehkehkeh...

balik dari sabah, aku terus berangkat pula ke Lumut, aku bertolak pun dah pukul 3 pm dan sampai about 5.34pm ikut PLus keluar dekat Sungkai....sempat lepak mandi laut kat Teluk Batik dan lepas tu makan seafood ...huhuhu..seafood lagik.....Lumut pun dah upgrade dah dan kawasan dekat jetty dah modern abis.....aku suka lar malam kat sini , happening tuh!!...tapi hujan pulak , so terbatas sikit aktivit waterfront malam itu....lepas pekena seafood , pastu beli sotong lar, ikan masin lah, belacan lah....aku kire kire budget aku dah ciput untuk sewa hotel...kehkehkeh...pakat punyer pakat aku pun balik juga dah dekat midnight masa tuh....tapi balik konon nak thrill, ikut jalan Sabak Bernam, hujan masih turun lebat dan renyai berselang seli....lepas tu ada minah nei cakap ada new highway dari sabak bernam keluar dekat Unisel dan masuk balik PLUS highway....

bila nampak aja signboard hijau PLUS , aku pun balun dan nampak perkataan Rawang...huhuhu....dengan confidential yer aku pun masuk lorong neh.....ek eleh beb....for a good 30 km, kereta aku was the only car on the road dengan kiri kanan jalan gelap abih.....abih semua ayat quran aku baca beb, wa cakap lu.....lepas tu ada cahaya kereta dari belakang tetibe dan aku mula seriau dah....lepas tu nampak Unisel tengah tengah hutan tapi masa nei dalam 1.30am dah tak der kehidupan dah.....lagi 5 km tetiba masuk jalan macam highway tapi tak der lampu dan kosong giler, aku ingat aku nei dah masuk kawasan orang bunian dah....tetiba ada toll tapi tak der apa signboard.....aku pun ingat aku nei dah kena sorok agaknya neh.....tapi aku terus jalan dan baru nampak signboard ke KL...alhamdullilah......dari megantuk aku terus tak mengantuk beb....punyer lar pucat gigi aku, Allah swt sahaja yang tahu.....

moral of the story : nak jenjalan CCM, biarlah ada duit dalam poket so boleh turu di destinasi yang dituju....ahaks ahaks ahaks....

....belum hilang penat aku balik sabah gan Lumut, mamat sowang neh ajak pergi tengok Futsal Final kat Stadium Negara, dah lar basah kuyup masuk stadium sebab hujan lebat bila aku parked kereta....dalam kuyup kuyup tuh, enjoy jugak lar atmosphere final antara argentina gan brazil neh....game pun best walaupun Brazil won 4-0...tapi aku happy sebab ramai penonton yang beragama Islam sembahyang maghrib dekat satu tempat sementara yang depa jadikan tempat sembahyang.....baik yang lelaki mahupun perempuan, sembahyang maghrib dulu masa half-time break tuh....mungkin dalam kita merasakan moral anak muda runtuh dengan isu isu dadah, rempit dan bohsia, tapi majoriti anak muda macam wa nei ...kehkehkeh....masih ingatkan akhirat dalam enjoy duniawi ini....

..huh, the very the penat aku beb....tapi yang heran yer, kurus tak jugak....aku nak kena start makan tempe kot lepas neh....ahaks ahaks....

wokeh, tengah terkenang kenang mana nak pergi CNY neh.....duit ada dalam RM 175 to burn neh for this week....kehkehkeh....Cameron Highlands seolah olah melambai aku sekarang nei....huhuhu....tapi highway lepas tanjung malim tengah ada kerja kerja upgrading the road from two lanes to three , so kelian careful lar sikit...takut jammed giler nantik....

ermmm...malas nak fikir fikir...sampai ketikanya nanti, pergi aja mana rasa nak pergi....pastu aku citer kat blog ....

wassalam

Monday, February 04, 2008

Diary diri - Feb 2, 2008

Assalamualaikum,

...apa khabar kelian semua...semoga pengalaman dan kejadian seminggu yang berlalu akan menjadikan minggu yang tiba ini lebih bermakna bagi kita semua...

...banyak aktiviti luaran yang aku lakukan seminggu lepas tetapi nyata kisah pulangnya kerahmatullah allahyarham Loloq benar benar memberi kesan emosi pada aku....Al-Fatihah....kisah kematian Loloq lebih mendapat coverage dari kematian bekas mufti Selangor, allayharham Ustaz ishak Baharom juga menganggu emosi aku juga kerana ianya salah satu petanda akhir zaman yang nyata...Al-Fatihah....

...sebagaimana kematian Hani Mohsin, Seha , kematian Loloq juga dilihatkan sebagai untimely death kerana mereka masih muda dan juga berada at the peak of their respective career...mereka juga dari mata kasar nampak sihat walafiat dan masih diperlukan karya dan bakat mereka....namun ajal tidak mengenal erti populariti atau tua muda , ajal tidak kenal puteri raja macam Lady Diana mahupun bintang hollywood macam James Dean.....yeap, ajal adalah seakan timer yang tidak boleh diubah langsung jarum panjang dan pendeknya...

sebagaimana yang dinyatakan oleh BokD dalam halo lepas, ramia sudah mereka yang 'celebrity' meninggal dunia dalam awal 2008 ini dengan Megat Joned, Suharto, Loloq, Benazir Bhutto dan juga Ustaz Ishak Baharom....adakah 2008 juga tahun kita sendiri melambaikan sayonara pada dunia yang fana ini ?....hanya Allah swt yang tahu dan untuk kita bersedia sepanjang waktu....

...bila kematian berlaku dihadapan mata kita , kita akan melihat kehidupan dalam perspektif yang berbeza dan kita merasakan bahawa kita sebenarnya terlalu memikirkan yang umur kita akan panjang dan kalau boleh sepanjang umur Nabi Noh as yang dikatakan oleh sebahagian pakar tafsir mencapai umur 1400 tahun...

...aku minggu lepas ternampak accident dan mangsa seperti ayam yang menggelupur selepas disembelih dan kejadian itu menghantui minda dan emosi aku....bila aku sampai office, aku mendapat berita , seorang pekerja meninggal accident lebih kurang 50 meter dari office building ketika turun dari bas dan beliau ibu yang mempunyai anak yang ramai dan suami pula menghadapi masalah mental yang serious....aku ke Sabah juga atas urusan kematian dan sesungguhnya berjumpa dengan anak anak kecil yang kehilangan tempat bergantung kehidupan dan kasih sayang adalah juga sangat menyedihkan...

..tetapi, gangguan perasaan itu bersifat sementara kerana kita selalu memberitahu diri kita 'life goes on' dan kita pun balik kepada keperluan duniawi dan tenggelam dalam cita cita dan angan angan.....kuasa dan harta, harga diri dan maruah, darjat dan kemewahan adalah menjadi sesuatu yang terlalu penting untuk kita mengatakan bahawa hidup ini sementara dan akhirat jua yang kekal abadi......kita tahu kebenaran pernyataan ini tetapi kita masih merasakan hidup ini terlalu bermakna untuk kita mengenapi nafsu duniawi tersebut....

...di Kenya berlaku peperangan saudara yang berasaskan suku kaum yang bertarung demi penguasaan politik walaupun perbezaan darah keturunan bukan ukuran kekuatan kita semasa pengiraan hisab di akhirat nanti....di Turki, pihak pembangkang ingin mengenepikan keputusan parlimen yang membolehkan pemakaian tudung kerana memakai tudung bercanggah dengan pegangan secularism mereka !!??....pilihan bakal presiden di amerika juga menyentuh hal perkauman dan tidak aku terperanjat kalau bakal calon berkulit hitam ini berkesudahan menjadi the next Martin Luther King jua nanti....di negara jiran kita lebih interesting, institusi raja, ketenteraan dan ahli politik sama sama ingin berkuasa dan berkesudahan dengan rampasan kuasa terhadap hak rakyat....

..kalau kita kaji kaji, apa yang berlaku hari ini sudah berlaku dalam sejarah lampau sebelum zaman yang kita hidup ini.....apa bezanya keganasan Genghiz Khan dengan keganasan George Bush hari ini, apa bezanya pembunuhan oleh Hitler dengan pembunuhan yang dilakukan oleh zionist dan sejarah lalu sebenarnya dijadikan bahan rujukan untuk dilakukan dan bukan bacaan untuk dijadikan teladan....

..alhamdullilah , aku dilahirkan Islam dan sesungguhnya Islam telah mengajar aku bagaimana untuk bersedia menghadapi kehidupan sebenar yang tiada noktahnya nanti....aku ingin melahirkan rasa gembira aku dilahirkan Islam dengan ingin menjadi muslim yang baik....tetapi setiap kali juga aku akan tersasar dari pengharapan ini kerana kehidupan duniawi terlalu mengambil masa yang aku ada.....ramai orang bukan Islam yang baik tetapi tidak beriman dan ramai yang tanya, apa bezanya orang Islam yang jahat dan orang bukan Islam yang baik ??....soalan soalan ini amat interesting dan aku pulak tiada ilmu untuk berhujah akan perkara ini , namun aku hanya mampu menyatakan bahawa banyak lagi perbandingan yang serupa yang juga perlu jawapan seperti mengapa Allah melahirkan orang yang cacat ?? mengapa Allah melahirkan umat yang cantik lawa macam Mat Salleh dan ada pula yang hitam hodoh macam kunta kinte ?? mengapa ada umat Allah yang pandai dan mengapa ada yang bodoh ??mengapa ada kaya dan mengapa ada miskin ??...

sebenarnya, ilmu manusia ini terlalu cetek kalau dibandingkan dengan ilmu Allah swt dan setiap apa yang dilakukan oleh Allah swt sebenarnya untuk melihatkan kebesaran dan keutamaan mutlak Allah yang Esa....dan sebenarnya kehidupan ini adalah untuk pengabdian pada Allah swt kerana reward yang sebenarnya adalah di akhirat nanti.....reward di dunia seperti lawa dan pandai sebenarnya adalah dugaan semata sebagaimana dugaan untuk mereka yang bodoh dan hodoh kerana pada akhirnya yang akan diperhitungkan ialah amalan dan iman kita pada Allah swt...

wokeh, sowey kengkawan, aku bernada agak seyes untuk entry hari ini tetapi kelian renung renungkan sedikit semoga apa yang aku katakan dapat membalut kelukaan apabila kita didatangkan perasan 'mengapa' dalam mengenal erti kita hidup di dunia ini....perhaps esok aku akan tulis perjalanan aku ke negeri di bawah bayu esok dan juga CCM hujung minggu aku ke Lumut....

BTW, I am so glad that Middlesbrough did not lose the game against Newcastle!!.....dunia lagik!!!



wassalam