Saturday, April 04, 2009

April 4

ermmm....dah masuk april dah....lamanya rasanya tak menulis and apparently aku tak miss blogging...maksudnya aku tak rasa gian nak menulis dan aku redha akan perlakuan aku ini...

..banyak peristiwa dan perkara berlaku semenjak aku sabbatical ini dan yang paling significant ialah perkahwinan sahabat maya aku x-men....tahniah bro.....aku pergi menjenguk persandingan x-men di Kuang/Kundang tapi aku sampai lewat banget sehingga aku tengok dewan dah agak lenggang and rasa malu pulak aku nak masuk...so aku berlegar legar melihat kawasan Tasik Biru dan pusing dewan persandingan berharap akan ternampak kelibat pengantin...kehkehkeh...lama juga aku di depan dewan ala ala spy leman tapi tak tercapai nak melihat siapakah gadis malang yang kawin gan my bro...kehkehkeh...baibun bro....apa apa pun , tahniah beb!!...

..lanskap politik dalam negara pun sudah berubah dan aku just wait and see....terkadang kita menjadi halim yang cepat menghukum sebelum melihat bukti bukti yang nyata , so adalah penting untuk aku melihat dan memerhatikan apa apa bentuk perubahan yang bakal berlaku.....

...mungkin aku tak miss menulis kerana aku lebih kepada mencari ilmu...aku membaca dan menganalisa berbagai pendapat tentang hukum hukum sembahyang...memang aku dah tau tentan syarat syarat sah dan rukun sembahyang tetapi mencari cara memperbaiki sembahyang aku sendiri demi untuk meningkatkan kualiti sembahyang aku tersebut....dalam proses mencari ilmu ini aku melihat keindahan berdakwah blog blog dan video ceramah yang banyak sekali untuk dijadikan rujukan.....namun dalam pencarian, aku berdoa kepada Allah swt agar memberi guidance untuk mendapatkan ilmu dan amalan yang diredhai Allah swt....

...maka dalam tempoh pencarian ini aku memahami akan pendekatan bermazhab dalam ilmiah Islam ini dan juga pendapat pendapat yang selain fahaman imam imam besar mazhab terdahulu...

..aku dulu seakan menolak atau tidak bersetuju dengan mazhab mazhab dalam Islam tetapi selepas membuat pembacaan, aku kini lebih faham dan appreciate adanya perbezaan pendapat dalam keempat empat mazhab ini....aku dulu sceptical dengan mazhab kerana aku merasakan ianya lebih mempuak puak kan orang Islam sedangkan aku merasakan bahawa Islam itu sepatutnya mudah dan standardize......aku berfahaman bahawa cara kita bersembahyang mesti ada satu lenggok tak kira di mana masjid aku sembahyang di dunia ini....

..tetapi setelah memahami lahirnya ahli hali Feqah ini dan sebab mengapa hukum hukum dan perbuatan dipecah kepada Feqah, Tauhid dan Usul maka aku lebih faham kepada perbedaan ini....khilaf atau perbezaan pendapat dalam sesuatu amalan atau fahaman selalunya tidak menyentuh hal hal pokok/asas dan sesungguhnya aku dapat melihat bahawa semua bentuk streamlining of the hukum adalah berlandaskan Al-Quran dan Hadis......dan aku mendapati bahawa perbalahan selalunya berlaku pada golongan pengikut tetapi bukan diantara imam imam mazhab tersebut.....

wokeh...cukup dulu....