Thursday, May 21, 2009

Salam Jumaat

Assalamualaikum

Salam Jumaat yang teramat mulia kepada semua dan pohon dan minta atas segala kesalahan saya selama ini dan lebih lebihnya seminggu yang lepas...

Tidak aku sangka blog yang aku buka khas untuk Kenangan 15 Mei Jumaat lepas rupanya berpanjangan untuk ke hari ini....mungkin kerana seronok menulis itu tiba tiba datang atau mungkin satu bentuk escapism untuk aku sendiri , tapi aku memang thoroughly enjoyed the last week berada di alam maya ini.....Terima kasih kepada teman teman halolanders yang melayan karenah aku di haloland dan alhamdullilah, walaupun seketika , aku merasakan kebahagian berkawan di alam maya ini walaupun hiruk pikuknya mungkin tak se havoc dulu... Dulu lain sekarang lain dan begitu juga apa sahaja yang bersifat baharu, tiada yang kekal selamanya...

Ilham akan tetap Ilham even 10 tahun akan datang nanti , insyaallah....tetap merapu, tetap menyakat dan akamasih n tetap mengingati kengkawan maya ini...yer lar kan, arwah emy yang dah tiada pun akan tetap ingat, inikan pulak kelian yang bersama sama aku ini....

Namun, aku kena berundur buat seketika waktu lagi kerana ada hal dunia sebenar yang harus ditanggani ....bila aku akan kembali menulis adalah sesuatu yang aku sendiri tak berani nak janji kerana aku sendiri tak tahu....

Ada kengkawan bertanya mengapa harus blog ditutup bila aku tidak menulis...well blog aku ini aku anggap seperti rumah aku sendiri yang aku hargai sangat dan sebagaimana rumah kita, kita tidak membiarkan ianya terbuka begitu sahaja kalau kita tiada di rumah , sudah tentu kalau kita akan tiada di rumah, kita mengunci rumah, menutup furniture kita dengan kain dan sebagainya kerana ianya adalah harta kita .....so ibarat harta benda dunia yang kita hargai, aku menutup blog bila aku tiada untuk preserve harta intellactual aku dan memori memori haloland yang aku amat hargai sekali....dan kalau kita ibaratkan blog kita sebagai diary, tentunya kita tidak sepahkan diary kita merata rata bila kita tiada dan blog ini jua ibarat diary harian jua...

wokeh , unlike the last time aku tutup blog, aku telah kini menyatakan hasrat aku untuk bertapa buat sementara waktu mulai hari ahad ini....insyaallah, aku akan kembali menulis kerna itulah passion aku dalam hidup hari ini....

Ada teman berkata " tiada rindu lagi di hati ini kerna alah bisa tegal biasa "....kehkehkeh...namun aku akan tetap rindukan kengkawan maya ini kerna jauh di mata dekat di hati...

sebagai penutup bicara , aku rasa aku pernah menulis kisah " Gunung Airmata Ibu" iaitu sebuah gunung di negara Matahari yang mana gunung ini adalah tempat tempat ibu ibu tua dihantar oleh anak mereka untuk menghabiskan sisa sisa hidup mereka....

..maka ada si ibu ini yang sudah tiada lagi berguna untuk si anak telah mahu dihantar oleh si anak ke gunung tersebut.....maka ibu yang sudah tiada mampu berjalan apatah lagi memanjat gunung telah di dokong dibelakang badan oleh si anak yang gagah perkasa namun tiada lagi gagah untuk menjaga si ibu tua nyer....

...walaupun si ibu tahu akan hasrat si anak, namun si ibu tetap ibu.....sepanjang perjalanan mendaki gunung yang berbelit belit, si ibu tidak berhenti henti mematah matahkan ranting dan daun daun di sisi nya.....sehingga si anak terperasan dan bertanya " Mengapa ibu asyik aja mematahkan ranting dan dauh daun ? ".....maka menjawablah si ibu " aku membuat tanda jalan supaya kau tidak sesat bila turun nanti "....

...yer kengkawan, itulah mulianya hati si ibu yang dalam menghadapi penghinaan dari anak anak, masih memikirkan well beings anak tersebut.....memang sayu cerita ini, memang geram mendengarkan kisah ini......ini sebenarnya kisah purba tetapi mengapa hari ini di saat ini masih ada anak yang menghantar anak ke 'gunung' dan mengapa kita sebagai seorang Islam, masih tidak dapat menghargai kata kata " syurga di telapak kaki ibu "....

Aku harap ianya masih tidak terlambat untuk aku mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu ibu yang singgah di blog ini dan semoga kelian akan terus menjadi si ibu yang mematah matah ranting dan daun untuk anak nampak jalan pulang.....

..kepada anak anak yang masih ada ibu, jalan yang kelian kecapi hari ini adalah kerana patahan ranting ranting si ibu dulu....so everyone of you should know what to do yeah...

wokeh....aku mintak maaf lagi dan apa yang baik dari Allah swt dan apa yan kurang molek adalah dari manusia bernama Ilham ini dan aku memohon pada Allah swt bahawa pada sesiapa yang pernah aku perli, kritik or keji di blog ini maka ianya akan menjadi investment kelian untuk mendekati Allah swt....

Pada kengkawan kelian, anggaplah entry ini sebagai warkah perpisahan sementara namun aku masih ada email dan YM sekiranya kelian nak keep on touching...kehkehkeh...

wassalam

Wednesday, May 20, 2009

entry khamis

Assalamualaikum....

....sat tadik tengok American Idol Final dan aku rasa Adam Lambert was the better singer and performer though Kris Allen was only slightly behind but the 3rd song rendition could be the deciding factor for america to crown their new Idol.....

...the song i enjoyed most was Kris' 2nd song which was very easy listening and catchy .....apparently Adam sexual preference was an issue that almost cost him his place in the final but I think that 'issue' has been discounted by america as much as america discounted obama's link to the Islamic faith during the presidential election.....

..still, if not for the horrendous and difficult 3rd song, i would predict for Kris to create an upset but I think it was pretty obvious that Adam sealed his victory through his superb intepration of this song....there is so much of Tomok in Adam Lambert and also I could also see Elvis Presley's charisma in him too that I believe his flashy image and originality would see him through tomorrow...

.....wokeh....citer lain pulak....nak citer apa pun aku tatau....hehehe....

....sedar tak sedar kita dah sampai pertengahan tahun untuk 2009 dan sesuai sangat untuk review pencapaian kita setakat setengah tahun pertama ini....dah sudahkah kita qada puasa yang tertinggal Ramadan lepas sebab Ramadan yang baru makin hampir....adakah kita dapat memenuhi azam azam tahun baru 2009 yang kita tetapkan itu....apakah perubahan perubahan yang ingin kita lakukan sudah kita cuba.....sebaiknya kita sudah boleh tarik handbrake dan review 2009 setakat ini.....

..mungkin kalau kita nei Tomok atau Hafiz atau Adam lambert, maka setengah tahun pertama 2009 adalah period when the dream comes true....that looking back will be very easy....tetapi sebagaimana gagahnya kita memandu di highway dengan kereta mewah yang berkuasa besar, suka tidak suka kita akan selalu memandang ke belakang sebelum kita membuat langkahan kehadapan yang seterusnya...spilt second kita memandang ke belakang itu sebenarnya yang membezakan pemandu yang bijak dengan pemandu yang akan terlajak.....

well, kalau report card aku jadi ukuran, maka 5 bulan pertama 2009 ini adalah period yang seharusnya aku menangis teresak esak....kehkehkeh....namun bukan jumlah tangisan itu harus dijadikan ukuran berjaya dan gagalnya kita setakat ini tetapi bagaimana kita manage keadaan tersebut dan bagaimana kita cuba mengatasinya......dan lebih pentingnya , bagaimana kita approach the 2nd half of the year.....kalau kita yakin bahawa kehidupan ini adalah satu pusingan atau ibarat roda, maka kita kena bersedia untuk berjaya kalau kita sedang gagal dan bersedia untuk tidak gagal kalau kita sedang berjaya......degree kegagalan dan kejayaan antara satu orang ke seorang yan lain adalah amat berbeza sekali maka di sinilah pentingnya untuk kita tahu destinasi yang ingin kita tuju.....

wokeh citer lain pulak....

...sayu.....sayu boleh jadik perasaan yang dirasa dan sayu boleh jadi suasana yang berlaku....sayu tidak semestinya sedih dan sayu tak semestinya layu tetapi sayu adalah satu perasaan atau suasana yang bisa membuat kita tak keharuan namun kita tidak tahu nak explain kedatangan perasaan dan suasana tersebut....lalu kita mencari cari sebab penyebab kita menjadi sayu...adakah sayu kerana rindu, sayu kerana tak mampu melawan perasaan atau adakah kita sayu kerana kita mahukan kita berasa sedih tapi sebenarnya kita dalam keadaan yang selesa..

....mendengar takbir di pagi raya meman membuat kita sayu walaupun hari raya sepatutnya hari bergembira......mendengar azan sayup sayup di senja hari bisa membuat kita sayu dan merayu merayu....suasana mendung boleh mendatangkan perasaan sayu dan kawasan yang selalu bising yang tiba tiba lenggang juga mendatangkan kesayuan tersebut....

...walaupun sayu dikaitkan dengan perasaan yang merudum tetapi kesayuan itu sebenarnya menenangkan.....kita berada dalam suasana yang paling ikhlas dengan hati kita bila kita sedang sayu....sayu tidak akan membuat kita meronta ronta mahupun terkinja kinja tetapi sayu selalunya membuat kita berfikir dengan waras.....kita lebih rela beralah dalam keadaan sayu sedangkan kita lebih mudah marah dalam keadaan sedih......

the next time kelian dilanda kesayuan, cuba nikmati saat itu dengan penuh perasaan, surely kelian akan mendapat banyak jawapan dalam apa yang kelian cari dalam kehidupan....cuba sembahyang dalam keadaan kesayuan, nescaya sembahyang kita lebih tertib dan khusyuk dan di sinilah mungkin saat kita paling hampir dengan Allah swt dari sudut redha dan berserah....

sayu is the best feeling one could feel if we know what to do during the period kita merasa kesayuan itu melanda....

wokeh citer lain pulak....kehkehkeh

mintak sowey lar ekk wa ala ala merapu neh....tapi wa rasa nak menulis dan i am probably still good for another entry before mental block becomes an issue.....

....peristiwa menyebabkan kita lebih matang dan perhaps tenang dan peristiwa terkadang menyebabkan kita melobos terkangkang....peristiwa membentuk pengalaman dan pengalaman pula membentuk ilmu.....peristiwa itu tidak semestinya milik kita tetapi kejadian orang lain tetapi peristiwa itu menjadi milik kita apabila kita belajar dari apa yang berlaku dalam peristiwa seseorang lain tersebut....

..di sinilah observing atau kemahiran memerhati apa yan berlaku sekelilin kita itu amat pentin sekali dalam membentuk pengalaman yang kemudian menjadi ilmu pada kita....Dalam kitab suci Al-Quran , peristiwa peristiwa Rasul Rasul dan Nabi Nabi terdahulu di ceritakan sebagai pengajaran untuk dijadikan ilmu....begitulah pentingnya peristiwa yang dalam konteks akademinya dikatakan sejarah....namun peristiwa adalah lebih kecil dari sejarah kerana peristiwa bersifat isolated dan lebih hampir dengan diri kita dan kita lebih emotionally attached dengan peristiwa daripada dengan sejarah....peristiwa datang dan pergi tetapi sejarah seakan tidak hanyut ditelan zaman...

....pancaindera kita selalu mencari peristiwa peristiwa ini dan peka kan pancaindera pada peristiwa peristiwa dan nescaya kita akan menjadi seorang yang lebih matang dan tenang....peristiwa seorang nenek mati ditumbuk peragut minggu lepas menyebabkan kita lebih peka bila kita nampak strangers.....peristiwa yang aku dengar di berita kejap tadi di mana seorang eprompak telah menetak mati seorang suri rumah , anak bongsu dan pembantu suri rumah menyebabkan kita menjadi takut nak buka pintu rumah....

..peristiwa peristiwa yang berlaku pada orang lain yang kita pinjam untuk dijadikan pengalaman untuk kita....

wokeh dah lar dulu beb.....

wassalam

entry apa apa aja....

Assalamualaikum,


..malam semakin larut dan aku terus tuptap tuptap mengetuk ngetuk keyboard ini mencari idea untuk membuat entry....

..hari ini hari yang kurang baik untuk aku namun hari hari yang kita lalui dalam kehidupan adalah ibarat perniaagaan, ada hari untung besar, ada hari untung kecik dan ada hari yang rugi....begitu juga aku mengharung hari hari kehidupan ini, ada hari suka giler , ada pulak sedih banget, ada hari sakit dan ada hari yang sihat....namun setiap yang kita lalui itu samada untung atau rugi adalah pahit manis kehidupan.....even " pahit manis" pun bermula dengan perkataan Pahit baru Manis menunjukkan bahawa kemelut kehidupan itu sebenarnya di hadapan daripada keseronokan...namun sebagai manusia, kita harus selalu sahaja redha dan berserah dengan setiap apa yang diberi , baik berupa ganjaran mahupun dugaan kerana dengan redha dan berserah kita dapat merasakan betapa kita ini kerdil di dalam dunia ini...

....apakah itu nasib ? ..kita selalu mengucapkan 'nasib baik' bila kita terlepas dari sesuatu keadaan yang memungkin musibah berlalu dan kita berkata pula " tak der nasib" bila kita terlepas dari sesuatu yang memungkin kejayaan.....sebenarnya nasib ini adalah ungkapan untuk kita yang kurang redha dan berserah kerana nasib baik atau nasib tidak baik semuanya adalah ketentuan Allah swt jua...sebenarnya tiada istilah 'nasib' dalam Islam kalau kita benar benar yakin dengan ketentuan qada dan qadar....tetapi kerana pendekatan sekularisme amat menebal dalam diri kita maka kita berfikiran means atau cara adalah penentu segala kepada keputusan atau end result.....

adakah pernyataan aku ini seolah olah menyatakan kita yang hanya berserah dan jangan berusaha ?.....tidak sama sekali, kerana niat tidak cukup tanpa perbuatan dan juga action diperlukan untuk menimbulkan reaction iaitu kita perlu menyuap nasi yang ada dalam pinggan untuk perut merasakan kenyang....tapi maksud aku di sini, ada ketika bila kita sudah menyuap nasi dari pinggan , namun perut masih tidak kenyang dan ada kala kita tetibe rasa kenyang sebelum menyuap nasi dari pinggan dan inilah yan aku maksudkan bahawa tidak setiap keputusan itu adalah ditentukan oleh cara kerana kita kena yakin bahawa kenyang itu bukan ditentukan oleh nasi yang masuk ke dalam perut tetapi dengan izin Allah swt jua barulah kita meraskan kekeyangan tersebut....

...saat bila kita betul betul redha dan berserah ?...yeap saat kita sedari bahawa kemampuan kita sebagai manusia sudah tiada lagi dayanya iaitu bila kita terlupa isi minyak kereta dan bila sedar kita berada di kawasan yang petrol station ada lebih kurang 15 km lagi dan meter gauge minyak kita dah merah.....dalam keadaan ini kita redha dan berserah mengharapkan divine intervention untuk mampu membawa kereta kita lagi 15km untuk mengisi tank minyak kita....tetapi selalunya bila kita sudah berjaya sampai ke station minyak , kita akan lupa sikap redha dan berserah tadi dan kita mula menyatakan kejayaan kita sampai ke destinasi petrol station kerena

a) mungkin meter gauge rosak
b) kita slowkan kereta or tutup aircond menyebabkan minyak kurang guna
c) actually station minyak tak sampai pun 15km

....di sinilah kita harus belajar untuk redha dan berserah bukan sahaja dalam kesusahan tetapi juga dalam kemenangan....

hari ini aku merasa gagal kerana aku berusaha tetapi tak mencapai objektif yang diusahakan tersebut tetapi aku lupa adakalanya aku tak berusaha tetapi berjaya dan selalunya dalam keadaan ini kita mencari punca kejayaan tersebut dari sudut approach/pendekatan sedangkan sebenarnya ianya adalah kehendak Allah swt jua...

...apa yang aku nak sampaikan di sini ialah jangan takut dengan kegagalan dan jangan angkuh dengan kejayaan....kegagalan itu sebenarnya bukan kegagalan dan kejayaan itu bukan sebenarnya kejayaan kerana pada hakikatnya kedua dua nya adalah 'dugaan' semata...hidup itu adalah permualaan kematian dan kematian itu adalah sebenarnya kehidupan yang sebenarnya...

..kita hari ini berada dalam era kehidupan di mana kejujuran dan keikhlasan itu adalah bercanggah dengan keadaan semasa dan redha dan berserah dianggap sebagai tidak mahu berusaha.....lalu kita jadi marah bila kita tak berjaya dan bongkak bila kita berjaya....

...hari ini orang malaysia nampak berjaya dan kita mengkasta kastakan walaupun dalam masjid....orang bangladeshi yang cuba ke saf depan akan di pandang serong dan orang yang bukan jemaah setempat yang mendapatkan kedudukan di belakang imam di suruh ke tepi....orang kaya dijadikan pengerusi masjid dan orang warak hanya sekadar ahli jawatankuasa cuci mencuci.....yang jujur dan yang ikhlas adalah dianggap menyusahkan untuk suasana hari ini...

..formula kejayaan hari ini ialah lakukan apa yang Rasullulah saw tidak lakukan, maka kejayaan mudah datang dan bila kejayaan datang dengan formula sebegini maka kenapa kita harus hairan dengan bala yang mendatang?....

redha dan berserah kepada Allah swt sepanjang masa kerana kita dilahirkan dalam zaman di mana yang mungkar itu baik dan sebaliknya.....

kalau kita mahu mendapatkan ketenangan dalam hati maka kita kena belajar redha dan berserah kepada ketentuan Illahi....tetapi dalam suasana hari ini, perkara semudah redha dan berserah ini adlah perkara yan amat sukar sekali dilakukan....lampu traffic light tukar cepat dari hijau ke merah pun kita dah tidak mampu untuk redha dan berserah , maka bagaimana kita bisa untuk menerima hakikat qada dan qadar dalam soal soal yang lebih besar...

..entry aku ini lebih untuk mengajar diri aku sendiri tentang redha dan berserah .....dan harus aku tekankan di sini oran yan mampu redha dan berserah adalah orang yang rajin berusaha dan orang yang tidak berusaha, memang susah untuk mendapat sifat redha dan berserah ini kerana sebagaimana aku nyatakan awal tadik, kita kan lebih rapat dengan keinginan redha dan berserah apabila kita sedar kemampuan manusia hanya sebahagian dari keputusan akhir yang kita terima...so ingatlah, kita kan menjadi orang yang redha dan berserah sekiranya kita rajin berusaha namun yang pentin kita fahami ialah usaha adalah penyebab tetapi bukan penentu sesuatu keputusan yang kita capai melalui usaha tersebut....

wassalam

Monday, May 18, 2009

Pendapat

Assalamualaikum....

...kita semua ada pendapat dan sesuatu yang aku seronok dengan era IT ini ialah pendapat boleh diberi oleh semua lapisan masyarakat dalam personal blog masing masing yang mana kalau sebelum ini kita hanya boleh membaca atau mendengar pendapat dari suratkhabar . majalah atau TV dan Radio...ini adalah perkembangan yang menarik dari sudut mencari pendapat...

...hari ini kalau kita inginkan pendapat tentang sesuatu isu, contohnya isu politik di perak, maka kita boleh mendapat beratus ratus if not beribu ribu pendapat dalam internet dari orang perseorangan.....dan pendapat adalah pendapat , kita boleh setuju dan tidak setuju namun kita harus menghormati pendapat seseorang itu....

...about 2 tahun lepas aku ada menyeru kalangan halolanders untuk establish blog masing masing kerana blogging akan menjadi satu medium perantaraan yang baru dan dalam tempoh 2 tahun tersebut blog di malaysia telah tumbuh merata sehingga ratio popolasi dengan blog meletakkan malaysia nombor 2 dalam dunia....hari ini almost semua politician ada blog sendiri dan ketokohan seseorang politician itu dilihat dari sudut ramai pengunjung ke blog mereka dan semua yang datang pun memberi pendapat jugak...

...hari ini Pendapat tentang sesuatu peristiwa dan perkara sudah tidak lagi menjadi hak RTM or Suratkhabar arus perdana sahaja malah pendapat di TV dan suratkhabar sudah menjadi 2nd hand news kerana selalunya Pendapat tentang sesuatu perkara sudah ada dalam internet sebelum suratkhabar sampai ke tangan pembaca....

...Pendapat adakalanya dari akal dan selalunya dari perasaan.....pendapat dari akal selalunya berbentuk hukum dan peraturan dan pendapat melalui perasaannya selalunya melibatkan isu, peristiwa dan interest....pendapat yang menarik selalunya pendapat yang ada hujahan fakta tetapi pendapat yang selalu mendapat tarikan ialah pendapat yang ada unsur unsur emosi dan humor.....pendapat tidak selalu mesti betul tetapi pendapat hendaklah logik akal....

..Tidak sependapat adalah sebenarnya healthy kerana pertukaran pendapat adalah satu proses pembelajaran dan ketajaman pemikiran selalunya berasal dari kebolehan memberi pendapat dan menganalisa pendapat orang lain....dan selalunya kekuatan sesuatu persahabatan atau hubungan selalunya berasaskan kekuatan pihak pihak terlibat memberi pendapat untuk tidak sepandat.....hehehehe....i believe kelian faham maksud aku.....itulah lah sebabnya ada pepatah malay yang berkata " rambut sama hitam , hati lain lain" dan hati yan berlainan itu hanya boleh dikesan dari apa yang diucapkan atau yang ditulis or dari body languange...

...dalam keadaan normal , manusia akan ada lebih tendency untuk tidak bersependapat kerana memberi pendapat itu adalah juga dilihat sebagai tahap intelektual seseorang itu sendiri ...dalam dalam keadaan abnormal seperti perang atau natural disaster, manusia tend untuk cepat bersependapat kerana pendapat yang salah akan membawa kesan yang besar akhirnya ...itulah dalam tentera, pendapat adalah tidak penting tetapi mengikut arahan yang tersangat perlu.....bayangkan kalau seorang captain bertanya pendapat orang bahawan samada untuk menyerang atau bertahan, maka akan ada puluhan pendapat yang berbeza kerana setiap pendapat ada kepentingan masing masing seperti askar yang tidak mahu mati, akan kata bertahan, askar yang suka pada action akan mahu menyerang dan sebagainya.....

....Pendapat kadang kadang membahaya especially dalam hal hal theology atau keagamaan kerana pendapat tanpa ilmu akan menyebabkan terpesong akidah kerana dalam hal agama, pendapat berasakan logik tidak mencukupi....dalam ilmu keagamaan, pendapat sudah diberi oleh Rasullulah saw dan dikupas oleh para sahabat dan imam imam besar terdahulu untuk memantapkan pendapat Rasullulah saw tersebut dan apabila masih ada yan mahu memberi pendapat tentang hal hal seperti Iskrak Mikraj akan boleh menyebabkan berlaku ketidak sepandatan dan ini akan menyebabkan berlaku perpecahan....

...agak sukar untuk mendapat semua orang bersependapat...waimah seorang wanita yang lawa dari kacamata A mungkin tidak lawa dari kacamata B.....dan lawa itu pun ada pulak pecahan dan ukurannnya....ada pendapat yang mengaitkan lawa dengan kulit putih seseorang dan ada pendapat yang mengaitkan lawa dengan ketinggian langsing badan seseorang itu dan ada pendapat yang refuse untuk acknowlede seseorang itu lawa jika tidak mengambil kira kepribadian seseorang itu....tiada yang salah dalam hal ini kerana pendapat dipengaruhi oleh akal dan perasaan....dan pendapat juga selalunya dikaburi oleh persepsi.....

pendapat juga diluahkan dalam bentuk sukarela, paksaan mahupun tekanan keadaan....dan kadang kadang kita menjadi ' Yes man" kerana kita mahu selamat dari memberi pendapat....

...namun bagi aku, memberi pendapat adalah seni tersendiri.....lihat sahaja masa Final AF7 konsert, 3 pengkritik yang memberi pendapat yang bercanggah tentang satu persembahan pelajar dan wajah berbeza beza tenaga pengajar memberitahu mereka ada pendapat yan lain pulak dan respon penonton dari sudut sorakan atau tepukan menunjukkan mereka ada pendapat yang berbeza pulak dan komen komen di @15 pulak menunjukkan penonton di rumah ada pendapat yang berbeza pulak......begitulah betapa besarnya peranan Pendapat dalam kehidupan kita.....

sebagai penutup, apa pendapat kelian tentang aku nak kawin gan Mashanda , penyanyi/pelakon Indon tuh...fuhhh mantap beb....hehehehe..baibun aja ih...


wasslam

Sunday, May 17, 2009

Diary Diri 18/05/09 - AF7

Assalamualaikum,

ekceli aku dah tulis panjang lebar dah review AF7 Final and AF7 season in nutshell sampai pukul 3.00am lepas konsert final tamat tapi bila aku bangun pagi ini dan baca balik aku sedar terlalu banyak anger dan disappointment dalam tulisan aku tersebut that aku decide not to publish that long analysis sebab entry itu akhirnya aku akan lebih kepada menggutuk/mengata ngata depa depa yang aku tak puas hati....sedangkan salah satu sebab aku nak berehat dari menulis ialah aku nak menggelak dari membuat pernyataan yang boleh merosakkan orang lain....

dalam membuat analisa peristiwa atau perlakuan, membuat komen terhadap seseorang itu tidak dapat dielakkan dan terkadang apa yang kita tulis tidak selalunya benar dan tepat kerana sebagai manusia, penulis selalu terdorong oleh sentimen dan emosi...

tapi apa yang boleh aku nyatakan tentang AF7 Final konsert ialah :

1) Aku gembira dan setuju Hafiz menang

2) Aku suka komen komen Eddrie Hashim

3) Aku teruja bila Aisyah keluar nyanyi

4) Aku kesian dengan Isma dan Akim dan juga Yazid, especially Isma sampai tak dapat hadiah duit langsung....

5) Aku kesian dengan pelajar pelajar yang dapat lagu lagu yang tidak 'strong' or sesuai untuk final dan menyembabkan persembahan depa hambar giler

6) Aku kesian dengan pelajar yang terganggu focus mereka dengan gangguan gimmicks sebelum nyanyian yang tidak add value kepada kualiti konsert.

7) aku kesian dengan bebudak prelude macam Kelana, Faizah , Amim, semua tuh sebab depa made their TV singing debut depan ribuan penonton and that must be nerve wrecking for them and obvious that they could not perform to the their level best.

8) Aku kesian budak budak yang kena nyanyi under tremendous pressure by their mentors.

9) aku kesian dengan pihak production yang cuba inject changes tapi nyata tak menepati kualiti AF Final sebelum sebelum ini.

10) Aku kesian dengan pelajar yang mendapat kritikan yang tidak positif oleh ada pengkritik yang tidak faham konsep AF ini.

11) Aku excited bila nampak muka Tomok keluar kejap dan kegagalan Astro untuk recognize kedatangan seorang juara sensasi mengurangkan kredibiliti AF kerana sekiranya AF yakin depa nombor satu, maka kedatangan juara program lain should be recognised especially when he is related to one of the AF constestant.

AF7 season pulak

A) Adakah AF sudah berubah menjadi Akademi Lakonan ?

B) Mengapakah 14 peserta AF7 yang agak mantap dari sudut vocal dan menari tetapi saban minggu tidak performed ?

C) Adakah kerana terlalu ramai tenaga pengajar wanita menyebabkan season ini budak budak jadi terlalu under pressure , adakah concert untuk student or untuk tenaga pengajar?

D) Mengapa tenaga pengajar menjawab jawab komen pengkritik semasa konsert ?

E) Mengapa tenaga pengajar ada yang terkinja kinja setiap kali camera focus pada tenaga pengajar semasa concert ??

F) Mengapa undian orang Sabah di ketepikan bial 2 pelajar sabah dikeluarkan dalam minu yang sama ?adakah orang Sabah masa itu concentrate on Esther untuk OIAM?

G)Mengapa adakah pelajar cemerlang mingguan bila pelajar yang betul betul cemerlang dalam konsert tidak selalunya menang ?

H) Adakah keluarnya dua pelajar Sarawak in Claudia and Aisyah dalam minggu teater yan menakjubkan bertujuan untuk menentukan Hafiz menang ?

I) AFmasuk pula telah menyebabkan undi pelajar lelaki dari semenanjung pecah dan tiada peluang untuk menggugat Hafiz?

J) Mengapa tarian Menuju Puncak hambar dan choreography pelajar tidak ada sentuhan yang menakjubkan ?

K) Mengapa seakan ada 'clash' diantara guru vocal dan guru guru lain?

L) masih relevan kah AF sebagai siri realiti pencarian bakat baru dunia muzik lagi atau munkinkah OIAM telah mengambil tempat tersebut based on this season comparison.

M) adakah masih relevan AF sebagai program realiti nombor satu bila rejects from under program boleh menjadi champion or runners-up as Stacy and Rizz and indeed Aril from Gangsters reject ? sedangkan champions of Mentor in Pija and 2nd runners-up of AF in Amelyea fightin and failed in OIAM?

Namun dan walaupun AF7 masih belum mencapai kegemilangan zaman AF terdahulu ada beberapa perkara menarik yang aku harus beri credit:


a) Konsert 8 dan 9 adalah konsert mingguan terbaik bukan sahaja untuk AF7 tetapi setanding dengan konsert konsert di zaman kegemilangan AF awal dulu but I have to note that coincidently kejayaan dua konsert mingguan tersebut juga berlaku ketika ketiadaan seseorang pelajar atu..

b) Hafiz adalah pelajar lelaki yang mempunyai vocal terbaik sepanjang 7 season ini

c) Isma adalah pelajar yang mempunyai dedikasi paling tinggi yang pernah aku saksikan dalam tempoh 7 season ini

d) Pengetua Tiara adalah pengetua yang sangat comitted walaupun jelas beliau kurang knowledge dari sudut seni suara tetapi beliau cover dengan kualiti kepimpinan yang tinggi.

e) Namun aku terpaksa jua menyatakan pula bahawa Final AF7 adalah yang paling terburuk dalam sejarah Final AF7 dan ianya bukan salah pelajar.

..kalau apa yang aku tulis diatas agak kasar, kelian boleh imagine apa yan aku tulis dalam entry yang aku decide not to publish....

Sememangnya aku ada banyak idea untuk mengembalikan kredibiliti AF ini but I guess it is better for me to keep my mouth shut....

EPL

MU eventually crowned as Champion and I am so happy to see newcastle getting nearer towards relegation...hehehe...Congratulations MU fans...tapi dengar cerita Tevez nak kena jual dan kalau Tevez available in the market, it will be ridiculous for Man City tak try to buy him....Tevez worth atleast 20 goals a season and hardly gets injured!!..

Blackburn , my new team, is safe and i am looking forward to Big Sam adding his squad and challegeng the Big 4 next season...

I sincerely hope that Arsenal and Liverpool will get better next season because EPL will be much better with a stronger Arsenal and Liverpool...however, two teams that may be a surprise package next season may likely be Man City and Spurs...

insyaallah, there will be at least another entry after this....

wassalam

Friday, May 15, 2009

15 Mei yang dikenang......

Assalamualaikum,


..hari ini aku membuka blog ini sebagai mengingati dan menghormati tarikh pemergian seorang teman alam maya iaitu arwah Emy....permergian arwah sudah masuk tahun ke 3 dan selagi aku masih ingat selagi itu aku mahu merakamkan ingatan aku di dalam blog ini....selepas aku mengingatkan X-men semalam akan hari ini tarikh pemergian Emy, aku rasa terpanggil untuk membuka blog buat seketika....


..sedekah Al-Fatihah kepada arwah dan semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan roh orang beriman dan semoga keluarga arwah sabar dengan ketentuan Allah swt ini..Al-Fatihah..


...Salam takziah jua pada teman halolanders kita iaitu NHK yang mana ibunda beliau telah meninggal dunia lebih 10 hari yang lepas dan semoga roh arwah dicucuri rahmat di sana..Al-Fatihah...kita semua tahu betapa NHK adore her mother dan semestinya kehilangan ini amat memberi kesan pada NHK dan dengan itu aku dan kita berdoa supaya NHK kuat dan tabah menghadapi saat ini..


..mengingati mereka yang telah pergi akan meningatkan kita jua bahawa kita akan pergi menuruti mereka tidak lama lagi....ajal kita telah ditentukan sejak azali dan tidak akan berubah dan doa panjang umur kita adalah supaya kesihatan dan keimanan kita kekal sehingga waktu dan ketika kita meninggal dunia nanti...namun selagi hidup kita kena hidup dan selagi nyawa ada ini kita harus terus menerus membuat persediaan untuk peri pula ke sana bila tiba masanya....kehidupan dunia adalah sementara manakala akhirat jua yang kekal abadi.....




..pernah aku membaca atau mendengar beberapa pintu syurga yang terbuka untuk kita yang terdiri pintu syurga dari sudut amal ibadat, pintu syurga dari sudut amal kebajikan, pintu syurga dari sudut sedekah, pintu syurga dari sudut fisabillilah dan ada lagi beberapa pintu syurga yan lain.....ini bermakna, kalau kita kurang ibadat tetapi kuat berkebajikan, pintu kebajikan ini akan membawa kita ke syurga....pernah aku terbaca kisah seorang wanita yang jahat yang masuk syurga atas dasar beliau telah mengutamakan kebajikan anjing yang sedang kehausan dan dengan memberi anjing tersebut minum, maka Allah swt telah membuka pintu syurga untuk beliau....ini mengingatkan aku akan mereka yan telah sanggup peri ke Palestin, Iraq, Aceh atas menolong mereka yang memerlukan pertolongan, mereka yang memudahkan kehidupan anak anak yatim, orang cacat dan warga tua dengan membina asuhan dan sebagainya dan mereka yang sanggup mengeluarkan wang dan keringat untuk menjaga alam sekitar adalah saham saham akhirat selai mereka tidak syirik kepada Allah swt...even kalau kita nampak sesuatu dijalanraya seperti kayu atau lubang dan kita mengalihkan atau menutupkan lubang tersebut ianya ibadah yang bisa membawa kita ke syurga bila kita ikhlas melakukannya...waullahhuaqlam



...mudahnya ke nereka ialah dengan sekadar menyatakan sesuatu selain dari Allah swt yang menyebabkan berlakunya sesuatu iaitu ibarat kita menyatakan penadol adalah membuat pening kita hilang dan kita yakin dengan perkara itu sedangkan penadol adalah sekadar usaha/alat sedangkan Allah swt jua yang menentukan segalanya...begitu jua mudahnya ke syurga dengan sekadar memberi anjing yang kehausan minum namun tidak ramai yang bisa melakukan yang mudah mudah ini kerana selalu memikirkan yang berat berat sahaja....waulahhuaqlam



...namun iman kita adalah terlalu nipis dan kesedaran dan ketakutan kita pada syurga dan neraka adalah setebal ibarat saat kita melihat orang mati accident yang mayat bergelimpangan di tengah jalan dengan otak bersepah dan darah mengalir, namun 20km kemudian kita sudah lupa kembali pada asal kesukaan kita seperti membuka tali pinggang keledar, berhenpon semasa memandu dan membawa secara bahaya.....aku kadang kadang hairan melihat mereka yang tidak menghiraukan lampu merah di depan sekolah sekolah sedangkan budak sekolah sedang nak melintas seolah olah mereka tidak ada anak atau adik atau jiran yang bersekolah yang memerlukan keselamatan untuk pergi dan balik dari sekolah.....



....pada kadar umur yang muda arwah Emy telah pergi dan aku tidak pernah berjumpa dengan arwah Emy namun ianya tidak mengurangkan ingatan aku padanya kerana Emy ada tempat yang special di blog ini....sebaaimana arwah Emy, kelian halolanders tidak akan dilupakan oleh aku kerana kelian adalah special banget untuk aku ini...sekiranya ada 'wall of fame' di blo ini, akan akan terpampang nama nama kelian halolanders sebagai sahabat maya yang tidak akan dilupakan dalam hidup mahupun mati, insyaallah....

btw, alang alang menulis nei, aku tulis juak lah benda benda lain ekk...

AF7


..aku menggenali arwah Emy semasa AF2 dulu dan ironically, esok adalah final AF7...aku rasa aku akan buat special entry untuk Af7 ini selepas menonton AF Final besok.....walaupun aku tak tengok diary or concert secara serius seperti musim musim sebelumnya, namun aku rasa aku dapat menilai quality AF7 tahun ini, personality pelajar dan moment moment yang indah dalam season ini..but i guess i will wait for tomorrow , so perhaps ada another entry on sunday .....insyaallah..

aku tak expect anything spectacular untuk final esok though the last two concerts were really good especially yang bertemakan teater tuh....

...Final yang terbaik dalam sejarah AF nei bagi pendapat aku ialah Final AF1 dan walaupun kualiti Final mungkin meningkat di AF2 dan AF3 ,namun dramatic impact AFI Final yang aku rasa yang terbaik.....Ramlee MS sebagai pengkritik kena boo, persembahan pelajar tersingkir yang menakjubkan especially Adi, Nana and Saari, Nija rocking abis, Khai pegang gambar Rosma tanpa beliau sedari memang sungguh sukar untuk ditandingi.....Final AF2 akan diingati kerana participation Fan Clubs yang membuat Final AF2 sungguh memorable dan Mawi bolot habis semua anugerah dengan nyanyian lagu Aduh Salihah ada ingatan segar dan indah Final AF3... adakah AF7 final besok bisa mengukir sejarah baru...aku tak sure dan aku pun tak mengharap sangat...

My prediction for tomorrow

Juara : Hafiz
Naib : Isma
3rd : Akim

Personally aku merasakan kegagalan meletakkan Hafiz sebagai Juara akan merosak kredibiliti AF sebagai rancangan pencarian bakat baru realiti tv , especially dengan kekuatan OIAM yang baru tamat yang telah melahirkan Aweera dan Esther disamping memunculkan Tomok sebagai Juara....

...I have been very impressed dengan Hafiz dan aku merasakan Hafiz adalah penyanyi lelaki terbaik yang pernah dilahirkan oleh AF, better than Vince or Bob or Zahid or Mawi and Felix....suara beliau yang sedap banget dan technically vocal yang mantap in addition to the fact that dia nei seorang natural performer on stage ala ala Amylea masa AF3 dulu....

..aku juga merasakan Astro have done everything to help Hafiz menjadi juara dengan menyingkir 2 orang strong contenders in Aishah and Claudia yang jugak keduanya dari Sarawak dan ini menentukan undi orang Sarawak dan orang Borneo tidak pecah dan AFMasuk telah menyebabkan undi dua pesaing lelaki untuk Hafiz iaitu Akim and Yazid akan berpecah antara 3 pelajar lelaki dari semenanjung ini......

kemasukan AFMasuk jugak tidak merosakkan undi Isma sebagai peserta wanita tunggal dan ini mungkin menjadi faktor penting menyebabkan Isma naik 2nd place , especially kalau persembahan beliau mendapat positive remarks from the judges dan VT VT yang ditunjukkan tidak memberi kesan negative pada Isma..Faktor Tomok ( especially kalau Tomok datang tengok final) akan membantu Isma indeed....

Walaupun kedudukan Akim tergugat dengan AFmasuk tapi aku rasa saturday voters akan membantu untuk mendapat Akim tempat ke3...

mungkin ramai argue that peserta AFMasuk akan mendapat tempat tapi harus diingatkan bahawa Linda AF2 dan Lotter AF3 menang atas dasar sentimen kenegerian yang mungkin tiada pada peserta AFmasuk tahun ini....moreover Linda and Lotter were good singers.....I could be wrong though...

as for Yazid, aku melihat beliau ini sebagai MAS AF2 dulu, blur blur tetapi disukai kerana ketulusan depa....Yazid ada suara tetapi kurang colour dan " stage fright" beliau terlalu ketara yan menyebabkan beliau tidak dapat perform consistently.....

apa apa pun lets wait for tomorrow...


OIAM


tahun ini aku mengikuti dengan minat OIAM..ianya bermula dengan aku ternampak kelibat Amylea AF3 di audition OIAM dan aku ternampak pula Rubissa ( yang aku kenali semasa MyStazs musim 1 ) semasa elimination week dan aku terasa nak tengok perkembangan 2 penyanyi yang aku minati ini....hanya Amylea yang made it to the Final 12 dan Rubissa kemudiannya muncul di gelanggang AF7...


...so dengan keinginan awal untuk menonton Amylea, aku akhirnya mengikuti OIAM secara menyeluruh dan aku mengakui bahawa OIAM tahun ini sungguh berkualiti dan concert mingguan OIAM mengingatkan aku those magic concert semasa AF1,2 dan 3 dulu....12 orang finalist OIAM 09 ini sangat talented dan kebolehan depa bukan sekadar menyanyi tetapi dalam music arrangement dan sebagainya....


..aku nei lar kan, memang tak pernah lar terfikir nak minat Tomok...kehkehkeh....but during the 10 or 12 weeks menonton OIAM tuh, aku memang akur bahawa aku sangat meminati Tomok dan eventually mengundi Tomok pada concert final.....namun peserta yang aku sokong ialah Aweera.....kelian tahu aku tak minat lagu lagu rock nei kan tapi aku melihat Aweera ini sangat raw dan naive and that naivity yang menyebabkan aku meminati beliau dan minggu beliau menyanyikan lagu 'Gemilang' dihadapan Jac adalah satu saat yang sungguh indah kerana mamat rockers umur 18 tahun dari perlis menyanyikan lagu Gemilang dengan penuh slumberland sehingga di anugerahkan immunity oleh judges.....



...amylea pula was able to produce sensational performances week in and week out tetapi gagal mendapat sokongan dari bentuk undian dan sayang sekali perlakuan beliau semasa tersingkir iaitu membuat persembahahan terakhir dengan tidak mengendahkan rakan rakan yang lain di atas pentas adalah tidak berapa molek ...i thot she learned her lesson after AF3 dulu....



..namun Tomok adalah yang menjadi tumpuan ramai...ala ala fenomena Mawi berlaku di OIAM dan walaupun Esther seemed to get the favourable comments from the judges, Tomok was the one yang memberikan kejutan setiap minggu sehingga perasaan remeh aku apa awalnya menjadi respect dan minat yan genuine pada Tomok ini....Tomok eventually won the grand final in style and dramatic fashion too....setelah konon2 nya di umumkan terkeluar pada awal concert tetapi beliau akhirnya menang di saat terakhir......


...aku ingin stated di sini kagum aku pada ibu bapa Tomok dan Isma ini kerana cara mereka mendidik anak anak yang walaupun anak anak mereka ini hidup dalam lingkaran dunia seni tapi budi pekerti Tomok dan Isma adalah sangat mengkagumkan dan Tomok especially adalah seorang anak muda yang sangat indah pekerti beliau dan langsung tidak menunjukkan sikap angkuh dan lupa diri even di saat beliau dimahkotak juara OIAM....amazing indeed!!...


....aku berani predict that Tomok will be a bigger star than Mawi kalau Media Prima dapat promote dia macam mana astro promote Mawi dan Nabil and similarly, i predict that Aweera will be the next rocker yang akan memberi variety kepada dunia seni suara negara.....two amazing male singers dan kalau kita ambil kira Hafiz of AF7, aku rasa, kemelut kekurangan penyanyi lelaki di negara ini akan berkakhir dengan kehadiran tiga mamat ganteng ini...



...I have to say though that the fantastic OIAM season 3 yang lepas susah untuk diulangi lagi dan sebagaimana AF, aku predict that musim ketiga adalah musim 'peak' juga untuk OIAM.....apa apa pun, aku thoroughly enjoyed OIAM season 3 punyer quality dan tahniah untuk Tomok....

POLITIK


banyak perkara politik berlaku semenjak aku berehat , Najib dah jadi PM, KJ tak dapat jadi menteri walaupun menang, Perak bergolak dan sebagainya tapi untuk aku kupas isu isu ini akn mengambil masa yang agak panjang , so cukuplah sekadar ini dahulu..

protes aku untuk boikot barangan yang menyokong rejim zionist terganggu last week bila aku terminum...ter tuh!!..kehkehkeh...yeap, aku terminum nescafe last week , namun aku masih boleh bertahan dan masih tidak menyentuh KFC or MacD or Pizza and any other products that have been noted to be supporting Israel in killing Palestinians...directly or indirectly...

X-Men dah kawin dah beb!!





X-men dah kawin....tahniah bro.....as i said to you bro, aku datang kenduri ko tapi aku sampai lambat dan by the time aku sampai dewan dah ala ala lenggang, so aku pun malu malu kucing siam gitu kan kan kan....hehehehe....tapi, i datang tau....



EPL


ermmm....satu nak buat annoucement yang aku sekarang nei adalah penyokong tegar Blackburn!!!...kehkehkeh....semenjak Big Sam dan El-Hadji Diouf pergi Blackburn, aku dah tak ikut Bolton lagi dah ( tapi still ada soft spot jugak lar kan..meaning aku still look for their result and still watch their game with pride)......hopefully Big Sam boleh carry Blackburn jauh next season....


as for this season, aku merasakan Liverpool threw away their chance to win the championship when their inconsistency failed them to gain points playing against lowly opponents macam Stoke and so forth...but if they can et Gareth Berry to Anfield next season, i would put my money on them to win the title....


..Man U were a joy to watch but I dont think Rooney was at his best and I doubt very much we could again witness the Rooney of the early days that played his football on instinct..he is very much a team player and slog through a game rather than the individual that play the game like a 12 year boy in the school yard...he is so mechanical that I think he would be the best rightback in the world if he is played in that position...


The Euro Champions league final between MU and Barcelona sounds delicious and hopefully it will not be a tame affair like many finals....if both teams play to their full potential, this match is going to be a classic and I believe MU will win this one 3-1 0r 4-2 or even 7-4....

Chelsea's tactics during the 1st leg semi-final against Barcelona was a disgrace and they get what they deserved, IMO....



tu dia, dah lama tak menulis, ambik ko, punyer lar panjang wa tulis tuh....hehehehe...lepas gian tuh!!..


so, kengkawan, I may not be able to be as prolific as before in writing entries, but I will make sure that , when the need arises and when the opportunity comes, I will definitely update this blog for you all.....



..bersesuaian denan hari Jumaat, aku ingin benar benar memohon ampun dan maaf pada kelian semua dan pada semua individu yang pernah aku kritik tau komen especially dalam musim AF dulu dulu, aku mohon ampun dan maaf dan aku berdoa semoga apa yang aku katakan pada kelian akan menjadi bekalan kelian untuk di hari akhirat nanti....


...pada kengkawan yang left a note or two dekat e-mail or YM, thanks alot sebab i miss you all. i miss halolanders and i miss haloland so much room...really do...


...well, insyaallah, there should be another entry after this before i took my break again and meanwhile, dont miss this opportunity to visit the old entries to remind us of the good old days....kehkehkeh...those were the days ekk....



love u all so much....


btw, pada semua yang sambut birthday masa wa tak der and akan menyambut bidrthday selepas ini, Happy Birthday dan semoa panjang umur , murah rezeki, bertambah tambah ketaqwaan dan keimanan dan bahagia selalu yer....





wassalam