Wednesday, April 30, 2008

Hari Pekerja

Asssalamualaikum

Entry rabu….

Alhamdullilah, akhirnya kini pasti…..akhirnya laptop wa pulang kepangkuan lap wa….hampir aku hendak sujud syukur bila mamat IT tuh bawak laptop tersebut kepada aku….

Maka baru aku tersedar dari lena yang aku ini sudah addicted pada tenet!!....sudah terlalu dependable kepada teknologi untuk menjalankan kehidupan harian….aduh!! maka aku terus nyanyi lagu alleycats…”.tanya ku pada diri, apakah ini semua cubaan belaka”…..kehkehkeh….seriously, aku rasa dua hari tanpa laptop ibarat separuh badan aku lumpuh…..kejap kejap aku telefon orang IT tanya ngapa tak boleh siap within a day laptop wa tuh….kehkehkeh…kereks tuh!!....aku ambik pen tulis tulis atas kertas( ermmm…btw hari tu, aku nak mintak kertas A4 , aku tertulis kertas AF4!!) tapi tak boleh mari wa punyer mood….lepas tu lanyak 3g nak ngintu tapi baru tersedar last month aku yer bill henpon on 3g and GPRS sudah dekat RM150!!!...wa pakai ciput aja, tengok result bola ker, masuk halo bila tak der kat opis…maka, wa kena slow down lar lepas nei pakai PDA tu get connected neh…..kehkehkeh….insyaallah, kaya nanti minggu depan, boleh lar cuba cuba balik pakai henpon to get connected…

Wokeh…wa berhenti tadi untuk tengok diary AF6…aku ala ala kecik pancreas betul lar beb depa depa sound si Nadia tuh!!...cikgu cikgu nei jugak yang ajak bebudak neh jangan dengar sangat kritikan pengkritik….tapi bila pengkritik sentuh sikit area depa, dah ngamuk tak abih abih!!!.....aku tau masalah nadia dengan bebudak yang lain tuh..mengapa depa nampak lethargic, mengapa depa nampak pucat lesu…..aku tau ngapa depa macam hilang focus…..sebab yer ialah depa nei tak cukup turu…bukan sebab tak turu sebab praktis tapi sebab gangguan benda benda halus neh…tu pasal depa turu berkeruh keruh dalam akademi bila siang sebab depa tak turu betul betul sebab takut hantu…yang lemah semangat macam Nadia ganNubhan tuh memang nampak depa lemah dari sudut tenaga vocal sebab vocal nei kalau turu tak jaga, memang hancus beb!!.....tak caya tanya aya gan teesh gan fuhdla, jeritan sama power tak kalau turu tak cukup…kehkehkeh…wa baibun beb!!!....

Aku rasa tak patut depa attack Nadia , asyik kena main mainkan masa nak dapat lagu tugasan….pastu cikgu shafi gan cikgu siti hajar cakap jangan nyanyi macam ella tapi she endup nyanyi macam lenggok cikgu cikgu neh…..macam lagu rama rama tuh….suara memang suara nadia, muka nadia…tapi feel or style of singing bukan nadia tapi feel and lenggok cikgu cikgu depa….come on lar beb…mana ada suara yang boleh sama giler macam mana ada orang yang berlari sama style ..tengok lah carl lewis dengan ben jonhson lari….ada sama ker walaupun depa sama laju ??!!....macam tu jugak lenggok, mana boleh sama mesti ada kenggok yang signature lenggok masing masing….so depa boleh mould tapi tak boleh change caramenyanyi seseorang….

Memang aku hangin neh!!..kehkehkeh…nasib baik tiket istana budaya dah abis, kalau tidak memang aku pergi punyer bawak sepanduk “ Nadia Srikandi Ilham Resort PD”….

Btw , it is just timely for me to commend Sarimah punyer hosting of the diary…..i am getting used to her style and kenkadang terbahak bahak aku gelak beb!!!....

Wokeh !! besok cuti umum sebab Hari Pekerja , maka selamat menyambut Hari Pekerja kepada semua warga haloland….cuti!!cuti!!cuti!!....

So. Ada satu amalan yang dihantar oleh seseorang yang aku believe ‘Hatisam” or Hetty yang aku rasa elok untuk kita semua….ermmmm betul kan hetty , u yang hantarkan kan kan ??!!...

Assalamualaikum Wbt,

Penawar Kepenatan,

amalkan... <> <> <> Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah mahupun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai penawarnya.

Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :

"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan mintalah seorang khadam untuk membantu mu." Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.

Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta menantu itu. Baginda s.a.w. berkata: "Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,

bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali,
bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali
dan bertakbir (Allahuakbar) 33 kali.

Ia adalah lebih baik untuk kamu berdua daripada seorang khadam." Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s. a.w. ini.

Katanya "Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku." Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya mengamalkan membaca 'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan 'Allahuakbar' (33 kali) pada setiap malam iaitu sebelum melelapkan mata. Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan) , Insya- Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.

"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW) "Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."


Wassalam…………


Terima kasih Hetty!! i trust u yang hantar ekk...



wassalam

Tuesday, April 29, 2008

diary diri

Assalamualaikum,

I think it is no longer a secret that lightning damaged my streamyx router and my laptop last sunday, maka wa ala ala anak ayam kehilangan ibu...wa pun cubalah guna henpon nak update blog tapi blogger kata password and username tak ngam....meleleh lar airmata wa tak dapat update blog nak wish Happy Birthday pada Embun....beb!! happy birthday and happy go lucky...kehkehkeh....

jeng jeng jeng...tengah tengah wa cabut cabut bulu idung kat opis sebab tak der laptop nak buat kerja kan kan kan, baru wa perasantan yang wa boleh access tenet melalui my dial-up connection....maka ..hehehehe...pukul 4.15 pm , wa cha alif but belah balik rumah ..kehkehkeh.....sampai rumah roper roper yer aku dah terlupa username gan password dah...setengah jam pulak trying to get back my username gan password dari tmnet....alhamdulilah, lepas maghrib tadik, wa dapat masuk tenet....tapi sabo ajer lah, slow giler beb....nak bukak internet explorer boleh abih sebatang rokok....tapi tak per....love it!!!!!!!!...

wokeh agak dah basi nak review Concert 6 AF6 tapi tahniah pada dang anum ( stand to be corrected sebab wa tak leh masuk halo lepas, mau sejam baru dapat masuk pulak kang !!) yang correctly predicted that mamarina tersingkir.....tapi masa diary sta nei tunjuk yang Alif hanya 1% above mamarina selepas afundi ditutup semasa concert.....

Concert aku suka lar ...obviously aku suka sebab...hehehehe...aweks aweks angkat aku si Nija dengan Farah, ala ala madu mithali together gether sebelah sebelah....adoi...kalau semua memadu lagu nei...aman dunia nei dan industri pelacuran dan simpan mistress boleh dibenteras!!kehkehkeh.......seyesly, wa happy ala ala senyum tutup mulut tengok Nija gan Farah ada malam concert...bayanglah , baru baru nei aku ada tulis article pasal kecintaan aku pada aweks aweks angkat aku nei...tetiba depa muncul atas stage...timekacih lah kamu , kamu dan kamu yer....

lupa nak cakap..aku suka lar kexutan khai gan rosma bersanding di atas stage nei walaupun mila nyanyi ala ala kurengggg dengan ngigil ngigil sore....BTW, i thot i saw zarina malam tu kan tapi dia tak naik stage lar kan.....ermmm...jodoh ekk, memang suka betul si khai dengan si rosma tu yer....hopefully depa kekal sepanjang hayat......tapi wa wonder jugak si rosma nei anak angkat ker sampai tak der wakil family naik stage....kehkehkeh....iyer lar kan, kan ada kes kecik kecik bagi anak kat sedara, last last bila dah top, mesti lah family asal nak juga merit kan dan sebab tak nak memana family kecik hati, maka tak der sapa naik stage....tu agak agak aku lar kan....breep breeppppp.....btw, Farah dah jelita kan, Nija pun sweet charity abis lar...ada kah jodoh aku dengan depa nei macam khai gan rosma...kalau ada, wa nak bersanding masa Final Concert dan bukan masa reunion concert tau....kehkehkeh...

wokeh pasal nyanyi pulak.....Stacy did incredibly well that i believe this girl kalau masuk American Idol this season, dia boleh challenge the likes of Nanny, David alcelaru, minah syesha dan fidel castro tuh.....her intepretation of the song was so 'real' that you just couldn't get enough of her singing.....

i thought Riz was a close 2nd dengan rendition beliau yang mendayu dayu although folsetto dia lemah yang actually tak perlu folsetto sebab i think natural voice dia boleh sampai part tuh...

3rd aku suka nyanyian Nadia lar kan....cikgu adnan ada kata nadia sharp or flat tapi aku rasa ini adalah disebabkan beliau diminta untuk adjust cara nyanyi beliau dan ini menyebabkan nyanyian beliau menjadi terlalu technical dan kurang relax.....

i thought Toi did better than Alif last saturday sebab aku tak suka lar Farah jejoget sebelah alif tuh...kehkehkeh..jeles tuh!! ahaks ahaks ahaks....seriously, aku tak expect Toi could deliver than song very well dan aku rasa Aliff agak predictable.......Nubhan again blundered dekat certain verses tapi banyak improvement dan aku rasa tak patut lar asyik kasik Nubhan lagu lagu kelakar nei lagi.....

..Stanly did quite well dengan lagu 'Kata' tapi cam kelakar lar dia nei nari ekk....aku rasa aku nari lagi berseni dari si stanly neh!! kehkehkeh.....tapi Burn AF1 dulu menari lagi macam robocop beb...kehkehkeh....

as for Mamarina, dia nyanyi very well tapi somehow aku rasa macam dia dah lepas the expiry date of her stay kat dalam akademi tuh.....aku rasa mamarina akan meletup lepas keluar AF sebab dia memang quality singer.....for her to stay up to concert 6 is indeed an incredible achievement....well done mamarina!!...

i love last week's concert sebab aku boleh rasa ada tinge of the good old days of AF1 coming back....AF1 was not about perfect singing but about friendship and simplicity of concert show....

wokeh aku looking forward towards this week punyer concert...kehkehkeh..

BTW, Bolton seri 1-1 dengan Spurs dan kuat betul beb aku jerit masa Bolton score tuh!!! hehehehe....tapi kira nasib juga lar dengan the other teams trying to avoid relegation did marvellously well all over the country....this week Bolton need to win at home against sunderland and i think they are mentally and physically ready !!!love it!!!

.....wokeh joke ari neh...

"Mengapa anak berudu suka main air ??!!!"

jawapan yer .....




" alahhhh...bebudak macam tu lah !!!"...hehehehehe...

wokeh.....hopefully tomolo pun boleh update entry lagi....tapi wa mungkin singgah ala ala tinggal kentot aja kat halo ekkk until things get back to normal.....tapi kowang lepak lar yer....


wassalam

Friday, April 25, 2008

Friday 25/04/08

Assalamualaikum

Salam Jumaat yang dimuliakan dan maaf zahir batin....Al-Fatihah kepada arwah ayahanda BokD yang pulang kerahmatullah Isnin lepas...

semalam aku tak meng-update entry sebab tertidur dalam keletihan...niat hati nak luruskan badan last last terus lurus tak sedar diri...entry ntah kemana dan european champions league semi-final pun entah kemana jua..

maka bulan May ini akan terlerai sudah 8 bulan of football season dan siapa jadi juara dan siapa yang terpeleot akakn diketahui dan come June, ada Euro 08 pulak nak dilayan...siapa yang dilahirkan dalam keluarga giler bola akan tahu betapa excitingnya nengok bola bangun subuh ini walaupun jarang sekali bangun subuh tengok bola ini diiringi dengan sembahyang sunat tahajud yang sangat sangat dianjurkan...namun giler bola ini adalah sesuatu yang amat menarik sekali dan banyak memori aku dengan arwah daddy aku berkaitan dengan bola ini....

wokeh ari nei adalah prediction time....maka last week aku salah prediciton aku iaitu Saida yang keluar dan bukan mamarina walaupun aku tepat dari sudut mengagakkan bahawa student perempuan yang akan tersingkir...

..barring any major upset ,...it is the boys turn untuk terlungkup maka mudah nak memilih siapa yang akan terkeluar mengikut perkembangan diary, persembahan di concert, tumpuan camera , lagu yang akan dinyanyikan dan juga kexutan yang diterima...namun minggu 6 ini pada kebiasaannya minggu kexutan dan ini yang memeningkan kapla atas aku dalam buat prediciton ini...

bila aku tengok peratusan, jumlah peratusan sudah begitu rapat iaitu Alif yang tertinggi pada 16% dan yang lain lain pun dalam lingkungan tersebut juga dan Nubhan last at 11%....5% antara atas dengan bawah adalah nothing come staurday........Reza AF3 was fourth bila dia terkeluar tak silap aku.....

Alif sakit lutut tak boleh menari semua ini adalah sesuatu yang akan ada impak pada hari concert...adakah Ramli MS suruh concert lebih kepada live show dan bukan video clips style adakah untuk cater sakit Alif ??..adakah kedatangan kumpulan Matta ( spell ??) juga untuk menyelamatkan Alif ??..adakah kedudukan diatas alif sekadar untuk mengkaburi mata penonton agar leka dengan kedudukan selesa alif....ermmmmmmmm ....tungguuuuuuu

aku tak nampak perempuan terkeluar kerana 2 perempuan ala ala sure finalist iaitu Nadia dan Stacy sedangkan mamarina masih strong selepas saida keluar....so lets forget student perempuan minggu ini..

now lets examine peserta lelaki

Riz - dengan lagu yang mendayu dayu dan orang perak semua dah mengundi, maka Riz selamat sehingga final....tapi aku mintak sangat lah si Riz nei ubah lar cara di bercakap ala ala manja tuh....tersembur taik telinga aku tau!! kehkehkeh....

Stanly- sejauh mana sentimen kenegerian akan menyelamatkan stanly ?? aku rasa masih kuat lagi untuk minggu ini..dan aku expect lagu 'Kata' itu akan malatop esok.....

Toi - Toi bukan finalist material dan aku expect Toi terkeluar samada minggu ini atau minggu depan...tapi adakah minggu ini ??

Alif - memang dari awal aku ada kata Alif ini dark horse contender for the final tapi somehow aku macam rasa dah boring lar gan mamat nei especially lepas lagu omputihh tu tukar ari tuh...nice chap , nampak genuine tapi dari sudut persembahan nyanyian adalah ok ok aja.....

Nubhan - mamat nei kalau survive this week, aku expect dia akan pergi jauh...minggu ini adalah minggu untuk nubhan survive.....remember minggu 6 pertandingan AF2, bila farah expected terkeluar kerana asyik corot dan aku tau/rasa yang kalau farah survive minngu tu dia kan pergi jauh dan bila farah survive dan zarina terkeluar, maka orang semenanjung bersatu support farah sebab the other 2 girls left datang dari sabah iaitu linda and mas....so kalau nubhan survive malam nei...maka dia survive sampai final....

so kengkawan, dari sudut kexutan tradisi minggu 6 pertandinagn....maka aliff akan terkeluar walaupun orang rasa Toi yang lagi berhak keluar....bila ini berlaku maka staurday voters dan peminat aliff akan memberi undi pada nubhan next week ...ini lah strategy kexutan minggu ke 6 yang diharapkan oleh pihak produksi.......

well...susah nak terima ekk yang Aliff kat atas akan terkeluar...huhuhuhu....macam tu lar dulu orang tak terfikir yang Rosma terkeluar ...........ingat aku cakap dari dulu...AF ini semi-scripted dan alif terkeluar bukan sesuatu yang pelik sangat...

wokeh prediciton time

kalau bukan minggu kexutan , aku ambik TOI terkeluar kalau minggu kexutan , aku ambik ALIFF

** kalau Alif nyanyi selepas Stacy dan sebelum Riz, very likely minggu nei minggu kexutan...**

so, aku kena buat prediction kan kan kan , maka pilihan aku minggu ini minggu kexutan..maka aku ambik ALIF terkeluar minggu ini....

so kelian semua have a nice weekend.....aku nak tengok wayang cerita Cinta versi Indon kot...kehkehkeh....tapi tatau lagi lar sebab kena call dulu nak check aweks mana yang tak peyed...hehehehe......world!!!...baibun aja bah...

wokeh....apa apa pong, minggu nei ada chelsea lawan Man U dan yang lebih penting lagi Bolton lwn Spurs....aku tak expect lar Bolton menang tapi aku harap depa dapat seri pun dah cukup baik dah....insyallah next week boleh titik Sunderland at Reebok Stadium....huhuhu...kalau lah boleh naik kete sampai UK....memang wa drive pergi Bolton tengok game neh.....huhuhu...2 hari dua malam drive pun tak per, tukar tayar, tukar minyak itam.....janji sampai !!...kat sana tumpang lepak rumah aweks lama aku kat tadika dulu , Kiera Nightly ..kehkehkeh...masa kat tadika aku panggil dia Angah aja....asyik nanah kuar kat telinga dulu tuh...last last dah besar nei lawa pulak ekkk....

ermmmm....berita mutakhir..agak memeranjatkan....Yahoo news ada tulis yang Megan Fox telah menggalahkan Jessica alba as the sexiest woman on earth....aku tak setuju, bagi aku the sexiest woman on earth ialah cikgu Linda Jasmin....seyes beb...dia duduk diam diam tengok concert pun aku dah menguncap cungap gasping for air....kehkehkeh....aku rasa kalau Jessica Alba pakai biasa biasa duduk kat Auditorium MPPJ tuh, tak sapa heran pun....wa cakap lu.....

wokeh....aku predict ALIF terkeluar... since aku salah last week...i am not pretty convinced aku betul this week...what the heck ekkk...nama pun prediction.....

concert expectation ??...ermmmm....Ella datang nyanyi gan Nadia ...Anita sarawak jadi pengkritik jemputan.....AC Mizal menari gan Toi......ada lagu bonus yang depa tak tunjuk dalam diary( patutnya dah ada tau lagu bonus minggu neh)....

aku expect concert malam besok to be the best concert thus far....

wassalam

Wednesday, April 23, 2008

entry rabu - 23/04/08

Assalamualaikum

...sebagaimana yang diumumkan di haloland semalam, bapa kepada sahabat kita BokD telah pulang ke rahmatullah pada hari isnin malam selasa ...semoga roh arwah bapa BokD dicucuri rahmat ..Al-Fatihah....

..kepada BokD, ianya mungkin satu kesedihan yang amat besar tetapi kami di sini amat bangga yang mempunyai seorang kawan yang taat menjaga bapanya sehingga ke akhir hayat....probably Allah swt mengambil nyawa arwah bapa BokD dirumah beliau sebagai satu penghargaan keatas kesungguhan menjaga bapa beliau sepanjang hayatnya...ganjaran Allah swt kepada anak yang sanggup berkorban untuk ibu bapa adalah tidak terhingga dan aku yakin BokD telah melakukan sesuatu pengorbanan yang mungkin ramai antara kita berkira kira untuk melakkukannya...tahniah bro !!secara kasarnya, saham akhirat ko bro melonjak lonjak nilainya dan kalau dalam seloroh di halo , inilah perkataan aku " syurga bro ganjaran ko !!"....

......sekejap tadi aku tengok diary AF6 di mana Nubhan menjadi target camera dengan beliau dimarahi oleh Ramli MS dan beliau bergurau dengan cikgu Shafi tetapi sedikit kasar....Nubhan dipotray sebagai seorang yang stubborn dan kurang budi bahasa dan attitude yang tidak positif.....ini ada kesan pada pengundian kerana kalau nubhan punya followers very strong, maka akan nampak peningkatan pada peratusan beliau sebagai undi protest dan kalau tiada anjakan bermakna Nubhan mungkin dalam bahaya....

..aku melihat Mamarina very strong this week sebab banyak undi tradisi kepada Saida akan disalurkan kepada Mamarina, being saida's best friend di AF, maka peserta lelaki dalam bahaya this week.....

this week minggu lelaki keluar maka contenders untuk terpungging this week definitely Nubhan dan Toi.....aku tulis benda nei cepat supaya penyokong Toi atau Nubhan untuk membuat strategi awal menyelamatkan Nubhan atau Toi......daris sudut kualiti, memang sepatutnya Toi keluar, tapi sejarah menunjukkan perkembangan kurang sihat di diary boleh menjatuhkan student tersebut.....satu tips yer, astro tak keluarkan student yang ada strong Afundi based, bermakna kalau penyokong Nubhan react kepada negative coverage of nubhan di diary, bermakna very likely Nubhan akan 'diselamatkan'.......

kalau suruh aku pilih antara Toi dan Nubhan, maka aku pilih Nubhan sebab aku tak nampak Toi boleh mewarnakan AF6 ini....ekceli kan aku terperasan tadi kan, Toi nei ada iras iras arwah AR Tompel lar kan....maksud aku, pakaikan Toi dengan full suit dan rambut tu tebal dan back comb, sure heboh macam arwah AR Tompel kan kan kan....

dari sudut momentum, aku rasa mamarina is on the roll selepas terselamat untuk 2 minggu yang lepas dan akan ada support undi penyokong Saida dan aku rasakan Alif peaking too early whilst lagu 'Kata' oleh Stanly boleh mengukuhkan kedudukan beliau...lagu ini dinyanyikan oleh Isa pada malam Mawi nyanyi lagu Kekaksih awal dan akhir in AF3....Isa sang that song so well that lagu tu terus meletop lepas tuh.....mana agaknya Isa sekarang.....

...kalau aku nak predict finalist as of today, this is going to be my list:

1) Stacy
2) Riz
3) Nadia
4) Mamarina/ Stanly
5) Alif/Nubhan

Mamarina or Stanly sebab aku rasa sentimen akan menjadi penentu dan Alif or Nubhan lebih kepada siapakah antara dua ini yang akan mengisi tempat pin-up boy ala ala Khai semasa AF1, Kaer semasa AF2 atau Yazer AF3 ( Yazer tak masuk final kerana production gimmick walaupun dia dapat hadiah ke 5 untuk tahun tersebut )...

aku rasa Stacy very strong, Riz is now a possible winner, Nadia may not win this championship but she is good enough to be gunning 3rd place......

again kalau suruh aku pilih winner hari ini, aku ambil Stacy sebab aku rasa Stacy is a deserving winner dan juga the fact that Sabahan meletup tahun ini dengan Enstranged menang Juara Lagu dan Ayu menang OIAM.....so aku expect Stacy to complete the Sabahan Grandslam.....

wokeh....turu bisai bisai bah!!....

Tuesday, April 22, 2008

entry Selasa 22/4/08

assalamualaikum,

....seriously, i dunno what to write for today's entry....i watched for the 1st time the drama Impak Maksima that have Fasha Sanda playing the part of 'EVA"...prior, I did watch a little bit of diary AF6 but could not really concentrate except that i remember telling myself that Alif could be high up on the percentage ranking maybe of the fact he has the TNB staff voting for him !!kehkehkeh...

but still , i dunno what to write for today's entry....btw, just want to say Happy Birthday to Seri....may Allah blessing with you always for the rest of your life....

...physically I am very tired and naturally it has a bearing to your mental alertness....bit lacking in proper sleeping that rather may me feel mentally fatigue....

tapi kelian pernah tak dengar joke ini...i heard this yesterday and i had a good laughed...this is about a conversation between a schoolboy and makcik jual kueh....

murid :" makcik makcik....ngapa kueh udang saya nei tak der udang pun makcik "

makcik : " alloooo nak....ngko beli cucuk badak , ada ko nampak badak dalam tuh !!"

kehkehkeh....kurang asam boi punyer makcik jual kueh !!!....hehehehe.....nei joke kurang ajo nama yer....

I love good jokes and I just admire those yang buat joke joke yang memang kelakar selamba neh.....i remember one political joke by zunar showing the crooked MRR2 flyover with the words " Semi-Value " as for Samy Velu ...ahaks ahaks.....brilliant!!...

....that's why i appreciate eva's continuous supply of fantastic jokes yang betul betul buat i tergelak kuat walaupun orang lain pandang macam orang giler......

..itu lar pasal comedian adalah part of kehidupan kita dan masa aku kecik kecik dulu, kedatangan pak cik atau mamak aku memang dinanti nantikan sebab dia punyer ability to make funny faces and making jokes.....dan kemudian , di TV aku memang cant have enough of sitcoms yang kelakar kelakar with Friends leading the way.....

aku memang suka P.Ramlee punya kelakar dan aku tak boleh tengok muka AR Tompel....dia buat muka serius pun aku dah tergelak dah belum lagi dia bukak mulut....aziz satar dan s.shamsuddin adalah pelakon lawak zaman P.Ramlee yang aku kagumi...

...today, aku suka pada saiful apek dan kadang kadang kumpulan scenario...i heard so much about Nabil Raja Lawak tapi aku tak dapat opportunity tengok dia punyer lawak lagi...namun aku punyer favourite pelawak ialah Salleh Yaacub......tatau apa, tapi kalau ada salleh yaacub, aku sure glued infront of the television....kalau perempuan aku suka Sheila Rusly punyer lawak....satu sebab kita suka zahid AF2 dengan mawi AF3 ialah depa boleh membuat kita terbahak bahak gelak dengan aksi depa.....

..tapi aku tak mau terlupa mentioned those comedian yang terlibat dalam 3 + 1 dulu or Pi mai Pi mai tang tu yang merupakan sejarah dimana siri lawak menjadi sesuatu yang mesti tonton di rumah aku dulu....Imuda, mat deris, pak uda, pak busu adalah watak watak yang membuat kita tergelak setiap minggu....** haah embun, wa masa tu kat tadika **....wa tengok re-run aja kat Starworld channel 711 tau...huhuhu...

..tetapi kadangkala , ustaz ustaz dan ahli politik adalah pelawak pelawak tak bertauliah yang paling mudah membuat aku tertawa kerana depa berjaya mengambil isu yang serius menjadi lawak antarabangsa....

internationally, aku suka dengan Mr.Bean , Russel Peters dan Chris Rock......tapi aku pernah pergi dinner yang ada Mat Salleh yang nama Budy Lorens yang memang kelakar giler....dia duduk singapore/malaysia lama so dia punyer jokes or act banyak pada perkara perkara yang dekat dengan kita dan ini membuat persembahan beliau menakjubkan....

..similarly, i just can't stand those not so funny trying to be funny sampai jadi irritating bunyi yer....lately nei...penyampai radio ERA yang banyak buat lawak bodoh yang membuatkan aku tutup radio...kehkehkeh....

kadang kadang jokes nei is all about timing.....kadang kadang perkara yang tak kelakar bisa membuat kita tertawa sebab timing.....aksi AC Mizal tutup mata masa saida angkat kain seperti yang disuruh oleh Hetty adalah spontan dan kelakar kerana timing yang tepat....Adam AF2 menyebut 'Mayfirst' pada AC Mizal pada concert lepas adalah sungguh kelakar kerana timing yang paling tepat dan sesuai !!!.....AC Mizal cakap ketaq ketaq ala ala Ogy cakap dalam filem yang dibuat VT sebelum Saida nyanyi was so very funny two.....kehkehkeh..

......wokeh.....tah cemana boleh sampai pasal comedian and jokes untuk entry hari ini pun aku tatau....kehkehkeh....tapi alhamdulillah...siap jugak entry hari neh !!!...

wassalam

Monday, April 21, 2008

concert 5 AF6

Assalamualaikum,

Thank you kengkawan sebab celebrate entry number 1000 di blog ilham nei last friday and sorry sebab aku tak boleh joined ship petang sebab ada hal yang terpaksa aku attend....I am looking forward to entry ke 2000 dalam 3 tahun lagi dan semoga kita masih lagi sesama celebrating macam last Friday.....

macam mana kelian punya weekend ??....aku punyer agak dull penuh dengan aktiviti istirehat untuk recover penat seminggu yang lepas....

...wokeh lets review Concert 5 AF6 ini....kehadiran Hetyy Koes Endang memberi warna pada concert AF6 ini dan juga some outstanding performances from the student too....aku expect next concert ada lagu Bonus so basically concert dah mula pick-up intensity yer....

aku rasa concert 5 juga menarik kerana AC Mizal lebih menyerlah hosting beliau tetapi ada VT VT yang membosankan yang mencalar sedikit AF6 tersebut....BTW, aku tidak tengok penuh concert secara live pada malam sabtu maka aku tengok ulangan hari Ahad sebelum buat review...

ALIF

...still banyak flaw dalam nyanyian beliau especially pada part rapping awal tetapi dia nampak sudah berkeyakinan tinggi kala ini...pernafasan dah improved giler tetapi perlu lebih yakin dengan vocal beliau...aku dengar masa dia nyanyi tanpa muzik masa Hetty suruh dia ulang certian verse tu lebih sedap dan ini memberitahu aku bahawa bila bebudak nei nyanyi secara spontan tanpa memikirkan technicality of singing, depa sounded better....kehadiran Adam memang juga menambah 'happening' persembahan ini....apparently mamat nei tengah leading Afundi percentage ekk....tak kan orang penang lagi kot jadik champion !!!

Ilham Kasik - C

STANLY

..sebagaimana ejaan nama beliau ' Stanly" yang macam tak cukup huruf ...kehkehkeh...persembahan Standly pun tak cukup rasa....I mean this is the type of song yang student patut paku habis habis tetapi Stanly punyer nyanyian banyak rosak...pitching tak jaga, pernafasan tidak jaga menyebabkan nyanyian terputus putus , menjerit pada certain part dan tidak sedap nyanyian beliau......so, after 5 concerts, Stanly membuktikan bahawa belai bukan a natural performer sebab performer akan berjaya menggunakan adversity untuk mencapai kejayaan diluar dugaan...

Ilham Kasik - C-

NADIA

..cheeky indeed persembahan beliau dan kawalan vocal yang baik...beliau berjaya memberi tafsiran yang menarik pada lagu nei dan projection suara yang tepat....lively performance dan lovely hairdo indeed...genre lagu tidak memungkin beliau untuk mendapat persembahan terbaik malam ini tetapi ini adalah persembahan yang cukup menarik..she is improving in every concert dan aku expect lagu ballard dari jac or dayang for next week untuk beliau...

Ilham Kasik - B

MAMARINA

....no doubting of mamarina's fantastic vocal control dan tone yang sedap tetapi dia sudah hilang colour dalam nyanyian beliau kerana terlalu technical dalam menyanyi...aku tak rasa mamarina enjoyed nyanyian beliau dan dalam usaha tenaga pengajar merubah style beliau nyanyi dari club singer into a more versatile performer, mamarina jadi colourless dalam persebahan beliau...arrangement lagu inipun agak diperlahankan temponya menjadikan ianya terlalu mendatar....otherwise, it was a good singing performance but one that you will tend to forget come nest week.....

Ilham Kasik - B-

TOI

....persembahan yang aku tak berganjak dari tempat duduk aku sebab meleleh airliur tengok penari penari latar....huhuhuhu....cara depa menari dengan pakaian depa memang membuat jantung aku bergegar gegar dan ada kala aku rasa kedudukan Toi berdiri dekat dengan penari menganggu tumpuan aku pada persembahan ini....kehkehkeh...it was an awful singing by Toi....macam kelakar pun ada jugak Toi malam itu dengan pakaian ala ala lanun yang baru insaf dan nyanyian macam budak tadika belajar bahasa inggeris......malu aku kat Hetty pada masa ini....tapi atleast dia attempt to sing this song compared to Alif yang diselamatkan oleh Pengetua....Toi ada character yang menarik though di diary...

Ilham kasik - D+

SAIDA

..aduh!!!...aku sampai terfikir saida ini sengaja ker nyanyi teruk supaya beliau boleh dikeluarkan !!...sebab ada part yang semua nyanyian dia betul, tetiba tak betul balik , pastu betul balik....seolah olah dibuat buat....kalau ikut sejarahnya, beliau pernah menggantikan CT di show show yang pada CT tak dapat hadir dan ini menunjukkan beliau sudah biasa menyanyi...apa apa pun, terrible singing dan aku malu lar lagik dekat Hetty pada masa neh....suara tak jelas, sebutan dikunyah kunyah, nyanyian mendatar dan tiada energy dalam nyanyian....

Ilham kasik - D

NUBHAN

technically , a rather forgettable performance sebab Nubhan nyanyi tak masuk key pada beberapa part yang critical dalam lagu tersebut....high pitch menjerit jerit dan tempo rushing....yang menjadi persembahan Nubhan ini menjadi sungguh mengecewakan sebab lagu ini lagu yang agak mudah untuk dinyanyikan dan aku tahu tahap sebenar capabilty beliau...aku tak faham mengapa Nubhan menurun persembahan beliau dalam the last 3 concerts....tapi dia ada kelebihan pada tone suara yang soothing dan sedap didengar....adakah syndrome besaq kapla dah menurun ke Nubhan ??!!

Ilham Kadik - C-

STACY

Malatop!!!....awesome beb!!!..walaupun ada part part tarian yang ..alamaks!terlebey sudah....ahaks ahaks...tapi ini adalah satu persembahan yang outstanding....vocal control yang baik dan tidak mengah sampai abis lagu, sebutan jelas dan tempo terkawal.....Stacy berjaya membawa lagu ini dengan penuh energy dan tarian beliau memang mengancam !!...tapi yang menariknya, aku langsung tak perasan penari latar sebab she looked so big dalam persembahan ini....'big' as in her presence on stage....minah ini adalah bagi aku peserta dari Sabah yang paling bagus up to AF6 ini....brilliant !!

Ilham kasik - A

RIZ

fantastic !!...mamat ini another natural performer dan nyanyian beliau bertenaga..projection suara yang betul yang tiada nampak traces suara suara mamat R&B yang beliau selalu project kan....tapi Riz nei suara tingi dia nipis yang menyebabkan bila dia taring, kenkadang macam nyaring sangat.....otherwise a very commandable performance..

Ilham kasik - B+


Overall concert rating - C+

Penyingkiran - SAIDA.....prediction aku salah kali ini dan personally sedih juga tengok dia terkeluar sebab dia ada character yang menarik dalam diary...aku lured to watch Dairy sebab teruja dengan sikap lembut, merendah diri dan pemalu beliau....tapi aku rasa elok jugak beliau terkeluar ....** ermmmmmmmmm....aku terbayang hubby Saida sure ambik cuti emergency 3 hari!!! ahaks ahaks....nei bukan aja projek mega tapi masuk sekali pojek terbengkalai yang diberi injection of fund ..ahaks ahaks ahaks **....Mayfirst !!...hehehe....silap silap final AF6 nei saida tak der sebab...hehehehe...morning sickness tuh!!!...

..woiittt...sapa itu Juliana Evans??!!..sesapa ada nombor tepon kasik wa ekk....bukan apa, wa memang ada hobi baru suka kumpul nombor tepon...bukan nak call pon....macam kumpul setem aja....ahaks ahaks ahaks....cun tuh!!...

EPL

...alhamdullilah....Middlesbrough 0 - 1 Bolton bermakna Bolton sudah terkeluar dari bottom 3 of the English premier league with 3 games to go....melompat lompat was beb bila result itu diconfirmed kan sebab game nei lambat abis malam tadik.....another 2 victories will almost secure Bolton the premiership status for next season.....

tolong doakan wa yer...insyaallah, kalau Bolton escape relegation...semua negeri negeri di bawah jajahan barisan pembantah akan dapat cuti umum....hehehehe....

wokeh kengkawa....have a nice weekend ahead...

wassalam










wassalam

Friday, April 18, 2008

Entry ke 1000 !!! alhamdulillah

Assalamualaikum,

..pertama tama, salam Jumaat dan maaf zahir dan batin atas segala kesalahan aku selama 1000 entry yang lepas ..kalau ada yang elok aku tuliskan jadikan pegangan dan kalau ada yang tak elok, jadikan sempadan kerna sesungguhnya yang molek itu dari Allah swt jua dan yang tak molek itu dari manusia Ilham yang terlalu banyak kekurangan...wow!! aku pun macam rasa tak percaya jugak aku dah buat 1000 entries for the last 3 years dan aku enjoy every single entry yang aku published.....

..tapi milestone 1000 ini memang sesuatu yang menakjubkan sebagaimana Pele dan Romario yang merupakan dua pemain bolasepak yang mencecah 1000 gol dalam career mereka...

the longest entry probably the last episode of halonovela pada february 2006 but i cant really recall the shortest one tapi probably satu entry yang letak gambar DSAI somewhere in late 2004....but above all, the best part of blogging is friendship and knowing I have a group of people from all around the world that actually visit my blog day in and day out is really a satisfying feeling...the largest number of visitors in one day was during my entry on AFVOCAL masa AF3 iaitu lebih kurang 1700 visitors dengan hit doubling the visitor's number and during that last month of AF3, some 30,000 visitors came to visit or an average of 1000 visitors a day and about 80,000 hits....for a private blog without any linkage to other fellow bloggers , i would consider that number as impressive....

...as kakri suggested yesterday, at the end of the blog, this ilham blog is all about haloland and halolanders....terima kasih halolanders yang telah sudi mencemar duli untuk meninggalkan jejak kelian di haloland dan halonovela Andai Di Titi Jambatan Maya dan Nyata adalah hadiah aku yang paling istimewa untuk kelian semua dan one day bila jalan hidup kita berubah, aku mahu kelian tahu bahawa halonovela adalah ikatan kita semua.....

so kakri , walaupun i could not list the whole bunch of halolanders sebab i would probably need a week to go into every entry punyer haloscan to be precisely sure that no one has been left out...


The pioneering group

- Emy, the 1st halo visitor ever, she passed away 2 years ago on May 15th....

1) Arwah Emy
2) Antukarma - peminat Farah
3) BokD - geng zaman reformasi
4) Nadia si Puteri Brunei - peminat Farah
5) akulahmar - peminat Farah
6) shark - peminat Farah

except for arwah Emy and BokD, yang lain datang ke blog ini sebab google nama Farah ....though aku selalu berdebat pada zaman reformasi, namun aku tatau BokD adalah orang yang aku berdebat dulu until one day he confessed to me.....

Then came the AMTY group

1) UC
2) Screwloose
3) Xmen
4) Sumie
5) watie
6) sekincan
7) eisya

ini adalah grouping besar pertama yang tiba ke blog ilham ini yang merupakan geng aku dulu masa zaman AF2 di blog Y... depa depa nei yang memberi aku semangat untuk blogging sebab by the time blog aku siap, depa depa nei dah advance giler dah blog depa depa...kami still keep on touching walaupun occasionally....

Mawi time

masa AF3 memuncak, blog ini menerima ramai pengunjung di haloland dan walaupun kita belum lagi menjadi halolanders, tapi ini adalah permulaan awalnya...

3.1 BALENCIAGA
3.2 XMEN
3.3 AZISHA
3.4 KAK RI
3.5 JANELABU
3.6 EISYA
3.7 KELAMKABUT a.k.a PEMERHATIKONSERT
3.8 KADIAKU
3.9 zackPC
3.10 BATRISYA88
3.11 FITRI
3.12 NHK
3.13 SuMIE
3.14 ORANG JAUH
3.15 PEMERHATI
3.16 FIN
3.17 CIK ZAM
3.18 t aka TOS
3.19 JANG
3.20 SAUJANA
3.21 WATIE
3.22 SC aka SINCHAN
3.23 MIN SUPERHERO
3.24 VAART
3.25 SHALIMAR
3.26 CIKNOR
3.27 BLA
3.28 AIRPORT
3.29 UNCUTE
3.30 BOK D
3.31 HANIM
3.32 NAJNINA
3.33 NINI
3.34 papaadlis

dari list di atas maka masih ramai yang datang dan pergi sesuka hati mu...ooooo kijam ya dikau.... kehkehkeh....dan bermula zaman Halolanders yang mana ramai dari yang atas telah menjadi penghuni padang permainan ini....

eventually, satu masyarakat maya yang unik dan dinamik tercipta sehingga melahirkan halonovela

Halolanders

darlinglara/embun ( beb!! wa letak ko 1st tau )
bokd
nhk
vaart
mamabat
teesh
epong
min superhero
kakri
kaklia
cikzam
ida
zack
liana
janelabu
eva
jazz
kadiaku
hanim
papaadlis
noey
misa
seri
fudhla
kpd
mrLL
Nini
GX
aya
mawaa
nini kecik
dang anum
H
Hatisah
sinarcahaya
orangkampong
rempawan
Fitri
royce
orangjauh
daloma
wan
shyda
ngangah
SN!!! how could i...
azisha


to capture every single nick is almost impossible and there's bound to be missing names in the list above...kalau nama you all tertinggal, please tell me dekat halo so aku boleh adjust balik nanti....

over time, some left the haloland for one reason or another but friendship remain among halolanders in this borderless world of virtual reality....

many of halolanders become true friends through tick and thin but some left in bitterness....many become friends in the real world but many still only known by their nickname until this very day....

kakri and fellow halolanders,

i cant please everybody and i do have my favourites too among the halolanders , similarly , many kind of adore my writing but many hate the sight of my nick but my conscience is clear because 99 % of people visiting this blog is on their own accord except for arwah emy and perhaps BokD.....

over the years, I have accepted some of you as my flesh and blood though we have not met in real life...never a day gone by that I did not think of the possibility of meeting all of you in the real world in the name of friendship....I sometime wonder what have i have done to deserve a bunch of friends that I could trust and relate freely....NHK taught me a lesson by saying " there's soul behind every nick " and I appreciate that so much....I made mistake too in choosing my friends but no regrets because what is done is done....

1000 entries and over 100,00 recorded comments in haloscan , this blog is definitely one of the highest haloscan user in the world !!....thank you all....

wokeh....i hope i will not spoil this entry number 1000 by predicting the wrong student to be voted out for tomorrow's concert 5 AF6....first time this season I have to look at the undian terkini to see the current voting trend to help my predicting....I am predicting student perempuan yang terkeluar maka aku melihat Saida dan Mamarina dalam bahaya....Mamarina dengan undian tercorot sekarang ini mungkin ramai sudah rasa opah ini sudah sampai edahnya untuk dikeluarkan dari akademi fantasia ini....namun saida juga sudah mungkin hampir edahnya di AF ini ...aku tidak akan predict stacy sebab fan based dia very strong dan aku tak rasa Nadia tergugat sebab beliau ada consistent saturday supporters....maka tinggal mamarina dan saida...

tapi aku berat merasakan Mamarina .....

unless minggu ini minggu kejutan ..kalau minggu kejutan adalah minggu ini, maka Nadia, Riz dan Nubhan adalah dalam bahaya......minggu kejutan ialah minggu di mana Rosma terkeluar dan bukan Nana or Zarina terkeluar dan bukan Mas....kesannya ialah, berlaku kontroversi yang menyebabkan penyokong pelajar lain akan mengundi lebih banyak supaya kejutan lain tidak berlaku pada pelajar mereka....dan selalunya kejutan melibatkan pelajar dari semenanjung...

wokeh , aku assume tiada kejutan dan seorang sahaja tergelincir ,maka MAMARINA

kalau kejutan, bermakna Nadia, Riz dan Nubhan dalam bahaya dan aku ambil NUBHAN...

kalau dua pelajar terkeluar , maka aku ambil MAMARINA dan TOI....

wokeh kengkawan....terima kasih kengkawan...

This entry number 1000 is dedicated to all Halolanders dulu, kini dan selamanya .....terumata kepada adik adik wa, kakak kakak angkat wa, hot hot hot mama di halolanders, jejantan kebarets dan tentunya pada emak angkat !!...


wassalam

Thursday, April 17, 2008

enrtry 999

assalamualaikum,

ilham,

request ya..next entry boleh you kenalkan semula warga halo...maybe I termiss mengenali merekatake care semua

kak ri 04.16.08 - 8:34 am

insyaallah kakri and i would have done it tonight if not for the fact that I reached home 10 minutes to midnight....

intai intai haloland baru tau yesterday Epong's birthday ...Happy Birthday Epong....

intai intai lagi terus sentap...kehkehkeh...ropernya si eva gan epong mula nak bermadu asmaradana !!..berasaplah haloland weh!! ahaks ahaks...

..betul kakri, ramai halolanders yang sudah tiada di sini lagi and perhaps my 1000 entry seems appropriate to be dedicated to all halolanders , because it is the friendship that makes this halo a special place indeed....

siang tadik wa outstation sampai Perak dan semenjak Barisan Pembantah memerintah Perak ini, aku perasan hutan hutan tepi highway PLUS dari Tanjung Malim ke Tapah bertambah tambah subur dan bertambah mettalic hijau yer....kehkehkeh..alangkah baik yer kalau ada jugak kandang babi berteknologi tinggi di negeri perak ini....hehehe..baibun , wa nyakat birthday boy aja...... kehkehkeh

..dalam perjalanan sambil belajar aku ini, aku berhenti melihat Kelly Castle....waduh!! penuh misteri sekali istana tak siap ini.....aku terperasan ada jugak kesan senibina Islam di bahagian tingkap yang menyerupai kubah....kemudian pertama kali aku sampai ke pekan/bandar Batu Gajah....kampong H tuh!!!....banyak kesan kesan lombong tinggal yang memungkinkan ianya satu masa dulu giat dengan perlombongan bijih timah apatah lagi nama nama daerah seperti Tronoh, Kg,Gajah dan Tanjung Tualang adalah nama nama terkenal dalam industri perlombongan bijih timah tak lama dulu....allooo H, dekat Batu Gajah ada Pizza Hut lar beb!!...terkejut beruk wa kejap...hehehe

...ekceli aku masih pening pening mental memikirkan bagaimana Perak boleh jatuh ke tangan barisan pembantah dan seorang ahli Pas boleh dilantik menjadi MB dalam kerajaan campuran tersebut....kehendak Allah swt tiada siapa yang boleh menghalangnya....aku harap kerajaan baru Perak akan menyerlah kewibawaannya....

..some nice golf courses aku nampak dekat Batu Gajah ini yang memberi maksud bahawa ramai colonial masters bertapak di sini semasa zaman keemasan industri perladangan getah dan perlombongan bijih timah.....

semasa makan malam di sini, aku terdengar di berita TV bahawa harga beras telah naik sehingga 20%....this is not really good dan aku pun tak faham sebab berlaku kenaikan ini, adakah kerana supplier beras dari negara jiran lebih senang menjualkan hasil berasa mereka ke negara negara lain??!!!.....sepatutnya makanan asasi ini kita kena produce sendiri dengan cukup sebab kita ada resources to do that......aku juga terdengar di berita TV bahawa harga petroluem sudah samapi USD 112 per barrel yang semestinya memberi kesan yang kuat pada ekonomi dunia....again sepatutnya sebagai producer of oil & gas, benda ini tidak sepatutnya membebankan kita namun seoalah olah kita yang terlebih susah akan keadaan ini....

wokeh guys, mata dah tak boleh nak bukak dah....turu dulu

wassalam

Wednesday, April 16, 2008

Entry 998

Assalamualaikum,

...melihatkan eva adik aku kata that she is looking forward for entry number 998, rasa tak sampai hati nak turu walaupun agak kepenatan aku ini...memandangkan aku nei real life tak ada adik kandung, maka bila adik maya mintak sesuatu, adoii...longlai rasa seluruh badan nak menolak permintaan tersebut...kehkehkeh...

so eva, this entry is dedicated to you yer.....i dunno when is your birthday dik...so Happy Birthday to you, whenever the date is !!...

so entry abang kali ini ialah tentang Kekasih Galap...kehkehkeh...

..kekasih galap adalah seseorang yang kita admire secara secretly dan berlaku almost pada semua orang....kita secretly admire kita punyer boss or boss kawan kita, or minah cun yang jadi receptionist kat office or sekolah sekolah dulu, kalau school head prefect or footballer memang ramailah yang secretly admiring mahupun top students.....

....ianya kekasih galap kerana kita minat dan menaruh harapan tapi kita tidak pursue that feeling of wanting the other person to know the interest that we have towards them...interestingly, there will be occasions when kita tiba tiba terserempak dan dia pandang kita seolah olah dia tahu kita ada simpan perasaan minat terhadap beliau....

..kadang kadang kita express admiration kita pada kekasih galap ini pada orang orang yang kita harap akan menyampaikan perkara itu kependengaran kekasih galap tersebut....kadang kadang kita mejadi marah pada orang lain yang rapat dengan kekasih galap kita dan many a time kita menjadi gabra at the slightest sight of kekasih galap...kehkehkeh...

surprisingly, dalam banyak cases, kekasih galap itu menarik from a distance tapi bila kita mengenali kekasih galap itu nyata ianya satu disappointment....ini adalah kerana kita secretly admiring perkara perkara yang 'besar' seperti wajah yang tampan atau lawa, kekayaan dan pangkat, darjat atau reputation dan semua ini adalah luaran ...dan once kita kenal the person kita realise kekasih galap itu tiada terlalu istimewa sebagaimana yang kita harapkan....

..dan yang syiok yer....after lama tak jumpa dan bila berjumpa lagi , especially selepas zaman persekolahan, kita pun terfikir, macam mana kita boleh minat giler dengan mamat atau minah itu....

in real life, aku tak expect akan ada manusia yang akan memilih aku sebagai kekasih galap depa....kehkehkeh....tetapi sebenarnya, sebagaimana kita ada meminati seseorang itu sebagai kekasih galap, ada juga orang lain yang melihat kita sebagai kekasih galap depa......ermmm....tapi aku tak leh recall lar ada aweks yang mengkekasih galapkan aku....heheheh.....

adoi....ekcelikan....kekasih galap nei sama ker dengan secret admirer kita...lantak lah , tak akan aku nak tulis balik kot...hehehehe....dah dekat pukul 12 dah nei....

..tapi aku prefer kekasih galap itu remain kekasih galap kerana aku tau rejection will be the obvious result if i were to pursue the feelings.....sebab selalunya, orang yang kita secretly admire selalunya mempunyai kelebihan kelebihan tertentu yang menyebabkan kita rasa terlalu kerdil untul melakukan lebih dari meminati dari jauh......

....aduh....walaupun tak berapa detail kupasan aku pasal kekasih galap ini, tapi aku harap ianya memadai untuk bacaan santai hari ini.....

especially untuk eva .....thanks dik for always supporting your abang maya ini......

wassalam

Tuesday, April 15, 2008

entry 997

Assalamualaikum,

..kalau ikut blogger.com punyer trekking system, bermakna entry hari ini adalah entry ke 997!!...makoiiii....bermakna entry hari Jumaat ini adalah entry aku yang ke 1000!!!..huhuhu...

patut lar aku dah tak ada modal nak cerita dah....dah nak masuk 1000 dah entry aku roper yer....** round of applause to ilham...kehkehkeh**

how much longer agaknya aku boleh menulis dengan tidak berlaku pengulangan/repititon of ideas and facts ??!!....inilah yang aku selalu takutkan, apabila idea atau bahan untuk ditulis sudah berulang ulang dan seakan akan stereotype......aku takut pada situasi tersebut bila apa yang aku sebut/tulis sudah tidak ada impak maksima pada yang membaca...

still, aku masih lagu duduk didepan laptop ini memikirkan adakah masih ada benda yang boleh aku share bersama sama kawan....dan kerana kawan lah aku boleh menulis untuk mencecah entry ke 1000...bila aku menulis ini aku merasakan kawan kawan itu hampir dengan aku, seakan akan aku berborak dengan kawan kawan...

..bagi aku a piece of paper, i may not be able to construct a simple sentence, tapi bagi aku keyboard neh, memacam aku boleh tulis...kehkehkeh....lebih lebih lagi bila berada dalam kotak 'create new post' dalam 'dashboard' ini....

personally aku nak treasure my 1000 entry Jumaat ini kerna it may take much longer period to reach the next 1000....but i will always dream of the touching the sky , maka aku nak set my target that I will write my 10000 entry in 2028....insyaallah....

tapi apa nak tulis ekk untuk entry 997 neh...ahaks ahaks....seriously i have no idea !!...

well, aku tengok sikit tadi diary AF6 dan aku rasa lagu tugasan tak berapa ngam lah !! happy Birthday to Nadia !! wa tak sangka wa gan Nadia ala ala sebaya.....i guess aku suka lar gan nadia neh....she reminds me of Nija and Farah.. depa depa nei lepas laku, suara poweroot, muka sweet sweet cun, penuh dengan determination, talented , smart dan kemetot.....

so far aku tak Afundi sebijik pun untuk nadia tapi kalau nanti dia seriously running for the championship, aku mungkin terjebak kot....kehkehkeh...kenalah cari cari besi buruk gan tin magnolia tuk cari duit lebih untuk beli top up !!!....

..aku happy for farah sebab dia masih lagi visible dalam Tv dan dia baru dapat iklan pad herba ...so kengkawan kaum ina naim sekelian...ku seru kowang tukar lah pada herba brand yang Farah jadik duta itu yer, so tiap kali kowang pakai, kowang tau ilham ada bersama kelian....kehkehkeh....baibun bah!!.....

...Nija aku hardly dengar khabar yer ....tak pernah aku terfikir aku boleh menitiskan airmata pasal seorang aweks yang aku hardly kenal, tapi malam final AF1 tuh, aku memang mengalir airmata bila dia nyanyi best giler lagu "Kenangan Pahit ' yang ada liriks, " punah segala ilham ".....dan aku masih menitiskan airmata bila beliau tak dapat tempat masa final atu.....seriously, aku tak tidur sampai subuh.....sekarang nei aku tak tau dia dah kawin ker apa ker....aku harap satu hari nanti aku akan dapat jumpa Nija in person, kalau betul lah makbul doa aku nei, memang aku nak mintak autofgraf dia nanti....kehkehkeh....yer lar kan, kalau aku citer aku nangis tengok dia nyanyi, mau pengsan dia kang !!!hehehehe....tapi aku nak citer kat Nija yang aku menyorok belakang dinding tuh bila Nija nyanyi sebab aku takut dia buat mistake!!...i lap u Nija....ek eleh..otak lu!!...

..tapi aku tak heran lar aku nangis, ada mamat kat rumah aku, menangis masa Sahri keluar, lepas tu masa Sahri nyanyi masa final tuh, nangis lagik....ahaks ahaks ahaks...mummy aku nangis masa Zarina keluar...kehkehkeh......tak silap aku BokD nak bunuh diri masa Mas AF2 terkeluar!!kehkehkeh....baibun bro!!....huhuhu.....

wokeh kengkawan...mata dah tak leh bukak dah nei...wa nak turu dah.....


wassalam

Monday, April 14, 2008

Concert 4 AF6

Assalamualaikum

...aku tak tengok AF concert masa saturday night so aku punyer review ini ialah selepas menonton ulangan hari ahad....menonton siaran ulangan ini ada baiknya sebab aku more relax dan juga dapat guna remote control dengan lebih effective bila masa Ogy M.Daud bercakap...kehkehkeh....Makcik nei pernah cakap pada students " less is better " , so nasihat aku pada Ogy nei, " the least you said, the more it made sense".....ada beza antara mengkritik dengan mencari salah dan ada beza diantara orang pandai dengan orang yang memandai....kalau kat haloland, aku akan cakap " makcik nei peyed dan menahan peyed pain agaknya !!" ahaks ahaks ahaks...

..at the end of the day, concert is about student performance and not the Pengkritik, tolong lah jangan overshadow students or menjadikan students untuk vehicle untuk popularity..i am getting a little bit annoyed dengan kritikan yang tidak mengfokus kepada nyanyian students sehingga stanly lupa lyrics tidak disentuh, stanly off key tidak disebut, alif silap masuk nyanyian tidak disebut dan lebih kepada gestures tangan lah, centre of performance lah dan ntah apa apa ntah yang diulang dari satu pelajar ke pelajar dari satu minggu ke satu minggu....

...bagi aku, cukup seorang pengkritik untuk melihat dari sudut persembahan tapi dua pengkritik lagi mesti kepada nyanyian .....kalau nak pasal persembahan, buat Akademi Lakonan!!...cakap lah apa nak cakap...kehkehkeh

...baiklah, lagu lagu dalam concert kali ini adalah agak mudah dan bagi aku bertujuan untuk menilai seni suara penyanyi.....dalam minggu ini, kalau students tak ada tone suara yang baik, lenggok suara yang menarik , sebutan yang jelas dan pernafasan yang baik , maka kekurangan mereka akan terserlah...

FAISAL

..well done, he did what he was supposed to do that was to sing well or to sing in key......he did more than that, he sang very nicely indeed, he dance quite interestingly too and he did not fumble....dari sudut nyanyian, ini adalah persembahan yang menarik dari Faisal....that's not much else he could do to bring variation into the song....well done....penyingkiran beliau satu penyingkiran yang bermaruah...

Ilham kasik - C+

TOI

....Toi tidak mempunyai tone suara yang sedap atau powerful tetapi dia telah berjaya menggunakan teknik teknik vocal yang betul dalam nyanyian untuk menjadikan nyanyian beliau betul atau lulus....tapi sebutan Toi tidak berapa jelas tapi aku suka dia punyer low tone and high tone very steady...tempo untuk lagu ini bercelaru giler dan berubah dari satu verse ke verse yang lain.....forgettable performance though..

Ilham kasik - C

ALIF

...nice soothing song and a very simple song yang sepatutnya Alif boleh kunyah lagu nei slumberland....tapi dia struggle menghayati lagu ini dan struggle mengingati bila nak masuk lagu dari satu verse ke verse yang lain.....suara dia sedap, no doubt about that tapi performance ini aku rasa macam half baked performance....he is lucky that controversy dalm diary menyelamatkan beliau......sepatutnya, setelah melalui tekanan emosi di dalam diary dia sepatutnya dapat transformed emosi tersebut dalam lagu ini....disappointing betul!!

Ilham kasik - C-

MAMARINA

....again sebuah lagu yang simple dan sedap didengar dan Mamarina breeze through this song...tiada mistake tetapi tiada omphhh jugak...i come to expect that she will sing well but she was probably losing a liitle bit of competitive edge dalam diri beliau....maksud aku, she may going through a period of asking herself " why am i doing this ??"....so nampak macam beliau tidak enthusiast lagi....lepas tu sakit lutut pulak doh!! ahaks ahaks...tapi aku rasa peyed yang lebih yer neh...ermmm.....kalau seyes sakit lutut, wa sure tak leh jalan pergi tempat AC Mizal or boleh goyang masa nyanyi....aku nei kalau pasal sakit lutut memang aku tau sangat...

Ilham kasik - C

STANLY

..mak oiii!!.....terrible singing dan kalau Ramli MS true to his words, this singing shoul be stopped well before it ends.....lupa lirik ! pernafasan tak sampai !! menjerit jerit !! salah masuk key !! very pitchy dan tak sedap nyanyian beliau.....walaupun nampak confident, tapi sebenarnya dia nei tak tinggi level of confidence beliau....i hope cikgu cikgu reduce level of expectation terhadap mamat nei dan teach him basic balik.....nak kata macam Sahri AF1 pun tidak, nak kata macam Bob AF2 tidak jugak tetapi dia macam ada sesuatu yang masih boleh memeranjatkan penonton...tapi kalau based on that performance, dia tak deserve masuk final...it is not about trying too hard tapi a case of not knowing what to do !!...

Ilham Kasik - D

SAIDA

waduh waduh....aku expect lagu macam nei dia patut paku abis lagu nei...tapi tak jugak!! suara tenggelam, nafas terputus putus, sebutan tak jelas........i admit, dia nampak more comfortable on stage tapi bila terlalu memikirkan persembahan, nyanyi jadik hanyut !!...please, Allah swt jadi manusia nei pemalu, pemarah, kaki segan, kaki menunjuk nunjuk dan macam2 lagi....you cant change people overnight dan bila sifat vulnerable Saida itu hilang, hilang jugak X-Factor pada diri beliau....bayangkan Nadia disuruh menjadi pemalu untuk mengeluar feminine side of her !!! silly to even think about it !!...Noraniza Idris nampak cantik dan tidak overshadow dan aku suka lar Noraniza nei sekarang...kehkehkeh...frankly, aku dah fed-up mengharapkan Saida menyanyi dengan sedap dan betul for whole full song....

Ilham kasik - C-


NUBHAN

....tone suara sedap tapi bila silap banyak sangat dalam nyanyian, maka hancus lagu jadinya.....i dont like too much of play acting dalam persembahan kerana ianya jadi faking dan menggangu nyanyian.....kalau dia keep it simple untuk lagu ini dan bagi dynamic dalam nyanyian...aku rasa beliau boleh seriously taken as a real contender for the championship....tapi kalau based on persembahan malam tadi, nyanyian beliau mendatar dan nubhan nampak confused....tapi tone suara dia adalah asset yang boleh bawa beliau jauh dalam competition ini...

Ilham kasik - C -


NADIA

....ada pitching problem dalam dua rangkap nyanyian sebab suara tidak berlenggok di hujung lalu digantikan dengan dynamic......definetly not her forte lagu asli ini tapi aku suka intepretation beliau dan for her age, she did extremely well indeed....minah nei very comfortable on stage that reminds me of Amylia AF3....tone suara Nadia terlalu keras untuk lagu lagu macam ini , maknanya kalau pertandingan lagu asli, she will not get passed the audition stage !! kehkehkeh...tapi tidak ada major singing problem dan dia nampak matured dalam dress yang macam tuh.......one of the better performance in a nite of too many mediocre performances

Ilham kasik - B-

** ermmmm..apa rungut rungut Epong yang si Nadia dapat B-, dah lar aweks aku,blog aku pulak tuh!!**hehehehe....baibun bro!!

RIZ

....seriosuly, malam concert on saturday, aku sempat dengar kat radio dia nyanyi live masa tuh...it sounded terrible dengan tempo dan pernafasan yang terganggu dan sebutan yang ntah ntah apa apa bijik butir yer....tapi bila tengok persembahan melalui TV, it didn't sound that bad at all.....energetic performance tapi jelas fast and furious beat bukan nasik kankang mamat nei....tapi sebab dia performer, dia tau improvise lagu untuk sesuaikan dengan suara beliau...dia nei lulus every week so far dan kalau dia improve on his character development, he is seriously running for the championship...

Ilham kasik - B-

STACY

....tidak berapa sedap nyanyian Stacy malam nei walaupun tidak ada apa salahnya nyanyian beliau malam ini....tapi lagu itu terlalu besar untuk beliau lebih lebih lagi sebuah lagu baru yang kita pun tak familiar iramanya....terlalu banyak growling yang menyebabkan jadi memaksa maksa nyanyian beliau....for her high standard, a rather forgettable performance....she needs to come out big next week to cement her position as a possible winner.....

Ilham kasik - B-

memorable moment

aku suka lar VT 'Jari Tak Berwaris " untuk Stanly tersebut dan aku suka part Toi jumpa wife dia....kehkehkeh,...air naik pala dah tuh mamat neh!!...ahaks ahaks....aku muskil lar mamat RA tu punyer dressing ??!!....terlebey sudah atu!!....aku terperasan yang cikgu Linda Jasmin duduk tak menyandar ....fuyoooo...dia boleh maintain duduk tegak camtu berjam jam....ermmm nak jaga posture badan.....and cikgu Linda ini one of those women yang lagi berumur lagi lawa....wa cakap lu beb!!...again, i like the sound of the live band....aku pun rasa kelakar jugak yang AC Mizal dok menyengih pandang camera setiap kali selepas menjemput pelajar membuat persembahan

Penyingkiran : FAISAL penyingkiran yang bermaruah dan kalau turn dia nyanyi pada peserta ke 7 atau 8, aku sure dia mungkin dapat undi saturday lebih sikit....

Overall concert rating - C-

..student nampak tired dan tidak committed....something seriously wrong yang aku rasakan got to do with student themselves.....aku rasa Mamarina dah mungkin merasa tension cuba hidup melawan anak anak muda sedangkan beliau sudah ada cucu....Saida dah mungkin sampai tahap cipan punyer rindu gan anak anak dan probably naluri ibu dan isteri itu sudah memuncak, Toi mungkin jugak merasakan apa yang Saida rasa dan sekarang nei depa nampak macam rapat sebab melalui perasaan diri yang sama.....apabila 1/3 dari populasi student tidak committed, maka ianya akan nampak pada keseluruhan persembahan....

Concert juga terlalu pengkritik centric.....i think memanggil pengkritik jemputan perlu dikembalikan untuk menceriakan concert semula....

EPL

Bolton menang beb!!!!!!!..kehkehkeh...doakan untuk wa yer kengkawan supaya Bolton boleh avoid relegation.....Bolton punyer games left semua susah susah berlaku dengan Middlesbrough (A), Spurs ( A), Sunderland ( H) dan last game Chelsea ( A)....tough tough giler, tapi when the going gets tough, the tough gets going!!...

wokeh nice week ahead dan semoga sama sama kita berdoa agar minggu ini memberi kejayaan yang kita harapkan.....

Epong!! wa tatau your exact birth date, tapi apa apa pong "Happy Birthday Epong " .....and Jazz ada hantar offline message kirim salam denagn semua kengkawan....

wassalam

Friday, April 11, 2008

Salam Jumaat 11/04/08

Assalamualaikum

..Salam Jumaat dan salam maaf zahir dan batin....aku baru lepas tengok special show American Idol Gives back dan melihatkan kesengsaraan masyarakat yang ditunjukkan samada di Afrika atau di Amerika, terasa betapa beruntungnya kita duduk di Malaysia ini....berdebat pasal politik pun dalam internet dengan rokok ditangan, teh tarik atas meja dan kemudian boleh lepak Bistro for dinner borak lagi pasal politik lagi.....tapi di Afrika tiada cukup ubat dan kelambu untuk menghindari malaria dan kematian akibat Aids menjadi perkara biasa yang menyebabkan ramai anak anak menjadi yatim piatu....so dihari Jumaat yang mulia ini marilah kita bersyukur ke hadrat Allah swt akan rezeki kita yang terus merempah ruah dan kemakmuran yang kita kecapi......

..namun aku sedikit sedih memikirkan beberapa kes kehilangan anak anak yang masih tidak resolved seperti Sharlieni dan Asmawi dan 2 or 3 days ago seorang budak form 5 mati dibunuh selepas dirogol di kelantan.....semoga yang hilang ini masih lagi hidup dan yang meninggal akan masuk terus ke syurga Allah swt jua....aku takut sangat kes kes budak hilang ini berkaitan dengan perdagangan organ organ manusia sebab kalau benarnya maka akan berlaku lebih banyak lagi kes kes penculikan untuk tujuan ini....di pagi Jumaat yang mulia ini, sama sama kita berdoa agar anak anak kita, anak anak jiran kita dan anak anak semua rakyat Malaysia akan dilindungi dari niat jahat syaitan syaitan yang bertopengkan manusia ini...

baik lah....Friday ialah hari aku buat prediction siapa yang bakal terkeluar minggu ini.....sebelum malam tadi aku berat kepada Alif sebab lagu inggeris yang dia dapat itu susah dan tak sedap dan tiada kesinumbangan dalam kes telenovela beliau dengan nadia....tetapi selepas tengok dia menangis kerana terlalu malu bila digagalkan sebelum concert, aku rasa beliau mungkin mendapat undi simpati yang banyak....

..tapi aku masih merasakan bahawa minggu ini lelaki yang terkeluar sebab perempuan yang tinggal boleh maintain position mereka for at least another week....

maka aku tengok semula kepada faisal, denagn improvement Faisal dalam diary, memungkinkan orang ramai tidak teruja hendak mengundi beliau dan aku expect saturday performance dia dikritik sebagai ada improvement tetapi dot dot dot......tetapi bila aku fikirkan yang beliau masih boleh bertahan last week walaupun nyanyi teruk, aku rasa dia ada penyokong hari sabtu yang kuat.....

..ini menyebabkan aku terfikir adakah minggu ini minggu kejutan yang menyebabkan antara Toi dan Riz yang mungkin tersingkir ??....though aku rasa terlalu awal, namun ianya mungkin terjadi kalau pengundi hari sabtu lebih sentimental minggu ini....

..namun adakah percakaran antara mamarina dan riz yang mungkin akan diketengahkan oleh pihak produksi pada hari sabtu ini akan memberi kesan pada depa berdua....atau adakah saida akan terus diselamatkan oleh peminat peminat CT Nurhaliza.......

minggu ini aku hanya nampak nadia, stacy, stanly dan nubhan yang agak selamat sebab mereka masih mempunyai momentum yang kuat....

seriously, aku merasakan minggu ini adalah salah satu minggu yang payah untuk aku membuat prediction sebab aku rasa this week concert maybe a bit so so aja....concert mungkin ada kexutan CT Nurhaliza atau Noraniza Idris nyanyi gan Saida dan bini Toi pulak naik stage gan anak anak....

since aku masih kena buat prediction, maka prediciton aku ialah, kalau seorang terkeluar maka aku ambil FAISAL dan kalau dua terkeluar, maka aku rasa MAMARINA yang terkeluar....

...somehow, aku tak berapa confident dengan prediction aku but aku tak setuju Alif dibenarkan tukar lagu sebab itulah AF sebenarnya ialah untuk menyaksikan budak budak melawan adversity untuk memberi persembahan diluar jangkaan semasa concert.....

wokeh....it is FAISAL this week...

kengkawan, enjoy your weekend and see you all tomorrow...

wassalam

Thursday, April 10, 2008

Khamis 10/04/08

Assalamualaikum,

Kisah babi menjadi isu besar for the last couple of days dalam suratkhabar.....kerajaan Selangor telah bagi the go ahead untuk ladang penternakan babi yang hi-tech ini untuk diteruskan....Tan Sri Khalid MB argued that the project was approved by the previous state government and he saws no reason to overrule the decision since he believed that a concentrated and high-tech pig rearing will be better control and managed....furthermore, it will be a fully privatised project and the land acquisition has been settled much earlier....pagi tadi dekat radio aku dengar bekas MB Selangor ,.aduh lupa pulak aku nama dia..macam nama budak AF2 sapa tuh, Kaer kaer....kehkehkeh... berkata kata yang dia akan sokong kalau Tan Sri Khalid nak stop this project..kehkehkeh...bayangkan kalau Tan Sri Khalid stop this project, apa agaknya komen depa ??...

a) tidak sensitif pada bangsa asing
b) penindasan terhadap penternak penternak babi
c) kerajaan selangor dari barisan pembantah mengamalkan perkauman
d) Cina di Selangor dipinggirkan
e) dan macam macam lagi

...so, aku punyer stand very clear, since kita agree on a kerajaan campuran maka give and take itu perlu....kalau nak berpolitik , kena lah berpolitik....kalau nak berkebajikan, masuk lah NGO....kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan politik dan bukan perlantikan macam YDP majlis majlis perbandaran....so, sebagai pemimpin dalam kerajaan , depa kena nampak tulus dalam perlaksanaan dan adil dalam membuat keputusan....dalam kes ternakan babi ini, aku rasa adalah sesuatu yang ibarat " ditelan mati emak, dibuang mati bapak" sebab it is a very difficult case to handle when you are just about 40 days in power....so i personally feel that MB and exco members handle this subject matter very well indeed....Barisan Pembantah harus memikirkan mereka akan memerintah negeri selangor untuk 50 tahun akan datang dan keputusan yang mereka ambil mengenai kes ternakan babi ini menunjukkan satu keputusan untuk jangkapanjang rather a hit and run kind of decision...

nonetheless, akan ada ketidakpuasan hati bagi mereka yang duduk dengan kawasan berkenaan sebagai orang yang tak puas hati kilang didirikan dekat dengan kawasan perumahan atau orang yang tak puas hati kawasan pelupusan sisa pepejal dekat dengan kawasan rumah mereka atau mereka yang tidak puas hati commercial town yang dekat dengn rumah mereka dan rumah mereka jadik tempat letak kereta dan crime rate very high, atau mereka yang tidak puas hati kawasan sekolah menyebabkan traffic jam yang teruk atau mereka yang tidak puas hati kawasan rumah mereka selalu banjir atau mereka yang tidak puas hati bekalan air bersih asyik terputus dan macam macam lagi ketidakpuasan hati.....

maka , aku hanya boleh berkata pada kerajaan selangor yang baru ini ialah gunakan kes babi ini untuk establish kerajaan baru ini dan jangan menjadi lemah atas tekanan kerana for the 1st 40 days ini aku banyak mendengarkan kisah kisah positif dari rakyat selangor sekelian dan insyallah, as long as kelian tulus, adil dan berwawasan, kelian will be okke sebab rakyat selangor macam aku akan terus cuba memahami hala tuju kelian dan in the process to show my support every possible way....

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas tahta
Allah lanjutkan usia tuanku
rakyat mohon restu
bawah dulu tuanku

ini adalah sebahagian dari lirik lagu negeri selangor yang aku akan selalu treasure sebagai anak selangor/KL ini...

...ada sebab Allah swt menjadikan babi sebagai binatang yang haram dimakan oleh orang Islam tetapi biarlah yang oraang tak Islam nak makan babi kerana apa yang penting kita yang muslim ini jangan menjadikan babi sebagai sebab untuk orang memandangkan rendah kepada orang Islam/muslim sebab Islam sebagai agama sudah terpelihara kedudukan dan kesuciannya di negeri Selangor ini tetapi kita sebagai muslim mungkin akan nampak hina kalau menjadikan babi sebagai satu isu besar untuk mengatakan kita lebih suci/bersih dari yang lain.....selagi ramai muslim yang masih minum arak, beratur beli nombor ekor atau makan suap , maka kita akan nampak kelakar bila menyatakan babi itu yang paling kotor di sisi agama Islam....even dalam keadaan darurat kita diharuskan makan daging babi untuk survival tetapi darurat macam mana , aku tidak pernah dengar kita boleh makan suap, berzina, berjudi dan sebagainya...

so kerajaan baru negeri selangor, kalau kelian buat betul aku sokong, tapi kalau kelian start slacking, wa akan layaks habis habisan jugak sebab aku dilahirkan anak selangor terlebih dahulu barulah penyokong pembantah kemudiannya , so sebagaimana aku pernah sokong umno dan menolak mereka kemudiannya dan akan tiba masa aku akan menolak pihak pembantah kalau depa dah mula menyimpang dari menjaga hak rakyat negeri selangor ini, tulus dalam memerintah atau mula menzalimi rakyat...

wassalam

Wednesday, April 09, 2008

Entry Rabu

Assalamualaikum,

..semalam bz and balik lambat tak sempat nak update blog...

...diam diam dah 9 April ....ermmmm....macam aku cakap ari tuh, kalau makan gaji cam aku nei haribulan amat penting macam tengok anak bulan nak Ramadan dan Syawal jugak ....

1 - 5 haribulan selalunya suka
6.- 10 haribulan sudah mula duka
11 - 19 haribulan beta pun asyik murka
20 - 30/31 haribulan ibarat papa....

kehkehkeh..orang makan gaji cam aku nei ada PMS gan peyed gan lar mood level yer..

..well, aku dah lama tak tengok Football Focus or the review show before saturday or sunday punya game so aku punyer lar menitis airmata bila aku tengok Big Sam jadik one of the pundits....huhuhu..happy aku beb....

hopefully Big Sam datang KL or Genting masa dia kat sini, memang aku rasa aku mesti pergi jumpa Big Sam punyer....Big Sam is to me what Brad Pitts is to many others...idola wah tuh!!!....kehkehkeh

well, EPL pun nak sampai kemuncak yer dan aku sedih jugak tengok Bolton really struggling to find their footing but I stick to my earlier prediction that they will survive on the final day....Newcastle , musuh utama aku sekarang neh, telah berjaya moving out of the danger zone and looking pretty assured of their premiership status...

di top of table pulak, MU aku rasa too good to let the title slip but it will be very interesting to see Chelsea meeting MU in a competitive atmosphere....Arsenal kind of blew it lepas string of defeats bulan lepas and can't see them mounting a late challenge after only drawing with Liverpool.....perhaps a good bet for Champion's League title...

FA Cup final tahun nei antara Cardiff lawan Portsmouth !! adoi....tapi true to the tradition, aku definetly be watching this match and it could be the best game of the season, for all you know...

..malam tadi Liverpool beat Arsenal 4-2 to advance to semi-final as well as Chelsea ....Arsenal hancus giler season depa ..kehkehkeh....hopefully MU masuk jugak malam nei....aku dah tak larat nak bangun dah tengok bola nei dah especially bila sampai rumah lambat banget..

Diary AF6 pun aku tak dapat tengok tapi sempat juga tengok Ugly Betty...owh lega....takut aja wa termiss nengok Betty Suarez aku...idola wa jugak tuh!!kehkehkeh...

wokeh, ini aja for today yer kengkawan.




wassalam

Tuesday, April 08, 2008

ermmmm....Ramli MS kena fikir baik baik yer..

Assalamualaikum,

Kalau tak silap aku Ramli MS ada kata kepada Faisal that he will stop Faisal from singing if he feels that Faisal nyanyi off key or sumbang ??!!....1st time hearing aku rasa macam aku silap faham maksudnya tetapi bila Sarimah explained ,then it was very clear that Ramli MS threatened to stop Faisal during concert if he feels that faisal singing off key or not to his level of expectation !!....

..AKU PROTES !!....first and foremost, apa sekali pun tujuan ikhlas Ramli MS untuk meningkat kualiti music negara , still AF ini ialah Reality TV Show iaitu bermakna ianya masih sebuah rancangan hiburan dan realiti dalam AF adalah realiti hiburan maka janganlah melakukan sesuatu yang cross the line between reality TV show dengan reality of life..... reality TV Show bermakna realitinya mencari keuntungan bagi pihak TV dan telecommunication service provider and reality of life ialah Faisal itu akan hancur masa depannya dan juga menjatuhkan airmuka beliau, keluarga beliau, peminat beliau sekiranya tiba tiba beliau diberhentikan dari meneruskan nyanyian beliau semasa concert proper....cukuplah pengkritik pengkritik yang sudah kadang kadang kala over critical dan kurang ajar dengan kritikan depa pada pelajar jangan lar pulak Pengetua yang sepatutnya menjadi pertahanan utama pelajar pula menindas pelajar itu pula sewaktu concert....

Please Ramli MS, your tugas as Pengetua ends bila concert bermula kerana pada masa itu kesilapan dan kekurangan pelajar dan juga kejayaan dan kebolehan pelajar reflects very much on you and your tenaga pengajar....you have done well to make this AF6 interesting so don't spoil it with some overzealous action.....

if benda ini berlaku , aku expect 'defamation suit ' akan diambil keatas Ramli MS dan juga pasukan produksi Astro dan kalau berani juga, cuba lar ....similarly , aku percaya akan ada ramai faisal's families members , his fan and symphatizers would make themselves availbale during the concert to protect the dignity of this innocent boy...it is not his fault that he is selected to be AF student and it is not his fault that he is yet to be voted out....so Ramli MS dan pasukan produksi astro, ingatlah perbezaan realiti TV show dengan realiti kehidupan dan harus diingat 50% dari penonton concert tidak menonton diary and just want to have fun with families members on saturday night....

..masa AF2 dulu bila Ramli MS baling pen/marker sebab marah Mas itu adalah spur of the moment dan maksudnya dalam keadaan marah tetapi kalau planned action semacam yang dikatakan untuk dilaukan masa concert terhadap Faisal, aku rasa adalah melampau dari sifat kemanusiaan dan satu perbuatan yang bongkak yang tidak bertempat....harus diingatkan juga , keputusan AF adalah 100% melalui AFUNDI!!...s

ingat Ramli MS, kalau Khir Toyo boleh jatuh, kau lagi sedang dijatuhkan oleh kuasa rakyat dan peminat rancangan AF ini...as far as i am concerned, Ramli MS is still a singaporean making a living in Malaysia dan tolong jangan terbawak bawak sikap Kiasu di tanah malay ini....

walaupun faisal ini tone deaf tetapi character development beliau dalam diary amat positive dan Ramli MS harus faham charater development dan concert performance equally important dalam konsep AF ini...harus diingat Faisal bukan seorang ahaja yang tone deaf dalam sejarah AF ini kerana sebelum ini kita pernah menyaksikan Atie AF1 , Mas AF2 and perhap Fitri too, even Mawi pun dikatakan having difficulties in this area semasa AF3 and a few others in AF5 and AF6 yang aku dah ingat ingat lupa nama depa depa....but life goes on and Atie became a respected actress and Mas continue to be one of the sought after celebrity and mawi is still the most popular celebrity in the country.....furthermore character development Mas dan Mawi yang membawa depa jauh ke minggu ke 9 untuk Mas dan mawi terus menjadi juara AF3 and who is ramli MS to dictate what the public want to vote !!....

aku cadang, kalau betul fasial ini tone deaf, let him concentrate on his singing and exempt beliau dari kelas drama , english or motivational classes untuk beliau concentrate on delivering the song for saturday.....sedih aku tengok muka dia masa kena marah itu dan aku pun boleh merasakan sedih , malu dan perhaps marahnya ahli keluarga beliau bila anak mereka dihina sebegitu...

though aku tak minat Faisal dan aku rasa his singing was terrible dan sepatutnya keluar last week, tapi aku still believe that dia tidak sepatutnya di hina sebegitu.....after all, dia bukan bodoh atau mental, tetapi dia ada masalah tone deaf sebagaimana ada pelajar yang ada masalah sebutan, ada pelajar yang ada masalah malu , ada pelajar yang ada masalah pernafasan, ada pelajar yang mempunyai masalah nyanyi lagu ompputihhh, ada pelajar yang hanya boleh menyanyikan satu genre lagu sahaja dan sebagainya..after all, they are all students......

wokeh....have a nice day everybody

wassalam

Monday, April 07, 2008

Concert 3 AF6

Assalamualaikum,

Salam minggu yang baru pada semua semoga minggu nei sejahtera hendaknya kelian semua...

so to start the new week, aku buat review on concert 3 AF6, lama rasanya tak buat review..kehkehkeh...tapi bila tengok concert 3 ari tuh, rasa nak tulis sikit lah..okke lar tuh!!

Concert Rock Kapak !!...AF is back ??

...mungkin stage di MPPJ nei or something else, tapi aku dapat rasa yang aku dah boleh feel AF concert punyer syok balik.....

...sebenarmya concert akan mula seronok dan mendebarkan dari minggu ke 6 dan selalu peaking pada minggu 7, 8 dan 9 sebab ada lagu lagu bonus....so aku rasa AF6 is not the right track sebab concert ada quality dan diary menarik..

aku suka concert 3 ini sebab ianya ada tema dan basically pelajar dibandingkan pada asas perbandingan yang sama dan walaupun tiada kexutan, tapi concert 3 ini memorable dengan beberapa persembahan yang menarik.....tapi aku rasa, kalau nyanyi lagu rack nei, Ratu Rock AF masih lagi Nija !! wa lap u babeh...kehkehkeh....

so aku punyer comment on students' performance malam itu

STACY

- commendable performance kerana persembahan ini menunjukkan versatility Stacy ini, bukan genre dia tetapi dia dapat mengawal persembahan nyanyian dengan baik...high pitch dia tebal dan tempo terkawal....nice effort indeed ..tapi seyes kan muka dia cam Mat Sabu !! kehkehkeh

Ilham kasi - B


FAISAL

- kesian aku tengok mamat nei struggle dan aku tak faham mengapa dia struggle sedangkan last week punya lagu rock lagi susah....tapi that was really bad singing...aku tak surprise kalau dia tuh sebenarnya demam atau vocal chord injury sebab memang dia tak leh nyanyi langsung....

Ilham kasi - D

NADIA

- nyanyian sedap dengan penghayatan yang bagus tetapi pada peringkat chorus tuh actually dia tak sampai high note yang sepatutnya.....instead of hitting high sebenarnya dia hitting low at the peak of the chorus tetapi keseluruhan memang menakjubkan vocal minah nei...and i thot stanly was equally awesome as the male vocal in this song....syok ekk dengar dia nyanyi ( aku terbayang Nadia tu ekceli muka cam Ika , aku rasa sepuluh kali sedap lagu neh...hehehehe...dont get me wrong, she is very cute tapi Ika tu ala ala gedik gedik sexy lar kan....bukan kan aku, budak sekolah pondok pun mesti suka tengok Ika dari Nadia kan kan kan )

Ilham kasi - B+

ALIF

- overall he did justice to the song dan nampak lebih relax menyampaikan lagu ini....tapi again, energy pada awal lagu tidak dapat sustain masa chorus menyebabkan lagu ini menjadi sayu dan sayu bila sampai ke penghujung lagu...tapi dia tak buat mistake dan tone suara mamat nei sedap.....very obvious improvement dari the last 2 concerts.....

Ilham kasi - B-

LUFYA

- well, kalau korang nak imagine macam mana sharifah aini nyanyi rock, aku rasa macam lufya nei nyanyi lar kot....kehkehkeh...nothing extremely wrong about her singing but it was just too straight forward.....baju dia pun tak kena yang menyebabkan kita rasa tak ghairah dengan persembahan beliau itu.....

Ilham kasi - C

NAIM

- seriously, i thot he did enough in this song dengan dynamic dalam nyanyian dan very control performance....no major blunder despite the fact this song was really a difficult song to sing.....you have to give this chap credit for his effort...well done indeed ....

Ilham kasi - C+

STANLY

- probably the most difficult song tonite dan i thot he did pretty well....he was struggling though to stamp his authority on this song but if you take the degree of difficulties of the song, he did very well indeed.....pernafasan tak sustain yang menunjukkan dia nei nervous giler dan technically still very raw walaupun mempunyai versatility dalam vocal.....

Ilham kasi - B-

NUBHAN

- terrible singing from the word go....tempo berterabur, lyrics tak dengar, suara melepek dan nampak penat or tak focus......aku takut Nubhan nei dah peaking too early sebab i dont think dia akan dapat lagu lagu lauk dia lagi lepas neh...tapi persembahan beliau malam nei memang hancus....ala ala mental gitu sampai baling spec berbagai!! kehkehkeh...tapi dia dah ada momentum so aku still rasa dia nei front runner for the the title....

Ilham kasi - D+

SAIDA

- improving tapi masih lagi tahap ala ala aja.....suara ada, range suara pun surprisingly agak luas tapi hanya sekadar menyanyi dan bukan memberi persembahan....signature gesture dia yang angkat tangan letak kat kepala tu ala ala sexy pula aku tengok....no major mistake in her singing tetapi terlalu mendatar...

Ilham kasi - C + ( + tu pasal tangan atas pala yer hal )..kehkehkeh

RIZ

- nice singing dan this performance probably secured him audience punyer respect of his genuine talent...tapi aku rasa mamat nei ada sikit perangai zahid AF2 yang besaq kapla dan ala ala mudah lupa diri....kehkehkeh....tapi a skillful singer with so much more to offer...aku suka tone suara dia , kenkadang kalau nyanyi sumbangsih sikit2 tapi kalau tone sedap, you tend to dimiss those technical glitches in singing....

Ilham kasi - B

TOI

- okke sangat dia nyanyi lagu ini dengan kawalan vocal yang baik semasa key berubah dari satu verse ke verse yang lain dan ini mudah bagi Toi sebab dia terrel main music...aku dah boleh dengar kematangan nyanyian beliau walaupun tone suara dia agak biasa sahaja...

Ilham kasi - B-

MAMARINA

- kehkehkeh....caya lah mamarina....walaupun melody rock lagu nei tiada istimewanya tapi mamarina berjaya transform this song as vehicle to create a major performance by getting the crowd into this song..love it !! tetapi keupayaan nei lebih kepada experience beliau dari tunjuk ajar cikgu....dari sudut nyanyian, she did extremely well dengan kawalan suara yang baik, ada intensity dalam nyanyian dan very very in control despite moving here and there dalam persembahan.....very smart singer indeed...

Ilham kasi - B ++ ( aku kasik ++ sebab anak dia cun lar beb !! kehkehkeh)

Penyingkiran

- though aku predicted Naim tapi aku thot dia mampu survive sebab Faisal nyanyi teruk sangat dan walaupun aku predicted Lufya mungkin terkeluar sekiranya lebih dari satu beg naik stage but somehow aku rasa penyingkiran beliau has got to do more of character development or the lack of it dalam dairy rather than her concert performance ....

Apa yang aku suka or tak suka dalam concert 3 ialah :

- opening act bila rockers legends naik stage main goreng maut setting the mood for the night ..

- aku suka band pengiring memang betul betul berbisa....memang tangkap leleh wa cakap lu...tapi aku frust sebab depa masing tersorok untuk concert ini....

- aku suka dengan crowd punyer energy level !!

- aku tak suka VT VT yang macam tak berapa ada omphhhhhh....

- aku tak berapa suka dengan beberapa joke joke bodoh AC , i think he is trying too hard though some of his jokes yang kena pada tempat adalah agak kelakar...mungkin faktor masa tetapi he seems to be rushing his interview with the students..

- aku tak berapa suka gan Ogy punyer kritikan dan somehow Adlin quite spot on tentang kritikan beliau terhadap pelajar....

Overall concert rating - B-

- though the best student performance has got to be given to mamarina tapi personally aku suka dengan persembahan stanly gan nadia....marvellous!!

aku tengah terfikir nei cemana ekk si Nana anak Mamarina nengok omak dia nyanyi kat stage ..hehehehe...at least anak anak si saida gan Toi kecik lagik...ahaks ahaks...

wassalam

Friday, April 04, 2008

Salam Jumaat 4/4/08

Assalamualaikum,

Salam Jumaat pada semua dan maaf zahir dan batin from the bottom of my heart....umat Muslim berkumpul di setiap pelosok dunia hari ini untuk menunaikan sembahyang Jumaat ke hadrat Illahi.....

...Pope the Vatican City ada buat pengumuman awal minggu ini bahawa Muslim outnumbered Kristian di dunia dalam survey terbaru mereka dan statement ini seakan akan ingin memberitahu pengikut pengikut depa mengapa filem 'Fitna" itu timely untuk depa depa....

BTW, aku baru baca kat Tentayu Blog yang Teesh menyambut Anniversay beliau yesterday or perhaps today....waduh waduh!! Happy Anniversay beb..tu yang dok citer secret lover tu ekk..ahaks ahaks ahaks..worth every single moment then....I am and i know we all are very happy for you....I would like to dedicate Nadia's song yang duet gan Stanley tu pada you and hubby...Totally Eclipse of the Dark atau dalam bahasa malay yer Selamat Menyambut Ulangtahun Perkahwinan!!!....kehkehkeh...

wokeh Concert 3 AF6 !!

..Concert bertemakan Rock Kapak !!....hopefully happening sebab dah lama sangat tak ada concert yang betul betul buat kita bercakap atau bercerita tak abis abis pasal concert tersebut macam concert 7 AF1 bila budak budak nyanyi lagu hindustan masa opening act dan disudahi dengan Nana kena boo bila tersingkir...memang masa tu abis dari anjung surau sampai lar ke cafe di jabatan perdana menteri bercerita pasal tuh....konsert Mat daud kilau datang masa zahid nyanyi yang sampai sekarang kalau aku bukak CD concert 9 tu aku masih lagi terbahak bahak gelak....then concert pertama AF3 bila tetiba ada mini-concert untuk pelajar pelajar yang tersingkir masa Prelude dan Mawi masuk bawak lagu Kekasih Awal Dan Akhir...waduh, that was awesome indeed dan concert concert seterusnya dalam AF3 memorable belaka sebab faktor Mawi, Felix dan Akma, debaran dan tension menunggu Mawi nyanyi masa tu mengalahkan test kereta JPJ masa kat bukit tu beb!! kehkehkeh....concert concert macam nei lah yang membuat AF ini lain dari yang lain dan aku harap konsert esok adalah sikit kalay tak banyak membibit kenangan lalu...

wokeh Prediction Time !!...

....unlike the 1st 3 AF season, aku rasa ramai orang hanya mengundi pada hari sabtu , bermakna persembahan dan kritikan pengkritik adalah critical....kalau dulu, any kejadian dalam diary yang positif atau negatif akan ada impact pada undian pelajar sebelum concert....

dan minggu ini lelaki aku jangka akan keluar dan minggu nei bukan minggu surprise ala ala minggu Rosma dan Zarina keluar.....so i think it is quite obvious that Naim or Aliff or Faisal akan terkeluar....

....Alif kalau lagu Kamelia itu menjadi , dia akan survive sebab mungkin ada VT dia yer tele-novela dengan Nadia nanti....sejarah menunjukkan siapa ada tele-novela kekal lama sikit..

..Faisal perlu a good performance to stay alive and I think he is capable of doing that dan pengkritik seems to like him too..

..that leave us with Naim ....dia perlukaan bukan sahaja persembahan yang outstanding tetapi juga kritikan yang positif disamping lawan lawan yang dua diatas tak perform.....

based on pengamatan sebelum persembahan - aku predict Naim

dan kalau ada lebih dari satu penyingkiran, maka aku rasa very likely Faisal or Lufya....

as for performance , aku tak expect much unless hillary ang and man kidal join atas stage back-up bebudak neh........music has got to be loud to make the concert really happening....

...expectation on the rest

mamarina - maybe expected so element of surprise tiada

nadia - soul babeh...soul mau deep baru attitude untuk lagu nei

Nubhan - hoping he could nail the song tapi aku rasa tempo and sustaining feel of the song until the end could be an issue

Stacy - i hope she'll nail this song....

Stanley - could struggle but his part dalam lagu Nadia akan coverina

Riz - expecting him to improvise this song to his style ala ala Sarah buat untuk lagu Fantasia Buolan Madu dalam OIAM

Saida - she will survive although I doubt she is going to get rave review from the pengkritiks..

Lufya - i dunno, but i think she will not make too many mistake but maybe nyanyi tak berapa best kot

Toi - i think dia akan meletup!!

wokeh....kexutan..ermmm...it will be nice kalau Amy Search datang...

baik lah kengkawan..have a nice weekend ahead yer...

wassalam

Thursday, April 03, 2008

Entry kHamis 3/4/08

Assalamualaikum,

..ermmm...kalau pendengaran aku tak semacam ingatan aku, maka aku rasa aku dengar esok dekat Pavillion ada 4 budak AF6 nak buat persembahan iaitu Riz, Stanley, Nubhan and Saida....mantap tu beb!! saida tu yang wa teruja nak redah Pavillion tuh..hehehehe...okke lar tuh!!!mental wa beb dengar tagline si saida!!..ahaks ahaks

...aku tengok diary tadik yang Si Riz tu emo pasal bapak sampai tulis tulis atas kertas tu aperkejadah yer....maksud aku, tak boleh ker sampai bilik baru share that sentimental feelings to your friends instead of telling the world your parents baru cerai....aku penat lar plastik plastik punyer character neh....yang si Lufya asyik teased si Nadia tu gemuk tu apa kes pulak tu ??...sampai cikgu Fauziah nawi buat teguran yang membuat aku terasa beb.." bergurau jangan sampai menyakiti hati orang lain "....mental wa beb dengar nasihat Cikgu Fauziah Nawi ..ternampak nampak aku embun guling guling gelak depan TV sambil sms dekat deknon cc kat NHK...kehkehkeh...sorry yer kengkawan kalau wa selalu gurau yang menyakiti hati kelian...

...lepas tu anita sarawak pula buat audition...Toi jugak yang dapat..suka betul si Kak Nita gan Toi ekkk...Nadia aku sedih tengok hari nei, tapi macam dia close ekk dengan Aliff...wa shuker sangat !!..Naim tu ala ala auwww setengah ekkk......mamarina rocking tak ingat cucu tuh!! ahaks ahaks.....tapi aku tengok saida tu makin lama makin cun kan....12.75 kali cun dari adik dia si CT aku rasa...

....esok lah buat prediction yer....

wokeh apa citer lagi yer....owh yer, lately nei aku rasa aku susah nak store information...ada kata sebab terlalu banyak benda bercelaru dalam pala atas yang menyebabkan kita macam tuh, ada kata sebab kita tak fokus , ada kata sebab pemakanan, ada kata sebab umur dah remaja.....apa apa pong I was a bit worried bila some information yang aku baca aku tak boleh recollect balik dalam masa buat presentation, aku worried bila somebody i met dekat Sabah some 4 weeks ago aku terlupa nama dia yesterday dan benda nei tak berlaku pada aku sebelum ini....mental siuttt wa beb memikirkan keadaan ini....huhuhu

...... semalam i tried to list down the football teams yang ada Dutch player and I was struggling big time beb!!...i tested my memory again and i could only named 18 teams out of the 20 teams in the English Premier League in one go...wow!! this is weird man.......i pride myself of having a good vision and sharp memory tetapi dua dua dah tak mantap, i need aid to read and now i can't recall many things and I am hardly 19 ..kehkehkeh....i used to be able to remember telephone numbers without blinking , now i cant recall whether it was Nija or Farah that I loved first....huhuhu....tu menipu lar kan...

..i just hope that i will not start to forget the names of people that have helped me over the years, the memories that used to make me very happy and halolanders.....

...apparently aku punyer sakit dari bahu turun ke tangan adalah petanda petanda stress....yang menakutkan ialah ianya boleh developed menjadi penyebab kepada stroke....bertambah tension aku bila aku dapat tau.....this is not good beb!!kehkehkeh....I dunno what to do but it is not worth it to have work related stress yang boleh menyebabkan kita jadik sakit....tapi tak pelik, aku pernah menggeletar seluruh badan di awal awal bekerja sebab takut masuk meeting dengan boss yang sungguh menakutkan dan aku pergi jumpa doktor dan doktor kata aku under tremendous stress dan not worth it to go through the ordeal....

....maybe aku kena buat exercise to release tension dalam diri dan aku rasa aku pernah cerita dulu pasa theraphy neh..

1) baring dan pejam mata
2) letak tangan atas perut dan bernafas dari perut
3) bayangkan satu tempat yang kita suka dan rasakan suasana tempat itu dan lalukan perasaan seronok itu keseluruh tubuh badan kita
4) continue tu bernafas melalui perut
5) banyak kan saat saat indah dan recall tempat dan masa ianya berlaku dan lalukan keindahan itu keseluruh tubuh kita
6) continue breathing dari perut
7) buka mata dan rasakan ringan badan kita

wokeh, nak cuba balik terapi neh sebelum turu....tapi kalau ada modal, terapi yang baik ialah gei karaoke jugak..kehkehkeh....pekena 7 8 lagu memang apajadah stress semua ilang macam magic!!...now, i have new task untuk mencanakkan ingatan aku balik seperti dulu....

aku nak test memory aku neh sebelum turu....

1) Sapa nama emak Queen Elizebeth ?
- Queen Latifa
2) Nama penuh Lady Diana ?
- Diana Nasution
3) Lagu Kamelia oleh Sweet Charity adalah lagu yang ditujukan oleh siapa pada siapa ?
-Prince Charles kepada Camilla Parker Bowles
4) sepupu Prince Harry yang wierdo ?
Harry Porter
5) girlfriend Prince William yang pertama ?
- Serena Williams

kehkehkeh....i think my memory still very much intact kot, insyaallah.....

wassalam