Monday, May 31, 2010

Sedih sangat rasa yer

Salam

maaf sebab lama tak update blog...tak tau mengapa tapi tak terdaya nak menulis..mungkin dirundung kemalasan atau mungkin sudah tiada ilham lagi untuk dikongsikan...

..namun sedih aku rasakan mendengar berita kapal Gaza lifeline telah diserang yahudi dan menyebabkan ramai sukarelawan telah terkorban..moga sahid lah mereka yang dibunuh tersebut.....Al-Fatihah...marah aku mungkin juga sebab tidak dapat melakukan apa apa terhadap kekejaman zionist ini.....

..sedih juga aku rasakan kerana aku telah terlupa tarikh pulang kerahmatullah arwah Emy pada 15 May lepas...walaupun aku sedar bahawa ada sesuatu yang perlu aku ingatkan pada tarikh tersebut namun dek kerana urusan kerja, aku tidak dapat melayan rasa hati tersebut....semoga rog beliau terhimpun dalam golongan mereka yang beriman.....tarikh 6 June pula adalah tarikh kepermegian arwah my dad..semoga roh beliau tergolong dalam mereka yang beriman....al-Fatihah....rasa rindu sangat pada arwah daddy aku nei...

..sebelum terlupa, selamat harijadi pada semua teman maya yang akan menyambut harijadi pada bulan jun ini , semoga panjang umur dan keimanan dan ketakwaqan dan semoga gembira, sihat dan bahagia selalu..

...sedih jugak sebab crystal tak dapt memang American idol season 9 walaupun final performance was really memorable....

...tak berapa sedih sebab tak dapat tengok Final AF8 tapi rasa sedih bila tengok iklan astro tentang rancangan realiti berkaitan penciptaan lagu....

...tak berapa sedih dengan keadaan di bangkok sebab inilah balasan depa depa yang mengzalimi orang Islam si selatan thai dulu dan sekarang mereka bersebunihan sesama mereka...

...sedih dalam gembira bila tau yang H sudah berada si San Francisco....all the best beb....

..rasa sedih juga sebab memikirkan sukar untuk menonton WC Final di South Africa ini...hopefully dapat juga lar tengok during weekends...

..the laswt week or so aku asyik terserempak dengan accident jalanraya yang melibatkan kematian....takut dan insaf melihatkan kejadian tersebut....

wokeh....need to take a rest and prepare for tomorrow....though i tak dapat aktif kat halo...tapi i happy tengok kengkawan singgah di sana...Eva, H, Aya, papaa, jazz, BokD, embun, fudhla, misa, noey, seri dan semua....WC nanti jangan lupa gaduh kat halo aka echo yer...

world cup listing

Ilham - England and North korea
embun - spain and Batang Berjuntai ..kehkehkeh
bokd - Perancis
eva - ikut abang dia
jazz - ikut abang dia
seri - ( TBD)
aya - ( TBD )
Papaa - ( TBD)
H - australia and new zealand ..kehkehkeh
vaart - Holland
Noey - Italy
NHK - Engalnd
Fudhla - Germany pungkoq lebar...kehkehkeh
Epong - sure England neh
mamabat - sure england

..yang lain lain yang tak kaki bola kena jugak pilih team yer...

salam
Misa -

Tuesday, May 18, 2010

Salam Rabu

Salam,

....ermmmm dekat Sibu pulak boleh menang..keputusan yang bisa merubah landscape politik negara dan juga PRU yang akan datang....

...tapi hati aku ini masih teringat akan kekalahan di hulu selangor....tak per..kena redha aja..

..wokeh ...ngapa AF8 terlalu sunyi ekk ?..ntah lah sebab aku pun terlalu letih nak tengok AF8 ini..tau tau this week dah final...tapi kalau aku nak buat dalam point form , maka sebab yer mungkin sebegini

1) telah melepasi hayat
2) predictable
3) emotion based show maka emotion can't maintain for long
4) lack of raw talent in the market
5)disappointment in past winners
6) too much production gimmick that probably losing the fan's trust towards the show
7) too many changes from its original purpose
8) too expensive to vote ( fan learnt their lesson)
9) singing become secondary and play acting takes centre stage
10) sadly, weekly concert very tense as a result of intense critics

mungkin zaman reality TV show sudah mencapai tahap kematangan....
mungkin kisah rags to riches sudah menjadi terlalu common

apa apa pun, I have a wonderful attachment to AF neh....even 10 years from now, i could still name the song Farah nyanyi pada minggu ke 9 or baju Nija pakai masa minggu ke 7 dan siapa kejutan untuk zahid dalam concert mingguan....

bagi aku puas kerana student kesayangan aku macam farah masih relevan dalam industri hiburan walaupun jarang sangat aku dengar dia nyanyi...nija walaupun tidak dapat big break yang aku rasa dia deserve, tapi nija tetap dalam ingatan aku....

wokeh...nite semua..

Salam

Sunday, May 16, 2010

entry weekend

Salam

....Selamat Hari Guru kepada semua guru guru terutamanya Aya , semoga pengorbanan insan bergelar guru ini akan membawa kebaikan dunia dan akhirat....ibu aku juga seorang bekas guru maka aku faham dan mengerti pengorbanan dan pengertian menjadi seorang guru tersebut...

...fuhh..hujan lebat giler di malam ini dan alhamdullilah kerana seharian cuaca agak panas dan kering....

..petang tadi dapat tengok sikit Thomas Cup Final dan China terlalu kuat kali ini dan terlalu juga eksyen ....dari gaya dan manners mereka , jelas sekali depa nei dah dirasuk dengan kemodenan dan probably communism dan socialism sudah tenggelam di bumi China ini....tapi aku happy bila dengar depa kalah dalam Uber Cup...

..sat tadi tengok Monaca Grandprix untuk F1 tapi sebelum siaran astro terputus, mark webber dari redbull agak selesa mendahului rakn sepasukan Vettel dikuti oleh yang lain....Button was nowhere to be seen though...

..malam tadi jugak 1st time aku tengok result show AF8 nei dan sedih jugak aku tengok AF nei macam tak der sambutan langsung....alih alih sarimah announced minggu depan dah final !! biar betul....

nantilah aku komen pasal kedinginan orangramai terhadap AF ini...

untuk sahabat ku, selamat menunai ibadatn umrah semoga kau mendapat nikmat beribadat di Baitullah dan masjid Nabi, insyaallah....tahniah and all the best...doakan untuk wa pulak tau...

wokeh...have a productive week ahead yer..

salam

Thursday, May 13, 2010

Thomas owh Thomas

Salam

Thomas Cup!!!!......sapa lar mamat Thomas nei ekkk….banyak jugak dulu dulu orang kaya kasik Cup untuk buat tournament tapi tak der lar se famous si mamat Thomas nei…..

..kehkehkeh..ekceli kan, aku pun terjebak jugak dengan demam Thomas Cup neh…..walaupun dapat tengok game game last aja, tapi soaking to the atmosphere just the same….

…semalam malaysia menang denmark 3-2 and macam bolasepak, game akan best kalau ada last minute goal..so macam tu lah kiranya malaysia menang…hafiz hashim scoring in the very last minute…..btw, hafiz nei kan betul betul mengingatkan aku pada diri ku sendiri…tall, dark, hensem, talented, soft spoken, cool under pressure,….hehehehehe….

..ekceli, masa wa balik rumah, Wong Chung Han ( spell ??) tengah leading rubber set dan aku pun jokingly kata lar kan…kalah lar si mamat nei, boleh aku tengok hafiz main…kehkehkeh….aku memang minat hafiz and even masa dia kalah lawan japang pun aku tak der lar nak kutuk dia sebab aku rasa dia tak ready to play that nite…lagi pun aku suker lar kan kalau yang beri mata kemenangan tuh orang kita….1malaysia tuh!!

…so bila hafiz main macam magician semalam, aku pun ala ala tersenyum kambing lebar giler lar gamak yer….dah lama tak tgk orang main badminton macam hafiz main…penuh dengan deception, stroke play, net play yang menakjubkan dan power play yang secukup rasa….this is how badminton should be played, IMO….

..maka gempak gumpita seantero malaya bila hafiz menang….kehkehkeh..lupa sudah maki hamun yang dilemparkan kepada beliau hanya semalam sebelum yer….kehkehkeh..sampai kat radio pun aku dengar hafiz ala ala kena kutuk dan maki hamun….

..inilah peminat sukan malaysia dan inilah sebab yer malaysia susah nak maju dalam sports…malaysian are all about winning…..menang kalu, semua okke….kalau main kunda kundi ada dalam olimpik dan malaysia terrel, aku yakin 120,000 akan memenuhi stadium yang memuatkan 100, 000 penonton untuk melihat kundai kundi ini walaupun hapah tak nampak dari tingkat atas stadium kehkehkeh…..inilah malaysia ku tercinta….

…apa apa pong, aku pun excited waiting for the semi-final game between malaysia and china….frankly, I nak lar tengok malaysia masuk final tapi aku tak der kisah sangat kalau tak dapat pun….tapi aku harap dapat lar tengok hafiz main….and kalau game sampai ker hafiz, insyaallah, menang lar malaysia tuh…

Wokeh…tapi secara strategy yer, aku akan move hafiz ke 2nd single and put roslin as 3rd single…sebab yer chong wei lawan lindan adalah 50/50 chances dan begitu juga dengan 1st double malaysia..so choong han lawan boonlai kau rasa susah banget , maka kalau haifz lawan boon lai , very likely hafiz menang sebab cara depa main very similar…

Wokeh ..tu dulu...tengah tgk ulangan AL neh





salam

Sunday, May 09, 2010

Happy Mother's Day

Salam,

...pagi Ahad ini aku duduk menaip sedang hujan turun selebat lebatnya seakan akan rahmat pada hari ibu ini...practically it is wrong to only remember the mother on one given day of the year kerana kita diminta mendoakan ibu bapa kita di setiap peluang yang ada terutama selepas sembahyang....namun tidak lah salah untuk mengambbil hari ini sebagai hari untuk mengenang jasa dan keutamaan seorang ibu di dunia ini..

maka dengan kesemapatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada mama mama yang ada di haloland ini dan semua mama mama di dunia ini terutama kepada mama aku sendiri...

..hormat dan cinta pada ibu kita adalah dituntut dalam Islam dan apa saja kekurangan pada ibu kita hendaklah kita selalu menyayangi mereka dan mendoakan kejayaan dunia dan akhirat untuk ibu kita yang tersayang...

..mungkin ada antara kita yang berbalah dengan ibu sendiri atau berselisih pendapat tetapi adalah amat perlu untuk kita selalu beralah sebagai anak kerana ibu adalah orang yang melahirkan kita di dunia ini tiada pengorbanan antara manusia yang paling besar selain dari pengorbanan seorang ibu melahirkan seorang anak..so kengkawan...love your mom more than anything else in this world....ibaratnya ialah kalau Allah swt suruh memilih untuk kita atau ibu kita yang dapat masuk syurga, maka without hesitation kita akan beri tempat itu pada ibu kita...

..no doubt ada kisah kisah drama kehidupan yang kita baca dan dengar sekarang ini di mana seorang ibu sanggup membunuh anak anak baru lahir atau kisah bertelagah ibu dengan anak kerana tahta dan harta, namun ini adalah isolated cases yang tidak meruntuhkan kesucian seorang ibu di dunia ini....dari mata hati aku, ibu aku adalah ibu yang 'perfect' dana ku yakin kelian pun berpendapat begitu terhadap ibu kelian jua...

so guys, selepas solat atau semasa berdoa, jangan lupa dookan ibu dan bapa kita untuk kesejahteraan mereka dunia dan akhirat....

wokeh..tonite adalah the penultimate nite for EPL tetapi tiada drama expected unless chelsea betul betul choke malam ini...

tapi bayangkan scenario ini....at half-time Man United leading Stoke by two goal margin dan Chelsea and Wigan masih 0-0....maka masa ini tekanan amat besar kepada chelsea di mana depa kena ambil risk untuk mencari goal dan akan menyebabkan game will be very open...this will allow the speedy wigan attackers to launch counter attacking football....

..so bagi aku, scenario semasa half-time adalah amat aku tunggu tunggu kan....

..still, my money will be on Man United tapi aku tak expect sangat lar beb..

Salam

Thursday, May 06, 2010

Salam Jumaat May 7,2010

Assalamualaikum


Salam Jumaat dan maaf zahir dan batin…

Maka sudah carved and stoned bahawa Spurs akan mendapat tempat ke Champions League tahun depan at the expense of Man City…tahniah kepada penyokong Spurs yang aku yakin suker giler bersama sama dengan pengurusan yahudi spurs tersebut….

….2 atau 3 hari lepas ada berita keluar kisah masjid di bakar oleh kaum pendatang haram yahudi di palestin….namun ada orang islam yang suker naik basikal masih dalam sedar atau bawah sedar menyokong kepentingan yahudi di seluruh dunia…

..apa apa pun, aku tatap setia bersama blackburn dan bolton….

Kehkehkeh..siutt ko BokD….happy giler ko ekkk….

** ermmm…ada minah sowang tuh ala ala tumpang gembira jugak tuh…kire kire spurs menang neh kire hadiah birthday tuk dia lar tuh…nyampah nyerrr!!**

Ahaks ahaks ahaks..

Wokeh…kepada H di down under…selamat berlepas ke US dan selamat berjaya dalam presentation yer….

Hehehehe…memandangkan aku pun bayar tax tiap tiap tahun, maka ada kemungkinan kos ko ker US nei ada sedikit walaupun tak banyak dari kutipan kerajaan terhadap hasil pendapatan aku melaui titik peluh dan keringat yang melimpah dari ketiak aku neh….( kasik dia serba salah sikit )..hehehe

Memang wa dengki beb!!..dah lar ko gei Tasmania tak ajak wa…nei nak gei US pulok masa musim NBA playoff..wa jeles tau…

Kehkehkeh..wa baibun aja H…sincerely hope you and meran will have a jolly good time kat sana ekk…

Baik lah, sebelum world cup start neh..aku nak buat registration pasukan pasukan pilihan halolanders…tujuan yer ialah aku tamau ada tetibe owang owang tuh yang dulu tak sokong Turkey..alih alih dah ujung ujung pergi kerja pakai skaf merah siap dengan bendera turkey sekalik..kehkehkeh…

Kat sini, aku tamau macam tuh…kalau nak sokong brazil dan kata brazil menang …so register dari sekarang di halo…..seminggu sebelum WC start, aku akan list kan nama halolendars dan pasukan pilihan mereka…

..tak mau lagi kisah kisah ada aweks yang team dia dah kalah, tetibe tumpang team balaks dia and pastu balaks dia boleh sokong pulak tuh…kehkehkeh

Wokeh so far yang dah commit ialah

Jazz - Spain and England

Kalu ikut dulu dulu tapi belum kompem

Vaart - Holland
BokD - Israel ….kehkehkeh…..wa lupa bro ko sokong mana..aku assume France ekk
Embun - dulu Togo so skrg Ivory Coast ( sila kompem ekk )
Seri - Trinidan and Tobago..ahaks ahaks ahaks..tak qualified tauh neh
Eva - ikut abang dia aja lar tuh…so England
Mamabat - luap tapi rasa yer Sepanyol kot
Italy-- Noey
Fudhla - Germany
Epong - wa rasa Engkand kot- dia ikut aweks dia pulok..ahaks ahaks
NHK - wa rasa sure england neh
Aya - sbb dia ikut hubby dia..wa teka portugal kot..ada darah grago kot..hehe

apa apa pong...WC nei kena gaduh ekk..kalau tak gaduh rasa cam boring aja tengok WC neh...tiap tiap kelian boleh sokong dua team aja ekk...

contoh

Ilham - England and North Korea ....


Salam

Tuesday, May 04, 2010

entry 5/5/10

Assalamualaikum...

hari nei betul ekkk....5/5/10......aku tatau birthday sesapa tapi kalau ada yang birthday hari nei or bulan may neh, wa ucapkan hepi beday .....

..hari nei wa tak der modal nak citer mende mende....so wa akan merapu ikan kerapu masak asam pedas...fuhhh...ekcelikan masa wa jalan jalan carik ceramah kat ulu selangor kan kan kan....wa jumpa banyak spot tempat makan yang giler giler yer bestest...dekat serendah iaitu depan masjid serendah tu kan....ada gerai ala ala buruk aja tapi mak oiii..ramai yer orang makan rojak, nasi lemak or mee kari....tapi rojak dia yang wa teruja giler.....lepas tu kan kat pekan kuala kubu, kat pasar depa lar kan...fuhh....memacam makanan yang sedap giler beb.....memang giler yer sedap...

pastu kalau sampai area batang kali tu pulak kan kan kan....ada satu gerai belakang dewan orang ramai....siutt breakfast dia memang best giler beb.....pastu wa terberhenti pulak kan dekat satu kedai depan masjid ker surau lama kan kat ulu yam....ada sekolah rendah dekat masjid nei kan...fuhh...petang petang ada jual kueh udang...sedap giler beb....lepas tu kan kat kerling kan kan..simpang pekan kerling tu kan ada kedai mamak...roti canai dia memang best giler beb....pastu wa pergi bukit beruntung kan kan kan....ada macam medan selera dekat pasar malam depa kan...fuhhh nasi ayam dara dia memang virgin giler beb.....tapi wa cakap lu beb....nasi ayam dara yang paling ngencess dara dia kan dekat pekan bandar baru batang kali.....memang ngencess giler beb....bukan kedai, ala ala petang depa bukak gerai....tapi kena careful, ada dua orang jual ayam dara neh....tapi tengok lar yang ramai orang tuh....memang sedap wa cakap lu....

lepas tu kan dekat pekan sg.tenggi kan ..nei dah masuk area felda kan, nasi lemak depa memang best giler beb....fuhh...abis aku round satu hulu selangor....memang besar giler ulu selangor neh, tempat orang asli pun banyak giler......tempat mandi air panas ada dua tempat tuh....air terjun jangan nak citer lar kan.....memang best lar kan except for the fact that PKR kalah..siutt ..tu aje yang wa ralat sikit.....

wa memula rasa nak gei Sibu....tapi budget ciput lar beb..tak jadi pergi lah nampak yer.....

wokeh citer apa lagi arr....asyik citer makan aja neh....hehehe..

dah lar tu ekk...wa turu dulu lah.....

salam

Monday, May 03, 2010

entry selasa 4/4/10

Salam,

...kadang kadang aku malas baca paper sebab banyak sangat news yang membuat aku jadik depressed.....kes budak mati kena tembak lah, kes protest di bangkok lah dan last kali nei kes block minyak antara Malaysia dengan Brunei...

..maka terdengar dan terbaca lah aku akan kisah kononnya Malaysia rugi RM320 billion kerana memberi block minyak ini kepada Brunei....sedih aku baca news ini sebab bukan aku sedih pasal duit RM320 billion tapi sedih kerana duit menjadi ukuran dari persahabatan dan setiakawan dua buah negara yang sudah bagaikan adik beradik....apalah sangat Rm320 billion kalau ianya bermakna kita membantu adik sendiri....harus diingatkan bahawa Rm320 billion adalah anggaran kerana mungkin actual worth could be alot less or alot more too tetapi aku rasa sedih dan dukacita kerana sanggup ada orang yang mempertikaikan wang ringgit berbanding dengan persahabatan jangkapanjang....at the rate malaysia asyik mempersoalkan jiran, akan tiba masa nanti kita sudah tiada berjiran yang setia lagi....

....lupa kah orang malaysia pada suatu masa dulu selalu terdengar kisah pemimpin malaysia ke brunei memohon soft loan dalam masa gawat dan kini malaysia mempersoalkan hak kerjasama dua buah negara..sedih aku kerana wang ringgit menjadi sandaran persahabatan.....

..rezeki alam ini adalah Allah swt yang tentukan dan siapa kelian untuk mempersoalkan hak siapa....janganlah kita tamak sesuatu yang datang menggolek....

..aku yakin ramai rakyat Malaysia yang jelak dengan isu minyak ini kerana ramai orang di malaysia mengutamakan persahabatan dari duit....

wokeh...citer lain pulak...

hari rabu ini aku dan bokd akan menjadi musuh ketat..ahaks ahaks ahaks....Man City akan bertemu Spurs untuk game yang dijangkakan menentukan tempat ke 4 EPL sekaligus memberi tempat untuk bertanding dalam Champions league for next season....

...game ini bagi aku lebih dari just another football game....Spurs adalah pasukan yang dikemudi oleh yahudi bernama david levy dan Man City oleh seorang Arab muslim ( keh keh keh...wa saja kasik bakar masa BokD)....ketua pasukan Man City juga seorang muslim dari Ivory Coast yang bernama Kole Toure ( kehkehkeh....jangan angin bro )....

..frankly, aku suka tengok Spurs main lagik lately neh dari Man City tapi Man City probably sneak through because they are playing at home...

..harap harap aku terjaga lah malam tuh untuk tengok game yang nampak menarik on paper...

..weekend ini pulak Chelsea dan Man United akan bermain untuk the coveted EPL chmapionship dan nampak macam Chelsea akan menjadi juara kerana akan bermain dengan Wigan at home....

..tapi dalam football, nothing is assured and Chelsea you may never know which team will appear on match day..they could beat Aston Villa 7-i one week and drew with Hull the next...so aku tak yakin final game dengan Wigan will be a straight forward game...ini pulak sebab Wigan beat Chelsea 3-1 at home some couple of months ago...bermakna Chelsea akan lebih berhati hati dalam game ini....lagi satu problem dengan chelsea ialah almost all their players will be going to the world cup this summer dan aku tak nampak the chelsea will go all out ke peringkat mengadaikan kaki mereka masa lawan wigan ini sebab the prospect of getting injured and missing the world cup finals will be too much a risk for them....so kalau wigan dapat maintain scoreline 0-0 by half-time , ada kemungkinan chelsea panic and the fan started to go against them too...hehehehe...this will be interesting....

wokeh....turu time...

salam