Friday, July 31, 2015

Muhyiddin vs Zahid

Assalamualaikum,

....Zahid Hamidi is the new DPM...wow!!....siapa sangka especially after what happened to him after DSAI was dismissed from Umno...ini lah rezeki seseorang, siapa nak tahu dan siapa boleh sangkal kerana semuanya kehendak Illahi...dulu aku selalu fikir kita kena ada skill itu dan skill ini untuk menjadi orang yang berjaya tapi sekarang aku baru faham bahawa kelayakan dan kebolehan itu penting tapi bukan penentu kejayaan seseorang...dulu aku selalu menyangkalkan kejayaan orang yang aku rasa kurang dari aku punya expectation tapi sekarang aku tau dah kelebihan seseorang itu bukan lesen untuk kita menyatakan siapa patut lebih berjaya dan siapa tidak ...

....BTW, tajuk entry aku kalai ini adalah tidak adil untuk Zahid kerana aku meminati Muhyiddin dari dulu lagi dan walaupun aku sekarang lebih cenderung pada pembangkang tapi aku tetap ada soft spot dengan Muhyiddin....so sebagai penyokong pihak pembangkang, Muhyiddin's removal dari cabinet sebenarnya adalah news yang paling besar untuk pihak pembangkang sekiranya pembangkang masih mempunyai cita cita untuk ke Putrajaya....umno tanpa muhyiddin adalah ibarat Barcelona tanpa Messi atau Miami Heat tanpa Lebron James....team masih boleh function tetapi flair dan cutiing edge akan tiba tiba hilang....in fact kalau aku boleh cakap dengan kepimpinan PKR , aku akan katakan pada mereka, ambil Muhyiddin dengan apa cara sekalipun dan make him the new MB for Selangor...minta kak wan step down kat Kajang and lepas itu minta Azmin to give way for Muhyiddin....Muhyiddin as MB of Selangor under PKR akan membolehkan pengaruh DAP dalam PR dikawal dan beliau mempunyai cukup karisma untuk membuat PAS untuk terus berada dalam PR...that's how good he is , in my opinion...

...bagi aku, politically speaking, it was no coincidence when umno started to win by-election after Muhyiddin took over the by-election campaign operations for BN especially so during the Hulu Selangor parliamentary by-election when Kamalanthan won when everything seems gone for BN before the election....

.....aku selalu terfikir , bagaimana development Malaysia sekiranya Musa Hitam menjadi PM dan bukannya Mamak dan aku selalu terfikir bagaiman perubahan Malaysia sekiranya Anwar menjadi PM...dan aku meletakkan Muhyiddin setaraf dengan Musa Hitam dan Anwar Ibrahim dari segi kemampuan untuk menjadi PM yang baik untuk Negara......memang sayang bagi Malaysia kerana ketiga tiga mereka ini tidak sampai ke tahap yang mereka layak untuk memimpin tapi Allah swt lebih mengetahui dan kita kena redha dengan apa yang berlaku...

...maaf aku pada zahid kerana aku melihat beliau sebagai stop gap measure ala ala Ghaffar Baba dilantik menjadi TPM dulu atau Habibie selepas jatuhnya Suharto....again aku reiterate bahawa rezeki seseorang itu Allah swt yang tentukan dan pendapat aku adalah sekadar pandangan peribadi....aku melihat bahawa Najib tidak boleh melantik Hishamuddin kerana ikatan darah mereka yang boleh mengundang kontroversi maka melantik Zahid adalah paling selamat di saat ini....dan sekiranya percaturan Najib kena, maka akan berlaku satu period bertenang dalam umno yang akan membolehkan Hishamuddin untuk mengambil alih the number 2 spot dari Zahid....

...aku yakin ramai yang bercita cita dalam umno yang senyum lega dengan perlantikan Zahid kerana ini memberi peluang untuk mereka menyusun strategi for the next step.....aku merasakan Hishamuddin akan partner dengan KJ untuk membentuk kepimpinan yang baru....dan sekiranya Hishamuddin dan Khairy dapat membawa Salleh Kruak dan Azalina dalam team ini, maka agak jelas ianya amat formidable kerana sokongan Pemuda, Sabah dan Wanita ada dalam team ini....

.....so tahniah Zahid dan semoga menjadi TPM yang baik untuk Negara dan kepada Muhyiddin...samada beliau hendak melawan dari dalam umno atau join PR dari luar umno, beliau kena jauhkan diri dari dikaitkn dengan Mamak....aku yakin ramai dalam umno yang bersetuju dengan Muhyiddin tapi tidak support kerana merasakan memberi support kepada Muhyiddin adalah memberi support kepada Mamak....so Muhyiddin kena decide fast samaada masih mahu align dengan Mamak or perhaps to fight on his own capacity.....

....aku melihat muhyiddin sebagai a master strategist dan tindkan beliau melawan Najib sebagai sesuatu yang un-muhyiddin-like dan aku merasakan beliau tindakan beliau too drastic dan Nampak a bit personal....

ok lah dah lah dulu citer nei....

Thursday, July 30, 2015

Rombakan Kabinet

Assalamualaikum,

..nak tak nak kisah rombakan cabinet adalah kisah yang amat menarik perhatian ramai walaupun kisah kebakaran Bukit Aman dan kemungkinan bahagian kapalterbang MH370 dijumpai seakan akan mengalih sedikit focus kita kepada kisah rombakan cabinet tersebut...

...rombakan cabinet kali ini lain dari yang lain kerana ianya melibatkan tercicirnya TPM daripada sinarai cabinet tersebut...bahkan mereka yang berkait dengan TPM pun tercicir sekali nama mereka....walaupun ini telah dijangkakan namun apabila ianya berlaku masih lagi kita merasakan kesannya...

.....aku respect PM sebab penguguran TPM dari cabinet baru beliau dilakukan secara berhemah dengan memberi sebab yang munasabah maka tiada Nampak secara kasarnya berlaku penzaliman, penganiayaan ataupun pertuduhan yang bukan bukan untuk melakukan perubahan ini....walaupun kita boleh mempersoalkan keputusan yang PM buat tapi kita kena terima prerogative seseorang boss untuk memilih pasukannya...siapa salah dan betul adalah sesuatu yang kita hanya dapat tunggu dan lihat ....\

..apakah kesan awal atau immediate impact bila rombakan besar begini berlaku.....naluri manusia akan lebih bermurah hati untuk memberi masa untuk team baru ini berfungsi maka apa sahaja cadangan untuk PM turun akan secara automatic akan hilang momentum kerana ramai rakyat dengan  memberi 'benefit of the doubt' kepada team baru ini untuk membuktikan kepada rakyat bahawa perubahan ini akan membawa kebaikan atau sebaliknya...so kesan awalnya ialah kedudukan PM adalah terkawal walaupun jangkamasa yang akan diberikan oleh rakyat tidak dapat dipastikan..

....aku secara personal tidak banyak masalah dengan Najib sebagai PM kerana aku nampak ada effort untuk beliau membetulkan struktur ekonomi Negara dan kedudukan orang melayu setelah diporak perandakan oleh PM yang sebelum Pak Lah dulu....memang aku telah menggagakkan bahawa akan perlu dua tempoh PM baru selepas zaman kegelapan di bawah Mamak dulu untuk membersihkan segala taik taik yang telah ditinggalkan....

..banyak mempersoalkan tentang beberapa isu kontraversi melibatkan PM dan aku tidak ketinggalan dalam mempersoalkan isu isu tersebut tetapi aku masih boleh menerima bahawa isu isu tersebut adalah berkaitan dengan politik samada ianya socio economics issues mahupun personal...sebab sebagai rakyat biasa, aku mahukan melihat samada PM tersebut mempunyai vision, mempunyai keupayaan dan membela agama dan bangsa.....sebab kalau pasal character assassination, even arwah Nik Aziz yang dah sah sah lurus dari pandangan mata kasar pun kena hambat semacam juga...

..maka aku masih terbuka dengan Najib jadi PM dan aku seakan akan menyokong beliau apabila Mamak tiba tiba timbul untuk menjatuhkan PM pula....bayangkan apa jadi dengan Tunku dan Tun Hussein Onn bila menyatakan pendapat mereka semasa Mamak jadi maharaja dulu...last last sekarang dia yang lebih sampai nak menjatuhkan PM .....silly sungguh bila difikirkan karenah Mamak ini...dulu dia tuduh Anwar menggunakan pengaruh asing tapi sekarang dia pulak yang pergi ke TV asing untuk menjatuhkan PM sekarang...apa saja yang dulu dia tak suka tapi sekrang dia yang buat balik....aduh!! ini macam punya orang janganlah di pedulikan lagi....

.....so sekarang ini terpulang kepada Najib untuk expedite dia punya strategy untuk membuktikan kesahihan team baru beliau adalah vehicle yang beliau perlukan untuk melakukan perubahan dan bukan setakat mempertahankan jawatan...

..aku nak tengok collection GST dan bagaimana ianya digunakan untuk mengurangkan hutang Negara yang bertimbun timbun semenjak zaman PM ke 4 dulu....walaupun GST ada kesan besar pada rakyat kala ini tetapi aku yakin dengan memberi sedikit masa lagi akan nampak kesan positif GST untuk membantu menstabilkan struktur ekonomi negara....

..aku nak lihat bagaimana Najib boleh meMelayukan semula umno dan bentuk pemikiran, hemah dan approach terhadap agama....yeap, lagi satu aku appreciate Najib..dia tidak mempersenda sendakan agama dan tunjuk yang beliau sensitive tentang isu isu agama dan beliau lantang semasa Palestin kena serang tempoh hari....

..aku juga appreciate cara dia handle MH17 punya kes dan semasa both aeroplane tragedies, I could sense his leadership quality despite under tremendous pressure from all corners of the world...

...nak mengatakan aku peminat Najib adalah tidak betul juga sebab aku juga boleh listkan banyak isu yang membolehkan aku Nampak tak suka kat dia tapi yang penting untuk aku takat ini ialah , sesiapa sahaja yang dikacau oleh Mamak adalah orang yang aku support.....

ok...esok lusa kita citer pasal Muhyiddin dan Zahid pulak....

Tuesday, July 28, 2015

Selamat hari Raya 2015

Assalamualaikum,

Pertama tama saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir dan Batin kepada semuanya Halolanders dan sesiapa saja yang pernah saya tulis yang mungkin terkadang ada unsur mengzalimi, menghina, mempersenda senda atas dasar hak memberi pendapat seorang penulis blog terutama di masa saya menganalisa AF dulu....

I have to admit that there were times that I substantiated my thoughts and ideas at the expense of others dignity. I apolize therefore for my misjudgement.

Terima kasih tak terhingga juga pada halolanders yang tak putus asa mengunjung haloland walaupun hanya disapa dengan kesunyian terutamanya pada eva dan seri.....terharu dan sebak rasanya dengan nilai persahabatan yang kelian pamirkan walaupun kita tak pernah berjumpa....

...maaf kerana aku tak boleh menulis kerana tiada izin dari Allah swt dan mungkin pada manusia yang dianggap sebagai writer's block di mana berlaku blackout idea atau kemampuan menulis sehingga ada ketika kita duduk berjam jam untuk menulis tapi tiada satu perkataan yang mampu dituliskan...apa saja yang ingin dikongsikan dirasakan seakan akan sudah lapuk atau diulang ulang maka tidak ada urutan atau kesinambungan dalam penulisan yang dirasakan worth sharing....

...anggaplah entry ini sebagai percubaan awal untuk cuba menulis semula dan entry ini dihadiahkan untuk eva dan seri .....manalah tahu kalau diizinkan Allah, boleh satu masa dan ketika haloland akan menjadi taman pertemuan kita di alam maya ini...

...raya saya tahun ini biasa biasa saja dari segi persiapan atau perbelanjaan dan raya pertama selepas the passing of my brother....though we were never quite close to each other but the strange feeling of not having one of your own was still the same....my mother was with me almost throughout the Ramadan and spending the 1st day of raya at my house...it was fun indeed, Alhamdulillah..

.....Hari Raya has never been a day that I look forward until this year....with my mom spending raya with me, I could say that I had a great raya after almost 15 years...love it ....

....memandangkan emak beraya di rumah saya, ramailah saudara mara datang berkunjung ke rumah untuk bertemu dengan emak....tak pernah seramai ini orang beraya ke rumah saya pada hari pertama tapi kali ini dari pagi sampai ke maghrib tak putus putus sedara mara datang,,,,,penat memang penat tapi penat yang berbaloi baloi...

baik lah I stop dulu kat sini sebagai permulaan dan hopefully my coming entries will be longer and better..insyaAllah...

wassalam