Monday, August 30, 2010

Back to the good old days 2

Assalamualaikum

Wokeh tomorrow Merdeka Day, so boleh lar turu lewat sikit malam ini………….

Mula mula nak flashback------last Friday, lepas ngintu dengan eva dan bokd pergilah sembahyang Jumaat dan balik sembahyang kononnya nak isi minyak kereta …seperti biasa cucuk card tapi kali nei kad tak leh accept dan datang lah mamat kedai minyak ini dengan sopan santun membantu….aku pun tak jadi focus langsung dan member sipembantu stesen minyak ini mencucuk cucuk mesin bayaran tersebut…tetibe..ala ala david copperfield, wokeh..wa dah boleh isi minyak dan dengan tanpa perasan ragu dan segan silu wa pun ( atau adakah wa ??) telah pun mengisi minyak…..sedang minyak dah masuk RM53.60 baru aku terpasan yang masuk dalam tank ialah minyak petrol…..auh aduh…kete kacukan porshe gan lamborgini aku nei mana pakai petrol beb…adoi….kete vogue nei semua pakai diesel…..maka aku sempat matikan pam handle minyak tersebut…..aku nak marah sapa pun tatau cemana sebab aku lupa giler sapa kasik aku pam kaler hijau sedangkan aku memang pam kaler hitam…

Tetapi memandangkan Ramadhan aku pun redha aja…..lepas tuh proses nak membuang minyak dari tank…..kowang tau lark an, bukan senang nak cari pomen yang boleh bega bega kete kacukan porshe gan Lamborghini neh kan…..last last ada lar pomen nak tolong….check check punyer check, dia kata kena keluarkan tank baru boleh clear minyak……fullamak, aku pun ala ala picnic jugak lark an sebab memikirkan tank nak kena bukak…..tapi sebab dah tak derchoice, aku pun terima lah seadanya …dan masa ini hujan sudah turun lebat …..it took them probably 1 jam ½ untuk selesaikan kerja neh dan by the time sampai rumah eva gan bokd pun dah tak der haloland dah….

Flashback kedua……gei bayar credit card sebab takut ada slack payment ker apa ker sampai machine reject…2 hari lepas bayar baru guna balik kad dan bila nak pakai kena reject lagik…wa pun geram lar kan sebab kad wa menunjukkan sikap tidak menghormati spirit of ramadhan kan kan kan….wa pun call card center and bila depa check check depa kata the payment that I made wasn’t a complete transaction sebaba ada machine failure lar default lah, so aku punyer kad kena gantung 7 days!!!....

Flashback 3…….tepon Inland revenue ngapa wa punyer return untuk over payment of invcome tax tak dapat dapat…raya dah dekat dan nei….last last call center tu kata memang ada balen 4 juta, tapi lepas tolak last year under valuation and the previous years punyer fine lar bla bla…alih alih tunggal 800 ribu….aku dah mula nak bagi ceramah kat minah nei dah, tapi memikirkan Ramadhan aku, cakap boleh tolong tak uruskan…800 ribu pun duit jugak dalam hati aku….hehehehehe…berangan free beb….

Flashback 4 …..masa cuti 3 hari lepas kan..ada 3 wanita yang telah menyebbakan aku tengok TV sambil mengurangkan pahala Ramadhan aku

1) Aweks yang suker kat Van Diesel dalam Fast and Furious - punyer lar lawa sambil aku tengok citer tu sampai abih

2) Aweks yang nama Robin dalam sitcom How I met your mother – she is gorgeous – kalau nak imagine a perfect look dalam video aku…muka dia akan sure masuk….

3) Parenthood marathon kat CH711 – aweks yang nama Gaby tuh…..sib baik lar hujan lebat sampai astro tak der signal. Kalu tidak aku sampai tengah malam tadik masih tengok parenthood ini…

Flashback 5…….sedih sebab tengah tengah tengok EPL dapat news one of my staff passed away due to heart failure at a relatively young age….tadi pergi pengebumian arwah and just could hold my tears to see his children during the burial- innalillahiwainnalilahhirojiun….

Flashback 6...tak sempat nak skodeng adik aku eva yang shopping mopping kat Pavillion....amboi amboi amboi dik...sedekah lar sedikita kat abang awak yang nak yatim tiada berbapa nei eh....kehkehkeh...sincerely hope you had a fantastic shopping trip...

Flashback 7...weh kengkawan....wa dah boleh masuk baca komen tapi still tak boleh hantar komen....so wa try lar shoutbox kat belah kanan blog tu kan kan kan...cuba kowang tengok....ada dialog wa dengan arwah emy bertarikh 27/8/2004....tapi dialog wa dengan farah AF2 tuh adalah berangan free aja tau...

Flashback 8....wa asyik tulis sebelum neh Malam Lailatulqadar lebih baik dari iooo malam...ekceli Malam Lailatulqadar lebih baik dari 1000 BULAN!!!!!!...jom kita sesama berusha mencari kelebihan malam yang amat special yang ada pada bulan Ramadhan nei sahaja....

Wokeh kengkawan…itu aja dulu……Merdaka ! Merdeka ! Merdeka !



wassalam

Thursday, August 26, 2010

Back to the old days

Assalamualaikum

bila adik aku Jazz YM kata dia tak boleh masuk comment box di office, similar to my problem, I wonder why i did not save a copy of the original template until masa balik dalam kereta aku terfikir mungkin aku masih ada email pasal template dengan arwah emy ....alhamdulillah, godek godek punya godek, akhirnya terjumpa satu email yang arwah hantarkan untuk aku...tiba tiba rasa sedih muncu memikirkan pemergian terlalu awal arwah Emy 3 tahun lepas...e-mail aku dengan arwah itu bertarikh 14 Oktober 2004......

....sedekah Al-Fatihah kepada arwah Emy dan arwah kedua ibu bapa kita di Malam Nuzul Quran ini semoga roh mereka dihimpun bersama roh roh mereka yang beriman....

..strangely, i feel rejuvenate bile template blog ini tiba tiba muncul....I guess for the sake mengingati jasa arwah emy, i will keep this original skin for a bit longer , insyaallah....

..well, blog ini mengingatkan aku yang aku masih belum ke Mekah dan Farah sekarang dah besar panjang dan bertudung sekarang.....

i hope kawan kawan pun suker dengan skin blog ini.....embun, i hope you don't mind too yer...

wokeh....ntah mengapa, aku rasa seronok giler melihat skin asal blog ini tetibe muncul semula...alhamdullilah.....

Ya Allah Ya Rabb Ya Rabb Ya Rabb...sekiranya malam ini Malam Lailatulqadar, hambu Mu ini memohonkan agar dimaafkan dosa diriku , dosa orang yang aku sayangi samada masih hidup atau yang telah tiada, keluarga alam nyata dan alam maya dan matikan kami dalam iman, lepaskan kami dari seksaan kubur, mudah kan perjalanan kami diakhirat, mudahkan kiraan hisab ke atas kami di Padang Masyar nanti, mudah dan pantas kami melepasi titian siraltulmustaqeem dan masukkan kami ke dalam syurga Mu untuk bertemu dengan Mu , Ya Allah....

Ya Allah Ya Rabb Ya Rabb Ya Rabb...panjangkan umur kami dalam jalan yang lurus iaitu jalan yang Kau redhai..murahkan rezeki kami dengan ketaqwaan dan kuatkan iman kami supaya selalu mengingati Mu Ya Allah...amin amin amin....

wassalam

Wednesday, August 25, 2010

16 Ramadan

Assalamualaikum

...dah melalui 16 Ramadan dan malam ini malam Nuzl Quran iaitu malam di mana Al-Quran di turunkan....ada yang menyakini bahawa malam ini juga Malam Lailatulqadar tersebut..waulahhuaqlam......

..esok aku cuti bersemperna Nuzul Quran....so extended weekend untuk aku walaupun pada hakikatnya weekend adalah sangat hectic untuk aku ini....aku tak jadi ambil cuti monday , kalau tidak aku dapat cuti straight 5 days sebab Tuesday ialah Merdeka Day....

..yesterday I found out that my little hijrah may not materialise..I have been pursuing this opportunity for quite some times and at one stage it looked rather confirmed but I think it has now drifted away slightly...still I am harbouring the hope that the tide will change to my advantage , insyaallah....

...alhamdullilah dengan izin Allah swt, aku merasakan sakit badan aku agak berkurangan dan probably juga aku minum susu kambing for the last 4 days helps the process of healing...so far aku tak rasa apa apa minum susu kambing nei....aku rasa sedap aja.....

aku rejected many offer for buka puasa dekat hotel lepas baca kenyataan pihak yang mengeluarkan kelulusan halal bahawa hanya 30% of hotel mendapat kelulusan sebenarnya...i rather not take the risk for now....sedih dalam sebuha negara Islam yang progressive, kehalalan makanan masih disangsikan.....mengapa ada pihak yang tidak sensitif kepada hukum hakam orang Islam adalah sangat sukar difahami.......pihak berauthority harus memerangi habis habisan mana pihak yang tidak menghormati hukum hakam orang Islam di negara ini...

...sekarang ini, nak mintak ayam dekat restoran pun takut kerana memikirkan mana sumber bahan mentah yang mereka perolehi....dan perasaan ini tidak sepatutnya ada bagi orang Islam yang berada di negara ini.....

wokeh , enough for today....

Selamat Berpuasa dan beramal untuk mencari Malam Lailatulqadar yang menjanjikan kebahagian dunia dan akhirat ini...

Salam

Tuesday, August 24, 2010

14 Ramadhan

Assalamualaikum,

sudah menghampiri pertengahan Ramadhan kita roper yer....moga moga the next 15 will be a great one for everybody, insyaallah...

...aku diserang penyakit sendi sendi dan kejang otot sehingga rasa tak boleh nak bangun pergi kerja....mungkin jugak tension or anxiety dalam diri yang contribute to this ailment.....pergi klinik doktor diagnose aku ada cronic gastrik katanya dan memungkin ada batu karang yang menyebutkan kesesakan nafas.....doktor picit perut aku tetiba aku dapat stomach cramp yang sakit banget.....pandai betul perut aku berlakon sehingga doktor kata aku kena rehat 2 hari....apparently, lepas doktor confirmed aku sakit dan suruh rehat, seluruh tubuh badan aku rasa relieve yang amat sangat......mungkinkah sakit aku nei lebih kepada pyschology daripada physical...

...setelah makn ubat doktor lepas buka puasa, aku rasa lega sikit....doktor pun kata mungkin ada luka dalam perut yang menyebabkan aku jadi sluggish.....lama jugak dah aku tak jumpa daktor yang able to make good analysis macam doktor nei....alhamdullillah....

...mungkinkah aku merasa tekanan kerana terlalu mengharapkan perubahan dalam hidup ini....mengharapkan sesuatu berita yang akan membolehkan perubahan berlaku.....mungkin jugak lar rasa yer....

...mungkin kehidupan harian dah tak sama bila housemate aku pindah dan tak lama lagi seorang lagi housemate nak pindah...suka dengan apa yang meraka kecapi tapi sedih sebab depa dah tak der around the house...

wokeh....hopefully tomorrow will be a better day for me and everybody yeah....

wassalam

Sunday, August 22, 2010

12 ramadhan

Assalamualaikum,

somehow the new English league have yet to excite me....tengok ala ala aja so far....

...Ramadhan ke 12.....aku masih struggle to get the grip of this Ramadhan....i just couldn't get used of waking up early and been coming to work late and not able to do much of my work in the office....makan pun tak berapa selera....I guess not the best of Ramadhan thus far....hopefully the coming days will be better....

..I need a new injection of change in life to get me moving....it is a bit of a routine and stereotype kind of life....no ambition and no challenges that can make me awake in anticipation....perhaps, as kakri mentioned kat haloland, mekah could be the answer....Mekah could be the missing link in my life....or perhaps Mekah is an excuse for me to be contended with life....

wokeh....need to take a nap dulu neh...

Salam

....

Thursday, August 19, 2010

10 Ramadahan

Assalamualaikum..

Salam Jumaat dan maaf zahir dan batin.....semoga doa kita dimakbul Allah swt dan sesama kita doakan ibu bapa kita yang masih ada bersama kita mahupun yang sudah tiada lagi disisi....

...aku tersenyum bila melihat halolanders lama yang tetiba muncul seperti kak ri semalam dan epong tempoh hari.....walaupun kita sudah tidak sekatif dulu ngintu namun kita masih mau menjenguk menanya khabar kengkawan maya kita ini..alhamdulillah....itulah yang aku mahukan dan insyaallah itulah jalan kita kini dan akan datang....

..it is a bit too much to ask that this virtual relationship to be at the high pitch all the time but the fact that we had it foa quite a while was really indeed a magnificent moment...moment that we could ponder with pride and joy....life goes on and we get on with our real life and some have gone without a trace but many still remain intact....keep on touching babeh...

furthermore with Facebook around....socialising through blog is rather outdated to some....i still couldn't myself hook with this FB but it seems that every other person has one FB of their own...being a natural traditionalist, I guess I still stick with blogging for a bit longer...

..satu pagi aku terdengar discussion about FB di radia hotfm dan macam macam comment aku dengar about FB...perhaps we went through those process some 5 years ago...hehehehe....

..i am gald that i live to experience this virtual life and though very vague to some, still it is a wonderful way to get to know new acquinatance without actually knowing them colse and personal.......

to all the friends that grace the haloland before and probably gone with the wind for now, may Allah bless you and may those short memory of fun and laughter remain part of our memory in years to come....

take care guys and i love you all so much from the bottom of my heart..

assalamualaikum....

Wednesday, August 18, 2010

9 Ramadhan

Assalamualaikum,

.....2 hari lepas suami sedara 3 pupu aku meninggal....kematian yang menyebabkan aku mula memikirkan betapa hampirnya diri ini dengan kematian...bahawa kematian itu adalah satu titik yang duduk dekat dengan kita....tarikh yang kita tak ketahui tapi kita tak tahu bila.....adakah mati kita mudah dihadapan sanak saudara, atau mati kita terkejut saja atau mati kita seakan akan ngeri sebagaimana matinya orang acident dijalanraya....walau apa pun, biarlah mati kita dalam beriman...dengan boleh melafazkan shuyadah dan penuh kegembiraan.....

......semua yang hidup akan mati dan semua yang bernyawa akan diambil roh yer dan atas dasar ini aku kini faham mengapa Nabi Isa as akan turun semula kerana nabi Isa as masih belum dicabut nyawa baginda dan dibawa ke langit ...ada ketika aku berfikir bagaimana ada nabi lagi selepas nabi Muhammad saw namun penerangan yang aku dapati dari seorang yang alim telah memberi aku kefahaman yang mudah bahawa yang hidup pasti akan mati....

....sudah masuk 9 hari orang Islam di malaysia berpuasa dan cahaya Ramadhan itu masih bersinar sinar di bumi tanah tumpah malay ini....selagi Ramadhan bersinar begini, selagi itulah aku yakin bahawa buni malay ini akan mendapat keredhaan Allah swt....

..marilah kita berusaha mencari lailatulqadar kerana mencari lailatulqadar itu dituntut Allah swt...semoga berjumpa dengan Lailatulqadar akan dapat menebus segala dosa dosa kita dulu dan sekarang....

wokeh...ngantuk dah..

wassalam

Tuesday, August 17, 2010

8 Ramadhan

Assalamualaikum,

Ikhas dan Jujur.....

...yeap...hari nei aku nak cerita pasal ikhals dan jujur.....ini adalah berkaitan dengan mencari kebersihan dan kesucian hati di bulan Ramadhan ini....

...adakala kita jujur tapi tidak ikhlas dan dalam banyak suasana kita ikhlas tetapi kita tidak jujur....maka mencari kejujuran dan keikhlasan sekali gus dalam hidup adalah sesuatu yang hanya mampu dilakukan dengan kebersihan hati....

...kita jujur dalam perkataan tapi tidak ikhlas dalam sebutan......kita memuji seseorang dengan jujur tetapi tidak ikhlas dengan apa yang kita katakan.....sebagai contoh kita mengatakan makanan seseorang itu sedap dengan jujur tetapi tidak ikhlas dengan sebutan kerna kita berlebihan dari apa yang kita rasakan sedap tersebut.....

..adakala kita ikhlas dalam perbuatan tetapi kita tidak jujur dalam niat kita.....kita ikhlas bersedekah orang yang meminta tetapi kita tidak jujur kerana kadang kadang kita memilih milih atau berkata dalam hati samada benar atau tidak mereka ini.....

..jujur kita dalam amalan tetapi ikhlas yer tidak seberapa kerana mengharapkan balasan mahupun pujian....kita memberi salam pada orang dengan ikhlas tetapi jujur kah kita kerana kadang kala kita tidak berniat untuk mengucapkan kesjahteraan seseorang itu....

..kadang kadang kita ikhlas melafazkan cinta tetapi kita tidak jujur dalam perhubungan.....dan terkadang kita ikhlas dalam bercinta tetapi tidak jujur kerana cinta atas dasar kesian atau simpati....

maka jujur dan ikhlas adalah dua perkara yang nampak berlaku serentak tetapi sebenarnya jarang berlaku tepat pada masanya....namun, satu memerlukan yang lain kerna kalau tidak ianya masih pincang walaupun pada zahirnya nampak seakan akan suci murni....

...hanya dengan kebersihan dalan hati yang memungkin kita boleh selalu jujur dan ikhlas dalam perkataan dan perbuatan kita....hati yang bersih akan menyebabkan kita melakukan semuanya dengan niat untuk mendapatkan keredhaan Allah swt semata dan bukan kerana pujian manusia ..

selamat berpuasa dan beramal soleh yer..

love you all always..

take cara

wassalam

Monday, August 16, 2010

7 Ramadan

Assalamualaikum,

sudah masuk 7 Ramadan dan bagaimanakah darjah amalan kita setakat ini ? semoga semuanya berjalan lancar dalam mencari keredhaan Allah swt....

aku masih mencari punca kebersihan hati tapi nyata ianya masih belum ditemui...kesabaran dalam hati masoh belum ditahap yang memuaskan...kereta yang menghalang perjalanan aku masih membuat aku menyirap, jalan jammed masih membuat aku geram, melihat kelibat orang yang aku kurang senang masih lagi membuat aku resah.....ini adalah petunjuk yang menyatakan aku masih belum bersih hati dan nurani......

aku masih mencari the soft spot dalam hati yang boleh membuat aku sabar dalam segala suasana...aku envy those yang cool dalam apa saja keadaan ...inilah yang aku cari...mungkin aku dilahirkan dengan sifat yang agak aggresive dan competitive ( hopefully in a positive way) tapi sudah tiba masanya untuk aku beroleh satu keupayaan dalam diri untuk mengawal hati yang keras ini....selagi aku tak jumpa soft spot tersebut, selagi itu aku akan hanya bermimpi untuk mendapatkan kebersihan dalam hati dan nurani....

..dengan kebersihan hati dan nurani yang membolehkan aku memperolehi keikhlasan dalam segala perbuatan dan kata kata....waulahhuaqlam...

.....kehidupan aku penuh berliku dan kalau jalan kehidupan aku lurus, aku akan carik pasal untuk menjadikan ianya berliku....ianya menjadi seakan satu habit mencari risiko dalam kehidupan samada aku sedar atau tidak...adakah ini dugaan atau pun bala , aku pun tiada jawapan yer tetapi risiko adalah sesuatu yang aku cari....

..aku sedar aku peru berubah daripada menjadi risk taker or risk seeker dan hanya dengan kesabaran yang diperolehi melalui hati dan naluri yang bersih sahaja ianya boleh berubah...aku akan mengambil 4 or 5 kali lebih risiko dari normal people will take dan it has taken the toll out of me...I bersyukur kerana masih in one piece with all types of risk that I have endured myself over the years...

..i guess i have to learn to stop looking at things differently and accept things the way it is....insyaallah....

wokeh....

wassalam

Thursday, August 12, 2010

Salam ramadan -2nd day

Assalamualaikum..

harap harap font kali nei menepati kehendak pelanggan...wow!!syndrome puada hari pertama memang dasat sekali....balik rumah aku flat dulu dan dah tengah malam baru segar bugar...

Selamat memulakan Ramadan bagi adik adik ku di Brunei....insyaallah, satu hari nanti abang akan datang jugak ke Brunei....melihat negara yang didiami oleh adik adik maya ku...

...puasa adalah satu amalan yang sihat untuk rohani dan jasmani.....amalan yang baik untuk dunia dan akhirat dan amalan untuk ketaqwaan kepada Allah swt....

jom kita terus menggilapkan hati kita untuk bersih putih dan bersinar sinar dengan zikirrullah....zikir adalah ubat hati dan gunakan setiap masa yang terluang untuk berzikir....bertasbih , bertahmid dan bertahlil....Subhanallah ( Maha Suci Allah), Alhamdullilah ( Segala Puji bagi Allah), Allahuakbar(Allah Maha Besar)....

100 kali dalam kereta nak pergi kerja....100 kali masa berjalan di pasar Ramadan....100 kali lepas sembahyang terawih masa nak tidur.....insyaallah...hati kita akan mula nampak sinar dan kita akan mudah merasa sejuk dan tenang....

...jom kita juga berastaufar banyak banyak..astafirrullahalazim....

....Ramadan ini aku mencari jalan kearah mendapat kesabaran.....dan aku merasakan bahawa hanya hati yang tenang dan senang akan mendapat kesabaran..insyaallah....

wokeh....selamat berpuasa dan beramal soleh untuk mendapatkan ketaqwaan yang berpanjangan....Allahuakbar..

**Happy Birthday H**semoga umur panjang dalam ketaqwaan dan keredhaan Allah swt..

embun....tolong sampai kan salam tahniah pada papavaart....cakap dengan vaart..pandai dia plan....bini dalam pantang masa Ramadan....heheheheh....serupa tak pantang lar ekkk...

BokD..aku maaf kan ko bro sebab aku tengah praktis mencari kesabaran....kalau tidak kalu,seminggu setengah entry aku pasal kawan lupa kawan pasal aweks....kehkehkeh....

wokeh....sudah 2 in the morning..so jazz gan eva selamat bersahur

** ikon usapa usap dagu...si eva nei bukan ker tengah coming moon neh**...baibun aja bah..

wassalam

Wednesday, August 11, 2010

Salam Ramadan hari pertama

Assalamualaikum....

..Selamat berpuasa kepada semua kawan kawan yang dihormati dan diredhai Allah swt sekelian....

..perhaps kengkawan kita di Brunei sedang bersahur semasa aku tengah menulis ini maka selamat bersahur pada eva and jazz....

..Terima kasih pada kengkawan yang wish aku yesterday walaupun aku agak sedih BokD wish aku blog anniversary....tsk tsk tsk...sedih aku sebab BokD lebih mengingati April 28 dari Aug 10....tapi tak per, wa tau wa sapa dihati mu....kehkehkeh..

...aku masih agak gusar menghadapi hari pertama Ramadan sebab dalam seminggu lepas aku banyak makan pain killer kerana kesakitan badan yang amat sangat yang menyebabkan aku menghadapi sakit pedih hati ....rasa lapar dengan angin yang amat sangat...so aku dah makan ubat pecah angin and gastrik untuk mengawal kesakitan ini...insyaallah, esok aku okke kot....

....aku memang problem dalam bulan puasa kerana aku jadi kurang tidur dan menyebabkan aku cepat excited....hopefully tahun ini aku boleh control emotion aku....

..30 or 29 days of fasting and wholeheartedly devoting oneself to Allah swt will bring ketaqwaan , insyaallah....walaupun beramal yang simple tetapi kalau dilakukan dengan ikhlas dengan harapan mendapat keampunan dan keredhaan Allah swt akan memberi kita kebersihan dalam hati, insyaallah...kebersihan hati ini yang akan memberi kita ketenangan dan kebahagian yang berpanjangan....kebersihan hati akan mengukuhkan iman dan memberi kita tingkat kesabaran dalam menghadapi apa bentuk dugaan dunia dan akhirat....dengan hati yang bersih murni yang membolehkan kita melawan apa saja bentuk gangguan syaitan dan mengukuhkan aqidah kita.....hati yang bersih murni yang akan memudahkan kita untuk melepaskan harta dunia kita untuk bersedekah ke jalan Allah swt....

Amalan bulan Ramadan dengan berpuasa adalah peluang paling baik untuk kita membersihkan hati....

Ya Allah Ya Rahman..Ya Rabb Ya Rabb...bersihkan hati kami ini seputih salju dengan kesabaran dan kemuliaan agar kami menjadi umat Mu yang redha akan segala kententuan dan mudah menerima kekurangan dan bersyukur dalam menerima kejayaan dan kebaikan.....Ya Allah Ya Rahim..Ya Rabb Ya Rabb...jadikan lah hati kami hati yang lapang dan tidak sempit dengan perkara yang remeh temeh, hati yang tenang dari kemelut duniawi dan hati yang senang menerima kesusahan...Ya Allah Ya Latif Ya Aziz Ya Jabbar ....jadikan hati hati kami hati yang sejuk tenteram mendengar kalimah Mu dan takut kecut mendengar balasan Mu....Ya Allah Ya Dzaljalaliwaliqram....jadikan hati kami ini hati yang hanya mahu dekat dengan Mu sepanjang waktu....

selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad saw dan keluarga dan sahabat baginda...

selamat berjuang kengkawan untuk membersihkan hati kita yang masih bersih tapi perlu digilap agar bukan sekadar bersih malah bercahaya dengan cahaya ketaqwaan dan keimanan...

hei epong..welkem bak bro...lap u always
hei Eva..( ngapa senyum tuh...nyampah!!)
hei H
hei seri
hei embun aka darlinglara
hei bokd
hei aya
hei papaa
hei fudhla
hei jazz
hei vaart - tahniah atas kelahiran aank sulung..alhamdullilah
hei semua kawan kawan dulu kini dan selama yer

wokeh..

wassalam

Monday, August 09, 2010

Selamat Beramal Di Bulan Ramadan

Salam

....pertama tama aku tukar skin blog supaya nak kasi pembacaan lebih terang kepada kengkawan yang mata dah start nak rabun....hehehehe...embun..ini aku dedicate renovation blog ini kat ko tau....bila aku kata untuk ko tuh bermaksud untuk ehem ehem sekali lar tau...

..secondly, Selamat Beramal di Bulan Ramadan ini kepada semua...moga moga amalan kita akan menjadikan kita insan yang lebih bertaqwa lagi....

..tak kisah lah nak sembahyang Terawih 8 ker 20 rakaat ker, yang penting yer sembahyang...jangan kisah sangat makan lebih dari bulan yang tak puasa tapi yang penting yer banyak kan bersedekah pada yang memerlukan....tak kisah lah shopping sakan untuk raya tapi yang pentingnya masa Ramadan ini banyak kan membuat amalan yang baik....

....nostalgia berpuasa di maya ini ialah belajar karupak brunei dan bahasa jepun dari sifu sifu kita iaitu kadiaku dan papaadlis...terima kasih pada sifu sifu atas ilmu yang betul betul menambahkan ilmu....

...personally aku tak sure how this Ramadan will shape up for me..I hope it is going to be a good one....dan aku juga harap Ramadan kawan kawan akan membawa kejayaan dunia dan akhirat, insyaallah...

wokeh kengkawan...pasang niat berpuasa sebulan dan selamat berpuasa dan aku mohon kemaafan atas apa kesalahan dulu kini dan akan datang ekkk..

wassalam

Friday, August 06, 2010

Salam Jumaat 1st week of august 2010

Salam

Friday – Tragedy Highway

I guess the nation is still buzzing about the mysterious death of a high profile couple found in a car after the car crashed against the road divider/railing ….

I passed through the ‘accident’ area and the damaged to the railing was quite noticeable ( I am assuming that I saw the exact location) but probably not enough to say that it was a major impact accident….)

Looking at some of the pictures shown on internet also able to tell that the car was probably slowing down at the point of impact because the car seemed to be in good condition( something that may not be possible if the car was at full speed at the point of impact)….

Pictures also revealed that there was no sign of struggle and probably no sign of injury due to the accident ( luka, patah tahan or kaki and so forth)…
I am still very much puzzled with the incident/accident and the manner of the death..apa apa pun kita sedekah al-Fatihah kepada kedua arwah…

Aku puzzled kerana circumstances kematian tersebut adalah luar biasa atau luar dari logic akal….

1) Dari sudut waktu…11.00am ( pagi ke tengah hari)
2) Lokasi ( di tengah highway..)
3) Cara kematian Kesan tembakan dan pistol
4) Kaitan dari sudut hubungan dan dari sudut umur
5) Motif

Waktu

Bagi aku pukul 11.00am adalah hardly a good time to commit murder and/or suicide especially in the middle of the road….kalau aku nak tulis novel yang tragis atau kisah cinta sejati atau kisah pembunuhan…11.00am will be the last time of the day yang aku pilih…..11.00am is just not romantic enough or suspense enough to make people reading the novel to get the feel of the climax …

Lokasi

Begitu juga lokasi di tengah highway adalah sesuatu yang tidak mendatangkan kesan kepada watak dan plot cerita kepada mana mana penulis cerita untuk menamatkan sebuah novel yang tragis, romantic or suspense.. ( kalau dalam terowong highway dan 2.00am tuh ala ala kebiasaan penulis untuk mendatang rasa seram seram pada pembaca)

Cara kematian

Kesan tembakan dikaitkan dengan kematian tetapi tiada kesan berlaku struggle oleh kedua mangsa….

Hubungan kedua mangsa

Hubungan kedua sebagai Boss and former aide adalah sesuatu yang mendatangkan persoalan ( bagi penulis novel, probably inilah selling point untuk kes ini ….siapa dan mengapa?)

Motif

Seolah olah murder cum suicide ….tapi circumstances tak menarik langsung untuk conclude it is a murder cim suicide….ngapa nak murder dan ngapa nak suicide …hubungan seolah olah very professional, umur dah tua sangat kalau nak membunuh dan bunuh diri pasal ‘cinta’, kalau nak membunuh dan bunuh diri pun atleast adalah sedikit kesan kesan pergelutan….

Maka aku tiada jawapan kepada persoalan persoalan di atas unless police atau ahli keluarga jumpa surat yang ditinggalkan dari mangsa menerangkan keadaan sebenar…

Atau ada orang ketiga dalam kereta yang membunuh kedua mangsa..

Atau pistol tersebut telah tiba tiba meletup kerana impact accident…

Atau adakah mangsa wanita ada sesuatu di bahagian perut kerana salah satu kesan tembakan adalah diperut barulah di kepala ?

Namun aku masih interested untuk mengetahui kesudahan siasatan polis kerana circumstances kematian adalah luar dari kebiasaan…yang penting bagi kita yang masih hidup untuk sedar bahawa cara kita mati belum tentu macam mana dan hendaklah kita selalu berdoa pada Allah swt…..

Tidak dapat tidak, kita akan membuat spekulasi yang mendatangkan keseronokan kepada berbincang pasal tragedy ini tetapi aku mengharapkan bahawa siasatan akan menunjukkan bahawa ianya bukan muder cum suicide….

pada hari jUmaat yang mulia ini aku memohon maaf kepada seua rakan taulan yang mengenali diriku

waullahhuaqlam





wassalam

Tuesday, August 03, 2010

Assalamualaikum

....satu amak boleh jaga sepuluh anak, sepuluh anak tak boleh jaga satu amak.........syurga ditapak kaki ibu.......bak kata Ina Naim pada Mawi " jaga mak, jaga mak, jaga mak.."...apa saja yang kita lakukan d dunia ini, jangan sekali kali kita mengenepikan ibu kita....tanpa ibu tiada kita di dunia ini dan tanpa kasih sayang ibu tidak lah kita menjadi insan yang berguna....doa ibu membawa ke syurga , sumpah ibu membawa ke neraka...begitulah makbulnya doa si ibu kepada yang Esa.....

....mengapakah masih banyak anak anak baru lahir dibuang hari ini ?..apakah ibu ibu hari ini sudah tiada lagi nilai keibuan sehingga tergamak membunuh anak yang baru lahir ?......satu fenomena yang sukar untuk dijawab kerana naluri ibu itu menjaga anaknya waimah binatang sekalipun....

..mungkin zaman jahiliah itu sudah berulang....anak anak perempuan ditanam hidup hidup sudah kembali muncul dan ini mungkin satu lagi tanda bahawa akhir zaman itu sudah tiba...bagaikan satu trend bila anak anak baru lahir dibunuh sewenang wenangnya...terbalik pulak manusia lebih suka menjaga anak anjing, arnab dan hamster dan sebagainya sampaikan ianya menjadi perniagaan lumayan hari ini....

....inilah juga balasan kepada kemodenan kehidupan di malaysia hari ini.....i just hope that we can slow down a bit and appreciate the simple fact of being alive is to enjoy life and prepare ourselves for the life hereafter....but once life is about survival of the fittest, richest and prettiest, to live life with simplicity becomes a major difficulty......

...i just want to say to myself to slown down and appreciate life the way it is.....accept and appreciate.....

wassalam

....

Monday, August 02, 2010

Assalamualaikum,


...aku baru dapat satu lagi hint why PD was packed every weekend....errrmmm.....apparently Malaysian have decided not to go for 'air terjun' picnic after the recent tragedy in Pahang that resulted in 7 death and apparently 'kencing tikus' was to be blamed .....

..whilst i don't to dispute the 'kencing tikus ' theory but I still wonder how 'kencing tikus' to be blamed when the waterfall and the river is flowing .....maybe BokD have a better explanantion because the same 'kencing tikus' was diagnose as the reason for his illness after his nearly drowned experience...

...I suspect there is more than just ' kencing tikus' to the death of many sebab kalau air bertakung macam air banjir seperti di Johor tak lama dulu, I could understand the logic but not when the river is flowing.....aku suspect campuran buangan toksid atau racun rampai dan racun serangga di ladang ladang getah /kelapa sawit yang berdekatan yang menyebabkan keracunan ini....

..so sebab takut 'kencing tikus' maka orang KL sanggup beranikan diri dengan bahaman buaya PD!!,,,kehkehkeh....

...I am still a bit tired with my PD adventure and probably enough of PD dan nak cari pantai pulak lah....Pantai Dalam ker, Pantai Medical ker, Pantai Selamat ker or gei Pulau pulak ker....

....wokeh...nak Isya dah neh...pas nei rasa yer nak turu terus.....

wokeh guys....siapa tengok Imam Muda....fullamak...cun giler betul ekk bini si finalist Imam Muda neh.....ala ala artis tuh!!....apa apa pun, aku suker finale Imam Muda tuh walaupun favourite aku Imam Muda Hiizbur tewas ....

one more thing, aku ala ala nak menitiskan airmata kegembiraan dan kesyukuran bila aku tengok aweks angkat aku Farah AF2 telah menjadi pengacara si Tv9 dan pakai tudung cukup dengan inner cover tangan lagik....alhamdullilah....wa bersyukur beb.....tahniah Farah....aku selalu tengok sesapa yang sanggup berkorban apa saja untuk mak bapak depa selalunya akan mendapat petunjuk Allah swt waimah yang bukan Islam pun.....

wokeh....dah nak bang dah...wokeh...

wassalam

Sunday, August 01, 2010

Assalamualaikum

..I had a wonderful PD experience eventually....a nice room with with the sea view , weather to match and my mummy by the side...anak omak lar kata kan kan kan....

...problem with a good 'vacation' is that you find it difficult to come back to reality of life on work, rock jungle andtraffic jam....

...nevertheless, that good 'holiday' could carry me with the feel good feeling for the next one week....

..I don't really plan my holiday and many a time i will be going in circle looking for the right place to stay and spend the next day recovering the fatigue of trying to find the place to rest....this time room, I was rather lucky with my choice of place and end up at the Tanjong Gemok area of PD....it was a lovely lovely place and for those with cash to burn could also opt for the water chalet with swimmimg pool attached !!.....kehkehkeh....

i love the Tower room i stayed because i have the full view of the ocean with the mobile oil rigg anchored and tankers docked....i could also see 'dolphin' swimming in a distance ( kalau ikan paus aku tatau lar kan)....well, the night before was a heavy downpour with the swirling wind and rough sea and maybe the larger fish were push ashore that could explain the'dolphin' that I thought i saw....

...PD is really buzzing resort town with full house hotels everywhere....aku pun hairan mengapa tak cuti sekolah pun boleh penuh giler hotel hotel....lelama aku perhati baru aku perasan that many 'family' have now organised their own 'Family Day' and one occasion I saw almost 60 families members having their own telematch at the beach and at night i observed large entourage of 'family members' going for special dinner that probably explain the reason for the bizzare full house hotels outside school holidays or festive period..

...aku suka konsep ahli keluarga mengadakan 'Family Day' ini kerna occasion macam ini akan tentu merapatkan hubungan kekeluargaan tersebut....selalunya keluarga berkumpul kerna kenduri kendara dan kematian dan keadaan ini kadang kadang mengurangkan interaksi antara family members....

wokeh....nak kena turu dah and have a great week ahead yeah!

wassalam