Wednesday, April 28, 2010

wa demam...ciyan wa

Salam,

..wa baru balik klinik dan sakit wa agak keras kerana dianugerahkan 2 hari MC Hammer oleh doktor bertauliah...ubat ubatan bertimbun dan nasihat dari doktor supaya jaga kesihatan...

..ekceli wa memang dah 2 minggu ala ala nak demam sebab kepenatan mental ataupun orang kampong wa cakap mentally fatigue...tapi wa gagahkan jugak demi sesuap nasi..tsk tsk tsk...seperti biasa bila demam demam nei mulalah wa berangan balik..bila lar nak kaya giler neh..kehkehkeh...kalau kaya, demam demam boleh berehat ke Tasmania...

...sebab wa MC , sempat lar wa tengok American Idol yang tinggal 6 finalist...i was overly impressed by the 6 finalist terutama minah main gitar ( wa lupa nama ).....i believe it could be the 2 girls that willgo through to the finale....

..tapi yang aku paling pelik dan sedih ialah aku masih tak sempat tengok AF8 neh....sapa nyanyi best sapa kena voted out pun aku tak sure.....diary langsung tak pernah tengok....hopefully final nanti aku dapat lar nak tengok walaupun tak kenal sapa yang jadik pelajar....

..fikir fikir balik , ermmm kelakar jugak ekkk.....once upon a time , kalau akan dengar setiap patah perkataan students AF or Pengkritik dan perhatikan setiap langkah pelajar AF untuk mendapatkan 'hint' akan keadaan pelajar....hehehehehe....it may sound ridiculous now but it was an obsession then....i do miss those glory days of AF1/2 and 3 bila selama 3 bulan hidup harian aku terasa penuh dengan debaran dan excitement.....

...probably, reality Tv show ini sudah mencapai tahap kematangan di mana tiada apa yang memeranjatkan kita lagi dan probably kita akan kembali ke zaman TV adalah milik pelakon dan penyanyi dan bukan lagi any tom dick and harry....

...btw, korang dah dengar tak lagu terbaru nana dan arwah acik spin.....i heard it twice and i thot that was one hell of a beautiful song....love it....

...wokeh....ubat dah jalan, ngantuk giler rasanya...turu dulu ekk

Salam

Tuesday, April 27, 2010

Happy Birthday

Salam

..hari nei harijadi ex-aweks wa , bermakna esok ialah harijadi Embun....hepi beday beb!!...

..tapi masih dalam tempoh murung tahap cipan kembar siam setelah pakatan rakyat tewas di hulu selangor....apa apa pun wa redha....tapi sebagai manusia yang banyak kekurangan, wa masih sedih dengan kekalahan ini...dah lar wa ala ala excited gei ceramah bagaikan...rasa rasa macam boleh menang kan kan kan..last last kopek, gula gula yang disalut emas 24 karat telah merubah segalanya....

...wa pergi ceramah macam orang kemaruk makan asam...semua jenis asam dia sapu...wa pun camtu lar gamaknya...tapi agak malas aku nak analisa keputusan di HS ini tapi cukuplah kalau aku katakan bahawa kekalahan pakatan ini tidak menggambarkan keadaan sokongan terhadap mereka secara keseluruhan...

..dari pandangan kasar aku, pakatan akan menang balik dengan agak selesa dalam pilihanraya umum akan datang....mungkin ramai mengatakan orang malay di HS bodoh sebab pilih BN dan calon bukan pilihan mereka..tapi aku berpendapat mereka bijak sebab keputusan di HS tidak merubah kerajaan negeri mahupun pusat tetapi mereka telah mendapat untung yang besar masa pilihanraya kecil ini malah berbagai bentuk pembangunan setempat akan dilaksanakan menjelang PRU 13 dalam tempoh 2 tahun lagi..so depa dapat untung sekarang dan buat pilihan mereka masa PRU nanti....

...wokeh....kalau larat, ini malam nak tengok barcelona lawan inter milan....sure malatop!!....aku rasa barcelona will go thru to the final...

wokeh....

Salam

Tuesday, April 20, 2010

entry laptop baru lagik!!!kehkehkeh

Salam

adoi, memang penat tapi rasa nak update jugak...kehkehkeh..kalau tak usik laptop, tak leh turu tuh...

..ada ker patut, aku baru tau pasal ashes eruption dekat iceland yang menyebabkan aviation industry di europe lumpuh....

..kalau ikut bacaan aku lar kan, salah satu tanda kedatangan Dajal ialah berlaku pelbagai bentuk gempa di dunia....setiap kali satu rantai dajjal tertanggal, maka bergerak lah bumi ini...dari chile di south america, mexico di north america, indonesia dan china di asia dan sekarang di europe...risau beb....fitnah dajjal adalah sesuatu yang sangat Rasullulah takutkan pada umatnya...marilah sesama kita berdoa dilindungi kita dari fitnah Dajjal...

apparently , yakjuk dan makjuk di katakan berada dalam kawasan pergunungan di central asia or the former states of soviet union dan sekiranya ada gempabumi di kawasan ini, maka memungkin panic ..namun semuanya adalah agakan atau prediction kerana hanya Allah swt yang tahu rahsia ini...

wokeh....sikit nei dulu...esok citer lain pulak...

salam

Monday, April 19, 2010

laptop baru azam baru

Salam,

wa masih ala ala berhati hati dijalan raya dengan laptop baru wa neh....yer lar kan, bape bulan wa kutip tin kosong nak kumpul usin nak beli kan kan kan....so, justify lar kan kalau wa ala ala manja manjakan laptop wa nei....wa kasik satu rahsia....so far kan, after two days kan...wa tak mokok depan laptop....huhuhu...wa tamau habuk rokok singgah hinggap di laptop ku ini....esok lusa wa tatau lar kan cemana...

..tapi wa terbaca blog mamabat yang hendak stop blogging ..waduh....ini sesuatu yang memeranjatkan...lebih memeranjatkan dari berita Dr.halili masuk umno.....apa apa pun mamabat, i lap u like always....u take good care of yourself yerk...

ekceli wa ada jugak draft draft entry tapi tak pernah nak siap tapi kali nei...wa cut and paste and you all pening pening lah baca ekkk...

entry tak siap 1
Salam,

Wabak H1N1 sudah mula menular di malaysia dan aku pun mula terfikir macam mana manusia boleh predict pulak ada 1st wave or 2nd wave dalam kedatangan sesuatu penyakit…ini yang aku pelik giler neh…period cycle boleh agak itu pun kenkadang tak tepat jugak, hari nak beranak boleh agak itupun kenkadang tak tepat but how can people predicted sesuatu pneyakit akan datang balik ….

..maka aku pun terfikir seolah olah ada kebenaran bahawa certain outbreaks yang berlaku adalah buatan jahat manusia jua….aku membaca satu article yang menyatakan bahawa bila pihak pengeluar ubat ubatan mendapati sesuatu ubat itu tidak dapat dijual maka depa 'manufactured ' systoms untuk membolehkan ubat ubatan itu terjual ( tapi semua ini tidak akan berlaku dengan izin Allah swt tetapi kita harus jua faham bahawa Allah swt memberi akal untuk kita berfikir)…..apa yang dapat tau vaccination untuk flu like ailment ini telah dikeluarkan dan menelan belanja yang besar dan akalu tidak dijual dengan kadar segera boleh menyebabkan ianya expired begitu sahaja….so diberitakan diadakan semacam panic situation yang bolhe menyebabkan ubat ini dijual…..ini sama juga dengan keadaan penjualan senjata dan peluru…apabila senjata dan peluru overproduced selepas perang vietnam berakhir , maka diberitakan pengeluar pengeluar senjata ini 'mencipta' peperangan untuk menjual senjata senjata ini seperti perang iran-iraq, rusia-afghan hiunggalah perang teluk pertama dulu dikatakan adalh perlu untuk menjual peluru dan senjata yang usdah akan obselete…..

H1N1 dimalaysia dulu….mula mula langsung tak der kes….tetibe tak pasal pasal , satu hari sampai 10 or 12 orang…lepas tu terus senyap ….alih alih sehari dua hari ada balik pulak….apa , kuman tuh pergi berehat ker ??!!...something not right about this penyakit….i am not saying it is not true but I am just feeling tat there was probably some media game happenening….

Apa apa sekalipun, kita tak boleh takbur dan tak ambil precaution...

Entry tak siap 2

Salam,

Alangkah indahnya Tasmania
Seindah zaman Farahmania
Tenang jiwa memandangnya
Sayup terpegun terhadap Nya

Kehkehkeh…..giler cun abis pemandang beb…wa caya lu H!!

Fuhh….memacam happening ekk for the last week or so…

Kat Siam, ramai yang mati berprotes…nampak gaya macam well organised protest dan bukan spur of the moment punyer protest….bagi aku, Abisit nei kena support by malaysia/asean sebab dia nei naturally seorang yang baik dan juga agak friendly pada selatan thai….

President Poland died in a plane crash..lama dah rasanya tak dengar pasal Head of State mati kapalterbang jatuh neh….once upon a time, aku boleh hafal hampir semua president kat dunia nei….sekarang nei presiden papita aku dah tatau sapa dah…kehkehkeh

Kes buang bayi menjadi jadi….ngapa ekk ?..tetibe semua pakat buang bayi pulak…apa dah jadik dengan naluri ibu hari ini ?...tapi sedih jugak ekk…kes buang anak , ibu yang kena hina, apa jadik dengan jantan yang menghunus keris bial nafsu tak dapat ditangkis...

Najib dah setahun jadik PM, macam mana prestasi beliau di kacamata rakyat ? PASs atau umNO ?..well , personally, it is too early too judge a prime minister after one year in office……

NS menang FA Cup kalahkan Kedah …aku tengok jugak walaupun tak full game …tapi bila penalty part, letrik rumah terpadam??!!....kehkehkeh….yang aku rasa pelik ialah penyokong kedah berkumpul satu tempat dan penyokong NS berkumpul satu part, last last tengah tengah stadium dah ronggak semacam….adoi….apa kerjadah yer lah cara pemecahan penyokong sambil nampak kelakar giler…

Pilihanraya Hulu Selangor, kalau ada rejeki, wa nak gei dengar DSAI berucap malam neh…tapi jauh giler lar Hulu Yam Neh..naik bukit turun bukit tak sampai sampai jugak….

Entry Tak Siap 3
Salam,

Waduh beb….nengok gambar gambar pulau tasmania di blog si H membuat wa rasa kerdil dalam kekuasaan Allah swt….cantik banget pemandangan yang ada…tahniah H sebab sampai jugak ke pulau idaman ku…Fantasy Island….tak silap wa Fantasy Island adalah sebuah cerita bersiri masa mama wa dalam pantang beranak kan wa….masa tuh bokd dah jadik prefect kat MCKK dah…hehehehe…

…ada perkara yang akan terus menjadi mimpi indah dan perhaps tasmania adalah sesuatu yang akan menjadi impian dan manalah tau kalau aku dapat masuk syurga nanti, aku mintak pada Allah swt agar laman belakang rumah aku nanti ala ala Tasmania….berangan free beb…

..but don’t stop dreaming because dreams make you alive …..walaupun aku bermimpi untuk pergi tasmania tetapi mimpi aku seakan tercapai bila H sampai jugak ke sana…I won't stop dreaming about tasmania…..

…masa aku sekolah dulu, masuk university adalah hanya satu mimpi..alhamduliilah, Allah swt bukakan jalan untuk aku sampai ke sana….masa start kerja, aku bermimpi yang satu hari nanti aku akan berkerja dengan company ala ala top giler…alhamdullilah dapat jugak …

Tetapi reality mencapai mimpi ini kenkadang adalah amat sukar …..bila kau dapat masuk university, aku realize it is just the foot og the mountain and not the peak….bila kau dapat kerja dengan company yang aku mimpi, it was not really sweet dreams but a nightmare start sebab kita create mimpi dengan perception yang indah indah tetapi realitynya mimpi itu tidak semuanya benar….

But I am a dreamer, I even dream to have a good dream….hehehehe…tetapi jadik dreamer memang adas setback yer masing masing….

Tetapi apa yang berlaku pada aku untuk 10 bulan kebelakangan ini menyakinkan aku bahawa dream atau bermimpi untuk mencpai sesuatu itu adalah ibarat doa dan sebaik bermimpi ialah diiringi doa pada Allah swt...

entry tak siap 4

I have not been able to access echoland and I am not so sure why but I just hope like the last episode, it will self-rectify its problem…

It must be tough for DSAI to see his many top aides going against him in the lasr couple of years and what I am really worried is that in order to fulfill his political ambition, he may discard his own people and rely on others….I am so sad to see DSAI struggling but at the same time I think it is a blessing in disguise…

Orang malay memerlukan orang macam DSAI tetapi susah orang malay nak menerima pemimpin macam DSAI dari luar umno..mungkin PAS , orang malay alaf baru ini masih boleh terima tetapi bukan yang lain…sejarah juga telah menunjukkan pemimpin yang besar yang berjuang untuk orang malay dari i.e.Onn jaafar, Ku li,Asri tidak mendapat sokongan padu….ini adalah reality yang pada dasarnya sukar untuk berubah namun kehendak Allah swt tak siapa yang tahu…

..personally aku merasakan bahawa DSAI perlu diberi peluang untuk memimpin negara ini dan ianya adalah satu tragedy yang besar untuk orang malay kalau DSAI tidak mendapat peluang tersebut…walau bagaimana benci yer orang malay pada DSAI ( read orang umno) namun pada dasarnya mereka menghormati DSAI sebagai seroang wira orang malay sebagaimana mereka juga menghormati wira wira besar orang malay dalam PAS…

..dari dulu aku dah rekomen kan bahawa mesti ada kompromi between DSAI dan umno untuk kebaikan jangka panjang orang malay..lafi lama DSAI memimpin dari luar maka lagi rugi orang malay untuk jangka masa panjang..

..DSAI harus juga membuka jalan untuk kembali pada umno atau memimpin PAS tetapi bukan berjuang atas tiket lain…

..tapi aku juga merasakan bahawa DSAI sudah perlahan perlahan prepare himself for a grand return to umno ( part nei biarlah jadi rahsia aku dulu ..kehkehkeh)….

..pilihanraya parllimen Hulu Selangor adalah crucial untuk melihat kesan selepas orang besar DSAI meninggalkan beliau….

Now , bagaimana aku personally view DSAI sekarang ini ?...

Well, I guess I could wriute another entry on this subject but I think I will reserve all comments after the by-election..


wassalam

Sunday, April 18, 2010

laptop baru

Salam,

wa tak leh tulis panjang panjang sebab takut laptop calar...kehkehkeh..wa dah ada laptop baru beb...gei beli kat apa nama tuh..PIKOM kat KL convention centre...tempat beli computer murah murah tu kan....

alhamdullilah, wa dah ada dah laptop baru ..so insyaallah, boleh lar lepas neh tulis pepanjang sikit....boleh lar wa habiskan novela wa terbaru yang bertajuk " kudis butamu bernanah kembali"...kehkehkeh...

wa pun tengah giler ceramah neh....dok gei lepak di hulu selangor dengar ceramah..best giler wa cakap lu....wa dapat salam anwar ibrahim beb...huhuhuh..last nite, anwar berahim, dr.hatta, lim guan eng, zaid ibrahim , ronnie liu semua berucap....memang best giler...

dah lama tak pergi ceramah, rasa macam zaman reformasi pulak dah....

BTW, sedekah fatihah pada arwah Acik Spin wa terbunuh dalam kemalangan jalanraya di Lekas highway....aku happened to lalu Lekas highway petang tadik dan nampak kawasan kemalangan..ada jugak kereta lain berhenti melihat kesan kebakaran disebabkan kemalangan tersebut...Al-Fatihah...

wokeh...esok insyallah sambung balik ekkk....

windu kelian semua..

Salam

Ilham

Monday, April 05, 2010

Entry Selasa

Salam

Salam,

Selepas orang ramai dah heboh baru aku dapat berita Din Beramboi meninggal dunia last week…selepas Yani mentor, Din Beramboi menjadi celebrity kedua dalam tempoh dua minggu pulang ke rahmatullah…Al-Fatihah..

Ini mengingatkan aku kepada beberapa kematian melibatkan celebrities pada usia yang agak muda seperti Hani Mohsin, Seha, Loloq, Ustaz Asri , Shukry Hashim dalam tempoah 2 tahun kebelakangan ini….though there is no such thing as untimely death, namun pemergian mereka dikatakan awal kerana mereka dilihat sebagai larger than life character yang always kelihatan segak sentiasa…

Walaupun aku bukan big fan of arwah Din Beramboi tetapi pernah sekali dua aku dengar beliau dengar aznil keudara dan mendengar beliau bercakap minangkabau memang kelakar giler…aku juga dapat tahu dia juga jadi juri dalam Raja Lawak dan beliau dikatakan seorang pengkritik yang keras dan direct to the point…tapi dalam kehidupan ini aku berlandaskan satu perkara.." it is not how we start but how we finish that counts"…maka arwah Din Beramboi finish with a bang….beliau pergi apabila nama beliau berada di puncak popularity …kalau dulu Din Beramboi aku lihat sebagai pelawak ala ala namun selepas stint beliau dengan Astro telah melonjakkan beliau ke atas sebagai DJ dan pelawak….semoga roh beliau dirahmati Allah swt dan diletak dalam kumpulan roh mereka yang beriman..

Sementara itu, aku masih tak dapat tengok AF8 concert or elimination show dan malam tadi aku tak berahi nak tengok anugerah berita harian…tak tau siapa tersinggir or siapa yang favourite dalam AF8 kali ini dan tak tau siapa yang popular atau tidak dalam ABH…..tapi aku masih gagah untuk tengok EPL dan kekalahan man U pada Chelsea telah menyebabkan finale EPL kali ini adalah the most tight and interesting in many years…Chelsea, Man U and Arsenal still in great position to snatch the EPL title and this race is definitely going to the wire…bukan itu aja….race untuk tenpay ke 4 pun nampak sengit between Man City, Spurs dan Liverpool….

..lepas aku tengok cara Chelsea kalahkan Aston Villa 7-1 dan lepas itu kalahkan Man U 2-1 at Old Trafford, aku rasa Chelsea adalah hot favourite kerana depa nampak very strong in every department dan semua players nampak macam peaking at the right time…Arsenal juga aku rasa susah nak dikalahkan selepas ini tetapi man United adalah satu pasukan yang boleh mengejutkan chelsea dan arsenal….

Roper roper yer akan berlaku satu pilahanray kecil parlimen ulu selangor..tak silap aku, parlimen ulu selangor ini merangkumi kawasan seperti Kuala Kubu baru, Bukit beruntung, Ulu Yam dan sebagainya….ulu betul bunyi kawasan ini ekkk….tetapi dari sudut politik semasa, the outcome of this election is critical in analysing the current political landscape…kalau PKR dapat pertahankan kawasan ini bermakna kekuatan PKR adalah lebih kuat dari yang disangkakan dan kalau BN menang bermakna, arus perubahan sudah bermula di selangor…

..Parlimen Ulu Selamgor ini secara tradisinya diberikan kepada MIC dan ianya satu keputusan yang terpaksa ditelan oleh orang umno dan orang malay kawasan ini untuk sekian lama…. Dan secara tradisinya, kawasan ADUN adalah milik BN especially Dun batang kali….ledakan perubahan telah melihat PKR menang di parlimen ini bila Bekas Timbalan Menteri besar selangor ( zaman ahmad razali dulu tak silap nya) terlah bertanding atas tiket PKR dan menang tipis mengalahkan Panivel , orang kuat MIC…

..tetapi kali ini, sekiranya BN letak calon malay yang ada kaliber maka keputusan boleh terbalik tetapi sekiranya MIC masih diberi kerusi ini, peluang cerah untuk PKR menang semula….

…rakyat dibawah jajahan PKR sekarang ini ala ala pening lalat, depa tiada complaint yang besar terhadap PKR tetapi dalam masa yang sama mereka confuse samada nak terus berteduh dibawah PKR atau kembali kepada yang mereka telah biasa berteduh iaitu BN..ini adalah kerana pergolakan di Perak, pergolakan dalaman PKR dan kes kes tuduhan atas Anwar Ibarahim seolah olah membuat mereka merasa penat untuk melalui proses membuat keputusan ini….

..namun dari sudut isu semasa masih menyelebahi PKR dan sekiranya Anwar Ibrahim berkampong di Ulu Selangor dan berjaya menelanjangkan BN maka ada kemungkinan PKR menang semula…

..aku merasakan pilihanraya kecil ini tersangat kritikal untuk PKRdan sekiranya depa menang maka tomahan yang dilemparkan kepada mereka terutama oleh ahli parlimen mereka yang telah keluar akan terbenam begitu sahaja…

..dari segi calon, Ustaz Ismail Kamus adalah orang sana yang pasti akan mendapat sokongan orang tempatan tetapi ada kemungkinan Ismail kamus tidak berminat lagi untuk bertanding….dan kalau BN letak Mat Taib /Zainal Sakom untuk lawan Ismail Kamus, maka pertandingan ini bakal menjadi boxing bout yang paling menarik...

Apa apa pun sesama kita tengok dan perhatikan…

Salam