Monday, September 29, 2008

30 Ramadan

Assalamualaikum,

..tiba kita sudah ke penghujung Ramadan dan secara personal aku happy sebab aku dapat jugak cukupkan terawih dan happy sebab aku struggle nak maintain aku punyer alertness and level of standard of workin performance during the Ramadan month....aku need cukup tidur untuk aku perform my duty tetapi in the month of Ramadan memang agak impossible untuk dapat turu yang cukup dan aku memang struggle untuk pergi kerja subuh subuh buta.....akibatnya aku selalu terlambat barang seminit dua dan ini adalah sesuatu yang aku tak suka....sedih dengan Ramadan berakhir ialah kerana level of ketaqwaan akan sendirinya merudum bila Ramadan tamat walaupun aku cuba untuk mengekalkan intensity yer....

..maka esok raya dan kerana tugasan aku tahun nei tak sempat nak shopping apa apa ...kehkehkeh...tried to buy baju malay semalam tetapi size tak der yang ready-made and nak tempah dah tak der tailor yang nak ambik....so aku raya pakai baju tahun lepas lar gamak yer....baju lain pun dapat sehelai aja sebab size tak der yang ngam..cettt...penat aku diet tapi belum nampak pun hasil lagik....apa apa pun aku masih dapat maintain weight redection of 14.5 kg since aku start consiously trying to reduce my weight..alhamdullilah...but the real test will be masa musim raya neh....huhuhuhu...rendang dengan nasi impit or denan kuah kacang adalah sesuatu yang aku tak boleh nak resist its invitation especially mummy aku punyer rendang....lantak lah, diet diet jugak, raya raya jugak kan kan kan....

...not much of a raya sebab hari nei aku masih bekerja cam biasa.....ishhhhh..tension tul aku tapi nak wat cemana, resmi coolie, kena lah keje as instructed kan....knowing me though, i could still do last minute shopping tomorrow and get myself in the raya mood...

..sedih jugak bila dalam kereta dengar lagu raya dan terinat arwah daddy aku jugak....lalu depan kubur sat tadik aku realized how much i missed my dad...semoga roh my daddy dicurah rahmat dan termasuk dalam golongan roh roh yang terlepas dari seksa kubur dan termasuk dalam roh mereka yang beriman..amin....

...semalam ada anak jiran jiran aku yang accident motorsikal dan meninggal dunia....i got the news a bit late dan tak sempat nak melawat jenazah or mengikuti majlis pengebumian....inilah kisah kisah tragic hari raya yang kenkadang buat aku realize that my time is probably just around the corner too....

well, pada sesapa yang masih belum bayar fitrah, please delay no more dan tunaikan kewajipan sebelum terlambat.....aku remember two years ago, bila imam nak start sembahyang tetibe terberhenti sebab ada seorang wanita memohon nak bayar fitrah dan terpaksa jugak amil keluar untuk menerima pembayaran tersebut, bayangkan kalau dia lewat another minute, tak pasal pasal wanita tersebut tak bayar fitrah for that year...aku jugak harap tiadalah sesiapa yang bawak anak kecik 2 or 3 tahun yang kemudiannya menangis melalak tengah orang sembahyang dan menganggu ketenteraman orang yang sedang sembahyang.....please be fair to the those yang datang menunaikan sembahyang raya ini...

...aku rasa raya kali ini lebih kepada utnuk aku berehat dan reflect upon myself iaitu apa yang aku nak buat dengan life aku menjelang Ramadan yang akan datang....adakah aku hendak berterusan begini dengan career dominating hidup aku or aku kena buat drastic decision and look for alternative way to make a living in order to have a balanced work life...i really dunno..

...apa apa pun, Hari Raya adalah hari yang special...satu hari yang penuh dengan adat dan amalan yang sungguh unik dan menarik.....Hari Raya adalah hari yang remind kita semua mengapa tanah ini dinamakan Tanah Malay and not one could take this away from us.....hari raya adalah hari yang mengingatkan kita semua asal usul kita dan hari raya adalah hari yang yang merupakan hari kemerdekaan orang malay di negara yang tercinta ini...bukan merdeka dari lapar berpuasa tetapi merdeka dari segala bentuk kejian dan penghinaan yang kita terima sebagai pribumi di negara ini...Hari Raya adalah hari yang terpenting dalam kalendar orang malay dan waimah di bumi mana kita merantau tetapi hari raya adalah hari yang paling membuai perasaan kita kepada sanak saudara dan kampong halaman dan bukan 31 ogos or any other days of our calendar year....

..maka, raikan Hari Raya kerana hari raya adalah hari kita.....we may have different genre of music that we love but we tend to share the common love for raya songs...tu lah maksud aku...we may have our own favourite food but we share the common love for rendang and ketupat, we may have our own fashion preference tapi we share the common love for baju malay and baju kurung for hari raya.....we have different kampong as our destination but we share the common love to balik kampong......Hari Raya is special to the malays and lets us not foret that wherever we are.....

..maka, kepada semua kengkawang yang beraya ke kampong, jangan waste your time watching TV, visit the many places and friends that form your great childhood memories because life could change in a second and next year may not be the same...someone that we so dearly loved that stand besides us in the family photo this year, may not appear again next year and therefore please appreciate mummy and daddy you yang masih ada bersama di raya kali ini....

..kepada halolanders and all my silent readers to this ilham blog...Selamat Hari Raya dan Maaf zahir dan batin from the bottom of my heart....

...before that, i rasa oblige untuk share satu cerita yang menarik yang Fudhla hantar kat aku about 12 days ago yang aku tak dapat kongsi bersama kelian berkenaan dengan tanda tanda Lailatulqadar....thanks Fudhla...

Lailatul qadar..

"Lepas basuh pinggan, ikut Abah pergi masjid," kata Abah separuhmemerintah.Aku memandang kepada Emak. Emak angguk sahaja. Maksudnya emak mahu aku ikutAbah solat subuh ke masjid. Jangan melawan.

Nampaknya, aku kena batalkan niat untuk sambung tarik gebar selepas kenyangbersahur.Aku bonceng di belakang. Kami tidak pakai helmet. Kopiah sahaja.

Ganjil. Dalam cahaya suram menjelang subuh, aku lihat kubah masjid beradadi tanah. Bukan di bumbung masjid.

Ajaib.Abah macam tidak nampak keganjilan itu. Aku cuit bahu dia dan tunjukkan kearah kubah yang berada di tanah. Mungkin kubah itu tengah sujud fikir aku.

"Kenapa?" tanya Abah.

"Lailatuqadar," kata aku dengan jari masih menunjuk kepada kubah.

"Kepala otak engkau. Berapa lama engkau tak ke masjid?"Tidak pasal-pasal aku kena marah. Rosak pengalaman suci aku ini.

"Diorang tengah renovate masjid la. Bumbung masjid bocor.. pasal tu kubahtu dorg angkat letak kat tanah..Bodoh," sambung Abah memaki lagi.

Kalau emak ada di sini tentu dia angguk sahaja. Terima sahajalah. Janganmelawan. Kadang-kadang Abah lupa yang aku tidak duduk kampung lagi. Akucuma pulang untuk cuti raya.

He..He..He..



wassalam

Assalamualaikum...at long last!!! 29 Ramadan

Assalamualaikum

alhamdullilah...selepas berzaman zaman aku tak dapat mengupdate blog..akhirnya, insyaallah since i kena post apa yang aku tulis nei dulu kan, dapat jua aku menulis...fuhh...indah betul aku rasa tingkap blogger.com ini...hehehehe.....the place that I am so at ease and at peace with myself.....

...at least dekat 12 hari aku terkapai kapai berusaha untuk access blogger.com tapi tak tercapai dan begitu aku merasa ada sedikit kekurangan dalam kehidupan harian sebab tak dapat nak ngintu dan menulis di blog dan di kala ini aku rasa sesuatu yan kehilangan itu seakan akan timbul semula memberi cahaya dan tenaga dalam diri ini...kehkehkeh...sastera tuh!!!...

....puasa pun sudah menyampai kepenghujungnya dan aku harap kelian jua berusaha untuk mencari Lailatulqadar yang disuruh oleh Allah swt untuk kita cari itu tersebut.....aku concede bahawa Ramadan tahun ini tidak seindah tahun tahun sebelum ini kerana aku beramal dalam keadaan berkejar kejar walaupun aku masih beramal.....bukak puasa dalam kereta, tarawih bersendirian dan selalunya sudah tengah malam nak ke subuh, mengaji Quran pun kenkadang berlumba against time dan sebagainya...hopefully next yer, kalau panjang umur, aku berharapkan Ramadan aku lebih indah.....tetapi dalam berkejar kejar tersebut ada satu malam yan amat berlainan bagi aku bila semasa nak turu, mulut aku kumat kamit membaca ayat Quran yang aku tak pernah gafal atau biasa, aku mengulang ulang ayat tersebut tetapi aku tak tau ngapa....tetiba, malam yer aku terjaga, tikus berbunyi, cicak menyahut dan even katak pun aku terdengar tapi aku terlalu penat dan ngantuk.....aku cakap tak perlah, turu lah balik sebab aku nampak jam dalam pukul 1.40am tapi bila aku nak turu aku terasa ada sesuatu menjalat di tangan aku, aku tepis dan cuba turu , tapi tak lama lepas tuh benda yang sama menjalar dari kaki pulak...at that point of time aku realise aku kena bangun untuk beramal....by the way it was not a malam ganjil seperti yang selalu dikaitkan dengan Malam Lailatulqadar.....selepas beramal aku memohon supaya diberi sebuah ayat Quran untuk dijadikan petunjuk , aku pun terus bukak Quran tafsir dan page yang aku buka memberikan petunjuk bahawa kekayaan dunia ini boleh menyesatkan dan banyak bertasbih pada Allah swt.....aku pun terus bertasbih dan sebagaimana biasa aku pun meninjau keluar rumah dan walaupun tiada pokok yang sujud...kehkehkeh...namun aku terpandang bendera Malaysia berkibar sekuat kuatnya tetapi pokok pokok or dahan dahan sekeliling yang ada langsung tak bergoyang....since it was not malam ganjil and belum the last 10 nights of Ramadan, aku pun tak sure malam itu malam special yang kita semua carik namun ianya adalah satu malam yang amat membuat aku teruja...so, aku terfikir jua adakah malam lailaltulqadar tersebut berlainan kedatangan dari satu individu kepada individu yang lain ? walauhuaqlam.....

...terinat jua kisah yang selalu diceritakan pada aku bahawa roh roh yang sudah meninggal dunia akan bebas semasa Ramadan dan depa pergi ke rumah depa semula, waullahuaqlam namun kisah yang aku dengar ini ialah arwah sedara terdekat aku terlihat oleh beberapa keluarga terdekatnya pulang ke rumah semasa Ramadan ini dan kisah ini sungguh membuat aku teruja kerana jin dan syaitan dikatakan terikat di bulan Ramadan ini untuk assume what was seen as mainan syaitan....

..pangkat Pak Sedara aku pun ada meninggak masa Ramadan ini dan yang menariknya uncle aku ini macam sudah terasa bahawa his time is up some 2 months ago when we went to see all his relatives and friends seeking forgiveness for he believed that his number was up....mungkinkah uncle aku merasakan apa yang telah dituliskan oleh Imam Ghazali berkenaan 100 hari sebelum kematian yan banyak aku terima dalam email dan pernah jua aku published dulu as an entry dalam blog ini...waulahhuaqlam...

....azan dikemundangkan pun telah menjadi satu isu kontroversi yan aku tak sempat nak komen sebelum ini...aku just want to say that azan sudah berkemundang di tanah malay ini even before kedatangan laksamana cheng ho membawa puteri hang li po dulu.... azan adalah sebahagian dari suara yang sudah sebati dengan tanah malay ini dan sekiranya azan itu sekarang ini menjadi satu bisingan maka ianya adalah sesuatu yang sepatutnya kita kena terima .....maksud aku, subang airport adalah terlebih awal terbina dari subang jaya maka kalau orang subang jaya compalint bunyi aeropleane, maka orang subang jaya harus berpindah kerana aeroplane or the sound of the aeroplane was very much earlier that the comfort of the subang jaya people....get my drift....

..orang malay adalah tinggi toleransi mereka dan aku selalu cakap bahawa toleransi orang malay yang menyebabkan neara ini aman dan damai and for that aku salute the malays for their high level of tolerance....

..awal malam tadik aku menonton part of Singapore GP for F1 and the 1st nite race tetapi nyata it was not really a good idea to have nite race and i dare kata bahawa some of the accident , hasty one indeed, was probably due to the night visibilty that put the driver off balance in their judgment....i hope the FIA will stop the nite race at review the track condition of the singapore race before more serious accident happen in the future....

..i managed to watch some EPl games too and i have to say that i have not seen that many matches but those that I have seen had me on the edge ....the quality of football, the drama and the romance of the smaller team killing their bigger opponents....Hull 2-1 Arsenal was a great game, Wigan 2-1 Man City was another exciting game and i have to say that i really following the development of City since Robinho joined City....though I have to say that it was Chelsea taht really impressed me the most with their flair and discipline football...

..but most of all, i missed ngintu di haloland..i missed the friendship and the exchange of friendly banters and so forth...i missed listening to the joy and cry of fellow halolanders and i missed the many jokes that we share there in the place where everybody knows my name.....the real life commitment as taken my time and at times i am not sure whether it is worth it...

hei guys...hei semuanya.....terima kasih kerana masih bersama aku di sini hingga ke hari ini dan tiada satu perasaan yang lebih indah dari perasaan yang mengetahui that there are friends that really appreciate you as what you are rather than what you are supposed to be.....let us continue to be together as friends as long as it takes yer.....

probably, by the time this entry is published , more than half of halolanders already balik kampong or kampong bound and I just want to say enjoy your Raya and safe journey....

pada papaa,jaga makan minum masa raya ini and get well soon..pada janelabu, tengok2 kan daddy you and jenal yang memerlukan you..pada mamabat..hopefully hubby and along dan recover fully for raya....pada hot hot mamas ala ala aya, seri, misa, noey, fudhla,dan anum to take care of your loved ones....to teesh , drive carefully and dazz lepas sunat dah tinggi lampai ker.....to my sisters in brunei, si jazz and eva...enjoy your raya....to kakri , embun, nhk ..missed you all so much and jangan pk keje aja, take a break yer....to SN and H, selamat beraya di perantauan...to zeti, nor, cikzam and company, baju raya berapa belas pasang...to jejantan kebaret yang dikasihi...vaart, bokd, mrll, gx, min, epong....enjoy bro your raya.....and to those yang i missed stating your names, please forgive me yer and have a great hari raya...

....i will try to write as much as possible during the raya break neh though i will only be officially cuti on the raya day itself.....that is a small scarifice that i have to make this year....

fuhhh.....lepas gian aku menulis ari neh....kehkehkeh....

insyaallah, i will try to write again tomorrow nite but if for reason unforeseen that i could not update my blog, i will now take this opportunity to wsih Selamat Hari Raya and Maaf Zahir Batin to each one of you, the halolanders and the silent readers.....i love you all so much...

wassalam

Wednesday, September 17, 2008

18 Ramadan

Assalamualaikum,

..dah masuk 18 Ramadan....dah rasa menurun bukit laks lepas nei...the final leg of our quest for Lailatulqadar.....dulu dulu aku selalu diberitahu bahawa pokok oakan sjud pada malam lailatulqadar dan sebagai yer dan aku pun selalu tinjau tingkap kot kot ada pokok sujud...dah teenagers nei aku diberitahu petanda malam lailatulqadar ialah ketenangan yang amat sangat dan malam tersebut kita yang menunggu ini akan selalu terturu tetibe sebab terlalu penat dan sebagainya....tetapi selalu aku diberitahu pagi kepada malam lailatulqadar adalah pagi yang segar dan berlemak......waulahhuaqlam..

..yang penting yer ialah kita terus sahaja beramal di 2/3 malam pada setiap malam dan kalau ditakdirkan malam tersebut malam lailatulqadar bermakna kita menikmati berkat malam lailatulqadar tersebut....alangkah bertuah yer kita .....

...i guess ramai pula antara kita dah mula dengan persediaan raya..especially yang dapat bonus or even dapat festival loans.....yang macam aku nei terpaksa lar tunggu kot kot gaji diawalkan untuk carik baju raya...kehkehkeh....since raya cukup bulan, agak yer gaji cam biasa lar kot.....aku nak cadangkan lar kan supaya semua bentuk loan tidak perlu dibayar di bulan raya....kehkehkeh....weh, wa tak bayar lagi zakat fitrah neh.....ermmm...weekend nei kena carik amil lar pulak kot....

....wokeh , apa citer laik....ermmm pasal tukar gomen tak materialize lagi ekk..it is okke...biar lambat agar selamat...

...similarly, sapa yang nak balik kampong neh....prepare from now yer...service kereta and whatnot....plan your trip supaya tak stranded tengah highway berjam jam.....aku ada baca news yang kata PLUS nak kasik discount untuk toll charges...kehkehkeh...i think i wrote about this some one or two years ago...kalau betul, alhamdullilah....

...aku don't know what to expect from raya kali nei.....perhaps aku nak berehat sakan raya kali nei sebab aku rasa i need an extended break lar nak rehat kan minda and badan....nak ngintu siang siang..kehkehkeh....cakap sensowang pun tak per lah...

..weekend nei bermakna cukup 21 hari kita berpuasa di bulan Ramadan neh..

assuming aku tak dapat update entry esok, maka dikesempatan ini aku nak memohon ampun dan maaf pada semua yang mengenali diri ini......btw, aku dah ada stock tamar dalam kereta so aku tak der bukak pose isap rokok lagi dah dalam kete...kehkehkeh....

....wokeh....selamat bersahur, berpuasa dan basunkai dan selamat bercuti nuzul quran untuk adik adik aku di Brunei....


wassalam

Salam Nuzul Quran

Assalamualaikum

...Salam Nuzul quran kepada semua halolanders dan silent readers blog ini...semoga kita mendapat cahaya Al-Quran dan ilmu yang terkandung di dalamnya.....

...since esok cuti, mata nei jadik tak ngantuk pulak and so i thot i nak menulis lar sikit buat update blog....

...ada pendapat yang menyatakan mukjizat yang diturunkan untuk Rasulullah ialah Al-Quran dan Al-Quran adalah sesuatu pemberian kepada kita yang harus kita pelihara, fahami dan amalkan.....

..namun, aku masih menggaji ayat ayat al-quran dan belum lai sampai peringkat memahami seluruhnya kata kata Allah swt ini....walaupun di bawah sedar, tetapi melalui pembacaan dan pendenaran, aku yakin aku dah banyak memahami ayat ayat al-Quran dan kalau dicantumkan ayat ayat yang dikupaskan oleh ustaz dan ustazah yan aku dengar hari hari kalau tidak pun selang sehari , aku yakin aku dah memahami sekurang kurang 1/3 dari ayat Al-Quran ini....itulah pasal kita digalakkkan untuk mengikuti majlis ilmu kerana secara sedar kita telah mendangar ayat ayat al-quran dikupas untuk kita.....

..namun adalah harapan aku bahawa aku dapat membaca tanpa henti tafsir al-quran untuk memahami sendiri isi kandungan sepenuhnya....i hope kita semua akan mendapat mendekatikan diri kita dengan al-quran....

....btw, aku struggle to be at my level best bila bekerja dalam bulan Ramadan...aku menjadi terlalu ngantuk dan beberapa kali aku terlelap dalam meeting or terlayang sedang membuat kerja....this has been a long standing problems untuk aku dan aku selalu berangan untuk ambil cuti dalam ramadan tetapi tak pernah tercapai...it is just that aku tak cukup turu dan bila bangun sahur aku susah nak turu dan by 9am or 10am aku dah nak terturu dah.....memandangkan kerja menimbun, lunch break pun aku tak dapat nak turu....kalau dah tak tahan sangat, aku masuk toilet dan tutup mata dalam 10 minit ....kehkehkeh....tension beb...

...aku pernah duduk menaip depan pc, tapi roper yer tangan ajayang bergerak tapi mata terlayang kan, bila tersedar tah apa apa aku taip tah....adoii...ini macam pun ada beb!!...kehkehkeh...

wokeh lah, dah lah wa bebel neh....try to et some sleep dulu neh....

btw, aku really missed ngintu di siang hari tapi dalam keadaan sekarang neh meman aku tak boleh buat apa apa except for menahan geram dan ngegel tak boleh ngintu....

i missed u all so much ..really do...

Salam Nurul Quran, selamat bersahur, berpuasa dan basungkai yer....

wassalam

Monday, September 15, 2008

16 Ramadan = 9/16

assalamualaikum,

.. like the rest of malaysia, i am quite excited to know what woud happen tomorrow....somehow, aku tak dapat rasa apa apa petanda....so selalunya kalau aku rasa sesuatu akan berlaku, maka sesuatu yan berlain akan berlaku....i mean the opposite of my guts feeling....

apa apa pun, esok adalah hari di mana malaysia ditubuhkan...45 years dengan nama malaysia ini mungkin esok adalah baik kalau nama malaysia ini ditukarkan pulak....kehkehkeh...

i still prefer Malaya macam aku prefer Burma dari Myanmar or Siam dari Thailand....

..elok lah kita berdoa, apa saja yang berlaku atau tak akan berlaku, ianya mendapat keredhaan Allah swt...

..sejarah negara ini menunjukkan bahawa pertukaran tampuk pemerintahan tidak menampakkan pertumpahan darah....

1) Kita merdeka melalui jalan diplomasi
2) malaysia ditubuhkan pun melalui proses demokrasi...

jadi sekiranya berlaku perubahan ketiga kali ini pun menampakan hasil demokrasi dan juga diplomasi..on this basis, aku rasa mungkin sejarah baru is about to happen...

well, kejatuhan kesultanan melaka mungkin ada kesan pertumpahan darah tetapi kesultanan melaka tidak merangkumi seluruh semenanjung malay ini...

...kalau dilihat dari sentimen, perubahan ini mungkin inevitable sebab yang mahukan perubahan itu nampak secara menyeluruh dan kemahuan perubahan ini bukan ibarat arus sungai tetapi lebih kepada pukulan ombak yan merubah pantai....namun Allah swt jua yang tahu segalanya..

...tiada kepimpinan yang kekal di dunia ini melainkan kepimpinan Rasullulah saw dan tiada kerajaan yang kekal di dunia ini melainkan kerajaan yang bersandarkan ajaran al-Quran maka perubahan yang bakal dilalui ini adalah bukan sesuatu yang baru dalam tamadun kemanusiaan...

..namun kalau ada perubahan esok, kita harus melihat kehadapan instead of mengungkit yan telah berlaku....kalau mahu perubahan, kita mesti bersedia untuk melupakan yang semalam dan bersedia untuk esok, kita mesti tahu memaafkan instead of berdendaman....

Allah tidak merubahkan nasib bangsa yang tidak mahu melakukan perubahan....

..kalau esok tiada perubahan , aku redha sebab tiada cacat celanya hidup ini dengan apa yang ada hari ini...bukan lah kita hari ini tidak cukup makan dan minum, tidak lah kita tertindas sehinggalah kita teraniaya....apa yang kita kecapi hari ini tidak mungkin ada kalau bukan kerana kebijaksanaan kepimpinan yang ada sekarang dan dulunya.....jangan kita lupa asal usul kita dan jangan kita lupa bahawa kita boleh berinternet hari ini kerana kejayaan kerajaan yang ada sekarang ini...so lets not forget bahawa esok tiada kalau tidak kerana hari ini...

wokeh....selamat menyambut hari malaysia esok...

di mana bumi dipijak , di situ lanit dijunjung....ingat tu bokd, jangan asyik mengharapkan susu cap junjung aja....kehkehkeh...baibun bah!!...


wassalam

Sunday, September 14, 2008

14 Ramadan

Assalamualaikum,

...agak basah petang hari minggu ini dengan hujan lebat turun selepas cuaca agak kering kontang for the past couple of days....btw, malam nei malam ke 15 Ramadan bermakna malam nei dah ada doa qunut masa witir terakhir dan 2 malam lagi adalah malam nuzul quran di mana malam al-quran diturunkan ke dunia walaupun tempoh ianya diwahyukan kepada Rasullullah saw mengambail masa lebih kurang 22 tahun...ramai orang berkata itulah malam lailalutqadar kerana malam itu adalah malam al-Quran di turunkan.....waullahuaqlam......

..tapi dulu dalam kupasan laillatulqadar aku dulu aku pernah berkata dengan keadaan malam ganjil dan genap kita berbeza antara satu benua dengan benua dan lain maka malam lailatulqadar itu jatuh hanya pada satu malam sahaja ( genap di malaysia tapi mungkin ganjil di certain parts of north america) atau ianya mungkin berlaku pada malam malam yang berbeza untuk setiap geografi tersebut....ambil contoh tahun nei, kalau kita consistent bermakan malam ganjil di malaysia adalah malam genap di brunei maka lailaltulqadar jatuh pada malam ganjil di malaysia bermakna ianya malam genap di brunei yang puasa lewat sehari dari malaysia...

..maka di sini aku faham mengapa penentuan hari masuk Ramadan itu adalah sangat penting kerana ianya penentu kepada umat Islam semuanya mendapat mencari Lailalulqadar pada malam ganjil yang sama regardless....bermaksud kalau kita miscalculate kemasukan Ramadan bermakan kita mungkin berada pada malam genap bila lailaltulqadar turun...waulahhuaqlam kerana kita tidak boleh restrict kemungkinan Allah swt menentukan kejadian yang Allah swt ingin adakan....

....wokeh kengkawan....memacam story aku dengar berlaku over the weekend dari sudut politik wish i dont think i want to eloberate further......just wait and see....

tengok bola saru game Man.City vs Chelsea dan aku tunggu pun sebab Robinho punyer debut tapi it was Chelsea new look team yang caught my eye....Deco, Calvilho, Bosingwa,lampard, Anelka , the two Coles were fantastic and I like what i saw in this Scholari's Chelsea....I thot Man.City were quite impressive though they were outwit by Chelsea in the 2nd half....Robinho was not ready yet for the hurly burly of english football but his freekick goal was really fabulous....

Chelsea and Liverpool sharing the top spot and Arsenal looking menacing whilst MU still looking rather tired but berbatov inclusion could change things by the next game....

..malam nei pun ada F1 Italian Grandprix tapi aku tak tau dapat tengok ke tidak sebab i kena keluar lepas isyak neh so very likely dapat tengok highlights aja lar kot..hopefully Hamilton will find a cool head to ensure a controversy clean grandprix win..

...otherwise i dont know what else to write except i hope lar nak berbuka elok elok sikit instead of buka dalam kereta....hehehehe...

wokeh kengkawan ku....selamat berbuasa dan bila basungkai, jangan lupa daku dalam doa mu...

untuk kesemua teman dan adik adik ku...

berkawan jangan sebab kena ampu
bersahabat jangan pula pilih bulu
pilih lah orang untuk dikawan supaya tak kena tipu
kawan menangis susah dicarik dalam kawan seribu

wokeh, dan nak masuk azam mahgrib dah...wa nak get ready for sungkai...alhamdullilah..



wassalam

Thursday, September 11, 2008

12 Ramadan = 12 September

Assalamualaikum,

..aku rasa lar kan, sepanjang aku puasa dari kecik sampai aku teenagers sekarang neh...kehkehkeh....tarikh haribulan Islam dengan tarikh bulan omputihhh sama kan kan kan....12 Ramadan sama dengan 12 September....nei sejarah neh....

..apa apa pun kita dah nak memasuki 3rd quarter of Ramadan....kita akan merasa mendaki sampai ke puasa ke 17, pastu kita rasa kita akan menurun bukit lepas puasa ke 18 tersebut....dari malam ke 21 maka kita digalakkan untuk double up kita punyer amalan especially malam malam ganjil untuk mencari Malam Lailatulqadar tersebut....adakah aku mampu untuk melakukannya ? aku pun tak berapa sure...tapi they were Ramadans before yang aku mampu beramal sepertiga malam untuk mencari keredhaan Allah swt....punyer engrossed dengan beramal sehingga terasa sedih bila Ramadan tersebut berakhir....namun iman dan amalan manusia ini terdatang ada pasang surut yer...dan aku probably zaman surut sekarang ini dan aku berharap kelian pula tengah dalam mode pasang yer...

...indahnya bulan Ramadan ini sehinggakan mereka yang tidak beragama Islam pun merasakan nikmat Ramadan ini....

...wokeh di hari Jumaat di bulan Ramadan ini aku memohon ampun dan maaf kepada semua atas apa saja kesilapan aku selama ini....semoa kelian semua diredhai Allah swt selalu dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat...

....wokeh...aku ala ala happy jugak nei sebab England menang 4-1 over Crotia dan aku tengok ame tersebut live sambil bersahur....Emile Heskey main tuh!!!kehkehkeh....but it was Theo Walcott taht stole the show with a hattrick at a tender age of 19 ( dekat sebaya gan wa tuh !!ahaks)....however, need to mention the influence of Wayne Rooney dalam kejayaan ini kerana beliau yang menjanakan almost all the goals....kalau England boleh keep this kind of performance throughout the qualifying, maka aku rasa England under Fabio Capello nei boleh pergi jauh di world cup 2010 di south africa nanti.....they have a strong squad and some brilliant players that can win matches in a flash.....on current form, kalau setakat nak makan Holland 3 -0 tuh aku rasa senang banget...kehkehkeh...saja nak kasik dek non angin tuh...ahaks...

...aku juga terasa sedih mendengar seorang ibu yang mati terbunuh oleh perompak dari seberang dan tidak dapat aku bayangkan bagaimana sahur yang shahdu bertukar menjadi tragedi yang ngeri.....inilah kehidupan....there is only a thin line between life and death dan semoga roh arwah ibu tersebut dimasukkan dalam golongan mereka yang beriman....

...aku agak happy dengan approach pihak polis yang sekarang take no prisoners in dealing with these criminals....over the past month or so, aku rasa polis telah menembak mati sejumlah 10 ke 20 penjenayah tegar dan approach ini aku yakin telah berjaya mengurangkan kes jenayah samun dan rompak...tahniah polis !!....

...aku berharap bahawa tak lama lagi akan tiab suasana aman di mana rumah rumah sudah tidak perlu pasan grill di pintu dan tingkap dan semua orang boleh turu dengan tingkap terbuka untuk mendapatkan angin nyaman malam hari....hari ini kita takut bukak tingkap dan pintu kerana ianya seolah olah menjemput bala ke rumah kita....

...wokeh countdown begins....4 days more to 9/16 !!!......

My own shadow cabinet....kehkehkeh....suka suka aja...

PM - DSAI (PKR)
DPM 1 - TGHaji Hadi ( PAS )
DPM 2 - Jeffrey Kittigan ( PKR Sabah )
Menteri Kewanagan 1 - DSAI ( PKR)
Menteri kewangan2 - Tansri Khalid Ibrahim ( PKR) ( MB selangor Dato Hassan Ali [ PAS])
Menteri Pelajaran Tinggi - Azmin Ali ( PKR )
Menteri Pelajaran Kebangsaan dan Agama- Ustaz Nasharuddin ( PAS)
Menteri Pelajaran Jenis Kebangsaan - Tian Chua ( PKR )
Menteri Undang Undang - Karpal Singh ( DAP )
Menteri Undang Undang Syariah - Khalid Samad ( PKR )
Menteri Belia dan kebudayaan - Nurul Izzah ( PKR )
Menteri Pertahanan - Zulkifli Nordin ( PKR )
Menteri Tenaga dan Komunikasi - Lim Kit Siang ( DAP )
Menteri Wanita dan kebajikan - Dr.Lo'Lo' ( PAS )
Menteri Pengangkutan - Teresa Kok ( DAP )
Menteri Dalam Negeri - Mahfuz ( PAS )
Menteri Luar - Senator raja Petra kamaruddin ( PKR )
Menteri pelancungan - Sarawakian
Menteri KeUshawanan - Sabahan
Menteri Pertanian - Mat Sabu ( PAS )
Menteri Kerjaraya - one of the Hindraf leaders kot
Menteri Penerangan - Saifuddin Nasution ( PKR )
Menteri Luar Bandar - William Leong ( PKR )
Menteri Sukan - nei aku nak lar beb...kehkehkeh....Kamaruddin Jaafar ( PAS )

wokeh....nei kabinet bayangan aja....dan komposisi party akan balance balik bila isi jawatan Timbalan Menteri of each kementerian...suka suka aja ekk....

wokeh...goodnite....selamat bersahur dan berbuka puasa ...

wassalam

Wednesday, September 10, 2008

11 Ramadan - 9/11 and 9/16

Assalamualaikum,

nak tulis entry neh teringat kat epong....bro!! mana ko bro....outstation ker bro ??...kalau tak rindu kat wa rindu lar kat owang lain...hehehehe..baibun aja..mau dipangkor pulok aku kang neh...hehehehe

esok adalah tahun ke 7 berlaku 9/11 yang menyebabkan pencerobohan ke Afghanistan dan kejatuhan Iraq....after 7 years, baru nampak kejayaan amerika mengawal harga minyak sehingga minyak melambung dan merosakkan equlibrium ekonomi dunia....

..dan baru tahun nei aku perasan tiada sangat nama Osama Laden disebut hendak menyerang amerika lagik on the eve of 9/11.....

..aku masih pegang pada teori aku bahawa 9/11 was staged, aku tengah tengok sports channel bila tetiba aku rasa nak bukak CNN dan masa tu aku tengok asap atau habuk masih lagi visible dan aku masih tak faham apa yang dikatakan oleh anchorman CNN yang sebut america under siege and world trade centre collapsed....aku menung jugak lagi sampai lar depa tunjuk gambar kapalterbang langgar twin tower tersebut....

..so aku tak tidur malam itu cuba analyse semua yang aku lihat dan at that very moment aku realised that it was a staged attack sebab the precision of the attack was done...it was a professional job and the fact that Oklahoma state building was attack by their own people further substantiated by belief.....with more and more information gathered, i was more convinced that it was done own purpose seperti bangunan tu meletup dari bawah dan building lain almost intact membuatkan aku masih berpegang pada teori aku itu...

...still it was a history making moment and the fact no other attempt until today to emulate such an attack rather convinced me that it was such a difficult task to accomplish.....today ada banyak teori yang dibina berkenaan dengan 9/11 tapi aku tetap pegang dengan teori aku yang aku conclude of the few hours after the attack...

..but ada satu lagi histroy making moment pada 9/16 iaitu threat akan berlaku peralihan kuasa di negara ini.....adakah ianya sekadar mitos ataukah ianya satu kenyataan ?...

..aku masih melihat keadaan ini tetapi aku lebih convinced bahawa 9/16 lebih pada kenyataan bila sekumpulan 50 MPs telah disorokkan di Taiwan...kehkehkeh....

...still aku masih mahu melihat dan mendenar lai sebelum membuat sesuatu conclusion....aku masih berpegang bahawa DSAI harus menggunakan umno sebagai vehicle untuk ke putrajaya....ini adalah pandangan dari sudut politik dan bukan sudut moral ....

..orang malay perlukan umno dan orang Islam perlu kuatkan umno.....umno adalah satu brand name yang kukuh dan perlu diperkukuhkan....yang aku tentang ialah korupsi, penindasan terhadap Islam dan polisi politik umno sekarang nei....tetapi dari sudut kestabilan, umno itu perlu diperkasakan dan pada hari ini DSAI adalah 'perfect' untuk melakukan tuasan tersebut...

..DSAI kena forget about PKR sebab PKR adalah vehicle ala ala batu loncatan sahaja dan DSAI kena lihat beyond today....dan kepimpinan umno jugak kena akur bahawa kesinumbangan umno lebih penting dari kepentingan sekerat dua dalam kepimpinan umno....

wokeh...too early to predict the outcome tapi aku melihat 4 langkah kehadapan maka dari sudut 4 langkah kehadapan tersebut maka aku mengharapkan DSAI untuk memimpin umno kearah kepimpinana negara....

what say u epong ??!!!....what say u Bokd??...what say u kakri ???....

wokeh....selamat bersahur dan berpuasa....sapa yang dah peyed tuh....raya lar dulu ekk...kehkehkeh....

assalamualaikum

Tuesday, September 09, 2008

9 Ramadan 1427H nak masuk 10 lar kan

Assalamualaikum,

..hari ini aku bercuti sakit kerana aku sahur tak boleh bangun dan terasa seluruh badan lemah longlai dan seperti dicucuk sembilu....makan aku cuba menekan tilam untuk menarik badan aku yang sasa ini ke atas, bertambah lagi aku menjerit kecil di dalam hati menangung derita bisa bisa sendi yang amat menyeksakan.....hampir saja menitis airmata aku bila mendengar azan subuh berkemundang jelas dari corong menaret masjid berdekatan namun aku sudah hampir nyata gagal untuk bergerak..." Ya Allah, adakah ini masa ku di panggil, adakah masa ku sudah lebih dari hampir " , berkata kata hati kecil ku dan terus saja aku bershahadah mengukuhkankan janji aku hadir di dunia ini.....

kehkehkeh....emo tuh!!! ekceli wa nak cakap wa sakit demam aja....hehehehe...tapi tah cam ner, boleh jadik novel ala ala cerpen pulok....

..wa agak keciwa....gei klinik dengan muka sedih dan gaya jalan yang abih uzur diiringi batuk batuk suam dan bunyi soksek soksek hidung selsema ala ala...alih alih pak doktor kasik sehari emcee??!!!....pakal bulan puasa, kalau tidak kuar klinik dah mmg sah sah kena maki hamun belalah dah....kehkehkeh......tu lar pasal, lelaki kalau nak emcee lebih, kena gei jumpa doktor perempuan.....wa tak mau gei jumpa doktor perempuan wa yang biasa sebab takut kena tunggu lelama...

....tak tau ngapa, badan aku mmg agak weak walaupun mungkin badan aku tidak ada high temperature tapi mmg lemah...mungkin ada virus atau mungkin benda lain....so aku harap ubat yang doktor beri bisa membantu recovery energy aku neh....btw, aku timbang berat aku, maka aku hanya turun sekadar 4 kilo saja dalam Ramadan neh dan aku secara total hanya turun 14kg dari mula aku tak makan nasik probably 60 days ago....ermmm....not actually good reduction ekkk....aku pun tatau ngapa susah banget lemak berkrim aku nak turun tapi tak per lah, maksud yer aku turun 7 kg setiap 30 hari so kalau aku maintain gini, maksud yer in the next 90 days aku boleh shed another 21 kg.....fuh!!!!...kalau real kalu, wa boleh jadik peramugara TUDM beb!!!!!hehehehee.....

tapi aku rasa aku nak maintain aku yer diet another 40 days tuh mungkin boleh tapi for another 90 days aku pun tak konpiden aku yer will power.....will tu mungkin ada kot, tapi power tu yang wa takut tarak tahan lama.....kehkehkeh......

..yang penting wa mau sihat kan, tapi somehow, semenjak diet neh wa rasa lemah sikit badan.....tak per, wa tamau give-up dan akan terus control makan wa bagi mencapai cita cita wa untuk menjadi penari linda jasmine......kehkehkeh..

satu lagi kan, kowang ada baca tak satu email yang kata ayam ayam daging yan kita makan ada suntikan dari enzim babi atau lebih kurang camtu lar maksud yer.....as claimed by a reputable doctor in that email, that experiment ayn beliau lakukan membuktikan bahawa ayam ayam di beri suntikan untuk membesar dengan segera dan segar dan suntikan tersebut yang mengandungi enzim dari babi....apa bala enzin tu pun aku tatau....

..tapi lepas baca tuh, aku macam concern giler lar kan dan aku terus stop beli ayam lar kan macam kentucky or nugget kan, tapi kalau pergi rumah orang or kenduri, aku tak boleh buat apa lar kan....dan infact mummy wa suruh wa beli ayam organik ( wa beli kat satu supermarket tepi higway kat pantai dalam )....tapi ada owang kata doktor tu buat statement gitu sebab dia business ayam organik.....so aku pun macam pening gak lar kan tapi kalau boleh aku nak sure lar kan apa yang aku beli adalah halal 100%...

so, kalau kelian ada input pasal hal neh kowang tolong lar ekk share dengan wa sebab wa pun sekarang makan ayam organik, ayam kampung and burung puyuh tapi wa nak gak tau apa sebenar yer kerana selagi tidak ada scientific counter explanation agaunst the doctor's claim, aku takut lar jua makan ayam KFC ker....

wokeh, 5 more minutes to berbuka puasa....

i am so happy that aku dapat ngintu di haloland di siang hari walaupun sebentar sahaja....insyaallah, lepas nei boleh lelama pulak....kehkehkeh....bukan wa nak emcee lelama pulak ekk....kehkehkeh...

wokeh..

ayam dara ayam baru
buka puasa jangan lupa aku...

assalamualaikum..



wassalam

Sunday, September 07, 2008

8 Ramadan

Assalamualaikum,

Salam Ramadan dan maaf zahir dan batin, kita dah masuk 2nd quarter of our Ramadan dan diharapkan Ramadan kelian thus far adalah amat molek sekali yeah....

..last thursday and friday was tough for me sebab tenet kat rumah tenat sampai entry Friday pun aku tak leh nak buat....bak kata Jane, dah sunyi umah si ilham neh....tak per, nanti nanti pulih macam biasa jugak, insyaallah...btw, Happy belated Birthday to Jane...semoga panjang umur dan murah rezeki dan termakbul segala doa untuk kebaikan dunia dan akhirat...dan semoga daddy and hubby Jane cepat pulih dan baik kesudahannya, insyaallah...

...petang tadik aku bukak posa makan steak..kehkehkeh....janji bukak posa ...last friday i was caught in the traffic jammed sampai bukak posa dengan khurma perisa tembakau...rokok lar tuh!!...kehkehkeh....actually tak elok bukak posa dengan benda yang makruh kesuciannnya tapi dah tak boleh nak buat apa dah wa masa tu...so, bukak lar dengan rokok untuk membatalkan puasa...10 or 15 minutes lepas tu baru boleh berhenti beli air...

....ntah lah, kenkadang sebab heboh dengan urusan dunia, nikmat berbuka dan bersahur menjadi hilang dan aku pun rasa sedih jugak.....urusan dunia menjadi priority dalam kehidupan lately nei dan aku pun pening pala jugak....perhaps, i need to re-assess aku yer priority balik kot...

...seronok pergi pasar ramadan dan sebagainya hilang so far dalam Ramadan aku ini dan aku memikirkan adakah hanya untuk tahun ini atau tahun tahun yang akan datang jua....ini persoalan yang menghantui aku ini....adakah aku ingin terus begini dan mencapai apa yang aku ingin capaikan atau move one step backwards in order to live the life yang aku inginkan....inilah yang harus aku putuskan....

...wokeh....pada kengkawan yang ada peluang untuk berRamadan dengan kebiasaan dan tradisi yang biasa , appreciate masa dan ketika ini kerana ianya mungkin boleh ditarik Allah swt dengan sekelip mata....mungkin ada kata yang kita berpesta makan di Ramadan ini atau mengutamakan tarawih dari yang lain seperti tahajud dan sebagainya, tapi take it from me yang tidak dapat menikmatinya, just do it....Allah swt yang lebih mengetahui apa yang tersirat didalam hati kita....

...kadang kadang kita terlalu banyak memikirkan the what if and what not sedangkan apa yang kita patut lakukan ialah cherish what we have right this very moment sebab tomorrow may not be as beautiful as today.....

btw, sapa yang belum bayar zakat fitrah, sila jangan terlupa dan siapa yang banyak barang kemas yan tersimpan tak berpakai, pakai pakai lah sebelum tiba haul yer nanti dan siapa yang ada duit lebih, bersedekah lah masa Ramadan ini sebelum habis dek shopping nanti...

...wokeh kengkawan, midnite dah and so i think i should et ready for tomorrow pulak....

...Hargai Ramadan yan ada sekarang ini yer.....selamat berpuasa, beramal soleh, berbuka dan bersahur yer...

wasalam

Monday, September 01, 2008

2 Ramadan

Assalamualaikum,

...dah start dah Ramadan....how was your first day of Ramadan ??.....btw, Brunei baru start hari ini ekkk.....so selamat berpuasa hari pertama untuk eva monica dan jazz sari dewi....

...although baru start puasa, aku dah dapat merasakan keseronokan Ramadan tersebut dari sudut amalan tambahan....sembahyang sunat lepas fardhu pun slumberland aja buat tanpa ada rasa nak procastinate ker apa ker.....inilah kelebihan Ramadan yang aku sangat appreciate......

..perhaps seronok buka puasa dan sahur itu juga sesuatu yang amat aku look forward too....tapi aku tak laku makan on my first sahur dan buka puasa yang pertama pun aku banyak makan buah buahan aja.....mungkin selera makan tu belum adjust lagi so makan sekadar syarat dan bukan makan kerana lapar or nafsu....berapa lama aku boleh maintain still tak sure....

....target aku mungkin untuk mengekalkan aku dalam tarawih sampai tamat walaupun aku doubt aku dapat qatam Quran macam kelian last year...tak silap aku teesh ambil ustazah untuk menggaji dalam Ramadan and i thought that was wonderful effort.....mungkin fudhla dan embun pun bz niaga masa Ramadan neh and i believe mencari rezeki lebih masa Ramadan ini adalah sebahagian dari ibadat jua....doa masa Ramadan ini makbul maka kelian dan aku harus mengambil peluang ini untuk berdoa kehadrat Illahi.....mari lah kita berusaha untuk mencari Malam Lailatulqadar yang dijanjikan oleh Allah swt di bulan Ramadan...

...well....aku pun nak citer jugak sikit that last saturday aku pergi naik Eye of Malaysia....kehkehkeh...tapi yang kelakar yer aku gayat walafiat abih...heheheh...aku tak boleh pandang bawah langsung, gamang giler.....walaupun movement agak perlahan dan stabil, tapi aku masih rasa tak selesa....hehehehe......i dont really enjoy the ride ..ahaks ahaks....that was all about my merdeka celebration sebab sunday was all about resting in peace....hehehe....ekceli aku tukar cd player kete aku sebab dah rosak sampai susah nak bukak kaset ngaji Quran and so masa Ramadan nei it is important for me to do that on the way to work and masa balik.....i dont know berapa kali lah gak yer aku berbuka dalam kereta tahun nei tapi aku rasa almost every other day kot.....keje tengah melambak lambak...

....wokeh , selamat berpuasa untuk Ramadan minggu pertama ini dan jom kita lawan sapa yang dapat buat amalan tambahan yang lebih tahun nei macam bangun tengah malam untuk solat tahajud , taubat and hajat.....sapa boleh bertahan dalam tarawih, sapa qatam 30 juz dulu .....dan semestinya , kita pun lawan sapa buat kuih raya lebey or beli/buat baju raya lebey jugak..kehkehkeh....bak kata bokd tahun lepas...kalau tak membazir, bukan lar raya nama yer.....very true indeed....

....berdoa kita untuk sesama kita di sini especially untuk papaadlis yang still in the process of recovering from his ailment...insyaallah papaa, kesudahan yang baik untuk papaa dan mamabat and family too.....doa akan everything goes well untuk bro vaart, kebaikan untuk dazz dan teesh jua, kejayaan akademi untuk embun dan H jugak, kejayaan dalam apa yang diharapkan untuk kakri, aya, eva, jazz, royce, rempawan, hatisam , nor, zetty, seri, Nini, jane, kaklia, Sn, SC, xmen,nhk, epong, x, mrll, misa, noey, fuhdla,gx, bokd , mamatbatdan jugak kejayaan dan termakbul doa untuk semua yang mungkin aku tertinggal nama kelian yer....

wassalam